1
00:00:01,042 --> 00:00:03,169
- Keluarga sihat?
- Ya.
2
00:00:03,253 --> 00:00:06,089
Anak-anak dah besar. Haley dah nak masuk…
3
00:00:06,214 --> 00:00:08,717
- Jangan tahan nafas.
- …ke kolej.
4
00:00:08,800 --> 00:00:10,260
Awak masih bersenam?
5
00:00:10,343 --> 00:00:11,511
Ya.
6
00:00:11,886 --> 00:00:13,638
Saya lihat Clint Eastwood
atau Chuck Norris
7
00:00:13,722 --> 00:00:15,849
dan fikir, "Ada sebab
saya tak boleh terus kuat…"
8
00:00:15,932 --> 00:00:17,308
Geli.
9
00:00:19,394 --> 00:00:20,353
Tapi…
10
00:00:21,187 --> 00:00:23,398
- Sakit?
- Tak.
11
00:00:26,693 --> 00:00:28,361
- Apa?
- Mungkin tak ada apa-apa.
12
00:00:28,445 --> 00:00:30,113
- Awak rasa sihat?
- Ya.
13
00:00:30,196 --> 00:00:32,073
Kita patut lakukan beberapa ujian.
14
00:00:32,157 --> 00:00:33,241
Ujian apa?
15
00:00:33,324 --> 00:00:34,951
Kalau ada masalah, saya hubungi awak.
16
00:00:36,411 --> 00:00:37,537
Okey.
17
00:00:37,620 --> 00:00:39,581
Bagaimana pasaran harta tanah sekarang?
18
00:00:40,081 --> 00:00:41,624
Kadar faedah rendah,
19
00:00:41,708 --> 00:00:43,209
jadi ini masa sesuai untuk membeli.
20
00:00:43,293 --> 00:00:45,003
Tapi sebagai penjual, saya perlu…
21
00:00:45,086 --> 00:00:47,505
- Tunduk?
- Ya, tapi kualiti harta tanah masih…
22
00:00:47,589 --> 00:00:49,966
Tidak. Saya nak awak tunduk.
23
00:00:51,176 --> 00:00:52,010
Baiklah.
24
00:00:52,093 --> 00:00:53,845
Malapkan lampu,
25
00:00:53,928 --> 00:00:56,264
periksa dan selesaikannya.
26
00:00:56,765 --> 00:00:57,807
Okey.
27
00:00:59,184 --> 00:01:00,435
Hei, macam mana tadi?
28
00:01:00,518 --> 00:01:02,771
Menakjubkan. Pak cik bangga dengan dia.
29
00:01:03,396 --> 00:01:06,149
Terima kasih, sayang.
Saya juga bangga dengan diri saya.
30
00:01:06,232 --> 00:01:07,817
Tengok apa mereka beri kepada pak cik.
31
00:01:07,901 --> 00:01:10,153
"Anugerah Persatuan Peguam California
32
00:01:10,236 --> 00:01:12,906
atas khidmat cemerlang dalam
bidang undang-undang alam sekitar."
33
00:01:13,156 --> 00:01:13,990
Kamu patut tengok.
34
00:01:14,074 --> 00:01:15,658
Mereka panggil nama dia. Dia ke pentas.
35
00:01:15,742 --> 00:01:16,868
Dia beri ucapan yang hebat.
36
00:01:16,951 --> 00:01:18,453
Ia merendah diri, memberi inspirasi
37
00:01:18,536 --> 00:01:19,913
dan lawak hambar di penghujung.
38
00:01:19,996 --> 00:01:21,122
Seperti Colin Firth.
39
00:01:21,206 --> 00:01:25,335
Cam, terima kasih. Itu bukannya Oscar.
40
00:01:25,960 --> 00:01:29,005
Dalam komuniti undang-undang alam sekitar,
itu seperti Oscar.
41
00:01:29,506 --> 00:01:31,049
Lily okey? Harap kamu tak bosan.
42
00:01:31,132 --> 00:01:32,634
Tolonglah. Pak cik berguraukah?
43
00:01:32,717 --> 00:01:34,886
Saya suka cakap dengan dia.
Dia bagus daripada Haley.
44
00:01:35,220 --> 00:01:37,180
Nampak cantik di sana.
45
00:01:37,889 --> 00:01:39,974
Kamu kagum dengan pak cik kamu?
46
00:01:40,308 --> 00:01:41,518
Sangat kagum.
47
00:01:41,976 --> 00:01:43,186
Saya tak nak rosakkan saat itu
48
00:01:43,269 --> 00:01:45,188
dengan cakap
saya dapat lebih banyak anugerah.
49
00:01:45,271 --> 00:01:47,148
Tapi saya tak berusaha keras
50
00:01:47,232 --> 00:01:48,775
hanya untuk trofi sebesar itu.
51
00:01:51,277 --> 00:01:52,278
Tak guna!
52
00:01:52,362 --> 00:01:54,906
Saya nak hantar e-mel
tapi tetikus ini tak berfungsi.
53
00:01:56,574 --> 00:01:58,701
Reaksi melampau. Ini cuma 10 dolar.
54
00:01:58,785 --> 00:02:02,372
Awak buat saya teringat
mimpi saya malam tadi.
55
00:02:03,081 --> 00:02:06,126
Saya berada di padang rumput.
Saya turun tangga.
56
00:02:06,209 --> 00:02:09,462
Tiba-tiba, ada tikus hitam muncul.
57
00:02:09,796 --> 00:02:12,882
Tikus itu berhenti, merenung mata saya
58
00:02:12,966 --> 00:02:14,843
dan membuka mulutnya yang kecil.
59
00:02:16,761 --> 00:02:17,929
Apa tikus itu cakap?
60
00:02:18,513 --> 00:02:19,639
Apa tikus itu cakap, Jay?
61
00:02:19,722 --> 00:02:21,558
Itu tikus. Tikus tak pandai bercakap.
62
00:02:21,641 --> 00:02:23,017
Sekarang awak cakap tentang logik?
63
00:02:23,101 --> 00:02:24,936
Awak berdiri di tangga di padang rumput.
64
00:02:25,478 --> 00:02:29,107
Di negara saya, apabila seseorang
bermimpi tentang tikus hitam,
65
00:02:29,190 --> 00:02:31,317
itu bermakna ada sesuatu
yang buruk akan berlaku.
66
00:02:31,401 --> 00:02:32,861
Jangan risau. Saya pernah mimpi
67
00:02:32,944 --> 00:02:34,612
lembu biru. Tak ada masalah.
68
00:02:34,696 --> 00:02:37,073
Ayah, saya akan pakai baju ini
untuk bermain golf esok.
69
00:02:37,157 --> 00:02:39,325
Saya nak tunjuk dulu
supaya kita tak pakai baju sama.
70
00:02:39,409 --> 00:02:40,410
Apa kamu pakai ini?
71
00:02:40,493 --> 00:02:42,704
Matt Damon dalam Bagger Vance.
Ayah tak tahu?
72
00:02:42,787 --> 00:02:45,331
Mak tahu. Kamu nampak sama macam dia.
73
00:02:45,415 --> 00:02:47,458
Sebab itu saya minta ayah ajar main golf.
74
00:02:47,542 --> 00:02:49,544
Saya akan main semua sukan
yang boleh pakai ini.
75
00:02:51,796 --> 00:02:53,631
Siapa itu? Dah pukul 10.00 malam.
76
00:02:53,715 --> 00:02:55,592
- Biar saya buka pintu.
- Tunggu, Gatsby.
77
00:02:57,010 --> 00:02:58,595
Ini Javier. Buka pintu ini!
78
00:02:58,720 --> 00:02:59,888
Ayah!
79
00:03:01,931 --> 00:03:03,600
Itu pun anak ayah!
80
00:03:04,100 --> 00:03:05,351
Itu tikus hitam awak.
81
00:03:05,435 --> 00:03:07,437
Helo, Javier. Apa awak buat di sini?
82
00:03:07,520 --> 00:03:09,147
Saya terlepas hari jadi Manny.
83
00:03:09,230 --> 00:03:10,690
Lagipun, minggu ini saya lapang.
84
00:03:10,815 --> 00:03:12,734
Awak di sini seminggu? Halau dia.
85
00:03:12,817 --> 00:03:15,278
Manny, oleh sebab kamu dah besar,
86
00:03:15,361 --> 00:03:18,823
ayah akan bawa kamu ke trek lumba
untuk melihat lumba kuda.
87
00:03:18,907 --> 00:03:20,158
Hebatnya!
88
00:03:20,241 --> 00:03:22,660
Sebenarnya, saya dan Manny
akan pergi main golf esok.
89
00:03:22,744 --> 00:03:24,454
Golf? Itu untuk orang tua
90
00:03:24,537 --> 00:03:25,747
dan wanita yang suka wanita.
91
00:03:25,830 --> 00:03:28,207
Marilah. Ayah datang ke sini.
Mari pergi tengok lumba kuda.
92
00:03:28,291 --> 00:03:30,418
- Ya. Boleh kita semua pergi?
- Mak tak boleh pergi.
93
00:03:30,501 --> 00:03:33,129
Mak dah janji dengan Haley
untuk ajar bahasa Sepanyol.
94
00:03:33,212 --> 00:03:35,381
- Jay akan ikut kamu.
- Apa?
95
00:03:35,882 --> 00:03:39,385
Saya takkan biar Manny
keluar dengan Javier saja.
96
00:03:39,677 --> 00:03:42,889
Semasa Manny berumur enam tahun,
Javier bawa dia ke Petting Zoo.
97
00:03:42,972 --> 00:03:47,352
Saya dapat tahu itu nama kelab bogel.
98
00:03:47,602 --> 00:03:50,271
Zoo haiwan jinak sebenar bukan begitu.
99
00:03:50,813 --> 00:03:52,523
- Tapi saya nak pergi…
- Awak ikut dia.
100
00:03:53,483 --> 00:03:54,525
Ayah tak rindu itu.
101
00:04:12,919 --> 00:04:14,295
Tengoklah itu.
102
00:04:14,963 --> 00:04:17,215
Ya. Saya tahu kita bukan jenis
yang suka menayang trofi,
103
00:04:17,298 --> 00:04:18,758
tapi trofi awak cantik di sana.
104
00:04:18,841 --> 00:04:21,177
Saya fikir, apa salahnya
bangga dengan pencapaian kita?
105
00:04:21,469 --> 00:04:22,303
Ya.
106
00:04:22,637 --> 00:04:26,182
"Tempat pertama.
Tangkapan Ikan Bass Musim Bunga.
107
00:04:26,266 --> 00:04:28,268
Divisyen Missouri Utara."
108
00:04:28,351 --> 00:04:29,894
Dua hari dapat 10 ikan bass.
109
00:04:29,978 --> 00:04:31,813
Berat 15 kg.
110
00:04:31,896 --> 00:04:33,898
Menggunakan 2 kg umpan.
111
00:04:33,982 --> 00:04:36,818
Awak kalahkan semua budak lelaki
berusia 12 hingga 17 tahun?
112
00:04:37,151 --> 00:04:38,027
Ya.
113
00:04:39,028 --> 00:04:40,530
Tengoklah trofi kita di sana.
114
00:04:41,072 --> 00:04:42,448
Kita pasangan pemenang.
115
00:04:43,700 --> 00:04:45,076
Yakah?
116
00:04:45,159 --> 00:04:47,870
Claire? Di mana pencukur saya?
117
00:04:47,954 --> 00:04:49,372
- Tak ada di dalam kotak itu?
- Tak.
118
00:04:49,455 --> 00:04:51,541
- Mungkin dah habis.
- Tak mungkin.
119
00:04:51,624 --> 00:04:53,710
Semasa umur 20-an, saya sertai permainan
120
00:04:53,793 --> 00:04:56,421
dan menang pencukur seumur hidup.
121
00:04:56,629 --> 00:04:59,549
Okey, Phil. Masa telah tamat.
Apa jawapan awak?
122
00:04:59,632 --> 00:05:03,720
3.14159.
123
00:05:05,179 --> 00:05:06,139
Saya minta maaf, Phil.
124
00:05:06,222 --> 00:05:10,184
Jawapan yang betul ialah "krim pisang".
125
00:05:10,268 --> 00:05:12,562
Krim pisang. Saya tertipu, Chip.
126
00:05:12,645 --> 00:05:13,938
Awak tak pulang tangan kosong.
127
00:05:14,022 --> 00:05:15,231
Awak akan membawa pulang
128
00:05:15,315 --> 00:05:19,152
bekalan seumur hidup
pencukur bilah berkembar Genesis.
129
00:05:19,235 --> 00:05:22,030
Apa? Dua bilah dalam satu pencukur?
130
00:05:22,113 --> 00:05:24,282
Itu sangat hebat!
131
00:05:26,034 --> 00:05:27,285
Tentu awak dah guna semuanya.
132
00:05:27,368 --> 00:05:29,037
Mereka cakap bekalan seumur hidup.
133
00:05:29,120 --> 00:05:31,873
Sayang, awak dapat
pencukur percuma selama 15 tahun.
134
00:05:31,956 --> 00:05:33,499
Terimalah hakikat.
135
00:05:34,792 --> 00:05:36,919
Mak, boleh tak kawan saya, Walt,
datang ke rumah
136
00:05:37,003 --> 00:05:38,296
untuk bermain Rebel Fighters 3?
137
00:05:38,379 --> 00:05:39,839
Sayang, kamu tak rasa pelikkah
138
00:05:39,922 --> 00:05:42,091
salah seorang kawan baik kamu
lelaki berusia 80 tahun?
139
00:05:42,175 --> 00:05:45,219
Tak. Ia lebih seronok sebab
dia pernah sertai perang sebenar.
140
00:05:45,303 --> 00:05:48,556
Dia cakap benda hebat seperti
"Jumpa di neraka, Klaus."
141
00:05:49,599 --> 00:05:51,434
Saya tak tahu apa maksudnya.
142
00:05:52,185 --> 00:05:54,520
Ayah. Ada doktor telefon.
143
00:05:55,354 --> 00:05:57,356
- Dr. Sendroff?
- Ya.
144
00:05:57,440 --> 00:05:58,858
- Ayah mandi tadi.
- Apa dia cakap?
145
00:05:59,358 --> 00:06:01,110
Dia suruh ayah hubungi dia segera.
146
00:06:01,778 --> 00:06:03,988
Baiklah. Jumpa di neraka, Klaus.
147
00:06:05,031 --> 00:06:06,908
- Apa tak kena?
- Saya tak tahu.
148
00:06:06,991 --> 00:06:08,326
Dia buat beberapa ujian semalam.
149
00:06:08,409 --> 00:06:09,827
Dia akan telefon kalau ada masalah,
150
00:06:09,911 --> 00:06:10,745
dan dia telefon.
151
00:06:10,828 --> 00:06:12,413
Hai. Saya Phil Dunphy.
152
00:06:12,497 --> 00:06:14,415
Saya balas panggilan Dr. Sendroff.
153
00:06:15,583 --> 00:06:16,876
- Awak serius?
- Apa?
154
00:06:16,959 --> 00:06:18,252
Dia dalam penerbangan ke London.
155
00:06:18,336 --> 00:06:22,423
Ada cara saya boleh hubungi dia
atau sesiapa yang boleh dihubungi?
156
00:06:23,966 --> 00:06:25,051
Okey. Baiklah.
157
00:06:25,134 --> 00:06:26,803
Beritahu dia ini penting.
158
00:06:26,886 --> 00:06:28,096
Terima kasih.
159
00:06:29,514 --> 00:06:31,599
- Alamak.
- Saya yakin tak ada masalah.
160
00:06:31,682 --> 00:06:33,601
Claire, bawah lengan saya lembut.
161
00:06:33,684 --> 00:06:35,103
Mungkin Luke pukul dengan penyapu
162
00:06:35,186 --> 00:06:36,479
semasa kamu bermain quidditch.
163
00:06:36,562 --> 00:06:38,773
Saya terlalu laju.
Dia tak sentuh saya pun.
164
00:06:38,856 --> 00:06:40,525
Saya yakin awak tak apa-apa.
165
00:06:40,608 --> 00:06:41,818
Kata-kata menenangkan hati
166
00:06:41,901 --> 00:06:44,195
daripada pelajar pemasaran
yang suka berparti.
167
00:06:49,450 --> 00:06:50,576
Saya suka kuda nombor empat.
168
00:06:50,660 --> 00:06:52,954
Dia suka trek ini.
Ayahnya menang Preakness.
169
00:06:53,037 --> 00:06:54,997
Tiga pusingan terakhir orang bertaruh.
170
00:06:55,081 --> 00:06:57,083
- Saya suka Miranda's Miracle.
- Kenapa?
171
00:06:57,166 --> 00:07:00,086
Ada seorang gadis bernama Miranda
di kelas saya. Dia sangat cantik.
172
00:07:00,169 --> 00:07:02,338
Kalau dia suka saya, itu satu keajaiban.
173
00:07:03,089 --> 00:07:04,715
Boleh bertaruh 2 dolar untuk saya?
174
00:07:04,799 --> 00:07:06,425
Baiklah tapi ini cuma membazir.
175
00:07:06,509 --> 00:07:07,760
Kamu berdua membazir.
176
00:07:07,844 --> 00:07:11,722
Nombor tujuh akan menang. My Hometown.
177
00:07:11,806 --> 00:07:12,890
Nombor tujuh.
178
00:07:12,974 --> 00:07:16,769
Dia tiga paun lebih berat
dan dia benci jarak ini.
179
00:07:16,853 --> 00:07:18,604
Itu tak tertulis di situ.
180
00:07:18,688 --> 00:07:20,273
Saya pandang mata kuda
181
00:07:20,356 --> 00:07:22,567
dan kuda itu kata akan jadi juara.
182
00:07:22,650 --> 00:07:23,776
Kuda bercakap?
183
00:07:23,860 --> 00:07:26,404
- Mungkin bunyinya agak gila…
- Tak perlu jelaskannya.
184
00:07:26,487 --> 00:07:30,074
…tapi saya boleh melihat jiwa kuda.
185
00:07:30,158 --> 00:07:32,618
Ini satu anugerah
dan saya tak pertikaikannya.
186
00:07:32,702 --> 00:07:36,080
Sama seperti saya selalu beratur
di barisan terpendek di bank.
187
00:07:36,164 --> 00:07:37,373
Saya patut bertaruh kuda ayah.
188
00:07:37,457 --> 00:07:39,959
Biar betul? Ini bukan sekadar perkataan.
189
00:07:40,042 --> 00:07:42,003
Mereka berikan semua maklumat
190
00:07:42,086 --> 00:07:44,714
supaya kita boleh buat
keputusan yang tepat.
191
00:07:44,797 --> 00:07:48,217
Ya, sudah tentu. Sebab itu
semua orang yang ada borang itu kaya.
192
00:07:48,301 --> 00:07:50,636
Marilah. Masa untuk bertaruh.
193
00:07:50,928 --> 00:07:51,929
Apa pilihan kamu, Manny?
194
00:07:55,558 --> 00:07:57,018
Dua dolar untuk My Hometown.
195
00:07:57,101 --> 00:07:58,519
Ayah rasa kuda itu akan menang?
196
00:07:58,603 --> 00:08:00,605
Itulah yang mata kuda itu beritahu ayah.
197
00:08:01,022 --> 00:08:03,441
Jangan tanya sebabnya.
Mungkin dalam kehidupan lampau,
198
00:08:03,524 --> 00:08:04,567
ayah seekor kuda.
199
00:08:04,942 --> 00:08:06,402
Atau bahagian kuda.
200
00:08:12,658 --> 00:08:14,327
Alex telefon. Dia tertinggal telefon.
201
00:08:14,410 --> 00:08:15,661
Dia akan datang ambil nanti.
202
00:08:15,745 --> 00:08:17,705
Cam, awak buat sesuatu kepada trofi ikan?
203
00:08:17,914 --> 00:08:19,832
Ya. Saya terlupa tentang bahagian tengah.
204
00:08:19,916 --> 00:08:21,918
Ia nampak seperti ikan
melompat keluar dari air.
205
00:08:22,001 --> 00:08:23,753
Ya. Tinggi daripada trofi saya.
206
00:08:25,087 --> 00:08:26,547
Ada yang tak kena?
207
00:08:26,631 --> 00:08:28,799
Hanya sebab trofi saya lebih tinggi
208
00:08:28,883 --> 00:08:30,551
tak bermakna trofi awak kurang penting.
209
00:08:30,635 --> 00:08:32,470
Tak. Bukan begitu.
210
00:08:32,803 --> 00:08:34,096
Sikit pun tidak.
211
00:08:35,598 --> 00:08:37,558
Oh, Tuhan. Awak tak suka
saya letak trofi ini.
212
00:08:37,642 --> 00:08:40,478
Saya rasa pelik sebab
sebaik saja saya menang trofi,
213
00:08:40,561 --> 00:08:44,232
awak rasa perlu cari trofi awak
dan letak bersebelahan.
214
00:08:44,315 --> 00:08:46,108
Sebenarnya dah lama saya nak letak
215
00:08:46,192 --> 00:08:47,527
trofi ini di sana,
216
00:08:47,693 --> 00:08:50,738
tapi saya simpan di dalam kotak
bersama anugerah yang lain.
217
00:08:50,821 --> 00:08:52,198
Ya, anugerah lain.
218
00:08:52,949 --> 00:08:56,035
Sebab nak jaga hati awak
yang tak ada anugerah.
219
00:08:56,118 --> 00:08:57,328
Itu nampak hodoh.
220
00:08:58,037 --> 00:09:00,748
Trofi saya nampak lebih profesional
221
00:09:00,831 --> 00:09:02,583
dan diberi oleh rakan-rakan
222
00:09:02,667 --> 00:09:05,169
dan trofi awak diberi di tambangan.
223
00:09:05,419 --> 00:09:08,923
Okey. Untuk makluman awak,
semasa saya menang, ini sangat bermakna.
224
00:09:09,006 --> 00:09:11,968
Saya potong reben di kedai runcit
dan beri autograf.
225
00:09:12,260 --> 00:09:13,886
"Ikan terbaik, Cameron Tucker."
226
00:09:16,389 --> 00:09:17,890
Awak nak tahu? Saya baru teringat.
227
00:09:17,974 --> 00:09:20,309
Trofi saya juga ada bahagian menarik.
228
00:09:21,727 --> 00:09:23,104
Tengoklah.
229
00:09:23,563 --> 00:09:25,856
Barulah nampak hierarki yang betul.
230
00:09:26,232 --> 00:09:29,318
Melainkan awak ada topi untuk trofi itu.
231
00:09:30,444 --> 00:09:31,404
Okey. Begini.
232
00:09:31,487 --> 00:09:32,905
Saya nak jemput Lily di parti
233
00:09:32,989 --> 00:09:34,240
- dan pergi ke taman.
- Okey.
234
00:09:34,991 --> 00:09:36,909
Anugerah ini mengubah diri awak, Mitchell.
235
00:09:36,993 --> 00:09:38,995
Awak terbang tinggi sekarang
tapi tak lama lagi
236
00:09:39,078 --> 00:09:41,038
awak akan jatuh, Tom Petty.
237
00:09:42,248 --> 00:09:43,332
Sebab awak menyedihkan.
238
00:09:44,083 --> 00:09:46,168
Tom Petty. Awak faham?
239
00:09:46,252 --> 00:09:47,920
Sejak awal lagi.
240
00:09:50,214 --> 00:09:51,257
Hai, Haley.
241
00:09:51,340 --> 00:09:52,842
Hai, Gloria. Terima kasih datang.
242
00:09:55,511 --> 00:09:57,513
Helo, Gloria.
243
00:09:57,805 --> 00:09:59,765
Terima kasih sebab datang.
244
00:09:59,849 --> 00:10:01,267
Tak. Cakap ayat penuh.
245
00:10:01,350 --> 00:10:02,518
Saya tak tahu ayat penuh.
246
00:10:02,602 --> 00:10:04,312
Kenapa saya perlu belajar bahasa Sepanyol?
247
00:10:04,395 --> 00:10:06,564
Saya tinggal di California.
Saya takkan gunakannya.
248
00:10:07,315 --> 00:10:09,233
Itulah masalah orang Amerika ini.
249
00:10:09,317 --> 00:10:11,652
Mereka nak semua orang tahu bahasa mereka,
250
00:10:11,736 --> 00:10:13,904
tapi tak nak berusaha belajar bahasa kami.
251
00:10:13,988 --> 00:10:17,491
Cuba menang dalam perang.
Barulah kami akan bercakap macam awak.
252
00:10:17,908 --> 00:10:19,368
Betul itu.
253
00:10:20,494 --> 00:10:22,496
- Hei, Gloria.
- Hai, Phil. Awak sihat?
254
00:10:22,580 --> 00:10:24,373
- Kalaulah saya tahu.
- Kenapa? Ada masalah?
255
00:10:24,457 --> 00:10:26,042
Saya tak nak awak sedih.
256
00:10:26,125 --> 00:10:27,293
Doktor buat beberapa ujian
257
00:10:27,376 --> 00:10:29,045
dan cakap akan telefon kalau ada masalah.
258
00:10:29,128 --> 00:10:30,630
Dia telefon pagi tadi.
259
00:10:30,713 --> 00:10:32,548
- Apa dia cakap?
- Tak tahu. Saya tak jawab.
260
00:10:32,632 --> 00:10:33,466
Tak dapat dihubungi.
261
00:10:34,550 --> 00:10:36,010
Tikus hitam.
262
00:10:36,093 --> 00:10:37,303
- Apa?
- Dalam mimpi saya.
263
00:10:37,386 --> 00:10:38,763
Itu petanda buruk.
264
00:10:39,055 --> 00:10:40,473
Tapi mungkin bukan sebab awak.
265
00:10:42,183 --> 00:10:43,684
Ada tangga!
266
00:10:44,352 --> 00:10:45,853
Tidak. Awak tak apa-apa.
267
00:10:45,936 --> 00:10:47,688
Yakah? Awak dengar ini.
268
00:10:48,064 --> 00:10:50,650
Lima belas tahun lalu, saya menang
bekalan pencukur seumur hidup.
269
00:10:50,733 --> 00:10:52,860
Semua dah habis hari ini.
270
00:10:55,488 --> 00:10:57,490
Kenapa awak meludah?
Awak nak halang kematian?
271
00:10:57,573 --> 00:10:58,824
Tak. Apabila saya buat…
272
00:10:59,116 --> 00:11:01,202
Saya rasa saya tersedut lalat.
273
00:11:03,037 --> 00:11:04,413
Perlumbaan pertama, 16 dolar.
274
00:11:04,497 --> 00:11:07,083
Perlumbaan kedua, 10 dolar. Tambah 34.
275
00:11:07,166 --> 00:11:09,251
Enam puluh dolar! Ayah memang genius.
276
00:11:09,335 --> 00:11:11,003
Jangan puji ayah saja.
277
00:11:11,087 --> 00:11:13,422
Ia sebab kuda lumba hari ini.
278
00:11:13,506 --> 00:11:15,466
Saya suka berjudi! Mudah sangat.
279
00:11:15,549 --> 00:11:17,176
- Tak mudah.
- Tak mudah untuk awak.
280
00:11:17,259 --> 00:11:19,929
- Awak kalah tiga kali berturut-turut.
- Teruknya.
281
00:11:21,097 --> 00:11:22,681
Saya minta maaf. Saya terlepas cakap.
282
00:11:22,765 --> 00:11:23,849
Banyak kena fikir.
283
00:11:24,266 --> 00:11:25,976
Lima puluh dolar untuk Little Bacon.
284
00:11:27,019 --> 00:11:27,978
Ya.
285
00:11:28,062 --> 00:11:29,021
Apa? Apa kamu cakap?
286
00:11:29,105 --> 00:11:30,981
Ada sesuatu yang tak kena dengan kuda itu.
287
00:11:31,065 --> 00:11:32,858
- Saya juga nampak.
- Kamu tak nampak.
288
00:11:32,942 --> 00:11:34,026
Ini kuda kegemaran ramai.
289
00:11:34,110 --> 00:11:35,903
Kuda lain tak boleh kalahkannya.
290
00:11:35,986 --> 00:11:38,280
- Saya bertaruh ke atas Little Bacon.
- Ayah yang rugi.
291
00:11:38,364 --> 00:11:39,573
Kita nak bertaruh kuda mana?
292
00:11:39,657 --> 00:11:41,492
Kita takkan bertaruh kali ini.
293
00:11:41,575 --> 00:11:44,245
Padok terlalu sunyi tadi.
294
00:11:44,328 --> 00:11:45,663
Terlalu sunyi.
295
00:11:45,746 --> 00:11:46,956
Okey. Saya bertaruh 300 dolar.
296
00:11:47,331 --> 00:11:49,917
- Aduhai.
- Kuda ini pasti menang.
297
00:11:50,459 --> 00:11:51,752
Kamu tahu macam mana ayah tahu?
298
00:11:51,961 --> 00:11:52,962
Sebab kuda itu cakap…
299
00:11:55,381 --> 00:11:56,757
Kuda tak bercakap begitu.
300
00:11:58,551 --> 00:12:03,973
"Maria beli gaun putih yang cantik
untuk majlis perkahwinannya."
301
00:12:13,691 --> 00:12:14,775
Saya minta maaf.
302
00:12:14,859 --> 00:12:16,235
Saya tak boleh fokus sebab dia.
303
00:12:16,652 --> 00:12:17,987
Apa ayah buat ini?
304
00:12:19,280 --> 00:12:20,948
Ayah nak melihat semuanya.
305
00:12:26,203 --> 00:12:28,205
Kamu wanita yang cantik dan bijak.
306
00:12:28,497 --> 00:12:30,040
Jangan lupa itu.
307
00:12:34,003 --> 00:12:35,588
Kadangkala ayah pelik.
308
00:12:35,671 --> 00:12:37,047
Tak, dia tak pelik!
309
00:12:37,131 --> 00:12:40,259
Dia baik dan kamu akan rindu dia
apabila dia dah tak ada!
310
00:12:40,551 --> 00:12:41,719
Satu hari nanti.
311
00:12:43,596 --> 00:12:44,889
- Hai, Pak Cik Mitchell.
- Hei.
312
00:12:44,972 --> 00:12:46,515
Telefon kamu di atas meja.
313
00:12:49,685 --> 00:12:52,229
- Apa itu?
- Trofi memancing lama Cam.
314
00:12:52,313 --> 00:12:54,690
Ia ada di sana
apabila pak cik bangun pagi tadi.
315
00:12:54,940 --> 00:12:57,067
- Selepas pak cik dapat anugerah?
- Terima kasih!
316
00:12:57,151 --> 00:12:58,986
Oh, Tuhan. Selamat datang ke dunia saya.
317
00:12:59,069 --> 00:13:01,363
Minggu lepas, saya dapat piala cantik
dari pasukan debat
318
00:13:01,447 --> 00:13:03,491
sebab pencapaian cemerlang
dan tahu apa mak buat?
319
00:13:03,574 --> 00:13:05,159
Dia jumpa reben penyertaan Luke
320
00:13:05,242 --> 00:13:07,703
dan sijil yang Haley dapat
sebab muncul tepat pada masa
321
00:13:07,786 --> 00:13:09,914
dan letak ketiga-tiganya di rak yang sama.
322
00:13:09,997 --> 00:13:11,582
Tak adil langsung.
323
00:13:11,790 --> 00:13:13,334
Saya gembira bercakap dengan Alex
324
00:13:13,417 --> 00:13:16,003
sebab dia juga rasa
perkara sama seperti saya.
325
00:13:16,086 --> 00:13:17,505
Itu buat saya sedar
326
00:13:17,588 --> 00:13:21,133
yang saya bersikap seperti gadis 14 tahun.
327
00:13:22,801 --> 00:13:24,011
Okey.
328
00:13:24,386 --> 00:13:25,596
Ya.
329
00:13:27,306 --> 00:13:28,516
Ayuh, kawan.
330
00:13:28,599 --> 00:13:30,392
Saya kehilangan tangan sebab awak.
331
00:13:30,643 --> 00:13:31,769
Fokus dalam permainan.
332
00:13:31,852 --> 00:13:35,022
Maaf. Saya tak boleh fokus
sebab ayah asyik merenung saya.
333
00:13:35,606 --> 00:13:37,233
Ayah sangat sayang kamu.
334
00:13:37,316 --> 00:13:39,151
Saya harap dia bercakap dengan awak.
335
00:13:42,279 --> 00:13:43,822
Baguslah. Sekarang saya dah mati.
336
00:13:43,906 --> 00:13:45,282
Saya nak ke tandas.
337
00:13:45,699 --> 00:13:47,201
Itu biasa berlaku.
338
00:13:51,455 --> 00:13:52,873
Hei, Walt.
339
00:13:55,543 --> 00:13:56,877
Awak pernah fikir tentang mati?
340
00:13:57,795 --> 00:14:00,422
Saya 85 tahun.
Mati itu teman sebilik saya.
341
00:14:00,631 --> 00:14:02,383
Doktor hubungi saya.
342
00:14:02,633 --> 00:14:04,677
Ada 60% kemungkinan saya akan mati.
343
00:14:05,427 --> 00:14:07,471
Doktor. Mereka cakap
saya akan mati 10 tahun lalu.
344
00:14:07,555 --> 00:14:09,265
Tengoklah saya. Saya sihat seperti…
345
00:14:12,017 --> 00:14:13,394
Saya perlu tukar tangki.
346
00:14:16,522 --> 00:14:19,525
- Phil, lupakannya.
- Maafkan saya, Claire.
347
00:14:19,608 --> 00:14:21,068
Saya buntu apabila dapat tahu
348
00:14:21,151 --> 00:14:23,320
ada 70% kemungkinan saya akan mati.
349
00:14:24,530 --> 00:14:26,073
Sayang. Dengar sini.
350
00:14:26,156 --> 00:14:27,825
Awak tak apa-apa.
351
00:14:27,908 --> 00:14:30,411
- Awak rasa begitu?
- Saya yakin.
352
00:14:31,829 --> 00:14:33,080
Claire beri saya semangat.
353
00:14:33,163 --> 00:14:34,915
Apabila di dalam pesawat yang bergolak,
354
00:14:34,999 --> 00:14:36,208
kita pandang pramugari
355
00:14:36,292 --> 00:14:37,960
dan jika mereka tersenyum dan hidang air,
356
00:14:38,043 --> 00:14:39,795
kita tahu semua akan okey. Itulah Claire.
357
00:14:41,171 --> 00:14:42,923
Saya juga bayangkan dia sebagai polis.
358
00:14:43,591 --> 00:14:45,551
…di pusingan terakhir,
kita lihat Little Bacon,
359
00:14:45,634 --> 00:14:47,094
diikuti Brad's Wax Jacket…
360
00:14:47,177 --> 00:14:48,929
Ayuh, Little Bacon!
361
00:14:49,013 --> 00:14:50,472
Kamu boleh!
362
00:14:50,556 --> 00:14:52,433
Ayuh!
363
00:14:52,516 --> 00:14:54,727
Pemenangnya
ialah nombor sembilan, Little Bacon.
364
00:14:54,810 --> 00:14:56,979
Ya! Saya dah agak!
365
00:14:57,062 --> 00:14:59,732
Kamu nampak tak, Manny?
Tuah takkan berkekalan.
366
00:14:59,815 --> 00:15:02,067
Tapi kalau kamu hidup di dunia realiti
dan gunakan akal,
367
00:15:02,151 --> 00:15:05,529
bukan meneka seperti Dr. Dolittle ini,
kamu akan okey.
368
00:15:05,946 --> 00:15:07,740
Saya patut dengar cakap dia.
369
00:15:07,823 --> 00:15:09,325
Betul itu. Kamu patut dengar cakap.
370
00:15:09,408 --> 00:15:10,618
Dengar sini.
371
00:15:10,701 --> 00:15:13,329
Kita tak boleh pandang mata kuda
dan tahu ada sesuatu tak kena.
372
00:15:13,412 --> 00:15:15,164
Kita tak boleh tengok mata kuda serentak.
373
00:15:15,247 --> 00:15:16,373
Ia di belah berbeza.
374
00:15:17,249 --> 00:15:18,792
Mari pergi ke tingkap.
375
00:15:18,876 --> 00:15:20,544
Ayah perlukan bantuan untuk ambil duit.
376
00:15:20,753 --> 00:15:21,712
Tunggu.
377
00:15:22,796 --> 00:15:23,964
Tengok itu.
378
00:15:24,965 --> 00:15:25,841
SIASATAN
379
00:15:25,925 --> 00:15:27,009
Siasatan.
380
00:15:27,092 --> 00:15:28,218
Apa itu?
381
00:15:28,302 --> 00:15:30,554
Itu berlaku apabila
kuda melanggar peraturan.
382
00:15:30,638 --> 00:15:33,390
Kemungkinan saja.
Selalunya tak ada apa-apa. Saya yakin…
383
00:15:33,474 --> 00:15:34,808
Kuda nombor 9, Little Bacon
384
00:15:34,892 --> 00:15:36,602
dibatalkan kerana gangguan.
385
00:15:36,685 --> 00:15:38,354
- Apa?
- Pemenangnya ialah nombor enam,
386
00:15:38,437 --> 00:15:39,688
Brad's Wax Jacket.
387
00:15:40,147 --> 00:15:41,231
Awak nampak?
388
00:15:41,857 --> 00:15:43,275
Mata.
389
00:15:44,109 --> 00:15:45,277
Mata tak menipu.
390
00:15:46,904 --> 00:15:48,280
Bersabarlah.
391
00:15:49,281 --> 00:15:50,407
Ambil ini.
392
00:15:51,617 --> 00:15:53,035
Duit untuk isi minyak kereta.
393
00:15:58,040 --> 00:16:00,125
Betul cakap Cam. Saya menyedihkan.
394
00:16:01,543 --> 00:16:04,004
Saya jumpa sekotak trofi lama dia
395
00:16:04,088 --> 00:16:05,381
dan saya nak buat kejutan
396
00:16:05,464 --> 00:16:07,675
dengan pamerkan semuanya
apabila dia balik.
397
00:16:07,758 --> 00:16:10,052
Tapi saya yang terkejut.
398
00:16:10,135 --> 00:16:12,638
Saya tak sangka dia ada banyak trofi.
399
00:16:12,721 --> 00:16:14,807
Tempat pertama
dan semuanya untuk perkara berbeza.
400
00:16:14,890 --> 00:16:19,561
Muzik, bola sepak, pertunjukan seni,
pesta sains, pertandingan memasak…
401
00:16:19,812 --> 00:16:23,440
Anugerah seumur hidup disimpan
supaya saya tak terasa hati.
402
00:16:25,401 --> 00:16:26,735
Ada tikus. Itu…
403
00:16:29,363 --> 00:16:30,781
Menjijikkan!
404
00:16:32,032 --> 00:16:34,827
Tidak, Cam. Saya nak pamerkan
di ruang rumah.
405
00:16:35,077 --> 00:16:36,620
Saya percaya.
406
00:16:37,705 --> 00:16:39,039
Tidak, Cam. Ada…
407
00:16:39,665 --> 00:16:40,833
Gelinya!
408
00:16:46,630 --> 00:16:47,715
Dengar, Manny.
409
00:16:47,840 --> 00:16:49,216
Tolong belikan kapucino
410
00:16:49,299 --> 00:16:50,801
di kedai itu. Okey?
411
00:16:50,884 --> 00:16:52,886
Tak mengapa. Saya belikan.
412
00:16:55,681 --> 00:16:56,890
Jadi…
413
00:16:57,433 --> 00:16:59,476
Awak nak cakap tentang
perkara yang berlaku tadi?
414
00:16:59,560 --> 00:17:00,477
Tidak.
415
00:17:00,686 --> 00:17:02,062
Bukan jiwa kuda saja
416
00:17:02,146 --> 00:17:03,981
yang boleh saya baca
melalui pandangan mata.
417
00:17:04,064 --> 00:17:05,899
Baiklah. Awak nak tahu?
Biar saya beritahu.
418
00:17:07,609 --> 00:17:10,154
- Okey. Saya pergi dulu.
- Dengar dulu.
419
00:17:10,237 --> 00:17:12,364
Saya minta maaf
sebab bersikap begitu di depan Manny.
420
00:17:12,448 --> 00:17:13,782
Saya salah.
421
00:17:13,866 --> 00:17:16,910
Saya faham. Tak ada orang
suka kalah dalam perlumbaan.
422
00:17:17,703 --> 00:17:19,788
Saya tak berhutang dengan dia.
423
00:17:20,205 --> 00:17:22,875
Dia datang beberapa kali setahun
untuk jumpa anak dia.
424
00:17:23,667 --> 00:17:26,045
Dulu saya suka. Saya boleh berehat.
425
00:17:26,211 --> 00:17:28,464
Tapi sekarang saya dan Manny
dah ada aktiviti sendiri.
426
00:17:28,589 --> 00:17:30,591
Saya tahu saya bukan ayah dia.
427
00:17:32,801 --> 00:17:34,344
Saya tak suka diingatkan tentang itu.
428
00:17:38,515 --> 00:17:40,392
- Hei, apa khabar?
- Oh, Tuhan.
429
00:17:40,768 --> 00:17:43,103
- Kami datang sebaik saja kami dengar.
- Dengar apa?
430
00:17:43,187 --> 00:17:44,855
Kami dengar ada khabar buruk tentang dia.
431
00:17:44,938 --> 00:17:47,024
- Tak. Siapa beritahu awak?
- Gloria.
432
00:17:47,107 --> 00:17:50,694
Tak. Saya tak cakap tentang berita buruk.
433
00:17:50,778 --> 00:17:52,821
Saya cakap dia akan dapat berita buruk.
434
00:17:52,905 --> 00:17:55,365
Kita tak tahu tentang itu.
435
00:17:55,449 --> 00:17:56,742
Saya nampak tikus hitam.
436
00:17:57,201 --> 00:17:58,452
Saya nampak tikus hitam!
437
00:17:58,535 --> 00:17:59,995
Itulah yang dia cakap.
438
00:18:00,079 --> 00:18:02,456
- Okey, kamu…
- Ini lebih teruk daripada sangkaan saya!
439
00:18:02,539 --> 00:18:04,333
Tidak. Dengar sini.
440
00:18:04,416 --> 00:18:06,210
Phil tak ada apa-apa. Kamu patut balik
441
00:18:06,293 --> 00:18:08,629
- sebelum dia tahu kamu di sini.
- Kami tak nak balik.
442
00:18:09,171 --> 00:18:10,964
- Kami datang secepat mungkin.
- Oh, Tuhan.
443
00:18:11,048 --> 00:18:12,633
Awak bawa kek kopi?
444
00:18:12,716 --> 00:18:14,051
Ya, ada di sini.
445
00:18:14,134 --> 00:18:15,761
Dia bawa dari kereta. Saya yang bayar.
446
00:18:15,844 --> 00:18:17,596
Dengar.
447
00:18:18,138 --> 00:18:20,057
Saya bersimpati atas perkara awak lalui.
448
00:18:20,349 --> 00:18:21,475
Terima kasih.
449
00:18:21,558 --> 00:18:23,519
- Siapa ini?
- Siapa dia?
450
00:18:23,769 --> 00:18:25,646
Saya Javier Delgado. Ayah Manny.
451
00:18:25,729 --> 00:18:27,940
Bekas suami dan kekasih Gloria.
452
00:18:28,649 --> 00:18:30,484
Saya harap awak tak tersinggung,
453
00:18:30,567 --> 00:18:33,195
tapi awak wanita yang cantik.
Awak takkan ada masalah mencari…
454
00:18:33,278 --> 00:18:36,657
Javier. Dia masih hidup lagi.
455
00:18:36,740 --> 00:18:39,201
Dia tengah tonton
perlawanan bola keranjang di atas.
456
00:18:39,284 --> 00:18:40,536
Dia tak apa-apa.
457
00:18:40,619 --> 00:18:42,830
- Gloria cakap dia sakit.
- Tak. Dia jumpa doktor.
458
00:18:42,913 --> 00:18:45,165
Dia buat beberapa ujian.
Doktor telefon. Itu saja.
459
00:18:45,249 --> 00:18:49,670
Hari ini dia kehabisan
bekalan pencukur seumur hidup dia.
460
00:18:49,753 --> 00:18:52,422
- Itu satu petanda.
- Banyak sangat putar belit.
461
00:18:52,506 --> 00:18:54,591
Tak sangka ayah beli kek kopi untuk ini!
462
00:18:54,675 --> 00:18:55,968
Sekejap. Saya keliru.
463
00:18:56,051 --> 00:18:57,553
Apa yang doktor cakap?
464
00:18:57,636 --> 00:19:00,347
Saya tak tahu.
Kami terlepas panggilan doktor.
465
00:19:00,430 --> 00:19:02,474
- Doktor telefon hari Sabtu?
- Ya. Kenapa?
466
00:19:02,558 --> 00:19:03,725
Tak ada apa-apa.
467
00:19:04,393 --> 00:19:05,894
Pasti ada yang tak kena. Apa?
468
00:19:06,937 --> 00:19:08,021
Selalunya,
469
00:19:08,105 --> 00:19:10,649
doktor tak hubungi hari Sabtu
untuk berita baik.
470
00:19:11,525 --> 00:19:12,484
Itu boleh berlaku.
471
00:19:12,568 --> 00:19:13,986
Mungkin ada perkara lain.
472
00:19:14,069 --> 00:19:15,612
Ayah rasa dia sakit?
473
00:19:16,655 --> 00:19:19,074
Apa yang berlaku?
474
00:19:19,158 --> 00:19:20,993
Tak ada apa-apa.
475
00:19:21,076 --> 00:19:22,828
Semua orang datang tanpa sebab.
476
00:19:22,911 --> 00:19:25,247
- Awak nampak risau.
- Saya tak risau.
477
00:19:25,622 --> 00:19:26,707
Oh, Tuhan.
478
00:19:27,082 --> 00:19:28,625
Pesawat ada masalah.
479
00:19:28,750 --> 00:19:30,961
Troli minuman disimpan
dan awak pakai tali keselamatan.
480
00:19:31,086 --> 00:19:33,422
- Kamu baik-baik saja.
- Awak akan okey.
481
00:19:34,506 --> 00:19:36,216
Saya harap saya setampan dia.
482
00:19:36,300 --> 00:19:37,593
Berhenti. Kamu menakutkan saya.
483
00:19:37,676 --> 00:19:39,303
- Pak cik akan mati?
- Pak cik tak tahu!
484
00:19:39,386 --> 00:19:41,138
Ada 5% kemungkinan itu tak berlaku!
485
00:19:45,475 --> 00:19:47,352
- Dr. Sendroff.
- Okey.
486
00:19:47,477 --> 00:19:49,855
Saya tak tahu ini panggilan tentang apa,
487
00:19:49,938 --> 00:19:51,190
tapi apa-apa pun yang berlaku,
488
00:19:51,273 --> 00:19:52,941
saya cuma nak kamu tahu yang kamu berikan
489
00:19:53,025 --> 00:19:54,610
kebahagiaan seumur hidup buat saya.
490
00:19:54,985 --> 00:19:55,903
Saya teringat…
491
00:19:55,986 --> 00:19:57,321
- Telefon itu!
- Jawablah!
492
00:19:57,404 --> 00:19:58,572
Jawablah!
493
00:19:58,989 --> 00:20:00,407
Dr. Sendroff.
494
00:20:00,908 --> 00:20:01,992
Apa keputusannya?
495
00:20:05,287 --> 00:20:07,247
- Awak serius?
- Apa?
496
00:20:08,874 --> 00:20:10,584
- Itu saja?
- Apa?
497
00:20:11,001 --> 00:20:12,586
Tunggu sekejap.
498
00:20:12,669 --> 00:20:14,588
Dia nak tanya tentang harta tanah.
Saya okey.
499
00:20:15,005 --> 00:20:16,173
- Aduhai.
- Tidak.
500
00:20:16,256 --> 00:20:18,592
Semalam awak cakap
nak telefon saya kalau ada masalah.
501
00:20:18,842 --> 00:20:21,428
Kemudian awak telefon dan menghilang.
502
00:20:21,511 --> 00:20:23,889
Itu perkara paling tak bertanggungjawab
dan tak profesional
503
00:20:23,972 --> 00:20:25,891
yang pernah saya lalui sepanjang hidup.
504
00:20:25,974 --> 00:20:27,434
Awak ada wakil jualan
505
00:20:27,517 --> 00:20:29,561
untuk rumah awak sekarang?
506
00:20:29,645 --> 00:20:30,562
Pandang mata dia.
507
00:20:30,646 --> 00:20:32,981
Saya tak tahu apa doktor cakap,
saya beri dia enam bulan.
508
00:20:35,651 --> 00:20:37,152
Berhenti merenung.
509
00:20:42,741 --> 00:20:44,952
Phil Dunphy. Kenalkan diri awak.
510
00:20:45,285 --> 00:20:47,788
Chip. Saya berkahwin
dengan wanita hebat. Hai, Claire.
511
00:20:47,871 --> 00:20:49,206
Saya ada anak perempuan.
512
00:20:49,498 --> 00:20:52,042
Saya ejen harta tanah.
Saya gemar bermain dam.
513
00:20:52,125 --> 00:20:54,253
- Okey.
- Dam Cina dan Amerika.
514
00:20:54,336 --> 00:20:56,421
Saya juga gemar hip-hop.
515
00:20:56,922 --> 00:20:57,923
Baguslah.
516
00:20:58,006 --> 00:21:00,884
Saya cuba jadi neutral
tentang Pantai Timur dan Pantai Barat.
517
00:21:00,968 --> 00:21:02,552
- Seterusnya, kita ada…
- Satu lagi.
518
00:21:02,636 --> 00:21:04,638
Terima kasih kawan kolej saya, Ling,
519
00:21:04,721 --> 00:21:07,891
yang buna helikopter sendiri
dan lakukan penerbangan pertama hari ini.
520
00:21:07,975 --> 00:21:10,769
Saya juga nak ucap
selamat ulang tahun kepada mertua saya,
521
00:21:10,852 --> 00:21:12,062
Jay dan DeDe Pritchett.
522
00:21:12,145 --> 00:21:14,731
Cinta sejati kamu menjadi inspirasi kami.
523
00:21:14,815 --> 00:21:16,316
Okey. Cukuplah itu.
524
00:21:16,608 --> 00:21:19,403
Seterusnya, kita ada suri rumah
dari West Mifflin, Pennsylvania.
525
00:21:19,653 --> 00:21:20,654
Hai.