1
00:00:06,800 --> 00:00:09,200
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:29,200 --> 00:00:30,040
Nenek?
3
00:00:31,040 --> 00:00:33,160
Apabila nenek dan datuk bertemu,
4
00:00:33,240 --> 00:00:35,520
bagaimana nenek tahu itu jodoh nenek?
5
00:00:37,680 --> 00:00:41,600
Nenek rasa kami sama-sama tahu.
Kami membesar bersama.
6
00:00:42,560 --> 00:00:44,120
Pulau ini kecil, jadi…
7
00:00:45,280 --> 00:00:48,640
Nenek rasa kami memang ditakdirkan
untuk hidup bersama.
8
00:00:50,360 --> 00:00:52,680
Bila kali terakhir nenek ke Copenhagen?
9
00:00:56,120 --> 00:00:58,400
Nenek tak ke sana sejak berkeluarga.
10
00:01:01,880 --> 00:01:04,000
Nenek tak pernah terfikir
11
00:01:04,080 --> 00:01:07,520
bagaimana rasanya tinggal di sana
dan bukan di pulau ini?
12
00:01:11,160 --> 00:01:12,160
Di Copenhagen?
13
00:01:14,040 --> 00:01:15,000
Tak pernah.
14
00:01:16,480 --> 00:01:21,120
Bandar itu besar, bising dan kotor.
15
00:01:22,320 --> 00:01:23,800
Ia penuh dengan orang.
16
00:01:25,160 --> 00:01:27,120
Nenek tak suka tempat begitu.
17
00:01:28,000 --> 00:01:29,200
Hidup nenek di sini.
18
00:01:30,120 --> 00:01:32,000
Hidup kita di sini.
19
00:01:32,960 --> 00:01:34,440
Kita ada tanggungjawab.
20
00:01:35,320 --> 00:01:37,360
Kita perlu menjaga
21
00:01:38,280 --> 00:01:39,480
keindahan ini.
22
00:01:42,760 --> 00:01:43,960
Kita saja yang boleh.
23
00:01:44,760 --> 00:01:46,360
Cuma kamu dan nenek.
24
00:01:48,280 --> 00:01:52,240
Kita boleh bermimpi
tentang Copenhagen dan seluruh dunia.
25
00:01:53,360 --> 00:01:54,920
Tapi kita takkan ke sana.
26
00:01:55,880 --> 00:01:57,720
Kita tak jumpa orang dari sana.
27
00:02:00,520 --> 00:02:01,360
Betul tak?
28
00:02:13,960 --> 00:02:15,160
Mereka ambil Anders.
29
00:03:17,720 --> 00:03:20,720
- Hati-hati, ia akan lari.
- Kalau begitu, pergi sajalah.
30
00:03:27,800 --> 00:03:30,440
Jose. Ia di sana.
31
00:03:38,760 --> 00:03:40,000
Awak rasa lebih baik?
32
00:03:41,600 --> 00:03:43,120
Saya ada makanan.
33
00:03:48,800 --> 00:03:49,880
Awak tak lapar?
34
00:03:54,000 --> 00:03:56,160
Menjijikkan!
35
00:03:57,200 --> 00:03:58,120
Apa?
36
00:03:59,480 --> 00:04:01,000
Abang rasa ia dah makan.
37
00:04:04,960 --> 00:04:06,120
Adakah itu…
38
00:04:06,640 --> 00:04:07,880
Ya, itu kucing.
39
00:04:10,280 --> 00:04:12,400
Kamu perlu jauhkan diri daripadanya.
40
00:04:17,720 --> 00:04:19,000
Bukan ia yang buat.
41
00:04:21,320 --> 00:04:23,200
Kucing itu makan diri sendiri?
42
00:04:23,720 --> 00:04:25,200
Saya tak tahu. Mungkin.
43
00:04:25,720 --> 00:04:27,160
Jose, ia pemangsa.
44
00:04:30,520 --> 00:04:32,920
Awak takkan apa-apakan saya, betul tak?
45
00:04:37,640 --> 00:04:40,240
Kita kawan. Awak dan saya.
46
00:04:43,960 --> 00:04:45,160
Mesti awak lapar.
47
00:04:45,240 --> 00:04:47,080
Saya ada bakon untuk awak.
48
00:04:51,600 --> 00:04:52,960
Hei, awak tak apa-apa?
49
00:04:53,800 --> 00:04:54,640
Ayuh.
50
00:04:54,720 --> 00:04:55,920
Biar saya tolong.
51
00:04:59,160 --> 00:05:00,640
Awak masih belum pulih.
52
00:05:06,120 --> 00:05:07,320
Begitulah…
53
00:05:12,120 --> 00:05:13,160
Jangan risau.
54
00:05:14,280 --> 00:05:15,480
Semuanya okey.
55
00:05:19,360 --> 00:05:20,560
Begitulah.
56
00:05:24,880 --> 00:05:27,000
Kita perlu beri awak nama.
57
00:05:35,680 --> 00:05:37,800
Kami mencintai pulau ini, Karen.
58
00:05:38,320 --> 00:05:41,160
Kami tinggal di sini,
menghormati alam, memberi korban.
59
00:05:41,680 --> 00:05:44,120
Anders pun sama, tapi lihatlah nasibnya.
60
00:05:55,240 --> 00:05:58,280
Dia orang pertama yang diserang
dalam 15 tahun.
61
00:05:59,920 --> 00:06:01,520
Dia juga yang terakhir.
62
00:06:03,400 --> 00:06:05,840
Kami rasa kami tahu punca serangan itu.
63
00:06:07,400 --> 00:06:09,040
Kami akan bertindak segera.
64
00:06:10,120 --> 00:06:11,680
Keseimbangan akan dipulihkan.
65
00:06:19,080 --> 00:06:20,400
Saya akan jaga kamu.
66
00:06:22,200 --> 00:06:24,840
Kamu tanggungjawab saya.
67
00:06:25,600 --> 00:06:29,160
Saya berjanji, John dan Lisbeth,
68
00:06:29,880 --> 00:06:31,120
saya akan selesaikan.
69
00:06:36,280 --> 00:06:37,560
Ini Årmandsø.
70
00:06:38,480 --> 00:06:42,800
Komuniti kita lebih penting
berbanding apa-apa yang lain.
71
00:06:43,320 --> 00:06:44,440
- Ya.
- Setuju.
72
00:06:44,520 --> 00:06:45,520
Setuju.
73
00:06:46,920 --> 00:06:49,440
Kita bersatu dengan alam semula jadi.
74
00:06:53,200 --> 00:06:54,880
Mari kita menghormatinya.
75
00:06:57,760 --> 00:07:00,480
Mari menghormati pengorbanan Anders.
76
00:08:18,000 --> 00:08:20,880
Abang rasa ada berapa banyak?
Di sebalik pagar?
77
00:08:23,000 --> 00:08:24,320
Abang tak tahu.
78
00:08:26,800 --> 00:08:28,400
Saya rasa mereka dikurung.
79
00:08:29,480 --> 00:08:30,320
Oleh siapa?
80
00:08:31,040 --> 00:08:32,960
Penghuni pulau ini.
81
00:08:34,919 --> 00:08:37,039
Teruk betul jika mereka buat begitu.
82
00:08:37,120 --> 00:08:40,039
Mereka tak boleh mengurungnya
di sebalik pagar.
83
00:08:41,360 --> 00:08:43,520
Ia patut bebas macam kita.
84
00:08:44,480 --> 00:08:48,280
Mungkin bukan untuk mengurung,
tapi untuk melindungi orang lain.
85
00:08:49,120 --> 00:08:50,160
Daripada itu?
86
00:08:51,160 --> 00:08:52,880
Tolonglah! Biar betul.
87
00:08:56,760 --> 00:08:57,600
Ada apa?
88
00:08:59,520 --> 00:09:00,640
Masih lapar?
89
00:09:02,280 --> 00:09:04,120
Saya tak ada makanan lagi.
90
00:09:07,640 --> 00:09:09,880
Kee-Ko. Itu nama awak sekarang.
91
00:09:13,840 --> 00:09:14,840
Kee-Ko.
92
00:09:15,960 --> 00:09:17,640
Saya akan jaga awak, Kee-Ko.
93
00:09:18,840 --> 00:09:20,640
Saya pergi ambil makanan lagi.
94
00:09:20,720 --> 00:09:22,000
Saya akan kembali.
95
00:09:38,120 --> 00:09:38,960
Mak?
96
00:09:39,040 --> 00:09:42,080
- Ini bakon terakhir?
- Ya, rasanya.
97
00:09:44,080 --> 00:09:45,280
Ini hadiah siapa?
98
00:09:47,760 --> 00:09:50,080
- Nak tahu isinya?
- Sudah tentu.
99
00:09:50,160 --> 00:09:51,200
Lupakan.
100
00:09:51,280 --> 00:09:52,640
- Tunggu saja.
- Tak adil!
101
00:09:52,720 --> 00:09:54,440
Kamu tidur lena malam tadi?
102
00:09:55,400 --> 00:09:57,360
- Ya.
- Kamu tak dengar ayah?
103
00:09:57,960 --> 00:10:00,560
Dia berdengkur sepanjang malam.
Sakit hati mak.
104
00:10:00,640 --> 00:10:01,960
Kamu tak nak duduk?
105
00:10:02,480 --> 00:10:03,360
Baiklah.
106
00:10:06,480 --> 00:10:10,360
Apa kata kita kutip kon pain
di hutan hari ini?
107
00:10:10,440 --> 00:10:12,040
- Tapi…
- Kamu dan mak saja.
108
00:10:12,120 --> 00:10:15,680
Saya baru nak tanya
jika saya boleh tinggal dan membaca lagi.
109
00:10:16,680 --> 00:10:19,560
Ya. Kita boleh membaca. Jadi…
110
00:10:19,640 --> 00:10:24,440
Kita membaca,
kita boleh nyalakan api dan minum teh.
111
00:10:24,520 --> 00:10:27,360
- Rehat di rumah. Baiklah!
- Maksud saya,
112
00:10:27,440 --> 00:10:28,800
kalau mak tak kisah,
113
00:10:29,320 --> 00:10:32,560
saya nak habiskan masa
seorang diri di rumah, boleh?
114
00:10:36,920 --> 00:10:38,160
Sudah tentu, sayang.
115
00:10:41,640 --> 00:10:42,480
Apa?
116
00:10:49,960 --> 00:10:52,880
Hai. Gembira jumpa awak.
Awak nak masuk?
117
00:10:52,960 --> 00:10:55,320
Tak mengapa. Saya nak jemput minum kopi.
118
00:10:55,400 --> 00:10:57,240
Kopi? Hari ini?
119
00:10:57,320 --> 00:11:00,280
Ya, tentu bagus
jika dapat jumpa seluruh keluarga.
120
00:11:00,360 --> 00:11:04,400
Saya pasti Liv juga akan suka.
121
00:11:04,480 --> 00:11:05,360
Ini Josefine.
122
00:11:06,560 --> 00:11:07,400
Hai.
123
00:11:07,480 --> 00:11:08,480
Hai.
124
00:11:10,480 --> 00:11:12,040
Baiklah jika begitu.
125
00:11:12,120 --> 00:11:15,000
Kami akan ke sana,
mungkin dalam setengah jam?
126
00:11:15,080 --> 00:11:17,160
Baiklah, bila-bila saja.
127
00:11:17,240 --> 00:11:18,080
Baiklah.
128
00:11:18,160 --> 00:11:19,320
Jumpa nanti.
129
00:11:20,280 --> 00:11:21,120
Selamat jalan.
130
00:11:21,880 --> 00:11:22,800
Tapi, mak…
131
00:11:22,880 --> 00:11:25,520
- Kamu nak pergi, sayang?
- Ya!
132
00:11:25,600 --> 00:11:26,720
- Mak!
- Liv ada?
133
00:11:26,800 --> 00:11:28,360
Ya, Liv ada.
134
00:11:28,440 --> 00:11:30,960
- Mads?
- Boleh beri saya lima minit?
135
00:11:31,040 --> 00:11:34,000
- Ya, kita dijemput untuk minum kopi.
- Mak.
136
00:11:34,840 --> 00:11:36,320
- Mak.
- Apa?
137
00:11:36,400 --> 00:11:39,760
- Mak kata saya boleh duduk di rumah.
- Beberapa jam saja.
138
00:11:44,840 --> 00:11:47,400
Kita pergi dua jam saja. Bukannya lama.
139
00:11:47,920 --> 00:11:50,960
- Dua jam? Biar betul?
- Ya, betul.
140
00:11:52,000 --> 00:11:55,080
Kamu boleh membaca nanti.
Kita perlu pergi bersama.
141
00:12:03,160 --> 00:12:04,640
Ada beruang di sini?
142
00:12:04,720 --> 00:12:06,920
- Terus saja.
- Nampak perangkap itu?
143
00:12:07,440 --> 00:12:08,880
Saya nampak.
144
00:12:33,040 --> 00:12:34,480
Ingat persetujuan kita.
145
00:12:36,920 --> 00:12:38,480
Mereka akan pergi nanti.
146
00:12:44,320 --> 00:12:45,560
Dah sampai pun.
147
00:12:46,400 --> 00:12:47,800
- Ya.
- Hai.
148
00:12:47,880 --> 00:12:49,720
- Terima kasih kerana jemput.
- Hai.
149
00:12:49,800 --> 00:12:50,640
Ya.
150
00:12:52,360 --> 00:12:53,880
Nampak sedap.
151
00:12:54,720 --> 00:12:56,640
Terima kasih kerana jemput kami.
152
00:12:56,720 --> 00:13:00,840
Kami tak dapat ramai pelawat
di pulau ini, jadi silakan.
153
00:13:00,920 --> 00:13:02,080
- Terima kasih.
- Terima kasih.
154
00:13:02,160 --> 00:13:04,720
Itu salah satu sebab kami pilih pulau ini.
155
00:13:04,800 --> 00:13:06,840
Kami mahu masa untuk bersendirian.
156
00:13:08,920 --> 00:13:12,600
Jadi, apa yang kamu dengar
tentang Årmandsø?
157
00:13:12,680 --> 00:13:14,360
Tak banyak benda…
158
00:13:14,920 --> 00:13:16,800
Kawan Mads nampak rumah untuk disewa.
159
00:13:16,880 --> 00:13:19,080
Kami lihat gambarnya, nampak cantik.
160
00:13:20,160 --> 00:13:23,920
Jadi, kami fikir pulau ini sesuai
untuk kami menyambut Krismas.
161
00:13:24,000 --> 00:13:27,760
Apabila bekerja seharian,
mudah rasanya untuk rasa berjauhan.
162
00:13:28,360 --> 00:13:29,760
Kami mahu masa bersama.
163
00:13:30,280 --> 00:13:33,200
Krismas selalu sibuk dan huru-hara,
164
00:13:33,280 --> 00:13:35,000
jadi ini yang kami perlukan.
165
00:13:36,280 --> 00:13:38,160
Apa kamu buat pada malam Krismas?
166
00:13:42,400 --> 00:13:45,520
Mungkin mereka tak sambut Krismas.
Tak mengapa jika begitu.
167
00:13:46,040 --> 00:13:47,480
Ramai yang tak sambut.
168
00:13:47,560 --> 00:13:49,080
Kami sambut Krismas.
169
00:13:52,240 --> 00:13:55,040
Namun, Krismas berbeza untuk setiap orang.
170
00:13:56,440 --> 00:14:01,480
Bagi kami,
ia masa untuk berfikir dan beringat.
171
00:14:01,560 --> 00:14:02,520
Untuk bersyukur.
172
00:14:03,120 --> 00:14:06,440
Kamu perlu mencontohi mereka.
Kamu dengar tak?
173
00:14:06,920 --> 00:14:10,280
Krismas ialah masa
untuk bersama keluarga dan bersyukur.
174
00:14:10,360 --> 00:14:11,520
Ketenangan, tahu?
175
00:14:11,600 --> 00:14:14,080
Bukan hadiah mahal daripada ibu bapa kamu.
176
00:14:14,160 --> 00:14:16,440
Sedap kek ini.
Macam mana awak buat?
177
00:14:16,520 --> 00:14:19,600
Ia cuma epal,
serta mentega, tepung dan gula.
178
00:14:19,680 --> 00:14:21,040
Semua hasil tempatan.
179
00:14:22,040 --> 00:14:22,880
Di pulau ini.
180
00:14:23,560 --> 00:14:24,960
Baiklah…
181
00:14:42,360 --> 00:14:45,880
Waktu bekerja saya lama,
bukannya 37 jam seminggu.
182
00:14:45,960 --> 00:14:47,600
Kenapa ada pagar di hutan?
183
00:14:49,880 --> 00:14:51,800
Pagar itu dibina kerana…
184
00:14:52,400 --> 00:14:57,360
Kami hidup harmoni dengan alam semula jadi
sehinggalah orang lain datang, orang yang…
185
00:14:58,120 --> 00:15:00,880
Orang yang mengeksploitasi
alam semula jadi.
186
00:15:00,960 --> 00:15:02,160
Jadi, mereka…
187
00:15:02,800 --> 00:15:05,440
Mereka buka kilang balak di hutan
188
00:15:06,440 --> 00:15:08,440
dan potong pokok satu persatu.
189
00:15:10,240 --> 00:15:12,760
Ada antara kami yang menentangnya, tapi…
190
00:15:14,240 --> 00:15:15,720
Perniagaannya lumayan.
191
00:15:15,800 --> 00:15:17,600
Orang suka duit.
192
00:15:17,680 --> 00:15:21,320
Jadi, anak saya,
iaitu ibu Liv dan juga ayahnya…
193
00:15:22,240 --> 00:15:26,200
Mereka bekerja di sana,
seperti kebanyakan orang pulau dan…
194
00:15:28,520 --> 00:15:30,680
Kemudian, mereka tutup kilang.
195
00:15:33,880 --> 00:15:35,680
Suatu kemalangan berlaku.
196
00:15:36,680 --> 00:15:37,560
Suatu…
197
00:15:40,240 --> 00:15:41,720
Suatu kemalangan dahsyat.
198
00:15:43,840 --> 00:15:47,400
Bahan kimia dari kilang balak itu
memasuki tanah,
199
00:15:47,480 --> 00:15:50,640
jadi itu sebabnya kami membina pagar.
200
00:15:51,880 --> 00:15:53,440
Agar orang tak masuk.
201
00:15:53,520 --> 00:15:55,440
Kamu perlu jauhkan diri.
202
00:15:58,480 --> 00:15:59,680
Jauh dari situ.
203
00:16:00,520 --> 00:16:02,040
Biasalah.
204
00:16:02,120 --> 00:16:04,920
Orang tak pedulikan
alam semula jadi demi wang.
205
00:16:05,000 --> 00:16:07,160
- Malang sekali.
- Boleh saya guna tandas?
206
00:16:09,320 --> 00:16:11,120
Pintu pertama di sebelah kiri.
207
00:16:14,160 --> 00:16:16,320
- Nak kek lagi?
- Ya, boleh juga.
208
00:17:18,839 --> 00:17:21,440
Karen, jawab. Ini Møller.
Saya di rumah itu.
209
00:17:21,520 --> 00:17:22,720
Tamat.
210
00:17:29,640 --> 00:17:31,360
Karen, awak dengar? Tamat.
211
00:17:33,000 --> 00:17:34,200
Karen memanggil Møller.
212
00:17:35,160 --> 00:17:37,280
Saya dah periksa bangsal. Ia tiada.
213
00:17:37,360 --> 00:17:39,480
Teruskan mencari sehingga jumpa.
214
00:17:39,560 --> 00:17:42,280
Cepat. Saya tak tahu
jika mereka lama di sini.
215
00:17:42,360 --> 00:17:43,200
Diterima.
216
00:17:59,560 --> 00:18:01,760
Tumpang tanya.
Bagaimana nak ke Skovvangen?
217
00:18:01,840 --> 00:18:04,480
- Pergi ke air dan ikut pantai.
- Terima kasih.
218
00:18:13,720 --> 00:18:16,800
Itulah yang menarik minat kami.
Alam semula jadi.
219
00:18:16,880 --> 00:18:19,600
Ia berbeza daripada kebiasaan kita, bukan?
220
00:18:19,680 --> 00:18:21,320
Boleh kamu periksa adik?
221
00:18:21,920 --> 00:18:23,120
Baiklah.
222
00:18:28,880 --> 00:18:29,920
Biar saya tolong.
223
00:18:31,200 --> 00:18:35,200
Masa untuk kami pulang.
Terima kasih untuk kopi dan kek ini.
224
00:18:35,280 --> 00:18:37,040
- Semuanya sedap.
- Jose…
225
00:18:37,800 --> 00:18:38,760
Jose.
226
00:18:40,320 --> 00:18:41,520
Tipikal.
227
00:18:43,920 --> 00:18:45,320
Kita perlu berbincang.
228
00:18:51,840 --> 00:18:53,560
Kamu perlu pergi dari sini.
229
00:18:54,880 --> 00:18:57,040
Tapi awak jemput kami!
230
00:18:57,120 --> 00:18:59,040
Bukan dari sini. Dari pulau ini!
231
00:18:59,120 --> 00:19:02,400
Pergi secepat mungkin.
Kamu tak boleh berada di sini.
232
00:19:02,960 --> 00:19:04,640
Liv, apa yang berlaku?
233
00:19:06,760 --> 00:19:08,320
Kami tahu awak ada benda itu.
234
00:19:09,280 --> 00:19:10,480
Bayinya.
235
00:19:11,000 --> 00:19:13,280
Møller dalam perjalanan untuk mencarinya.
236
00:19:16,120 --> 00:19:17,440
Apa benda itu?
237
00:19:20,640 --> 00:19:21,760
Itu bunian hutan.
238
00:19:23,520 --> 00:19:26,040
Tak. Ini bunian yang sebenar.
239
00:19:27,680 --> 00:19:29,400
Bukan macam cerita dongeng.
240
00:19:30,000 --> 00:19:32,960
- Diam. Awak tipu.
- Mereka sentiasa wujud di sini.
241
00:19:33,040 --> 00:19:33,880
Menyorok.
242
00:19:34,680 --> 00:19:36,680
Diasingkan. Itu sebabnya kami bina pagar.
243
00:19:36,760 --> 00:19:40,080
- Kami ke sana hanya untuk beri makanan.
- Liv…
244
00:19:40,160 --> 00:19:42,200
Mereka bunuh seorang daripada kami.
245
00:19:42,280 --> 00:19:44,960
Dia masuk dan tak keluar.
246
00:19:46,360 --> 00:19:47,320
Makhluk kecil itu?
247
00:19:49,280 --> 00:19:51,200
Ia akan membesar.
248
00:19:55,680 --> 00:19:56,520
Jose.
249
00:20:10,400 --> 00:20:11,240
Kee-Ko?
250
00:20:12,080 --> 00:20:12,960
Awak di sini?
251
00:20:14,160 --> 00:20:15,600
Mereka cari awak.
252
00:20:21,920 --> 00:20:23,120
Awak di atas?
253
00:20:39,200 --> 00:20:40,320
Kenapa dengan awak?
254
00:20:44,160 --> 00:20:45,160
Jangan takut.
255
00:20:45,240 --> 00:20:46,200
Ini saya.
256
00:20:51,280 --> 00:20:53,280
Apa awak buat? Berhenti!
257
00:20:53,760 --> 00:20:54,960
Tidak! Jangan!
258
00:20:55,640 --> 00:20:56,640
Jangan sakiti ia!
259
00:20:57,560 --> 00:20:58,720
Møller, berhenti!
260
00:20:59,640 --> 00:21:00,880
Ia tak buat apa-apa!
261
00:21:03,920 --> 00:21:04,760
Berhenti!
262
00:21:05,680 --> 00:21:06,800
Apa kamu buat?
263
00:21:07,320 --> 00:21:09,160
- Ke tepi!
- Lepaskan.
264
00:21:09,240 --> 00:21:11,040
Berhenti! Jangan ganggu ia!
265
00:21:16,600 --> 00:21:17,760
Apa kamu dah buat?
266
00:21:41,800 --> 00:21:44,360
Kamu boleh tunggu sehingga dia balik.
267
00:21:44,440 --> 00:21:47,920
Mungkin dia lari ke rumah,
tapi terima kasih.
268
00:21:48,520 --> 00:21:50,120
Datang bila-bila saja.
269
00:22:37,560 --> 00:22:39,160
Aku bawa bayi itu!
270
00:22:51,360 --> 00:22:52,840
Kami tak ambil!
271
00:22:54,280 --> 00:22:55,400
Pelawat yang ambil!
272
00:22:58,600 --> 00:23:02,120
Ia dah kembali,
kau dah ambil Anders, jadi cukuplah!
273
00:23:04,240 --> 00:23:05,440
Okey?
274
00:25:07,720 --> 00:25:10,000
Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman