1 00:00:04,000 --> 00:00:06,000 SARIKATA www.netflix.com 2 00:00:06,250 --> 00:00:08,875 SIRI ASLI NETFLIX 3 00:00:31,458 --> 00:00:32,416 Sergio. 4 00:00:35,875 --> 00:00:38,208 Menelaah sampai lewat malam lagi? 5 00:00:41,583 --> 00:00:42,541 Turunlah. 6 00:00:43,666 --> 00:00:45,500 Kami tunggu awak untuk sarapan. 7 00:00:47,333 --> 00:00:48,833 Tatiana datang. 8 00:01:04,958 --> 00:01:06,041 Selamat pagi. 9 00:01:09,750 --> 00:01:11,708 Putera Hamlet. 10 00:01:17,750 --> 00:01:19,458 Saya nak perkenalkan Tatiana. 11 00:01:19,750 --> 00:01:20,583 Helo... 12 00:01:21,041 --> 00:01:22,166 Salam perkenalan. 13 00:01:23,166 --> 00:01:25,666 Dia wanita tercantik di dunia, bukan? 14 00:01:26,666 --> 00:01:28,375 Yakah? Saya tak tahu! 15 00:01:28,458 --> 00:01:30,416 Awak kerja sebagai apa? 16 00:01:30,500 --> 00:01:32,458 Saya pemain piano konsert. 17 00:01:32,541 --> 00:01:35,125 Pemain piano klasik solo? 18 00:01:35,208 --> 00:01:37,958 Ya, Schumann, Chopin, Bach. 19 00:01:38,041 --> 00:01:40,916 - Jari-jemarinya berbakat. - Untuk main piano... 20 00:01:41,000 --> 00:01:42,000 dan merompak. 21 00:01:44,208 --> 00:01:45,041 Apa? 22 00:01:45,125 --> 00:01:47,166 Dia pencuri yang handal. 23 00:01:47,250 --> 00:01:50,125 Kepakaran saya ialah piano dan batu permata. 24 00:01:50,208 --> 00:01:53,250 Dia suka rancangan untuk rompak Bank Sepanyol. 25 00:01:56,750 --> 00:01:57,791 Dia tahu. 26 00:02:00,083 --> 00:02:01,750 - Dia tahu? - Ya. 27 00:02:01,833 --> 00:02:03,708 Kami tak berahsia sesama kami. 28 00:02:03,791 --> 00:02:08,125 Dia lebih menyukainya daripada rancangan Kilang Wang awak. 29 00:02:12,458 --> 00:02:14,666 Boleh kita berbual sebentar? Berdua? 30 00:02:15,708 --> 00:02:16,750 Awak gila? 31 00:02:16,833 --> 00:02:17,833 Mungkin. 32 00:02:17,916 --> 00:02:19,291 Andrés, apa akan jadi 33 00:02:19,375 --> 00:02:22,833 apabila mereka tawarkan ganjaran juta-juta untuk maklumat? 34 00:02:22,916 --> 00:02:25,125 Ia pasti ada untuk rompakan ini. 35 00:02:25,208 --> 00:02:27,000 - Jangan cakap begitu. - Apa? 36 00:02:27,083 --> 00:02:29,750 Awak cuba nak kata kekasih saya akan khianat. 37 00:02:29,833 --> 00:02:32,333 Bukan cuba, saya memang kata. 38 00:02:34,000 --> 00:02:36,500 Okey, katakanlah cinta sejati itu wujud... 39 00:02:36,625 --> 00:02:38,291 - Sial! - Mari kita masuk. 40 00:02:38,375 --> 00:02:41,708 Awak kata, "Cinta sejati wujud", dan saya kata, "Ya." 41 00:02:41,791 --> 00:02:43,708 Ya, andaikan dia takkan khianat. 42 00:02:43,791 --> 00:02:44,833 Dengar sini! 43 00:02:45,250 --> 00:02:46,416 Dia pencuri. 44 00:02:48,125 --> 00:02:50,750 Jika dia perlu pilih belot atau penjara? 45 00:02:50,833 --> 00:02:53,333 Mudahnya cakap jika tak pernah bercinta. 46 00:02:53,416 --> 00:02:56,375 Saya objektif, pendapat saya tak dipengaruhi emosi. 47 00:02:56,458 --> 00:02:58,583 Biar saya ceritakan tentang Tatiana. 48 00:02:58,666 --> 00:03:01,041 Saya rompak peti besi di serata Eropah. 49 00:03:01,125 --> 00:03:04,083 Rompakan biasanya mendebarkan. Konflik mesti ada. 50 00:03:04,166 --> 00:03:05,750 "Awak salah letak bom." 51 00:03:05,833 --> 00:03:09,583 "Di mana bit intan?" Kita selalu salahkan orang lain. 52 00:03:09,666 --> 00:03:11,416 Tapi kami bukan begitu. 53 00:03:11,583 --> 00:03:13,375 Kami sangat bahagia. 54 00:03:13,916 --> 00:03:17,541 Kami duduk 14 jam di kolong busuk untuk tebuk dinding. 55 00:03:17,625 --> 00:03:20,166 Kami berasmara sepuas-puasnya. 56 00:03:20,541 --> 00:03:23,625 Pasangan lain rancang untuk bercuti ke Marbella, 57 00:03:23,708 --> 00:03:27,541 kami rompak Bank Crédit Agricole dan rasa macam berbulan madu. 58 00:03:27,625 --> 00:03:29,833 Macam empat perkahwinan lalu awak. 59 00:03:31,250 --> 00:03:32,666 Itu dikira pukul curi. 60 00:03:32,750 --> 00:03:36,250 Sikap keji bagi mana-mana lelaki, apatah lagi adik sendiri. 61 00:03:42,541 --> 00:03:45,250 - Selamat pagi. Giovanni, Joao. - Selamat pagi. 62 00:03:47,041 --> 00:03:50,041 Awak biar rahib ke dapur dengan pelan pada dinding! 63 00:03:50,124 --> 00:03:52,999 Tenang, mereka panggil saya En. Jurutera. 64 00:03:53,083 --> 00:03:56,249 Mereka fikir kita pensyarah. Kenapa negatif sangat? 65 00:03:58,583 --> 00:04:01,124 Sudah berapa lama awak kenal Tatiana? 66 00:04:01,208 --> 00:04:03,416 Kenapa? Cinta tak diukur dengan masa! 67 00:04:04,041 --> 00:04:05,249 Ia perlu dinikmati. 68 00:04:05,333 --> 00:04:07,583 Jangan rosakkan rancangan demi wanita. 69 00:04:07,874 --> 00:04:11,166 Itu peraturan pertama, Andrés. Peraturan pertama. 70 00:04:11,958 --> 00:04:14,791 "Jangan racuni rancangan dengan hubungan cinta." 71 00:04:14,874 --> 00:04:15,833 Jangan sesekali. 72 00:04:16,624 --> 00:04:18,208 Bukan susah nak faham. 73 00:04:27,791 --> 00:04:28,624 Pukul 7 malam. 74 00:04:28,708 --> 00:04:32,083 Kita perlu buat panggilan. Tolong hubungi Palermo. 75 00:04:36,749 --> 00:04:37,708 Apa situasinya? 76 00:04:37,791 --> 00:04:41,833 Dah siap sepuluh tan, 10,700 kilogram dah jadi butiran. 77 00:04:41,916 --> 00:04:44,791 - Dua peratus melebihi rancangan. - Pecah rekod. 78 00:04:44,874 --> 00:04:46,041 Macam Usain Bolt. 79 00:04:46,333 --> 00:04:47,333 Pertahanan? 80 00:04:47,916 --> 00:04:50,208 Sedang dikimpal. Dua sudah siap. 81 00:04:50,291 --> 00:04:51,416 Ada berita? 82 00:04:51,916 --> 00:04:53,666 Semuanya terkawal. Di sana? 83 00:04:54,541 --> 00:04:55,749 Tiada kesulitan. 84 00:04:55,999 --> 00:04:56,999 Itu saja. 85 00:04:59,458 --> 00:05:01,291 Masuk saja. Jangan ragu-ragu. 86 00:05:03,166 --> 00:05:05,124 Kami sedang pertimbangkan risiko. 87 00:05:08,958 --> 00:05:10,083 Luis, pandang saya. 88 00:05:13,166 --> 00:05:16,874 Meja katil saya ada bekas ubat dengan pil pelbagai warna. 89 00:05:17,541 --> 00:05:19,583 Saya rasa aneh tak pakai pijama. 90 00:05:19,916 --> 00:05:22,458 Sejak dua tahun lalu, saya alami mati pucuk 91 00:05:22,541 --> 00:05:24,791 disebabkan geng bedebah itu. 92 00:05:25,374 --> 00:05:27,249 Tekanan pascatrauma. 93 00:05:28,208 --> 00:05:30,499 Janganlah datang ke sini lagi. 94 00:05:30,666 --> 00:05:34,249 Balik kampung dengan Merche, berehat dan jaga diri. 95 00:05:34,999 --> 00:05:36,708 Jangan tonton TV. 96 00:05:36,791 --> 00:05:38,999 Luis, jangan buat silap seperti saya. 97 00:05:39,749 --> 00:05:43,291 Kalau perlu letupkan mereka dengan bom 20 megatan, buat saja! 98 00:05:43,374 --> 00:05:45,583 Segera! Persetankan akibatnya! 99 00:05:46,208 --> 00:05:47,416 Itu lebih baik 100 00:05:47,499 --> 00:05:50,583 daripada bom kecil setiap dua jam. 101 00:05:51,583 --> 00:05:52,874 Geng bedebah itu, 102 00:05:52,958 --> 00:05:55,541 kalau awak tak tegas, mereka ketawakan awak. 103 00:05:55,624 --> 00:05:59,583 Suka hati mereka nak ketawa, asalkan jangan bocor rahsia negara. 104 00:06:00,249 --> 00:06:02,291 Jika kita serbu bank itu, Alfonso, 105 00:06:02,374 --> 00:06:04,499 kita dihadapkan ke mahkamah. 106 00:06:05,041 --> 00:06:06,041 Atau lebih teruk. 107 00:06:06,124 --> 00:06:07,083 Jadi, bagaimana? 108 00:06:08,874 --> 00:06:11,874 Duduk dan tengok seperti kita sedang diikat? 109 00:06:12,416 --> 00:06:14,583 Kita patut sabotaj kelebihan mereka. 110 00:06:16,958 --> 00:06:19,583 Adakah orang tahu apa rahsia itu? 111 00:06:20,166 --> 00:06:22,249 Tak! Tuhan pun tak tahu. 112 00:06:22,958 --> 00:06:25,874 Okey, Perisik tahu semua rahsia itu. 113 00:06:26,291 --> 00:06:28,541 Kertas, cap yang digunakan. 114 00:06:28,624 --> 00:06:29,874 Hebat. 115 00:06:31,499 --> 00:06:33,374 Kita ada-adakan rahsia sendiri. 116 00:06:35,499 --> 00:06:38,791 Banjiri semua surat khabar dan saluran TV negara ini 117 00:06:38,874 --> 00:06:40,583 macam yang Profesor nak buat. 118 00:06:40,666 --> 00:06:42,208 Sierra, apa maksud awak... 119 00:06:42,291 --> 00:06:46,374 Penguasa dirasuah pengedar dadah, menteri makan suap, pesta seks 120 00:06:46,458 --> 00:06:49,041 dibiayai dana koperasi. Masukkan semuanya. 121 00:06:49,124 --> 00:06:51,249 Apa awak mengarut ini? Dengar sini. 122 00:06:51,333 --> 00:06:54,874 Tak boleh, rosak kredibiliti sistem kita. 123 00:06:54,958 --> 00:06:57,374 Polis, politik, institusi. Semuanya! 124 00:06:57,458 --> 00:06:59,208 Tidak! Pihak media... 125 00:06:59,458 --> 00:07:01,541 akan cuba sahkan maklumat itu. 126 00:07:01,624 --> 00:07:04,874 Semua orang ada alibi. Di mana si polan? Di kampungnya. 127 00:07:04,958 --> 00:07:06,124 Ya! Di mana lagi? 128 00:07:06,208 --> 00:07:08,541 Menteri itu? Mesyuarat di Brussels. 129 00:07:08,833 --> 00:07:11,708 Sebaik Profesor, gembala tersayang kita, 130 00:07:11,791 --> 00:07:13,791 terbitkan rahsia sebenar kerajaan, 131 00:07:14,249 --> 00:07:17,458 Tuhan pun tak dapat bezakan fakta dengan rekaan. 132 00:07:18,166 --> 00:07:20,083 Kita gencatkan kelebihan mereka. 133 00:07:20,541 --> 00:07:21,958 Tapi yang paling hebat, 134 00:07:22,041 --> 00:07:25,999 sebelum sempat dia membalas, kita dah masuk dan keluar dari bank. 135 00:07:26,083 --> 00:07:27,708 Saya bersumpah. 136 00:08:34,333 --> 00:08:35,749 HARI KEDUA 137 00:08:49,124 --> 00:08:50,166 Awak tak apa-apa? 138 00:08:50,874 --> 00:08:52,499 Perut saya sakit. 139 00:08:54,333 --> 00:08:55,333 Akibat ditembak. 140 00:08:56,291 --> 00:08:57,124 Di sini. 141 00:08:57,541 --> 00:08:59,999 Ia keras kerana hentamannya kuat. 142 00:09:02,708 --> 00:09:03,791 Kasihan awak. 143 00:09:06,458 --> 00:09:07,999 Sudahlah saya sembelit. 144 00:09:09,583 --> 00:09:11,791 Bayangkan, dalam keadaan ini. 145 00:09:12,708 --> 00:09:13,708 Tentulah. 146 00:09:15,166 --> 00:09:16,749 Boleh hulurkan kopi? 147 00:09:17,124 --> 00:09:17,999 Mari sini. 148 00:09:18,291 --> 00:09:19,124 Saya? 149 00:09:19,499 --> 00:09:22,291 Ya, awak. Siapa lagi? Berdiri dan datang sini. 150 00:09:23,124 --> 00:09:24,208 Ikut saya. 151 00:09:30,666 --> 00:09:32,333 Saya tak percaya! 152 00:09:32,416 --> 00:09:34,083 Cepat! 153 00:09:34,249 --> 00:09:35,958 Apa yang awak buat? 154 00:09:36,041 --> 00:09:37,041 Saya minta maaf! 155 00:09:39,708 --> 00:09:42,166 Awak mengurat dengan cakap tentang najis? 156 00:09:42,249 --> 00:09:44,958 Saya cuma kata perut saya sakit kerana angin. 157 00:09:45,041 --> 00:09:46,208 Bodoh! 158 00:09:47,249 --> 00:09:49,291 Okey, dengar sini. 159 00:09:49,374 --> 00:09:50,916 Awak suka dia? 160 00:09:53,624 --> 00:09:54,458 Ya. 161 00:09:54,958 --> 00:09:56,541 - Suka sangat. - Sangat. 162 00:09:57,041 --> 00:09:58,833 Suka sangat. Awak fikir... 163 00:09:58,916 --> 00:10:00,708 cakap tentang sembelit 164 00:10:00,791 --> 00:10:02,416 dan usus yang tersumbat 165 00:10:02,499 --> 00:10:04,708 ialah cara yang baik untuk pikat dia? 166 00:10:04,791 --> 00:10:06,124 Dengar, awak perlu... 167 00:10:06,208 --> 00:10:08,291 Mulai sekarang, awak wira. 168 00:10:08,374 --> 00:10:10,999 Wira hebat. Tak ada apa-apa menyakiti awak. 169 00:10:11,083 --> 00:10:13,083 Beri dia makanan awak setiap hari. 170 00:10:13,166 --> 00:10:14,624 Beri semuanya sekali. 171 00:10:14,833 --> 00:10:17,499 Kalau saya angkuh, lawan cakap saya. 172 00:10:17,583 --> 00:10:19,249 Mulai sekarang. Lawan saya. 173 00:10:19,749 --> 00:10:21,291 Lawanlah, bangsat! 174 00:10:21,374 --> 00:10:22,208 Ya, tuan! 175 00:10:31,124 --> 00:10:32,124 Saya minta maaf. 176 00:10:35,041 --> 00:10:36,541 Atas perbuatan saya. 177 00:10:36,624 --> 00:10:39,791 Maaf kerana tembak awak. Saya susah hati semasa itu. 178 00:10:46,458 --> 00:10:48,083 Jangan risau, En. Denver. 179 00:10:48,708 --> 00:10:50,041 Itu lumrah rompakan. 180 00:10:50,124 --> 00:10:51,916 Ia sukar, Miguel. 181 00:10:54,666 --> 00:10:55,833 Tapi beginilah. 182 00:10:56,874 --> 00:10:57,708 Saya tahu... 183 00:10:58,999 --> 00:11:00,583 dengan kepintaran saya 184 00:11:02,291 --> 00:11:06,249 senyuman nakal awak dan kelembutan awak, 185 00:11:06,749 --> 00:11:08,708 awak akan menangi hati Amanda. 186 00:11:09,208 --> 00:11:11,249 Jika kenal, mesti dia suka awak. 187 00:11:11,333 --> 00:11:13,666 Saya cuba sedaya upaya, En. Denver. 188 00:11:13,749 --> 00:11:14,624 Tentulah. 189 00:11:16,583 --> 00:11:17,749 Pergilah ke tandas 190 00:11:17,833 --> 00:11:20,499 dan jangan keluar selagi tak buang air besar. 191 00:11:32,624 --> 00:11:33,541 En. Denver. 192 00:11:34,374 --> 00:11:35,374 Ada apa? 193 00:11:35,458 --> 00:11:37,833 Kalau awak ada, saya tak boleh fokus. 194 00:11:43,666 --> 00:11:46,999 Berita terkini tentang kebocoran maklumat sulit terbesar 195 00:11:47,083 --> 00:11:48,916 dalam sejarah negara kita. 196 00:11:48,999 --> 00:11:52,791 Rancangan kami menerima lebih 100 dokumen sulit. 197 00:11:52,874 --> 00:11:54,416 Sepanyol jual bom gugusan 198 00:11:54,499 --> 00:11:57,708 kepada Saddam Hussein enam bulan sebelum pencerobohan Iraq. 199 00:11:57,791 --> 00:12:00,291 Ini cuma satu daripada fail CNI. 200 00:12:00,374 --> 00:12:04,499 Kebocoran besar-besaran rahsia yang disimpan di Bank Sepanyol. 201 00:12:04,583 --> 00:12:06,791 - Semua media digital. - Rahsia palsu. 202 00:12:06,874 --> 00:12:09,874 Mereka rampas senjata terbaik untuk rundingan Rio. 203 00:12:09,958 --> 00:12:11,374 Bukan begitu. 204 00:12:12,791 --> 00:12:14,749 Mereka rempuh perisai untuk masuk. 205 00:12:15,333 --> 00:12:16,666 Ya, tuan menteri. 206 00:12:17,666 --> 00:12:20,249 Perdana menteri sudah beri lampu hijau. 207 00:12:20,333 --> 00:12:21,291 Ambil tempat! 208 00:12:21,374 --> 00:12:24,041 Kita akan salurkan gas bertekanan tinggi. 209 00:12:24,124 --> 00:12:26,708 Halotana. Amat narkotik. 210 00:12:26,791 --> 00:12:29,041 Dalam 30 minit, mereka akan pengsan 211 00:12:29,124 --> 00:12:31,999 tapi siap sedia untuk hadapi sebarang kejutan. 212 00:12:32,083 --> 00:12:33,416 Palermo, awak dengar? 213 00:12:33,499 --> 00:12:34,791 Ya, Profesor. 214 00:12:34,874 --> 00:12:37,999 Mereka akan masuk. Kumpulkan semua orang! 215 00:12:38,583 --> 00:12:39,749 Bila? Serangan apa? 216 00:12:39,833 --> 00:12:42,541 - Belum tahu. Teruskan berhubung. - Marseille. 217 00:12:42,624 --> 00:12:44,833 Mereka akan masuk. Tapi dari mana? 218 00:12:44,916 --> 00:12:46,833 Laporkan sebarang pergerakan. 219 00:12:46,916 --> 00:12:49,166 Carikan jalan alternatif. 220 00:12:51,833 --> 00:12:54,791 Belok kiri 300 meter lagi. Jalan tanah. 221 00:12:54,874 --> 00:12:55,833 Kenapa? 222 00:12:55,916 --> 00:12:58,124 Kereta itu pintas kita 90km lalu. 223 00:13:03,166 --> 00:13:04,208 Kereta yang sama? 224 00:13:04,291 --> 00:13:06,708 M5354XX. Memang sama! 225 00:13:06,791 --> 00:13:08,041 Jangan tengking saya. 226 00:13:08,124 --> 00:13:09,999 - Bukan sekarang. - Jangan! 227 00:13:17,874 --> 00:13:18,791 Antena! Alamak! 228 00:13:19,499 --> 00:13:21,916 Palermo! Awak dengar? 229 00:13:30,124 --> 00:13:31,958 Terbenam. Kita perlu keluarkan. 230 00:13:36,291 --> 00:13:37,749 Hidupkan enjin! 231 00:13:43,708 --> 00:13:44,791 Biar benar! 232 00:13:45,916 --> 00:13:47,874 Tengok, ayah! 233 00:13:47,958 --> 00:13:49,083 Ini Profesor! 234 00:13:53,666 --> 00:13:57,541 Ayah! Ini Profesor! Profesor! 235 00:14:06,708 --> 00:14:08,583 Inspektor pun ada. 236 00:14:16,499 --> 00:14:18,166 Ya, saya... 237 00:14:18,958 --> 00:14:20,999 Profesor dan dia... 238 00:14:21,541 --> 00:14:22,708 inspektor. 239 00:14:22,791 --> 00:14:23,624 Lisbon. 240 00:14:30,749 --> 00:14:32,458 Tak ada zepelin lalu di sini. 241 00:14:32,541 --> 00:14:33,458 Tak ada. 242 00:14:33,541 --> 00:14:37,249 Kenapa? Perlu bantuan keluarkan van daripada selut? 243 00:14:37,999 --> 00:14:38,958 Marilah. 244 00:14:39,041 --> 00:14:41,541 Ayuh, sekejap saja boleh siap. 245 00:14:41,624 --> 00:14:42,833 Marilah! 246 00:14:42,916 --> 00:14:45,416 Cepat. Tunggu dia naik van. 247 00:14:45,499 --> 00:14:47,166 Ambil tempat masing-masing. 248 00:14:47,458 --> 00:14:48,583 Ayuh! 249 00:14:48,666 --> 00:14:49,874 Tolak! 250 00:14:49,958 --> 00:14:50,791 Ayuh! 251 00:14:50,874 --> 00:14:52,166 Sedikit lagi! 252 00:14:56,083 --> 00:14:58,416 Ayuh! Tolak! 253 00:15:00,749 --> 00:15:02,041 Ayuh! 254 00:15:06,749 --> 00:15:08,041 Ini memang aneh. 255 00:15:08,124 --> 00:15:09,749 Saya sangka mereka tebusan. 256 00:15:10,083 --> 00:15:11,458 Budak! 257 00:15:12,166 --> 00:15:13,666 Awak tebusan, bukan? 258 00:15:14,958 --> 00:15:17,041 Mereka lantik saya, okey? 259 00:15:18,166 --> 00:15:20,291 Sekarang, semua orang diam! 260 00:15:22,166 --> 00:15:24,041 Mereka akan masuk. 261 00:15:24,874 --> 00:15:26,916 Kita semua tahu maksudnya. 262 00:15:27,291 --> 00:15:30,666 Saya ingin maklumat lanjut tapi sayangnya, tak ada. 263 00:15:30,749 --> 00:15:32,416 Jadi, ada satu saja pilihan. 264 00:15:32,499 --> 00:15:35,124 Keganasan sebagai langkah pencegahan. 265 00:15:35,583 --> 00:15:36,499 Apa? 266 00:15:38,166 --> 00:15:41,708 Kita tembak kereta berperisai pertama yang kita lihat 267 00:15:41,791 --> 00:15:43,541 supaya mereka berundur. 268 00:15:45,208 --> 00:15:46,499 Itu arahan Profesor? 269 00:15:46,583 --> 00:15:48,333 Komunikasi kita terputus. 270 00:15:48,708 --> 00:15:51,374 Tak pasti masalah teknikal atau lebih teruk. 271 00:15:51,458 --> 00:15:53,499 Hakikatnya, kita cuma ada kita. 272 00:15:54,916 --> 00:15:56,666 Sekarang, saya jadi ketua. 273 00:15:58,749 --> 00:16:00,958 Tunggu sekejap. 274 00:16:02,499 --> 00:16:06,166 Kita tak tahu cara mereka masuk, jika ada kereta berperisai. 275 00:16:06,249 --> 00:16:09,166 Mereka turun dari siling? Keluar dari parit? 276 00:16:11,208 --> 00:16:12,083 Beritahu saya. 277 00:16:12,499 --> 00:16:14,666 Di mana awak nak lancarkan misil? 278 00:16:15,499 --> 00:16:16,958 Takkan kita dah gila? 279 00:16:23,374 --> 00:16:24,833 Janganlah begini. 280 00:16:26,458 --> 00:16:28,083 Penyokong kita ada di luar. 281 00:16:28,749 --> 00:16:30,916 Kita masuk dengan curahkan wang. 282 00:16:31,583 --> 00:16:32,666 Bukan baling bom. 283 00:16:33,208 --> 00:16:35,374 Profesor tak buat strategi begitu. 284 00:16:35,458 --> 00:16:37,333 Dia akan cuba lengahkan masa. 285 00:16:39,374 --> 00:16:42,791 Lucu, si lekas melenting cadangkan kita lengahkan masa. 286 00:16:44,458 --> 00:16:46,791 - Tahu apa yang saya fikir? - Apa? 287 00:16:47,291 --> 00:16:51,166 Awak tahu jika kita mengganas, mereka takkan pulangkan Rio. 288 00:16:53,708 --> 00:16:56,083 Kita akan dibakar dengan napalm. 289 00:16:56,166 --> 00:16:57,874 Apa masalah kamu? 290 00:16:57,958 --> 00:17:00,166 Cepatlah sedar! Tak guna! 291 00:17:03,124 --> 00:17:04,416 - Maaf. - Tidak. 292 00:17:04,499 --> 00:17:05,458 Maafkan saya. 293 00:17:07,124 --> 00:17:08,708 Kita sudah bincang, Tokyo. 294 00:17:08,791 --> 00:17:09,708 Sayang... 295 00:17:11,041 --> 00:17:13,041 Saya simpati akan kisah cinta awak 296 00:17:14,791 --> 00:17:16,541 tapi kita perlu bertahan. 297 00:17:18,374 --> 00:17:19,749 Bogotá. 298 00:17:20,499 --> 00:17:21,749 Yang ini. 299 00:17:22,499 --> 00:17:24,624 Masa dah tak ada! Cepat! 300 00:17:24,708 --> 00:17:25,791 - Ayuh. - Ya. 301 00:17:31,208 --> 00:17:34,749 Berhenti merajuk. Sekarang, ini saja kawan yang awak ada. 302 00:17:54,416 --> 00:17:56,958 - Di mana yang lain? - Saya rasa... 303 00:17:57,041 --> 00:17:59,874 Tambah minyak lagi. 304 00:18:01,291 --> 00:18:02,958 Jangan tembak! Tolong! 305 00:18:03,624 --> 00:18:05,374 Dia anggota geng. 306 00:18:05,458 --> 00:18:08,624 - Cincinnati anggota geng. - Dia tak bunuh saya. 307 00:18:08,708 --> 00:18:09,791 Jangan bunuh ayah! 308 00:18:09,874 --> 00:18:11,249 - Bunuh polis. - Bukan! 309 00:18:11,333 --> 00:18:13,458 Ini gitar. Awak tahu main gitar? 310 00:18:13,541 --> 00:18:14,624 Gitar! 311 00:18:15,166 --> 00:18:15,999 Ya. 312 00:18:21,666 --> 00:18:22,666 Ya, ini gitar. 313 00:18:22,749 --> 00:18:24,124 Bukan. 314 00:18:25,041 --> 00:18:26,166 Dengar sini. 315 00:18:26,249 --> 00:18:28,874 Lupakan perkara yang awak sedang fikir. 316 00:18:31,749 --> 00:18:34,208 Apa? Awak tahu baca fikiran? 317 00:18:34,749 --> 00:18:36,708 Saya tak perlu tahu baca fikiran. 318 00:18:37,458 --> 00:18:39,291 Sejak kita datang ke sini, 319 00:18:39,374 --> 00:18:43,166 awak asyik salahkan diri sendiri. 320 00:18:44,124 --> 00:18:45,083 Berhentilah. 321 00:18:46,583 --> 00:18:48,958 Kamu semua sedang gembira. 322 00:18:49,041 --> 00:18:51,333 Kaya-raya tapi sekarang kamu di sini. 323 00:18:51,416 --> 00:18:53,958 Memanglah saya salahkan diri sendiri, bukan? 324 00:18:54,041 --> 00:18:56,291 Saya nak beritahu awak sesuatu. 325 00:18:56,916 --> 00:19:00,708 Tuliskannya dengan api pada dahi awak yang cantik. 326 00:19:01,458 --> 00:19:03,749 Awak wanita yang bebas. 327 00:19:05,083 --> 00:19:08,166 Bebas pergi ke parti, bebas tinggalkan pulau, 328 00:19:08,249 --> 00:19:10,916 bebas tinggalkan planet ini kalau awak nak. 329 00:19:11,874 --> 00:19:12,833 Faham? 330 00:19:14,541 --> 00:19:15,999 Siapa buat silap dulu? 331 00:19:16,624 --> 00:19:17,708 Profesor. 332 00:19:18,083 --> 00:19:22,041 Ya, semua orang tahu awak tak tahan tinggal di pulau terpencil. 333 00:19:22,124 --> 00:19:23,666 Awak bukan Osama. 334 00:19:24,083 --> 00:19:26,208 Betul, bukan? Awak Tokyo. 335 00:19:26,958 --> 00:19:28,541 Kedua, Rio yang silap. 336 00:19:29,083 --> 00:19:32,166 Dia beli telefon itu. Dia tak tahan nak telefon awak. 337 00:19:33,124 --> 00:19:34,791 Tapi yang paling penting... 338 00:19:36,249 --> 00:19:39,666 kami datang bukan setakat untuk bantu awak. 339 00:19:41,166 --> 00:19:43,833 Tengok kek hari jadi yang besar ini. 340 00:19:43,916 --> 00:19:46,124 Kami datang kerana ketagih debaran. 341 00:19:46,499 --> 00:19:48,666 Kami ketagih debaran! 342 00:19:48,749 --> 00:19:51,833 Berhenti pandang Cincinnati macam dia anak yatim. 343 00:19:51,916 --> 00:19:54,166 Cukuplah. Mari kita berseronok... 344 00:19:54,249 --> 00:19:56,999 kerana ini parti. 345 00:20:04,208 --> 00:20:05,041 Mari berparti. 346 00:20:12,999 --> 00:20:14,208 Syabas! 347 00:20:14,291 --> 00:20:15,374 Ayuh ke meja. 348 00:20:21,166 --> 00:20:23,458 Apa benda ini? 349 00:20:23,541 --> 00:20:25,249 - Articok. - Articok? 350 00:20:25,666 --> 00:20:27,416 Alfalfa dah habis? 351 00:20:27,499 --> 00:20:30,583 Rahib beri kita banyak sayur, jadi ini sayur gril. 352 00:20:30,666 --> 00:20:34,749 Saya vegan dan ini hari jadi saya, jadi kita makan makanan vegan. 353 00:20:34,833 --> 00:20:37,999 Saya tak pernah peduli kerana vegan macam Taliban. 354 00:20:38,083 --> 00:20:39,249 - Tak! - Pengganas. 355 00:20:39,333 --> 00:20:42,499 - Apa? - Kamu nak kami mati kebosanan. 356 00:20:42,583 --> 00:20:43,791 Bosan kenapa? 357 00:20:43,874 --> 00:20:45,416 Makanan sihat amat bosan. 358 00:20:45,916 --> 00:20:50,291 Tak ada orang ajak kawan datang untuk makan articok yang sedap 359 00:20:50,374 --> 00:20:52,333 kerana makan articok 360 00:20:52,416 --> 00:20:54,541 tak menyeronokkan. 361 00:20:55,124 --> 00:20:57,916 Yang seronok, makan daging bebiri dengan kawan 362 00:20:57,999 --> 00:20:59,374 atau babi panggang. 363 00:20:59,458 --> 00:21:02,833 Atau berkumpul 50 orang di rumah kampung dan makan lembu. 364 00:21:02,916 --> 00:21:04,958 Barulah seronok. 365 00:21:05,041 --> 00:21:09,166 Kasihan lembu itu tapi ia menyatukan manusia. 366 00:21:09,791 --> 00:21:12,874 Daging menyatukan, lembu menyatukan dan articok... 367 00:21:12,958 --> 00:21:13,916 memecahbelahkan. 368 00:21:13,999 --> 00:21:17,583 Tapi orang kata, "Untuk sihat, cari vegan untuk dijilat." 369 00:21:19,499 --> 00:21:21,499 Saya sanggup jadi vegan demi awak. 370 00:21:21,583 --> 00:21:23,249 Maaf, saya bukan dalam menu. 371 00:21:26,666 --> 00:21:27,874 Profesor. 372 00:21:29,916 --> 00:21:32,166 Apa peluang kami keluar hidup-hidup? 373 00:21:38,874 --> 00:21:40,958 Sekarang ini, saya rasa... 374 00:21:43,083 --> 00:21:44,958 tak sampai 50 peratus. 375 00:21:51,333 --> 00:21:53,166 Okey, saya nak cakap sesuatu. 376 00:21:53,249 --> 00:21:55,916 Bukan kata-kata saya sendiri tapi sama saja. 377 00:23:12,374 --> 00:23:13,958 Apa halnya, Manolo? 378 00:23:15,041 --> 00:23:17,708 Tengok, van ini tersekat di dalam selut. 379 00:23:20,541 --> 00:23:21,958 Van ini dari mana? 380 00:23:22,041 --> 00:23:25,374 - Sepupu saya dari Madrid pinjamkan. - Ini... 381 00:23:25,749 --> 00:23:26,749 van Profesor. 382 00:23:29,958 --> 00:23:31,083 Apa, Perico? 383 00:23:31,166 --> 00:23:33,374 Sepupu saya mengajar di Madrid. 384 00:23:34,666 --> 00:23:35,833 Yakah? 385 00:23:37,958 --> 00:23:41,124 Saya dan Juani nak pergi ke Portugal dengan van ini. 386 00:23:41,208 --> 00:23:42,291 Tujuh hari. 387 00:23:42,374 --> 00:23:43,374 Diamlah! 388 00:23:43,458 --> 00:23:45,749 Kami nak makan ikan kod di sana. 389 00:23:47,999 --> 00:23:49,874 Besarnya van ini. 390 00:23:50,874 --> 00:23:53,041 Di dalamnya macam rumah, bukan? 391 00:23:53,124 --> 00:23:54,749 Ya, macam apartmen kecil. 392 00:23:56,124 --> 00:23:57,333 - Boleh masuk? - Tak! 393 00:23:59,374 --> 00:24:03,333 Tengoklah but awak! Lebih kotor daripada dubur lembu. 394 00:24:05,791 --> 00:24:08,916 Maksud saya, tapak kasut. Nanti kotor permaidani. 395 00:24:11,916 --> 00:24:13,208 Jangan risau. 396 00:24:13,999 --> 00:24:14,833 Senang saja. 397 00:24:27,166 --> 00:24:29,124 Ada dapur dan macam-macam lagi. 398 00:24:37,416 --> 00:24:39,083 Peti sejuk. 399 00:24:43,583 --> 00:24:44,999 Hebat betul! 400 00:24:45,083 --> 00:24:46,041 Sangat selesa. 401 00:24:54,749 --> 00:24:56,708 Senang juga hidup guru. 402 00:25:00,166 --> 00:25:02,458 Saya nak beli selepas saya bersara. 403 00:25:02,541 --> 00:25:03,624 - Ya? - Awak? 404 00:25:04,083 --> 00:25:06,208 Mari kita tarik guna kereta saya. 405 00:25:06,291 --> 00:25:08,624 - Terima kasih, Paco. - Ini kerja saya. 406 00:25:16,083 --> 00:25:17,041 Tolak! 407 00:25:46,041 --> 00:25:48,374 Hebat! Peluk saya, Profesor! 408 00:26:01,749 --> 00:26:02,583 Ya, Marseille. 409 00:26:02,666 --> 00:26:03,874 Ada lori tangki. 410 00:26:03,958 --> 00:26:06,916 Mereka sambung tiub kepada paip pengudaraan. 411 00:26:06,999 --> 00:26:07,833 Lagi? 412 00:26:08,583 --> 00:26:09,499 Itu saja. 413 00:26:09,583 --> 00:26:10,624 Terima kasih. 414 00:26:12,541 --> 00:26:15,166 Gas narkotik. Mungkin halotana. 415 00:26:15,499 --> 00:26:19,124 Saya tahu Sierra akan buat seperti Putin di Teater Dubrovka. 416 00:26:19,291 --> 00:26:20,958 Titik pertukaran jauh lagi? 417 00:26:22,666 --> 00:26:23,958 Dua belas kilometer. 418 00:26:43,958 --> 00:26:45,958 Helo? Ada sesiapa di sini? 419 00:26:49,833 --> 00:26:50,791 Kuatkan bunyi. 420 00:26:50,874 --> 00:26:51,999 ...elak kematian. 421 00:26:52,083 --> 00:26:55,208 Patutkah kita guna teknik soal siasat yang lebih keras 422 00:26:55,291 --> 00:26:57,291 terhadap pengganas? Pendapat awak? 423 00:26:57,374 --> 00:26:59,041 Adakah hak mereka dilanggar? 424 00:26:59,124 --> 00:27:02,208 Nyawa orang awam lebih bernilai daripada pengganas. 425 00:27:02,291 --> 00:27:05,874 Adakah ini pengesahan bahawa polis melakukan seksaan? 426 00:27:05,958 --> 00:27:07,999 - Tak, maksud saya... - Sial. 427 00:27:12,749 --> 00:27:14,499 Boleh saya pulang? 428 00:27:15,749 --> 00:27:17,208 Tak boleh. 429 00:27:17,708 --> 00:27:20,666 Komen awak membahayakan keselamatan semua orang. 430 00:27:20,749 --> 00:27:24,041 Tunggu di sini sampai awak belajar tutup mulut. 431 00:27:26,249 --> 00:27:28,291 Di mana awak semasa rompakan lalu? 432 00:27:28,666 --> 00:27:29,791 Apa? 433 00:27:29,874 --> 00:27:31,416 Saya ada ketika itu. 434 00:27:31,916 --> 00:27:35,958 Saya hadapi pengganas, selamatkan nyawa 19 tebusan. 435 00:27:37,416 --> 00:27:39,958 Awak panggil saya sebagai pakar, bukan? 436 00:27:40,791 --> 00:27:41,916 Mungkin saya salah 437 00:27:41,999 --> 00:27:45,374 tapi saya rasa awak sedar awak tak tahu apa-apa dan ini... 438 00:27:45,458 --> 00:27:46,666 luar kepakaran awak. 439 00:27:48,249 --> 00:27:50,166 Awak tahu masalah awak? 440 00:27:53,208 --> 00:27:54,791 Hidup awak teruk. 441 00:27:55,874 --> 00:27:58,624 Awak berucap, peminat awak bertepuk, 442 00:27:58,708 --> 00:28:00,958 awak seronok dapat perhatian, bukan? 443 00:28:01,958 --> 00:28:04,291 Tapi awak pulang ke rumah kosong. 444 00:28:05,124 --> 00:28:07,416 Isteri awak tinggalkan awak. 445 00:28:07,499 --> 00:28:09,833 Apartmen awak dipenuhi kotak kosong. 446 00:28:09,916 --> 00:28:12,333 Makan tuna tin, anak awak enggan jumpa. 447 00:28:12,416 --> 00:28:14,708 Awak dihantui penculikan itu 448 00:28:14,791 --> 00:28:18,874 kerana itu saja detik penting dalam hidup awak dan awak merinduinya. 449 00:28:18,958 --> 00:28:22,624 Awak seronok nampak kamera macam bayi seronok dapat susu. 450 00:28:24,374 --> 00:28:26,458 Awak sangat menyedihkan. 451 00:28:29,874 --> 00:28:31,374 Tuna dalam tin, ya? 452 00:28:35,083 --> 00:28:36,041 Sebenarnya, 453 00:28:37,499 --> 00:28:39,624 hidup saya senang-lenang. 454 00:28:39,958 --> 00:28:42,749 Saya penuhkan banyak teater dengan peminat. 455 00:28:42,833 --> 00:28:45,833 Saya ubah hidup mereka. Buku saya laris sedunia. 456 00:28:45,916 --> 00:28:47,333 Semua orang... 457 00:28:47,416 --> 00:28:49,166 Semua orang... 458 00:28:49,249 --> 00:28:51,624 di negara ini anggap saya sebagai wira. 459 00:28:52,583 --> 00:28:53,666 Tuna dalam tin? 460 00:28:55,374 --> 00:28:57,083 Awak memang bodoh. 461 00:28:59,541 --> 00:29:00,874 Saya pergi dulu. 462 00:29:02,999 --> 00:29:04,416 Tidak, kawan. 463 00:29:06,374 --> 00:29:08,208 Awak tak boleh ke mana-mana. 464 00:29:50,124 --> 00:29:50,958 Dah sambung. 465 00:29:51,999 --> 00:29:52,833 Palermo. 466 00:29:54,166 --> 00:29:55,458 Palermo, awak dengar? 467 00:30:04,624 --> 00:30:05,999 Salur udara di tandas 468 00:30:06,083 --> 00:30:09,249 mungkin satu-satunya laluan masuk tanpa bom. 469 00:30:10,249 --> 00:30:13,041 Ia dipasang dan dibesarkan 17 bulan lalu. 470 00:30:14,083 --> 00:30:16,749 Namun, laluannya masih sempit. 471 00:30:17,583 --> 00:30:19,708 Sebesar 45 kali 80 sentimeter. 472 00:30:20,666 --> 00:30:22,833 Kita periksa jika gas itu berkesan. 473 00:30:24,833 --> 00:30:27,083 Kepekatan halotana, 67 peratus. 474 00:30:28,374 --> 00:30:30,749 Kita akan masuk. 475 00:30:38,291 --> 00:30:40,374 Ini misi berisiko tinggi. 476 00:30:40,458 --> 00:30:43,874 Jika mereka mengawalnya, paip itu akan jadi rumah sembelih. 477 00:30:44,166 --> 00:30:48,083 Halotana ialah gas narkotik yang melelapkan dalam 10 saat 478 00:30:48,166 --> 00:30:50,458 apabila kepekatannya lebih 50 peratus. 479 00:30:50,541 --> 00:30:52,249 Kolonel, kami di liang udara. 480 00:30:52,833 --> 00:30:54,249 Nampaknya ada orang. 481 00:30:54,999 --> 00:30:55,916 Dia tak gerak. 482 00:31:03,958 --> 00:31:06,749 Cara polis masuk seperti orang masuk ke taska. 483 00:31:07,999 --> 00:31:09,541 Lima ejen elit 484 00:31:09,624 --> 00:31:12,874 dengan 30 magazin peluru untuk capai objektif mudah. 485 00:31:13,374 --> 00:31:15,166 Membunuh kami seperti bebiri. 486 00:31:16,458 --> 00:31:17,666 Hakikatnya, 487 00:31:17,833 --> 00:31:19,749 itu balasan setimpal bagi kami. 488 00:31:21,833 --> 00:31:23,874 Kita akan ikut cara Putin. 489 00:31:23,958 --> 00:31:25,458 Tembak dulu... 490 00:31:25,708 --> 00:31:27,874 soal kemudian. 491 00:31:27,958 --> 00:31:29,666 Kita cuba elakkannya. 492 00:31:29,749 --> 00:31:30,999 Faham? 493 00:31:31,291 --> 00:31:34,208 Kalau ragu-ragu, anggap orang awam akan terkorban. 494 00:31:34,833 --> 00:31:35,708 Faham? 495 00:31:35,791 --> 00:31:37,166 Ya, tuan. 496 00:31:37,249 --> 00:31:38,208 Faham? 497 00:31:38,291 --> 00:31:39,833 Ya, tuan. 498 00:31:40,458 --> 00:31:41,624 Tak ada apa-apa. 499 00:31:42,583 --> 00:31:43,541 Tak ada apa-apa. 500 00:31:44,749 --> 00:31:45,791 Tak ada apa-apa. 501 00:31:47,291 --> 00:31:48,124 Tebusan. 502 00:32:03,333 --> 00:32:04,374 Tebusan. 503 00:32:04,499 --> 00:32:05,333 Tebusan. 504 00:32:21,999 --> 00:32:22,874 Tunduk! 505 00:32:28,416 --> 00:32:29,416 Syaitan! 506 00:32:31,208 --> 00:32:33,041 Meniarap! Berlindung! 507 00:32:35,666 --> 00:32:37,374 Keluar ikut kiri sekarang! 508 00:32:39,291 --> 00:32:40,458 Ayuh! 509 00:32:48,333 --> 00:32:50,083 Perisai! 510 00:32:52,458 --> 00:32:55,041 Bertahan dalam serangan ini adalah mustahil 511 00:32:55,666 --> 00:32:57,583 tetapi pada tahap ini, 512 00:32:57,666 --> 00:33:01,708 kami sudah pakar dalam memastikan tiada yang mustahil. 513 00:33:06,499 --> 00:33:07,333 Palermo. 514 00:33:07,416 --> 00:33:09,208 SEPULUH MINIT LALU 515 00:33:09,291 --> 00:33:10,541 Palermo, awak dengar? 516 00:33:10,791 --> 00:33:12,666 Mereka salurkan gas narkotik. 517 00:33:13,208 --> 00:33:14,916 Profesor, ini Tokyo. 518 00:33:21,791 --> 00:33:24,874 Profesor, semua laluan disekat. 519 00:33:24,958 --> 00:33:26,624 Pastikan jalan masuk mereka. 520 00:33:28,291 --> 00:33:31,124 Mereka tunggu bangunan penuh gas. Kita ada sepuluh minit. 521 00:33:34,749 --> 00:33:35,708 Tukar rancangan. 522 00:33:40,166 --> 00:33:41,666 Berundur! 523 00:33:44,458 --> 00:33:47,124 Untuk melawan mereka, kami cuma perlu oksigen. 524 00:33:48,624 --> 00:33:49,999 Untuk lumpuhkan mereka, 525 00:33:50,708 --> 00:33:53,208 kami cuma perlu sekat laluan keluar mereka. 526 00:33:56,624 --> 00:33:57,916 Asap! 527 00:34:09,791 --> 00:34:11,666 Apa khabar, Suárez? 528 00:34:14,208 --> 00:34:16,458 Nampak alur cahaya itu? Cantik, bukan? 529 00:34:17,083 --> 00:34:19,041 Itu bom plastik RDX! 530 00:34:19,124 --> 00:34:20,499 Tepat sekali. 531 00:34:21,124 --> 00:34:25,041 Ada lebih 40 kilogram dibahagikan antara tujuh bom. 532 00:34:26,208 --> 00:34:28,708 Rasanya tak perlu saya jelaskan akibat 533 00:34:28,791 --> 00:34:32,374 kalau kamu terlanggar alur cahaya, bukan? 534 00:34:33,624 --> 00:34:35,583 Ini cara ia berfungsi. 535 00:34:36,249 --> 00:34:40,791 Peledaknya bersambung dengan sel fotoelektrik 536 00:34:40,874 --> 00:34:42,833 dan jika satu bom meletup, 537 00:34:43,083 --> 00:34:44,708 yang lain... 538 00:34:44,791 --> 00:34:46,291 akan turut meletup. 539 00:34:47,874 --> 00:34:49,208 Betul tak, pakar bom? 540 00:34:51,791 --> 00:34:52,624 Celaka! 541 00:34:52,708 --> 00:34:54,583 Jadi, saya cadangkan 542 00:34:54,666 --> 00:34:56,499 supaya kamu bertenang 543 00:34:56,583 --> 00:34:59,249 kerana oksigen kamu akan habis 544 00:34:59,499 --> 00:35:02,124 dan kamu akan mula sedut halotana. 545 00:35:02,291 --> 00:35:03,458 Oleh itu, 546 00:35:03,541 --> 00:35:05,291 sila berbaring, 547 00:35:05,541 --> 00:35:07,208 meringkuk 548 00:35:07,708 --> 00:35:10,624 dan beri satu sama lain ciuman selamat malam. 549 00:35:13,708 --> 00:35:15,666 Tiada komunikasi selama 35 minit. 550 00:35:16,624 --> 00:35:18,458 Misi menyelamat sedang diatur. 551 00:35:18,541 --> 00:35:21,624 Jangan, mereka akan tembak dari lubang yang sama. 552 00:35:21,708 --> 00:35:23,416 Kita tak tahu cerita sebenar. 553 00:35:23,499 --> 00:35:27,166 Kita cuma dengar mesingan dan tembakan balas. 554 00:35:27,249 --> 00:35:28,499 Kemudian, senyap. 555 00:35:32,208 --> 00:35:33,041 Dia telefon. 556 00:35:48,208 --> 00:35:49,041 Martínez. 557 00:35:54,208 --> 00:35:55,041 Profesor? 558 00:35:59,291 --> 00:36:03,166 Tentu awak nak tahu nasib Inspektor Suárez dan empat orangnya. 559 00:36:03,249 --> 00:36:04,874 Apa yang awak nak beritahu? 560 00:36:06,416 --> 00:36:08,874 Kelakuannya patut menjadi contoh. 561 00:36:08,958 --> 00:36:11,166 Saya gambarkan operasi itu sebagai... 562 00:36:11,916 --> 00:36:12,916 wajar dipuji. 563 00:36:14,583 --> 00:36:16,749 Tapi bagaimana saya nak cakap, ya? 564 00:36:18,124 --> 00:36:19,249 Ada kesulitan. 565 00:36:20,291 --> 00:36:24,041 Jangan risau, mereka dalam keadaan baik. 566 00:36:24,499 --> 00:36:28,291 Kami hantar video sekarang supaya awak boleh pastikannya. 567 00:36:28,374 --> 00:36:29,708 Martínez! 568 00:36:31,583 --> 00:36:33,458 Lebih baik awak tengok. 569 00:36:38,999 --> 00:36:42,291 Saya Inspektor Suárez, ketua Pasukan Operasi Khas. 570 00:36:43,041 --> 00:36:44,874 Kami jadi tahanan. 571 00:36:45,583 --> 00:36:48,083 Tapi saya akui kami dilayan dengan baik. 572 00:36:50,958 --> 00:36:52,666 Saya merayu pihak berkuasa 573 00:36:53,416 --> 00:36:55,666 arahkan berhenti menembak sama sekali. 574 00:36:56,208 --> 00:36:58,249 Bagus! 575 00:36:59,749 --> 00:37:00,916 Selepas itu? 576 00:37:02,749 --> 00:37:03,708 Cepatlah! 577 00:37:05,708 --> 00:37:07,499 Selepas itu? Cepat! 578 00:37:10,166 --> 00:37:11,499 Suatu pagi... 579 00:37:13,291 --> 00:37:14,833 saya terjaga. 580 00:37:29,041 --> 00:37:30,249 Sangat menghiburkan. 581 00:37:31,416 --> 00:37:33,791 Tapi dia hantar kepada kita, 582 00:37:34,416 --> 00:37:35,541 bukan kepada media. 583 00:37:35,624 --> 00:37:38,708 Saya simpulkan bahawa Profesor 584 00:37:38,791 --> 00:37:40,541 mahu berunding. 585 00:37:40,916 --> 00:37:43,124 Awak memang artis sejati. 586 00:37:43,708 --> 00:37:45,666 Saya ada tawaran yang lebih baik. 587 00:37:46,416 --> 00:37:48,083 Saya tawarkan jalan keluar. 588 00:37:50,041 --> 00:37:52,666 Jawatankuasa Menentang Penyeksaan PBB 589 00:37:52,749 --> 00:37:54,708 membuka siasatan kes Cortés. 590 00:37:54,791 --> 00:37:55,916 Beberapa jam lagi 591 00:37:55,999 --> 00:37:58,708 pakar forensik akan dihantar untuk menyoalnya 592 00:37:58,999 --> 00:38:01,374 Tentu kamu dan kerajaan nak elakkannya. 593 00:38:01,749 --> 00:38:03,374 Celaka. 594 00:38:03,791 --> 00:38:05,583 Kamu cuma perlu pulangkan RIo. 595 00:38:06,874 --> 00:38:08,916 Saya tak nak serahkan banduan. 596 00:38:08,999 --> 00:38:11,624 Polis takkan serahkan perompak. 597 00:38:11,708 --> 00:38:14,166 Ya, tapi ada sebab kedua. 598 00:38:17,416 --> 00:38:21,624 Ternyata operasi kamu bertujuan untuk bunuh kami. 599 00:38:23,791 --> 00:38:25,208 Dalam tahanan, 600 00:38:25,749 --> 00:38:28,291 kamu tak boleh bunuh Cortés. Tetapi... 601 00:38:30,291 --> 00:38:32,249 Di bank, semasa dia larikan diri, 602 00:38:32,333 --> 00:38:33,749 semasa mengejarnya... 603 00:38:34,499 --> 00:38:35,499 kamu boleh. 604 00:38:38,166 --> 00:38:41,458 Saya tawarkan alternatif yang lebih baik kepada negara. 605 00:38:43,208 --> 00:38:46,208 Saya selamatkan kamu daripada digelakkan satu dunia. 606 00:38:46,291 --> 00:38:49,333 Saya tak sebarkan video komando elit kamu menyanyi. 607 00:38:51,124 --> 00:38:52,291 Serahkan dia. 608 00:38:54,833 --> 00:38:56,583 Terima pertukaran itu. 609 00:39:00,666 --> 00:39:01,958 Serahkan dia. 610 00:39:13,249 --> 00:39:16,749 Saya nak semua tebusan dan ejen GEO. Sebagai tanda kejayaan. 611 00:39:18,458 --> 00:39:21,166 Saya akan serahkan 40 tebusan dan komando elit. 612 00:39:21,833 --> 00:39:23,583 Jadikan itu tanda kejayaan. 613 00:39:24,458 --> 00:39:26,208 - Pukul 8 malam. - Tidak. 614 00:39:27,041 --> 00:39:30,624 Waktu siang. Kita buat pertukaran pada pukul 8 pagi. 615 00:39:31,333 --> 00:39:33,666 Saya tak nak 40 orang awam dibebaskan 616 00:39:33,749 --> 00:39:35,541 tanpa lihat hal yang berlaku. 617 00:39:38,583 --> 00:39:39,624 Saya terima. 618 00:39:48,166 --> 00:39:49,749 - Uruskan. - Baiklah. 619 00:39:49,833 --> 00:39:50,666 Martínez! 620 00:39:54,791 --> 00:39:56,124 Tokyo, mereka setuju. 621 00:40:18,208 --> 00:40:19,083 Hai. 622 00:40:23,666 --> 00:40:25,083 Dapat rehat secukupnya? 623 00:40:29,041 --> 00:40:30,749 Berapa lama saya tidur? 624 00:40:31,999 --> 00:40:33,541 Empat belas jam. 625 00:40:35,041 --> 00:40:35,874 Mengantuknya. 626 00:40:38,374 --> 00:40:39,958 Awak minta ubat tidur. 627 00:40:40,749 --> 00:40:42,874 Mereka beri dos yang besar. 628 00:40:43,208 --> 00:40:44,083 Tak ingat? 629 00:40:45,791 --> 00:40:46,958 Ingat. 630 00:40:47,999 --> 00:40:48,874 Marilah. 631 00:40:49,874 --> 00:40:51,791 Ayuh bersiap untuk masuk TV. 632 00:40:52,374 --> 00:40:53,458 Marilah. 633 00:40:53,958 --> 00:40:55,124 Lekas. 634 00:41:16,916 --> 00:41:18,249 Nak bawa saya ke mana? 635 00:41:19,041 --> 00:41:20,083 Pergi ke sekolah. 636 00:41:21,041 --> 00:41:22,583 Nak saya tuangkan bijirin? 637 00:41:23,833 --> 00:41:25,708 Betulkah awak akan jadi ibu? 638 00:41:26,833 --> 00:41:29,291 Awak akan ke sekolahnya untuk bercerita? 639 00:41:29,958 --> 00:41:30,999 Tentulah. 640 00:41:31,083 --> 00:41:34,833 Kami akan bawa lolipop untuk sakitkan hati ibu kemarau seks 641 00:41:34,916 --> 00:41:36,874 yang larang anak makan gula-gula. 642 00:41:38,708 --> 00:41:39,583 Alicia. 643 00:41:42,749 --> 00:41:44,124 Dia takkan sayang awak. 644 00:41:49,458 --> 00:41:50,958 Tapi awak akan suka saya. 645 00:41:52,874 --> 00:41:53,708 Marilah. 646 00:41:55,666 --> 00:41:56,999 Kita nak ke mana? 647 00:41:57,083 --> 00:41:57,958 Ke sekolah. 648 00:42:53,166 --> 00:42:55,249 PERTUKARAN TEBUSAN DI BANK SEPANYOL 649 00:43:15,708 --> 00:43:17,458 Yang mustahil sudah tiba. 650 00:43:19,333 --> 00:43:21,333 Kami terpaksa timbulkan kekecohan 651 00:43:22,666 --> 00:43:26,208 tapi semuanya tak lagi penting apabila saya lihat Rio keluar. 652 00:43:27,749 --> 00:43:29,124 Dia masih hidup. 653 00:43:30,666 --> 00:43:31,916 Keliru... 654 00:43:32,166 --> 00:43:33,874 dan gugup. 655 00:43:35,666 --> 00:43:37,666 Tetapi dia kelihatan begitu kacak. 656 00:45:56,583 --> 00:45:59,083 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal