1 00:00:51,545 --> 00:00:53,645 Ini bukan serangan biasa. 2 00:00:53,845 --> 00:00:56,105 Rumah dibakar, rakyat diambil sebagai tahanan... 3 00:00:56,205 --> 00:00:59,105 ...dan tentera diserang secara tiba-tiba. 4 00:00:59,205 --> 00:01:00,805 Kumpulkan semua menteri! 5 00:01:00,905 --> 00:01:03,105 Keluarkan titah untuk kumpulkan semua ahli kerabat diraja! 6 00:01:03,175 --> 00:01:04,575 Baik, Tuanku! 7 00:01:22,575 --> 00:01:23,805 Tuanku! 8 00:01:23,875 --> 00:01:24,905 Tuanku! 9 00:01:25,475 --> 00:01:28,845 - Tuanku! - Sedarlah, tuanku! 10 00:01:28,945 --> 00:01:31,445 Tuanku, apa yang berlaku? Panggil tabib diraja! 11 00:01:31,545 --> 00:01:33,275 - Apa kamu tunggu lagi? Cepat! - Ya, Tuanku! 12 00:01:33,375 --> 00:01:34,505 Cepat! 13 00:01:34,705 --> 00:01:36,505 Tuanku! 14 00:01:37,475 --> 00:01:38,575 Tuanku! 15 00:01:40,975 --> 00:01:44,245 Tuanku, kita perlu pergi ke Istana Gangnyeong sekarang! 16 00:01:45,005 --> 00:01:49,145 - Raja pengsan! - Apa? 17 00:01:56,805 --> 00:01:58,905 Permaisuri Balu dah tiba. 18 00:02:03,545 --> 00:02:05,745 - Bonda... - Apa yang berlaku? 19 00:02:05,845 --> 00:02:08,945 Masalah jantung baginda berulang akibat menerima berita mengejutkan. 20 00:02:09,345 --> 00:02:11,975 Penyakit baginda menjadi semakin teruk pada musim sejuk. 21 00:02:12,075 --> 00:02:13,745 Bila baginda akan sedar? 22 00:02:13,805 --> 00:02:15,605 Krisis berjaya dielakkan dengan akupunktur. 23 00:02:15,775 --> 00:02:19,645 Patik akan sediakan ubat untuk memulihkan tenaga baginda. 24 00:02:19,705 --> 00:02:21,675 Dia perlu pulih tak lama lagi. 25 00:02:21,845 --> 00:02:24,045 Masalah di utara perlu diselesaikan segera! 26 00:02:24,105 --> 00:02:26,275 Raja tidak boleh gering pada masa begini! 27 00:02:37,275 --> 00:02:40,005 Raja pengsan? 28 00:02:41,845 --> 00:02:43,105 Baginda tenatkah? 29 00:02:43,205 --> 00:02:45,275 Semua tabib diraja sedang merawat baginda. 30 00:02:45,375 --> 00:02:47,175 Dewa berpihak kepada kita. 31 00:02:47,245 --> 00:02:49,745 Takdir menyebelahi kamu. 32 00:02:49,845 --> 00:02:52,075 Orang gasar menyerang dari utara... 33 00:02:53,405 --> 00:02:54,805 ...dan Raja sedang gering? 34 00:02:55,005 --> 00:02:57,005 Walaupun Permaisuri Balu ambil alih,... 35 00:02:57,675 --> 00:02:59,375 ...peperangan akan berlaku. 36 00:02:59,445 --> 00:03:02,545 Ini bukan sesuatu yang orang wanita boleh masuk campur. 37 00:03:03,205 --> 00:03:05,905 - Kalau begitu... - Pada waktu yang genting,... 38 00:03:06,275 --> 00:03:09,075 ...negara ini perlukan kekuatan. 39 00:03:10,105 --> 00:03:11,475 Tolong cepat! 40 00:03:11,645 --> 00:03:14,075 Kita perlu kumpulkan pasukan kita dari kalangan menteri diraja! 41 00:03:14,145 --> 00:03:15,605 Jangan risau. 42 00:03:20,245 --> 00:03:22,405 Raja sedang gering... 43 00:03:22,475 --> 00:03:24,875 ...dan puak gasar menyerang di bahagian utara. 44 00:03:24,975 --> 00:03:28,005 Kita mesti teruskan perbincangan isu saudara Raja sebagai pewaris takhta. 45 00:03:28,105 --> 00:03:31,645 Kita perlu cari titik persetujuan untuk mengatasi krisis ini. 46 00:03:32,605 --> 00:03:35,805 Kita sepatutnya halang orang gasar itu,... 47 00:03:35,905 --> 00:03:38,905 ...bukannya risaukan tentang pewarisan takhta. 48 00:03:39,105 --> 00:03:41,605 Nyawa rakyat kita terancam! 49 00:03:41,675 --> 00:03:44,345 Kita terpaksa buat mesyuarat strategi tanpa Baginda! 50 00:03:44,505 --> 00:03:46,475 Ini tidak akan bawa kita ke mana-mana. 51 00:03:46,545 --> 00:03:48,445 Siapa yang akan memimpin tentera ke Utara? 52 00:03:48,675 --> 00:03:53,045 Jika tentera ke utara, siapa yang akan mempertahankan bahagian selatan? 53 00:03:53,105 --> 00:03:55,045 Jika kita kalah kali ini,... 54 00:03:55,105 --> 00:03:57,805 ...penduduk negara ini akan kebuluran pada musim sejuk. 55 00:03:57,875 --> 00:04:00,405 Kita perlu hantar tentera secepat mungkin! 56 00:04:01,645 --> 00:04:03,885 Jadi, apa kata awak saja yang pergi, Tuan Penasihat Kiri? 57 00:04:06,675 --> 00:04:09,505 Antara kita semua, awak yang paling berpengalaman dalam perang. 58 00:04:09,645 --> 00:04:14,775 Memandangkan dah bertahun-tahun awak kembangkan wilayah utara kita,... 59 00:04:15,645 --> 00:04:17,155 ...apa kata awak pertahankan sempadan itu lagi? 60 00:04:17,245 --> 00:04:18,975 Kita tak boleh buat begitu. 61 00:04:20,245 --> 00:04:21,745 Kita tak boleh hantar dia... 62 00:04:21,805 --> 00:04:26,175 ...sedangkan dia tak sihat dan mengalami kecederaan. 63 00:04:27,075 --> 00:04:30,905 Jika peperangan tercetus, rakyat akan menderita. 64 00:04:31,305 --> 00:04:33,275 Kita patut beri mereka makanan untuk berdamai... 65 00:04:33,345 --> 00:04:36,105 ...dan mengurangkan jumlah korban perang. 66 00:04:36,205 --> 00:04:40,175 Mereka takkan puas hati dengan itu saja. 67 00:04:40,245 --> 00:04:42,475 Kita patut ambil langkah yang lebih tegas. 68 00:04:42,545 --> 00:04:44,945 Memandangkan Raja gering pada masa yang genting,... 69 00:04:46,045 --> 00:04:49,275 ...siapa dari kalangan menteri yang boleh membantu baginda? 70 00:04:54,175 --> 00:04:57,545 Sebab itu kita perlukan saudara raja untuk mewarisi takhta. 71 00:04:58,745 --> 00:05:02,205 Pada saat genting, kita perlukan seseorang untuk uruskan krisis ini! 72 00:05:02,405 --> 00:05:05,505 Tak guna kita bincangkan perkara ini sesama sendiri. 73 00:05:05,645 --> 00:05:10,405 Kita patut bincangkan hal ini dengan Permaisuri Balu... 74 00:05:10,705 --> 00:05:12,045 Saya tawarkan diri! 75 00:05:13,005 --> 00:05:14,075 Tuan! 76 00:05:14,275 --> 00:05:17,275 Dewan ini dipenuhi oleh cendekiawan yang lemah. 77 00:05:17,405 --> 00:05:19,775 Saya akan heret badan tua ini... 78 00:05:19,875 --> 00:05:22,345 ...dan kalahkan semua orang gasar itu! 79 00:05:23,405 --> 00:05:25,405 - Tuan! - Tuan! 80 00:05:25,875 --> 00:05:27,075 Tuan! 81 00:05:34,205 --> 00:05:35,445 Jangan, ayah! 82 00:05:36,005 --> 00:05:39,145 Mereka semua menteri yang licik! 83 00:05:39,275 --> 00:05:42,805 Pada waktu yang genting, mereka sepatutnya tolong rakyat dahulu... 84 00:05:42,875 --> 00:05:45,505 ...tapi mereka cuma fikirkan kepentingan peribadi mereka! 85 00:05:45,575 --> 00:05:46,905 Ayah selalu berjaga malam kerana rasa sakit... 86 00:05:46,975 --> 00:05:48,075 ...tapi mereka nak hantar ayah ke medan perang? 87 00:05:48,145 --> 00:05:50,375 Walaupun ayah mati dalam perjalanan... 88 00:05:50,475 --> 00:05:54,275 - ...ayah takkan berundur! - Ayah! 89 00:05:54,605 --> 00:05:58,345 Ayah perlu fikirkan tentang Permaisuri dan putera. 90 00:05:58,575 --> 00:06:03,275 Ayah patut penuhi tanggungjawab terhadap mereka. 91 00:06:04,675 --> 00:06:05,845 Ayah! 92 00:06:06,705 --> 00:06:09,375 Orang gasar sedang menimbulkan kekacauan di bahagian utara... 93 00:06:09,475 --> 00:06:11,905 ...dan penyakit Raja menjadi semakin teruk. 94 00:06:12,645 --> 00:06:16,345 Ketiadaan pemerintah menghalang negara mencapai persetujuan... 95 00:06:16,405 --> 00:06:20,145 ...dan melengahkan urusan penting negara. 96 00:06:20,505 --> 00:06:25,605 Rakyat negara ini gelisah kerana tiada apa yang kami boleh buat. 97 00:06:26,075 --> 00:06:29,505 Ahli keluarga diraja tak boleh berdiam diri dan tak buat apa-apa. 98 00:06:29,575 --> 00:06:32,005 Dengan ini kami persembahkan petisyen kami. 99 00:06:32,205 --> 00:06:34,645 Tolong kembalikan keamanan negara ini... 100 00:06:34,745 --> 00:06:36,805 ...dan selesaikan situasi yang genting ini. 101 00:06:36,945 --> 00:06:39,375 Kami merayu! 102 00:06:40,145 --> 00:06:43,145 Kami merayu! 103 00:06:45,745 --> 00:06:49,475 Tuanku tak boleh benarkan ayah patik pergi. 104 00:06:49,575 --> 00:06:51,675 Dia bukan lagi jeneral seperti dulu! 105 00:06:51,775 --> 00:06:55,975 Bagaimana dia boleh pergi sejauh itu sedangkan badannya lemah? 106 00:06:56,075 --> 00:06:59,315 Penglihatan dan pendengaran dia dah teruk. Dia dah tak boleh memanah dengan tepat. 107 00:06:59,475 --> 00:07:02,205 Apa yang dia boleh lakukan di medan perang? 108 00:07:04,105 --> 00:07:08,545 Tiada menteri yang mempunyai pengalaman seperti dia... 109 00:07:09,045 --> 00:07:11,705 Pasti ada orang lain dalam kalangan menteri yang boleh pergi. 110 00:07:12,545 --> 00:07:15,605 Tolonglah fikirkan jasa dia kepada negara sebelum ini. 111 00:07:15,905 --> 00:07:20,475 Janganlah biarkan dia mati di tanah asing. 112 00:07:27,705 --> 00:07:28,905 Tuanku! 113 00:07:40,945 --> 00:07:42,145 Tuanku... 