1 00:00:45,796 --> 00:00:47,756 PHOENICOPTERUS 2 00:00:47,881 --> 00:00:50,843 NAMA LATIN UNTUK FLAMINGO, BERMAKNA "SAYAP LEMBAYUNG." 3 00:00:50,968 --> 00:00:53,929 FLAMINGO DIKATAKAN SUATU INSPIRASI UNTUK... 4 00:00:54,012 --> 00:00:56,098 BURUNG PHOENIX BERSAYAP LEMBAYUNG, 5 00:00:56,181 --> 00:01:00,143 SIMBOL KUNO TRANSFORMASI DAN KELAHIRAN SEMULA. 6 00:01:00,269 --> 00:01:04,230 PADA SAAT KEMATIANNYA, PHOENIX AKAN TERBAKAR. 7 00:01:04,313 --> 00:01:08,277 KEMUDIAN DILAHIRKAN SEMULA DARIPADA ABU. 8 00:01:20,789 --> 00:01:24,543 Suatu masa dahulu, di tengah-tengah tanah Afrika, 9 00:01:24,668 --> 00:01:27,462 wujud sebuah tasik api. 10 00:01:31,675 --> 00:01:34,636 Air tasiknya berapi dengan warna, 11 00:01:34,720 --> 00:01:38,682 merah darah dan lembayung, 12 00:01:39,349 --> 00:01:43,854 dan dalam keheningannya, terpapar imbasan syurga. 13 00:02:05,375 --> 00:02:10,464 Selepas berbulan tanpa hujan, tiba musim kemarau. 14 00:02:10,547 --> 00:02:14,885 Tasik mengontang dan bertukar seputih debu. 15 00:02:25,562 --> 00:02:31,109 Tapi dalam kemusnahan itu wujud harapan musim baru. 16 00:02:31,235 --> 00:02:37,115 Satu musim penuh warna dan permulaan suatu kehidupan. 17 00:02:49,545 --> 00:02:53,507 SAYAP LEMBAYUNG 18 00:04:14,379 --> 00:04:17,341 Tasik Natron, di Tanzania utara, 19 00:04:17,466 --> 00:04:22,513 terletak di tengah-tengah Lembah Besar Afrika Timur. 20 00:04:22,638 --> 00:04:26,433 Tanahnya tandus dan gersang. 21 00:04:34,441 --> 00:04:39,071 Ol Doinyo Lengai bangkit dari pinggiran selatan tasik, 22 00:04:39,196 --> 00:04:43,575 sebuah gunung berapi hidup, yang resah dan tidak sabar. 23 00:04:55,462 --> 00:04:57,923 Tersembunyi di dalamnya, 24 00:04:58,048 --> 00:05:02,386 satu lohong magma yang membakar dan membara. 25 00:05:38,922 --> 00:05:41,049 Bagi suku kaum Masai, 26 00:05:41,175 --> 00:05:44,678 Lengai adalah kediaman Tuhan. 27 00:05:52,477 --> 00:05:56,315 Natron ialah sebuah tasik cetek yang luas... 28 00:05:56,440 --> 00:06:00,986 panjangnya 64 kilometer dan tidak lebih 2 meter dalam... 29 00:06:01,111 --> 00:06:06,825 penuh toksik dengan garam soda hingga tiada apa yang boleh hidup di dalamnya. 30 00:06:08,952 --> 00:06:12,331 Tapi setiap tahun, hanya untuk beberapa minggu, 31 00:06:12,456 --> 00:06:14,416 hujan menyirami Natron... 32 00:06:16,668 --> 00:06:20,339 ...dan suatu ciptaan keindahan alam mula berlaku, 33 00:06:20,464 --> 00:06:24,551 salah satu misteri agung Afrika. 34 00:06:46,114 --> 00:06:49,785 Dengan hujan juga datangnya flamingo. 35 00:07:00,504 --> 00:07:05,717 Seolah-olah ia tahu masa untuk kembali ke Natron. 36 00:07:05,843 --> 00:07:09,680 Sudah banyak tasik lain yang ditinggalkan sepanjang Rift Valley... 37 00:07:09,805 --> 00:07:15,227 dan terbang beratus, malah beribu kilometer untuk ke mari. 38 00:09:19,893 --> 00:09:22,938 Setiap burung ada ceritanya yang tersendiri, 39 00:09:23,021 --> 00:09:25,566 kehidupan yang penuh rahsia. 40 00:09:27,192 --> 00:09:31,280 Setiap cerita itu pula ialah yang bermula di Natron ini, 41 00:09:31,363 --> 00:09:33,198 bersama hujan yang tiba. 42 00:09:46,837 --> 00:09:50,883 Hujan mencetuskan pertumbuhan alga di dalam tasik. 43 00:09:51,008 --> 00:09:55,095 Apabila flamingo memakan alga tersebut, ia bertransformasi. 44 00:09:55,179 --> 00:10:00,100 Bulu, mata dan kakinya menjadi merah lembayung. 45 00:10:18,160 --> 00:10:23,248 Itulah warna yang menjadikannya saling tertarik. 46 00:10:23,373 --> 00:10:27,586 Apatah lagi, ini sebab flamingo datang ke Natron, 47 00:10:27,711 --> 00:10:29,713 untuk mencari pasangan. 48 00:11:20,264 --> 00:11:24,768 Perlahan-lahan, penuh sopan, flamingo mengorak langkah. 49 00:11:32,818 --> 00:11:36,405 Setiap gerakan, ialah sebahagian pemikatan. 50 00:11:36,530 --> 00:11:39,074 Satu koreografi. 51 00:11:41,076 --> 00:11:44,913 Keghairahan darwis yang memuncak. 52 00:16:11,513 --> 00:16:15,350 Seekor demi seekor, flamingo itu menemui pasangannya. 53 00:16:17,227 --> 00:16:20,314 Pasangan hingga akhir musim. 54 00:16:22,524 --> 00:16:26,653 Berpasangan yang bermula dengan satu detik. 55 00:16:45,005 --> 00:16:47,549 Kaum Masai ada satu mitos... 56 00:16:47,674 --> 00:16:51,053 percaya bahawa flamingo wujud daripada garam air tasik. 57 00:16:52,346 --> 00:16:55,974 Flamingo itu ialah anak-anak tasik. 58 00:16:56,892 --> 00:17:00,062 Namun kebenarannya tidak kurang luar biasa, 59 00:17:00,145 --> 00:17:04,483 dan sesuatu yang hanya berlaku di Natron. 60 00:17:09,445 --> 00:17:13,367 Sebuah pulau rahsia muncul dari tengah-tengah tasik itu. 61 00:17:19,748 --> 00:17:21,750 Apakala musim hujan berakhir... 62 00:17:21,875 --> 00:17:25,087 dan mentari terik mula menyinar, 63 00:17:25,170 --> 00:17:29,341 air mengering begitu cepat sehingga sisa garam... 64 00:17:29,466 --> 00:17:31,593 terbentuk pada permukaannya. 65 00:17:40,686 --> 00:17:43,897 Setiap hari, matahari... 66 00:17:43,981 --> 00:17:46,859 dan garam menebal menjadi kepingan, 67 00:17:46,984 --> 00:17:52,114 umpama plat ais garam yang beralih dan berkisar dengan angin. 68 00:18:55,969 --> 00:18:57,930 Kepingan itu hanyut, 69 00:18:58,055 --> 00:19:02,893 berpadu menjadi pulau kecil semasa terhanyut. 70 00:19:03,018 --> 00:19:07,356 Angin meniup pulau ke arah tengah-tengah tasik. 71 00:19:11,276 --> 00:19:14,780 Selepas beberapa minggu tersejat, 72 00:19:14,905 --> 00:19:19,576 air di tengah-tengah tasik tinggal beberapa sentimeter sahaja. 73 00:19:19,701 --> 00:19:24,373 Pulau garam akan terkandas pada selut yang semakin banyak... 74 00:19:24,498 --> 00:19:29,545 dan akhirnya terlonggok menjadi sebuah pulau garam, 75 00:19:29,670 --> 00:19:31,922 selebar 16 kilometer. 76 00:19:32,923 --> 00:19:37,386 Di sini, sisa air membeku menjadi kolam bersulfur, 77 00:19:37,469 --> 00:19:42,558 dan suhu sering meningkat melebihi 59ÂșC. 78 00:19:48,397 --> 00:19:53,652 Tiada haiwan boleh mengembara atau hidup di sini. 79 00:19:53,777 --> 00:19:58,073 Tapi bagi flamingo itu, dunia aneh dan baru ini... 80 00:19:58,156 --> 00:19:59,449 ialah suatu anugerah. 81 00:20:00,450 --> 00:20:04,413 Kurang dua juta flamingo hidup di Afrika Timur, 82 00:20:04,496 --> 00:20:10,335 dan setiap seekor lahir di pulau garam rahsia Natron. 83 00:20:28,103 --> 00:20:32,482 Ibu bapa yang bunting membina sarang daripada selut tasik bergaram itu. 84 00:20:35,652 --> 00:20:38,614 Meskipun pulau garam itu luas, 85 00:20:38,697 --> 00:20:43,994 sebagai burung sosial, flamingo lebih suka hidup berkelompok... 86 00:20:44,119 --> 00:20:48,248 dan menetapkan sempadan dengan tapak sarangnya. 87 00:20:58,008 --> 00:21:00,802 Sarang biasanya setinggi 30cm, 88 00:21:00,844 --> 00:21:04,389 lebih kering dan beberapa darjah lebih sejuk daripada permukaan pulau garam. 89 00:21:06,308 --> 00:21:11,063 Garam membakar, meluntur dan mengeras menjadi buaian. 90 00:21:22,908 --> 00:21:26,745 Selepas sarang, hadir pula telur. 91 00:21:29,373 --> 00:21:34,002 Selepas itu, tiada apa lagi kecuali menunggu... 92 00:21:39,842 --> 00:21:43,804 ...selama satu bulan yang terik dan panjang. 93 00:22:43,530 --> 00:22:47,159 Akhirnya, suatu permulaan kecil tetapi penuh azam. 94 00:22:51,622 --> 00:22:55,709 Suatu kelahiran, yang akan bermula hari ini, 95 00:22:55,792 --> 00:23:00,964 dan jika ia bertuah, akan hidup sehingga 40 tahun. 96 00:23:02,633 --> 00:23:05,177 Sebuah episod baru. 97 00:23:31,620 --> 00:23:34,957 Tangisan pertamanya sangat unik. 98 00:23:35,040 --> 00:23:38,293 Inilah bunyinya tersendiri, dan cara ia dan ibu bapanya... 99 00:23:38,377 --> 00:23:41,421 dapat saling mengenali. 100 00:24:08,115 --> 00:24:12,160 Dalam tempoh beberapa jam, bulu kapasnya kering oleh kehangatan, 101 00:24:12,202 --> 00:24:13,829 dan dia cuba untuk berdiri. 102 00:24:30,387 --> 00:24:33,724 Sesuatu yang memerlukan lebih latihan. 103 00:25:04,379 --> 00:25:06,882 Kemudian tiba masa untuk makan, 104 00:25:06,965 --> 00:25:10,886 cecair penuh bertenaga diperbuat daripada alga tasik, 105 00:25:11,011 --> 00:25:15,224 tetapi juga mengandungi titisan darah ibu bapanya. 106 00:25:44,962 --> 00:25:48,632 Buat beberapa hari pertama ini, ia akan dijaga oleh... 107 00:25:48,757 --> 00:25:51,552 salah seekor ibu bapanya. 108 00:25:51,635 --> 00:25:55,138 Inilah masa untuk peneguhan dan keintiman. 109 00:26:18,287 --> 00:26:20,873 Lompong di bawah sayap ibunya... 110 00:26:20,914 --> 00:26:24,334 ialah tempat kegemarannya berlindung daripada matahari yang terik. 111 00:27:02,456 --> 00:27:06,710 Sewaktu masih kecil, anak flamingo diam di dalam bayang-bayang ibu bapa... 112 00:27:06,835 --> 00:27:09,254 atau timbunan sarang mereka. 113 00:27:09,379 --> 00:27:12,049 Apa saja agar dapat berteduh. 114 00:28:37,050 --> 00:28:40,888 Lebih kurang pada umur seminggu, kakinya sudah cukup kuat, 115 00:28:40,971 --> 00:28:45,184 dan, dengan sedikit dorongan, 116 00:28:45,309 --> 00:28:47,936 ia memutuskan untuk meninggalkan sarang. 117 00:29:20,344 --> 00:29:26,141 Dunianya berkembang, pada setiap langkah yang goyah. 118 00:29:32,814 --> 00:29:36,902 Kini, disebabkan dia sudah boleh berjalan, hubungan kekeluargaannya... 119 00:29:37,027 --> 00:29:41,281 akan beransur-ansur menjadi perpisahan. 120 00:29:48,580 --> 00:29:50,499 Seperti anak flamingo lain, 121 00:29:50,624 --> 00:29:53,752 kehendaknya ialah bersama yang lain. 122 00:29:53,877 --> 00:29:58,549 Keselesaan dan kebiasaan dengan golongan sendiri. 123 00:29:58,674 --> 00:30:02,344 Suatu kehidupan yang tidak berkisar tentang individu, 124 00:30:02,469 --> 00:30:03,929 tetapi satu kolektif. 125 00:30:20,487 --> 00:30:23,282 Hampir setengah hingga sejuta flamingo dewasa dan muda... 126 00:30:23,407 --> 00:30:27,661 hidup di nurseri yang riuh-rendah dan bingit musim ini. 127 00:31:12,456 --> 00:31:17,044 Tetapi pulau itu juga boleh menjadi kejam dan zalim. 128 00:31:17,127 --> 00:31:21,590 Suatu tempat rapuh yang terdiri daripada garam dan kepanasan membara. 129 00:31:26,303 --> 00:31:30,224 Apabila anak flamingo berjalan dalam lopak air garam berlumpur... 130 00:31:30,307 --> 00:31:36,271 di sekelilingnya, segelung nipis garam melekat pada pergelangan kakinya. 131 00:31:40,817 --> 00:31:44,613 Jika terjadi atau tidak, semuanya bergantung pada nasib. 132 00:31:44,696 --> 00:31:47,783 Tapi semakin ia meranduk ke dalam air, 133 00:31:47,866 --> 00:31:52,204 lebih banyak garam melekat dan mengeras jadi simen... 134 00:31:52,329 --> 00:31:54,581 yang tidak boleh dipecahkan. 135 00:32:17,521 --> 00:32:21,817 Di atas koloni ini, burung botak marabu muncul, 136 00:32:21,900 --> 00:32:24,653 berlegar seperti watak ahli sihir dalam buku cerita. 137 00:32:28,740 --> 00:32:31,368 Ia datang dari jauh melangkaui tasik... 138 00:32:31,493 --> 00:32:36,540 dengan pengetahuan misteri tersendiri tentang apa yang berlaku di Natron. 139 00:32:39,084 --> 00:32:40,961 Sekilas pandang... 140 00:32:44,298 --> 00:32:46,466 ...niat burung-burung itu semakin jelas. 141 00:34:16,348 --> 00:34:19,351 Memang suatu ketamakan, beberapa ekor marabu... 142 00:34:19,476 --> 00:34:21,228 boleh membunuh beratus anak flamingo, 143 00:34:22,103 --> 00:34:25,690 membuat ibu bapa flamingo bertempiaran lari ketakutan. 144 00:35:50,359 --> 00:35:53,403 Paruh flamingo yang lembut dan bengkok, 145 00:35:53,529 --> 00:35:57,616 bukan lawan kepada marabu tersebut. 146 00:36:00,661 --> 00:36:02,538 Tetapi, sekali-sekala, 147 00:36:02,621 --> 00:36:05,958 sepasang ibu bapa dapat menangguhkan keadaan itu. 148 00:36:29,857 --> 00:36:33,235 Suatu hari, anak flamingo sudah tidak tahan lagi. 149 00:36:36,154 --> 00:36:40,242 Mungkin naluri memberitahu ada tempat yang lebih baik. 150 00:36:41,326 --> 00:36:44,121 Suatu tempat jauh dari garam itu. 151 00:36:56,925 --> 00:37:00,554 Tiba-tiba, dalam ratusan dan ribuan, berbondong-bondong, 152 00:37:00,637 --> 00:37:03,348 burung-burung itu meninggalkan nurseri mereka. 153 00:38:10,123 --> 00:38:12,417 Burung penjaga mengetahui perjalanan... 154 00:38:12,543 --> 00:38:15,671 dan merentasi puluhan kilometer pulau garam itu, 155 00:38:15,796 --> 00:38:20,175 mungkin di laluan yang sama sewaktu ia juga anak burung dahulu. 156 00:39:02,593 --> 00:39:05,137 Tetapi ada juga yang ditinggalkan, 157 00:39:05,262 --> 00:39:08,724 terlalu lemah atau tercedera untuk melakukan perjalanan. 158 00:39:17,858 --> 00:39:21,278 Cerita yang langsung tidak sempat bermula. 159 00:40:22,673 --> 00:40:28,011 Setiap hari, anak flamingo yang hidup terus meredah perjalanan yang getir. 160 00:40:43,694 --> 00:40:48,866 Meski mereka kembali bersama ibu bapa untuk rehat dan makan, 161 00:40:48,991 --> 00:40:53,370 burung-burung penjagalah yang mengetuai perjalanan di waktu siang... 162 00:40:53,495 --> 00:40:57,499 dan memastikan walau yang paling kecil tidak sesat. 163 00:41:16,059 --> 00:41:19,188 Tetapi kumpulan itu tidak dapat menunggu untuk semua yang lain. 164 00:41:52,596 --> 00:41:55,557 Anak flamingo yang dibelenggu gelang garam... 165 00:41:55,641 --> 00:41:59,102 akan terus jauh ketinggalan. 166 00:42:55,868 --> 00:42:59,454 Namun, bagi setiap ratusan anak burung yang mati, 167 00:42:59,580 --> 00:43:01,790 beribu pula yang terus hidup. 168 00:43:21,393 --> 00:43:24,688 Betapa jauh burung-burung ini datang. 169 00:43:31,028 --> 00:43:34,656 Kumpulan ini bergabung dan mengumpul momentum... 170 00:43:34,740 --> 00:43:39,953 seolah-olah, akhirnya, dapat merasai destinasinya. 171 00:43:51,006 --> 00:43:54,009 Dan, dalam menyampai ke pinggiran pulau garam, 172 00:43:54,134 --> 00:43:58,847 menemui tasik dengan air biru yang dingin. 173 00:44:11,401 --> 00:44:14,071 Dan ia juga telah berjaya. 174 00:44:40,264 --> 00:44:42,307 Pada mulanya sangat berhati-hati... 175 00:44:43,600 --> 00:44:45,185 ...tapi kemudian... 176 00:45:27,144 --> 00:45:28,979 ...di hadapannya... 177 00:45:30,230 --> 00:45:32,107 ...ada yang lain. 178 00:46:21,198 --> 00:46:23,283 Meninggalkan pulau garam, 179 00:46:23,367 --> 00:46:26,828 anak flamingo memasuki alam tasik yang lebih luas. 180 00:46:31,291 --> 00:46:35,420 Di sini, suatu dunia yang amat berbeza menantinya. 181 00:46:37,631 --> 00:46:39,299 Landskap yang hidup, 182 00:46:39,383 --> 00:46:42,302 kompleks dan bernyawa. 183 00:47:50,662 --> 00:47:55,125 Tubir Rift memuncak beberapa ratus meter di atas tasik, 184 00:47:55,250 --> 00:47:58,462 dinding batu yang dipisahkan oleh ngarai yang dalam. 185 00:48:01,173 --> 00:48:04,092 Di sini, di tengah-tengah bayangan dan rekahan, 186 00:48:04,218 --> 00:48:08,388 air memancut keluar dari beratus mata air bawah tanah. 187 00:48:08,472 --> 00:48:11,975 Airnya kaya dengan natrium karbonat, 188 00:48:12,100 --> 00:48:16,063 satu mineral yang mewujudkan tindakan kimia bergaram di tasik. 189 00:49:21,587 --> 00:49:25,632 Berpuluh anak sungai dan sungai menuju ke serangkaian rawang... 190 00:49:25,716 --> 00:49:29,845 yang menyempadani tasik. Hampir kesemua hidupan Natron... 191 00:49:29,970 --> 00:49:35,350 bergantung pada air tawar di padang hijau. 192 00:49:35,434 --> 00:49:40,856 Dan, untuk beberapa bulan akan datang, begitu juga anak flamingo ini. 193 00:50:41,959 --> 00:50:44,753 Setiap pagi, ibu bapa akan meninggalkan anak mereka... 194 00:50:44,878 --> 00:50:49,174 di pantai yang berselut di bawah rawang. 195 00:50:49,299 --> 00:50:53,512 Seharian dihabiskan tanpa pengawasan. 196 00:51:29,715 --> 00:51:32,217 Mereka belajar mencari makan sendiri. 197 00:51:32,342 --> 00:51:36,221 Paruhnya mula menjadi penapis dan membentuk lebih ketara... 198 00:51:36,346 --> 00:51:40,475 yang membolehkan ia mengasingkan alga daripada selut dan kelodak... 199 00:51:40,601 --> 00:51:42,019 rawang. 200 00:51:54,031 --> 00:51:57,701 Bulu pelepahnya yang lembut menjadi penebat terbaik... 201 00:51:57,826 --> 00:51:59,494 daripada matahari yang terik. 202 00:51:59,578 --> 00:52:02,539 Tetapi, ia perlu didandan selalu, 203 00:52:02,664 --> 00:52:07,836 bukan hanya untuk kesihatan, tapi agar menggalakkan bulu dewasa tumbuh. 204 00:52:30,859 --> 00:52:34,446 Tanpa bulu itu, ia tidak boleh terbang. 205 00:52:34,738 --> 00:52:37,282 Tidak kira betapa ia mencuba. 206 00:52:52,130 --> 00:52:54,800 Banyak benda yang membuatkan ia perlu terbang. 207 00:53:01,974 --> 00:53:05,727 Misalnya, cerpelai yang tinggal di rawang itu. 208 00:53:50,814 --> 00:53:53,317 Dalam pada anak flamingo semakin membesar, 209 00:53:53,442 --> 00:53:56,403 kehidupan di rawang turut beredar. 210 00:53:57,279 --> 00:54:00,991 Suatu rutin, namun penuh keajaiban. 211 00:55:16,525 --> 00:55:18,652 Pada usia tiga bulan, 212 00:55:18,735 --> 00:55:21,530 ia kini semakin yakin akan dirinya 213 00:55:21,655 --> 00:55:23,907 dan tempatnya di rawang itu. 214 00:55:38,130 --> 00:55:43,218 Kini, bulu kapasnya telah berubah kepada bulu yang cerah. 215 00:55:44,511 --> 00:55:46,597 Satu demi satu, 216 00:55:46,722 --> 00:55:50,309 bulu kepaknya telah mengembang. 217 00:56:21,465 --> 00:56:26,094 Harinya tiba apabila ia mengetahui kepaknya sudah cukup kuat, 218 00:56:28,805 --> 00:56:31,850 dan satu keupayaan baru... 219 00:56:31,975 --> 00:56:34,937 yang kini sudah tiba-tiba boleh. 220 00:56:35,062 --> 00:56:39,942 Penerbangan pertama tetap dekat dengan tasik dan rawang, 221 00:56:40,067 --> 00:56:43,445 tempat yang ia rasa lebih biasa. 222 00:56:43,529 --> 00:56:47,282 Tapi penerbangan yang akan membebaskannya... 223 00:56:47,407 --> 00:56:51,286 di langit, melebihi apa yang ia pernah ketahui. 224 00:57:35,497 --> 00:57:37,583 Bukan lagi seekor anak flamingo, 225 00:57:37,708 --> 00:57:41,336 tetapi seekor burung muda yang baru mendapat sayap... 226 00:57:41,420 --> 00:57:43,839 untuk meneroka seluruh Rift Valley. 227 00:58:02,858 --> 00:58:06,695 Setiap 30 tahun, gunung berapi Lengai meletus. 228 00:58:10,741 --> 00:58:14,036 Jauh di dalam teras yang lebur, 229 00:58:14,161 --> 00:58:17,122 lava termampat dek tekanan... 230 00:58:17,247 --> 00:58:21,418 menjadi abu dan terhambur ke udara. 231 00:58:24,838 --> 00:58:27,841 Abu itu mengandungi natrium karbonat, 232 00:58:27,925 --> 00:58:32,554 mineral yang sama dengan air tasik dan tanahnya. 233 00:58:32,679 --> 00:58:36,475 Seolah-olah setiap aspek landskap tasik... 234 00:58:36,600 --> 00:58:39,228 adalah bentuk yang berbeza. 235 00:58:39,311 --> 00:58:44,149 Kelahiran semula yang berbeza tapi dari elemen asas yang sama. 236 00:58:45,275 --> 00:58:47,945 Natron ialah satu tempat, 237 00:58:48,070 --> 00:58:51,490 air, tanah dan udara. 238 00:59:17,724 --> 00:59:22,020 Dan flamingo yang lahir di pulau garam tasik itu, 239 00:59:22,145 --> 00:59:25,482 ditransformasikan oleh air garamnya, 240 00:59:25,607 --> 00:59:29,152 menjelmakan Natron dalam bentuk hidupan. 241 01:00:43,101 --> 01:00:48,190 Perjalanan tiada noktah dalam kalangan banyak tasik di Rift Valley... 242 01:00:48,273 --> 01:00:50,901 ialah satu pengembaraan berbanding penghijrahan. 243 01:00:51,026 --> 01:00:54,988 Flamingo bergerak mengikut rentak tersendiri. 244 01:01:01,245 --> 01:01:05,207 Natron, Bogoria, Embakai. 245 01:01:05,290 --> 01:01:09,378 Magadi, Nakuru, Manyara. 246 01:01:09,461 --> 01:01:12,297 Ia datang dan pergi sesuka hati. 247 01:01:12,422 --> 01:01:16,885 Kehadirannya, tiba-tiba dan menakluki tasik tersebut. 248 01:02:13,692 --> 01:02:17,863 Tapi setiap tasik punya watak zalimnya yang tersendiri. 249 01:04:40,923 --> 01:04:43,926 Kali ini, watak itu berdiam diri. 250 01:04:44,051 --> 01:04:46,929 Ia menyimpan rahsia hidupnya. 251 01:04:54,436 --> 01:04:57,606 Seperti tatkala flamingo tiba di Natron, 252 01:04:57,689 --> 01:05:03,070 seperti silap mata, ia tiba-tiba hilang. 253 01:05:53,829 --> 01:05:57,666 Lahir dari garam, ia menakluki langit, 254 01:05:57,791 --> 01:06:00,169 menyerap warna air... 255 01:06:00,252 --> 01:06:04,548 dan bulu flamingo memerah bak lembayung seperti burung phoenix. 256 01:06:06,008 --> 01:06:09,845 Hidup flamingo ialah satu transformasi yang berterusan. 257 01:06:09,970 --> 01:06:15,058 Meskipun pada waktu kematian, bentuknya berubah menjadi yang lain. 258 01:06:16,393 --> 01:06:19,313 Bulu, tulang, warna, 259 01:06:19,396 --> 01:06:22,649 daya hidup flamingo pulang ke tasik. 260 01:06:51,345 --> 01:06:56,558 Apabila musim berubah, hidupan mikroskopik di air mula menyerlah. 261 01:06:56,642 --> 01:07:00,145 Natron menjadi tasik berapi. 262 01:07:31,343 --> 01:07:35,138 Selepas enam bulan tanpa setitis hujan pun, 263 01:07:35,264 --> 01:07:39,434 warnanya memudar dan meluntur. 264 01:08:06,253 --> 01:08:08,338 Abu dari gunung berapi teradun 265 01:08:08,463 --> 01:08:12,384 dengan garam tasik dan abu tanah, 266 01:08:12,509 --> 01:08:16,971 bertebaran dalam angin musim kering yang meresahkan. 267 01:08:22,644 --> 01:08:25,606 Elemen Natron berubah bentuk, 268 01:08:25,689 --> 01:08:28,024 daripada satu kepada yang lain. 269 01:08:28,149 --> 01:08:32,446 Abu, debu dan garam. 270 01:08:56,053 --> 01:09:00,224 Namun musim sepi ini juga akan berlalu. 271 01:09:13,444 --> 01:09:17,823 Kisah burung itu adalah janjinya. 272 01:09:18,700 --> 01:09:21,328 Pengakuan alam semula jadi. 273 01:09:33,090 --> 01:09:36,218 Semasa musim sejuk atau kematian, 274 01:09:36,343 --> 01:09:41,557 pada waktu kemusnahan, hujan akan turun. 275 01:09:42,432 --> 01:09:46,019 Panggilan burung akan kedengaran. 276 01:09:46,103 --> 01:09:50,899 Dan semuanya, segala-galanya akan bermula semula. 277 01:10:31,440 --> 01:10:33,358 Burung kilat. 278 01:10:33,483 --> 01:10:36,945 Burung api. Phoenix. 279 01:10:37,029 --> 01:10:40,324 Ia akan kembali bersama sayap lembayung... 280 01:10:40,449 --> 01:10:43,452 dan bersarang di abu itu. 281 01:10:49,124 --> 01:10:53,462 Dan anak-anak tasik akan dilahirkan semula. 282 01:13:36,416 --> 01:13:40,754 Suatu masa dahulu, di tengah-tengah tanah Afrika, 283 01:13:40,838 --> 01:13:43,590 wujud sebuah tasik api. 284 01:14:15,205 --> 01:14:18,166 SELAMA DUA PULUH JUTA TAHUN, FLAMINGO SUDAH HIDUP... 285 01:14:18,292 --> 01:14:21,253 DAN BERHIJRAH DI KALANGAN TASIK AFRIKA. 286 01:14:21,378 --> 01:14:24,339 KEBANYAKAN TASIK INI TERMASUK NATRON, KINI... 287 01:14:24,423 --> 01:14:27,384 TERUK DIANCAM OLEH PENCEMARAN DAN PEMBANGUNAN. 288 01:14:27,509 --> 01:14:30,470 BERAPA BANYAK MUSIM BERWARNA DAN KEHIDUPAN... 289 01:14:30,554 --> 01:14:33,515 YANG TINGGAL UNTUK FLAMINGO ITU? 290 01:14:33,640 --> 01:14:36,602 DAN SIAPA YANG AKAN SEDAR JIKA IA SUDAH PUPUS?