1 00:00:06,416 --> 00:00:10,958 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:11,458 --> 00:00:14,958 DITERBITKAN OLEH FILMIZION 3 00:00:22,541 --> 00:00:24,583 Sekolah ialah tempat kegemaran saya. 4 00:00:30,000 --> 00:00:33,458 Saya suka ke sekolah setiap hari. 5 00:00:47,541 --> 00:00:50,333 Saya pernah ada ramai kawan. 6 00:00:53,916 --> 00:00:55,166 Hidup memang indah. 7 00:01:06,125 --> 00:01:07,125 Apa awak dah buat? 8 00:01:07,833 --> 00:01:11,083 Lari sebelum ada orang nampak kita! 9 00:01:15,333 --> 00:01:16,958 Tapi, tidak lagi. 10 00:01:28,458 --> 00:01:29,458 Sekarang… 11 00:01:31,208 --> 00:01:33,041 sekolah hanyalah mimpi ngeri. 12 00:01:40,708 --> 00:01:44,333 KARYA TIMA SHOMALI DAN SHIRIN KAMAL 13 00:01:44,500 --> 00:01:47,958 ARAHAN TIMA SHOMALI 14 00:01:50,625 --> 00:01:53,875 Saya terjumpa dia telah pengsan dan cuba dapatkan bantuan. 15 00:01:55,000 --> 00:01:56,875 Tiada orang lain dengannya. 16 00:01:57,791 --> 00:02:00,166 Saya tak nampak sesiapa semasa saya lalu. 17 00:02:03,000 --> 00:02:04,958 Mungkin ada orang lain nampak? 18 00:02:05,041 --> 00:02:07,333 Tak adil kejadian yang menimpa Mariam 19 00:02:07,416 --> 00:02:10,166 dan ia buat saya sedih. 20 00:02:11,375 --> 00:02:13,708 Tapi, saya tak peduli apa orang macam dia buat. 21 00:02:14,333 --> 00:02:15,875 Kami bukan kawan. 22 00:02:16,958 --> 00:02:19,083 Dia anggap dirinya yang terbaik. 23 00:02:19,750 --> 00:02:22,000 Suasananya tegang di sini. 24 00:02:22,916 --> 00:02:26,625 Macam rancangan TV tapi CSI: Rawabi. 25 00:02:34,083 --> 00:02:35,791 Kenapa saya disoal? 26 00:02:38,375 --> 00:02:40,000 Mariam kawan baik saya. 27 00:02:40,708 --> 00:02:42,875 Satu-satunya kawan saya. 28 00:02:45,166 --> 00:02:48,583 Kenapa mereka sanggup buat begini? Saya tak faham. 29 00:02:56,250 --> 00:02:59,250 Jika semua orang bercakap benar 30 00:02:59,333 --> 00:03:00,541 DUA MINGGU LALU 31 00:03:00,625 --> 00:03:03,083 Api akan semarak di bumi 32 00:03:03,166 --> 00:03:05,333 Cakap yang benar 33 00:03:05,416 --> 00:03:07,083 SEKOLAH PEREMPUAN ALRAWABI - 1973 34 00:03:07,166 --> 00:03:10,958 Padamkan api Tutup semua pintu 35 00:03:12,125 --> 00:03:15,083 Masih ada orang hidup di zaman silam 36 00:03:15,166 --> 00:03:19,166 Hidup di zaman silam Tiada siapa punya masa senggang 37 00:03:19,250 --> 00:03:20,708 Kalau ada pun yang lapang 38 00:03:20,791 --> 00:03:23,250 Merekalah jadi hakim 39 00:03:23,333 --> 00:03:26,916 Kerana sang hakim juga Mahu menegakkan kebenaran 40 00:03:28,583 --> 00:03:31,833 Pergilah hidup di gurun 41 00:03:32,416 --> 00:03:35,875 Yang tiada siapa tahu 42 00:03:36,416 --> 00:03:40,208 Tiada tempat berlindung untuk kau dan aku 43 00:03:40,291 --> 00:03:43,041 Hatta sebungkus gula-gula getah Pun tidak ketemu 44 00:03:44,541 --> 00:03:45,958 Selamat pagi, Cik Lamia. 45 00:03:47,291 --> 00:03:49,750 - Selamat pagi. - Hei, tomboi. 46 00:03:51,583 --> 00:03:52,791 Saya cakap dengan awak. 47 00:03:53,833 --> 00:03:54,958 Apa masalah awak? 48 00:03:55,541 --> 00:03:56,875 Awaklah. 49 00:03:57,916 --> 00:04:02,000 Memang awak bangun setiap pagi cuba kelihatan seperti lelaki 50 00:04:02,083 --> 00:04:03,333 atau memang semula jadi? 51 00:04:03,916 --> 00:04:07,208 Entah. Setiap pagi awak memang bangun 52 00:04:07,291 --> 00:04:08,916 cuba jadi jahat 53 00:04:09,000 --> 00:04:10,458 atau itu memang semula jadi? 54 00:04:10,541 --> 00:04:11,583 Tolonglah. 55 00:04:12,625 --> 00:04:13,708 Duduk. 56 00:04:14,625 --> 00:04:15,708 Awak memang hebat. 57 00:04:21,000 --> 00:04:22,833 Maaf, tak dapat tonton wayang semalam. 58 00:04:22,916 --> 00:04:25,208 Saya ralit buat kerja rumah. 59 00:04:25,291 --> 00:04:26,291 Macam biasa. 60 00:04:26,333 --> 00:04:28,291 Bagaimana? Apa yang saya tertinggal? 61 00:04:28,375 --> 00:04:32,333 Ya! Otot perut Zac Efron. 62 00:04:34,041 --> 00:04:36,625 Menggoda betul. 63 00:04:37,208 --> 00:04:38,375 Jangan risau, 64 00:04:38,458 --> 00:04:40,666 saya sekat nombor sekolah pada telefon mak. 65 00:04:40,750 --> 00:04:44,791 Sekolah dah tak boleh nak telefon mak lagi. 66 00:04:44,875 --> 00:04:47,666 Layan, awak patut jadi ejen CIA. 67 00:04:51,125 --> 00:04:52,666 Apa yang tak kena? 68 00:04:53,916 --> 00:04:56,541 Awak nak pakai baju apa? 69 00:05:01,458 --> 00:05:03,750 Gaya seksi hari ini? Saya suka. 70 00:05:03,833 --> 00:05:05,708 - Sangat menarik. - Diam. 71 00:05:08,916 --> 00:05:10,166 Awak dah sedia? 72 00:05:10,250 --> 00:05:11,250 Dah tiba masanya. 73 00:05:11,708 --> 00:05:13,541 Saya dilahirkan bersedia. 74 00:05:13,625 --> 00:05:15,000 - Hentian berikut? - Ya. 75 00:05:30,250 --> 00:05:33,916 Awak makan apa? Awak ini pengisar makanan? 76 00:05:34,000 --> 00:05:35,083 Cukup-cukuplah. 77 00:05:36,250 --> 00:05:37,250 Maaf. 78 00:05:38,666 --> 00:05:39,833 Awak nak satu? 79 00:05:56,000 --> 00:05:58,500 En. Abu Hamdi, boleh tukar muzik? 80 00:05:58,583 --> 00:05:59,666 Pergi duduk. 81 00:06:00,875 --> 00:06:03,666 Hei, bangun dan mula bergerak. 82 00:06:03,750 --> 00:06:04,750 Lekas. 83 00:06:04,833 --> 00:06:06,416 Saya tak nak bangun. 84 00:06:07,458 --> 00:06:09,875 Dia dah suruh bangun, bangunlah. 85 00:06:09,958 --> 00:06:11,625 Jangan kacau, okey? 86 00:06:20,833 --> 00:06:22,166 Anak-anak, tolonglah duduk. 87 00:06:23,875 --> 00:06:25,375 Jangan pedulikan mereka. 88 00:06:27,791 --> 00:06:29,750 Layan, apa masalah awak? 89 00:06:30,458 --> 00:06:32,125 Lain kali, dengar. 90 00:06:34,458 --> 00:06:36,750 Sekarang baju saya dah basah! 91 00:06:41,750 --> 00:06:44,916 Saya dah cakap, Encik Abu Hamdi. Cik Lamia nak lagu lain. 92 00:06:45,000 --> 00:06:46,250 Ya Tuhan, Cik Lamia! 93 00:06:46,333 --> 00:06:48,375 Tolong. Dina tertumpah teh. 94 00:06:48,458 --> 00:06:50,250 - Habis kotor… - Bukan saya yang buat! 95 00:06:50,333 --> 00:06:53,166 Anak-anak! Tolonglah duduk! 96 00:07:04,875 --> 00:07:11,833 SEKOLAH PEREMPUAN ALRAWABI 97 00:07:27,333 --> 00:07:32,416 Kami, pelajar AlRawabi 98 00:07:32,500 --> 00:07:36,416 Ke puncak kami tuju 99 00:07:36,500 --> 00:07:39,583 Pelajar AlRawabi 100 00:07:39,666 --> 00:07:43,541 Di ufuk kami menyinar 101 00:07:43,625 --> 00:07:47,333 Kamilah pelopor dan pembaharu 102 00:07:47,416 --> 00:07:51,000 Kami yakini sains 103 00:07:51,083 --> 00:07:54,666 Kami cerah masa depan dan beraspirasi 104 00:07:54,750 --> 00:07:58,708 Etika kami unggul 105 00:07:58,791 --> 00:08:04,208 Kami pelajar AlRawabi 106 00:08:04,291 --> 00:08:07,541 Ke puncak kami tuju 107 00:08:07,625 --> 00:08:11,375 Pelajar AlRawabi 108 00:08:11,458 --> 00:08:14,666 Di ufuk kami menyinar 109 00:08:15,625 --> 00:08:22,041 Kami pelajar AlRawabi 110 00:08:22,125 --> 00:08:28,583 Ke puncak kami tuju 111 00:08:29,250 --> 00:08:33,000 Di ufuk kami menyinar 112 00:08:33,083 --> 00:08:37,500 Membina masa depan 113 00:08:37,583 --> 00:08:40,416 Kami serius dan rajin 114 00:08:41,000 --> 00:08:45,291 Hormat dan komited 115 00:08:45,375 --> 00:08:52,291 Nilai sejati kami 116 00:08:56,250 --> 00:09:00,583 WANITA 117 00:09:05,666 --> 00:09:07,583 "Kalaulah saya boleh bangun suatu hari 118 00:09:07,666 --> 00:09:12,625 dan dapati saya dapat bebas bercakap menyatakan betapa saya dambakan cinta…" 119 00:09:15,166 --> 00:09:18,166 Maaf. Tumpang lalu. 120 00:09:24,916 --> 00:09:25,916 Hai. 121 00:09:28,541 --> 00:09:30,416 Tak berjaya? 122 00:09:30,958 --> 00:09:33,666 Takkanlah awak tak nampak? 123 00:09:34,458 --> 00:09:37,375 Adalah sikit. 124 00:09:37,458 --> 00:09:38,875 Kalau awak tak buta. 125 00:09:40,750 --> 00:09:42,750 Kenapalah mereka satu laluan dengan kita? 126 00:09:42,833 --> 00:09:46,208 Mereka sangka mereka mafia, sedap-sedap mengarah orang? 127 00:09:47,500 --> 00:09:49,166 Diam! 128 00:09:52,416 --> 00:09:55,916 Guru-guru, periksa pelajar. 129 00:10:00,708 --> 00:10:01,833 Bagus. 130 00:10:03,583 --> 00:10:04,583 Bagus. 131 00:10:11,583 --> 00:10:13,625 - Apa dalam poket kamu? - Tiada apa. 132 00:10:13,708 --> 00:10:15,541 Kamu tahu peraturannya, 133 00:10:15,625 --> 00:10:17,041 macam orang lain. 134 00:10:17,583 --> 00:10:21,333 Telefon tak dibenarkan ketika waktu sekolah. 135 00:10:21,416 --> 00:10:22,916 - Keluarkan. - Saya terlupa. 136 00:10:23,000 --> 00:10:24,750 Beri kepada cikgu. 137 00:10:37,083 --> 00:10:38,291 Puan ada masalah? 138 00:10:46,125 --> 00:10:47,125 Tak guna. 139 00:10:48,708 --> 00:10:50,625 Mariam. Hebat. 140 00:10:50,708 --> 00:10:52,333 Sentiasa kemas. 141 00:10:53,875 --> 00:10:54,875 Dina. 142 00:10:55,708 --> 00:10:56,583 Kamu kenapa? 143 00:10:56,666 --> 00:10:59,500 Cik Abeer, teh saya tertumpah di dalam bas. 144 00:11:00,333 --> 00:11:02,916 Pergi ke pejabat dan dapatkan baju lain. 145 00:11:03,000 --> 00:11:04,875 - Lekas. - Sia-sia saja. 146 00:11:12,333 --> 00:11:14,333 Masukkan baju ke dalam. 147 00:11:15,250 --> 00:11:16,250 Baik, puan. 148 00:11:19,041 --> 00:11:20,083 Di mana Layan? 149 00:11:20,166 --> 00:11:21,416 Dia tak hadir, sakit. 150 00:11:21,500 --> 00:11:24,000 Kasihan Layan, selesema. Puan patut dengar suaranya. 151 00:11:24,083 --> 00:11:25,458 Okey, saya faham. 152 00:11:25,541 --> 00:11:26,375 Dia demam. 153 00:11:26,458 --> 00:11:28,625 Suruh dia bawa surat daripada ibu bapanya. 154 00:11:29,500 --> 00:11:30,708 Baik, cik. 155 00:11:30,791 --> 00:11:33,250 Tunjuk. Bagus. 156 00:11:43,291 --> 00:11:46,458 Kenapa awak pilih tempat ini? 157 00:11:47,208 --> 00:11:49,666 Sayang, ini saja tempat yang dibuka seawal ini. 158 00:11:49,750 --> 00:11:52,625 Awak risau ada orang nampak kita, bukan? 159 00:11:55,125 --> 00:11:58,541 Lagipun, di sini lebih selesa. 160 00:12:06,833 --> 00:12:07,833 Jangan risau. 161 00:12:07,875 --> 00:12:11,041 Saya tahu tempat ini menyeramkan, tapi saya ada. 162 00:12:11,875 --> 00:12:13,625 Tempatnya tak penting. 163 00:12:14,625 --> 00:12:17,916 Yang penting, akhirnya kita dapat berjumpa. 164 00:12:18,500 --> 00:12:20,458 Apa-apa pun, awak berbaloi. 165 00:12:24,375 --> 00:12:26,708 Awak tak nak datang ke rumah saya. 166 00:12:26,791 --> 00:12:28,666 Harap-harap rumah awak cantik lagi. 167 00:12:29,250 --> 00:12:32,458 Awak terpaksa tengok sendiri. 168 00:12:37,166 --> 00:12:38,541 PELOPOR DAN PEMBAHARU 169 00:12:50,041 --> 00:12:51,625 Selamat pagi. 170 00:12:51,708 --> 00:12:55,125 Selamat pagi, Cik Abeer. 171 00:12:59,000 --> 00:13:00,416 Saya kenalkan ini Noaf. 172 00:13:01,750 --> 00:13:03,833 Dia mula bersekolah di sini 173 00:13:03,916 --> 00:13:07,041 dan akan sertai kelas kita. 174 00:13:07,791 --> 00:13:09,291 Kenapa pindah tengah tahun? 175 00:13:10,333 --> 00:13:12,041 Awak buat hal? 176 00:13:13,000 --> 00:13:14,791 Ceritalah. 177 00:13:15,500 --> 00:13:16,666 Apa kisah awak? 178 00:13:16,750 --> 00:13:19,250 Ruqayya, tak payah berlagak. 179 00:13:21,083 --> 00:13:23,333 Sila alu-alukan Noaf 180 00:13:23,416 --> 00:13:26,541 dan dia bantu sesuaikan diri. 181 00:13:27,583 --> 00:13:31,000 Mariam, mungkin kamu boleh tolong Noaf 182 00:13:31,083 --> 00:13:32,666 mengejar semula pelajarannya. 183 00:13:37,083 --> 00:13:38,166 Nerda. 184 00:13:41,541 --> 00:13:44,083 Pergi ambil tempat duduk kamu. 185 00:13:47,041 --> 00:13:50,458 Mulai esok, cikgu nak awak pakai seragam sekolah. 186 00:13:51,208 --> 00:13:54,666 Cikgu tak nak tengok kamu pakai semua benda ini. 187 00:13:55,375 --> 00:13:56,375 Faham? 188 00:13:57,000 --> 00:13:58,000 Pergi duduk. 189 00:14:05,333 --> 00:14:06,541 Itu meja Layan. 190 00:14:07,166 --> 00:14:08,166 Cari meja lain. 191 00:14:11,333 --> 00:14:13,625 Awak boleh duduk di sini. 192 00:14:18,708 --> 00:14:19,541 Hai. 193 00:14:19,625 --> 00:14:20,625 Saya Dina. 194 00:14:24,500 --> 00:14:25,583 Selamat berkenalan. 195 00:14:27,708 --> 00:14:30,791 Kita akan ke makmal sekejap lagi 196 00:14:30,875 --> 00:14:32,583 untuk kerja berkumpulan. 197 00:14:50,166 --> 00:14:51,958 - Nak tahu mak saya masak apa? - Apa? 198 00:14:52,041 --> 00:14:54,125 Masakan Korea, shabu shabu. 199 00:14:55,250 --> 00:14:58,125 - Sedap bunyinya. - Awak patut singgah dan cuba. 200 00:14:58,208 --> 00:15:00,541 - Helo, En. Abu Hamdi. - Helo, En. Abu Hamdi. 201 00:15:27,083 --> 00:15:29,166 Ada sesiapa syak saya ponteng hari ini? 202 00:15:29,250 --> 00:15:32,750 Tak. Sekarang ceritakan semuanya. 203 00:15:32,833 --> 00:15:35,875 Okey. Dia ambil saya naik kereta sport. 204 00:15:35,958 --> 00:15:38,666 - Okey. - Dia beri saya bunga mawar dan kad. 205 00:15:38,750 --> 00:15:40,166 Romantiknya! 206 00:15:40,250 --> 00:15:42,333 - Tunjuklah. - Saya terpaksa buang. 207 00:15:42,416 --> 00:15:45,458 Susah saya kalau abang saya jumpa. 208 00:15:45,541 --> 00:15:46,875 Ya, susah. 209 00:15:46,958 --> 00:15:49,958 Tapi, dia tampan dan wangi. 210 00:15:50,458 --> 00:15:52,208 Kami berpegangan tangan. 211 00:15:53,500 --> 00:15:55,250 Kami akan jumpa lagi Rabu nanti. 212 00:15:55,833 --> 00:15:58,291 Jika semuanya lancar, saya akan ke rumahnya. 213 00:15:58,375 --> 00:16:00,750 Dia ada suite peribadi dan kolam renang. 214 00:16:02,916 --> 00:16:04,625 Kenapa dengan awak? 215 00:16:04,708 --> 00:16:06,500 Mak dan ayahnya memang kaya. 216 00:16:06,583 --> 00:16:08,375 Kereta mewah dan kolam. 217 00:16:08,458 --> 00:16:10,833 Jika begitu, saya tak kisah jadi isteri kedua. 218 00:16:10,916 --> 00:16:12,791 Ya. Berkongsi bawa bahagia. 219 00:16:35,750 --> 00:16:39,166 Mestikah kita tunggu mak? Saya dah lapar. 220 00:16:39,791 --> 00:16:40,833 Mak dah balik. 221 00:16:41,583 --> 00:16:44,083 Tepat pada masa. Saya baru nak hidang makanan. 222 00:16:44,625 --> 00:16:47,708 Makanlah dulu. Saya nak salin baju dulu. 223 00:16:50,291 --> 00:16:51,958 Nasib baik suami awak baik 224 00:16:52,041 --> 00:16:54,250 dan masak semua ini sendiri. 225 00:16:56,125 --> 00:16:57,958 Ya, semuanya masak sendiri. 226 00:16:58,041 --> 00:16:59,708 Terima kasih. Bertuahnya ayah. 227 00:16:59,791 --> 00:17:01,250 Saya yang bertuah. 228 00:17:01,916 --> 00:17:03,833 "Tanda pagar matlamat hubungan." 229 00:17:03,916 --> 00:17:05,208 Bukan itu gaya sekarang? 230 00:17:05,708 --> 00:17:06,708 Taklah, ayah. 231 00:17:07,500 --> 00:17:09,416 Tak betulkah, Mariam? 232 00:17:09,958 --> 00:17:10,958 Tak. 233 00:17:18,708 --> 00:17:20,041 Terima kasih kepada ayah. 234 00:17:20,541 --> 00:17:24,208 MASA DEPAN MILIK WANITA 235 00:17:29,500 --> 00:17:34,500 BERANI 236 00:17:51,833 --> 00:17:52,708 Helo. 237 00:17:52,791 --> 00:17:54,208 Hai, apa khabar? 238 00:17:54,291 --> 00:17:55,791 Hai, saya sihat. Awak? 239 00:17:55,875 --> 00:17:58,708 Bagus. Sekejap, saya masukkan Dina sama. 240 00:17:58,791 --> 00:17:59,958 Nanti. 241 00:18:00,041 --> 00:18:04,291 Boleh tak hari ini kita berdua saja? 242 00:18:05,708 --> 00:18:09,125 Saya cuma rasa kurang senang tak beritahu Dina 243 00:18:09,833 --> 00:18:11,416 tentang hubungan kita sekarang. 244 00:18:12,500 --> 00:18:15,000 - Boleh saya cakap? - Ya. 245 00:18:15,666 --> 00:18:16,875 Saya rindukan awak. 246 00:18:17,750 --> 00:18:18,875 Itu boleh. 247 00:18:20,791 --> 00:18:22,791 Awak dah habis tengok filem itu? 248 00:18:22,875 --> 00:18:25,125 Saya nak sangat cerita dengan seseorang. 249 00:18:25,750 --> 00:18:27,250 Belum lagi. 250 00:18:27,333 --> 00:18:29,208 Saya sibuk buat kerja sekolah. 251 00:18:29,291 --> 00:18:31,833 Lagipun saya dah baca buku-bukunya. 252 00:18:31,916 --> 00:18:34,125 Buku biasanya lebih bagus daripada filem. 253 00:18:34,625 --> 00:18:35,666 Nerda! 254 00:18:37,291 --> 00:18:38,916 Yazan, jangan cakap begitu. 255 00:18:39,625 --> 00:18:42,375 Awak dah sama macam rakan sekelas saya. 256 00:18:42,458 --> 00:18:43,666 Maaf, saya gurau saja. 257 00:18:45,083 --> 00:18:47,875 Mariam! 258 00:18:48,500 --> 00:18:49,500 Saya minta diri. 259 00:18:50,000 --> 00:18:51,583 Sumpah, saya tak maksudkannya. 260 00:18:52,291 --> 00:18:54,000 Ya, tapi mak saya panggil. 261 00:18:54,750 --> 00:18:56,208 Kita sembang lagi nanti. 262 00:18:56,291 --> 00:18:58,166 Okey, jangan lupa tonton filem itu. 263 00:19:18,500 --> 00:19:19,666 Ayuh, Dina! 264 00:19:20,291 --> 00:19:21,750 Lekas, Dina. 265 00:19:22,250 --> 00:19:24,375 - Lekas Dina! - Awak boleh. Cubalah. 266 00:19:24,458 --> 00:19:25,541 - Jaringkan! - Cuba! 267 00:19:25,625 --> 00:19:27,583 - Jaringkan! - Ayuh. 268 00:19:29,000 --> 00:19:30,166 Dina penat! 269 00:19:31,875 --> 00:19:32,875 Dina, rehat. 270 00:19:32,916 --> 00:19:34,041 Syukurlah! 271 00:19:34,125 --> 00:19:35,500 Layan, ambil tempat Dina. 272 00:19:36,833 --> 00:19:37,833 Bangun. 273 00:19:39,291 --> 00:19:40,458 Pukul berapa sekarang? 274 00:19:40,541 --> 00:19:43,750 Bila kita nak selesai latihan? 275 00:19:43,833 --> 00:19:45,416 Macam itulah. 276 00:19:52,583 --> 00:19:53,416 Bagus! 277 00:19:53,500 --> 00:19:54,500 Jaringan terbaik. 278 00:19:59,375 --> 00:20:01,666 Hantarkan kepada saya… 279 00:20:01,750 --> 00:20:02,625 Dina. 280 00:20:02,708 --> 00:20:03,958 Layan, sebelah sini! 281 00:20:04,041 --> 00:20:05,750 Hantarkan bola kepada saya! 282 00:20:05,833 --> 00:20:06,750 Sebelah sini! 283 00:20:06,833 --> 00:20:08,625 Layan! Hantar kepada Mariam! 284 00:20:08,708 --> 00:20:10,833 - Hantarlah! - Hantar kepada Mariam. 285 00:20:11,375 --> 00:20:13,000 Lekas, hantarkan. 286 00:20:13,083 --> 00:20:14,083 Layan! 287 00:20:21,458 --> 00:20:22,750 Kenapa dengan kamu? 288 00:20:24,000 --> 00:20:25,000 Kamu okey? 289 00:20:26,541 --> 00:20:29,000 Sudahlah, bola itu tak kena dia pun. 290 00:20:29,583 --> 00:20:32,208 Lagipun, 291 00:20:32,291 --> 00:20:34,958 dadanya leper, tak sakit pun. 292 00:20:38,083 --> 00:20:39,083 Layan, ke bangku. 293 00:20:39,791 --> 00:20:41,083 - Saya baru main. - Pergi! 294 00:20:41,166 --> 00:20:42,750 - Saya belum main lagi! - Bangku! 295 00:20:50,416 --> 00:20:51,416 Teruskan. 296 00:21:11,833 --> 00:21:12,833 Kawan-kawan… 297 00:21:13,208 --> 00:21:15,291 Dah dengar lagu baharu Drake? 298 00:21:15,375 --> 00:21:18,125 Tak habis-habis dengan Drake. 299 00:21:18,625 --> 00:21:20,916 Dengarlah Adham Nabulsi. 300 00:21:22,791 --> 00:21:24,750 Ya. 301 00:21:34,500 --> 00:21:37,041 Awak suka tengok? 302 00:21:38,208 --> 00:21:39,333 Jangan ganggu saya. 303 00:21:42,500 --> 00:21:44,541 Kasihan Mariam. Mesti sukar tak tahu 304 00:21:45,583 --> 00:21:47,625 apa rasanya jadi 305 00:21:47,708 --> 00:21:49,166 wanita sejati. 306 00:21:50,083 --> 00:21:54,250 Dahlah dada leper. 307 00:21:54,750 --> 00:21:59,166 Kenapalah awak nak pakai coli? Berharap ia membesar? 308 00:22:01,041 --> 00:22:02,041 Bodoh. 309 00:22:03,541 --> 00:22:07,125 Mesti awak nak sangat rasa sebab awak sendiri tiada. 310 00:22:08,666 --> 00:22:09,666 Nak? 311 00:22:10,000 --> 00:22:11,166 Tak payah. 312 00:22:13,000 --> 00:22:14,708 Hei! 313 00:22:14,791 --> 00:22:16,083 Jangan malu. 314 00:22:16,583 --> 00:22:18,083 Semua perempuan. 315 00:22:19,458 --> 00:22:21,583 Jangan ganggu saya, Layan. 316 00:22:23,958 --> 00:22:27,041 Mariam, tak sangka awak berani lakukannya! 317 00:22:27,125 --> 00:22:28,250 Awak memang teruk! 318 00:22:28,333 --> 00:22:30,125 Nampak tak apa dia buat? 319 00:22:30,208 --> 00:22:32,208 Saya tak buat apa-apa! Kenapa fitnah saya? 320 00:22:32,291 --> 00:22:34,000 Kenapa awak buat? 321 00:22:34,083 --> 00:22:36,041 Teruk betul awak ini. 322 00:22:36,125 --> 00:22:38,583 - Apa awak buat di sini? - Kenapa dengannya? 323 00:22:38,666 --> 00:22:40,166 - Budak aneh. - Awak kenapa? 324 00:22:40,250 --> 00:22:42,041 - Dia bohong. - Apa maksud awak? 325 00:22:42,125 --> 00:22:44,583 - Awak pembohong. - Kami nampak awak raba dia. 326 00:22:44,666 --> 00:22:46,583 Teruknya perangai! 327 00:22:47,500 --> 00:22:48,750 Kenapa awak buat begitu? 328 00:22:48,833 --> 00:22:51,125 - Jangan kawan dengan kami. - Keluar dari sini. 329 00:22:51,208 --> 00:22:52,208 Keluar. 330 00:22:52,750 --> 00:22:55,708 - Keluar dari sini, Mariam! - Awaklah pembohong. 331 00:22:55,791 --> 00:22:57,250 Teruknya perangai. 332 00:22:57,333 --> 00:22:59,750 - Keluar! - Awak memang teruk. 333 00:22:59,833 --> 00:23:01,708 Awak nampak apa dia buat? 334 00:23:21,083 --> 00:23:23,750 Ayuh, kita bakar kota ini 335 00:23:23,833 --> 00:23:26,541 Bina yang baharu Yang lebih bermaruah 336 00:23:26,625 --> 00:23:29,166 Lupakan masa ini 337 00:23:29,250 --> 00:23:32,666 Impikan masa yang lebih indah 338 00:23:32,750 --> 00:23:35,666 Oleh sebab kau tiada apa 339 00:23:35,750 --> 00:23:38,500 Kau tak perlu khuatir 340 00:23:38,583 --> 00:23:42,750 Aku bosan hidup sendiri 341 00:23:43,416 --> 00:23:46,750 - Merdu betul suara awak. - Sangat hebat. 342 00:23:53,875 --> 00:23:54,958 Awak ke mana? 343 00:23:55,541 --> 00:23:57,500 Puas saya cari awak. 344 00:24:00,208 --> 00:24:01,375 Maaf, saya… 345 00:24:02,833 --> 00:24:05,958 - Layan memang tak guna. - Macam tak biasa. 346 00:24:06,041 --> 00:24:08,000 Tukar cerita. 347 00:24:08,083 --> 00:24:11,916 Saya nak cerita gosip terbaru. 348 00:24:12,000 --> 00:24:14,750 Ada orang… 349 00:24:17,416 --> 00:24:19,000 sentuh buah dada Layan. 350 00:24:19,833 --> 00:24:21,833 Kenapalah saya tiada tadi? 351 00:24:22,958 --> 00:24:25,625 Biar betul, Dina. Semua orang bercerita? 352 00:24:26,750 --> 00:24:28,166 Awak nampak? 353 00:24:29,000 --> 00:24:31,333 Saya selalu terlepas cerita sensasi! 354 00:24:32,791 --> 00:24:35,708 Tak payahlah percaya kata-kata Layan. 355 00:24:37,083 --> 00:24:38,625 Semua itu tak penting. 356 00:24:39,208 --> 00:24:40,833 Siapakah orangnya? 357 00:24:43,666 --> 00:24:45,250 - Sayalah. - Apa? 358 00:24:45,833 --> 00:24:48,250 - Tapi, dia bohong. - Apa maksudnya, awak buat? 359 00:24:50,458 --> 00:24:51,791 Dia reka-reka cerita. 360 00:24:53,458 --> 00:24:57,750 Layan memang suka memanipulasi orang. 361 00:25:03,500 --> 00:25:07,250 Mula dari awal. Saya nak tahu semuanya. 362 00:25:08,041 --> 00:25:12,541 Dina, boleh awak lupakan saja gosip itu? 363 00:25:12,625 --> 00:25:13,916 Tolonglah. 364 00:25:30,000 --> 00:25:34,583 Saya dengar Layan nak ponteng sekolah lagi. 365 00:25:35,125 --> 00:25:37,333 Mungkin saya tak patut minum teh esok. 366 00:25:37,416 --> 00:25:38,416 Nanti. 367 00:25:39,416 --> 00:25:41,583 Layan nak ponteng sekolah lagi? 368 00:25:44,500 --> 00:25:45,958 Bukan awak kata… 369 00:25:46,666 --> 00:25:49,250 hentikan hal gosip? 370 00:25:51,375 --> 00:25:52,375 Dina. 371 00:25:55,166 --> 00:25:57,666 Dina. Tolonglah. 372 00:25:59,166 --> 00:26:00,416 Okey. 373 00:26:01,000 --> 00:26:02,250 Saya akan ceritakan. 374 00:26:02,333 --> 00:26:06,041 Saya dengar Layan nak ponteng sekolah esok. 375 00:26:06,125 --> 00:26:08,875 Dia nak jumpa teman lelakinya 376 00:26:08,958 --> 00:26:11,666 yang dikatakan sangat tampan. 377 00:26:12,375 --> 00:26:13,541 Esok? Awak pasti? 378 00:26:17,458 --> 00:26:19,333 Seronoknya kalau ada teman lelaki. 379 00:26:20,208 --> 00:26:21,875 Teman lelaki pelajar kolej. 380 00:26:23,166 --> 00:26:24,166 Tunjuklah videonya. 381 00:26:26,583 --> 00:26:29,666 Sebenarnya, sesiapa pun boleh. 382 00:26:31,875 --> 00:26:33,375 Yazan pun okey. 383 00:26:34,500 --> 00:26:38,041 Bukan Yazan sebab dia cuma kawan. 384 00:26:41,708 --> 00:26:43,583 Kalau saya tahu 385 00:26:43,666 --> 00:26:45,625 perasaannya ada hubungan intim. 386 00:26:45,708 --> 00:26:47,041 BILIK PENGETUA CIK FATEN QADI 387 00:26:47,125 --> 00:26:48,125 Ya, masuk. 388 00:26:52,083 --> 00:26:53,791 Cik Faten nak jumpa saya? 389 00:26:58,333 --> 00:26:59,333 Sila duduk, Layan. 390 00:27:05,708 --> 00:27:06,958 Kamu ke mana semalam? 391 00:27:09,083 --> 00:27:11,916 Saya sakit dan berada di rumah. 392 00:27:13,833 --> 00:27:15,458 Jangan bohong, Layan. 393 00:27:16,333 --> 00:27:18,208 Saya tahu kamu ponteng. 394 00:27:18,833 --> 00:27:20,791 Siapa cakap? Mereka bohong. 395 00:27:22,166 --> 00:27:26,166 Rakan sekelas kamu yang sampaikan. 396 00:27:29,333 --> 00:27:31,875 Kenapa kamu buat sedangkan kamu tahu akibatnya? 397 00:27:33,583 --> 00:27:34,708 Apa ayah kamu buat 398 00:27:36,250 --> 00:27:38,041 kalau dia dapat tahu? 399 00:27:39,333 --> 00:27:40,416 Dia tak perlu tahu. 400 00:27:42,750 --> 00:27:44,125 Betul, dia tak perlu tahu. 401 00:27:49,333 --> 00:27:52,958 Apa khabar ayah kamu? 402 00:27:53,041 --> 00:27:56,708 Dah lama dia tak singgah ke sekolah. 403 00:27:57,291 --> 00:28:00,041 Jangan risau, saya akan pastikan dia… 404 00:28:00,125 --> 00:28:01,291 Layan! 405 00:28:02,125 --> 00:28:04,791 Jangan ingat disebabkan dengan kedudukan ayah kamu, 406 00:28:04,875 --> 00:28:06,958 mudah saya tutup sebelah mata. 407 00:28:07,041 --> 00:28:08,083 Faham? 408 00:28:08,708 --> 00:28:10,541 Ya, ia takkan berlaku lagi. 409 00:28:12,583 --> 00:28:13,833 Balik ke kelas. 410 00:28:16,375 --> 00:28:17,375 Nasihat saya… 411 00:28:18,333 --> 00:28:21,416 Hati-hati dengan siapa yang boleh dipercayai di sekolah ini 412 00:28:22,000 --> 00:28:24,125 sebab lain kali, saya takkan berlembut. 413 00:28:25,541 --> 00:28:26,583 Balik ke kelas. 414 00:28:36,291 --> 00:28:40,541 Cik Faten lepaskan dia? 415 00:28:42,583 --> 00:28:44,833 Ayahnya pasti naik angin 416 00:28:45,416 --> 00:28:47,458 dan sekolah ini akan terjejas. 417 00:28:49,250 --> 00:28:50,833 Kita tak boleh ambil risiko. 418 00:28:51,375 --> 00:28:53,708 Buat masa sekarang. 419 00:29:15,291 --> 00:29:16,500 Keluar semua! 420 00:29:19,291 --> 00:29:20,875 Awak tunggu, Summaya. 421 00:29:21,833 --> 00:29:23,416 Kenapa? 422 00:29:24,583 --> 00:29:28,125 Ada orang laporkan hal saya. Cik Faten tahu saya ponteng. 423 00:29:28,208 --> 00:29:30,000 Apa? Bagaimana? 424 00:29:30,083 --> 00:29:31,625 Dia akan beritahu ayah awak? 425 00:29:31,708 --> 00:29:32,583 Tak. 426 00:29:32,666 --> 00:29:35,208 Kali ini, tidak. Saya berjaya uruskan. 427 00:29:37,750 --> 00:29:39,625 Agaknya si Dania itu. 428 00:29:40,291 --> 00:29:42,208 Awak turun di hentiannya. 429 00:29:42,291 --> 00:29:45,625 Bukan dia. Dia takkan berani. 430 00:29:46,541 --> 00:29:47,583 Ya, betul cakap awak. 431 00:29:47,666 --> 00:29:49,958 Kelmarin, dia hampir terkencing dalam seluar. 432 00:29:54,250 --> 00:29:55,416 Maafkan saya… 433 00:29:55,500 --> 00:29:57,625 cuba nak jernihkan suasana. 434 00:29:57,708 --> 00:29:59,125 Saya akan kerjakan 435 00:29:59,666 --> 00:30:01,750 sesiapa yang laporkan hal ini! 436 00:30:02,666 --> 00:30:05,083 Jangan risau. Saya akan buat hidupnya merana. 437 00:30:05,166 --> 00:30:08,333 Kali ini saya selamat, tapi tak boleh berulang lagi. 438 00:30:08,416 --> 00:30:11,333 Tak dapatlah keluar dengan Laith. 439 00:30:17,833 --> 00:30:20,291 Awak rasa siapa yang buat? 440 00:30:22,875 --> 00:30:24,000 Siapa agaknya? 441 00:30:30,833 --> 00:30:34,083 Summaya, awak tahu semua cerita di sekolah. 442 00:30:34,166 --> 00:30:36,000 Awak boleh akses seluruh sekolah. 443 00:30:36,583 --> 00:30:39,416 Mungkin awak boleh bantu kami cari orangnya. 444 00:30:40,500 --> 00:30:42,208 Saya mencari nafkah di sini. 445 00:30:42,750 --> 00:30:46,208 Saya tak nak terlibat dalam permainan anak kecil. 446 00:30:47,041 --> 00:30:49,666 Baiklah. Kalau itu kata awak, 447 00:30:50,458 --> 00:30:55,000 saya boleh beritahu Cik Faten awak merokok di tandas. 448 00:30:55,916 --> 00:30:57,291 Saya tak merokok. 449 00:30:58,458 --> 00:31:00,416 Awak rasa dia nak percaya siapa? 450 00:31:00,500 --> 00:31:03,291 Saya, pelajar AlRawabi yang dikasihi, 451 00:31:03,791 --> 00:31:06,958 atau awak, tukang cuci yang boleh diganti? 452 00:31:07,875 --> 00:31:10,791 Saya tak nak awak dibuang kerja. 453 00:31:11,791 --> 00:31:18,166 Lagipun awak ada anak nak diberi makan. 454 00:31:18,250 --> 00:31:20,625 Ya, malang sekali nanti. 455 00:31:22,958 --> 00:31:23,958 Apa awak nak? 456 00:31:49,416 --> 00:31:52,958 JUMPA SAYA DEKAT BAS LAMA SEKARANG. 457 00:32:03,083 --> 00:32:05,625 - Awak ingat awak siapa? - Kenapa? 458 00:32:05,708 --> 00:32:07,250 Awak lapor saya ponteng! 459 00:32:07,333 --> 00:32:09,166 Saya tak faham maksud awak? 460 00:32:09,250 --> 00:32:12,458 Awak masih nak berbohong? 461 00:32:12,541 --> 00:32:14,041 Jangan kacau saya! 462 00:32:15,000 --> 00:32:16,000 Beg saya! 463 00:32:18,333 --> 00:32:20,000 Mari sini! 464 00:32:20,666 --> 00:32:23,541 Saya tahu awak yang lapor. Awak nak cabar saya? 465 00:32:42,041 --> 00:32:45,125 Kalau awak buat lagi, 466 00:32:45,208 --> 00:32:49,708 saya akan hapuskan awak! 467 00:33:16,875 --> 00:33:18,166 Apa yang awak dah buat? 468 00:33:22,541 --> 00:33:25,583 Lari sebelum ada orang nampak kita! 469 00:33:28,875 --> 00:33:29,875 Layan! 470 00:33:44,708 --> 00:33:46,791 Mariam, bangun! 471 00:33:48,458 --> 00:33:49,458 Mariam! 472 00:33:51,750 --> 00:33:55,500 Mariam! Bangun! 473 00:34:45,583 --> 00:34:46,625 Pernahkah Mariam 474 00:34:47,708 --> 00:34:51,583 buat apa-apa kepada awak sehingga menyusahkan awak? 475 00:34:52,166 --> 00:34:53,458 Apa maksud encik? 476 00:34:55,166 --> 00:34:56,666 Encik tahu siapa ayah saya? 477 00:34:57,875 --> 00:35:00,875 Dia tak suka jika encik menuduh anaknya 478 00:35:00,958 --> 00:35:02,541 buat sesuatu yang tak baik. 479 00:35:05,083 --> 00:35:07,083 Saya dah cakap, saya di tandas ketika itu. 480 00:35:07,166 --> 00:35:09,833 Di tandas? Selepas habis waktu sekolah? 481 00:35:09,916 --> 00:35:14,166 Saya ingat sebab 482 00:35:15,541 --> 00:35:17,833 saya datang bulan. 483 00:35:20,958 --> 00:35:23,166 Saya datang haid. 484 00:35:23,750 --> 00:35:25,250 Haid. 485 00:35:25,833 --> 00:35:29,125 Perempuan datang haid sebulan sekali. 486 00:35:29,208 --> 00:35:31,958 Haid saya datang tiba-tiba dan saya perlu uruskan 487 00:35:32,041 --> 00:35:34,666 lalu saya ke tandas 488 00:35:34,750 --> 00:35:36,916 sebelum jadi lebih teruk. 489 00:35:39,708 --> 00:35:42,208 Nak tahu lebih terperinci? 490 00:35:45,666 --> 00:35:47,833 Saya dah ceritakan semuanya. 491 00:35:49,291 --> 00:35:51,500 Encik buang masa tanya orang yang salah. 492 00:35:52,916 --> 00:35:55,458 Tanyalah orang yang "tiba-tiba" terjumpa dia. 493 00:35:56,625 --> 00:35:59,333 Apa dia buat di situ sebenarnya? 494 00:36:05,250 --> 00:36:10,291 Bagaimana kamu boleh jumpa Mariam pengsan? 495 00:36:12,333 --> 00:36:15,000 Apa kamu buat di situ sebenarnya? 496 00:36:24,000 --> 00:36:29,166 SIAPLAH AWAK KALAU AWAK BERANI CAKAP APA-APA. 497 00:36:29,916 --> 00:36:31,833 Mari sini! 498 00:36:39,958 --> 00:36:41,875 Alamak. 499 00:36:49,000 --> 00:36:51,791 Kalau awak buat lagi… 500 00:36:55,625 --> 00:36:56,958 Apa awak buat di sini? 501 00:36:57,666 --> 00:36:59,083 Tiada apa, saya… 502 00:36:59,166 --> 00:37:01,708 Baik awak tutup mulut, kalau tidak… 503 00:37:01,791 --> 00:37:02,791 Faham? 504 00:37:02,833 --> 00:37:04,375 Saya akan rahsiakan. 505 00:37:12,666 --> 00:37:14,041 Apa yang awak dah buat? 506 00:37:17,375 --> 00:37:20,166 Lari sebelum ada orang nampak kita! 507 00:37:24,750 --> 00:37:25,750 Layan! 508 00:37:40,041 --> 00:37:46,375 Mariam! 509 00:37:47,583 --> 00:37:49,000 Bangun, Mariam! 510 00:37:55,000 --> 00:37:59,333 Mariam! 511 00:38:01,500 --> 00:38:04,125 Mariam, bangun! 512 00:38:05,166 --> 00:38:06,333 Mariam! 513 00:38:09,250 --> 00:38:14,000 Saya tahu perkara ini sukar bagi kamu 514 00:38:15,166 --> 00:38:18,333 tapi kamu mesti beritahu pelakunya. 515 00:38:21,750 --> 00:38:23,458 Cuba ingat. 516 00:38:31,166 --> 00:38:34,916 Kalau awak buat lagi… 517 00:38:37,958 --> 00:38:38,958 Mariam? 518 00:38:44,333 --> 00:38:45,333 Mariam? 519 00:39:05,750 --> 00:39:09,000 Mereka datang dari belakang. 520 00:39:09,875 --> 00:39:11,791 Saya tak nampak orangnya. 521 00:39:35,666 --> 00:39:40,875 Semua pelajar dipanggil kerana kes buli 522 00:39:41,500 --> 00:39:44,416 yang dialami oleh rakan kamu, Mariam. 523 00:39:47,708 --> 00:39:52,916 Dia cedera teruk dan tak mampu mengingati peristiwa itu. 524 00:39:56,375 --> 00:39:57,583 Jika ada sesiapa 525 00:39:58,666 --> 00:40:02,208 yang tahu tentang hal ini, saya nak kamu cakap, 526 00:40:02,708 --> 00:40:04,958 sebelum keadaan jadi lebih teruk. 527 00:40:07,583 --> 00:40:08,583 Cik Faten, 528 00:40:09,000 --> 00:40:12,958 bagaimana puan tahu ini angkara pelajar kita juga? 529 00:40:13,583 --> 00:40:15,333 Boleh jadi sesiapa saja. 530 00:40:15,916 --> 00:40:17,041 Kami tahu 531 00:40:17,750 --> 00:40:20,291 sebab di sekolah ada CCTV. 532 00:40:22,291 --> 00:40:25,958 Itu sebab kami mengesyaki beberapa pelajar di sini. 533 00:40:28,500 --> 00:40:31,166 Di AlRawabi, kita menjunjung nilai 534 00:40:32,000 --> 00:40:35,208 kebertanggungjawaban dan kejujuran. 535 00:40:35,291 --> 00:40:40,875 Kami nak pelajar ini 536 00:40:41,750 --> 00:40:43,083 mengaku sendiri. 537 00:41:03,208 --> 00:41:04,541 Cik Faten. 538 00:41:06,416 --> 00:41:08,083 Saya nak berterus-terang. 539 00:41:10,958 --> 00:41:12,875 Apa maksud kamu, Layan? 540 00:41:17,500 --> 00:41:19,833 Sesuatu terjadi di bilik persalinan. 541 00:41:22,333 --> 00:41:24,583 Awak yang mencederakan anak saya? 542 00:41:25,250 --> 00:41:26,458 Apa? 543 00:41:26,541 --> 00:41:29,666 Saya tak boleh terima tuduhan begitu tentang anak saya. 544 00:41:29,750 --> 00:41:31,541 Semua orang bawa bertenang. 545 00:41:32,541 --> 00:41:35,541 Apa yang terjadi di bilik persalinan, Layan? 546 00:41:38,208 --> 00:41:40,625 Kami berada di bilik lokar selepas senaman. 547 00:41:41,458 --> 00:41:44,583 Saya perasan Mariam memerhatikan saya menanggalkan pakaian. 548 00:41:45,791 --> 00:41:49,291 Saya larang dia. 549 00:41:50,541 --> 00:41:54,250 Tapi, dia datang lebih dekat… 550 00:41:58,666 --> 00:41:59,750 dan… 551 00:42:00,916 --> 00:42:01,916 menyentuh saya. 552 00:42:08,041 --> 00:42:09,208 Dia bohong! 553 00:42:09,791 --> 00:42:12,416 Apabila saya cakap saya akan laporkan, 554 00:42:13,125 --> 00:42:14,125 dia ugut saya. 555 00:42:14,625 --> 00:42:16,083 Saya tak tahu apa nak buat. 556 00:42:16,166 --> 00:42:18,000 Saya takut dan berdiam. 557 00:42:18,625 --> 00:42:20,458 Saya takut saya akan dihentam lagi. 558 00:42:20,541 --> 00:42:23,708 Apabila dia jumpa saya di laman, saya bertindak ikut perasaan. 559 00:42:23,791 --> 00:42:25,500 Dia pegang saya dari belakang. 560 00:42:26,875 --> 00:42:28,666 Saya nak tolak dia. 561 00:42:30,166 --> 00:42:33,083 Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk. 562 00:42:35,333 --> 00:42:38,125 Saya tak berniat, sumpah. Saya cuma nak pertahan diri. 563 00:42:38,625 --> 00:42:40,708 Bohong! Dia yang serang saya dulu! 564 00:42:41,291 --> 00:42:42,708 Percayalah cakap saya! 565 00:42:43,541 --> 00:42:46,333 Adakah awak bersendirian semasa kejadian itu? 566 00:42:48,291 --> 00:42:50,791 Ya, saya sendirian. 567 00:42:50,875 --> 00:42:53,916 Tidak! Ruqayya, Rania dan… 568 00:42:54,000 --> 00:42:55,000 Sudah! 569 00:42:55,875 --> 00:42:57,041 Jelas, 570 00:42:57,125 --> 00:43:00,416 budak ini cabul anak saya dan dia tak harus bersekolah di sini. 571 00:43:00,500 --> 00:43:02,125 Dia akan jadi pengaruh buruk. 572 00:43:02,208 --> 00:43:05,416 Setuju. Saya risaukan anak saya juga. Tolonglah buat sesuatu. 573 00:43:06,125 --> 00:43:07,458 Jika ayah Layan dapat tahu, 574 00:43:08,125 --> 00:43:09,625 dia akan naik berang. 575 00:43:10,375 --> 00:43:12,583 Cik Marwa, cuba renungkan. 576 00:43:12,666 --> 00:43:14,291 Anak saya takkan buat begitu. 577 00:43:14,375 --> 00:43:16,291 Dia takkan serang sesiapa. 578 00:43:17,041 --> 00:43:19,875 Beritahu mereka yang kisah di bilik persalinan itu bohong. 579 00:43:21,000 --> 00:43:22,791 Bohong! 580 00:43:22,875 --> 00:43:25,583 - Layan yang… - Kalau tak percaya, tanya pelajar lain. 581 00:43:25,666 --> 00:43:27,125 Mereka ada. 582 00:43:29,166 --> 00:43:30,291 Pelajar lain? 583 00:43:31,375 --> 00:43:33,375 Ada sesiapa nampak? 584 00:43:37,250 --> 00:43:38,583 Saya nampak. 585 00:43:39,708 --> 00:43:41,125 Saya ada di sana. 586 00:43:42,583 --> 00:43:44,000 Saya juga. 587 00:43:46,083 --> 00:43:48,583 Mestilah mereka setuju sebab mereka kawan Layan. 588 00:43:49,125 --> 00:43:51,083 Mariam takkan buat begitu. 589 00:43:52,333 --> 00:43:54,083 Kamu ada di sana ketika itu? 590 00:43:54,166 --> 00:43:55,791 Tak, tapi… 591 00:43:56,416 --> 00:43:58,791 Orang lain tak boleh sahkan cerita ini, 592 00:43:58,875 --> 00:43:59,875 betul? 593 00:44:00,958 --> 00:44:01,958 Saya nampak. 594 00:44:03,416 --> 00:44:04,583 Saya juga. 595 00:44:20,166 --> 00:44:21,333 Sebenarnya, 596 00:44:24,458 --> 00:44:28,958 Mariam akan memerhatikan kami apabila di bilik persalinan. 597 00:44:31,500 --> 00:44:32,833 Bohong! 598 00:44:33,625 --> 00:44:34,875 Bukan itu yang terjadi! 599 00:44:35,458 --> 00:44:38,583 Dia tolak saya dan… 600 00:44:38,666 --> 00:44:40,541 Saya tak sengaja. 601 00:44:41,208 --> 00:44:43,083 Dia yang tolak saya! 602 00:44:43,166 --> 00:44:45,291 Awak yang serang saya! 603 00:44:47,666 --> 00:44:48,666 Sudah, kita balik. 604 00:44:48,708 --> 00:44:51,208 Tunggu! 605 00:44:51,791 --> 00:44:53,291 Biar saya habiskan. 606 00:44:55,125 --> 00:44:57,958 Mereka buat sebab saya laporkan Layan… 607 00:44:58,041 --> 00:44:59,041 Mariam… 608 00:45:00,416 --> 00:45:02,458 Saya rasa cukuplah. 609 00:45:03,666 --> 00:45:05,250 Semua pelajar saksi kejadian. 610 00:45:07,166 --> 00:45:08,958 Baiklah kamu balik. 611 00:45:09,458 --> 00:45:12,500 Sementara itu, kamu digantung sekolah dua minggu 612 00:45:12,583 --> 00:45:15,958 sehingga kami bincang langkah seterusnya dengan ibu bapa kamu. 613 00:45:16,791 --> 00:45:18,166 Saya minta diri. 614 00:45:19,541 --> 00:45:20,541 Mari. 615 00:45:20,916 --> 00:45:21,916 Mari. 616 00:45:23,208 --> 00:45:26,750 Noaf! Awak nampak! Cakaplah! 617 00:45:29,458 --> 00:45:30,458 Noaf! 618 00:45:31,208 --> 00:45:32,833 Ayuh. 619 00:45:33,875 --> 00:45:36,541 Dia tak tahu malu? 620 00:45:36,625 --> 00:45:39,666 Kenapa kamu tak cakap, Layan? 621 00:45:39,750 --> 00:45:42,750 Awak mesti buang dia serta-merta! 622 00:45:47,708 --> 00:45:48,875 Laila? Kenapa? 623 00:45:49,916 --> 00:45:50,916 Mariam? 624 00:45:54,125 --> 00:45:56,208 Kenapa, sayang? Hei. 625 00:46:10,458 --> 00:46:11,833 Mak buat apa? 626 00:46:12,416 --> 00:46:14,000 Mak terlalu berlembut. 627 00:46:14,083 --> 00:46:16,291 Mak beri kamu kebebasan! 628 00:46:16,375 --> 00:46:18,041 Ini cara kamu membalasnya? 629 00:46:18,625 --> 00:46:19,958 Apa yang mak cari? 630 00:46:21,250 --> 00:46:22,916 Mak nak cari apa? 631 00:46:25,500 --> 00:46:26,625 BERANI 632 00:46:36,833 --> 00:46:38,250 Mak, sudahlah. 633 00:46:39,625 --> 00:46:42,375 Tolonglah, mak? Apa yang mak buat? 634 00:46:43,875 --> 00:46:45,541 Saya merayu. 635 00:46:49,083 --> 00:46:50,541 Mak mesti percayakan saya. 636 00:46:52,250 --> 00:46:53,666 Semua pelajar lain 637 00:46:53,750 --> 00:46:57,000 setuju dan kamu nak mak percaya? 638 00:46:58,958 --> 00:46:59,958 Apa halnya? 639 00:47:01,416 --> 00:47:03,833 - Cakaplah. - Tanya anak awak. 640 00:47:03,916 --> 00:47:06,041 Mariam? Tolonglah jelaskan. Apa halnya ini? 641 00:47:06,125 --> 00:47:08,333 Anak awak memalukan kita! Itu halnya! 642 00:47:12,750 --> 00:47:13,750 Laila. 643 00:47:14,750 --> 00:47:15,750 Mariam. 644 00:47:27,208 --> 00:47:28,208 Mari sini. 645 00:48:39,791 --> 00:48:45,000 Aku tiada tempat nak dituju Dan kututup mata 646 00:48:50,375 --> 00:48:55,375 Aku tak jumpa sahabat Yang dapat menerimaku 647 00:49:00,875 --> 00:49:07,500 Aku tak jumpa gelombang Yang dapat bawaku pergi jauh 648 00:49:11,083 --> 00:49:14,333 Pergi jauh! 649 00:49:16,833 --> 00:49:22,541 Aku tak temukan kata-kata Untuk kuzahirkan kekeliruanku 650 00:49:24,583 --> 00:49:27,958 JIKA ANDA ATAU KENALAN ANDA MENGHADAPI MASALAH BULI, 651 00:49:28,041 --> 00:49:31,541 MAKLUMAT DAN SUMBER ADA DI WWW.WANNATALKABOUTIT.COM 652 00:49:38,583 --> 00:49:43,541 Aku tak jumpa irama Yang menggetarkan dendam manusia 653 00:49:43,625 --> 00:49:48,916 Kawananku hilang Keluargaku tiada 654 00:49:49,000 --> 00:49:54,375 Tidak aku temukan ketenangan Tidak juga bahagia 655 00:49:54,458 --> 00:49:59,666 Jalanku buntu Laluanku tersekat 656 00:49:59,750 --> 00:50:05,000 Kawananku hilang Keluargaku tiada 657 00:50:05,083 --> 00:50:10,333 Tidak aku temukan ketenangan Tidak juga bahagia 658 00:50:10,416 --> 00:50:16,291 Jalanku buntu Laluanku tersekat 659 00:51:11,791 --> 00:51:16,791 Terjemahan sari kata oleh Aniza Borhan