1
00:01:09,089 --> 00:01:10,549
Mare?
2
00:01:10,632 --> 00:01:12,718
Mare, kamu balik awal hari ini...
3
00:01:12,801 --> 00:01:14,553
atau kerja lebih masa?
4
00:01:15,262 --> 00:01:17,932
Ya, saya balik awal hari ini.
5
00:01:18,015 --> 00:01:20,893
Okey, mak akan panggang ayam.
6
00:01:20,977 --> 00:01:22,979
Drew, ucap selamat jalan
kepada nenek kamu.
7
00:01:23,062 --> 00:01:25,565
- Selamat jalan, nenek!
- Okey, jumpa nanti!
8
00:01:30,862 --> 00:01:32,364
Jumpa nanti, mak.
9
00:02:34,721 --> 00:02:36,014
Dalam kenangan
Detektif Edward Fahey
10
00:02:36,098 --> 00:02:37,391
Suami Helen, bapa Marianne,
pelindung sejati
11
00:02:37,474 --> 00:02:38,892
Ambillah.
12
00:02:39,518 --> 00:02:41,812
Kalau saya minta lagi,
halau saya.
13
00:02:44,440 --> 00:02:46,650
Awak dah beritahu keluarga awak?
14
00:02:48,319 --> 00:02:49,779
Perlukah saya beritahu?
15
00:02:51,405 --> 00:02:55,118
Awak boleh pura-pura
pergi kerja setiap hari.
16
00:03:00,665 --> 00:03:02,292
Ketua suruh saya...
17
00:03:02,584 --> 00:03:07,589
jumpa pakar terapi kemurungan
semasa saya digantung kerja.
18
00:03:09,633 --> 00:03:12,052
Saya tahu bukan itu yang awak mahu.
19
00:03:12,136 --> 00:03:15,472
Tapi mungkin elok juga awak berehat.
20
00:03:16,891 --> 00:03:19,060
Katie Bailey, Erin.
21
00:03:23,147 --> 00:03:25,274
Keluarga awak risaukan awak.
22
00:03:28,027 --> 00:03:30,196
Awak dah jarang berbual.
23
00:03:30,989 --> 00:03:34,284
- Awak tak sebut tentang dia...
- Anak saya bunuh diri, Lor.
24
00:03:35,035 --> 00:03:38,205
Maaflah kalau saya dah tak ceria.
25
00:03:38,914 --> 00:03:42,668
Sebenarnya, awak tak pernah ceria.
26
00:03:49,091 --> 00:03:51,302
Awak jauhkan diri
daripada semua orang.
27
00:03:53,513 --> 00:03:55,014
Termasuk awak?
28
00:03:57,183 --> 00:03:58,726
Saya takkan benarkan.
29
00:04:18,789 --> 00:04:20,875
Ini dia,
dua sudu krim tanpa gula.
30
00:04:25,254 --> 00:04:26,381
Selamat pagi, tuan.
31
00:04:27,590 --> 00:04:28,842
Hauser.
32
00:04:28,925 --> 00:04:30,927
- Apa awak buat di sini?
- Selamat pagi, Zabel.
33
00:04:31,011 --> 00:04:32,178
Tutup pintu.
34
00:04:37,434 --> 00:04:40,020
Apa yang dah berlaku?
Di mana Mare?
35
00:04:40,229 --> 00:04:43,023
Dia berehat sebentar
daripada kes McMenamin.
36
00:04:43,107 --> 00:04:45,025
Dia perlu masa
untuk uruskan hal peribadi.
37
00:04:45,484 --> 00:04:47,528
Awak akan mengetuai kes ini.
38
00:04:47,611 --> 00:04:49,322
Detektif Hauser akan bantu awak.
39
00:04:50,489 --> 00:04:52,533
Keputusan DNA dah keluar pagi ini.
40
00:04:53,367 --> 00:04:55,578
Frank Sheehan bukan ayah bayi itu.
41
00:04:56,162 --> 00:04:58,081
Dylan Hinchey juga bukan.
42
00:04:59,958 --> 00:05:02,335
- Ayahnya pasti orang lain.
- Tentulah.
43
00:05:06,256 --> 00:05:09,301
Kalau perlu apa-apa,
saya ada di pejabat saya.
44
00:05:11,887 --> 00:05:13,514
Itu untuk saya?
45
00:05:15,933 --> 00:05:18,018
Ya, ambillah.
46
00:05:19,353 --> 00:05:20,813
Ada kopi susu?
47
00:05:22,774 --> 00:05:25,193
Dapur di sebelah sana.
48
00:05:35,954 --> 00:05:37,581
Arnab dan adiknya...
49
00:05:37,664 --> 00:05:39,249
Oh, Tuhan.
50
00:05:39,333 --> 00:05:40,542
- Hidung besar.
- Oh, Tuhan.
51
00:05:40,626 --> 00:05:41,668
Dua kaki.
52
00:05:41,752 --> 00:05:43,629
1, 2, 3, 4, 5, 6,
7, 8, 9, 10 jari kaki.
53
00:05:43,712 --> 00:05:45,464
Kenapa mak dan ayah layan dia begitu?
54
00:05:48,300 --> 00:05:49,552
Layan dia macam mana?
55
00:05:50,094 --> 00:05:51,971
Cium, peluk dia,
ketawa dengan dia.
56
00:05:52,054 --> 00:05:53,389
Dia bukannya keturunan kita.
57
00:05:53,473 --> 00:05:55,183
- Bukannya salah dia, D.
- Dia masih kecil.
58
00:05:55,266 --> 00:05:56,643
Kita kena jaga dia.
59
00:05:57,685 --> 00:05:58,728
Bawa dia keluar dari sini.
60
00:05:58,812 --> 00:06:00,855
- D, bawa bertenang.
- Dylan, berhenti.
61
00:06:01,314 --> 00:06:02,899
- Bawa dia keluar!
- Dylan.
62
00:06:02,983 --> 00:06:04,484
Keluar!
63
00:06:08,322 --> 00:06:09,948
Mari, sayang.
64
00:06:16,664 --> 00:06:18,541
Makan sayur kamu.
65
00:06:20,167 --> 00:06:22,378
Saya tak suka brokoli, nenek.
66
00:06:22,462 --> 00:06:25,048
Mak kamu suka brokoli.
67
00:06:25,131 --> 00:06:27,842
Nenek kata dia akan jadi brokoli
kalau tak makan sayur.
68
00:06:27,926 --> 00:06:29,511
Jadi dia makan banyak brokoli.
69
00:06:30,178 --> 00:06:33,640
Brokoli hijau yang besar.
70
00:06:42,107 --> 00:06:44,818
- Helo?
- Awak rindu anak awak, Dawn?
71
00:06:44,902 --> 00:06:46,487
Sebab Katie rindukan awak.
72
00:06:47,530 --> 00:06:48,906
Awak dengar?
73
00:06:48,990 --> 00:06:51,075
Awak siapa?
Kenapa telefon saya?
74
00:06:51,158 --> 00:06:54,120
Saya nak beritahu awak
yang Katie dah sedia untuk pulang.
75
00:06:54,871 --> 00:06:57,332
Kalau Katie ada di situ,
saya nak cakap dengan dia.
76
00:06:57,415 --> 00:06:58,583
Tak boleh, Dawn.
77
00:06:58,666 --> 00:07:00,335
Saya tak percayakan awak,
kalau Katie ada dengan awak...
78
00:07:00,418 --> 00:07:02,796
- buktikan yang dia masih hidup.
- 5,000 dolar.
79
00:07:02,879 --> 00:07:04,631
Saya tiada 5,000 dolar.
80
00:07:04,714 --> 00:07:05,882
Katie perlukan awak, Dawn.
81
00:07:05,966 --> 00:07:08,385
Nanti dulu.
Jangan letak, tolonglah.
82
00:07:08,468 --> 00:07:10,053
- Nanti saya telefon lagi.
- Helo?
83
00:07:11,889 --> 00:07:13,182
Helo?
84
00:07:33,328 --> 00:07:35,080
- Hei.
- Hei.
85
00:07:35,455 --> 00:07:36,957
Kita ada mesyuarat keluarga.
86
00:07:37,040 --> 00:07:38,208
Apa?
87
00:07:39,042 --> 00:07:40,252
Drew.
88
00:07:41,295 --> 00:07:42,630
Nah.
89
00:07:43,422 --> 00:07:44,715
iPad nenek.
90
00:07:44,798 --> 00:07:47,426
Bawa ke bilik kamu,
mainlah permainan, okey?
91
00:07:47,510 --> 00:07:49,971
Tutup pintu.
92
00:07:50,054 --> 00:07:51,180
- Mak.
- Ya.
93
00:07:51,264 --> 00:07:52,640
Kita ada mesyuarat keluarga.
94
00:07:54,225 --> 00:07:56,311
Mesyuarat keluarga apa pula?
95
00:07:56,394 --> 00:07:59,481
Mesyuarat keluarga
di ruang makan, okey?
96
00:08:12,286 --> 00:08:15,956
Saya curi dua paket heroin
dari bilik bahan bukti di pejabat...
97
00:08:16,040 --> 00:08:17,750
dan saya letakkannya
di dalam kereta Carrie...
98
00:08:18,584 --> 00:08:22,088
dengan harapan dia ditahan
sebab memiliki dadah.
99
00:08:24,757 --> 00:08:28,845
Tapi sebaliknya pula yang berlaku.
Ketua saya tahu itu perbuatan saya.
100
00:08:28,928 --> 00:08:31,514
Jadi saya digantung kerja.
101
00:08:33,850 --> 00:08:35,978
Oh Tuhan, Marianne.
102
00:08:36,478 --> 00:08:38,480
Mak tak tahu apa nak cakap.
103
00:08:40,941 --> 00:08:42,318
Sekejap, mak dah tahu.
104
00:08:42,401 --> 00:08:43,944
Kamu memang dungu!
105
00:08:44,945 --> 00:08:46,447
Dungu betul!
106
00:08:47,114 --> 00:08:50,117
Teruk betul perangai kamu!
107
00:08:54,539 --> 00:08:56,791
- Terima kasih, mak.
- Carrie tahu kamu yang buat?
108
00:08:57,750 --> 00:09:00,337
- Dia tak boleh membuktikannya.
- Mujurlah.
109
00:09:00,420 --> 00:09:02,422
Kalau tak,
kita akan kehilangan Drew.
110
00:09:10,514 --> 00:09:11,932
Nak cakap apa-apa?
111
00:09:13,100 --> 00:09:15,895
Nenek dah cakap semuanya.
112
00:09:17,605 --> 00:09:19,440
Tapi memandangkan
kita sedang berkongsi cerita...
113
00:09:19,774 --> 00:09:21,776
saya dah berpisah dengan Becca tadi.
114
00:09:23,569 --> 00:09:25,822
Kamu ada orang lain?
115
00:09:26,990 --> 00:09:30,410
Tak, cuma kami dah tak sehaluan.
116
00:09:31,369 --> 00:09:32,829
Mak bersimpati.
117
00:09:36,416 --> 00:09:38,710
Mak nak cakap apa lagi?
118
00:09:38,877 --> 00:09:42,172
Macam ada sesuatu
yang mak nak katakan.
119
00:09:42,256 --> 00:09:43,382
Tiada.
120
00:09:43,799 --> 00:09:46,635
Cuma terfikir apa nak buat terperuk
di rumah seharian dengan kamu.
121
00:10:00,025 --> 00:10:01,234
Dr. Graham?
122
00:10:02,486 --> 00:10:04,029
- Mare Sheehan.
- Hai.
123
00:10:06,198 --> 00:10:08,534
Mesti doktor ada ramai pesakit polis.
124
00:10:08,617 --> 00:10:10,869
Saya ada pesakit polis
dalam beberapa tahun ini.
125
00:10:10,953 --> 00:10:12,037
Kes yang sukar?
126
00:10:12,121 --> 00:10:16,167
Mereka tak mahu berada di sini.
Mereka rasa tak perlu dibantu.
127
00:10:16,417 --> 00:10:19,545
- Tapi kebanyakannya...
- Saya cuma nak cakap...
128
00:10:19,629 --> 00:10:20,838
doktor tak perlu risau hal itu
dengan saya.
129
00:10:20,922 --> 00:10:22,840
Saya akan sentiasa datang
tepat pada masanya.
130
00:10:22,924 --> 00:10:24,759
Baguslah begitu.
131
00:10:24,842 --> 00:10:27,637
- Awak datang awal sebenarnya.
- Macam mana prosesnya?
132
00:10:27,720 --> 00:10:31,224
Saya datang,
kita berbual tentang masalah...
133
00:10:31,308 --> 00:10:33,685
doktor hantar laporan kepada jabatan
menyatakan saya beri kerjasama.
134
00:10:33,769 --> 00:10:35,729
Selepas beberapa minggu,
kita dah selesai?
135
00:10:36,647 --> 00:10:38,357
Begitulah, lebih kurang.
136
00:10:38,440 --> 00:10:40,943
Okey. Cuma...
137
00:10:41,860 --> 00:10:43,904
sebelum kita mulakan...
138
00:10:45,072 --> 00:10:47,450
saya tak mahu
doktor rasa terkilan pula.
139
00:10:48,868 --> 00:10:50,161
Terkilan?
140
00:10:50,244 --> 00:10:53,915
Terkilan kalau tiada hasil
yang memberangsangkan.
141
00:10:53,998 --> 00:10:56,167
Masalahnya bukan pada doktor.
Tapi saya dah pernah jalani terapi.
142
00:10:56,251 --> 00:10:58,503
Saya dan suami pernah jumpa
kaunselor perkahwinan.
143
00:10:58,586 --> 00:11:00,338
Macam mana hasilnya?
144
00:11:00,797 --> 00:11:02,090
Kami bercerai.
145
00:11:04,134 --> 00:11:06,428
Itulah maksud saya.
146
00:11:06,845 --> 00:11:09,139
Saya faham...
147
00:11:09,223 --> 00:11:11,767
perkara ini boleh membantu
sesetengah orang.
148
00:11:11,850 --> 00:11:14,854
Ada seorang polis tak guna
pernah kerja dengan saya, Sweeney.
149
00:11:14,937 --> 00:11:19,066
Dia sedang meronda pada satu malam.
150
00:11:19,150 --> 00:11:22,779
Tapi dia terlanggar seorang wanita
hingga wanita itu terbunuh.
151
00:11:23,071 --> 00:11:24,280
Kejadian itu amat menjejaskan dia.
152
00:11:24,364 --> 00:11:26,783
Jadi dia jumpa pakar terapi
dua bulan kemudian.
153
00:11:27,367 --> 00:11:30,036
Dia berhenti kerja,
bela anjing...
154
00:11:30,120 --> 00:11:32,455
peluk isterinya sepanjang masa.
155
00:11:32,539 --> 00:11:35,250
Sekarang, dia jadi pemandu taman
di Valley Forge.
156
00:11:35,334 --> 00:11:37,002
Dia sangat gembira.
157
00:11:39,421 --> 00:11:42,675
Cuma sayalah masalahnya.
158
00:11:44,510 --> 00:11:45,886
Belum okey lagi.
159
00:11:46,262 --> 00:11:47,430
Ya.
160
00:11:48,347 --> 00:11:49,640
Betul.
161
00:11:51,392 --> 00:11:55,522
Saya cuma nak doktor tahu...
162
00:11:55,605 --> 00:11:57,899
supaya doktor tak kecewa...
163
00:11:57,982 --> 00:12:01,653
kalau tiada hasil yang hebat.
164
00:12:02,529 --> 00:12:03,905
Faham.
165
00:12:04,948 --> 00:12:06,408
Apa kata kita cuba dulu?
166
00:12:12,998 --> 00:12:14,542
Rawatan bermula.
167
00:12:27,305 --> 00:12:28,431
Paderi Mark.
168
00:12:28,515 --> 00:12:30,475
- Detektif Zabel.
- Helo.
169
00:12:30,559 --> 00:12:31,852
Hai.
170
00:12:32,269 --> 00:12:34,438
Saya cuba hubungi awak
beberapa hari ini.
171
00:12:34,604 --> 00:12:35,981
Awak dapat pesanan suara saya?
172
00:12:36,064 --> 00:12:37,107
Saya ada dapat.
173
00:12:37,191 --> 00:12:39,234
Maaflah, sibuk sikit di gereja.
174
00:12:39,318 --> 00:12:41,028
Saya fikir awak nak mengelak
daripada saya.
175
00:12:42,112 --> 00:12:43,447
Bukan begitu?
176
00:12:45,449 --> 00:12:47,201
Boleh saya bantu, detektif?
177
00:12:47,910 --> 00:12:51,497
Saya cuma nak tanya
beberapa soalan...
178
00:12:51,748 --> 00:12:54,584
tentang sebab awak dipindahkan
ke St. Michael.
179
00:12:55,919 --> 00:12:57,962
Maaf, saya tak boleh bantu.
180
00:12:58,046 --> 00:13:01,842
Semua pemindahan paderi Augustin
diuruskan oleh pejabat wilayah.
181
00:13:01,925 --> 00:13:04,720
Lebih spesifik lagi,
tentang aduan salah laku seksual...
182
00:13:04,803 --> 00:13:06,388
yang difailkan ke atas awak
di kariah sebelum ini...
183
00:13:06,471 --> 00:13:09,266
oleh ibu bapa kepada gadis
berusia 14 tahun.
184
00:13:09,349 --> 00:13:11,393
Saya diarahkan oleh ketua biskop...
185
00:13:11,477 --> 00:13:13,395
supaya tak bercakap tentang kes itu.
186
00:13:14,688 --> 00:13:17,775
Paderi, saya seorang Katolik.
Saya cuba menyebelahi awak.
187
00:13:17,858 --> 00:13:20,611
Tapi awak faham
keadaan saya, bukan?
188
00:13:20,695 --> 00:13:22,113
Orang terakhir...
189
00:13:22,196 --> 00:13:23,948
yang bercakap dengan Erin McMenamin
pada malam dia dibunuh...
190
00:13:24,032 --> 00:13:26,576
berkemungkinan ada hubungan
sumbang mahram dengan gadis lain.
191
00:13:26,659 --> 00:13:28,995
Ketua biskop
dah siasat insiden itu...
192
00:13:29,079 --> 00:13:30,580
dan dia percaya
tiada apa-apa yang berlaku.
193
00:13:31,373 --> 00:13:32,457
Tiada apa-apa.
194
00:13:34,167 --> 00:13:35,544
Apa yang saya patut percaya?
195
00:13:40,174 --> 00:13:42,176
Awak kena sahihkan cerita awak, Mark.
196
00:13:42,718 --> 00:13:44,053
Kalau saya dapat maklumat
tentang masa silam awak...
197
00:13:44,136 --> 00:13:46,180
tak lama selepas itu,
semua orang di sini pun akan tahu.
198
00:13:47,181 --> 00:13:48,474
Terima kasih.
199
00:14:00,654 --> 00:14:03,532
Saya ambil masa untuk sedar hal ini.
200
00:14:03,615 --> 00:14:07,286
Hakikatnya, mungkin saya
bukanlah penulis yang bagus.
201
00:14:08,287 --> 00:14:09,788
Saya pun cuma ada satu buku saja.
202
00:14:09,872 --> 00:14:12,333
Tapi saya tak kisah.
203
00:14:12,917 --> 00:14:14,752
Sekurang-kurangnya,
awak dah dapat peluang.
204
00:14:14,835 --> 00:14:16,754
Kebanyakan orang tak dapat.
205
00:14:16,837 --> 00:14:18,840
Awak pun dapat peluang itu,
Lady Hawk.
206
00:14:19,882 --> 00:14:21,342
Awak suka jadi cikgu?
207
00:14:23,219 --> 00:14:25,013
Saya dah suka sekarang.
208
00:14:26,181 --> 00:14:29,768
Dulu saya anggap mengajar
sebagai sesuatu yang kita buat...
209
00:14:29,851 --> 00:14:32,104
kalau kita tak dapat capai
apa yang kita mahu.
210
00:14:32,187 --> 00:14:36,441
Ia mengingatkan saya yang
hidup saya makin membosankan.
211
00:14:37,317 --> 00:14:38,652
Bertuahnya saya.
212
00:14:38,736 --> 00:14:40,988
Nasib kita serupa.
213
00:14:42,740 --> 00:14:44,408
Awak dah jumpa mak Drew?
214
00:14:45,034 --> 00:14:46,827
Dah.
215
00:14:46,911 --> 00:14:48,913
Jadi? Macam mana?
216
00:14:50,373 --> 00:14:53,209
Tak berakhir dengan baik.
217
00:14:53,293 --> 00:14:55,086
Oh Tuhan, saya bersimpati.
218
00:14:55,170 --> 00:14:56,838
Apa dah jadi?
219
00:14:56,921 --> 00:15:00,508
Saya buat masalah.
220
00:15:01,092 --> 00:15:02,844
Dia...
221
00:15:07,391 --> 00:15:10,811
Macam mana dengan Frank?
Dia boleh cakap dengan mak Drew?
222
00:15:12,271 --> 00:15:13,731
Tak, dia menyebelahi mak Drew.
223
00:15:16,776 --> 00:15:18,486
Awak pernah berehat?
224
00:15:21,906 --> 00:15:25,577
Maksud saya, awak pernah
luang masa untuk diri sendiri?
225
00:15:25,660 --> 00:15:27,412
Awak nak cakap
yang saya nampak letih?
226
00:15:27,495 --> 00:15:32,125
Tak, tapi awak nampak macam
menanggung beban yang besar.
227
00:15:32,209 --> 00:15:36,171
Saya tak pasti kalau ada orang
yang layan awak dengan baik.
228
00:15:39,883 --> 00:15:43,554
Dengar sini,
hari Sabtu ini hari jadi saya.
229
00:15:43,637 --> 00:15:47,934
Saya bukan nak minta hadiah,
tapi boleh saya bawa awak keluar?
230
00:15:50,561 --> 00:15:51,854
Keluar ke mana?
231
00:15:52,563 --> 00:15:54,566
Belum tahu lagi,
tapi saya akan fikirkannya...
232
00:15:54,649 --> 00:15:58,236
dan beri kejutan kepada awak
waktu jemput awak pukul 7 nanti.
233
00:16:15,963 --> 00:16:18,257
Ada orang telefon saya.
234
00:16:19,175 --> 00:16:23,054
Dia kata Katie masih hidup
dan dia tahu Katie di mana.
235
00:16:23,263 --> 00:16:24,889
Oh Tuhan,
apa dia kata lagi?
236
00:16:26,725 --> 00:16:30,061
Kalau saya nak tahu tempatnya,
saya kena beri 5,000 dolar.
237
00:16:30,353 --> 00:16:31,855
Okey, itu tipu saja.
238
00:16:32,272 --> 00:16:34,942
Saya tak sedap hati.
Awak kena beritahu Mare.
239
00:16:35,025 --> 00:16:36,652
- Ya.
- Ya.
240
00:16:37,069 --> 00:16:38,695
Betul, saya patut beritahu.
241
00:16:40,614 --> 00:16:42,449
Tapi Mare dah tak kerja lagi.
242
00:16:42,783 --> 00:16:44,452
- Apa?
- Ya.
243
00:16:44,535 --> 00:16:46,829
Saya terserempak
dengan Jan Kelly di Kmart.
244
00:16:47,371 --> 00:16:50,416
Jan kata dia alami kemurungan.
245
00:16:51,626 --> 00:16:54,963
Sebab masalah keluarga
dan perceraiannya.
246
00:16:55,922 --> 00:16:57,215
Kevin?
247
00:16:57,841 --> 00:16:59,092
Entahlah.
248
00:16:59,342 --> 00:17:01,845
Saya rasa mungkin saya
antara puncanya dia jadi begitu.
249
00:17:01,928 --> 00:17:04,723
Taklah, awak cuma buat
seperti apa yang mak lain buat.
250
00:17:06,141 --> 00:17:07,309
Awak tak salah.
251
00:17:10,354 --> 00:17:11,856
Hei, Dawn.
252
00:17:11,939 --> 00:17:13,274
Hei, Freddie.
253
00:17:19,614 --> 00:17:21,532
Awak tak beritahu saya
dia tinggal di sini.
254
00:17:22,200 --> 00:17:26,996
Ya, dia tidur di tingkat bawah tanah
sejak beberapa hari lalu.
255
00:17:29,916 --> 00:17:31,626
Dia terlebih dos Jumaat tempoh hari.
256
00:17:32,127 --> 00:17:34,129
Di depan Kedai Makan DeSanto.
257
00:17:34,630 --> 00:17:38,258
Polis datang bawa Narcan
dan selamatkan nyawa dia.
258
00:17:38,675 --> 00:17:40,636
Oh Tuhan,
kenapa awak tak beritahu saya?
259
00:17:40,719 --> 00:17:42,721
Awak dah ada banyak masalah.
260
00:17:44,056 --> 00:17:46,559
Tak apa.
261
00:17:46,642 --> 00:17:47,727
Dia okey.
262
00:17:47,810 --> 00:17:50,229
- Cuma...
- Bethy, cakaplah.
263
00:17:51,981 --> 00:17:53,274
Okey.
264
00:17:54,943 --> 00:17:56,486
Terrence tak...
265
00:17:58,989 --> 00:18:00,323
Saya rasa dia...
266
00:18:03,410 --> 00:18:06,121
Masalah ini menjejaskan
perkahwinan kami.
267
00:18:07,831 --> 00:18:10,918
Entahlah, dia adik saya.
Saya rasa...
268
00:18:11,001 --> 00:18:14,338
kalau dia dengan saya,
saya tahu dia tak merayau.
269
00:18:23,598 --> 00:18:25,225
Tak apa, saya okey.
270
00:18:25,308 --> 00:18:28,311
Maaf, saya tak boleh
menangis sekarang.
271
00:18:30,522 --> 00:18:31,982
Makan malam dah siap.
272
00:18:33,400 --> 00:18:36,069
Ini kali pertama kita tidur bersama!
273
00:18:40,199 --> 00:18:44,036
Satu, dua, tiga, lihat!
274
00:18:45,162 --> 00:18:46,372
Macam mana?
275
00:18:46,622 --> 00:18:48,166
Boleh tahan, bukan?
276
00:18:48,249 --> 00:18:49,751
- Ya.
- Buat masa ini.
277
00:18:50,543 --> 00:18:52,128
- Nak pergi tengok tilam kamu?
- Ya.
278
00:18:52,211 --> 00:18:53,338
Mari.
279
00:18:57,634 --> 00:18:59,553
Mak ada belikan projektor.
280
00:18:59,886 --> 00:19:02,305
Untuk bintang kamu.
Kamu suka?
281
00:19:15,152 --> 00:19:17,280
Mak sangat gembira kamu di sini.
282
00:19:18,656 --> 00:19:20,033
- Kamu lapar?
- Ya.
283
00:19:20,116 --> 00:19:21,659
Nak makan piza?
284
00:19:22,035 --> 00:19:24,537
Piza!
285
00:19:25,705 --> 00:19:28,041
Kamu masih suka piza, bukan?
286
00:19:28,124 --> 00:19:29,960
- Suka.
- Baik.
287
00:19:31,211 --> 00:19:32,379
Mari kita lihat.
288
00:19:45,476 --> 00:19:48,020
Semalam hari jadi DJ
yang pertama.
289
00:19:48,104 --> 00:19:52,066
Saya sedang baca jurnal lama.
290
00:19:52,150 --> 00:19:55,445
Saya baca semula jurnal saya
yang ditulis tahun lalu.
291
00:19:55,528 --> 00:19:57,405
Tarikh lahir
Instagram, Jurnal
292
00:19:57,489 --> 00:20:01,660
Saya sentiasa rasa penat dan letih.
293
00:20:03,662 --> 00:20:05,414
Ada beberapa malam yang saya rasa...
294
00:20:05,497 --> 00:20:08,083
macam saya seorang mak yang teruk.
295
00:20:08,167 --> 00:20:12,421
Saya mahu dia ada hidup yang baik
dan saya cuba berikannya.
296
00:20:12,505 --> 00:20:15,466
Saya cuma mahu beri dia
segala-galanya.
297
00:20:15,549 --> 00:20:17,468
Saya...
298
00:20:20,805 --> 00:20:21,889
Saya dah kunci.
299
00:20:23,975 --> 00:20:25,852
- Kevin, buka pintu ini!
- Saya nak lihat...
300
00:20:25,935 --> 00:20:27,479
kalau mak ada duit,
mak kata tiada.
301
00:20:27,562 --> 00:20:29,105
- Saya nak periksa kalau mak tipu.
- Buka pintu inilah!
302
00:20:29,189 --> 00:20:30,524
Jangan beli dadah dengan duit mak!
303
00:20:30,607 --> 00:20:34,570
Lihatlah! Saya dah agak,
mak memang penipu.
304
00:20:34,778 --> 00:20:36,864
- Alamak.
- Kunci!
305
00:20:36,947 --> 00:20:38,991
- Kunci.
- Tak guna!
306
00:20:39,909 --> 00:20:42,453
- Apa masalah mak?
- Beri kepada mak!
307
00:20:42,578 --> 00:20:45,998
- Beri balik dompet mak!
- Pergi, lari!
308
00:20:46,082 --> 00:20:47,917
- Jangan sentuh saya!
- Kevin, berhenti!
309
00:20:48,000 --> 00:20:50,002
- Apa masalah mak?
- Tolonglah!
310
00:20:50,086 --> 00:20:52,297
Hentikan, Kevin!
311
00:20:52,380 --> 00:20:55,216
- Berhenti!
- Saya benci mak!
312
00:20:55,675 --> 00:20:57,052
Saya sangat benci mak!
313
00:21:05,811 --> 00:21:08,230
Perempuan dungu tak guna.
314
00:21:21,661 --> 00:21:22,871
Hei.
315
00:21:24,330 --> 00:21:25,749
Dia tak boleh tidur.
316
00:21:26,666 --> 00:21:28,043
Dia kata dia rindu penyunya.
317
00:21:28,752 --> 00:21:30,837
Hei. Hai.
318
00:21:31,797 --> 00:21:33,674
- Kamu tak apa-apa?
- Ya.
319
00:21:33,757 --> 00:21:35,843
- Kamu okey?
- Ya.
320
00:21:35,926 --> 00:21:37,136
Okey.
321
00:21:37,302 --> 00:21:40,389
Pergi masuk tidur, okey?
Budak baik.
322
00:21:45,686 --> 00:21:46,854
Terima kasih.
323
00:21:47,146 --> 00:21:48,481
Saya tahu awak yang buat.
324
00:21:50,400 --> 00:21:51,609
Dadah itu.
325
00:21:52,652 --> 00:21:54,195
Saya tak faham.
326
00:21:56,239 --> 00:21:59,201
Saya betul-betul berusaha
untuk membaiki hidup saya.
327
00:22:01,411 --> 00:22:02,829
Jadi hentikanlah.
328
00:22:04,373 --> 00:22:05,958
Tolong hentikan.
329
00:22:21,766 --> 00:22:22,934
Mak?
330
00:22:25,061 --> 00:22:26,354
Mak?
331
00:22:27,647 --> 00:22:28,940
Mak!
332
00:22:31,735 --> 00:22:33,278
Tolonglah!
333
00:23:53,321 --> 00:23:54,864
Saya tak suka cuaca sejuk.
334
00:23:55,490 --> 00:23:58,743
Saya sangat bencikannya.
335
00:24:01,872 --> 00:24:04,416
Saya fikir
semua cuaca sejuk sama saja...
336
00:24:04,500 --> 00:24:07,127
sehinggalah saya ke Disney World
semasa saya 10 tahun.
337
00:24:08,379 --> 00:24:10,506
Saya sangat terkejut.
338
00:24:11,423 --> 00:24:14,510
Rupanya, ada tempat
yang takkan pernah sejuk.
339
00:24:18,264 --> 00:24:19,641
Saya dan adik saya...
340
00:24:20,141 --> 00:24:22,227
main permainan Space Mountain...
341
00:24:22,310 --> 00:24:24,521
hampir 10 kali.
342
00:24:25,230 --> 00:24:29,317
Kami naik, turun,
beratur untuk naik lagi.
343
00:24:30,026 --> 00:24:32,779
Naik, turun, beratur lagi.
344
00:24:32,863 --> 00:24:34,198
Ayah saya kata...
345
00:24:34,281 --> 00:24:38,452
"Ayah tak bayar wang masuk
untuk kamu main satu permainan saja.
346
00:24:38,535 --> 00:24:39,912
Pergi main permainan lain."
347
00:24:44,125 --> 00:24:46,085
Dia betul-betul marah.
348
00:25:10,277 --> 00:25:12,113
Ini kali pertama awak?
349
00:25:19,078 --> 00:25:21,873
Dah tiga hari berlalu
sejak Missy hilang.
350
00:25:21,956 --> 00:25:24,542
Dia keluar dari rumah Khamis malam
sekitar pukul 7...
351
00:25:24,626 --> 00:25:26,503
dan kami tak dengar khabar dia
sejak itu.
352
00:25:27,212 --> 00:25:30,841
Kami mohon
sesiapa yang ada maklumat...
353
00:25:30,924 --> 00:25:33,176
sila tampil ke depan...
354
00:25:34,761 --> 00:25:36,388
supaya dia boleh pulang.
355
00:25:37,056 --> 00:25:39,934
Berita 9 menyediakan talian
untuk sesiapa yang ada maklumat...
356
00:25:40,017 --> 00:25:42,895
tentang kehilangan Missy Sager
atau Katie Bailey.
357
00:25:42,978 --> 00:25:44,689
Kalau anda ada...
358
00:25:47,567 --> 00:25:49,527
Mungkin pembunuh bersiri.
359
00:25:49,736 --> 00:25:51,112
Oh Tuhan, mak.
360
00:25:52,238 --> 00:25:54,949
Sebab dah ada gadis ketiga, Mare.
361
00:25:57,536 --> 00:25:58,829
Mak cuma cakap saja.
362
00:26:03,834 --> 00:26:05,544
- Mare, boleh kamu...
- Jangan cakap, mak.
363
00:26:05,627 --> 00:26:07,630
- Jangan.
- Jangan cakap apa?
364
00:26:07,713 --> 00:26:10,591
Jangan cuba halang saya
daripada keluar buat kerja, okey?
365
00:26:10,674 --> 00:26:12,134
- Mare.
- Sebelum mak kata...
366
00:26:12,218 --> 00:26:13,469
ini idea yang buruk...
367
00:26:13,552 --> 00:26:16,180
pernahkah saya dengar cakap mak?
368
00:26:17,473 --> 00:26:19,684
Mak cuma nak minta kamu keluarkan
bertih jagung dari ketuhar...
369
00:26:19,767 --> 00:26:20,977
sebelum kamu keluar.
370
00:26:28,693 --> 00:26:29,861
Panas.
371
00:26:37,911 --> 00:26:41,040
Mak terjumpa Susan Foster
di kedai perkakasan.
372
00:26:41,415 --> 00:26:43,209
Dah beberapa bulan kami tak jumpa.
373
00:26:43,292 --> 00:26:44,418
Detektif polis diberi anugerah
menyelesaikan kes sukar
374
00:26:44,502 --> 00:26:48,214
Dia kata dia ada terbaca artikel
tentang kamu.
375
00:26:48,297 --> 00:26:49,382
Yakah?
376
00:26:49,507 --> 00:26:53,511
Anak sulung dia tinggal
di Easttown sekarang.
377
00:26:53,595 --> 00:26:55,680
Mak beritahu dia,
kamu ditugaskan ke sini...
378
00:26:55,764 --> 00:26:58,099
untuk bantu selesaikan
kes gadis yang dibunuh...
379
00:26:58,183 --> 00:26:59,976
di Creedham Creek.
380
00:27:00,060 --> 00:27:02,396
Anak dia fikir
ini perkara yang baik.
381
00:27:02,479 --> 00:27:07,067
- Yakah?
- Rupanya, tahun lepas pun ada juga.
382
00:27:07,151 --> 00:27:09,320
- Katie Bailey.
- Ya.
383
00:27:09,403 --> 00:27:13,532
Semua orang tak setuju
dengan cara polis uruskan kes itu.
384
00:27:15,284 --> 00:27:18,037
Saya rasa mereka tak tahu
betapa sukarnya kes itu.
385
00:27:18,454 --> 00:27:19,914
Mare ialah detektif yang bagus.
386
00:27:20,623 --> 00:27:22,834
Dia yang digantung kerja
baru-baru ini?
387
00:27:23,626 --> 00:27:24,794
Ya.
388
00:27:25,837 --> 00:27:30,384
Nampaknya dia mungkin
cuma perasan bagus.
389
00:27:31,093 --> 00:27:32,719
Mereka bertuah ada kamu.
390
00:27:38,767 --> 00:27:40,019
Rahmatilah kami, Tuhan...
391
00:27:40,102 --> 00:27:41,812
- serta rezeki ini...
- Serta rezeki ini.
392
00:27:41,896 --> 00:27:43,606
- yang kami akan jamah...
- Yang kami akan jamah.
393
00:27:43,689 --> 00:27:45,858
- daripada berkat-Mu...
- Berkat.
394
00:27:45,942 --> 00:27:49,612
- melalui Christ, Tuhan kami, amen.
- Melalui Christ, Tuhan kami, amen.
395
00:27:59,915 --> 00:28:01,375
- Hai.
- Hai.
396
00:28:04,086 --> 00:28:05,462
Apa awak buat di sini?
397
00:28:05,546 --> 00:28:06,797
Saya dah tonton berita.
398
00:28:07,339 --> 00:28:08,424
Baik.
399
00:28:09,633 --> 00:28:11,177
Masuklah.
400
00:28:12,928 --> 00:28:15,306
Mak, inilah Mare,
rakan sekerja saya.
401
00:28:15,389 --> 00:28:17,141
Mare, Detektif Mare Sheehan.
402
00:28:17,225 --> 00:28:18,935
Mak saya, Judy.
403
00:28:19,269 --> 00:28:21,646
- Helo.
- Hai, Mare.
404
00:28:21,729 --> 00:28:23,773
Kami baru cakap tentang awak.
405
00:28:25,442 --> 00:28:27,777
Awak lapar?
Kami masak banyak.
406
00:28:27,861 --> 00:28:30,238
Tak apa, terima kasih.
407
00:28:31,448 --> 00:28:32,824
- Nak minum bir?
- Boleh juga.
408
00:28:32,908 --> 00:28:34,118
Baik.
409
00:28:34,618 --> 00:28:35,953
Terima kasih.
410
00:28:39,915 --> 00:28:43,544
Okey. Missy Sager,
pelajar cemerlang dari Sun Valley.
411
00:28:43,628 --> 00:28:46,339
Gimnastik, hoki padang,
wakil badan pelajar.
412
00:28:46,422 --> 00:28:48,758
Dia ambil jurusan kejururawatan
di Universiti Kutztown.
413
00:28:48,841 --> 00:28:50,385
Pada tahun pertama,
dia sedang lintas jalan...
414
00:28:50,468 --> 00:28:52,762
dan ada pemandu wanita tua
tak berhenti lalu melanggar dia.
415
00:28:52,846 --> 00:28:54,055
Tulang pinggulnya retak.
416
00:28:54,139 --> 00:28:57,100
Selepas itu, dia mula
ambil Oxy, kemudian morfin.
417
00:28:57,184 --> 00:28:58,769
Awak pun tahu selebihnya.
418
00:28:59,269 --> 00:29:01,813
Telefon dia dimatikan
pada 2:23 pagi, Jumaat.
419
00:29:01,897 --> 00:29:03,774
Akaun media sosial juga tak aktif.
420
00:29:03,857 --> 00:29:06,819
Dia tak hubungi mak, ayah,
adik atau kawannya sejak itu.
421
00:29:09,780 --> 00:29:12,283
Hauser tak rasa
ketiga-tiga kes ini ada kaitan.
422
00:29:12,450 --> 00:29:15,787
Missy Sager dan Katie Bailey
mungkin berkait, tapi Erin tidak.
423
00:29:17,330 --> 00:29:18,748
Hauser ialah pengganti saya?
424
00:29:19,666 --> 00:29:21,835
Dia pelatih kami di akademi.
425
00:29:22,127 --> 00:29:25,046
Kami buang air di but kereta dia
sebagai hadiah tamat belajar.
426
00:29:30,510 --> 00:29:31,720
Ayuh.
427
00:29:32,721 --> 00:29:33,889
Apa pendapat awak?
428
00:29:36,475 --> 00:29:38,561
Saya rasa gaya hidup mereka
jauh berbeza.
429
00:29:38,644 --> 00:29:40,020
Katie dan Missy salah guna dadah...
430
00:29:40,104 --> 00:29:42,189
dan menjual dirinya
supaya ada duit beli dadah.
431
00:29:42,273 --> 00:29:44,275
Kedua-duanya ada akaun Sidedoor.
432
00:29:44,942 --> 00:29:48,112
Tiada bukti menunjukkan
Erin terlibat dalam pelacuran.
433
00:29:49,364 --> 00:29:52,826
Tiada bukti,
tapi mungkin dia terlibat.
434
00:29:53,243 --> 00:29:54,869
Kita tak jumpa apa-apa
dalam telefon atau komputernya.
435
00:29:54,953 --> 00:29:56,872
Tiada hantaran,
gambar atau e-mel.
436
00:29:57,622 --> 00:30:00,584
Kita tahu dia perlukan wang
untuk pembedahan telinga anaknya.
437
00:30:01,335 --> 00:30:03,921
Pejabat ENT kata dia dah
tetapkan tarikh pembedahan.
438
00:30:04,004 --> 00:30:06,173
Tapi dia batalkannya,
dua kali.
439
00:30:07,049 --> 00:30:08,676
Kalau awak gadis remaja...
440
00:30:08,926 --> 00:30:10,594
ada anak di rumah
dan ada ayah macam Kenny...
441
00:30:10,678 --> 00:30:13,598
awak pasti takkan
buka akaun Sidedoor...
442
00:30:13,681 --> 00:30:16,184
dengan gambar begini
di komputer sendiri.
443
00:30:17,143 --> 00:30:18,227
Percayalah.
444
00:30:18,686 --> 00:30:20,980
Gadis remaja sangat licik.
445
00:30:26,403 --> 00:30:28,572
Awak tak nak beritahu saya
kenapa awak digantung kerja?
446
00:30:34,745 --> 00:30:35,788
Nanti saya beritahu.
447
00:30:35,871 --> 00:30:38,374
Buat masa ini,
saya cuma nak minum bir...
448
00:30:38,457 --> 00:30:40,918
dan bincangkan cara
mencari gadis yang hilang ini.
449
00:30:48,051 --> 00:30:49,636
Kami cuma nak tahu...
450
00:30:49,719 --> 00:30:53,473
kenapa Erin tipu Dylan
yang dia ialah ayah DJ?
451
00:30:53,723 --> 00:30:55,308
Kenapa tak beritahu perkara sebenar?
452
00:30:56,351 --> 00:30:59,771
Sebab dia selalu cakap yang
ibu bapa Dylan baik dengan dia.
453
00:31:00,272 --> 00:31:01,690
Mereka orang yang baik.
454
00:31:03,609 --> 00:31:08,072
Dia suka kalau DJ dibesarkan
dengan kasih sayang sebegitu.
455
00:31:08,948 --> 00:31:12,618
Dia ada cakap yang dia perlu wang
untuk pembedahan telinga DJ?
456
00:31:12,910 --> 00:31:16,456
Dia kata dia mahu Dylan bayar.
457
00:31:16,539 --> 00:31:19,167
Tapi Dylan asyik kata dia tiada duit.
458
00:31:20,126 --> 00:31:21,669
Erin ada cakap
macam mana dia nak bayar...
459
00:31:21,753 --> 00:31:23,588
kalau Dylan tak boleh bayar?
460
00:31:33,015 --> 00:31:34,224
Jess?
461
00:31:35,434 --> 00:31:38,771
Saya tahu awak mahu
melindungi kawan awak.
462
00:31:39,104 --> 00:31:40,523
Itu perbuatan yang bagus.
463
00:31:41,524 --> 00:31:43,234
Tapi Erin dah tiada, sayang.
464
00:31:43,734 --> 00:31:45,153
Kalau awak mendiamkan diri begini...
465
00:31:45,236 --> 00:31:47,822
awak cuma akan membantu
orang yang bunuh dia.
466
00:31:48,865 --> 00:31:51,493
Orang sama yang mungkin
membunuh dua lagi gadis.
467
00:31:53,828 --> 00:31:54,996
Jess.
468
00:31:58,750 --> 00:32:00,168
Dia ada beritahu awak...
469
00:32:00,502 --> 00:32:03,672
cara dia nak dapatkan duit
untuk pembedahan telinga itu?
470
00:32:10,346 --> 00:32:12,807
Selamat datang ke laman saya
471
00:32:12,890 --> 00:32:15,351
Dia minta saya buat akaun untuk dia.
472
00:32:16,144 --> 00:32:17,603
Dia tak mahu buat
di komputer rumahnya.
473
00:32:17,687 --> 00:32:19,856
Dia takut ayahnya tahu.
474
00:32:23,818 --> 00:32:26,112
Awak yang ambil gambar ini?
475
00:32:29,366 --> 00:32:30,701
Tak apa.
476
00:32:34,246 --> 00:32:35,456
Ya.
477
00:32:36,999 --> 00:32:39,877
Tapi dia cuma nak buat
untuk seketika...
478
00:32:39,960 --> 00:32:42,129
hingga dia dapat cukup duit
untuk pembedahan itu.
479
00:32:42,213 --> 00:32:43,339
Buat apa?
480
00:32:43,422 --> 00:32:45,133
Berasmara dengan lelaki?
481
00:32:47,218 --> 00:32:49,804
Ya, tapi dia tak pernah buat.
482
00:32:51,097 --> 00:32:52,640
Dia beritahu saya...
483
00:32:53,266 --> 00:32:55,477
dia tak sanggup melakukannya.
484
00:32:55,852 --> 00:32:59,690
Jess, ini penting.
485
00:32:59,773 --> 00:33:03,944
Awak pasti dia tak pernah keluar
walaupun sekali...
486
00:33:04,486 --> 00:33:08,073
untuk jumpa lelaki yang mesej dia?
487
00:33:08,157 --> 00:33:09,492
Tak pernah, saya pasti.
488
00:33:13,120 --> 00:33:14,372
Okey.
489
00:33:14,705 --> 00:33:15,957
Baiklah.
490
00:33:19,502 --> 00:33:22,297
Awak tahu kata laluannya?
491
00:33:23,715 --> 00:33:24,925
Ya.
492
00:33:33,976 --> 00:33:35,853
- Alamak.
- Kenapa?
493
00:33:35,936 --> 00:33:38,647
Tertinggal telefon.
Tunggu sekejap.
494
00:33:50,201 --> 00:33:53,580
Hei, saya cuma nak tanya sesuatu.
495
00:33:53,663 --> 00:33:55,165
Baiklah, Jess?
496
00:33:56,374 --> 00:33:59,378
Jess, awak tahu di mana
Erin simpan jurnal dia?
497
00:34:02,297 --> 00:34:05,634
Ada almari di sudut bilik dia.
498
00:34:06,468 --> 00:34:09,597
Dia simpan jurnal itu
di celah dua laci paling bawah.
499
00:34:10,264 --> 00:34:12,600
Okey, terima kasih.
500
00:34:26,948 --> 00:34:28,867
Dapatkan waran geledah
untuk Sidedoor...
501
00:34:28,950 --> 00:34:31,578
dengan setiap nama pengguna
yang mesej akaun Erin.
502
00:34:31,870 --> 00:34:33,205
Mereka akan beritahu kita
dalam tempoh lima hari bekerja.
503
00:34:33,288 --> 00:34:35,124
Cakap dengan mereka,
awak perlukannya esok pagi.
504
00:34:35,207 --> 00:34:36,542
Baik, puan.
505
00:34:36,834 --> 00:34:39,295
Maaf, dah terbiasa.
506
00:34:55,061 --> 00:34:56,563
Awak ada hal Sabtu malam?
507
00:34:57,397 --> 00:35:02,027
Sabtu ini, saya nak raikan
hari jadi kawan saya.
508
00:35:03,570 --> 00:35:04,905
Okey.
509
00:35:06,490 --> 00:35:07,741
Kenapa?
510
00:35:09,744 --> 00:35:14,791
Tak, kawan saya baru buka
restoran di Kenneth Square.
511
00:35:14,874 --> 00:35:17,919
Saya dah lama nak pergi.
512
00:35:18,503 --> 00:35:19,754
Itu saja.
513
00:35:23,466 --> 00:35:25,343
Awak ajak saya
keluar janji temu, Zabel?
514
00:35:27,679 --> 00:35:30,432
Saya cuma akan ajak
kalau awak setuju.
515
00:36:11,225 --> 00:36:13,352
- Boleh kita cakap sekejap?
- Ya, masuklah.
516
00:36:21,486 --> 00:36:23,655
Wartawan daripada Tribune
baru telefon.
517
00:36:27,200 --> 00:36:28,577
Dia tanya saya...
518
00:36:28,952 --> 00:36:32,247
tentang sebab pemindahan awak
ke St. Michael.
519
00:36:32,915 --> 00:36:34,375
Apa awak beritahu dia?
520
00:36:35,542 --> 00:36:37,002
Saya beritahu apa yang saya tahu.
521
00:36:38,754 --> 00:36:40,631
Saya kata saya dah berbual
dengan ketua biskop...
522
00:36:40,715 --> 00:36:42,300
sebelum bersetuju
dengan pemindahan itu.
523
00:36:43,176 --> 00:36:44,719
Dia akan tulis artikel tentangnya.
524
00:36:46,429 --> 00:36:49,098
Ahli kariah kita akan tahu, Mark.
525
00:36:55,063 --> 00:37:00,694
Saya bertanggungjawab
untuk melindungi ahli kariah ini.
526
00:37:00,777 --> 00:37:02,613
Saya tak tahu apa
awak nak saya cakap, Dan.
527
00:37:02,696 --> 00:37:04,281
Saya dah beritahu awak semuanya.
528
00:37:04,365 --> 00:37:05,616
Semuanya?
529
00:37:06,325 --> 00:37:07,576
Ya.
530
00:37:09,370 --> 00:37:11,497
Melainkan awak dah
tak percayakan saya lagi.
531
00:37:16,419 --> 00:37:17,629
Baiklah.
532
00:37:18,463 --> 00:37:19,714
Selamat malam.
533
00:37:22,384 --> 00:37:23,718
Selamat malam.
534
00:37:32,770 --> 00:37:35,064
Bukan saya.
535
00:37:35,147 --> 00:37:37,525
Hentikan.
536
00:37:37,608 --> 00:37:40,069
- Berhenti.
- Ini dokumentarinya?
537
00:37:40,403 --> 00:37:41,529
Ya.
538
00:37:43,030 --> 00:37:45,199
Oh Tuhan,
Kevin nampak sangat gembira.
539
00:37:45,825 --> 00:37:47,285
Kamu berdua agak rapat.
540
00:37:50,205 --> 00:37:52,374
Ada masanya,
saya rasa dia kawan baik saya.
541
00:37:52,457 --> 00:37:55,669
Ada masanya pula,
saya rasa macam tak kenal dia.
542
00:37:57,713 --> 00:37:59,548
Awak dah tahu apa awak nak cakap?
543
00:38:03,927 --> 00:38:08,599
Saya rasa saya kena cuba memahami
kenapa dia melakukannya.
544
00:38:09,976 --> 00:38:11,561
Tapi saya belum dapat faham.
545
00:38:12,854 --> 00:38:15,148
Macam mana kamu atasi semua ini?
546
00:38:16,149 --> 00:38:17,567
Kami tak dapat pun.
547
00:38:18,401 --> 00:38:19,861
Keluarga kami hancur.
548
00:38:23,782 --> 00:38:27,369
Sebab itu awak tetap
mahu berada di kolej ini?
549
00:38:27,995 --> 00:38:30,747
Kalau awak pergi, awak takut
semuanya akan musnah lagi?
550
00:38:33,834 --> 00:38:36,295
Jangan hidup
untuk orang lain, Siobhan.
551
00:38:41,801 --> 00:38:44,178
Saya sedang cuba.
552
00:38:44,429 --> 00:38:45,596
Yakah?
553
00:38:45,805 --> 00:38:49,893
Saya teringin nak bercinta
dengan wanita lebih berusia.
554
00:38:51,311 --> 00:38:54,523
Jangan merepek.
Saya yang ajak awak keluar dulu.
555
00:39:15,920 --> 00:39:19,716
Aneka Sayur-sayuran
556
00:39:34,440 --> 00:39:35,900
Sekejap...
557
00:39:48,496 --> 00:39:49,706
- Hai, Helen.
- Hai.
558
00:39:49,789 --> 00:39:51,166
Siobhan ada?
559
00:39:51,249 --> 00:39:53,335
Tiada, dia keluar.
560
00:39:54,377 --> 00:39:55,796
Boleh saya masuk sekejap?
561
00:39:58,423 --> 00:40:01,802
Ya, boleh.
Masuklah.
562
00:40:11,187 --> 00:40:14,899
Mesti awak tahu
dia dah putus dengan saya.
563
00:40:15,650 --> 00:40:17,402
Tak apa, sayang.
564
00:40:17,944 --> 00:40:19,237
Saya cuma...
565
00:40:20,822 --> 00:40:22,741
Saya tak mahu kehilangan dia,
dia ibarat...
566
00:40:23,825 --> 00:40:26,578
perkara terbaik dalam
hidup saya yang teruk ini.
567
00:40:28,038 --> 00:40:30,541
Siobhan seorang yang sangat baik.
568
00:40:30,707 --> 00:40:32,376
Ya, dia memang baik.
569
00:40:32,793 --> 00:40:36,839
Maaf. Dia sangat baik.
Saya pula...
570
00:40:37,298 --> 00:40:39,675
Saya datang sebab
nak beritahu dia begitu.
571
00:40:43,763 --> 00:40:45,014
Okey.
572
00:40:45,098 --> 00:40:46,391
Dia tahu kamu nak datang?
573
00:40:47,100 --> 00:40:48,643
Ya.
574
00:40:48,726 --> 00:40:50,895
Dia mesej saya,
dia keluar beli barang.
575
00:40:50,979 --> 00:40:52,022
Sekejap lagi dia balik.
576
00:40:52,105 --> 00:40:56,109
Okey, Drew sedang tidur.
577
00:40:56,610 --> 00:40:58,237
Kamu boleh tunggu
di tingkat bawah tanah.
578
00:41:08,789 --> 00:41:10,875
- Belah kiri.
- Ya.
579
00:41:11,667 --> 00:41:12,752
Maaf.
580
00:41:31,855 --> 00:41:33,482
Saya...
581
00:41:35,025 --> 00:41:37,278
- Saya sangat seronok.
- Saya juga.
582
00:41:58,008 --> 00:41:59,176
Mari kita masuk.
583
00:42:42,930 --> 00:42:44,140
Becca?
584
00:42:44,974 --> 00:42:47,477
Becca!
Tunggu, Becca!
585
00:42:47,560 --> 00:42:49,771
Tidak.
586
00:42:49,854 --> 00:42:51,356
Aduh!
587
00:42:52,566 --> 00:42:54,568
Alamak, saya benar-benar minta maaf!
588
00:42:58,196 --> 00:43:00,240
Nenek?
Nenek tak apa-apa?
589
00:43:00,324 --> 00:43:02,576
Tolong hubungi ambulans.
590
00:43:02,660 --> 00:43:04,411
Nenek boleh dengar?
591
00:43:08,124 --> 00:43:09,750
Oh, Tuhan.
592
00:43:10,084 --> 00:43:12,295
Oh, Tuhan.
593
00:43:12,378 --> 00:43:13,755
Apa dah jadi?
594
00:43:16,174 --> 00:43:18,051
Mak!
Oh, Tuhan.
595
00:43:19,344 --> 00:43:20,387
Itu saja?
596
00:43:20,470 --> 00:43:21,680
Itu saja?
597
00:43:21,888 --> 00:43:23,056
Maaflah.
598
00:43:23,140 --> 00:43:25,308
Cara Siobhan cakap dalam telefon...
599
00:43:25,392 --> 00:43:28,020
Maafkan mak sebab tak cedera teruk.
600
00:43:28,103 --> 00:43:29,354
Turunkan dia, Eddie.
601
00:43:29,438 --> 00:43:31,273
Dia cuma luka sikit di dahi.
602
00:43:31,357 --> 00:43:33,567
Dia dalam keadaan bingung, puan.
Dia tak tahu sekarang tahun berapa.
603
00:43:33,651 --> 00:43:35,361
Itu perkara biasa.
604
00:43:35,444 --> 00:43:37,697
Kami akan bawa dia ke Riddle
untuk diperiksa.
605
00:43:37,780 --> 00:43:39,156
Puan nak naik teman dia?
606
00:43:39,865 --> 00:43:41,993
Entahlah, okey.
Mak nak saya teman mak?
607
00:43:44,329 --> 00:43:45,705
Ya.
608
00:43:46,164 --> 00:43:48,291
- Okey.
- Mak, tunggu.
609
00:43:48,374 --> 00:43:50,710
Nenek mahu beg dompet dia.
610
00:43:51,127 --> 00:43:52,379
- Okey.
- Ya.
611
00:43:52,462 --> 00:43:54,131
- Kamu alihkan kereta mak.
- Okey.
612
00:43:54,840 --> 00:43:56,049
Siapa dia?
613
00:43:56,133 --> 00:43:58,635
Kawan saya.
614
00:44:00,053 --> 00:44:01,347
Hai, kawan.
615
00:44:01,430 --> 00:44:03,515
- Nanti mak telefon.
- Baik.
616
00:44:04,141 --> 00:44:05,559
Okey.
617
00:44:06,394 --> 00:44:08,062
Siapa gadis itu? Mak.
618
00:44:08,521 --> 00:44:10,523
Siapa gadis yang dengan Siobhan?
619
00:44:11,524 --> 00:44:14,527
Becca.
620
00:44:14,777 --> 00:44:16,196
Tak, itu bukan Becca.
621
00:44:34,715 --> 00:44:36,008
Helo?
622
00:44:36,092 --> 00:44:38,260
Nama tengah anak Katie ialah Grace.
623
00:44:38,803 --> 00:44:41,305
Dia ada tatu hari jadi anaknya
di buku lali.
624
00:44:41,931 --> 00:44:43,850
Awak percaya saya sekarang, Dawn?
625
00:44:44,976 --> 00:44:46,436
- Ya.
- Bagus.
626
00:44:46,811 --> 00:44:49,606
5,000 dolar.
Esok malam.
627
00:44:50,482 --> 00:44:53,360
Saya akan telefon dan beri arahan
di mana nak letakkan duit itu.
628
00:44:53,860 --> 00:44:56,363
Kalau awak beritahu polis...
629
00:44:56,905 --> 00:44:59,700
awak akan jumpa mayat Katie.
630
00:45:01,827 --> 00:45:03,245
Ada nampak saya?
631
00:45:03,329 --> 00:45:04,538
Ganjaran 15,000 dolar
632
00:45:29,022 --> 00:45:30,941
Orang Hilang
Katie Bailey
633
00:45:31,025 --> 00:45:32,067
Ada nampak saya?
634
00:45:32,151 --> 00:45:33,235
Ganjaran 15,000 dolar
635
00:46:26,583 --> 00:46:27,751
Buat Erin.
Sayang, mak.
636
00:47:13,466 --> 00:47:15,927
Berita kehilangan seorang lagi gadis
menimbulkan ketakutan...
637
00:47:16,010 --> 00:47:19,723
dalam komuniti yang gerun dengan
pembunuhan Erin McMenamin...
638
00:47:19,806 --> 00:47:21,725
dan kehilangan Katie Bailey.
639
00:47:22,142 --> 00:47:23,852
Missy Sager, 23 tahun...
640
00:47:23,935 --> 00:47:26,730
merupakan graduan berpotensi
dari Sekolah Tinggi Sun Valley...
641
00:47:26,813 --> 00:47:29,233
yang hidupnya makin bercelaru
dalam beberapa tahun ini...
642
00:47:29,316 --> 00:47:31,944
tidak pulang ke rumah
sejak Khamis malam.
643
00:47:32,027 --> 00:47:33,070
Hai.
644
00:47:33,153 --> 00:47:34,572
Berita kata apa lagi?
645
00:47:36,907 --> 00:47:38,743
Kena hati-hati.
646
00:47:38,826 --> 00:47:39,911
Pihak polis berkata...
647
00:47:39,994 --> 00:47:41,037
Mak tak mahu...
648
00:47:41,120 --> 00:47:42,538
kamu dan Moira balik dari sekolah
jalan kaki lagi.
649
00:47:42,997 --> 00:47:44,916
Mak atau ayah akan jemput kamu.
650
00:47:45,250 --> 00:47:46,292
Okey.
651
00:47:46,376 --> 00:47:48,253
Kalau ada sebarang maklumat
berkaitan kes ini...
652
00:47:48,586 --> 00:47:50,463
sila hubungi mereka secepat mungkin.
653
00:47:51,214 --> 00:47:52,340
Pihak berkuasa berkata...
654
00:47:52,424 --> 00:47:55,052
mereka akan menambah
rondaan di kawasan pekan.
655
00:47:55,135 --> 00:47:58,430
Dalam sidang media tadi,
Ketua Polis Easttown, Tuan Carter...
656
00:47:58,514 --> 00:48:01,350
tidak menyatakan yang
ketiga-tiga kes ini berkait...
657
00:48:01,433 --> 00:48:04,395
namun beliau tetap mengingatkan
para penduduk agar berwaspada...
658
00:48:04,478 --> 00:48:07,148
untuk mengelakkan
satu lagi tragedi berlaku.
659
00:48:17,909 --> 00:48:19,035
Mak okey?
660
00:48:19,452 --> 00:48:21,872
Saya kena periksa keadaan mak.
Arahan doktor.
661
00:48:22,164 --> 00:48:24,291
Pastikan keadaan mak tak makin teruk.
Jadi macam mana?
662
00:48:24,791 --> 00:48:27,127
Mak rasa teruk macam biasa.
663
00:48:27,711 --> 00:48:29,004
Baguslah begitu.
664
00:48:29,963 --> 00:48:33,259
Mak ada di rumah untuk jaga Drew
pada Sabtu malam?
665
00:48:34,760 --> 00:48:36,929
Ada, kenapa?
666
00:48:37,805 --> 00:48:39,473
Saya ada janji temu.
667
00:48:40,266 --> 00:48:41,559
Dengan penulis itu?
668
00:48:44,312 --> 00:48:45,688
Tak pasti lagi.
669
00:48:46,523 --> 00:48:47,607
Selamat malam.
670
00:48:49,567 --> 00:48:51,027
Apa maksudnya?
671
00:49:16,179 --> 00:49:17,639
Baiklah.
672
00:49:17,722 --> 00:49:19,516
Penjaga budak dah sampai.
673
00:49:19,599 --> 00:49:21,351
Terima kasih
sebab tolong saya, Bethy.
674
00:49:21,434 --> 00:49:23,061
Sama-sama.
675
00:49:23,145 --> 00:49:25,564
Saya ada beli piza
kalau kamu lapar, Kenz.
676
00:49:25,647 --> 00:49:28,192
Piza, Kenz.
Syif saya habis tengah malam nanti.
677
00:49:28,275 --> 00:49:29,568
Terima kasih.
678
00:49:30,736 --> 00:49:32,488
- Jaga kelakuan, Kenzie.
- Nanti saya datang balik.
679
00:49:37,285 --> 00:49:39,745
- Helo?
- Masuk ke lebuh raya.
680
00:49:43,875 --> 00:49:47,337
Ambil laluan State Road 903.
681
00:49:51,091 --> 00:49:53,260
Belok kiri di Harlan Road.
682
00:49:53,552 --> 00:49:55,304
Terus ke arah barat
sejauh tiga batu.
683
00:50:01,518 --> 00:50:04,522
Awak akan nampak
pagar kayu menandakan ada bangunan.
684
00:50:05,898 --> 00:50:07,275
Ada rumah di situ.
685
00:50:09,235 --> 00:50:11,154
Katie ada di tingkat bawah tanah.
686
00:51:47,547 --> 00:51:49,966
Oh, Tuhan!
687
00:51:55,681 --> 00:51:56,849
Alamak.
688
00:51:58,392 --> 00:51:59,768
Alamak.
689
00:52:01,312 --> 00:52:03,230
Alamak.
690
00:52:07,193 --> 00:52:08,402
Tak guna!
691
00:52:14,117 --> 00:52:15,368
Tak guna!
692
00:52:16,995 --> 00:52:18,330
Freddie?
693
00:52:19,122 --> 00:52:20,499
Maaf, Dawn.
694
00:52:21,625 --> 00:52:22,793
Maafkan saya.
695
00:53:02,668 --> 00:53:04,754
Saya dah suruh
awak tidur di tilam saya.
696
00:53:05,087 --> 00:53:07,298
Saya dah cuba, tapi...
697
00:53:08,424 --> 00:53:11,803
Oh, Tuhan.
Apa dah jadi?
698
00:53:11,886 --> 00:53:15,682
Saya tak apa-apa.
Terjatuh di luar kedai.
699
00:53:15,765 --> 00:53:18,018
Oh, Tuhan.
Awak tak nak jumpa doktor?
700
00:53:18,101 --> 00:53:19,561
Tak nak, saya okey.
701
00:53:19,644 --> 00:53:21,146
Saya nak duduk sekejap.
702
00:53:21,229 --> 00:53:22,773
Saya ambilkan...
703
00:53:22,856 --> 00:53:24,775
Biar saya ambilkan air.
704
00:53:25,275 --> 00:53:26,443
Terima kasih.
705
00:53:35,536 --> 00:53:36,996
Mungkin cuma radiasi.
706
00:53:37,079 --> 00:53:40,208
Saya selalu rasa pening.
707
00:53:43,086 --> 00:53:44,337
Saya tak tahu pula.
708
00:53:45,713 --> 00:53:47,465
Ini dia.
709
00:53:51,511 --> 00:53:53,889
Awak pasti tak mahu ke hospital?
710
00:53:53,972 --> 00:53:56,934
Bethy, saya okey.
711
00:53:57,017 --> 00:53:58,852
Awak tak nampak okey.
712
00:53:59,728 --> 00:54:00,980
Saya tak apa-apa.
713
00:54:01,856 --> 00:54:03,190
Okey.
714
00:54:07,945 --> 00:54:09,822
Awak dah beritahu polis...
715
00:54:10,323 --> 00:54:13,701
tentang orang yang cakap
dia tahu lokasi Katie?
716
00:54:16,496 --> 00:54:17,747
Dah.
717
00:54:18,373 --> 00:54:19,499
Ya.
718
00:54:19,791 --> 00:54:21,209
Mereka setuju dengan awak.
719
00:54:21,501 --> 00:54:24,880
Mereka kata
mungkin itu penipu yang mahu wang.
720
00:54:25,589 --> 00:54:26,840
Ya.
721
00:54:28,175 --> 00:54:29,718
Saya bersimpati.
722
00:54:31,136 --> 00:54:32,596
Oh, Tuhan.
723
00:54:32,805 --> 00:54:35,933
Tak apa.
Saya tak apa-apa.
724
00:54:37,143 --> 00:54:38,644
Terima kasih, Bethy.
725
00:54:40,438 --> 00:54:41,856
Terima kasih.
726
00:54:42,982 --> 00:54:44,317
Bar Bennie
Minuman enak, muzik rancak
727
00:54:58,082 --> 00:55:00,751
Tidak!
728
00:55:04,755 --> 00:55:05,923
Tidak!
729
00:55:08,676 --> 00:55:09,886
Hei!
730
00:55:14,474 --> 00:55:16,309
Hei!
731
00:55:19,813 --> 00:55:21,690
Tiada sesiapa boleh
dengar jeritan awak.
732
00:55:27,321 --> 00:55:28,614
Awak siapa?
733
00:55:29,740 --> 00:55:30,908
Saya Katie.
734
00:55:31,325 --> 00:55:32,618
Katie Bailey.