114 00:07:42,845 --> 00:07:45,805 Tolong kembalikan keamanan negara! 115 00:07:46,175 --> 00:07:49,145 Tolong kembalikan keamanan negara! 116 00:07:51,375 --> 00:07:53,605 Tolonglah pertimbangkan cadangan cendekiawan kami. 117 00:07:54,105 --> 00:07:56,805 Kami merayu! 118 00:07:56,905 --> 00:08:00,145 Kami merayu! 119 00:08:07,605 --> 00:08:12,105 Saya rasa Putera Agung dan pak ciknya merancang sesuatu yang besar. 120 00:08:12,375 --> 00:08:15,345 Awak tahu apa-apa tentangnya? 121 00:08:17,605 --> 00:08:20,075 Bukankah pasangan berkahwin tak patut berahsia? 122 00:08:20,145 --> 00:08:22,755 Jika saya tak tahu apa yang berlaku di dalam dan luar negara kita,... 123 00:08:22,845 --> 00:08:25,205 ...bagaimana saya nak membantu dia? 124 00:08:28,805 --> 00:08:31,845 Saya dah buat keputusan apabila saya berkahwin dengan ahli keluarga diraja. 125 00:08:32,105 --> 00:08:35,905 Saya akan bantu Putera Agung bersama awak. 126 00:08:37,445 --> 00:08:42,775 Saya enggan jadi isteri yang tak berguna yang tak tahu apa yang berlaku. 127 00:08:46,345 --> 00:08:49,805 Dia mahu jadi Putera Mahkota sebelum Putera dewasa. 128 00:08:50,645 --> 00:08:53,175 - Maksud awak, Putera Agung Jinyang? - Putera masih muda... 129 00:08:53,275 --> 00:08:55,145 ..dan Raja masih gering. 130 00:08:55,245 --> 00:08:56,875 Jika dia menjadi Putera Mahkota,... 131 00:08:57,575 --> 00:09:01,275 ...dia akan berjaya menaiki takhta dan menjadi raja Joseon. 132 00:09:02,605 --> 00:09:03,845 Jika itu berlaku,... 133 00:09:03,975 --> 00:09:07,205 ...itu bermaksud awak akan jadi Permaisuri. 134 00:09:14,605 --> 00:09:18,175 Kita akan lantik Putera Agung untuk mewarisi takhta seperti yang mereka mahu. 135 00:09:18,405 --> 00:09:19,545 Tuanku! 136 00:09:19,945 --> 00:09:22,545 - Panggil Putera Agung. - Tak boleh, Tuanku! 137 00:09:22,645 --> 00:09:25,705 Jika perkara ini berterusan, rakyat negara kita akan menderita. 138 00:09:25,805 --> 00:09:28,705 Hidup Putera juga akan jadi lebih sukar. 139 00:09:28,875 --> 00:09:30,875 Bagaimana kita nak harungi semua ini? 140 00:09:30,975 --> 00:09:34,135 Kita perlu lantik seseorang yang boleh bantu kita melalui tempoh yang sukar ini. 141 00:09:40,675 --> 00:09:42,885 Cendekiawan dari Seongkyunkwan sedang membuat bantahan... 142 00:09:42,975 --> 00:09:45,905 ...dan ahli keluarga diraja berkumpul di istana. 143 00:09:46,005 --> 00:09:48,105 Semua ini memang mengarut. 144 00:09:48,175 --> 00:09:50,945 Jika mereka fikirkan tentang Raja atau negara ini,... 145 00:09:51,175 --> 00:09:52,805 ...mereka takkan buat begini. 146 00:09:52,875 --> 00:09:56,405 Ini kerana asas negara kita telah goyah. 147 00:09:56,505 --> 00:09:58,305 Masih lambat lagi... 148 00:09:58,545 --> 00:10:00,405 ...untuk Putera dewasa dan menjadi Putera Mahkota. 149 00:10:00,475 --> 00:10:02,425 Mereka bukan mahukan Putera sebagai Putera Mahkota. 150 00:10:02,505 --> 00:10:06,975 Dia masih bayi. Mustahil dia boleh tentukan takdir Joseon. 151 00:10:09,205 --> 00:10:10,445 Kamu... 152 00:10:11,045 --> 00:10:12,745 ...yang patut jadi Putera Mahkota. 153 00:10:14,345 --> 00:10:15,675 Kamu sanggup tak? 154 00:10:16,605 --> 00:10:17,805 Bonda,... 155 00:10:18,505 --> 00:10:19,805 ...apa yang... 156 00:10:21,105 --> 00:10:24,275 Bonda nak saya jadi Putera Mahkota? Kenapa saya? 157 00:10:24,845 --> 00:10:26,805 - Kamulah orangnya. - Bonda! 158 00:10:26,905 --> 00:10:29,275 Bonda takkan benarkan Kang menaiki takhta. Kamu perlu menerimanya. 159 00:10:29,345 --> 00:10:33,045 Dari saat saya boleh faham percakapan dan mula berjalan... 160 00:10:33,245 --> 00:10:35,345 ...berulang kali saya diberitahu... 161 00:10:35,445 --> 00:10:37,675 ...bahawa saya tak boleh menginginkan takhta. 162 00:10:37,905 --> 00:10:40,475 Takhta itu milik kekanda sulung saya. 163 00:10:40,805 --> 00:10:43,305 Tapi sekarang, bonda nak saya menaiki takhta? 164 00:10:43,375 --> 00:10:46,005 Itu bercanggah dengan apa yang diberitahu kepada saya selama ini! 165 00:10:46,075 --> 00:10:49,405 Kamu cuma akan pegang jawatan itu sehingga Putera cukup umur. 166 00:10:49,505 --> 00:10:51,445 Apa saya nak buat selepas itu? 167 00:10:51,545 --> 00:10:53,705 Apa yang akan jadi pada saya... 168 00:10:53,975 --> 00:10:56,525 ...apabila saya dilayan sebagai orang yang menginginkan takhta anak saudara sendiri? 169 00:10:56,605 --> 00:10:59,505 Tolong jangan libatkan saya dalam politik keluarga diraja. 170 00:10:59,605 --> 00:11:03,305 Saya akan hidup senyap-senyap seperti ditakdirkan, berkahwin... 171 00:11:04,045 --> 00:11:05,945 ...dan tinggalkan istana. 172 00:11:17,105 --> 00:11:18,745 Apa yang Permaisuri Balu cakap? 173 00:11:19,375 --> 00:11:21,875 Adakah perkahwinan tuanku ditangguhkan kerana Raja gering? 174 00:11:21,975 --> 00:11:23,905 Walau apa pun, beta takkan beralah. 175 00:11:25,605 --> 00:11:28,245 Tolong berikan Putera Agung Eunseong masa untuk fikirkannya. 176 00:11:28,605 --> 00:11:33,845 Dia anak yang taat dan setia. Dia akan menurut permintaan tuanku. 177 00:11:34,675 --> 00:11:35,945 Kita dah tiada masa. 178 00:11:36,175 --> 00:11:38,245 Eunseong ada keinginannya sendiri. 179 00:11:38,345 --> 00:11:40,975 Kita tiada pilihan selain gunakannya. 180 00:11:44,005 --> 00:11:46,045 Panggil anak perempuan Ketua Song datang menghadap. 181 00:12:23,445 --> 00:12:24,745 Kenapa awak di sini? 182 00:12:37,275 --> 00:12:40,575 Saya datang untuk bersumpah taat setia kepada awak. 183 00:12:41,775 --> 00:12:44,705 Apa yang berlaku kepada wanita yang menghunuskan pisau di depan beta? 184 00:12:44,805 --> 00:12:46,175 Apa semua ini? 185 00:13:04,775 --> 00:13:07,025 Saya, Yoon Na Gyeom, isteri kepada Putera Agung Jinyang... 186 00:13:07,105 --> 00:13:10,305 ...bersumpah di hadapan dewa, para nenek moyang,... 187 00:13:10,375 --> 00:13:12,775 ...dan roh di gunung serta di sungai. 188 00:13:14,145 --> 00:13:17,975 Saya akan membantu suami saya melaksanakan hasratnya. 189 00:13:18,405 --> 00:13:22,005 Saya akan menyokong dengan setia, layan dia dengan baik... 190 00:13:22,105 --> 00:13:24,105 ...menjadi tulang belakang dia... 191 00:13:24,205 --> 00:13:26,645 ...dan sentiasa bersamanya ketika susah dan senang. 192 00:13:50,775 --> 00:13:56,545 Mulai hari ini, saya bukan saja isteri awak tapi sekutu awak. 193 00:13:59,005 --> 00:14:02,845 Apabila orang bersumpah taat setia sebelum ini,... 194 00:14:02,945 --> 00:14:04,945 ...mereka berkongsi darah haiwan... 195 00:14:05,145 --> 00:14:07,245 ...untuk bersumpah menjadi saudara, bukan? 196 00:14:07,905 --> 00:14:13,235 Daripada menjadi isteri yang dungu, saya akan jadi sekutu yang setia. 197 00:14:13,675 --> 00:14:16,905 Walau apa pun awak buat, saya sanggup jadikan... 198 00:14:18,005 --> 00:14:20,745 ...nama keluarga serta nyawa saya sebagai taruhan. 199 00:14:24,145 --> 00:14:26,645 Hari ini barulah hari perkahwinan kita yang sebenar. 200 00:15:01,605 --> 00:15:03,745 Bukankah ini dah cukup bagus, puan? 201 00:15:05,205 --> 00:15:09,545 Tidak, lebih baik jika ia ada lebih banyak hiasan. 202 00:15:15,945 --> 00:15:18,705 - Cuba yang ini. - Ini dah pakaian yang kelima. 203 00:15:18,805 --> 00:15:21,275 Kalau begini, saya akan rasa letih sebelum masuk istana. 204 00:15:21,375 --> 00:15:23,675 Kamu fikir kamu akan ke tempat biasakah? 205 00:15:23,945 --> 00:15:25,945 Kamu akan berjumpa Permaisuri Balu sebagai calon perkahwinan diraja! 206 00:15:26,005 --> 00:15:30,205 Kalau baginda tak sukakan kamu, kamu takkan berkahwin! 207 00:15:30,275 --> 00:15:32,845 Sebab itu saya tak boleh pakai yang ini. 208 00:15:34,245 --> 00:15:35,675 Jika mak,... 209 00:15:35,775 --> 00:15:38,675 ...mak lebih suka seseorang yang dimanjakan atau berjimat cermat? 210 00:15:38,745 --> 00:15:42,045 Mak cuma nak menantu yang layan mak dengan baik. 211 00:15:45,405 --> 00:15:49,175 Tolong pakai sesuatu yang ringkas sahaja. 212 00:15:49,275 --> 00:15:51,875 Tanggalkan semua perhiasan mewah mak ini. 213 00:15:51,975 --> 00:15:57,375 Ya, mak tak sehebat dan tak sepintar kamu. 214 00:15:57,575 --> 00:16:00,375 Kalau begitu, kamu pergilah dan memenangi hati baginda sendirian. 215 00:16:00,445 --> 00:16:02,705 Mak, bukan begitu maksud saya... 216 00:16:02,775 --> 00:16:05,175 Macam mana kamu boleh tak faham perasaan mak? 217 00:16:05,375 --> 00:16:08,875 Mak tak mahu kamu nampak teruk pada acara yang penting. 218 00:16:09,075 --> 00:16:10,545 Tapi suka hati kamulah! 219 00:16:12,945 --> 00:16:14,405 Jadi apa yang awak nak pakai? 220 00:16:14,705 --> 00:16:15,875 Saya rasa... 221 00:16:17,205 --> 00:16:18,565 Apa pendapat awak tentang yang ini? 222 00:16:18,945 --> 00:16:19,975 Cantik. 223 00:16:24,475 --> 00:16:26,645 Ketua Pengawal Raja? 224 00:16:26,745 --> 00:16:29,275 Jika kamu dinaikkan pangkat terlalu cepat,... 225 00:16:29,505 --> 00:16:31,645 ...susah nak tentukan kedudukan kamu. 226 00:16:31,805 --> 00:16:33,545 Itu saja yang kita boleh buat buat masa ini... 227 00:16:33,605 --> 00:16:35,945 ...tapi kita lihat apa yang kita boleh buat kelak. 228 00:16:36,305 --> 00:16:37,845 Tidak, tuanku. 229 00:16:38,775 --> 00:16:40,345 Ayah patik meninggal awal... 230 00:16:40,445 --> 00:16:42,975 ...dan patik hanya boleh pegang jawatan rendah dalam kerajaan. 231 00:16:44,005 --> 00:16:47,505 Kalau bukan kerana tuanku berdua, patik takkan dapat jawatan itu. 232 00:16:49,805 --> 00:16:51,745 Kamu perlu buktikan diri kamu. 233 00:16:53,505 --> 00:16:55,945 Itu saja cara kamu boleh bantu beta. 234 00:16:56,805 --> 00:16:59,505 Walau apa pun, patik akan menurut perintah tuanku! 235 00:17:00,975 --> 00:17:04,075 Apabila awak berpangkat tinggi, awak perlu banyak berbelanja. 236 00:17:06,145 --> 00:17:07,345 Ini pemberian dari beta. 237 00:17:13,605 --> 00:17:15,045 Jangan risau untuk habiskan semuanya. 238 00:17:15,405 --> 00:17:17,375 Kamu akan menerimanya setiap bulan. 239 00:17:17,445 --> 00:17:23,645 Gunakannya sedikit untuk dapatkan kesetiaan dari samseng dan pegawai berpangkat rendah. 240 00:17:25,545 --> 00:17:26,745 Jangan risau. 241 00:17:26,905 --> 00:17:29,945 Beratus orang akan datang dan bersedia untuk berkhidmat kepada tuanku. 242 00:17:30,005 --> 00:17:31,405 Itu tak cukup. 243 00:17:34,645 --> 00:17:37,875 Bila masanya tiba, beribu orang pun tak cukup. 244 00:17:41,705 --> 00:17:45,175 Tuanku, saya mahu pergi ke istana. 245 00:17:52,975 --> 00:17:55,905 Jika awak tak perlukan apa-apa, saya pergi dulu. 246 00:17:55,975 --> 00:17:57,245 Kenapa awak nak pergi ke istana? 247 00:17:57,305 --> 00:18:01,575 Bonda minta saya berjumpa dengan calon isteri Putera Agung Eunseong. 248 00:18:03,805 --> 00:18:05,445 Siapa calon itu? 249 00:18:05,805 --> 00:18:09,305 Kawan saya, anak perempuan Ketua Song. 250 00:18:10,375 --> 00:18:13,945 Bondakah yang pilih calon itu? 251 00:18:14,645 --> 00:18:17,575 Saya dengar, Putera Agung Eunseong yang mencadangkannya. 252 00:18:20,405 --> 00:18:23,475 Saya akan bawa awak ke sana. Saya juga ada urusan di istana. 253 00:19:04,845 --> 00:19:07,405 Beta dengar kamu berkawan dengan isteri Putera Agung. 254 00:19:07,875 --> 00:19:09,775 Ya, tuanku. Na Gyeom... 255 00:19:12,005 --> 00:19:15,275 Maksud patik, isteri Putera Agung mahir dalam segala-galanya. 256 00:19:15,375 --> 00:19:18,055 Ada banyak yang boleh dipelajari darinya dan dia umpama kakak patik. 257 00:19:18,305 --> 00:19:20,705 Kami menghadiri kelas pengantin bersama, tuanku. 258 00:19:20,805 --> 00:19:24,645 Kamu cemburukan kawan kamu yang menjadi sebahagian daripada keluarga diraja? 259 00:19:25,145 --> 00:19:28,175 Patik tak cemburukan kedudukan dia sebagai isteri Putera Agung. 260 00:19:31,305 --> 00:19:33,405 Jadi, apa yang kamu cemburui? 261 00:19:33,575 --> 00:19:35,705 Patik cemburu yang dia dah jumpa suami... 262 00:19:35,875 --> 00:19:38,575 ...yang dia boleh cintai dengan sepenuh hatinya. 263 00:19:38,875 --> 00:19:44,005 Isteri Putera Agung mencintai dan menghormati suaminya sepenuh hati. 264 00:19:46,445 --> 00:19:48,545 Beta mahu tanya satu soalan yang dungu. 265 00:19:49,575 --> 00:19:51,775 Jika ibu bapa dan suami kamu lemas,... 266 00:19:51,875 --> 00:19:53,705 ...siapa yang kamu akan selamatkan dulu? 267 00:19:53,775 --> 00:19:56,975 Sudah tentu patik akan selamatkan ibu bapa patik yang uzur dahulu. 268 00:19:58,675 --> 00:20:00,445 Bagaimana pula dengan kamu? 269 00:20:00,575 --> 00:20:03,345 Patik akan selamatkan suami patik dulu. 270 00:20:10,605 --> 00:20:12,745 Ampunkan patik, Permaisuri Balu. 271 00:20:12,805 --> 00:20:16,405 Patik tak ajar dia dengan baik jadi dia berikan jawapan yang mengarut. 272 00:20:16,505 --> 00:20:19,105 - Tolong ampunkan dia. - Apa alasan kamu? 273 00:20:21,575 --> 00:20:23,245 Patik fikir... 274 00:20:23,345 --> 00:20:28,045 ...ibu bapa tak mahu anak mereka korbankan nyawa demi mereka. 275 00:20:31,505 --> 00:20:36,605 Bagi patik, ketaatan anak ialah dengan memenuhi permintaan ibu bapanya. 276 00:20:41,745 --> 00:20:45,505 Adakah kamu akan melindungi suami kamu, walau apa pun yang berlaku? 277 00:20:48,375 --> 00:20:51,305 Kami akan saling melindungi. 278 00:21:03,205 --> 00:21:04,505 Awak buat dengan baik. 279 00:21:04,575 --> 00:21:07,105 Awak tak buat silap dan semuanya berjalan lancar. 280 00:21:07,745 --> 00:21:11,045 Saya gementar tapi saya rasa yakin sebab awak ada bersama. 281 00:21:11,105 --> 00:21:12,245 Awak beri saya kekuatan. 282 00:21:13,505 --> 00:21:17,675 Selepas dia berkahwin nanti, tolong tengok-tengokkan dia, Na Gyeom. 283 00:21:21,705 --> 00:21:24,675 Saya risau saya akan dilayan secara berbeza... 284 00:21:24,775 --> 00:21:27,405 ...sebab sekarang, pangkat saya lebih tinggi. 285 00:21:27,645 --> 00:21:31,975 Tapi nasib baik layanan mak cik terhadap saya masih tak berubah. 286 00:21:33,805 --> 00:21:36,105 Sia-sia saja saya risau. 287 00:21:38,645 --> 00:21:39,885 Hati-hati dalam perjalanan pulang. 288 00:21:39,975 --> 00:21:42,845 Saya akan cakap perkara baik-baik tentang awak kepada Permaisuri Balu. 289 00:21:42,905 --> 00:21:44,375 Terima kasih, Na Gyeom. 290 00:21:44,675 --> 00:21:47,505 Hati-hati dalam perjalanan pulang. 291 00:21:53,905 --> 00:21:57,005 Dia menyindir mak, kan? 292 00:21:57,945 --> 00:22:02,605 Mana ada. Dia cuma nak mak layan dia seperti sebelum ini. 293 00:22:03,345 --> 00:22:07,575 Mak boleh rasakannya melalui kata-katanya. 294 00:22:07,705 --> 00:22:09,705 Mak sensitif dengan perkara sebegini. 295 00:22:10,545 --> 00:22:12,675 Mak patut lebih sensitif terhadap ayah... 296 00:22:12,775 --> 00:22:14,805 ...dan tak ditangkap semasa berjudi. 297 00:22:17,175 --> 00:22:22,005 Betulkah kamu takkan selamatkan mak kalau mak dan suami kamu lemas? 298 00:22:22,675 --> 00:22:25,605 Putera Agung pandai berenang. Dia tak perlu diselamatkan. 299 00:22:27,445 --> 00:22:29,245 Bukan itu maksud mak! 300 00:22:31,475 --> 00:22:32,875 Dia bukan calon yang baik. 301 00:22:35,075 --> 00:22:37,545 Dia selalu ponteng kelas pengantin... 302 00:22:37,645 --> 00:22:41,645 ...menimbulkan masalah dengan menyamar dan curi-curi keluar walaupun dia dihukum. 303 00:22:42,305 --> 00:22:44,445 Sebagai sahabatnya, patik boleh maafkan... 304 00:22:44,545 --> 00:22:46,625 ...tapi sebagai isteri Putera Agung, patik tak boleh biarkan saja. 305 00:22:46,705 --> 00:22:49,375 Dia boleh mencemarkan reputasi keluarga diraja... 306 00:22:49,605 --> 00:22:52,055 ...jika gadis yang terburu-buru ini menjadi isteri Putera Eunseong. 307 00:22:52,145 --> 00:22:54,175 Dia tak nampak seteruk itu. 308 00:22:55,975 --> 00:22:58,175 Sekurang-kurangnya ini bermakna dia tak tamak. 309 00:22:58,705 --> 00:23:02,275 Nampaknya dia telah berputus asa untuk berkahwin dengan keluarga bangsawan. 310 00:23:02,475 --> 00:23:06,175 Tapi dia tak sesuai untuk berkahwin dengan ahli keluarga diraja. 311 00:23:06,275 --> 00:23:09,405 Kamu tak mahu dia jadi adik ipar kamu? 312 00:23:09,575 --> 00:23:11,345 Sejujurnya... 313 00:23:12,405 --> 00:23:15,645 ...patik buat semua ini untuk dia, bukan untuk keluarga diraja. 314 00:23:15,845 --> 00:23:18,445 Ja Hyeon bukanlah seseorang yang sesuai di Istana. 315 00:23:18,545 --> 00:23:22,905 Jika dia jadi isteri Putera Agung Eunseong, dia akan rasa terkurung dan menderita. 316 00:23:23,945 --> 00:23:25,875 Patik membantah perkahwinan ini... 317 00:23:27,205 --> 00:23:29,705 ...demi kebahagiaan dia. 318 00:23:41,875 --> 00:23:44,075 Putera Agung mahu berjumpa awak. 319 00:23:46,275 --> 00:23:48,955 Tentu dia nak tahu jika perjumpaan kamu dengan Permaisuri Balu berjalan lancar. 320 00:23:49,045 --> 00:23:51,975 Pergilah jumpa dia. Mak akan tunggu di sini. 321 00:23:52,675 --> 00:23:54,205 Tapi... 322 00:23:54,945 --> 00:23:57,275 Kamu nak mak ikut? 323 00:23:57,975 --> 00:23:59,575 Ke mana saya patut pergi? 324 00:24:04,475 --> 00:24:06,375 Pandai dia berlakon. 325 00:24:08,445 --> 00:24:11,445 Saya tak pasti jika perkahwinan ini idea yang baik. 326 00:24:12,805 --> 00:24:18,375 Risau pula nak serahkan gadis dungu itu kepada keluarga diraja. 327 00:24:36,305 --> 00:24:37,505 Tuanku... 328 00:24:46,945 --> 00:24:48,475 Kamu tak boleh kahwini dia. 329 00:24:52,005 --> 00:24:53,605 Tuanku memang kejam! 330 00:24:53,675 --> 00:24:55,705 Tuanku tahu patik bersama Putera Agung Eunseong... 331 00:24:55,805 --> 00:24:57,845 ...tapi tuanku masih berkelakuan seperti ini! 332 00:24:59,075 --> 00:25:01,275 Sebagai kekanda dia, beta membantah perkahwinan ini. 333 00:25:01,405 --> 00:25:03,275 Patik dah jumpa Permaisuri Balu. 334 00:25:03,405 --> 00:25:06,165 Bagaimana beta boleh biarkan gadis yang beta suka jadi adik ipar beta? 335 00:25:07,245 --> 00:25:08,605 Kamu fikir itu munasabah? 336 00:25:08,745 --> 00:25:10,705 Kenapa tuanku sanggup rosakkan masa depan adinda tuanku... 337 00:25:10,775 --> 00:25:12,875 ...semata-mata kerana kemahuan peribadi tuanku? 338 00:25:12,945 --> 00:25:14,605 Beta beri amaran. 339 00:25:15,805 --> 00:25:17,375 Perkahwinan ini takkan berlaku. 340 00:25:17,445 --> 00:25:19,645 Tiada siapa yang boleh halang ketentuan dewa. 341 00:25:19,905 --> 00:25:21,855 Patik dan Putera Agung Eunseong ditakdirkan bersama. 342 00:25:21,945 --> 00:25:25,975 Walaupun tuanku tak suka, tuanku takkan dapat halang takdir. 343 00:25:27,175 --> 00:25:28,505 Kita lihat yang mana lebih kuat. 344 00:25:30,945 --> 00:25:34,205 Ketentuan dewa atau kemahuan manusia. 345 00:25:39,175 --> 00:25:40,845 Kamu patut mengalah dulu. 346 00:25:41,045 --> 00:25:45,445 Barulah tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kepada Hui. 347 00:25:47,445 --> 00:25:49,605 Patik jumpa Na Gyeom di istana Permaisuri Balu. 348 00:25:50,575 --> 00:25:52,075 Tuanku tak patut lupa... 349 00:25:52,175 --> 00:25:55,975 ...yang kini, tuanku suami seseorang. 350 00:26:06,675 --> 00:26:09,145 Jika kamu mahu mengahwini anak Ketua Seong... 351 00:26:09,345 --> 00:26:11,185 ...terimalah kedudukan sebagai Putera Mahkota. 352 00:26:11,905 --> 00:26:13,905 Berapa kali saya perlu beritahu bonda? 353 00:26:14,405 --> 00:26:15,885 Sama ada jawatan Putera Mahkota atau takhta... 354 00:26:15,975 --> 00:26:17,905 ...saya tak mahukannya! 355 00:26:19,575 --> 00:26:21,905 Bonda bukannya suruh kamu naik takhta. 356 00:26:22,145 --> 00:26:23,945 Sehingga Raja sembuh saja. 357 00:26:24,045 --> 00:26:26,375 Sehingga Putera cukup usia. 358 00:26:26,445 --> 00:26:28,495 Ini untuk menghalang rakyat daripada failkan petisyen. 359 00:26:28,575 --> 00:26:29,975 Ia tak boleh diterima. 360 00:26:30,075 --> 00:26:32,775 Macam mana bonda boleh merancang begitu cuma untuk teruskan keturunan diraja? 361 00:26:32,845 --> 00:26:33,905 Kamu itu Putera Agung! 362 00:26:34,005 --> 00:26:36,765 Sekiranya perlu, kamu harus korbankan hidup kamu demi keluarga diraja. 363 00:26:37,475 --> 00:26:39,405 Saya lebih rela mati. 364 00:26:44,175 --> 00:26:45,975 Jika kamu tak penuhi permintaan bonda,.. 365 00:26:46,075 --> 00:26:49,245 ...kamu tak boleh berkahwin seperti yang kamu mahukan. 366 00:26:49,305 --> 00:26:50,475 Bonda! 367 00:27:13,705 --> 00:27:15,945 Tuanku, Permaisuri Balu... 368 00:27:16,605 --> 00:27:19,085 Putera Agung yang baginda mahu lantik sebagai Putera Mahkota... 369 00:27:19,305 --> 00:27:20,905 ...ialah Putera Agung Eunseong. 370 00:27:34,745 --> 00:27:36,175 Pak cik tahu tak? 371 00:27:36,345 --> 00:27:39,745 Bonda nak lantik Eunseong sebagai Putera Mahkota, bukan saya! 372 00:27:39,875 --> 00:27:42,545 Permaisuri Balu pasti cuba untuk memecah-belahkan keluarga diraja. 373 00:27:42,605 --> 00:27:45,145 - Pak cik! - Jangan risau. 374 00:27:45,245 --> 00:27:49,075 Mereka tak boleh buat begitu kalau Hui tak ada. 375 00:27:49,345 --> 00:27:50,875 Pak cik ada rancangan? 376 00:27:51,145 --> 00:27:52,875 Tak perlu tergesa-gesa. 377 00:27:53,575 --> 00:27:55,345 Jika kamu bertindak terburu-buru... 378 00:27:55,845 --> 00:27:58,875 ...persengketaan adik-beradik akan lebih memburukkan pandangan orang ramai. 379 00:27:58,975 --> 00:28:01,375 Maksud pak cik, saya patut duduk dan lihat saja? 380 00:28:01,945 --> 00:28:05,475 Biar pak cik yang buat semua kerja kotor itu. 381 00:28:06,125 --> 00:28:07,505 Kamu dah nampak sekarang? 382 00:28:07,705 --> 00:28:10,875 Permaisuri Balu bukan mak kamu. 383 00:28:11,345 --> 00:28:12,405 Perempuan itu... 384 00:28:12,905 --> 00:28:16,005 Dia cuma nak melindungi anak sulung serta cucunya dan abaikan anaknya yang lain. 385 00:28:16,075 --> 00:28:17,945 Dia cuma ahli politik yang kejam. 386 00:28:20,505 --> 00:28:22,245 Saya perlu tanya bonda. 387 00:28:24,645 --> 00:28:26,805 Apa sebenarnya niat dia... 388 00:28:27,605 --> 00:28:28,745 ...dan pernahkah dia... 389 00:28:30,475 --> 00:28:33,045 ...menganggap saya sebagai anaknya? 390 00:28:34,745 --> 00:28:38,545 Kamu ada pak cik. 391 00:28:40,675 --> 00:28:42,875 Pak cik sanggup... 392 00:28:44,975 --> 00:28:46,505 ...korbankan nyawa pak cik demi kamu. 393 00:28:58,175 --> 00:29:01,905 Memandangkan Raja gering dan ada masalah di bahagian utara... 394 00:29:01,975 --> 00:29:04,445 ...negara kita perlukan asas yang kuat. 395 00:29:04,675 --> 00:29:05,805 Seperti yang para menteri mahukan,... 396 00:29:05,875 --> 00:29:08,715 ...beta akan melantik salah seorang Putera Agung sebagai Putera Mahkota. 397 00:29:11,775 --> 00:29:13,775 Tak boleh, Tuanku! 398 00:29:14,275 --> 00:29:17,675 Kenapa kita perlu buat begitu sedangkan kita ada Putera? 399 00:29:17,845 --> 00:29:22,245 Kita patut bincangkan hal ini dengan Raja apabila baginda sudah sihat... 400 00:29:22,345 --> 00:29:24,175 Raja sudah bersetuju dengan perkara ini. 401 00:29:27,645 --> 00:29:31,605 Patik akan minta Biro Astronomi cari tarikh yang baik untuk upacara itu. 402 00:29:31,975 --> 00:29:37,275 Jika Putera Agung Jinyang boleh selesaikan hal penting dulu... 403 00:29:37,345 --> 00:29:38,945 Apa maksud kamu Putera Agung Jinyang? 404 00:29:40,005 --> 00:29:42,745 Bukankah tuanku kata nak lantik dia sebagai Putera Mahkota? 405 00:29:42,805 --> 00:29:44,745 Putera Agung yang beta dan Raja pilih... 406 00:29:44,905 --> 00:29:48,045 ...bukan Putera Agung Jinyang tapi Putera Agung Eunseong. 407 00:29:55,205 --> 00:29:57,405 Ini tak boleh diterima. 408 00:29:57,705 --> 00:30:01,075 Bukan Putera Agung Jinyang yang berpangkat lebih tinggi... 409 00:30:01,175 --> 00:30:02,945 ...tapi Putera Agung Eunseong? 410 00:30:03,005 --> 00:30:04,145 Patik membantah! 411 00:30:04,445 --> 00:30:09,005 Pegawai mahkamah dan negara ini tak boleh menerimanya. 412 00:30:09,105 --> 00:30:10,575 Mohon tarik balik titah tuanku! 413 00:30:11,545 --> 00:30:14,975 Ini bukan kali pertama... 414 00:30:15,075 --> 00:30:20,075 ...putera yang lebih bongsu menaiki takhta. 415 00:30:20,645 --> 00:30:24,305 Adat anak lelaki sulung sebagai pewaris sudah lama tak diamalkan... 416 00:30:24,405 --> 00:30:27,645 ...dan pangkat sudah tak diambil kira. 417 00:30:28,705 --> 00:30:31,345 Maharaja Yang dari Sui merupakan putera kedua,... 418 00:30:31,545 --> 00:30:33,945 ...manakala Maharaja Xuanzong dari Tang adalah putera ketiga. 419 00:30:34,205 --> 00:30:37,345 Memandangkan dia dipandang tinggi di Ming dan telah membanggakan negara... 420 00:30:37,505 --> 00:30:39,875 ...dengan pengetahuan, seni dan puisinya,... 421 00:30:39,945 --> 00:30:42,145 ...Putera Agung Eunseong adalah pilihan yang lebih baik. 422 00:30:43,505 --> 00:30:47,145 Raja dah luluskan perkara ini jadi tak perlu dipertikaikan lagi. 423 00:30:47,205 --> 00:30:48,945 Tak boleh, Tuanku! 424 00:30:49,005 --> 00:30:52,975 Adat penaikan takhta tak boleh dilanggar apabila melibatkan perkara penting! 425 00:30:53,575 --> 00:30:56,175 Tolong pertimbangkan adat penaikan takhta! 426 00:30:56,275 --> 00:31:00,275 Awak tak nampakkah yang awak bercanggah dengan kata-kata sendiri? 427 00:31:00,375 --> 00:31:02,405 Awak yang beria-ia untuk tidak mengikuti adat itu. 428 00:31:02,475 --> 00:31:06,505 Jika kita ikut aturan pelantikan, iaitu melantik putera yang sulung,... 429 00:31:06,575 --> 00:31:08,505 ...kita akan kembali pada titik permulaan. 430 00:31:08,605 --> 00:31:11,305 Tolong tarik balik titah diraja itu, Tuanku! 431 00:31:15,075 --> 00:31:17,545 Perkara ini akan menggemparkan seluruh negara. 432 00:31:18,125 --> 00:31:20,075 Tolong tarik balik titah itu! 433 00:31:20,405 --> 00:31:22,905 Tolong tarik balik titah itu! 434 00:31:39,675 --> 00:31:40,805 Umumkan kehadiran beta. 435 00:31:40,945 --> 00:31:45,045 Tuanku, Putera Agung Yangan datang menghadap. 436 00:32:03,675 --> 00:32:06,075 Kenapa kamu ke sini? 437 00:32:06,175 --> 00:32:09,805 Patik terpaksa datang untuk cakap sesuatu... 438 00:32:10,405 --> 00:32:12,075 ...sebagai wakil kepada kerabat diraja. 439 00:32:12,175 --> 00:32:16,175 Jika ia tentang pelantikan Putera Agung sebagai Putera Mahkota, Raja sudah setuju. 440 00:32:17,605 --> 00:32:21,905 Patik datang untuk bincangkan hal berkaitan ekspedisi tentera. 441 00:32:23,945 --> 00:32:25,475 Patik datang untuk tawarkan diri... 442 00:32:25,545 --> 00:32:30,975 ...untuk menggantikan Penasihat Kiri Negara yang sakit. 443 00:32:34,875 --> 00:32:36,905 Kamu tawarkan diri untuk pergi? 444 00:32:38,875 --> 00:32:42,675 Orang yang ada sesuatu untuk dilindungi takut akan kematian. 445 00:32:43,475 --> 00:32:46,205 Tuan, kata-kata awak terlalu kasar. 446 00:32:46,405 --> 00:32:49,145 Tapi patik berbeza. 447 00:32:49,505 --> 00:32:51,945 Selama ini, hidup patik umpama perantau... 448 00:32:52,005 --> 00:32:54,325 ...jadi patik tak berpeluang untuk berkhidmat kepada negara. 449 00:32:54,405 --> 00:32:57,505 Ini boleh jadi peluang keemasan patik. 450 00:32:57,605 --> 00:33:04,445 Raja takkan sanggup hantar pak ciknya sendiri ke medan perang. 451 00:33:04,685 --> 00:33:07,445 Serahkan urusan medan perang kepada rakyat. 452 00:33:07,545 --> 00:33:10,775 Jika keluarga diraja tidak menjadi contoh,... 453 00:33:11,405 --> 00:33:14,275 ...rakyat akan hilang rasa hormat terhadap kita. 454 00:33:14,575 --> 00:33:16,345 Kita akan kehilangan kepercayaan rakyat. 455 00:33:20,405 --> 00:33:23,405 Kita menerima bantuan dari tiga daerah berhampiran... 456 00:33:23,505 --> 00:33:25,325 ...tapi kita masih kalah dalam setiap pertempuran. 457 00:33:25,405 --> 00:33:27,445 Jika kita tidak menghantar bantuan dari ibu kota,... 458 00:33:27,575 --> 00:33:30,645 ...jumlah nyawa yang terkorban akan meningkat. 459 00:33:31,505 --> 00:33:33,945 Jika tiada sesiapa yang sesuai,... 460 00:33:35,705 --> 00:33:38,125 ...dan tiada pilihan lain, ahli keluarga diraja yang terpaksa pergi. 461 00:33:38,205 --> 00:33:41,905 Anak Tuan Penasihat Kiri sudah banyak kali bertempur bersama bapanya. 462 00:33:42,005 --> 00:33:44,975 Izinkan dia menjadi timbalan patik. 463 00:33:45,845 --> 00:33:48,005 Ini peluang yang bagus untuk Putera Agung Eunseong... 464 00:33:48,475 --> 00:33:50,515 ...menunjukkan kebolehan dia sebagai Putera Mahkota. 465 00:33:50,845 --> 00:33:53,375 Kita boleh lihat jika dia boleh buktikan... 466 00:33:53,675 --> 00:33:55,575 ...yang dia layak untuk memimpin negara ini. 467 00:34:00,505 --> 00:34:03,775 Putera Agung Jinyang lebih berkebolehan dalam peperangan. 468 00:34:03,945 --> 00:34:07,645 Pada mulanya, patik merancang nak bawa Jinyang. 469 00:34:07,875 --> 00:34:09,005 Tapi... 470 00:34:10,145 --> 00:34:12,905 Bukankah patik patut bawa Eunseong,... 471 00:34:13,305 --> 00:34:14,945 ...memandangkan dia akan mentadbir negara? 472 00:34:33,445 --> 00:34:35,505 Bagaimana beta patut uruskan Putera Agung Yangan? 473 00:34:35,605 --> 00:34:38,945 Lelaki jahat itu menjadikan anak beta sebagai taruhan! 474 00:34:39,075 --> 00:34:43,045 Strategi ini mungkin boleh beri kita masa. 475 00:34:44,575 --> 00:34:47,255 Kita akan cakap Putera Agung patut berkhidmat untuk negara sebelum dilantik. 476 00:34:47,345 --> 00:34:52,145 Sementara itu, perbincangan tentang pewarisan takhta akan berakhir. 477 00:34:52,305 --> 00:34:56,375 Pada waktu itu, penyakit Raja juga mungkin sudah sembuh. 478 00:34:56,475 --> 00:34:59,905 Jadi, semua perkara mengarut tentang Putera Agung ini sia-sia saja. 479 00:35:00,105 --> 00:35:02,405 Putera muda akan membesar sehingga cukup usia... 480 00:35:02,545 --> 00:35:04,065 ...dan seperti yang tuanku mahukan,... 481 00:35:04,575 --> 00:35:07,045 ...putera pertama yang akan mewarisi takhta. 482 00:35:07,145 --> 00:35:11,505 Provokasi mereka boleh jadi peluang yang baik untuk kita. 483 00:35:11,745 --> 00:35:12,875 Eunseong... 484 00:35:13,245 --> 00:35:15,005 Hui mungkin berada dalam bahaya! 485 00:35:15,175 --> 00:35:16,705 Kita boleh percayakan Kim Gwan. 486 00:35:17,275 --> 00:35:21,805 Dia anak Kim Chu dan abang Permaisuri. 487 00:35:22,745 --> 00:35:24,375 Biasanya ahli keluarga diraja.... 488 00:35:24,475 --> 00:35:26,225 ...tidak diletakkan di barisan hadapan di medan perang. 489 00:35:26,305 --> 00:35:29,945 Adakah Kim Gwan benar-benar akan melindungi Hui? 490 00:35:30,175 --> 00:35:33,375 Patik akan suruh dia melindungi baginda dengan nyawanya. 491 00:35:37,745 --> 00:35:40,905 Permaisuri Balu menamakan tuanku sebagai Putera Mahkota. 492 00:35:40,975 --> 00:35:43,405 Para menteri saling bertekak. 493 00:35:43,545 --> 00:35:45,345 Kemudian Putera Agung Yangan datang... 494 00:35:45,445 --> 00:35:48,045 ...dan kata dia nak bawa tuanku ke utara. 495 00:35:48,375 --> 00:35:50,545 Keadaan ketika itu sangat kecoh! 496 00:35:58,075 --> 00:35:59,305 Ada apa? 497 00:35:59,545 --> 00:36:00,775 Betulkah... 498 00:36:02,345 --> 00:36:04,275 ...saya anak bonda? 499 00:36:07,875 --> 00:36:09,905 Kenapa bonda layan saya begini? 500 00:36:10,205 --> 00:36:13,645 - Kenapa kamu tamak sangat? - Apa maksud bonda, "tamak"? 501 00:36:14,845 --> 00:36:16,845 Jawatan itu sepatutnya milik saya! 502 00:36:17,275 --> 00:36:19,545 Bukankah kanak-kanak patut membesar dalam pelukan ibu bapa mereka? 503 00:36:19,605 --> 00:36:21,155 Oleh kerana saya mungkin mengancam takhta kekanda saya,... 504 00:36:21,245 --> 00:36:23,705 ...saya dilayan seperti anak yang jahat dan dihantar ke luar istana. 505 00:36:23,775 --> 00:36:26,055 Sekarang, saya juga tak dipilih walaupun saya lebih tua... 506 00:36:26,705 --> 00:36:28,745 ...dan jawatan itu diberikan kepada adinda saya? 507 00:36:29,375 --> 00:36:33,345 Betulkah saya anak bonda? 508 00:36:34,475 --> 00:36:38,975 Bonda tak menyokong cadangan Putera Mahkota menjadi Putera Mahkota. 509 00:36:40,875 --> 00:36:43,445 Kita dah ada putera jadi kita patut tunggu dia cukup umur. 510 00:36:43,605 --> 00:36:45,745 Jika kamu sependapat dengan bonda,... 511 00:36:46,105 --> 00:36:48,175 ...boleh kamu tolong bonda kamu ini? 512 00:36:48,645 --> 00:36:50,975 Tenangkan para menteri yang memfailkan petisyen... 513 00:36:51,245 --> 00:36:53,245 ...dan bubarkan cendekiawan yang mengadakan protes. 514 00:36:53,345 --> 00:36:55,275 Bonda minta kamu pulihkan keadaan negara. 515 00:36:55,375 --> 00:36:57,345 Apa kurangnya saya? 516 00:36:58,345 --> 00:37:00,875 Saya lebih sihat daripada Raja dan saya lebih tua daripada Hui! 517 00:37:01,005 --> 00:37:05,645 Saya yakin boleh kalahkan orang gasar dan penceroboh! 518 00:37:06,345 --> 00:37:08,525 Adakah kerana saya tak berpengetahuan atau tak pandai berbicara? 519 00:37:08,605 --> 00:37:10,305 Kenapa bukan saya? 520 00:37:10,675 --> 00:37:11,975 Kerana ketamakan kamu. 521 00:37:12,545 --> 00:37:14,665 Berbanding negara, kerabat diraja dan saudara kamu,... 522 00:37:14,945 --> 00:37:18,005 ...kamu lebih pentingkan sifat tamak kamu. Sebab itulah bonda tak pilih kamu. 523 00:37:18,245 --> 00:37:20,285 Kamu fikir menjadi Raja itu kedudukan yang terhebat? 524 00:37:20,475 --> 00:37:22,695 Ia adalah kedudukan yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. 525 00:37:22,775 --> 00:37:24,875 Peranan Raja ialah untuk berkhidmat kepada rakyatnya. 526 00:37:53,705 --> 00:37:54,975 Saya terlupa. 527 00:37:55,405 --> 00:37:58,305 Awak berpura-pura baik dan tak tamak... 528 00:37:58,445 --> 00:38:00,405 ...tapi akhirnya, awak tikam orang dari belakang. 529 00:38:02,075 --> 00:38:06,745 Awak sebenarnya orang tamak yang mahu memiliki semuanya. 530 00:38:06,845 --> 00:38:09,545 Jika awak tak mendesak untuk jadi Putera Mahkota,... 531 00:38:09,905 --> 00:38:11,305 ...perkara ini takkan berlaku. 532 00:38:11,375 --> 00:38:14,405 Ketamakan awak cuma menimbulkan huru-hara kepada keluarga diraja. 533 00:38:14,845 --> 00:38:16,575 Tapi sekarang awak nak salahkan saya? 534 00:38:16,645 --> 00:38:18,875 Kerana saya, awak dapat menaiki takhta... 535 00:38:19,845 --> 00:38:21,425 ...bukankah awak patut berterima kasih kepada saya? 536 00:38:21,505 --> 00:38:22,645 Saya bukan seperti awak. 537 00:38:23,005 --> 00:38:24,505 Bukan ini yang saya mahu. 538 00:38:24,605 --> 00:38:25,775 Jadi serahkan takhta itu. 539 00:38:28,105 --> 00:38:29,245 Jangan masuk campur. 540 00:38:30,645 --> 00:38:32,145 Itu bukan tempat awak. 541 00:38:32,205 --> 00:38:34,605 Sebab ketamakan awaklah, saya turut terlibat. 542 00:38:34,875 --> 00:38:36,545 Awak patut buang sifat tamak awak itu. 543 00:38:37,045 --> 00:38:38,805 Sebagai ahli kerabat diraja... 544 00:38:38,905 --> 00:38:41,395 ...awak tahu tak, kalau tamak, kita boleh dianggap sebagai pengkhianat? 545 00:38:41,475 --> 00:38:42,945 Tolonglah sedar! 546 00:38:49,005 --> 00:38:52,405 Bonda, tolong tarik balik titah bonda! 547 00:38:52,675 --> 00:38:55,305 Hubungan saya dengan Kang akan jadi lebih renggang. 548 00:38:55,945 --> 00:38:58,025 Sebelum kami ahli kerabat diraja, kami adalah keluarga. 549 00:38:58,105 --> 00:39:02,375 Sebagai keluarga, saya tak mahu kami saling membenci atau bermusuhan. 550 00:39:03,105 --> 00:39:07,305 Ratu Dinasti Han mengurung anaknya... 551 00:39:08,445 --> 00:39:13,105 ...dan Permaisuri Dinasti Tang membunuh anaknya seorang demi seorang. 552 00:39:13,905 --> 00:39:15,205 Ada pepatah mengatakan,... 553 00:39:15,305 --> 00:39:18,105 ..."besarkan anak-anak diraja seperti musuh". 554 00:39:19,745 --> 00:39:21,645 Apabila melibatkan kuasa dan pemerintahan,... 555 00:39:21,805 --> 00:39:24,205 ...walaupun antara ibu bapa dan anak atau adik-beradik... 556 00:39:24,875 --> 00:39:27,045 ...ia perkara hidup dan mati. 557 00:39:31,145 --> 00:39:33,745 Bonda tak boleh jadi seperti ibu biasa... 558 00:39:35,805 --> 00:39:38,075 ...dan setiap malam, ia buat bonda rasa sedih. 559 00:39:38,545 --> 00:39:42,875 Tapi apabila matahari terbit, bonda perlu keringkan air mata... 560 00:39:44,245 --> 00:39:47,945 ...dan menerima takdir yang bonda perlu abaikan darah daging sendiri. 561 00:39:48,605 --> 00:39:52,775 Itulah perkara yang bonda perlu hadapi kerana mengahwini ahli keluarga diraja. 562 00:40:00,675 --> 00:40:05,805 Berhenti bercakap tentang cinta dan terimalah takdir kamu. 563 00:40:06,145 --> 00:40:09,745 Sama seperti kamu tak pilih untuk dilahirkan sebagai Putera Agung,... 564 00:40:10,105 --> 00:40:14,045 ...kamu terpaksa akur dengan titah diraja itu. 565 00:40:14,105 --> 00:40:16,175 Saya tak dilahirkan sebagai Putera Mahkota... 566 00:40:17,045 --> 00:40:19,245 ...jadi saya sepatutnya hidup senyap-senyap. 567 00:40:19,745 --> 00:40:23,075 Tapi sekarang, disebabkan saya Putera Agung... 568 00:40:23,905 --> 00:40:25,945 ...saya terpaksa terlibat dalam kekecohan ini. 569 00:40:26,005 --> 00:40:28,045 Takdir kamu melibatkan negara ini. 570 00:40:28,345 --> 00:40:31,805 Nyawa kamu pun bukan milik kamu saja. 571 00:40:44,105 --> 00:40:47,205 Bonda hanya mahukan Hui... 572 00:40:48,845 --> 00:40:52,145 ...sebagai pewaris takhta. 573 00:40:52,245 --> 00:40:55,805 Dia beri jawatan itu kepada Hui untuk sementara waktu saja. 574 00:40:57,375 --> 00:41:01,405 Pak cik akan bawa Eunseong ke medan perang. 575 00:41:01,805 --> 00:41:07,275 Jika dia menjadi penghalang kamu, pak cik perlu hapuskan dia... 576 00:41:07,805 --> 00:41:11,045 ...walaupun dia adik kamu sendiri. 577 00:41:12,905 --> 00:41:16,375 Kuasa tak boleh dikongsi antara ibu bapa dan anak,... 578 00:41:16,475 --> 00:41:20,005 ...apatah lagi antara adik-beradik. 579 00:41:20,245 --> 00:41:22,075 Nyawa pak cik mungkin dalam bahaya. 580 00:41:22,245 --> 00:41:24,225 Tolong pertimbangkan semula jika pak cik nak buat demi saya. 581 00:41:24,305 --> 00:41:25,845 Pak cik bukan buat demi kamu. 582 00:41:27,605 --> 00:41:28,975 Tapi demi impian pak cik sendiri. 583 00:41:29,505 --> 00:41:32,575 Impian pak cik untuk buat kamu berada di atas takhta... 584 00:41:32,905 --> 00:41:35,205 ...memerintah seluruh Joseon. 585 00:41:38,145 --> 00:41:41,605 Pak cik sudah berjanji akan dapatkan takhta itu untuk kamu. 586 00:41:42,705 --> 00:41:44,605 Walaupun pak cik terpaksa mati,... 587 00:41:44,705 --> 00:41:47,305 ...pak cik akan pastikan impian itu jadi kenyataan. 588 00:41:59,575 --> 00:42:01,245 Awak akan berkahwin dengan siapa? 589 00:42:01,745 --> 00:42:03,305 Putera Agung Eunseong,... 590 00:42:04,175 --> 00:42:05,975 ...adik bongsu Raja? 591 00:42:06,405 --> 00:42:07,805 Orang yang saya suka? 592 00:42:11,475 --> 00:42:12,675 Betul. 593 00:42:15,275 --> 00:42:16,745 Betulkah awak kawan saya? 594 00:42:17,175 --> 00:42:20,145 Saya dah kata saya suka dia dan akan kahwini dia! 595 00:42:21,475 --> 00:42:23,605 Saya yang sukakan dia dulu... 596 00:42:24,175 --> 00:42:25,205 Bila? 597 00:42:25,275 --> 00:42:27,305 Awak tak pernah sebut pun namanya! 598 00:42:27,405 --> 00:42:31,105 Saya tak tahu dia Putera Agung Eunseong... 599 00:42:36,445 --> 00:42:39,275 Saya tak percaya. Bagaimana ini boleh berlaku? 600 00:42:39,445 --> 00:42:41,845 Berani awak curi buah hati saya? 601 00:42:45,405 --> 00:42:47,645 Jangan kahwin dengan dia! 602 00:42:48,375 --> 00:42:51,245 Saya akan pastikan awak tak kahwin dengan dia! 603 00:43:05,175 --> 00:43:06,405 Seol Hwa... 604 00:43:07,805 --> 00:43:09,675 Seol Hwa, kalau awak pergi begini... 605 00:43:12,945 --> 00:43:14,775 Janganlah menangis, Seol Hwa. 606 00:43:15,745 --> 00:43:18,875 Saya minta maaf kerana tak beritahu awak lebih awal. 607 00:43:19,845 --> 00:43:21,505 Saya ada sebab tersendiri. 608 00:43:21,605 --> 00:43:23,275 Selama ini, pasti awak rasa seronok, kan? 609 00:43:23,845 --> 00:43:27,405 Apabila saya bercakap tentang dia tanpa tahu apa-apa tentang hal ini... 610 00:43:28,445 --> 00:43:30,345 ...pasti awak ketawakan saya, kan? 611 00:43:30,405 --> 00:43:32,445 - Tidak! - Pilih. 612 00:43:33,775 --> 00:43:36,475 Kawan atau lelaki? 613 00:43:39,145 --> 00:43:40,605 Ia bukan perkara yang mudah. 614 00:43:40,675 --> 00:43:42,245 Kenapa tidak? 615 00:43:42,345 --> 00:43:43,745 Awak tahu saya sukakan dia. 616 00:43:43,845 --> 00:43:46,075 Jika awak kahwini dia... 617 00:43:46,145 --> 00:43:47,975 ...persahabatan kita berakhir! 618 00:43:49,175 --> 00:43:50,245 Hei! 619 00:43:50,705 --> 00:43:53,545 Awak pernah jumpa dia? 620 00:43:53,605 --> 00:43:55,805 Awak pernah berbual dengannya? Ada janji antara kamu berdua? 621 00:43:55,875 --> 00:43:58,315 Bagaimana awak boleh panggil dia "buah hati" awak sesuka hati? 622 00:43:58,405 --> 00:44:02,045 Jadi, awak pernah keluar bersama dia? 623 00:44:02,205 --> 00:44:04,575 Saya yakin kamu berdua pun tak kenal satu sama lain. 624 00:44:06,005 --> 00:44:11,075 Sejujurnya, jika kita berdiri bersebelahan dan dia perlu pilih salah seorang... 625 00:44:11,905 --> 00:44:13,945 ...siapa yang awak fikir dia akan pilih? 626 00:44:14,705 --> 00:44:17,905 Kami saling mencintai. 627 00:44:18,245 --> 00:44:20,105 Ketika itu, saya tak tahu dia Putera Agung. 628 00:44:20,175 --> 00:44:22,375 Kami bertemu dan mula sukakan satu sama lain. 629 00:44:22,975 --> 00:44:24,675 Awak tak ada peluang. 630 00:44:30,975 --> 00:44:33,975 Orang kata kita perlu berhati-hati dengan orang yang pendiam. 631 00:44:34,875 --> 00:44:37,275 Tapi awak bukannya pendiam. 632 00:44:38,075 --> 00:44:39,845 Pasti awak lakukannya terang-terangan. 633 00:44:42,875 --> 00:44:44,875 Tenangkan perasaan awak... 634 00:44:45,445 --> 00:44:47,445 ...dan ucapkan tahniah kepada saya sebagai sahabat. 635 00:44:48,445 --> 00:44:49,905 Jangan harap. 636 00:44:50,105 --> 00:44:53,505 Persahabatan kita dah berakhir! 637 00:45:10,745 --> 00:45:12,005 Seol Hwa dah balik. 638 00:45:12,105 --> 00:45:14,175 Bagaimana saya nak jelaskan salah faham ini? 639 00:45:14,245 --> 00:45:15,305 Biarkan saja. 640 00:45:15,645 --> 00:45:19,975 Mungkin dia akan bersyukur nanti kerana tak perlu jadi balu. 641 00:45:20,075 --> 00:45:23,245 Awak juga patut lupakan saja tentang perkahwinan ini. 642 00:45:23,305 --> 00:45:24,975 Jika awak mengahwini seseorang yang nyawanya di hujung tanduk,.. 643 00:45:25,045 --> 00:45:26,545 ...apa gunanya berkahwin? 644 00:45:27,105 --> 00:45:29,505 Apa maksud awak? 645 00:45:29,575 --> 00:45:33,645 Saya dengar Putera Agung Eunseong akan ke utara untuk lawan orang gasar. 646 00:45:34,605 --> 00:45:37,245 Awak tak pasti jika dia akan kembali dengan selamat. 647 00:45:38,075 --> 00:45:40,275 Saya cakap begini kerana fikirkan awak. 648 00:45:40,605 --> 00:45:42,375 Walaupun ini perkahwinan diraja,... 649 00:45:42,505 --> 00:45:45,245 ...jika awak teruskannya, awak mungkin akan menjadi balu. 650 00:45:47,375 --> 00:45:49,575 Kalau saya jadi awak, saya akan pertimbangkannya semula. 651 00:45:50,275 --> 00:45:52,375 Betulkah berita itu? 652 00:45:52,945 --> 00:45:55,975 Putera Mahkota Eunseong akan ke medan perang? 653 00:45:58,105 --> 00:46:00,105 Dia tak beritahu awak? 654 00:46:13,545 --> 00:46:15,245 Kenapa tuanku cadangkan patik... 655 00:46:17,545 --> 00:46:19,745 ...untuk menerima tugas yang berat itu? 656 00:46:20,845 --> 00:46:22,645 Beta percayakan kamu. 657 00:46:22,705 --> 00:46:24,775 Bagaimana jika patik tiba-tiba mahukan takhta? 658 00:46:26,175 --> 00:46:28,005 Bagaimana jika patik melanggar janji... 659 00:46:28,945 --> 00:46:31,605 ...dan mahukan takhta anak saudara patik? 660 00:46:32,105 --> 00:46:33,645 Beta kenal kamu. 661 00:46:35,105 --> 00:46:36,645 Beta tahu perkara yang kamu mahukan... 662 00:46:37,605 --> 00:46:39,375 ...bukanlah kuasa... 663 00:46:40,145 --> 00:46:42,005 ...tapi kebahagiaan. 664 00:46:42,545 --> 00:46:46,045 Kamu mengambil berat terhadap bunga yang layu... 665 00:46:46,975 --> 00:46:50,405 ...dan serangga yang dipijak. 666 00:46:51,005 --> 00:46:52,875 Kamu sangat baik hati. 667 00:46:54,645 --> 00:47:00,505 Kamu bukanlah seseorang yang akan mencederakan keluarga sendiri. 668 00:47:01,145 --> 00:47:02,605 Beta yakin. 669 00:47:03,105 --> 00:47:04,945 Patik tak boleh lakukannya. 670 00:47:06,945 --> 00:47:09,775 Walaupun titah diraja dikeluarkan,... 671 00:47:11,205 --> 00:47:13,645 ...patik tak boleh menjadi Putera Mahkota. 672 00:47:13,775 --> 00:47:14,805 Hui... 673 00:47:17,245 --> 00:47:18,545 Tapi... 674 00:47:20,845 --> 00:47:22,605 ...patik akan ke medan perang. 675 00:47:22,775 --> 00:47:26,245 Walaupun patik menolak jawatan itu, patik tetap akan menjalankan tugas. 676 00:47:26,975 --> 00:47:29,775 Patik tak boleh tutup sebelah mata di saat rakyat kita menderita. 677 00:47:31,775 --> 00:47:35,005 Sebagai ahli keluarga diraja dan juga Putera Agung,... 678 00:47:36,775 --> 00:47:38,875 ...itu tanggungjawab yang perlu patik laksanakan. 679 00:47:53,375 --> 00:47:54,645 Patik benar-benar berharap... 680 00:47:56,075 --> 00:47:58,075 ...apabila patik kembali nanti,... 681 00:48:00,105 --> 00:48:04,075 ...tuanku akan menyambut patik dalam keadaan sihat. 682 00:48:48,305 --> 00:48:49,705 Kamu dah nak balik? 683 00:48:51,005 --> 00:48:52,805 Betulkah berita itu? 684 00:48:53,935 --> 00:48:55,875 Putera Agung Eunseong akan pergi berperang? 685 00:48:56,105 --> 00:48:58,005 Ia sudah ditetapkan? 686 00:48:59,645 --> 00:49:01,245 Nampaknya awak tak diberitahu lagi. 687 00:49:03,905 --> 00:49:05,905 Dia tawarkan diri. 688 00:49:06,605 --> 00:49:09,445 Bagi seseorang yang bakal berkahwin... 689 00:49:10,775 --> 00:49:12,475 ...tindakannya agak luar biasa, bukan? 690 00:49:22,575 --> 00:49:25,045 Pasti kamu tak bermakna apa-apa pada dia. 691 00:49:27,645 --> 00:49:29,345 Kekasih yang telah ditakdirkan konon. 692 00:49:32,245 --> 00:49:34,245 Ia mesti takdir yang tak bernilai. 693 00:49:56,145 --> 00:49:57,245 Ja Hyeon! 694 00:50:04,545 --> 00:50:06,345 Ada sesuatu yang tak kena? 695 00:50:11,175 --> 00:50:12,545 Awak... 696 00:50:13,545 --> 00:50:15,445 ...tipu saya lagi! 697 00:50:17,105 --> 00:50:19,145 Saya dengar awak akan ke medan perang. 698 00:50:20,675 --> 00:50:24,045 Saya dengar Puak Udikae yang sentiasa berada di depan musuh... 699 00:50:24,675 --> 00:50:27,275 ...tak bercucuk tanam atau menternak binatang. 700 00:50:27,475 --> 00:50:30,275 Mereka cuma tahu mencuri, membunuh dan berperang. 701 00:50:31,375 --> 00:50:32,405 Ja Hyeon. 702 00:50:33,245 --> 00:50:36,005 Mereka siat kulit kepala dan hidung orang. 703 00:50:36,545 --> 00:50:37,845 Setiap hari,... 704 00:50:38,075 --> 00:50:42,245 ...saya cuma dengar tentang kekejaman dan kebengisan mereka! 705 00:50:42,345 --> 00:50:43,405 Siapa? 706 00:50:43,505 --> 00:50:47,175 Siapa yang buat awak takutkan mereka sebegini? 707 00:50:47,275 --> 00:50:48,745 Awak! 708 00:50:51,275 --> 00:50:53,575 Sebelum ini, awak tak pernah beritahu saya identiti awak. 709 00:50:54,105 --> 00:50:56,745 Sekarang, awak minta saya mengahwini awak... 710 00:50:57,175 --> 00:50:58,605 ...tapi di belakang saya... 711 00:50:59,245 --> 00:51:01,405 ...awak bersedia untuk pergi berperang? 712 00:51:02,105 --> 00:51:04,875 - Bukan begitu. - Jadi, awak takkan pergi? 713 00:51:06,675 --> 00:51:09,145 Boleh tak awak jangan pergi berperang? 714 00:51:15,005 --> 00:51:16,375 Saya faham. 715 00:51:17,575 --> 00:51:22,305 Sekarang saya tahu betapa tak bermaknanya saya dalam hidup awak. 716 00:51:28,475 --> 00:51:29,505 Ja Hyeon! 717 00:51:32,075 --> 00:51:33,845 Siapa yang beritahu dia? 718 00:51:35,445 --> 00:51:37,645 Lebih baik jika dia dengar daripada tuanku sendiri... 719 00:51:48,205 --> 00:51:49,375 Cik! 720 00:51:59,175 --> 00:52:01,875 Betulkah saya tak ada apa-apa makna pada awak? 721 00:52:02,775 --> 00:52:03,945 Bukan begitu. 722 00:52:04,005 --> 00:52:07,105 Kalau saya cakap jangan pergi, awak akan terus berada di sini? 723 00:52:10,545 --> 00:52:13,475 Kalau begitu, sebelum awak pergi, kita kahwin dulu. 724 00:52:16,175 --> 00:52:18,805 Saya akan tunggu kepulangan awak sebagai isteri awak. 725 00:52:22,875 --> 00:52:24,605 Kita akan berkahwin apabila saya kembali. 726 00:52:25,505 --> 00:52:28,805 Saya akan kembali dengan berita kemenangan sebagai hadiah perkahwinan. 727 00:52:28,905 --> 00:52:31,575 Saya cuma takut awak takkan balik. 728 00:52:32,175 --> 00:52:34,145 Sebab itu awak tak patut pergi! 729 00:52:34,245 --> 00:52:35,905 Saya akan kembali dengan selamat. 730 00:52:39,075 --> 00:52:41,615 Nyawa saya milik awak. 731 00:52:42,305 --> 00:52:46,005 Saya takkan lupa, walaupun sekejap, yang awak menunggu saya. 732 00:52:47,075 --> 00:52:50,245 Awak tak boleh terus di sini atau percepatkan perkahwinan kita. 733 00:52:50,575 --> 00:52:53,245 Kenapa awak tak nak penuhi satu pun permintaan saya? 734 00:52:55,505 --> 00:52:56,945 Saya... 735 00:52:59,705 --> 00:53:02,045 ...nak hidup sebagai kekasih awak. 736 00:53:03,805 --> 00:53:08,275 Tapi sebelum saya menjadi kekasih awak,... 737 00:53:09,705 --> 00:53:13,805 ...saya Putera Agung negara ini. 738 00:53:18,745 --> 00:53:22,375 Saya tak boleh hidup secara bermaruah jika saya abaikan tanggungjawab... 739 00:53:22,775 --> 00:53:24,875 ...hanya untuk bersama awak. 740 00:53:25,775 --> 00:53:31,205 Tolong tunggu saya sehingga saya kembali. 741 00:53:52,375 --> 00:53:57,405 Tugas utama kamu di sana... 742 00:53:57,645 --> 00:54:00,445 ....adalah memastikan Putera Eunseong selamat. 743 00:54:02,045 --> 00:54:07,205 Putera Agung Eunseong sahaja yang boleh menghalang Putera Agung Jinyang. 744 00:54:07,305 --> 00:54:08,745 Tolonglah, kekanda. 745 00:54:08,875 --> 00:54:12,205 Jika Putera Agung Eunseong terus hidup, putera beta akan selamat. 746 00:54:12,305 --> 00:54:14,145 Jangan risau, Permaisuri. 747 00:54:14,505 --> 00:54:15,805 Tuanku dah lupa siapa patik? 748 00:54:15,905 --> 00:54:19,945 Patik anak orang yang buat puak gasar itu hidup dalam ketakutan selama ini. 749 00:54:20,005 --> 00:54:22,505 Bahagian utara itu bagaikan taman permainan patik saja. 750 00:54:22,945 --> 00:54:26,845 Putera Agung Eunseong akan pulang dengan selamat. 751 00:54:27,145 --> 00:54:29,145 Maafkan beta... 752 00:54:30,175 --> 00:54:32,345 ...kerana beta perlu melindungi anak beta. 753 00:54:33,545 --> 00:54:35,245 Beta memang adinda yang jahat... 754 00:54:35,345 --> 00:54:38,425 ...kerana menghantar kekanda sendiri ke medan perang dengan permintaan begitu. 755 00:54:45,605 --> 00:54:48,215 Saya perlu ke medan perang? 756 00:54:48,405 --> 00:54:50,845 Kenapa saya? Saya bukan pahlawan atau jeneral. 757 00:54:50,975 --> 00:54:53,245 Saya cuma cendekiawan Seongkyunkwan yang tiada jawatan dalam kerajaan! 758 00:54:53,305 --> 00:54:55,845 Habis itu, patutkah ayah saja yang pergi? 759 00:54:56,775 --> 00:54:58,975 Sudah tentulah ayah tak boleh pergi. 760 00:55:04,905 --> 00:55:07,845 - Kenapa awak pukul dia? - Kenapa ayah buat begini? 761 00:55:07,945 --> 00:55:10,575 Ahli keluarga diraja pun dah menjadi contoh. 762 00:55:10,645 --> 00:55:12,605 Kita patut kekalkan maruah keluarga kita... 763 00:55:12,775 --> 00:55:14,955 ...dengan menghantar sekurang-kurangnya seorang lelaki dari keluarga kita. 764 00:55:15,045 --> 00:55:18,575 Ayah, maruah lebih penting daripada nyawa kita? 765 00:55:18,645 --> 00:55:21,445 Maruah bagi golongan bangsawan lebih penting daripada nyawa. 766 00:55:21,825 --> 00:55:24,405 Jika Raja tak gering, ayah sendiri yang akan pergi. 767 00:55:24,605 --> 00:55:26,105 Jika ayah tinggalkan istana,... 768 00:55:26,905 --> 00:55:28,305 ...siapa tahu apa akan berlaku? 769 00:55:28,375 --> 00:55:30,075 Ayah tak boleh pergi walaupun ayah nak! 770 00:55:31,075 --> 00:55:32,345 Tiada siapa yang akan pergi! 771 00:55:32,705 --> 00:55:36,705 Bagi saya, nyawa kamu lebih penting daripada reputasi keluarga. 772 00:55:36,805 --> 00:55:39,275 Tiada siapa boleh pergi tanpa kebenaran saya! 773 00:56:07,805 --> 00:56:10,445 Ini tempat yang awak nak kita pergi bersama-sama? 774 00:56:11,645 --> 00:56:15,445 Ada sesuatu yang saya nak buat dengan awak di sini. 775 00:56:16,975 --> 00:56:20,905 Beritahulah saya apa yang awak nak buat dan apa yang awak mahu. 776 00:56:21,845 --> 00:56:23,675 Saya nak menunggang kuda. 777 00:56:23,875 --> 00:56:27,445 Dengan awak, seperti sebelum ini. 778 00:56:28,345 --> 00:56:31,045 Apa lagi? Itu saja? 779 00:56:39,345 --> 00:56:42,945 Saya, Seong Ja Hyeon, dan Putera Agung... 780 00:56:49,705 --> 00:56:51,205 Saya, Song Ja Hyeon... 781 00:56:51,605 --> 00:56:54,005 ...menerima Lee Hui, kekasih yang ditakdirkan untuk saya,... 782 00:56:54,105 --> 00:56:58,305 ...sebagai suami saya sehingga akhir hayat saya. 783 00:56:58,405 --> 00:57:02,275 Walaupun selepas kematian dan kelahiran semula... 784 00:57:03,975 --> 00:57:07,505 ...saya, Lee Hui, menerima Seong Ja Hyeon sebagai isteri saya. 785 00:57:08,375 --> 00:57:13,375 Saya bersumpah untuk mencintai dan menghargai dia sepenuh hati saya. 786 00:57:13,475 --> 00:57:16,805 Kami bersumpah di hadapan para dewa. 787 00:57:37,805 --> 00:57:39,845 Walaupun tiada siapa yang tahu,... 788 00:57:40,745 --> 00:57:44,445 ...tapi kini, kita dah jadi suami isteri. 789 00:57:45,605 --> 00:57:47,505 Sekarang, saya perlu tinggalkan awak... 790 00:57:47,805 --> 00:57:52,475 ...tapi setelah saya kembali, saya takkan tinggalkan awak lagi. 791 00:57:56,445 --> 00:57:58,475 Ketika matahari terbit atau terbenam,... 792 00:57:58,875 --> 00:58:01,775 ...apabila bulan bersinar atau bersembunyi di sebalik awan,... 793 00:58:02,275 --> 00:58:04,305 ...walaupun hujan turun atau angin bertiup,... 794 00:58:04,975 --> 00:58:09,305 ...saya akan sentiasa berada di sisi awak. 795 00:58:12,775 --> 00:58:15,445 Kita akan kongsi teh yang enak,... 796 00:58:15,705 --> 00:58:17,705 ...makan bersama... 797 00:58:18,075 --> 00:58:19,775 ...dan saya akan belajar minum. 798 00:58:21,945 --> 00:58:23,905 Kita akan menyaksikan bunga mekar... 799 00:58:24,005 --> 00:58:26,075 ...dan ketika musim sejuk, kita akan pergi meluncur. 800 00:58:26,805 --> 00:58:31,075 Kita akan bersama semasa suka atau duka. 801 00:58:55,375 --> 00:58:59,645 Jangan sesekali lupa yang saya menunggu awak. 802 00:59:50,545 --> 00:59:52,845 Tak mengapa. Ia kotor. 803 01:00:53,075 --> 01:00:54,345 Awak menakutkan saya! 804 01:00:58,645 --> 01:01:02,405 - Kkeut Dan. - Kenapa? Awak lapar? 805 01:01:03,175 --> 01:01:06,345 Awak nak snek lewat malam atau minuman? 806 01:01:06,445 --> 01:01:09,475 Awak tahu saya akan pergi esok? 807 01:01:09,575 --> 01:01:12,875 Sudah tentu, saya dengar awak akan menyertai ekspedisi. 808 01:01:13,745 --> 01:01:16,405 Memandangkan kita mungkin takkan dapat berjumpa lagi,... 809 01:01:16,505 --> 01:01:18,005 ...saya kumpulkan keberanian... 810 01:01:18,475 --> 01:01:20,145 Apa maksud awak, kita takkan jumpa lagi? 811 01:01:20,205 --> 01:01:22,545 Ini ekspedisi ke medan perang. 812 01:01:22,605 --> 01:01:24,675 Awak tahu tak betapa kejamnya orang gasar itu? 813 01:01:25,445 --> 01:01:27,145 Saya boleh mati! 814 01:01:28,445 --> 01:01:30,845 Awak takkan mati. 815 01:01:31,105 --> 01:01:35,705 Ya, saya takkan mati dengan mudah kerana saya berani dan kuat... 816 01:01:35,905 --> 01:01:40,745 ...tiada tiada apa yang pasti apabila melibatkan peperangan. 817 01:01:41,175 --> 01:01:42,905 - Tuan Muda. - Ya? 818 01:01:43,445 --> 01:01:47,405 Awak seorang yang pengecut. 819 01:01:47,505 --> 01:01:50,545 Apabila awak di sana, jangan pergi ke barisan hadapan. 820 01:01:50,875 --> 01:01:54,105 Sembunyi saja di belakang dan awak akan selamat. 821 01:01:58,705 --> 01:02:02,945 Tentu awak silap tentang saya. 822 01:02:03,045 --> 01:02:05,605 - Saya sangat berani! - Yalah! 823 01:02:05,675 --> 01:02:08,905 Tapi sesuatu mungkin berlaku pada awak jika awak keluar dari barisan. 824 01:02:09,345 --> 01:02:12,875 Duduk diam-diam di belakang dan pulang dengan selamat. 825 01:02:14,075 --> 01:02:17,805 Memandangkan saya akan pergi esok, saya nak beritahu awak sesuatu. 826 01:02:17,875 --> 01:02:20,405 Awak perlu bertolak pada waktu subuh... 827 01:02:20,475 --> 01:02:21,845 ...jadi cepatlah masuk berehat. 828 01:02:21,975 --> 01:02:25,705 Perjalanannya jauh jadi berehatlah baik-baik. 829 01:02:30,175 --> 01:02:32,005 Hei! Saya belum habis bercakap! 830 01:02:46,745 --> 01:02:48,705 Berikan kepada saya. Saya akan bantu awak. 831 01:02:48,775 --> 01:02:50,875 Tak, saya perlu buat sendiri. 832 01:02:50,945 --> 01:02:53,245 Kalau macam itu, ia tak akan siap hari ini! 833 01:02:53,305 --> 01:02:56,645 Dia akan bertolak esok. Awak nak dia pakai jaket separuh? 834 01:02:56,745 --> 01:03:01,005 Doa supaya dia pulang dengan selamat perlu dititipkan dalam setiap jahitan. 835 01:03:01,075 --> 01:03:02,845 Saya juga boleh buat begitu. 836 01:03:03,605 --> 01:03:05,745 Doa awak takkan sama seperti doa saya! 837 01:03:30,145 --> 01:03:32,275 Saya ingat kita akan jumpa semasa upacara perbarisan. 838 01:03:38,945 --> 01:03:40,575 Ini pedang nenda. 839 01:03:41,505 --> 01:03:43,265 Ia harta keluarga yang diberikan kepada saya. 840 01:03:44,345 --> 01:03:46,305 Saya mahu awak memilikinya. 841 01:03:47,805 --> 01:03:51,405 Pedang ini akan melindungi awak. 842 01:03:53,645 --> 01:03:55,775 Saya tinggalkan Raja dan bonda di bawah jagaan awak. 843 01:03:57,875 --> 01:03:58,905 Serta... 844 01:04:01,045 --> 01:04:02,305 ...anak saudara kita. 845 01:04:04,775 --> 01:04:07,805 Saya amanahkan kepada awak dan akan pulang dengan selamat. 846 01:04:09,105 --> 01:04:10,945 Saya yang sepatutnya pergi. 847 01:04:11,905 --> 01:04:13,075 Saya tahu. 848 01:04:14,905 --> 01:04:16,105 Awak tak bencikan saya? 849 01:04:17,845 --> 01:04:22,905 Kalau mereka hantar awak, saya pun akan risau. 850 01:04:23,875 --> 01:04:26,105 Kita keluarga, jadi ia sama saja untuk saya. 851 01:04:27,975 --> 01:04:31,305 Jika kita tidak dilahirkan dalam keluarga diraja... 852 01:04:32,905 --> 01:04:34,975 ...pasti kita dapat bergaul dengan baik. 853 01:04:35,545 --> 01:04:37,745 Kita masih boleh bergaul dengan baik... 854 01:04:39,505 --> 01:04:41,445 ...sekiranya awak hapuskan ketamakan awak. 855 01:05:40,045 --> 01:05:41,245 Awak dari keluarga mana? 856 01:05:41,745 --> 01:05:45,875 Saya dari kediaman jeneral ekspedisi ini, Putera Agung Yangan. 857 01:05:47,175 --> 01:05:48,975 Saya dari keluarga Ketua Pegawai Dekri Diraja. 858 01:05:49,275 --> 01:05:50,275 Apa? 859 01:06:14,245 --> 01:06:16,045 Putera Agung 860 01:06:16,205 --> 01:06:17,575 Dedahkan identiti awak. 861 01:06:17,945 --> 01:06:19,245 Awak perisik dari orang gasar? 862 01:06:19,305 --> 01:06:21,575 Atau awak askar yang meninggalkan tentera lain? 863 01:06:21,675 --> 01:06:23,705 Saya rasa Eunseong sembunyikan seorang wanita. 864 01:06:23,945 --> 01:06:25,405 Ada wanita dalam ekspedisi ini? 865 01:06:25,645 --> 01:06:27,175 Semuanya salah saya. 866 01:06:27,345 --> 01:06:29,445 Saya akan terima apa sahaja hukumannya. 867 01:06:29,575 --> 01:06:32,345 Bila seorang lelaki dapat memenangi hati wanita? 868 01:06:32,575 --> 01:06:34,375 Anak kesayangan kamu... 869 01:06:34,475 --> 01:06:37,645 Tolong jangan biarkan dia melalui masa depan yang sukar dan sukar diramal. 870 01:06:37,805 --> 01:06:39,405 Rundingan dengan orang gasar? 871 01:06:39,605 --> 01:06:40,645 Jadi... 872 01:06:41,005 --> 01:06:42,305 ...boleh kamu lakukannya? 873 01:06:58,345 --> 01:07:01,005 Putera Agung