1
00:00:30,000 --> 00:00:32,420
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
2
00:03:01,290 --> 00:03:04,460
Awak pasti itu dia?
Bagaimana keadaan badannya?
3
00:03:04,540 --> 00:03:05,500
26 FEBRUARI 2011
4
00:03:05,540 --> 00:03:07,630
Ia sedang mereput.
5
00:03:08,210 --> 00:03:10,420
- Berapa lama dia di sana?
- Berbulan.
6
00:03:10,500 --> 00:03:13,170
- Bulan? Awak pasti?
- Ya, mungkin tiga bulan.
7
00:03:13,250 --> 00:03:16,380
- Panggil sarjan semula.
- Okey. Saya akan panggilnya.
8
00:03:18,290 --> 00:03:20,170
- Helo?
- Ada jumpa apa-apa ID?
9
00:03:20,250 --> 00:03:21,710
Tak. Tiada kad ID.
10
00:03:21,790 --> 00:03:23,790
- Apa dia pakai?
- Seluar hitam.
11
00:03:23,880 --> 00:03:26,290
- Maksud awak, seluar betis?
- Betul.
12
00:03:26,380 --> 00:03:27,290
Oh, tuhan!
13
00:03:27,380 --> 00:03:29,250
Jaket hitam juga.
14
00:03:29,880 --> 00:03:32,880
Kasut. Yang ada bulu itu.
15
00:03:32,960 --> 00:03:34,920
- Awak akan berada di sana?
- Ya.
16
00:03:35,000 --> 00:03:37,500
Kita perlu beritahu keluarganya.
Saya akan beritahu.
17
00:03:37,580 --> 00:03:38,710
Okey. Terima kasih.
18
00:03:42,960 --> 00:03:45,380
- Puan, betulkah…
- Jangan ganggu.
19
00:03:50,330 --> 00:03:53,380
- Helo?
- Maura, ini Letizia. Maafkan saya…
20
00:03:54,500 --> 00:03:55,330
Tapi…
21
00:03:56,500 --> 00:03:57,460
Puan.
22
00:04:00,960 --> 00:04:01,880
Maura.
23
00:04:03,540 --> 00:04:04,790
Maura, awak di sana?
24
00:04:04,880 --> 00:04:05,710
Maura!
25
00:04:07,830 --> 00:04:08,670
Fulvio.
26
00:04:09,580 --> 00:04:10,460
Maura.
27
00:04:12,210 --> 00:04:14,460
- Boleh awak dengar, Maura?
- Fulvio!
28
00:04:14,540 --> 00:04:15,920
Maura.
29
00:04:17,380 --> 00:04:18,250
Bertenang.
30
00:04:18,960 --> 00:04:20,000
Bertenang, Maura.
31
00:04:52,290 --> 00:04:54,460
KITA DAH SEDIA UNTUK TAHUN BARU
32
00:04:54,540 --> 00:04:57,330
PERAK SELAMANYA
EMANUELA MACCARINI
33
00:04:59,920 --> 00:05:03,420
Bagi saya, gimnastik berirama
ialah sukan terhebat.
34
00:05:04,040 --> 00:05:05,960
Saya perlu perbaiki diri,
35
00:05:06,040 --> 00:05:09,080
tak kira apa pun,
setiap Rabu, saya akan ke gim.
36
00:05:10,500 --> 00:05:13,500
Yara, 13 tahun, gred lapan.
37
00:05:13,580 --> 00:05:16,170
Nama saya berasal
dari bahasa Arab. "Rama-rama".
38
00:05:17,000 --> 00:05:19,670
Saya selalu perlu ejanya
untuk kawan-kawan.
39
00:05:26,420 --> 00:05:29,380
TIGA BULAN LEBIH AWAL
40
00:06:06,880 --> 00:06:09,500
Jangan risau. Saya akan bawa
radio ayah saya.
41
00:06:41,000 --> 00:06:42,830
Anak-anak, dah basuh tangan?
42
00:06:43,580 --> 00:06:44,580
Ya, mak.
43
00:06:44,670 --> 00:06:46,250
- Betulkah?
- Ya.
44
00:06:46,330 --> 00:06:49,500
Hebatnya. Saya dapat
markah tinggi dalam empat subjek.
45
00:06:49,580 --> 00:06:52,790
Hujung minggu ini saya cabut pendakap
dan untuk makan tengahari…
46
00:06:53,290 --> 00:06:56,210
Siapa tahu makanan
yang mak dan ayah akan masak.
47
00:06:56,290 --> 00:06:58,880
Biasanya lebih enak apabila mak masak.
48
00:06:58,960 --> 00:07:01,040
Mak, Yara tak buat kerja rumah.
49
00:07:01,130 --> 00:07:03,830
Dia tulis ayah tak boleh masak.
50
00:07:03,920 --> 00:07:06,420
- Keba, hentikannya.
- Ia agak benar.
51
00:07:06,500 --> 00:07:09,460
- Kenapa awak kata saya tak boleh masak?
- Apa itu?
52
00:07:09,540 --> 00:07:11,670
- Flan yang sedap.
- Ya.
53
00:07:11,750 --> 00:07:13,540
Hati-hati. Panas.
54
00:07:13,630 --> 00:07:16,170
Jangan sentuh. Ia perlukan sos dulu.
55
00:07:16,250 --> 00:07:19,500
- Ayah akan hidang.
- Kita nak makan dengan tangan?
56
00:07:19,580 --> 00:07:21,420
Sudu! Betul.
57
00:07:22,420 --> 00:07:25,670
Saya akan siapkan kerja rumah
sebelum bawa radio ke gim.
58
00:07:25,750 --> 00:07:29,330
Mak boleh bawa pada Ahad
dan bantu mereka sediakan peralatan.
59
00:07:29,420 --> 00:07:32,210
Tak apa. Saya nak jumpa
Giommi di kelas hip-hop.
60
00:07:32,290 --> 00:07:35,080
- Balik sebelum 6:30 petang.
- Mereka mula jam itu.
61
00:07:35,170 --> 00:07:37,750
Biar saya tunggu lima minit. Ia dekat.
62
00:07:37,830 --> 00:07:39,250
Saya balik jam 6:45.
63
00:07:39,330 --> 00:07:41,080
- Jangan lewat.
- Okey.
64
00:07:41,170 --> 00:07:42,290
Mak serius!
65
00:07:42,380 --> 00:07:43,670
Saya faham.
66
00:07:43,750 --> 00:07:44,580
Bagus.
67
00:07:48,540 --> 00:07:51,670
Sveva kata saya tak perlu berinya
hadiah hari jadi,
68
00:07:51,750 --> 00:07:53,750
cuma bantu dia merancang parti.
69
00:07:53,830 --> 00:07:56,670
Dia kawan baik saya.
Saya akan beri hadiah hebat.
70
00:07:58,250 --> 00:08:00,380
Kawan-kawan. Kami ada radio.
71
00:08:00,460 --> 00:08:01,790
- Hai.
- Hai, Yara.
72
00:08:02,460 --> 00:08:03,920
- Sedia?
- Ya.
73
00:08:04,000 --> 00:08:05,000
Mari.
74
00:08:05,080 --> 00:08:05,920
Main.
75
00:08:06,000 --> 00:08:07,830
- Yara. Sertai kami.
- Tak.
76
00:08:07,920 --> 00:08:08,830
Ayuh.
77
00:08:09,330 --> 00:08:12,080
Mula. Lima, enam, tujuh, lapan.
78
00:08:13,130 --> 00:08:16,080
Kadangkala saya rasa
saya nak belajar hip-hop juga,
79
00:08:16,170 --> 00:08:17,830
tapi saya tiada masa.
80
00:08:20,460 --> 00:08:22,540
Masa memang tak pernah mencukupi.
81
00:09:07,040 --> 00:09:08,130
Hai, ini Yara.
82
00:09:08,790 --> 00:09:10,170
Tak, ia mel suara saya.
83
00:09:10,250 --> 00:09:12,960
Beri mesej selepas nada. Selamat tinggal.
84
00:09:14,540 --> 00:09:16,130
Hai, Nico. Ini Maura.
85
00:09:16,750 --> 00:09:18,790
Adakah Yara masih ada di sana?
86
00:09:18,880 --> 00:09:21,540
Saya tak nampak Yara.
Saya akan tanya Daniela.
87
00:09:22,460 --> 00:09:23,710
Dani, di mana Yara?
88
00:09:23,790 --> 00:09:26,580
Yara balik sekitar jam 6:30 petang.
89
00:09:27,750 --> 00:09:30,080
Dia kata dia balik sekitar jam 6:30.
90
00:09:30,670 --> 00:09:32,460
Terima kasih. Selamat tinggal.
91
00:09:34,040 --> 00:09:36,380
Saya pergi makan malam dengan bos saya.
92
00:09:36,460 --> 00:09:39,500
Di mana Yara?
Dia patut balik setengah jam lalu.
93
00:09:39,580 --> 00:09:42,630
- Mungkin dia balik nanti.
- Saya dapat mel suara.
94
00:09:42,710 --> 00:09:46,460
Mungkin dia tiada bateri.
Cuba telefon Martina atau Paola.
95
00:09:46,540 --> 00:09:48,080
Baik saya ke sana.
96
00:09:55,830 --> 00:09:56,670
Maura.
97
00:09:59,080 --> 00:10:00,670
Cari di gim besar.
98
00:10:05,750 --> 00:10:06,960
Hai, ini Yara.
99
00:10:07,540 --> 00:10:09,040
Tak, ia mel suara saya.
100
00:10:09,130 --> 00:10:10,960
Beri mesej selepas nada.
101
00:10:13,630 --> 00:10:14,880
Hai, ini Yara.
102
00:10:15,500 --> 00:10:17,000
Tak, ia mel suara saya.
103
00:10:21,290 --> 00:10:23,710
Beri mesej selepas nada. Selamat tinggal.
104
00:10:28,000 --> 00:10:29,080
Hai, ini Yara.
105
00:10:36,040 --> 00:10:38,830
POLIS TENTERA
106
00:10:38,920 --> 00:10:41,630
En. Gambirasio, apa yang berlaku?
Duduklah.
107
00:10:41,710 --> 00:10:45,080
Ini tentang anak saya, Yara.
Dia belum pulang.
108
00:10:46,000 --> 00:10:49,000
Saya bawa gambar.
109
00:10:49,540 --> 00:10:50,540
Mungkin…
110
00:10:50,630 --> 00:10:51,460
Duduklah.
111
00:10:51,540 --> 00:10:55,210
Beritahu rakan saya.
Kami akan buat laporan. Jangan risau.
112
00:10:55,290 --> 00:10:58,040
Dia tak balik rumah,
113
00:10:58,130 --> 00:11:01,000
jadi isteri saya cari dia di gim,
114
00:11:01,080 --> 00:11:02,960
tapi dia tak dapat…
115
00:11:05,250 --> 00:11:10,000
Dia tak jawab telefon.
Ia mesti dimatikan atau mungkin…
116
00:11:11,460 --> 00:11:12,380
Saya…
117
00:11:13,960 --> 00:11:16,210
tak tahu cara nak tolong awak.
118
00:11:23,250 --> 00:11:24,130
Gambirasio.
119
00:11:24,830 --> 00:11:25,880
Jangan risau.
120
00:11:27,960 --> 00:11:29,920
Jangan risau. Kami akan cari dia.
121
00:11:43,210 --> 00:11:44,880
Di mana En. Gambirasio?
122
00:11:44,960 --> 00:11:46,790
Dia balik rumah. Dia penat.
123
00:11:47,380 --> 00:11:49,830
Tak perlu suruh dia duduk sini.
124
00:11:49,920 --> 00:11:50,960
Bagus.
125
00:11:51,040 --> 00:11:54,380
- Masa dan tempat hilang?
- Petang ini, di Brembate.
126
00:11:54,460 --> 00:11:57,250
Dia tak balik dari pusat sukan.
127
00:11:57,330 --> 00:11:58,830
Apa kata keluarganya?
128
00:11:58,920 --> 00:12:02,000
Ada pertengkaran, pergaduhan,
atau mungkin dia lari?
129
00:12:02,500 --> 00:12:04,670
Ayahnya kata tidak.
130
00:12:05,380 --> 00:12:08,880
Awak ada permintaan pengesan lokasi
untuk operator telefon?
131
00:12:08,960 --> 00:12:10,500
Ya. Di sini, puan.
132
00:12:10,580 --> 00:12:13,380
Kami dapat tahu
menara sel terakhir yang dikesan
133
00:12:13,460 --> 00:12:16,960
adalah di Brembate di Sopra,
jam 6:55 petang, Jalan Ruggeri,
134
00:12:17,040 --> 00:12:18,790
berhadapan pusat sukan.
135
00:12:20,330 --> 00:12:21,580
Jalan Ruggeri…
136
00:12:22,580 --> 00:12:23,790
Macam nama keluarga puan.
137
00:12:26,250 --> 00:12:32,830
Misteri kehilangan seorang gadis
berusia 13 tahun di Bergamo Raya.
138
00:12:32,920 --> 00:12:36,580
Dia keluar pada tengahari,
seperti remaja lain yang sebayanya,
139
00:12:36,670 --> 00:12:38,670
untuk ke gim.
140
00:12:38,750 --> 00:12:42,210
Dia tak pernah pulang.
141
00:12:42,290 --> 00:12:46,420
Lari dari rumah bukan penyebabnya,
tapi penculikan dipertimbangkan.
142
00:12:46,500 --> 00:12:48,830
Mari dengar daripada Andrea Soglio.
143
00:12:48,920 --> 00:12:52,750
Ini masa yang membimbangkan
di Brembate Sopra, Bergamo Raya,
144
00:12:52,830 --> 00:12:56,710
di mana Jumaat lepas,
Yara Gambirasio, 13 tahun hilang.
145
00:12:56,790 --> 00:13:00,210
Ia dilaporkan pada waktu makan malam.
Pada masa dia hilang,
146
00:13:00,290 --> 00:13:04,080
dia tiada beg, beg galas,
atau dompet, cuma telefon bimbitnya,
147
00:13:04,170 --> 00:13:05,540
yang sedang dimatikan.
148
00:13:08,710 --> 00:13:10,500
Maaf, apa awak buat?
149
00:13:10,580 --> 00:13:12,670
Maafkan saya, cik. Saya ada arahan.
150
00:13:13,210 --> 00:13:16,830
Kenapa komputer riba saya?
Tiada apa-apa tentang Yara di situ.
151
00:13:17,750 --> 00:13:18,960
Ayah!
152
00:13:20,670 --> 00:13:22,580
Mereka ambil komputer riba saya.
153
00:13:28,170 --> 00:13:30,000
Itu diari Yara.
154
00:13:35,210 --> 00:13:36,040
Ya.
155
00:13:36,130 --> 00:13:37,710
Sayang, mari sini.
156
00:13:39,420 --> 00:13:40,500
Awak kuat.
157
00:13:48,380 --> 00:13:51,130
BERGAMO
DUA HARI KEMUDIAN
158
00:13:51,210 --> 00:13:53,130
Sarjan Garro, akhirnya.
159
00:13:53,210 --> 00:13:54,920
- Masuk.
- Selamat pagi, puan.
160
00:13:55,000 --> 00:13:56,630
Ada berita gadis itu?
161
00:13:57,210 --> 00:13:58,420
Malangnya, tak.
162
00:13:58,500 --> 00:14:00,500
Apa mereka kata di gim?
163
00:14:00,580 --> 00:14:03,500
- Nampaknya, dia balik sekitar jam 6:30.
- ''Nampaknya.''
164
00:14:03,580 --> 00:14:07,540
Apa maksudnya? Jam 6:30 petang Jumaat,
pasti ada orang nampak dia.
165
00:14:07,630 --> 00:14:10,290
Malangnya, kami belum jumpa saksi.
166
00:14:12,080 --> 00:14:15,540
- Berapa jauh gim dari rumahnya?
- Lebih kurang 700 meter.
167
00:14:15,630 --> 00:14:18,580
Itulah maksud saya.
Pasti ada orang nampak dia.
168
00:14:19,330 --> 00:14:21,830
Daripada siasatan kami setakat ini,
169
00:14:21,920 --> 00:14:24,710
Yara tak sepatutnya berlatih hari itu.
170
00:14:24,790 --> 00:14:27,380
Dia pergi ke gim untuk hantar radio saja.
171
00:14:28,130 --> 00:14:31,540
Dia lepak, kemudian dia pergi,
atau nampak macam dia pergi.
172
00:14:31,630 --> 00:14:35,880
Seluruh Unit Siasatan kita mencari
dia di sekitar Brembate.
173
00:14:35,960 --> 00:14:36,960
Anjing pencarian?
174
00:14:37,040 --> 00:14:41,330
Sudah minta, tapi ia ambil masa
beberapa hari sebab ia dari pekan lain.
175
00:14:41,830 --> 00:14:44,460
- Telefon bimbit?
- Talian keluarga diintip.
176
00:14:44,540 --> 00:14:47,420
Itu tak cukup. Kita perlu panjangkannya.
177
00:14:47,500 --> 00:14:49,670
Jiran-jiran, kawan-kawan, guru-guru,
178
00:14:49,750 --> 00:14:51,170
jurulatih gim…
179
00:14:51,750 --> 00:14:53,710
Baiklah. Idea bagus.
180
00:14:55,330 --> 00:14:56,460
Sarjan.
181
00:14:56,960 --> 00:14:59,250
Jadi, apa pendapat awak?
182
00:15:00,460 --> 00:15:03,540
Saya rasa dia tak mungkin lari.
183
00:15:03,630 --> 00:15:07,170
Semua kata dia pendiam
dan tenang, jadi dia tak mungkin lari.
184
00:15:07,920 --> 00:15:08,880
Mungkin diculik.
185
00:15:08,960 --> 00:15:11,960
Tapi bukan untuk tebusan.
Keluarganya tak kaya.
186
00:15:12,460 --> 00:15:13,960
Ibu bapanya bekerja.
187
00:15:14,040 --> 00:15:16,130
Mereka memiliki rumah saja.
188
00:15:16,210 --> 00:15:17,420
Mungkin dendam.
189
00:15:18,000 --> 00:15:22,170
Entah. Ayahnya juruukur
dalam bidang kejuruteraan sistem.
190
00:15:22,250 --> 00:15:23,830
Dia kata dia tiada musuh.
191
00:15:24,580 --> 00:15:25,880
Itu kata dia.
192
00:15:25,960 --> 00:15:28,710
Mungkin dendam berkaitan
dengan dunia bangunan.
193
00:15:28,790 --> 00:15:30,750
Kami sedang siasat. Kita lihat.
194
00:15:31,540 --> 00:15:33,330
- Puan nak jumpa mereka?
- Tak.
195
00:15:33,830 --> 00:15:35,630
Laporan cukup buat masa ini.
196
00:15:36,210 --> 00:15:38,420
Jika perlukan apa-apa, saya beritahu.
197
00:15:38,500 --> 00:15:39,330
Okey.
198
00:15:40,670 --> 00:15:41,540
Mak.
199
00:15:43,290 --> 00:15:44,420
Di mana Yara?
200
00:15:47,080 --> 00:15:49,580
Kami cari dia di merata tempat, sayang.
201
00:15:49,670 --> 00:15:51,790
Sebab itu mak selalu balik lewat.
202
00:15:54,830 --> 00:15:58,000
Betulkah ada raksasa
yang memburu kanak-kanak?
203
00:15:58,920 --> 00:15:59,750
Tak.
204
00:16:01,170 --> 00:16:03,540
Awak tak perlu risau. Okey?
205
00:16:07,920 --> 00:16:09,710
Di sekolah, kami melukis,
206
00:16:10,630 --> 00:16:12,750
dan kami berdoa untuk Yara,
207
00:16:14,250 --> 00:16:16,330
jadi dia boleh balik untuk Krismas.
208
00:16:16,960 --> 00:16:19,080
Bagus. Baguslah.
209
00:16:23,540 --> 00:16:26,790
Orang kata kesedihan datang
daripada memori kebahagiaan.
210
00:16:27,710 --> 00:16:30,670
Mungkin itu sebab
angin kita berubah dengan memori.
211
00:16:31,630 --> 00:16:33,920
Saya gembira kemudian sedih,
212
00:16:34,000 --> 00:16:35,330
kemudian gembira lagi.
213
00:16:36,880 --> 00:16:38,960
Saat saya nak menangis, saya tahan.
214
00:16:39,040 --> 00:16:42,040
Saya takkan biar awak puas
melihat saya menangis.
215
00:16:43,000 --> 00:16:47,420
Maaf, saya tak faham.
Pada malam Jumaat, awak di sana atau tak?
216
00:16:47,500 --> 00:16:51,210
Tak, saya tak nampak Yara Jumaat lepas
sebab saya ada di rumah.
217
00:16:52,960 --> 00:16:54,500
Pada tengah malam,
218
00:16:54,580 --> 00:16:58,960
Daniela dan Silvia telefon saya.
Mereka mahu datang cari dia.
219
00:17:00,000 --> 00:17:01,750
Yara?
220
00:17:01,830 --> 00:17:02,830
Yara?
221
00:17:02,920 --> 00:17:04,630
- Yara?
- Saya cari di sini.
222
00:17:04,710 --> 00:17:05,710
Yara?
223
00:17:08,460 --> 00:17:10,750
- Yara?
- Puan mahu apa-apa? Kopi?
224
00:17:10,830 --> 00:17:12,920
Tak, terima kasih. Saya dah minum.
225
00:17:14,420 --> 00:17:18,380
Seperti yang awak bayangkan,
ketika ini, sebarang perincian,
226
00:17:18,460 --> 00:17:20,830
sebarang elemen amat penting bagi kami.
227
00:17:20,920 --> 00:17:21,960
Boleh awak ingat
228
00:17:22,630 --> 00:17:26,460
tentang malam Jumaat itu.
Bagaimana dengan Yara atau perkara lain?
229
00:17:26,540 --> 00:17:30,170
Yara datang ke sini, dia bawa radio itu,
230
00:17:30,250 --> 00:17:32,670
tapi dia tak nak menari dengan kami.
231
00:17:33,330 --> 00:17:34,750
Tiada apa-apa lagi…
232
00:17:34,830 --> 00:17:37,170
Dia tergesa-gesa. Dia nak pulang.
233
00:17:37,750 --> 00:17:39,130
Saya tertanya-tanya,
234
00:17:39,210 --> 00:17:43,290
ada orang datang menonton
gadis-gadis itu berlatih?
235
00:17:43,380 --> 00:17:46,210
Orang yang bukan ibu bapa atau saudara?
236
00:17:47,330 --> 00:17:49,630
Puan tahu cerita pengganggu itu juga?
237
00:17:52,920 --> 00:17:55,290
Tidak. Beritahu saya.
238
00:17:56,250 --> 00:17:58,210
Ini cerita bertahun lamanya.
239
00:17:59,210 --> 00:18:01,710
Kami cuba yang terbaik, tapi kami tak tahu
240
00:18:01,790 --> 00:18:03,880
identiti pengintip gadis-gadis itu.
241
00:18:04,630 --> 00:18:08,630
Akibatnya, semua bapa
diharamkan dari bilik persalinan.
242
00:18:08,710 --> 00:18:10,380
Termasuk budak lelaki.
243
00:18:10,460 --> 00:18:11,290
Semua.
244
00:18:11,880 --> 00:18:14,330
Ada perkara luar biasa pada Jumaat itu?
245
00:18:14,960 --> 00:18:16,630
Tak, tiada apa-apa.
246
00:18:16,710 --> 00:18:19,330
Saya ke atas untuk ajar gimnastik segerak,
247
00:18:19,420 --> 00:18:22,040
dan apabila saya turun, Yara sudah pergi.
248
00:18:22,540 --> 00:18:23,670
Maafkan saya.
249
00:18:36,630 --> 00:18:38,040
Tolong beri laluan.
250
00:18:38,540 --> 00:18:39,420
Beri laluan.
251
00:18:40,630 --> 00:18:43,290
- Puan.
- Anjing dah sampai? Mana semua?
252
00:18:43,380 --> 00:18:46,290
Anjing itu menghidu
baju panas Yara dan ke sana.
253
00:18:46,380 --> 00:18:49,380
- Garro?
- Dia pergi dan kata awak boleh datang.
254
00:18:49,460 --> 00:18:50,790
Okey. Mari.
255
00:19:31,290 --> 00:19:32,580
Selamat pagi, puan.
256
00:19:33,170 --> 00:19:34,710
Dia pengurus tapak.
257
00:19:34,790 --> 00:19:36,630
- Hai.
- Kaunselor Ruggeri.
258
00:19:36,710 --> 00:19:39,040
Puan, anjing-anjing itu ke arah itu.
259
00:19:39,670 --> 00:19:40,750
Ada apa di sana?
260
00:19:40,830 --> 00:19:43,830
Bilik persalinan pekerja.
Di bawahnya, ada almari.
261
00:19:43,920 --> 00:19:46,130
- Mari.
- Saya akan tunjukkan jalan.
262
00:19:46,210 --> 00:19:47,540
Hati-hati dengan paku.
263
00:20:25,330 --> 00:20:27,420
Lihat, ia hidu sesuatu.
264
00:20:28,630 --> 00:20:32,290
Kawal tempat ini, kenal pasti
semua orang, panggil skuad RIS
265
00:20:32,380 --> 00:20:35,170
dan suruh mereka periksa
seluruh tempat ini.
266
00:20:36,630 --> 00:20:37,750
Salji akan turun?
267
00:20:38,290 --> 00:20:39,290
Banyak.
268
00:20:39,960 --> 00:20:42,670
Bolehkah kita naik kereta luncur salji?
269
00:20:42,750 --> 00:20:43,830
Terpulang.
270
00:20:43,920 --> 00:20:47,830
Hanya jika awak boleh habiskan
secawan coklat panas di chalet.
271
00:20:47,920 --> 00:20:48,960
Mak!
272
00:20:51,710 --> 00:20:56,040
Mak akan jemput awak dari sekolah,
jadi kita boleh luangkan Sabtu di sana.
273
00:22:14,000 --> 00:22:16,420
Kerani kata saya akan jumpa puan di sini.
274
00:22:17,420 --> 00:22:18,750
Kolonel Vitale.
275
00:22:19,920 --> 00:22:23,960
- Kita tak jumpa sejak di Caltanissetta.
- Ya. Mari ke pejabat saya.
276
00:22:24,040 --> 00:22:24,880
Okey.
277
00:22:28,960 --> 00:22:30,960
- Boleh bantu saya?
- Sudah tentu.
278
00:22:38,500 --> 00:22:40,290
Puan tahu mereka hantar saya?
279
00:22:40,380 --> 00:22:43,710
Ya, Garro beritahu saya.
Dia sarjan stesen ini.
280
00:22:43,790 --> 00:22:45,460
- Lelaki yang teliti.
- Amat.
281
00:22:45,540 --> 00:22:48,540
- Dia kata tak banyak petunjuk.
- Tiada langsung.
282
00:22:48,630 --> 00:22:52,750
Kami pasang CCTV, intip telefon
dan buat pencarian. Tiada apa-apa.
283
00:22:52,830 --> 00:22:56,380
Kadangkala tak perlu lihat
terlalu jauh. Itu pengalaman saya.
284
00:23:02,170 --> 00:23:03,380
Sila duduk.
285
00:23:08,170 --> 00:23:11,750
Kami siasat keluarganya dulu,
tapi tiada apa-apa.
286
00:23:11,830 --> 00:23:13,960
Ada sesuatu. Ayahnya tinggalkan
287
00:23:14,040 --> 00:23:18,210
rayuan dalam mel suara anaknya.
"Tolong, Yara, balik sekarang."
288
00:23:18,290 --> 00:23:19,210
Ya, saya tahu.
289
00:23:20,040 --> 00:23:23,830
"Tolong, Yara, balik sekarang"
kedengaran macam pernah berlaku.
290
00:23:23,920 --> 00:23:27,460
Atau macam suara ayah
yang tak nak marah anak yang lewat.
291
00:23:30,330 --> 00:23:33,170
Fulvio Gambirasio dah tukar
kerja beberapa kali.
292
00:23:33,250 --> 00:23:38,420
Nampaknya, di tapak bangunan,
dia sangat tegas dan cerewet.
293
00:23:38,500 --> 00:23:39,830
Mungkin dia ada musuh.
294
00:23:39,920 --> 00:23:42,880
Kami terfikir tentang itu,
tapi saya tak percaya.
295
00:23:42,960 --> 00:23:46,710
Dia mungkin buat orang marah
tapi tak cukup untuk balas dendam.
296
00:23:47,670 --> 00:23:49,790
Lagipun, semua rakan awak bersetuju
297
00:23:49,880 --> 00:23:52,330
bahawa keluarga Gambirasio baik.
298
00:23:52,830 --> 00:23:55,670
- Apa pendapat puan?
- Saya belum jumpa mereka.
299
00:23:56,170 --> 00:23:57,040
Belum jumpa?
300
00:23:58,710 --> 00:24:00,380
Puan akan jumpa mereka?
301
00:24:00,960 --> 00:24:04,830
Saya mahu, sebaik saja saya ada
sesuatu untuk cakap selain,
302
00:24:04,920 --> 00:24:08,000
"Bertabah." "Semua okey,"
atau "kami akan jumpa dia,"
303
00:24:08,080 --> 00:24:10,330
yang telah menjadi buah mulut orang.
304
00:24:12,540 --> 00:24:14,830
Ada dua cara untuk melihat masa depan.
305
00:24:15,500 --> 00:24:18,500
Ada yang anggap ia hari antara dua malam.
306
00:24:18,580 --> 00:24:19,460
Apa?
307
00:24:19,540 --> 00:24:23,750
Ada yang lebih suka melihat masa depan
sebagai malam antara dua hari.
308
00:24:23,830 --> 00:24:25,880
Ini daripada diari Yara.
309
00:24:27,000 --> 00:24:30,580
Ayat yang gelap, matang,
mendalam, sangat maskulin.
310
00:24:31,580 --> 00:24:35,580
Saya tak percaya
gadis 13 tahun boleh tulis itu. Puan?
311
00:24:36,250 --> 00:24:37,880
Yara lepak dengan siapa?
312
00:24:37,960 --> 00:24:41,000
Lelaki-lelaki lebih tua
di sekitar rumah, kawan kakaknya…
313
00:24:41,500 --> 00:24:44,750
Kami siasat mereka
terlebih dulu, tapi tiada apa-apa.
314
00:24:45,710 --> 00:24:47,880
Nah. Ini diari asal.
315
00:24:50,830 --> 00:24:51,670
Lihat?
316
00:24:52,500 --> 00:24:53,880
Petikan oleh Don Mazzi.
317
00:24:55,580 --> 00:24:57,580
Adakala rupa luaran boleh menipu.
318
00:25:00,790 --> 00:25:02,170
Betul cakap puan.
319
00:25:13,670 --> 00:25:15,460
Gunung itu tak ke mana-mana.
320
00:25:15,960 --> 00:25:18,170
- Kita pergi minggu depan.
- Ya.
321
00:25:24,670 --> 00:25:25,880
Sayang.
322
00:25:26,960 --> 00:25:28,580
- Nah.
- Tak nak.
323
00:25:29,580 --> 00:25:31,170
Tak ucap selamat tinggal?
324
00:25:35,250 --> 00:25:37,130
Kelas kami sangat berpecah.
325
00:25:37,920 --> 00:25:40,960
Ada yang ejek orang lain.
Ada yang bergurau,
326
00:25:41,040 --> 00:25:45,380
dan ada yang suka berkumpulan,
seperti saya dan kawan-kawan baik saya,
327
00:25:45,460 --> 00:25:48,500
Ludo, Ale, Sveva, dan Ginny.
328
00:25:48,580 --> 00:25:50,500
Tak. Gangguan? Buli?
329
00:25:50,580 --> 00:25:52,290
Tiada perkara sebegitu.
330
00:25:52,790 --> 00:25:56,290
Maksud awak, ini sekolah
paling sempurna di Itali?
331
00:25:56,380 --> 00:25:57,960
Hal kanak-kanak,
332
00:25:58,040 --> 00:26:02,170
seperti bersembunyi di tandas
sambil hisap ganja, macam di tempat lain,
333
00:26:02,250 --> 00:26:06,540
tapi Yara tak pernah buat itu.
Kami dah beritahu polis tentera segalanya.
334
00:26:06,630 --> 00:26:09,250
Ya, tapi saya lebih suka bercakap sendiri.
335
00:26:10,880 --> 00:26:13,460
Lihat ini. Ini daripada diari Yara.
336
00:26:13,540 --> 00:26:16,080
"Hari ini, dia berdiri di sisi saya,"
337
00:26:16,170 --> 00:26:19,290
dengan banyak tanda seru dan lukisan hati.
338
00:26:19,380 --> 00:26:23,960
- Jadi Yara tentu suka seseorang.
- Ya, tapi suka saja.
339
00:26:24,040 --> 00:26:26,330
Dia budak yang comel dan popular.
340
00:26:26,420 --> 00:26:29,130
Saya dengar Yara tak beritahu dia sukanya.
341
00:26:29,210 --> 00:26:30,750
Saya akan tunjuk orangnya.
342
00:26:36,130 --> 00:26:38,250
Hari ini, dia berdiri di sisi saya.
343
00:26:40,130 --> 00:26:43,540
Saya milik awak
sebab senyuman awak buat saya gembira.
344
00:26:44,290 --> 00:26:48,130
Saya milik awak sebab saat bersama awak,
saya rasa hebat, penting.
345
00:26:50,460 --> 00:26:53,290
Hari ini di kelas agama, saya tutup mata.
346
00:26:53,380 --> 00:26:56,630
Saya boleh rasa
emosi saya di luar dan dalam diri.
347
00:26:57,630 --> 00:26:59,500
Saya membesar. Saya berubah.
348
00:27:00,080 --> 00:27:01,750
Seperti lagu kegemaran saya.
349
00:27:02,750 --> 00:27:06,580
Apa pun, hidup ini satu peristiwa
yang penuh dengan kejutan.
350
00:27:08,710 --> 00:27:12,080
Seluruh komuniti kita,
malah seluruh negara,
351
00:27:12,170 --> 00:27:14,330
merisaukan nasib Yara.
352
00:27:14,420 --> 00:27:17,540
Tiada berita daripada sidang
di pejabat pendakwa.
353
00:27:17,630 --> 00:27:20,540
Ketegangan bertambah di Brembate di Sopra.
354
00:27:20,630 --> 00:27:24,540
Kami di rumah keluarga Gambirasio,
tapi tiada ahli keluarga muncul.
355
00:27:24,630 --> 00:27:27,130
Sementara itu, pencarian berterusan.
356
00:27:27,210 --> 00:27:31,380
Setiap meter persegi kejiranan itu
diperiksa tanpa henti.
357
00:27:31,460 --> 00:27:33,210
Seluruh komuniti membantu.
358
00:27:33,290 --> 00:27:37,580
Pagi tadi, Senator Nigiotti beri
kenyataan berikut.
359
00:27:38,380 --> 00:27:40,830
Saya berbincang dengan pihak berkuasa,
360
00:27:40,920 --> 00:27:42,000
dan saya pasti,
361
00:27:42,080 --> 00:27:46,830
dan saya katakan ini
sebagai ayah dan sebagai wakil rakyat,
362
00:27:46,920 --> 00:27:50,830
yang kita akan jumpa Yara
dan pulangkan dia kepada keluarganya.
363
00:27:56,460 --> 00:27:57,540
Masuk.
364
00:27:59,960 --> 00:28:01,880
Kaunselor Ruggeri, selamat pagi.
365
00:28:01,960 --> 00:28:02,790
Selamat pagi.
366
00:28:03,630 --> 00:28:04,920
Silakan duduk.
367
00:28:05,000 --> 00:28:06,750
Saya lebih suka berdiri.
368
00:28:08,580 --> 00:28:11,000
- Ada kemajuan?
- Kami sedang siasat.
369
00:28:11,080 --> 00:28:14,330
Anjing pencarian bawa kami
ke tapak bangunan di Mapello.
370
00:28:14,420 --> 00:28:16,380
Mereka mungkin simpannya di sana.
371
00:28:18,420 --> 00:28:21,380
Kes yang berat
dan dengan tekanan yang kita dapat…
372
00:28:22,040 --> 00:28:24,460
Kes sebegini tak pernah berlaku di sini.
373
00:28:24,540 --> 00:28:28,670
Apa pun, saya cuma nak beritahu
yang awak boleh harapkan saya.
374
00:28:30,170 --> 00:28:31,880
Jadi, saya nak beritahu
375
00:28:31,960 --> 00:28:35,960
jika awak perlu diapit oleh seseorang,
jangan berat untuk bertanya.
376
00:28:38,170 --> 00:28:40,420
- Diapit oleh seseorang?
- Ya.
377
00:28:40,500 --> 00:28:44,750
Maksud saya, jika awak perlukan
pembantu atau sandaran.
378
00:28:45,540 --> 00:28:48,130
Ia mungkin tanggungjawab yang besar.
379
00:28:50,040 --> 00:28:50,880
Terima kasih.
380
00:28:50,960 --> 00:28:54,710
Jika saya perlukannya,
saya akan beritahu tuan.
381
00:28:55,290 --> 00:28:56,170
Bagus.
382
00:29:02,380 --> 00:29:06,290
Apa pun, di Caltanissetta,
saya selesaikan kes mafia dan bunuh.
383
00:29:07,130 --> 00:29:09,040
Saya bukan amatur.
384
00:29:09,710 --> 00:29:12,420
Saya tahu, tapi ini berbeza.
385
00:29:13,000 --> 00:29:13,830
Saya faham.
386
00:29:13,920 --> 00:29:17,670
Keraguan dan tekanan datang
dari orang atas dan ia boleh difahami.
387
00:29:17,750 --> 00:29:20,290
Nasib baik badan kehakiman bebas.
388
00:29:37,750 --> 00:29:40,710
Selamat pagi, Pn. Gambirasio.
Saya Letizia Ruggeri.
389
00:29:40,790 --> 00:29:41,670
Selamat pagi.
390
00:29:41,750 --> 00:29:43,210
Suami saya, Fulvio.
391
00:29:43,290 --> 00:29:44,630
- Selamat datang.
- Terima kasih.
392
00:29:44,710 --> 00:29:45,750
Silakan duduk.
393
00:29:45,830 --> 00:29:48,080
- Puan nak letaknya di sini?
- Ya.
394
00:29:49,080 --> 00:29:52,040
- Puan nak berikan jaket?
- Ya, terima kasih.
395
00:29:55,710 --> 00:29:58,130
Kami dah sediakan beberapa gambar lagi.
396
00:29:58,920 --> 00:30:00,460
Dengan rambut pendek.
397
00:30:01,830 --> 00:30:03,500
Dengan rambut panjang.
398
00:30:03,580 --> 00:30:05,000
Ia mungkin berguna.
399
00:30:06,380 --> 00:30:09,630
Mereka cuma tunjuk gambar
yang kami beri kepada sarjan.
400
00:30:20,790 --> 00:30:22,130
Saya minta maaf
401
00:30:22,750 --> 00:30:25,130
atas kesibukan ini dan semua wartawan.
402
00:30:26,040 --> 00:30:28,000
Saya nak datang lebih awal, tapi…
403
00:30:28,080 --> 00:30:30,750
maklumat yang kalian beri
kepada polis tentera
404
00:30:30,830 --> 00:30:33,040
sudah mencukupi untuk kami.
405
00:30:33,580 --> 00:30:36,670
Saya tak nak beri kalian tekanan lagi.
406
00:30:37,330 --> 00:30:40,380
Jadi, puan ada kemajuan?
407
00:30:42,380 --> 00:30:45,000
Tak, maaf. Setakat ini, saya tiada berita.
408
00:30:52,880 --> 00:30:53,790
Puan.
409
00:30:53,880 --> 00:30:54,790
Ya.
410
00:30:55,880 --> 00:30:57,540
Jika tiada berita,
411
00:30:57,630 --> 00:30:59,750
kenapa puan datang ke sini hari ini?
412
00:31:01,920 --> 00:31:02,790
Dengar sini.
413
00:31:03,630 --> 00:31:05,130
Hal yang saya cakap tadi,
414
00:31:05,630 --> 00:31:08,830
yang kami dah dapat
semua maklumat yang diperlukan,
415
00:31:09,500 --> 00:31:11,170
dan yang saya tak ragu-ragu,
416
00:31:11,250 --> 00:31:12,250
itu semua benar.
417
00:31:12,330 --> 00:31:15,830
Tapi saya tertanya-tanya
jika beberapa hari lalu,
418
00:31:15,920 --> 00:31:19,500
selepas laporan pertama,
awak teringat episod
419
00:31:19,580 --> 00:31:21,630
seperti pertengkaran di rumah,
420
00:31:21,710 --> 00:31:24,540
atau sebab yang mungkin menyebabkan Yara
421
00:31:24,630 --> 00:31:26,750
lari dengan kehendak sendiri.
422
00:31:26,830 --> 00:31:28,580
Saya harap begitu.
423
00:31:28,670 --> 00:31:31,750
Saya faham puan perlu tanya semuanya,
424
00:31:32,290 --> 00:31:34,290
termasuk perkara yang sakiti kami.
425
00:31:35,040 --> 00:31:36,290
Saya juga faham
426
00:31:36,380 --> 00:31:39,290
puan mesti soal saya
dan isteri secara berasingan.
427
00:31:39,380 --> 00:31:40,210
Cuma,
428
00:31:41,170 --> 00:31:45,290
saya harap puan elak
daripada bertanya sesuatu di sini,
429
00:31:45,380 --> 00:31:46,920
di bilik Yara.
430
00:31:47,880 --> 00:31:48,710
Hei.
431
00:31:49,420 --> 00:31:51,250
Maafkan saya. Betul cakap awak.
432
00:32:10,080 --> 00:32:11,000
Garro, cakap.
433
00:32:11,080 --> 00:32:14,500
Puan, kami intip seorang pekerja
di tapak bangunan Mapello,
434
00:32:14,580 --> 00:32:16,420
orang Morocco, Mohamed Fikri.
435
00:32:16,500 --> 00:32:19,710
Penterjemah itu kata En. Fikri kata,
436
00:32:19,790 --> 00:32:23,460
"Allah, maafkan aku. Aku tak bunuh
dia." Kemudian dia menangis.
437
00:32:23,540 --> 00:32:24,580
Awak tangkap dia?
438
00:32:24,670 --> 00:32:26,040
Jika puan arahkan kami…
439
00:32:26,130 --> 00:32:28,960
Sudah tentu, saya arahkan awak.
Tangkap dia!
440
00:32:29,040 --> 00:32:32,790
- Tangkap dia sekarang!
- Saya akan teruskan. Selamat tinggal.
441
00:32:34,710 --> 00:32:35,580
Fikri Mohamed.
442
00:32:36,290 --> 00:32:41,250
Kami dah periksa. Dia naiki feri Berkane.
Ia belayar dari sini, pelabuhan Genoa.
443
00:32:41,330 --> 00:32:43,960
Kami dah maklumkan peronda.
Mereka dah pergi.
444
00:32:44,040 --> 00:32:48,420
Cepat. Kita perlu tangkap dia
sebelum dia masuk perairan antarabangsa.
445
00:33:36,670 --> 00:33:39,750
- Selamat pagi. Mereka tunggu di atas.
- Pagi. Bagus.
446
00:33:40,380 --> 00:33:41,500
Saya tak faham.
447
00:33:42,750 --> 00:33:43,580
Apa?
448
00:33:44,460 --> 00:33:45,670
Apa saya kata?
449
00:33:46,960 --> 00:33:48,170
Lihat. Ini dia.
450
00:33:48,880 --> 00:33:51,380
"Allah, maafkan aku. Aku tak bunuh dia."
451
00:33:52,250 --> 00:33:53,080
Tidak.
452
00:33:53,580 --> 00:33:54,420
Salah.
453
00:33:55,290 --> 00:33:57,790
Saya kata, "Tuhan,
biar dia jawab telefon."
454
00:33:57,880 --> 00:34:00,250
Terjemahan itu salah.
455
00:34:00,790 --> 00:34:02,330
Ia tentang kekasih saya.
456
00:34:02,920 --> 00:34:04,790
Saya menangis sebab kami berpisah.
457
00:34:04,880 --> 00:34:07,420
- Itu saja saya cakap.
- Tapi awak lari.
458
00:34:07,500 --> 00:34:09,210
Tak. Ia satu perjalanan.
459
00:34:10,040 --> 00:34:12,580
Dah setahun saya nak jumpa keluarga saya.
460
00:34:12,670 --> 00:34:16,330
- Dah dua tahun saya tak balik.
- Ia perjalanan yang dirancang?
461
00:34:16,420 --> 00:34:19,170
Ya. Saya beli tiket
pada bulan Mei. Periksa.
462
00:34:20,330 --> 00:34:22,750
Ya. Tapi ini tak membuktikan apa-apa
463
00:34:22,830 --> 00:34:26,880
sebab awak mungkin ambil
kesempatan atas perjalanan yang dirancang
464
00:34:26,960 --> 00:34:29,830
semasa keadaan berbahaya bagi awak.
465
00:34:29,920 --> 00:34:34,040
Puan, dia masih ada alibi.
Dia bersama formennya, En. Scarli.
466
00:34:34,130 --> 00:34:36,000
Kami dah kira masanya.
467
00:34:36,080 --> 00:34:40,580
Dari tapak bangunan ke gim,
ia perlukan masa empat minit.
468
00:34:40,670 --> 00:34:44,420
Jadi, En. Fikri boleh culik
Yara Gambirasio dengan mudah
469
00:34:44,500 --> 00:34:48,420
sebelum En. Scarli tiba
di tapak bangunan untuk menjemputnya.
470
00:34:48,500 --> 00:34:51,630
Saya tak buat apa-apa.
Saya tak cakap apa-apa.
471
00:34:51,710 --> 00:34:54,580
Tiada apa-apa! Tuhan saksi saya!
472
00:34:55,080 --> 00:34:56,540
Bertenang, Fikri.
473
00:35:08,170 --> 00:35:09,540
Akhirnya satu kejayaan
474
00:35:09,630 --> 00:35:12,080
dalam siasatan kes bunuh Yara Gambirasio.
475
00:35:12,170 --> 00:35:15,250
Seorang pembina Morocco,
En. Mohamed Fikri, ditangkap
476
00:35:15,330 --> 00:35:17,960
selepas beberapa petunjuk jelas
berkenaannya.
477
00:35:18,040 --> 00:35:21,880
Di Genoa, En. Fikri menaiki
kapal Berkane yang berlepas ke Morocco
478
00:35:21,960 --> 00:35:24,080
tapi ia ditahan oleh bot parol polis
479
00:35:24,170 --> 00:35:26,330
di hujung kawasan perairan Itali.
480
00:35:26,420 --> 00:35:30,210
Kapal itu disuruh kembali
dan suspek ditahan.
481
00:35:30,290 --> 00:35:33,960
Kini pihak berkuasa akan menilai
bukti terhadap En. Fikri
482
00:35:34,040 --> 00:35:36,130
dan putuskan sama ada
akan mengesahkan penahanannya.
483
00:35:49,920 --> 00:35:52,420
- Kenapa puan merokok?
- Tidak.
484
00:35:53,960 --> 00:35:57,210
Saya nak periksa
transkrip intip dengar Fikri.
485
00:35:57,290 --> 00:35:59,750
Saya nak penilaian lagi. Sekarang.
486
00:35:59,830 --> 00:36:04,170
- Di mana nak cari penterjemah Arab lain?
- Entah, Edoardo. Carilah.
487
00:36:04,250 --> 00:36:05,130
Tapi di mana?
488
00:36:06,460 --> 00:36:07,920
Cari di balai polis.
489
00:36:08,630 --> 00:36:09,630
Di belakang sana.
490
00:36:10,290 --> 00:36:12,710
- Pejabat Imigresen.
- Imigresen?
491
00:36:13,670 --> 00:36:17,000
Lihat orang yang ada
dan minta bantuan mereka. Tolonglah?
492
00:36:17,080 --> 00:36:19,170
Baiklah. Tapi buang rokok itu.
493
00:36:20,330 --> 00:36:23,130
Selamat pagi. En. Carlini,
kerani Peguam Daerah.
494
00:36:23,210 --> 00:36:25,080
- Pejabat pasport?
- Ikut saya.
495
00:36:25,170 --> 00:36:26,000
Terima kasih.
496
00:36:38,500 --> 00:36:39,580
Sila ikut sini.
497
00:36:40,080 --> 00:36:40,960
Seterusnya?
498
00:36:41,040 --> 00:36:41,880
Wanita ini.
499
00:36:41,960 --> 00:36:43,460
Satu demi satu.
500
00:36:48,290 --> 00:36:49,250
Sedia?
501
00:36:50,630 --> 00:36:51,750
Boleh awak dengar?
502
00:37:09,380 --> 00:37:14,540
Puan, lapan orang kata
ungkapan yang mereka dengar ialah,
503
00:37:15,330 --> 00:37:17,750
"Tuhan, biar dia jawab telefon."
504
00:37:17,830 --> 00:37:19,380
Ya. Semuanya.
505
00:37:20,130 --> 00:37:22,170
Kesilapan bodoh.
506
00:37:22,250 --> 00:37:24,290
Puan, ini bukan salah puan.
507
00:37:24,790 --> 00:37:25,790
Salah siapa?
508
00:37:25,880 --> 00:37:27,000
Ini siasatan saya.
509
00:37:32,210 --> 00:37:35,880
Memalukan!
510
00:37:38,460 --> 00:37:41,250
Kami cuma mahu
peluang meluahkan pendapat kami.
511
00:37:41,330 --> 00:37:42,170
CUKUPLAH
512
00:37:42,250 --> 00:37:43,250
Dengan aman.
513
00:37:46,380 --> 00:37:48,380
Apa saya boleh kata?
514
00:37:48,460 --> 00:37:51,170
Sejujurnya, saya kecewa. Sangat kecewa.
515
00:37:51,670 --> 00:37:54,920
Bukankah lebih teruk
kalau bicarakan orang tak bersalah?
516
00:37:55,000 --> 00:37:56,670
Bagaimana jika dia dihukum?
517
00:37:56,750 --> 00:37:59,080
Letizia, saya akan cakap sebagai ayah.
518
00:37:59,830 --> 00:38:03,330
Saya sentiasa menghormati
dan menghargai awak.
519
00:38:04,170 --> 00:38:05,080
Syukurlah.
520
00:38:05,170 --> 00:38:10,040
Tapi seperti yang awak tahu,
ada had masa untuk setiap siasatan.
521
00:38:10,630 --> 00:38:14,420
Kalau kita tiada keputusan,
kita perlu failkannya. Tiada masa.
522
00:38:14,500 --> 00:38:16,880
Masa untuk satu penemuan.
523
00:38:16,960 --> 00:38:19,750
Tiba masanya untuk lakukannya macam biasa.
524
00:38:21,420 --> 00:38:22,790
Maksudnya oleh lelaki.
525
00:38:25,960 --> 00:38:26,960
Awak boleh pergi.
526
00:38:33,170 --> 00:38:36,000
Bagi pihak rakyat yang minta saya sebarkan
527
00:38:36,080 --> 00:38:40,420
permintaan kerajaan kepada datuk bandar,
kaunselor daerah dan parlimen,
528
00:38:40,500 --> 00:38:44,170
kepada Menteri Kehakiman
dan Majlis Kehakiman Agung,
529
00:38:44,250 --> 00:38:47,500
untuk membatalkan mandat
Pendakwa Letizia Ruggeri
530
00:38:47,580 --> 00:38:50,920
atau biarkan dia dibantu
oleh pendakwa berpengalaman.
531
00:38:51,000 --> 00:38:53,670
Terlalu banyak kesilapan dalam siasatan
532
00:38:53,750 --> 00:38:57,170
bagi jenayah teruk ini,
yang menyedihkan hati rakyat kita.
533
00:38:57,250 --> 00:38:59,040
Ia satu perkauman terbalik,
534
00:38:59,130 --> 00:39:02,790
hipokrisi hak sivil
yang menghalang kita cari kebenaran.
535
00:39:02,880 --> 00:39:05,670
Beberapa contoh, pembebasan En. Fikri
536
00:39:05,750 --> 00:39:09,540
dan kegagalan mencari
vannya yang menuju ke Tripoli.
537
00:39:09,630 --> 00:39:10,830
Tangiers, bodoh.
538
00:39:10,920 --> 00:39:12,630
Kegagalan mencari
539
00:39:12,710 --> 00:39:15,790
ramai pekerja di tapak Mapello,
semua warga asing.
540
00:39:15,880 --> 00:39:18,250
Lebih baik periksa status mereka.
541
00:39:20,080 --> 00:39:22,630
Puan, tangan saya penuh.
Boleh tolong buka?
542
00:39:23,380 --> 00:39:24,250
Baiklah.
543
00:39:25,920 --> 00:39:28,250
- Terima kasih.
- Terima kasih, Edoardo.
544
00:39:28,330 --> 00:39:30,000
Tentu ia sudah sejuk.
545
00:39:36,000 --> 00:39:38,130
Bos? Tidakkah dia beri komen?
546
00:39:38,710 --> 00:39:39,540
Tidak.
547
00:39:40,170 --> 00:39:43,670
Tentu puan tahu
tentang petisyen untuk pecat puan.
548
00:39:44,330 --> 00:39:45,960
Saya baru nak hantar faks.
549
00:39:46,880 --> 00:39:48,830
Puan takkan letak jawatan, betul?
550
00:41:08,290 --> 00:41:11,420
- Kaunselor Ruggeri, selamat pagi.
- Selamat pagi.
551
00:41:11,500 --> 00:41:14,830
Saya tunggu untuk telefon,
jadi boleh beri jawapan jelas.
552
00:41:15,460 --> 00:41:16,290
Ya?
553
00:41:16,790 --> 00:41:18,790
Saya rasa awak dah dengar.
554
00:41:19,380 --> 00:41:23,670
- Yang orang Morocco itu tak…
- Ya. Dia tiada kaitan dengannya.
555
00:41:23,750 --> 00:41:26,420
Ya, kami dengar dalam berita.
556
00:41:26,500 --> 00:41:29,080
Maaf awak dapat berita begini.
557
00:41:29,960 --> 00:41:32,540
Saya gembira untuk anak muda ini.
558
00:41:34,540 --> 00:41:37,670
- Maksud saya, dia tak buat.
- Ya.
559
00:41:38,250 --> 00:41:41,710
Percayalah, ini bukan masalah.
Ini langkah ke depan
560
00:41:41,790 --> 00:41:44,750
sebab kini, setiap langkah
adalah langkah ke depan.
561
00:41:44,830 --> 00:41:45,960
Ya. Okey.
562
00:41:46,040 --> 00:41:47,920
Saya faham awak juga perlukan…
563
00:41:48,000 --> 00:41:49,630
Tak, ia bukan tentang kami.
564
00:41:49,710 --> 00:41:53,420
Cuma kami tak tahu
cara nak jelaskan kepada anak-anak.
565
00:41:54,040 --> 00:41:57,130
- Sudah tentu.
- Mereka tak faham. Mereka takut.
566
00:41:57,210 --> 00:41:58,460
Saya dapat bayangkan.
567
00:41:58,540 --> 00:42:01,540
Maafkan saya. Sebenarnya,
saya tak dapat bayangkan.
568
00:42:13,750 --> 00:42:15,960
- Hai.
- Tumpang tanya, mana Vittoria?
569
00:42:17,000 --> 00:42:18,920
Cuba cari di bilik tarian.
570
00:42:19,000 --> 00:42:20,960
- Mungkin di sana.
- Terima kasih.
571
00:42:43,000 --> 00:42:43,960
Mak.
572
00:42:44,540 --> 00:42:46,250
Vittoria, apa awak buat?
573
00:42:46,330 --> 00:42:48,920
Awak tak boleh hilang begitu!
Mak cari awak!
574
00:42:49,000 --> 00:42:51,380
Beribu kali mak suruh hantar mesej!
575
00:42:51,460 --> 00:42:53,170
Awak tak boleh hilang begitu!
576
00:42:54,170 --> 00:42:57,630
Maaf, mak. Saya lapar.
Saya pergi ambil snek.
577
00:42:59,540 --> 00:43:00,670
Maaf, sayang.
578
00:43:02,790 --> 00:43:03,670
Maaf.
579
00:43:03,750 --> 00:43:05,420
Kami keluarga yang biasa.
580
00:43:06,000 --> 00:43:09,750
Kami orang yang menyatukan
perpaduan atas cinta,
581
00:43:09,830 --> 00:43:10,830
rasa hormat,
582
00:43:11,460 --> 00:43:12,540
kejujuran,
583
00:43:13,500 --> 00:43:16,080
dan atas keriangan hidup kami yang tenang.
584
00:43:16,170 --> 00:43:19,500
Sudah sebulan kami tertanya-tanya siapa,
585
00:43:19,580 --> 00:43:25,380
bagaimana, bila, kenapa
semua ini berlaku kepada kami.
586
00:43:26,580 --> 00:43:28,500
Kami bukan mencari jawapan.
587
00:43:29,130 --> 00:43:32,170
Kami tak berminat nak salahkan sesiapa.
588
00:43:33,170 --> 00:43:36,330
Kami hanya mahu,
589
00:43:37,460 --> 00:43:38,630
amat mahu,
590
00:43:39,670 --> 00:43:42,380
anak kami kembali ke dunia dia,
591
00:43:42,960 --> 00:43:43,790
ke pekannya,
592
00:43:45,500 --> 00:43:46,500
ke rumahnya,
593
00:43:47,420 --> 00:43:49,130
ke pangkuan orang tersayang.
594
00:43:50,040 --> 00:43:53,880
Kami merayu untuk belas kasihan
orang yang menculik Yara.
595
00:43:54,460 --> 00:43:59,290
Kami minta mereka cari semula
rasa cinta dalam hati,
596
00:44:00,210 --> 00:44:02,130
dan selepas melihat matanya,
597
00:44:02,210 --> 00:44:06,380
membuka pintu itu, atau pagar itu,
yang menghalangnya daripada bebas.
598
00:44:07,040 --> 00:44:09,710
Kami minta anda pulangkan anak kami.
599
00:45:06,750 --> 00:45:10,460
Memandangkan kita kurang petunjuk,
mari cari perkara yang tiada.
600
00:45:11,460 --> 00:45:13,830
Tiada tanda pergaduhan di jalanan.
601
00:45:13,920 --> 00:45:15,540
Tiada orang dengar jeritan.
602
00:45:15,630 --> 00:45:20,130
Tiada orang dengar apa-apa.
Jam 6:30 petang? Di antara banyak rumah?
603
00:45:20,210 --> 00:45:22,290
Berdekatan dengan gim
604
00:45:22,380 --> 00:45:25,500
dengan 50 orang yang keluar masuk?
605
00:45:25,580 --> 00:45:26,420
Tidak.
606
00:45:26,500 --> 00:45:28,170
Tak. Maafkan saya, tapi…
607
00:45:28,880 --> 00:45:32,040
Ia tak konsisten
dengan gadis 13 tahun yang kuat
608
00:45:32,130 --> 00:45:34,210
yang diheret penculik tak dikenali.
609
00:45:35,380 --> 00:45:37,460
Saya baca diari dia setiap hari.
610
00:45:38,380 --> 00:45:40,750
Gadis ini takkan hilang dalam diam.
611
00:45:41,330 --> 00:45:43,460
Untuk menghilang begitu,
612
00:45:43,540 --> 00:45:46,330
dalam kurang 700 meter,
ia memerlukan kenderaan.
613
00:45:46,880 --> 00:45:49,380
Tapi tiada tanda kelincir di jalan raya.
614
00:45:50,540 --> 00:45:54,500
Maknanya pemandu tenang
dan tak tergesa-gesa.
615
00:45:57,170 --> 00:45:58,710
Mari kita teka.
616
00:46:00,580 --> 00:46:03,500
Mari bayangkan ada orang mendekati dia…
617
00:46:05,580 --> 00:46:07,250
tawarkan untuk hantar balik.
618
00:46:07,960 --> 00:46:10,500
Dia dah terlambat, jadi dia setuju.
619
00:46:11,380 --> 00:46:15,380
Maknanya dia orang yang dikenali.
Seseorang yang dia pernah lihat,
620
00:46:16,000 --> 00:46:19,670
yang mungkin bantu kita
dan polis tentera cari di padang
621
00:46:19,750 --> 00:46:23,460
yang minum kopi dengan Perlindungan Awam
dan ketawa dengan kita.
622
00:46:30,130 --> 00:46:33,830
Ramai askar, dengan pasukan polis
dan sukarelawan.
623
00:46:33,920 --> 00:46:37,750
Lebih 300 orang memasuki
kawasan ini mencari petunjuk,
624
00:46:37,830 --> 00:46:41,290
mencari satu butiran
yang boleh membantu mencari Yara,
625
00:46:41,880 --> 00:46:45,960
dengan kehendak dan budi bicara
yang merupakan sikap orang Bergamo.
626
00:46:46,040 --> 00:46:49,170
Sikap yang sering disalah faham
oleh media kebangsaan,
627
00:46:49,250 --> 00:46:54,170
tapi itu tak pernah melemahkan
semangat mereka untuk membantu.
628
00:46:54,830 --> 00:46:57,040
Senator Nigiotti bersuara lagi,
629
00:46:57,130 --> 00:46:59,960
mengutuk kelemahan siasatan
630
00:47:00,040 --> 00:47:04,540
dan menyalahkan persaingan
antara pasukan polis yang berbeza-beza.
631
00:47:05,500 --> 00:47:08,460
Saya tak selalu menafikan berita palsu,
632
00:47:08,540 --> 00:47:10,580
tapi saya perlu kata
633
00:47:10,670 --> 00:47:14,170
yang khabar angin
tentang pergaduhan antara pasukan polis
634
00:47:14,250 --> 00:47:15,710
tak berasas.
635
00:47:17,380 --> 00:47:21,080
Saya bangga dapat
memulakan kerjaya dalam pasukan polis,
636
00:47:21,920 --> 00:47:24,830
tapi laporan pertama diambil
oleh polis tentera,
637
00:47:24,920 --> 00:47:27,130
jadi mereka yang mulakan siasatan.
638
00:47:28,420 --> 00:47:31,750
Saya berterima kasih
kepada Unit RIS dan Polis Forensik
639
00:47:32,580 --> 00:47:35,170
atas bantuan lalu dan akan datang.
640
00:47:37,630 --> 00:47:39,080
Ada sebarang soalan?
641
00:48:19,920 --> 00:48:23,750
BUKAN HANYA TARIAN
642
00:48:40,420 --> 00:48:41,250
Sarjan,
643
00:48:41,330 --> 00:48:45,670
bukankah ada satu tempat berdekatan?
Apa namanya? "Bukan Hanya Tarian"?
644
00:48:45,750 --> 00:48:46,710
Adakah ia kelab?
645
00:48:46,790 --> 00:48:49,130
Ya. Ia kelab disko, Kolonel. Di sana.
646
00:48:49,920 --> 00:48:53,960
- Ada pembunuhan sebulan lalu.
- Pergaduhan berakhir dengan teruk.
647
00:48:54,540 --> 00:48:57,750
Adakah pembunuh pilih
tempat ini sebab dia dah biasa?
648
00:48:57,830 --> 00:49:01,380
Sebab dia lalu di sini,
sebab dia berhibur di sini?
649
00:49:01,460 --> 00:49:03,790
Tak pasti. Ramai orang lalu di sini.
650
00:49:03,880 --> 00:49:07,710
Lumba motosikal, pelacur,
orang bermain model kapal terbang…
651
00:49:07,790 --> 00:49:11,210
Ya, tapi kita ada
menara sel lain untuk diperiksa.
652
00:49:11,290 --> 00:49:12,380
Yang di Chignolo?
653
00:49:12,460 --> 00:49:15,250
- Saya akan periksa menara Brembate.
- Brembate.
654
00:49:16,080 --> 00:49:19,710
- Jika ada pengguna yang sepadan…
- Kami akan hadkannya. Okey.
655
00:50:03,460 --> 00:50:08,130
Hari ini, di padang di Chignolo d'Isola,
polis telah menemui mayat
656
00:50:08,210 --> 00:50:12,580
Yara Gambirasio, gadis yang hilang
tiga bulan lalu tanpa kesan.
657
00:50:12,670 --> 00:50:16,880
Mayatnya, dalam keadaan mereput,
telah ditemui tengahari tadi,
658
00:50:16,960 --> 00:50:21,330
dan malangnya, pemeriksaan pertama
mengesahkan identitinya.
659
00:50:21,420 --> 00:50:25,290
Satu tamparan besar
kepada komuniti kita, seluruh Itali,
660
00:50:25,380 --> 00:50:29,080
dan mereka yang mencari dia
dengan harapan dia masih hidup.
661
00:50:29,170 --> 00:50:32,330
Hakikat bahawa pembunuh itu,
kerana ini pembunuhan,
662
00:50:32,420 --> 00:50:36,540
masih lagi bebas di luar,
menjadi punca kebimbangan dan ketakutan.
663
00:50:53,130 --> 00:50:54,710
Sentiasa berlari.
664
00:50:55,500 --> 00:50:56,380
Lari, Yara.
665
00:50:56,460 --> 00:50:58,330
Ayuh, Yara, lari.
666
00:50:58,420 --> 00:50:59,290
Lari.
667
00:51:14,000 --> 00:51:15,000
Jadi.
668
00:51:15,080 --> 00:51:16,630
Edoardo, dengar, okey?
669
00:51:17,130 --> 00:51:21,830
Ada beberapa pukulan pada leher, kepala,
670
00:51:22,330 --> 00:51:24,250
rahang, pipi kirinya.
671
00:51:25,000 --> 00:51:27,210
Objek tumpul yang berat.
672
00:51:28,210 --> 00:51:29,330
Jadi, kita ada
673
00:51:29,420 --> 00:51:31,750
enam luka, luka tikaman,
674
00:51:32,880 --> 00:51:33,960
satu di leher dia,
675
00:51:34,460 --> 00:51:38,170
satu di pergelangan tangan
dan empat di belakangnya.
676
00:51:39,040 --> 00:51:43,500
Mungkin dibuat dengan pisau atau pemotong.
677
00:51:44,710 --> 00:51:47,380
Tapi senjata pembunuhan
tak pernah ditemui.
678
00:51:48,580 --> 00:51:52,790
Saya pernah tanya pakar
jika pukulan itu bersifat ritualistik,
679
00:51:52,880 --> 00:51:57,290
mungkin penyembah syaitan, ahli kultus,
680
00:51:58,080 --> 00:51:59,290
tapi dia menolaknya.
681
00:52:00,460 --> 00:52:01,540
Tak.
682
00:52:02,630 --> 00:52:04,080
Sebab pukulan itu rawak.
683
00:52:05,830 --> 00:52:06,670
Ia
684
00:52:08,040 --> 00:52:09,540
keganasan semata-mata.
685
00:52:09,630 --> 00:52:10,540
Aduhai.
686
00:52:11,080 --> 00:52:14,710
Ya, tapi pukulan itu
tak menyebabkan kematiannya.
687
00:52:16,710 --> 00:52:18,460
Sebab luka itu
688
00:52:18,540 --> 00:52:21,290
tak cukup dalam
untuk capai organ pentingnya.
689
00:52:23,880 --> 00:52:25,380
Mungkin kematiannya…
690
00:52:27,750 --> 00:52:29,460
disebabkan hipotermia.
691
00:52:31,210 --> 00:52:33,380
Ada kesan…
692
00:52:33,460 --> 00:52:34,330
Tiada.
693
00:52:34,420 --> 00:52:36,500
Tiada keganasan seksual yang jelas.
694
00:52:42,250 --> 00:52:44,670
Kasihan, tentu dia cuba larikan diri.
695
00:52:47,420 --> 00:52:48,580
Dia menangkapnya.
696
00:52:50,330 --> 00:52:51,460
Memeranjatkan dia.
697
00:52:52,670 --> 00:52:54,080
Pukul dia dari belakang.
698
00:52:55,170 --> 00:52:56,420
Badannya dilukai.
699
00:52:59,000 --> 00:53:00,630
Dia tinggalkan gadis itu.
700
00:53:02,040 --> 00:53:03,000
Dalam kesejukan.
701
00:53:05,000 --> 00:53:06,000
Masih hidup.
702
00:53:20,420 --> 00:53:22,420
Tapi motifnya seksual.
703
00:53:22,500 --> 00:53:27,290
Jelas daripada koyakan
seluar betis dan seluar dalamnya…
704
00:53:28,630 --> 00:53:30,580
Dia berhenti sebab dia takut.
705
00:53:30,670 --> 00:53:31,500
Takut?
706
00:53:32,130 --> 00:53:34,830
Ya, ini lelaki tak berpengalaman
dan tak yakin.
707
00:53:36,290 --> 00:53:37,210
Ya.
708
00:53:37,290 --> 00:53:38,420
Tapi dia berjaya.
709
00:53:39,330 --> 00:53:40,460
Dia tak terkawal.
710
00:53:41,500 --> 00:53:44,000
Kalau tak dihalang, dia akan buat lagi.
711
00:53:45,080 --> 00:53:47,040
Puan dah baca ini?
712
00:53:47,130 --> 00:53:49,580
Ada kesan serbuk kapur dalam paru-parunya
713
00:53:49,670 --> 00:53:51,500
dan zarah besi pada pakaiannya.
714
00:53:51,580 --> 00:53:52,420
Ya.
715
00:53:52,500 --> 00:53:55,750
Ini membawa kita kembali ke dunia pembina,
716
00:53:55,830 --> 00:53:57,250
tapak Mapello…
717
00:53:57,330 --> 00:53:58,580
Mungkin Fikri juga.
718
00:53:59,710 --> 00:54:02,130
Tak. Fikri tiada kaitan dengannya.
719
00:54:02,210 --> 00:54:04,000
Jika nak cari jawapannya,
720
00:54:05,170 --> 00:54:06,420
ia dalam bukti nyata.
721
00:54:09,920 --> 00:54:13,880
PARMA
PUSAT IBU PEJABAT RIS
722
00:54:13,960 --> 00:54:16,790
Selamat pagi.
Leftenan Kolonel Emiliani, RIS.
723
00:54:16,880 --> 00:54:18,790
Selamat pagi. Apa yang awak ada?
724
00:54:19,290 --> 00:54:22,630
Kami dah buat ujian pengesahan.
Keputusannya disahkan.
725
00:54:23,210 --> 00:54:26,170
Ada DNA lain
pada seluar dalam dan seluar betis Yara.
726
00:54:26,250 --> 00:54:28,500
- Saya tiba dalam dua jam.
- Terima kasih.
727
00:54:34,960 --> 00:54:38,290
Seperti yang saya katakan,
DNA berbeza dengan DNA Yara.
728
00:54:38,380 --> 00:54:42,290
Kami tahu ia DNA lelaki
yang bercampur dengan DNA gadis itu.
729
00:54:42,380 --> 00:54:44,750
Darah, air liur, cecair seminal?
730
00:54:44,830 --> 00:54:48,330
Bukan air liur atau cecair seminal.
Kemungkinan besar darah.
731
00:54:48,830 --> 00:54:52,080
- Dia terlukakan dirinya semasa pukulnya.
- Ya, mungkin.
732
00:54:52,880 --> 00:54:55,880
Kami ada lebih banyak bukti.
Kami guna teknik moden.
733
00:54:55,960 --> 00:54:58,960
Hampir 100 peratus pasti
dia orang Indo-Eropah.
734
00:54:59,040 --> 00:54:59,880
Bukan Morocco.
735
00:54:59,960 --> 00:55:04,250
Bukan Morocco atau Afrika. Orang tempatan.
Ada peluang mata biru sebanyak 94 peratus.
736
00:55:05,040 --> 00:55:07,460
Di Amerika, ada pangkalan data DNA,
737
00:55:07,540 --> 00:55:11,830
tapi malangnya, atau mujurlah,
di sini tiada, jadi kita ada DNA,
738
00:55:11,920 --> 00:55:13,790
tapi tiada suspek untuk dipadankan.
739
00:55:13,880 --> 00:55:15,830
- Individu tak dikenali.
- Betul.
740
00:55:16,460 --> 00:55:20,040
Itulah yang kita akan gelar
suspek kita, Tak DikenaIi 1.
741
00:55:21,580 --> 00:55:24,960
Kita akan guna
DNA Tak DikenaIi 1 untuk mulakan siasatan.
742
00:55:25,460 --> 00:55:26,420
Bagaimana?
743
00:55:27,170 --> 00:55:28,670
Bandingkan DNAnya.
744
00:55:28,750 --> 00:55:31,130
- Dengan siapa?
- Dengan DNA semua orang.
745
00:55:31,630 --> 00:55:33,380
Semua orang yang boleh.
746
00:55:33,460 --> 00:55:35,790
Semua orang yang berhubung dengan Yara.
747
00:55:36,460 --> 00:55:38,330
Kita akan cipta pangkalan data.
748
00:55:39,000 --> 00:55:42,830
Puan cadangkan satu siasatan
yang dilakukan secara terbalik.
749
00:55:42,920 --> 00:55:45,670
Menggunakan DNA untuk cari pembunuh itu.
750
00:55:45,750 --> 00:55:46,710
Betul.
751
00:55:48,080 --> 00:55:50,580
Berapa kos siasatan seperti ini?
752
00:55:50,670 --> 00:55:54,460
- Tiada orang pernah buat. Kosnya tinggi.
- Itu maksud saya.
753
00:55:54,540 --> 00:55:57,670
Jika ia tak pernah dibuat
tak bermakna ia tak boleh.
754
00:55:57,750 --> 00:56:00,670
Akhirnya kita ada bahan nyata
yang boleh disiasat.
755
00:56:01,630 --> 00:56:04,380
Bandingkan dengan saudara Yara, kenalan,
756
00:56:04,460 --> 00:56:06,750
orang di pusat sukan, sekolah,
757
00:56:06,830 --> 00:56:09,580
tapak bangunan Mapello,
pasar raya dan kelab?
758
00:56:09,670 --> 00:56:12,330
Bukan kebetulan dia dibawa
ke padang Chignolo.
759
00:56:23,880 --> 00:56:25,630
Arah siasatan yang baru,
760
00:56:25,710 --> 00:56:29,000
mencari DNA pembunuh di sekitar Brembate,
761
00:56:29,080 --> 00:56:33,460
yang mendorong Palang Merah
dan Perlindungan Awam
762
00:56:33,540 --> 00:56:34,960
mengambil sampel swab.
763
00:56:35,040 --> 00:56:38,210
Ujian dijalankan secara sukarela
buat masa ini,
764
00:56:38,290 --> 00:56:41,040
tapi sistem ini menimbulkan
kebimbangan serius.
765
00:56:41,130 --> 00:56:43,790
Perdebatan antara parti politik meningkat.
766
00:56:43,880 --> 00:56:48,670
Ramai menyalahkan Kaunselor Ruggeri
kerana melampaui had perlembagaan kita.
767
00:56:48,750 --> 00:56:51,880
Yang lain berkata
pembelaan berlebihan bagi hak sivil
768
00:56:51,960 --> 00:56:54,290
hanya akan melindungi penjenayah.
769
00:56:55,330 --> 00:56:56,250
Seterusnya.
770
00:56:56,330 --> 00:56:57,630
Ia tak selesa.
771
00:56:57,710 --> 00:56:59,040
Ayuh, Guerinoni.
772
00:56:59,960 --> 00:57:00,920
- Damiano?
- Hei.
773
00:57:01,000 --> 00:57:04,210
- Di mana awak?
- Buat ujian swab. Menjijikkan.
774
00:57:04,290 --> 00:57:06,580
- Awak nak ke mana?
- Saya nak balik.
775
00:57:07,130 --> 00:57:08,130
Selamat tinggal, Damiano.
776
00:57:12,040 --> 00:57:15,380
ROM, SETAHUN KEMUDIAN
IBU PEJABAT POLIS FORENSIK
777
00:57:24,500 --> 00:57:26,790
- Cik Crivelli?
- Doktor, dah dapat.
778
00:57:26,880 --> 00:57:28,170
Lihat keserasiannya.
779
00:57:29,000 --> 00:57:31,750
Dua profil biologi ini sepadan 50 peratus.
780
00:57:32,420 --> 00:57:35,750
Maksudnya En. Guerinoni
saudara langsung Tak Dikenali 1.
781
00:57:36,830 --> 00:57:38,380
Kita semakin hampir.
782
00:57:39,130 --> 00:57:40,210
Saya rasa begitu.
783
00:57:40,290 --> 00:57:41,290
Dia bersama saya.
784
00:57:42,960 --> 00:57:44,170
Matikannya.
785
00:57:45,250 --> 00:57:46,170
Ikut sini.
786
00:57:47,330 --> 00:57:48,290
Ikut saya.
787
00:57:51,210 --> 00:57:53,250
Saya tak kenal Yara Gambirasio.
788
00:57:53,750 --> 00:57:56,380
Awak tak boleh dakwa
orang sebab pergi kelab.
789
00:57:56,460 --> 00:57:57,290
Bukan begitu.
790
00:57:57,880 --> 00:57:59,830
Kami percaya awak, En. Guerinoni.
791
00:57:59,920 --> 00:58:02,540
DNA pada pakaian Yara bukan DNA awak.
792
00:58:02,630 --> 00:58:04,250
Jadi kenapa panggil saya?
793
00:58:05,080 --> 00:58:08,460
Kami panggil awak sebab DNA awak
794
00:58:08,540 --> 00:58:11,710
sepadan separuh dengan DNA pembunuh Yara.
795
00:58:12,670 --> 00:58:14,130
Haplotip Y,
796
00:58:14,210 --> 00:58:15,210
lebih tepat lagi.
797
00:58:16,960 --> 00:58:18,080
Hapli…
798
00:58:18,790 --> 00:58:21,210
Saya tak tahu. Saya tak tahu maksudnya.
799
00:58:22,000 --> 00:58:23,920
Maknanya awak saudaranya.
800
00:58:24,000 --> 00:58:25,250
Tidak.
801
00:58:25,880 --> 00:58:28,540
Ya. Awak darah dagingnya
di sebelah bapa awak.
802
00:58:29,830 --> 00:58:32,750
Ada saudara-mara, sepupu,
pak cik di sebelah papa?
803
00:58:35,040 --> 00:58:37,170
Saya ada tiga sepupu,
804
00:58:38,040 --> 00:58:39,920
Vittoria, Paolo dan Marcello.
805
00:58:41,790 --> 00:58:45,670
- Patut saya telefon peguam?
- En. Guerinoni, awak tak disiasat.
806
00:58:45,750 --> 00:58:46,710
Jangan risau.
807
00:58:48,830 --> 00:58:52,000
Vittoria Guerinoni dah lama tinggal
di luar negara.
808
00:58:52,080 --> 00:58:56,130
Paolo dan Marcello Guerinoni
beri kami sampel secara sukarela.
809
00:58:56,210 --> 00:58:57,500
Ini keputusannya.
810
00:58:58,380 --> 00:59:02,670
Seperti yang puan lihat, ada banyak
tanda padan dengan DNA Tak Dikenali 1
811
00:59:02,750 --> 00:59:06,500
dalam kedua-dua kes.
Tapi kedua-duanya tak sepadan 100 peratus.
812
00:59:07,080 --> 00:59:09,460
Kita kian hampir, tapi itu bukan mereka.
813
00:59:09,540 --> 00:59:13,420
Tak. Bukan mereka.
Bukan kedua-duanya atau kakaknya.
814
00:59:14,250 --> 00:59:17,210
Tapi ayah mereka, Giuseppe Guerinoni,
815
00:59:18,000 --> 00:59:20,130
mungkin ayah Tak Dikenali 1.
816
00:59:20,750 --> 00:59:23,710
Ayah mereka boleh jadi ayah pembunuh,
817
00:59:23,790 --> 00:59:26,630
tapi pembunuh itu
bukan antara tiga beradik itu.
818
00:59:26,710 --> 00:59:29,080
Betul. Ini tentu merumitkannya.
819
00:59:31,040 --> 00:59:32,880
- Melainkan…
- Ya.
820
00:59:33,500 --> 00:59:36,710
Ada adik keempat lahir
di luar perkahwinan.
821
00:59:36,790 --> 00:59:39,290
Itulah maksud saya, puan.
822
00:59:39,380 --> 00:59:44,290
Masalahnya adalah untuk pastikannya,
kita perlukan DNA Giuseppe Guerinoni.
823
00:59:45,130 --> 00:59:46,790
Dia mati 15 tahun lalu.
824
00:59:48,170 --> 00:59:49,040
Okey.
825
00:59:53,630 --> 00:59:56,380
SETAHUN EMPAT BULAN SELEPAS YARA DITEMUI
826
01:00:04,580 --> 01:00:07,540
Jangan cakap begitu. Mustahil.
827
01:00:07,630 --> 01:00:10,880
Anak-anak kami Vittoria,
828
01:00:11,670 --> 01:00:13,500
Paolo dan Marcello. Itu saja.
829
01:00:13,580 --> 01:00:15,210
Mungkin
830
01:00:16,460 --> 01:00:19,500
anak yang lahir daripada perkahwinan lain,
831
01:00:21,130 --> 01:00:23,080
daripada hubungan sebelumnya.
832
01:00:23,170 --> 01:00:25,250
Hubungan apa?
833
01:00:26,250 --> 01:00:30,670
Giuseppe saya cuma berkahwin dengan saya.
834
01:00:31,290 --> 01:00:33,630
Tiada anak-anak lain.
835
01:00:35,290 --> 01:00:36,130
Saya faham.
836
01:00:36,790 --> 01:00:37,670
Tidak.
837
01:00:38,420 --> 01:00:40,710
Itu tak benar. Awak tak faham.
838
01:00:41,210 --> 01:00:42,040
Tidak.
839
01:00:42,630 --> 01:00:47,130
Awak salah faham dan awak datang…
840
01:00:47,790 --> 01:00:49,790
untuk menyakitkan hati orang tua.
841
01:00:51,420 --> 01:00:52,960
- Tak boleh.
- Puan.
842
01:00:53,040 --> 01:00:55,920
Kami tak reka data makmal.
843
01:00:57,420 --> 01:01:00,380
Untuk pastikannya, kami perlukan
sampel DNA.
844
01:01:00,460 --> 01:01:01,290
Tapi apa?
845
01:01:02,380 --> 01:01:03,250
DNA siapa?
846
01:01:04,170 --> 01:01:05,380
Suami puan.
847
01:01:05,960 --> 01:01:08,790
Puan simpan baju dia?
848
01:01:17,380 --> 01:01:18,290
Di sini.
849
01:01:18,380 --> 01:01:19,330
Ini dia.
850
01:01:21,630 --> 01:01:24,210
Bolehkah Dr. Prosperi ambil sehelai baju?
851
01:01:24,290 --> 01:01:25,210
Sudah tentu.
852
01:01:26,960 --> 01:01:28,540
Ia bersih, tahu?
853
01:01:28,630 --> 01:01:31,290
Saya cuci semuanya sebulan sekali.
854
01:01:32,080 --> 01:01:34,380
Puan cuci semuanya setiap bulan?
855
01:01:34,460 --> 01:01:35,290
Sudah tentu.
856
01:01:39,080 --> 01:01:40,880
Kita takkan jumpa apa-apa DNA.
857
01:01:44,960 --> 01:01:48,580
Puan masih ada lesen memandu suami puan?
858
01:01:48,670 --> 01:01:50,210
Ya. Dua.
859
01:01:50,710 --> 01:01:56,210
Dua. Satu untuk biasa
dan satu untuk kenderaan pertanian.
860
01:02:19,830 --> 01:02:20,670
Tengok.
861
01:02:21,580 --> 01:02:24,710
Maksudnya Giuseppe Guerinoni
ayah Tak Dikenali 1?
862
01:02:24,790 --> 01:02:25,630
Tepat sekali.
863
01:02:27,790 --> 01:02:29,040
Saya nak beritahu…
864
01:02:31,460 --> 01:02:33,420
Terima kasih kerana datang.
865
01:02:34,250 --> 01:02:35,170
Ini tugas saya.
866
01:02:35,670 --> 01:02:37,670
- Saya amat hargainya.
- Kenapa?
867
01:02:38,420 --> 01:02:39,750
Jangan cakaplah.
868
01:02:46,580 --> 01:02:50,540
BERSEMADI DENGAN TENANG
869
01:03:15,290 --> 01:03:19,540
Analisis DNA, yang dibuat
ke atas sisa Giuseppe Guerinoni,
870
01:03:19,630 --> 01:03:23,420
mengesahkan 99,99 peratus
871
01:03:24,250 --> 01:03:26,460
yang Tak Dikenali 1 ialah anaknya.
872
01:03:26,540 --> 01:03:27,920
Sukar dipercayai.
873
01:03:28,880 --> 01:03:32,130
Tapi dengan ibu yang berbeza,
bukan isteri Guerinoni,
874
01:03:32,210 --> 01:03:33,920
dengan orang yang mengandungkan anaknya.
875
01:03:35,080 --> 01:03:38,880
Menurut keputusan ini, Tak Dikenali 1
876
01:03:38,960 --> 01:03:43,380
ialah anak luar nikah En. Guerinoni.
877
01:03:43,460 --> 01:03:46,960
Jadi, untuk mencari
Tak Dikenali 1, puan perlu cari ibunya.
878
01:03:47,040 --> 01:03:50,330
Giuseppe Guerinoni bertahun-tahun
menjadi pemandu bas
879
01:03:50,420 --> 01:03:53,920
yang berkhidmat di beberapa pekan
di sekitar Bergamo Raya.
880
01:03:54,000 --> 01:03:57,500
Kami sedang mencari
sebarang kesan hubungan ini,
881
01:03:57,580 --> 01:03:59,920
yang membawa kepada kelahiran
Tak Dikenali 1.
882
01:04:00,420 --> 01:04:03,080
Maksudnya puan merancang
untuk memeriksa DNA
883
01:04:03,170 --> 01:04:05,040
setiap wanita di kawasan ini?
884
01:04:05,130 --> 01:04:07,880
Ya, sampel orang yang sertai ujian DNA.
885
01:04:07,960 --> 01:04:11,750
Puan, Senator Nigiotti telah minta
siasatan Parlimen
886
01:04:11,830 --> 01:04:13,710
tentang kos penyiasatan ini.
887
01:04:13,790 --> 01:04:16,210
Dia kata puan tiada keputusan setakat ini
888
01:04:16,290 --> 01:04:20,210
dan habiskan beratus ribu euro
dalam intip dengar yang tak berguna.
889
01:04:21,000 --> 01:04:23,880
Siasatan kami akan buktikannya.
Terima kasih.
890
01:04:25,380 --> 01:04:27,130
Mereka kata dia gila.
891
01:04:27,210 --> 01:04:28,380
Tak, dia tak gila.
892
01:04:37,630 --> 01:04:39,460
Saya datang. Lima minit.
893
01:05:07,580 --> 01:05:09,290
BERGAMO, APRIL 2013
894
01:05:09,380 --> 01:05:12,920
SATU BULAN SEBELUM PEMFAILAN KES
895
01:05:14,420 --> 01:05:16,580
Nah. Ini yang terakhir.
896
01:05:17,290 --> 01:05:18,290
Terima kasih.
897
01:05:18,380 --> 01:05:20,790
Puan main dengan patung sekarang?
898
01:05:20,880 --> 01:05:22,790
Lebih kepada Battleship.
899
01:05:22,880 --> 01:05:25,460
Kecuali saya dilanggar dan tenggelam.
900
01:05:25,540 --> 01:05:26,830
Kenapa puan kata itu?
901
01:05:26,920 --> 01:05:29,080
Senator Nigiotti mahu berperang.
902
01:05:29,170 --> 01:05:32,540
Majlis Hakim mahu siasat siasatan saya.
903
01:05:32,630 --> 01:05:36,630
Datuk Bandar Gorno mendakwa
saya merosakkan reputasi pekannya.
904
01:05:36,710 --> 01:05:38,630
Apa kata peguam daerah?
905
01:05:39,580 --> 01:05:42,080
Untuk elak sekatan oleh Majlis Hakim,
906
01:05:43,080 --> 01:05:45,580
saya patut tawarkan diri
untuk dipindahkan.
907
01:05:47,710 --> 01:05:50,130
Mereka tak percaya teori Tak Dikenali 1.
908
01:05:51,000 --> 01:05:52,750
Mereka fikir saya rekanya.
909
01:05:53,630 --> 01:05:55,710
Sebab ia tak membantu.
910
01:05:56,500 --> 01:05:59,420
Sejauh mana puan dapat siasat Guerinoni?
911
01:05:59,500 --> 01:06:03,500
Kami temu bual semua orang.
Rakan sekerja, saudara-mara, kawan-kawan…
912
01:06:03,580 --> 01:06:07,080
Tapi tiada siapa cakap
tentang hubungan luar nikah ini.
913
01:06:07,170 --> 01:06:08,080
Senyap.
914
01:06:08,960 --> 01:06:10,790
Omertà penting di Selatan.
915
01:06:22,830 --> 01:06:24,830
Nah, puan. Ini yang terakhir.
916
01:06:25,790 --> 01:06:27,920
- Nah.
- Lebih banyak ujian tak guna.
917
01:06:28,630 --> 01:06:32,710
Wang pembayar cukai terbuang.
Sekurang-kurangnya ia dah berakhir.
918
01:06:33,790 --> 01:06:36,040
Itu dia. Surat tanpa nama,
919
01:06:36,130 --> 01:06:38,960
peramal, pengantara,
920
01:06:39,040 --> 01:06:40,000
orang gila,
921
01:06:40,830 --> 01:06:43,880
pelbagai penjenayah dalam intip dengar.
922
01:06:44,580 --> 01:06:48,210
Sudah tentu kita ada penyembah syaitan.
923
01:06:51,130 --> 01:06:52,580
Saya tak faham, puan.
924
01:06:54,670 --> 01:06:57,380
Jadi awak boleh bantu
orang yang ganti saya.
925
01:06:58,250 --> 01:06:59,380
Kenapa kata begitu?
926
01:06:59,880 --> 01:07:01,790
Itu yang berlaku.
927
01:07:03,420 --> 01:07:07,670
Dr. Ruggeri bodoh. Dia gagal.
Orang lain akan uruskan hal ini.
928
01:07:09,420 --> 01:07:13,080
Kalaulah mereka boleh cari apa-apa.
Kita dah kesuntukan masa.
929
01:07:13,170 --> 01:07:14,380
Kes bakal difailkan.
930
01:07:20,880 --> 01:07:24,000
Datuk saya pernah beritahu
kisah yang saya suka.
931
01:07:25,080 --> 01:07:26,000
Tiga rama-rama
932
01:07:26,500 --> 01:07:29,210
terfikir tentang sifat lilin.
933
01:07:30,130 --> 01:07:31,790
Yang pertama kata, "Cahaya."
934
01:07:32,380 --> 01:07:33,880
Yang kedua kata, "Api,"
935
01:07:34,830 --> 01:07:38,670
dan yang ketiga pergi periksa
tapi tak kembali kerana ia terbakar.
936
01:07:39,960 --> 01:07:43,210
Kerana kebenaran takkan diketahui, puan.
937
01:07:44,000 --> 01:07:46,630
Terima kasih, Sarjan, tapi saya tak pasti
938
01:07:46,710 --> 01:07:48,670
jika kisah ini dapat membantu.
939
01:07:50,290 --> 01:07:51,380
Buktikannya salah.
940
01:07:52,290 --> 01:07:54,630
Buktikan kisah lama ini salah.
941
01:07:54,710 --> 01:07:56,630
Saya pasti puan boleh.
942
01:07:57,750 --> 01:08:00,380
Jangan letak jawatan.
Biar mereka halau puan.
943
01:08:00,460 --> 01:08:02,830
Mari lihat sama ada mereka berani.
944
01:08:10,040 --> 01:08:11,380
- Angkat tangan.
- Ya.
945
01:08:14,540 --> 01:08:17,130
Tumpang tanya, pejabat Dr. Ruggeri?
946
01:08:17,210 --> 01:08:20,080
Lintas halaman itu. Ada lif. Tingkat dua.
947
01:08:20,170 --> 01:08:21,790
- Terima kasih.
- Sama-sama.
948
01:08:22,330 --> 01:08:23,170
Sila jalan.
949
01:08:23,830 --> 01:08:26,920
Tidak, Profesor Previdere.
Bantu saya fahaminya.
950
01:08:27,000 --> 01:08:28,130
Saya akan jelaskan.
951
01:08:28,210 --> 01:08:30,630
Puan hantar sampel kepada kami.
952
01:08:31,210 --> 01:08:32,630
Saya hantar ke separuh Itali.
953
01:08:32,710 --> 01:08:36,130
Ya, tapi salah seorang penyelidik saya,
954
01:08:36,210 --> 01:08:38,920
Pierangela Grignani,
955
01:08:39,540 --> 01:08:43,670
telah tamatkan biasiswa penempatannya
tapi asyik kembali ke makmal,
956
01:08:44,170 --> 01:08:47,000
telah membuat penemuan menarik. Lihat.
957
01:08:48,170 --> 01:08:52,210
Ia tentang satu alel
yang dijumpai dalam DNA Tak Dikenali 1.
958
01:08:52,290 --> 01:08:55,290
- Alel?
- Ya, alel ialah satu varian gen.
959
01:08:56,130 --> 01:09:00,500
Cik Grignani buat analisis mendalam
tentang DNA Tak Diketahui 1
960
01:09:00,580 --> 01:09:04,790
dan menemui varian ini
yang tak biasa dalam kalangan orang sini.
961
01:09:05,630 --> 01:09:08,750
Ia tak ditemui
dalam profil bapanya, Giuseppe.
962
01:09:08,830 --> 01:09:11,460
Maknanya dia dapat itu daripada ibunya.
963
01:09:11,540 --> 01:09:13,290
Biar saya cuba faham ini.
964
01:09:13,380 --> 01:09:16,580
Tiada orang pernah cari alel ini?
965
01:09:17,080 --> 01:09:20,000
Tak, sebab ada banyak varian,
966
01:09:20,080 --> 01:09:22,920
tapi sekarang kita boleh cari lebih cepat
967
01:09:23,000 --> 01:09:26,630
melalui semua sampel DNA
yang ada dan bandingkannya.
968
01:09:27,540 --> 01:09:29,540
Gadis ini yang temuinya?
969
01:09:30,170 --> 01:09:32,380
Selepas biasiswa penempatannya tamat?
970
01:09:33,330 --> 01:09:34,790
Ini Itali, puan.
971
01:10:03,830 --> 01:10:05,960
Kami dapat keputusan
daripada Profesor Previdere.
972
01:10:06,040 --> 01:10:07,290
Jadi?
973
01:10:07,380 --> 01:10:10,710
Makmal itu membandingkan
profil genetik beberapa wanita.
974
01:10:10,790 --> 01:10:15,750
Satu daripadanya, bagi 21 penanda autosom,
berkongsi alel sama dengan Tak Dikenali 1.
975
01:10:17,960 --> 01:10:19,080
Dia ibunya.
976
01:10:19,170 --> 01:10:22,000
Ya. Ia sepadan 99,99 peratus.
977
01:10:22,830 --> 01:10:25,420
- Kita jumpa dia.
- Kita dapat dia, Letizia.
978
01:10:25,920 --> 01:10:28,080
Tiga minggu sebelum kes difailkan.
979
01:10:37,130 --> 01:10:38,170
Ini ibu dia.
980
01:10:38,250 --> 01:10:40,960
Esther Arzuffi, ibu
kepada tiga anak, kahwini En. Bossetti.
981
01:10:41,460 --> 01:10:44,670
Si bongsu tinggal
di luar negara, kemudian ada kembar.
982
01:10:44,750 --> 01:10:46,460
Seorang perempuan,
983
01:10:47,040 --> 01:10:50,420
seorang lagi
Massimo Giuseppe Bossetti, 41,
984
01:10:50,500 --> 01:10:52,330
penduduk Mapello, tukang kayu.
985
01:10:53,250 --> 01:10:57,580
Itu menjelaskan zarah besi pada pakaian
dan serbuk kapur dalam paru-paru.
986
01:10:57,670 --> 01:11:01,170
Awak perasan nama tengahnya
Giuseppe, seperti En. Guerinoni?
987
01:11:01,250 --> 01:11:03,580
Pn. Arzuffi namakannya
sempena nama ayah kandungnya.
988
01:11:03,670 --> 01:11:08,880
Bagi RIS, profil genetiknya mempunyai
peluang mata biru sebanyak 94 peratus.
989
01:11:09,330 --> 01:11:10,750
Macam Massimo Bossetti.
990
01:11:10,830 --> 01:11:13,420
- Dia diawasi.
- Mari kita berhati-hati.
991
01:11:13,500 --> 01:11:17,080
Jika dia Tak Dikenali 1,
sudah empat tahun dia berhati-hati.
992
01:11:17,170 --> 01:11:20,920
Kami semak rekod telefon untuk lihat
lokasinya pada 26 November 2010.
993
01:11:21,000 --> 01:11:23,380
Kami akan pasang pepijat di rumahnya.
994
01:11:23,960 --> 01:11:26,460
Jika itu dia, kali ini dia tak boleh lari.
995
01:12:06,380 --> 01:12:08,580
Awak nak baca meter?
996
01:12:08,670 --> 01:12:09,880
- Masuklah.
- Maaf.
997
01:12:09,960 --> 01:12:12,670
Masuk. Saya akan tunjukkan.
Boleh tutup pintu?
998
01:12:12,750 --> 01:12:14,080
- Okey.
- Terima kasih.
999
01:12:15,790 --> 01:12:17,500
Jadi, meter di sini.
1000
01:12:18,250 --> 01:12:20,710
Sejujurnya, semuanya berjalan lancar.
1001
01:12:20,790 --> 01:12:22,000
Kami akan periksa.
1002
01:12:22,920 --> 01:12:24,460
Saya akan biarkan kalian.
1003
01:12:24,540 --> 01:12:27,460
- Jika perlu, saya di dalam.
- Okey, terima kasih.
1004
01:12:42,080 --> 01:12:43,080
SPA PEMERANGAN KULIT
1005
01:13:00,750 --> 01:13:04,630
Menurut pakar, En. Guerinoni
ialah ayah kandung lelaki
1006
01:13:04,710 --> 01:13:09,250
yang meninggalkan kesan biologi
pada seluar dalam dan seluar betis Yara.
1007
01:13:09,920 --> 01:13:13,630
- Bagi detektif, Guerinoni…
- Kali ini mereka pasti tangkap dia.
1008
01:13:14,130 --> 01:13:15,580
Jantan tak guna.
1009
01:13:15,670 --> 01:13:18,420
…satu petunjuk untuk menemui pembunuh
1010
01:13:18,500 --> 01:13:21,500
ahli gimnastik berusia 13 tahun
dari Brembate Sopra.
1011
01:13:21,580 --> 01:13:26,210
Hari ini, petunjuk baru ditemui
dalam teka-teki kes dramatik…
1012
01:13:26,290 --> 01:13:28,330
Okey, saya nak tidur.
1013
01:13:28,830 --> 01:13:29,830
Awak pula?
1014
01:13:31,290 --> 01:13:33,880
Saya akan berjaga sekejap. Saya ada kerja.
1015
01:13:34,500 --> 01:13:37,790
Dah lewat. Apa yang awak perlu buat?
1016
01:13:38,500 --> 01:13:40,040
Tiada apa-apa. Tidurlah.
1017
01:13:41,500 --> 01:13:43,790
Pastikan awak tak bangunkan anak-anak.
1018
01:13:44,540 --> 01:13:45,420
Baiklah.
1019
01:13:46,170 --> 01:13:49,630
Bengkok. Regang. Buka. Tutup.
1020
01:13:49,710 --> 01:13:52,000
Bengkok. Regang. Plie.
1021
01:13:52,080 --> 01:13:55,500
Tukar. Naik. Plie. Tukar.
1022
01:13:55,580 --> 01:13:57,920
Aksi. Senget. Naik.
1023
01:14:04,500 --> 01:14:08,790
- Mereka boleh buat lebih baik. Lagi.
- Maafkan saya. Sekejap.
1024
01:14:08,880 --> 01:14:10,210
Tujuh, lapan.
1025
01:14:10,290 --> 01:14:12,920
Puan, maaf kerana mengganggu. Ini Garro.
1026
01:14:13,000 --> 01:14:15,670
Ya, Garro. Saya tahu nombor awak.
1027
01:14:15,750 --> 01:14:17,790
- Ya, sudah tentu.
- Cakap.
1028
01:14:17,880 --> 01:14:21,290
Saya cuma nak beritahu
kita ada rekod telefon Bossetti.
1029
01:14:21,380 --> 01:14:25,330
Jam 5:45 petang, Jumaat, isyarat
telefon dikesan di menara Brembate,
1030
01:14:25,420 --> 01:14:27,710
yang sama dengan pusat sukan.
1031
01:14:27,790 --> 01:14:31,330
Kemudian telefon dimatikan
hingga jam tujuh pagi esoknya.
1032
01:14:33,830 --> 01:14:35,880
Helo? Puan dengar tak?
1033
01:14:35,960 --> 01:14:39,170
Ya, saya dengar. Terima kasih. Bagus.
1034
01:14:39,250 --> 01:14:40,080
Sama-sama.
1035
01:14:40,170 --> 01:14:41,380
Cakap nanti, Sarjan.
1036
01:14:51,250 --> 01:14:54,040
Selamat pagi. Tolong beri ID.
1037
01:14:59,710 --> 01:15:02,790
Ini pemeriksaan rutin.
Kami perlu buat ujian alkohol.
1038
01:15:07,210 --> 01:15:09,290
Tolong tiup di sini. Baik.
1039
01:15:09,380 --> 01:15:10,330
Perlahan-lahan.
1040
01:15:18,290 --> 01:15:21,460
- Boleh tunggu dalam kereta?
- Ya, boleh.
1041
01:15:31,210 --> 01:15:32,830
Kita ada ujian DNA.
1042
01:15:32,920 --> 01:15:34,880
Bossetti ialah Tak Dikenali 1.
1043
01:15:35,580 --> 01:15:37,420
Ini padanan 100 peratus.
1044
01:15:38,080 --> 01:15:39,790
Ini waran tangkap.
1045
01:15:39,880 --> 01:15:42,920
Pembunuhan yang dirancang,
dilakukan dengan kejam.
1046
01:15:46,330 --> 01:15:48,460
Cepat, atau media akan sampai dulu.
1047
01:15:57,170 --> 01:15:58,080
Cepat.
1048
01:16:19,130 --> 01:16:20,790
Pergi atau dia lari ke sana.
1049
01:16:21,460 --> 01:16:23,080
Dia takkan lari.
1050
01:16:23,750 --> 01:16:27,080
- Jaga-jaga, dia boleh lari ke sana.
- Dia takkan lari.
1051
01:16:27,750 --> 01:16:28,750
Ayuh.
1052
01:16:29,880 --> 01:16:31,960
Ke sana. Awak perlu pergi ke sana.
1053
01:16:32,040 --> 01:16:33,960
Massi! Awak boleh uruskannya?
1054
01:16:54,040 --> 01:16:56,540
Maura. Kami dah tangkap seorang lelaki.
1055
01:16:56,630 --> 01:17:00,250
- Nama dia Massimo Bossetti.
- Apa? Bossetti?
1056
01:17:00,330 --> 01:17:03,080
Saya tak kenal dia. Tak pernah dengar.
1057
01:17:03,170 --> 01:17:04,960
Dia pembina dari Mapello.
1058
01:17:05,040 --> 01:17:08,040
Dia bekerja di tempat
yang sama suami awak bekerja.
1059
01:17:08,670 --> 01:17:11,080
Mungkin dia kenal awak
1060
01:17:11,750 --> 01:17:12,750
dan kenal Yara.
1061
01:17:13,250 --> 01:17:15,250
Mungkin dia tawar untuk hantarnya.
1062
01:17:18,040 --> 01:17:18,880
Maura.
1063
01:17:20,290 --> 01:17:21,380
Awak bersendirian?
1064
01:17:22,670 --> 01:17:26,080
- Ada sesiapa di sana? Suami awak?
- Tak, saya okey.
1065
01:17:26,170 --> 01:17:27,830
Tapi awak pasti?
1066
01:17:27,920 --> 01:17:30,250
Itu DNAnya, 100 peratus.
1067
01:17:31,130 --> 01:17:33,670
Maaf awak terpaksa tunggu dengan lama.
1068
01:17:36,040 --> 01:17:37,420
Tapi, kenapa dia bunuh?
1069
01:17:38,000 --> 01:17:39,630
Tapi siapa lelaki ini?
1070
01:17:40,460 --> 01:17:42,750
Kita akan dapat semua jawapannya.
1071
01:18:06,170 --> 01:18:09,330
Dia mempertahankan hak dia
untuk berdiam diri.
1072
01:18:09,420 --> 01:18:10,330
Itu haknya.
1073
01:18:10,420 --> 01:18:12,500
"Bukti sempurna" ini,
1074
01:18:12,580 --> 01:18:16,290
bukti DNA yang sepatutnya mendakwa
En. Bossetti itu tak kukuh.
1075
01:18:16,380 --> 01:18:19,670
Ia kekurangan unsur mitokondrion.
Ia tak sah.
1076
01:18:19,750 --> 01:18:22,250
Prosedur yang diikuti tak boleh diterima
1077
01:18:22,830 --> 01:18:26,580
kerana kita hidup di bawah undang-undang,
bukan rejim polis.
1078
01:18:26,670 --> 01:18:29,420
Perbicaraan diteruskan
di Mahkamah Jenayah Bergamo.
1079
01:18:29,500 --> 01:18:32,250
JULAI 2015 - EMPAT TAHUN TUJUH BULAN
SELEPAS KEHILANGAN YARA
1080
01:18:32,330 --> 01:18:35,830
Adakah kebenaran akan terbukti?
Adakah En. Bossetti bersalah atau tak?
1081
01:18:35,920 --> 01:18:39,380
Ini soalan yang orang awam tanya
selama empat tahun
1082
01:18:39,460 --> 01:18:41,880
dan mungkin akan dijawab akhirnya.
1083
01:18:41,960 --> 01:18:47,170
Malangnya, kami tiada rakaman.
Mahkamah yang diketuai Hakim Bertoja,
1084
01:18:47,250 --> 01:18:51,420
selepas insiden dengan orang awam,
mengadakan perbicaraan tertutup.
1085
01:18:51,500 --> 01:18:55,460
Hanya beberapa wartawan
dan saudara terdekat boleh hadir.
1086
01:18:55,540 --> 01:19:00,080
Apabila polis datang untuk tangkap awak,
kenapa awak takut?
1087
01:19:00,580 --> 01:19:03,290
Mereka tiba-tiba muncul dan layan saya…
1088
01:19:04,380 --> 01:19:06,080
seperti pengedar dadah.
1089
01:19:06,670 --> 01:19:09,830
Entah. Mereka tak beri penjelasan.
1090
01:19:09,920 --> 01:19:12,170
Sejak hari pertama saya ditahan,
1091
01:19:12,250 --> 01:19:14,130
saya tertanya-tanya sebabnya.
1092
01:19:14,670 --> 01:19:16,580
Kenapa saya tertangkap?
1093
01:19:17,630 --> 01:19:19,830
Saya tak buat apa-apa pun.
1094
01:19:21,170 --> 01:19:22,290
Tak, En. Bossetti.
1095
01:19:22,380 --> 01:19:24,500
Kami yakin ada sebabnya.
1096
01:19:24,580 --> 01:19:28,290
Jika awak di sini, ia bermaksud
ada bukti serius menuduh awak,
1097
01:19:28,380 --> 01:19:31,170
dan juga bermaksud hakim menganggap
1098
01:19:31,250 --> 01:19:34,040
bukti itu cukup untuk membicarakan awak.
1099
01:19:34,130 --> 01:19:36,330
Jadi, tunjukkan bukti sebenar.
1100
01:19:36,960 --> 01:19:40,170
Jadi, awak tak boleh beritahu kami
sebab DNA awak
1101
01:19:40,250 --> 01:19:42,920
ditemui pada pakaian gadis ini.
1102
01:19:43,000 --> 01:19:44,460
Tak boleh.
1103
01:19:46,250 --> 01:19:48,790
Saya dah kata. Alat saya dicuri.
1104
01:19:50,040 --> 01:19:54,580
Pasti ia berada di sana
kerana perompak membunuh dia.
1105
01:19:54,670 --> 01:19:57,540
Biar saya ingatkan awak yang DNA awak
1106
01:19:57,630 --> 01:20:03,250
ditemui pada seluar dalam gadis itu.
Ia takkan ada hanya kerana satu alat.
1107
01:20:03,330 --> 01:20:05,580
Yang Arif, saya bantah soalan itu.
1108
01:20:05,670 --> 01:20:08,330
Adakah pendakwa menyoal siasat defendan
1109
01:20:08,420 --> 01:20:11,040
atau membuat kesimpulannya sendiri?
1110
01:20:11,580 --> 01:20:14,460
Kaunselor, sila ulang semula soalan awak.
1111
01:20:15,170 --> 01:20:18,790
Pada 29 Mei 2014,
awak tiada di tapak bangunan.
1112
01:20:18,880 --> 01:20:20,170
Awak di rumah.
1113
01:20:20,250 --> 01:20:22,790
Awak ingat perkara
yang awak buat pagi itu?
1114
01:20:22,880 --> 01:20:26,460
Saya tak ingat jika pada 29 Mei
1115
01:20:26,540 --> 01:20:27,790
saya ada di rumah.
1116
01:20:27,880 --> 01:20:28,750
Tapi…
1117
01:20:28,830 --> 01:20:32,170
Biar saya bantu.
Pada jam 9:55 pagi, penganalisis kami,
1118
01:20:32,250 --> 01:20:34,830
bukan hanya seorang, tapi empat perunding,
1119
01:20:34,920 --> 01:20:37,790
temui carian ini dalam komputer awak,
1120
01:20:37,880 --> 01:20:40,880
"perempuan dengan vagina dicukur."
1121
01:20:40,960 --> 01:20:42,880
Saya tak tahu.
1122
01:20:42,960 --> 01:20:44,130
Saya tak tahu.
1123
01:20:46,250 --> 01:20:50,250
Saya rasa isteri saya yang buat carian.
Kadangkala kami buat bersama.
1124
01:20:50,830 --> 01:20:54,080
Ketika itu, tentu dia orangnya.
Ia bukan jenayah, betul?
1125
01:20:54,170 --> 01:20:55,920
Tidak. Bukan.
1126
01:20:56,000 --> 01:21:00,330
Tapi awak, En. Bossetti,
ada di rumah pada jam 9:46 pagi
1127
01:21:00,420 --> 01:21:03,540
kerana dengan telefon awak,
awak hubungi En. Andreoli,
1128
01:21:03,630 --> 01:21:07,670
dikesan di menara sel
di Terno d'Isola, di Jalan Carbonera.
1129
01:21:07,750 --> 01:21:12,880
Kemudian pada jam 9:55 pagi,
sembilan minit selepas perbualan tamat,
1130
01:21:13,500 --> 01:21:17,830
kami jumpa carian Google,
"perempuan dengan vagina dicukur."
1131
01:21:17,920 --> 01:21:21,790
Bagaimana awak tahu saya
di rumah melalui telefon bimbit saya?
1132
01:21:21,880 --> 01:21:24,380
Awak tahu saya di rumah
melalui telefon bimbit?
1133
01:21:24,460 --> 01:21:25,290
Ya.
1134
01:21:25,380 --> 01:21:27,960
Jam 9:46 pagi, awak di rumah, En. Bossetti
1135
01:21:28,040 --> 01:21:32,250
kerana isyarat telefon awak dikesan
di menara sel berdekatan rumah awak.
1136
01:21:32,330 --> 01:21:36,580
Yang Arif, saya bantah.
Saya tak faham kaitan penglibatan
1137
01:21:36,670 --> 01:21:39,170
dalam privasi defendan dengan pembunuhan.
1138
01:21:40,000 --> 01:21:43,000
Bantahan ditolak. Kaunselor, teruskan.
1139
01:21:43,580 --> 01:21:45,540
Isteri awak tiada di rumah
1140
01:21:45,630 --> 01:21:49,080
kerana pada jam 11:19 pagi,
dia hantar mesej kepada awak
1141
01:21:49,170 --> 01:21:52,210
dan seorang ketua kelas
di sekolah anak-anak awak,
1142
01:21:52,290 --> 01:21:55,630
dikesan di menara sel
yang jauh dari rumah awak.
1143
01:21:55,710 --> 01:21:57,580
Semuanya ada dalam rekod.
1144
01:21:58,130 --> 01:22:01,380
Kemudian, isteri awak telefon awak,
jauh dari rumah,
1145
01:22:01,460 --> 01:22:04,750
dikesan di menara sel Ponte San Pietro.
1146
01:22:04,830 --> 01:22:07,500
Isteri awak kata
dia ke kedai dandan rambut,
1147
01:22:07,580 --> 01:22:09,250
dan semuanya sepadan.
1148
01:22:09,790 --> 01:22:14,960
Jadi, carian itu, En. Bossetti,
telah dilakukan oleh awak seorang.
1149
01:22:15,040 --> 01:22:16,880
Tidak.
1150
01:22:16,960 --> 01:22:21,040
Saya tak boleh buat
carian komputer. Saya tak tahu guna.
1151
01:22:21,630 --> 01:22:24,040
Awak tak tahu cara buat carian Google?
1152
01:22:24,130 --> 01:22:27,420
Saya pun boleh buat walaupun tak mahir IT.
1153
01:22:28,080 --> 01:22:29,790
Saya tahu awak tak percaya.
1154
01:22:29,880 --> 01:22:33,130
Tiada siapa percaya awak,
En. Bossetti, bukan saya saja.
1155
01:22:33,210 --> 01:22:36,290
Kami percaya. Awak seorang saja yang tak.
1156
01:22:36,380 --> 01:22:39,250
Maaf. Peguam bela awak percayakan awak.
1157
01:22:39,330 --> 01:22:41,250
Ramai orang lain percayakan dia.
1158
01:22:46,380 --> 01:22:48,380
POLIS TENTERA
1159
01:23:00,080 --> 01:23:04,170
Kolonel Vitale. Kami tonton
video ini, siarkannya beribu kali.
1160
01:23:04,250 --> 01:23:08,250
Rupa-rupanya, hanya satu
daripada van-van itu milik Bossetti.
1161
01:23:08,330 --> 01:23:09,830
Bukan satu saja, tuan.
1162
01:23:09,920 --> 01:23:15,080
Kolonel, menambah bingkai
van Bossetti kepada bingkai van lain
1163
01:23:15,170 --> 01:23:17,210
tak sama langsung.
1164
01:23:17,290 --> 01:23:19,630
Video diluluskan pejabat Peguam Daerah
1165
01:23:19,710 --> 01:23:23,630
untuk penuhi permintaan mendesak
bagi menjelaskan keadaan itu.
1166
01:23:23,710 --> 01:23:25,170
Apa maksud Kolonel?
1167
01:23:25,250 --> 01:23:27,920
Bahawa ia dicipta untuk tujuan komunikasi.
1168
01:23:28,000 --> 01:23:31,830
Imej itu dibuat oleh pejabat saya,
bukan untuk buktikan tuduhan,
1169
01:23:31,920 --> 01:23:33,670
tapi untuk tunjukkan teori.
1170
01:23:33,750 --> 01:23:36,710
- Tuan-tuan dan puan-puan, video.
- Tak, Yang Arif.
1171
01:23:36,790 --> 01:23:40,080
Video ini tak termasuk
dalam laporan yang kami hantar.
1172
01:23:40,170 --> 01:23:41,040
Jadi?
1173
01:23:41,130 --> 01:23:45,000
Ia tak boleh ditunjukkan di mahkamah
kerana ia tiada dalam fail.
1174
01:23:45,080 --> 01:23:47,500
Awak yang buat. Ini dokumen awak.
1175
01:23:47,580 --> 01:23:50,130
Dengan alasan untuk menunjukkan teori,
1176
01:23:50,210 --> 01:23:53,080
pihak media menyiarkannya
seolah-olah ia benar.
1177
01:23:53,170 --> 01:23:55,330
Sebab itulah ia belum difailkan.
1178
01:23:55,420 --> 01:23:56,790
Yang Arif,
1179
01:23:56,880 --> 01:24:01,630
saya minta video yang dihantar
kepada media diserahkan kepada Mahkamah.
1180
01:24:01,710 --> 01:24:05,000
Jika ia tiada dalam laporan RIS,
kami tak berminat.
1181
01:24:05,080 --> 01:24:08,630
Yang Arif, penipuan ini akan tertulis
dalam sejarah keadilan.
1182
01:24:08,710 --> 01:24:13,040
Video ini dibuat
dengan mencantum imej generik van Iveco
1183
01:24:13,130 --> 01:24:14,630
untuk tujuan media.
1184
01:24:15,460 --> 01:24:19,170
Ia memalukan. Menjijikkan
untuk memikirkannya.
1185
01:24:19,250 --> 01:24:21,170
Cukup. Sila buat kesimpulan.
1186
01:24:22,250 --> 01:24:23,540
Saya sudah buatnya.
1187
01:24:28,130 --> 01:24:30,420
Adakah itu abang ipar awak juga?
1188
01:24:30,500 --> 01:24:33,630
Kami cakap perkara
yang kami buat pada 26 hari bulan.
1189
01:24:35,330 --> 01:24:36,170
Kecuali awak.
1190
01:24:40,710 --> 01:24:43,380
Awak tak cakap
perkara yang awak buat malam itu.
1191
01:24:43,960 --> 01:24:45,210
Awak balik lewat.
1192
01:24:47,750 --> 01:24:49,040
Tak terlalu lewat.
1193
01:24:50,500 --> 01:24:51,670
Tapi cukup lewat.
1194
01:24:55,580 --> 01:24:57,630
Awak tak cakap perkara yang awak buat.
1195
01:25:00,500 --> 01:25:02,630
Mari, macam mana nak ingat?
1196
01:25:04,040 --> 01:25:06,750
Macam mana saya nak ingat
hari dalam hidup saya
1197
01:25:06,830 --> 01:25:08,580
bila tiada perkara berlaku?
1198
01:25:11,830 --> 01:25:13,330
Kenapa?
1199
01:25:15,500 --> 01:25:17,460
Awak tak percaya saya juga?
1200
01:25:24,710 --> 01:25:26,080
JUN 2016
1201
01:25:26,170 --> 01:25:29,040
HARI TERAKHIR PERBICARAAN
1202
01:25:30,920 --> 01:25:35,330
Pada malam itu,
En. Bossetti paksa atau pujuk gadis itu,
1203
01:25:35,420 --> 01:25:39,500
yang dia pernah lihat
di sekitar Brembate, untuk naiki vannya.
1204
01:25:40,830 --> 01:25:44,290
Mungkin dia cuba rogol dia
1205
01:25:44,380 --> 01:25:47,330
dan Yara berlawan
dengan kekuatan yang dia ada.
1206
01:25:47,420 --> 01:25:50,830
Walaupun dia atlet dan gemar bersukan,
1207
01:25:50,920 --> 01:25:53,790
dia masih budak berusia 13 tahun.
1208
01:25:53,880 --> 01:25:55,540
Semua ini tak benar.
1209
01:25:56,420 --> 01:25:59,540
Tolong senyap,
atau saya akan usir defendan.
1210
01:26:00,960 --> 01:26:02,920
Kaunselor, sila teruskan.
1211
01:26:03,880 --> 01:26:05,920
Dia heret dia di padang itu,
1212
01:26:06,000 --> 01:26:09,380
dan amat tahu
tiada orang akan jumpa dia di sana.
1213
01:26:10,290 --> 01:26:12,380
Dia pukulnya dengan objek tumpul,
1214
01:26:12,460 --> 01:26:16,250
dan apabila tak sedar,
dia cederakannya dan tinggalkannya,
1215
01:26:16,330 --> 01:26:17,710
untuk mati kesejukan.
1216
01:26:19,630 --> 01:26:22,710
Semua kecederaan dilakukan
semasa dia masih hidup.
1217
01:26:22,790 --> 01:26:27,210
Luka yang tak cukup dalam
untuk membunuh, tapi bukan superfisial.
1218
01:26:27,290 --> 01:26:30,960
Ada yang lukakan arteri karotidnya.
Ada yang lukakan trakeanya.
1219
01:26:31,040 --> 01:26:34,290
Tentu dia sukar bernafas
dan juga alami pendarahan.
1220
01:26:34,380 --> 01:26:36,500
Dia terbaring sendirian dalam gelap.
1221
01:26:36,580 --> 01:26:39,880
Tentu dia takut.
Tentu dia dalam kesakitan,
1222
01:26:39,960 --> 01:26:43,670
dalam tempat yang gelap,
tak diketahui dan sejuk.
1223
01:26:46,920 --> 01:26:50,170
Profesor Previdere dari Universiti Pavia,
1224
01:26:50,250 --> 01:26:53,420
ahli genetik yang kenal pasti
padanan sempurna
1225
01:26:53,500 --> 01:26:56,670
antara DNA Tak Dikenali 1
dan Massimo Bossetti,
1226
01:26:56,750 --> 01:26:58,880
memberikan contoh yang jelas.
1227
01:26:59,630 --> 01:27:02,790
Memandangkan di Bumi
ada tujuh bilion orang,
1228
01:27:02,880 --> 01:27:07,380
sebanyak 330 juta bilion dunia
1229
01:27:07,460 --> 01:27:12,330
seperti kita diperlukan untuk mencari
orang lain dengan ciri-ciri DNA yang sama
1230
01:27:13,540 --> 01:27:18,920
Analisis itu menunjukkan
banyak zarah besi pada pakaian Yara,
1231
01:27:19,000 --> 01:27:21,540
bersaiz satu hingga tiga puluh mikron.
1232
01:27:22,080 --> 01:27:26,630
Zarah ini dijumpai di tapak
tempat bahan besi digunakan.
1233
01:27:26,710 --> 01:27:30,750
Jadi, kami periksa
tempat duduk dalam van Bossetti
1234
01:27:30,830 --> 01:27:36,500
dan kami dapati
di tempat duduk belakang dan penumpang,
1235
01:27:36,580 --> 01:27:40,000
ada banyak zarah yang sama
dalam keenam-enam sampel.
1236
01:27:42,250 --> 01:27:47,170
Keadaan yang memburukkannya lagi
adalah menyeksa dan bertindak kejam
1237
01:27:47,250 --> 01:27:48,960
kepada mangsa tak bersenjata,
1238
01:27:49,710 --> 01:27:53,710
mengambil kesempatan atas masa,
dengan membuatnya pada waktu malam,
1239
01:27:53,790 --> 01:27:57,000
dan atas tempat,
dengan membuatnya di padang terpencil,
1240
01:27:57,080 --> 01:28:01,170
dan terutamanya oleh seseorang
sepertinya, lelaki dewasa
1241
01:28:01,250 --> 01:28:05,710
menentang remaja berusia 13 tahun,
yang akan menghalang pertahanan diri.
1242
01:28:06,460 --> 01:28:08,080
Atas semua sebab ini,
1243
01:28:08,170 --> 01:28:12,130
kami minta penjara seumur hidup
dengan enam bulan dalam pengasingan.
1244
01:28:18,170 --> 01:28:19,250
Tolong senyap!
1245
01:28:19,330 --> 01:28:20,920
Tolong senyap!
1246
01:28:22,960 --> 01:28:24,290
Tolong senyap!
1247
01:28:50,040 --> 01:28:51,040
Sila bangun.
1248
01:29:04,790 --> 01:29:07,000
"Hari ini, 1 Julai 2016,
1249
01:29:07,960 --> 01:29:11,080
bagi pihak rakyat Itali,
Mahkamah Assize Bergamo,
1250
01:29:11,170 --> 01:29:16,630
menurut artikel 533
dan 535 Kod Tatacara Jenayah,
1251
01:29:16,710 --> 01:29:19,130
mengisytiharkan defendan Bossetti Massimo
1252
01:29:19,210 --> 01:29:22,540
bersalah atas pembunuhan kejam
Gambirasio Yara
1253
01:29:22,630 --> 01:29:25,290
dan menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup."
1254
01:29:27,420 --> 01:29:28,830
Mahkamah bersurai.
1255
01:30:18,880 --> 01:30:23,130
17 Julai 2017, Mahkamah Rayuan
mengesahkan keputusan bersalah.
1256
01:30:23,210 --> 01:30:24,170
12 Oktober 2018,
1257
01:30:24,250 --> 01:30:27,920
Mahkamah Agung mengesahkan
keputusan bersalah Massimo Bossetti.
1258
01:30:28,000 --> 01:30:32,580
Walaupun keputusan dibuat,
Massimo Bossetti mengaku tidak bersalah.
1259
01:30:32,880 --> 01:30:35,210
November 2019,
pembelaan Bossetti meminta akses
1260
01:30:35,290 --> 01:30:37,790
kepada penemuan untuk dinilai semula,
tapi usul ditolak.
1261
01:30:37,880 --> 01:30:40,710
11 Januari 2021, Mahkamah Agung
mengarahkan Mahkamah Assize Bergamo
1262
01:30:40,790 --> 01:30:42,750
menjadualkan perbicaraan
untuk menganalisis penemuan.
1263
01:34:26,290 --> 01:34:31,290
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi