1 00:02:10,500 --> 00:02:12,916 Hijau menjadi warna kegemaran musim panas ini. 2 00:02:18,083 --> 00:02:22,083 Hijau tua pun bagus juga. Bergaya dan tradisional. 3 00:02:31,000 --> 00:02:32,958 Boleh puan beritahu saya umurnya? 4 00:02:46,708 --> 00:02:47,791 Helo? 5 00:02:47,916 --> 00:02:49,791 Awak suka hijau tua atau hijau muda? 6 00:02:49,916 --> 00:02:50,750 Awak ke mana? 7 00:02:50,875 --> 00:02:54,208 Rakan sekerja awak kata dah dua hari awak tak pergi kerja. 8 00:02:56,750 --> 00:02:58,166 Bertenang. 9 00:02:58,291 --> 00:03:01,375 Jangan panjangkan cerita, nanti kita saling membenci pula. 10 00:03:03,208 --> 00:03:05,958 Jadi, awak suka hijau tua atau hijau muda? 11 00:03:06,541 --> 00:03:09,041 Saya susah hati lihat awak begini. 12 00:03:09,125 --> 00:03:11,125 Beri saya masa lagi. 13 00:03:13,083 --> 00:03:15,625 Saya akan okey saja selepas habiskan duit saya. 14 00:03:16,416 --> 00:03:18,750 Saya pergi dulu. Kawan saya sedang tunggu. 15 00:03:18,875 --> 00:03:20,375 Telefon balik nanti. 16 00:03:24,916 --> 00:03:26,125 Saya ambil dua-dua. 17 00:03:27,041 --> 00:03:27,958 Terima kasih. 18 00:05:20,583 --> 00:05:21,666 Puan? 19 00:05:23,791 --> 00:05:26,166 Saya ada janji temu penting di... 20 00:05:31,291 --> 00:05:33,125 Pada pukul lapan malam ini. 21 00:05:33,583 --> 00:05:35,250 Boleh buat panggilan kejut? 22 00:05:35,333 --> 00:05:37,416 Dah tentu. Bilik puan nombor berapa? 23 00:05:38,000 --> 00:05:39,416 Bilik 1401. 24 00:05:44,541 --> 00:05:47,125 Baik, puan. Kami akan telefon tepat pukul 8.00. 25 00:05:49,666 --> 00:05:51,000 Jika saya tak jawab, 26 00:05:51,083 --> 00:05:53,708 boleh hantar orang ketuk pintu saya? 27 00:05:53,875 --> 00:05:56,166 Jangan risau, puan. Kami akan kejutkan puan. 28 00:05:57,916 --> 00:05:58,916 Terima kasih. 29 00:07:06,125 --> 00:07:07,041 Helo? 30 00:07:07,125 --> 00:07:08,916 Cukup lewat untuk telefon? 31 00:07:09,416 --> 00:07:10,291 Helo? 32 00:07:13,166 --> 00:07:14,416 Awak suruh... 33 00:07:16,083 --> 00:07:18,750 Helo? 34 00:07:19,333 --> 00:07:21,958 Tadi awak suruh saya telefon lewat sikit. 35 00:07:22,041 --> 00:07:25,375 Kenapa dengan awak? Suara awak pelik. 36 00:07:28,208 --> 00:07:30,958 Saya boleh mengharunginya. 37 00:07:32,125 --> 00:07:35,083 Ini kali ketiga saya putus hubungan. 38 00:07:37,083 --> 00:07:40,625 Saya akan jadi orang baharu esok. 39 00:07:43,666 --> 00:07:47,041 Awak tahu makna "menguji batas"? 40 00:07:54,333 --> 00:07:59,958 Apabila terlalu menyakitkan, kita tak rasa apa-apa lagi. 41 00:08:00,083 --> 00:08:02,000 Selepas itu, kita akan sembuh. 42 00:08:09,208 --> 00:08:10,833 Helo? 43 00:08:12,500 --> 00:08:14,291 Helo? 44 00:08:25,166 --> 00:08:28,041 Kenapa suruh saya telefon... 45 00:09:43,833 --> 00:09:45,708 Apa awak buat di sini? 46 00:09:48,500 --> 00:09:50,333 Dah pukul lapan? 47 00:10:58,500 --> 00:11:01,333 {\an8}TOLONG HANTAR SAYA KE HOSPITAL 48 00:12:38,541 --> 00:12:41,250 Saya jurubahasa mereka. 49 00:12:45,125 --> 00:12:49,583 Mereka nak nombor telefon rumah awak untuk maklumkan keluarga awak. 50 00:12:53,750 --> 00:12:56,208 Saya tak fikir dengan waras. 51 00:12:57,166 --> 00:12:59,916 Saya tak berniat nak bunuh diri. 52 00:13:02,916 --> 00:13:07,791 Beritahu mereka saya minta maaf kerana menyusahkan mereka. 53 00:13:08,125 --> 00:13:10,000 Saya janji takkan buat lagi. 54 00:13:27,458 --> 00:13:29,375 Saya minta maaf. 55 00:13:30,625 --> 00:13:32,500 Saya minta maaf. 56 00:13:51,208 --> 00:13:52,583 Boleh saya bantu? 57 00:13:53,666 --> 00:13:55,416 Bilik 1401. 58 00:13:55,875 --> 00:13:59,041 Maaf, puan. Kami pindahkan puan ke aras 12. 59 00:14:01,500 --> 00:14:02,333 Kenapa? 60 00:14:04,041 --> 00:14:07,125 Kami perlu adakan upacara di bilik 1401. 61 00:14:07,416 --> 00:14:09,083 Upacara apa? 62 00:14:22,666 --> 00:14:24,458 Upacara Buddha. 63 00:15:53,875 --> 00:15:57,583 Tumpang tanya, kenapa sami datang ke sini? 64 00:16:02,833 --> 00:16:06,166 Orang bunuh diri, jadi hantu pun datang. 65 00:16:06,500 --> 00:16:09,250 Sami datang dan bercakap dengan hantu. 66 00:16:14,458 --> 00:16:15,708 Hantu jenis apa? 67 00:16:20,250 --> 00:16:21,500 Semua hantu. 68 00:16:41,791 --> 00:16:42,708 Lapangan terbang... 69 00:16:44,541 --> 00:16:45,375 Maaf. 70 00:16:50,791 --> 00:16:51,958 Puan! 71 00:16:55,416 --> 00:16:59,000 BULAN PERTAMA... 72 00:17:35,125 --> 00:17:36,625 Hei. 73 00:17:38,750 --> 00:17:41,666 Saya dah jumpa kedai yang beli perabot terpakai. 74 00:17:42,583 --> 00:17:45,125 Saya suruh mereka datang dan tengok. 75 00:17:46,041 --> 00:17:48,708 Saya dah pindah balik ke rumah sendiri. 76 00:17:49,125 --> 00:17:50,791 Nanti datang dan ambil barang awak. 77 00:17:51,666 --> 00:17:54,000 Tak perlu terburu-buru. 78 00:17:54,083 --> 00:17:55,875 Masih ada dua bulan sewa berbayar. 79 00:18:02,125 --> 00:18:03,416 Cuba teka? 80 00:18:04,250 --> 00:18:06,708 Tak tahu jika awak suka hijau tua atau muda. 81 00:18:07,500 --> 00:18:09,083 Saya beli dua-dua untuk awak... 82 00:21:14,583 --> 00:21:16,666 Kenapa ia berlaku begitu? 83 00:21:18,666 --> 00:21:23,000 Dia terlepas panggilan atau lupa bayar bil telefon? 84 00:21:24,250 --> 00:21:28,625 Jangan jadi bodoh! Dia nak mengelak awak. 85 00:21:30,625 --> 00:21:32,583 Kenapa dia mengelak saya? 86 00:21:34,083 --> 00:21:36,500 Saya cuma nak dengar suaranya. 87 00:21:37,875 --> 00:21:39,791 Jangan menipu diri sendiri. 88 00:21:39,875 --> 00:21:41,708 Awak dah berpisah dengannya. 89 00:21:42,458 --> 00:21:45,083 Kenapa dia tak jawab panggilan saya? 90 00:21:47,708 --> 00:21:49,791 Saya ulang lagi sekali! 91 00:21:49,875 --> 00:21:53,083 Dia tinggalkan awak! Kenapa pula dia nak jawab? 92 00:21:53,333 --> 00:21:54,833 Awak tak faham? 93 00:21:56,625 --> 00:21:58,583 Ya, kini saya dah faham. 94 00:21:59,833 --> 00:22:02,083 Saya takkan hubungi dia lagi. 95 00:22:08,000 --> 00:22:10,083 Saya akan lupakan dia tak lama lagi. 96 00:23:21,875 --> 00:23:23,875 UBAT HERBA TONGJITANG 97 00:23:37,333 --> 00:23:39,208 Lain kali, hati-hati. 98 00:23:39,291 --> 00:23:42,416 Orang muda macam awak patut lebih kerap bersenam. 99 00:24:23,916 --> 00:24:25,458 Awak perlu tiga dos. 100 00:24:26,375 --> 00:24:29,833 Pastikan kawasan luka itu kering dan jangan makan makanan pedas. 101 00:24:29,916 --> 00:24:33,083 Jika awak nak juga benda masam, makan sikit saja. 102 00:24:35,750 --> 00:24:40,416 Wanita hamil selalu rasa loya sekitar dua bulan pertama. 103 00:24:42,041 --> 00:24:43,875 Saya tak hamil. 104 00:24:50,291 --> 00:24:51,958 Biar saya periksa semula nadi awak. 105 00:25:04,833 --> 00:25:08,041 Orang muda memang haru! 106 00:25:14,208 --> 00:25:21,208 Ya... Tak... 107 00:25:25,791 --> 00:25:28,791 - Tak... - Tak... Ya... 108 00:25:31,041 --> 00:25:32,250 Ya? 109 00:25:38,833 --> 00:25:44,291 Ya... Tak... 110 00:25:44,958 --> 00:25:46,916 Tak. 111 00:25:51,541 --> 00:25:52,458 Hei! 112 00:25:52,875 --> 00:25:54,208 Awak masih buat begitu? 113 00:25:55,291 --> 00:25:56,916 Apa awak nak sebenarnya? 114 00:26:01,333 --> 00:26:02,208 Saya... 115 00:26:03,375 --> 00:26:05,166 Saya tak nak anak! 116 00:26:09,458 --> 00:26:11,083 {\an8}PASAR TAI PO 117 00:27:00,416 --> 00:27:01,708 Hei! 118 00:27:02,833 --> 00:27:04,500 Tak pandai minta maaf? 119 00:27:07,125 --> 00:27:08,416 Maaf. 120 00:27:55,041 --> 00:27:56,083 Hei! 121 00:28:13,250 --> 00:28:15,375 Bukan saya! 122 00:28:17,666 --> 00:28:19,833 Saya betul-betul nampak orang lompat! 123 00:28:21,250 --> 00:28:23,958 Kami dah cari sepanjang landasan, puan. 124 00:28:24,041 --> 00:28:25,458 Kami tak jumpa apa-apa. 125 00:28:29,333 --> 00:28:32,583 Orang lain kata awak yang macam nak lompat, 126 00:28:32,666 --> 00:28:34,125 jadi mereka tarik awak. 127 00:28:37,000 --> 00:28:40,375 Saya nak pergi jumpa doktor. Kenapa pula saya nak bunuh diri? 128 00:28:42,916 --> 00:28:46,833 Pejabat doktor dah sahkan janji temu pukul lima untuk Joey Cheng. 129 00:28:46,916 --> 00:28:48,125 Janji temu ginekologi. 130 00:28:53,625 --> 00:28:56,750 Kakak ipar saya pun jadi pelik semasa dia hamil. 131 00:29:02,375 --> 00:29:04,833 Suruh keluarga awak jemput awak. 132 00:29:14,125 --> 00:29:15,750 Awak pernah buat sekali. 133 00:29:17,166 --> 00:29:19,333 Jika banyak kali buat, masalah boleh timbul 134 00:29:19,416 --> 00:29:21,666 apabila awak betul-betul nak anak. 135 00:29:27,500 --> 00:29:29,083 Awak faham cakap saya? 136 00:29:30,000 --> 00:29:31,458 Saya rasa saya belum sedia. 137 00:29:34,750 --> 00:29:37,250 Tak boleh tulis dalam fail 138 00:29:37,375 --> 00:29:40,333 yang mental saya tak stabil? 139 00:29:45,083 --> 00:29:48,625 Ada saya tanya sebab semasa luluskan pembedahan dulu? 140 00:29:51,041 --> 00:29:52,708 Ini pengguguran yang kedua. 141 00:29:52,791 --> 00:29:54,416 Mungkin awak nak fikir lagi. 142 00:30:05,791 --> 00:30:07,375 Dengar bunyi jantungnya? 143 00:30:12,666 --> 00:30:14,958 Dua minggu lagi, boleh lihat tangan. 144 00:30:28,250 --> 00:30:32,291 Saya akan jadualkan pembedahan untuk dua minggu lagi. 145 00:30:32,375 --> 00:30:35,083 Namun, awak boleh saja batalkan. 146 00:30:50,250 --> 00:30:53,791 Ini Sam. Saya tak boleh jawab sekarang, sila tinggalkan pesanan. 147 00:31:15,500 --> 00:31:19,416 Ini Sam. Saya tak boleh jawab sekarang, sila tinggalkan pesanan. 148 00:31:23,125 --> 00:31:25,291 Saya ada hal penting nak beritahu. 149 00:31:27,875 --> 00:31:29,375 Telefon saya balik. 150 00:31:50,666 --> 00:31:52,500 Apa yang awak nak kami ambil? 151 00:31:53,291 --> 00:31:54,250 Semuanya. 152 00:31:55,500 --> 00:31:58,750 Awak tak nak sofa? Bagaimana dengan meja makan? 153 00:31:59,500 --> 00:32:00,416 Ambil semuanya. 154 00:32:12,791 --> 00:32:14,833 Puan, sofa ini dah rosak. 155 00:32:20,291 --> 00:32:23,500 Boleh awak bereskan lain kali? 156 00:32:23,666 --> 00:32:25,958 Boleh, nanti telefonlah kami. 157 00:32:41,500 --> 00:32:43,541 Kenapa awak mengelak daripada saya? 158 00:32:57,541 --> 00:32:58,958 Beri saya sedikit masa. 159 00:33:01,041 --> 00:33:02,916 Kenapa awak tak jawab panggilan? 160 00:33:07,583 --> 00:33:09,250 Apa saya buat sampai awak... 161 00:33:09,333 --> 00:33:10,833 Tolonglah jangan tanya lagi! 162 00:33:13,333 --> 00:33:15,125 Saya akan jumpa awak nanti. 163 00:33:26,625 --> 00:33:28,333 Saya takkan ganggu awak lagi. 164 00:34:10,291 --> 00:34:11,916 Kejap. 165 00:34:21,916 --> 00:34:23,333 Saya tak jadi beli yang ini. 166 00:35:20,041 --> 00:35:20,875 Tumpang tanya. 167 00:35:20,958 --> 00:35:22,750 Di mana kereta api bawah tanah? 168 00:35:24,500 --> 00:35:25,916 Di sana. 169 00:35:28,458 --> 00:35:29,791 Hentian bas? 170 00:35:30,291 --> 00:35:31,291 Saya tak tahu. 171 00:35:31,625 --> 00:35:33,333 Bas lebih mudah untuk saya. 172 00:35:36,291 --> 00:35:38,583 Mungkin awak boleh temankan saya cari? 173 00:35:41,875 --> 00:35:43,875 Biar saya telefon seseorang... Hei! 174 00:36:46,500 --> 00:36:47,958 Saya perlu sahkan maklumat. 175 00:36:48,041 --> 00:36:49,458 Adakah awak Joey Cheng? 176 00:36:51,416 --> 00:36:52,250 Ya. 177 00:36:52,416 --> 00:36:55,083 Ada masalah kesihatan atau ambil sebarang ubat? 178 00:36:56,458 --> 00:36:57,500 Tak. 179 00:36:57,916 --> 00:37:01,375 Ada HIV, Hepatitis B atau penyakit berjangkit lain? 180 00:37:02,125 --> 00:37:04,500 Saya ada Hepatitis B. 181 00:37:05,458 --> 00:37:07,791 Beritahu Wad B dia menghidap Hepatitis B. 182 00:37:11,041 --> 00:37:12,333 Saya perlu masuk wad? 183 00:37:15,500 --> 00:37:18,083 Lelaki yang awak gigit itu perlu lebih 40 jahitan. 184 00:37:18,166 --> 00:37:20,583 Saya perlu periksa jika ada penyakit berjangkit. 185 00:37:20,666 --> 00:37:23,291 Awak boleh pergi selepas pegawai ini ambil kenyataan. 186 00:37:32,708 --> 00:37:35,958 Jangan risau, memang padan muka dia! 187 00:37:36,208 --> 00:37:38,750 Dia akan dibelasah orang di penjara. 188 00:37:38,833 --> 00:37:41,666 Ada ramai mangsa tunggu nak cam dia. 189 00:37:42,458 --> 00:37:44,416 Awak perlu beri keterangan di mahkamah. 190 00:37:44,541 --> 00:37:48,166 Saya rasa tiada sesiapa boleh cam selepas awak gigit dia. 191 00:37:51,208 --> 00:37:53,208 Apa terjadi? Saya gigit muka dia? 192 00:37:54,000 --> 00:37:58,000 Saksi kata dia terbaring di jalan 193 00:37:58,125 --> 00:37:59,666 dan awak masih gigit dia. 194 00:38:00,833 --> 00:38:04,000 Tiada wanita hamil lain yang melindungi diri 195 00:38:04,125 --> 00:38:05,416 sehebat awak. 196 00:38:06,000 --> 00:38:09,166 Penyangak itu pun kata awak asyik menjerit, 197 00:38:09,291 --> 00:38:11,666 "Jangan apa-apakan bayi saya!" 198 00:39:00,833 --> 00:39:03,041 KANDUNGAN TIGA BULAN 199 00:39:04,333 --> 00:39:10,500 Bagus. Sekali lagi, tarik nafas, hembus... 200 00:39:10,666 --> 00:39:12,416 Kelas, sekarang masa mandi. 201 00:39:12,791 --> 00:39:15,666 Sebelum kita mandikan bayi, 202 00:39:15,750 --> 00:39:18,083 kita harus periksa suhu air dulu. 203 00:39:18,833 --> 00:39:20,208 Kulit bayi sangat sensitif, 204 00:39:20,291 --> 00:39:22,791 jadi kita perlu periksa suhu betul-betul. 205 00:39:23,166 --> 00:39:25,125 Suruh si ayah uji air. Dia boleh buat. 206 00:39:25,208 --> 00:39:26,625 Periksa suhu air. 207 00:39:26,750 --> 00:39:29,625 Jika suhunya sesuai, letakkan bayi ke dalam air, 208 00:39:29,708 --> 00:39:32,000 tapi jangan pula terus masukkan. 209 00:39:32,166 --> 00:39:37,500 Perlahan-lahan masukkan kaki bayi dulu ke dalam air. 210 00:39:37,666 --> 00:39:40,333 Sapukan sikit dengan air. 211 00:39:40,416 --> 00:39:43,291 Perhatikan reaksinya. 212 00:39:44,041 --> 00:39:46,958 Jika semua okey, bolehlah mula mandikannya. 213 00:39:49,000 --> 00:39:51,250 Berlemah lembut, siramkan air sikit-sikit. 214 00:39:52,041 --> 00:39:55,375 Pastikan lehernya disokong sentiasa. 215 00:39:55,541 --> 00:39:57,500 Pegang kuat-kuat. 216 00:39:58,291 --> 00:40:00,958 Si ayah boleh bantu pegang kepala bayi. 217 00:40:01,083 --> 00:40:02,625 Betul. 218 00:40:05,958 --> 00:40:07,375 Ada yang lemas! 219 00:40:07,458 --> 00:40:08,291 Sentiasa ingat, 220 00:40:08,375 --> 00:40:11,625 jangan masukkan bayi sepenuhnya ke dalam air! 221 00:40:12,583 --> 00:40:16,125 Mari kita buat sekali lagi. 222 00:40:16,666 --> 00:40:20,875 Letakkan bayi ke dalam air perlahan-lahan. 223 00:40:21,416 --> 00:40:24,625 Jangan masukkan bayi sepenuhnya, okey? 224 00:40:24,708 --> 00:40:26,208 Hati-hati. 225 00:41:14,500 --> 00:41:17,041 Boleh kita berbual? 226 00:41:27,625 --> 00:41:29,125 Suami awak? 227 00:41:33,541 --> 00:41:37,541 Suami saya kata dia takkan balik. 228 00:41:38,625 --> 00:41:44,416 Saya tanya sebabnya, tapi dia tak jawab pun. 229 00:41:49,166 --> 00:41:51,833 Awak harus bersabar berbincang dengan dia. 230 00:41:53,458 --> 00:41:55,166 Dia tak nak balik. 231 00:41:55,875 --> 00:42:02,833 Dia selalu putuskan talian. Bagaimana kami nak berbincang? 232 00:42:08,375 --> 00:42:09,833 Encik Chow, 233 00:42:10,041 --> 00:42:12,541 mungkin awak patut bawa isteri awak pulang. 234 00:42:13,250 --> 00:42:15,666 Bawa berbincang apabila dia dah bertenang. 235 00:42:22,708 --> 00:42:25,208 Awak cakap dengan siapa? 236 00:42:29,875 --> 00:42:32,166 Dia bukan suami awak? 237 00:42:37,958 --> 00:42:40,208 Jangan menakutkan saya. 238 00:42:41,166 --> 00:42:43,500 Saya tak nampak sesiapa di sini. 239 00:42:45,208 --> 00:42:47,750 Suami saya baru telefon saya dari China. 240 00:42:51,708 --> 00:42:53,625 Siapa awak? 241 00:43:03,750 --> 00:43:05,708 Awak berdarah! 242 00:43:14,083 --> 00:43:16,708 Bertahan, sayang. 243 00:43:16,833 --> 00:43:19,666 Lekas! Sila ambil lif seterusnya. 244 00:43:19,958 --> 00:43:20,958 Lekas! 245 00:43:21,041 --> 00:43:24,208 - Guna lif seterusnya. - Bertahan. 246 00:43:25,791 --> 00:43:28,208 - Kami pun nak ke Wad 8B. - Biar dia masuk. 247 00:43:29,500 --> 00:43:31,541 Bertahan, sayang. 248 00:43:31,916 --> 00:43:33,791 - Bertenang. - Bertenang, sayang. 249 00:43:33,916 --> 00:43:36,458 Kita dah nak sampai, tarik nafas dalam-dalam. 250 00:43:36,541 --> 00:43:38,083 Berapa lama sejak ketubannya pecah? 251 00:43:41,166 --> 00:43:44,041 Sayang, ketuban baru pecah semasa awak telefon saya? 252 00:43:44,125 --> 00:43:47,416 Saya tak tahu! Sakitnya! 253 00:43:49,333 --> 00:43:51,958 - Dalam dua atau tiga jam. - Saya tak nak. 254 00:43:53,916 --> 00:43:55,708 Apa ini? Apa yang berlaku? 255 00:43:55,833 --> 00:43:57,541 Fred, saya takut. 256 00:43:57,625 --> 00:43:59,958 Jangan panik. Sekejap lagi, kita keluar! 257 00:44:00,083 --> 00:44:01,250 Tarik nafas dalam-dalam. 258 00:44:01,375 --> 00:44:04,458 Tarik nafas. Begitulah, awak takkan apa-apa. 259 00:44:05,666 --> 00:44:08,750 Tak boleh. Bayi dah nak keluar! 260 00:44:09,750 --> 00:44:10,666 Biar saya tengok. 261 00:44:10,750 --> 00:44:13,625 - Bertenang. - Sakit. 262 00:44:15,250 --> 00:44:16,750 Jangan panik. 263 00:44:17,416 --> 00:44:18,541 Tak apa-apa. 264 00:44:21,916 --> 00:44:23,416 Tali pusat dah keluar. 265 00:44:23,791 --> 00:44:24,833 Tumpang lalu. 266 00:44:25,791 --> 00:44:28,250 - Jururawat, ada apa? - Jangan tengok! 267 00:44:28,333 --> 00:44:29,666 Sakitnya. 268 00:44:30,666 --> 00:44:32,833 Bertahan! Tarik nafas dalam-dalam! 269 00:44:33,541 --> 00:44:35,916 Tahan sampai kita masuk wad bersalin! 270 00:44:36,000 --> 00:44:38,666 Jangan bergerak-gerak, nanti bayi terjejas. 271 00:44:38,791 --> 00:44:40,750 Bertahan! Kita belum sampai. 272 00:44:40,875 --> 00:44:43,083 Alihkan perhatiannya dengan bercakap. 273 00:44:44,166 --> 00:44:48,958 Sayang, cuba bertenang. Awak akan okey. 274 00:44:49,083 --> 00:44:51,500 Jangan teran, nanti bayi sakit! 275 00:44:51,583 --> 00:44:54,333 Kepala dah keluar, tapi terbelit dengan tali pusat. 276 00:44:56,250 --> 00:44:57,666 Sayang, cuba bertenang. 277 00:44:58,166 --> 00:45:02,708 Puan, dengar sini. Bayi puan dah nak keluar. 278 00:45:03,083 --> 00:45:06,125 Kita perlu sambut dia di sini. 279 00:45:06,541 --> 00:45:08,958 Puan kena bekerja keras, faham? 280 00:45:09,875 --> 00:45:11,625 Cuba puan teran sekarang. 281 00:45:12,291 --> 00:45:15,166 Guna semua kekuatan yang ada. 282 00:45:15,375 --> 00:45:18,833 Bagus, sekali lagi. 283 00:45:21,125 --> 00:45:23,875 Bagus, teran kuat sikit! Teran! 284 00:45:24,583 --> 00:45:28,166 Bagus! Bayi dah nak keluar! 285 00:45:28,625 --> 00:45:32,708 Teran kuat! 286 00:45:32,833 --> 00:45:34,958 Bagus! Teruskan teran! 287 00:45:46,625 --> 00:45:48,208 Awak nampak? 288 00:45:49,625 --> 00:45:52,291 Teran! Anak puan bergantung kepada puan! 289 00:45:52,416 --> 00:45:55,250 - Awak nampak? - Jangan ganggu kami sekarang! 290 00:45:55,375 --> 00:45:57,416 Berpalinglah! Jangan pandang! 291 00:46:09,875 --> 00:46:13,333 Teran kuat... 292 00:46:13,541 --> 00:46:16,416 Teran bayi keluar! Dia perlu bernafas! 293 00:46:16,500 --> 00:46:17,958 Teran kuat! 294 00:46:30,541 --> 00:46:32,166 Jangan menjerit! 295 00:46:46,416 --> 00:46:48,125 Teruskan teran. 296 00:47:01,875 --> 00:47:05,208 - Adakah bayi akan selamat? - Cuba dapatkan bantuan! 297 00:47:07,500 --> 00:47:10,500 Ada masalah dengan wanita bersalin! Bersedia untuk kecemasan! 298 00:47:41,083 --> 00:47:43,125 Jangan sentuh bayi saya! 299 00:47:46,000 --> 00:47:48,333 Jangan sentuh bayi saya! 300 00:47:57,833 --> 00:48:00,541 Mari bantu! Ada seorang lagi pesakit di dalam! 301 00:48:46,291 --> 00:48:47,666 Buddha pernah berkata bahawa 302 00:48:48,333 --> 00:48:52,125 setiap makhluk dilahirkan bijak untuk atasi segala penderitaan. 303 00:48:53,000 --> 00:48:57,333 Namun, kebijaksanaan ini dikaburi obsesi dan nafsu duniawi. 304 00:48:57,708 --> 00:49:02,916 Nafsu ini sentiasa mengganggu kita daripada jalan ke nirwana. 305 00:49:04,625 --> 00:49:10,500 Cinta dan perpisahan, benci dan dendam, semuanya adalah pengalaman hidup. 306 00:49:11,666 --> 00:49:14,416 Mungkin awak tak terima setiap pengalaman hidup. 307 00:49:15,708 --> 00:49:18,708 Namun, awak tak berhak menolak nyawa awak sendiri. 308 00:49:26,291 --> 00:49:29,791 Mereka ambil masa dua jam setiap hari untuk ke sini. 309 00:49:29,875 --> 00:49:31,916 Mereka datang untuk terapi Qigong. 310 00:49:33,291 --> 00:49:35,166 Mereka pesakit kanser. 311 00:49:35,875 --> 00:49:39,208 Tua, berpenyakit dan mati itu semua asam garam hidup. 312 00:49:43,375 --> 00:49:45,125 Tak kira betapa awak menderita, 313 00:49:45,208 --> 00:49:47,416 awak perlu habiskan perjalanan ini sendiri. 314 00:49:47,541 --> 00:49:50,791 Manusia asalnya boleh melihat setiap penjelmaan makhluk. 315 00:49:51,208 --> 00:49:56,916 Namun, kebolehan ini makin hilang dengan usia. 316 00:49:57,333 --> 00:50:02,541 Kebolehan ini hanya akan kembali pada dua peristiwa. 317 00:50:03,166 --> 00:50:05,958 Pertama, pada saat kita bakal menemui ajal. 318 00:50:07,208 --> 00:50:09,875 Kedua, pada saat kita jadi hamil. 319 00:50:11,375 --> 00:50:15,333 Kedua-dua peristiwa berlaku kepada awak. 320 00:50:20,708 --> 00:50:24,458 Ada apa-apa yang saya boleh buat untuk halau roh-roh ini? 321 00:50:25,375 --> 00:50:27,166 Atau hentikan terus melihat mereka? 322 00:50:27,583 --> 00:50:31,916 Semua makhluk adalah sama. Tiada yang benar-benar jahat atau suci. 323 00:50:32,375 --> 00:50:34,291 Manusia dan roh berkongsi alam. 324 00:50:34,833 --> 00:50:37,208 Awak hanya boleh menerima hakikat ini. 325 00:51:20,333 --> 00:51:22,666 Causeway Bay. 326 00:51:57,750 --> 00:52:00,458 Jangan panik. 327 00:52:00,583 --> 00:52:04,583 Mereka takkan kacau saya... 328 00:52:17,666 --> 00:52:19,541 Puan tak apa-apa? 329 00:52:47,625 --> 00:52:51,583 Apa? Jangan muntah di dalam kereta saya! 330 00:53:29,708 --> 00:53:31,708 Puan, pukul berapa sekarang? 331 00:53:45,000 --> 00:53:46,916 Pukul berapa sekarang? 332 00:54:55,500 --> 00:54:59,375 Cik, ada nampak ayah saya? 333 00:54:59,458 --> 00:55:01,791 - Pukul berapa sekarang? - Ada nampak ayah saya? 334 00:55:01,916 --> 00:55:05,375 - Cik... - Kenapa dia belum balik rumah? 335 00:55:06,833 --> 00:55:08,458 Pukul berapa sekarang? 336 00:55:49,333 --> 00:55:53,416 KANDUNGAN LAPAN BULAN 337 00:55:54,750 --> 00:55:56,791 Kiri, tarik nafas. 338 00:55:58,416 --> 00:56:00,875 Kanan, hembus. 339 00:56:00,958 --> 00:56:03,333 Begitulah, teruskan. 340 00:56:05,291 --> 00:56:08,708 Angkat kaki kiri, tarik nafas. 341 00:56:09,833 --> 00:56:12,833 Kaki kanan, hembus. Sekali lagi. 342 00:56:13,500 --> 00:56:17,500 Kiri, tarik nafas. 343 00:56:17,583 --> 00:56:20,875 Bernafas macam biasa dan angkat kaki tinggi-tinggi. 344 00:56:22,083 --> 00:56:27,250 Kiri, tarik nafas. Kanan, hembus. 345 00:56:27,416 --> 00:56:28,916 Teruskan! 346 00:56:30,250 --> 00:56:31,750 Bagus, semua! 347 00:56:32,708 --> 00:56:34,916 Senaman ini sangat membantu. 348 00:56:35,041 --> 00:56:38,583 Setelah kalian dapat tenangkan badan di dalam air, 349 00:56:38,708 --> 00:56:41,500 bolehlah kurangkan rasa sakit ketika kontraksi. 350 00:56:41,583 --> 00:56:43,708 Kita teruskan dengan senaman. 351 00:56:45,000 --> 00:56:48,458 Teruskan. Kiri, tarik nafas. 352 00:57:21,458 --> 00:57:22,541 Baiknya. 353 00:57:23,791 --> 00:57:26,125 Saya akan masuk hospital minggu depan. 354 00:57:27,958 --> 00:57:28,958 Awalnya? 355 00:57:29,791 --> 00:57:32,125 Bukan awak bersalin pada pertengahan bulan? 356 00:57:32,916 --> 00:57:35,875 Saya asyik bermimpi tentang 357 00:57:37,708 --> 00:57:41,333 anak saya lahir tanpa lengan atau kaki. 358 00:57:42,166 --> 00:57:44,333 Doktor syorkan saya duduk di hospital, 359 00:57:44,416 --> 00:57:46,583 bukan di rumah dan risau seorang diri. 360 00:57:47,166 --> 00:57:50,541 Lebih selamat begini sebab suami saya pun tiada. 361 00:57:51,375 --> 00:57:55,250 Saya tak nak menakutkan anak saya apabila mula rasa kontraksi. 362 00:58:30,500 --> 00:58:31,958 Apa awak buat? 363 00:58:37,166 --> 00:58:38,750 Apa awak buat di sini? 364 00:58:40,583 --> 00:58:41,833 Kenapa dengan awak? 365 00:58:45,666 --> 00:58:47,875 Keluar! 366 00:58:49,458 --> 00:58:54,541 Keluar! 367 00:59:04,458 --> 00:59:07,208 Joey, kenapa dengan awak? 368 00:59:12,041 --> 00:59:13,166 Kenapa dengan awak? 369 00:59:41,666 --> 00:59:43,625 Dia serang orang di restoran. 370 00:59:43,708 --> 00:59:46,125 Mereka beri dia ubat penenang sebelum ke sini. 371 00:59:46,208 --> 00:59:49,458 Diagnosis psikiatri awal menunjukkan kemurungan pranatal. 372 00:59:54,291 --> 00:59:55,750 Apa khabar, Joey Cheng? 373 00:59:56,500 --> 00:59:57,750 Doktor. 374 00:59:58,583 --> 01:00:00,916 Dia mengancam bayi Puan Chow. 375 01:00:03,416 --> 01:00:05,583 Tolong beritahu Puan Chow. 376 01:00:06,500 --> 01:00:09,083 Dia cuba masuk ke dalam rahimnya. 377 01:00:11,666 --> 01:00:13,041 Pn. Chow dijaga dengan rapi. 378 01:00:14,375 --> 01:00:17,750 Mari kita lihat keadaan bayi Joey. 379 01:00:36,500 --> 01:00:40,291 Endoskop ini akan tunjukkan kepada kita keadaan si comel. 380 01:00:41,166 --> 01:00:42,000 Okey. 381 01:00:47,333 --> 01:00:49,791 Awak akan rasa sakit sikit. 382 01:01:04,583 --> 01:01:06,291 Jangan risau. 383 01:01:06,875 --> 01:01:10,333 Namun, jangan bergerak. Semuanya nampak normal. 384 01:01:15,916 --> 01:01:19,375 Nampak? Dia menendang. 385 01:01:23,541 --> 01:01:25,000 Mengagumkan, bukan? 386 01:01:28,125 --> 01:01:30,541 Dia nampak sihat. Awak boleh bertenang. 387 01:01:54,083 --> 01:01:57,458 Penganut Buddha percaya pada kelahiran semula. 388 01:01:58,291 --> 01:02:01,291 Kita mati, hidup balik dan menderita semula. 389 01:02:01,875 --> 01:02:04,083 Ia kitaran yang tiada penghujung. 390 01:02:04,791 --> 01:02:06,333 Di sisi setiap wanita hamil, 391 01:02:07,000 --> 01:02:09,458 ada satu roh menanti untuk dilahirkan semula. 392 01:02:10,208 --> 01:02:14,250 Apabila tiba masanya, roh akan masuk rahim ibu itu untuk dilahir semula. 393 01:02:15,000 --> 01:02:19,625 Lembaga yang awak nampak di dalam lif adalah kelahiran semula yang gagal. 394 01:02:20,208 --> 01:02:21,875 Hantu itu tak bunuh bayi. 395 01:02:22,458 --> 01:02:25,791 Saya tak beritahu sebab saya tak nak awak risau. 396 01:02:28,166 --> 01:02:32,541 Kenapa saya? 397 01:02:34,375 --> 01:02:36,291 Semuanya karma. 398 01:02:36,916 --> 01:02:41,041 Tindakan kita dalam hidup ini menentukan hayat kita yang seterusnya. 399 01:02:49,250 --> 01:02:53,416 Saya tak pernah jumpa pun wanita itu. 400 01:02:53,541 --> 01:02:55,750 Kenapa dia ganggu saya? 401 01:02:57,125 --> 01:03:00,625 Karma bukan tentang balasan. 402 01:03:01,916 --> 01:03:06,625 Setelah dilahirkan semula, kenangan hidup lama akan hilang. 403 01:03:06,708 --> 01:03:08,750 Siapa... 404 01:03:12,000 --> 01:03:13,916 Siapa wanita itu? 405 01:03:37,791 --> 01:03:39,958 Tunjukkan diri! 406 01:03:43,708 --> 01:03:45,791 Muncullah! 407 01:03:55,958 --> 01:03:57,541 Muncul! 408 01:04:04,416 --> 01:04:07,916 Ada wanita pernah terjun dari platform? 409 01:04:09,083 --> 01:04:11,833 Puan, saya baru mula kerja di sini, 410 01:04:12,291 --> 01:04:15,041 dan rasanya saya tak perlu jawab soalan ini. 411 01:04:17,875 --> 01:04:19,583 Seterusnya! 412 01:04:25,250 --> 01:04:26,833 Helo, Derek? 413 01:04:27,541 --> 01:04:30,458 Berikan senarai nama wanita yang bunuh diri di landasan. 414 01:04:31,041 --> 01:04:32,875 Saya nak tulis artikel untuk seseorang. 415 01:04:33,000 --> 01:04:35,416 Saya perlukan gambar dan alamat mangsa. 416 01:04:35,833 --> 01:04:37,666 Saya nak temu ramah keluarga mereka. 417 01:05:00,000 --> 01:05:01,583 Sayang. 418 01:05:03,083 --> 01:05:05,000 Ucapkan "tata" kepada kawan kamu. 419 01:05:09,000 --> 01:05:10,708 Maafkan ibu kamu. 420 01:05:25,583 --> 01:05:27,375 Akhirnya, awak muncul! 421 01:06:04,625 --> 01:06:06,875 Kenapa awak buat begini kepada saya? 422 01:06:10,000 --> 01:06:11,458 Siapa awak? 423 01:06:16,833 --> 01:06:19,375 Kenapa awak buat begini kepada saya? 424 01:07:02,333 --> 01:07:03,833 Helo. 425 01:07:04,750 --> 01:07:05,833 Derek? 426 01:07:07,583 --> 01:07:09,541 Semalaman saya cari. 427 01:07:10,333 --> 01:07:11,875 Saya hanya jumpa dua insiden. 428 01:07:57,000 --> 01:07:58,958 Saya mencari Cik Cheng. 429 01:08:00,125 --> 01:08:03,791 - Siapa? - Mencari puan. 430 01:08:46,750 --> 01:08:48,333 Dia mendiang isteri saya. 431 01:09:07,625 --> 01:09:09,875 Adakah saya punca dia bunuh diri? 432 01:09:14,208 --> 01:09:15,875 Bila ia berlaku? 433 01:09:18,458 --> 01:09:20,416 Kenapa awak tak beritahu saya? 434 01:09:43,666 --> 01:09:45,291 Saya dah hancurkan hidup seseorang. 435 01:09:50,625 --> 01:09:52,500 Tak nak hancurkan hidup awak juga. 436 01:10:03,250 --> 01:10:05,416 Saya tak nak awak jadi macam saya sekarang! 437 01:10:16,041 --> 01:10:17,541 Perkahwinan 438 01:10:18,791 --> 01:10:21,416 tak semestinya kekal seumur hidup. 439 01:10:24,000 --> 01:10:25,916 Ada banyak sebab 440 01:10:28,208 --> 01:10:30,833 yang menjadi punca perpisahan. 441 01:10:34,250 --> 01:10:37,708 Sesetengah orang teruskan hidup. 442 01:10:42,541 --> 01:10:45,125 Ada yang pilih untuk... 443 01:10:47,250 --> 01:10:52,708 Ambil tindakan mengikut gerak hati. 444 01:10:55,666 --> 01:10:59,416 Tiada sesiapa yang salah. 445 01:11:01,166 --> 01:11:05,333 Kalaulah hidup ini semudah menuding jari. 446 01:11:05,750 --> 01:11:12,000 Hakikatnya, apa yang penting ialah jika kita boleh lupakan. 447 01:11:16,208 --> 01:11:18,666 Saya tak boleh berdepan dengan awak lagi! 448 01:11:18,750 --> 01:11:21,666 Saya tak boleh berdepan awak tanpa teringatkan dia! 449 01:11:43,291 --> 01:11:45,333 Pada malam 450 01:11:46,708 --> 01:11:49,083 yang awak telefon saya dari Thailand. 451 01:11:49,916 --> 01:11:51,625 Awak suka hijau tua atau hijau muda? 452 01:11:52,416 --> 01:11:53,875 Awak pergi ke mana? 453 01:11:54,541 --> 01:11:57,125 Rakan kerja awak kata dah dua hari awak tak kerja. 454 01:11:57,208 --> 01:12:01,291 Bertenang. Jangan panjangkan cerita, nanti kita saling membenci pula. 455 01:12:01,375 --> 01:12:03,583 Saya susah hati lihat awak begini. 456 01:12:07,541 --> 01:12:09,333 Beri saya masa lagi. 457 01:12:13,458 --> 01:12:15,583 Saya pergi dulu. Kawan saya sedang tunggu. 458 01:12:16,541 --> 01:12:18,458 Telefon balik nanti. 459 01:12:26,291 --> 01:12:28,666 Dia lagi! Jangan jawab! 460 01:12:28,750 --> 01:12:31,916 Saya merayu, jangan jawab. 461 01:12:32,625 --> 01:12:34,875 Kita anggap tiada apa-apa berlaku. 462 01:12:34,958 --> 01:12:37,583 Kita anggap saya tak pernah tahu tentang dia. 463 01:12:39,208 --> 01:12:40,875 Jangan jawab! 464 01:12:41,500 --> 01:12:44,375 Kita anggap tiada apa-apa berlaku! 465 01:13:00,583 --> 01:13:02,291 Kenapa buat begini kepada saya? 466 01:13:04,958 --> 01:13:06,916 Awak akan menyesal. 467 01:13:07,541 --> 01:13:10,208 Awak akan menyesal seumur hidup. 468 01:13:15,916 --> 01:13:16,916 Helo? 469 01:13:17,333 --> 01:13:19,375 Cukup lewat untuk telefon? 470 01:13:19,500 --> 01:13:21,916 Suara awak pelik. Kenapa dengan awak? 471 01:13:22,625 --> 01:13:26,666 Apabila terlalu menyakitkan, kita tak rasa apa-apa lagi. 472 01:13:27,458 --> 01:13:29,250 Awak akan menyesal seumur hidup! 473 01:14:13,791 --> 01:14:16,041 Tak lama selepas itu, 474 01:14:17,958 --> 01:14:19,791 polis telefon. 475 01:14:30,375 --> 01:14:31,666 Saya minta maaf. 476 01:14:36,125 --> 01:14:37,750 Saya minta maaf. 477 01:15:43,375 --> 01:15:45,958 Bagaimana ini boleh berlaku? 478 01:15:50,250 --> 01:15:52,250 Sekarang kita hanya boleh 479 01:15:53,750 --> 01:15:55,500 cuba lupakan semuanya. 480 01:15:58,500 --> 01:16:00,000 Bagaimana? 481 01:16:01,708 --> 01:16:03,916 Dia akan jadi anak kita! 482 01:16:04,791 --> 01:16:07,375 Saya hamilkan anak kita! 483 01:16:08,166 --> 01:16:10,625 Isteri awak akan jadi anak kita! 484 01:16:12,541 --> 01:16:14,000 Kenapa dengan awak? 485 01:16:17,125 --> 01:16:19,000 Kenapa jadi begini? 486 01:16:19,083 --> 01:16:21,250 Belum masa lahir lagi! 487 01:16:26,666 --> 01:16:29,000 WAD ANTENATAL 488 01:16:31,041 --> 01:16:32,875 Bernafas macam biasa. 489 01:16:33,625 --> 01:16:38,541 - Hembus dan bertenang... - Puan Chow... 490 01:16:39,000 --> 01:16:40,875 Belum masa lagi. 491 01:16:40,958 --> 01:16:46,416 Saya tak nak melahirkan. Dia yang pecahkan ketuban. 492 01:16:47,958 --> 01:16:49,916 Saya tak nak melahirkan lagi. 493 01:16:50,000 --> 01:16:50,958 Bawa bertenang. 494 01:16:51,916 --> 01:16:54,125 Begitulah. Bagus. 495 01:16:55,833 --> 01:16:57,666 Saya tak nak... 496 01:16:59,333 --> 01:17:00,458 Saya tak... 497 01:18:04,166 --> 01:18:05,583 Puan Chow... 498 01:18:08,916 --> 01:18:10,750 Puan Chow! 499 01:18:18,125 --> 01:18:22,166 Jangan biarkan dia sentuh bayi awak! 500 01:18:39,333 --> 01:18:42,833 Jangan sentuh bayinya! Puan Chow! 501 01:18:48,875 --> 01:18:50,958 Saya dah tak larat. 502 01:18:56,958 --> 01:18:58,958 Saya dah tak larat! 503 01:18:59,625 --> 01:19:01,083 Puan Chow! 504 01:19:05,916 --> 01:19:07,916 Bayi dah nak keluar! Kita sambut di sini. 505 01:19:08,000 --> 01:19:11,583 Sekejap saja. Jangan panik. Bawa bertenang. 506 01:19:11,666 --> 01:19:14,375 Tarik nafas dalam-dalam, kemudian teran kuat! 507 01:19:14,458 --> 01:19:17,666 Sekali lagi, tarik nafas dan teran! 508 01:19:18,916 --> 01:19:21,791 Bagus, sekali lagi. 509 01:19:22,416 --> 01:19:23,958 Kepala bayi dah nak keluar! 510 01:19:31,833 --> 01:19:35,000 Teran kuat sikit! Sikit saja lagi. 511 01:19:35,625 --> 01:19:37,000 Ya. Sekali lagi. 512 01:19:37,083 --> 01:19:37,916 Lebih kuat. 513 01:19:50,250 --> 01:19:51,625 Bayi dah keluar! 514 01:20:02,666 --> 01:20:04,333 Tengok, bayi awak. 515 01:20:19,333 --> 01:20:22,500 Dia bukan bayi awak! 516 01:21:48,125 --> 01:21:50,541 Kita takkan apa-apa kejap lagi, sayang. 517 01:21:55,291 --> 01:21:57,166 Kejap saja lagi. 518 01:23:56,541 --> 01:23:58,250 Tak mengapa. 519 01:24:00,791 --> 01:24:03,166 Ibu akan jaga kamu. 520 01:24:53,541 --> 01:24:55,750 Saya takkan biarkan awak jadi anak saya. 521 01:25:28,750 --> 01:25:31,333 Saya takkan biarkan awak jadi anak saya. 522 01:26:18,000 --> 01:26:20,125 Saya tak boleh biarkan awak mati. 523 01:26:22,375 --> 01:26:23,958 Saya merayu. 524 01:26:25,458 --> 01:26:26,958 Biar saya teruskan hidup. 525 01:26:28,125 --> 01:26:29,708 Saya cuma nak 526 01:26:31,666 --> 01:26:33,958 lupakan semuanya. 527 01:27:34,750 --> 01:27:38,000 Bayi dah nak keluar! Lekas bawa dia ke wad bersalin! 528 01:27:55,791 --> 01:27:59,750 Sayang, ini mak cik kamu. 529 01:28:01,750 --> 01:28:06,083 Dia ada di sini semasa kamu lahir, ingat? 530 01:28:07,833 --> 01:28:09,250 Rasanya dia ingat. 531 01:28:14,833 --> 01:28:16,750 Saya dah ceraikan dia. 532 01:28:19,708 --> 01:28:21,708 Ini permulaan hidup yang baharu. 533 01:28:25,833 --> 01:28:28,583 Kami juga dah pindah ke rumah ibu saya. 534 01:28:30,958 --> 01:28:36,375 Kita ajak mak cik untuk makan malam selepas dia keluar hospital, okey? 535 01:28:40,958 --> 01:28:45,333 Awak tahu anak saya ini mirip ayah saya? 536 01:28:46,375 --> 01:28:49,125 Tanda lahirnya pun sama. 537 01:29:29,500 --> 01:29:31,000 Senyumlah. 538 01:29:31,750 --> 01:29:34,416 Ini permulaan hidup baharu untuk kita. 539 01:29:46,625 --> 01:29:47,833 Joey Cheng. 540 01:29:47,916 --> 01:29:49,791 Oleh sebab lengan awak dah sembuh, 541 01:29:49,875 --> 01:29:52,166 nak pegang bayi dan susukan dia? 542 01:30:29,375 --> 01:30:30,833 Sayang? 543 01:30:35,250 --> 01:30:36,958 Sayang? 544 01:30:42,083 --> 01:30:44,041 Comelnya dia. 545 01:30:49,708 --> 01:30:51,291 Maafkan ibu. 546 01:32:34,208 --> 01:32:36,375 Kita buat sama-sama! Tarik nafas... 547 01:32:37,333 --> 01:32:39,416 Bagus, sekali lagi. 548 01:32:39,500 --> 01:32:42,625 Tarik nafas, hembus. 549 01:34:49,083 --> 01:34:51,083 Terjemahan sari kata oleh H. Segara