1
00:00:06,923 --> 00:00:10,844
SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:57,015 --> 00:01:01,895
SEMUA NAMA, ORGANISASI SERTA INSIDEN
DALAM DRAMA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA
3
00:01:04,522 --> 00:01:10,070
{\an8}19 TAHUN LALU
6 OGOS 2001
4
00:01:55,031 --> 00:01:56,074
Helo.
5
00:01:56,658 --> 00:01:58,076
Awak hidup lagi?
6
00:01:58,159 --> 00:02:00,495
Saya ingat awak dah mati.
Kenapa tak jawab telefon?
7
00:02:01,246 --> 00:02:02,622
Sekarang pukul berapa?
8
00:02:03,206 --> 00:02:04,999
Dah lebih pukul 9:00, hampir pukul 10:00.
9
00:02:05,083 --> 00:02:06,084
Apa?
10
00:02:06,709 --> 00:02:08,878
Saya minta awak kejut saya pukul 8:00!
11
00:02:08,962 --> 00:02:11,256
Saya dah telefon tapi awak yang tak jawab.
12
00:02:11,339 --> 00:02:14,884
Saya kena dapatkan hasil
kerana akan berjumpa dengan pelabur esok!
13
00:02:14,968 --> 00:02:16,761
Kenapa tak kejut saya?
14
00:02:16,845 --> 00:02:19,305
Hari-hari saya bekerja
dan bergelumang dengan minyak
15
00:02:19,389 --> 00:02:22,267
untuk membantu menyara awak.
Sampai hati awak kata begitu?
16
00:02:22,350 --> 00:02:25,687
Kerja saya dah nak siap
dan saya akan sampai pukul 12:00 nanti.
17
00:02:25,770 --> 00:02:27,063
Nak minum bersama?
18
00:02:27,647 --> 00:02:29,107
Okey.
19
00:02:29,190 --> 00:02:30,984
Nanti tolong belikan
20
00:02:31,067 --> 00:02:34,112
sekotak Bacchus dalam perjalanan balik.
21
00:02:34,195 --> 00:02:36,573
Jangan beli jenama lain yang pelik
kerana murah.
22
00:02:36,656 --> 00:02:38,241
Tolong belikan Bacchus.
23
00:02:38,324 --> 00:02:40,827
Baiklah. Okey.
24
00:02:53,172 --> 00:02:55,550
Habislah.
25
00:03:02,515 --> 00:03:04,851
Dah sejauh mana ia berkembang?
26
00:03:20,491 --> 00:03:21,618
Wah.
27
00:03:23,453 --> 00:03:25,163
Saya harap ia berjaya kali ini.
28
00:03:26,080 --> 00:03:27,749
Okey. Tolonglah berjaya.
29
00:03:35,298 --> 00:03:38,426
Tidak! Apa ini?
30
00:03:52,190 --> 00:03:54,776
Tak guna.
31
00:03:54,859 --> 00:03:55,944
Saya buat silap.
32
00:04:08,539 --> 00:04:10,875
- Apa?
- Apa yang sedang terjadi?
33
00:04:12,001 --> 00:04:13,169
Kenapa ia jadi begini?
34
00:04:20,677 --> 00:04:23,012
Bukankah ada seseorang terbaring di sana?
35
00:04:23,096 --> 00:04:24,305
- Mana?
- Oh, Tuhan.
36
00:04:24,389 --> 00:04:26,641
Encik! Ada orang di sana!
37
00:04:26,724 --> 00:04:29,811
- Tolong beredar dari sana!
- Dia dah mati?
38
00:04:29,894 --> 00:04:32,522
Tolong ke belakang sedikit.
39
00:04:32,605 --> 00:04:34,774
- Apa dia buat?
- Apa yang berlaku?
40
00:04:38,987 --> 00:04:41,155
Encik, bahaya berbaring di sini.
41
00:04:42,573 --> 00:04:44,993
Kereta api akan sampai tak lama lagi.
42
00:04:45,910 --> 00:04:48,079
Encik? Helo?
43
00:04:48,871 --> 00:04:49,956
Aduhai.
44
00:04:50,957 --> 00:04:52,500
Adakah dia mabuk?
45
00:04:54,836 --> 00:04:57,755
Encik, tolong bangun. Awak okey?
46
00:04:57,839 --> 00:04:59,299
Kalau awak baring di sini…
47
00:05:04,429 --> 00:05:05,638
Apa ini?
48
00:05:07,598 --> 00:05:10,768
Kenapa dia ada gambar Tae-sul dan saya?
49
00:05:13,813 --> 00:05:15,023
REKOD SERANGAN HAN TAE-SUL
50
00:05:15,106 --> 00:05:17,358
15 JULAI 2020: HEMPASAN PESAWAT
15 OGOS 2020: TEMBAKAN DI PERSIDANGAN
51
00:05:23,364 --> 00:05:25,950
Apa ini? Apa maksud gambar ini?
52
00:05:26,034 --> 00:05:28,619
Siapa awak?
Macam mana awak mengenali Tae-sul?
53
00:05:28,703 --> 00:05:30,079
Siapa awak?
54
00:05:30,621 --> 00:05:31,914
Apa?
55
00:05:46,512 --> 00:05:48,431
Hei, tunggu!
56
00:05:49,515 --> 00:05:53,019
Hei! Siapa awak?
57
00:06:26,219 --> 00:06:27,053
Awak dah bangun?
58
00:06:30,973 --> 00:06:33,684
Awak selalu dapat mimpi ngeri. Saya pun.
59
00:06:39,315 --> 00:06:42,151
Jom. Tiada siapa di sini sekarang.
60
00:06:42,944 --> 00:06:43,820
Okey.
61
00:07:28,281 --> 00:07:33,786
BORANG PEMINDAHAN TUNAI BANK
TIGA JUTA WON
62
00:07:41,502 --> 00:07:46,174
"Kim Jin-hui."
63
00:07:52,638 --> 00:07:54,348
KAD PENGENALAN PENDUDUK
64
00:07:59,562 --> 00:08:02,315
KAD PENGENALAN PENDUDUK
PARK JAE-UK
65
00:08:02,398 --> 00:08:04,609
- "Park Jae-uk."
- Bos!
66
00:08:05,443 --> 00:08:07,153
Awak mengejutkan saya!
67
00:08:07,236 --> 00:08:10,072
Kenapa awak ke sini? Siapa jaga kedai?
68
00:08:10,156 --> 00:08:12,408
Hari ini dapat gaji.
Mereka pun datang ambil duit.
69
00:08:12,492 --> 00:08:15,620
Awak patut buat semua itu guna telefon.
70
00:08:15,703 --> 00:08:17,205
Balik ke kedai sekarang.
71
00:08:17,288 --> 00:08:20,416
Kenapa nak buat transaksi guna telefon?
Terlalu berisikolah.
72
00:08:21,792 --> 00:08:23,836
Awak nak hantar duit ke mana?
73
00:08:24,420 --> 00:08:26,923
Tiga juta selalu hilang dalam buku akaun.
Untuk ini?
74
00:08:27,590 --> 00:08:29,342
Pergilah!
75
00:08:30,468 --> 00:08:32,637
- Awak nak hantar kepada siapa?
- Tolonglah!
76
00:08:33,888 --> 00:08:36,933
Saya sentiasa bekerja
selama sebulan 24 jam,
77
00:08:37,016 --> 00:08:38,351
tapi cuma dapat 1,8 juta won.
78
00:08:38,434 --> 00:08:41,771
Tapi kamu diberikan
tempat tinggal dan makanan percuma.
79
00:08:41,854 --> 00:08:45,149
Awak juga dapat insentif yang tinggi
apabila selesai tugas.
80
00:08:45,733 --> 00:08:48,444
Saya akan naikkan gaji tiga juta won
kalau awak rajin.
81
00:08:48,528 --> 00:08:51,239
Cepat balik dan cari Tae-sul. Cepat!
82
00:08:55,284 --> 00:08:58,412
Tak nak pergi? Kalau awak masih di sini,
saya potong gaji awak.
83
00:09:00,873 --> 00:09:01,916
Bos jahat!
84
00:09:01,999 --> 00:09:05,336
Laporkan kepada Kementerian Sumber Manusia
yang saya bos jahat.
85
00:09:05,419 --> 00:09:06,379
Samanlah.
86
00:09:06,462 --> 00:09:08,256
Bukannya apa-apa akan terjadi pun.
87
00:09:35,032 --> 00:09:36,617
Berhenti pandang saya.
88
00:09:36,701 --> 00:09:40,246
Awak nampak elok.
Lagipun, awak akan menghadiri parti.
89
00:09:42,081 --> 00:09:43,332
Awak nampak cantik.
90
00:09:44,959 --> 00:09:46,460
Di mana nak sorokkan pistol?
91
00:09:47,044 --> 00:09:48,838
Kita tak patut menembak
92
00:09:48,921 --> 00:09:51,424
mahupun ditembak.
93
00:09:51,507 --> 00:09:53,175
Simpan pistol itu.
94
00:09:57,805 --> 00:09:58,931
Kenapa tak tukar baju?
95
00:09:59,015 --> 00:10:02,393
Saya dah kata saya tak boleh pergi
sebab mereka kenal saya.
96
00:10:08,357 --> 00:10:09,900
Saya cuma perlu masuk ke sana?
97
00:10:10,943 --> 00:10:14,071
Saya dah tambah nama awak
dalam senarai jemputan.
98
00:10:16,616 --> 00:10:17,867
JEMPUTAN
GRACE PARK
99
00:10:18,701 --> 00:10:21,203
- Apa…
- Grace Park.
100
00:10:21,287 --> 00:10:24,415
"Grace Park."
Awak perlu sebut Park seperti ini.
101
00:10:24,999 --> 00:10:27,376
Awak pekerja syarikat pelabur luar negara.
102
00:10:27,460 --> 00:10:31,297
Kalau mereka tanya soalan,
pura-pura tak faham bahasa Korea.
103
00:10:31,380 --> 00:10:33,132
Saya tak pandai berbahasa Inggeris.
104
00:10:33,215 --> 00:10:37,053
Tak mengapa, mereka akan tertipu
dengan sesiapa yang berpakaian cantik.
105
00:10:38,512 --> 00:10:40,931
- Saya nampak macam orang bodoh.
- Taklah.
106
00:10:41,015 --> 00:10:44,226
Awak cuma perlu menyorok
dalam kalangan orang bodoh.
107
00:10:44,852 --> 00:10:47,355
Okey, saya akan pergi ke pintu belakang
108
00:10:47,438 --> 00:10:50,358
dan mula mencari di tingkat dua
dan bahagian belakang. Awak pula?
109
00:10:50,441 --> 00:10:53,444
Tingkat satu.
Saya perlu mencari dari pintu masuk.
110
00:10:53,527 --> 00:10:55,488
Bagus.
111
00:10:56,906 --> 00:11:00,034
Sekejap, mari bincang semula
rancangan kita.
112
00:11:01,535 --> 00:11:04,413
Kita cuma perlu cari di mana abang saya.
113
00:11:04,497 --> 00:11:05,790
Jangan timbulkan kekecohan.
114
00:11:05,873 --> 00:11:07,833
Awak tak boleh pukul orang,
115
00:11:07,917 --> 00:11:10,294
sakitkan orang
mahupun buat mereka pengsan.
116
00:11:10,378 --> 00:11:13,923
Awak dah pakai cantik-cantik hari ini.
Jadi, jangan buat begitu.
117
00:11:14,006 --> 00:11:17,385
Jangan bergaduh dengan Sigma
atau sesiapa sekali pun.
118
00:11:18,219 --> 00:11:19,595
- Tengoklah dulu.
- Seo-hae.
119
00:11:20,179 --> 00:11:21,430
Okey.
120
00:11:28,354 --> 00:11:30,022
Tunggu sekejap.
121
00:11:57,091 --> 00:11:58,300
Awak boleh dengar?
122
00:12:00,678 --> 00:12:02,221
Awak cuba cakap sesuatu.
123
00:12:03,514 --> 00:12:04,598
Sudahlah.
124
00:12:08,102 --> 00:12:10,563
Ini nadi elektromagnet.
125
00:12:10,646 --> 00:12:14,024
Tekan butang merah ini
jika sesuatu terjadi.
126
00:12:14,108 --> 00:12:16,819
Nanti, seluruh bangunan
akan terputus bekalan elektrik
127
00:12:16,902 --> 00:12:19,280
dan semua alat komunikasi
takkan berfungsi.
128
00:12:28,497 --> 00:12:29,957
Gang Seo-hae.
129
00:13:55,334 --> 00:13:56,877
Kebenaran telah diberikan.
130
00:13:56,961 --> 00:13:59,547
Tembak perempuan itu apabila dijumpai.
131
00:13:59,630 --> 00:14:00,589
Pergi ke kedudukan!
132
00:14:25,197 --> 00:14:26,949
Selamat datang. Sila berikan nama.
133
00:14:27,575 --> 00:14:30,452
- Nama saya Grace Park.
- Sila tunggu sebentar.
134
00:14:31,704 --> 00:14:34,081
Okey. Selamat datang, Cik Park.
135
00:14:36,125 --> 00:14:37,668
Cik Park sudah sampai.
136
00:14:47,386 --> 00:14:48,721
Saya dah masuk.
137
00:14:49,430 --> 00:14:50,806
Semua okey?
138
00:14:53,601 --> 00:14:55,477
Mereka asyik tenung saya.
139
00:14:55,561 --> 00:14:58,022
Saya dah kata jangan buat apa-apa
yang tarik perhatian.
140
00:15:00,524 --> 00:15:02,192
Saya tak buat apa-apa langsung.
141
00:15:12,703 --> 00:15:14,788
- Nampak abang saya?
- Tidak.
142
00:15:16,999 --> 00:15:18,876
Kenapa mereka berkumpul di sini?
143
00:15:19,460 --> 00:15:23,047
Mereka berkumpul kerana gembira
saya sudah mati.
144
00:15:24,548 --> 00:15:26,091
Bukankah mereka rakan kerja awak?
145
00:15:26,175 --> 00:15:29,178
Syarikat saya adalah
syarikat sendirian berhad.
146
00:15:29,261 --> 00:15:31,096
Saya cuma ada saham lima peratus.
147
00:15:31,180 --> 00:15:33,265
Para pemilik 95 peratus saham syarikat
148
00:15:33,349 --> 00:15:36,393
telah berkumpul dan berseronok
kerana saya sudah mati.
149
00:15:46,904 --> 00:15:50,407
Kami masih belum buat pengumuman rasmi
150
00:15:50,491 --> 00:15:54,828
tetapi saya ingin memperkenalkan diri
kepada para tetamu yang sudah berkumpul.
151
00:15:56,080 --> 00:15:58,499
Saya perkenalkan
pengerusi baru Kuantum & Masa.
152
00:15:58,999 --> 00:16:00,250
Edward Kim.
153
00:16:00,834 --> 00:16:02,503
Eddy, sila beri sepatah dua kata.
154
00:16:10,511 --> 00:16:13,389
Terima kasih. Salam perkenalan.
155
00:16:13,889 --> 00:16:16,725
Pasti ramai yang risau
kerana syarikat kami
156
00:16:16,809 --> 00:16:18,978
menghadapi pelbagai masalah.
157
00:16:19,478 --> 00:16:22,314
Walaupun masih belum rasmi,
sebagai pengerusi,
158
00:16:23,565 --> 00:16:27,194
saya ingin berikan jaminan
kepada anda semua.
159
00:16:27,945 --> 00:16:31,323
Mulai saat ini,
syarikat ini akan beroperasi
160
00:16:32,992 --> 00:16:36,412
berlandaskan dua nilai utama
iaitu kepercayaan dan kestabilan.
161
00:16:37,579 --> 00:16:41,250
Di sini, saya ingin memohon sokongan
daripada anda semua.
162
00:16:41,333 --> 00:16:43,168
Kamu semua teruja, ya?
163
00:16:55,806 --> 00:16:57,307
Seo-hae.
164
00:16:58,267 --> 00:17:01,854
Jom pergi ke taman tema
selepas semua ini tamat.
165
00:17:01,937 --> 00:17:03,230
Saya jadi pemandu awak.
166
00:17:03,313 --> 00:17:05,274
Bukankah awak tak suka taman tema?
167
00:17:05,357 --> 00:17:06,984
Awak dengar saya cakap begitu?
168
00:17:07,067 --> 00:17:09,236
Tapi awak nak ke sana, bukan?
169
00:17:09,319 --> 00:17:11,864
Saya cuma akan beratur sahaja.
170
00:17:15,242 --> 00:17:16,577
Jadi,
171
00:17:18,037 --> 00:17:19,329
awak perlu berhati-hati.
172
00:17:21,290 --> 00:17:22,374
Awak pun.
173
00:17:39,224 --> 00:17:40,559
Tiada masalah di Pasukan A.
174
00:17:42,269 --> 00:17:43,270
Pasukan B juga.
175
00:17:46,148 --> 00:17:48,525
Pasukan penembak juga sama.
176
00:17:55,115 --> 00:17:57,034
Gangguan komunikasi akan dimulakan.
177
00:18:11,256 --> 00:18:12,341
Helo.
178
00:18:15,385 --> 00:18:17,346
Kita pernah berjumpa? Macam pernah nampak.
179
00:18:23,185 --> 00:18:24,436
Adakah kita pernah
180
00:18:26,063 --> 00:18:27,314
berjumpa di persidangan?
181
00:18:27,981 --> 00:18:30,776
Atlanta? Sydney?
182
00:18:30,859 --> 00:18:33,445
Mustahil saya tak ingat wanita cantik.
183
00:18:34,947 --> 00:18:35,864
Tidak.
184
00:18:37,324 --> 00:18:38,742
Awak tak kenal saya?
185
00:18:40,077 --> 00:18:41,453
Betul.
186
00:18:43,372 --> 00:18:45,082
Jadi saya boleh berterus terang.
187
00:18:47,334 --> 00:18:50,504
Saya dah bersalaman beratus kali
dengan semua yang ada di sini.
188
00:18:51,004 --> 00:18:54,967
Mereka semua ada di sini
untuk ucap tahniah kepada saya.
189
00:18:55,801 --> 00:18:57,094
Tapi masalahnya,
190
00:18:57,636 --> 00:19:00,347
saya tak boleh percayakan
sesiapa langsung.
191
00:19:02,683 --> 00:19:05,185
Bagi mereka, saya ibarat
192
00:19:05,269 --> 00:19:09,565
kad istimewa yang ada untuk diguna pakai.
193
00:19:10,732 --> 00:19:11,775
Seperti kawan saya.
194
00:19:13,861 --> 00:19:15,112
Han Tae-sul.
195
00:19:16,989 --> 00:19:17,823
Awak kenal, bukan?
196
00:19:21,076 --> 00:19:23,704
Tentu saya dah gila.
197
00:19:24,580 --> 00:19:28,167
Walaupun dia tak berguna tapi dia baik.
198
00:19:30,544 --> 00:19:34,673
Awak saja yang saya tak kenal di sini.
Jadi, kita patut minum bersama.
199
00:19:37,509 --> 00:19:38,760
Tae-sul,
200
00:19:40,888 --> 00:19:42,723
kita jumpa di neraka nanti.
201
00:19:52,649 --> 00:19:54,067
Kenapa awak ke sini?
202
00:19:55,611 --> 00:19:56,737
Saya ikut kawan.
203
00:19:56,820 --> 00:20:00,699
Siapa kawan awak?
Saya kenal semua orang di sini.
204
00:20:02,201 --> 00:20:03,744
Itu…
205
00:20:09,541 --> 00:20:12,336
Kita cuma perlu cari di mana abang saya.
206
00:20:14,713 --> 00:20:16,048
Saya minta diri.
207
00:20:18,884 --> 00:20:21,345
Tae-sul, saya dah jumpa Tae-san.
208
00:20:37,236 --> 00:20:39,196
Saya sedang ronda tingkat dua.
209
00:20:42,449 --> 00:20:43,909
Tiada masalah di sini.
210
00:20:51,250 --> 00:20:53,835
Tae-sul, saya dah jumpa abang awak.
211
00:20:53,919 --> 00:20:55,879
Apa? Seo-hae.
212
00:20:56,755 --> 00:20:58,674
Seo-hae? Gang Seo-hae!
213
00:20:59,800 --> 00:21:00,926
Apa awak kata?
214
00:21:01,927 --> 00:21:04,012
Ulang semula. Seo-hae!
215
00:21:04,638 --> 00:21:06,598
Tak guna! Apa yang dia kata tadi?
216
00:21:19,945 --> 00:21:21,321
Apa ini?
217
00:21:22,030 --> 00:21:23,657
"Perjanjian perkongsian teknologi"?
218
00:21:23,740 --> 00:21:26,076
TEKNOLOGI PERGERAKAN KUANTUM
PERJANJIAN PERKONGSIAN
219
00:21:28,370 --> 00:21:30,580
KUANTUM & MASA AKAN BERKONGSI TEKNOLOGI
BERSAMA SIGMA
220
00:21:30,664 --> 00:21:32,249
"Sigma."
221
00:21:58,442 --> 00:22:00,652
Jawab, Tae-sul. Saya dah jumpa abang awak.
222
00:22:04,406 --> 00:22:05,240
Hei!
223
00:22:21,214 --> 00:22:22,841
Tangkap perempuan itu!
224
00:22:24,426 --> 00:22:25,510
Cari dia!
225
00:22:32,642 --> 00:22:35,395
Saya tahu siapa awak.
Dengar cakap saya elok-elok.
226
00:22:35,479 --> 00:22:37,606
Jauhkan diri daripada Tae-sul. Faham?
227
00:22:40,192 --> 00:22:42,861
Apa? Tae-sul, apa yang dah terjadi?
228
00:22:42,944 --> 00:22:46,573
En. Kim, apa semua ini?
229
00:22:46,656 --> 00:22:48,742
Sigma. Siapa Sigma? Siapa dia?
230
00:22:49,326 --> 00:22:51,536
- Dia pelabur kita.
- Sejak bila?
231
00:22:51,620 --> 00:22:54,456
Sejak bila? Sejak dulu lagi.
Saya dah laporkan kepada awak.
232
00:22:56,041 --> 00:22:59,753
CEO: HAN TAE-SUL
233
00:23:04,049 --> 00:23:06,426
Biro Kawalan akan tiba dalam masa seminit.
234
00:23:11,932 --> 00:23:14,893
Itu sebabnya awak patut sertai
mesyuarat kita walaupun sekali.
235
00:23:15,477 --> 00:23:17,479
Saya dah suruh awak ambil tahu mengenai…
236
00:23:17,562 --> 00:23:20,440
- Saya akan turun dan beritahu segalanya.
- Apa awak nak kata?
237
00:23:21,024 --> 00:23:24,402
Sigma nak bunuh awak
untuk ambil alih syarikat ini?
238
00:23:24,486 --> 00:23:28,031
Atau orang dari masa depan
datang ke sini menaiki mesin masa?
239
00:23:30,700 --> 00:23:32,994
Kenapa? Awak ingat awak saja yang tahu?
240
00:23:33,078 --> 00:23:34,454
Apa?
241
00:23:35,872 --> 00:23:37,040
Kamu semua sekepala?
242
00:23:37,124 --> 00:23:39,251
Siapa akan percayakan awak sekarang?
243
00:23:40,377 --> 00:23:43,088
Maaf, tapi tolong jangan
buat apa-apa sekarang.
244
00:23:43,171 --> 00:23:45,257
- Nanti jadi macam abang…
- Apa awak kata?
245
00:23:46,341 --> 00:23:49,719
Dia boleh buat ramai orang jadi gila.
246
00:23:50,220 --> 00:23:51,555
Jangan susahkan diri.
247
00:23:51,638 --> 00:23:54,266
Biro Kawalan ada di luar.
Semua akan tamat lepas ini.
248
00:23:54,349 --> 00:23:57,394
Saya akan bunuh awak! Saya akan…
249
00:24:31,636 --> 00:24:33,013
Saya dah tangkap Tae-sul.
250
00:24:34,347 --> 00:24:36,516
Saya akan cari wanita itu sekarang.
251
00:24:38,059 --> 00:24:39,644
Gang Seo-hae, anak Leftenan Gang Dong-gi.
252
00:24:41,062 --> 00:24:43,106
Awak meletakkan Tae-sul dalam bahaya.
253
00:24:44,566 --> 00:24:47,861
Ini amaran terakhir saya.
Kalau awak masih bersama dia lepas ini,
254
00:24:49,404 --> 00:24:50,488
saya akan bunuh awak.
255
00:25:05,045 --> 00:25:06,338
Saya dah jumpa dia.
256
00:25:08,173 --> 00:25:10,008
Biro Kawalan dah sampai, Tae-sul.
257
00:25:11,343 --> 00:25:12,302
Tae-sul!
258
00:25:19,893 --> 00:25:20,852
Tangkap dia!
259
00:25:22,687 --> 00:25:23,980
- Apa ini?
- Perempuan gila.
260
00:25:32,197 --> 00:25:34,991
- Hei!
- Hei!
261
00:25:35,075 --> 00:25:37,619
- Hei!
- Buka, cepat!
262
00:25:37,702 --> 00:25:39,746
Awak berada di mana?
263
00:26:06,731 --> 00:26:10,568
Tae-sul, tak guna! Jawab sekarang!
264
00:26:17,909 --> 00:26:18,952
Ini nadi elektromagnet.
265
00:26:19,035 --> 00:26:22,455
Tekan butang merah ini
jika sesuatu terjadi.
266
00:26:22,998 --> 00:26:25,250
Nanti, seluruh bangunan
akan terputus bekalan elektrik
267
00:26:25,333 --> 00:26:27,043
dan semua alat komunikasi
takkan berfungsi.
268
00:26:29,170 --> 00:26:30,547
Selamat jalan.
269
00:27:12,339 --> 00:27:15,508
Jangan timbulkan masalah.
Ada ramai yang memandang.
270
00:27:16,259 --> 00:27:17,802
Awak tak boleh lari lagi.
271
00:27:34,444 --> 00:27:37,322
Jangan keluar. Ada penembak tepat.
272
00:27:37,906 --> 00:27:40,492
Tugasan pertama saya
adalah untuk bunuh awak.
273
00:27:53,588 --> 00:27:55,048
Naiklah.
274
00:28:00,804 --> 00:28:02,722
Simpan pistol. Ramai yang memandang!
275
00:28:29,624 --> 00:28:32,085
Mesti awak gembira jumpa saya.
Ingat saya lagi?
276
00:28:33,253 --> 00:28:35,088
Kenapa awak ada di sini?
277
00:28:35,171 --> 00:28:36,297
Awak tak gembira?
278
00:28:37,549 --> 00:28:39,300
Pusing semula. Tae-sul…
279
00:28:39,384 --> 00:28:40,635
Awak berdarah?
280
00:28:40,718 --> 00:28:42,929
Awak okey? Awak ditembak?
281
00:28:43,930 --> 00:28:46,683
- Tae-sul…
- Awak okey?
282
00:28:46,766 --> 00:28:49,060
Hei! Jangan pengsan!
283
00:28:49,144 --> 00:28:51,479
Awak okey? Tolong sedar!
284
00:28:52,856 --> 00:28:54,065
Seo-hae!
285
00:28:54,649 --> 00:28:55,734
Tak guna.
286
00:29:39,527 --> 00:29:41,571
Baring, Tae-sul!
287
00:29:42,071 --> 00:29:43,782
Baring sekarang, Tae-sul!
288
00:30:19,192 --> 00:30:20,568
Tak guna.
289
00:30:25,448 --> 00:30:27,408
Tae-sul!
290
00:30:27,492 --> 00:30:29,744
Awak dah sedar? Awak okey?
291
00:30:30,328 --> 00:30:33,248
- Pandang saya, Tae-sul.
- Apa awak buat?
292
00:30:33,331 --> 00:30:34,290
Awak okey?
293
00:30:34,958 --> 00:30:37,544
- Saya tak okey.
- Apa yang awak ingat?
294
00:30:38,127 --> 00:30:39,462
Apa?
295
00:30:41,881 --> 00:30:43,716
Awak ditembak di persidangan.
296
00:30:43,800 --> 00:30:45,385
Tapi ia cuma menggesel kulit awak.
297
00:30:45,468 --> 00:30:48,054
Ia tersasar satu sentimeter
daripada urat awak.
298
00:30:48,137 --> 00:30:50,557
Suspek dah ditangkap
dan dia benci syarikat kita.
299
00:30:51,140 --> 00:30:52,934
- Pandang saya, Tae-sul.
- Ke tepi.
300
00:30:54,602 --> 00:30:56,271
- Baring! Jangan bangun.
- Tae-sul.
301
00:30:56,354 --> 00:30:57,355
Saya nak pergi.
302
00:30:57,438 --> 00:30:59,732
Awak ditembak!
Kami ingatkan awak dah mati!
303
00:30:59,816 --> 00:31:02,986
- Awak dalam keadaan koma…
- Apa yang awak merepek?
304
00:31:07,365 --> 00:31:09,075
Baring, Tae-sul!
305
00:31:16,082 --> 00:31:17,208
Apa…
306
00:31:18,668 --> 00:31:20,169
Apa yang kamu dah buat?
307
00:31:20,837 --> 00:31:21,671
Tae-sul.
308
00:31:22,255 --> 00:31:24,173
Seo-hae. Mana Seo-hae?
309
00:31:24,257 --> 00:31:26,426
- Siapa?
- Di mana Seo-hae?
310
00:31:26,509 --> 00:31:29,095
Perempuan yang larikan diri
dari persidangan dengan saya.
311
00:31:29,178 --> 00:31:31,848
- Tae-sul.
- Dia selamatkan nyawa saya.
312
00:31:31,931 --> 00:31:33,641
Kami terpaksa sorokkan diri.
313
00:31:33,725 --> 00:31:36,311
Sigma. Apa jadi dengan Sigma?
314
00:31:36,394 --> 00:31:38,271
Abang saya pula?
315
00:31:38,354 --> 00:31:39,480
Mana Tae-san?
316
00:31:39,564 --> 00:31:42,525
- Tae-san dah mati. Bertenang.
- Cakap, Seo-jin.
317
00:31:42,609 --> 00:31:44,694
Saya pergi ke rumah awak, Seo-jin.
318
00:31:44,777 --> 00:31:46,863
Saya ke hospital awak. Ingat tak?
319
00:31:46,946 --> 00:31:50,533
Empat hari lepas kejadian tembakan
di PEXCO.
320
00:31:50,617 --> 00:31:53,453
Ogos. 19 Ogos.
321
00:31:53,536 --> 00:31:56,039
Awak rawat wanita itu. Di mana dia?
322
00:31:56,122 --> 00:31:57,498
- Tae-sul.
- Apa?
323
00:31:58,750 --> 00:32:00,668
Hari ini 19 Ogos.
324
00:32:09,886 --> 00:32:11,554
Apa kamu cakap?
325
00:32:12,513 --> 00:32:14,515
RABU, 19 OGOS
326
00:32:17,894 --> 00:32:20,355
- Kamu berdua penipu.
- Tae-sul.
327
00:32:20,438 --> 00:32:22,398
- Tunggu, Tae-sul.
- Tae-sul, tolonglah!
328
00:32:22,482 --> 00:32:25,401
- Tae-sul!
- Ke tepi!
329
00:32:31,574 --> 00:32:33,284
RABU, 19 OGOS
330
00:32:34,410 --> 00:32:35,411
Apa ini?
331
00:32:38,081 --> 00:32:39,707
RABU, 19 OGOS 2020
332
00:32:41,668 --> 00:32:42,877
Apa yang terjadi?
333
00:32:44,671 --> 00:32:47,715
Kenapa kamu buat begini?
334
00:32:49,300 --> 00:32:51,219
Kamu rancang ini bersama-sama, bukan?
335
00:32:51,302 --> 00:32:53,137
Kim Seung-bok.
336
00:32:53,221 --> 00:32:55,348
Awak kata awak akan adakan
pengebumian saya.
337
00:32:55,431 --> 00:32:58,393
Awak bergembira dan minum arak
338
00:32:58,476 --> 00:33:01,938
kerana gembira yang saya sudah mati.
339
00:33:03,815 --> 00:33:06,359
Kenapa dengan awak, Tae-sul?
340
00:33:06,442 --> 00:33:09,362
Tae-sul. Situasi sebegini boleh terjadi.
Bernafas.
341
00:33:11,364 --> 00:33:14,617
Berikan saya telefon saya.
Saya nak hubungi Seo-hae.
342
00:33:14,701 --> 00:33:18,329
- Tolong berhenti, Tae-sul.
- Awak yang patut berhenti!
343
00:33:18,830 --> 00:33:20,164
Kamu memang tak guna.
344
00:33:20,915 --> 00:33:22,750
Kamu fikir kamu boleh perbodohkan saya?
345
00:33:23,334 --> 00:33:25,294
Siapa arahkan kamu buat begini?
346
00:33:25,378 --> 00:33:28,756
Ayah awak yang suruh awak
buat begini, Seo-jin?
347
00:33:28,840 --> 00:33:31,676
- Tolong bertenang, Tae-sul.
- Bertenang.
348
00:33:32,468 --> 00:33:34,095
- Saya tahu semuanya.
- Apa?
349
00:33:34,178 --> 00:33:35,596
Saya tahu kamu berkomplot.
350
00:33:35,680 --> 00:33:39,058
Kenapa? Saya nampak dan dengar
segala-galanya di rumah awak.
351
00:33:39,726 --> 00:33:41,769
Awak berikan teknologi saya kepada Sigma
352
00:33:42,687 --> 00:33:43,896
kerana pemuat naik itu, bukan?
353
00:33:44,480 --> 00:33:46,649
Beritahu saya.
Semua ini atas arahan siapa?
354
00:33:46,733 --> 00:33:49,360
Sigma? Biro Kawalan?
355
00:33:49,444 --> 00:33:50,820
Awak pula!
356
00:33:50,903 --> 00:33:53,740
Awak tahu yang ada orang dari masa depan
yang datang ke sini!
357
00:33:54,866 --> 00:33:56,409
- Tae-sul!
- Tae-sul!
358
00:33:58,202 --> 00:33:59,620
Jangan berlari!
359
00:34:08,713 --> 00:34:10,423
Apa yang terjadi?
360
00:34:11,049 --> 00:34:12,550
Apa tarikh hari ini?
361
00:34:12,633 --> 00:34:15,636
19 Ogos? Tak guna!
362
00:34:17,597 --> 00:34:20,058
Lepaskan saya!
363
00:34:20,558 --> 00:34:23,019
Lepaskan saya, tak guna!
364
00:34:23,102 --> 00:34:25,730
- Tae-sul.
- Tak mengapa.
365
00:34:25,813 --> 00:34:28,649
- Jangan bergerak, semuanya akan okey.
- Jangan.
366
00:34:28,733 --> 00:34:31,861
Jangan!
367
00:34:31,944 --> 00:34:33,946
- Tae-sul.
- Jangan.
368
00:34:34,030 --> 00:34:35,490
Jangan buat begini.
369
00:34:36,866 --> 00:34:37,909
Jangan.
370
00:34:39,702 --> 00:34:40,870
Jangan.
371
00:34:42,663 --> 00:34:43,831
Jangan.
372
00:34:47,168 --> 00:34:49,796
{\an8}Berita seterusnya.
En. Han Tae-sul, dari Kuantum & Masa
373
00:34:49,879 --> 00:34:52,423
{\an8}dilaporkan telah sedarkan diri pagi ini.
374
00:34:52,507 --> 00:34:53,549
{\an8}Wartawan Choi Ji-eun.
375
00:34:53,633 --> 00:34:55,802
Pada pukul 11:00 pagi hari ini,
376
00:34:55,885 --> 00:34:57,887
En. Han telah sedarkan diri.
377
00:34:57,970 --> 00:35:00,932
Selepas kejadian menembak
di PEXCO pada 15 hari bulan,
378
00:35:01,015 --> 00:35:02,850
beliau koma selama empat hari.
379
00:35:02,934 --> 00:35:06,646
Para doktor menyatakan bahawa
keadaan En. Han stabil
380
00:35:06,729 --> 00:35:08,898
tetapi masih mengalami kesan sampingan
381
00:35:08,981 --> 00:35:11,526
daripada ditembak dan masih
tidak boleh kembali bertugas.
382
00:35:16,155 --> 00:35:17,532
Semuanya salah saya.
383
00:35:17,615 --> 00:35:19,992
Dia jadi begitu kerana salah dia sendiri.
Bukan awak.
384
00:35:20,076 --> 00:35:22,870
Tidak, saya patut rawatnya betul-betul
sejak dulu lagi.
385
00:35:22,954 --> 00:35:25,498
Waktu dia mula bercakap pelik
dan berhalusinasi…
386
00:35:26,082 --> 00:35:27,792
Tapi dia sangat degil.
387
00:35:29,418 --> 00:35:31,796
Saya tak patut benarkan dia pergi
ke persidangan.
388
00:35:41,305 --> 00:35:43,015
Ia dinamakan kekeliruan.
389
00:35:43,099 --> 00:35:46,686
Keadaan ini selalunya
dilalui oleh orang yang ketagih arak.
390
00:35:47,311 --> 00:35:50,773
Ingatan awak akan terganggu
apabila lobus frontal rosak.
391
00:35:50,857 --> 00:35:53,609
Bahagian itu terkeliru
dan sedang mencipta memori palsu.
392
00:35:54,402 --> 00:35:56,696
Ia buat awak percaya semua itu benar.
393
00:35:57,947 --> 00:36:02,160
Awak juga seorang yang ketagih dadah.
394
00:36:02,243 --> 00:36:05,329
Apabila awak ditembak…
Saya dah beritahu, bukan?
395
00:36:05,413 --> 00:36:07,331
Awak mengalami pendarahan epidural.
396
00:36:08,958 --> 00:36:10,877
Inilah bahagiannya.
397
00:36:10,960 --> 00:36:14,130
Semua ini adalah kesan sampingannya.
398
00:36:14,213 --> 00:36:17,008
Awak akan alami halusinasi
399
00:36:17,091 --> 00:36:20,303
dan anggap mimpi-mimpi awak
sebagai realiti.
400
00:36:48,748 --> 00:36:50,082
Awak dah balik.
401
00:37:29,914 --> 00:37:31,832
Vitamin B akan bantu awak sembuh.
402
00:37:37,129 --> 00:37:38,464
Ini ubat penenang.
403
00:37:39,423 --> 00:37:41,217
Jangan bazir tenaga. Tolonglah.
404
00:37:45,763 --> 00:37:47,181
Minum jus.
405
00:37:59,485 --> 00:38:00,444
Saya nampak Tae-san.
406
00:38:02,947 --> 00:38:06,117
Saya tak tipu.
Saya memang nampak abang saya.
407
00:38:07,368 --> 00:38:09,704
Sewaktu saya beri ucapan di persidangan,
408
00:38:10,288 --> 00:38:11,247
saya nampak dia.
409
00:38:12,581 --> 00:38:15,501
Dia berada dalam kalangan wartawan
dan seperti mencari sesuatu.
410
00:38:15,584 --> 00:38:18,963
Kemudian, saya ditembak.
411
00:38:19,630 --> 00:38:21,132
Seorang wanita selamatkan saya.
412
00:38:22,133 --> 00:38:24,135
- Seo-hae?
- Betul, Seo-hae.
413
00:38:25,886 --> 00:38:28,139
Awak takkan percaya tapi ia benar.
414
00:38:28,639 --> 00:38:30,766
Bukan kita saja yang ada di dunia ini.
415
00:38:31,684 --> 00:38:34,478
Katanya, saya akan bina mesin masa.
416
00:38:34,562 --> 00:38:36,731
Mereka panggil ia sebagai pemuat naik.
417
00:38:37,481 --> 00:38:39,984
Orang dari masa hadapan datang
menaiki mesin itu.
418
00:38:40,067 --> 00:38:43,195
Biro Kawalan wujud untuk tangkap mereka
dan ada broker juga.
419
00:38:44,572 --> 00:38:46,741
Ada antara orang yang datang
dari masa hadapan…
420
00:38:47,658 --> 00:38:48,701
yang nak bunuh saya.
421
00:38:49,368 --> 00:38:51,871
- Seperti The Terminator?
- Betul.
422
00:38:52,747 --> 00:38:55,082
Perempuan bernama Seo-hae
yang lindungi awak?
423
00:38:55,875 --> 00:38:57,585
Katanya, dunia ini akan musnah.
424
00:38:57,668 --> 00:38:59,170
Ia terjadi kerana bom atom
425
00:38:59,253 --> 00:39:01,714
akan dijatuhkan di Semenanjung Korea…
426
00:39:06,260 --> 00:39:07,386
Sudahlah.
427
00:39:08,220 --> 00:39:10,181
Saya kedengaran gila.
428
00:39:12,433 --> 00:39:15,102
Seo-jin suruh saya dengar
semua yang awak cakap.
429
00:39:16,479 --> 00:39:19,190
Jangan guna telefon atau internet.
Awak dah tiada Wi-Fi.
430
00:39:20,775 --> 00:39:24,236
Awak akan rasa terkongkong
tapi apabila Seo-jin dah beri kebenaran…
431
00:39:24,320 --> 00:39:25,321
Seung-bok.
432
00:39:26,989 --> 00:39:28,282
Kenapa?
433
00:39:28,366 --> 00:39:29,825
Jujurlah dengan saya.
434
00:39:31,660 --> 00:39:32,745
Awak sedang menipu.
435
00:39:33,329 --> 00:39:35,289
- Tidak.
- Betul?
436
00:39:35,873 --> 00:39:36,791
Ya.
437
00:39:43,089 --> 00:39:44,924
Adakah saya dah gila?
438
00:39:45,424 --> 00:39:48,094
Ini sangat sukar. Selama ini…
439
00:39:48,177 --> 00:39:50,096
Sehingga hari ini,
440
00:39:50,596 --> 00:39:54,517
kita berdua kawan.
441
00:39:55,768 --> 00:39:57,520
Bersumpah atas persahabatan kita.
442
00:39:58,896 --> 00:40:00,898
Pandang mata saya dan jawab.
443
00:40:03,818 --> 00:40:05,403
Awak sedang menipu, bukan?
444
00:40:12,827 --> 00:40:15,454
Saya harap saya sedang menipu.
445
00:40:31,262 --> 00:40:33,514
Berehatlah. Saya balik dulu.
446
00:40:38,477 --> 00:40:39,311
Oh, ya.
447
00:40:40,521 --> 00:40:43,524
Ubat itu mungkin akan buat
kepala awak berdenyut.
448
00:40:45,317 --> 00:40:46,444
Berehatlah.
449
00:41:04,003 --> 00:41:05,379
Kepala awak sakit lagi?
450
00:41:12,845 --> 00:41:15,014
Kepala sakit kerana awak kekurangan gula.
451
00:41:15,097 --> 00:41:18,350
Ia selalu terjadi kepada orang
yang kerjanya perlu berfikir macam awak.
452
00:41:18,434 --> 00:41:20,269
Awak kena makan coklat.
453
00:41:21,228 --> 00:41:22,563
Lama tak nampak abang.
454
00:41:28,694 --> 00:41:31,113
Saya sentiasa ada di sisi awak.
455
00:41:32,615 --> 00:41:34,783
Tolong diam!
456
00:42:29,046 --> 00:42:30,631
Itulah Menara Namsan.
457
00:42:32,174 --> 00:42:34,510
Begitu rupa asal Menara Namsan.
458
00:42:35,427 --> 00:42:36,554
Apa rupanya nanti?
459
00:42:38,514 --> 00:42:40,432
Ia dah tumbang ke sisi.
460
00:42:43,143 --> 00:42:44,770
Masa hadapan sangat berbeza
461
00:42:46,146 --> 00:42:49,149
dengan sekarang.
Kami tiada apa-apa di masa depan.
462
00:42:51,860 --> 00:42:53,571
Tapi saya perlu lindungi awak.
463
00:42:53,654 --> 00:42:57,116
Awak saja yang saya kenal di masa lalu,
sekarang, dan masa hadapan.
464
00:42:58,242 --> 00:43:00,494
Awak tak tahu apa rasanya bersendirian.
465
00:43:47,958 --> 00:43:51,086
- Kamu patut balik kerap.
- Maafkan saya, saya sibuk.
466
00:43:52,838 --> 00:43:55,799
Mak dah sihat sekarang?
467
00:43:55,883 --> 00:43:57,718
Mak sentiasa sihat.
468
00:43:57,801 --> 00:43:59,678
Kamu patut jaga diri kamu, faham?
469
00:43:59,762 --> 00:44:03,432
Okey, pandailah saya jaga diri saya.
470
00:44:04,224 --> 00:44:06,560
- Jadi, mak jangan sakit.
- Okey.
471
00:44:07,227 --> 00:44:08,687
Kamu dah balik.
472
00:44:08,771 --> 00:44:09,688
Helo.
473
00:44:10,272 --> 00:44:11,565
Ikut ayah ke pejabat.
474
00:44:13,692 --> 00:44:15,319
- Pergilah.
- Okey.
475
00:44:20,115 --> 00:44:21,533
Bagaimana dengan Tae-sul?
476
00:44:21,617 --> 00:44:24,745
Dia masih keliru.
477
00:44:27,831 --> 00:44:29,124
Ayah dah agak.
478
00:44:30,668 --> 00:44:32,795
Saya berikannya banyak ubat.
479
00:44:34,213 --> 00:44:35,422
Berapa banyak?
480
00:44:37,841 --> 00:44:39,009
Makanlah ubat ini.
481
00:44:40,010 --> 00:44:41,929
Ia akan hilangkan sakit kepala awak.
482
00:44:55,984 --> 00:44:57,569
Kepala awak berdenyut?
483
00:44:58,404 --> 00:44:59,238
Ada berhalusinasi?
484
00:45:00,572 --> 00:45:01,824
Halusinasi apa?
485
00:45:03,033 --> 00:45:05,202
Perkara sama atau perkara baru?
486
00:45:06,078 --> 00:45:07,955
Awak dah ceritakan kepada Eddy, bukan?
487
00:45:11,834 --> 00:45:13,293
Ia realiti.
488
00:45:14,294 --> 00:45:15,546
Saya tak tahu.
489
00:45:17,131 --> 00:45:20,175
Saya tak tahu sama ada
ia realiti atau hanya fantasi.
490
00:45:21,635 --> 00:45:24,596
Tetapi situasi itu
dan apa yang saya rasakan…
491
00:45:26,181 --> 00:45:28,767
Saya memang ingat segala-galanya.
492
00:45:32,855 --> 00:45:34,648
Itulah halusinasi.
493
00:45:37,109 --> 00:45:39,653
Awak sebut mengenai
peperangan nuklear, bukan?
494
00:45:39,736 --> 00:45:41,947
Sepanjang dua bulan lepas, berita sentiasa
495
00:45:42,030 --> 00:45:45,284
mengudarakan laporan mengenai Amerika
dan bom nuklear di Korea Utara.
496
00:45:47,035 --> 00:45:49,621
Awak mencipta semua cerita itu
497
00:45:49,705 --> 00:45:52,082
tanpa disedari dengan maklumat itu.
498
00:45:53,292 --> 00:45:54,585
Mesin masa?
499
00:45:56,044 --> 00:45:58,630
Itu pula kerana awak nak pulang
ke masa lalu.
500
00:45:59,423 --> 00:46:01,467
Halusinasi sebegitu memang biasa.
501
00:46:09,266 --> 00:46:10,559
Tae-sul.
502
00:46:11,226 --> 00:46:13,228
Awak perlu dapatkan rawatan rapi kali ini.
503
00:46:13,854 --> 00:46:16,356
Awak perlu dimasukkan ke hospital
kalau tak sembuh.
504
00:46:17,274 --> 00:46:19,985
Tapi awak tahu apa akan terjadi
kepada syarikat awak, bukan?
505
00:46:33,123 --> 00:46:36,585
Sebagai doktor, saya tak boleh bersetuju
dengan halusinasi pesakit saya.
506
00:46:36,668 --> 00:46:41,006
Tapi kita boleh ambil langkah ini
sekiranya kita tiada pilihan.
507
00:46:42,216 --> 00:46:43,342
Bacalah.
508
00:46:45,093 --> 00:46:46,803
Ini apa yang awak beritahu Eddy.
509
00:46:52,309 --> 00:46:55,020
Awak patut fikir kenapa
awak berhalusinasi seperti ini
510
00:46:55,103 --> 00:46:59,024
dan kenapa awak mencipta
kisah-kisah begini dalam minda awak.
511
00:46:59,942 --> 00:47:01,276
Awak bijak.
512
00:47:01,818 --> 00:47:03,320
Rasa bersalah?
513
00:47:04,363 --> 00:47:07,658
Atau gelisah?
514
00:47:08,158 --> 00:47:09,368
Takut kehilangan syarikat?
515
00:47:10,202 --> 00:47:11,370
Berhenti.
516
00:47:11,453 --> 00:47:12,913
Awak rasa tertekan?
517
00:47:13,789 --> 00:47:15,666
Awak perlu lebih hebat dari orang lain?
518
00:47:16,250 --> 00:47:17,167
Berhenti.
519
00:47:19,962 --> 00:47:22,506
Atau ia cuma sistem pertahankan diri?
520
00:47:25,759 --> 00:47:27,427
Susah nak berkawan?
521
00:47:30,722 --> 00:47:34,560
Awak sengaja layan orang dengan buruk
sebelum awak disakiti?
522
00:47:39,356 --> 00:47:42,109
Hei, apa yang awak berikan?
523
00:47:42,192 --> 00:47:43,026
Awak…
524
00:47:45,195 --> 00:47:48,198
Saya dah baca semua yang awak ceritakan.
525
00:47:48,949 --> 00:47:51,285
Tapi ada sesuatu yang tak masuk akal.
526
00:47:53,495 --> 00:47:54,788
Apa?
527
00:47:56,957 --> 00:47:58,125
Kunci.
528
00:48:00,377 --> 00:48:02,296
Di mana kunci itu?
529
00:48:14,308 --> 00:48:16,101
Susah untuk Tae-sul sembuh
530
00:48:16,184 --> 00:48:18,604
selepas semua ini kerana dia dah ketagih.
531
00:48:19,271 --> 00:48:21,189
Saya dah sediakan wad khas.
532
00:48:22,691 --> 00:48:24,151
Bagaimana dengan Eddy?
533
00:48:24,234 --> 00:48:26,486
Dia ingat ini cuma sejenis rawatan.
534
00:48:26,987 --> 00:48:30,115
Dia terlalu sibuk fikirkan
yang dia akan ambil alih syarikat.
535
00:48:36,496 --> 00:48:37,331
Kunci pula?
536
00:48:41,877 --> 00:48:43,211
Saya akan jumpa tak lama lagi.
537
00:48:44,171 --> 00:48:46,673
Kita perlukan kunci itu.
538
00:48:49,468 --> 00:48:54,014
Mak kamu akan mati
tanpa ubat daripada mereka.
539
00:49:25,545 --> 00:49:30,801
BORANG MAKLUMAT PESAKIT
540
00:49:40,227 --> 00:49:42,521
SABTU, JUMAAT, KHAMIS, RABU
541
00:49:42,604 --> 00:49:44,773
SELASA, ISNIN, AHAD, SABTU
542
00:49:58,745 --> 00:49:59,579
Mana kunci?
543
00:50:02,374 --> 00:50:05,711
Menurut cerita awak,
sebelum awak ke parti,
544
00:50:05,794 --> 00:50:07,421
kunci itu ada dengan awak.
545
00:50:07,504 --> 00:50:09,297
Tapi ia tiada dengan awak sekarang.
546
00:50:13,343 --> 00:50:14,511
Awak sorokkannya?
547
00:50:17,097 --> 00:50:18,682
Atau…
548
00:50:19,558 --> 00:50:22,436
wanita dalam halusinasi awak
bernama Seo-hae memilikinya?
549
00:50:46,001 --> 00:50:48,712
Hei, di mana kunci itu?
550
00:50:52,174 --> 00:50:54,009
Awak perlu tepati janji.
551
00:50:57,012 --> 00:50:58,180
Saya tak tahu.
552
00:50:58,263 --> 00:51:01,933
Awak langsung tak beretika.
553
00:51:04,603 --> 00:51:05,812
Tembak.
554
00:51:13,153 --> 00:51:15,071
Kalau begini, tuan akan tercedera.
555
00:51:15,155 --> 00:51:17,616
Bukan tuan sahaja
malah semua kenalan tuan.
556
00:51:17,699 --> 00:51:20,494
Jadi, jangan buang tenaga
dan beritahu saya di mana kunci itu.
557
00:51:21,286 --> 00:51:24,414
Saya dah kata yang saya tak tahu!
558
00:51:38,637 --> 00:51:39,805
Seo-hae.
559
00:51:46,978 --> 00:51:48,188
Seo-hae?
560
00:51:49,314 --> 00:51:50,440
Seo-hae.
561
00:51:57,364 --> 00:51:58,406
Apa?
562
00:52:11,378 --> 00:52:12,587
Masa.
563
00:52:19,553 --> 00:52:21,471
Pukul 10:00 malam.
564
00:52:25,058 --> 00:52:26,351
Bulan.
565
00:52:36,653 --> 00:52:38,613
Azimut bulan.
566
00:52:44,369 --> 00:52:46,454
Sudutnya 315,9 darjah.
567
00:52:49,249 --> 00:52:50,667
Jadi, tarikh hari ini…
568
00:52:53,920 --> 00:52:56,590
15 September.
569
00:52:57,924 --> 00:52:59,801
Sebulan lepas berjumpa di persidangan.
570
00:53:03,930 --> 00:53:05,015
Betul.
571
00:53:06,016 --> 00:53:07,642
Sebulan lepas kita berjumpa.
572
00:53:09,311 --> 00:53:12,439
Betul, saya dah ingat segalanya.
573
00:53:12,522 --> 00:53:15,066
Saya ingat awak dan segala-galanya.
574
00:53:16,067 --> 00:53:17,235
Lima.
575
00:53:18,320 --> 00:53:19,195
Apa?
576
00:53:19,779 --> 00:53:23,658
Empat, tiga, dua, satu.
577
00:53:29,331 --> 00:53:30,999
Aduhai.
578
00:53:32,083 --> 00:53:33,376
Saya terkejut.
579
00:53:34,711 --> 00:53:37,172
Kenapa ia tiba-tiba terjatuh?
580
00:53:43,219 --> 00:53:44,846
Saya akan bersihkannya nanti.
581
00:53:45,722 --> 00:53:47,557
Tae-sul.
582
00:53:48,808 --> 00:53:50,560
Berhati-hati, nanti awak tercedera.
583
00:53:56,524 --> 00:53:58,526
Ini bukan milik saya.
584
00:53:58,610 --> 00:53:59,611
Apa?
585
00:54:00,236 --> 00:54:01,571
Ini bukan barang saya.
586
00:54:03,698 --> 00:54:06,660
Tae-sul, mari teruskan perbincangan kita.
587
00:54:07,535 --> 00:54:09,913
Awak dah ingat kunci ada di mana?
588
00:54:13,333 --> 00:54:16,920
Adakah itu penting?
Bukankah semua itu halusinasi saya?
589
00:54:19,756 --> 00:54:21,758
Atau semua yang saya lalui adalah benar?
590
00:54:24,678 --> 00:54:25,762
Ini nadi elektromagnet.
591
00:54:26,346 --> 00:54:29,683
Tekan butang merah ini
jika sesuatu terjadi.
592
00:54:30,266 --> 00:54:32,727
Nanti, seluruh bangunan
akan terputus bekalan elektrik
593
00:54:32,811 --> 00:54:34,270
dan semua alat komunikasi
takkan berfungsi.
594
00:54:37,524 --> 00:54:42,195
{\an8}SAYA PUN TAK NAK BERKAHWIN
595
00:54:44,447 --> 00:54:46,950
- Kenapa?
- Tak ada apa-apa.
596
00:54:47,993 --> 00:54:50,745
- Apa itu?
- Saya berikannya kepada seseorang.
597
00:54:52,497 --> 00:54:53,623
Tapi ia ada di sini.
598
00:55:03,008 --> 00:55:04,467
Apa yang awak buat, Tae-sul?
599
00:55:11,766 --> 00:55:13,601
Hantar semua pengawal ke sini.
600
00:55:18,898 --> 00:55:20,358
Berhenti, Tae-sul.
601
00:55:20,942 --> 00:55:22,360
Jangan buat apa-apa.
602
00:55:22,944 --> 00:55:24,946
Awak akan tercedera kalau bergerak.
603
00:55:25,030 --> 00:55:26,114
Seo-jin.
604
00:55:26,990 --> 00:55:28,616
Sudahlah.
605
00:55:30,368 --> 00:55:32,162
Hati-hati dengan kaki awak.
606
00:55:36,458 --> 00:55:38,293
- Elektrik terputus.
- Apa? Pasang lampu!
607
00:55:38,376 --> 00:55:41,004
Tae-sul!
608
00:55:41,087 --> 00:55:42,380
Tae-sul!
609
00:55:42,964 --> 00:55:44,466
Tak guna!
610
00:55:58,438 --> 00:55:59,731
Tae-sul.
611
00:56:01,149 --> 00:56:02,650
Dia pasti masih ada berdekatan.
612
00:56:15,455 --> 00:56:16,998
Kenapa awak ke sini?
613
00:56:17,082 --> 00:56:19,709
Mana Tae-sul? Dah beritahu polis?
614
00:56:19,793 --> 00:56:21,920
Saya tak buat laporan
sebab tak nak kekecohan.
615
00:56:22,003 --> 00:56:23,296
Buat laporan sekarang.
616
00:56:27,967 --> 00:56:29,052
KHIDMAT KECEMASAN
617
00:56:37,060 --> 00:56:38,436
Siapa mereka?
618
00:56:38,520 --> 00:56:41,231
Saya akan masukkan Tae-sul ke hospital.
619
00:56:41,314 --> 00:56:42,690
Awak kata dia akan okey.
620
00:56:42,774 --> 00:56:46,444
Tidak, dia berbahaya.
Itu pendapat saya sebagai doktor.
621
00:56:50,907 --> 00:56:51,991
Seo-jin.
622
00:56:53,076 --> 00:56:54,285
Kenapa awak buat begini?
623
00:56:59,165 --> 00:57:00,834
Apa yang saya tak tahu?
624
00:57:02,710 --> 00:57:04,212
Tiada apa-apa.
625
00:57:04,796 --> 00:57:07,882
Awak cuma perlu buat
seperti apa yang disuruh.
626
00:57:07,966 --> 00:57:09,634
Baru awak boleh jadi CEO.
627
00:57:10,677 --> 00:57:11,678
Faham?
628
00:57:15,640 --> 00:57:17,267
Ada apa-apa soalan lain?
629
00:57:49,007 --> 00:57:51,217
Misi itu memang akan gagal.
630
00:57:56,306 --> 00:57:58,516
Ia mungkin disebabkan angin.
631
00:57:59,267 --> 00:58:01,019
Atau kerana nadi elektromagnet.
632
00:58:02,729 --> 00:58:04,856
Mungkin kerana tangan awak menggigil.
633
00:58:04,939 --> 00:58:08,818
Walau apa pun sebabnya, ia gagal.
634
00:58:12,780 --> 00:58:13,865
LAPORAN TUGASAN
635
00:58:13,948 --> 00:58:15,742
{\an8}MISI DIJANGKA GAGAL
636
00:58:21,122 --> 00:58:22,790
Jadi, kenapa saya diberi misi ini?
637
00:58:22,874 --> 00:58:24,709
Awak takkan buat jika tahu akan gagal?
638
00:58:25,293 --> 00:58:27,962
- Bukan begitu.
- Biar saya berikan nasihat.
639
00:58:29,839 --> 00:58:31,591
Jangan terlalu memaksa diri.
640
00:58:31,674 --> 00:58:33,843
Awak patut bekerja keras
tapi jangan paksa diri.
641
00:58:34,761 --> 00:58:36,846
Kadangkala kita berjaya
dan kadangkala gagal.
642
00:58:38,723 --> 00:58:41,476
Ingat apa saya kata
kalau nak terus bekerja di sini!
643
00:58:43,353 --> 00:58:45,230
"Kadangkala kita berjaya
dan kadangkala gagal."
644
00:58:45,897 --> 00:58:47,982
Perempuan itu. Dia!
645
00:58:49,025 --> 00:58:50,443
Boleh saya tangkap dia?
646
00:58:51,110 --> 00:58:53,154
Awak kata awak tahu apa akan berlaku.
647
00:58:53,738 --> 00:58:55,657
Kalau tak boleh, awak akan mengalah?
648
00:58:57,659 --> 00:58:59,869
- Tak.
- Jadi, kenapa tanya?
649
00:59:12,799 --> 00:59:14,050
Kita akan tangkap dia.
650
00:59:15,593 --> 00:59:17,303
Percayakan saya dan tunggu.
651
00:59:47,417 --> 00:59:50,086
KEPULANGAN CEO HAN TAE-SUL
KE JAWATAN PENTADBIRAN BELUM PASTI
652
00:59:50,169 --> 00:59:52,380
Kenapa semua ini terjadi?
653
01:00:03,182 --> 01:00:06,269
Berpecah dan cari dia.
Tutup semua jalan keluar.
654
01:00:35,048 --> 01:00:36,132
Tak guna.
655
01:00:51,356 --> 01:00:53,983
Telefon? Tiada wayar pun.
656
01:00:55,985 --> 01:00:58,446
Okey.
657
01:01:14,253 --> 01:01:17,090
Saya perlukan 2,600 Hertz
untuk dapatkan isyarat.
658
01:01:21,844 --> 01:01:23,805
Tolong berjaya.
659
01:01:24,764 --> 01:01:26,724
Tolonglah berjaya.
660
01:01:29,185 --> 01:01:30,728
Okey, saya dah berjaya.
661
01:01:39,028 --> 01:01:41,948
- Helo?
- Helo? Seo-hae?
662
01:01:42,031 --> 01:01:44,325
- Itu awak, Seo-hae?
- Ya.
663
01:01:46,369 --> 01:01:47,453
Hei.
664
01:01:47,537 --> 01:01:50,456
Awak okey?
Awak berjaya larikan diri malam itu?
665
01:01:51,499 --> 01:01:55,086
Ya, saya tengok berita
dan awak nampak sihat.
666
01:01:55,169 --> 01:01:56,879
Saya?
667
01:01:56,963 --> 01:02:00,967
Awak perlu tahu ini kerana
awak perlu sesuaikan diri di sini.
668
01:02:01,592 --> 01:02:04,846
Awak tak patut percaya apa yang dilaporkan
dalam berita dan akhbar.
669
01:02:04,929 --> 01:02:08,015
Tiada yang jelas di dunia ini.
670
01:02:09,892 --> 01:02:12,353
- Apa yang terjadi?
- Dengar baik-baik, Seo-hae.
671
01:02:12,437 --> 01:02:15,356
Awak satu-satunya orang saya boleh percaya
672
01:02:15,440 --> 01:02:17,984
tak kiralah dari masa lalu, kini,
atau hadapan.
673
01:02:18,693 --> 01:02:21,362
Saya dah lari dari rumah
674
01:02:21,446 --> 01:02:24,407
tapi saya masih dalam bahaya sekarang.
675
01:02:24,991 --> 01:02:26,367
Boleh tolong selamatkan saya?
676
01:02:26,951 --> 01:02:27,994
Awak ada di mana?
677
01:02:28,077 --> 01:02:31,789
Saya berada
di Kedai Peralatan Bengkel Hannam.
678
01:02:32,665 --> 01:02:34,208
Saya sibuk sekarang.
679
01:02:34,292 --> 01:02:37,670
Apa? Kenapa awak sibuk?
680
01:02:38,212 --> 01:02:40,715
- Saya sibuk.
- Awak tak boleh buat begini,
681
01:02:41,424 --> 01:02:43,676
- Tunduk.
- Apa awak kata?
682
01:02:43,760 --> 01:02:45,928
- Saya kata, tunduk.
- Apa?
683
01:02:51,642 --> 01:02:54,687
Helo? Seo-hae?
684
01:02:56,981 --> 01:02:59,567
Aduhai, apa ini?
685
01:03:03,780 --> 01:03:04,781
Apa semua ini?
686
01:03:22,840 --> 01:03:23,925
Tak guna.
687
01:03:39,774 --> 01:03:41,734
Apa awak buat di sini?
688
01:03:42,443 --> 01:03:44,070
Awak kata awak sibuk.
689
01:03:44,153 --> 01:03:46,739
Tapi saya satu-satunya orang
yang awak boleh percayakan.
690
01:03:47,323 --> 01:03:48,241
Apa?
691
01:04:29,198 --> 01:04:32,326
Saya paling sukakan babak ini.
692
01:04:33,411 --> 01:04:34,954
Ia sangat romantik.
693
01:04:36,831 --> 01:04:38,791
Betul tak, En. Han Tae-san?
694
01:05:15,244 --> 01:05:16,829
Bantu saya selamatkan Tae-sul.
695
01:05:17,705 --> 01:05:19,832
Awak fikir awak boleh ubah masa hadapan?
696
01:05:21,542 --> 01:05:22,752
Saya boleh mengubahnya.
697
01:05:24,545 --> 01:05:26,255
Siapa Sigma?
698
01:05:28,007 --> 01:05:29,634
{\an8}Saya jumpa abang awak.
699
01:05:29,717 --> 01:05:31,302
{\an8}Saya dah tahu siapa Sigma.
700
01:05:31,886 --> 01:05:33,429
{\an8}Dia berada dekat dengan kita.
701
01:05:34,013 --> 01:05:35,848
{\an8}Pastikan jangan tutup pemuat naik itu.
702
01:05:36,682 --> 01:05:38,392
{\an8}Untuk orang yang sedang menonton ini pula,
703
01:05:38,476 --> 01:05:40,144
{\an8}jangan ke mana-mana.
704
01:05:40,227 --> 01:05:42,813
{\an8}Kerana saya akan mencari awak.
705
01:05:42,897 --> 01:05:46,275
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Anis Nabilah