1 00:00:04,240 --> 00:00:09,109 "Drama ini hanyalah rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa." 2 00:00:11,679 --> 00:00:15,250 Hari ini, para pelukis yang berkumpul di Maejukheon... 3 00:00:16,050 --> 00:00:17,859 ...telah memberi saya harapan untuk masa depan. 4 00:00:18,589 --> 00:00:21,730 Pertandingan Melukis Maejukheon kali ini telah menjadi... 5 00:00:21,730 --> 00:00:23,760 ...antara yang paling sukar dalam sejarah. 6 00:00:24,800 --> 00:00:26,429 Syabas, semua. 7 00:00:28,600 --> 00:00:29,629 Dengan ini... 8 00:00:31,039 --> 00:00:33,100 ...saya umumkan Pertandingan Melukis Maejukheon telah berakhir. 9 00:00:57,500 --> 00:01:01,270 "Hong Eun O, bekas pelukis Gohwawon, ayah Hong Cheon Gi" 10 00:01:17,620 --> 00:01:20,049 Tuan Ha Sung Jin, awak mesti pergi! 11 00:01:27,189 --> 00:01:28,329 Oh, Tuhan. 12 00:01:29,159 --> 00:01:31,000 Apa yang berlaku? 13 00:01:34,370 --> 00:01:35,400 Tuanku. 14 00:01:42,010 --> 00:01:44,379 Saya akan halang syaitan itu! 15 00:01:44,379 --> 00:01:46,980 Jangan pandang matanya! 16 00:01:47,480 --> 00:01:48,510 Saya akan... 17 00:01:49,950 --> 00:01:50,950 Ayah! 18 00:01:51,620 --> 00:01:53,689 Itu Eun O. 19 00:01:53,750 --> 00:01:55,489 - Ayah! - Eun O! 20 00:01:55,489 --> 00:01:56,989 Eun O! 21 00:02:05,900 --> 00:02:08,270 Ampunkan saya, Putera Joohyang. 22 00:02:08,569 --> 00:02:09,830 Dia ayah saya. 23 00:02:09,830 --> 00:02:13,469 Dia tak begitu waras, jadi tolong kasihankan dia. 24 00:02:13,469 --> 00:02:14,509 Saya mohon ampun. 25 00:02:14,509 --> 00:02:16,139 Tuan putera, tolong... 26 00:02:18,479 --> 00:02:19,840 Maafkan saya, Abang Hoo. 27 00:02:20,210 --> 00:02:23,180 Semua yang berlaku di Maejukheon adalah tanggungjawab saya. 28 00:02:23,180 --> 00:02:25,819 Jika abang ingin hukum seseorang, hukumlah saya. 29 00:02:28,990 --> 00:02:30,020 Yul. 30 00:02:33,090 --> 00:02:36,860 Sebagai pemilik Maejukheon, kamu patut bersikap wajar. 31 00:02:37,900 --> 00:02:38,900 Abang Hoo. 32 00:02:39,099 --> 00:02:41,300 Adakah awak sedar dia sepatutnya dihukum mati? 33 00:02:42,370 --> 00:02:45,969 Ya. Saya yang patut mati. 34 00:02:45,969 --> 00:02:48,110 Kalau awak mengakui kesilapan ayah awak... 35 00:02:48,110 --> 00:02:52,110 ...awak patut terima hukuman bagi pihaknya. 36 00:02:55,879 --> 00:02:56,979 Betul, tuan putera. 37 00:02:56,979 --> 00:02:59,520 Kalau ayah awak meluru keluar kerana ketidakwarasannya... 38 00:03:00,319 --> 00:03:02,590 ...awaklah yang kena terima balasannya. 39 00:03:03,860 --> 00:03:05,159 Betul tak? 40 00:03:08,129 --> 00:03:10,229 Ini belas kasihan terakhir saya. 41 00:03:10,229 --> 00:03:12,099 "Seluas laut dan sungai" 42 00:03:12,099 --> 00:03:13,259 Jawab. 43 00:03:14,500 --> 00:03:16,830 Adakah awak rela terima hukuman bagi pihak ayah awak? 44 00:03:19,240 --> 00:03:20,669 "Cha Young Wook, Choi Jung" 45 00:03:20,669 --> 00:03:22,939 Tak boleh. Jangan. 46 00:03:29,949 --> 00:03:31,949 - Ya. - Abang Hoo. 47 00:03:31,949 --> 00:03:34,419 Yangmyeong, jaga kelakuan kamu sebagai seorang putera. 48 00:03:40,120 --> 00:03:42,960 Kalau kamu cari gaduh dengan abang sekarang... 49 00:03:43,599 --> 00:03:45,800 ...ia adalah disebabkan pelukis ini. 50 00:03:45,900 --> 00:03:48,199 Jika kamu bertegas untuk menentang abang... 51 00:03:48,800 --> 00:03:51,370 ...kemarahan abang hanya akan bertambah teruk... 52 00:03:51,370 --> 00:03:54,340 ...dan bapanya yang sepatutnya boleh dilepaskan tanpa dihukum... 53 00:03:54,840 --> 00:03:56,939 ...atas kesilapan kecil mungkin akan dihukum mati. 54 00:04:02,280 --> 00:04:03,379 Apa pendapat kamu? 55 00:04:04,219 --> 00:04:06,849 Boleh kamu jangan masuk campur dalam hal ini? 56 00:04:16,959 --> 00:04:18,399 Ya, tuan putera. 57 00:04:19,230 --> 00:04:22,769 Apa saja hukumannya, saya akan terima dengan rela. 58 00:04:39,550 --> 00:04:41,819 - Aduhai. - Maafkan saya kerana mencelah... 59 00:04:42,189 --> 00:04:44,860 ...tapi saya tak mahu sia-siakan 300 guni beras saya. 60 00:04:58,540 --> 00:05:02,339 Saya hargai bakat awak dan beli lukisan awak dengan 300 guni beras. 61 00:05:02,339 --> 00:05:03,910 Tapi awak tak sedar diri. 62 00:05:05,079 --> 00:05:06,310 Putera Yangmyeong. 63 00:05:06,910 --> 00:05:08,879 Saya tak boleh beri 300 guni beras... 64 00:05:09,009 --> 00:05:11,149 ...kepada pelukis yang bapanya seorang yang tak waras. 65 00:05:12,550 --> 00:05:16,720 Tapi, saya tak boleh tarik balik pemberian saya. 66 00:05:18,990 --> 00:05:20,189 Putera Joohyang. 67 00:05:20,689 --> 00:05:22,860 Saya buta dan gagal membezakan... 68 00:05:22,860 --> 00:05:25,459 ...antara pelukis yang baik dengan pelukis yang hina dan jahil... 69 00:05:25,459 --> 00:05:28,300 ...hingga dia menimbulkan kemurkaan tuan putera. 70 00:05:29,170 --> 00:05:30,600 Sebagai tanda kemaafan... 71 00:05:30,600 --> 00:05:32,639 ...saya ingin beri 300 guni beras itu kepada tuan putera. 72 00:05:33,069 --> 00:05:34,470 Boleh saya buat begitu? 73 00:05:35,209 --> 00:05:36,209 Sarjana Ha. 74 00:05:36,910 --> 00:05:40,509 Abang saya dah suruh kita jangan masuk campur. 75 00:05:41,550 --> 00:05:46,420 Tapi saya bimbang awak rasa terganggu dengan perkara ini. 76 00:05:47,649 --> 00:05:51,189 Abang Hoo, dengan kemuliaan abang seluas sungai dan laut... 77 00:05:51,189 --> 00:05:54,660 ...apa kata abang terima tawaran Sarjana Ha? 78 00:06:06,839 --> 00:06:07,910 Sarjana Ha. 79 00:06:09,540 --> 00:06:11,379 Demi pelukis wanita ini... 80 00:06:12,079 --> 00:06:13,910 ...awak sanggup berikan apa saja? 81 00:06:21,120 --> 00:06:22,649 Apa sebenarnya yang tuan putera mahu? 82 00:06:27,259 --> 00:06:29,629 Saya akan beri tuan putera apa saja sebagai balasan kejahilan saya. 83 00:06:32,199 --> 00:06:33,300 Baiklah. 84 00:06:34,300 --> 00:06:37,800 Saya takkan biar hal ini berlarutan kerana Sarjana Ha telah merayu. 85 00:06:39,199 --> 00:06:40,610 "Choi Won Ho, Guru Persatuan Pelukis Baekyu" 86 00:06:40,670 --> 00:06:42,110 "Han Geon, Pakar Gohwawon" 87 00:06:45,509 --> 00:06:47,350 Saya akan hubungi awak nanti. 88 00:06:47,949 --> 00:06:51,420 Saya akan tunggu hari itu, tuan putera. 89 00:06:58,160 --> 00:07:00,759 Yangmyeong, jika kamu gagal bertindak dengan bermaruah... 90 00:07:00,759 --> 00:07:02,829 ...dan masuk campur dalam perkara begini lagi... 91 00:07:03,660 --> 00:07:06,259 ...abang akan hukum kamu. 92 00:07:06,259 --> 00:07:08,970 Baiklah, Abang Hoo. Saya mohon maaf. 93 00:07:25,819 --> 00:07:26,980 Bangun. 94 00:07:27,819 --> 00:07:29,449 - Cheon Gi. - Ayah. 95 00:07:29,449 --> 00:07:30,790 - Oh, Tuhan. - Ayah. 96 00:07:31,490 --> 00:07:32,519 Ayah. 97 00:07:33,319 --> 00:07:34,329 Ayah. 98 00:07:34,360 --> 00:07:35,529 Pelukis Choi Jung. 99 00:07:35,829 --> 00:07:37,500 - Sila beri laluan. - Ayah. 100 00:07:37,730 --> 00:07:40,699 Mari. Marilah. Cepat. 101 00:07:40,800 --> 00:07:43,870 Terima kasih, Sarjana Ha. Ini hari yang memenatkan. 102 00:07:44,970 --> 00:07:46,639 Kita bincang lain kali saja. 103 00:07:46,639 --> 00:07:47,910 Baiklah, tuan putera. 104 00:07:52,279 --> 00:07:53,810 Mari jumpa saya sekejap. 105 00:07:53,810 --> 00:07:55,050 Baik, tuan putera. 106 00:07:58,019 --> 00:08:01,720 "Episod 7: Pertemuan Semula" 107 00:08:03,120 --> 00:08:07,290 Dia tak teragak-agak melukis lukisan palsu... 108 00:08:07,290 --> 00:08:09,759 ...demi dapatkan wang untuk beli ubat buat bapanya yang sakit. 109 00:08:10,459 --> 00:08:13,759 Jadi, itulah sebab semua ini berlaku. 110 00:08:14,029 --> 00:08:15,269 Ya. 111 00:08:17,740 --> 00:08:19,040 Masuk akal juga. 112 00:08:20,269 --> 00:08:21,709 Saya dah faham sekarang. 113 00:08:22,740 --> 00:08:24,980 Itulah yang berlaku. 114 00:08:36,090 --> 00:08:38,759 Tuan Ha Sung Jin, awak mesti pergi! 115 00:08:38,759 --> 00:08:40,889 Saya akan halang syaitan itu! 116 00:08:40,889 --> 00:08:43,659 Jangan pandang matanya! 117 00:08:43,659 --> 00:08:45,000 Ya, tuan putera. 118 00:08:45,000 --> 00:08:48,000 Apa saja hukumannya, saya akan terima dengan rela. 119 00:08:48,000 --> 00:08:51,740 Demi pelukis wanita ini, awak sanggup berikan apa saja? 120 00:08:52,539 --> 00:08:54,440 Saya akan hubungi awak nanti. 121 00:09:02,409 --> 00:09:03,409 Tuan. 122 00:09:05,320 --> 00:09:06,350 Awak dah balik. 123 00:09:06,850 --> 00:09:07,950 Ya. 124 00:09:07,950 --> 00:09:09,850 Awak dah dapat tahu tentang lukisan di pusingan kedua? 125 00:09:09,889 --> 00:09:11,590 Bolehkah ia dibeli di acara lelongan? 126 00:09:11,590 --> 00:09:12,990 Daripada maklumat yang saya dapat... 127 00:09:12,990 --> 00:09:16,129 ...semua lukisan pusingan kedua milik Putera Yangmyeong... 128 00:09:16,129 --> 00:09:18,700 ...sebagai penganjur Pertandingan Melukis Maejukheon. 129 00:09:19,529 --> 00:09:20,600 Begitukah? 130 00:09:21,029 --> 00:09:23,399 Patutkah saya beli dengan nama Wolseongdang? 131 00:09:28,840 --> 00:09:30,509 Di mana Jung Seon Rye? 132 00:09:31,110 --> 00:09:32,940 Dia dikurung di Wolseongdang. 133 00:09:42,120 --> 00:09:43,250 Jangan bunuh kami. 134 00:09:43,250 --> 00:09:44,960 Saya nak pergi bersama orang-orang saya... 135 00:09:53,529 --> 00:09:56,500 Jangan ganggu pelukis wanita bernama Hong Cheon Gi lagi. 136 00:09:56,500 --> 00:09:59,299 Ambil wang perak itu dan anggap semuanya dah selesai. 137 00:09:59,299 --> 00:10:02,009 Bagaimana tuan tahu tentang dia? 138 00:10:04,080 --> 00:10:05,580 Jangan banyak tanya. 139 00:10:06,210 --> 00:10:08,480 Kalau awak ingkar arahan saya... 140 00:10:08,480 --> 00:10:10,509 ...ia takkan berakhir dengan sekadar amaran. 141 00:10:10,509 --> 00:10:13,379 Baiklah. Jangan risau, tuan. 142 00:10:25,330 --> 00:10:27,059 Masa untuk berjumpa penyiasat. 143 00:10:27,059 --> 00:10:29,169 "Penyiasat Kim Gong Rae" 144 00:11:22,419 --> 00:11:24,889 Tuan. Apa semua ini? 145 00:11:24,889 --> 00:11:27,759 Awak fikir putera takkan tahu? 146 00:11:27,929 --> 00:11:28,929 Atau... 147 00:11:29,190 --> 00:11:31,460 ...awak fikir awak boleh... 148 00:11:31,799 --> 00:11:35,070 ...sembunyikan kesetiaan awak terhadap raja selamanya? 149 00:11:37,970 --> 00:11:38,970 Bunuh dia. 150 00:12:01,190 --> 00:12:03,259 Semua ini adalah ketentuan Tuhan. 151 00:12:03,259 --> 00:12:04,600 Jangan benci saya. 152 00:12:07,230 --> 00:12:08,399 Ayah. 153 00:12:10,330 --> 00:12:12,639 Apa yang mereka lakukan pada ayah... 154 00:12:13,539 --> 00:12:16,039 ...saya akan lakukan perkara yang sama pada mereka. 155 00:12:32,789 --> 00:12:35,789 "Penyiasat Kim Gong Rae" 156 00:12:36,730 --> 00:12:38,929 "Mati" 157 00:12:45,769 --> 00:12:49,970 "Raja Seongjo" 158 00:12:50,009 --> 00:12:52,580 "Putera Joohyang" 159 00:12:52,580 --> 00:12:56,149 "Putera Yangmyeong" 160 00:13:07,460 --> 00:13:09,330 Seterusnya giliran awak pula. 161 00:13:09,830 --> 00:13:13,330 "Mi Su" 162 00:13:14,769 --> 00:13:16,600 Om maha hum svaha. 163 00:13:16,600 --> 00:13:18,740 "Mi Su, ketua pawang keempat Seongjucheong" 164 00:13:30,710 --> 00:13:33,950 Orang yang membida harga tertinggi untuk lukisan itu... 165 00:13:34,190 --> 00:13:35,490 ...ialah Sarjana Ha? 166 00:13:35,590 --> 00:13:36,789 Ya, tuanku. 167 00:13:39,519 --> 00:13:42,029 Macam mana awak boleh tahu tentang lukisan istimewa itu? 168 00:13:45,700 --> 00:13:49,929 Adakah penglihatan awak dah mula kembali? 169 00:13:50,970 --> 00:13:54,710 Malangnya, penglihatan saya masih sama macam dulu. 170 00:13:55,139 --> 00:13:57,070 Tapi orang suruhan saya lukiskan di tapak tangan saya... 171 00:13:57,070 --> 00:13:58,710 ...sambil dia menerangkan tentang lukisan itu. 172 00:13:58,879 --> 00:14:01,049 Serta komen para juri... 173 00:14:01,049 --> 00:14:04,110 ...hampir buat lukisan itu muncul di depan mata saya. 174 00:14:04,110 --> 00:14:05,320 Jadi, saya mahu memilikinya. 175 00:14:09,090 --> 00:14:11,419 Beta tak sabar nak lihat lukisan itu. 176 00:14:11,590 --> 00:14:12,690 Mari lekas. 177 00:14:32,879 --> 00:14:34,110 Bunga ini... 178 00:14:35,450 --> 00:14:38,080 ...terselamat daripada kedinginan bulan... 179 00:14:38,919 --> 00:14:42,519 ...dan berdiri tegak dengan lebih bermaruah berbanding yang lain. 180 00:14:42,549 --> 00:14:45,889 Lukisan inilah yang rama-rama sebenar hinggap... 181 00:14:45,889 --> 00:14:48,629 ...lalu mengejutkan semua hadirin. 182 00:14:56,970 --> 00:15:01,070 Teknik lukisan ini sangat halus dan begitu menyerlah. 183 00:15:06,039 --> 00:15:08,480 Sentuhannya sangat halus. 184 00:15:08,480 --> 00:15:10,250 "Sentuhan yang dibuat dengan berus" 185 00:15:12,519 --> 00:15:15,419 Ia benar-benar mempunyai aura yang hebat. 186 00:15:15,789 --> 00:15:17,820 Semakin lama beta melihatnya, beta lihat sebuah lukisan misteri... 187 00:15:18,460 --> 00:15:20,019 ...dengan aura yang luar biasa. 188 00:15:28,100 --> 00:15:30,600 Ini pula lukisan apa? 189 00:15:30,769 --> 00:15:34,169 Lukisan ini menggambarkan sekumpulan rama-rama... 190 00:15:34,169 --> 00:15:38,110 ...mengejar haruman yang ditinggalkan kesan tapak kaki kuda. 191 00:15:39,879 --> 00:15:44,620 Ia nampak sangat nyata, beta boleh dengar dan lihat pergerakannya. 192 00:15:47,179 --> 00:15:49,289 Putera mahkota sedang gering... 193 00:15:51,019 --> 00:15:53,590 ...dan fikiran beta penuh dengan kerisauan. 194 00:15:54,190 --> 00:15:56,629 Lukisan ini telah menenangkan jiwa beta. 195 00:15:56,659 --> 00:15:58,799 Sepertimana tujuan Pertandingan Melukis Maejukheon... 196 00:15:59,100 --> 00:16:00,860 ...pelukis ini menang... 197 00:16:00,860 --> 00:16:04,230 ...dengan hanya kemahiran dan tanpa mengira darjat atau status sosial. 198 00:16:04,940 --> 00:16:08,840 Dia mungkin seorang wanita, tapi dia ada kemahiran yang hebat. 199 00:16:09,539 --> 00:16:12,379 Bukankah wajar untuk izinkan dia menyertai Gohwawon? 200 00:16:12,679 --> 00:16:15,950 Biar dia rapat dengan ayahanda dan tenangkan jiwa ayahanda. 201 00:16:16,649 --> 00:16:19,750 Dialah pelukis yang sudah sekian lama ayahanda cari. 202 00:16:22,090 --> 00:16:23,120 Yakah? 203 00:16:29,789 --> 00:16:30,960 Adakah... 204 00:16:31,899 --> 00:16:33,830 ...kamu yang sebenarnya mahu dia berada dekat dengan kamu? 205 00:16:34,299 --> 00:16:35,370 Apa? 206 00:16:39,440 --> 00:16:42,639 Saya cuma beri cadangan sebab ayahanda dah lama... 207 00:16:43,309 --> 00:16:47,309 ...cari pelukis dengan bakat yang luar biasa. 208 00:16:52,419 --> 00:16:53,450 Ayahanda bergurau saja. 209 00:16:55,490 --> 00:16:56,549 Baiklah. 210 00:16:57,350 --> 00:16:59,360 Ayahanda akan beri perintah. 211 00:16:59,759 --> 00:17:02,629 Terima Hong Cheon Gi menyertai Gohwawon. 212 00:17:02,629 --> 00:17:05,230 Selama tiga bulan, suruh dia bekerja pada waktu siang... 213 00:17:05,230 --> 00:17:08,769 ...dan arahkan dia melukis potret pada waktu malam. 214 00:17:09,569 --> 00:17:11,539 Menjunjung kasih, ayahanda. 215 00:17:15,440 --> 00:17:19,180 Pelukis istimewa untuk baik pulih potret raja? 216 00:17:20,309 --> 00:17:21,849 Saya minta diri dulu. 217 00:17:21,849 --> 00:17:23,849 Awak boleh pergi. 218 00:17:26,450 --> 00:17:27,519 Tuan putera. 219 00:17:30,150 --> 00:17:33,190 Tunggu dulu, Sarjana Ha. 220 00:17:34,759 --> 00:17:36,559 Saya nak cakap sekejap saja. 221 00:17:44,230 --> 00:17:45,339 Sarjana Ha. 222 00:17:48,470 --> 00:17:51,880 Ada sesuatu yang saya nak tahu tentang pelukis... 223 00:17:52,279 --> 00:17:53,779 ...yang bernama Hong Cheon Gi itu. 224 00:17:55,750 --> 00:17:57,779 Tanyalah. 225 00:17:58,549 --> 00:17:59,650 Begini. 226 00:18:02,950 --> 00:18:06,690 Adakah awak dan Pelukis Hong... 227 00:18:07,559 --> 00:18:08,759 ...sangat rapat? 228 00:18:09,859 --> 00:18:12,000 Kami bertemu buat kali pertama semasa di rumah pewarna. 229 00:18:12,900 --> 00:18:15,599 Semasa dia bawa senarai peserta pertandingan ke Maejukheon... 230 00:18:16,000 --> 00:18:18,839 ...saya rasa hubungan dia dengan tuan putera agak berbeza. 231 00:18:18,839 --> 00:18:20,039 Saya memang nak tanya tuan putera tentang itu. 232 00:18:20,339 --> 00:18:23,339 Hati-hati. Kenapa awak cakap begitu? 233 00:18:23,539 --> 00:18:25,180 Kami masih belum sampai ke tahap itu lagi. 234 00:18:25,180 --> 00:18:26,309 Tuan putera cakap... 235 00:18:27,710 --> 00:18:28,750 ..."belum lagi"? 236 00:18:31,519 --> 00:18:32,619 Maksud saya... 237 00:18:34,720 --> 00:18:37,150 Apa yang saya cakap ini? 238 00:18:41,930 --> 00:18:44,329 Walau macam mana kita balut batang setanggi... 239 00:18:45,400 --> 00:18:48,099 ...harumannya tetap akan tersebar jauh. 240 00:18:48,329 --> 00:18:49,569 Saya... 241 00:18:51,240 --> 00:18:53,640 ...meminati dia sebagai pelukis. 242 00:18:55,109 --> 00:18:56,109 Kita patut pergi. 243 00:19:04,380 --> 00:19:07,720 Raja telah sekian lama mencari pelukis yang istimewa. 244 00:19:08,250 --> 00:19:11,089 Pelukis wanita bernama Hong Cheon Gi yang menang... 245 00:19:11,089 --> 00:19:12,759 ...di Pertandingan Melukis Maejukheon. 246 00:19:13,220 --> 00:19:16,829 Baginda telah memerintahkan agar dia menyertai Gohwawon. 247 00:19:16,829 --> 00:19:18,630 Pelukis istimewa? 248 00:19:19,299 --> 00:19:21,099 Sebab itukah... 249 00:19:21,730 --> 00:19:23,599 ...pertandingan itu diadakan? 250 00:19:23,769 --> 00:19:27,299 Tentu ada sebab kenapa raja... 251 00:19:27,299 --> 00:19:28,839 ...cari pelukis yang berbakat. 252 00:19:28,839 --> 00:19:32,079 Bapa pelukis ini ada sebut tentang syaitan. 253 00:19:32,480 --> 00:19:34,309 Dia tentu tahu tentang hal itu. 254 00:19:35,980 --> 00:19:36,980 Tapi... 255 00:19:38,819 --> 00:19:42,390 Kenapa agaknya ayahanda perintahkan dia menyertai Gohwawon? 256 00:19:42,390 --> 00:19:44,619 Tuan putera patut siasat. 257 00:19:44,619 --> 00:19:46,289 Awak ada idea? 258 00:19:47,259 --> 00:19:48,559 Sim Dae Yu. 259 00:19:49,130 --> 00:19:53,200 Dia adalah pesaing Hong Cheon Gi sehingga akhir pertandingan. 260 00:19:53,329 --> 00:19:54,400 Macam mana... 261 00:19:55,799 --> 00:19:56,930 ...kita nak mempergunakan dia? 262 00:19:57,299 --> 00:19:58,839 Dengan kuasa sihir. 263 00:20:16,519 --> 00:20:18,859 Saya ambil duri daripada pokok limau yang ada darahnya... 264 00:20:18,859 --> 00:20:22,329 ...tikam duri itu pada patung jerami dan bacakan jampi padanya. 265 00:20:27,799 --> 00:20:32,369 Jika aku perlu pergi, aku perlu pergi 266 00:20:43,250 --> 00:20:45,849 Sebaik saja sihir itu terkena padanya... 267 00:20:46,319 --> 00:20:50,690 ...saya boleh kawal dia bila-bila dan di mana saja. 268 00:20:51,589 --> 00:20:55,259 Dalam erti kata lain, dia akan jadi boneka saya. 269 00:21:01,599 --> 00:21:05,670 Kemudian kita letakkan boneka itu di sebelah pelukis istimewa itu. 270 00:21:06,740 --> 00:21:09,309 Jadi, kita boleh tahu apakah... 271 00:21:09,309 --> 00:21:12,579 ...yang raja lakukan dengan bakatnya itu. 272 00:21:13,640 --> 00:21:17,210 Bukankan jampi sebegitu besar risikonya? 273 00:21:17,950 --> 00:21:20,319 Ya. Orang yang beri jampi itu... 274 00:21:21,049 --> 00:21:24,119 ...juga akan menderita akibat yang teruk. 275 00:21:25,289 --> 00:21:28,529 Tapi tuan putera takkan dapat sebarang mudarat. 276 00:21:45,410 --> 00:21:47,079 Awak dah dapat ubatnya? 277 00:21:47,940 --> 00:21:49,480 Saya hampir dapatkannya. 278 00:21:50,410 --> 00:21:52,220 Sekarang saya tak rasa saya boleh dapatkannya. 279 00:21:53,819 --> 00:21:56,089 Saya dengar Pelabuhan Yeowoon... 280 00:21:56,089 --> 00:21:58,319 ...ialah tempat penyeludup Yeon berlabuh. 281 00:21:58,890 --> 00:22:01,529 Awak mungkin boleh dapatkan ubat itu di sana. 282 00:22:02,430 --> 00:22:03,930 Saya tak ada duit. 283 00:22:04,390 --> 00:22:07,529 Sayang sekali. Dia kesuntukan masa. 284 00:22:07,900 --> 00:22:10,269 Berapa harga ubat itu? 285 00:22:12,869 --> 00:22:14,809 Sekurang-kurangnya 300 guni beras. 286 00:22:15,339 --> 00:22:17,769 Apa? 300 guni beras? 287 00:22:21,579 --> 00:22:25,319 Berikan ubat yang saya buat tiga kali sehari. 288 00:22:25,319 --> 00:22:28,049 Ia boleh buat ayah awak bertahan buat sementara waktu. 289 00:22:28,119 --> 00:22:29,190 Baiklah. 290 00:22:32,789 --> 00:22:34,660 - Selamat jalan. - Baiklah. 291 00:22:59,319 --> 00:23:05,119 Cheon Gi. Saya rasa saya tersalah. 292 00:23:05,960 --> 00:23:07,059 Tentang apa? 293 00:23:07,089 --> 00:23:09,960 Saya akan jaga ayah awak baik-baik. 294 00:23:10,630 --> 00:23:12,700 Awak patut sertai Gohwawon. 295 00:23:16,269 --> 00:23:18,200 Apa maksud awak? 296 00:23:19,369 --> 00:23:23,710 Raja memerintahkan agar pemenang pertandingan itu... 297 00:23:23,940 --> 00:23:26,710 ...iaitu awak, sertai Gohwawon. 298 00:23:26,940 --> 00:23:28,880 Saya tak boleh sertainya sedangkan ayah saya sakit. 299 00:23:32,220 --> 00:23:35,519 Saya akan rayu dan beritahu mereka yang saya tak boleh sertainya. 300 00:23:37,319 --> 00:23:40,259 Awak fikir awak boleh ingkar perintah ini? 301 00:23:41,890 --> 00:23:44,289 Ayah saya boleh mati bila-bila masa saja. 302 00:23:44,289 --> 00:23:46,299 Saya tak boleh keluar lama. 303 00:23:47,660 --> 00:23:49,170 Kalau begitu, janganlah pergi. 304 00:23:49,670 --> 00:23:51,769 Gohwawon cumalah sebuah tempat... 305 00:23:52,640 --> 00:23:55,140 Apa saya dah cakap? 306 00:23:55,140 --> 00:23:56,140 Memasuki pertandingan itu hanya akan... 307 00:23:56,140 --> 00:23:58,779 ...tarik perhatian orang kepada awak dan menyusahkan awak. 308 00:24:01,309 --> 00:24:05,579 Tapi kalau ayah tak muncul tempoh hari... 309 00:24:05,950 --> 00:24:08,819 ...tentu saya boleh dapatkan ubat Chungsimwon itu. 310 00:24:08,819 --> 00:24:11,690 Ya, betul juga. 311 00:24:12,390 --> 00:24:15,089 Apa kata awak sertai Gohwawon dulu... 312 00:24:15,089 --> 00:24:16,859 ...kemudian fikirkan langkah seterusnya? 313 00:24:18,430 --> 00:24:22,670 Guru nak saya pergi atau tak? 314 00:24:22,670 --> 00:24:24,299 - Awak nak pergikah? - Tidak. 315 00:24:24,299 --> 00:24:26,440 - Jadi, jangan pergi. - Guru! 316 00:24:30,640 --> 00:24:34,079 Dia kata dia nak sertai Gohwawon? 317 00:24:34,609 --> 00:24:37,450 Saya dah berusaha memujuknya... 318 00:24:38,250 --> 00:24:40,619 ...tapi dia berkeras untuk kekal di sini. 319 00:24:41,789 --> 00:24:44,220 Kenapa awak masih di sini? 320 00:24:45,890 --> 00:24:47,619 Walaupun selepas Eun O sakit... 321 00:24:47,619 --> 00:24:51,390 ...saya terlalu sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak cari dia. 322 00:24:52,099 --> 00:24:54,869 Saya tak tahu pula dia ada anak perempuan. 323 00:24:56,569 --> 00:24:58,799 Saya tak layak duduk dan bekerja di sana. 324 00:25:00,539 --> 00:25:04,309 Jika dia sertai Gohwawon, saya akan tebus kesalahan terhadap mereka. 325 00:25:05,140 --> 00:25:08,279 Geon, masalahnya ialah... 326 00:25:08,910 --> 00:25:12,519 ...Cheon Gi berkeras hati. 327 00:25:12,650 --> 00:25:16,490 Dia lebih degil daripada gabungan 3,000 orang. 328 00:25:16,819 --> 00:25:20,019 Walaupun dia perlu terjun ke dalam tasik dengan karyanya... 329 00:25:20,059 --> 00:25:23,230 ...dia takkan sertai Gohwawon. 330 00:25:25,299 --> 00:25:30,200 Kita tak boleh sembunyikan bakatnya sebab sekarang semua orang dah tahu. 331 00:25:30,500 --> 00:25:33,839 Kita tak boleh halang dia daripada jadi apa yang ditakdirkan untuknya. 332 00:25:35,339 --> 00:25:39,279 Jangan merungut pada saya. Saya tak cakap apa-apa pun. 333 00:25:40,109 --> 00:25:42,680 Sebab saya dapat rasakan yang awak teragak-agak. 334 00:25:43,549 --> 00:25:46,420 Awak nak ingkar perintah raja? 335 00:25:47,250 --> 00:25:51,289 Takkanlah saya berani ingkar perintah raja? 336 00:25:51,789 --> 00:25:55,289 Tapi saya mesti akui yang saya risau. 337 00:25:56,660 --> 00:25:57,690 Macam mana kalau... 338 00:26:00,099 --> 00:26:02,069 ...dia jadi macam Eun O? 339 00:26:04,430 --> 00:26:07,839 Apa yang berlaku pada bapanya ialah satu kemalangan. 340 00:26:08,240 --> 00:26:11,440 Cheon Gi berbeza. Saya akan lindungi dia. 341 00:26:12,039 --> 00:26:15,980 Jika dia melukis benda yang sama berulang kali di Gohwawon... 342 00:26:16,549 --> 00:26:20,619 ...dia akan kehilangan bakat berbahaya yang awak bimbangkan itu. 343 00:26:34,859 --> 00:26:36,170 Awak dah lupa? 344 00:26:37,869 --> 00:26:41,440 Eun O juga melukis benda yang sama berulang kali di Gohwawon. 345 00:27:11,700 --> 00:27:14,869 Tuan putera, Pakar Han Geon datang untuk bertemu tuan putera. 346 00:27:23,380 --> 00:27:25,920 Jadi, awak dah jumpa dia? 347 00:27:26,049 --> 00:27:27,819 Pelukis Hong apa khabar? 348 00:27:28,319 --> 00:27:30,690 Awak tahu bila dia akan sertai Gohwawon? 349 00:27:31,819 --> 00:27:35,130 Nampaknya dia perlukan lebih banyak masa. 350 00:27:36,759 --> 00:27:37,789 Lebih banyak masa? 351 00:27:37,789 --> 00:27:40,230 Dia fikir dia tak boleh... 352 00:27:40,230 --> 00:27:43,470 ...bekerja di Gohwawon dan tinggalkan ayahnya di rumah. 353 00:27:46,900 --> 00:27:49,539 Dia sanggup ingkar perintah raja demi menjaga ayahnya. 354 00:27:49,910 --> 00:27:51,640 Hebat sungguh kesetiaannya. 355 00:27:53,640 --> 00:27:56,250 Lelaki yang melempar dakwat pada abang saya. 356 00:27:57,349 --> 00:28:00,720 Diakah Hong Eun O yang melukis potret itu? 357 00:28:00,980 --> 00:28:02,319 Ya. 358 00:28:03,289 --> 00:28:08,359 Dah bertahun-tahun Cheon Gi menjaganya seorang diri. 359 00:28:08,559 --> 00:28:10,430 Ayahnya tak waras. 360 00:28:11,259 --> 00:28:13,329 Tentu bebannya sungguh besar. 361 00:28:13,730 --> 00:28:15,400 Tentu sekali. 362 00:28:27,279 --> 00:28:30,910 Biduk bersinar lebih terang malam ini. 363 00:28:30,910 --> 00:28:33,349 Awak perlu mencerap bintang, bukan berkongsi pendapat awak. 364 00:28:34,549 --> 00:28:35,720 Yakah? 365 00:28:36,750 --> 00:28:38,890 Selamat datang, Sarjana Ha. 366 00:28:39,160 --> 00:28:41,930 Sejak awak hilang, tuan kami... 367 00:28:41,930 --> 00:28:46,400 ...berulang kali suruh saya halang awak daripada sertai pencerapan. 368 00:28:46,700 --> 00:28:48,569 Tolong jangan pinggirkan saya. 369 00:28:48,569 --> 00:28:51,839 Mencerap bintang adalah satu-satunya keseronokan dalam hidup saya. 370 00:28:53,240 --> 00:28:54,240 Baiklah. 371 00:29:00,940 --> 00:29:04,079 Awak seronokkah di pertandingan melukis itu? 372 00:29:04,079 --> 00:29:06,920 Khabar angin mengatakan ada pelukis hasilkan lukisan luar biasa. 373 00:29:07,119 --> 00:29:09,420 Ia sebuah pertandingan istimewa... 374 00:29:09,420 --> 00:29:11,420 ...yang mana pelukis dinilai... 375 00:29:11,420 --> 00:29:14,359 ...tanpa mengira darjat atau status sosial. 376 00:29:15,230 --> 00:29:17,529 Tanpa mengira darjat atau status sosial? 377 00:29:19,400 --> 00:29:21,630 Ada tak mana-mana lukisan yang menonjol... 378 00:29:24,200 --> 00:29:25,269 Maafkan saya. 379 00:29:28,039 --> 00:29:29,410 Ada mana-mana lukisan yang menonjol? 380 00:29:30,940 --> 00:29:31,940 Ya. 381 00:29:49,759 --> 00:29:51,859 Ia berbau bagaikan buah pic. 382 00:29:52,029 --> 00:29:54,529 - Ada Biduk. - Yakah? 383 00:29:56,099 --> 00:29:57,400 Langit pada malam itu. 384 00:30:32,000 --> 00:30:33,039 Pelukis Hong. 385 00:30:33,769 --> 00:30:34,769 Apa? 386 00:30:36,509 --> 00:30:38,039 Tuan putera. 387 00:30:41,279 --> 00:30:42,950 Kenapa awak terkejut? 388 00:30:43,549 --> 00:30:45,250 Sebenarnya... 389 00:30:45,650 --> 00:30:47,450 Kenapa tuan putera datang ke sini? 390 00:30:54,789 --> 00:30:56,329 Saya ada dengar... 391 00:30:56,990 --> 00:31:00,930 ...tentang ayah awak, Hong Eun O. 392 00:31:03,930 --> 00:31:05,599 Maafkan saya, tuan putera. 393 00:31:06,339 --> 00:31:09,210 Saya banyak menyusahkan tuan putera. 394 00:31:10,809 --> 00:31:12,980 Saya tak tahu macam mana nak tebus kesalahan saya. 395 00:31:16,180 --> 00:31:17,279 Tak apa. 396 00:31:20,019 --> 00:31:21,720 Dalam dunia ini... 397 00:31:22,190 --> 00:31:23,720 ...ada pelukis... 398 00:31:24,119 --> 00:31:27,059 ...yang menambahkan aura aneh pada karya mereka. 399 00:31:28,319 --> 00:31:29,329 Awak tahu... 400 00:31:30,990 --> 00:31:32,400 ...siapa itu? 401 00:31:37,470 --> 00:31:38,740 Pelukis Honglah orangnya. 402 00:31:39,440 --> 00:31:40,500 Apa? 403 00:31:42,470 --> 00:31:45,710 Ada pelukis lain bernama Hong? 404 00:31:45,779 --> 00:31:47,109 Siapa itu? 405 00:31:52,079 --> 00:31:53,119 Saya? 406 00:31:57,289 --> 00:31:59,920 Tuan putera kata saya gagal cari gaya tersendiri... 407 00:31:59,920 --> 00:32:01,559 ...dalam penghasilan karya saya. 408 00:32:01,559 --> 00:32:03,029 "Cara dan gaya tersendiri seseorang pelukis" 409 00:32:03,029 --> 00:32:06,130 Saya gembira tuan putera dah iktiraf kemahiran saya sekarang. 410 00:32:09,000 --> 00:32:11,869 Awak langsung tak ada sikap merendah diri? 411 00:32:12,839 --> 00:32:14,240 Apa itu? 412 00:32:14,970 --> 00:32:16,210 Sejenis makanankah? 413 00:32:17,170 --> 00:32:19,579 Saya tak tahu tentang itu. 414 00:32:25,079 --> 00:32:27,220 Maksud saya... 415 00:32:27,420 --> 00:32:30,349 ...adakah awak tak nak guna kemahiran awak... 416 00:32:30,349 --> 00:32:32,019 ...untuk saya dan negara kita? 417 00:32:32,619 --> 00:32:34,160 Di Gohwawon. 418 00:32:40,799 --> 00:32:42,970 - Sebenarnya... - Saya tahu. 419 00:32:44,170 --> 00:32:48,369 Awak tak boleh sertai Gohwawon kerana ayah awak yang sakit. 420 00:32:48,569 --> 00:32:50,109 Itu yang awak akan cakap. 421 00:32:53,579 --> 00:32:55,309 Biar saya jaga dia. 422 00:32:58,720 --> 00:33:01,349 - Apa? - Saya, seorang putera raja... 423 00:33:01,619 --> 00:33:06,390 ...akan jaga ayah awak dengan baik. 424 00:33:08,990 --> 00:33:10,730 Tuan putera tak perlu buat begitu. 425 00:33:11,130 --> 00:33:14,160 Saya tak berani terima semua itu. 426 00:33:14,160 --> 00:33:15,930 Ia bukan kerana kemurahan hati. 427 00:33:18,000 --> 00:33:20,769 Awak pernah terfikir... 428 00:33:21,039 --> 00:33:22,809 ...kenapa ayah awak jadi hilang waras? 429 00:33:23,809 --> 00:33:24,809 Sebenarnya... 430 00:33:27,980 --> 00:33:31,079 Tuan putera tahu sebabnya? 431 00:33:31,450 --> 00:33:32,619 Ketika saya kecil... 432 00:33:34,049 --> 00:33:37,789 ...saya kagum melihat potret datuk saya. 433 00:33:39,319 --> 00:33:42,130 Ia dilukis oleh pelukis berbakat... 434 00:33:42,660 --> 00:33:46,400 ...dan ayahanda saya masih mencari waris pelukis itu. 435 00:33:49,430 --> 00:33:51,069 Pelukis berbakat itu... 436 00:33:52,599 --> 00:33:54,470 ...ialah ayah awak. 437 00:33:57,640 --> 00:33:59,980 Mungkin ayah awak... 438 00:34:00,380 --> 00:34:04,079 ...hilang kewarasannya semasa melukis datuk saya. 439 00:34:04,579 --> 00:34:06,549 Itu yang saya fikirkan. 440 00:34:08,420 --> 00:34:11,090 Kenapa tuan putera fikir begitu? 441 00:34:12,489 --> 00:34:13,860 Selepas saya... 442 00:34:15,389 --> 00:34:17,929 Selepas melihat potret itu semasa kecil... 443 00:34:22,730 --> 00:34:25,400 ...saya tak dapat kawal diri saya seketika. 444 00:34:27,070 --> 00:34:29,809 Saya rasa seolah-olah saya bukan diri saya sendiri. 445 00:34:31,739 --> 00:34:34,409 Jika saya rasa begitu selepas melihatnya... 446 00:34:34,940 --> 00:34:38,880 ...entah apa perasaan ayah awak semasa dia menghasilkannya? 447 00:34:42,750 --> 00:34:43,820 Apa kata awak? 448 00:34:44,989 --> 00:34:49,559 Awak tak nak sertai Gohwawon dan ketahui perkara sebenar dengan saya? 449 00:34:54,960 --> 00:34:56,199 Saya, Han Geon... 450 00:34:56,969 --> 00:34:59,170 ...dan guru Persatuan Pelukis Baekyu... 451 00:34:59,570 --> 00:35:01,940 Kami akan selalu periksa keadaan ayah awak. 452 00:35:02,809 --> 00:35:05,369 Bukannya awak takkan jumpa dia lagi. 453 00:35:06,039 --> 00:35:08,480 Selepas kerja awak di Gohwawon selesai... 454 00:35:08,480 --> 00:35:10,750 ...awak boleh datang melawatnya macam saya buat malam ini. 455 00:35:14,949 --> 00:35:16,820 Jadi... 456 00:35:20,860 --> 00:35:22,730 Macam mana dengan hajat saya? 457 00:35:24,460 --> 00:35:25,559 Ubat Chungsimwon itu. 458 00:35:26,059 --> 00:35:27,530 Saya dah minta... 459 00:35:28,099 --> 00:35:30,300 ...tabib istana untuk membuatnya. 460 00:35:32,000 --> 00:35:33,070 Betulkah? 461 00:35:34,599 --> 00:35:36,340 Benar-benar betulkah? 462 00:35:36,809 --> 00:35:37,869 Ya. 463 00:35:39,780 --> 00:35:42,409 Terima kasih, tuan putera. Terima kasih. 464 00:35:42,409 --> 00:35:46,050 Terima kasih, tuan putera. Saya sangat bersyukur... 465 00:35:53,090 --> 00:35:54,760 Awak begitu bersyukur? 466 00:36:03,199 --> 00:36:04,199 Ya. 467 00:36:04,670 --> 00:36:06,840 Saya benar-benar rasa bersyukur. 468 00:36:13,280 --> 00:36:15,110 Jangan risau tentang hal lain... 469 00:36:15,650 --> 00:36:17,210 ...dan fikirkan tentangnya. 470 00:36:17,880 --> 00:36:21,820 Beri saya jawapan semasa awak ambil ubat di Maejukheon esok. 471 00:36:22,650 --> 00:36:24,489 Tengah hari esok? 472 00:36:24,989 --> 00:36:26,019 Ya. 473 00:36:29,630 --> 00:36:30,960 Jumpa lagi. 474 00:36:31,530 --> 00:36:32,929 Baiklah, tuan putera. 475 00:36:38,969 --> 00:36:40,670 Hati-hati pulang. 476 00:36:55,550 --> 00:36:59,320 Saya, Han Geon, dan guru Persatuan Pelukis Baekyu... 477 00:36:59,619 --> 00:37:02,260 Kami akan selalu periksa keadaan ayah awak. 478 00:37:05,260 --> 00:37:06,400 Ayah saya... 479 00:37:07,559 --> 00:37:09,329 ...ialah pelukis yang berbakat. 480 00:37:11,300 --> 00:37:13,639 Mungkin ayah awak... 481 00:37:13,900 --> 00:37:17,739 ...hilang kewarasannya semasa melukis potret datuk saya. 482 00:37:18,840 --> 00:37:19,980 Macam mana? 483 00:37:20,510 --> 00:37:24,980 Awak tak nak sertai Gohwawon dan ketahui perkara sebenar dengan saya? 484 00:37:32,250 --> 00:37:33,289 Ayah. 485 00:37:46,570 --> 00:37:49,239 Cheon Gi, awak belum makan tengah hari, bukan? 486 00:37:51,510 --> 00:37:54,380 Makanlah sebanyak mana yang awak nak. 487 00:37:54,380 --> 00:37:55,440 Terima kasih. 488 00:37:56,550 --> 00:37:57,679 Terima kasih untuk makanan ini. 489 00:38:11,789 --> 00:38:12,860 Guru Choi. 490 00:38:13,500 --> 00:38:14,500 Apa? 491 00:38:15,300 --> 00:38:17,969 Awak masih belum meminang Cik Gyeonju? 492 00:38:17,969 --> 00:38:19,570 "Kang Chun Bok, setiausaha Persatuan Baekyu" 493 00:38:28,309 --> 00:38:30,050 Kejam betul. 494 00:38:30,150 --> 00:38:32,110 Bukankah sudah 20 tahun? 495 00:38:32,110 --> 00:38:35,380 Awak takkan jumpa orang macam dia. 496 00:38:36,389 --> 00:38:37,389 Saya tahu. 497 00:38:38,920 --> 00:38:39,989 Nanti, apa? 498 00:38:39,989 --> 00:38:41,190 Sebelum awak menyesal... 499 00:38:41,559 --> 00:38:42,590 ...beranikan diri untuk lakukan... 500 00:38:42,590 --> 00:38:44,789 ...apa yang awak mahu atau apa yang awak mesti lakukan. 501 00:38:46,230 --> 00:38:47,300 Cheon Gi... 502 00:38:51,400 --> 00:38:53,469 Apa yang awak cakap ini? 503 00:38:53,840 --> 00:38:57,210 Jangan mengarut dan lekas makan. 504 00:39:04,309 --> 00:39:05,579 Saya dah kenyang. 505 00:39:07,420 --> 00:39:08,849 Saya dah buat keputusan. 506 00:39:09,820 --> 00:39:10,889 Tentang apa? 507 00:39:11,920 --> 00:39:13,489 Saya akan sertai Gohwawon. 508 00:39:17,429 --> 00:39:18,489 Yakah? 509 00:39:18,489 --> 00:39:19,500 Ya. 510 00:39:22,869 --> 00:39:25,000 Saya dah siap makan. Saya minta diri dulu. 511 00:39:25,000 --> 00:39:26,940 Awak nak ke mana? 512 00:39:27,369 --> 00:39:32,980 Putera Yangmyeong kata dia akan tolong saya dapatkan ubat ayah saya. 513 00:39:33,110 --> 00:39:35,750 Saya juga nak beritahu dia yang saya akan sertai Gohwawon... 514 00:39:35,750 --> 00:39:37,980 ...jadi saya nak pergi ke rumahnya. 515 00:39:39,619 --> 00:39:43,789 Maksud awak, Putera Yangmyeong dah tunaikan hajat awak? 516 00:39:44,489 --> 00:39:45,519 Ya. 517 00:39:46,289 --> 00:39:47,760 Nanti sekejap. 518 00:39:54,099 --> 00:39:55,099 Nah. 519 00:39:56,699 --> 00:39:57,769 Apa ini? 520 00:40:05,909 --> 00:40:07,079 Ini... 521 00:40:09,210 --> 00:40:12,679 Awak letak lukisan harimau saya pada skrol sutera ini. 522 00:40:12,679 --> 00:40:13,920 "Lukisan harimau: Halau kejahatan, Skrol sutera: Sebagai bingkai" 523 00:40:13,920 --> 00:40:16,889 Sayanglah kalau guna untuk halau semangat jahat saja... 524 00:40:16,889 --> 00:40:18,949 ...jadi saya menyimpannya. 525 00:40:19,690 --> 00:40:23,230 Putera Yangmyeong suka lukisan yang awak buat... 526 00:40:23,230 --> 00:40:24,659 Jadi, bawa itu bersama awak. 527 00:40:25,559 --> 00:40:28,360 Kalau awak tak tahu bila awak patut bersyukur... 528 00:40:28,400 --> 00:40:31,170 ...awak sama saja macam binatang. 529 00:40:33,940 --> 00:40:35,070 Guru Choi! 530 00:40:35,070 --> 00:40:39,610 Aduhai, awak buat saya rimas. Lepaskan saya. 531 00:40:39,610 --> 00:40:41,610 Aduhai, saya tak boleh bernafas. 532 00:40:41,610 --> 00:40:43,380 - Terima kasih. - Aduhai. 533 00:40:54,619 --> 00:40:55,889 Jangan lupa. 534 00:40:56,559 --> 00:40:59,530 Awak pelukis Persatuan Pelukis Baekyu... 535 00:41:00,300 --> 00:41:01,400 ...dan awak murid saya. 536 00:41:03,030 --> 00:41:04,570 Maksud saya... 537 00:41:05,329 --> 00:41:08,670 ...awak sebahagian Persatuan Pelukis Baekyu sampai awak mati. 538 00:41:08,800 --> 00:41:09,909 Faham? 539 00:41:11,440 --> 00:41:15,079 Guru Choi, berapa lama lagi awak nak cakap begini? 540 00:41:15,079 --> 00:41:17,550 Bukannya saya tak boleh keluar kalau saya sertai Gohwawon. 541 00:41:18,780 --> 00:41:23,289 Sudahlah. Tak guna cakap dengan awak. 542 00:41:23,789 --> 00:41:25,389 Cepat pergi. 543 00:41:26,219 --> 00:41:27,260 Pergi. 544 00:41:27,260 --> 00:41:28,289 Aduhai. 545 00:41:33,329 --> 00:41:35,000 Saya takkan lupa. 546 00:41:36,530 --> 00:41:40,000 Apabila semua orang ketawa dan kata budak buta tak boleh melukis... 547 00:41:40,039 --> 00:41:42,269 ...awak tak ketawa. 548 00:41:42,940 --> 00:41:45,610 Betapa awak yang paling gembira apabila saya boleh melihat semula. 549 00:41:46,440 --> 00:41:49,210 Bagaimana awak tak pernah cakap apa-apa walaupun saya guna... 550 00:41:49,880 --> 00:41:51,710 ...lebih banyak dakwat dan kertas berbanding orang lain. 551 00:41:53,920 --> 00:41:59,590 Serta bahawa saya pelukis Persatuan Pelukis Baekyu awak. 552 00:42:01,090 --> 00:42:02,119 Saya takkan... 553 00:42:03,059 --> 00:42:05,030 Saya takkan lupa. 554 00:42:08,630 --> 00:42:09,670 Okey. 555 00:42:14,599 --> 00:42:16,139 Aduhai, Cheon Gi. 556 00:42:27,750 --> 00:42:29,219 Saya akan kembali lagi. 557 00:42:29,590 --> 00:42:30,590 Baiklah. 558 00:42:36,260 --> 00:42:37,329 Cheon Gi. 559 00:42:38,030 --> 00:42:39,500 Berseronoklah. 560 00:42:46,769 --> 00:42:48,440 Saya harap tak ada perkara buruk berlaku. 561 00:42:49,309 --> 00:42:51,269 Cheon Gi pasti akan baik-baik saja. 562 00:42:53,380 --> 00:42:54,440 Serta... 563 00:42:58,380 --> 00:43:02,449 Kenapa? Apa? Kenapa awak pandang saya... 564 00:43:06,960 --> 00:43:09,690 Saya juga akan memberanikan diri saya. 565 00:43:10,530 --> 00:43:12,090 Apa maksud awak? 566 00:43:15,829 --> 00:43:17,599 Oh, Tuhanku. 567 00:43:24,110 --> 00:43:26,880 - Ambillah. - Tak apa. 568 00:43:27,610 --> 00:43:28,610 Ayah! 569 00:43:28,610 --> 00:43:29,610 Aduhai. 570 00:43:30,750 --> 00:43:31,750 Hei. 571 00:43:32,110 --> 00:43:33,449 Nenek. 572 00:43:34,219 --> 00:43:35,550 Tunjukkan saya lukisannya. 573 00:43:35,920 --> 00:43:36,989 Apa? 574 00:43:37,619 --> 00:43:40,860 Yang ini tak boleh. Ini milik seseorang. 575 00:43:41,019 --> 00:43:42,760 "Nenek Kebayan Samsin: Pemberi Nyawa" 576 00:43:42,760 --> 00:43:45,360 Pemiliknya dah bertukar. 577 00:43:45,530 --> 00:43:46,559 Apa? 578 00:44:35,179 --> 00:44:37,710 - Sebab itulah kita patut... - Saya dah cakap. 579 00:44:40,920 --> 00:44:44,190 Dah siap. Ia akan cari pemiliknya sekarang. 580 00:44:45,119 --> 00:44:48,090 Apa? Apa maksud nenek? 581 00:44:50,360 --> 00:44:53,030 Nenek asyik cuba curi lukisan saya... 582 00:44:54,429 --> 00:44:55,460 Apa? 583 00:44:56,070 --> 00:44:57,099 Nenek. 584 00:44:58,070 --> 00:44:59,170 Ke mana dia pergi? 585 00:45:00,440 --> 00:45:01,969 Dia ada di sini tadi. 586 00:45:05,039 --> 00:45:07,909 Nenek itu hantu atau manusia? 587 00:45:35,400 --> 00:45:36,440 Apa? 588 00:45:44,150 --> 00:45:45,150 Apa? 589 00:45:46,119 --> 00:45:47,119 Apa? 590 00:46:08,239 --> 00:46:12,769 Nanti. Dari tadi saya berjalan, tapi kenapa saya asyik sampai ke sini? 591 00:46:14,710 --> 00:46:16,949 Siang-siang begini pun saya disihir hantu? 592 00:46:17,750 --> 00:46:20,650 Saya selalu alami kejadian aneh setiap kali terserempak nenek itu. 593 00:46:42,269 --> 00:46:43,269 Maafkan saya. 594 00:46:50,980 --> 00:46:52,510 Ada sesiapa di sini? 595 00:46:57,289 --> 00:46:58,320 Maafkan saya. 596 00:46:59,190 --> 00:47:00,889 Boleh saya tanya sesuatu? 597 00:47:01,489 --> 00:47:02,519 Aduhai. 598 00:47:05,360 --> 00:47:07,030 Ada hajat awak datang ke sini? 599 00:47:07,400 --> 00:47:09,829 Awak orang suruhan sarjana. 600 00:47:11,469 --> 00:47:13,170 Kenapa awak ada di sini? 601 00:47:13,170 --> 00:47:16,000 Sebab ini rumah Sarjana Ha. 602 00:47:16,000 --> 00:47:17,940 Tentulah saya patut berada di sini. 603 00:47:18,369 --> 00:47:19,369 Apa? 604 00:47:21,010 --> 00:47:22,079 Ini... 605 00:47:27,719 --> 00:47:29,750 Sarjana Ha, tuan dah datang. 606 00:47:29,750 --> 00:47:30,889 Ya, Man Soo. 607 00:47:36,389 --> 00:47:37,829 Bau ini... 608 00:47:44,369 --> 00:47:46,469 Kita ada tetamu di sini? 609 00:47:47,239 --> 00:47:48,369 Ya, tuan. 610 00:47:54,610 --> 00:47:56,210 Ini saya, Sarjana Ha. 611 00:48:00,349 --> 00:48:02,320 Apa khabar? 612 00:48:04,590 --> 00:48:06,690 Ya, saya sihat. 613 00:48:08,619 --> 00:48:11,260 Kenapa awak datang ke rumah saya? 614 00:48:12,489 --> 00:48:16,500 Sebenarnya... Entah macam mana saya boleh berada di sini. 615 00:48:18,099 --> 00:48:19,699 Baguslah. 616 00:48:19,699 --> 00:48:22,269 Saya ada sesuatu nak beritahu awak. 617 00:48:23,409 --> 00:48:24,670 Yakah? 618 00:48:26,239 --> 00:48:27,909 Jemputlah masuk dan berbual. 619 00:48:52,000 --> 00:48:53,269 Saya nak... 620 00:48:54,139 --> 00:48:58,840 ...ucapkan terima kasih dan minta maaf. 621 00:49:00,210 --> 00:49:01,510 Disebabkan kebaikan awak... 622 00:49:01,510 --> 00:49:03,750 ...saya dapat tempat pertama dalam pertandingan itu... 623 00:49:04,949 --> 00:49:06,320 ...serta awak dah selamatkan... 624 00:49:06,320 --> 00:49:07,820 ...nyawa ayah saya. 625 00:49:07,920 --> 00:49:09,650 Kata-kata awak itu begitu besar maknanya berbanding saya... 626 00:49:09,650 --> 00:49:11,019 ...yang hanya beli lukisan awak. 627 00:49:11,019 --> 00:49:15,190 Awak pula bayar 300 guni beras untuk beli lukisan itu. 628 00:49:15,360 --> 00:49:17,530 Sesi lelongan itu yang buat saya membida lebih banyak. 629 00:49:17,960 --> 00:49:20,500 Tiada sebab untuk awak minta maaf pada saya. 630 00:49:20,699 --> 00:49:23,070 Awak dapat tempat pertama disebabkan lukisan awak yang hebat. 631 00:49:26,869 --> 00:49:28,840 Semasa Putera Joohyang kata... 632 00:49:29,469 --> 00:49:32,269 ...dia akan suruh ayah saya bertanggungjawab atas tindakannya... 633 00:49:33,639 --> 00:49:34,809 ...saya menyesali segalanya. 634 00:49:36,349 --> 00:49:39,250 Saya tak patut sertai pertandingan melukis itu... 635 00:49:41,250 --> 00:49:43,889 - ...atau dapat tempat pertama... - Kita berdua lakukan... 636 00:49:48,119 --> 00:49:49,559 ...apa yang perlu dilakukan. 637 00:49:51,130 --> 00:49:54,000 Saya pergi ke Maejukheon... 638 00:49:54,000 --> 00:49:55,599 ...untuk cari lukisan yang cantik. 639 00:49:55,960 --> 00:49:59,329 Satu hari nanti, jika saya dapat melihat semula... 640 00:49:59,329 --> 00:50:00,940 ...saya nak tengok lukisan itu. 641 00:50:02,269 --> 00:50:06,170 Saya lakukannya bukan semata-mata kerana awak dan ayah awak. 642 00:50:07,039 --> 00:50:08,510 Awak tak perlu bimbang tentang hal ini lagi. 643 00:50:09,510 --> 00:50:10,750 Sarjana Ha... 644 00:50:12,150 --> 00:50:15,679 ...macam mana awak hidup dengan memendam semua perasaan awak? 645 00:50:25,360 --> 00:50:28,000 Kalau budak lelaki yang yang saya kenal itu dah besar... 646 00:50:29,559 --> 00:50:33,940 ...saya sangka dia akan kelihatan macam awak. 647 00:50:35,769 --> 00:50:37,440 Tapi saya silap. 648 00:50:39,510 --> 00:50:43,579 Budak itu tak nak saya cam dia. 649 00:50:45,250 --> 00:50:48,480 Saya tak tahu apa kisahnya... 650 00:50:49,349 --> 00:50:50,690 ...tapi saya akan teruskan berbuat begitu. 651 00:50:53,389 --> 00:50:54,590 Teruskan berbuat apa? 652 00:50:55,559 --> 00:50:56,659 Kalau budak lelaki itu... 653 00:50:57,530 --> 00:50:59,900 ...tak mahu saya cam dia... 654 00:51:02,429 --> 00:51:03,530 ...dia mungkin dah mati... 655 00:51:05,070 --> 00:51:07,639 ...atau ada sebab untuk dia hidup seolah-olah dia dah mati. 656 00:51:10,840 --> 00:51:14,480 Maksudnya, saya putuskan untuk hidup seolah-olah saya tak kenal dia. 657 00:51:16,309 --> 00:51:19,110 - Yakah? - Tapi... 658 00:51:19,880 --> 00:51:24,190 ...saya akan ingat saat ini buat masa yang lama. 659 00:51:25,250 --> 00:51:29,059 Saya akan ingat rasa bersyukur saya, betapa seronoknya jumpa awak lagi... 660 00:51:30,360 --> 00:51:31,789 ...dan semua kerisauan ini. 661 00:51:33,300 --> 00:51:36,429 Kalau saya buat begitu, saya pasti... 662 00:51:37,099 --> 00:51:41,639 ...saat ini akan kekal sebagai kenangan yang indah bagi saya. 663 00:51:49,309 --> 00:51:50,550 Suatu hari nanti... 664 00:51:51,679 --> 00:51:52,949 ...dalam hidup awak... 665 00:51:55,150 --> 00:51:56,320 ...kalau awak... 666 00:51:57,519 --> 00:51:59,619 ...hadapi satu lagi hari yang sukar... 667 00:51:59,619 --> 00:52:01,989 ...yang buat awak tak dapat tunaikan janji awak... 668 00:52:03,860 --> 00:52:04,860 ...pada hari itu... 669 00:52:07,230 --> 00:52:08,960 ...janganlah lupa... 670 00:52:10,500 --> 00:52:12,900 ...ada seseorang yang percaya dan menunggu awak... 671 00:52:15,070 --> 00:52:16,340 ...selama ini. 672 00:52:25,550 --> 00:52:28,519 Jangan pedulikan apa yang saya cakap tadi. 673 00:52:28,820 --> 00:52:30,619 Saya minta diri dulu. 674 00:52:31,190 --> 00:52:34,760 Saya perlu ke tempat lain, tapi tersilap tempat pula. 675 00:53:28,110 --> 00:53:29,179 Saya tak boleh buat begini. 676 00:54:01,780 --> 00:54:05,280 Awak nak berjalan dalam hujan sampai awak basah kuyup? 677 00:54:06,579 --> 00:54:07,719 Tuan putera. 678 00:54:07,849 --> 00:54:08,980 Pegang sebelah sana. 679 00:54:12,750 --> 00:54:13,820 Mari. 680 00:54:44,989 --> 00:54:46,550 Awak sakit? 681 00:54:47,559 --> 00:54:48,860 Saya tak apa-apa. 682 00:55:01,539 --> 00:55:02,699 Awak demam. 683 00:55:03,710 --> 00:55:04,840 Tak boleh jadi. 684 00:55:06,440 --> 00:55:08,510 - Naik belakang saya. - Apa? 685 00:55:10,480 --> 00:55:12,610 Saya tak apa-apa, tuan putera. Mana boleh saya buat begitu? 686 00:55:12,650 --> 00:55:15,050 Sudahlah. Ini perintah putera raja. 687 00:55:15,519 --> 00:55:16,750 Naik belakang saya. 688 00:55:17,989 --> 00:55:19,090 Tapi... 689 00:55:49,349 --> 00:55:52,920 Saya tahu awak seorang wanita, tapi awak terlalu kurus. 690 00:55:54,960 --> 00:55:55,960 Tuan putera. 691 00:55:56,789 --> 00:55:59,889 Kenapa tuan putera terlalu baik terhadap saya? 692 00:56:03,360 --> 00:56:04,599 Sebab ia menyakitkan. 693 00:56:07,269 --> 00:56:08,269 Apa? 694 00:56:08,840 --> 00:56:11,639 Hati saya sakit setiap kali saya nampak awak. 695 00:56:15,780 --> 00:56:17,750 Kita perlu cari tempat berteduh. 696 00:56:17,949 --> 00:56:19,250 Bertahanlah sekejap lagi. 697 00:56:47,440 --> 00:56:49,610 Itu awakkah, Sarjana Ha? 698 00:56:50,809 --> 00:56:51,809 Sarjana Ha. 699 00:56:52,079 --> 00:56:53,679 Maafkan saya, tuan putera. 700 00:56:56,579 --> 00:56:58,750 Saya yang nak jumpa dia dulu. 701 00:57:59,449 --> 00:58:01,519 "Lovers of the Red Sky" 702 00:58:01,719 --> 00:58:03,050 Kita ada masa sebulan. 703 00:58:03,050 --> 00:58:05,820 Kita mesti cepat dan pulihkan potret mendiang raja. 704 00:58:05,820 --> 00:58:06,820 Ayahanda. 705 00:58:06,820 --> 00:58:10,389 Saya takkan biarkan sesiapa pun rampas jawatan saya. 706 00:58:10,389 --> 00:58:13,829 Awak mesti sahkan syaitan yang menumpang jasad Sarjana Ha. 707 00:58:13,829 --> 00:58:16,500 Biar saya perkenalkan pelukis baru kita. 708 00:58:16,500 --> 00:58:17,699 Awak akan buat kerja lain... 709 00:58:17,699 --> 00:58:19,269 ...dan bekerja dengan saya pada waktu malam. 710 00:58:19,269 --> 00:58:20,699 Putera Yangmyeong? 711 00:58:20,699 --> 00:58:23,400 Kenapa tuan putera datang ke sini? 712 00:58:23,400 --> 00:58:24,840 Kita harus luangkan setiap malam bersama. 713 00:58:24,840 --> 00:58:26,070 Jadi, awak kena biasakan diri. 714 00:58:26,110 --> 00:58:27,239 Setiap malam? 715 00:58:27,239 --> 00:58:29,739 Tuan putera mahu bahayakan Cik Hong... 716 00:58:29,739 --> 00:58:32,079 ...untuk puaskan rasa ingin tahu tuan putera? 717 00:58:32,079 --> 00:58:35,949 Adakah takdir seseorang sudah ditentukan ketika lahir? 718 00:58:35,949 --> 00:58:38,250 Dalam dunia saya, ya. 719 00:58:38,289 --> 00:58:41,989 Kalau begitu, sia-sia saja orang berusaha. 720 00:58:42,389 --> 00:58:44,260 Maafkan saya, tuan putera. 721 00:58:44,559 --> 00:58:48,699 Saya tak boleh biarkan Cheon Gi pergi begini.