1 00:00:35,600 --> 00:00:38,360 (Episod sebelum ini) 2 00:00:38,480 --> 00:00:41,200 Saya mahu berjuang untuk hubungan kami semula. 3 00:00:42,680 --> 00:00:43,680 Tapi maaf. 4 00:00:44,520 --> 00:00:48,600 Saya telah tentukan siapa yang saya patut perjuangkan. 5 00:00:50,760 --> 00:00:51,880 Saya cintakan awak. 6 00:00:51,920 --> 00:00:54,800 Satu-satunya cara untuk saya balas perasaan awak adalah... 7 00:00:54,840 --> 00:00:56,080 dengan mengahwini awak. 8 00:00:58,680 --> 00:01:00,680 Tapi awak tahu yang itu takkan berlaku, bukan? 9 00:01:01,840 --> 00:01:05,880 Saya mahukan lelaki yang boleh bawa saya ke syurga yang saya percayai, Aryan. 10 00:01:14,767 --> 00:01:17,567 (Aisyah) 11 00:01:57,800 --> 00:01:58,880 Kenapa? 12 00:02:00,840 --> 00:02:03,520 -Awak ada masalah? -Tidak, saya okey. 13 00:02:04,680 --> 00:02:08,280 Oh ya, ayah. Saya ada urusan di kampus tengah hari ini. 14 00:02:08,320 --> 00:02:10,440 Selepas itu, saya boleh pergi ke pejabat. 15 00:02:11,000 --> 00:02:14,560 Kalau awak sibuk atau ada urusan, awak tak perlu pergi ke pejabat. 16 00:02:15,200 --> 00:02:17,040 Tak mengapa, ayah. Saya boleh pergi ke pejabat. 17 00:02:17,560 --> 00:02:18,560 Kalau begitu, okey. 18 00:02:23,040 --> 00:02:27,080 Aryan, ibu dah buatkan sandwic istimewa ibu untuk awak. 19 00:02:27,920 --> 00:02:28,960 Duduklah, ibu. 20 00:02:30,080 --> 00:02:33,760 Tapi ibu dah lupa semua resipi nenek yang lain. 21 00:02:33,800 --> 00:02:36,280 -Kerana ibu sibuk, betul tak? -Tak mengapa. 22 00:02:38,764 --> 00:02:39,884 Terima kasih banyak-banyak, ibu. 23 00:02:40,960 --> 00:02:42,520 Ini mengingatkan saya kepada masa lalu. 24 00:02:43,320 --> 00:02:47,400 Ketika saya mahu pergi ke sekolah, ibu pasti akan buat sandwic untuk saya. 25 00:02:47,720 --> 00:02:49,840 -Terima kasih, ibu. -Sama-sama. 26 00:02:53,800 --> 00:02:55,080 Okeylah. 27 00:02:55,856 --> 00:02:57,027 Awak tak adil. 28 00:02:57,835 --> 00:02:59,035 Awak tak buatkan untuk saya? 29 00:03:00,840 --> 00:03:04,680 Awak selalunya makan di luar bersama kawan-kawan awak, betul tak? 30 00:03:06,680 --> 00:03:08,465 Tapi janganlah begini, sayang. 31 00:03:08,506 --> 00:03:10,501 Saya juga mahukan sandwic yang awak buat. 32 00:03:10,541 --> 00:03:11,541 Sudahlah. 33 00:03:11,920 --> 00:03:14,480 Sandwic yang ini pun sudah begitu susah untuk dibuat. 34 00:03:14,520 --> 00:03:16,840 -Okey. -Awak pun tahu yang saya sibuk. 35 00:03:20,480 --> 00:03:22,440 -Cepatlah. -Ya. 36 00:03:22,480 --> 00:03:24,040 -Cubalah. -Okey, ibu. 37 00:03:27,600 --> 00:03:28,640 Doktor. 38 00:03:32,440 --> 00:03:36,200 Awak tak berkelakuan seperti biasa, doktor. 39 00:03:38,120 --> 00:03:39,840 Biasanya saya bagaimana? 40 00:03:40,800 --> 00:03:45,640 Biasanya ketika awak melawat pesakit, awak lakukannya sambil beribadah. 41 00:03:47,200 --> 00:03:48,240 Ibadah? 42 00:03:51,560 --> 00:03:54,360 Senyum. Senyum adalah ibadah. 43 00:03:55,040 --> 00:03:57,720 Ia membuatkan semua pesakit di sini berasa gembira. 44 00:03:58,600 --> 00:04:02,520 Tapi nampaknya senyuman awak dah hilang hari ini. 45 00:04:03,600 --> 00:04:05,034 Banyak yang awak sedang fikirkan, betul tak? 46 00:04:08,480 --> 00:04:10,360 Saya okey, En. Yatno. 47 00:04:12,720 --> 00:04:15,840 -Atau awak sedang ada masalah? -En. Yatno. 48 00:04:15,880 --> 00:04:18,600 Lebih baik jika awak fokus pada pemulihan awak terlebih dahulu. 49 00:04:18,640 --> 00:04:20,560 Saya pergi dulu. Dr. Hanan akan melawat awak nanti. 50 00:04:20,600 --> 00:04:21,800 Assalamualaikum. 51 00:04:22,560 --> 00:04:23,720 Waalaikumussalam. 52 00:04:26,680 --> 00:04:30,800 Ini pasti masalah lelaki. Kasihannya. 53 00:04:31,240 --> 00:04:35,920 Dia seorang doktor muda, cantik, tapi dia sedih disebabkan lelaki. 54 00:04:36,400 --> 00:04:38,680 Lebih baik kalau lelaki itu lelaki yang baik seperti saya. 55 00:04:50,920 --> 00:04:51,920 Maaf, encik. 56 00:04:56,720 --> 00:05:00,000 Dia cuma minta maaf, tapi dia tak tolong saya. 57 00:05:00,680 --> 00:05:04,360 Nasib baiklah dia cantik. Kalau tak, dia pasti dah berada dalam... 58 00:05:04,790 --> 00:05:05,790 Dalam... 59 00:05:07,840 --> 00:05:08,840 Ya Tuhan. 60 00:05:10,520 --> 00:05:12,160 Realiti. 61 00:06:44,440 --> 00:06:45,520 =Satu Amin, Dua Iman= 62 00:06:56,440 --> 00:06:57,440 Terima kasih. 63 00:07:02,840 --> 00:07:05,040 Jangan menzalimi diri sendiri. 64 00:07:14,850 --> 00:07:16,130 Boleh saya duduk di sini? 65 00:07:18,960 --> 00:07:19,960 Ya, doktor. 66 00:07:20,680 --> 00:07:23,000 Adakah saya telah membuat kesilapan hari ini? 67 00:07:23,840 --> 00:07:27,680 Saya perasan bahawa awak banyak merenung hari ini. 68 00:07:28,670 --> 00:07:29,950 Awak tidak fokus... 69 00:07:31,680 --> 00:07:33,680 seolah-seolah awak sedang ada masalah. 70 00:07:36,400 --> 00:07:38,680 Memang betul bahawa biasanya awak cuai, 71 00:07:39,240 --> 00:07:40,680 tidak cekap... 72 00:07:42,000 --> 00:07:43,600 dan tidak boleh dipercayai. 73 00:07:45,160 --> 00:07:47,128 Tapi sekurang-kurangnya awak... 74 00:07:48,861 --> 00:07:52,720 sentiasa nampak ceria dan boleh menghidupkan suasana. 75 00:07:55,000 --> 00:07:56,720 Awak ada sebarang masalah, Aisyah? 76 00:07:59,400 --> 00:08:02,320 Kesilapan apa yang telah saya buat hari ini? 77 00:08:06,360 --> 00:08:08,920 Awak boleh bercerita tentangnya jika awak ada sebarang masalah. 78 00:08:10,400 --> 00:08:11,640 Bercerita tentangnya dengan awak? 79 00:08:19,880 --> 00:08:23,348 Dengan sesiapa... 80 00:08:23,389 --> 00:08:27,800 yang awak rasa awak rapat dengannya... 81 00:08:27,840 --> 00:08:32,200 dan awak boleh percayai... 82 00:08:32,240 --> 00:08:36,720 untuk menceritakan masalah yang awak sedang hadapi sekarang... 83 00:08:36,760 --> 00:08:39,160 jauh di dalam sudut hati awak. 84 00:08:41,200 --> 00:08:43,400 -Okey. -Sesiapa pun orang itu. 85 00:08:46,200 --> 00:08:47,920 -Okey. -Ya. 86 00:08:49,160 --> 00:08:51,600 Saya minta maaf kerana saya tiada masa untuk mendengar cerita awak. 87 00:08:51,640 --> 00:08:52,800 Saya pergi dulu. 88 00:09:02,320 --> 00:09:04,211 (Awak sepatutnya tengok muka Dr. Kutub Utara.) 89 00:09:04,252 --> 00:09:06,040 (Dia tiba-tiba saja duduk di depan saya...) 90 00:09:06,080 --> 00:09:09,520 (dan mukanya begitu merah seolah-olah ia akan meletup.) 91 00:09:09,560 --> 00:09:16,480 (Orang yang bermuka merah itu cuma Dr. Hanan atau awak juga?) 92 00:09:24,034 --> 00:09:25,034 Bay. 93 00:09:25,440 --> 00:09:27,600 Bagaimana kalau Rina tak berikan jawapan? 94 00:09:28,480 --> 00:09:32,880 Tam, apa yang penting bagi setiap urusan adalah DUIT. 95 00:09:33,838 --> 00:09:35,598 Awak maksudkan yang Rina materialistik? 96 00:09:36,400 --> 00:09:39,120 Bukan itu maksud saya. Apa yang saya maksudkan dengan DUIT adalah doa, 97 00:09:39,160 --> 00:09:42,600 -Hebatnya. -usaha, ikhtiar... 98 00:09:42,640 --> 00:09:44,960 -dan tawakal. -Hebat. 99 00:09:45,000 --> 00:09:48,000 Kesimpulannya, kita serahkan semuanya kepada dia. 100 00:09:48,040 --> 00:09:52,200 Kita juga mahu dia berikan jawapan yang terbaik. 101 00:09:52,720 --> 00:09:53,720 Betul. 102 00:09:57,280 --> 00:09:58,320 Ya. 103 00:09:59,520 --> 00:10:01,040 Yan, awak nak pergi ke mana? 104 00:10:01,960 --> 00:10:04,520 -Saya nak pergi ke suatu tempat. -Ya, tapi ke mana? 105 00:10:05,000 --> 00:10:07,760 Ia tempat yang jauh. Kamu berdua takkan boleh pergi ke situ. 106 00:10:08,120 --> 00:10:10,160 Kita tak jadi nak makan? 107 00:10:10,943 --> 00:10:13,943 Kenapa awak selalu cakap tentang makan? Bukankah awak nak kurus? 108 00:10:15,680 --> 00:10:17,680 -Kita tak jadi nak makan. -Okey, saya akan belanja. 109 00:10:17,720 --> 00:10:19,480 -Betulkah? -Tabiat awak memang teruk. 110 00:10:30,840 --> 00:10:32,280 Siapa yang kata... 111 00:10:33,520 --> 00:10:37,800 lebih baik lambat daripada tak pernah? 112 00:10:38,400 --> 00:10:39,400 Siapa? 113 00:10:40,480 --> 00:10:41,720 Kenapa dengan awak, Yan? 114 00:10:45,800 --> 00:10:47,800 Adakah awak pernah berada dalam hubungan jarak jauh? 115 00:10:48,280 --> 00:10:49,520 Benarlah apa yang orang kata. 116 00:10:50,320 --> 00:10:53,200 Manusia yang kaya dengan harta hanya boleh dihancurkan kerana cinta. 117 00:10:55,760 --> 00:10:56,840 Siapa yang kata begitu? 118 00:10:57,400 --> 00:10:58,600 Saya sebentar tadi. 119 00:10:59,960 --> 00:11:01,040 Awak memang kelakar. 120 00:11:02,720 --> 00:11:04,480 Awak berada dalam hubungan jarak jauh dengan siapa? 121 00:11:05,080 --> 00:11:06,640 Ini bukan hubungan jarak jauh biasa. 122 00:11:07,120 --> 00:11:08,680 Ini adalah hubungan jarak jauh yang berbeza. 123 00:11:09,160 --> 00:11:11,600 "Kepercayaan agama" jarak jauh. 124 00:11:12,960 --> 00:11:14,840 -Kemudian? -"Kemudian"? 125 00:11:15,320 --> 00:11:17,720 Tiada apa-apa. Kami berbeza agama. Saya berada di jalan mati. 126 00:11:21,160 --> 00:11:22,600 Kenapa awak boleh sukakan dia? 127 00:11:24,359 --> 00:11:25,479 Sebenarnya, 128 00:11:27,000 --> 00:11:28,440 tiada sebarang sebab. 129 00:11:29,160 --> 00:11:30,920 Ini adalah gadis dari hospital itu, betul tak? 130 00:11:33,760 --> 00:11:34,920 Doktor Riana? 131 00:11:36,440 --> 00:11:38,560 Ya. Kenapa? 132 00:11:39,360 --> 00:11:40,694 Apa yang awak maksudkan dengan "kenapa"? 133 00:11:41,080 --> 00:11:42,704 Agamanya berbeza daripada awak. 134 00:11:43,160 --> 00:11:44,120 Kalau tak salah, 135 00:11:44,160 --> 00:11:46,427 awak pernah mengalami situasi begini ketika di sekolah tinggi, bukan? 136 00:11:46,680 --> 00:11:47,880 Awak tahu pengakhirannya. 137 00:11:50,720 --> 00:11:52,800 Aisyah, saya tahu bahawa... 138 00:11:54,200 --> 00:11:55,600 awak kecewa dengan saya. 139 00:11:56,040 --> 00:11:57,479 Awak kecewa... 140 00:11:58,303 --> 00:12:00,023 kerana kita mempunyai kepercayaan berbeza. 141 00:12:00,080 --> 00:12:03,360 Itu bermakna awak mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya. 142 00:12:04,480 --> 00:12:07,397 Satu-satunya cara untuk saya balas perasaan awak adalah... 143 00:12:07,438 --> 00:12:08,920 dengan mengahwini awak. 144 00:12:11,280 --> 00:12:13,360 Tapi awak tahu yang itu takkan berlaku, bukan? 145 00:12:14,360 --> 00:12:15,960 Tapi awak pernah beritahu saya dulu... 146 00:12:17,840 --> 00:12:21,640 bahawa jika kita sukakan seseorang, pastikan perasaannya pada kita dulu. 147 00:12:22,400 --> 00:12:23,440 Betul tak? 148 00:12:26,240 --> 00:12:29,800 Saya dah pastikan perasaannya pada saya. Saya yakin dia juga sukakan saya. 149 00:12:30,640 --> 00:12:31,720 Begitulah ceritanya, Chan. 150 00:12:32,800 --> 00:12:34,400 -Aryan... -Sekarang... 151 00:12:34,760 --> 00:12:38,280 jika salah seorang daripada kami berpindah agama, 152 00:12:39,200 --> 00:12:40,720 adakah akan ada pengakhiran yang bahagia? 153 00:12:41,800 --> 00:12:43,240 Bukan untuk ibu bapa awak. 154 00:12:49,240 --> 00:12:50,920 Kalau awak ingin memaksanya, 155 00:12:50,960 --> 00:12:52,880 kisah cinta antara agama berbeza... 156 00:12:52,920 --> 00:12:54,480 hanya mempunyai dua pengakhiran, Yan. 157 00:12:54,960 --> 00:12:56,120 Apakah pengakhirannya? 158 00:12:56,160 --> 00:12:57,444 Tukar teman wanita awak... 159 00:12:58,318 --> 00:12:59,718 atau tukar Tuhan awak. 160 00:13:16,000 --> 00:13:18,240 Saya boleh memeluk Islam. Saya cuma perlukan masa... 161 00:13:18,280 --> 00:13:20,920 Saya lebih rela untuk tidak berkahwin seumur hidup saya... 162 00:13:20,960 --> 00:13:24,360 daripada mengahwini lelaki yang berpindah agama hanya kerana saya. 163 00:13:26,960 --> 00:13:31,000 Saya mahukan lelaki yang boleh bawa saya ke syurga yang saya percayai, Aryan. 164 00:14:29,520 --> 00:14:32,080 Islam melarang perkahwinan beza agama... 165 00:14:32,120 --> 00:14:36,400 berdasarkan firman Allah, surah al-Baqarah, ayat 221. 166 00:14:36,440 --> 00:14:41,160 Dan janganlah kamu mengahwini wanita musyrik sehingga mereka beriman. 167 00:14:41,640 --> 00:14:44,730 Sesungguhnya hamba wanita yang beriman... 168 00:14:44,771 --> 00:14:46,931 adalah lebih baik daripada wanita musyrik... 169 00:14:47,480 --> 00:14:49,240 walaupun dia boleh memuaskan kamu. 170 00:14:49,720 --> 00:14:54,440 Dan janganlah kamu kahwinkan lelaki musyrik dengan wanita beriman... 171 00:14:54,480 --> 00:14:56,240 sebelum mereka beriman. 172 00:16:00,640 --> 00:16:03,240 Inilah anak perempuan ayah. 173 00:16:04,120 --> 00:16:09,840 Bakal doktor, cantik dan pandai memasak. 174 00:16:11,080 --> 00:16:12,520 Jadi apa kekurangan saya, ayah? 175 00:16:15,040 --> 00:16:16,240 Biar ayah fikir. 176 00:16:18,080 --> 00:16:20,880 Oh ya, ayah. Temankan saya ke perkahwinan Dr. Mega esok, okey? 177 00:16:20,920 --> 00:16:23,040 Kerana saya tak tahu siapa yang patut saya ajak. 178 00:16:24,120 --> 00:16:25,440 Bagaimana dengan Rina? 179 00:16:27,040 --> 00:16:30,000 Rina ada urusan keluarga yang perlu dihadiri. 180 00:16:35,080 --> 00:16:37,400 Memang ayah yang patut temankan awak? 181 00:16:38,240 --> 00:16:42,120 Tolonglah. Siapa lagi yang boleh saya ajak? 182 00:16:42,680 --> 00:16:44,501 Itulah kekurangan awak. 183 00:16:45,054 --> 00:16:46,054 Apa? 184 00:16:47,480 --> 00:16:49,040 Awak kekurangan pasangan. 185 00:16:49,600 --> 00:16:54,080 -Ayah. -Oleh itu, cepatlah jadi doktor... 186 00:16:54,120 --> 00:16:58,200 supaya awak boleh dapatkan pasangan yang merupakan imam sebenar segera. 187 00:16:58,920 --> 00:17:02,040 Apa-apa sajalah, ayah. Tapi temankan saya esok, okey? 188 00:17:03,120 --> 00:17:04,664 Biar ayah fikirkannya dulu. 189 00:17:04,705 --> 00:17:06,000 Ayah, tolonglah. 190 00:17:06,040 --> 00:17:07,360 Okey. 191 00:17:20,080 --> 00:17:22,840 Assalamualaikum, pak cik. Assalamualaikum, Aisyah. 192 00:17:23,520 --> 00:17:24,960 Waalaikumussalam. 193 00:17:25,000 --> 00:17:27,360 -Awak sihat? -Alhamdulillah, saya sihat. 194 00:17:27,400 --> 00:17:30,320 -Bagaimana dengan awak? Awak sihat? -Alhamdulillah, saya sihat. 195 00:17:30,360 --> 00:17:32,380 Pak cik, Aisyah, 196 00:17:32,421 --> 00:17:36,600 bagaimana kalau kita masuk bersama-sama? Kalau kamu berdua tak kisah. 197 00:17:37,120 --> 00:17:38,560 -Adakah awak berseorangan? -Ya. 198 00:17:39,120 --> 00:17:41,680 Okeylah. Jom masuk. 199 00:17:42,360 --> 00:17:43,960 Cepatlah. 200 00:17:44,000 --> 00:17:47,120 -Jom pergi, doktor. -Jom. 201 00:17:49,160 --> 00:17:51,222 Orang di kampus kata... 202 00:17:51,263 --> 00:17:53,440 susah bagi Dr. Mega untuk mendapatkan jodohnya. 203 00:17:53,480 --> 00:17:55,211 -Kenapa? -Kerana dia terlalu bijak. 204 00:17:55,252 --> 00:17:56,452 Ijazahnya sangat mengagumkan. 205 00:17:57,047 --> 00:17:59,927 Lelaki biasanya kurang keyakinan diri dengan wanita bijak. 206 00:18:00,640 --> 00:18:01,640 Betulkah? 207 00:18:02,840 --> 00:18:04,209 Apa pendapat awak, Dr. Hanan? 208 00:18:06,800 --> 00:18:08,280 Pendapat saya? 209 00:18:12,080 --> 00:18:16,400 Saya rasa lelaki yang takut untuk mendekati wanita bijak... 210 00:18:16,440 --> 00:18:17,840 adalah lelaki yang dungu. 211 00:18:20,320 --> 00:18:22,160 Kerana wanita yang kita kahwini... 212 00:18:22,200 --> 00:18:24,400 adalah tempat pelajaran pertama anak kita. 213 00:18:25,640 --> 00:18:26,880 Jadi, sudah tentulah... 214 00:18:27,680 --> 00:18:32,760 semakin bijak seorang wanita, semakin bagus dia sebagai pasangan. 215 00:18:36,160 --> 00:18:39,520 -Memang sepadan. -Ayah! 216 00:18:43,840 --> 00:18:46,560 -Aisyah, awak datang dengan siapa? -Doktor, tahniah. 217 00:18:46,600 --> 00:18:49,040 -Saya datang dengan ayah saya. -Begitu. 218 00:18:49,400 --> 00:18:52,040 Hanan. Kamu semua datang ke sini bersama-sama? 219 00:18:52,080 --> 00:18:55,120 Kami bertemu di tempat letak kenderaan. Tahniah. 220 00:18:55,480 --> 00:18:58,440 Ya, terima kasih. Kalau kamu datang bersama-sama juga tak mengapa. 221 00:19:01,880 --> 00:19:04,800 Saya cuma bergurau. Mari ambil gambar bersama. 222 00:19:05,360 --> 00:19:07,280 Mari ambil gambar bersama. 223 00:19:07,320 --> 00:19:09,960 Mari ke sini. Mari ke sini, Ais. 224 00:19:10,000 --> 00:19:11,200 Ayah. 225 00:19:20,160 --> 00:19:23,560 Okey, saya balik dulu. Tolong tengokkan Ais di hospital. 226 00:19:23,600 --> 00:19:25,600 Kalau dia berperangai tak elok, marah saja dia. 227 00:19:26,520 --> 00:19:27,920 Dia dah selalu buat begitu. 228 00:19:33,880 --> 00:19:35,160 Jom balik, ayah. 229 00:19:35,960 --> 00:19:37,240 Okey. 230 00:19:38,080 --> 00:19:40,240 -Jumpa lagi, doktor. Assalamualaikum. -Aisyah, waalaikumussalam. 231 00:19:40,280 --> 00:19:42,080 -Assalamualaikum. -Waalaikumussalam, pak cik. 232 00:20:05,520 --> 00:20:08,120 Saya ada salinan untuk rekod En. Yatno. 233 00:20:08,160 --> 00:20:11,800 Tapi saya akan tanya Dr. Dio tentangnya, kemudian saya akan beritahu awak. 234 00:20:11,840 --> 00:20:14,480 Okey, tapi jangan terlalu lama, okey? Saya sangat perlukannya. 235 00:20:14,520 --> 00:20:15,880 -Okey. -Okey. 236 00:20:17,480 --> 00:20:20,240 -Assalamualaikum, Aisyah. -Waalaikumussalam. 237 00:20:20,280 --> 00:20:22,800 -Apa khabar hari ini? -Alhamdulillah, baik. 238 00:20:22,840 --> 00:20:24,080 Alhamdulillah. 239 00:20:24,920 --> 00:20:26,080 Adakah awak sedang sibuk? 240 00:20:27,880 --> 00:20:29,480 Seperti biasalah, doktor. 241 00:20:30,120 --> 00:20:32,960 Saya mengikut awak atau Dr. Dio. 242 00:20:33,000 --> 00:20:34,800 Memandangkan pensyarah penyelia saya sedang cuti. 243 00:20:35,760 --> 00:20:36,760 Dia sedang cuti? 244 00:20:37,110 --> 00:20:39,950 Kita pergi ke perkahwinan Dr. Mega bersama-sama. 245 00:20:40,760 --> 00:20:43,720 Dr. Mega sedang bercuti untuk berbulan madu, doktor. 246 00:20:44,480 --> 00:20:46,680 Oh, ya. Saya tahu tentangnya. 247 00:20:56,640 --> 00:20:58,400 Assalamualaikum. 248 00:20:58,880 --> 00:21:02,480 Maafkan saya. Saya tengok kamu berdua berdiam diri saja. 249 00:21:04,560 --> 00:21:07,120 Bagaimana kalau ada pesakit yang mencari kamu? 250 00:21:08,720 --> 00:21:11,280 -Boleh saya mengemop di sini? -Ya, silakan, encik. 251 00:21:21,200 --> 00:21:24,280 -Saya pergi dulu. -Ya, silakan, En. Ujang. Terima kasih. 252 00:21:39,120 --> 00:21:40,760 Ada sesuatu yang awak ingin beritahu? 253 00:21:41,425 --> 00:21:42,505 Ya. 254 00:21:43,480 --> 00:21:44,617 Awak nak... 255 00:21:45,216 --> 00:21:48,320 Saya nak pergi ke bilik En. Yatno untuk temankan Dr. Dio. 256 00:21:49,520 --> 00:21:51,360 Setahu saya, Dr. Dio masih belum datang. 257 00:21:51,905 --> 00:21:53,000 Biar saya temankan awak. 258 00:21:54,174 --> 00:21:55,654 -Okey. -Jom. 259 00:21:58,000 --> 00:21:59,000 Silakan pergi dulu. 260 00:22:02,800 --> 00:22:07,040 Doktor, kenapa sarapannya berbeza daripada biasa? 261 00:22:07,960 --> 00:22:10,760 -Betulkah? -Biasanya sarapannya bagaimana? 262 00:22:10,800 --> 00:22:13,880 Sarapan yang biasa adalah nasi. Tapi kenapa saya dapat bubur? 263 00:22:13,920 --> 00:22:16,640 Kerana jadual sarapan memang begitu. 264 00:22:17,720 --> 00:22:20,005 Saya okey untuk memakan bubur sebagai sarapan, 265 00:22:20,046 --> 00:22:22,200 tapi bubur itu perlulah dikacau terlebih dahulu. 266 00:22:22,240 --> 00:22:25,000 Saya pula berbeza. Bagi saya, ia tak boleh dikacau. 267 00:22:25,720 --> 00:22:28,880 Saya juga seperti awak. Saya perlu mengacaunya dulu. 268 00:22:28,920 --> 00:22:31,040 Apabila kita memakan bubur, ia perlu dikacau... 269 00:22:31,080 --> 00:22:33,760 supaya semuanya sebati. Kacang, ayam, perasa... 270 00:22:33,800 --> 00:22:34,920 dan keropok akan sebati. 271 00:22:34,960 --> 00:22:37,120 Kesimpulannya, bubur yang kita makan perlu dikacau. 272 00:22:37,160 --> 00:22:40,360 -Kamu nak berdebat dengan saya? -Okey, betul kata awak. 273 00:22:40,400 --> 00:22:42,840 Bercakap tentang bubur, adakah terdapat bubur yang sedap di sini? 274 00:22:42,880 --> 00:22:46,080 Bubur yang paling sedap adalah bubur Palapapa. 275 00:22:46,120 --> 00:22:49,451 Itu adalah bubur paling sedap di Internet. 276 00:22:49,490 --> 00:22:50,770 Kamu mahu berdebat tentang ini juga? 277 00:22:51,520 --> 00:22:52,840 Saya tak pasti kalau ada di sini, 278 00:22:52,880 --> 00:22:56,080 tapi saya tahu ada banyak kedai makan yang sedap berdekatan. 279 00:22:56,120 --> 00:22:57,720 Ada pelbagai jenis makanan di situ. 280 00:22:58,240 --> 00:23:00,480 -Kebetulan, saya sedang lapar. -Awak nak pergi ke sana? 281 00:23:00,520 --> 00:23:01,880 -Ya. -Jom pergi. 282 00:23:01,920 --> 00:23:04,320 Makanan paling sedap adalah di Bandung. 283 00:23:04,360 --> 00:23:05,480 Adakah mereka mempunyai sate padang di situ? 284 00:23:05,520 --> 00:23:07,520 -Rasanya ada. -Sate padang tiada di Bandung. 285 00:23:07,560 --> 00:23:10,080 Semua makanan adalah sedap sewaktu bercinta. 286 00:23:11,800 --> 00:23:13,600 Cinta. 287 00:23:14,120 --> 00:23:16,360 Pergilah makan cinta. 288 00:23:17,120 --> 00:23:19,720 Saya dah dipenuhi cinta. 289 00:23:20,000 --> 00:23:22,080 Makan cinta? Awak maksudkan makan bubur. 290 00:23:22,320 --> 00:23:24,600 Itu adalah hasil memakan cinta. 291 00:23:26,160 --> 00:23:27,400 Dia masih hidup. 292 00:23:28,520 --> 00:23:29,866 Boleh saya tolong awak? 293 00:23:29,907 --> 00:23:31,082 Tidak. 294 00:23:31,123 --> 00:23:32,360 Saya tak percayakan awak. 295 00:23:32,685 --> 00:23:33,685 Kotornya. 296 00:23:34,280 --> 00:23:37,360 -Ini sakit. Keluar. -Ia masih belum sembuh. 297 00:23:38,080 --> 00:23:39,360 Jangan biarkan ia sembuh. 298 00:23:40,440 --> 00:23:42,920 Dipenuhi cinta. Mereka dipenuhi bubur. 299 00:23:43,800 --> 00:23:45,800 Sate padang di sini memang sedap. 300 00:23:48,680 --> 00:23:51,680 Bagaimana dengan siomay? Adakah ia sedap? 301 00:23:55,320 --> 00:23:57,600 Bukankah awak nak makan sate padang? 302 00:23:58,520 --> 00:24:03,960 Betul, tapi selepas memikirkannya, saya sedang berdiet rendah kalori. 303 00:24:04,000 --> 00:24:06,160 -Jadi... -Okey. 304 00:24:08,400 --> 00:24:10,760 Sepuluh cucuk sate padang berserta ketupat... 305 00:24:10,800 --> 00:24:13,640 dan kuahnya bersamaan lebih kurang 450 kalori. 306 00:24:14,240 --> 00:24:17,880 Siomay berserta sos kacang, tepung, kentang, telur... 307 00:24:17,920 --> 00:24:21,440 atau apa-apa saja kandungannya bersamaan lebih kurang 430 kalori. 308 00:24:22,600 --> 00:24:25,600 Jadi jika awak betul-betul mengira jumlah kalori... 309 00:24:25,640 --> 00:24:27,280 yang akan masuk ke dalam badan awak, 310 00:24:28,200 --> 00:24:29,440 awak patut memakan buah. 311 00:24:31,680 --> 00:24:32,720 Atau sayur. 312 00:24:37,240 --> 00:24:38,240 Jadi? 313 00:24:39,120 --> 00:24:42,080 Awak nak makan sate padang atau cuma buah? 314 00:24:43,920 --> 00:24:45,080 Apa yang awak nak pesan? 315 00:24:47,840 --> 00:24:53,240 Memandangkan saya juga sedang mengira kalori, saya cuma akan memesan minuman. 316 00:24:54,480 --> 00:24:56,200 Okey, saya juga akan memesan minuman saja. 317 00:24:56,920 --> 00:24:59,360 Saya akan ambil ini. Halia merah. 318 00:25:01,280 --> 00:25:02,920 Kenapa awak tak minum jus saja? 319 00:25:04,680 --> 00:25:09,080 Ia lebih sihat dan juga lebih bagus untuk kulit awak, pencernaan... 320 00:25:09,120 --> 00:25:10,480 serta metabolisma awak. 321 00:25:11,480 --> 00:25:13,400 Awak dah pandai bergurau sekarang, doktor? 322 00:25:14,800 --> 00:25:17,080 Saya juga nampak awak dah boleh bergurau dengan pesakit sekarang. 323 00:25:19,120 --> 00:25:22,160 Apa maksud awak? Saya juga manusia, Aisyah. 324 00:25:22,680 --> 00:25:24,360 Saya perlu bergurau sekali-sekala. 325 00:25:24,960 --> 00:25:26,200 Saya bukannya robot. 326 00:25:27,160 --> 00:25:29,520 Tapi awak memang seperti robot pada awalnya. Awak seorang yang kaku. 327 00:25:31,120 --> 00:25:33,440 Bahkan saya juga hampir ditakutkan. 328 00:25:36,640 --> 00:25:39,160 Maaf. Tapi saya bukan begitu sekarang, betul tak? 329 00:25:40,320 --> 00:25:43,400 Sekarang awak masih seperti robot. 330 00:25:43,440 --> 00:25:46,800 Tapi robot yang hampir menjadi manusia. 331 00:25:48,080 --> 00:25:49,160 Apakah ini? 332 00:25:52,520 --> 00:25:55,240 Seperti robot yang hampir menjadi manusia. 333 00:25:56,880 --> 00:26:01,320 Sebenarnya, sewaktu awak mula menjadi pembantu bersama saya, 334 00:26:03,480 --> 00:26:05,200 saya sedang patah hati. 335 00:26:07,400 --> 00:26:08,666 Seriuskah, doktor? 336 00:26:09,523 --> 00:26:10,523 Ya. 337 00:26:12,240 --> 00:26:15,000 Awak betul-betul mahu berkongsi masalah awak dengan saya? 338 00:26:15,040 --> 00:26:16,400 Tentang patah hati? 339 00:26:18,120 --> 00:26:20,280 Ya Tuhan, Dr. Kutub! 340 00:26:24,040 --> 00:26:25,040 Apa? 341 00:26:30,600 --> 00:26:32,280 Saya dah dengar, Aisyah. "Dr. Kutub". 342 00:26:32,760 --> 00:26:34,560 Apa maksud "Dr. Kutub"? 343 00:26:35,080 --> 00:26:36,560 Boleh awak jelaskannya kepada saya? 344 00:26:37,080 --> 00:26:39,240 Tapi tolong jangan marah, okey? 345 00:26:40,240 --> 00:26:46,520 Itu bergantung. Kalau ia teruk untuk saya, saya berhak untuk marah. 346 00:26:49,840 --> 00:26:51,040 Jadi... 347 00:26:52,600 --> 00:26:57,120 hampir semua jururawat di hospital memanggil awak Dr. Kutub. 348 00:26:59,320 --> 00:27:05,440 Kerana awak dingin dan kaku seperti Kutub Utara. 349 00:27:05,480 --> 00:27:06,680 Sebab itulah... 350 00:27:07,520 --> 00:27:08,840 Dr. Kutub. 351 00:27:12,800 --> 00:27:14,680 Okey. 352 00:27:21,120 --> 00:27:22,160 Aisyah. 353 00:27:25,840 --> 00:27:31,280 Kita adalah manusia yang termasuk dalam kategori makhluk berdarah panas. 354 00:27:33,920 --> 00:27:35,049 Suhu badan manusia... 355 00:27:35,090 --> 00:27:39,000 berada dalam julat 36 hingga 37 darjah Celsius. 356 00:27:39,680 --> 00:27:41,600 Jadi bagaimana seorang manusia boleh sedingin ais? 357 00:27:45,440 --> 00:27:46,480 Saya bergurau. 358 00:27:47,200 --> 00:27:48,640 Awak patut tengok muka awak. 359 00:27:49,560 --> 00:27:50,760 Menjengkelkan. 360 00:27:51,880 --> 00:27:53,320 Jadi adakah kita akan membuat pesanan? 361 00:27:53,360 --> 00:27:55,800 Saya mahu membuat pesanan. Biar saya panggil pelayan. 362 00:27:59,960 --> 00:28:03,880 Okey, antara tiga buah buku ini, saya patut mulakan dari mana? 363 00:28:07,240 --> 00:28:09,560 Yan, awak okey tak? 364 00:28:09,600 --> 00:28:11,640 Adakah awak baru dirompak? Kepala awak terhantuk? 365 00:28:12,480 --> 00:28:14,560 Apa yang awak cakap? Awak nak tolong saya atau tak? 366 00:28:17,880 --> 00:28:19,160 Awak nak jadi ustaz? 367 00:28:20,280 --> 00:28:21,440 Tam, saya serius. 368 00:28:22,440 --> 00:28:24,520 Okey. Awak serius tentang ini? 369 00:28:24,920 --> 00:28:25,920 Serius tentang apa? 370 00:28:26,400 --> 00:28:28,080 Adakah awak serius mahu memeluk Islam? 371 00:28:29,920 --> 00:28:33,320 Kamu rasa jika saya memeluk Islam, 372 00:28:34,440 --> 00:28:35,920 adakah Aisyah akan terima saya atau tak? 373 00:28:39,440 --> 00:28:41,920 Jadi awak ingin memeluk Islam demi Aisyah? 374 00:28:42,400 --> 00:28:45,840 Adakah awak rasa agama Islam adalah agama yang benar? 375 00:28:46,800 --> 00:28:51,240 Bayu dan saya berpendapat bahawa Islam adalah agama yang benar. 376 00:28:53,840 --> 00:28:56,240 Bagi awak pula, awak perlu pastikannya sendiri. 377 00:28:56,280 --> 00:29:01,200 Ya, jadi apa sebabnya awak mahu memeluk Islam? 378 00:29:03,332 --> 00:29:05,452 Kalau saya kata kerana cinta, 379 00:29:05,960 --> 00:29:07,240 ia kedengaran klise. 380 00:29:08,040 --> 00:29:11,094 Tapi kalau awak tanya saya kenapa saya cintakan Aisyah, 381 00:29:11,135 --> 00:29:12,240 saya tiada sebab. 382 00:29:17,560 --> 00:29:18,560 Jadi... 383 00:29:19,000 --> 00:29:20,920 Pergerakan untuk solat. Adakah ia sukar? 384 00:29:20,960 --> 00:29:22,960 Ini yang saya tahu, okey? 385 00:29:23,200 --> 00:29:25,320 Pertama adalah ini. Apa namanya? 386 00:29:26,160 --> 00:29:27,840 -Itu adalah takbiratul ihram. -Okey. 387 00:29:27,880 --> 00:29:30,320 Selepas itu, saya perlu kata "Allahuakbar", betul tak? 388 00:29:30,360 --> 00:29:31,800 -Betul. -Kemudian, saya perlu buat begini. 389 00:29:31,840 --> 00:29:33,416 Kemudian ada doa... 390 00:29:33,457 --> 00:29:35,160 Apakah doa itu? Ia dalam bahasa Arab, betul tak? 391 00:29:35,200 --> 00:29:38,840 -Saya tak tahu bahasa Arab. Bagaimana? -Dengar dulu. 392 00:29:38,880 --> 00:29:42,760 Selepas takbiratul ihram, ada doa yang dipanggil doa iftitah. 393 00:29:43,160 --> 00:29:46,760 -Doa apakah itu? -Saya akan baca sebahagian, okey? 394 00:29:47,680 --> 00:29:49,080 Jadi doa iftitah adalah... 395 00:29:55,600 --> 00:30:02,360 Yang bermaksud bahawa solatku, ibadahku, hidup dan matiku... 396 00:30:02,400 --> 00:30:04,920 hanyalah untuk Allah yang mencipta alam. 397 00:30:06,000 --> 00:30:07,280 Faham tak? 398 00:30:09,480 --> 00:30:11,080 Ya. Saya faham. 399 00:30:12,960 --> 00:30:14,440 Jadi, saya... 400 00:30:16,720 --> 00:30:19,680 telah jatuh cinta dengan pensyarah penyelia awak, Mega. 401 00:30:22,280 --> 00:30:24,240 Kami memang rapat... 402 00:30:26,000 --> 00:30:30,160 Tapi itulah kehidupan, kita tak pernah tahu. Ia penuh dengan kejutan. 403 00:30:30,200 --> 00:30:31,880 Kita tak pernah tahu apa yang akan kita hadapi. 404 00:30:31,920 --> 00:30:35,760 Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku. 405 00:30:36,840 --> 00:30:39,400 Selepas kami rapat buat sekian lama, 406 00:30:41,400 --> 00:30:45,080 rupa-rupanya Mega mempunyai calon pasangan bernama Hanif. 407 00:30:45,840 --> 00:30:52,080 Rupa-rupanya dia hanya menganggap hubungan kami sebagai rakan sekerja. 408 00:30:52,120 --> 00:30:53,480 Atau sebagai keluarga. 409 00:30:54,560 --> 00:30:57,040 Mungkin saya yang terlalu berharap... 410 00:30:57,080 --> 00:31:02,200 kerana saya rasa kami sangat serasi. 411 00:31:02,240 --> 00:31:04,320 Tapi begitulah kehidupan. 412 00:31:05,040 --> 00:31:09,440 Atau mungkin saya rasa dia juga telah berikan harapan kepada saya ketika itu. 413 00:31:10,320 --> 00:31:13,080 Saya yang terlalu terikut perasaan. 414 00:31:13,120 --> 00:31:15,720 Kerana saya seorang yang baik, jadi... 415 00:31:17,320 --> 00:31:20,200 Saya takkan pernah tahu. Mungkin Tuhan kata sebaliknya. 416 00:31:21,320 --> 00:31:22,560 Dia bukan jodoh saya. 417 00:31:34,880 --> 00:31:35,920 Kenapa, doktor? 418 00:31:41,120 --> 00:31:43,480 Tak mengapa. 419 00:31:54,040 --> 00:31:58,800 Selepas ini, jika sesiapa memanggil awak Dr. Kutub, 420 00:31:59,280 --> 00:32:00,520 saya akan memarahi mereka. 421 00:32:02,280 --> 00:32:04,000 Kenapa awak mahu memarahi mereka? Apa maksud awak? 422 00:32:04,320 --> 00:32:06,000 Bagaimana mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan tak tahu... 423 00:32:06,040 --> 00:32:07,920 bahawa suhu normal badan manusia... 424 00:32:07,960 --> 00:32:10,080 berbeza daripada suhu Kutub Utara? 425 00:32:11,920 --> 00:32:13,440 Aisyah. 426 00:33:30,920 --> 00:33:36,080 (Helo, Aisyah! Saya berada di depan rumah awak.) 427 00:33:36,120 --> 00:33:37,760 Apa yang dia buat di sini? 428 00:33:41,760 --> 00:33:43,080 Ya Tuhan. 429 00:33:44,560 --> 00:33:46,680 Habislah dia kalau ayah tahu. 430 00:34:11,160 --> 00:34:12,240 Ayah. 431 00:34:14,000 --> 00:34:15,760 Saya nak pergi ke pasar raya. 432 00:34:16,760 --> 00:34:19,360 Saya nak beli keperluan datang bulan. 433 00:34:20,200 --> 00:34:21,560 Biasalah. 434 00:34:23,800 --> 00:34:26,080 -Assalamualaikum. -Waalaikumussalam. 435 00:34:43,400 --> 00:34:44,920 Apa yang awak buat di sini? 436 00:34:46,800 --> 00:34:47,840 Jangan buat perkara pelik. 437 00:34:47,880 --> 00:34:49,720 Bolehkah awak berkelakuan normal untuk sehari saja? 438 00:34:50,160 --> 00:34:51,320 Marhaba, Aisyah. 439 00:34:52,920 --> 00:34:54,120 Kenapa awak tiba-tiba saja menggunakan "marhaba"? 440 00:34:54,160 --> 00:34:57,240 Dalam bahasa Turki, "marhaba" bermaksud "helo". 441 00:34:57,680 --> 00:34:59,800 Jadi? Saya bukannya orang Turki. 442 00:34:59,840 --> 00:35:03,000 Awak orang Islam. Saya bukan. 443 00:35:04,040 --> 00:35:07,640 Sebagai penggantinya, saya rasa itu adalah salam terbaik. 444 00:35:08,360 --> 00:35:13,080 Di Turki, Islam dan Kristian bersatu. 445 00:35:15,840 --> 00:35:18,280 Kenapa awak tak berhenti memandang ke sana? Rumah awak takkan hilang. 446 00:35:18,320 --> 00:35:21,200 Ia akan sentiasa berada di situ. Dari dulu lagi ia berada di situ, bukan? 447 00:35:27,080 --> 00:35:29,560 Mari ke sini. 448 00:35:38,040 --> 00:35:40,480 -Sabar, saya... -Tidak, cepat cakap. 449 00:35:40,520 --> 00:35:41,520 Apa yang awak nak beritahu? 450 00:35:41,920 --> 00:35:43,342 Ayah saya akan... 451 00:35:43,383 --> 00:35:44,600 Saya mahu memeluk Islam.