1
00:00:33,743 --> 00:00:36,621
PERJANJIAN IBLIS
2
00:00:47,257 --> 00:00:49,426
Mereka tak patut berada di sini.
3
00:00:54,764 --> 00:00:56,391
Saya dah nampak mereka.
4
00:00:56,474 --> 00:00:59,436
Gobi Glie dan tenteranya dah sampai.
5
00:01:00,896 --> 00:01:03,189
Kita tak boleh buat begini.
Apa yang Taa dah buat?
6
00:01:09,779 --> 00:01:12,198
Saya kecewa, Senator Taa.
7
00:01:12,282 --> 00:01:15,577
Walaupun kilang baru kami membawakan
banyak pekerjaan kepada rakyat awak,
8
00:01:15,660 --> 00:01:18,079
mereka kelihatan terganggu
dengan kehadiran kami.
9
00:01:18,163 --> 00:01:19,539
Tidak.
10
00:01:19,623 --> 00:01:24,669
Semua orang suka perkongsian ini.
11
00:01:24,753 --> 00:01:26,755
Betul, Syndulla?
12
00:01:26,838 --> 00:01:30,717
Saya akan sentiasa menyokong
apa-apa saja yang membantu Ryloth.
13
00:01:30,800 --> 00:01:32,761
Bagaimana dengan awak pula, jeneral?
14
00:01:32,844 --> 00:01:34,763
Awak bersetuju dengan isteri awak?
15
00:01:37,474 --> 00:01:41,228
Selepas bertahun-tahun berperang,
kami perlukan keamanan.
16
00:01:41,311 --> 00:01:43,897
Kemakmuran akan datang selepas keamanan.
17
00:01:43,980 --> 00:01:46,066
Ini era baru untuk Ryloth.
18
00:01:47,067 --> 00:01:48,985
Mari.
19
00:01:53,198 --> 00:01:54,866
Semuanya okey, jeneral?
20
00:01:56,826 --> 00:01:58,578
Saya patut berpuas hati
yang peperangan ini dah tamat.
21
00:01:58,662 --> 00:02:01,665
Namun, perubahan bukan selalunya mudah.
22
00:02:01,748 --> 00:02:04,876
Saya harap rakyat saya
dapat terima keamanan ini.
23
00:02:04,960 --> 00:02:08,171
Ryloth dah selamat, Cham.
Inilah yang awak perjuangkan.
24
00:02:09,422 --> 00:02:10,674
Ya, betul.
25
00:02:13,760 --> 00:02:17,764
Disebabkan Galaksi Empayar
yang bermurah hati,
26
00:02:17,847 --> 00:02:24,729
kilang baru kita akan menjadikan
Ryloth stabil dan maju sekali lagi.
27
00:02:24,813 --> 00:02:31,236
Sekarang masa untuk semua Twi'lek
meletakkan jawatan tenteranya
28
00:02:31,319 --> 00:02:34,990
dan menikmati kebebasan mereka.
29
00:02:35,073 --> 00:02:36,491
Meletakkan jawatan?
30
00:02:36,575 --> 00:02:38,660
Seluruh Galaksi akan berada
di bawah satu pemerintahan.
31
00:02:38,743 --> 00:02:39,953
Siapa yang akan pertahankan kita?
32
00:02:40,036 --> 00:02:43,290
-Tentera klon Empayar
-Mereka orang luar.
33
00:02:43,373 --> 00:02:45,458
akan melindungi dan mempertahankan kita.
34
00:02:45,542 --> 00:02:48,253
Kami nak Syndulla!
35
00:02:52,799 --> 00:02:55,969
Cham, beritahu kami apa kami patut buat!
36
00:03:04,686 --> 00:03:08,481
Kawan-kawan, saya faham
yang kamu tak puas hati.
37
00:03:08,565 --> 00:03:14,029
Dari dulu lagi, kita bersatu
untuk mempertahankan Ryloth.
38
00:03:14,112 --> 00:03:18,033
Apabila Perang Klon bermula
dan Republik mula kalah,
39
00:03:18,116 --> 00:03:20,201
kita bersendirian.
40
00:03:20,285 --> 00:03:23,788
Namun apabila kita kalah
dan musuh semakin menghampiri,
41
00:03:23,872 --> 00:03:26,583
tentera klon datang membantu kita.
42
00:03:26,666 --> 00:03:30,962
Kita takkan berada di sini hari ini
jika bukan disebabkan mereka.
43
00:03:31,046 --> 00:03:32,130
Mereka berjuang dengan kita.
44
00:03:32,214 --> 00:03:34,174
Mereka berjuang untuk kita.
45
00:03:34,257 --> 00:03:36,718
Mereka layak dihormati.
46
00:03:36,801 --> 00:03:41,473
Saya percayakan mereka untuk
melindungi kita seperti biasa.
47
00:03:41,556 --> 00:03:43,892
Peperangan dah tamat.
48
00:03:43,975 --> 00:03:48,897
Mari letakkan senjata kita dan
tumpukan pada masa depan Ryloth.
49
00:04:08,166 --> 00:04:11,753
Sayangnya anak awak tiada
di sini untuk menyaksikannya.
50
00:04:11,836 --> 00:04:14,673
Hera ada minat lain, laksamana.
51
00:04:32,065 --> 00:04:33,650
Ada apa-apa yang mencurigakan?
52
00:04:33,733 --> 00:04:34,776
Tidak, sama macam 20 saat lepas.
53
00:04:34,859 --> 00:04:36,111
Biar saya tengok.
54
00:04:41,157 --> 00:04:44,703
Entahlah, Chop. Biasa saja.
55
00:04:44,786 --> 00:04:47,163
Ia cuma pusat perlombongan.
56
00:04:47,247 --> 00:04:51,001
Saya terdengar ayah cakap
yang ini cuma lokasi pertama.
57
00:04:51,084 --> 00:04:53,253
Bagus. Boleh kita pergi?
58
00:04:53,336 --> 00:04:54,921
Tidak, kita tak boleh pergi.
59
00:04:55,005 --> 00:04:57,883
Pak Cik Gobi suruh kita tunggu
dan kumpulkan maklumat.
60
00:05:31,124 --> 00:05:32,584
Chopper?
61
00:05:41,927 --> 00:05:45,847
Bukan tentera klon yang patut
mempertahankan Ryloth.
62
00:05:45,931 --> 00:05:48,183
Bagaimana Cham boleh menyokongnya?
63
00:05:48,266 --> 00:05:51,311
Dia tahu yang rakyat dah letih berperang.
64
00:05:51,394 --> 00:05:53,605
Kita tak boleh terus berperang
seperti dulu.
65
00:05:53,688 --> 00:05:57,192
Dengan menyerahkan senjata kita,
dia buat kita tak berdaya.
66
00:05:57,275 --> 00:05:59,236
Saya tak boleh terima.
67
00:05:59,319 --> 00:06:03,573
Saya dah hubungi orang hubungan saya
untuk dapatkan lebih banyak senjata.
68
00:06:07,661 --> 00:06:09,704
Apa yang berlaku sekarang?
69
00:06:17,087 --> 00:06:20,799
Maaf, jeneral. Kami jumpa mereka
dalam kawasan larangan.
70
00:06:23,385 --> 00:06:25,095
Kami cuma meneroka.
71
00:06:25,178 --> 00:06:26,763
Betul cakap dia.
72
00:06:26,846 --> 00:06:28,557
Saya tersepit, Cham.
73
00:06:28,640 --> 00:06:32,435
Sebenarnya, keadaan agak tegang sekarang.
74
00:06:32,519 --> 00:06:34,771
Saya takkan laporkan hal ini,
tapi ia tak boleh berulang lagi.
75
00:06:34,854 --> 00:06:36,731
Saya jamin yang ia takkan berulang lagi.
76
00:06:36,815 --> 00:06:39,192
Terima kasih, Howzer.
77
00:06:45,156 --> 00:06:47,033
Apa kamu buat di luar sana?
78
00:06:47,117 --> 00:06:49,202
Saya dah beritahu ayah.
79
00:06:49,286 --> 00:06:51,037
Beritahu ayah perkara sebenar, Hera.
80
00:06:52,747 --> 00:06:54,165
Saya yang hantar dia.
81
00:06:56,293 --> 00:07:00,755
Hera, Chopper, masuk ke dalam sekarang.
82
00:07:03,967 --> 00:07:07,095
Ini tak adil. Kami tak buat salah.
83
00:07:07,178 --> 00:07:10,682
Awak tak boleh ke Kilang Empayar, Hera.
84
00:07:10,765 --> 00:07:12,225
Awak pun tahu.
85
00:07:12,309 --> 00:07:16,313
Saya tak cakap pun
yang kami ke kilang itu.
86
00:07:17,314 --> 00:07:19,608
Saya pun ada cara sendiri
untuk kumpulkan maklumat.
87
00:07:19,691 --> 00:07:21,776
Sekarang, beritahu saya
perkara yang awak nampak.
88
00:07:21,860 --> 00:07:24,362
Beritahu saya semuanya.
89
00:07:24,446 --> 00:07:26,573
Perbuatan itu tak boleh diterima!
90
00:07:26,656 --> 00:07:30,160
Awak sedar apa yang akan berlaku
jika ia dilaporkan?
91
00:07:30,243 --> 00:07:33,413
Anak saya mengintip kilang Empayar?
92
00:07:33,496 --> 00:07:35,916
Kenapa mengintip pula?
93
00:07:35,999 --> 00:07:38,168
Apa yang mereka tak nak kita lihat?
94
00:07:38,251 --> 00:07:40,670
Ini situasi yang sensitif.
95
00:07:40,754 --> 00:07:43,256
Saya takkan benarkan awak melibatkan Hera.
96
00:07:43,340 --> 00:07:47,636
Tentera klon sepatutnya tinggalkan
Ryloth apabila perang tamat.
97
00:07:47,719 --> 00:07:51,556
Saya takkan biarkan
semakin ramai tentera klon datang.
98
00:07:51,640 --> 00:07:53,767
Kita setuju untuk bubarkan kumpulan
penentang kita apabila perang tamat.
99
00:07:53,850 --> 00:07:57,729
Apa gunanya berperang
jika kita tak boleh terima keamanan?
100
00:07:57,812 --> 00:08:00,232
Kami dah lama berkawan, Cham.
101
00:08:00,315 --> 00:08:04,236
Percayalah, Empayar ada muslihat.
102
00:08:04,319 --> 00:08:06,488
Awak yang tak nak menerima hakikat itu.
103
00:08:12,244 --> 00:08:17,791
Syndulla sangat bekerjasama
walaupun awak kata sebaliknya.
104
00:08:17,874 --> 00:08:20,126
Awak nampak reaksi
orang ramai terhadap dia?
105
00:08:20,210 --> 00:08:22,420
Masalahnya, orang ramai sukakan dia.
106
00:08:22,504 --> 00:08:25,090
Gobi Glie ialah ancaman sebenar awak.
107
00:08:25,173 --> 00:08:27,217
Glie ialah leftenan dia.
108
00:08:27,300 --> 00:08:30,262
Pejuang Syndulla akan
sentiasa setia padanya.
109
00:08:30,345 --> 00:08:32,430
Mereka semua perlu diuruskan.
110
00:08:32,514 --> 00:08:35,058
Kita semua ada peranan
masing-masing, senator.
111
00:08:35,141 --> 00:08:37,602
Lakukan tugas awak.
112
00:08:50,031 --> 00:08:51,783
Kamu masih nak jadi juruterbang?
113
00:08:51,866 --> 00:08:53,326
Setiap masa.
114
00:08:53,410 --> 00:08:55,662
Saya boleh pergi jauh dari sini.
115
00:08:56,788 --> 00:08:59,499
Ayah impikan Ryloth yang merdeka.
116
00:08:59,583 --> 00:09:02,669
Ayah nak rakyat kita hidup
bahagia di dunia yang aman.
117
00:09:02,752 --> 00:09:04,170
Kita dah capai keamanan sekarang.
118
00:09:04,254 --> 00:09:06,464
Orang ramai tak puas hati.
119
00:09:06,548 --> 00:09:11,511
Hidup mereka, seperti kamu,
sentiasa dilanda perang.
120
00:09:11,595 --> 00:09:12,762
Namun sekarang,
kita dapat hidup dengan aman.
121
00:09:12,846 --> 00:09:15,181
Pak Cik Gobi tak fikir begitu.
122
00:09:15,265 --> 00:09:17,309
Dia kata, keadaan semakin buruk.
123
00:09:17,392 --> 00:09:20,312
Ayah tahu apa yang pak cik kamu fikir.
124
00:09:20,395 --> 00:09:24,441
Kami nak perkara yang sama,
tapi pendekatan kami berbeza.
125
00:09:24,524 --> 00:09:28,278
Saya mampu berlawan seperti orang lain.
126
00:09:28,361 --> 00:09:30,906
Gobi percayakan saya
untuk lakukan tugas saya.
127
00:09:30,989 --> 00:09:32,782
Kenapa ayah tak percayakan saya?
128
00:09:34,784 --> 00:09:36,703
Kamu sangat bersemangat.
129
00:09:36,786 --> 00:09:39,205
Kamu seperti ayah semasa ayah seusia kamu.
130
00:09:39,289 --> 00:09:41,374
Namun, ayah nak kamu
dapat lebih lagi, Hera.
131
00:09:41,458 --> 00:09:44,252
Peperangan memberikan kesan yang buruk.
132
00:09:44,336 --> 00:09:47,714
Ayah harap kamu
tak perlu hidup macam ayah.
133
00:10:03,146 --> 00:10:05,815
Seperti yang awak boleh lihat,
kami di tahap awal.
134
00:10:05,899 --> 00:10:08,610
Namun lombong doonium ini
akan membina semula
135
00:10:08,693 --> 00:10:11,154
bahagian galaksi yang
terjejas oleh perang.
136
00:10:13,990 --> 00:10:18,620
Kami diberitahu yang kilang ini
bukan kilang kelengkapan tentera.
137
00:10:18,703 --> 00:10:22,999
Namun, ada ramai tentera
dan banyak senjata di sini.
138
00:10:23,083 --> 00:10:24,960
Planet kamu terdedah kepada bahaya
di bawah pemerintahan Republik.
139
00:10:25,043 --> 00:10:26,920
Namun kini, tidak lagi.
140
00:10:27,003 --> 00:10:31,132
Empayar berdedikasi untuk
melindungi kepentingan Ryloth.
141
00:10:33,009 --> 00:10:35,679
Maafkan saya. Saya perlu uruskan sesuatu.
142
00:10:35,762 --> 00:10:37,347
Kamu boleh keluar sendiri.
143
00:10:39,558 --> 00:10:44,813
Rampart lebih mementingkan kepentingannya
sendiri daripada kepentingan rakyat kita.
144
00:10:44,896 --> 00:10:47,065
Awak seolah-olah bercakap seperti Gobi.
145
00:10:47,148 --> 00:10:49,651
Jangan lupa perkara yang kita cuba capai.
146
00:10:49,734 --> 00:10:52,612
Adakah berbaloi harga yang
perlu dibayar untuk mencapainya?
147
00:10:52,696 --> 00:10:56,741
Bagaimana kita nak percayakan Empayar
sedangkan mereka berahsia dengan kita?
148
00:10:56,825 --> 00:11:00,620
Kita perlu cuba percayakan mereka
demi Ryloth.
149
00:11:00,704 --> 00:11:05,458
Jika tiada sesiapa boleh terima
keamanan yang dibawa Empayar,
150
00:11:05,542 --> 00:11:07,460
apa kita nak buat selepas itu?
151
00:11:13,842 --> 00:11:15,760
Awak dah lewat. Ayuh.
152
00:11:15,844 --> 00:11:18,930
Saya tak boleh pergi. Maafkan saya.
153
00:11:19,014 --> 00:11:21,474
Ayah awak kata,
awak tak boleh mengintip lagi.
154
00:11:21,558 --> 00:11:23,560
Kita cuma nak mencari bekalan.
155
00:11:23,643 --> 00:11:26,605
Saya rasa saya patut tinggal di sini.
156
00:11:26,688 --> 00:11:29,691
Baiklah. Namun, saya nak
awak jadi juruterbang kali ini.
157
00:11:29,774 --> 00:11:32,360
Juruterbang? Yakah?
158
00:11:32,444 --> 00:11:34,070
Lain kali saja.
159
00:11:34,154 --> 00:11:36,656
Chop, gantikan saya! Tunggu!
160
00:11:36,740 --> 00:11:40,493
Gantikan awak? Baguslah.
161
00:11:51,880 --> 00:11:55,884
Pesawat Glie telah ditandai
dan dia tak keseorangan.
162
00:12:01,056 --> 00:12:03,892
Kita akan mendekati pada arah 1-6-2.
163
00:12:03,975 --> 00:12:05,685
Bagaimana?
164
00:12:05,769 --> 00:12:07,520
Ya. Bagus.
165
00:12:07,604 --> 00:12:11,107
Kurangkan tujahan. Masa untuk mendarat.
166
00:12:11,191 --> 00:12:12,567
Saya boleh lakukannya.
167
00:12:12,651 --> 00:12:15,070
Awak belum boleh
berlepas dan mendarat lagi.
168
00:12:18,657 --> 00:12:20,659
Tengok dan belajar.
169
00:12:20,742 --> 00:12:22,494
Kita akan mendarat.
170
00:12:39,302 --> 00:12:41,429
Bekalan apa yang kita nak ambil?
171
00:12:41,513 --> 00:12:42,639
Senjata.
172
00:12:42,722 --> 00:12:46,226
Namun, kita baru saja serahkan
semua senjata kita kepada Empayar.
173
00:12:46,309 --> 00:12:47,644
Kita akan ada senjata lain.
174
00:12:53,775 --> 00:12:57,237
Saya tak pernah nampak
pesawat begitu sebelum ini.
175
00:13:22,512 --> 00:13:23,638
Adakah awak Gobi?
176
00:13:23,722 --> 00:13:25,348
Cid hantar kami.
177
00:13:25,432 --> 00:13:29,352
Bersama tiga dozen senjata laser
dan satu bekas peledak haba.
178
00:13:29,436 --> 00:13:30,478
Mari lihat.
179
00:13:46,578 --> 00:13:48,371
Pesawat jenis apa ini?
180
00:13:48,455 --> 00:13:50,999
Pesawat pejuang kelas Omicron
yang diubah suai.
181
00:13:51,082 --> 00:13:53,376
Boleh saya tengok bahagian dalamnya?
182
00:13:53,460 --> 00:13:55,712
Hunter, bolehkah dia naik?
183
00:13:57,756 --> 00:14:00,175
Okey. Awak boleh naik.
184
00:14:00,258 --> 00:14:01,718
Namun, jangan buat hal.
185
00:14:01,801 --> 00:14:03,762
Buat hal?
186
00:14:05,138 --> 00:14:06,640
Saya akan perhatikan awak.
187
00:14:08,725 --> 00:14:12,145
Baiklah. Tunjukkan sekitar pesawat ini.
188
00:14:12,229 --> 00:14:14,773
Ini sistem sensor dan
itu pelindung pemesong.
189
00:14:14,856 --> 00:14:18,068
Itu pembaca navigasi dan ini pemacu hiper.
190
00:14:19,194 --> 00:14:21,446
Banyaknya yang awak tahu.
191
00:14:21,529 --> 00:14:23,865
-Awak juruterbang?
-Tidak.
192
00:14:23,949 --> 00:14:27,869
Tech tak benarkan saya berlatih selagi
saya tak hafal semua spesifikasi pesawat.
193
00:14:27,953 --> 00:14:29,788
Kita bukan saja perlu hafal spesifikasi.
194
00:14:29,871 --> 00:14:32,540
Kita juga perlu terbangkan
pesawat dengan perasaan.
195
00:14:32,624 --> 00:14:34,459
Apa maksud awak?
196
00:14:34,542 --> 00:14:38,380
Apabila saya tutup mata
dan bayangkan diri saya di atas sana,
197
00:14:38,463 --> 00:14:39,798
saya dapat rasakannya.
198
00:14:39,881 --> 00:14:43,176
Instrumen cuma membimbing kita,
tapi kita yang tetapkan laluan kita.
199
00:14:43,260 --> 00:14:44,970
Kita bebas.
200
00:14:45,053 --> 00:14:46,888
Jadi, awak seorang juruterbang?
201
00:14:46,972 --> 00:14:50,100
Belum lagi.
202
00:14:51,101 --> 00:14:52,978
Namun, suatu hari nanti.
203
00:14:53,061 --> 00:14:56,982
Mari. Saya akan tunjukkan bahagian
kegemaran saya di dalam pesawat ini.
204
00:14:59,526 --> 00:15:03,113
Tempat tidur saya di atas sana.
205
00:15:03,196 --> 00:15:05,490
Awak dapat tinggal
di dalam pesawat angkasa?
206
00:15:05,574 --> 00:15:07,242
Itulah impian saya.
207
00:15:07,325 --> 00:15:09,578
Sebenarnya, itu ruang
mengendalikan meriam.
208
00:15:09,661 --> 00:15:14,916
Namun, apabila kami tak dikejar
atau ditembak, ia jadi bilik saya.
209
00:15:15,000 --> 00:15:16,793
Siapa yang mengejar awak?
210
00:15:16,876 --> 00:15:18,837
Awak dalam masalahkah?
211
00:15:18,920 --> 00:15:21,506
Saya sangka kamu
yang berada dalam masalah.
212
00:15:21,590 --> 00:15:24,342
Bukankah itu sebabnya kami ke sini?
213
00:15:26,261 --> 00:15:27,721
Ini satu permulaan.
214
00:15:27,804 --> 00:15:31,099
Suruh Cid hubungi saya jika
dia ada banyak lagi senjata nak dijual.
215
00:15:31,182 --> 00:15:33,727
Mengumpulkan senjata
akan menarik perhatian.
216
00:15:33,810 --> 00:15:35,604
Lebih baik awak berhati-hati.
217
00:15:35,687 --> 00:15:37,314
Kami tiada pilihan.
218
00:15:38,857 --> 00:15:40,317
Hera, kita dah nak pergi.
219
00:15:41,568 --> 00:15:43,361
Terima kasih atas lawatan ini.
220
00:15:43,445 --> 00:15:44,696
Sama-sama.
221
00:15:49,200 --> 00:15:50,952
Semoga berjaya.
222
00:15:53,204 --> 00:15:54,581
Awak dapat kawan baru?
223
00:15:54,664 --> 00:15:57,918
Dia agak pelik. Saya suka dia.
224
00:15:58,001 --> 00:16:00,837
Adakah awak tahu yang kita perlu
terbangkan pesawat dengan perasaan?
225
00:16:02,547 --> 00:16:04,507
Perasaan apa?
226
00:16:32,035 --> 00:16:37,123
Jika berlepas dan mendarat adalah sukar,
bukankah awak patut ajar saya?
227
00:16:37,207 --> 00:16:39,292
Awak memang degil.
228
00:16:39,376 --> 00:16:41,753
Pesawat Empayar sedang menghampiri kita.
229
00:16:41,836 --> 00:16:43,588
Terbang rendah. Cuba lari daripada mereka.
230
00:17:03,525 --> 00:17:05,569
Bergerak.
231
00:17:21,501 --> 00:17:23,670
Apa kita nak buat?
232
00:17:46,943 --> 00:17:50,989
Mereka bertiga ditangkap
menyeludup senjata ke planet ini.
233
00:17:52,240 --> 00:17:58,330
Cik Syndulla, tak sangka awak terlibat.
234
00:17:58,413 --> 00:18:01,291
Cham dalangnya! Hera buktinya.
235
00:18:01,374 --> 00:18:03,376
Dia sedang merancang pemberontakan.
236
00:18:03,460 --> 00:18:04,878
Tidak!
237
00:18:04,961 --> 00:18:08,340
Kehadiran awak di sini dah
cukup untuk membabitkan dia.
238
00:18:08,423 --> 00:18:10,759
Orang ramai takkan anggapnya begitu.
239
00:18:10,842 --> 00:18:12,052
Awak sendiri yang cakap.
240
00:18:12,135 --> 00:18:13,678
Mereka sukakan dia.
241
00:18:13,762 --> 00:18:18,516
Serta, Cham belum
melakukan apa-apa jenayah lagi.
242
00:18:18,600 --> 00:18:20,644
Namun, Hera Syndulla dah buat jenayah.
243
00:18:20,727 --> 00:18:22,437
Tuan, dia cuma seorang budak.
244
00:18:22,520 --> 00:18:25,690
Dia seorang pembelot. Bawa mereka pergi.
245
00:18:38,954 --> 00:18:42,958
Saya nampak tiga askar Glie
di rabung barat.
246
00:18:43,041 --> 00:18:45,001
Patutkah saya uruskan mereka?
247
00:18:45,085 --> 00:18:47,921
Tidak. Biar mereka laporkannya.
248
00:18:48,004 --> 00:18:50,799
Pastikan awak kembali ke posisi.
249
00:18:59,724 --> 00:19:01,601
Kita perlu hubungi jeneral.
250
00:19:02,727 --> 00:19:04,312
Menyeludup senjata?
251
00:19:04,396 --> 00:19:05,647
Apa yang Hera fikirkan?
252
00:19:05,730 --> 00:19:08,149
Kita perlu bercakap
dengan Senator Taa segera.
253
00:19:10,902 --> 00:19:11,945
Apa yang awak dapat tahu?
254
00:19:12,028 --> 00:19:13,196
Hera dan Gobi ditangkap!
Mereka didapati bersalah sebab menderhaka.
255
00:19:13,280 --> 00:19:15,448
Didapati bersalah sebab menderhaka?
256
00:19:15,532 --> 00:19:17,325
Mereka masih belum dibicarakan.
257
00:19:18,368 --> 00:19:19,786
Taa akan pastikan yang
mereka takkan dibicarakan.
258
00:19:19,869 --> 00:19:21,288
Kita perlu buat sesuatu!
259
00:19:21,371 --> 00:19:24,416
Kita perlu pintas mereka sebelum
mereka sampai ke ibu kota.
260
00:19:24,499 --> 00:19:25,584
Di mana mereka sekarang?
261
00:19:25,667 --> 00:19:28,420
Pinggiran Barat. Sektor Tiga.
262
00:19:28,503 --> 00:19:29,963
Chopper, ayuh!
263
00:19:53,570 --> 00:19:55,530
Kereta kebal itu menuju
ke jalan sempit itu.
264
00:19:55,614 --> 00:19:57,866
Kita perlu pintas mereka
sebelum mereka sampai ke sana.
265
00:19:57,949 --> 00:19:59,910
Berpecah.
266
00:19:59,993 --> 00:20:01,995
Tunggu di sini dan tunggu isyarat saya.
267
00:20:02,078 --> 00:20:03,997
Ya.
268
00:20:44,204 --> 00:20:46,331
Musuh sedang menghampiri!
269
00:20:46,414 --> 00:20:47,666
Konvoi ini sedang disasarkan.
270
00:20:47,749 --> 00:20:50,126
Syndulla dalangnya. Saya tahu.
271
00:20:50,210 --> 00:20:52,754
Tunggu apa lagi? Serang!
272
00:20:54,005 --> 00:20:55,340
Ya, tuan.
273
00:21:39,885 --> 00:21:40,969
Kita kehilangan isyarat!
274
00:21:41,052 --> 00:21:42,846
Di mana pasukan bantuan?
275
00:21:47,767 --> 00:21:49,227
Sistem komunikasi kita diputuskan.
276
00:21:50,687 --> 00:21:52,188
Apa kita nak buat sekarang?
277
00:22:22,802 --> 00:22:26,056
Kamu harus bertahan
sehingga bantuan tiba di sini.
278
00:22:26,139 --> 00:22:28,767
Tidak. Ia dah terlambat.
279
00:22:28,850 --> 00:22:30,852
Beritahu mereka kita akan menyerah diri.
280
00:22:30,936 --> 00:22:33,355
Menyerah diri? Apa yang awak buat?
281
00:22:33,438 --> 00:22:34,814
Memastikan kita hidup, senator.
282
00:22:36,983 --> 00:22:38,860
Mak!
283
00:22:47,535 --> 00:22:49,246
Apa ayah nak buat?
284
00:22:49,329 --> 00:22:51,331
Taa takkan biarkan perkara ini.
285
00:22:51,414 --> 00:22:54,209
Biar kami yang uruskannya.
286
00:23:02,509 --> 00:23:05,011
Berani awak serang konvoi kami!
287
00:23:05,095 --> 00:23:06,555
Kamu semua pembelot.
288
00:23:06,638 --> 00:23:10,433
Awak ugut anak saya
dan tuduh dia menderhaka?
289
00:23:10,517 --> 00:23:14,020
Selama bertahun-tahun, awak utamakan
perasaan tamak dan kepentingan sendiri
290
00:23:14,104 --> 00:23:15,522
berbanding kepentingan Ryloth..
291
00:23:15,605 --> 00:23:18,525
Awak yang menderhaka.
292
00:23:18,608 --> 00:23:20,068
Buatlah sesuatu!
293
00:23:20,151 --> 00:23:22,112
Dia yang pegang pistol laser itu.
294
00:23:22,195 --> 00:23:25,448
Cham, berhenti
dan fikirkan tindakan awak ini.
295
00:23:30,287 --> 00:23:34,666
Taa akan menerima balasannya,
tapi bukan begini.
296
00:23:42,215 --> 00:23:44,885
Terima kasih sebab
jalankan tugas awak, senator.
297
00:23:58,982 --> 00:24:02,569
Chopper, bawa Hera
keluar dari sini. Pergi!
298
00:24:10,160 --> 00:24:13,830
Tangkap mereka atas
cubaan membunuh Orn Free Taa.
299
00:24:27,177 --> 00:24:30,305
Gadis Syndulla itu takkan pergi jauh.
300
00:24:30,388 --> 00:24:33,266
Suruh tentera kita cari dia.
301
00:24:53,411 --> 00:24:56,414
Diterjemahkan oleh Aizat Bahri