1 00:00:02,794 --> 00:00:04,254 Awak menjerit meminta tolong. 2 00:00:04,963 --> 00:00:06,589 Saya dengar, Suiryu. 3 00:00:10,468 --> 00:00:12,178 Terima kasih kerana masih bertahan. 4 00:00:14,055 --> 00:00:15,515 Serahkan saja kepada saya. 5 00:00:25,567 --> 00:00:27,277 Kepala itu... 6 00:02:01,621 --> 00:02:02,831 Wira? 7 00:02:02,956 --> 00:02:04,707 Awak wira? 8 00:02:04,874 --> 00:02:09,546 Wira yang tak malu datang untuk dapat nama? 9 00:02:09,629 --> 00:02:10,839 Biar betul. 10 00:02:10,922 --> 00:02:13,883 Awak cuma budak hingusan yang tak sedar diri. 11 00:02:14,092 --> 00:02:15,218 Awak memang... 12 00:02:15,468 --> 00:02:16,427 Awak... 13 00:02:21,641 --> 00:02:22,559 Awak siapa? 14 00:02:22,642 --> 00:02:23,560 Kita pernah jumpakah? 15 00:02:23,643 --> 00:02:24,686 Diam! 16 00:02:25,061 --> 00:02:28,231 Seperti yang awak boleh lihat, saya, Bakuzan dah bertukar menjadi raksasa. 17 00:02:28,314 --> 00:02:31,192 Saya akan bunuh awak dengan kuasa baru saya. 18 00:02:31,401 --> 00:02:33,111 Teknik Pembunuhan Neraka Jahanam, 19 00:02:33,194 --> 00:02:35,738 Sepakan Rendah Rintihan Iblis! 20 00:02:40,535 --> 00:02:41,870 Kamu semua pun jadi mangsa? 21 00:02:42,245 --> 00:02:45,123 Awak tak jatuh selepas serangan itu. Saya kagum. 22 00:02:45,331 --> 00:02:49,252 Tapi jurang antara kekuatan kita akan mula buat awak menyesal. 23 00:02:49,794 --> 00:02:51,963 Sepakan Tengah Ngauman Beruang! 24 00:02:53,464 --> 00:02:56,050 Dia melindungi mereka yang terbaring di situ? 25 00:02:56,259 --> 00:02:58,261 Hei, lindungi diri sendiri dulu! 26 00:02:58,344 --> 00:03:00,013 Tumbukan Shura! 27 00:03:03,099 --> 00:03:06,561 Ini peluang untuk awak minta maaf kerana memalukan saya tadi. 28 00:03:10,148 --> 00:03:11,107 Bencinya. 29 00:03:11,441 --> 00:03:13,109 Awak dah gilakah? 30 00:03:13,443 --> 00:03:14,736 Cukup! 31 00:03:14,861 --> 00:03:17,322 Saya akan bunuh kamu semua di sini. 32 00:03:17,405 --> 00:03:19,365 Tetakan Penjaga Neraka! 33 00:03:19,574 --> 00:03:20,867 Saya masih tak ingat siapa awak. 34 00:03:26,623 --> 00:03:28,333 Siapa dia sebenarnya? 35 00:03:28,875 --> 00:03:29,792 Tak apalah. 36 00:03:33,838 --> 00:03:36,049 Tapi ini sangat menyedihkan. 37 00:03:36,507 --> 00:03:38,176 Awak gigih berlatih untuk kejohanan ini. 38 00:03:38,760 --> 00:03:40,678 Saya dah bunuh raksasa itu. 39 00:03:40,762 --> 00:03:42,013 Jangan putus asa. 40 00:03:42,305 --> 00:03:43,723 Ya... 41 00:03:44,015 --> 00:03:46,392 Terima kasih kerana selamatkan saya. 42 00:03:47,018 --> 00:03:50,021 Tapi siapa awak sebenarnya? 43 00:03:50,688 --> 00:03:51,940 Saya Saitama. 44 00:03:52,440 --> 00:03:53,399 Saya wira. 45 00:03:53,608 --> 00:03:54,901 Saitama? 46 00:03:55,068 --> 00:03:58,404 Kenapa awak menyamar untuk menyertai kejohanan ini? 47 00:03:58,947 --> 00:03:59,781 Alamak. 48 00:03:59,864 --> 00:04:02,283 Kenapa awak... 49 00:04:02,867 --> 00:04:05,119 Ini arahan Persatuan Wira? 50 00:04:05,536 --> 00:04:08,373 Tidak, saya cuma nak lawan pahlawan seni bela diri 51 00:04:08,790 --> 00:04:10,166 dan menang wang ganjaran. 52 00:04:10,959 --> 00:04:13,836 Ada Pemburu Wira yang buat kacau baru-baru ini. 53 00:04:14,212 --> 00:04:16,547 Saya dengar dia handal dalam seni bela diri. 54 00:04:16,756 --> 00:04:18,758 Itu menarik minat saya. 55 00:04:18,841 --> 00:04:19,842 Begitu rupanya. 56 00:04:19,926 --> 00:04:21,803 Awak datang ke sini kerana awak nak lawan dia. 57 00:04:21,886 --> 00:04:24,555 Tidak, saya tak cakap saya datang untuk lawan dia. 58 00:04:25,390 --> 00:04:27,850 Kebetulan saya dapat tiket. 59 00:04:27,934 --> 00:04:29,602 Sebenarnya... 60 00:04:31,396 --> 00:04:32,563 Saya datang kerana saya bosan. 61 00:04:33,398 --> 00:04:35,191 Awak tak ada kerja lain? 62 00:04:35,275 --> 00:04:37,860 Apa pun, saya gembira yang saya masih hidup kerana awak. 63 00:04:38,444 --> 00:04:40,571 Kalaulah saya datang lebih awal. 64 00:04:40,822 --> 00:04:42,156 Hei, Saitama. 65 00:04:43,408 --> 00:04:45,285 Awak tak patut keluar. 66 00:04:45,368 --> 00:04:48,204 Saya dengar ada kumpulan yang dikenali sebagai Angkatan Raksasa 67 00:04:48,288 --> 00:04:49,914 sedang merusuh di seluruh negara. 68 00:04:50,039 --> 00:04:50,957 Yakah? 69 00:04:51,040 --> 00:04:55,503 Ya, nampaknya mereka boleh ubah manusia menjadi raksasa. 70 00:04:55,962 --> 00:04:58,089 Sama macam Bakuzan yang awak bunuh tadi. 71 00:04:58,298 --> 00:05:00,133 Lawan awak di pusingan kedua. 72 00:05:00,675 --> 00:05:02,176 Dia rupanya. 73 00:05:02,427 --> 00:05:05,888 Saya tak ingat semua lawan saya. 74 00:05:06,097 --> 00:05:08,725 Apa pun, keadaan di luar sana sangat berbahaya. 75 00:05:08,850 --> 00:05:10,685 Baik awak tunggu di sini saja. 76 00:05:10,810 --> 00:05:13,146 Gouketsu mungkin tak jauh dari sini. 77 00:05:13,438 --> 00:05:14,522 Gouketsu? 78 00:05:14,772 --> 00:05:17,817 Ya, dia juga raksasa yang menakutkan. 79 00:05:18,234 --> 00:05:21,904 Dia yang buat saya jadi begini. 80 00:05:22,822 --> 00:05:24,949 Kekuatannya sangat menakjubkan. 81 00:05:27,535 --> 00:05:30,121 Saya mesti balik sebaik saja saya siap dibaiki. 82 00:05:30,413 --> 00:05:33,875 Dia tumpaskan saya dengan satu tumbukan saja. 83 00:05:35,001 --> 00:05:36,919 Saya tak boleh biarkan saja. 84 00:05:37,253 --> 00:05:38,963 Saya boleh kumpulkan semua wira kelas S 85 00:05:39,047 --> 00:05:40,965 atau minta bantuan Tuan Saitama 86 00:05:41,215 --> 00:05:42,717 untuk sama-sama melawan dia. 87 00:05:43,760 --> 00:05:45,303 Dia kuat sangatkah? 88 00:05:45,386 --> 00:05:47,805 Tak kira awak bersedia atau tidak, 89 00:05:47,930 --> 00:05:49,557 tiada jaminan awak akan menang. 90 00:05:49,640 --> 00:05:50,600 Yakah? 91 00:05:51,309 --> 00:05:53,519 Di mana raksasa itu? 92 00:05:54,520 --> 00:05:55,772 Di sana, tapi... 93 00:05:55,980 --> 00:05:59,108 Jadi ketika itulah letupan besar berlaku. 94 00:05:59,734 --> 00:06:01,277 - Saya mesti pergi tengok. - Tunggu. 95 00:06:01,360 --> 00:06:02,653 Jangan pergi! 96 00:06:02,737 --> 00:06:04,864 Awak tak dengarkah? Tolong jangan pergi! 97 00:06:05,281 --> 00:06:06,449 Saya dengar. 98 00:06:06,824 --> 00:06:09,160 - Kenapa? - Awak tak fahamkah? 99 00:06:09,327 --> 00:06:12,497 Raksasa itu sangat handal dalam seni bela diri semasa dia masih manusia. 100 00:06:12,580 --> 00:06:13,623 Kekuatannya luar biasa. 101 00:06:13,706 --> 00:06:15,166 Dia pasti akan bunuh awak. 102 00:06:15,958 --> 00:06:17,502 Jaguh seni bela diri? 103 00:06:17,585 --> 00:06:18,586 Bagus. 104 00:06:18,669 --> 00:06:20,254 Saya masih tak puas berlawan. 105 00:06:21,631 --> 00:06:23,341 Hei, bukankah awak cedera? 106 00:06:23,674 --> 00:06:24,759 Jangan paksa diri. 107 00:06:24,884 --> 00:06:26,260 Saya takkan biarkan awak pergi. 108 00:06:26,344 --> 00:06:29,055 Saya tak mahu penyelamat saya mati. 109 00:06:49,033 --> 00:06:50,701 Saya tak dapat halang dia! 110 00:06:55,289 --> 00:06:56,916 Bukan selalu 111 00:06:57,250 --> 00:07:00,253 saya dapat lihat wajah seorang wira sebenar. 112 00:07:01,295 --> 00:07:03,381 Dia tak patut korbankan diri di sini. 113 00:07:03,673 --> 00:07:04,632 Dia patut... 114 00:07:04,715 --> 00:07:07,885 Dia patut selamatkan lebih ramai orang. 115 00:07:19,897 --> 00:07:21,065 Hei. 116 00:07:21,149 --> 00:07:23,359 Ada sesuatu yang saya hampir lupa nak beritahu awak. 117 00:07:23,609 --> 00:07:26,279 Saya menyamar untuk menyertai kejohanan ini. 118 00:07:26,487 --> 00:07:27,989 Boleh awak rahsiakan hal ini? 119 00:07:30,992 --> 00:07:33,202 Susah tak lawan Gouketsu? 120 00:07:34,537 --> 00:07:37,290 Saya bunuh dia dengan satu tumbukan saja, jadi saya tak nampak bezanya. 121 00:07:37,957 --> 00:07:40,168 Ada sesuatu yang saya hampir lupa beritahu awak juga. 122 00:07:40,251 --> 00:07:41,127 Apa dia? 123 00:07:41,377 --> 00:07:44,172 Saya tak pasti saya boleh mengatasi ketakutan saya atau tidak, 124 00:07:44,505 --> 00:07:45,965 tapi saya ada matlamat sekarang. 125 00:07:46,674 --> 00:07:49,594 Boleh saya jadi wira juga? 126 00:07:49,677 --> 00:07:50,553 Saya tak tahu. 127 00:07:51,846 --> 00:07:52,847 Tapi... 128 00:07:53,598 --> 00:07:56,476 Kalau saya boleh jadi wira, sesiapa pun boleh jadi wira. 129 00:07:57,268 --> 00:07:59,270 Ia memang menakutkan pada mulanya. 130 00:07:59,729 --> 00:08:02,356 Itu yang saya rasa apabila saya jadi terlalu kuat. 131 00:08:03,524 --> 00:08:05,526 Awak wira yang terlalu kuat? 132 00:08:06,194 --> 00:08:07,945 Menarik juga bunyinya. 133 00:08:08,779 --> 00:08:11,365 Boleh saya tanya satu lagi soalan, Saitama? 134 00:08:12,992 --> 00:08:14,452 Boleh saya jadi pengikut awak? 135 00:08:16,996 --> 00:08:18,289 Jangan harap. 136 00:08:20,917 --> 00:08:22,084 Tak guna. 137 00:08:22,251 --> 00:08:24,629 Badannya berduri, jadi saya tak boleh tumbuk dia saja. 138 00:08:24,712 --> 00:08:26,005 Apa patut saya buat? 139 00:08:26,672 --> 00:08:30,218 - Puri-Puri, jangan tumbuk dia! - Gunakan bola rantai awak! 140 00:08:30,301 --> 00:08:32,136 Serang dia dengan bola rantai awak! 141 00:08:33,346 --> 00:08:36,224 Terima kasih atas sokongan kamu yang penuh bersemangat, anak-anak muda! 142 00:08:36,307 --> 00:08:38,142 Saya akan ucapkan terima kasih dengan ciuman. 143 00:08:38,226 --> 00:08:40,561 Sekarang tolong balik dan berlindung di rumah. 144 00:08:40,686 --> 00:08:43,064 Saya tak dengar dia cakap apa. 145 00:08:43,147 --> 00:08:46,317 Tapi kenapa dia bertarung dalam keadaan bogel? 146 00:08:46,400 --> 00:08:50,196 Mereka sanggup membahayakan nyawa untuk beri sokongan kepada saya. 147 00:08:50,530 --> 00:08:52,490 Saya takkan sia-siakan kasih sayang kamu! 148 00:08:53,783 --> 00:08:54,742 Kasih sayang? 149 00:08:55,284 --> 00:08:57,578 Ya, saya dah faham sekarang. 150 00:08:57,745 --> 00:09:00,665 Saya cuma perlukan cinta untuk menghadapi dugaan ini 151 00:09:02,250 --> 00:09:04,252 dan menghapuskan semua ketakutan! 152 00:09:06,295 --> 00:09:08,214 Pelukan Bidadari! 153 00:09:15,221 --> 00:09:17,431 Dia perhatikan kita dari tadi, bukan? 154 00:09:17,515 --> 00:09:18,558 Badannya berlumuran darah. 155 00:09:20,434 --> 00:09:22,895 Helo, saya Banduan Puri-Puri. 156 00:09:23,396 --> 00:09:24,355 Apa? 157 00:09:24,564 --> 00:09:27,858 Mereka bawa lari semua kekasih saya dari penjara? 158 00:09:29,068 --> 00:09:31,112 Di mana raksasa itu sekarang? 159 00:09:32,321 --> 00:09:33,322 Mereka lari? 160 00:09:34,156 --> 00:09:37,618 Ya, mereka semua lari kira-kira 30 minit lepas. 161 00:09:38,452 --> 00:09:42,039 Mereka sama-sama bertarung, kemudian lari sama-sama? 162 00:09:43,499 --> 00:09:45,084 Tapi kenapa? 163 00:09:46,043 --> 00:09:49,380 Cis, saya terlambat. 164 00:09:49,589 --> 00:09:52,133 Semua wira lain sedang bertarung di luar sana. 165 00:09:52,216 --> 00:09:53,593 Apa yang saya buat dari tadi? 166 00:09:53,884 --> 00:09:56,512 Saya tak layak jadi wira kalau saya tak bunuh raksasa. 167 00:09:58,681 --> 00:09:59,765 Tidak. 168 00:10:00,391 --> 00:10:04,437 Saya tak nak gelar diri saya wira supaya saya boleh lawan raksasa. 169 00:10:05,187 --> 00:10:07,982 Rasa macam saya terlupa sesuatu yang penting. 170 00:10:08,482 --> 00:10:10,651 Saya lupa kenapa saya nak jadi wira. 171 00:10:11,861 --> 00:10:14,405 Adakah kerana minat semata-mata? 172 00:10:14,905 --> 00:10:16,324 Tapi kebelakangan ini, 173 00:10:16,532 --> 00:10:19,410 saya rasa bosan sejak menyertai Persatuan Wira. 174 00:10:20,369 --> 00:10:23,080 Tapi Pemburu Wira itu menarik perhatian saya. 175 00:10:23,497 --> 00:10:26,250 Sebab itu saya menyertai kejohanan itu. 176 00:10:27,668 --> 00:10:28,628 Tapi 177 00:10:29,086 --> 00:10:31,213 tak kiralah Suiryu atau peserta lain, 178 00:10:31,589 --> 00:10:34,550 mahupun raksasa yang saya bunuh tadi, 179 00:10:34,634 --> 00:10:36,510 saya tak rasa apa-apa ketika melawan mereka. 180 00:10:37,261 --> 00:10:39,221 Dan saya tak dapat apa-apa pun. 181 00:10:40,389 --> 00:10:41,682 Saitama? 182 00:10:44,435 --> 00:10:45,561 King. 183 00:10:47,271 --> 00:10:49,398 Awak tak takut berada di luar pada waktu begini? 184 00:10:49,482 --> 00:10:50,399 Ya. 185 00:10:50,608 --> 00:10:54,820 Nampaknya penggera berbunyi, tapi saya tak dengar apa-apa pun. 186 00:10:55,112 --> 00:10:57,156 Awak nampak muram. Awak tak apa-apa? 187 00:10:57,490 --> 00:11:00,034 Saya cuma fikirkan sesuatu. 188 00:11:00,660 --> 00:11:01,661 Begitu rupanya. 189 00:11:01,869 --> 00:11:03,245 Tapi awak masih muda. 190 00:11:03,329 --> 00:11:04,705 Awak tak patut putus asa. 191 00:11:05,039 --> 00:11:06,082 King... 192 00:11:06,415 --> 00:11:08,918 Awak mungkin akan pulih. 193 00:11:09,001 --> 00:11:10,961 - Dan tonik rambut pun ada... - Tunggu. 194 00:11:11,045 --> 00:11:12,880 Bukan itu maksud saya. 195 00:11:13,381 --> 00:11:15,257 Masalah ini lebih rumit. 196 00:11:16,092 --> 00:11:17,551 Biasanya awak tak begini. 197 00:11:17,802 --> 00:11:19,512 Awak Saitama yang gagah. 198 00:11:20,054 --> 00:11:23,224 Saya rasa saya tak boleh jadi lebih kuat lagi. 199 00:11:24,266 --> 00:11:26,185 Saya terlalu kuat sekarang. 200 00:11:27,103 --> 00:11:29,605 Saya tak rasa apa-apa ketika bertarung dengan sesiapa pun. 201 00:11:29,814 --> 00:11:31,190 Saya tiada penanda aras kekuatan. 202 00:11:31,982 --> 00:11:34,693 Saya tak dapat belajar apa-apa daripada sesiapa. 203 00:11:34,819 --> 00:11:39,073 Tapi bukankah seronok jadi kuat? 204 00:11:39,532 --> 00:11:42,785 King, saya tiada ruang untuk memperbaiki diri. 205 00:11:42,952 --> 00:11:46,580 Maknanya tiada apa yang saya boleh buat untuk memajukan diri sendiri. 206 00:11:47,915 --> 00:11:49,834 Tak kira macam mana saya bunuh raksasa, 207 00:11:50,459 --> 00:11:53,629 semuanya sangat membosankan bagi saya. 208 00:11:56,382 --> 00:11:59,093 Saya tak sangka menjadi wira boleh terasa begitu sunyi. 209 00:11:59,301 --> 00:12:01,303 Awak sunyi, Saitama? 210 00:12:01,804 --> 00:12:02,680 Ya. 211 00:12:02,763 --> 00:12:06,434 Awak boleh cuba kelas tarian di depan Stesen Kota Z. 212 00:12:07,184 --> 00:12:08,102 Kenapa? 213 00:12:08,394 --> 00:12:10,729 Kalau awak rasa sunyi, awak patut cari kawan. 214 00:12:10,813 --> 00:12:13,566 Tidak, bukan sebab itu. 215 00:12:13,816 --> 00:12:14,775 Kenapa? 216 00:12:14,859 --> 00:12:16,360 Tak guna awak tanya saya sebabnya. 217 00:12:16,444 --> 00:12:17,695 Saya dah hilang minat. 218 00:12:17,945 --> 00:12:20,030 Dan kebelakangan ini, saya tak ada banyak masa lapang. 219 00:12:20,364 --> 00:12:23,909 Selepas keadaan ini reda, awak patut pergi bercuti dan berehat. 220 00:12:24,160 --> 00:12:25,327 Bercuti? 221 00:12:26,662 --> 00:12:29,039 Saya tak tahu nak ke mana. 222 00:12:29,874 --> 00:12:31,167 Aduhai. 223 00:12:31,459 --> 00:12:33,752 Awak bosan dan tak cuba buat apa-apa. 224 00:12:33,836 --> 00:12:36,714 Awak cakap awak mencari keseronokan, tapi awak tak nak sahut cabaran. 225 00:12:37,089 --> 00:12:39,258 Saya pernah lalui semua itu. 226 00:12:40,092 --> 00:12:41,635 Dengar sini, Saitama. 227 00:12:41,719 --> 00:12:43,888 Hidup ini tiada kesudahannya. 228 00:12:44,263 --> 00:12:48,350 Kalau awak mahu pengalaman baru, awak mesti cari jalan sendiri. 229 00:12:48,726 --> 00:12:50,519 Awak pernah pergi bercuti? 230 00:12:50,895 --> 00:12:53,564 Saitama, awak tak patut fikir 231 00:12:53,647 --> 00:12:56,692 awak dah capai matlamat awak hanya dengan menguatkan diri. 232 00:12:57,234 --> 00:12:59,278 Dalam jalan hidup seorang wira, 233 00:12:59,403 --> 00:13:02,239 bukan mudah untuk sampai ke penghujungnya. 234 00:13:03,240 --> 00:13:06,619 Awak pun tak ada apa-apa pencapaian sebagai wira. 235 00:13:07,286 --> 00:13:11,582 Awak tak patut rasa puas dengan berlawan saja. 236 00:13:12,041 --> 00:13:15,461 Memiliki keberanian untuk bertarung demi keselamatan orang lain, 237 00:13:15,628 --> 00:13:17,922 itulah tujuan seorang wira. 238 00:13:18,047 --> 00:13:19,548 Betul kata dia. 239 00:13:20,090 --> 00:13:21,592 Kalau ikutkan apa yang saya cakap tadi, 240 00:13:21,675 --> 00:13:25,971 Saitama, awak bukan wira yang paling hebat. 241 00:13:26,972 --> 00:13:27,890 Betul. 242 00:13:27,973 --> 00:13:30,893 Pendek kata, masalahnya ialah impian yang awak kejar. 243 00:13:31,227 --> 00:13:35,314 Secara jujurnya, masih banyak yang awak boleh buat untuk memajukan diri. 244 00:13:35,564 --> 00:13:36,899 Jadi 245 00:13:37,316 --> 00:13:40,110 kalau awak cakap awak tiada ruang untuk membaiki diri lagi, 246 00:13:40,236 --> 00:13:43,155 itu kedengaran dangkal dan angkuh, bukan? 247 00:13:43,405 --> 00:13:44,657 King... 248 00:13:46,283 --> 00:13:49,078 Apa yang diperlukan untuk menjadi wira yang paling hebat? 249 00:13:49,745 --> 00:13:52,206 Prinsip keadilan yang teguh, kuasa untuk berlawan 250 00:13:52,289 --> 00:13:54,375 atau keberanian untuk menghadapi dugaan? 251 00:13:54,625 --> 00:13:57,127 Sedang awak leka mencari jawapannya, 252 00:13:57,586 --> 00:13:59,922 awak tak pedulikan hal-hal lain lagi. 253 00:14:00,839 --> 00:14:02,883 Itu pendapat saya. 254 00:14:03,509 --> 00:14:05,052 Itu yang selalu dikatakan dalam komik. 255 00:14:05,427 --> 00:14:07,137 Awak memang hebat. 256 00:14:08,847 --> 00:14:10,558 Untuk menjadi wira terbaik, 257 00:14:11,058 --> 00:14:13,602 kita mesti cari impian sendiri, bukan? 258 00:14:14,853 --> 00:14:17,481 Itu hanya akan buat saya rasa lebih bosan. 259 00:14:17,690 --> 00:14:20,818 Kalau awak bosan sangat, apa kata kita main permainan video di rumah saya? 260 00:14:20,901 --> 00:14:23,863 Tidak, saya tak rasa nak main permainan video sekarang. 261 00:14:23,946 --> 00:14:26,031 Apa pun yang saya buat, jiwa saya tetap terasa kosong. 262 00:14:26,115 --> 00:14:28,450 Tidak, bukan setiap hari kita boleh main. Mari. 263 00:14:28,534 --> 00:14:30,244 Awak pun nak kalah sekali-sekala. 264 00:14:30,369 --> 00:14:31,745 Saya akan biarkan awak kalah. 265 00:14:32,872 --> 00:14:34,498 Tak guna awak buat saya marah. 266 00:14:34,582 --> 00:14:36,959 Mestilah saya rasa marah 267 00:14:37,042 --> 00:14:38,544 kalau saya kalah. 268 00:14:38,752 --> 00:14:41,171 Emosi saya tak stabil sekarang. 269 00:14:41,422 --> 00:14:43,424 Yakah? Baiklah. 270 00:14:43,591 --> 00:14:47,219 Apa kata saya biarkan awak kalah dengan satu jari saja... 271 00:14:47,303 --> 00:14:48,554 Apa awak cakap? 272 00:14:48,637 --> 00:14:50,431 Awak pasti akan kalah kali ini! 273 00:14:53,684 --> 00:14:56,270 Tak sangka saya kalah lagi. 274 00:14:58,981 --> 00:15:00,566 Dari segi kuasa dan kelajuan, 275 00:15:00,774 --> 00:15:03,485 dia lebih kuat daripada yang saya sangka. 276 00:15:03,819 --> 00:15:05,988 Saya bernasib baik kerana dapat melarikan diri. 277 00:15:06,280 --> 00:15:08,699 Tapi saya guna seni bela diri untuk melawan manusia 278 00:15:08,782 --> 00:15:10,409 untuk melawan orang berkaki empat. 279 00:15:10,492 --> 00:15:12,161 Kesudahannya, saya yang cedera. 280 00:15:12,786 --> 00:15:14,663 Banyak pengajaran yang saya dapat. 281 00:15:16,373 --> 00:15:18,375 Tapi saya tetap rasa gembira. 282 00:15:18,459 --> 00:15:21,170 Saya masih boleh jadi lebih kuat. 283 00:15:23,339 --> 00:15:24,381 Itu diakah? 284 00:15:24,965 --> 00:15:26,467 Ya, itu dia. 285 00:15:27,343 --> 00:15:29,011 Ini peluang keemasan. 286 00:15:30,179 --> 00:15:32,765 Saya masih boleh bergerak dan badan saya tak sakit. 287 00:15:32,848 --> 00:15:34,516 Malah saya sangat bersemangat sekarang. 288 00:15:34,600 --> 00:15:36,185 Saya rasa sangat bertenaga. 289 00:15:36,393 --> 00:15:39,063 King, awak mangsa saya kali ini! 290 00:15:39,980 --> 00:15:43,442 Pertama, saya mesti agak reaksinya. 291 00:15:44,026 --> 00:15:44,985 Itu dia. 292 00:15:45,069 --> 00:15:46,528 Siap sedia! 293 00:15:50,449 --> 00:15:52,993 Dia tiba-tiba meluru ke sini. Awak kenal dia? 294 00:15:53,077 --> 00:15:55,120 Tidak, saya tak kenal dia. 295 00:15:55,829 --> 00:15:59,208 Saya bukan saja perlu lawan raksasa, tapi saya juga terpaksa melawan penyangak 296 00:15:59,291 --> 00:16:00,334 banyak kali. 297 00:16:00,668 --> 00:16:04,004 Awak tahu apa yang berlaku kebelakangan ini? 298 00:16:04,129 --> 00:16:05,381 Tidak. 299 00:16:05,798 --> 00:16:07,716 Saya pun tak faham. 300 00:16:07,800 --> 00:16:12,930 Tapi banyak raksasa yang muncul dan ada Pemburu Wira yang masih bebas. 301 00:16:13,055 --> 00:16:14,807 Macam-macam yang terjadi kebelakangan ini. 302 00:16:14,932 --> 00:16:16,308 Begitu rupanya. 303 00:16:16,642 --> 00:16:19,436 Pemburu Wira itu turut menarik perhatian saya. 304 00:16:21,021 --> 00:16:25,150 Tak pernah ada manusia yang menggelarkan dirinya raksasa. 305 00:16:25,609 --> 00:16:29,863 Saya juga begitu semasa saya gelar diri saya wira dulu. 306 00:16:30,531 --> 00:16:32,408 Jadi saya agak teruja. 307 00:16:32,700 --> 00:16:35,411 Mungkin dia lebih kuat daripada saya. 308 00:16:35,786 --> 00:16:36,870 Begitu rupanya. 309 00:16:37,162 --> 00:16:38,831 Saya harap awak boleh jumpa dia. 310 00:16:50,175 --> 00:16:51,677 Tunjukkan diri awak. 311 00:16:53,387 --> 00:16:54,304 Siapa awak... 312 00:16:55,389 --> 00:16:56,682 Dua lawan satu. 313 00:16:57,725 --> 00:16:59,393 Berani kamu menyerang hendap? 314 00:16:59,518 --> 00:17:01,729 Kamu berdua akan mati! 315 00:17:08,027 --> 00:17:09,236 Serang hendap? 316 00:17:09,570 --> 00:17:11,321 Itu agak melampau. 317 00:17:11,822 --> 00:17:13,032 Betul. 318 00:17:13,198 --> 00:17:16,285 Bukankah awak saja ahli kelas ke-44 yang terselamat daripada Kemusnahan, 319 00:17:16,368 --> 00:17:18,078 Sonic Selaju Bunyi? 320 00:17:18,912 --> 00:17:20,622 Kamu dari Kampung Ninja? 321 00:17:20,873 --> 00:17:22,875 Kami ahli kelas ke-37, Kelas Emas. 322 00:17:23,042 --> 00:17:24,376 Saya Angin Kencang. 323 00:17:24,626 --> 00:17:26,170 Saya Api Neraka. 324 00:17:26,670 --> 00:17:28,505 Kenapa kamu nak jumpa saya? 325 00:17:28,839 --> 00:17:30,215 Ini satu jemputan. 326 00:17:30,466 --> 00:17:32,718 Awak nak menyertai misi besar kami? 327 00:17:32,885 --> 00:17:34,344 Misi besar? 328 00:17:34,428 --> 00:17:35,304 Ya. 329 00:17:35,387 --> 00:17:37,723 Mari kita menakluki dunia bersama-sama. 330 00:17:38,182 --> 00:17:41,143 Sebagai raksasa yang lebih berkuasa daripada manusia. 331 00:17:41,310 --> 00:17:45,522 Angkatan Raksasa ditubuhkan oleh raksasa untuk raksasa. 332 00:17:45,939 --> 00:17:47,775 Kami juga ahlinya 333 00:17:47,941 --> 00:17:50,652 dan sekarang kami merancang untuk menakluki dunia. 334 00:17:50,736 --> 00:17:52,780 Mengarut betul. 335 00:17:53,655 --> 00:17:55,741 Tapi kenapa kamu cari saya? 336 00:17:55,991 --> 00:17:59,244 Kami nak bunuh Flashy Flash. 337 00:17:59,328 --> 00:18:00,454 Boleh awak tolong kami? 338 00:18:00,537 --> 00:18:01,914 Jangan merepek. 339 00:18:01,997 --> 00:18:04,833 Saya tak ada masa dan tak perlu layan kamu. 340 00:18:04,917 --> 00:18:07,503 Berambus sekarang kalau kamu tak nak mati. 341 00:18:07,586 --> 00:18:09,880 Kalau begitu, biar kami tunjukkan sesuatu. 342 00:18:10,839 --> 00:18:12,800 Angkatan Raksasa yang kami sebut tadi. 343 00:18:13,467 --> 00:18:14,593 Kami juga telah menjadi... 344 00:18:14,718 --> 00:18:16,220 Raksasa. 345 00:18:18,097 --> 00:18:19,890 Kami cuma bertukar menjadi raksasa. 346 00:18:19,973 --> 00:18:23,477 Tak kiralah kami makan pil atau dibedah, itu bukan masalahnya. 347 00:18:25,562 --> 00:18:28,023 Awak nak jadi lebih kuat? 348 00:18:28,899 --> 00:18:30,484 Ini sel raksasa. 349 00:18:30,651 --> 00:18:33,612 Awak cuma perlu telan sel ini. 350 00:18:33,779 --> 00:18:35,614 Kami akan berikan sel ini kepada awak. 351 00:18:36,615 --> 00:18:39,409 Angkatan Raksasa menanti awak. 352 00:18:43,997 --> 00:18:48,460 Tak kira betapa gigihnya saya berlatih, saya takkan dapat tewaskan dia. 353 00:18:48,710 --> 00:18:51,213 Walau apa pun yang berlaku, saya tetap nak tewaskan Saitama. 354 00:18:51,296 --> 00:18:52,589 Untuk matlamat itu, 355 00:18:53,340 --> 00:18:55,342 saya sanggup berubah rupa. 356 00:18:55,801 --> 00:18:58,095 Sejak hari dia kalahkan saya, 357 00:18:58,178 --> 00:19:00,389 saya rasa macam saya dah mati. 358 00:19:00,514 --> 00:19:02,891 Saya dah putus asa dengan hidup saya. 359 00:19:03,767 --> 00:19:06,979 Saitama, saya akan jadi raksasa. 360 00:19:09,064 --> 00:19:11,316 Masih ada raksasa yang bebas. 361 00:19:11,525 --> 00:19:14,194 Jadi kita tak boleh matikan penggera buat masa sekarang. 362 00:19:14,278 --> 00:19:16,238 Hari ini sangat memenatkan. 363 00:19:16,405 --> 00:19:18,782 Yang paling kuat ialah Marsyal Gorila. 364 00:19:19,241 --> 00:19:21,702 Dia kata dia akan terus melawan wira-wira Kelas A 365 00:19:21,869 --> 00:19:24,705 sebelum meningkatkan tahap ancamannya kepada Syaitan. 366 00:19:24,788 --> 00:19:26,248 Dia di Kota W? 367 00:19:27,040 --> 00:19:29,376 Kumpulkan wira-wira yang berdekatan untuk mengepungnya. 368 00:19:29,459 --> 00:19:30,627 Tak perlu. 369 00:19:31,003 --> 00:19:34,756 Buang masa saja mengerahkan ramai wira untuk melawan musuh yang tak penting. 370 00:19:34,840 --> 00:19:35,841 Zombieman! 371 00:19:36,175 --> 00:19:37,843 Serahkan kepada saya. 372 00:19:37,926 --> 00:19:39,261 Okey. 373 00:19:40,012 --> 00:19:41,430 Baiklah. 374 00:19:41,513 --> 00:19:44,933 - Hei, tak ada wira pun di sini. - Kalau betul telahan saya, 375 00:19:45,017 --> 00:19:47,895 pihak yang bertanggungjawab terhadap kekacauan ini 376 00:19:47,978 --> 00:19:49,188 ialah organisasi itu. 377 00:19:49,688 --> 00:19:53,734 Tempat persembunyian mereka tidak dikawal ketat, mungkin saya boleh pecah masuk. 378 00:19:55,152 --> 00:19:57,946 Ada manusia berbadan besar di sini. 379 00:19:58,030 --> 00:19:59,031 Alamak. 380 00:19:59,114 --> 00:20:00,490 Dia nak serang orang biasa. 381 00:20:00,741 --> 00:20:02,868 Awak wira profesionalkah? 382 00:20:03,160 --> 00:20:05,245 - Apa? - Awak gorila, bukan? 383 00:20:05,329 --> 00:20:06,997 Awak juga gorila, bukan? 384 00:20:08,332 --> 00:20:09,708 Siapa awak? 385 00:20:09,791 --> 00:20:11,001 Raksasa bebas? 386 00:20:11,084 --> 00:20:12,878 Apa makna raksasa bebas? 387 00:20:12,961 --> 00:20:15,631 Saya nak keluar beli barang dapur saja. 388 00:20:15,714 --> 00:20:16,882 Barang dapur? 389 00:20:16,965 --> 00:20:19,551 Awak raksasa yang hidup harmoni dengan manusia? 390 00:20:19,635 --> 00:20:21,595 Awak memalukan semua raksasa gorila! 391 00:20:21,678 --> 00:20:22,554 Tidak. 392 00:20:22,638 --> 00:20:24,223 Saya tak faham kenapa awak marah saya. 393 00:20:24,306 --> 00:20:27,768 Awak mungkin musuh kami, jadi saya terpaksa bunuh awak! 394 00:20:30,979 --> 00:20:32,773 Pergi ke tempat lain kalau awak nak bergaduh. 395 00:20:35,234 --> 00:20:36,652 Kita ada sasaran baru. 396 00:20:37,069 --> 00:20:38,237 Saya mesti ikut dia. 397 00:20:39,863 --> 00:20:45,494 Akhirnya awak menawarkan diri untuk menghapuskan raksasa. 398 00:20:45,577 --> 00:20:48,455 Tapi memang itu kerja awak selama ini. 399 00:20:49,248 --> 00:20:50,457 Hei, Bang. 400 00:20:50,958 --> 00:20:57,005 Mungkin Garou terbunuh oleh wira atau raksasa dalam kekecohan ini. 401 00:20:57,089 --> 00:20:59,132 Kita tak pasti lagi, Bomb. 402 00:20:59,508 --> 00:21:02,552 Saya tak latih dia untuk jadi selemah itu. 403 00:21:03,804 --> 00:21:08,392 Jadi saya mesti bertanggungjawab untuk menewaskan dia. 404 00:21:09,226 --> 00:21:14,439 Garou, awak tahu apa maknanya menjadi raksasa? 405 00:21:14,982 --> 00:21:16,942 Saya takkan biarkan sesiapa bunuh awak. 406 00:21:17,025 --> 00:21:19,236 Biarlah awak mati di tangan saya saja. 407 00:21:21,780 --> 00:21:24,950 Matahari dah nak terbenam. 408 00:21:26,243 --> 00:21:28,745 Ada mesej penting daripada Drive Knight. 409 00:21:29,079 --> 00:21:31,164 Ini tentang musuh kita sekarang. 410 00:21:31,331 --> 00:21:33,166 Mereka dikenali sebagai Angkatan Raksasa. 411 00:21:33,500 --> 00:21:35,043 Kita tak tahu apa motif mereka, 412 00:21:35,127 --> 00:21:37,713 tapi organisasi mereka dikatakan menentang Persatuan Wira. 413 00:21:37,796 --> 00:21:41,091 Nampaknya mereka ada cara untuk mengubah manusia menjadi raksasa. 414 00:21:41,591 --> 00:21:44,219 Ketua mereka ialah Orochi, Raja Raksasa. 415 00:21:44,469 --> 00:21:46,596 Kami juga menerima lokasi ibu pejabat mereka. 416 00:21:46,847 --> 00:21:49,725 Ia berada di bandar tinggal, Kota Z. 417 00:21:50,142 --> 00:21:52,311 Kota yang dikuasai oleh raksasa itu? 418 00:21:52,394 --> 00:21:56,523 Tapi bukankah mereka sengaja menculik anak pengarah kita 419 00:21:56,606 --> 00:21:58,734 hanya untuk berunding dengan kita? 420 00:21:58,817 --> 00:21:59,735 Ya. 421 00:21:59,818 --> 00:22:02,446 Mereka tak mahu kita melawan? 422 00:22:02,529 --> 00:22:05,741 Mereka cuba berunding supaya kita tak serang mereka? 423 00:22:05,824 --> 00:22:07,534 Saya pasti itu yang mereka mahu. 424 00:22:07,701 --> 00:22:11,580 Memang munasabah kalau raksasa-raksasa di bandar tinggal itu 425 00:22:11,663 --> 00:22:12,706 berpakat menentang kita. 426 00:22:12,789 --> 00:22:15,042 Kalau begitu, rusuhan yang berlaku sekarang 427 00:22:15,125 --> 00:22:18,587 ialah tanda bantahan raksasa-raksasa itu. 428 00:22:18,962 --> 00:22:24,301 Mereka cukup bijak untuk menyerang beramai-ramai. 429 00:22:24,551 --> 00:22:28,305 Besar kemungkinan yang mereka mahu berhubung dengan kita. 430 00:22:28,805 --> 00:22:30,724 Kita boleh ambil kesempatan. 431 00:22:31,099 --> 00:22:34,478 Kita boleh perdayakan mereka dan tangkap mereka semua sekali gus. 432 00:22:34,561 --> 00:22:36,646 Tapi kita patut dengar dulu permintaan mereka. 433 00:22:36,980 --> 00:22:40,358 Kita mesti utamakan misi menyelamatkan tebusan. 434 00:22:40,609 --> 00:22:44,571 Ya, Encik Narinki orang penting dalam persatuan kita. 435 00:22:44,654 --> 00:22:47,991 Kalau apa-apa terjadi kepada anak dia, dia mungkin takkan menaja kita lagi. 436 00:22:48,366 --> 00:22:49,868 Kita mesti selamatkan anak dia. 437 00:22:50,577 --> 00:22:53,288 Ada mesej daripada Angkatan Raksasa. 438 00:22:53,872 --> 00:22:57,000 Ada mesej daripada Angkatan Raksasa. 439 00:22:57,084 --> 00:22:57,959 Apa dia? 440 00:22:58,043 --> 00:22:59,669 - Ada mesej - Hei. 441 00:22:59,836 --> 00:23:02,172 - daripada Angkatan Raksasa. - Ada sesuatu yang tak kena. 442 00:23:02,255 --> 00:23:06,051 Ada mesej daripada Angkatan Raksasa. 443 00:23:06,134 --> 00:23:07,677 Ada mesej... 444 00:23:09,137 --> 00:23:12,891 Ada mesej daripada Angkatan Raksasa. 445 00:23:24,027 --> 00:23:27,072 Nasib baik saya masak dulu. 446 00:23:27,155 --> 00:23:31,326 Saya boleh agak daripada teksturnya yang ia tak boleh dimakan mentah. 447 00:23:31,993 --> 00:23:34,037 Jangan difikirkan sangat. 448 00:23:37,290 --> 00:23:39,584 Tunggulah sampai saya habiskan semua ini, 449 00:23:39,960 --> 00:23:41,211 Saitama. 450 00:23:41,419 --> 00:23:44,381 SELEPAS ITU, SONIC SAKIT PERUT 451 00:23:47,425 --> 00:23:49,427 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana