1 00:00:01,585 --> 00:00:04,546 Beta tak mahu mangkat untuk kota ini. Sebaliknya, ia akan mati untuk beta. 2 00:00:07,049 --> 00:00:09,092 Nyrie! 3 00:00:09,593 --> 00:00:11,011 Apa yang awak bawa? 4 00:00:11,094 --> 00:00:13,096 Saya akan bercakap dengan awak. Awak dah buat kesilapan... 5 00:00:14,348 --> 00:00:17,226 Siapa agaknya awak sebenarnya sampai berani mendakwa sedemikian. 6 00:00:17,935 --> 00:00:20,020 Opayol Merekalah yang curi barang-barang kita. 7 00:00:20,103 --> 00:00:22,272 Tiada orang di sana. Ia seperti dah ditinggalkan. 8 00:00:24,900 --> 00:00:26,902 Berhenti! Rasakannya! Dadanya. 9 00:00:27,361 --> 00:00:28,403 Dia boleh melihat. 10 00:00:28,487 --> 00:00:30,822 Boots ialah anak Jerlamarel. Adik kami. 11 00:00:30,906 --> 00:00:31,949 Mana mak? Apa yang berlaku? 12 00:00:32,031 --> 00:00:33,075 Mereka tangkap dia? 13 00:00:33,158 --> 00:00:35,536 Tidak, dia lepaskan tangan saya. 14 00:00:35,619 --> 00:00:36,620 Tamacti Jun! 15 00:00:38,747 --> 00:00:40,082 Puteri Maghra... 16 00:00:40,332 --> 00:00:42,668 daripada Kerabat Diraja Kane. 17 00:02:22,059 --> 00:02:23,268 Maghra! 18 00:02:37,241 --> 00:02:38,242 Saya di sini. 19 00:02:44,081 --> 00:02:45,374 Ayah. 20 00:02:45,874 --> 00:02:46,792 Anakku. 21 00:02:46,875 --> 00:02:48,961 Ada ramai lagi yang datang. Kita akan dikepung. 22 00:02:49,586 --> 00:02:50,921 - Ayah? - Apa yang berlaku? 23 00:02:51,004 --> 00:02:52,005 Apa yang berlaku? 24 00:02:52,089 --> 00:02:54,717 Saya tak nampak, tapi dia kata dia nampak dan... 25 00:02:54,800 --> 00:02:56,176 - Nampak apa? - Nampak apa? 26 00:02:56,260 --> 00:02:58,095 Apa yang dia maksudkan? 27 00:02:58,177 --> 00:02:59,179 Awak dah jumpa mak? 28 00:02:59,263 --> 00:03:00,848 Saya nampak dia meninggalkan hutan. 29 00:03:00,931 --> 00:03:02,516 Saya nampak dia bersama mereka dan... 30 00:03:03,350 --> 00:03:04,560 saya nampak dia mati. 31 00:03:06,812 --> 00:03:08,397 Apa? 32 00:03:08,480 --> 00:03:10,524 Dia dibawa menemui ketua mereka. 33 00:03:11,108 --> 00:03:12,109 Dia merayu kepada mereka. 34 00:03:12,192 --> 00:03:14,862 Dia seperti mendengar katanya, tapi selepas itu, dia bunuh Maghra. 35 00:03:14,945 --> 00:03:16,905 Dia bunuh Maghra. 36 00:03:16,989 --> 00:03:19,158 Tidak. Dia tak mati. 37 00:03:21,785 --> 00:03:23,078 - Dia tipu. - Tidak. 38 00:03:23,829 --> 00:03:25,205 Kenapa saya patut percaya? 39 00:03:25,622 --> 00:03:27,458 Saya pun tak percayakan dia. 40 00:03:28,042 --> 00:03:29,585 Saya pergi mencarinya. 41 00:03:30,544 --> 00:03:31,879 Dan inilah yang saya jumpa. 42 00:03:33,297 --> 00:03:35,591 - Kantungnya berlumuran darah. - Apa? 43 00:03:35,674 --> 00:03:37,718 Saya nampak sendiri. 44 00:03:38,385 --> 00:03:40,054 Maaf, tapi kita perlu pergi sekarang. 45 00:03:40,137 --> 00:03:43,182 Tidak, saya tak mahu pergi. 46 00:03:44,099 --> 00:03:47,061 Saya tak mahu pergi selagi kita tak bunuh Pemburu Ahli Sihir itu. 47 00:03:47,144 --> 00:03:48,645 - Tidak. - Ayah. 48 00:03:49,063 --> 00:03:50,147 Kita akan melarikan diri. 49 00:03:50,689 --> 00:03:52,816 - Apa? - Kita akan ada peluang lain, 50 00:03:52,900 --> 00:03:55,611 pada masa yang sesuai, tapi sekarang, ayah perlu selamatkan awak. 51 00:03:55,694 --> 00:03:57,696 - Tidak, saya akan pergi tanpa... - Dengar sini. 52 00:03:58,781 --> 00:04:01,575 Ayah perlu pastikan awak selamat. 53 00:04:01,658 --> 00:04:04,244 Kita perlu pergi. Mereka hampir tiba. 54 00:04:04,328 --> 00:04:05,954 Saya tahu satu tempat persembunyian. 55 00:04:06,038 --> 00:04:07,081 Ikut saya. 56 00:04:44,827 --> 00:04:47,538 Tuanku mati, tapi rupa-rupanya tidak. 57 00:04:48,205 --> 00:04:49,748 Bagaimana ini boleh berlaku? 58 00:04:49,832 --> 00:04:51,125 Mana keluarga beta? 59 00:04:51,208 --> 00:04:54,795 Anak-anak yang boleh melihat itu anak-anak tuanku, 60 00:04:56,797 --> 00:04:58,465 bukan? 61 00:04:58,549 --> 00:05:01,218 Beta takkan jawab sebarang soalan selagi awak tak beri jaminan 62 00:05:01,301 --> 00:05:03,387 yang keluarga beta takkan dicederakan. 63 00:05:03,971 --> 00:05:07,016 Saya telah disuruh menangkap mereka dengan apa cara sekalipun. 64 00:05:07,098 --> 00:05:09,518 Arahan beta berbeza, bukan? 65 00:05:09,601 --> 00:05:11,311 Tuanku bukan ratu. 66 00:05:13,147 --> 00:05:14,523 Itu salah siapa? 67 00:05:16,567 --> 00:05:20,154 Suruh orang-orang awak tangkap mereka dalam keadaan selamat 68 00:05:20,237 --> 00:05:22,197 dan beta akan jawab semua soalan awak. 69 00:05:24,033 --> 00:05:25,534 Dan bukan setakat itu saja. 70 00:05:37,880 --> 00:05:39,006 Jeneral. 71 00:05:39,089 --> 00:05:42,926 Beritahu semua pemburu yang pelarian itu mesti ditangkap hidup-hidup. 72 00:05:43,010 --> 00:05:47,765 Jika mereka cedera, balasan berkali ganda akan dikenakan kepada orang kita, 73 00:05:47,848 --> 00:05:49,475 yang dipilih secara rawak. 74 00:05:49,933 --> 00:05:51,352 Faham? 75 00:05:52,394 --> 00:05:53,604 Ya, Jeneral. 76 00:05:58,609 --> 00:06:02,154 Arahan yang tuanku minta itu telah dikeluarkan. 77 00:06:03,280 --> 00:06:07,159 Sekarang, boleh tuanku jawab soalan saya? 78 00:06:17,920 --> 00:06:19,338 Pada suatu masa dulu, 79 00:06:21,590 --> 00:06:23,550 jika saya berjanji, 80 00:06:24,551 --> 00:06:26,512 tuanku terus mempercayainya. 81 00:06:28,222 --> 00:06:30,140 Masa itu sudah lama berlalu. 82 00:06:31,100 --> 00:06:32,309 Ya, benar. 83 00:06:34,645 --> 00:06:36,814 Tapi kita tak boleh mengubah diri kita. 84 00:06:37,481 --> 00:06:39,775 Sampai bila-bila. 85 00:06:41,610 --> 00:06:45,614 Jika tuanku percayakan saya dulu, percayalah saya sekarang. 86 00:06:48,826 --> 00:06:50,119 Tolonglah... 87 00:06:52,121 --> 00:06:53,872 beritahu saya apa yang berlaku. 88 00:06:59,545 --> 00:07:00,754 Di sini. 89 00:07:09,847 --> 00:07:11,223 Di manakah kita berada? 90 00:07:11,306 --> 00:07:13,642 Ia gua yang tersembunyi. 91 00:07:13,726 --> 00:07:15,352 Saya bermain di sini semasa saya kecil. 92 00:07:15,436 --> 00:07:18,647 Ia dalam dan gelap. Tiada siapa yang akan menemui kita di sini. 93 00:07:50,971 --> 00:07:52,306 Tapi udara masih ada di sini. 94 00:07:56,602 --> 00:07:58,729 - Ia jalan mati. - Baiklah. Kita dah sampai. 95 00:07:59,146 --> 00:08:00,147 Boots! 96 00:08:01,315 --> 00:08:02,524 Apa yang awak buat? 97 00:08:04,526 --> 00:08:06,278 - Buka pintu. - Tak boleh. 98 00:08:07,821 --> 00:08:08,864 Boots. 99 00:08:10,240 --> 00:08:13,077 Dengar sini. Buka pintu. 100 00:08:14,161 --> 00:08:15,621 Jangan tinggalkan kami di sini. 101 00:08:19,833 --> 00:08:21,168 Tolong berhenti. 102 00:08:24,755 --> 00:08:26,173 Kenapa awak buat begini? 103 00:08:26,924 --> 00:08:29,927 Kami terima kehadiran awak. Saya yang suruh. 104 00:08:30,010 --> 00:08:31,679 Ia lebih baik begini. 105 00:08:32,012 --> 00:08:34,264 Terlalu sukar untuk saya mempercayai awak semua. 106 00:08:34,723 --> 00:08:36,433 Lebih baik jika saya percayakan seorang saja. 107 00:08:37,643 --> 00:08:38,811 - Selamat tinggal. - Nak. 108 00:08:38,894 --> 00:08:40,521 - Tidak. - Nak. 109 00:08:40,604 --> 00:08:42,231 - Buka pintu. - Hei! 110 00:08:42,731 --> 00:08:43,941 Buka pintu. 111 00:08:44,441 --> 00:08:45,693 Buka pintu! 112 00:08:46,610 --> 00:08:47,903 Buka pintu ini! 113 00:08:49,071 --> 00:08:50,531 - Boots! - Buka pintu! 114 00:08:51,490 --> 00:08:52,616 Boots! 115 00:08:58,122 --> 00:09:00,624 - Tidak. Ini tak mungkin berlaku. - Saya dah agak ia akan berlaku. 116 00:09:01,458 --> 00:09:04,336 Awak tak pernah dengar cakap abang. Semua orang pun sama. 117 00:09:05,671 --> 00:09:07,673 Kami dah larang awak dulu. 118 00:09:11,969 --> 00:09:13,470 - Apa awak kata? - Dia dengar cakap saya. 119 00:09:13,554 --> 00:09:14,471 Kofun! 120 00:09:14,555 --> 00:09:16,557 Kami dah kata jangan masuk ke kawasan pedalaman. 121 00:09:16,640 --> 00:09:20,728 Kami dah kata jangan percayakan dia. Tapi awak tak pernah dengar cakap kami. 122 00:09:21,436 --> 00:09:23,814 Awak selalu fikir awak seorang saja yang betul! 123 00:09:23,897 --> 00:09:25,983 Tengoklah apa dah jadi sekarang, Haniwa! 124 00:09:27,901 --> 00:09:29,111 Tak guna. 125 00:09:37,911 --> 00:09:38,954 Apa yang berlaku? 126 00:09:39,913 --> 00:09:41,123 Ia turun ke bawah. 127 00:09:49,965 --> 00:09:51,133 Kofun. 128 00:09:52,217 --> 00:09:54,636 Apabila tiba di dasarnya, kita akan bergelap sepenuhnya. 129 00:09:55,054 --> 00:09:59,558 Saya ada batu api. Saya cuma perlukan sesuatu untuk menghidupkan api. 130 00:10:02,061 --> 00:10:03,062 Surat itu. 131 00:10:31,590 --> 00:10:33,842 Jika sangkar ini boleh diturunkan, ia tentu boleh dinaikkan. 132 00:10:34,259 --> 00:10:36,553 Awak ada nampak sebarang alat untuk menaikkannya? 133 00:10:40,349 --> 00:10:41,558 Rasanya tak ada. 134 00:10:44,269 --> 00:10:45,479 Ada seseorang di sini. 135 00:10:48,107 --> 00:10:49,316 Saya tak nampak sesiapa pun. 136 00:10:54,780 --> 00:10:56,031 Kita tak boleh berada di sini. 137 00:10:57,950 --> 00:11:01,245 Jika kita tak boleh keluar ikut jalan tadi, kita perlu cari jalan lain. 138 00:11:02,329 --> 00:11:04,373 Kita akan bergelap lagi nanti. 139 00:11:05,332 --> 00:11:06,583 Jika begitu, ikut ayah. 140 00:12:13,192 --> 00:12:14,401 Apa yang awak buat? 141 00:12:15,944 --> 00:12:17,071 Apa awak kisah? 142 00:12:17,154 --> 00:12:18,781 Awak berhenti bekerja. 143 00:12:18,864 --> 00:12:21,158 Mereka akan sedar dan awak tentu tak mahu itu berlaku. 144 00:12:24,620 --> 00:12:27,581 Kokun ini bergerak. Kenapa ia bergerak? 145 00:12:27,664 --> 00:12:32,044 Itu lagi teruk. Awak perlu panggil orang supaya mereka boleh mengambilnya. 146 00:12:33,170 --> 00:12:34,338 Kenapa? 147 00:12:35,923 --> 00:12:37,883 Ulat itu sudah bersedia untuk keluar 148 00:12:37,966 --> 00:12:41,679 dan akan merosakkan sutera pada kokun itu. 149 00:12:41,762 --> 00:12:44,890 Pengawas tentu tak suka. 150 00:12:45,599 --> 00:12:46,809 Siapa nama awak? 151 00:12:48,894 --> 00:12:50,104 Apa awak kisah? 152 00:12:51,271 --> 00:12:54,775 Awak ambil berat tentang saya walaupun kita tak pernah berbual. 153 00:12:54,858 --> 00:12:57,069 - Saya nak tahu nama awak. - Nama saya Cora. 154 00:12:57,152 --> 00:13:01,198 Saya cuma ambil berat tentang diri sendiri, bukan awak. 155 00:13:01,281 --> 00:13:05,494 Jika Pengawas atau Pemotong marah salah seorang daripada kita, 156 00:13:05,577 --> 00:13:07,746 kita semua akan turut menderita. 157 00:13:08,539 --> 00:13:11,750 Saya akan berterus terang dengan awak, Cora. 158 00:13:12,167 --> 00:13:14,002 Ini bukan caranya untuk hidup. 159 00:13:14,420 --> 00:13:16,755 Okey. Jadi, awak salah seorang daripada mereka. 160 00:13:19,341 --> 00:13:20,342 "Mereka"? 161 00:13:20,426 --> 00:13:25,222 Awak bukan wanita berada pertama yang diturunkan darjat dan dipaksa bekerja 162 00:13:25,305 --> 00:13:28,017 yang mengeluh tentang perubahan nasibnya. 163 00:13:29,268 --> 00:13:35,232 Di sini, saya diberi makan, tempat tinggal dan tak dicabul. 164 00:13:36,191 --> 00:13:40,237 Ada banyak cara hidup lain yang jauh lebih teruk, percayalah. 165 00:13:41,238 --> 00:13:44,033 Mungkin awak berhak menginginkan sesuatu yang lebih baik. 166 00:13:44,116 --> 00:13:48,746 Saya tak berminat dengan semua itu untuk kehidupan masa hadapan saya. 167 00:13:49,747 --> 00:13:53,000 Seperti ulat ini, mungkin awak 168 00:13:53,542 --> 00:13:58,213 boleh menimbulkan minat untuk menginginkan sesuatu yang lebih baik. 169 00:13:59,631 --> 00:14:01,967 Awak! Kenapa awak bermalas-malasan? 170 00:14:02,051 --> 00:14:03,344 Kenapa tak buat kerja? 171 00:14:04,553 --> 00:14:06,013 Gembiranya saya awak datang ke sini. 172 00:14:06,096 --> 00:14:08,932 Saya tak tahu apa saya patut buat dengan benda itu dan saya... 173 00:14:11,977 --> 00:14:14,772 Ini masalah penting. 174 00:14:15,606 --> 00:14:18,067 Ia mungkin terpaksa dibuang. 175 00:14:22,154 --> 00:14:23,322 Sambung kerja. 176 00:14:24,948 --> 00:14:27,159 Saya kata, sambung kerja! 177 00:14:28,494 --> 00:14:29,995 Jaga rak masing-masing! 178 00:14:31,580 --> 00:14:33,582 Boleh awak bangun? 179 00:14:36,293 --> 00:14:39,338 Awak buat saya naik angin. 180 00:14:42,633 --> 00:14:45,761 Saya kata, boleh awak bangun? 181 00:14:58,232 --> 00:14:59,233 Tak boleh. 182 00:15:02,403 --> 00:15:05,114 Awak masih baru. Awak akan tahu nanti. 183 00:15:06,448 --> 00:15:08,325 Beritahu saya apabila dia sedarkan diri. 184 00:15:08,742 --> 00:15:10,244 Kita akan cuba lagi. 185 00:15:15,749 --> 00:15:17,751 Banyak perubahan bakal berlaku... 186 00:15:19,420 --> 00:15:20,713 dalam sekelip mata. 187 00:15:22,214 --> 00:15:26,135 Dunia ini sedang bersalin kulit dan mendedahkan sesuatu yang baru. 188 00:15:26,760 --> 00:15:28,929 Namun, saya hanya dapat rasakan kesedihan. 189 00:15:31,557 --> 00:15:35,102 Sebarang kata-kata yang saya guna untuk menggambarkannya... 190 00:15:37,187 --> 00:15:39,606 mungkin tak bermakna... 191 00:15:41,400 --> 00:15:44,653 dan tak cukup hebat bagi seorang pemerintah yang agung. 192 00:15:50,200 --> 00:15:51,452 Jadi, saya cuma akan kata... 193 00:15:58,667 --> 00:16:00,627 Tugas untuk menggantikan ayah... 194 00:16:02,713 --> 00:16:04,298 pasti akan gagal. 195 00:16:06,633 --> 00:16:08,093 Ayah tiada galang gantinya. 196 00:16:10,971 --> 00:16:12,723 Namun, saya akan cuba sedaya upaya... 197 00:16:14,016 --> 00:16:17,227 untuk mengekalkan peninggalan ayah dan buat ayah rasa bangga. 198 00:16:25,194 --> 00:16:26,195 Mari. 199 00:16:29,448 --> 00:16:30,491 Maghra? 200 00:16:33,911 --> 00:16:35,913 Tak apa, jangan takut. Kakak ada di sini. 201 00:16:36,622 --> 00:16:37,831 Kakak ada di sini. 202 00:16:50,010 --> 00:16:51,220 Keadaan akan berubah. 203 00:16:53,889 --> 00:16:59,311 Tapi apa yang takkan berubah ialah... 204 00:17:03,357 --> 00:17:05,275 kakak akan sentiasa melindungi awak. 205 00:17:08,320 --> 00:17:09,571 Maghra. 206 00:17:12,574 --> 00:17:17,121 Tak sangka bagaimana saat yang maha kecil boleh mengubah seluruh dunia. 207 00:17:18,664 --> 00:17:21,208 Bagaimana kehidupan ramai orang berubah sepenuhnya. 208 00:17:21,792 --> 00:17:25,462 Kerajaan. Sejarah. Segala-galanya. 209 00:17:26,547 --> 00:17:31,051 Semuanya bermula dengan bisikan seorang lelaki yang nazak kepada anaknya. 210 00:17:36,807 --> 00:17:40,060 "Awak harus memerintah... tak lama lagi." 211 00:17:45,107 --> 00:17:51,530 Kata-katanya, itu pun kalau ia benar, langsung tak seteruk tindakan tuanku. 212 00:17:51,613 --> 00:17:52,948 Ini pilihan tuanku, bukan pilihannya. 213 00:17:53,032 --> 00:17:54,283 "Kalau" dia kata? 214 00:17:56,910 --> 00:17:59,705 Suatu masa dahulu, awak dengar cakap beta tanpa banyak soal. 215 00:17:59,788 --> 00:18:01,749 Saya tak berminat untuk main-main dengan tuanku. 216 00:18:01,832 --> 00:18:03,208 Main apa? 217 00:18:03,792 --> 00:18:06,128 Apabila beta cukup matang dan cuba meraih sokongan 218 00:18:06,211 --> 00:18:09,631 untuk menurunkan kakak beta daripada takhta, beta tak main-main. 219 00:18:09,715 --> 00:18:12,593 Apabila kebanyakan jeneral dan separuh orang istana menyokong beta 220 00:18:12,676 --> 00:18:15,846 untuk membuat perubahan. Mereka bukan main-main. 221 00:18:16,263 --> 00:18:19,933 Apabila masa depan seluruh kerajaan kita bergantung pada awak, 222 00:18:20,017 --> 00:18:23,937 satu-satunya sokongan yang beta perlukan untuk menunaikan harapan raja, 223 00:18:24,021 --> 00:18:27,566 apabila awak boleh mengubah dunia dengan hanya perkataan, "ya", 224 00:18:28,692 --> 00:18:29,902 awak kata "tidak". 225 00:18:29,985 --> 00:18:32,613 - Jadi, awak rasa itu satu permainan? - Tuanku masih muda... 226 00:18:32,696 --> 00:18:36,325 Beta cukup besar untuk memahami sesuatu yang jelas bagi ayah beta, 227 00:18:36,408 --> 00:18:39,244 iaitu kakak beta tak sesuai untuk tugas itu... 228 00:18:40,371 --> 00:18:43,957 dan kebesaran kuasanya hanya akan memburukkan lagi kelemahannya. 229 00:18:44,541 --> 00:18:48,962 Beta sayang kakak beta, tapi beta tahu apa yang dia akan buat. 230 00:18:49,046 --> 00:18:50,923 Dan beta cuba menyelamatkannya. 231 00:18:52,257 --> 00:18:53,425 Salahkah perbuatan beta? 232 00:18:53,967 --> 00:18:55,219 Salahkah perbuatan tuanku? 233 00:18:58,097 --> 00:18:59,473 Tuanku sangat bijak. 234 00:19:02,434 --> 00:19:05,813 Tuanku baik dan setia. 235 00:19:06,230 --> 00:19:08,148 Tapi tuanku tak cukup kuat. 236 00:19:09,817 --> 00:19:11,735 Tuanku boleh kata apa saja tentang dia, 237 00:19:11,819 --> 00:19:14,113 tapi dia tak pernah lemah. 238 00:19:14,196 --> 00:19:17,700 Awak pandang rendah terhadap beta dulu dan awak buat lagi sekarang. 239 00:19:18,200 --> 00:19:19,868 Saya tak minta semua ini berlaku. 240 00:19:20,369 --> 00:19:22,371 Dia kata tuanku dah mati. 241 00:19:22,454 --> 00:19:25,332 Dia beritahu kami semua yang Jerlamarel bunuh tuanku. Kenapa? 242 00:19:26,083 --> 00:19:28,794 Sebaik saja beta gagal, beta tak boleh lagi tinggal di sana. 243 00:19:30,337 --> 00:19:31,755 Jadi beta melarikan diri. 244 00:19:32,089 --> 00:19:34,675 Dia tipu. Dan inilah akibatnya. 245 00:19:35,467 --> 00:19:38,012 Tuanku bukan sekadar cuba merampas takhta. 246 00:19:38,512 --> 00:19:41,265 Tuanku bukan saja melarikan diri apabila tuanku gagal. 247 00:19:41,682 --> 00:19:44,810 Tuanku bawa suami kesayangannya bersama tuanku. 248 00:19:48,397 --> 00:19:51,191 Beta kesal kerana menyakitinya begitu. 249 00:19:52,901 --> 00:19:57,239 Tapi Jerlamarel berpeluang memegang kuasa besar sebagai suaminya, 250 00:19:57,656 --> 00:20:00,743 sebaliknya, dia pilih untuk melarikan diri dengan beta. 251 00:20:01,910 --> 00:20:05,748 Dari situ, awak boleh nampak yang kami langsung tak boleh mengawal hubungan itu. 252 00:20:06,957 --> 00:20:09,585 Kami memang tak dapat menafikannya. 253 00:20:09,668 --> 00:20:12,296 Jadi, mana dia sekarang? Mana Jerlamarel? 254 00:20:12,379 --> 00:20:13,756 Beta tak tahu. 255 00:20:13,839 --> 00:20:16,759 Beta tak dengar suaranya sejak anak-anak itu dilahirkan. 256 00:20:17,384 --> 00:20:19,386 Anak-anak yang saya buru hingga ke hujung dunia 257 00:20:19,470 --> 00:20:21,805 tanpa mengetahui siapa mereka sebenarnya. 258 00:20:22,222 --> 00:20:23,807 Anak-anak pelarian 259 00:20:23,891 --> 00:20:26,769 yang saya cuba tangkap sepanjang separuh hidup saya. 260 00:20:26,852 --> 00:20:29,938 Jika begitu, awak sepatutnya marah ratu awak. 261 00:20:30,022 --> 00:20:33,025 Saya galakkan awak supaya pulang dan bersemuka dengannya. 262 00:20:35,569 --> 00:20:38,614 Saya akan hantar makanan kepada tuanku. 263 00:20:43,452 --> 00:20:47,623 Sementara itu, terima kasih kerana duduk di dalam khemah. 264 00:20:47,706 --> 00:20:50,542 Orang-orang saya tentu akan bingung dengan kehadiran tuanku. 265 00:20:52,252 --> 00:20:53,462 Tamacti Jun. 266 00:20:55,839 --> 00:20:57,216 Apabila awak dah menemui mereka, 267 00:20:58,092 --> 00:20:59,635 bolehkah awak tak ganggu kami lagi? 268 00:21:29,456 --> 00:21:30,666 Ada seseorang di sini. 269 00:21:48,475 --> 00:21:51,145 Awak tak diundang, bukan? 270 00:21:53,230 --> 00:21:55,107 Awak tak diundang, bukan? 271 00:21:55,190 --> 00:21:59,319 Cik. Ya. Tapi kami tak berniat untuk datang... 272 00:21:59,403 --> 00:22:00,988 Awak datang kepada kami. Kenapa? 273 00:22:01,822 --> 00:22:07,494 Kami terperangkap di sini disebabkan seorang budak yang telah mengkhianat kami. 274 00:22:08,579 --> 00:22:10,456 Kami cuma nak cari jalan keluar. 275 00:22:11,832 --> 00:22:13,042 Seorang budak. 276 00:22:14,668 --> 00:22:17,463 Awak dialu-alukan di sini selama mana yang awak suka. Mari. 277 00:22:20,674 --> 00:22:22,676 Di manakah kita berada? Siapa awak? 278 00:22:22,760 --> 00:22:24,178 Mari. Arah ini. 279 00:22:41,028 --> 00:22:44,656 Tak apa. Awak semua selamat. 280 00:23:12,101 --> 00:23:13,310 Di manakah kita berada? 281 00:23:15,020 --> 00:23:17,022 Apabila kami terjaga, pintu sudah dikunci. 282 00:23:17,106 --> 00:23:19,108 Seperti awak, kami pun tak tahu apa-apa. 283 00:23:19,858 --> 00:23:22,111 Apa yang awak makan itu ialah Tangkai Ratu. 284 00:23:22,778 --> 00:23:25,114 Ia cendawan yang menghilangkan fungsi deria. 285 00:23:28,450 --> 00:23:29,576 Dan cahaya itu? 286 00:23:29,993 --> 00:23:31,286 Cahaya? 287 00:23:31,370 --> 00:23:32,955 Abang tak beritahu mereka? 288 00:23:34,498 --> 00:23:38,127 Ia serangga bercahaya yang tergantung di siling. 289 00:23:44,883 --> 00:23:48,929 Ada kisah tentang suku kaum yang mencari perlindungan di bawah tanah. 290 00:23:50,055 --> 00:23:52,808 Ada yang sudah terlalu lama tinggal di bawah tanah 291 00:23:54,309 --> 00:23:56,353 sehingga tidak lagi menyerupai manusia. 292 00:23:59,398 --> 00:24:02,401 Apa-apa pun, kalau mereka nak bunuh kita, kita tentu dah mati. 293 00:24:03,360 --> 00:24:05,279 Bagaimana kita tahu yang kita belum mati? 294 00:24:08,157 --> 00:24:09,783 Kerana mak masih tiada di sini. 295 00:24:14,621 --> 00:24:17,624 Dan ingin membunuh kita tak sama seperti ingin kita mati. 296 00:24:19,334 --> 00:24:21,837 Mungkin mereka mahu kita saling bunuh-membunuh. 297 00:24:21,920 --> 00:24:23,964 Kalau begitu, mereka tentu kecewa 298 00:24:24,506 --> 00:24:27,718 kerana selama kita berada di sini, kita takkan berpecah. 299 00:24:27,801 --> 00:24:31,013 Kita akan bertahan sehingga berjaya melepaskan diri. 300 00:24:32,514 --> 00:24:34,933 Jika mereka tak mahu bunuh kita, mereka perlu beri kita makanan. 301 00:24:35,017 --> 00:24:37,519 Itu bererti seseorang perlu masuk melalui pintu itu. 302 00:24:37,603 --> 00:24:41,690 Apabila pintu itu terbuka, ayah akan cari jalan keluar. 303 00:24:42,399 --> 00:24:43,692 Tapi sampai bila? 304 00:24:44,693 --> 00:24:45,861 Apa? 305 00:24:45,944 --> 00:24:48,947 Sampai bila ayah rasa kita dapat bertahan di sini? 306 00:25:40,374 --> 00:25:42,292 Ambillah. Ia panas. 307 00:25:43,502 --> 00:25:46,213 Ia takkan menyembuhkan awak, tapi ia boleh membantu awak tidur. 308 00:26:00,811 --> 00:26:02,271 Kenapa awak tolong saya? 309 00:26:05,149 --> 00:26:10,029 Saya anak bongsu antara enam beradik dan ayah saya sangat jahat. 310 00:26:12,906 --> 00:26:16,660 Kami semua menjadi mangsa kekejaman, kemarahan 311 00:26:17,661 --> 00:26:18,871 dan nafsunya. 312 00:26:19,705 --> 00:26:22,750 Kami menderita dan sedar yang ia hanya akan berterusan. 313 00:26:24,168 --> 00:26:27,171 Pada malam hari jadi saya ke sembilan, saya hilang sabar. 314 00:26:27,921 --> 00:26:32,801 Saya pergi menemuinya dan saya tikam jantungnya. 315 00:26:35,054 --> 00:26:38,599 Kemudian, saya kembali ke katil dan tidur dengan nyenyak. 316 00:26:41,894 --> 00:26:43,103 Menarik. 317 00:26:44,104 --> 00:26:45,731 Awak fikir saya lemah. 318 00:26:46,273 --> 00:26:49,651 Awak fikir saya tak melawan kerana saya takut. 319 00:26:50,611 --> 00:26:52,237 Awak silap. 320 00:27:04,083 --> 00:27:05,793 Saya anak sulung antara dua beradik. 321 00:27:10,214 --> 00:27:12,049 Ayah kami baik 322 00:27:15,052 --> 00:27:16,929 terhadap adik saya. 323 00:27:20,974 --> 00:27:24,687 Terhadap saya, dia tak marah, bertindak ganas, 324 00:27:25,312 --> 00:27:28,148 kejam atau apa-apa pun. 325 00:27:33,821 --> 00:27:37,116 Dia cuma bersikap dingin dan tak mempedulikan saya. 326 00:27:44,164 --> 00:27:45,833 Saya anak sulung, 327 00:27:47,167 --> 00:27:50,504 tapi dia mahu serahkan hak saya kepada adik 328 00:27:53,924 --> 00:27:56,301 yang saya sayang dan jaga 329 00:27:58,595 --> 00:28:00,055 dengan sebaik mungkin. 330 00:28:03,684 --> 00:28:05,477 Dia mahu serahkan masa depan saya kepadanya. 331 00:28:11,191 --> 00:28:12,860 Pada masa itu, saya sedar yang 332 00:28:16,572 --> 00:28:17,990 dalam hidup ini, 333 00:28:20,159 --> 00:28:22,286 kita perlu rampas kehidupan yang kita inginkan. 334 00:28:25,914 --> 00:28:30,002 Jadi saya rampas segala-galanya daripada mereka berdua. 335 00:28:32,212 --> 00:28:34,757 "Segala-galanya" itu apa? Apa yang awak rampas? 336 00:28:39,928 --> 00:28:41,638 Terlalu banyak. 337 00:28:52,649 --> 00:28:55,402 Kita ada berapa orang? 338 00:28:56,695 --> 00:28:58,989 Para pekerja? Hampir tiga puluh orang. 339 00:29:04,411 --> 00:29:05,788 Mereka pula berapa orang? 340 00:29:06,830 --> 00:29:09,500 Empat Pengawas dan seorang Pemotong. 341 00:29:12,378 --> 00:29:14,546 Senjata apa yang mereka miliki? 342 00:29:14,630 --> 00:29:17,466 Saya tak tahu. Pisau dan belantan. 343 00:29:17,883 --> 00:29:21,387 Awak dah kenal Lembaga. Mereka ada di luar. 344 00:29:21,929 --> 00:29:23,597 Kita takkan tahu di mana mereka berada. 345 00:29:29,353 --> 00:29:30,854 Jika kita cukup ramai... 346 00:29:31,980 --> 00:29:36,568 dan berjaya merampas senjata itu, mereka bukan lagi masalah bagi kita. 347 00:29:38,737 --> 00:29:40,823 Ikut saya dan saya akan jadikannya kenyataan. 348 00:29:42,199 --> 00:29:45,953 Kenapa kami patut ikut awak? Kami langsung tak tahu awak siapa. 349 00:29:49,164 --> 00:29:53,252 Saya yakin apabila awak beritahu mereka siapa saya, mereka akan faham. 350 00:29:54,086 --> 00:29:56,755 Saya pun tak tahu awak siapa. 351 00:30:00,968 --> 00:30:03,762 Mari kita selesaikan masalah itu. 352 00:30:18,694 --> 00:30:19,737 Jadi, bagaimana? 353 00:30:21,655 --> 00:30:23,365 Saya buat apa yang awak suruh. 354 00:30:27,036 --> 00:30:28,537 Dan saya bawa berita. 355 00:30:47,765 --> 00:30:49,266 Mereka dah tidur. 356 00:30:49,350 --> 00:30:51,685 Saya tahu. Mereka berdengkur. 357 00:30:52,394 --> 00:30:56,982 Tak sekuat dengkuran semasa mereka kecil, tapi saya masih boleh dengar. 358 00:30:58,567 --> 00:30:59,777 Ia menenangkan hati saya. 359 00:31:01,236 --> 00:31:07,659 Saya kenal mereka hampir selama saya kenal awak sebelum mereka dilahirkan. 360 00:31:09,244 --> 00:31:10,454 Tak mungkin. 361 00:31:12,247 --> 00:31:13,457 Betulkah? 362 00:31:23,509 --> 00:31:25,803 Saya ingat lagi hari awak tiba. 363 00:31:26,345 --> 00:31:28,806 Awak sangat gagah... 364 00:31:31,600 --> 00:31:33,352 tapi hati awak dah retak. 365 00:31:33,894 --> 00:31:35,104 Baba. 366 00:31:38,315 --> 00:31:39,858 Saya ada terfikir... 367 00:31:41,235 --> 00:31:45,155 "Pengalaman dahsyat apakah yang telah budak ini lalui?" 368 00:31:46,448 --> 00:31:47,866 Saya kata kepada diri sendiri, 369 00:31:48,409 --> 00:31:54,957 "Oh, Paris, jangan biar budak ini 370 00:31:55,040 --> 00:32:00,838 menderita lagi seperti dulu." 371 00:32:01,964 --> 00:32:07,094 Malangnya... Itulah yang saya dah buat. 372 00:32:07,177 --> 00:32:11,265 Baba. Saya benar-benar minta maaf. 373 00:32:11,932 --> 00:32:15,644 Saya pegang tangannya. Betul. 374 00:32:15,728 --> 00:32:17,896 Dia ada di sisi saya. 375 00:32:17,980 --> 00:32:18,981 Jangan. 376 00:32:19,064 --> 00:32:21,483 Tiba-tiba saja, dia dah tiada. 377 00:32:23,360 --> 00:32:29,616 Saya yang galakkan budak-budak itu supaya bercita-cita tinggi, 378 00:32:29,700 --> 00:32:31,994 dan tak mudah berpuas hati. 379 00:32:32,995 --> 00:32:35,414 Inilah akibatnya. 380 00:32:35,831 --> 00:32:38,667 Paris, sudahlah. 381 00:32:40,252 --> 00:32:42,421 Sudah. 382 00:32:46,258 --> 00:32:47,968 Saya perlu kuatkan semangat kita semua. 383 00:32:48,844 --> 00:32:51,972 Saya perlu kuatkan semangat mereka. 384 00:32:55,559 --> 00:33:00,064 Jika mereka rasa yang saya mula putus harapan... 385 00:33:01,440 --> 00:33:06,445 Jika mereka rasa begitu, walau sedetik jua, habislah harapan kita. 386 00:33:08,113 --> 00:33:12,576 Okey? Awak amat menyayangi mereka. 387 00:33:16,080 --> 00:33:18,707 Saya tak mahu awak minta maaf kerana menyayangi mereka. 388 00:33:25,964 --> 00:33:29,843 Apa yang berlaku bukan salah awak. 389 00:33:35,933 --> 00:33:38,602 Jadi, ia salah siapa? 390 00:33:47,027 --> 00:33:48,737 Tidak. 391 00:33:49,238 --> 00:33:55,536 Tidak! Lepaskan saya! 392 00:33:59,206 --> 00:34:00,749 Tuanku. 393 00:34:03,711 --> 00:34:05,212 Semasa mereka bawa tuanku berjumpa saya, 394 00:34:05,295 --> 00:34:09,466 memang saya ragu-ragu sama ada tuanku berguna kepada saya. 395 00:34:10,300 --> 00:34:15,097 Kami pernah ada pekerja yang kaya, dan mereka tak pernah bertahan lama. 396 00:34:16,557 --> 00:34:20,352 Tapi tuanku bukan saja kaya. 397 00:34:21,812 --> 00:34:24,398 Tuanku langsung tak sama seperti mereka. 398 00:34:28,736 --> 00:34:30,612 Askar beta akan datang mendapatkan beta. 399 00:34:31,613 --> 00:34:32,823 Apabila mereka tiba... 400 00:34:33,699 --> 00:34:38,120 awak akan menyesali segala tindakan awak, 401 00:34:38,203 --> 00:34:40,456 bangsat. 402 00:34:40,539 --> 00:34:42,041 Awak akan dibunuh. 403 00:34:44,209 --> 00:34:46,295 Beta akan pastikan 404 00:34:46,378 --> 00:34:49,089 segala kuasa awak dirampas, bedebah. 405 00:34:56,430 --> 00:35:02,936 Tentu ramai orang yang dah lama ingin buat begini kepada tuanku. 406 00:35:03,729 --> 00:35:05,856 Pemburu Ahli Sihir berada jauh dari sini. 407 00:35:06,732 --> 00:35:10,444 Tapi sebelum dia pergi, dia nyatakan haluan dan tujuannya, 408 00:35:11,320 --> 00:35:14,197 kalau-kalau kami ada sebarang maklumat 409 00:35:14,281 --> 00:35:16,116 yang berguna baginya. 410 00:35:17,201 --> 00:35:22,246 Rasanya kita sama-sama setuju yang benda paling berharga dalam dunianya 411 00:35:22,915 --> 00:35:25,793 kini berada dalam tangan saya. 412 00:35:27,378 --> 00:35:30,798 Persoalannya adalah bagaimana saya boleh membuktikannya kepada dia. 413 00:35:32,883 --> 00:35:36,637 Saya pernah dengar satu cerita. Mungkin tuanku boleh mengesahkannya. 414 00:35:36,720 --> 00:35:40,891 Dengar kata, apabila kerabat diraja Payan menaiki takhta, 415 00:35:40,974 --> 00:35:43,310 satu upacara akan dijalankan. 416 00:35:43,394 --> 00:35:45,186 Dalam upacara itu, 417 00:35:45,270 --> 00:35:51,026 satu tangkal yang ditanam di bawah kulit raja yang bertakhta 418 00:35:51,110 --> 00:35:54,863 akan dikeluarkan dan ditanam pada penggantinya. 419 00:35:56,490 --> 00:35:57,700 Meja. 420 00:36:10,337 --> 00:36:13,841 Tangkal itu terletak atas jantung. 421 00:36:16,468 --> 00:36:18,303 Benarkah? 422 00:36:21,223 --> 00:36:24,685 Saya sungguh tak sangka. Ia benar. 423 00:36:52,504 --> 00:36:53,881 Terima kasih. 424 00:36:55,049 --> 00:36:59,887 Sekarang, mari kita tengok apa ia boleh buat. 425 00:37:30,250 --> 00:37:31,251 Nanti dulu. 426 00:37:32,461 --> 00:37:34,171 Awak akan bantu kami melepaskan diri. 427 00:37:34,254 --> 00:37:36,173 Sebab itulah saya datang ke sini. 428 00:37:36,256 --> 00:37:37,424 Saya dilarang berbuat begini. 429 00:37:37,508 --> 00:37:40,594 Jika mereka dengar, kita semua akan ditimpa bahaya. 430 00:37:40,678 --> 00:37:44,098 Tolong biar saya beritahu awak apa yang saya tahu. 431 00:37:50,979 --> 00:37:52,398 Nama saya Delia. 432 00:37:53,357 --> 00:37:57,695 Tempat ini aman, tenteram, 433 00:37:57,778 --> 00:37:59,321 tapi amat mencabar. 434 00:38:00,114 --> 00:38:04,076 Untuk melindungi tempat ini, ini tak boleh disentuh oleh dunia luar. 435 00:38:04,743 --> 00:38:07,162 Jadi, sesiapa yang datang ke sini tak dibenarkan keluar. 436 00:38:08,330 --> 00:38:10,999 Kami pernah ada orang yang tak diundang. 437 00:38:11,083 --> 00:38:14,795 Dan kami benarkan mereka menyertai kami, 438 00:38:14,878 --> 00:38:19,049 tapi bukan serta-merta. Mereka perlu tunggu lama. 439 00:38:19,550 --> 00:38:22,761 Keinginan untuk pulang terlalu kuat. Perasaan itu tak boleh dibuang. 440 00:38:24,013 --> 00:38:25,389 Berapa lama? 441 00:38:25,806 --> 00:38:30,894 Semasa saya tiba, lima musim sejuk dan panas sebelum saya diterima. 442 00:38:31,437 --> 00:38:33,522 Tak mungkin awak datang untuk beritahu itu saja. 443 00:38:34,606 --> 00:38:35,816 Kenapa awak datang ke sini? 444 00:38:36,358 --> 00:38:37,526 Saya percaya awak... 445 00:38:38,485 --> 00:38:42,197 diumpan ke sini oleh seorang budak lelaki. 446 00:38:43,407 --> 00:38:49,663 Mungkin dia lebih tua daripada waktu dia umpan saya ke sini dulu. 447 00:38:51,040 --> 00:38:53,834 Boots. Awak kenal dia? 448 00:38:57,838 --> 00:38:59,131 Dia anak saya. 449 00:39:01,800 --> 00:39:05,429 Saya sedar yang dia berbeza tak lama selepas dia dilahirkan. 450 00:39:06,138 --> 00:39:09,391 Tak lama selepas itu, seluruh penduduk kampung pun sedar juga. 451 00:39:11,018 --> 00:39:12,561 Saya cuba melindunginya. 452 00:39:13,270 --> 00:39:16,774 Saya merayu dan minta supaya mereka cuba memahami dan kasihankan kami. 453 00:39:16,857 --> 00:39:20,986 Dia masih kecil. Sumpahannya itu bukan disengajakan. 454 00:39:21,987 --> 00:39:26,658 Mereka menghendiknya, meludahnya, memukulnya... 455 00:39:27,659 --> 00:39:29,244 kadangkala, lagi teruk daripada itu. 456 00:39:30,037 --> 00:39:31,872 Mana ayahnya? 457 00:39:32,289 --> 00:39:33,582 Ayah dah tiada. 458 00:39:34,083 --> 00:39:36,168 Dia tinggal di kampung kami tak lama 459 00:39:36,251 --> 00:39:38,295 semasa budak itu masih kecil. 460 00:39:38,379 --> 00:39:40,631 Pada satu hari, dia pergi dan tak pernah kembali. 461 00:39:48,806 --> 00:39:54,520 Semakin budak itu besar, dia menjadi seorang yang pendiam dan pemarah... 462 00:39:56,397 --> 00:39:58,524 sehinggalah dia tak dapat lagi bersabar. 463 00:40:00,275 --> 00:40:01,694 Apa yang dia buat kepada mereka? 464 00:40:02,736 --> 00:40:05,698 Dia mulakan dengan mereka yang paling kejam terhadapnya. 465 00:40:07,658 --> 00:40:09,076 Ada yang dibunuh semasa mereka tidur. 466 00:40:11,495 --> 00:40:15,916 Ada yang dia kejar sehingga mereka lari ketakutan. 467 00:40:18,794 --> 00:40:22,172 Kemudian, dia beralih kepada mereka yang hanya memburuk-burukkannya. 468 00:40:22,631 --> 00:40:27,553 Apabila pembunuhan itu tamat, kaum Opayol yang tinggal hanya kami berdua. 469 00:40:29,304 --> 00:40:30,889 Kenapa awak beritahu kami semua ini? 470 00:40:35,102 --> 00:40:36,437 Saya bersalah kerana melahirkannya. 471 00:40:37,855 --> 00:40:40,399 Jadi, saya bersalah kerana awak terperangkap di sini. 472 00:40:41,734 --> 00:40:45,279 Jika ada antara awak yang berjaya melepaskan diri dengan selamat, 473 00:40:46,280 --> 00:40:49,283 berjanjilah yang awak akan cari budak itu, 474 00:40:49,783 --> 00:40:51,869 anak saya itu 475 00:40:54,038 --> 00:40:55,622 dan awak akan bunuh dia. 476 00:41:02,004 --> 00:41:03,172 Saya akan bunuh dia. 477 00:42:16,453 --> 00:42:18,455 Tempat ini dilarang oleh penatua, 478 00:42:18,539 --> 00:42:21,417 tapi saya dapat rasakan kuasa Dewa Api dari atas. 479 00:42:21,500 --> 00:42:23,544 Haniwa. Kenapa awak tertinggal di belakang? 480 00:42:23,627 --> 00:42:25,796 Maaf. Saya nampak sesuatu. 481 00:42:25,879 --> 00:42:27,089 Awak nampak apa? 482 00:42:28,674 --> 00:42:30,134 Ayah takkan faham. 483 00:42:32,511 --> 00:42:36,598 Dia dah nampak. Awak perlu berhati-hati dengannya. 484 00:42:43,439 --> 00:42:46,316 Ayah, rasanya saya tahu bagaimana benda ini berfungsi. 485 00:42:46,400 --> 00:42:49,528 Kita perlu tarik benda ini sehingga lif ini naik ke atas. 486 00:42:49,611 --> 00:42:51,989 Kita boleh mengawalnya dari atas. Hantar balik ke bawah. 487 00:42:52,072 --> 00:42:54,658 Tapi seseorang perlu pegang benda ini di bawah. 488 00:43:00,956 --> 00:43:02,583 Awak rasa ada berapa orang? 489 00:43:02,666 --> 00:43:05,419 Terlalu ramai. Saya akan cuba melengahkan mereka. 490 00:43:08,881 --> 00:43:10,341 Baiklah. Semua orang, masuk. 491 00:43:10,424 --> 00:43:12,468 - Tidak, ayah. Saya boleh membantu. - Masuk! 492 00:43:13,635 --> 00:43:15,054 - Awak dah masuk? - Ya. 493 00:43:22,561 --> 00:43:25,064 Ayah, kami akan turunkannya segera. 494 00:44:37,886 --> 00:44:40,764 Kami dah sampai. Okey, cepat. 495 00:44:48,272 --> 00:44:50,024 Ayah, kami akan menurunkannya! 496 00:45:12,588 --> 00:45:13,881 Tolong abang! 497 00:45:56,965 --> 00:45:57,966 Tidak! 498 00:45:58,467 --> 00:45:59,677 Ayah, cepat! 499 00:46:42,386 --> 00:46:43,595 - Kofun! - Ayah! 500 00:46:43,679 --> 00:46:44,888 Haniwa! 501 00:46:46,181 --> 00:46:47,641 Ayah! 502 00:46:48,058 --> 00:46:49,727 Ayah, kami di sini! 503 00:46:52,855 --> 00:46:54,523 - Ayah! - Dia sedang memanjat. 504 00:46:55,149 --> 00:46:56,984 Kami di sini, ayah. Ayah tak apa-apa. 505 00:46:57,067 --> 00:46:59,611 Boleh ayah dengar? Kami di sini. 506 00:46:59,695 --> 00:47:00,946 Ikut arah suara kami. 507 00:47:03,282 --> 00:47:05,034 Ayah selamat. 508 00:47:06,201 --> 00:47:07,536 Kami di sini. 509 00:47:07,619 --> 00:47:08,662 Kami di sini. 510 00:47:08,746 --> 00:47:11,457 Ayuh. Tolonglah. Ayah selamat. Ayah dah semakin hampir. 511 00:47:12,624 --> 00:47:13,751 Pegang kuat-kuat! 512 00:47:14,168 --> 00:47:15,461 Ayah, tolonglah bertahan. 513 00:47:15,544 --> 00:47:16,545 Ke kanan. 514 00:47:16,628 --> 00:47:18,297 Ayah, ada belebas di sebelah kanan ayah. 515 00:47:19,631 --> 00:47:20,591 Tidak! Ayah! 516 00:47:25,971 --> 00:47:26,972 Kami di sini! 517 00:47:27,056 --> 00:47:28,265 Ayah dah sangat hampir. 518 00:47:29,266 --> 00:47:31,393 Ayuh, ayah. Ayah hampir sampai di sini. 519 00:47:34,271 --> 00:47:35,647 Saya tak tahu... 520 00:47:36,440 --> 00:47:37,775 Ayah dah sangat hampir. 521 00:47:39,777 --> 00:47:40,986 Dia masih terlalu jauh. 522 00:47:41,403 --> 00:47:43,530 - Abang boleh mencapainya? - Saya akan hulurkan tangan. 523 00:47:43,947 --> 00:47:45,491 Ayah! Sambut tangan saya! 524 00:47:47,993 --> 00:47:50,621 Saya tak dapat tarik tangan ayah! 525 00:47:51,830 --> 00:47:53,582 Saya tak mampu, ia terlalu tinggi. 526 00:48:01,340 --> 00:48:04,051 Okey. 527 00:48:05,844 --> 00:48:07,012 Ayah! 528 00:48:07,096 --> 00:48:08,222 Pegang kuat-kuat! 529 00:48:09,223 --> 00:48:11,642 - Ayah! Pegang kuat-kuat! - Tolong pegang kuat-kuat! 530 00:48:11,725 --> 00:48:13,227 Kami akan selamatkan ayah! 531 00:48:14,728 --> 00:48:15,938 Tolonglah bertahan. 532 00:48:19,733 --> 00:48:20,901 - Ayah! - Nak. 533 00:48:20,984 --> 00:48:21,902 Hulurkan tangan! 534 00:48:21,985 --> 00:48:23,153 Ayah boleh melakukannya! 535 00:48:31,870 --> 00:48:33,997 Saya dapat tarik tangan ayah! 536 00:49:32,473 --> 00:49:34,975 Seorang ahli kumpulan awak telah ditemui. 537 00:49:35,601 --> 00:49:38,062 Dia ada di sini. 538 00:49:39,396 --> 00:49:40,606 Maghra. 539 00:49:45,361 --> 00:49:47,237 Dia ahli kumpulan awak, bukan? 540 00:49:52,826 --> 00:49:55,079 Ya. 541 00:49:58,290 --> 00:49:59,500 Tolong keluar. 542 00:50:00,751 --> 00:50:01,960 Tolonglah. 543 00:50:12,554 --> 00:50:13,764 Mana keluarga saya? 544 00:50:17,309 --> 00:50:19,436 - Saya tak tahu. - Awak tinggalkan mereka. 545 00:50:19,520 --> 00:50:20,938 Ada berlaku pertempuran. 546 00:50:21,021 --> 00:50:23,941 Saya cuba tolong mereka. Apabila saya berpaling, mereka dah tiada. 547 00:50:25,109 --> 00:50:26,652 Saya datang untuk membantu awak. 548 00:50:26,735 --> 00:50:29,279 Jika awak nak membantu, pergi cari suami dan anak-anak saya. 549 00:50:29,363 --> 00:50:30,572 Saya dah cuba. 550 00:50:31,448 --> 00:50:35,077 Saya akan cuba lagi jika itulah yang awak mahukan, 551 00:50:35,619 --> 00:50:38,872 tapi ketahuilah yang saya boleh membantu dengan cara lain. 552 00:50:38,956 --> 00:50:40,666 Itu saja yang saya mahukan. 553 00:50:41,834 --> 00:50:43,836 Saya nampak mereka melutut di hadapan awak. 554 00:50:47,923 --> 00:50:50,718 Mereka percaya bahawa awak seorang yang penting, bukan? 555 00:50:55,055 --> 00:50:58,684 Untuk menjadi seseorang yang penting, kita perlu kuat. 556 00:51:00,060 --> 00:51:01,478 Saya boleh buat awak kuat. 557 00:51:02,813 --> 00:51:06,191 Saya boleh buat benda yang tiada sesiapa di sini mampu buat. 558 00:51:07,317 --> 00:51:14,324 Jika saya berkhidmat untuk awak, awak juga boleh buat begitu. 559 00:51:16,535 --> 00:51:20,205 Lebih baik jika mereka tak perlu percaya yang awak penting. 560 00:51:20,789 --> 00:51:23,208 Lebih baik jika kita cukup kuat untuk membuktikannya. 561 00:51:26,462 --> 00:51:29,590 Saya sanggup mengabdikan diri saya kepada awak... 562 00:51:31,216 --> 00:51:33,719 dengan satu syarat. 563 00:51:34,219 --> 00:51:35,512 Apa syaratnya? 564 00:51:36,597 --> 00:51:39,308 Berjanjilah untuk melayan saya dengan baik. 565 00:52:04,458 --> 00:52:05,501 Kenapa? 566 00:52:07,461 --> 00:52:09,129 Tolong pulang ke khemah awak. 567 00:52:09,213 --> 00:52:11,507 - Saya akan datang nanti. - Saya tak mahu berganjak. 568 00:52:11,590 --> 00:52:12,800 Apa yang berlaku? 569 00:52:25,437 --> 00:52:29,191 Penulis pesanan itu mendakwa yang ratu, yakni kakak awak ada dalam genggamannya. 570 00:52:30,526 --> 00:52:31,735 Tebusan? 571 00:52:31,819 --> 00:52:35,239 Katanya, jika kita gagal menghantar jumlah yang mereka minta 572 00:52:35,322 --> 00:52:37,116 ke tempat tertentu... 573 00:52:37,199 --> 00:52:38,617 Mereka tipu. 574 00:52:38,701 --> 00:52:41,912 Tak mungkin ada orang boleh culik ratu dari dalam Kanzua? 575 00:52:42,329 --> 00:52:43,956 Ada tentera yang melindunginya di sana. 576 00:52:53,716 --> 00:52:55,968 Biar saya bincang dengan leftenan saya. 577 00:52:56,844 --> 00:52:58,470 Kita akan jumpa di dalam khemah nanti. 578 00:53:06,687 --> 00:53:08,022 Biar saya tolong. 579 00:53:09,898 --> 00:53:10,899 Apa? 580 00:53:12,609 --> 00:53:14,570 Saya tahu siapa yang tinggalkan pesanan itu. 581 00:53:15,654 --> 00:53:17,156 Siapa yang tangkap kakak awak. 582 00:53:17,239 --> 00:53:18,741 Bagaimana awak tahu? 583 00:53:19,658 --> 00:53:21,160 Kerana mereka masih di sini. 584 00:53:26,040 --> 00:53:27,541 Saya nampak mereka. 585 00:53:36,425 --> 00:53:40,596 Terimalah saya untuk berkhidmat sebagai leftenan awak. 586 00:53:43,557 --> 00:53:46,643 Saya seorang saja yang boleh membantu awak di sini. 587 00:53:48,270 --> 00:53:51,607 Sebut saja ya, dan saya akan melakukannya. 588 00:55:04,555 --> 00:55:06,557 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin