1
00:00:06,840 --> 00:00:12,638
Dialog bahasa Jepun bersari kata biru
Dialog bahasa Korea bersari kata kuning
2
00:00:53,595 --> 00:00:56,056
(berbahasa Korea)
Apa yang awak buat? Potong kimchi.
3
00:00:56,139 --> 00:00:57,349
Mereka sangat lapar!
4
00:01:22,875 --> 00:01:25,002
Makanan sudah dihidang!
5
00:01:26,670 --> 00:01:28,630
Mari makan!
6
00:01:29,381 --> 00:01:30,924
Masa makan!
7
00:01:34,011 --> 00:01:36,889
Saya paling suka
kimchi yang baru dibuat.
8
00:01:36,972 --> 00:01:39,516
Kita masih boleh rasa daun bawang putih.
9
00:01:39,600 --> 00:01:42,519
Awak suka semua makanan.
10
00:01:51,778 --> 00:01:53,780
Sunja, awak okey?
11
00:02:02,289 --> 00:02:03,332
Ini untuk awak.
12
00:02:03,415 --> 00:02:04,416
Terima kasih.
13
00:02:05,959 --> 00:02:09,003
Beritahu mak cik Kyunghee
saya akan singgah kedai video.
14
00:02:11,840 --> 00:02:12,841
Berseronoklah.
15
00:02:13,383 --> 00:02:14,801
Kerja dengan baik.
16
00:02:39,910 --> 00:02:43,413
Semalam saya mimpi kek beras.
17
00:02:43,497 --> 00:02:44,498
Betul?
18
00:02:44,581 --> 00:02:46,416
Penuh sepinggan.
19
00:02:46,500 --> 00:02:49,545
- Saya berkongsi dengan awak.
- Ia sedap?
20
00:03:12,818 --> 00:03:15,404
Kyunghee, bangun.
21
00:03:21,743 --> 00:03:22,828
Kyunghee.
22
00:03:26,874 --> 00:03:27,875
Kyung…
23
00:03:34,506 --> 00:03:35,507
Kyung…
24
00:03:42,055 --> 00:03:43,974
Sunja, kenapa?
25
00:03:47,561 --> 00:03:48,854
Perut saya.
26
00:03:50,147 --> 00:03:52,900
Semalam saya makan kima
yang sudah busuk?
27
00:03:54,151 --> 00:03:55,235
Itu teruk.
28
00:03:56,278 --> 00:03:58,780
Mungkin ia petanda
awak akan datang bulan?
29
00:03:59,781 --> 00:04:01,366
Bulan lepas awak tidak datang bulan.
30
00:04:03,869 --> 00:04:05,913
Saya akan rebuskan doraji
untuk awak.
31
00:05:26,118 --> 00:05:27,870
BERDASARKAN BUKU OLEH
MIN JIN LEE
32
00:07:18,438 --> 00:07:22,025
Beritahu ibu awak
saya minta maaf sebab harga naik.
33
00:07:23,026 --> 00:07:27,406
Keadaan jadi huru-hara
apabila Koh Hansu tiada.
34
00:07:27,489 --> 00:07:29,241
Dia sepatutnya sudah balik, bukan?
35
00:07:29,324 --> 00:07:31,493
Saya dengar dia sepatutnya
pergi seminggu saja.
36
00:07:31,577 --> 00:07:32,578
Betul.
37
00:07:33,078 --> 00:07:36,081
Tiada sesiapa tahu.
Mungkin dia takkan kembali.
38
00:07:37,291 --> 00:07:38,500
Kenapa awak cakap begitu?
39
00:07:39,042 --> 00:07:42,337
Lelaki seperti Koh Hansu ada pilihan.
40
00:07:42,838 --> 00:07:45,966
Dia pasti ada impian lebih besar selain
jadi orang tengah nelayan di Busan.
41
00:07:47,176 --> 00:07:51,263
Saya tak suka fikir
keadaan akan kembali seperti dulu.
42
00:07:51,346 --> 00:07:55,184
Dia mungkin tegas, tapi bayarannya adil.
43
00:07:55,267 --> 00:07:58,353
Kita perlu terima kenyataan
ia sudah berakhir, bukan?
44
00:08:00,647 --> 00:08:02,316
Tengok di sini!
45
00:08:04,776 --> 00:08:07,279
Mari! Harga murah!
46
00:08:38,977 --> 00:08:39,977
Siapa yang datang?
47
00:08:40,729 --> 00:08:42,022
Saya akan pergi lihat.
48
00:08:48,028 --> 00:08:49,571
Bagaimana kalau letak di sini?
49
00:08:49,655 --> 00:08:50,948
Dia akan bersama semua memori.
50
00:08:52,658 --> 00:08:54,910
Itu terlalu ketara, bukan?
51
00:08:54,993 --> 00:08:56,203
Nenek,
52
00:08:56,286 --> 00:08:58,705
tak perlu terlalu risau tentang hal ini.
53
00:08:59,331 --> 00:09:01,416
Penanda kubur akan siap tak lama lagi.
54
00:09:03,418 --> 00:09:04,503
Aduhai!
55
00:09:04,586 --> 00:09:06,505
Awak tak perlu datang ke sini.
56
00:09:06,588 --> 00:09:08,382
Kenapa cakap begitu?
57
00:09:08,465 --> 00:09:09,591
Sudah tentu saya perlu
58
00:09:09,675 --> 00:09:10,926
lihat keadaan awak.
59
00:09:12,094 --> 00:09:14,179
Paderi Rhee datang melawat dari Korea.
60
00:09:14,763 --> 00:09:17,349
Dia bersama kami di gereja
selama beberapa bulan.
61
00:09:17,432 --> 00:09:21,186
Kami sangat bertuah
sebab dia ada di sini.
62
00:09:22,396 --> 00:09:23,605
Sila duduk.
63
00:09:26,400 --> 00:09:27,860
Kyunghee,
64
00:09:28,402 --> 00:09:30,445
saya tak kenal dia lama,
65
00:09:30,529 --> 00:09:32,531
tapi saya tahu
dia seorang yang istimewa.
66
00:09:32,614 --> 00:09:34,992
Dia suka buat orang lain gembira, bukan?
67
00:09:36,410 --> 00:09:40,873
Kalaulah awak boleh jumpa dia
sebelum kanser melemahkan dia.
68
00:09:41,915 --> 00:09:44,710
Walaupun dia berusia,
69
00:09:44,793 --> 00:09:47,629
awak pasti jatuh hati dengan dia.
70
00:09:50,465 --> 00:09:53,677
Saya nampak dia seorang yang baik hati.
71
00:09:55,429 --> 00:09:59,183
Itu yang kita perlu lihat
pada seseorang.
72
00:10:01,226 --> 00:10:03,687
Awak sangat fasih.
73
00:10:04,313 --> 00:10:06,231
Awak boleh menulis buku.
74
00:10:09,193 --> 00:10:10,986
Boleh saya alihkan bekas abu ini?
75
00:10:11,069 --> 00:10:12,404
Ya, silakan.
76
00:10:26,335 --> 00:10:28,462
Dia patut bersama orang dia sayang.
77
00:10:28,545 --> 00:10:30,339
Di sana lebih bagus.
78
00:10:31,423 --> 00:10:33,342
Mahu berdoa bersama-sama?
79
00:10:34,134 --> 00:10:35,260
Cepat.
80
00:10:46,855 --> 00:10:48,315
Wahai Tuhan,
81
00:10:49,316 --> 00:10:51,151
kami berkumpul hari ini
82
00:10:51,235 --> 00:10:54,488
untuk mengingati hambamu
yang sudah kembali kepadamu.
83
00:10:55,739 --> 00:11:00,494
Terima kasih kerana menerima orang
kami sayang kembali ke limpah kurniamu.
84
00:11:00,577 --> 00:11:01,578
Amen.
85
00:11:24,685 --> 00:11:27,646
Sunja, cepat balik.
Tidak lama lagi ribut melanda.
86
00:11:27,729 --> 00:11:29,106
Ini tugasan terakhir saya.
87
00:11:30,399 --> 00:11:32,734
Kita tidak tahu kesan ribut itu nanti.
88
00:11:37,489 --> 00:11:38,740
Koh Hansu!
89
00:11:40,450 --> 00:11:43,495
Kami mula fikir
awak sudah tinggalkan kami.
90
00:11:43,579 --> 00:11:45,247
Awak buat kami risau!
91
00:12:27,706 --> 00:12:29,499
Bagi menebus ketiadaan saya.
92
00:12:30,000 --> 00:12:31,919
Bungkusan ini terlalu cantik
untuk dikoyak.
93
00:12:33,587 --> 00:12:35,797
Awak perlu belajar
untuk jadi kurang sentimental.
94
00:12:48,727 --> 00:12:51,146
Saya tak tahu baca masa.
95
00:12:51,730 --> 00:12:53,065
Saya akan ajar awak.
96
00:12:54,733 --> 00:12:57,569
Awak seorang yang bijak.
Awak akan cepat belajar.
97
00:13:13,669 --> 00:13:14,795
Saya…
98
00:13:17,881 --> 00:13:19,174
Saya mengandung.
99
00:13:29,184 --> 00:13:30,811
Awak perlu cakap sesuatu.
100
00:13:33,814 --> 00:13:34,898
Awak pasti?
101
00:13:42,072 --> 00:13:43,240
Sunja.
102
00:13:47,619 --> 00:13:48,954
Awak beri saya anak lelaki.
103
00:13:50,122 --> 00:13:52,249
Awak tidak tahu jika dia anak lelaki.
104
00:13:52,833 --> 00:13:54,251
Saya tahu.
105
00:13:54,334 --> 00:13:55,544
Saya pasti.
106
00:13:58,213 --> 00:14:01,049
Awak akan kecewa
jika dia anak perempuan.
107
00:14:01,133 --> 00:14:02,926
Awak tetap perlu sayangi dia.
108
00:14:04,344 --> 00:14:06,763
Kalau dia anak perempuan,
saya akan beli gaun cantik.
109
00:14:07,472 --> 00:14:09,516
Serta berharap dia sebijak ibunya.
110
00:14:18,192 --> 00:14:20,360
Bila awak akan melawat ibu saya?
111
00:14:21,403 --> 00:14:23,530
Dia pasti akan terkejut.
112
00:14:23,614 --> 00:14:25,949
Dia akan berasa lega
kalau kita berkahwin cepat.
113
00:14:27,367 --> 00:14:29,620
Kenapa tiba-tiba cakap
tentang perkahwinan?
114
00:14:29,703 --> 00:14:31,580
Saya sangka awak tahu
maksud hubungan kita.
115
00:14:33,790 --> 00:14:34,917
Tahu?
116
00:14:36,585 --> 00:14:38,837
Apa maksud awak?
117
00:14:40,589 --> 00:14:41,840
Kita tak boleh berkahwin.
118
00:14:41,924 --> 00:14:43,008
Saya sudah berkeluarga.
119
00:14:47,346 --> 00:14:48,931
Saya ada isteri di Osaka
120
00:14:49,014 --> 00:14:50,224
dan tiga anak perempuan.
121
00:14:51,808 --> 00:14:53,852
Kami bukan berkahwin atas dasar cinta,
122
00:14:54,770 --> 00:14:56,522
tapi sebab keperluan.
123
00:14:57,022 --> 00:14:58,482
Keperluan?
124
00:14:59,024 --> 00:15:02,653
Keperluan untuk urusan perniagaan.
Kami tiada perasaan cinta.
125
00:15:05,364 --> 00:15:07,449
Awak, ibu awak
126
00:15:07,533 --> 00:15:10,410
dan anak kita akan dapat segalanya.
127
00:15:11,578 --> 00:15:13,747
Saya akan beli rumah terbesar
di Yeongdo.
128
00:15:13,830 --> 00:15:15,374
Bagaimana dengan rumah Jiyun?
129
00:15:15,958 --> 00:15:18,502
Mereka sudah tidak mampu memilikinya.
130
00:15:20,587 --> 00:15:22,464
Awak akan belajar membaca
131
00:15:22,548 --> 00:15:23,966
dan tahu masa.
132
00:15:24,633 --> 00:15:27,386
Kita akan ada lebih ramai anak
dan hidup dengan gembira.
133
00:15:27,469 --> 00:15:28,595
Serta anak perempuan.
134
00:15:37,938 --> 00:15:39,314
Awak juga tahu
135
00:15:40,566 --> 00:15:42,276
keadaan dunia sekarang.
136
00:15:44,027 --> 00:15:45,779
Kanak-kanak yang tidur,
137
00:15:47,072 --> 00:15:48,699
tapi tak terjaga.
138
00:15:49,950 --> 00:15:52,703
Gadis yang perlu menjual kehormatan
demi semangkuk mi.
139
00:15:55,330 --> 00:15:58,083
Orang tua mahu cepat mati secara senyap
140
00:15:58,166 --> 00:16:01,003
supaya orang muda cukup makan.
141
00:16:05,007 --> 00:16:06,008
Sunja.
142
00:16:09,094 --> 00:16:12,389
Perkahwinan cuma satu aturan.
143
00:16:14,433 --> 00:16:16,435
Awak akan faham kebaikan cadangan saya.
144
00:16:18,103 --> 00:16:19,688
Apa maksud awak?
145
00:16:21,398 --> 00:16:22,691
Bagi orang seperti kita,
146
00:16:24,234 --> 00:16:25,986
itulah cara kita bertahan.
147
00:16:41,793 --> 00:16:43,045
Sunja.
148
00:16:52,471 --> 00:16:53,597
Jadi…
149
00:16:55,307 --> 00:16:57,518
ini rancangan awak dari awal?
150
00:16:59,895 --> 00:17:01,980
Memaksa saya mengahwini awak
151
00:17:03,023 --> 00:17:04,608
sebab tiada orang lain yang mahu?
152
00:17:06,484 --> 00:17:07,778
Lagipun,
153
00:17:08,403 --> 00:17:10,614
siapa mahu kahwini anak lelaki tempang…
154
00:17:10,696 --> 00:17:12,699
Jangan cakap tentang ayah saya.
155
00:17:12,782 --> 00:17:14,910
Anak saya mungkin warisi
kecacatan ayah awak.
156
00:17:16,161 --> 00:17:17,246
Saya ada hak, bukan?
157
00:17:17,329 --> 00:17:19,957
Jadi beritahu saya,
siapa yang membawa malang?
158
00:17:28,715 --> 00:17:30,133
Sunja.
159
00:17:33,637 --> 00:17:35,097
Kembali ke sini.
160
00:17:37,766 --> 00:17:38,767
Kembali sekarang!
161
00:17:55,117 --> 00:17:56,285
Awak tak apa-apa?
162
00:17:57,077 --> 00:17:58,328
Saya tak apa-apa.
163
00:18:01,999 --> 00:18:03,458
Boleh tunjukkan saya
164
00:18:03,542 --> 00:18:09,298
arah rumah penginapan
yang diuruskan oleh balu si tempang?
165
00:18:09,381 --> 00:18:12,342
Awak perlu berjalan 40 minit.
166
00:18:14,219 --> 00:18:15,345
Saya boleh berjalan.
167
00:19:11,527 --> 00:19:12,736
Mak.
168
00:19:36,844 --> 00:19:37,845
Nenek.
169
00:19:38,512 --> 00:19:41,682
Berehat sehari dua.
170
00:19:42,182 --> 00:19:46,103
Awak ingat semua ini
akan buat nenek patah jiwa?
171
00:19:46,770 --> 00:19:49,064
Ini cuma barang.
172
00:19:50,274 --> 00:19:54,069
Rumah ini juga sama.
Sebuah bumbung, beberapa dinding,
173
00:19:54,152 --> 00:19:55,404
itu saja.
174
00:20:02,536 --> 00:20:06,498
(berbahasa Jepun) Tokoh
yang dikaitkan dengan jenayah terancang
175
00:20:06,582 --> 00:20:09,042
meninggalkan harta yang banyak
selepas meninggal dunia.
176
00:20:09,126 --> 00:20:11,795
Sekarang Mamoru Yoshii juga disyaki
terlibat dengan rasuah
177
00:20:11,879 --> 00:20:15,007
dan perdagangan orang dalam.
178
00:20:30,022 --> 00:20:33,192
Susah untuk nenek menjadi ibu dulu.
179
00:20:34,985 --> 00:20:40,324
Bekerja 14 jam sehari,
tujuh hari seminggu.
180
00:20:42,743 --> 00:20:45,621
Nenek tidak tahu apa akan jadi
jika mak cik awak tiada.
181
00:20:49,249 --> 00:20:50,834
Nenek jangan terlalu memaksa diri.
182
00:20:51,335 --> 00:20:52,961
Sudah masanya nenek jaga diri sendiri.
183
00:20:54,004 --> 00:20:58,425
Awak bercakap seperti
kehidupan begini susah.
184
00:20:59,384 --> 00:21:02,012
Sudah. Pergi kembali bekerja.
185
00:21:02,095 --> 00:21:04,640
Apa gunanya
awak memuaskan hati wanita tua?
186
00:21:05,432 --> 00:21:07,434
Nenek tak perlu risau tentang itu.
187
00:21:07,518 --> 00:21:09,019
Mereka faham situasi ini.
188
00:21:11,897 --> 00:21:14,525
Lagipun, tiada apa-apa boleh dibuat.
189
00:21:15,567 --> 00:21:18,445
Pemilik tanah itu
menolak tawaran kami sekali lagi.
190
00:21:18,529 --> 00:21:19,947
Apa?
191
00:21:20,030 --> 00:21:21,281
Tolak duit sebanyak itu?
192
00:21:22,241 --> 00:21:26,078
Bayangkan semua yang dia boleh beri
kepada anak-anaknya.
193
00:21:26,578 --> 00:21:29,164
Ia bukan duit haram.
194
00:21:29,998 --> 00:21:33,126
Kenapa dengan dia?
195
00:21:36,964 --> 00:21:39,341
Jadi bagaimana dengan awak?
196
00:21:41,510 --> 00:21:44,096
Rasanya rekod saya akan buruk
untuk sementara waktu.
197
00:21:47,349 --> 00:21:49,434
Saya perlu berusaha
untuk ke atas semula.
198
00:21:50,018 --> 00:21:51,436
Saya tiada pilihan lain.
199
00:21:52,813 --> 00:21:55,148
Urusan itu sudah gagal.
200
00:21:59,403 --> 00:22:02,823
Nenek harap nenek faham
201
00:22:02,906 --> 00:22:07,327
sebab sesetengah orang
tidak dapat lupakan kenangan lama.
202
00:22:07,411 --> 00:22:09,413
Apa gunanya buat begitu?
203
00:22:11,582 --> 00:22:14,668
Orang yang sudah mati
takkan kembali, bukan?
204
00:22:17,880 --> 00:22:19,047
Nenek.
205
00:22:21,717 --> 00:22:22,926
Mari ikut saya ke Tokyo.
206
00:22:23,635 --> 00:22:24,720
Apa?
207
00:22:24,803 --> 00:22:26,180
Saya mahu nenek jumpa dia.
208
00:22:27,639 --> 00:22:28,849
Nenek?
209
00:22:28,932 --> 00:22:30,475
Apa nenek perlu cakap?
210
00:22:32,102 --> 00:22:33,812
Beritahu dia kata-kata nenek tadi.
211
00:22:34,813 --> 00:22:37,983
Jika nenek melihat sebuah rumah,
ia cuma bumbung dan dinding.
212
00:22:38,066 --> 00:22:40,277
Serta orang yang sudah mati
takkan kembali.
213
00:22:42,821 --> 00:22:45,365
Tolong saya, nenek.
214
00:22:59,379 --> 00:23:02,674
Apa mereka bualkan? Awak dengar?
215
00:23:11,350 --> 00:23:13,477
Beritahu kami jika dia akan hidup?
216
00:23:17,064 --> 00:23:19,900
Dia pernah hadapinya sebelum ini.
217
00:23:20,734 --> 00:23:23,904
Dia pernah hampir mati.
218
00:23:25,614 --> 00:23:27,866
Kasihan dia berada jauh
daripada keluarganya.
219
00:23:28,450 --> 00:23:30,327
Adakah ibu bapanya masih hidup?
220
00:23:32,329 --> 00:23:33,622
- Beg itu miliknya?
- Ya.
221
00:23:35,958 --> 00:23:37,626
Mari cuba cari nama.
222
00:23:44,508 --> 00:23:48,262
- Pakaian ini nampak mahal.
- Lihatlah semua buku ini!
223
00:23:48,929 --> 00:23:51,765
Pasti susah
untuk dia bawa beg seberat ini.
224
00:24:00,315 --> 00:24:01,817
Apa ditulis di sini?
225
00:24:09,700 --> 00:24:11,451
"Mak dan ayah yang disayangi,
226
00:24:11,994 --> 00:24:14,580
saya sudah tiba di Busan
dengan selamat."
227
00:24:14,663 --> 00:24:19,168
"Saya tak sabar mahu ke Osaka
untuk berkhidmat kepada Tuhan
228
00:24:19,251 --> 00:24:24,173
dan mulakan kehidupan baru
bersama Yoseb dan Kyunghee."
229
00:24:24,256 --> 00:24:26,758
"Jangan risau.
230
00:24:26,842 --> 00:24:28,844
Saya sihat.
231
00:24:29,553 --> 00:24:31,805
Anakmu yang tersayang, Isak."
232
00:24:33,265 --> 00:24:35,517
Isak? Nama apa begitu?
233
00:24:36,435 --> 00:24:38,187
Rasanya itu nama Kristian.
234
00:24:39,688 --> 00:24:41,190
Lihat, dia dari Pyongyang.
235
00:24:43,442 --> 00:24:45,944
Salah seorang Kristian dari Utara.
236
00:24:49,031 --> 00:24:51,200
Awak perlu anggap penyakitnya serius.
237
00:24:51,283 --> 00:24:52,284
Ini tuberkulosis.
238
00:24:52,367 --> 00:24:53,493
Kita perlu laporkan.
239
00:24:55,495 --> 00:24:57,706
Bagaimana mahu suruh dia keluar
jika dia begini?
240
00:24:57,789 --> 00:24:58,832
Puan…
241
00:25:01,418 --> 00:25:03,086
fikir tentang anak awak
242
00:25:04,046 --> 00:25:05,422
dan penginap.
243
00:25:07,966 --> 00:25:12,804
Mari lihat jika dia selamat malam ini.
244
00:25:27,653 --> 00:25:29,905
- Helo.
- Kenapa awak datang lagi?
245
00:25:30,989 --> 00:25:31,990
Ini siapa?
246
00:25:32,658 --> 00:25:34,451
Maaf sebab mengganggu awak.
247
00:25:34,535 --> 00:25:36,161
Saya nenek dia.
248
00:25:36,245 --> 00:25:39,248
Boleh berbual dengan kami sebentar?
249
00:25:47,422 --> 00:25:51,468
- Tolong, jangan susahkan diri…
- Tiada masalah.
250
00:25:52,344 --> 00:25:53,929
Saya baru mahu makan.
251
00:25:59,059 --> 00:26:00,269
- Amen.
- Amen.
252
00:26:05,232 --> 00:26:08,110
Awak ada cucu di rumah ini?
253
00:26:08,193 --> 00:26:10,320
Alat tulis itu?
254
00:26:10,404 --> 00:26:12,322
Saya yang belajar.
255
00:26:23,625 --> 00:26:25,878
Sekolah baru saja beri saya ini.
256
00:26:26,503 --> 00:26:28,505
Diploma saya sebab tamat gred enam.
257
00:26:31,133 --> 00:26:34,928
Awak belajar di sekolah
dengan kanak-kanak?
258
00:26:35,012 --> 00:26:38,182
Ya. Kebanyakannya budak yang baik,
259
00:26:38,265 --> 00:26:40,225
tapi ada beberapa budak yang nakal.
260
00:26:40,893 --> 00:26:44,646
Kenapa awak kembali bersekolah?
261
00:26:45,272 --> 00:26:47,232
Saya tak tahu keadaan awak,
262
00:26:48,066 --> 00:26:49,693
tapi keluarga saya sangat miskin,
263
00:26:49,776 --> 00:26:52,779
anak lelaki pun tak mampu bersekolah.
264
00:26:53,322 --> 00:26:54,406
Puan,
265
00:26:54,990 --> 00:26:58,827
mak saya rasa tiada guna
hantar anak perempuan ke sekolah.
266
00:26:58,911 --> 00:27:01,330
Jadi awak faham.
267
00:27:01,413 --> 00:27:05,417
Rasa begitu terasing
daripada orang lain.
268
00:27:06,502 --> 00:27:09,630
Saya selalu malu atau takut.
269
00:27:10,214 --> 00:27:14,134
Saya marah anak sendiri
sebab belajar membaca.
270
00:27:14,218 --> 00:27:17,471
Saya risau mereka pandang rendah
pada saya.
271
00:27:18,805 --> 00:27:21,934
Namun lihat,
saya di tempat ketiga dalam kelas!
272
00:27:22,017 --> 00:27:23,769
Saya hampir dapat nombor dua.
273
00:27:38,242 --> 00:27:39,826
Awak boleh rasanya, bukan?
274
00:27:42,496 --> 00:27:43,580
Bagaimana awak dapat?
275
00:27:44,081 --> 00:27:46,959
Seorang wanita saya kenal
melawat anaknya setiap beberapa bulan.
276
00:27:47,042 --> 00:27:50,838
Dia selalu bawa pulang
dua beg penuh dengan beras.
277
00:27:51,421 --> 00:27:52,798
Kenapa, nenek?
278
00:27:52,881 --> 00:27:54,883
Rasa nasi itu sekali lagi.
279
00:28:02,224 --> 00:28:03,976
Lihatlah!
280
00:28:04,059 --> 00:28:06,895
Orang muda tidak tahu perbezaannya.
281
00:28:07,980 --> 00:28:10,190
Ini beras ditanam di negara kita.
282
00:28:11,191 --> 00:28:12,317
Bagaimana nenek tahu?
283
00:28:12,401 --> 00:28:13,694
Rasanya lebih kuat.
284
00:28:13,777 --> 00:28:16,071
Lebih manis sedikit dan lebih kenyal.
285
00:28:17,990 --> 00:28:20,617
Dulu nasi putih satu kemewahan.
286
00:28:20,701 --> 00:28:24,246
Kita yang tanam,
tapi mereka ambil semua sekali.
287
00:28:26,331 --> 00:28:28,959
Sekarang kita makan nasi putih
pada setiap hidangan,
288
00:28:29,042 --> 00:28:30,752
sehingga kita tidak perasan.
289
00:28:32,129 --> 00:28:34,381
Awak rasa itu bagus?
290
00:28:42,139 --> 00:28:44,099
Semasa kali pertama tiba di negara ini,
291
00:28:44,975 --> 00:28:46,560
duit kami sangat sikit.
292
00:28:47,811 --> 00:28:49,688
Kami tinggal di Osaka.
293
00:28:51,315 --> 00:28:54,234
Saya berjalan di gerai makanan
berdekatan stesen kereta api,
294
00:28:54,860 --> 00:28:58,405
saya akan cuba bayangkan
rasa setiap hidangan.
295
00:28:59,781 --> 00:29:02,367
Saya tentu membayangkannya dengan baik.
296
00:29:03,076 --> 00:29:05,746
Mulut saya berair.
297
00:29:05,829 --> 00:29:09,374
Seperti kali pertama saya bau kopi.
298
00:29:10,292 --> 00:29:14,630
Saya rasa itu bau paling sedap.
299
00:29:14,713 --> 00:29:18,091
Saya dapat minum selepas bertahun-tahun…
300
00:29:18,175 --> 00:29:21,220
- Sangat pahit!
- Betul!
301
00:29:21,303 --> 00:29:23,847
Sangat berbeza.
302
00:29:31,939 --> 00:29:33,440
Kebelakangan ini,
303
00:29:33,982 --> 00:29:35,526
saya sudah tak rasa lapar.
304
00:29:36,193 --> 00:29:37,528
Saya makan sebab ikut masa.
305
00:29:39,613 --> 00:29:41,740
Saya sudah tidak buat kimchi sendiri.
306
00:29:42,241 --> 00:29:44,993
Saya beli sebekas dengan harga 300 yen.
307
00:29:46,787 --> 00:29:47,996
Dulu…
308
00:29:50,290 --> 00:29:56,046
saya perlu jual semua kimchi saya
untuk dapat sebanyak itu.
309
00:30:01,260 --> 00:30:02,886
Nasi ini mengingatkan saya…
310
00:30:03,929 --> 00:30:05,722
Ia ingatkan saya pada mak saya
311
00:30:06,890 --> 00:30:08,976
semasa hari perkahwinan saya.
312
00:30:16,859 --> 00:30:17,901
Nenek,
313
00:30:17,985 --> 00:30:19,486
kenapa?
314
00:30:22,823 --> 00:30:25,659
Nenek cuma mengarut.
315
00:30:26,743 --> 00:30:30,455
- Maaf. Kami tak patut datang…
- Jangan pandang rendah tangisannya.
316
00:30:31,665 --> 00:30:33,375
Dia berhak untuk menangis.
317
00:31:17,211 --> 00:31:20,047
Awak tak kenal saya…
318
00:31:23,509 --> 00:31:24,718
tapi jangan risau.
319
00:31:25,677 --> 00:31:27,763
Saya akan jaga awak sebaik mungkin.
320
00:31:38,190 --> 00:31:40,192
Awak pernah balik Korea?
321
00:31:41,193 --> 00:31:43,028
Dua kali.
322
00:31:43,111 --> 00:31:46,031
Sekali semasa 70-an,
kemudian beberapa tahun lalu.
323
00:31:46,532 --> 00:31:47,866
Awak?
324
00:31:50,536 --> 00:31:53,038
Pada mulanya, saya tiada duit,
325
00:31:53,121 --> 00:31:55,916
kemudian saya tiada masa.
326
00:31:57,334 --> 00:31:59,211
Sekarang sudah tiada gunanya.
327
00:31:59,294 --> 00:32:02,589
Saya dengar semua sudah berubah.
328
00:32:03,632 --> 00:32:06,552
Ya, banyak sudah berubah.
329
00:32:08,554 --> 00:32:12,015
Tapi berjalan di sana
dan dengar bahasa kita sendiri,
330
00:32:12,099 --> 00:32:14,518
menghidu makanan kita.
331
00:32:15,561 --> 00:32:17,938
Perasaan di sana berbeza.
332
00:32:19,481 --> 00:32:21,942
Pada waktu itulah jiwa kita tahu…
333
00:32:24,361 --> 00:32:30,284
inilah tempat asal kita.
334
00:32:32,452 --> 00:32:34,454
Kita pergi atas sebab itu.
335
00:32:40,627 --> 00:32:41,879
Kakak ipar saya…
336
00:32:42,588 --> 00:32:45,924
Kakak ipar saya meninggal dunia
beberapa hari lalu.
337
00:32:47,509 --> 00:32:49,845
Dia seorang yang sangat baik.
338
00:32:51,972 --> 00:32:54,141
Walaupun banyak benda yang dia mahu,
339
00:32:54,224 --> 00:32:56,977
dia pentingkan kami dulu.
340
00:33:00,439 --> 00:33:01,690
Kakak ipar saya…
341
00:33:02,941 --> 00:33:04,151
Kakak ipar saya,
342
00:33:05,068 --> 00:33:07,613
kalau dia dapat balik sekali lagi.
343
00:33:08,197 --> 00:33:10,407
Dia pasti sangat gembira.
344
00:33:14,786 --> 00:33:15,996
Sekarang…
345
00:33:16,747 --> 00:33:19,291
Sekarang sudah terlambat.
346
00:33:23,879 --> 00:33:27,382
Awak masih belum terlambat.
347
00:33:29,301 --> 00:33:30,928
Betul cakap saya, bukan?
348
00:33:40,395 --> 00:33:41,939
Awak.
349
00:33:42,022 --> 00:33:44,149
Awak langsung tak tanya
tentang negara kita.
350
00:33:44,650 --> 00:33:49,071
Awak bawa nenek ke sini
untuk memujuk saya menjual tanah ini?
351
00:33:52,491 --> 00:33:53,492
Ya.
352
00:33:57,037 --> 00:33:58,872
Awak tidak ada belas kasihan.
353
00:34:00,249 --> 00:34:02,376
Awak tak malu?
354
00:34:04,002 --> 00:34:06,046
Saya bukan mencuri daripada awak.
355
00:34:06,129 --> 00:34:07,631
Tiada sesiapa mahu tipu awak.
356
00:34:07,714 --> 00:34:09,299
Kami tawarkan duit yang banyak.
357
00:34:11,552 --> 00:34:13,554
Awak tak berterima kasih,
358
00:34:13,637 --> 00:34:15,472
malah, awak anggap ia tidak adil.
359
00:34:18,391 --> 00:34:19,768
Sekarang keadaan berbeza.
360
00:34:21,103 --> 00:34:24,273
Sekarang giliran mereka membayar kita.
361
00:34:28,068 --> 00:34:31,822
Awak benar-benar percayanya?
362
00:34:34,449 --> 00:34:35,659
Ya.
363
00:35:20,162 --> 00:35:21,496
Mak.
364
00:35:22,372 --> 00:35:23,540
Demamnya kebah.
365
00:35:25,000 --> 00:35:26,627
Kita patut buatkan bubur.
366
00:35:27,127 --> 00:35:28,462
Mak…
367
00:35:32,090 --> 00:35:33,967
saya perlu bercakap dengan mak.
368
00:35:36,428 --> 00:35:37,721
Apa?
369
00:35:45,729 --> 00:35:47,022
Siapa yang lakukannya?
370
00:35:50,400 --> 00:35:51,610
Beritahu namanya!
371
00:35:56,823 --> 00:35:57,950
Beritahu mak.
372
00:35:58,784 --> 00:36:00,911
Dia paksa awak?
373
00:36:03,372 --> 00:36:04,540
Tidak.
374
00:36:06,458 --> 00:36:07,459
Ia bukan begitu…
375
00:36:07,543 --> 00:36:09,169
Kenapa tak beritahu siapa dia?
376
00:36:11,296 --> 00:36:15,509
Siapa pengecut yang buat begini,
tapi tak mahu bertanggungjawab?
377
00:36:26,228 --> 00:36:30,691
Mak yang salah sebab sangka
awak pandai berfikir.
378
00:36:33,110 --> 00:36:35,529
Kenapa awak begitu dungu?
379
00:36:39,449 --> 00:36:40,701
Mak…
380
00:36:44,037 --> 00:36:45,664
Maafkan saya.
381
00:37:04,683 --> 00:37:06,685
Awak tahu apa berlaku
kepada awak sekarang?
382
00:37:10,105 --> 00:37:11,190
Kepada bayi ini.
383
00:37:15,194 --> 00:37:16,236
Awak tahu?
384
00:37:29,750 --> 00:37:30,751
Sunja…
385
00:37:33,962 --> 00:37:36,757
tidak ada cara
untuk suruh dia kahwini awak?
386
00:37:41,136 --> 00:37:44,556
Tiada cara lagi, mak.
387
00:37:47,059 --> 00:37:48,310
Dia sudah pergi.
388
00:37:52,689 --> 00:37:54,066
Saya dungu.
389
00:38:03,867 --> 00:38:05,244
Sekarang nenek faham.
390
00:38:07,079 --> 00:38:10,999
Wanita itu mahu mati dalam rumah itu.
391
00:38:11,083 --> 00:38:12,376
Awak tak sedar?
392
00:38:12,459 --> 00:38:13,710
Nenek yang cakap,
393
00:38:13,794 --> 00:38:17,798
duit itu pasti berguna
untuk anak-anaknya.
394
00:38:18,924 --> 00:38:19,967
Jadi,
395
00:38:20,801 --> 00:38:23,512
itu tugas kami?
396
00:38:23,595 --> 00:38:25,681
Sentiasa berkorban untuk anak kami?
397
00:38:26,390 --> 00:38:28,350
Bila ia akan berhenti?
398
00:38:29,101 --> 00:38:30,561
Apabila kami mati?
399
00:38:32,646 --> 00:38:34,189
Nenek mahu saya buat apa?
400
00:38:35,023 --> 00:38:36,692
Nenek perlu berterus-terang.
401
00:38:40,737 --> 00:38:43,699
Awak tak boleh berjaya
402
00:38:43,782 --> 00:38:46,827
tanpa mengganggu dia?
403
00:38:47,995 --> 00:38:49,204
Tidak.
404
00:38:49,288 --> 00:38:51,039
Itu kerja saya.
405
00:38:51,123 --> 00:38:52,875
Itu cara saya mencari nafkah.
406
00:38:58,213 --> 00:39:01,425
Maaf saya bukan paderi
yang disayangi seperti Paderi Rhee.
407
00:39:02,009 --> 00:39:04,344
Apa kaitannya dengan hal ini?
408
00:39:07,389 --> 00:39:10,017
Dia ingatkan nenek pada seseorang.
409
00:39:11,143 --> 00:39:12,519
Itu saja.
410
00:39:14,938 --> 00:39:16,940
Nenek perlu pergi.
Kereta api sudah tiba.
411
00:39:17,024 --> 00:39:18,483
Saya akan hantar ke kereta api.
412
00:39:23,530 --> 00:39:25,991
Nenek tahu awak budak baik.
413
00:39:27,075 --> 00:39:29,244
Nenek tahu
nenek besarkan awak dengan baik.
414
00:40:10,994 --> 00:40:12,704
Berhenti mengutip nasi!
415
00:40:12,788 --> 00:40:14,623
Awak tahu ia bawa nasib malang.
416
00:40:22,214 --> 00:40:23,841
Kenapa?
417
00:40:23,924 --> 00:40:25,592
Ada orang mati?
418
00:40:26,218 --> 00:40:27,469
Apa yang berlaku?
419
00:40:28,971 --> 00:40:30,472
Apa?
420
00:40:46,405 --> 00:40:47,406
Makan.
421
00:40:54,329 --> 00:40:55,914
Solomon Baek.
422
00:40:57,749 --> 00:40:59,918
Peguamnya hubungi saya sejam lalu.
423
00:41:02,462 --> 00:41:03,672
Awak berjaya.
424
00:41:05,340 --> 00:41:07,176
Menggunakan nenek awak.
425
00:41:07,259 --> 00:41:08,635
Itu bijak.
426
00:41:08,719 --> 00:41:09,761
Ya.
427
00:41:13,182 --> 00:41:14,975
Okey, semua orang.
428
00:41:15,058 --> 00:41:18,478
Naomi, Arimoto, awak juga.
Kita akan raikannya.
429
00:41:18,562 --> 00:41:21,440
Château Budweisers untuk semua!
430
00:41:24,276 --> 00:41:25,777
Tahniah.
431
00:41:25,861 --> 00:41:26,987
Terima kasih.
432
00:41:27,654 --> 00:41:30,490
Saya mengaku
saya sangka awak takkan berjaya.
433
00:41:31,283 --> 00:41:32,618
Saya salah anggap awak.
434
00:41:35,037 --> 00:41:37,414
Tom panggil kita. Mahu pergi?
435
00:41:38,040 --> 00:41:39,416
Saya akan datang nanti.
436
00:41:51,720 --> 00:41:52,930
Helo?
437
00:41:55,557 --> 00:41:56,683
Helo?
438
00:41:57,559 --> 00:42:01,188
Beritahu saya awak rindukan saya.
439
00:42:03,315 --> 00:42:06,527
- Atau tipu dengan baik.
- Saya menunggu panggilan awak.
440
00:42:07,110 --> 00:42:08,612
Awak tak tunggu.
441
00:42:08,695 --> 00:42:10,489
Saya hubungi awak empat kali hari ini.
442
00:42:11,406 --> 00:42:12,950
Saya balik kampung beberapa hari.
443
00:42:14,993 --> 00:42:16,620
Apa berlaku?
444
00:42:16,703 --> 00:42:17,955
Ada parti di sana?
445
00:42:19,748 --> 00:42:20,916
Solomon!
446
00:42:21,458 --> 00:42:23,377
Saya berjaya selesaikan urusan penting.
447
00:42:23,460 --> 00:42:24,670
Kami meraikannya.
448
00:42:24,753 --> 00:42:27,714
Sudah tentu awak berjaya.
449
00:42:28,882 --> 00:42:30,676
Nampaknya hantar awak ke Amerika
450
00:42:30,759 --> 00:42:33,011
memang pilihan yang betul.
451
00:42:33,095 --> 00:42:34,930
Impian awak jadi kenyataan.
452
00:42:35,931 --> 00:42:39,184
Tapi awak pernah terfikir
tentang semua yang hilang?
453
00:42:40,227 --> 00:42:42,187
Awak sepatutnya gembira untuk saya.
454
00:42:42,271 --> 00:42:43,438
Tak mahu.
455
00:42:44,398 --> 00:42:46,441
Sekurang-kurangnya saya jujur.
456
00:42:47,734 --> 00:42:51,864
Tentu ada orang bencikan awak
atas kejayaan awak.
457
00:42:53,198 --> 00:42:54,825
Bila saya boleh jumpa awak?
458
00:42:55,951 --> 00:42:59,788
Mungkin awak takkan dapat jumpa saya.
459
00:42:59,872 --> 00:43:01,456
Awak masih tak berubah.
460
00:43:02,124 --> 00:43:04,501
Awak dan helah awak menyedihkan.
461
00:43:04,585 --> 00:43:06,128
Awak salah.
462
00:43:06,920 --> 00:43:11,216
Saya sudah banyak berubah.
463
00:43:23,270 --> 00:43:24,688
Awak sakit?
464
00:43:27,608 --> 00:43:28,901
Hana!
465
00:43:34,364 --> 00:43:35,490
Puan?
466
00:43:36,366 --> 00:43:37,409
Puan?
467
00:43:39,369 --> 00:43:40,579
Bagaimana keadaan awak?
468
00:43:42,623 --> 00:43:43,832
Saya masih hidup sebab awak.
469
00:43:45,083 --> 00:43:47,294
Ahli Farmasi Chu cakap
awak semakin sembuh.
470
00:43:48,462 --> 00:43:50,255
Lega saya mendengarnya.
471
00:43:50,339 --> 00:43:53,175
Ibu bapa saya juga pasti lega.
472
00:43:53,258 --> 00:43:54,635
Saya…
473
00:43:54,718 --> 00:43:56,845
Saya mahu hantar telegram
kepada mereka di pekan.
474
00:43:56,929 --> 00:43:59,181
Saya akan suruh budak
hantar pesanan itu.
475
00:43:59,848 --> 00:44:01,600
Saya mahu pergi sendiri.
476
00:44:02,851 --> 00:44:03,852
Uji kaki saya.
477
00:44:04,686 --> 00:44:07,064
Awak tak patut berjalan jauh
begitu cepat.
478
00:44:07,940 --> 00:44:09,900
Saya perlu jadi lebih kuat
jika mahu ke Osaka.
479
00:44:09,983 --> 00:44:11,443
Awak perlu ke sana?
480
00:44:11,527 --> 00:44:13,987
Saya tahu ada gereja menunggu awak,
481
00:44:15,197 --> 00:44:17,115
tapi kalau awak mati di sana,
482
00:44:18,408 --> 00:44:20,160
awak sangat jauh dari rumah…
483
00:44:20,953 --> 00:44:22,788
Sudah banyak kali saya hampir mati.
484
00:44:22,871 --> 00:44:24,039
Saya sudah biasa.
485
00:44:25,457 --> 00:44:26,792
Saya tak takutkan kematian.
486
00:44:27,668 --> 00:44:29,253
Sebaliknya, kehidupan
487
00:44:29,878 --> 00:44:31,505
yang sukar bagi saya.
488
00:44:36,051 --> 00:44:37,928
Jadi biar anak saya temankan awak.
489
00:44:38,512 --> 00:44:39,721
Tak mengapa…
490
00:44:39,805 --> 00:44:41,306
Saya tak mahu susahkan sesiapa.
491
00:44:41,974 --> 00:44:43,517
Awak tak boleh pergi sendiri.
492
00:44:43,600 --> 00:44:46,603
Tunggu sekejap. Saya panggil dia.
493
00:44:48,272 --> 00:44:49,439
Sunja!
494
00:44:51,441 --> 00:44:54,778
Maaf sebab susahkan awak dan ibu awak.
495
00:44:55,404 --> 00:44:57,406
Biar saya belanja awak
makan tengah hari.
496
00:44:59,533 --> 00:45:01,702
Ini tak menyusahkan.
497
00:45:02,536 --> 00:45:04,621
Mungkin ada kedai makan di pasar.
498
00:45:07,916 --> 00:45:09,918
Ada sebuah kedai mi.
499
00:45:11,336 --> 00:45:12,880
Saya dengar orang memujinya.
500
00:45:13,630 --> 00:45:15,132
Ia tak jauh dari sini.
501
00:45:17,134 --> 00:45:18,218
Bagus.
502
00:45:18,302 --> 00:45:19,511
Kalau begitu,
503
00:45:20,637 --> 00:45:22,472
kita hantar telegram saya selepas makan.
504
00:45:25,726 --> 00:45:27,144
Saya sudah beritahu awak.
505
00:45:29,855 --> 00:45:30,856
Buang itu.
506
00:45:33,317 --> 00:45:34,610
Ini apa?
507
00:45:38,363 --> 00:45:39,406
Tulis.
508
00:45:39,907 --> 00:45:43,035
Saya banyak dengar tentang pasar ini.
Ia menakjubkan.
509
00:45:48,040 --> 00:45:49,208
Ia sangat besar.
510
00:46:02,262 --> 00:46:03,472
Mari pergi.
511
00:46:12,439 --> 00:46:14,983
Berhenti buat begini…
512
00:46:15,067 --> 00:46:16,109
Solomon.
513
00:46:16,193 --> 00:46:19,196
- Tidak, hei… Tom.
- Maaf, dia akan hubungi awak semula.
514
00:46:19,279 --> 00:46:20,572
Tom, jangan putuskan…
515
00:46:20,656 --> 00:46:22,407
Saya bos awak.
516
00:46:22,491 --> 00:46:24,284
Mari keluar dan raikannya.
517
00:46:24,368 --> 00:46:25,577
Genius.
518
00:46:28,413 --> 00:46:29,665
Hei.
519
00:46:30,791 --> 00:46:31,917
Mari minum.
520
00:46:32,000 --> 00:46:33,752
Mari minum!
521
00:46:40,384 --> 00:46:41,718
Itu…
522
00:47:01,738 --> 00:47:02,906
Mak,
523
00:47:02,990 --> 00:47:04,575
apa mak buat di sini?
524
00:47:04,658 --> 00:47:06,785
Dia mahu pulang,
525
00:47:06,869 --> 00:47:08,787
melihat negara kita sekali lagi.
526
00:47:08,871 --> 00:47:10,622
Apa yang mak cakap?
527
00:47:11,331 --> 00:47:14,543
Mak tak mahu tanam
abu mak cik awak di sini.
528
00:47:14,626 --> 00:47:16,461
Mak mahu bawanya pulang.
529
00:47:17,379 --> 00:47:19,673
Mak juga mahu pulang.
530
00:47:31,643 --> 00:47:33,604
Ini kali pertama saya di restoran.
531
00:47:36,899 --> 00:47:38,650
Cepat betul!
532
00:47:40,277 --> 00:47:42,946
Kami tak mahu pelanggan tertunggu.
533
00:47:49,661 --> 00:47:52,039
Siapa ajar awak
berbahasa Jepun dengan baik?
534
00:47:52,873 --> 00:47:56,335
Saya ada pengajar semasa kecil.
535
00:47:56,418 --> 00:47:57,628
Shimizu-san .
536
00:47:58,879 --> 00:48:00,547
Kami berkawan baik.
537
00:48:00,631 --> 00:48:02,299
Saya nampak semua buku awak.
538
00:48:02,382 --> 00:48:04,510
Awak mesti tahu banyak perkara.
539
00:48:04,593 --> 00:48:06,178
Saya tak fikir begitu.
540
00:48:06,261 --> 00:48:07,888
Semakin saya berusia,
541
00:48:08,680 --> 00:48:10,516
saya sedar banyak saya tak tahu.
542
00:48:11,767 --> 00:48:12,976
Sebenarnya,
543
00:48:13,769 --> 00:48:15,979
kebanyakan masa saya rasa saya dungu.
544
00:48:18,440 --> 00:48:19,983
Awak mahu berdoa dengan saya?
545
00:48:27,449 --> 00:48:30,869
Tuhan, terima kasih untuk makanan
yang kami akan makan.
546
00:48:31,912 --> 00:48:34,790
Terima kasih sebab melindungi kami,
547
00:48:34,873 --> 00:48:38,043
membawa kami ke arah yang betul.
548
00:48:39,920 --> 00:48:42,256
Kami berdoa dengan nama Tuhan.
549
00:48:42,339 --> 00:48:43,340
Amen.
550
00:48:47,970 --> 00:48:50,889
Sunja, awak boleh buka mata sekarang.
551
00:49:04,778 --> 00:49:05,946
Sedap.
552
00:49:17,958 --> 00:49:20,169
Saya rasa seperti tidak jujur
553
00:49:20,252 --> 00:49:21,670
untuk terus memendamnya.
554
00:49:23,672 --> 00:49:25,299
Saya tahu awak mengandung.
555
00:49:30,387 --> 00:49:33,015
Saya bukan mahu mengecam awak.
556
00:49:33,098 --> 00:49:35,267
Saya hanya sebutnya sebab…
557
00:49:35,350 --> 00:49:37,311
mungkin membantu
558
00:49:38,812 --> 00:49:41,648
jika awak ada kawan sekarang.
559
00:49:43,775 --> 00:49:45,194
Maaf sebab bertanya.
560
00:49:46,737 --> 00:49:48,071
Anak itu,
561
00:49:48,155 --> 00:49:50,699
awak ada terfikir untuk serahkan dia
kepada keluarga lain?
562
00:49:54,119 --> 00:49:55,829
Mungkin pada pasangan yang tiada anak.
563
00:49:58,207 --> 00:50:00,042
Saya tahu ia sukar, tapi…
564
00:50:00,125 --> 00:50:01,502
Apa yang awak cakap?
565
00:50:05,631 --> 00:50:08,759
Kesan membesarkan sendiri anak itu…
566
00:50:08,842 --> 00:50:11,386
Saya faham takdir saya.
567
00:50:13,805 --> 00:50:16,808
Saya faham saya dan anak saya
akan dipulaukan…
568
00:50:18,936 --> 00:50:21,939
dan kami perlu tinggalkan
rumah penginapan demi perniagaan mak.
569
00:50:23,732 --> 00:50:25,025
Saya tahu semua ini.
570
00:50:27,903 --> 00:50:29,154
Namun…
571
00:50:30,197 --> 00:50:31,323
Saya…
572
00:50:33,784 --> 00:50:36,995
Saya disayangi
oleh orang yang dipulaukan.
573
00:50:39,623 --> 00:50:40,749
Ayah saya.
574
00:50:42,960 --> 00:50:45,712
Pelik kerana saya banyak fikir
tentang dia sekarang.
575
00:50:47,798 --> 00:50:50,884
Hampir sepanjang hidupnya,
dia diberitahu dia takkan berkahwin
576
00:50:50,968 --> 00:50:52,636
atau mempunyai anak sendiri.
577
00:50:52,719 --> 00:50:54,012
Tapi saya dilahirkan.
578
00:50:57,015 --> 00:50:59,101
Saya lahir walaupun
ia tak sepatutnya begitu.
579
00:51:03,438 --> 00:51:04,690
Sekarang…
580
00:51:06,483 --> 00:51:11,738
anak saya akan lahir
walaupun ia tak sepatutnya begitu.
581
00:51:14,449 --> 00:51:16,285
Dia akan disayangi.
582
00:51:19,079 --> 00:51:22,499
Walaupun saya perlu bekerja
sehingga kuku saya patah,
583
00:51:23,584 --> 00:51:26,545
belakang saya sakit
dan perut saya lapar,
584
00:51:27,838 --> 00:51:29,173
anak saya…
585
00:51:32,092 --> 00:51:33,927
dia akan dapat segala-galanya.
586
00:51:37,264 --> 00:51:38,640
Itu janji saya kepadanya.
587
00:51:42,978 --> 00:51:44,104
Ayah saya…
588
00:51:51,236 --> 00:51:53,238
itu janjinya pada saya
semasa saya lahir.
589
00:52:01,371 --> 00:52:02,581
Tidak.
590
00:52:06,043 --> 00:52:07,211
Saya takkan…
591
00:52:10,297 --> 00:52:11,423
serahkan anak ini.
592
00:52:18,722 --> 00:52:20,182
Maafkan saya, Sunja.
593
00:52:24,228 --> 00:52:25,687
Saya salah.
594
00:52:29,149 --> 00:52:33,070
Sepanjang hidup saya, saya selalu sakit.
595
00:52:37,491 --> 00:52:39,284
Ya, saya tahu tentang buku.
596
00:52:40,702 --> 00:52:42,621
Tapi saya tak tahu tentang orang.
597
00:52:47,501 --> 00:52:49,795
Mendengar kata-kata awak…
598
00:52:52,047 --> 00:52:53,423
saya jadi malu.
599
00:52:54,299 --> 00:52:55,592
Bukan itu niat saya.
600
00:52:56,552 --> 00:52:57,636
Tidak.
601
00:52:58,554 --> 00:53:00,264
Saya berterima kasih kepada awak.
602
00:53:04,226 --> 00:53:05,310
Berterima kasih?
603
00:53:14,903 --> 00:53:16,071
Lelaki itu…
604
00:53:18,949 --> 00:53:20,284
awak boleh lupakan dia?
605
00:53:33,881 --> 00:53:35,299
Saya mahu lupakan.
606
00:53:38,010 --> 00:53:39,261
Jika begitu,
607
00:53:41,054 --> 00:53:44,683
awak rasa awak boleh sayang lelaki lain?
608
00:53:46,810 --> 00:53:48,687
Apa gunanya?
609
00:53:50,230 --> 00:53:51,732
Tiada lelaki mahu kahwini saya.
610
00:53:52,357 --> 00:53:53,859
Tapi jika ada yang mahu…
611
00:53:58,071 --> 00:53:59,531
Jika ada lelaki mengajak awak…
612
00:54:02,326 --> 00:54:04,286
untuk tinggalkan rumah awak…
613
00:54:08,081 --> 00:54:09,708
dan mulakan kehidupan baharu…
614
00:54:12,127 --> 00:54:13,378
awak mahu?
615
00:54:21,595 --> 00:54:22,763
Tapi…
616
00:54:25,307 --> 00:54:26,850
awak tahu saya…
617
00:54:26,934 --> 00:54:28,894
Awak mengandungkan anak lelaki lain.
618
00:54:29,478 --> 00:54:30,479
Saya faham.
619
00:54:30,979 --> 00:54:32,523
Saya tanya awak sama ada,
620
00:54:33,857 --> 00:54:35,234
mungkin…
621
00:54:37,861 --> 00:54:39,279
dengan masa yang cukup…
622
00:54:42,950 --> 00:54:45,452
awak boleh cuba menyayangi lelaki lain?
623
00:55:57,608 --> 00:55:59,610
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman