1 00:00:41,295 --> 00:00:43,095 Aduhai! 2 00:00:44,616 --> 00:00:47,390 Habislah saya! Penggera tak berbunyi! 3 00:00:48,256 --> 00:00:50,025 Aduhai! 4 00:00:50,408 --> 00:00:51,568 Saya dah terlambat! 5 00:01:01,175 --> 00:01:02,895 Anak perempuan ayah. 6 00:01:07,223 --> 00:01:08,539 Maafkan saya, ayah. 7 00:01:11,816 --> 00:01:15,376 Ini bukan perkahwinan impian ayah. 8 00:01:18,427 --> 00:01:19,428 Bukan... 9 00:01:20,790 --> 00:01:22,830 Bukan dengan lelaki pilihan ayah. 10 00:01:25,870 --> 00:01:26,910 Tak mengapa. 11 00:01:28,671 --> 00:01:31,700 Yang penting awak bahagia. 12 00:02:56,949 --> 00:03:00,469 =9 Bulan= 13 00:03:05,363 --> 00:03:06,923 Kenapa dengan awak? 14 00:03:07,898 --> 00:03:09,538 Welly ada buat sesuatu lagi? 15 00:03:11,631 --> 00:03:12,951 Tak. 16 00:03:18,864 --> 00:03:20,024 Sudahlah. 17 00:03:21,245 --> 00:03:24,005 Perkara yang dah berlaku, biarlah. 18 00:03:25,097 --> 00:03:29,958 Yang penting sekarang awak jalani semuanya dengan baik. 19 00:03:32,016 --> 00:03:33,736 Demi masa depan awak... 20 00:03:34,388 --> 00:03:35,668 dan cucu ayah. 21 00:03:41,597 --> 00:03:42,739 Ayah... 22 00:03:44,643 --> 00:03:46,563 Ayah memang tak sukakan Welly. 23 00:03:49,213 --> 00:03:51,253 Tapi apabila dia menjadi menantu ayah, 24 00:03:53,030 --> 00:03:55,968 ayah akan cuba terima dia... 25 00:03:57,206 --> 00:03:58,806 demi kebahagiaan awak. 26 00:03:59,611 --> 00:04:01,051 Tolong maafkan saya, ayah. 27 00:04:03,059 --> 00:04:06,299 Saya dah tipu ayah kerana buat majlis ini. 28 00:04:10,074 --> 00:04:11,190 Ayah tak sangka... 29 00:04:13,011 --> 00:04:16,371 puteri ayah akan berkahwin sebentar lagi. 30 00:04:21,310 --> 00:04:22,920 Ayah masih ingat... 31 00:04:24,183 --> 00:04:26,343 dengan jelas... 32 00:04:29,175 --> 00:04:31,095 semasa awak dilahirkan. 33 00:04:31,135 --> 00:04:34,341 Tarik nafas dalam-dalam, puan. Teran. 34 00:04:34,871 --> 00:04:38,718 Ya, teran, puan. 35 00:04:38,758 --> 00:04:41,038 Teruskan, puan. 36 00:04:41,078 --> 00:04:42,478 Masya-Allah! 37 00:04:42,518 --> 00:04:44,438 Tarik nafas sekali lagi, puan. 38 00:04:44,478 --> 00:04:45,509 Teran, okey? 39 00:04:45,986 --> 00:04:47,226 Ya, teruskan, puan. 40 00:04:49,787 --> 00:04:51,987 Sekali lagi, ya? Tarik nafas sekali lagi. 41 00:04:57,957 --> 00:05:00,037 Kuat lagi, puan. Teran! 42 00:05:00,077 --> 00:05:01,437 Ya, teruskan, puan. 43 00:05:36,376 --> 00:05:37,657 Bagaimana, doktor? 44 00:05:38,799 --> 00:05:41,559 En. Anggoro, anak awak dah lahir. 45 00:05:41,599 --> 00:05:43,188 Bayi perempuan yang sihat. 46 00:05:44,566 --> 00:05:46,646 Tapi, isteri awak... 47 00:05:48,670 --> 00:05:49,910 Kenapa dengan isteri saya? 48 00:05:52,166 --> 00:05:53,683 Dia tak apa-apa, bukan? 49 00:05:53,785 --> 00:05:55,585 Isteri awak alami pendarahan. 50 00:05:55,625 --> 00:05:59,705 Kami minta maaf tak dapat selamatkan Pn. Ratna. 51 00:06:20,328 --> 00:06:22,128 Semasa ibu awak meninggal, 52 00:06:25,266 --> 00:06:27,866 ayah janji pada diri sendiri. 53 00:06:34,064 --> 00:06:37,544 Ayah akan jaga dan bahagiakan awak. 54 00:06:39,256 --> 00:06:40,856 Tak kira apa pun. 55 00:06:51,473 --> 00:06:53,033 Ayah tak perlu risau. 56 00:06:55,084 --> 00:06:56,764 Saya pasti akan baik-baik saja. 57 00:07:01,876 --> 00:07:03,417 Tolong maafkan saya, ayah. 58 00:07:04,050 --> 00:07:05,930 Maafkan saya kerana tipu ayah. 59 00:07:15,389 --> 00:07:17,652 Bolehkah jangan buat saya terkejut? 60 00:07:17,692 --> 00:07:19,732 -Hai, pak cik. -Nindi. 61 00:07:21,584 --> 00:07:23,304 Nindi, tolong temankan Karen, ya? 62 00:07:23,550 --> 00:07:25,269 -Pak cik keluar dulu. -Baik. 63 00:07:28,202 --> 00:07:30,242 Biar betul ayah awak ini. 64 00:07:30,282 --> 00:07:31,682 Dia semakin kacak. 65 00:07:32,057 --> 00:07:33,897 -Apa yang awak cakap ini? -Awak tahu? 66 00:07:33,937 --> 00:07:37,177 Tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak. 67 00:07:40,616 --> 00:07:41,936 Kenapa? 68 00:07:41,976 --> 00:07:43,216 Tiada apa-apa. 69 00:07:45,422 --> 00:07:48,462 Awak tak beritahu Ricky, bukan? 70 00:07:48,543 --> 00:07:50,423 Tentang Mike dan Alisya. 71 00:07:51,074 --> 00:07:52,914 Saya dah beritahu. Tak apa, bukan? 72 00:07:55,124 --> 00:07:56,884 Ya, tapi tentang saya... 73 00:07:56,924 --> 00:07:58,924 Awak hamil dan mahu kahwin dengan si lurus itu? 74 00:07:59,438 --> 00:08:01,878 Mestilah tak. Awak fikir saya gila? 75 00:08:03,398 --> 00:08:04,876 Baguslah. 76 00:08:06,684 --> 00:08:07,764 Biar saya lihat solekan awak. 77 00:08:08,234 --> 00:08:09,314 Cantik. 78 00:08:12,061 --> 00:08:14,532 Kenapa, Well? Awak nampak kusut. 79 00:08:18,711 --> 00:08:19,991 Saya mengantuk, Wiwin. 80 00:08:21,311 --> 00:08:22,471 Telefon awak mati? 81 00:08:22,511 --> 00:08:26,231 Patutlah. Sepanjang malam saya hubungi awak. 82 00:08:26,271 --> 00:08:27,705 Tapi awak tak jawab. 83 00:08:27,745 --> 00:08:30,665 Saya tak boleh tidur semalam, Wiwin. 84 00:08:31,245 --> 00:08:33,405 Fikiran saya serabut. 85 00:08:34,277 --> 00:08:37,877 Aduhai. Saya betul-betul tak tahu hendak kata apa, Wiwin. 86 00:08:37,917 --> 00:08:40,357 Awak sangat pelik, Well. 87 00:08:40,397 --> 00:08:43,237 Awak dah tahu hari ini awak ada dua perkahwinan. 88 00:08:43,277 --> 00:08:46,117 Tapi awak berjaga semalaman! Bagaimana awak boleh buat begitu? 89 00:08:46,157 --> 00:08:48,717 Wiwin, saya tak berjaga semalam. 90 00:08:48,757 --> 00:08:50,913 Sebenarnya saya mahu tidur. 91 00:08:52,031 --> 00:08:57,038 Aduhai. Saya memang tak sangka ini akan berlaku, Wiwin. 92 00:08:57,078 --> 00:08:59,845 Ini di luar kawalan saya. 93 00:09:02,602 --> 00:09:06,082 Awak dah sedia untuk kahwin hari ini? 94 00:09:06,122 --> 00:09:07,326 Jika awak tak sedia, 95 00:09:07,976 --> 00:09:10,456 awak masih boleh lari. 96 00:09:10,496 --> 00:09:12,724 Sanggup awak kata begitu? 97 00:09:13,506 --> 00:09:15,266 Wiwin, tolonglah. 98 00:09:16,360 --> 00:09:21,160 Awak sepatutnya sokong saya, galakkan saya.. 99 00:09:21,200 --> 00:09:22,720 beri kata-kata semangat. 100 00:09:23,171 --> 00:09:25,971 Apa pun, sedia atau tak, kita perlu bersedia, Wiwin. 101 00:09:26,011 --> 00:09:27,531 Keadaan dah jadi begini. 102 00:09:28,272 --> 00:09:32,672 Saya setuju. Tapi melihatnya membuatkan saya pening! 103 00:09:33,119 --> 00:09:35,032 Aduhai, ini memang masalah, Well. 104 00:09:35,072 --> 00:09:36,144 Jika awak pening, 105 00:09:36,185 --> 00:09:38,385 bagaimana dengan saya yang perlu laluinya? 106 00:09:39,050 --> 00:09:40,770 Betul juga. 107 00:09:46,997 --> 00:09:50,534 Tuan, apa kita perlu buat? Pengantin lelaki belum tiba. 108 00:09:53,460 --> 00:09:54,622 Di mana Welly? 109 00:10:00,867 --> 00:10:02,827 Well. 110 00:10:02,867 --> 00:10:06,067 Jangan laju-laju, saya mungkin terkena serangan jantung! 111 00:10:06,107 --> 00:10:07,947 Kita dah lambat, Wiwin. 112 00:10:07,987 --> 00:10:10,787 Ingat, awak belum kahwin lagi! 113 00:10:10,827 --> 00:10:14,107 Oh Tuhan, saya takut. Saya tak pernah pandu selaju ini! 114 00:10:14,147 --> 00:10:17,294 Jaga-jaga, beri laluan! Kecemasan! 115 00:10:23,401 --> 00:10:24,401 Ayah. 116 00:10:24,757 --> 00:10:27,717 Karen, Welly belum tiba. 117 00:10:28,828 --> 00:10:31,108 Jika dia berani lari, 118 00:10:32,329 --> 00:10:34,129 ayah takkan lepaskan dia! 119 00:10:35,018 --> 00:10:36,778 Tak, ayah. Welly takkan lari. 120 00:10:36,818 --> 00:10:38,424 Saya akan cuba hubungi dia. 121 00:10:49,239 --> 00:10:50,599 Dia tak jawab panggilan, ayah. 122 00:10:51,757 --> 00:10:53,677 Jika dia masih tak muncul pukul lapan, 123 00:10:54,366 --> 00:10:57,366 ayah sendiri akan pergi cari dan ajar dia. 124 00:10:59,314 --> 00:11:01,074 Ayah! 125 00:11:03,155 --> 00:11:04,235 Aduhai, Welly. 126 00:11:06,093 --> 00:11:07,476 Di mana budak lurus itu? 127 00:11:07,891 --> 00:11:10,811 Tak tahu. Dia belum tiba. Saya dah hubungi tapi dia tak jawab. 128 00:11:10,851 --> 00:11:13,091 -Aduhai. -Dia larikah? 129 00:11:13,131 --> 00:11:15,018 Tak mungkin dia lari. 130 00:11:15,058 --> 00:11:17,298 Baiklah. Hubungi dia lagi hingga dia jawab! 131 00:11:21,846 --> 00:11:22,846 Cuba lagi. 132 00:11:24,975 --> 00:11:27,375 -Telefonnya dimatikan. -Dimatikan? 133 00:11:28,428 --> 00:11:30,388 -Apa saya perlu buat, Nin? -Aduhai. 134 00:11:30,428 --> 00:11:31,988 Saya betul-betul takut. 135 00:11:32,566 --> 00:11:34,566 Oh Tuhan, Well. 136 00:11:35,378 --> 00:11:38,639 -Motosikal! Jaga-jaga -Oh Tuhan! 137 00:11:38,679 --> 00:11:41,719 -Aduhai! -Saya dah pesan jangan laju! 138 00:11:41,759 --> 00:11:44,639 Sekarang dah kemalangan. Apa kita harus buat? 139 00:11:44,679 --> 00:11:47,039 Aduh! 140 00:11:48,588 --> 00:11:49,975 Encik! Aduhai. 141 00:11:50,015 --> 00:11:52,095 -Apa kita perlu buat, Well? -Encik, awak tak apa-apa? 142 00:11:52,135 --> 00:11:54,175 Awak dah gila! Mahu bunuh sayakah? 143 00:11:54,215 --> 00:11:56,455 Maafkan saya, tapi saya betul-betul terburu-buru. 144 00:11:57,677 --> 00:12:00,717 -Aduhai. -Bagaimana dengan motor saya? 145 00:12:03,072 --> 00:12:04,552 Saya mahu ganti rugi! 146 00:12:05,137 --> 00:12:06,777 Saya tak boleh beri. 147 00:12:06,817 --> 00:12:10,051 Saya tiada wang. Saya minta maaf saja, boleh? 148 00:12:10,091 --> 00:12:13,088 Kalau begitu, lebih baik kita pergi ke balai polis! 149 00:12:14,091 --> 00:12:16,411 Tak! Jangan pergi ke balai polis, encik! 150 00:12:16,451 --> 00:12:18,291 -Bahaya, tunggu. -Apa kita harus buat? 151 00:12:19,024 --> 00:12:20,944 -Wiwin. -Apa? 152 00:12:21,511 --> 00:12:22,692 Wiwin. 153 00:12:23,622 --> 00:12:24,942 Apa yang awak fikirkan? 154 00:12:26,594 --> 00:12:27,736 Bukan itu. 155 00:12:27,776 --> 00:12:28,896 Rantai awak! 156 00:12:29,842 --> 00:12:32,642 Tak mungkin saya akan beri rantai saya! 157 00:12:33,466 --> 00:12:36,546 -Jangan harap! -Lebih baik daripada pergi balai polis! 158 00:12:36,586 --> 00:12:38,866 Tolonglah. Saya akan belikan yang lain nanti. 159 00:12:38,906 --> 00:12:41,946 Jika melibatkan polis, keadaan makin sukar. 160 00:12:42,675 --> 00:12:44,666 Aduhai, saya juga takutkan polis. 161 00:12:44,706 --> 00:12:45,786 Baiklah, buka! 162 00:12:49,499 --> 00:12:52,379 -Bukan yang itu, di sini! -Maaf! 163 00:12:57,633 --> 00:12:58,683 Nah. 164 00:13:00,934 --> 00:13:01,934 Terima kasih! 165 00:13:15,511 --> 00:13:19,031 Aduhai, rantai saya dah tiada. 166 00:13:19,569 --> 00:13:23,409 Wiwin, saya minta maaf, ya? 167 00:13:23,954 --> 00:13:26,664 Maaf tak cukup, belikan yang lain! 168 00:13:27,642 --> 00:13:29,442 Itu rantai kesukaan saya, tahu? 169 00:13:31,005 --> 00:13:33,645 Ya, saya akan belikan yang baharu. Sabarlah. 170 00:13:35,667 --> 00:13:38,067 Saya dah tak pakai rantai lagi. 171 00:13:39,215 --> 00:13:41,215 Tak mengapa, Wiwin. Jangan menangis. 172 00:13:41,255 --> 00:13:43,420 Solekan awak akan luntur. 173 00:13:44,447 --> 00:13:47,367 -Berhenti, jangan menangis. -Ya, baiklah. 174 00:13:53,524 --> 00:13:55,764 Well, jangan laju lagi! 175 00:13:55,804 --> 00:13:59,164 Welly! 176 00:14:04,758 --> 00:14:07,310 Tolong bersabar para hadirin dan juga tuan. 177 00:14:07,350 --> 00:14:10,645 Pengantin lelaki akan tiba sebentar lagi, ya? 178 00:14:11,432 --> 00:14:12,512 Maafkan saya, En. Anggoro. 179 00:14:12,995 --> 00:14:16,406 Jika dia masih tak tiba jam 8.30 pagi, 180 00:14:16,446 --> 00:14:17,814 saya terpaksa pergi. 181 00:14:18,732 --> 00:14:20,852 Baik. Sebentar saja lagi, tuan. 182 00:14:28,075 --> 00:14:30,154 Welly benar-benar menguji kesabaran saya. 183 00:14:32,198 --> 00:14:33,398 Habislah dia kali ini. 184 00:14:34,012 --> 00:14:37,812 Puan, mungkin pengantin lelaki dah lari. 185 00:14:38,190 --> 00:14:40,910 Ya, itu memalukan, bukan? 186 00:14:40,950 --> 00:14:42,120 Ya, semestinya. 187 00:14:52,904 --> 00:14:55,664 Berani budak itu permainkan saya dan Karen? 188 00:14:56,702 --> 00:14:58,705 Dia memang cari masalah! 189 00:15:25,909 --> 00:15:28,989 Maaf kerana terlambat, En. Anggoro. 190 00:15:29,070 --> 00:15:31,924 Semalam Willy terpaksa berjaga untuk ronda kawasan kejiranan. 191 00:15:32,010 --> 00:15:34,319 Jadi dia lewat bangun. 192 00:15:34,359 --> 00:15:36,657 Saya betul-betul minta maaf kerana terlambat. 193 00:15:36,697 --> 00:15:40,177 Tapi jangan risau. Saya bersedia untuk kahwini Karen. 194 00:15:40,610 --> 00:15:41,652 Dengar, Welly. 195 00:15:42,970 --> 00:15:46,930 Jangan main-main jika awak mahu hidup aman sebagai suami Karen. 196 00:15:48,803 --> 00:15:49,883 Baik. 197 00:15:51,243 --> 00:15:52,551 Di mana ahli keluarga awak yang lain? 198 00:15:54,710 --> 00:15:56,827 Mereka semua tinggal jauh di kampung, encik. 199 00:15:57,463 --> 00:15:59,903 Mereka tak sempat datang kerana majlis ini terlalu mendadak. 200 00:15:59,943 --> 00:16:02,903 -Tapi mereka dah kirim salam. -Ya. 201 00:16:04,452 --> 00:16:06,772 -Baiklah, masuk cepat. -Baik. 202 00:16:33,339 --> 00:16:35,179 Saya fikir awak takkan datang. 203 00:16:39,074 --> 00:16:42,034 Saya bukan jenis lelaki... 204 00:16:42,074 --> 00:16:43,954 yang suka mungkir janji. 205 00:16:44,750 --> 00:16:46,750 Tapi, Karen, 206 00:16:48,504 --> 00:16:50,034 awak nampak cantik hari ini. 207 00:16:51,221 --> 00:16:52,326 Anggun. 208 00:16:53,236 --> 00:16:54,516 Saya rasa... 209 00:16:55,615 --> 00:16:58,855 orang yang tinggalkan awak, dia dah rugi. 210 00:16:59,803 --> 00:17:01,243 Pasti dia akan menyesal. 211 00:17:07,719 --> 00:17:09,319 Boleh kita mulakan? 212 00:17:10,632 --> 00:17:11,752 Ya. 213 00:17:11,792 --> 00:17:17,752 Aduhai, di mana dia? Dia tak ucap selamat pagi pun. 214 00:17:17,792 --> 00:17:21,192 Ini hari yang penting, ibu. 215 00:17:21,232 --> 00:17:22,245 Sabar. 216 00:17:23,286 --> 00:17:24,766 Di mana dia? 217 00:17:40,782 --> 00:17:42,782 Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 218 00:17:43,193 --> 00:17:45,073 En. Welly bin Asep. 219 00:17:45,113 --> 00:17:50,673 Saya nikahkah awak dengan Cik Karen binti Anggoro... 220 00:17:50,713 --> 00:17:53,193 dengan mas kahwin satu set kelengkapan solat secara tunai. 221 00:17:57,694 --> 00:18:01,854 Saya terima nikahnya Karen binti Anggoro... 222 00:18:01,894 --> 00:18:04,878 dengan mas kahwin tersebut secara tunai. 223 00:18:22,599 --> 00:18:24,039 Dia tak jawab. 224 00:18:35,410 --> 00:18:36,599 Bagaimana? 225 00:18:36,826 --> 00:18:38,066 Dia tak jawab. 226 00:18:39,250 --> 00:18:41,970 Mungkin dia sedang mandi. 227 00:18:43,091 --> 00:18:45,811 Tunggu sebentar lagi, atau cuba sekali lagi. 228 00:18:55,148 --> 00:18:56,708 Akad dah berjalan lancar. 229 00:18:58,191 --> 00:19:00,549 Selamat datang ke keluarga kami, Welly. 230 00:19:01,518 --> 00:19:04,878 Well, ayah mentua awak sedang bercakap dengan awak. 231 00:19:04,918 --> 00:19:06,958 Selamat datang ke keluarganya. 232 00:19:06,998 --> 00:19:08,838 Maaf, En. Angoro. 233 00:19:08,878 --> 00:19:12,490 Awak perlu faham dia pengantin baru, jadi dia cemas. 234 00:19:12,530 --> 00:19:13,983 Fikirannya melayang jauh. 235 00:19:15,488 --> 00:19:18,288 Ya, pak cik. Terima kasih dan saya juga rasa lega. 236 00:19:18,831 --> 00:19:20,109 Kenapa panggil pak cik? 237 00:19:20,998 --> 00:19:23,118 Awak dah jadi menantu saya. 238 00:19:23,916 --> 00:19:26,276 Panggil saya ayah. 239 00:19:28,102 --> 00:19:29,217 Baik, ayah. 240 00:19:30,765 --> 00:19:33,365 Baiklah. Kamu berdua berehatlah. 241 00:19:33,405 --> 00:19:36,605 Agar kamu nampak segar semasa persandingan nanti, ya? 242 00:19:39,085 --> 00:19:42,165 Cik Wiwin, saya juga dah sediakan bilik untuk awak. 243 00:19:43,350 --> 00:19:44,630 Bilik, En. Anggoro? 244 00:19:46,724 --> 00:19:48,331 Terima kasih, En. Anggoro. 245 00:19:48,372 --> 00:19:51,124 Tapi saya tak dapat hadir ke majlis persandingan. 246 00:19:51,164 --> 00:19:54,332 Kerana saya ada urusan antara hidup dan mati. 247 00:19:55,397 --> 00:19:57,677 Tapi jangan risau, Welly akan kekal di sini. 248 00:19:58,739 --> 00:19:59,770 Baiklah. 249 00:20:00,173 --> 00:20:02,933 Ayah jumpa kawan-kawan dulu, ya? 250 00:20:02,973 --> 00:20:04,453 -Ya. -Baik, ayah. 251 00:20:07,896 --> 00:20:09,136 Awak mahu pergi ke mana? 252 00:20:09,845 --> 00:20:14,365 Maaf, Well. Saya tak dapat hadiri persandingan. 253 00:20:14,405 --> 00:20:19,445 Kerana saya dah ada janji temu dengan persatuan gerai makanan Indonesia. 254 00:20:19,485 --> 00:20:20,565 Ia sangat penting. 255 00:20:20,605 --> 00:20:22,765 -Ada benda begitu? -Mestilah. 256 00:20:22,805 --> 00:20:24,725 Baiklah. Ini kunci kereta. 257 00:20:24,765 --> 00:20:27,525 Jangan risau, awak ambil saja. Saya akan naik pengangkutan awam saja. 258 00:20:27,565 --> 00:20:28,645 -Baik. -Mudah. 259 00:20:28,685 --> 00:20:29,605 -Terima kasih, Wiwin. -Ya. 260 00:20:29,645 --> 00:20:31,005 Baiklah, saya pergi dulu. 261 00:20:31,045 --> 00:20:34,365 Sayang, tahniah. Kekal bersama selamanya. 262 00:20:37,642 --> 00:20:40,122 -Baiklah, mari masuk bilik. -Ya. 263 00:20:43,241 --> 00:20:44,401 Saya boleh buat. 264 00:20:51,821 --> 00:20:54,021 Karen, saya harus pergi. 265 00:20:54,553 --> 00:20:55,848 Untuk nikah dengan Andini. 266 00:20:58,142 --> 00:21:01,622 Baiklah, pergilah. Nanti terlambat. 267 00:21:01,882 --> 00:21:02,962 Ya. 268 00:21:04,128 --> 00:21:05,648 Awak tak kisah, bukan? 269 00:21:06,128 --> 00:21:09,648 Kerana saya dan Andini dah lama bersama. 270 00:21:09,688 --> 00:21:12,368 -Jadi... -Tak apa, awak boleh pergi sekarang. 271 00:21:13,778 --> 00:21:15,978 Pastikan awak tak terlambat untuk persandingan. 272 00:21:16,018 --> 00:21:17,218 Atau ayah akan marah. 273 00:21:17,738 --> 00:21:20,458 Baik. Saya janji takkan lambat. 274 00:21:20,498 --> 00:21:21,818 Baik. Saya pergi dulu. 275 00:22:41,329 --> 00:22:42,329 Di mana budak lurus itu? 276 00:22:44,174 --> 00:22:45,174 Balik. 277 00:22:45,214 --> 00:22:46,215 Apa maksud awak? 278 00:22:49,129 --> 00:22:50,289 Dia mahu kahwini Andini. 279 00:22:51,173 --> 00:22:52,213 Kahwin? 280 00:22:53,183 --> 00:22:54,263 Apa yang awak kata? 281 00:22:56,388 --> 00:22:58,668 Di mana Welly? 282 00:22:58,708 --> 00:22:59,908 Di mana dia? 283 00:23:00,329 --> 00:23:01,649 Kenapa dia belum datang lagi? 284 00:23:02,218 --> 00:23:05,178 Ini bukti yang dia tak serius terhadap awak, Andini. 285 00:23:06,047 --> 00:23:08,367 Ayah, jangan kata begitu. 286 00:23:08,808 --> 00:23:11,328 Saya pasti Welly bukan begitu orangnya. 287 00:23:12,675 --> 00:23:14,032 Saya pasti ada masalah. 288 00:23:14,072 --> 00:23:16,370 Kenapa dia tak muncul semasa hari pernikahannya? 289 00:23:16,411 --> 00:23:18,392 Lelaki jenis apa dia? 290 00:23:19,713 --> 00:23:24,193 Hei, jaga mulut kamu berdua. Jangan kata begitu. 291 00:23:24,233 --> 00:23:25,353 Terutamanya awak, Rohit. 292 00:23:25,393 --> 00:23:26,753 Untuk pengetahuan kamu, 293 00:23:26,793 --> 00:23:30,953 saya dah ajar Welly untuk jadi lelaki bertanggungjawab. 294 00:23:32,207 --> 00:23:33,607 Kalau begitu, di mana dia? 295 00:23:33,647 --> 00:23:35,087 Minta dia datang sekarang. 296 00:23:35,127 --> 00:23:36,192 Betul. 297 00:23:39,869 --> 00:23:41,425 Tidak. 298 00:23:41,506 --> 00:23:43,426 Saya akan terlambat. 299 00:23:43,466 --> 00:23:44,986 Semuanya serba tak kena! 300 00:23:45,481 --> 00:23:48,121 Ke tepi! Saya nak cepat! 301 00:23:48,968 --> 00:23:50,008 Ini kecemasan! 302 00:23:50,048 --> 00:23:51,208 Sudahlah, saya dah penat. 303 00:23:51,248 --> 00:23:52,688 Untuk pengetahuan awak, Andini, 304 00:23:52,728 --> 00:23:56,648 awak dah dipandang remeh. Awak tak penting bagi dia. 305 00:23:56,688 --> 00:23:58,888 Mari pergi rumah dia. Mari. 306 00:23:59,942 --> 00:24:03,822 Tak perlu. Saya akan gantikan Welly dan kahwini Andini. 307 00:24:05,174 --> 00:24:07,334 (Welly) 308 00:24:08,448 --> 00:24:10,288 Helo, sayang? 309 00:24:10,328 --> 00:24:14,168 Helo, sayang. Saya dalam perjalanan. Tunggu, ya? 310 00:24:14,208 --> 00:24:17,728 Baik, sayang. Saya tunggu. Hati-hati. 311 00:24:18,939 --> 00:24:20,899 Baik, selamat tinggal. Saya cintakan awak. 312 00:24:24,195 --> 00:24:25,275 Bagaimana, sayang? 313 00:24:25,315 --> 00:24:27,395 -Dia dalam perjalanan. -Alhamdulillah. 314 00:24:28,638 --> 00:24:29,838 Alhamdulillah. 315 00:24:29,878 --> 00:24:32,398 Tengok? Saya dah kata. 316 00:24:32,438 --> 00:24:34,078 Dia akan datang. 317 00:24:35,981 --> 00:24:38,386 Ayah, saya sakit hati. 318 00:24:38,649 --> 00:24:42,169 Andini kahwin dengan orang lain, bukan dengan saya. 319 00:24:42,209 --> 00:24:43,289 Lebih baik saya balik, ayah. 320 00:24:43,329 --> 00:24:47,289 Tunggu. Jika awak balik, bagaimana dengan ayah? 321 00:24:48,222 --> 00:24:51,502 Ayah tak boleh balik sendiri. Awak pemandu ayah. 322 00:24:52,569 --> 00:24:54,634 Tunggu di sini, nak. 323 00:24:54,715 --> 00:24:56,355 Sabar. 324 00:25:12,359 --> 00:25:13,839 Tak boleh begini! 325 00:25:14,127 --> 00:25:17,887 Di mana dia? Kenapa belum tiba? 326 00:25:17,927 --> 00:25:20,047 -Ya. -Hairan. 327 00:25:21,035 --> 00:25:24,195 -Dia kata dalam perjalanan. Ya. -Yakah? 328 00:25:24,469 --> 00:25:25,955 Di mana anak awak? 329 00:25:25,996 --> 00:25:28,589 Dia kata dalam perjalanan. Kenapa belum tiba? 330 00:25:28,629 --> 00:25:29,789 Sabarlah! 331 00:25:29,829 --> 00:25:31,909 Saya tak boleh sabar lagi. 332 00:25:31,949 --> 00:25:34,149 -Assalamualaikum. -Waalaikumussalam. 333 00:25:35,366 --> 00:25:37,046 -Welly. -Sayang. 334 00:25:37,086 --> 00:25:38,646 -Akhirnya. -Dia dah sampai. 335 00:25:38,686 --> 00:25:41,686 Dah lama saya tunggu awak. Marilah. 336 00:25:41,726 --> 00:25:44,046 Maafkan saya terlambat. 337 00:25:51,064 --> 00:25:53,544 Tak mengapa. Mari mulakan. 338 00:25:53,902 --> 00:25:57,062 Di mana awak? Dah lama kami tunggu. 339 00:25:57,102 --> 00:25:58,102 Maafkan saya, ayah. 340 00:25:58,142 --> 00:25:59,822 -Sabarlah! -Awak serius atau tak? 341 00:25:59,862 --> 00:26:01,942 -Welly, semoga berjaya. -Saya serius, ayah. 342 00:26:01,982 --> 00:26:03,102 -Ya. -Ya. 343 00:26:04,838 --> 00:26:07,290 Bagaimana, En. Welly? Dah sedia? 344 00:26:07,330 --> 00:26:09,090 Ya, dah sedia. 345 00:26:09,130 --> 00:26:12,060 Baik. Kalau begitu, sila berjabat tangan dengan En. Rohit. 346 00:26:13,749 --> 00:26:15,103 Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 347 00:26:15,144 --> 00:26:16,429 Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 348 00:26:16,469 --> 00:26:20,829 -Saya nikahkan... -Saya nikahkan... 349 00:26:20,869 --> 00:26:24,829 -anak saya, Andini binti Rohit.. -anak saya, Andini binti Rohit... 350 00:26:24,869 --> 00:26:27,558 dengan mas kahwin tersebut secara tunai. 351 00:26:29,592 --> 00:26:31,912 Saya terima... 352 00:26:31,952 --> 00:26:33,832 Andini binti Rohit... 353 00:26:33,913 --> 00:26:36,953 dengan mas kahwin tersebut secara tunai. 354 00:26:37,378 --> 00:26:39,225 -Bagaimana, saksi? Sah? -Sah. 355 00:26:39,265 --> 00:26:41,545 -Alhamdulillah. -Alhamdulillah. 356 00:26:51,839 --> 00:26:56,039 Ya Allah, akhirnya kita bersama selamanya. 357 00:26:56,079 --> 00:26:57,359 Tahniah. 358 00:27:11,855 --> 00:27:16,375 Bas, ucapkan tahniah kepada Welly dan Andini. 359 00:27:16,893 --> 00:27:18,933 Sudahlah. Jadilah lelaki budiman. 360 00:27:19,504 --> 00:27:20,640 Jamet. 361 00:27:25,578 --> 00:27:29,498 Ayah, saya yang patut berdiri di tepi dia, bukan Welly. 362 00:27:30,321 --> 00:27:33,281 Bas, bersabar. Tak guna menangis. 363 00:27:33,321 --> 00:27:36,161 Masih jauh lagi perjalanan hidup. Belum berakhir lagi, Bas. 364 00:27:36,201 --> 00:27:38,841 Sabar, ya? 365 00:27:38,881 --> 00:27:41,425 Jangan sedih. Saya juga akan sedih. 366 00:27:42,029 --> 00:27:43,109 Betul? 367 00:27:44,273 --> 00:27:45,326 Sabar. 368 00:27:47,444 --> 00:27:48,924 Maaf, saya terpijak kaki awakkah? 369 00:27:49,657 --> 00:27:51,697 Maaf, Bas. 370 00:27:51,737 --> 00:27:55,337 Saya fikir awak masih sedih. Maaf, saya tak sengaja. 371 00:27:57,890 --> 00:28:00,370 -Diam. -Sabar. 372 00:28:06,123 --> 00:28:07,238 Ya. 373 00:28:09,674 --> 00:28:11,074 Lebih kurang begitulah. 374 00:28:11,114 --> 00:28:12,237 Apa? 375 00:28:13,284 --> 00:28:15,536 Jadi, awak dimadukan semasa hari pertama perkahwinan? 376 00:28:15,576 --> 00:28:16,774 Ya. 377 00:28:16,814 --> 00:28:19,164 Saya tak peduli. Yang paling penting, saya dah kahwin. 378 00:28:19,204 --> 00:28:21,764 Dan anak saya ada status. Itu saja. 379 00:28:26,544 --> 00:28:28,078 Karen? Welly? 380 00:28:28,118 --> 00:28:29,558 Itu ayah awak. 381 00:28:30,929 --> 00:28:32,212 Ayah awak. 382 00:28:32,293 --> 00:28:33,453 Apa saya perlu buat sekarang? 383 00:28:40,698 --> 00:28:43,138 Jika awak tak buka pintu, ayah awak akan curiga. 384 00:28:44,356 --> 00:28:47,276 -Patutkah saya buka sekarang? -Ya, buka. 385 00:28:48,490 --> 00:28:50,570 Karen? Welly? 386 00:28:57,835 --> 00:28:58,835 Ya, ayah? 387 00:28:58,875 --> 00:29:01,367 Di mana Welly? Ayah mahu bercakap dengannya. 388 00:29:01,806 --> 00:29:03,002 Welly... 389 00:29:03,741 --> 00:29:07,541 Dia dalam tandas. Dia sakit perut. 390 00:29:07,581 --> 00:29:09,741 Dia rasa tak sihat. Saya rasa dia salah makan. 391 00:29:10,644 --> 00:29:13,444 -Dia sakitkah? Biar ayah lihat. -Tak perlu, ayah. 392 00:29:13,484 --> 00:29:17,884 Dengar itu? Saya rasa... 393 00:29:17,924 --> 00:29:19,924 Saya rasa dia malu untuk jumpa ayah. 394 00:29:26,457 --> 00:29:29,417 Baiklah. Jaga dia. Berikan ubat. 395 00:29:29,457 --> 00:29:30,857 Baik, ayah. 396 00:29:36,394 --> 00:29:38,794 -Hampir tertangkap. -Saya juga dah rasa mual. 397 00:29:39,972 --> 00:29:45,452 Saya mahu berterima kasih kepada semua yang hadir... 398 00:29:45,492 --> 00:29:48,652 pada hari penting bagi saya dan Andini. 399 00:29:49,642 --> 00:29:50,899 Ayah. 400 00:29:53,114 --> 00:29:54,434 Ibu. 401 00:29:56,312 --> 00:29:57,432 Dan Baskoro. 402 00:30:00,615 --> 00:30:01,695 Jamet. 403 00:30:04,133 --> 00:30:05,293 Ingat. 404 00:30:06,759 --> 00:30:10,999 Jangan menyakiti jiwa dan raga Andini. 405 00:30:12,217 --> 00:30:14,856 Jika awak sakiti dia, awak perlu berdepan dengan ayah. 406 00:30:15,716 --> 00:30:16,760 Dengan ayah. 407 00:30:16,800 --> 00:30:18,960 Ingat baik-baik. 408 00:30:24,578 --> 00:30:25,781 Ayah. 409 00:30:26,624 --> 00:30:30,704 Satu-satunya lelaki yang takkan sakiti saya ialah Welly. 410 00:30:38,055 --> 00:30:39,495 Mari makan. 411 00:30:58,383 --> 00:31:01,070 Aduhai, di mana Welly? 412 00:31:01,110 --> 00:31:02,626 Apa awak buat? Hubungi dia. 413 00:31:03,361 --> 00:31:04,891 -Hubungi dia? -Hubungi dia lagi. 414 00:31:21,274 --> 00:31:23,674 -Saya mahu ke tandas. -Baik. 415 00:31:34,373 --> 00:31:35,918 -Maaf. -Hati-hatilah! 416 00:31:35,999 --> 00:31:37,291 Ya. 417 00:31:40,221 --> 00:31:43,221 Helo, Karen, kenapa awak hubungi saya? 418 00:31:43,261 --> 00:31:46,885 Well, di mana awak? Awak perlu datang sekarang. 419 00:31:46,926 --> 00:31:49,446 Tapi masih ada banyak masa sebelum persandingan. 420 00:31:49,486 --> 00:31:53,594 Saya tak peduli, awak perlu balik. Ayah saya cari awak. 421 00:31:55,421 --> 00:31:58,572 Karen, saya tak boleh pergi. 422 00:31:58,612 --> 00:32:00,267 Apa yang saya perlu beritahu mereka? 423 00:32:00,307 --> 00:32:03,227 Tak kisahlah apa pun. 424 00:32:03,267 --> 00:32:05,863 Saya beritahu ayah saya yang awak sakit perut... 425 00:32:05,904 --> 00:32:08,330 dan rasa tak sihat dan ada dalam tandas, faham? 426 00:32:08,371 --> 00:32:11,712 Saya tak peduli. Awak perlu datang sekarang, faham? 427 00:32:11,751 --> 00:32:13,511 Tapi... 428 00:32:14,300 --> 00:32:15,540 Aduhai. 429 00:32:24,510 --> 00:32:25,910 -Bagaimana? Dah selesai? -Dah selesai. 430 00:32:25,950 --> 00:32:27,670 Dia akan datang, bukan? 431 00:32:27,710 --> 00:32:29,670 Ya, dia kata begitu. 432 00:32:29,710 --> 00:32:31,070 Ya, tapi dia akan datang, bukan? 433 00:32:31,768 --> 00:32:33,906 Ya, mungkin. Apa saya perlu buat? 434 00:32:34,559 --> 00:32:36,359 Tunggu sebentar, nanti hubungi dia lagi. 435 00:32:42,506 --> 00:32:45,345 Andini, ibu, ayah. 436 00:32:45,791 --> 00:32:49,591 Syarikat baru hubungi saya. 437 00:32:49,631 --> 00:32:53,391 Ada kecemasan, saya perlu pergi sekarang. 438 00:32:53,431 --> 00:32:54,909 Tak bolehkah awak cuti? 439 00:32:54,950 --> 00:32:57,710 Hari ini hari bahagia awak, hari perkahwinan awak. 440 00:32:57,750 --> 00:33:01,950 Ya, tapi ini juga majlis mengejut. 441 00:33:01,990 --> 00:33:05,230 Jadi, jika saya minta... 442 00:33:06,699 --> 00:33:10,419 untuk cuti penuh, 443 00:33:10,459 --> 00:33:11,699 saya tak boleh buat begitu. 444 00:33:11,739 --> 00:33:15,699 Saya cuma dapat cuti untuk bersedia. 445 00:33:15,739 --> 00:33:18,539 Jadi jika ada masalah, saya perlu kembali ke pejabat. 446 00:33:18,579 --> 00:33:22,273 Saya juga baru dapat tahu yang kawan saya sakit. 447 00:33:26,172 --> 00:33:30,381 Saya pekerja baharu di sana, jadi tak boleh sesuka hati. 448 00:33:30,422 --> 00:33:32,252 Saya tak mahu kerjaya saya terjejas. 449 00:33:33,070 --> 00:33:34,950 Ya, tak apa. Pergi saja. 450 00:33:35,879 --> 00:33:38,399 Andini, awak tak apa-apa, bukan? 451 00:33:39,944 --> 00:33:41,359 Ya, tak apa. 452 00:33:41,400 --> 00:33:43,824 Tapi balik segera, ya? 453 00:33:44,669 --> 00:33:45,869 Baik, sayang. 454 00:33:47,734 --> 00:33:48,922 Sayang. 455 00:33:50,879 --> 00:33:53,718 -Hati-hati, ya? -Baik. 456 00:33:53,759 --> 00:33:55,599 Baik, terima kasih. Saya pergi dulu. 457 00:33:55,639 --> 00:33:56,999 Assalamualaikum. 458 00:33:57,039 --> 00:33:58,119 Waalaikumussalam. 459 00:34:06,930 --> 00:34:09,090 Ke tepi! Saya nak cepat! 460 00:34:09,990 --> 00:34:12,910 Aduhai! Masalah betul! 461 00:34:14,315 --> 00:34:15,355 Kot. 462 00:34:18,515 --> 00:34:20,835 Teruklah! 463 00:34:32,946 --> 00:34:35,946 Aduhai, kenapa sampai jadi begini? 464 00:34:42,391 --> 00:34:45,431 Habislah jika mereka tahu! Aduhai! 465 00:34:49,535 --> 00:34:51,975 Karen? Welly? 466 00:34:53,737 --> 00:34:55,047 Ayah awak lagi. 467 00:34:57,453 --> 00:34:58,933 Aduhai, ia tersangkut. 468 00:35:03,169 --> 00:35:04,209 Ya, ayah? 469 00:35:04,728 --> 00:35:07,168 Di mana Welly? Masih dalam tandas? 470 00:35:07,788 --> 00:35:11,508 Ya, masih dalam tandas. Masih sakit perut. 471 00:35:11,962 --> 00:35:14,242 -Perlu panggil doktor? -Tak perlu, ayah. 472 00:35:14,937 --> 00:35:18,977 Dia akan baik-baik saja kerana saya baru berikan ubat. 473 00:35:20,552 --> 00:35:23,872 Apabila dia dah okey, suruh dia datang jumpa ayah segera. 474 00:35:23,912 --> 00:35:26,152 Ya, baiklah. 475 00:35:29,608 --> 00:35:30,688 Oh Tuhan. 476 00:35:34,915 --> 00:35:35,955 Saya takut. 477 00:35:48,912 --> 00:35:50,311 Apa kerja Welly? 478 00:35:51,173 --> 00:35:53,010 Kenapa syarikatnya tak beri cuti... 479 00:35:53,051 --> 00:35:54,613 walaupun dia berkahwin? 480 00:35:55,180 --> 00:35:56,460 Pelik. 481 00:35:56,812 --> 00:35:59,612 Ya, mencurigakan. Betul cakap awak. 482 00:35:59,652 --> 00:36:00,652 Pelik. 483 00:36:01,685 --> 00:36:03,009 Budak ini juga. 484 00:36:04,081 --> 00:36:06,121 Dia terlalu dilamun cinta. 485 00:36:06,981 --> 00:36:07,981 Dan menjadi dungu. 486 00:36:08,454 --> 00:36:10,374 Saya tak faham dengan dia. 487 00:36:10,790 --> 00:36:12,554 Kenapa dia tak utamakan Andini? 488 00:36:13,158 --> 00:36:14,708 Dia patut minta cuti. 489 00:36:14,749 --> 00:36:17,809 Ini perkahwinannya, saat indah dia. 490 00:36:17,890 --> 00:36:18,998 Ini jarang berlaku. 491 00:36:19,038 --> 00:36:20,038 Diamlah. 492 00:36:21,602 --> 00:36:22,787 Ayah. 493 00:36:22,828 --> 00:36:26,642 Welly buat begini kerana dia utamakan saya. 494 00:36:27,281 --> 00:36:29,561 Agar wang hantaran itu boleh dikumpul dengan cepat. 495 00:36:29,601 --> 00:36:31,561 Dan kami boleh kahwin dengan sah. 496 00:36:31,601 --> 00:36:32,951 Cinta buat orang jadi buta. 497 00:36:34,752 --> 00:36:38,512 Baskoro, jangan masuk campur, ya? 498 00:36:40,033 --> 00:36:41,273 Biarkan mereka. 499 00:36:48,934 --> 00:36:53,134 Daripada awak marah begini, lebih baik beri tempe kepada ayah. 500 00:36:55,133 --> 00:36:56,573 Ya, terima kasih. 501 00:37:00,317 --> 00:37:02,668 Mereka mungkin tak tahu. 502 00:37:02,709 --> 00:37:05,989 Tapi saya tahu ada sesuatu yang mencurigakan. 503 00:37:06,727 --> 00:37:10,087 Tapi Andini terlalu mencintai Welly. 504 00:37:10,928 --> 00:37:14,088 Tunggu dan lihat. Jika saya boleh cari bukti, 505 00:37:14,128 --> 00:37:16,404 Andini akan menyesal. 506 00:37:22,036 --> 00:37:24,415 Ayah, suami jenis apa dia itu? 507 00:37:24,456 --> 00:37:26,876 Baru saja kahwin, dah tinggalkan isteri. 508 00:37:26,917 --> 00:37:31,917 Lebih baik bersama saya yang bersedia 24 untuk awak. Betul tak? 509 00:37:34,329 --> 00:37:38,329 Hei, Jamet. Awak itu 24 jam ganggu hidup saya! 510 00:37:41,190 --> 00:37:42,350 Andini. 511 00:37:48,543 --> 00:37:52,332 Cepat habiskan makanan. Kita balik sebentar lagi. 512 00:37:55,301 --> 00:37:56,461 Bas. 513 00:37:57,357 --> 00:37:58,637 Awak akan bayar, bukan? 514 00:38:00,309 --> 00:38:01,429 Jangan risau, ayah. 515 00:38:02,139 --> 00:38:05,979 Ini tak seberapa bagi saya. 516 00:38:06,019 --> 00:38:09,019 Puan, jika awak mahu bungkus, silakan. 517 00:38:09,059 --> 00:38:11,299 Makanan ini jarang ada di kampung, bukan? 518 00:38:11,693 --> 00:38:14,413 Setahun sekali, hanya apabila datang ke bandar. Silakan. 519 00:38:14,453 --> 00:38:17,263 -Boleh? -Ya, tentulah boleh. 520 00:38:17,304 --> 00:38:18,824 Boleh. 521 00:38:18,864 --> 00:38:19,984 Baskoro. 522 00:38:39,443 --> 00:38:40,553 Ayah. 523 00:38:47,103 --> 00:38:49,503 Bagaimana? Awak masih sakit? 524 00:38:52,690 --> 00:38:56,617 -Karen kata awak cirit-birit. -Ya, tadi. 525 00:38:56,658 --> 00:39:00,058 Tapi saya dah rasa okey sekarang. Saya tak apa-apa. 526 00:39:00,843 --> 00:39:01,976 Syukurlah. 527 00:39:03,795 --> 00:39:04,835 Welly. 528 00:39:05,458 --> 00:39:08,964 Ayah mahu bercakap dengan awak sebagai mentua. 529 00:39:10,450 --> 00:39:11,850 Dengar cakap ayah baik-baik. 530 00:39:14,232 --> 00:39:16,821 Jangan berani sakiti Karen. 531 00:39:19,137 --> 00:39:21,017 Karen adalah nyawa ayah. 532 00:39:22,957 --> 00:39:24,717 Ayah yang jaga sejak dia bayi. 533 00:39:25,392 --> 00:39:26,432 Sendirian. 534 00:39:28,155 --> 00:39:29,319 Jadi, awak... 535 00:39:30,253 --> 00:39:33,933 jangan sakiti dia atau buat dia menangis. 536 00:39:35,224 --> 00:39:36,984 Kerana awak akan terima akibatnya. 537 00:39:40,639 --> 00:39:43,173 Cara awak masuk dalam keluarga ayah... 538 00:39:44,675 --> 00:39:46,517 sangat memalukan. 539 00:39:50,198 --> 00:39:51,776 Jika ayah boleh memilih, 540 00:39:53,117 --> 00:39:56,191 ayah akan pilih lelaki yang berkualiti. 541 00:39:56,232 --> 00:39:57,872 Sebagai suami Karen. 542 00:39:58,787 --> 00:40:00,587 Bukan lelaki seperti awak. 543 00:40:05,336 --> 00:40:06,456 Petang nanti, 544 00:40:08,201 --> 00:40:11,093 rakan perniagaan saya, orang-orang penting... 545 00:40:11,134 --> 00:40:12,534 yang datang ke majlis persandingan. 546 00:40:14,100 --> 00:40:15,540 Jangan malukan saya. 547 00:40:17,150 --> 00:40:18,950 Baik, ayah. 548 00:40:18,990 --> 00:40:20,750 Baik, ayah. 549 00:40:21,981 --> 00:40:23,660 Jangan sampai mereka tahu... 550 00:40:24,348 --> 00:40:27,838 awak pernah bekerja sebagai tukang cuci di kafe. 551 00:40:29,794 --> 00:40:33,394 Jika ada orang tanya, cakap saja awak belajar di luar negara. 552 00:40:34,358 --> 00:40:35,574 Faham? 553 00:40:46,830 --> 00:40:49,510 Di mana Welly? 554 00:40:50,344 --> 00:40:51,904 Hilang. 555 00:40:52,337 --> 00:40:54,457 Dia berjanji untuk hubungi saya. 556 00:40:55,138 --> 00:40:57,858 Ini malam pertama. 557 00:41:02,146 --> 00:41:03,626 Tolong jawab, sayang. 558 00:41:14,098 --> 00:41:16,578 Kenapa lama sangat? Apa saya perlu buat? 559 00:41:25,463 --> 00:41:27,209 Ini pun awak. 560 00:41:27,969 --> 00:41:30,219 Sayang, di mana awak? 561 00:41:30,260 --> 00:41:33,900 Saya sedang tunggu awak. Awak kata sekejap saja. 562 00:41:35,396 --> 00:41:40,608 Saya tak boleh datang sekarang, tapi saya akan balik. 563 00:41:40,649 --> 00:41:42,209 Maafkan saya, ya? 564 00:41:42,249 --> 00:41:44,289 Bila awak akan balik? 565 00:41:45,123 --> 00:41:49,403 Saya tak boleh berjanji. 566 00:41:50,232 --> 00:41:51,533 Tapi... 567 00:41:54,022 --> 00:41:57,702 saya tak sabar untuk malam pertama dengan awak. 568 00:41:58,204 --> 00:41:59,924 Jadi tunggu saya, ya? 569 00:42:01,015 --> 00:42:03,775 Baik, tapi janji awak akan balik cepat. 570 00:42:03,815 --> 00:42:05,867 Mestilah saya akan balik. 571 00:42:06,539 --> 00:42:11,248 Awaklah tempat saya pulang, rumah saya. 572 00:42:12,447 --> 00:42:14,087 Isteri saya yang tercinta. 573 00:42:17,451 --> 00:42:21,476 Baik, saya akan tunggu awak. Saya cintakan awak. 574 00:42:23,030 --> 00:42:24,190 Saya juga cintakan awak. 575 00:42:26,616 --> 00:42:27,776 Selamat tinggal, sayang. 576 00:42:48,185 --> 00:42:49,319 Karen. 577 00:42:52,163 --> 00:42:53,603 Awak nampak sangat cantik. 578 00:42:57,206 --> 00:43:00,366 Saya pasti semua orang akan terpesona. 579 00:43:05,399 --> 00:43:08,119 Tetamu dah tiba. Mari turun. 580 00:43:09,009 --> 00:43:10,129 Mari pergi. 581 00:43:24,126 --> 00:43:25,662 (Episod Seterusnya) Ada suami... 582 00:43:25,703 --> 00:43:28,273 yang kata akan balik awal, tapi tak balik. 583 00:43:28,314 --> 00:43:29,407 Dia penipu. 584 00:43:29,448 --> 00:43:31,988 Walaupun Andini dah kahwin, 585 00:43:32,029 --> 00:43:35,136 saya tak sanggup berpisah dengan anak kesayangan saya. 586 00:43:35,177 --> 00:43:39,447 Saya suami awak yang perlu jaga awak dan bayi awak. 587 00:43:39,488 --> 00:43:41,289 Walaupun hanya untuk sembilan bulan, 588 00:43:41,330 --> 00:43:44,937 saya janji akan buat yang terbaik untuk kamu berdua. 589 00:43:44,977 --> 00:43:47,017 (Episod Seterusnya)