1 00:00:14,400 --> 00:00:18,040 Kita hanya merasai kehilangan seseorang yang kita sayangi... 2 00:00:19,247 --> 00:00:21,207 selepas dia pergi. 3 00:00:28,047 --> 00:00:29,727 Tapi... 4 00:00:33,087 --> 00:00:34,847 kehidupan tetap berjalan. 5 00:00:51,367 --> 00:00:53,247 Bagaimana kalau saya mengahwini Aryan? 6 00:00:55,647 --> 00:00:58,247 Awak mahu kahwin dengan orang yang berbeza agama? 7 00:01:04,967 --> 00:01:07,127 Kuatnya nada dering awak! 8 00:01:07,767 --> 00:01:09,687 Sudah tentulah saya matikannya semasa saya bekerja. 9 00:01:09,727 --> 00:01:12,447 Okey, sambil menunggu jawapan awak, 10 00:01:12,487 --> 00:01:14,087 saya akan jawab panggilan ini dulu. 11 00:01:15,687 --> 00:01:16,807 Helo, Bay? 12 00:01:18,367 --> 00:01:21,647 Ya, saya dah nak balik. Saya berada di kafeteria bersama Aisyah sekarang. 13 00:01:23,407 --> 00:01:24,767 Okey. 14 00:01:25,407 --> 00:01:26,887 Jumpa saya di depan, okey? 15 00:01:27,407 --> 00:01:28,527 Okey. 16 00:01:29,407 --> 00:01:30,807 Awak dah nak balik? 17 00:01:30,847 --> 00:01:33,367 Ya. Saya nak pergi menonton wayang dengan Bayu dulu. 18 00:01:33,407 --> 00:01:34,727 Bukan dengan Tama? 19 00:01:35,567 --> 00:01:38,727 Tama tak suka menonton wayang. 20 00:01:38,767 --> 00:01:41,167 Tama okey kalau awak keluar dengan Bayu? 21 00:01:41,967 --> 00:01:44,127 Adakah dia patut tak okey dengannya? 22 00:01:44,967 --> 00:01:48,727 Kami bertiga dah lama berkawan. 23 00:01:48,767 --> 00:01:50,087 Awak pun sama. 24 00:01:53,447 --> 00:01:55,967 Daripada awak fikirkan tentang saya, 25 00:01:56,007 --> 00:01:59,447 lebih baik awak fikirkan perasaan awak terhadap Aryan dengan baik. 26 00:02:01,287 --> 00:02:02,607 Tahan perasaan itu. 27 00:02:03,807 --> 00:02:05,607 Kalau boleh, hapuskannya. 28 00:02:06,447 --> 00:02:09,927 -Saya pergi dulu. Assalamualaikum. -Waalaikumussalam. 29 00:02:22,247 --> 00:02:23,287 Bay. 30 00:02:26,367 --> 00:02:28,967 -Awak dah lama menunggu? -Saya baru sampai. 31 00:02:29,007 --> 00:02:33,367 Romantiknya, Rina. 32 00:02:38,327 --> 00:02:41,927 -Awak nak pergi sekarang? -Boleh, kalau awak dah bersedia. 33 00:02:41,967 --> 00:02:44,007 Saya dah sedia. Bagaimana kita nak pergi ke sana? 34 00:02:44,807 --> 00:02:46,047 Mari naik pengangkutan awam. 35 00:02:46,087 --> 00:02:48,367 -Tak mengapakah? -Tak mengapa. 36 00:02:48,407 --> 00:02:49,927 Saya belum ada kereta sendiri. 37 00:02:50,567 --> 00:02:52,167 Saya dah bosan mendengarnya. 38 00:02:52,207 --> 00:02:53,687 -Jom pergi. -Jom. 39 00:03:01,527 --> 00:03:03,767 -Saya pergi ke Bilik Kecemasan dulu. -Okey. 40 00:03:17,887 --> 00:03:19,607 -Dr. Aisyah. -Ya? 41 00:03:21,407 --> 00:03:24,207 Saya Chandra, kawan Aryan. 42 00:03:27,727 --> 00:03:30,447 Awak kawan Aryan dari mana? 43 00:03:30,487 --> 00:03:32,967 Saya Chandra. Saya pekerja ibu bapa Aryan. 44 00:03:33,007 --> 00:03:34,567 Saya juga kawan rapatnya. 45 00:03:36,400 --> 00:03:38,000 Apa yang saya boleh tolong? 46 00:03:40,407 --> 00:03:41,607 Aryan dah hilang. 47 00:03:42,367 --> 00:03:44,927 Kami tak dapat sebarang berita daripadanya selama tiga hari. 48 00:03:45,967 --> 00:03:48,047 Adakah awak tahu sesuatu tentang Aryan? 49 00:03:48,087 --> 00:03:50,807 Patutlah saya juga sedang menghadapi masalah untuk menghubunginya. 50 00:03:50,847 --> 00:03:53,607 Oh ya. Boleh saya dapatkan nombor telefon awak? 51 00:03:59,687 --> 00:04:03,247 Kalau ada sebarang maklumat tentangnya, kita boleh saling menghubungi. 52 00:04:08,687 --> 00:04:11,087 Rupanya memang benar bahawa ketika menonton filem di panggung wayang, 53 00:04:11,127 --> 00:04:13,607 tempat duduk tengah adalah yang terbaik. 54 00:04:13,647 --> 00:04:15,407 Skrinnya betul-betul berada di depan kita. 55 00:04:15,447 --> 00:04:17,287 Suaranya juga boleh dirasai, betul tak? 56 00:04:17,327 --> 00:04:20,647 Sebab itulah kita tak boleh terlambat ketika pergi ke panggung wayang. 57 00:04:21,491 --> 00:04:24,291 Agar kita boleh memilih tempat duduk yang kita mahu. 58 00:04:24,327 --> 00:04:25,887 Tapi ia tetap aneh. 59 00:04:25,927 --> 00:04:29,727 Biasanya kerusi-kerusi di penjuru yang penuh dulu. 60 00:04:29,767 --> 00:04:31,927 -Betul tak? -Betul. 61 00:04:32,687 --> 00:04:34,738 Tapi saya rasa mereka di situ hanya mahu bercium, 62 00:04:34,779 --> 00:04:36,087 bukannya mahu menonton wayang. 63 00:04:37,231 --> 00:04:38,911 Mereka tiada wang untuk menyewa bilik hotel. 64 00:04:39,567 --> 00:04:40,807 Mengarut. 65 00:04:42,567 --> 00:04:43,567 Dah hujan, Rin. 66 00:04:48,087 --> 00:04:49,087 Dah hujan. 67 00:04:53,687 --> 00:04:56,047 Ini cuma hujan rintik-rintik. Tak mengapa. 68 00:04:57,287 --> 00:04:59,287 Tapi rasanya ia akan lebat selepas ini. 69 00:05:00,767 --> 00:05:02,247 Okey, terima kasih. 70 00:05:04,807 --> 00:05:06,247 Saya yang patut berterima kasih. 71 00:05:07,247 --> 00:05:08,767 Kenapa? 72 00:05:08,807 --> 00:05:11,327 Kerana awak tak berubah... 73 00:05:12,887 --> 00:05:16,887 walaupun saya dengan dungunya telah minta awak jadi teman wanita saya. 74 00:05:18,847 --> 00:05:21,247 Itulah. Awak memang menyakitkan hati. 75 00:05:21,287 --> 00:05:23,319 Kita dah berkawan baik dengan elok sejak kecil, 76 00:05:23,360 --> 00:05:26,415 tapi awak mahu rosakkannya dengan meminta saya menjadi teman wanita awak. 77 00:05:26,456 --> 00:05:28,536 Nama lagi perasaan. 78 00:05:28,976 --> 00:05:30,296 Saya tak boleh berbohong tentangnya. 79 00:05:35,736 --> 00:05:38,376 Awak masih ada perasaan terhadap saya sekarang? 80 00:05:43,616 --> 00:05:45,056 Rasanya hujan akan bertambah lebat. 81 00:05:46,096 --> 00:05:47,136 Jom pergi. 82 00:06:33,416 --> 00:06:35,096 Awak tak bekerja hari ini. 83 00:06:36,936 --> 00:06:41,016 Tapi kenapa anak ayah berterusan berada di dalam biliknya? 84 00:06:43,176 --> 00:06:44,656 Sudah hampir waktunya untuk solat maghrib. 85 00:06:53,136 --> 00:06:54,176 Aisyah. 86 00:06:56,056 --> 00:06:57,616 Awak boleh rasa kehilangan. 87 00:07:01,376 --> 00:07:02,536 Awak boleh bersedih. 88 00:07:03,856 --> 00:07:05,684 Tapi jangan terlalu lama. 89 00:07:06,517 --> 00:07:08,237 Jangan biarkan ia berlanjutan. 90 00:07:13,856 --> 00:07:16,576 Tugas sebagai pembantu bersama awak akan ambil masa berapa lama lagi? 91 00:07:18,536 --> 00:07:19,896 Seminggu lagi, ayah. 92 00:07:21,776 --> 00:07:23,510 Kalau begitu, awak akan menjadi doktor tak lama lagi. 93 00:07:23,816 --> 00:07:24,936 Belum lagi, ayah. 94 00:07:25,576 --> 00:07:28,616 Masih ada ujian pensijilan dan latihan amali. 95 00:07:29,016 --> 00:07:30,376 Selepas itu, saya akan menjadi doktor. 96 00:07:30,896 --> 00:07:32,576 Alhamdulillah. 97 00:07:33,496 --> 00:07:36,416 Perjalanannya masih jauh, ayah. Kenapa ayah kata begitu? 98 00:07:36,456 --> 00:07:39,016 Alhamdulillah awak masih belum menjadi doktor, 99 00:07:39,056 --> 00:07:41,376 tapi awak telah mendapat pengalaman berharga. 100 00:07:41,416 --> 00:07:43,296 Alhamdulillah. 101 00:07:52,376 --> 00:07:54,296 -Kopi itu pahit, ayah? -Ya. 102 00:07:55,816 --> 00:07:57,176 Boleh saya cuba? 103 00:07:57,216 --> 00:07:58,336 Boleh. Ini. 104 00:07:59,576 --> 00:08:00,616 Hati-hati, panas. 105 00:08:10,016 --> 00:08:13,816 Oh ya, ayah terfikir, 106 00:08:15,176 --> 00:08:17,656 adakah awak dah bersedia untuk berkahwin? 107 00:08:20,950 --> 00:08:22,470 Kenapa? Pahit? 108 00:08:23,976 --> 00:08:26,416 Bukan kopinya. Soalan ayah yang pahit. 109 00:08:27,856 --> 00:08:29,496 Awak tak mahu berkahwin? 110 00:08:30,296 --> 00:08:33,096 Saya mahu. Tapi bukan sekarang. 111 00:08:34,856 --> 00:08:36,024 Begini... 112 00:08:37,572 --> 00:08:39,932 Contohlah... 113 00:08:43,136 --> 00:08:44,660 Bagaimana kalau... 114 00:08:45,567 --> 00:08:47,247 ayah jodohkan awak dengan seseorang? 115 00:08:50,416 --> 00:08:52,665 Sekarang zaman moden, ayah. 116 00:08:52,705 --> 00:08:54,385 Kenapa pula saya nak dijodohkan dengan seseorang? 117 00:08:54,816 --> 00:08:56,936 Ayah kata "kalau". 118 00:09:01,943 --> 00:09:03,103 Mungkin penting. 119 00:09:03,983 --> 00:09:05,020 Saya nak pergi jawab dulu. 120 00:09:05,543 --> 00:09:08,383 Hei, ayah awak sedang bercakap dengan awak. 121 00:09:10,023 --> 00:09:11,423 Assalamualaikum. Helo? 122 00:09:12,463 --> 00:09:14,623 Helo? Dr. Aisyah? 123 00:09:15,623 --> 00:09:16,943 Ini Chandra. 124 00:09:16,983 --> 00:09:18,223 Ya, En. Chandra. 125 00:09:19,103 --> 00:09:21,543 Maaf kalau saya mengganggu awak pada hari cuti. 126 00:09:22,543 --> 00:09:23,983 Aryan telah ditemui. 127 00:09:24,823 --> 00:09:26,703 Tapi saya perlukan bantuan awak. 128 00:09:27,463 --> 00:09:28,543 Bolehkah awak bantu saya? 129 00:09:33,223 --> 00:09:34,543 Ais! 130 00:09:36,703 --> 00:09:38,223 Awak nak pergi ke mana? 131 00:09:39,263 --> 00:09:41,943 Ada sesuatu yang saya perlu uruskan. Insya-Allah, ia tak berbahaya. 132 00:09:41,983 --> 00:09:44,023 Sudah hampir maghrib. Awak tak boleh tunggu esok? 133 00:09:44,063 --> 00:09:46,103 Ayah, tolonglah. Sebentar saja. 134 00:09:46,143 --> 00:09:47,583 Saya cuma mahu berjumpa kawan. 135 00:09:48,183 --> 00:09:49,383 Tolong benarkan saya pergi ke sana. 136 00:09:56,063 --> 00:09:57,303 Terima kasih, ayah. 137 00:09:58,343 --> 00:10:00,263 Hei, awak tak bawa motosikal awak? 138 00:10:00,303 --> 00:10:02,343 Saya nak naik pengangkutan awam. Assalamualaikum. 139 00:10:03,623 --> 00:10:05,063 Waalaikumussalam. 140 00:10:28,423 --> 00:10:31,223 Hei, Bara! 141 00:10:34,463 --> 00:10:36,103 -Hei, si cantik. -Minumlah. 142 00:10:36,823 --> 00:10:39,263 -Awak pergi tak, Bara? -Ke mana? 143 00:10:39,303 --> 00:10:41,583 Awak dah hilang akal. Majlis pengebumian bekas kekasih awak. 144 00:10:41,623 --> 00:10:42,703 Awak tak ingat? 145 00:10:42,743 --> 00:10:44,223 -Riana? -Ya. 146 00:10:44,783 --> 00:10:47,103 -Sedihnya saya. -Awak nampak sangat sedih. 147 00:10:47,143 --> 00:10:48,383 Sangat teruk. 148 00:10:48,423 --> 00:10:49,943 Sudah tentulah saya sedih. 149 00:10:49,983 --> 00:10:51,263 Saya belum buat apa-apa pada dia. 150 00:10:55,143 --> 00:10:57,703 Dia yang minta putus atau sebaliknya? 151 00:10:57,743 --> 00:10:59,383 Sudah tentulah saya yang minta putus! 152 00:10:59,423 --> 00:11:02,423 Takkanlah saya mahu pertahankan hubungan dengan orang yang sakit. 153 00:11:02,965 --> 00:11:05,485 -Awak memang teruk. -Siapa tahu? Mungkin dia minta putus. 154 00:11:11,943 --> 00:11:13,663 Bertenang. 155 00:11:14,463 --> 00:11:15,583 Hei. 156 00:11:16,343 --> 00:11:18,983 Adik saya lebih bijak daripada awak! 157 00:11:20,623 --> 00:11:24,383 Dia tahu yang awak memang tak berguna! 158 00:11:24,423 --> 00:11:25,703 Ini abangnya. 159 00:11:26,463 --> 00:11:27,623 Bertenang. 160 00:11:27,663 --> 00:11:28,823 Tak guna! 161 00:11:28,863 --> 00:11:30,703 Awak nak berlagak hebat di sini? 162 00:11:30,743 --> 00:11:32,463 Duduk! 163 00:11:33,903 --> 00:11:35,783 Kalau awak berani, saya akan bunuh awak. 164 00:11:37,423 --> 00:11:40,423 Bertenang. Hei, ini bukan tempat awak lagi. 165 00:11:42,023 --> 00:11:43,343 Hei. 166 00:11:43,383 --> 00:11:44,783 Saya tak peduli! 167 00:11:45,863 --> 00:11:49,783 Kamu semua perlu minta maaf kepada adik saya. Faham? 168 00:11:50,223 --> 00:11:52,543 Mari selesaikan hal ini dengan cara biasa. Awak berani? 169 00:11:53,623 --> 00:11:55,303 -Apa yang kita pertaruhkan? -Kereta. 170 00:11:57,143 --> 00:11:58,543 Saya tak perlukan kereta awak. 171 00:11:59,943 --> 00:12:01,343 Kalau saya menang, 172 00:12:02,543 --> 00:12:04,743 awak perlu sujud di kubur adik saya. 173 00:12:04,783 --> 00:12:05,863 Faham? 174 00:12:06,703 --> 00:12:07,863 Setuju. 175 00:12:08,140 --> 00:12:15,140 (Jangan tiru aksi ini) 176 00:12:31,343 --> 00:12:33,183 Bara! 177 00:12:35,503 --> 00:12:37,063 Maaf. 178 00:12:37,103 --> 00:12:39,343 Semua dah bersedia? 179 00:12:39,383 --> 00:12:40,663 Satu! 180 00:12:43,783 --> 00:12:45,063 Dua! 181 00:12:51,623 --> 00:12:53,183 Aisyah? Apa yang awak buat di sini? 182 00:12:53,223 --> 00:12:54,703 Saya yang patut tanya soalan itu. 183 00:12:54,743 --> 00:12:57,503 Awak ingat awak mabuk dan berlumba haram begini akan buatkan Riana gembira? 184 00:12:57,543 --> 00:13:00,623 Aisyah. Keluar sekarang. Bahaya. 185 00:13:00,663 --> 00:13:01,983 Tiga! 186 00:13:03,383 --> 00:13:04,503 Aryan! 187 00:13:07,383 --> 00:13:08,423 Aryan. 188 00:13:10,223 --> 00:13:11,303 Bertahan. 189 00:13:14,903 --> 00:13:17,143 Aryan! 190 00:13:20,143 --> 00:13:21,503 Tutup mata awak kalau awak takut. 191 00:13:34,943 --> 00:13:36,143 Aryan! 192 00:13:55,023 --> 00:13:56,092 Okey. 193 00:13:56,409 --> 00:13:57,649 Kita balik. 194 00:14:07,903 --> 00:14:09,303 Hebatnya! 195 00:14:10,103 --> 00:14:12,463 Bara. 196 00:14:15,263 --> 00:14:17,423 Kita dah dapat kereta baru. 197 00:14:17,463 --> 00:14:19,463 Awak memang hebat, Bar. 198 00:14:21,144 --> 00:14:23,304 -Di mana Aryan? -Dia terlalu malu untuk bertemu saya. 199 00:14:23,851 --> 00:14:25,371 Saya akan dapatkan kereta daripadanya esok. 200 00:14:25,411 --> 00:14:27,571 -Kalau awak perlukan bantuan, beritahu. -Okey. 201 00:14:32,651 --> 00:14:36,571 Aisyah. 202 00:14:37,451 --> 00:14:41,291 Aisyah, tunggu. Saya minta maaf. 203 00:14:48,011 --> 00:14:49,971 Saya risau tentang awak, Aryan. 204 00:14:51,451 --> 00:14:54,771 Saya cari awak sepanjang hari. Saya tunggu berita daripada awak. 205 00:14:57,491 --> 00:15:01,411 Tapi rupanya awak sedang mabukkan diri. Awak berlumba haram seperti tadi. 206 00:15:03,011 --> 00:15:05,291 Adakah itu yang awak buat apabila awak ponteng kelas selama ini? 207 00:15:05,331 --> 00:15:07,237 Awak ingat apa yang saya buat? 208 00:15:07,278 --> 00:15:09,918 -Saya menjaga adik saya! -Riana lagi! 209 00:15:10,811 --> 00:15:12,531 Saya kasihankan adik awak. 210 00:15:13,291 --> 00:15:14,891 -Aisyah. -Kasihan Riana. 211 00:15:14,931 --> 00:15:18,211 Dia selalu digunakan sebagai alasan bagi tindakan pengecut awak. 212 00:15:19,371 --> 00:15:20,891 Awak seorang pengecut, Aryan. 213 00:15:21,451 --> 00:15:24,531 Awak selalu berlindung di sebalik menemani adik awak yang sakit. 214 00:15:25,091 --> 00:15:27,091 Apa alasan awak untuk berbuat begini sekarang? 215 00:15:27,851 --> 00:15:31,611 Awak nak kata yang awak sedih kerana dia dah tiada? Begitu? 216 00:15:33,811 --> 00:15:35,971 Awak memang sangat menyedihkan, Aryan. 217 00:17:05,491 --> 00:17:06,651 Aryan. 218 00:17:11,051 --> 00:17:12,651 Awak masih ingat untuk balik ke rumah? 219 00:17:14,131 --> 00:17:15,531 Ayah, boleh kita bercakap esok? 220 00:17:16,051 --> 00:17:18,731 Sekarang dah lewat malam. Masanya untuk tidur. 221 00:17:19,691 --> 00:17:20,891 Hei. 222 00:17:22,531 --> 00:17:24,411 Awak pergi ke mana selama empat hari ini? 223 00:17:24,691 --> 00:17:25,910 Ayah. 224 00:17:26,715 --> 00:17:28,715 Saya penat, okey? 225 00:17:29,211 --> 00:17:31,611 Saya nak tidur sebentar, okey? 226 00:17:33,691 --> 00:17:35,171 Tunggu dulu. 227 00:17:36,851 --> 00:17:38,331 Adakah awak mabuk? 228 00:17:42,811 --> 00:17:44,171 Sekarang awak ketawa pula. 229 00:17:46,531 --> 00:17:49,611 Sudah terlambat, ayah. Segala-galanya dah terlambat. 230 00:17:50,971 --> 00:17:53,255 Berhenti berlagak... 231 00:17:53,296 --> 00:17:56,011 menjadi ibu bapa yang memahami dan penyayang. 232 00:17:56,691 --> 00:17:58,611 Segala-galanya dah terlambat, ayah. 233 00:17:58,651 --> 00:18:02,771 Riana dah tiada. Tiada apa-apa lagi yang tinggal di sini. 234 00:18:02,811 --> 00:18:04,611 Apa yang awak cakap? 235 00:18:07,851 --> 00:18:10,051 Awak ingat awak seorang saja yang rasa kehilangan? 236 00:18:10,091 --> 00:18:12,491 Ayah dan ibu awak juga sama! 237 00:18:14,251 --> 00:18:15,771 Hidup saya memang sangat malang. 238 00:18:22,411 --> 00:18:23,851 Siapa yang bersedih sekarang? 239 00:18:24,691 --> 00:18:26,411 Ayah atau saya? 240 00:18:27,491 --> 00:18:31,491 Saya yang melawat Riana setiap hari. 241 00:18:34,371 --> 00:18:36,411 Ayah dan ibu? Bagaimana dengan kamu berdua? 242 00:18:37,931 --> 00:18:39,331 Dua kali setahun. 243 00:18:40,371 --> 00:18:43,091 Ayah berada dalam keadaan selesa di rumah. 244 00:18:43,131 --> 00:18:46,291 Tak henti-henti bekerja. Ayah tak pernah fikirkan anak sendiri. 245 00:18:47,171 --> 00:18:51,371 Sekarang ayah tanya siapa yang rasa kehilangan? 246 00:18:51,411 --> 00:18:52,971 Diam! 247 00:19:51,051 --> 00:19:54,691 Awak perlu sayangi ibu dan ayah. Perlu. 248 00:20:36,171 --> 00:20:37,251 Sayang. 249 00:20:39,291 --> 00:20:41,691 Patutkah saya berhenti bekerja? 250 00:20:42,131 --> 00:20:47,291 Awak rasa Aryan akan berkelakuan baik jika awak menjaganya? 251 00:20:48,531 --> 00:20:50,531 Apa maksud awak? 252 00:20:50,571 --> 00:20:53,331 Awak maksudkan yang saya tak boleh menjaga anak sendiri? 253 00:20:53,371 --> 00:20:54,571 Bukan itu maksud saya. 254 00:20:55,451 --> 00:20:58,291 Awak hebat dalam bidang perniagaan. 255 00:20:59,651 --> 00:21:00,771 Awak seorang genius. 256 00:21:01,331 --> 00:21:02,611 Wang datang kepada awak. 257 00:21:03,211 --> 00:21:04,731 Ia berbeza dengan menjaga anak. 258 00:21:05,211 --> 00:21:06,816 Kalau menjaga anak, 259 00:21:06,857 --> 00:21:09,251 kita perlu belajar menahan emosi kita. 260 00:21:09,291 --> 00:21:11,411 Kita perlu belajar mendekati Tuhan. 261 00:21:12,371 --> 00:21:15,091 Kita juga perlu merangkul mereka. Itu yang perlu kita lakukan. 262 00:21:15,131 --> 00:21:18,091 Awak tak perlu bercakap tentang hal teori dengan saya. 263 00:21:18,131 --> 00:21:20,051 Saya dah faham kesemuanya. 264 00:21:20,411 --> 00:21:23,731 Kamu sepatutnya bincangkan hal ini dari dulu lagi. 265 00:21:23,771 --> 00:21:26,211 Siapa yang akan bekerja dan siapa yang akan menjaga anak. 266 00:21:31,131 --> 00:21:32,731 Dari saat anak itu dilahirkan. 267 00:21:36,971 --> 00:21:39,371 Tapi saya juga salah. 268 00:21:45,531 --> 00:21:47,571 Saya menuntut terlalu banyak benda daripada ayah. 269 00:21:48,771 --> 00:21:50,931 Saya menuntut terlalu banyak benda daripada ibu. 270 00:21:50,971 --> 00:21:52,491 Untuk menjadi ibu bapa yang baik. 271 00:21:56,331 --> 00:22:01,771 Sedangkan saya juga tak pasti sama ada saya anak yang baik. 272 00:22:06,411 --> 00:22:08,051 Saya kasihankan Riana. 273 00:22:16,971 --> 00:22:17,971 Saya pergi dulu. 274 00:22:19,931 --> 00:22:22,171 -Awak nak pergi ke mana? -Kampus. 275 00:22:52,851 --> 00:22:54,131 Helo, Aisyah. 276 00:22:57,491 --> 00:22:59,531 Saya ingatkan awak dah tak percayakan Tuhan. 277 00:23:02,011 --> 00:23:03,291 Riana masih percaya. 278 00:23:13,571 --> 00:23:14,664 Aisyah. 279 00:23:15,087 --> 00:23:17,807 Jom pergi ke hospital bersama. Saya perlu uruskan beberapa dokumen. 280 00:23:17,851 --> 00:23:19,251 Saya tunggang motosikal saya ke sini. 281 00:23:20,349 --> 00:23:22,389 Tak mengapa. Saya akan iringi awak. 282 00:23:23,084 --> 00:23:24,713 Saya masih marahkan awak. 283 00:23:24,754 --> 00:23:25,841 Saya tahu. 284 00:23:25,881 --> 00:23:29,171 Sebab itulah saya mahu iringi awak agar awak berhenti marah. 285 00:23:29,211 --> 00:23:30,571 Terpulang kepada awak. 286 00:24:27,811 --> 00:24:29,371 Kenapa sekarang? 287 00:24:31,651 --> 00:24:33,131 Kenapa? Rosak? 288 00:24:37,251 --> 00:24:39,251 -Apa yang awak buat? -Di mana kuncinya? 289 00:24:43,411 --> 00:24:46,171 -Tak perlu. Saya boleh buat sendiri. -Tak mengapa. Bertenang. 290 00:24:46,691 --> 00:24:49,171 -Saya boleh buat. -Tak mengapa. Saya juga boleh. 291 00:24:50,131 --> 00:24:51,691 Tolong pegang ini, okey? 292 00:24:52,211 --> 00:24:54,331 -Awak tahu cara untuk lakukannya? -Sudah tentu! 293 00:24:54,851 --> 00:24:57,251 Mari kita tengok. Okey. 294 00:25:08,051 --> 00:25:09,611 Baterinya dah kering-kontang. 295 00:25:10,731 --> 00:25:12,011 Awak tak pernah servis? 296 00:25:12,051 --> 00:25:14,491 -Mana ada. Saya selalu servis. -Betulkah? 297 00:25:15,091 --> 00:25:16,491 Bila kali terakhir? 298 00:25:18,891 --> 00:25:20,051 Selepas Hari Raya. 299 00:25:21,691 --> 00:25:24,931 Seriuskah? Selepas Hari Raya? 300 00:25:25,611 --> 00:25:27,291 Sekarang dah hampir bulan puasa semula. 301 00:25:27,891 --> 00:25:29,731 Sudah hampir setahun. 302 00:25:29,771 --> 00:25:33,011 Nasib baiklah motosikal tak boleh bercakap. 303 00:25:33,051 --> 00:25:35,651 Kalau tak, ia pasti dah mogok. 304 00:25:43,931 --> 00:25:45,051 Helo, En. Okin? 305 00:25:46,051 --> 00:25:47,771 Ya, saya perlukan bantuan. 306 00:25:49,211 --> 00:25:51,811 Ia sebuah motosikal automatik lama dari tahun 2007. 307 00:25:52,491 --> 00:25:53,811 Ya, baterinya dah kering-kontang. 308 00:25:54,731 --> 00:25:57,051 Boleh. Yang baru yang terbaik. 309 00:25:57,531 --> 00:25:59,651 Okey. Nanti saya hantar lokasi saya kepada awak. 310 00:26:00,371 --> 00:26:01,971 Jangan terlalu lama. 30 minit. 311 00:26:02,931 --> 00:26:05,411 Okey. Terima kasih. 312 00:26:08,251 --> 00:26:09,563 Okey. 313 00:26:09,603 --> 00:26:11,364 Awak telefon bengkel? 314 00:26:11,404 --> 00:26:14,211 Tidak, saya telefon balai polis. 315 00:26:14,251 --> 00:26:15,491 Kelakarnya. 316 00:26:16,691 --> 00:26:17,891 Sama-sama. 317 00:26:19,731 --> 00:26:22,851 Ya, terima kasih kerana menelefon bengkel, Aryan. 318 00:26:23,491 --> 00:26:29,411 Bertenang. Dia pasti akan berikan bateri yang terbaik dan terbaru. 319 00:26:29,451 --> 00:26:30,731 Semuanya okey. 320 00:26:41,451 --> 00:26:44,211 -Boleh awak lakukannya? -Tak boleh. 321 00:26:44,251 --> 00:26:47,251 Ia bukan baterinya saja. Palam pencucuh juga terjejas. 322 00:26:47,291 --> 00:26:50,051 Serius? Palam pencucuh juga terjejas? Jadi, awak ada bawanya atau tak? 323 00:26:50,091 --> 00:26:52,611 Awak cuma beritahu bateri. 324 00:26:54,051 --> 00:26:55,571 Aisyah, adakah awak terburu-buru? 325 00:26:58,011 --> 00:26:59,811 Saya ada syif pada pukul 10:00. 326 00:27:01,851 --> 00:27:04,531 Okey, beginilah. Tolong bawa ini ke bengkel. 327 00:27:04,571 --> 00:27:08,211 Okey? Periksa dan gantikan palam pencucuh serta semua benda lain. 328 00:27:08,251 --> 00:27:10,051 -Boleh. -Nanti kira kos keseluruhannya. 329 00:27:10,091 --> 00:27:11,971 -Kita buat begitu saja? -Mari buat begitu saja. Okey? 330 00:27:13,611 --> 00:27:15,131 Biar saya hantar awak ke hospital. 331 00:27:15,931 --> 00:27:17,251 Saya takut awak akan lewat. 332 00:27:17,291 --> 00:27:19,731 Nanti kita ambil motosikal awak di bengkel En. Okin. 333 00:27:21,331 --> 00:27:22,571 Okey. 334 00:27:58,091 --> 00:27:59,691 Sesuai dengan janji saya. 335 00:28:06,251 --> 00:28:08,411 Saya bukannya seseorang yang memungkiri janji, Bara. 336 00:28:10,411 --> 00:28:11,731 Saya cuma nak pastikan. 337 00:28:12,331 --> 00:28:14,051 Apa yang awak dapat dengan buat begini? 338 00:28:15,011 --> 00:28:16,251 Awak inginkan kerja lain? 339 00:28:17,011 --> 00:28:18,371 Sudah tentu. 340 00:28:18,411 --> 00:28:19,531 Tutup mulut awak. 341 00:28:21,291 --> 00:28:22,691 Satu lagi soalan. 342 00:28:23,851 --> 00:28:26,131 Lain kali, bolehkah awak pindahkannya saja? 343 00:28:27,491 --> 00:28:29,851 Transaksi digital mudah dikesan. 344 00:28:29,891 --> 00:28:31,411 Awak juga tahu jawapannya. 345 00:28:33,811 --> 00:28:34,811 Baiklah. 346 00:28:35,451 --> 00:28:37,811 Yang penting adalah bayarannya tidak mengecewakan. 347 00:28:45,211 --> 00:28:47,691 Oh ya. Bukankah awak ada syif? 348 00:28:47,731 --> 00:28:49,571 Saya masih ada 15 minit lagi. 349 00:28:49,611 --> 00:28:51,411 Awak nak saya temankan awak uruskan dokumen itu? 350 00:28:51,451 --> 00:28:53,411 Saya tak boleh menolaknya. Jom pergi. 351 00:29:00,251 --> 00:29:01,891 Saya tak perlukan rekod perubatan. 352 00:29:01,931 --> 00:29:03,451 Saya perlukan maklumat pesakit. 353 00:29:04,171 --> 00:29:06,491 Untuk surat kematian adik saya. 354 00:29:07,491 --> 00:29:09,451 Maafkan saya, apa hubungan awak dengan pesakit? 355 00:29:10,771 --> 00:29:11,811 Saya abangnya. 356 00:29:12,211 --> 00:29:13,691 Adakah awak mempunyai kad pengenalan awak? 357 00:29:23,451 --> 00:29:24,885 Adakah awak bawa surat pendaftaran keluarga? 358 00:29:25,691 --> 00:29:28,891 Cik, saya tak pernah bawa surat pendaftaran keluarga. 359 00:29:29,451 --> 00:29:32,211 -Kad pengenalan itu tak mencukupi? -Prosedurnya memang begitu. 360 00:29:32,251 --> 00:29:35,131 Kami tak tahu sama ada awak memang ahli keluarga pesakit... 361 00:29:35,171 --> 00:29:36,611 tanpa surat pendaftaran keluarga. 362 00:29:37,371 --> 00:29:39,091 Cik, saya yang daftarkannya di sini. 363 00:29:39,131 --> 00:29:41,611 -Itu adik saya. -Cik, maaf. 364 00:29:41,651 --> 00:29:44,851 Saya Aisyah, doktor pembantu bersama yang turut menjaga pesakit. 365 00:29:44,891 --> 00:29:46,251 Ini. 366 00:29:46,291 --> 00:29:49,611 Lelaki ini adalah abang pesakit dan dia selalu menemaninya. 367 00:29:49,651 --> 00:29:54,011 Saya yakin yang dia sedang berduka kerana adiknya baru meninggal. 368 00:29:54,571 --> 00:29:57,491 Tolong bantu dia, cik. Saya akan bertanggungjawab. 369 00:29:57,531 --> 00:29:59,211 Ini kad pengenalan saya. 370 00:30:04,851 --> 00:30:06,651 -Okey. -Terima kasih. 371 00:30:12,291 --> 00:30:14,211 Hidup kekuatan orang dalam! 372 00:30:14,251 --> 00:30:18,051 Jangan begitu. Apa yang dia buat adalah betul kerana mengikut prosedur. 373 00:30:18,091 --> 00:30:21,331 Okey, tapi prosedur itu menyusahkan orang. 374 00:30:21,371 --> 00:30:22,971 Kalaulah awak bawa semua dokumennya. 375 00:30:23,011 --> 00:30:24,411 Pasti tak menyusahkan, betul tak? 376 00:30:24,451 --> 00:30:27,691 Jangan salahkan orang lain atas kecuaian awak. 377 00:30:29,411 --> 00:30:30,731 Ya, puan. 378 00:30:32,451 --> 00:30:34,451 -Saya... -Kenapa? 379 00:30:35,171 --> 00:30:36,451 Saya nak minta maaf... 380 00:30:37,851 --> 00:30:39,451 atas kelakuan saya pada malam itu. 381 00:30:40,851 --> 00:30:43,771 -Saya mabuk dan... -Saya juga minta maaf sebab tampar awak. 382 00:30:47,491 --> 00:30:49,291 Okey. Tak mengapa. 383 00:30:50,051 --> 00:30:53,851 Sejujurnya, walaupun awak nampak kecil, tapi tamparan awak sangat kuat. 384 00:30:53,891 --> 00:30:55,971 Saya hampir kehilangan rahang saya. 385 00:30:56,451 --> 00:30:58,971 Awak nak saya cuba sebelah kiri? 386 00:30:59,011 --> 00:31:00,931 Jangan. 387 00:31:00,971 --> 00:31:03,371 Kalau awak menampar kedua-dua belah, saya akan hilang kedua-dua belah rahang. 388 00:31:03,411 --> 00:31:04,851 Saya takkan boleh makan. 389 00:31:06,497 --> 00:31:08,457 -Okey, saya masuk ke wad dulu. -Okey. 390 00:31:08,497 --> 00:31:10,137 Awak nak pergi ke kampus sekarang, betul tak? 391 00:31:11,083 --> 00:31:12,571 -Saya akan pergi ke kampus. -Okey. 392 00:31:12,611 --> 00:31:13,577 Okey. 393 00:31:13,618 --> 00:31:14,778 Aryan. 394 00:31:19,004 --> 00:31:20,404 Aryan, maafkan saya. 395 00:31:20,991 --> 00:31:23,232 Saya datang ke sini untuk melawat Riana. 396 00:31:23,272 --> 00:31:24,912 Tapi rupa-rupanya Riana dah... 397 00:31:25,942 --> 00:31:27,102 Kilan. 398 00:31:28,971 --> 00:31:30,291 Maaf. 399 00:31:37,331 --> 00:31:41,091 Kilan, ini adalah kawan baik saya. 400 00:31:42,251 --> 00:31:45,251 Namanya Aisyah. Dia juga doktor Riana. 401 00:31:47,571 --> 00:31:49,851 Aisyah, ini Kilan. 402 00:31:50,611 --> 00:31:51,778 Dia kawan saya dari sekolah tinggi. 403 00:31:53,901 --> 00:31:54,861 Aisyah. 404 00:31:54,891 --> 00:31:56,925 Saya kawan dari sekolah tingginya serta bekas teman wanitanya.