1 00:00:06,006 --> 00:00:08,508 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:18,768 --> 00:00:20,812 Saya baik orangnya. Betul. 3 00:00:20,895 --> 00:00:22,480 Saya tahu buat baik. 4 00:00:22,564 --> 00:00:23,773 Awak mesti tak tahu. 5 00:00:23,857 --> 00:00:26,192 Tahulah. Saya baik dengan semua orang. 6 00:00:26,276 --> 00:00:29,195 Habis kenapa awak asyik cerita tentang 7 00:00:29,279 --> 00:00:32,073 awak sampai tempat baru dan kemudian dibelasah? 8 00:00:32,157 --> 00:00:35,994 Sebab orang lain yang perangai macam sial. 9 00:00:36,536 --> 00:00:38,204 - Tengok? - Apa? 10 00:00:41,416 --> 00:00:42,917 Macam mana sekarang? 11 00:00:43,752 --> 00:00:45,128 Perawi sudah bertolak? 12 00:00:45,211 --> 00:00:46,045 Ya. 13 00:00:47,005 --> 00:00:47,922 Minta maaf. 14 00:00:48,757 --> 00:00:52,886 Lepas kita berjaya nanti, awak boleh jumpa mereka balik dengan selamat. 15 00:00:53,845 --> 00:00:56,723 Tengok? Dia pun pandai cakap elok-elok. 16 00:00:58,266 --> 00:01:01,770 Jadi betulkah? Istana itu boleh mengembara? 17 00:01:02,479 --> 00:01:06,816 Kami ada dengar cerita tentangnya, tapi kadang-kadang ia mungkin dongeng. 18 00:01:06,900 --> 00:01:11,237 Ceritalah tentang istana Dracula, Alucard. Biar dia tambah cemas lagi. 19 00:01:11,821 --> 00:01:15,116 Istana Dracula bergerak. Nak saya cerita macam mana lagi? 20 00:01:15,992 --> 00:01:19,829 Ia boleh beralih tanpa pergerakan. Ia akan muncul tiba-tiba macam… 21 00:01:20,955 --> 00:01:22,207 Macam benda ajaib. 22 00:01:22,791 --> 00:01:26,085 Mesti kita boleh memerangkap istana itu. Tapi macam mana? 23 00:01:26,669 --> 00:01:27,879 Saya nak balik. 24 00:01:28,797 --> 00:01:30,131 Awak minum arak lagi? 25 00:01:30,840 --> 00:01:33,426 Saya memang nak. Tapi malangnya tak ada. 26 00:01:33,927 --> 00:01:35,345 Saya nak balik. 27 00:01:36,137 --> 00:01:37,680 Ke rumah lama Belmont. 28 00:01:38,848 --> 00:01:41,100 Bukankah ia sudah musnah habis? 29 00:01:41,184 --> 00:01:44,145 Diserang orang kampung dengan serampang dan jamung. 30 00:01:44,229 --> 00:01:48,817 Memang betul. Tapi benda yang terpenting bukannya rumah lama itu sendiri. 31 00:01:49,567 --> 00:01:51,361 Tapi apa yang ada di bawahnya. 32 00:01:52,278 --> 00:01:56,282 Kubu Belmont. Ia menempatkan pustaka dan khazanah keluarga kami. 33 00:01:56,991 --> 00:02:00,078 Ilmu dan barang-barang Belmont berketurunan lamanya 34 00:02:00,161 --> 00:02:03,623 yang melawan makhluk malam. Menarik juga. 35 00:02:04,165 --> 00:02:05,667 Itu pun kalau ia selamat. 36 00:02:06,292 --> 00:02:11,047 Kalau ada cara untuk menemui dan membunuh Dracula, 37 00:02:11,589 --> 00:02:14,467 - tentu ada dalam Kubu itu. - Awak agak saja? 38 00:02:14,551 --> 00:02:18,555 Ya, saya agak saja. Saya tak tahu mengkaji atau memahami ilmu ajaib. 39 00:02:18,638 --> 00:02:21,182 Tapi keluarga saya simpan semua penemuan, 40 00:02:21,266 --> 00:02:25,854 termasuk kitab-kitab ilmu ajaib atau apa-apa benda pelik mereka jumpa. 41 00:02:26,771 --> 00:02:28,982 Cuma saya tak tahu tak buat apa saja. 42 00:02:29,732 --> 00:02:31,234 Tapi awak berdua boleh. 43 00:02:31,901 --> 00:02:35,113 Mujur saya tak bunuh dan baham awak, Belmont. 44 00:02:36,072 --> 00:02:40,618 Mujur juga saya tak siat kulit awak untuk dijadikan kasut saya, Alucard. 45 00:02:40,702 --> 00:02:42,912 Apalah nasib saya dapat awak berdua. 46 00:02:44,622 --> 00:02:47,292 Biar saya cari kuda dan pedati bertutup. 47 00:02:47,375 --> 00:02:50,962 Awak berdua tolong cuba jangan bercakaran. 48 00:02:51,045 --> 00:02:53,298 Usah risau. Kami bukannya budak kecil. 49 00:02:58,136 --> 00:03:00,471 - Mak awak hijau. - Mak awak lagi hijau. 50 00:03:05,935 --> 00:03:09,480 Awak rasa ada benda yang boleh bunuh ayah saya di rumah awak? 51 00:03:09,564 --> 00:03:12,775 Terus-terang, saya dah tak boleh fikir jalan lain lagi. 52 00:03:13,443 --> 00:03:17,113 Yang saya tahu, sekarang kita serba-serbi kekurangan. 53 00:03:18,198 --> 00:03:21,326 Saya percaya awak, Belmont. Jangan buat saya menyesal. 54 00:03:22,493 --> 00:03:24,454 Semua orang akan menyesal juga. 55 00:03:56,235 --> 00:03:59,530 Tidak! Hanya Dracula boleh buat keputusan! Bukan awak! 56 00:04:00,114 --> 00:04:01,616 Ancamlah saya kalau mahu. 57 00:04:01,699 --> 00:04:04,953 Kalau saya tak mati demi dia, saya akan bunuh awak dulu. 58 00:04:05,036 --> 00:04:09,457 Jangan persoalkan kesetiaan saya. Saya hanya kata misi kita boleh dicapai 59 00:04:09,540 --> 00:04:12,377 tanpa perlu bergelumang darah orang tak berdosa. 60 00:04:14,796 --> 00:04:15,755 Sudah! 61 00:04:16,297 --> 00:04:20,677 Saya dah kata Hector dan Isaac akan rancang langkah seterusnya. 62 00:04:20,760 --> 00:04:23,888 Jangan bertengkar macam budak-budak lagi. 63 00:04:25,640 --> 00:04:26,474 Saya kata… 64 00:04:27,058 --> 00:04:28,351 Saya kata sudah! 65 00:05:01,092 --> 00:05:02,385 Saya Carmilla. 66 00:05:03,094 --> 00:05:06,097 Saya datang dari Styria untuk sertai Majlis Perang. 67 00:05:07,557 --> 00:05:11,936 Sudah lama saya panggil awak untuk datang, Carmilla dari Styria. 68 00:05:13,146 --> 00:05:17,233 Benar. Tapi istana luar biasa awak ini asyik beralih tempat. 69 00:05:18,234 --> 00:05:23,489 Lagipun awak sudah ada ramai hulubalang dan penasihat perang awak. 70 00:05:24,157 --> 00:05:27,660 Untuk apa awak perlu seorang ketua daerah? 71 00:05:28,911 --> 00:05:30,830 Namun begitu, tuan, 72 00:05:31,622 --> 00:05:34,584 angkatan awak dihalau dari negara kota kecil. 73 00:05:35,251 --> 00:05:37,211 Para hulubalang awak bertelagah. 74 00:05:37,712 --> 00:05:43,593 Mungkin inilah masanya untuk saya tawarkan pandangan saya bagi misi awak ini. 75 00:05:45,053 --> 00:05:48,014 Jadi apa pandangan awak, Carmilla? 76 00:05:49,432 --> 00:05:52,685 Kenapa awak tak tukarkan isteri awak? 77 00:05:58,608 --> 00:05:59,650 Apa awak cakap? 78 00:06:00,401 --> 00:06:02,987 Awak dah kahwin. Awak ada anak. 79 00:06:04,072 --> 00:06:06,574 Tapi awak tak tukarkan dia jadi puntianak. 80 00:06:07,158 --> 00:06:08,493 Kenapa? 81 00:06:09,035 --> 00:06:11,412 Awak jadikan dia belaan awak semata-mata? 82 00:06:12,455 --> 00:06:17,126 Kalau betul, kenapa satu dunia perlu berperang demi haiwan belaan awak? 83 00:06:18,544 --> 00:06:20,671 Awak cakap dengan saya seorang. 84 00:06:21,047 --> 00:06:22,048 Ikut saya. 85 00:06:45,988 --> 00:06:46,823 Ya? 86 00:06:52,078 --> 00:06:54,580 Tuan mahu cakap dengan saya seorang? 87 00:06:55,081 --> 00:06:57,625 Tak perlu buat kecoh macam tadi, Carmilla. 88 00:06:58,334 --> 00:07:00,545 Saya tak berniat mahu menghina awak. 89 00:07:01,087 --> 00:07:03,881 Saya cuma nak buat lelaki-lelaki lain tersentak. 90 00:07:03,965 --> 00:07:08,177 Saya dapati saya perlu buat orang rasa cuak dengan saya terlebih dahulu. 91 00:07:09,053 --> 00:07:10,763 Macam mana awak boleh datang? 92 00:07:11,264 --> 00:07:15,059 Godbrand selalu maklumkan saya kedudukan terkini istana awak. 93 00:07:15,143 --> 00:07:17,979 Kebetulan lokasi awak juga dekat dengan saya. 94 00:07:18,646 --> 00:07:22,900 Kenapa Godbrand asyik berhubung dengan awak? 95 00:07:24,026 --> 00:07:26,863 Saya syak dia masih nak meniduri saya. 96 00:07:27,738 --> 00:07:28,614 Awak nak itu? 97 00:07:30,408 --> 00:07:31,409 Tolong sikit. 98 00:07:32,243 --> 00:07:35,830 Kalau lelaki lain cakap itu, saya dah lempang awal-awal. 99 00:07:35,913 --> 00:07:40,918 Saya hanya mahu tahu tentang ikatan dan risiko para hulubalang saya. 100 00:07:42,086 --> 00:07:45,965 Mungkin. Kalau semua puntianak jantan di dunia ini sudah mati. 101 00:07:46,549 --> 00:07:49,468 Serta separuh puntianak betina, sesetengah haiwan. 102 00:07:53,181 --> 00:07:54,390 Baiklah, Carmilla. 103 00:07:55,475 --> 00:07:57,143 Awak tahu nak lempang orang. 104 00:07:57,727 --> 00:08:02,648 Tapi tadi awak baru mempersoalkan tindakan saya depan hulubalang saya. 105 00:08:03,483 --> 00:08:05,985 Apa faedahnya kalau awak buat saya marah? 106 00:08:06,819 --> 00:08:07,778 Tak ada pun. 107 00:08:08,613 --> 00:08:11,699 Cuma itu soalan yang bermain dalam otak mereka juga. 108 00:08:12,408 --> 00:08:15,661 Saya hanya beri awak peluang menjelaskan tindakan awak. 109 00:08:15,745 --> 00:08:17,955 Jadi awak hanya nak membantu saja? 110 00:08:18,414 --> 00:08:22,585 - Betul, tuan. - Habis kenapa sekarang baru awak datang? 111 00:08:23,419 --> 00:08:27,673 Saya dah lama panggil awak. Sudah tentu saya perlu awak pada masa itu. 112 00:08:28,216 --> 00:08:29,842 Ada banyak masalah negara. 113 00:08:30,343 --> 00:08:33,346 Berlindung daripada penduduk bawa serampang, jamung. 114 00:08:34,013 --> 00:08:34,847 Macam biasa. 115 00:08:38,142 --> 00:08:39,227 Awak keluar balik. 116 00:08:39,852 --> 00:08:44,148 Hector dan Isaac, pakar tempa saya, akan mengatur langkah kita seterusnya. 117 00:08:44,232 --> 00:08:46,317 Mereka pasti perlu bantuan awak. 118 00:08:46,859 --> 00:08:48,236 Menurut perintah, tuan. 119 00:09:03,376 --> 00:09:07,755 Saya masih tak faham kenapa awak tak terbakar bila kena matahari? 120 00:09:08,339 --> 00:09:09,590 Saya separuh manusia. 121 00:09:10,591 --> 00:09:14,095 Nama mak saya Lisa. Dia manusia biasa. 122 00:09:15,304 --> 00:09:18,808 Ceritalah macam mana mereka boleh jumpa. 123 00:09:20,518 --> 00:09:24,146 Mak saya datang istana ayah saya. Dia pergi ke pintu depan 124 00:09:24,230 --> 00:09:26,941 dan hantuk hulu pisau dia ke pintu istana itu. 125 00:09:27,024 --> 00:09:28,526 Beraninya dia. 126 00:09:29,110 --> 00:09:30,486 Dia memang luar biasa. 127 00:09:30,945 --> 00:09:33,739 Dia ketuk-ketuk sampai ayah saya biar dia masuk 128 00:09:33,823 --> 00:09:36,450 dan dia paksa ayah saya ajar dia jadi doktor. 129 00:09:36,534 --> 00:09:39,870 Dracula ajar perempuan biasa untuk menjadi doktor? 130 00:09:40,830 --> 00:09:42,623 Mula-mula belajar apa? Bekam? 131 00:09:43,874 --> 00:09:45,876 Awak ingat awak kelakar sangat? 132 00:09:45,960 --> 00:09:47,878 - Ayah saya… - Dracula. 133 00:09:47,962 --> 00:09:51,173 …seorang pakar sains, pakar falsafah, seorang ilmuwan. 134 00:09:51,674 --> 00:09:54,927 Ilmunya tiga kali ganda tempoh ketamadunan manusia. 135 00:09:55,011 --> 00:09:58,514 Awak faham tak betapa sukarnya tugas kita sekarang? 136 00:09:59,098 --> 00:10:03,311 Dia sudah hilang siuman dan tidak mampu diselamatkan lagi. 137 00:10:03,811 --> 00:10:06,439 - Sayangnya. - Malang sungguh. 138 00:10:07,023 --> 00:10:09,609 Dia ada pengetahuan ratusan tahun lamanya. 139 00:10:10,151 --> 00:10:12,695 Dia boleh rombak dunia. Mungkin dia dah buat 140 00:10:12,820 --> 00:10:14,238 kalau mak tak meninggal. 141 00:10:14,822 --> 00:10:16,574 Mak suruh dia mengembara. 142 00:10:17,283 --> 00:10:19,994 Sebab itu dia tiada bila mak ditangkap biskop. 143 00:10:20,077 --> 00:10:23,456 - Dia suruh ayah awak keluar? - Keluar untuk tengok dunia. 144 00:10:24,165 --> 00:10:28,252 Untuk belajar tentang dunia, tentang manusia, cara mereka hidup. 145 00:10:29,086 --> 00:10:30,546 Mak awak tukarkan dia. 146 00:10:31,130 --> 00:10:34,634 Bayangkan kalau dia guna ilmu dia untuk menambah baik dunia. 147 00:10:35,343 --> 00:10:40,056 Tapi orang agama sendiri yang tunjukkan betapa hinanya bangsa manusia. 148 00:10:40,139 --> 00:10:44,268 Sekarang dia gunakan kematian mak awak untuk memusnahkan dunia. 149 00:10:44,352 --> 00:10:46,854 Dunia ini takkan musnah, Belmont. 150 00:10:47,813 --> 00:10:51,192 Pokok masih akan tumbuh, burung masih akan berkicau. 151 00:10:51,650 --> 00:10:55,988 Haiwan masih akan mengawan dalam semak. Cuma awak yang takkan ada lagi. 152 00:10:56,864 --> 00:10:58,449 Awak juga takkan ada lagi. 153 00:10:59,408 --> 00:11:00,242 Semua manusia. 154 00:11:00,993 --> 00:11:04,372 Matahari akan terbenam, tapi awak takkan lihat ia terbit. 155 00:11:05,122 --> 00:11:06,749 Yang ada hanya Dracula, 156 00:11:07,208 --> 00:11:10,086 Majlis Perang dia dan gerombolan makhluk malam. 157 00:11:11,253 --> 00:11:16,133 Awak tahu dia banyak tulis buku? Dia buat kulitnya dengan kayu pokok oak 158 00:11:16,217 --> 00:11:20,262 dan balut dengan siatan kulit kering manusia yang dia paling benci. 159 00:11:20,346 --> 00:11:22,264 Dia melakar. Saya pernah tengok. 160 00:11:22,348 --> 00:11:25,476 Ciptaan menggelapkan awan dan mengekalkannya di langit 161 00:11:25,559 --> 00:11:27,478 seperti ais yang kekal di utara. 162 00:11:28,312 --> 00:11:33,025 Mesin terbang aneh yang menarik kain layar merentas langit menyelubungi matahari. 163 00:11:33,109 --> 00:11:34,026 Cuba bayangkan. 164 00:11:35,569 --> 00:11:39,281 Dunia tanpa manusia dan malam buatan yang kekal. 165 00:11:39,865 --> 00:11:41,826 Dracula akan berada dalam istana 166 00:11:42,785 --> 00:11:45,746 setelah selesai membalas dendam dan kini dia hanya 167 00:11:45,830 --> 00:11:49,250 merajai dunia yang sepi tanpa seni, memori, gelak ketawa 168 00:11:49,333 --> 00:11:51,419 dengan hati yang puas. 169 00:11:52,628 --> 00:11:54,296 Dia melakukannya demi cinta. 170 00:11:56,966 --> 00:11:59,844 - Dengar tak? - Haiwan mengawan dalam semak. 171 00:12:00,428 --> 00:12:01,345 Sekejap. 172 00:12:02,763 --> 00:12:05,433 Apa pekan terdekat dengan kita? Masih Gresit? 173 00:12:05,516 --> 00:12:06,934 Arges lebih dekat. 174 00:12:45,014 --> 00:12:46,515 Jangan dekat. 175 00:14:34,915 --> 00:14:36,542 Tiada siapa akan ke Arges. 176 00:15:29,637 --> 00:15:31,597 Pencuri tak sedar diri! 177 00:15:33,015 --> 00:15:35,893 Saya tak mencuri. Saya nak belajar. 178 00:15:35,976 --> 00:15:40,356 Saya kutip awak dari tepi jalan. Saya beri awak rumah dan makan. 179 00:15:40,439 --> 00:15:43,984 Saya hanya minta awak jaga saya dan duduk diam-diam. 180 00:15:44,068 --> 00:15:47,905 Tapi awak berani usik dan curi barang kerja saya! 181 00:15:47,988 --> 00:15:50,824 Awak berani turun senyap-senyap baca buku saya. 182 00:15:50,908 --> 00:15:53,619 - Maaf! - Awak ingat awak nak belajar apa? 183 00:15:54,286 --> 00:15:56,580 Cara untuk bantu awak. 184 00:16:00,042 --> 00:16:03,337 Awak nak belajar untuk bantu saya buat kerja saya? 185 00:16:04,463 --> 00:16:06,715 - Kenapa? - Sebab… 186 00:16:08,217 --> 00:16:10,886 Tolong jangan marah saya lagi. 187 00:16:10,970 --> 00:16:13,597 Cakap sajalah, Isaac. Saya takkan marah. 188 00:16:15,432 --> 00:16:16,809 Sebab saya sayang awak. 189 00:16:20,688 --> 00:16:22,189 Begitu rupanya. 190 00:16:23,190 --> 00:16:25,067 Hidup awak dah cukup menderita 191 00:16:25,150 --> 00:16:27,861 tapi hati awak masih ada sekelumit rasa sayang. 192 00:16:29,196 --> 00:16:32,533 Minta maaf. Saya hanya mahu membantu. 193 00:16:33,784 --> 00:16:35,119 Saya pun sayang awak. 194 00:16:38,038 --> 00:16:39,957 Sebab itu saya buat begini. 195 00:16:40,874 --> 00:16:42,376 Sebab saya sayang awak. 196 00:16:43,585 --> 00:16:45,379 Sebab saya mahu ajar awak. 197 00:16:46,839 --> 00:16:50,175 Jangan memandai-mandai lagi, ikut cakap saya 198 00:16:50,259 --> 00:16:52,761 dan jangan sesekali sebut tentang cinta. 199 00:16:59,059 --> 00:17:00,019 Jangan, Isaac! 200 00:17:16,660 --> 00:17:19,329 Kasih sayang tak wujud di dunia ini. 201 00:17:25,502 --> 00:17:28,005 Ini kawanan yang dihantar ke Arges. 202 00:17:28,714 --> 00:17:33,802 - Terkulai betul-betul depan pintu kita. - Arges jauh dari sini. 203 00:17:33,886 --> 00:17:35,888 Dia mesti terbang sepanjang malam. 204 00:17:36,680 --> 00:17:39,475 Kenapa awak sebat diri sendiri? 205 00:17:40,434 --> 00:17:42,686 Untuk disiplin, untuk ketenangan. 206 00:17:43,437 --> 00:17:48,776 Saya pilih untuk seksa diri sendiri bagi membiasakan diri dengan kekejaman dunia. 207 00:17:49,818 --> 00:17:53,906 Sudahlah. Kalau nak seksa diri, pergi buat kerja awak itu. 208 00:17:59,578 --> 00:18:05,501 Bayangkan, kecederaannya sudah parah tapi ia masih bertekad mahu pulang. 209 00:18:06,502 --> 00:18:09,213 Tapi akhirnya mati depan pintu kita. 210 00:18:09,755 --> 00:18:14,301 Satu sen pun tak guna. Cepat buat ilmu sihir jijik awak itu. 211 00:18:30,692 --> 00:18:31,652 Minta maaf. 212 00:18:32,736 --> 00:18:36,949 Awak bersusah-payah pulang ke pangkuan kami. Begitu setia. 213 00:18:38,742 --> 00:18:43,580 Tapi ini sajalah balasan untuk kesetiaan dalam dunia tanpa kasih sayang. 214 00:18:44,373 --> 00:18:49,837 Terseksa dalam kegelapan malam dan akhirnya mati di lantai tuan sendiri. 215 00:18:50,879 --> 00:18:53,257 Mungkin itu akan jadi nasib saya juga. 216 00:18:54,633 --> 00:18:56,134 Tapi awak tak peduli pun. 217 00:18:56,844 --> 00:18:59,054 Awak tetap pulang juga. 218 00:18:59,972 --> 00:19:03,809 Saya patut ambil teladan. Saya tak patut peduli juga. 219 00:19:04,893 --> 00:19:10,148 Dracula akan menyucikan dunia ini. Saya yakin dengan itu. 220 00:19:10,774 --> 00:19:12,359 Saya yakin dengan dia. 221 00:19:13,360 --> 00:19:19,324 Saya juga mendambakan dunia yang suci, dunia yang putih bersih, 222 00:19:20,325 --> 00:19:24,496 dunia yang hanya ada kesetiaan dan kasih sayang. 223 00:19:47,019 --> 00:19:48,353 Awak kesepian. 224 00:19:49,188 --> 00:19:52,608 Mengaku sajalah kita korbankan kawanan yang patut ke Arges. 225 00:19:52,691 --> 00:19:55,193 Misi ke Arges itu sendiri memang tak wajar. 226 00:19:55,277 --> 00:19:56,570 Tak ada strategi pun. 227 00:19:56,653 --> 00:19:59,323 Arges tak penting sama sekali. 228 00:19:59,823 --> 00:20:01,909 Awak patut menyerang Braila. 229 00:20:02,492 --> 00:20:04,786 - Kenapa Braila? - Kalau awak serius 230 00:20:04,870 --> 00:20:07,289 mahu membantu peperangan, awak sepatutnya 231 00:20:07,372 --> 00:20:10,709 ambil alih pekan pelabuhan sungai terbesar di rantau ini. 232 00:20:10,792 --> 00:20:14,171 Jika Braila ditawan, orang Wallachia tak dapat lari. 233 00:20:15,047 --> 00:20:18,592 Mana-mana bandar yang dibina atas air yang mengalir 234 00:20:18,675 --> 00:20:22,012 ada potensi membahayakan kaum puntianak. 235 00:20:23,430 --> 00:20:27,976 Air mengalir? Saya tak tahu pun itu boleh membahayakan puntianak. 236 00:20:28,060 --> 00:20:32,272 Tak ada puntianak yang mati akibat air mengalir selama ratusan tahun. 237 00:20:32,356 --> 00:20:34,358 - Mana awak tahu? - Tengoklah. 238 00:20:34,441 --> 00:20:36,360 Kita berada di pendalaman benua. 239 00:20:36,443 --> 00:20:39,196 Saya ingat puntianak tak boleh melintas air. 240 00:20:39,780 --> 00:20:43,283 - Saya boleh naik kapal. Saya boleh mandi. - Bila? 241 00:20:43,825 --> 00:20:46,787 - Tapi awak mandi dengan berendam. - Sama saja. 242 00:20:46,870 --> 00:20:49,414 Mana boleh berendam kalau ada air mengalir? 243 00:20:49,498 --> 00:20:52,125 Air mengalir bila ia dituang dalam tab saja. 244 00:20:52,209 --> 00:20:54,336 Orang Yunani dulu kebumikan kami 245 00:20:54,419 --> 00:20:57,464 atas pulau kecil agar kami dikelilingi air mengalir. 246 00:20:57,547 --> 00:21:02,386 Saya ramalkan mungkin air mengalir boleh membunuh saya. 247 00:21:02,469 --> 00:21:05,764 Yakah? Awak ramalkan racun boleh bunuh awak juga? 248 00:21:05,847 --> 00:21:08,016 Mana awak tahu? Ia mesti dialami. 249 00:21:08,850 --> 00:21:11,520 Kita tak ada buku panduan jadi puntianak. 250 00:21:11,603 --> 00:21:12,604 Cukup! 251 00:21:15,983 --> 00:21:18,819 Awak rasa itu dah cukup, Hector? 252 00:21:19,361 --> 00:21:21,405 Kuasa benda terpenting di dunia. 253 00:21:21,947 --> 00:21:25,534 Menawan Braila dan bukan Arges takkan beri kita kuasa. 254 00:21:26,118 --> 00:21:28,704 Arges pekan lama dan dihormati. 255 00:21:29,246 --> 00:21:32,541 Maaf, saya tak sependapat dengan rakan seperjuangan saya. 256 00:21:33,291 --> 00:21:36,795 Kalau kita tawan Arges, penduduk hanya akan lari bertebaran. 257 00:21:37,379 --> 00:21:40,590 Kalau tawan Braila, kita kawal satu sempadan Wallachia. 258 00:21:41,258 --> 00:21:43,051 Betul juga, Hector. 259 00:21:45,470 --> 00:21:49,016 Saya hidupkan balik makhluk yang pulang malam semalam. 260 00:21:49,099 --> 00:21:52,310 Kawanannya diserang di jalan. Penyerangnya tak dikenali 261 00:21:52,894 --> 00:21:55,605 tapi Arges dekat dengan Gresit. 262 00:21:57,607 --> 00:22:01,653 Kami percaya Alucard tidur di Gresit 263 00:22:02,237 --> 00:22:05,699 dan baru-baru ini ada orang berdarah Belmont di sana. 264 00:22:07,492 --> 00:22:10,245 Belmont? Ingatkan keluarganya dah pupus. 265 00:22:10,328 --> 00:22:15,167 Tidak. Kami percaya anak Tuan Tepes, Alucard, dan si Belmont itu bekerjasama 266 00:22:15,250 --> 00:22:17,294 menangkis serangan kita di Gresit. 267 00:22:17,794 --> 00:22:21,298 Kalau betul ada Belmont di sana, bukankah kita patut 268 00:22:21,381 --> 00:22:23,633 - memerhati rumahnya? - Kenapa? 269 00:22:24,134 --> 00:22:27,387 Mungkin sebab tugas keluarga Belmont adalah memburu kita 270 00:22:27,471 --> 00:22:30,766 selama berkurun lamanya? Jika ada seorang pun yang hidup, 271 00:22:30,849 --> 00:22:34,227 dia mungkin akan masuk pustaka khazanah dan senjata ajaib 272 00:22:34,311 --> 00:22:37,105 yang sering diperkatakan tapi tak pernah ditemui 273 00:22:37,189 --> 00:22:40,150 dan digunakan untuk memburu kita berkurun lamanya? 274 00:22:40,776 --> 00:22:43,070 Mungkin itu sebabnya? 275 00:22:44,571 --> 00:22:46,865 Ini yang awak panggil Majlis Perang? 276 00:24:32,429 --> 00:24:34,598 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela