1 00:00:56,250 --> 00:01:00,375 Mereka mengatakan bahawa dunia ini mempunyai banyak perkara jahat, 2 00:01:00,458 --> 00:01:03,875 namun, ia indah pada masa yang sama. 3 00:01:03,958 --> 00:01:06,583 Saya tidak tahu jika mereka betul... 4 00:01:07,666 --> 00:01:11,458 tetapi saya akan mengenali dunia ini sekali lagi. 5 00:01:18,750 --> 00:01:20,250 TUNGGU 6 00:04:09,958 --> 00:04:13,750 Wong Kar Mun, saya akan memberikan awak anestetik sekarang. 7 00:04:13,833 --> 00:04:17,541 Operasi akan berlangsung sekitar dua jam. Awak sudah bersedia? 8 00:04:51,875 --> 00:04:53,000 Siapakah itu? 9 00:04:53,791 --> 00:04:57,458 Senyap! Adakah awak mahu mengejutkan semua jururawat? 10 00:04:57,541 --> 00:04:59,958 Saya di katil sebelah awak. 11 00:05:00,083 --> 00:05:02,958 Saya dengar awak baru sahaja menjalani pembedahan mata. 12 00:05:03,083 --> 00:05:05,333 Saya telah menjalani banyak pembedahan di sini. 13 00:05:05,416 --> 00:05:08,625 Semua orang di sini ialah kawan baik saya. 14 00:05:08,750 --> 00:05:11,750 Berapa umur awak? Mengapa awak memerlukan banyak pembedahan? 15 00:05:12,541 --> 00:05:16,083 Sebelas tahun. Saya sepatutnya di sekolah rendah sekarang, 16 00:05:16,166 --> 00:05:18,875 tapi ibu cakap, ada gumpalan hitam tambahan di dalam otak saya, 17 00:05:18,958 --> 00:05:20,583 yang mempengaruhi sistem saraf. 18 00:05:20,666 --> 00:05:24,333 Yang bermaksud saya boleh pengsan pada bila-bila masa sahaja. 19 00:05:24,500 --> 00:05:26,541 Saya memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya, 20 00:05:26,625 --> 00:05:28,333 tetapi ia tidak boleh dilakukan serentak, 21 00:05:28,416 --> 00:05:30,333 kerana ia sangat berbahaya. 22 00:05:30,416 --> 00:05:34,458 Jadi, saya ponteng sekolah tahun lalu dan berada di sini sejak itu. 23 00:05:34,541 --> 00:05:37,541 Awak begitu muda, namun begitu berani! 24 00:05:37,875 --> 00:05:41,333 Apabila kakak dapat melihat lagi, saya akan bawa kakak keluar bermain. 25 00:05:41,500 --> 00:05:43,375 Dunia adalah tempat yang sangat indah. 26 00:05:53,791 --> 00:05:58,291 Wong Kar Mun, apabila saya menanggalkan pembalut di mata awak, 27 00:05:58,583 --> 00:06:00,541 ia mungkin sedikit menyakitkan. 28 00:06:00,708 --> 00:06:02,750 Sekiranya terlalu menyakitkan, beritahu saya. 29 00:06:02,958 --> 00:06:05,708 Kita boleh tanggalkan pembalut esok. 30 00:06:28,375 --> 00:06:31,000 Okey, cuba 31 00:06:31,916 --> 00:06:33,708 buka mata perlahan-lahan. 32 00:07:04,666 --> 00:07:07,625 Mun, jangan memaksa diri jika sakit. 33 00:07:21,958 --> 00:07:23,375 Sakitnya! 34 00:07:26,750 --> 00:07:28,666 Sakit sangat? 35 00:07:29,208 --> 00:07:31,958 Dr. Lo, dia pasti menderita! 36 00:07:32,041 --> 00:07:35,708 Dia tidak pernah menangis kesakitan sejak kecil! 37 00:07:35,791 --> 00:07:39,041 Bertenang, nenek, Dr. Lo tahu apa yang harus dilakukan. 38 00:07:41,166 --> 00:07:42,750 Jangan risau. 39 00:07:43,125 --> 00:07:45,208 Sebenarnya, hanya segelintir pesakit berjaya serta-merta. 40 00:07:45,291 --> 00:07:49,166 Ia memerlukan masa untuk mata dan otak untuk bekerjasama. 41 00:07:52,833 --> 00:07:54,125 Beri kepada saya. 42 00:08:30,208 --> 00:08:31,666 Ying Ying. 43 00:08:32,750 --> 00:08:34,000 Ying Ying! 44 00:08:40,416 --> 00:08:42,583 Kakak boleh melihat sekarang? 45 00:08:42,666 --> 00:08:44,291 Saya Ying Ying. 46 00:08:50,583 --> 00:08:52,333 Kakak boleh melihat saya? 47 00:08:53,458 --> 00:08:55,958 Nampaknya sekarang saya boleh melihat. 48 00:08:56,666 --> 00:08:58,541 Hebat! Kakak boleh melihat! 49 00:08:59,000 --> 00:09:01,041 Jururawat, kakak boleh melihat! 50 00:09:02,125 --> 00:09:05,291 Jururawat, mata kakak boleh melihat sekarang! 51 00:09:05,375 --> 00:09:08,333 Dia boleh melihat saya! Mari cepat... 52 00:09:37,291 --> 00:09:39,791 Nenek! Hospital telefon, Mun boleh melihat semula! 53 00:09:39,875 --> 00:09:40,708 Apa? 54 00:09:40,916 --> 00:09:42,041 Mun boleh melihat! 55 00:09:42,125 --> 00:09:45,500 - Benarkah? - Tukar pakaian, mari pergi melawat dia. 56 00:09:47,000 --> 00:09:49,750 Saya boleh keluar hospital sekarang? 57 00:09:49,833 --> 00:09:51,041 Belum lagi. 58 00:09:51,125 --> 00:09:53,375 Setiap penerima kornea bermula dengan rabun jauh, 59 00:09:53,458 --> 00:09:55,541 sebanyak 1,000 darjah. 60 00:09:55,625 --> 00:09:58,458 Apabila rabun jauh awak jatuh ke 200 darjah, 61 00:09:58,541 --> 00:10:01,666 barulah otot mata awak akan dapat menyesuaikan diri. 62 00:10:01,750 --> 00:10:04,208 Bila dia akan mempunyai penglihatan yang sempurna? 63 00:10:04,291 --> 00:10:05,500 Tiada siapa memiliki penglihatan sempurna, 64 00:10:05,583 --> 00:10:07,875 kebanyakan orang rabun jauh, sekitar 100 darjah. 65 00:10:07,958 --> 00:10:09,458 Itu kedengaran menyusahkan. 66 00:10:10,041 --> 00:10:11,625 Dia akan memerlukan cermin mata? 67 00:10:11,708 --> 00:10:12,875 Tidak perlu, Puan. 68 00:10:12,958 --> 00:10:16,416 Yang dia perlu hanyalah sepasang cermin mata hitam buat masa ini. 69 00:10:17,416 --> 00:10:19,500 Mun, berehat sebentar. 70 00:10:19,583 --> 00:10:22,208 Jika segalanya lancar, awak boleh pulang awal. 71 00:10:29,083 --> 00:10:33,375 Awak boleh tanggalkan cermin mata hitam. Cuba biasakan diri dengan cahaya. 72 00:10:34,500 --> 00:10:37,833 Sekiranya berasa sakit, atau jika mata mula berair, 73 00:10:37,916 --> 00:10:41,791 itu bermaksud awak harus menutup mata dan biarkan mata berehat. 74 00:10:41,875 --> 00:10:43,291 Saya akan menolong awak ke katil. 75 00:10:43,375 --> 00:10:44,541 Jururawat. 76 00:10:44,666 --> 00:10:47,375 Adakah terdapat cermin di setiap bilik air? 77 00:10:47,458 --> 00:10:48,916 Saya akan bawa awak ke sana. 78 00:11:04,250 --> 00:11:05,291 Mari. 79 00:11:07,416 --> 00:11:08,458 Perlahan-lahan. 80 00:11:11,250 --> 00:11:14,250 Ambil masa awak, panggil saya jika perlukan apa-apa. 81 00:12:48,833 --> 00:12:49,875 Siapakah itu? 82 00:12:55,333 --> 00:12:56,666 Ying Ying, itu awak? 83 00:12:58,625 --> 00:13:00,125 Kenapa awak senyap? 84 00:13:01,250 --> 00:13:05,125 Kakak, saya akan menjalani satu lagi pembedahan esok. 85 00:13:05,208 --> 00:13:09,375 Awak berjanji untuk membawa kakak keluar setelah dapat melihat. 86 00:13:09,458 --> 00:13:13,000 Jadi, habiskan pembedahan awak, kita boleh keluar dan berseronok. 87 00:13:13,083 --> 00:13:15,291 Kakak boleh pulang sekarang? 88 00:13:15,375 --> 00:13:16,875 Belum lagi. 89 00:13:16,958 --> 00:13:20,041 Walaupun kakak pulang, kakak masih boleh datang melawat awak. 90 00:13:21,541 --> 00:13:23,791 Kakak, mari kita bergambar bersama. 91 00:13:24,500 --> 00:13:26,000 - Jom buat di luar! - Okey! 92 00:13:26,083 --> 00:13:28,291 - Mari pergi... - Pergi ke mana? 93 00:13:29,875 --> 00:13:32,041 Di sini, mari kita bergambar di sini! 94 00:13:32,125 --> 00:13:33,250 Apakah ini? 95 00:13:33,333 --> 00:13:35,291 - Sebuah kamera. - Sebuah kamera? 96 00:13:35,375 --> 00:13:37,666 Ya. Sekarang, lihat sini. 97 00:13:37,750 --> 00:13:38,625 Okey. 98 00:13:38,708 --> 00:13:42,041 Sedia? Satu, dua, tiga! 99 00:15:53,791 --> 00:15:56,333 Puan tak apa-apa? 100 00:16:43,083 --> 00:16:44,333 Puan... 101 00:16:56,750 --> 00:17:00,375 Saya kesejukan... 102 00:17:35,708 --> 00:17:37,208 Hantar yang ini ke Blok C. 103 00:17:38,250 --> 00:17:41,250 Bilik mayat Blok B sudah penuh. 104 00:18:06,375 --> 00:18:07,916 Jururawat? 105 00:18:08,000 --> 00:18:10,208 Wanita tua itu sudah mati? 106 00:18:11,916 --> 00:18:13,208 Ia telah diuruskan. 107 00:18:14,000 --> 00:18:17,833 Tetapi semalam... saya melihat seseorang mengunjunginya. 108 00:18:17,916 --> 00:18:20,875 Mereka juga keluar bersama. 109 00:18:21,958 --> 00:18:25,458 Awak pasti? Kami tidak membenarkan pelawat pada waktu malam. 110 00:18:32,666 --> 00:18:34,166 Di mana Ying Ying? 111 00:18:34,250 --> 00:18:36,791 Dia masuk untuk pembedahan pagi ini. 112 00:18:54,000 --> 00:18:58,000 Dr. Lo mahu awak tinggal selama dua hari lagi untuk pemerhatian, 113 00:18:58,083 --> 00:19:00,666 tetapi saya kena pergi bertugas selama dua minggu. 114 00:19:00,750 --> 00:19:03,541 Tiada siapa yang dapat menjemput awak nanti. 115 00:19:03,625 --> 00:19:05,250 Lebih mudah jika awak daftar keluar sekarang. 116 00:19:05,333 --> 00:19:08,875 Dengan cara ini, awak dan nenek dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama. 117 00:19:10,250 --> 00:19:12,625 Alamak! Sudah pukul 3.00 petang! 118 00:19:12,708 --> 00:19:15,333 Saya harap tempat ini senang dijumpai. 119 00:19:16,791 --> 00:19:20,666 Patut tunggu sehingga saya kembali. Hanya beberapa hari lagi. 120 00:19:21,750 --> 00:19:25,041 Setelah berjumpa dengan ahli terapi, awak boleh naik teksi. 121 00:19:25,125 --> 00:19:27,625 Nenek akan jumpa awak di tingkat bawah. 122 00:19:33,166 --> 00:19:35,041 Rasanya boleh tak kita tiba tepat pada masanya... 123 00:19:40,041 --> 00:19:44,125 Temu janji kami pada pukul 3.00 petang, kami hanya lewat sepuluh minit. 124 00:19:44,208 --> 00:19:45,500 Saya mesti bertolak ke tempat kerja. 125 00:19:45,583 --> 00:19:47,583 Maafkan saya, awak salah faham. 126 00:19:47,666 --> 00:19:51,333 Dr. Lo keluar untuk membeli sesuatu memandangkan awak belum tiba. 127 00:19:51,416 --> 00:19:52,250 Okey. 128 00:19:52,333 --> 00:19:53,333 Dr. Lo sudah kembali. 129 00:19:53,416 --> 00:19:54,875 Di mana temu janji pukul tiga saya? 130 00:19:54,958 --> 00:19:56,166 Ini dia. 131 00:19:56,625 --> 00:19:57,916 Mun, mari kita pergi. 132 00:20:00,458 --> 00:20:03,708 Izinkan saya memperkenalkan awak pada cara pekerjaan saya. 133 00:20:03,791 --> 00:20:05,458 Bermula dari sekarang, 134 00:20:05,541 --> 00:20:08,916 saya adalah ahli psikoterapi untuk Cik Wong Kar Mun. 135 00:20:09,000 --> 00:20:11,833 Memandangkan Cik Wong kehilangan penglihatan pada usia dua tahun, 136 00:20:11,916 --> 00:20:16,333 perbendaharaan kata visualnya sangat terhad, 137 00:20:16,416 --> 00:20:18,916 dan dia mungkin sudah lupa sebahagian besar daripada itu. 138 00:20:19,666 --> 00:20:21,125 Contohnya, 139 00:20:21,208 --> 00:20:25,916 Cik Wong, tolong tanggalkan cermin mata dan biasakan mata awak dengan cahaya. 140 00:20:32,875 --> 00:20:34,875 Boleh awak beritahu apa yang ada di tangan saya? 141 00:20:44,375 --> 00:20:47,625 Awak akan menyedari ia stapler setelah menyentuhnya, 142 00:20:47,708 --> 00:20:50,000 kerana sebelum ini, semua pengetahuan awak tentang objek 143 00:20:50,083 --> 00:20:52,583 adalah berdasarkan sentuhan, bukan pemerhatian. 144 00:20:52,666 --> 00:20:55,125 Namun, awak tidak lagi buta. 145 00:20:55,208 --> 00:20:57,458 Tugas saya adalah untuk membantu mengenalpasti 146 00:20:57,541 --> 00:21:00,875 cara menggunakan mata dan memahami apa yang awak lihat. 147 00:21:00,958 --> 00:21:03,375 Sebenarnya, saya tidak terlalu risau mengenai aspek itu. 148 00:21:03,458 --> 00:21:06,291 Apa yang membimbangkan saya adalah keadaan psikologi pesakit. 149 00:21:06,541 --> 00:21:11,166 Setelah mendapat penglihatan semula, ramai pesakit berasa terasing dan takut. 150 00:21:11,250 --> 00:21:14,666 Dr. Lo yang lain itu saudara awak? 151 00:21:15,375 --> 00:21:16,833 Awak maksudkan bapa saudara saya? 152 00:21:16,916 --> 00:21:19,208 Ya, dia adik bapa saya. 153 00:21:20,458 --> 00:21:23,500 Jadi, pukul berapa awak habis kerja hari ini? 154 00:21:26,708 --> 00:21:29,416 Cik Wong pesakit terakhir saya untuk hari ini. 155 00:21:29,500 --> 00:21:32,333 Baiklah, saya perlu mengejar penerbangan saya, 156 00:21:32,416 --> 00:21:36,125 jadi, boleh awak tolong saya hantar Mun pulang selepas ini? 157 00:21:37,833 --> 00:21:39,375 Sudah tentu. 158 00:21:39,458 --> 00:21:40,916 Lagipun, mulai hari ini, 159 00:21:41,000 --> 00:21:43,375 saya perlu membawa Cik Wong ke luar rumah untuk latihannya. 160 00:21:43,458 --> 00:21:44,291 Okey. 161 00:21:44,375 --> 00:21:48,458 Kakak boleh pergi, saya boleh uruskannya. 162 00:21:48,541 --> 00:21:50,375 Saya sudah biasa. 163 00:22:00,500 --> 00:22:03,583 Ini awak ketika kecil. 164 00:22:03,791 --> 00:22:06,791 Ayah awak merakam gambar ini suatu masa dulu supaya 165 00:22:06,875 --> 00:22:10,541 awak boleh menontonnya setelah mata awak sembuh. 166 00:22:11,500 --> 00:22:13,416 Ia tujuh atau lapan tahun yang lalu. 167 00:22:13,583 --> 00:22:17,625 Dia berhenti merakam sejak bercerai dengan ibu awak. 168 00:22:17,708 --> 00:22:20,541 Nenek, adakah benar apabila ayah kembali, 169 00:22:20,625 --> 00:22:23,000 dia akan membawa kita ke Vancouver? 170 00:22:23,083 --> 00:22:25,625 Saya tahu awak tidak mahu pergi, 171 00:22:25,708 --> 00:22:29,250 tetapi kehidupan di Vancouver lebih perlahan, 172 00:22:29,458 --> 00:22:31,416 ia akan sesuai dengan awak. 173 00:22:31,500 --> 00:22:35,125 Saya tak boleh baca bahasa Cina, bagaimana saya boleh belajar bahasa Inggeris? 174 00:22:35,208 --> 00:22:38,833 Nenek, saya tidak mahu bergantung pada orang lain selama-lamanya. 175 00:22:38,916 --> 00:22:42,333 Saya mahu belajar menulis dan cari pekerjaan di Hong Kong. 176 00:22:42,416 --> 00:22:43,458 Saya mahu berdikari. 177 00:22:44,125 --> 00:22:48,333 Ayah awak mungkin risau jika awak pergi bekerja. 178 00:22:49,583 --> 00:22:52,583 Nenek mahu mencuci pinggan, awak tontonlah. 179 00:23:40,291 --> 00:23:41,625 Hai budak, nak apa? 180 00:23:41,708 --> 00:23:45,333 Kakak ada nampak kad laporan saya? 181 00:23:45,458 --> 00:23:47,083 Tidak. 182 00:23:47,375 --> 00:23:48,875 Awak tinggal di tingkat atas? 183 00:23:49,000 --> 00:23:51,458 Mun, siapa itu? 184 00:23:52,083 --> 00:23:53,791 Budak kecil, nenek. 185 00:23:53,875 --> 00:23:56,500 Ada kad laporan pernah jatuh ke balkoni kita? 186 00:23:59,791 --> 00:24:02,666 Budak itu mempermainkan awak. Abaikan saja dia! 187 00:24:09,583 --> 00:24:12,041 BERHATI-HATI 188 00:25:27,375 --> 00:25:30,125 Budak, apa yang awak makan? 189 00:25:31,500 --> 00:25:32,916 Saya sangat lapar. 190 00:25:38,750 --> 00:25:41,250 Apa dia? Apa masalah awak? 191 00:26:36,791 --> 00:26:38,250 Tahniah! 192 00:26:39,750 --> 00:26:43,000 Kami mempunyai dua berita baik hari ini, semua. 193 00:26:43,208 --> 00:26:44,333 Pertama... 194 00:26:47,375 --> 00:26:51,041 Cik Pekak berjaya menjalani pembedahan! 195 00:26:55,208 --> 00:26:58,708 Kedua, untuk konsert amal Krismas, 196 00:26:58,791 --> 00:27:03,666 kita mendapat penghormatan untuk membuat persembahan dengan Cik Vanessa-Mae! 197 00:27:32,208 --> 00:27:36,083 En. Ching, mengapa saya tidak menerima jadual latihan? 198 00:27:42,000 --> 00:27:45,708 Mun, kami adalah organisasi untuk orang buta. 199 00:27:45,791 --> 00:27:48,541 Awak sentiasa dialu-alukan untuk datang dan berlatih, tetapi, 200 00:27:48,875 --> 00:27:51,666 awak mungkin boleh melakukan perkara lain selain persembahan, 201 00:27:51,750 --> 00:27:54,416 seperti penyelarasan, atau menguruskan ahli. 202 00:27:54,541 --> 00:27:58,833 Saya juga boleh aturkan awak untuk menjadi sukarelawan di pusat. 203 00:27:58,916 --> 00:28:03,500 En. Ching, saya mahu mengambil bahagian dalam persembahan ini. 204 00:28:03,583 --> 00:28:07,208 Sudah lama saya berlatih untuk konsert ini. 205 00:28:07,333 --> 00:28:10,666 Saya faham, namun... 206 00:28:12,833 --> 00:28:14,000 Maafkan saya, En. Ching, 207 00:28:14,083 --> 00:28:18,250 Ejen Vanessa-Mae mahu kita faks jadual latihan. 208 00:28:18,458 --> 00:28:20,916 Saya akan datang segera. 209 00:28:21,000 --> 00:28:24,208 Mun? 210 00:28:24,291 --> 00:28:26,083 Kita sambung perbincangan nanti. 211 00:28:26,208 --> 00:28:29,000 Saya perlu pergi sekarang. Jumpa lagi. 212 00:29:57,375 --> 00:29:58,750 - Nenek! - Awak nak pergi? 213 00:29:58,833 --> 00:29:59,916 Ya, ke kelas. 214 00:30:00,000 --> 00:30:03,416 Balik awal untuk makan malam. Nenek dah sediakan sup lobak istimewa. 215 00:30:03,500 --> 00:30:04,916 Selamat tinggal! 216 00:30:07,125 --> 00:30:11,291 Kakak ada nampak kad laporan saya? 217 00:30:11,375 --> 00:30:14,791 Kad laporan? Awak masih belum menjumpainya? 218 00:30:15,458 --> 00:30:17,000 Saya tak jumpa. 219 00:30:20,875 --> 00:30:23,583 Mungkin, awak harus tanya orang lain. Okey? 220 00:30:35,083 --> 00:30:38,791 TELEFON 221 00:30:44,416 --> 00:30:45,375 Ying Ying! 222 00:30:48,250 --> 00:30:50,750 Maaf, saya ingin bercakap dengannya. 223 00:30:50,875 --> 00:30:52,791 Lihat apa saya bawa untuk awak. 224 00:30:55,041 --> 00:30:58,083 Kakak, saya baru menjalani kemoterapi. 225 00:30:58,291 --> 00:31:01,500 Saya tidak patut makan. Saya akan muntah jika makan. 226 00:31:04,000 --> 00:31:08,000 Tidak mengapa, kita akan menyimpannya sehingga awak menjadi lebih baik, okey? 227 00:31:38,250 --> 00:31:41,583 Kalaulah kami mempercayainya, 228 00:31:41,708 --> 00:31:44,000 atau memberinya peluang untuk menjelaskan... 229 00:31:45,083 --> 00:31:47,833 dia mungkin masih ada di sini, bermain permainan video. 230 00:31:48,708 --> 00:31:51,500 Siapa sangka dia akan membunuh diri? 231 00:31:54,208 --> 00:31:57,375 Bunuh diri adalah dosa yang mengerikan. 232 00:31:59,291 --> 00:32:01,166 Jiwa mereka yang membunuh diri 233 00:32:01,250 --> 00:32:04,833 akan mengulang kematian mereka yang menyakitkan setiap hari. 234 00:32:05,875 --> 00:32:09,500 Untuk membantunya keluar dari kitaran kesakitan ini, 235 00:32:09,583 --> 00:32:13,416 kita perlu mengetahui punca dia membunuh diri. 236 00:32:13,500 --> 00:32:16,208 Barulah jiwanya dapat meninggalkan dunia ini dengan aman. 237 00:32:19,583 --> 00:32:23,125 Pernahkah awak terfikir dia mungkin bercakap benar? 238 00:32:23,208 --> 00:32:25,625 Mungkin, dia benar-benar kehilangan kad laporannya. 239 00:34:33,916 --> 00:34:36,291 Encik sudah lama mengajar di sini? 240 00:34:36,500 --> 00:34:38,083 Ya. Bertahun-tahun. 241 00:34:38,166 --> 00:34:41,166 Ini adalah kaligrafi. Saya akan mengajar awak cara menulis. 242 00:34:41,250 --> 00:34:44,125 Di sini, pegang berus dan tulis. 243 00:34:44,208 --> 00:34:48,500 Gunakan ibu jari dan jari telunjuk, membentuk bulatan seperti ini. 244 00:34:48,583 --> 00:34:53,708 Seperti ini... dan tulis. Di sini, cubalah. 245 00:34:54,458 --> 00:34:58,666 Hanya segelintir yang mahu belajar kaligrafi pada masa kini. 246 00:34:58,750 --> 00:35:04,083 Saya biasa mengajar tiga pelajaran seminggu, 247 00:35:04,166 --> 00:35:08,458 sekarang, saya hanya mempunyai satu pelajaran dalam seminggu. 248 00:35:09,458 --> 00:35:13,875 Sekarang, cuba tulis sendiri, okey? 249 00:35:13,958 --> 00:35:15,500 Berlatih sendiri. 250 00:35:41,250 --> 00:35:43,083 Kenapa awak duduk di tempat saya? 251 00:36:15,791 --> 00:36:17,458 Kenapa awak duduk di tempat saya? 252 00:36:27,166 --> 00:36:30,250 Kenapa? Apa yang sedang berlaku? 253 00:36:33,125 --> 00:36:36,125 Apa yang awak cari? Awak okey? 254 00:36:41,208 --> 00:36:45,541 Bagaimana ini berlaku? 255 00:36:45,625 --> 00:36:47,791 Awak tidak sihat? 256 00:36:50,541 --> 00:36:51,833 Dr. Lo ada? 257 00:36:51,916 --> 00:36:54,250 Cik Wong, awak datang dua hari yang lalu. 258 00:36:54,458 --> 00:36:56,458 Temu janji yang seterusnya pada hari Jumaat. 259 00:36:57,958 --> 00:37:00,416 Dia keluar untuk perjumpaan, akan balik pada pukul 5.00 petang. 260 00:37:02,500 --> 00:37:04,625 Dia pasti akan sampai pada jam 5.00 petang? 261 00:37:05,041 --> 00:37:07,708 Adakah ia mustahak? Saya boleh menghubunginya jika awak mahu. 262 00:37:10,333 --> 00:37:12,000 Saya akan kembali pada pukul 5.00. 263 00:39:08,916 --> 00:39:11,541 KAFE SANYANG 264 00:39:17,125 --> 00:39:18,541 Bolehkah awak melihatnya juga? 265 00:39:20,625 --> 00:39:23,708 Mereka biasanya tidak suka awak memerhatikan mereka. 266 00:39:23,791 --> 00:39:26,041 Beri sedikit masa dan awak akan terbiasa. 267 00:39:27,250 --> 00:39:30,333 Semua kedai berdekatan telah dibeli, 268 00:39:30,458 --> 00:39:32,416 hanya bos saya yang enggan menjual. 269 00:39:32,541 --> 00:39:35,500 Dia mengharapkan isteri dan anaknya untuk berkunjung. 270 00:39:36,583 --> 00:39:39,166 Sebenarnya, dia tidak dapat lihat mereka. 271 00:40:26,791 --> 00:40:29,208 Terdapat kemalangan kereta di sana... 272 00:40:38,041 --> 00:40:40,750 Jangan gerakkan dia, mungkin tulangnya patah. 273 00:41:16,250 --> 00:41:17,250 Mun! 274 00:41:19,041 --> 00:41:22,000 Setiausaha saya mengatakan awak mencari saya. Apa masalahnya? 275 00:41:38,125 --> 00:41:39,416 Boleh awak tolong saya? 276 00:41:40,625 --> 00:41:44,958 Sudah tentu. Adakah mata awak sakit? 277 00:41:47,833 --> 00:41:51,291 - Adakah awak mempercayai saya? - Ya. 278 00:41:52,208 --> 00:41:53,458 Apa dia? 279 00:41:54,666 --> 00:41:59,333 Susuk hitam itu, dia datang untuk mengambil orang mati. 280 00:42:00,416 --> 00:42:01,708 Susuk hitam apa? 281 00:42:05,666 --> 00:42:07,791 Semasa saya di hospital... 282 00:42:09,333 --> 00:42:11,416 saya nampak susuk hitam. 283 00:42:13,708 --> 00:42:16,833 Dia membawa seorang wanita tua bersamanya. 284 00:42:17,583 --> 00:42:20,750 Keesokan paginya, wanita tua itu telah mati. 285 00:42:22,750 --> 00:42:26,916 Bilik saya terus berubah secara tiba-tiba ke bilik yang berbeza. 286 00:42:28,458 --> 00:42:31,416 Saya juga nampak seseorang dengan separuh bahagian bawah badannya hilang. 287 00:42:41,125 --> 00:42:44,583 Apabila mereka berlalu, ia seperti kejutan elektrik... 288 00:42:46,125 --> 00:42:48,250 seluruh badan saya kelu... 289 00:42:58,166 --> 00:43:01,375 Bertenang. Beritahu saya perlahan-lahan. 290 00:43:10,708 --> 00:43:12,541 Ketika saya masih kecil... 291 00:43:14,250 --> 00:43:16,416 Nenek memberitahu saya... 292 00:43:17,500 --> 00:43:20,041 Saya bukan anak biasa... 293 00:43:21,333 --> 00:43:24,458 Tuhan telah memberi saya beberapa halangan, 294 00:43:24,541 --> 00:43:29,000 supaya saya membesar untuk menjadi orang yang luar biasa. 295 00:43:32,041 --> 00:43:36,250 Sekarang, saya akhirnya faham apa maksudnya menjadi luar biasa. 296 00:43:37,458 --> 00:43:41,208 Orang luar biasa dapat melihat perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain... 297 00:43:42,791 --> 00:43:45,458 merasa sakit yang orang lain tidak akan rasa. 298 00:43:50,208 --> 00:43:54,583 Mungkin, saya tidak ditakdirkan untuk melihat dunia ini. 299 00:43:57,083 --> 00:43:59,833 Saya tidak mahu terkurung di dunia saya sendiri lagi, 300 00:43:59,916 --> 00:44:02,083 ketakutan di atas katil setiap malam... 301 00:44:03,583 --> 00:44:05,833 kemudian terbangun sebab mimpi ngeri setiap pagi. 302 00:44:09,166 --> 00:44:12,000 Saya hanya mahu menjadi orang biasa. 303 00:44:13,625 --> 00:44:16,500 Wah, boleh awak bantu saya? 304 00:44:19,708 --> 00:44:21,125 Ya. 305 00:44:27,125 --> 00:44:29,458 Salah seorang profesor psikologi saya dari Amerika 306 00:44:29,541 --> 00:44:31,875 baru tiba di Hong Kong untuk lawatan. 307 00:44:31,958 --> 00:44:36,333 Mari berjumpa dengannya esok, mungkin dia boleh menolong awak. 308 00:44:53,416 --> 00:44:56,916 Bagaimana awak boleh menolong saya tanpa mempercayai saya? 309 00:45:32,291 --> 00:45:34,291 Kakak, apa yang berlaku? 310 00:45:34,416 --> 00:45:36,666 Maaf, saya mesti pergi. 311 00:45:36,750 --> 00:45:38,208 Hubungi saya jika awak memerlukan apa-apa. 312 00:45:38,291 --> 00:45:39,333 Selamat tinggal. 313 00:45:41,083 --> 00:45:42,250 Siapakah itu? 314 00:45:42,416 --> 00:45:43,791 Seorang kawan. 315 00:45:43,875 --> 00:45:47,041 Dia meminta Yee menghantar sesuatu kepada rakan di Amerika. 316 00:45:47,125 --> 00:45:49,000 Ya, betul. 317 00:45:49,083 --> 00:45:52,833 Awak pulang awal. Bukankah awak sepatutnya pulang minggu depan? 318 00:45:53,000 --> 00:45:55,750 Ada rakan sekerja yang tukar masa kerja dengan saya, 319 00:45:55,833 --> 00:45:56,791 jadi, saya pulang awal. 320 00:45:56,875 --> 00:46:00,000 Awak balik dahulu, sangat berasap di sini. Pergilah! 321 00:49:54,208 --> 00:49:55,208 TINGKAT 14, UNIT-C 322 00:50:06,875 --> 00:50:10,000 Kakak ada nampak kad laporan saya? 323 00:50:10,083 --> 00:50:12,541 Mengapa asyik tanya saya? Saya dah cakap, saya tak nampak! 324 00:50:12,625 --> 00:50:16,458 Kakak ada nampak kad laporan saya? 325 00:50:29,125 --> 00:50:30,208 TINGKAT 15, UNIT-C 326 00:52:45,916 --> 00:52:48,958 Pak cik, dengar cakap saya... 327 00:52:49,041 --> 00:52:49,875 Tidak boleh! 328 00:52:49,958 --> 00:52:52,291 Hanya awak yang boleh membantu kami! 329 00:52:52,416 --> 00:52:54,208 Saya sudah mengatakan tidak! 330 00:52:54,291 --> 00:52:58,541 Sekiranya awak masih menghormati pertalian persaudaraan kita, 331 00:52:58,708 --> 00:53:01,333 awak tidak patut menanya saya mengenai perkara ini! 332 00:53:01,416 --> 00:53:02,750 KONSULTAN OFTALMOLOGI 333 00:53:03,291 --> 00:53:05,875 Pertama sekali, awak patut tahu 334 00:53:05,958 --> 00:53:08,625 etika perubatan, mengenai pemindahan organ. 335 00:53:08,708 --> 00:53:11,208 Awak patut tahu 336 00:53:11,416 --> 00:53:14,166 identiti penderma kornea disembunyikan daripada saya. 337 00:53:14,541 --> 00:53:15,666 Susuk hitam apa? 338 00:53:15,750 --> 00:53:18,291 Satu pemindahan kornea dan dia mula melihat hantu? 339 00:53:18,375 --> 00:53:19,708 Awak benar-benar mempercayainya? 340 00:53:22,916 --> 00:53:23,958 Bagaimana jika saya percaya? 341 00:53:24,041 --> 00:53:25,958 Jadi, kita tidak perlu membincangkannya langsung! 342 00:53:28,041 --> 00:53:29,083 Pak cik... 343 00:53:30,458 --> 00:53:33,416 Jangan beritahu saya, awak jatuh cinta dengan pesakit awak. 344 00:53:44,083 --> 00:53:45,083 Helo? 345 00:53:45,166 --> 00:53:49,250 Wah, ini awak? Mun menghadapi masalah! 346 00:53:49,375 --> 00:53:51,791 Bolehkah awak datang dengan segera? 347 00:53:52,791 --> 00:53:54,416 Boleh, saya datang sekarang. 348 00:54:00,166 --> 00:54:04,208 Ya, saya akui, dia lebih daripada seorang pesakit kepada saya. 349 00:54:15,833 --> 00:54:18,375 Mun! 350 00:54:28,083 --> 00:54:30,583 Berapa lama awak merancang untuk bersembunyi di bilik kecil ini? 351 00:54:30,666 --> 00:54:32,500 Lima tahun? Tujuh? Atau sepuluh? 352 00:54:33,708 --> 00:54:36,416 Lambat-laun awak perlu menghadapi masalah awak. 353 00:54:38,541 --> 00:54:42,125 Awak mahu bermain biola? Pergilah bermain bersama kumpulan! 354 00:54:44,125 --> 00:54:46,666 Saya boleh terima awak berpura-pura buta. 355 00:54:46,791 --> 00:54:49,791 Tetapi walaupun ketika awak buta, awak tidak tinggal di sini sahaja. 356 00:54:56,750 --> 00:54:59,375 Saya hanya mahu membantu. 357 00:57:13,375 --> 00:57:14,625 - Mun. - Mun! 358 00:57:37,333 --> 00:57:38,708 Kakak. 359 00:57:49,666 --> 00:57:52,958 Ying Ying, apa yang awak buat di sini? 360 00:57:53,791 --> 00:57:57,000 Kakak, saya boleh meninggalkan hospital sekarang. 361 00:57:59,166 --> 00:58:01,291 Awak boleh pulang? 362 00:58:01,500 --> 00:58:05,500 Ya, saya tidak memerlukan pembedahan lagi, saya boleh pergi ke sekolah sekarang. 363 00:58:06,666 --> 00:58:08,041 Jadi... 364 00:58:09,833 --> 00:58:12,041 Jadi, setelah saya keluar dari sini... 365 00:58:14,250 --> 00:58:18,166 kita boleh keluar dan bermain bersama... 366 00:58:18,500 --> 00:58:21,250 kita boleh mengambil gambar, kita juga boleh... 367 00:58:27,291 --> 00:58:30,375 Saya sangat gembira kakak dapat melihat sekarang... 368 00:58:36,833 --> 00:58:39,208 kerana dunia ini sungguh indah. 369 00:58:47,000 --> 00:58:48,583 Ying Ying... 370 00:58:49,541 --> 00:58:52,458 Tidak mengapa! Bergembiralah. 371 00:58:52,541 --> 00:58:55,583 Kekal kuat dan semuanya akan baik-baik saja. 372 00:59:01,750 --> 00:59:03,833 Kakak, saya mesti pergi sekarang. 373 00:59:44,250 --> 00:59:46,291 Ying Ying! 374 01:00:25,708 --> 01:00:28,791 Wong Kar Mun, saya ingin memberitahu... 375 01:00:30,500 --> 01:00:32,250 Ying Ying sudah... 376 01:00:37,708 --> 01:00:41,375 Saya tahu. Saya baru melihatnya. 377 01:00:43,500 --> 01:00:46,250 Saya tahu dia sudah mati. 378 01:01:13,333 --> 01:01:15,666 YUEN KIT YING 379 01:01:39,833 --> 01:01:41,125 Awak tengah lihat apa? 380 01:01:42,666 --> 01:01:44,125 Ying Ying. 381 01:01:48,458 --> 01:01:49,750 Bolehkah awak melihatnya? 382 01:01:58,833 --> 01:02:00,500 Bukan dia. 383 01:02:02,125 --> 01:02:04,208 Entah mengapa dia tidak muncul hari ini. 384 01:02:10,625 --> 01:02:12,375 Awak tidak takut lagi? 385 01:02:16,583 --> 01:02:19,458 Saya tiada pilihan. 386 01:02:19,541 --> 01:02:21,458 Saya mesti melihat semua perkara ini. 387 01:02:22,666 --> 01:02:25,000 Sekurang-kurangnya, saya dapat melihat orang yang saya sayang. 388 01:02:35,375 --> 01:02:37,250 KAKAK MUN 389 01:02:38,916 --> 01:02:40,541 Apa ini? 390 01:02:40,666 --> 01:02:42,625 Ying Ying menulis ini untuk awak. 391 01:02:53,666 --> 01:02:54,833 Apa yang ditulisnya? 392 01:02:55,000 --> 01:02:56,666 "Jangan lupakan saya." 393 01:02:59,541 --> 01:03:03,541 JANGAN LUPAKAN SAYA 394 01:03:03,875 --> 01:03:06,208 Dia meletakkan gambar yang salah. 395 01:03:06,291 --> 01:03:07,541 Siapa ini? 396 01:03:08,875 --> 01:03:13,166 Itu awak! Awak masih tidak mengenali diri sendiri? 397 01:03:34,916 --> 01:03:36,916 Apa yang sedang berlaku? 398 01:03:38,166 --> 01:03:39,708 Siapa awak? 399 01:04:28,208 --> 01:04:31,375 Kami percaya bahawa kesedaran terakhir manusia 400 01:04:31,458 --> 01:04:33,916 dibawa ke akhirat. 401 01:04:34,083 --> 01:04:37,083 Iaitu, pemikiran seseorang pada saat terakhir mereka, 402 01:04:37,208 --> 01:04:40,375 akan menjadi kesedaran abadi jiwa mereka. 403 01:04:40,458 --> 01:04:42,666 Jadi, mereka yang mati secara tiba-tiba, 404 01:04:42,791 --> 01:04:46,166 tidak akan ingat cara mereka mati. 405 01:04:46,291 --> 01:04:50,125 Jiwa mereka kekal di dunia ini, seolah-olah mereka masih hidup. 406 01:04:50,208 --> 01:04:53,000 Tetapi ada segelintir yang enggan pergi dengan sengaja, 407 01:04:53,083 --> 01:04:56,250 kebanyakannya kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan ketika hidup. 408 01:04:56,333 --> 01:04:59,791 Jiwa-jiwa ini tidak dapat ditenangkan sekiranya masalah mereka berterusan. 409 01:04:59,875 --> 01:05:03,416 Hanya ada satu cara untuk menolong mereka, 410 01:05:03,500 --> 01:05:07,041 iaitu untuk menyelesaikan apa yang mereka tidak dapat selesaikan. 411 01:05:07,166 --> 01:05:10,375 Wanita yang Cik Wong nampak setelah mendapat kembali penglihatannya. 412 01:05:10,458 --> 01:05:13,958 Kita harus menyelesaikan masalahnya supaya dia dapat pergi. 413 01:05:33,208 --> 01:05:34,375 {\an8}SULIT 414 01:05:34,458 --> 01:05:36,333 {\an8}Saya harap tidak melakukan kesalahan. 415 01:05:37,291 --> 01:05:42,000 Walaupun salah, itu masalah saya, tapi saya tidak akan menyesal. 416 01:05:44,333 --> 01:05:46,458 Adakah awak lahir semula di badan yang salah? 417 01:05:46,541 --> 01:05:49,166 Kenapa awak sangat berbeza daripada ahli keluarga yang lain? 418 01:05:54,916 --> 01:05:56,083 Berhati-hati. 419 01:06:07,000 --> 01:06:11,333 {\an8}BANGKOK, THAILAND 420 01:06:18,000 --> 01:06:20,166 Dr. Lo akhirnya mempercayai awak? 421 01:06:20,583 --> 01:06:23,583 Mari kita anggap Dr. Lo tidak terlibat. 422 01:06:23,958 --> 01:06:25,958 Lagipun dia seorang profesional... 423 01:06:26,708 --> 01:06:29,333 - awak faham maksud saya? - Ya. 424 01:06:30,208 --> 01:06:31,583 Berapa jauh lagi? 425 01:06:32,458 --> 01:06:33,791 Saya tidak pasti. 426 01:06:34,000 --> 01:06:37,333 Dikatakan di sini, bahawa nama Cina dia adalah Chiu Wai Ling, 427 01:06:37,416 --> 01:06:39,125 keturunan Cina Thailand, saya rasa. 428 01:06:39,250 --> 01:06:40,791 Ini adalah catatan hospitalnya. 429 01:07:18,833 --> 01:07:22,416 Ini adalah Hospital Siam Rach, Siam Rach. 430 01:07:22,916 --> 01:07:24,500 "Si-am-la?" 431 01:07:26,125 --> 01:07:28,208 Adakah "Si-am-la" bermaksud "Siam"? 432 01:07:28,291 --> 01:07:29,791 Mari turun untuk melihatnya. 433 01:08:00,583 --> 01:08:01,541 Hai. 434 01:08:01,750 --> 01:08:06,416 Maaf, adakah hospital ini bernama Siam Rach Lunteban? 435 01:08:06,666 --> 01:08:08,166 - Ya. - Ya? 436 01:08:09,583 --> 01:08:12,291 Saya perlu bercakap dengan doktor di sini, namanya Eak. 437 01:08:13,833 --> 01:08:16,041 Mari sini dan uruskan ini. 438 01:08:18,791 --> 01:08:19,625 Boleh saya tolong awak? 439 01:08:19,750 --> 01:08:23,041 Hai, saya perlu bercakap dengan doktor di hospital ini, 440 01:08:23,125 --> 01:08:24,791 namanya Eak. 441 01:08:26,333 --> 01:08:27,333 Awak kenal dia? 442 01:08:28,416 --> 01:08:29,416 Tidak? 443 01:08:30,416 --> 01:08:32,833 Tetapi ada doktor bernama Eak, bukan? 444 01:08:49,000 --> 01:08:51,583 Tertulis di sini, 445 01:08:53,000 --> 01:08:56,083 ini hospitalnya, nama dia Eak. 446 01:08:56,208 --> 01:08:57,875 Dia tiada di sini sekarang. 447 01:08:57,958 --> 01:08:59,708 Dia tiada di sini sekarang? 448 01:10:07,291 --> 01:10:08,291 Wah! 449 01:10:14,333 --> 01:10:15,416 Apa itu? 450 01:10:15,500 --> 01:10:18,041 - Ini adalah tempatnya. - Tempat apa? 451 01:10:18,166 --> 01:10:20,416 Tempat yang saya bermimpi buruk. 452 01:10:20,500 --> 01:10:21,791 Mimpi buruk? 453 01:10:22,541 --> 01:10:23,750 Inilah dia! 454 01:10:27,208 --> 01:10:29,916 - Doktor! - Apa masalahnya? 455 01:10:30,083 --> 01:10:33,333 Awak mempunyai dua pelawat. 456 01:10:34,416 --> 01:10:37,666 Encik, ini Dr. Eak. 457 01:10:37,791 --> 01:10:39,500 - Awak Dr. Eak? - Ya. 458 01:10:39,625 --> 01:10:40,500 Nama saya Wah. 459 01:10:40,583 --> 01:10:42,541 - Hai. - Senang bertemu dengan awak. 460 01:10:42,625 --> 01:10:46,041 Ia mengenai dirinya. Dia baru sahaja menjalani pemindahan kornea. 461 01:10:46,166 --> 01:10:48,875 Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga penderma. 462 01:10:49,583 --> 01:10:51,958 Kami harap awak dapat memberi beberapa butiran. 463 01:10:52,291 --> 01:10:54,250 Inilah maklumatnya. 464 01:11:02,000 --> 01:11:03,458 Awak berdua dari Hong Kong? 465 01:11:04,125 --> 01:11:06,041 Awak boleh berbahasa Mandarin? 466 01:11:06,208 --> 01:11:07,666 Bolehkah awak menolong kami? 467 01:11:10,541 --> 01:11:14,125 Maaf, saya tidak dapat mendedahkan rekod hospital kami, 468 01:11:14,250 --> 01:11:16,083 tanpa kebenaran yang sah. 469 01:11:17,250 --> 01:11:18,583 Harap faham. 470 01:11:18,666 --> 01:11:22,416 Tunggu! Kami perlu melihat keluarga penderma dengan segera, 471 01:11:22,666 --> 01:11:26,708 boleh awak menghubungi mereka, dan lihat jika mereka sanggup jumpa kami? 472 01:11:26,875 --> 01:11:29,291 Keluarganya tidak akan rela untuk berjumpa dengan awak. 473 01:11:29,416 --> 01:11:31,000 Siapa awak untuk Ling? 474 01:11:32,500 --> 01:11:33,708 Tolong pergi. 475 01:11:34,208 --> 01:11:35,333 Tunggu! 476 01:11:36,916 --> 01:11:40,708 Selepas saya mendapat kornea Ling, saya mula lihat perkara yang biasa dilihatnya! 477 01:11:51,250 --> 01:11:53,250 Ling adalah seorang gadis yang sedih, 478 01:11:54,041 --> 01:11:56,958 semua orang di kampung menjauhinya. 479 01:11:57,041 --> 01:11:58,208 Kenapa? 480 01:11:59,083 --> 01:12:02,750 Dari masa ke semasa, dia akan menangis di luar pintu seseorang, 481 01:12:02,833 --> 01:12:04,500 dan selepas itu, 482 01:12:04,583 --> 01:12:07,875 seseorang di rumah itu akan meninggal dunia. 483 01:12:07,958 --> 01:12:13,083 Jadi, semua orang menganggapnya syaitan dan selalu menghalaunya. 484 01:12:14,791 --> 01:12:16,916 Kanak-kanak memperlakukannya seperti raksasa. 485 01:12:18,291 --> 01:12:21,416 Saya juga melemparkan batu ke arahnya semasa kecil... 486 01:12:23,208 --> 01:12:26,291 Kerana tiada siapa di antara awak yang percaya dia melihat kematian? 487 01:12:27,416 --> 01:12:29,166 Mungkin kerana ketakutan. 488 01:12:30,875 --> 01:12:32,375 Jadi, awak mempercayainya sekarang? 489 01:12:45,833 --> 01:12:46,833 Inilah dia. 490 01:13:05,250 --> 01:13:08,375 Puan Chui, mereka datang dari Hong Kong. 491 01:13:11,500 --> 01:13:13,166 Tiada sesiapa menyukai Ling... 492 01:13:14,458 --> 01:13:17,333 jadi, dia tidak pernah menjejakkan kaki di kampung. 493 01:13:20,000 --> 01:13:22,083 Namun, pada malam api besar, 494 01:13:22,166 --> 01:13:26,291 ramai yang melihatnya berlari dan berteriak secara histeria, 495 01:13:26,458 --> 01:13:27,708 seolah-olah bercakap dengan dirinya. 496 01:13:29,583 --> 01:13:31,375 Memandangkan semua orang membenci Ling, 497 01:13:32,083 --> 01:13:34,041 tiada sesiapa yang memperhatikannya. 498 01:13:35,208 --> 01:13:38,791 Saya hanya mendengar, beberapa penduduk kampung menyimbah air kepadanya 499 01:13:38,875 --> 01:13:40,291 untuk menghalau dia. 500 01:13:42,041 --> 01:13:45,625 Sekitar tengah malam, api besar meletus 501 01:13:45,708 --> 01:13:48,125 dan terus marak hingga tengah hari keesokan harinya. 502 01:13:48,250 --> 01:13:52,041 Hampir 300 mayat terbakar tidak dapat dikenal pasti. 503 01:13:52,458 --> 01:13:55,208 - Bagaimana Ling mati? - Dia menggantung diri. 504 01:14:03,458 --> 01:14:06,750 Ling bunuh diri sehari selepas api besar. 505 01:14:14,916 --> 01:14:16,791 Bagaimana keadaan Puan Chui? 506 01:14:17,416 --> 01:14:18,625 Dia baik-baik saja. 507 01:14:21,625 --> 01:14:23,791 Jadi, awak juga percaya bahawa dia tidak gila, 508 01:14:24,041 --> 01:14:26,625 bahawa dia nampak sesuatu yang orang lain tidak nampak. 509 01:14:27,416 --> 01:14:30,458 Dia meramalkan bencana besar dan cuba memberi amaran kepada semua, 510 01:14:30,666 --> 01:14:32,791 tetapi tiada sesiapa yang mendengarnya. 511 01:14:32,916 --> 01:14:35,416 Saya tidak faham mengenai perkara kerohanian. 512 01:14:35,541 --> 01:14:40,458 Saya hanya mahu awak berdua tahu bahawa Ling seorang yang sangat baik... 513 01:14:42,083 --> 01:14:43,791 dan dia menjalani kehidupan yang sukar. 514 01:14:46,041 --> 01:14:48,916 Bolehkah saya melihat bilik Ling? 515 01:15:09,666 --> 01:15:12,291 Malam ini... saya mahu bermalam di sini. 516 01:15:12,375 --> 01:15:16,291 Saya akan membawa awak ke kubur Ling esok pagi. 517 01:15:16,416 --> 01:15:20,208 Awak sangat baik kepada kami, terima kasih. 518 01:15:20,708 --> 01:15:22,250 Awak mesti tidur sekarang. 519 01:15:25,416 --> 01:15:29,000 Saya berada di bilik sebelah, teriak sekiranya ada sesuatu. 520 01:16:38,666 --> 01:16:41,541 Saya tahu awak mahu saya datang ke sini selama ini. 521 01:16:41,625 --> 01:16:45,375 Jadi saya di sini sekarang. Apa yang awak mahu beritahu saya? 522 01:17:13,041 --> 01:17:18,458 ...malang! 523 01:17:18,958 --> 01:17:22,208 Cepat! Bawa dia ke hospital! 524 01:17:22,458 --> 01:17:25,500 Awak adalah bencana! 525 01:17:28,458 --> 01:17:31,458 Semua yang awak cakap adalah jahat! Diam, demi Tuhan! 526 01:17:31,833 --> 01:17:35,125 Awak pembawa malang! Awaklah penyebab semuanya! 527 01:17:43,166 --> 01:17:45,916 Saya dah kata jangan datang ke sini! 528 01:17:46,125 --> 01:17:52,125 Dia jahat! Jangan bermain dengannya! 529 01:17:58,166 --> 01:18:02,541 Pergi selamatkan dia! Selamatkan anak lelaki saya... 530 01:18:02,750 --> 01:18:07,083 Tolong dia... Buat dia bernafas! 531 01:18:08,208 --> 01:18:11,375 Demi Tuhan... 532 01:18:15,583 --> 01:18:17,916 Dia jahat! 533 01:18:18,250 --> 01:18:21,166 Ini semua salah awak! 534 01:19:21,125 --> 01:19:23,875 Puan Chui, saya tahu cara untuk menolong Ling. 535 01:19:23,958 --> 01:19:25,791 Mari naik ke tingkat atas untuk melihatnya. 536 01:19:25,875 --> 01:19:29,000 Masa dia yang paling menyakitkan bukan pada masa lalu, tapi ianya sekarang! 537 01:19:29,083 --> 01:19:30,875 Sejak dia membunuh diri, dia terperangkap 538 01:19:30,958 --> 01:19:33,708 dalam lingkaran masa dan sentiasa mengulanginya. 539 01:19:33,833 --> 01:19:38,166 Dia sudah mati, bagaimana dia boleh mati lagi? 540 01:19:38,291 --> 01:19:39,750 Puan Chui, dengar cakap saya. 541 01:19:40,250 --> 01:19:43,000 Anak perempuan awak akan muncul di tingkat atas tidak lama lagi. 542 01:19:45,583 --> 01:19:46,916 Mari naik berjumpa dengannya! 543 01:19:47,166 --> 01:19:48,916 Saya tidak mahu melihatnya! 544 01:19:50,000 --> 01:19:51,916 Saya menghabiskan seluruh hidup melindunginya, 545 01:19:52,500 --> 01:19:55,333 saya tidak pernah menyerah kalah, 546 01:19:55,416 --> 01:19:58,958 tetapi dia menyerah kalah kepada dirinya sendiri! 547 01:19:59,583 --> 01:20:01,791 Untuk itu, saya tidak akan memaafkannya! 548 01:20:08,166 --> 01:20:12,541 Dengarlah, saya pasti awak mendengar suara ini setiap malam. 549 01:20:13,916 --> 01:20:15,958 Ling meninggal pada pukul 3.00, bukan? 550 01:20:26,333 --> 01:20:29,541 Puan Chui, ikut saya dan awak akan faham. 551 01:20:30,000 --> 01:20:31,583 Saya tidak mahu ke mana-mana! 552 01:21:22,958 --> 01:21:28,250 Ibu... 553 01:21:31,333 --> 01:21:33,166 Tolong saya... 554 01:21:39,250 --> 01:21:40,250 Ling? 555 01:21:42,125 --> 01:21:44,583 Tolong saya... 556 01:22:29,041 --> 01:22:30,791 Adakah itu Ling? 557 01:22:30,875 --> 01:22:33,500 Adakah itu benar-benar Ling? 558 01:22:36,208 --> 01:22:39,708 Ibu... 559 01:22:39,791 --> 01:22:42,416 Tolong saya... 560 01:22:42,833 --> 01:22:45,291 Ling, awak telah meninggalkan ibu... 561 01:22:48,333 --> 01:22:53,708 Awak telah meninggalkan ibu... 562 01:22:54,125 --> 01:23:00,375 Ibu, tolong saya! 563 01:23:08,833 --> 01:23:10,208 Ling, Ibu datang! 564 01:23:13,250 --> 01:23:14,541 Ling! 565 01:23:19,916 --> 01:23:23,000 Anak ibu, ibu ada di sini. 566 01:23:23,833 --> 01:23:25,625 Jangan takut... 567 01:23:27,791 --> 01:23:30,333 tiada sesiapa yang boleh membuli awak lagi. 568 01:23:31,000 --> 01:23:34,875 Ibu, saya minta maaf, 569 01:23:36,708 --> 01:23:38,500 saya bersalah... 570 01:23:40,291 --> 01:23:42,250 tolong maafkan saya! 571 01:23:46,625 --> 01:23:48,541 Ibu sudah memaafkan awak. 572 01:24:04,000 --> 01:24:05,250 Mun! 573 01:24:06,791 --> 01:24:08,375 Apa yang berlaku? 574 01:24:09,375 --> 01:24:11,083 Awak tak apa-apa? 575 01:24:37,208 --> 01:24:43,416 DI DALAM INGATAN ANAK PEREMPUAN YANG TERSAYANG CHIU WAI LING 576 01:26:15,833 --> 01:26:17,500 MAE CHAEM 577 01:27:40,125 --> 01:27:46,875 Cepat! Tarik dia keluar! 578 01:27:56,000 --> 01:27:58,958 Berhati-hati! Ayuh, tarik! 579 01:27:59,750 --> 01:28:04,125 Di sana! Bergerak! 580 01:28:12,958 --> 01:28:15,958 {\an8}Larikan diri! 581 01:29:01,083 --> 01:29:03,208 Cepat! 582 01:29:34,833 --> 01:29:39,583 Ada sesuatu yang sedang berlaku, keluar, cepat! 583 01:29:39,833 --> 01:29:42,041 Nenek, keluar dari rumah sekarang! 584 01:29:42,250 --> 01:29:44,083 Keluar dari rumah sekarang! 585 01:29:47,875 --> 01:29:49,333 Abang, larikan diri! 586 01:29:49,416 --> 01:29:51,541 Lari dengan cepat! Lari! 587 01:29:51,625 --> 01:29:52,916 Tolong keluar sekarang! Lari! 588 01:29:55,250 --> 01:29:57,791 Lari cepat! Lari! 589 01:29:58,041 --> 01:30:01,333 Tolong keluar sekarang! Lari... 590 01:30:05,041 --> 01:30:08,583 Kemas dan lari! Musibah akan datang! 591 01:30:20,958 --> 01:30:22,125 Lari sekarang! 592 01:30:31,916 --> 01:30:32,916 Apa yang dia katakan? 593 01:30:33,083 --> 01:30:34,291 Lari! Keluar! 594 01:30:42,833 --> 01:30:46,166 Ke sebelah kiri. Bergerak! 595 01:30:48,250 --> 01:30:51,041 Bergerak! 596 01:31:02,583 --> 01:31:03,666 Mun! 597 01:31:03,750 --> 01:31:06,291 Pergi! Bergerak! 598 01:31:44,500 --> 01:31:45,583 Lari sekarang! 599 01:34:00,291 --> 01:34:01,416 Mun... 600 01:35:06,166 --> 01:35:09,583 Ling hilang sejak hari itu. 601 01:35:10,666 --> 01:35:12,500 Saya tidak membenci dia, 602 01:35:12,625 --> 01:35:16,375 kerana saya melihat dan mengalami kesakitan yang dia rasakan. 603 01:35:17,208 --> 01:35:19,791 Tetapi saya telah melihat lebih banyak lagi. 604 01:35:20,208 --> 01:35:23,125 Saya sudah melihat kesakitan, tetapi saya juga melihat kecantikan. 605 01:35:24,291 --> 01:35:26,916 Saya tidak akan bertanya lagi sebab saya buta 606 01:35:27,916 --> 01:35:32,583 kerana saya telah melihat perkara yang paling indah di dunia ini, 607 01:35:33,000 --> 01:35:35,875 perkara yang tidak akan saya lupakan. 608 01:37:53,708 --> 01:37:55,708 Terjemahan sari kata oleh VTVA