1
00:00:22,231 --> 00:00:24,066
(berbahasa Jepun)
Solomon, tunjuk pada Tetsuya.
2
00:00:24,149 --> 00:00:26,318
Ya, saya sedang tengok.
3
00:00:39,122 --> 00:00:41,291
Solomon, siapa dia?
4
00:00:43,544 --> 00:00:44,545
Hana.
5
00:00:47,089 --> 00:00:49,925
Awak patut beritahu awak mahu datang.
6
00:00:50,008 --> 00:00:51,885
Mujurlah saya datang.
7
00:00:51,969 --> 00:00:55,889
Sekarang perempuan di sana
tahu awak milik saya.
8
00:01:03,438 --> 00:01:05,649
Kenapa dengan dia?
9
00:01:11,446 --> 00:01:13,031
Solomon, lihat.
10
00:01:13,115 --> 00:01:14,533
Saya tak ada duit hari ini.
11
00:01:23,333 --> 00:01:24,334
Lihat.
12
00:01:26,795 --> 00:01:28,922
Nasi ini keras.
13
00:01:31,717 --> 00:01:33,427
Jangan sentuh jika awak tak mahu beli.
14
00:01:34,678 --> 00:01:37,389
Ia dibungkus untuk disentuh.
15
00:01:54,281 --> 00:01:56,158
Awak rasa Amerika begini?
16
00:01:57,201 --> 00:01:58,911
Seperti kedai mudah beli?
17
00:01:58,994 --> 00:02:03,373
Semua dah dibungkus, sedia untuk dibeli.
Ada banyak pilihan. Saya sukakannya.
18
00:02:05,918 --> 00:02:06,960
Hei.
19
00:02:07,044 --> 00:02:11,340
Kita patut lari ke Amerika bersama-sama.
20
00:02:15,052 --> 00:02:18,388
Apa maksud awak?
Kita tiada duit sebanyak itu.
21
00:02:23,143 --> 00:02:26,688
Duit senang didapati,
jika kita tak peduli sumbernya.
22
00:02:27,397 --> 00:02:30,150
Sudah tentu sumbernya penting.
23
00:02:30,734 --> 00:02:32,819
Solomon yang baik.
24
00:02:34,071 --> 00:02:36,740
Keluarga awak besarkan awak terlalu baik.
Awak akan ada kehidupan membosankan.
25
00:02:37,699 --> 00:02:39,159
Saya tak begitu.
26
00:02:39,243 --> 00:02:41,078
Saya mahu lihat semuanya.
27
00:02:41,161 --> 00:02:45,040
Hawaii. Paris. Penguin.
28
00:02:46,041 --> 00:02:48,126
Paling penting, Hawaii.
29
00:02:54,299 --> 00:02:55,551
Nagano-san,
30
00:02:55,634 --> 00:02:59,930
mak selalu puji awak pandai.
31
00:03:01,557 --> 00:03:04,685
Tapi awak sudah berkahwin, bukan?
Peluangnya terlepas.
32
00:03:04,768 --> 00:03:07,688
Saya pernah rasa ayam goreng ibu awak,
Hana-chan.
33
00:03:08,272 --> 00:03:10,774
Beritahu dia saya yang terlepas.
34
00:03:22,953 --> 00:03:24,788
GULA-GULA
35
00:03:28,208 --> 00:03:29,626
Jangan.
36
00:03:31,128 --> 00:03:34,840
Buktikan yang saya lebih bermakna
berbanding perempuan di sekolah tadi.
37
00:03:36,383 --> 00:03:38,093
Awak tahu saya suka awak.
38
00:03:38,177 --> 00:03:39,261
Lakukannya.
39
00:03:56,904 --> 00:03:58,864
Tunggu, ada apa dalam poket awak?
40
00:03:59,781 --> 00:04:00,782
Lari!
41
00:04:04,077 --> 00:04:05,245
Hana!
42
00:04:07,080 --> 00:04:08,290
Nagano-san, saya yang ambilnya!
43
00:04:08,373 --> 00:04:10,292
Awak jadi pencuri!
44
00:04:10,876 --> 00:04:13,003
- Awak tak malu?
- Maaf. Saya akan bayar.
45
00:04:13,086 --> 00:04:14,922
Kehidupan dia cukup sukar
dengan ibu tunggal.
46
00:04:15,005 --> 00:04:16,548
Saya janji kami takkan kembali!
47
00:04:17,507 --> 00:04:19,551
Awak tak boleh terlepas begitu saja!
48
00:04:19,635 --> 00:04:22,971
Saya tahu cara uruskan
budak seperti awak.
49
00:04:23,055 --> 00:04:24,473
Awak tak guna!
50
00:04:24,556 --> 00:04:26,850
Helo? Saya tangkap pencuri
dalam kedai saya. Sila tahan dia.
51
00:04:26,934 --> 00:04:29,061
Tolong, ayah akan marah saya!
52
00:04:29,144 --> 00:04:32,231
Seorang pembuat kacau Korea lagi.
53
00:04:32,314 --> 00:04:34,399
Saya mahu dia ditangkap.
54
00:04:34,483 --> 00:04:36,485
Sekarang.
55
00:04:36,568 --> 00:04:40,113
Tapi mereka takkan menyesal
jika saya tak buat sesuatu.
56
00:04:50,832 --> 00:04:52,042
Datang cepat.
57
00:04:57,548 --> 00:04:59,216
Solomon, berhenti!
58
00:04:59,299 --> 00:05:02,135
Jangan lakukannya! Solomon!
59
00:05:27,661 --> 00:05:28,954
Awak cedera?
60
00:05:29,037 --> 00:05:31,290
Tidak, saya okey.
61
00:05:31,373 --> 00:05:33,166
Awak ayahnya?
62
00:05:38,797 --> 00:05:42,384
Dia tak pernah buat begini.
63
00:05:42,968 --> 00:05:45,345
Sebab itu kami panggilnya
kesalahan pertama.
64
00:05:46,847 --> 00:05:48,515
Ini cara ia bermula.
65
00:05:50,767 --> 00:05:52,769
Tidak, dia takkan lakukannya lagi.
66
00:05:52,853 --> 00:05:54,229
Saya janji.
67
00:05:55,772 --> 00:05:58,609
Pemilik kedai
minta kami beritahu sekolahnya…
68
00:05:58,692 --> 00:06:00,235
Tapi dia akan digantung sekolah!
69
00:06:00,319 --> 00:06:02,446
Mungkin dibuang sekolah.
70
00:06:02,529 --> 00:06:03,822
Tapi dia dah lakukan jenayah.
71
00:06:03,906 --> 00:06:05,949
Ia cuma gula-gula!
72
00:06:08,285 --> 00:06:10,370
Saya tahu dia salah
73
00:06:10,454 --> 00:06:13,332
dan saya akan tegur dia dengan tegas.
74
00:06:13,415 --> 00:06:15,375
Saya minta awak tolong lepaskan dia.
75
00:06:18,045 --> 00:06:19,046
Helo?
76
00:06:21,048 --> 00:06:23,050
Ya, saya sedang uruskan hal itu.
77
00:06:25,427 --> 00:06:26,428
Kenapa?
78
00:06:29,139 --> 00:06:31,225
Tapi pencuri barang kedai patut…
79
00:06:32,017 --> 00:06:33,602
Baiklah.
80
00:06:33,685 --> 00:06:35,771
Ya. Saya faham.
81
00:06:41,235 --> 00:06:42,402
Pandang saya.
82
00:06:46,490 --> 00:06:48,992
Nampaknya awak ada kawan yang berkuasa.
83
00:06:52,120 --> 00:06:53,747
Awak boleh pergi sekarang.
84
00:06:56,542 --> 00:07:00,170
- Begitu saja?
- Saya diarahkan untuk lepaskan dia.
85
00:07:10,347 --> 00:07:11,932
Siapa yang hubungi mereka?
86
00:07:12,808 --> 00:07:14,476
Itu sudah tak penting.
87
00:07:15,227 --> 00:07:16,228
Beritahu ayah.
88
00:07:16,311 --> 00:07:18,021
Kenapa awak buat perkara begitu?
89
00:07:19,398 --> 00:07:20,816
Sebab dia, bukan?
90
00:07:20,899 --> 00:07:22,818
- Bukan!
- Beritahu ayah yang sebenar.
91
00:07:23,861 --> 00:07:25,362
Ia tiada kaitan dengan Hana.
92
00:07:32,619 --> 00:07:33,620
Baik.
93
00:07:34,997 --> 00:07:36,123
Ayah percayakan awak.
94
00:07:37,249 --> 00:07:40,711
Perkara begini tak boleh berlaku lagi.
95
00:07:44,006 --> 00:07:45,883
Tapi awak tetap dihukum.
96
00:07:47,801 --> 00:07:49,553
Ayah akan hantar awak ke Amerika.
97
00:07:51,513 --> 00:07:54,474
- Ayah sudah buat keputusan.
- Saya tak mahu!
98
00:07:54,558 --> 00:07:58,770
Awak tahu ibu awak
tak mahu awak membesar di sini.
99
00:07:59,897 --> 00:08:03,817
Tapi ayah mahu awak bersama ayah.
Ayah pentingkan diri sendiri.
100
00:08:04,526 --> 00:08:06,403
Sekarang ayah tahu yang ayah salah.
101
00:08:06,486 --> 00:08:07,821
Saya tak boleh tinggalkan Hana!
102
00:08:10,073 --> 00:08:13,035
Awak tahu keadaan malam ini
boleh jadi lebih teruk?
103
00:08:13,744 --> 00:08:15,746
Saya tak mahu pergi. Sini rumah saya.
104
00:08:15,829 --> 00:08:19,499
Awak akan sentiasa dianggap pencuri
di sini. Awak akan pergi.
105
00:08:19,583 --> 00:08:22,211
Nenek awak akan sedih,
106
00:08:23,128 --> 00:08:25,506
tapi ayah akan yakinkan dia
ini yang terbaik untuk awak.
107
00:08:27,466 --> 00:08:28,467
Masuk.
108
00:09:48,046 --> 00:09:49,882
BERDASARKAN BUKU OLEH
MIN JIN LEE
109
00:10:08,025 --> 00:10:09,735
(berbahasa Korea)
Awak sudah hilang akal?
110
00:10:09,818 --> 00:10:11,528
Awak tahu jenis wanita
yang ke tempat begitu?
111
00:10:11,612 --> 00:10:12,988
Perlahankan suara awak.
112
00:10:13,071 --> 00:10:14,656
Seluruh kawasan ini sudah tahu!
113
00:10:14,740 --> 00:10:16,200
Awak fikir bagaimana saya tahu?
114
00:10:17,284 --> 00:10:19,036
Kami cuma mahu membantu.
115
00:10:20,037 --> 00:10:21,955
Saya bukan lagi ketua keluarga ini?
116
00:10:22,039 --> 00:10:24,458
Sebab itu yang awak tunjukkan
kepada semua!
117
00:10:24,541 --> 00:10:26,835
Bukan begitu.
118
00:10:26,919 --> 00:10:28,587
Sudah tentu awak ketua.
119
00:10:31,965 --> 00:10:34,635
Awak pula tak ada rasa malu?
120
00:10:35,802 --> 00:10:38,972
Keadaan di sini sudah cukup sukar
untuk orang kita…
121
00:10:40,891 --> 00:10:43,644
tanpa awak berdua
bertindak tanpa rasa malu.
122
00:10:43,727 --> 00:10:45,771
Patutlah mereka bersangka buruk
tentang kita!
123
00:10:46,605 --> 00:10:48,482
Dia tak ada kaitan dalam hal ini.
124
00:10:48,565 --> 00:10:50,025
Ia idea saya seorang.
125
00:10:50,901 --> 00:10:53,779
Kami tiada masalah begini
sebelum awak masuk rumah ini.
126
00:10:53,862 --> 00:10:55,197
Apa saya nak buat sekarang?
127
00:10:56,698 --> 00:10:58,575
Bagaimana saya mahu tunjuk muka,
128
00:10:59,076 --> 00:11:01,495
jika ada wanita dungu bayar hutang saya?
129
00:11:01,578 --> 00:11:02,788
Saya dianggap dayus!
130
00:11:02,871 --> 00:11:04,623
Kenapa awak cakap begini?
131
00:11:13,674 --> 00:11:15,175
Awak dapat jam itu dari mana?
132
00:11:18,428 --> 00:11:20,180
Ibu saya beri kepada saya.
133
00:11:21,890 --> 00:11:22,933
Ibu awak?
134
00:11:25,853 --> 00:11:28,814
Seorang balu yang urus rumah penginapan
ada jam begitu?
135
00:11:37,072 --> 00:11:38,866
Saya rasa rimas di sini.
136
00:11:45,664 --> 00:11:48,750
Kami tahu kami salah. Kami minta maaf.
137
00:11:50,002 --> 00:11:51,503
Tolonglah balik.
138
00:12:16,653 --> 00:12:18,655
- Sunja!
- Tak mungkin.
139
00:12:20,324 --> 00:12:22,117
Belum masa untuk bayi ini lahir.
140
00:12:32,461 --> 00:12:35,839
Malangnya,
tak banyak yang kami boleh lakukan.
141
00:12:37,716 --> 00:12:41,094
Anak awak sudah lama sakit.
142
00:12:42,596 --> 00:12:44,848
Pada tahap sekarang,
dia sudah tak boleh dibantu.
143
00:12:48,143 --> 00:12:52,773
Jika ada khabar angin
kami ada pesakit AIDS di sini…
144
00:12:54,691 --> 00:12:57,903
Itu bermakna kami tak bersedia
untuk menjaga dia.
145
00:12:59,279 --> 00:13:01,323
Tolong jangan cakap begitu.
146
00:13:01,406 --> 00:13:03,909
Saya nasihatkan awak rawat dia di rumah.
147
00:13:03,992 --> 00:13:05,369
Doktor keluarga untuk melindungi dia…
148
00:13:05,452 --> 00:13:09,957
Tidak. Dia patut dapat jagaan di sini.
149
00:13:10,040 --> 00:13:11,959
Saya faham perasaan awak.
150
00:13:12,042 --> 00:13:16,088
Tapi saya tak boleh minta pekerja saya
menjaga anak awak…
151
00:13:16,171 --> 00:13:17,464
Saya akan rawat dia.
152
00:13:20,801 --> 00:13:22,553
Mari pindahkan pesakit
ke sayap berasingan.
153
00:13:24,263 --> 00:13:27,224
Saya rasa kami boleh jaga anak awak.
154
00:13:27,850 --> 00:13:30,310
Terima kasih banyak.
155
00:13:33,480 --> 00:13:34,481
Baiklah.
156
00:13:35,399 --> 00:13:36,775
Terima kasih sebab menawarkan diri.
157
00:13:41,822 --> 00:13:45,242
Sebenarnya, tiada penawar.
158
00:13:46,994 --> 00:13:49,496
Kami tidak tahu
berapa lama dia boleh bertahan.
159
00:13:51,206 --> 00:13:53,292
Ia mungkin berbulan.
160
00:13:55,586 --> 00:14:00,299
Mungkin berminggu atau berhari.
161
00:14:16,815 --> 00:14:20,569
Maaf sebab
jumpa awak begini, tapi saya terdesak.
162
00:14:20,652 --> 00:14:24,531
Pada mulanya saya sangka dia bersama
kumpulan budak lelaki di dok,
163
00:14:24,615 --> 00:14:27,618
tapi sekarang saya risau dia terbabit
dengan sesuatu lebih bahaya.
164
00:14:27,701 --> 00:14:30,621
Saya sangat risau. Dia anak sulung saya.
165
00:14:31,330 --> 00:14:33,081
Jika sesuatu berlaku padanya…
166
00:14:34,249 --> 00:14:38,253
Saya harap awak boleh pujuk dia.
167
00:14:39,171 --> 00:14:41,381
Kenapa awak fikir saya boleh pujuk dia?
168
00:14:41,465 --> 00:14:43,258
Paderi Yoo lebih sesuai.
169
00:14:44,009 --> 00:14:47,262
Tapi awak lebih muda dan bertenaga.
170
00:14:47,346 --> 00:14:50,182
Awak akan lebih fahami dia.
171
00:14:51,850 --> 00:14:53,769
Saya cuma pelatih. Saya tak boleh…
172
00:14:53,852 --> 00:14:55,646
Dia sudah tak jawab soalan saya.
173
00:14:55,729 --> 00:14:57,940
Dia cakap lebih selamat
jika saya tak tahu.
174
00:14:58,649 --> 00:15:00,442
Apa maksud dia?
175
00:15:03,362 --> 00:15:05,864
Saya sudah kehilangan suami di sini.
176
00:15:05,948 --> 00:15:08,575
Jika saya kehilangan anak…
177
00:15:08,659 --> 00:15:09,868
Jangan bersedih.
178
00:15:13,705 --> 00:15:15,707
Saya akan jumpa dia.
179
00:15:20,295 --> 00:15:23,966
Saya tahu ada orang fikir
awak terlalu muda,
180
00:15:24,049 --> 00:15:27,469
terlalu jahil
sebab awak dibesarkan dengan mewah,
181
00:15:27,553 --> 00:15:30,222
tapi saya rasa kami bertuah
sebab ada awak.
182
00:15:32,724 --> 00:15:36,395
Terima kasih,
tapi saya masih perlu buktikan diri saya.
183
00:15:37,563 --> 00:15:39,982
Saya akan cuba yang terbaik.
184
00:15:40,816 --> 00:15:45,571
Saya tahu awak boleh pujuk dia.
185
00:15:48,031 --> 00:15:49,157
Terima kasih.
186
00:15:51,243 --> 00:15:52,995
Mari pergi.
187
00:16:27,946 --> 00:16:30,324
Jadi mak saya minta tolong awak juga.
188
00:16:31,533 --> 00:16:34,912
Kasih sayang seorang ibu
takkan mudah luntur.
189
00:16:34,995 --> 00:16:36,455
Bersyukurlah.
190
00:16:38,874 --> 00:16:40,334
Saya perlu pergi tempat lain.
191
00:16:43,670 --> 00:16:45,088
Saya akan menemani awak.
192
00:16:48,050 --> 00:16:49,301
Baiklah.
193
00:16:54,223 --> 00:16:55,933
Saya berjalan di jalan ini setiap hari,
194
00:16:56,808 --> 00:16:59,937
dan saya teringat saya hidup
tanpa menyedari keadaan sekeliling saya.
195
00:17:01,939 --> 00:17:03,524
Saya dengar tentang ayah awak.
196
00:17:05,192 --> 00:17:07,361
Berapa umur awak
semasa dia meninggal dunia?
197
00:17:09,070 --> 00:17:10,239
Empat belas.
198
00:17:12,281 --> 00:17:14,492
Pasti tanggungjawab awak berat,
199
00:17:14,576 --> 00:17:16,244
begitu muda perlu menyara keluarga.
200
00:17:16,328 --> 00:17:18,454
Siapa di sini tanpa kisah begitu?
201
00:17:19,164 --> 00:17:20,832
Tanya sesiapa saja.
202
00:17:22,041 --> 00:17:24,877
Orang seperti awak takkan tahu.
203
00:17:32,886 --> 00:17:35,514
Awak patut pergi Amerika.
204
00:17:35,597 --> 00:17:37,474
Mereka lebih maju dalam hal ini.
205
00:17:39,768 --> 00:17:44,606
Ayah kawan saya di kolej
seorang pakar bedah terkenal.
206
00:17:45,232 --> 00:17:46,650
Saya akan hubungi dia.
207
00:17:47,442 --> 00:17:48,652
Awak dengar cakap saya?
208
00:17:54,366 --> 00:17:56,285
Hana, dengar cakap saya.
209
00:17:58,328 --> 00:17:59,788
Beginilah keadaannya.
210
00:18:00,914 --> 00:18:02,124
Apa?
211
00:18:03,792 --> 00:18:06,712
Awak saja budak 14 tahun
yang cakap begitu, Solomon.
212
00:18:07,296 --> 00:18:09,548
Saya takkan pergi ke Amerika.
213
00:18:09,631 --> 00:18:11,550
Jadi apa awak mahu buat?
214
00:18:11,633 --> 00:18:13,427
Tinggal di sini takkan ubah apa-apa.
215
00:18:15,470 --> 00:18:16,930
Biarlah saya mati saja.
216
00:18:21,977 --> 00:18:26,440
Solomon, awak masih tak pandai bergurau.
217
00:18:28,066 --> 00:18:29,401
Awak sangat comel.
218
00:18:32,821 --> 00:18:35,866
Tapi awak tak pernah sedar
perkara sebenar, bukan?
219
00:18:39,161 --> 00:18:40,746
Tak pernah menyedarinya.
220
00:18:44,958 --> 00:18:47,002
Awak perlu tahu perkara sebenar, Paderi.
221
00:18:49,296 --> 00:18:51,548
Saya dan semua lelaki itu,
222
00:18:51,632 --> 00:18:53,342
kami masuk ke bawah tanah…
223
00:18:54,343 --> 00:18:55,511
Kenapa?
224
00:18:56,011 --> 00:18:59,890
Supaya kereta api bawah tanah boleh bawa
pekerja pergi lebih jauh dan lebih laju.
225
00:19:00,724 --> 00:19:02,976
Supaya mereka boleh bekerja keras
seperti kami.
226
00:19:04,269 --> 00:19:06,355
Awak ada dengar kami minta ganjaran?
227
00:19:07,648 --> 00:19:12,528
Apa-apa saja untuk bezakan kami
dengan haiwan di tepi jalan.
228
00:19:12,611 --> 00:19:14,696
Saya faham maksud awak.
229
00:19:14,780 --> 00:19:17,282
Tapi cakap dengan sangat terbuka begini…
230
00:19:18,200 --> 00:19:19,493
Kesannya bukan pada awak
231
00:19:19,576 --> 00:19:21,703
dan keluarga awak saja,
mereka hukum kita semua.
232
00:19:21,787 --> 00:19:22,913
Mereka semua!
233
00:19:22,996 --> 00:19:24,790
Awak fikir saya tak tahu?
234
00:19:25,666 --> 00:19:27,835
Awak tak fikir
saya bermimpi muka ibu saya,
235
00:19:27,918 --> 00:19:30,003
buat saya terjaga dengan tangisan?
236
00:19:30,671 --> 00:19:33,131
Saya fikirkan mereka semua.
Adik-adik saya,
237
00:19:33,215 --> 00:19:35,968
serta orang asing yang saya belum jumpa.
238
00:19:37,386 --> 00:19:41,640
Tapi jika saya biarkan rasa takut
mempengaruhi saya…
239
00:19:44,643 --> 00:19:47,312
Saya takkan kenal diri saya sendiri.
240
00:19:49,022 --> 00:19:50,941
Bagaimana saya mahu anggap
itu diri saya?
241
00:19:53,026 --> 00:19:55,779
Kemudian bagaimana
saya mahu anggap diri saya lelaki?
242
00:20:08,876 --> 00:20:10,210
Solomon…
243
00:20:13,255 --> 00:20:15,257
selepas awak pergi ke Amerika…
244
00:20:18,510 --> 00:20:23,390
saya selalu tenung rumah mewah
dan bayangkan…
245
00:20:25,434 --> 00:20:28,979
betapa hebatnya dapat membesar
dalam keluarga begitu.
246
00:20:29,563 --> 00:20:31,648
Anak-anak daripada keluarga begitu
247
00:20:31,732 --> 00:20:37,112
pasti tak pernah rasa kekosongan
yang mereka takkan berjaya.
248
00:20:41,158 --> 00:20:44,536
Saya berjangkit daripada lelaki
yang membesar dalam keluarga begitu.
249
00:20:45,537 --> 00:20:46,872
Awak tahu,
250
00:20:46,955 --> 00:20:51,627
orang yang suka berlagak
tentang moyang samurai mereka.
251
00:20:52,753 --> 00:20:54,254
Kenapa awak beritahu saya?
252
00:20:55,005 --> 00:21:01,094
Sebab awak perlu tahu kehidupan saya.
253
00:21:02,346 --> 00:21:07,309
Awak perlu nampak diri saya sekarang.
254
00:21:08,894 --> 00:21:12,314
Hana yang awak kenal sudah tiada.
255
00:21:27,579 --> 00:21:32,626
Mereka tak anggap kita sebagai manusia.
256
00:21:35,921 --> 00:21:39,091
Sebab rasa malu ini kita minum arak
257
00:21:40,133 --> 00:21:41,385
dan berlawan,
258
00:21:42,678 --> 00:21:44,972
kita pukul isteri apabila balik.
259
00:21:47,099 --> 00:21:49,810
Kita tahu kita berkuasa di rumah.
260
00:21:51,979 --> 00:21:53,480
Ada orang lebih rendah.
261
00:21:56,024 --> 00:21:57,818
Kita hidup dengan peraturan mereka,
262
00:21:59,027 --> 00:22:02,698
tapi kita masih kesejukan
dan kelaparan, bukan?
263
00:22:06,159 --> 00:22:07,870
Kita perlu tamatkan peraturan itu.
264
00:22:08,996 --> 00:22:10,497
Hati-hati dengan kata-kata awak.
265
00:22:12,374 --> 00:22:15,210
Ada lelaki ditahan
walaupun tak bercakap begitu.
266
00:22:23,260 --> 00:22:25,262
Awak masih tak faham, bukan?
267
00:22:25,345 --> 00:22:27,222
Mungkin sebab sut awak.
268
00:22:27,806 --> 00:22:28,807
Tunggu.
269
00:22:29,975 --> 00:22:32,895
Apa saya mahu beritahu ibu awak?
270
00:22:33,562 --> 00:22:38,567
Beritahu dia, anak dia
berterima kasih untuk kasih sayangnya.
271
00:22:48,035 --> 00:22:50,287
Solomon, pandang saya.
272
00:22:54,833 --> 00:22:57,294
Awak takkan dapat sertai mereka,
273
00:22:57,377 --> 00:22:59,338
walaupun dengan pakaian mahal
dan ijazah awak.
274
00:23:04,051 --> 00:23:06,887
Mereka akan beri awak peluang secukupnya
275
00:23:06,970 --> 00:23:08,639
untuk buat awak fikir awak berpeluang,
276
00:23:09,389 --> 00:23:10,724
tapi jangan tertipu.
277
00:24:11,577 --> 00:24:13,662
Nampaknya awak ada hari yang sukar.
278
00:24:15,998 --> 00:24:19,251
Saya kenal awak. Awak Mamoru Yoshii.
279
00:24:19,751 --> 00:24:24,214
Saya juga ada dengar tentang awak.
Awak lelaki yang gagalkan perjanjian itu.
280
00:24:24,923 --> 00:24:26,633
Mereka cakap begitu?
281
00:24:28,093 --> 00:24:31,096
Saya juga tiada reputasi yang baik.
282
00:24:34,433 --> 00:24:35,809
Rasanya kita berdua…
283
00:24:37,936 --> 00:24:40,022
ada banyak persamaan.
284
00:24:42,816 --> 00:24:44,151
Awak okey?
285
00:24:45,944 --> 00:24:47,487
Jangan risau tentang saya.
286
00:24:48,447 --> 00:24:51,783
Wanita sudah melahirkan sejak dulu,
bukan? Pergilah.
287
00:24:52,409 --> 00:24:55,370
Pergi cari Yoseb cepat.
288
00:24:55,454 --> 00:24:56,705
Kyunghee sangat risau.
289
00:24:59,791 --> 00:25:01,543
Ya, cari dia cepat.
290
00:25:02,711 --> 00:25:05,047
Dia boleh jadi cuai
apabila dalam keadaan begini.
291
00:25:05,130 --> 00:25:07,424
Awak tahu ke mana dia pergi?
292
00:25:07,508 --> 00:25:09,635
Dia ada di bar bawah hentian trem.
293
00:25:10,594 --> 00:25:13,722
Tapi jangan terlalu marah dia.
294
00:25:15,891 --> 00:25:18,560
Jangan risau, saya akan selesaikannya.
295
00:25:36,286 --> 00:25:37,913
Awak tahu siapa saya?
296
00:25:40,290 --> 00:25:42,125
Saya keturunan bangsawan!
297
00:25:43,961 --> 00:25:49,633
Keluarga saya dari salah sebuah rumah
paling lama di Pyongyang!
298
00:25:49,716 --> 00:25:54,555
Awak bangsawan? Biar betul.
299
00:25:55,472 --> 00:25:57,641
Saya pun bangsawan!
300
00:25:59,017 --> 00:26:01,395
Dia juga sama.
301
00:26:01,478 --> 00:26:03,814
Saya juga golongan bangsawan!
302
00:26:05,649 --> 00:26:08,402
Siapa awak nak ejek saya?
303
00:26:09,945 --> 00:26:15,492
Bos saya bergantung kepada saya.
304
00:26:15,576 --> 00:26:20,080
Awak boleh cakap begitu
tentang bos awak?
305
00:26:20,789 --> 00:26:23,709
Saya nampak sebaliknya.
306
00:26:23,792 --> 00:26:25,752
Saya selalu terfikir
cara awak lakukannya,
307
00:26:26,753 --> 00:26:30,215
bagaimana awak boleh bekerja
begitu lama?
308
00:26:30,299 --> 00:26:33,802
Siapa awak? Perisik orang Jepun?
309
00:26:33,886 --> 00:26:35,971
Atau pencuri?
310
00:26:38,557 --> 00:26:39,600
Yoseb!
311
00:26:42,936 --> 00:26:44,229
Apa awak buat di sini?
312
00:26:51,570 --> 00:26:52,738
Dia suruh awak ke sini?
313
00:26:54,781 --> 00:26:56,408
Sunja sedang sakit bersalin.
314
00:27:01,538 --> 00:27:02,539
Pergi.
315
00:27:03,248 --> 00:27:04,917
Saya mahu habiskan minuman saya.
316
00:27:06,293 --> 00:27:08,295
Saya tak diperlukan di sana.
317
00:27:10,756 --> 00:27:12,758
Awak kasihankan diri awak.
318
00:27:21,642 --> 00:27:23,894
Hei! Berikan satu cawan lagi!
319
00:27:23,977 --> 00:27:26,939
Kenapa awak ada di sini?
Pergi pada isteri awak.
320
00:27:28,065 --> 00:27:30,067
Dia yang suruh saya cari awak.
321
00:27:32,444 --> 00:27:35,948
Awak pun golongan bangsawan?
322
00:27:37,199 --> 00:27:38,867
Itu penting sekarang?
323
00:27:38,951 --> 00:27:40,702
Semua itu tiada makna di sini.
324
00:27:45,499 --> 00:27:47,125
Tak guna.
325
00:27:48,210 --> 00:27:49,878
Itu yang mereka mahu,
326
00:27:50,546 --> 00:27:52,089
supaya kita saling bergaduh.
327
00:27:53,423 --> 00:27:57,678
Hei, awak memang percaya
kita semua sama sekarang?
328
00:27:58,846 --> 00:28:01,390
Awak yang ada orang gaji
untuk uruskan keperluan awak?
329
00:28:01,473 --> 00:28:04,268
Mana dia sekarang?
330
00:28:05,853 --> 00:28:11,567
Kesusahan ibu bapa kita juga sukar
jika mengenangkan apa yang sudah tiada.
331
00:28:13,652 --> 00:28:15,279
Itu benda yang dungu.
332
00:28:23,787 --> 00:28:25,914
Apa gunanya kita saling bergaduh?
333
00:28:49,771 --> 00:28:52,191
Keluarga awak jadikan awak satu pelaburan.
334
00:28:52,858 --> 00:28:56,278
Choate, Yale. Resume yang mahal.
335
00:28:56,820 --> 00:28:58,947
Awak juga sama.
336
00:28:59,031 --> 00:29:01,491
UCLA, Kolej Perundangan Stanford.
337
00:29:03,285 --> 00:29:05,078
Sekarang kita berdua sudah kembali.
338
00:29:05,704 --> 00:29:08,999
Saya dengar
kedai pachinko ayah awak semakin maju.
339
00:29:09,833 --> 00:29:12,044
Kenapa tiba-tiba bercakap
tentang pachinko?
340
00:29:13,212 --> 00:29:14,630
Saya berminat dengan pachinko.
341
00:29:15,839 --> 00:29:18,926
Kenapa?
Ia untuk orang yang tiada pilihan lain.
342
00:29:19,009 --> 00:29:20,552
Mungkin pada masa lampau.
343
00:29:22,721 --> 00:29:24,139
Saya tak faham.
344
00:29:24,973 --> 00:29:26,934
Awak mahu kita menceburi
perniagaan pachinko?
345
00:29:27,017 --> 00:29:28,227
Bukan di sini.
346
00:29:28,852 --> 00:29:32,189
Pasaran terlalu padat
sebab orang seperti ayah awak.
347
00:29:33,106 --> 00:29:35,526
Tapi di Korea, Thailand, Macau.
348
00:29:36,360 --> 00:29:38,862
Mungkin juga Vegas.
349
00:29:43,283 --> 00:29:48,539
Idea hebat awak ini,
350
00:29:49,540 --> 00:29:51,792
ia sah?
351
00:29:51,875 --> 00:29:53,877
Maksud awak dari segi undang-undang?
352
00:29:57,381 --> 00:29:58,423
Ya.
353
00:30:01,260 --> 00:30:02,261
Saya…
354
00:30:03,512 --> 00:30:05,264
Saya sangat sayang datuk saya.
355
00:30:06,223 --> 00:30:09,476
Tapi bukannya saya tak tahu siapa dia,
356
00:30:09,560 --> 00:30:11,687
atau urusan dia.
357
00:30:12,312 --> 00:30:13,480
Saya tidak menafikannya.
358
00:30:14,314 --> 00:30:16,400
Orang lain mungkin anggap dia penjahat,
359
00:30:17,234 --> 00:30:18,402
tapi pada saya,
360
00:30:19,486 --> 00:30:21,196
dia lelaki yang selamatkan saya
361
00:30:22,155 --> 00:30:23,615
daripada ayah saya yang ketagih dadah,
362
00:30:23,699 --> 00:30:26,159
anaknya sendiri.
363
00:30:27,619 --> 00:30:29,037
Maksud saya…
364
00:30:30,831 --> 00:30:33,041
saya tak malu dengan datuk saya.
365
00:30:34,793 --> 00:30:35,919
Namun…
366
00:30:38,755 --> 00:30:40,132
Kami tidak sama.
367
00:30:41,091 --> 00:30:42,342
Orang seperti kita,
368
00:30:43,135 --> 00:30:45,637
tak perlu ikut jejak langkah keluarga.
369
00:30:47,181 --> 00:30:48,765
Sudah tidak perlu lagi.
370
00:30:51,935 --> 00:30:53,520
Cuba awak fikir.
371
00:31:04,031 --> 00:31:05,991
Mana kekasih yakuza mak?
372
00:31:08,577 --> 00:31:12,748
Dia bukan yakuza
hanya sebab dia ada kedai pachinko.
373
00:31:14,666 --> 00:31:16,043
Kami datang tergesa-gesa,
374
00:31:17,002 --> 00:31:19,129
jadi dia balik
untuk ambil barang diperlukan.
375
00:31:24,134 --> 00:31:26,178
Saya selalu berfikir.
376
00:31:27,095 --> 00:31:30,224
Saya pasti
dia ada ramai wanita boleh dipilih,
377
00:31:31,058 --> 00:31:32,726
walaupun dia orang Korea.
378
00:31:34,311 --> 00:31:36,605
Tapi kenapa dia pilih mak?
379
00:31:37,648 --> 00:31:40,067
Dia tidak tinggalkan mak
walaupun selepas dengar
380
00:31:40,150 --> 00:31:42,694
mak pernah bersama ramai lelaki.
381
00:31:48,158 --> 00:31:49,159
Jangan bercakap.
382
00:31:52,287 --> 00:31:53,830
Mak takkan bergaduh dengan awak.
383
00:31:55,332 --> 00:31:58,669
Jadi mak akan buat saya bosan
sehingga saya mati?
384
00:31:58,752 --> 00:32:01,880
Jika begitu, bawakan saya pisau
dan saya akan mati sekarang!
385
00:32:11,515 --> 00:32:12,850
Nenek,
386
00:32:14,059 --> 00:32:15,269
nenek pun datang.
387
00:32:17,312 --> 00:32:19,189
Ini perjumpaan semula keluarga.
388
00:32:20,107 --> 00:32:22,150
Pergi belikan saya kopi.
389
00:32:32,828 --> 00:32:38,250
Etsuko-san habiskan banyak duit
untuk cari awak.
390
00:32:39,334 --> 00:32:44,173
Orang Korea memang pentingkan duit.
391
00:32:45,424 --> 00:32:47,509
Semua orang cakap tiada harapan,
392
00:32:47,593 --> 00:32:49,970
tapi dia tak berputus asa.
393
00:32:51,346 --> 00:32:56,894
Tiada ibu sanggup berputus asa
untuk anaknya.
394
00:32:56,977 --> 00:32:58,228
Kenapa nenek datang?
395
00:32:59,146 --> 00:33:03,609
Berterus-terang saja.
Nenek tak sukakan mak.
396
00:33:05,360 --> 00:33:08,572
Sama seperti nenek benci saya
bersama cucu kesayangan nenek.
397
00:33:11,992 --> 00:33:17,206
Saya tahu nenek tahu
tentang saya dan Solomon.
398
00:33:27,216 --> 00:33:29,009
Nenek,
399
00:33:29,635 --> 00:33:32,513
semua orang sangka nenek sangat baik.
400
00:33:35,307 --> 00:33:38,101
Tapi jika Solomon dapat tahu
401
00:33:38,185 --> 00:33:40,354
nenek yang suruh saya lari dari rumah,
402
00:33:41,230 --> 00:33:43,190
nenek rasa apa dia akan cakap?
403
00:33:48,946 --> 00:33:50,364
Apa?
404
00:33:51,323 --> 00:33:55,369
Nenek tak ingat kata-kata nenek
selepas Solomon pergi ke Amerika?
405
00:34:01,875 --> 00:34:04,837
Nenek cakap lebih baik
dia pergi jauh daripada kita.
406
00:34:06,046 --> 00:34:10,926
Sebab kita hanya rosakkan dia
jika dia masih di sini.
407
00:34:11,802 --> 00:34:14,554
Nenek maksudkan saya.
Saya akan rosakkan dia.
408
00:34:16,014 --> 00:34:18,641
Saya bencikan nenek
sejak nenek cakap begitu,
409
00:34:18,725 --> 00:34:21,478
walaupun saya tahu nenek betul!
410
00:34:23,522 --> 00:34:26,525
Awak fikir nenek cakap tentang awak?
411
00:34:32,989 --> 00:34:37,369
Nenek cakap tentang diri sendiri.
412
00:34:40,246 --> 00:34:41,415
Nenek?
413
00:34:48,922 --> 00:34:52,426
Nenek pernah ada seorang anak lelaki.
414
00:34:55,387 --> 00:34:57,472
Dia juga seorang yang baik.
415
00:35:00,267 --> 00:35:06,023
Tapi sebab nenek rosakkan kehidupannya…
416
00:35:08,066 --> 00:35:09,568
dia sudah tiada sekarang.
417
00:35:43,435 --> 00:35:46,480
Kenapa dia masih belum lahir?
418
00:35:47,731 --> 00:35:49,399
Saya tak tahu.
419
00:35:50,817 --> 00:35:51,860
Cukuplah!
420
00:35:52,444 --> 00:35:54,947
Bagaimana orang mahu berehat
jika bising begini?
421
00:35:56,949 --> 00:35:59,451
Awak tak ada hak untuk masuk ke sini!
422
00:36:00,702 --> 00:36:01,870
Lihatlah pinggulnya!
423
00:36:01,954 --> 00:36:03,580
Apa awak buat?
424
00:36:04,206 --> 00:36:06,542
Saya tahu caranya sebab pernah sambut
kelahiran banyak khinzir.
425
00:36:06,625 --> 00:36:08,627
Tolong saya.
426
00:36:08,710 --> 00:36:10,003
Ayuh!
427
00:36:12,339 --> 00:36:16,426
Dengar! Ambil lebih banyak kain bersih
dan air. Sekarang!
428
00:36:16,510 --> 00:36:18,637
Berdiri!
429
00:36:18,720 --> 00:36:20,681
Saya sudah tiada tenaga.
430
00:36:21,265 --> 00:36:22,432
Teran!
431
00:36:22,516 --> 00:36:24,601
Bersama-sama!
432
00:36:24,685 --> 00:36:27,145
Mak!
433
00:36:27,229 --> 00:36:29,565
Teran lagi!
434
00:36:31,441 --> 00:36:36,738
Di dunia penuh masalah
435
00:36:36,822 --> 00:36:43,662
Apa harapanmu?
436
00:36:44,496 --> 00:36:50,752
Bukankah sudah cukup kau nikmati
437
00:36:52,171 --> 00:36:58,677
Kekayaan dan kejayaan?
438
00:36:59,261 --> 00:37:00,345
Minum!
439
00:37:04,349 --> 00:37:06,310
Polis Tinggi Khas. Pemeriksaan rutin.
440
00:37:10,314 --> 00:37:12,107
Saya perlu periksa beg awak.
441
00:37:18,655 --> 00:37:21,283
- Berdiri.
- Ada masalah?
442
00:37:21,783 --> 00:37:24,036
Saya tak buat salah.
443
00:37:24,119 --> 00:37:26,205
Beri saya beg awak.
Saya perlu periksa dalamnya.
444
00:37:26,288 --> 00:37:27,998
Cuma ada pakaian kerja saya.
445
00:37:28,081 --> 00:37:29,416
Beri kepada saya sekarang.
446
00:37:45,641 --> 00:37:49,436
Hei, apa dalam poket kot awak?
447
00:37:50,521 --> 00:37:51,772
Berdiri.
448
00:37:54,775 --> 00:37:56,026
Cepat.
449
00:38:08,705 --> 00:38:11,041
Tolonglah. Ini untuk khinzir saya.
450
00:38:27,891 --> 00:38:29,142
Jangan bergerak.
451
00:38:41,989 --> 00:38:45,701
Awak perlu teran lebih kuat!
Awak buat dengan baik.
452
00:38:46,451 --> 00:38:49,246
Awak buat dengan baik. Sedikit lagi!
453
00:38:50,706 --> 00:38:52,875
Awak kena teran supaya bayi keluar.
454
00:38:52,958 --> 00:38:55,627
- Saya sudah tak boleh teran.
- Ayuh, sekali lagi!
455
00:38:55,711 --> 00:38:57,171
Awak boleh lakukannya.
456
00:38:57,254 --> 00:38:59,131
Sunja, awak kuat.
457
00:38:59,214 --> 00:39:02,843
Ayuh, sekali lagi! Sedikit lagi.
458
00:39:02,926 --> 00:39:05,012
Kemudian bayi akan keluar.
459
00:39:05,095 --> 00:39:07,598
Dia akan keluar. Teruskan meneran!
460
00:39:07,681 --> 00:39:09,349
Awak buat dengan baik.
461
00:39:11,351 --> 00:39:13,270
Kenapa kita duduk saja di sana?
462
00:39:16,481 --> 00:39:18,192
Apabila fikir saya tak buat apa-apa…
463
00:39:18,275 --> 00:39:19,860
Tentulah awak tak buat apa-apa!
464
00:39:20,694 --> 00:39:23,697
Itu dipanggil bertahan.
465
00:39:24,698 --> 00:39:26,450
Kenapa awak perlu selesaikan semuanya?
466
00:39:27,326 --> 00:39:30,621
Berapa lama awak perlu buat begini?
Awak sudah cukup sengsara, bukan?
467
00:39:31,914 --> 00:39:35,584
Awak kasihankan gadis sepertinya,
bawa dia ke rumah kita…
468
00:39:37,169 --> 00:39:38,837
Berhenti!
469
00:39:46,428 --> 00:39:48,847
Awak tak boleh cakap
tentang Sunja begitu.
470
00:39:50,599 --> 00:39:52,351
Saya tak benarkan.
471
00:39:52,976 --> 00:39:54,937
Maaf. Kata-kata saya salah.
472
00:39:55,020 --> 00:39:56,855
Bukan saja kata-kata awak,
473
00:39:56,939 --> 00:39:59,107
tapi juga pemikiran awak.
474
00:40:02,611 --> 00:40:03,779
Abang…
475
00:40:06,782 --> 00:40:08,951
saya patut mati tahun ini.
476
00:40:11,036 --> 00:40:13,205
Tapi saya berdiri di hadapan awak.
477
00:40:13,956 --> 00:40:15,916
Saya masih hidup sebab Sunja.
478
00:40:19,670 --> 00:40:24,341
Awak tak tahu apa dia sudah buat
atau apa dia mampu buat.
479
00:40:26,593 --> 00:40:29,221
Saya tahu.
480
00:40:31,932 --> 00:40:34,101
Dia semakin dekat!
481
00:40:34,184 --> 00:40:35,185
Teruskan meneran!
482
00:40:35,269 --> 00:40:37,771
Sekali lagi, teran!
483
00:40:41,233 --> 00:40:44,319
Saya nampak kepalanya.
Bayi itu sedang keluar!
484
00:40:44,987 --> 00:40:47,656
Saya ada satu perasaan,
apabila bersama Sunja…
485
00:40:49,741 --> 00:40:51,118
mungkin kehidupan saya…
486
00:40:52,744 --> 00:40:54,872
boleh jadi bermakna.
487
00:40:57,583 --> 00:41:00,002
Bukan sesuatu yang amat besar,
488
00:41:00,085 --> 00:41:02,129
tapi saya seperti boleh buat sesuatu.
489
00:41:04,923 --> 00:41:07,759
Saya tak mahu anak saya
membesar dalam dunia begini.
490
00:41:10,053 --> 00:41:11,346
Saya mahu anak saya…
491
00:41:15,350 --> 00:41:18,187
mampu mengenali diri sendiri
492
00:41:18,270 --> 00:41:22,065
dan saya mahu dia berjaya.
493
00:41:25,903 --> 00:41:29,281
Anak-anak kita layak berjaya, bukan?
494
00:41:31,116 --> 00:41:32,618
Abang
495
00:41:33,744 --> 00:41:34,870
dan saya juga.
496
00:41:50,010 --> 00:41:53,472
Sunja, awak dapat anak lelaki.
497
00:42:11,740 --> 00:42:13,700
Saya kenal muka ini.
498
00:42:19,039 --> 00:42:20,624
Ibu saya.
499
00:42:23,961 --> 00:42:25,128
Ayah saya.
500
00:42:30,342 --> 00:42:32,052
Saya kenal dia.
501
00:42:41,728 --> 00:42:43,939
Mari lihat anak lelaki awak.
502
00:42:44,022 --> 00:42:45,524
Anak lelaki?
503
00:43:04,835 --> 00:43:06,128
Anak lelaki saya.
504
00:43:10,924 --> 00:43:13,135
Mereka akan jadi dewasa.
505
00:43:19,766 --> 00:43:21,185
Abang ipar…
506
00:43:25,230 --> 00:43:27,608
boleh namakan bayi ini?
507
00:43:33,155 --> 00:43:34,239
Saya?
508
00:43:35,407 --> 00:43:36,867
Saya tak layak dapat penghormatan itu.
509
00:43:52,424 --> 00:43:54,092
Awak ketua keluarga ini.
510
00:43:57,471 --> 00:43:59,431
Ia bukan penghormatan,
tapi tanggungjawab.
511
00:44:41,014 --> 00:44:45,143
Dia yang membuka dunia baharu…
512
00:44:48,605 --> 00:44:50,148
yang percaya…
513
00:44:53,819 --> 00:44:55,445
apabila orang lain tidak percaya.
514
00:45:00,534 --> 00:45:01,952
Mari namakan dia Noa.
515
00:45:18,677 --> 00:45:19,928
Saya…
516
00:45:21,471 --> 00:45:23,015
nampak hodoh pada mak?
517
00:45:31,440 --> 00:45:36,904
Mak cuma risau awak sakit.
518
00:45:42,367 --> 00:45:44,286
Awak masih Hana mak.
519
00:45:46,163 --> 00:45:48,081
Itu takkan berubah.
520
00:46:04,806 --> 00:46:06,433
Ada lagi?
521
00:46:08,810 --> 00:46:11,396
Saya tak sedar yang saya sangat lapar.
522
00:46:15,108 --> 00:46:19,530
Sentiasa ada lagi. Makanlah.
523
00:46:40,008 --> 00:46:43,053
Mana nenek dapat semua ini?
524
00:46:43,136 --> 00:46:45,347
Hotel ada dapur gas mudah alih.
525
00:46:45,430 --> 00:46:47,349
Nenek bawa hidangan sampingan
dari rumah kita.
526
00:46:48,725 --> 00:46:50,477
Nenek bawanya dari rumah?
527
00:46:51,144 --> 00:46:53,981
Nenek tak tahu
berapa lama kita akan ada di sini.
528
00:46:54,064 --> 00:46:55,858
Bekas bento ini boleh muat
banyak makanan.
529
00:46:55,941 --> 00:46:58,527
- Mari makan.
- Saya tak lapar.
530
00:46:58,610 --> 00:47:00,654
Awak perlu kekalkan tenaga awak.
531
00:47:00,737 --> 00:47:03,073
- Makan.
- Saya sudah cakap tak mahu makan.
532
00:47:12,708 --> 00:47:14,293
Bank pecat saya
533
00:47:15,335 --> 00:47:17,671
sebab saya suruh Pn. Han
jangan tandatangan.
534
00:47:21,091 --> 00:47:22,676
Nenek yang salah.
535
00:47:23,844 --> 00:47:25,053
Nenek buat saya kasihankan dia
536
00:47:26,305 --> 00:47:27,890
dan buat saya lemah.
537
00:47:28,515 --> 00:47:30,601
Itu bukan kelemahan.
538
00:47:32,686 --> 00:47:33,896
Walau apa pun ia,
539
00:47:34,646 --> 00:47:35,981
ia musnahkan saya.
540
00:47:38,483 --> 00:47:40,652
Semua usaha saya selama ini.
541
00:47:45,824 --> 00:47:49,536
Awak fikir kehidupan awak sukar?
542
00:47:49,620 --> 00:47:50,996
Sekarang nenek pun sama.
543
00:47:53,373 --> 00:47:55,250
Nenek bencikan saya
544
00:47:56,043 --> 00:47:58,837
sebab memiliki apa yang nenek tiada
atau tak sengsara seperti nenek?
545
00:48:02,966 --> 00:48:05,010
Baiklah. Nenek betul.
546
00:48:06,637 --> 00:48:08,472
Saya takkan dapat lawan itu.
547
00:48:09,973 --> 00:48:11,767
Nenek juga ada pilihan dulu.
548
00:48:12,809 --> 00:48:14,102
Suatu masa lama dahulu.
549
00:48:17,856 --> 00:48:21,735
Nenek boleh jadi sangat kaya,
tapi nenek menolaknya.
550
00:48:25,113 --> 00:48:26,573
Ini sebelum perang.
551
00:48:29,785 --> 00:48:32,120
Sebelum nenek kahwini datuk awak.
552
00:48:36,917 --> 00:48:38,460
Kenapa nenek tak ambilnya?
553
00:48:43,674 --> 00:48:47,886
Bagaimana nenek mahu hidup
dengan dua kehidupan berbeza?
554
00:48:48,720 --> 00:48:51,932
Kehidupan yang nenek boleh ceritakan
dan kehidupan yang perlu disorok.
555
00:48:56,019 --> 00:48:57,646
Itu bermakna.
556
00:48:59,773 --> 00:49:01,525
Lebih penting daripada kejayaan
557
00:49:01,608 --> 00:49:04,236
ialah cara kita berjaya.
558
00:49:07,072 --> 00:49:08,365
Saya tahu, nenek.
559
00:49:09,032 --> 00:49:10,284
Saya sedang cuba.
560
00:49:41,648 --> 00:49:43,108
Awak akan lambat.
561
00:49:54,536 --> 00:49:56,788
Kenapa awak sudah tidak pakai sut?
562
00:50:01,752 --> 00:50:03,795
Tuhan tak perlukan saya pakai sut.
563
00:50:07,549 --> 00:50:08,884
Begini lebih selesa.
564
00:50:29,947 --> 00:50:31,698
Kenapa?
565
00:50:34,034 --> 00:50:35,744
Saya sudah ada anak lelaki.
566
00:50:38,622 --> 00:50:40,541
Apa yang awak tak dapat beri,
567
00:50:41,667 --> 00:50:43,627
telah diberi oleh wanita lain.
568
00:50:46,171 --> 00:50:47,381
Awak mendengar?
569
00:50:50,467 --> 00:50:53,762
Sesetengah wanita
lebih mudah bertolak ansur, bukan?
570
00:50:53,846 --> 00:50:55,848
Saya tak perlu beritahu awak
tentang dia.
571
00:50:57,391 --> 00:50:58,642
Tapi dengan ini,
572
00:50:59,142 --> 00:51:01,854
awak dibebaskan daripada
tanggungjawab perkahwinan awak.
573
00:51:04,231 --> 00:51:05,691
Awak pasti gembira.
574
00:51:07,317 --> 00:51:11,280
Saya tahu perkahwinan ini
seperti sumpahan pada awak.
575
00:51:12,239 --> 00:51:14,575
Rasanya ia agak menenangkan.
576
00:51:15,868 --> 00:51:17,369
Tapi ia sudah terlambat.
577
00:51:18,203 --> 00:51:19,329
Badan saya,
578
00:51:20,372 --> 00:51:22,124
awak sudah rosakkannya.
579
00:51:28,881 --> 00:51:29,923
Tapi…
580
00:51:31,717 --> 00:51:33,552
anak lelaki kesayangan awak,
581
00:51:35,012 --> 00:51:37,264
apa pendapatnya tentang awak?
582
00:52:33,737 --> 00:52:35,739
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman