1 00:00:23,250 --> 00:00:24,917 Inggit sudah berkahwin? 2 00:00:25,341 --> 00:00:27,141 Ya, dia yang bersama Rahayu itu. 3 00:00:27,625 --> 00:00:29,500 Dia suami Inggit. 4 00:00:29,828 --> 00:00:31,511 Kenapa awak mahu lakukan ini? 5 00:00:31,591 --> 00:00:33,877 Jika awak ada sebab untuk menolak perkahwinan yang diatur ini... 6 00:00:33,957 --> 00:00:35,657 saya ada sebab untuk menerimanya. 7 00:00:36,233 --> 00:00:39,743 Saya buat sarapan untuk awak. Tempeh bacem dan tauhu bacem. 8 00:00:39,823 --> 00:00:41,962 Awak masih mahu dapatkan A, bukan? 9 00:00:42,042 --> 00:00:44,262 Pada mulanya saya mahu marah pada awak. 10 00:00:44,342 --> 00:00:45,862 (Sebelum ini) 11 00:00:45,942 --> 00:00:48,692 Jika ada masalah, awak boleh beritahu saya. 12 00:00:49,075 --> 00:00:50,175 Kenapa? 13 00:00:58,667 --> 00:01:00,487 Tentang Tristan. 14 00:01:00,567 --> 00:01:01,700 Maafkan saya, Abang Arya. 15 00:01:04,478 --> 00:01:06,853 Saya fikir dia sudah cukup dewasa untuk jaga diri sendiri. 16 00:01:08,331 --> 00:01:10,247 Jika saya boleh berikan cadangan... 17 00:01:11,540 --> 00:01:14,748 mungkin lebih baik awak fokus pada ibu awak. 18 00:01:16,873 --> 00:01:19,581 Dia lebih perlukan perhatian dari awak. 19 00:01:23,223 --> 00:01:25,307 Okey? Itu cadangan saya. 20 00:01:35,984 --> 00:01:37,018 Helo? 21 00:01:38,808 --> 00:01:40,558 Ya, selamat petang. 22 00:01:42,003 --> 00:01:44,395 Begini. Berkenaan bahan pembelajaran... 23 00:01:44,475 --> 00:01:47,228 sekarang saya ada urusan keluarga untuk diuruskan. 24 00:01:47,308 --> 00:01:49,017 Mungkin saya akan hantar sedikit lewat. 25 00:01:50,225 --> 00:01:55,191 Saya akan cuba ikut jadual asal minggu depan. Ia akan berjalan seperti biasa. 26 00:01:56,100 --> 00:01:57,892 Saya betul-betul minta maaf. Maaf. 27 00:01:59,308 --> 00:02:03,808 Ya, saya akan cuba. Ya. Okey. Terima kasih. 28 00:02:08,756 --> 00:02:11,123 Ibu, awak tidak berehat? 29 00:02:12,340 --> 00:02:14,673 Duduk, Arya. Saya mahu bercakap dengan awak. 30 00:02:15,798 --> 00:02:18,590 Inggit. 31 00:02:20,340 --> 00:02:22,473 -Inggit. -Ya, ibu? 32 00:02:23,006 --> 00:02:24,173 Mari ke sini, Inggit. 33 00:02:25,673 --> 00:02:29,885 Saya rasa sudah masanya kamu berdua balik ke Jakarta. 34 00:02:29,965 --> 00:02:32,673 Tak mungkin, ibu. Bagaimana kami nak tinggalkan ibu? 35 00:02:34,673 --> 00:02:38,506 Kamu sudah cukup lama bersama dengan saya. 36 00:02:40,631 --> 00:02:43,965 Saya sudah kuat sekarang. 37 00:02:48,256 --> 00:02:49,323 Ibu. 38 00:02:50,006 --> 00:02:53,510 Sejujurnya saya tak kisah tinggal di sini dengan ibu lebih lama. 39 00:02:53,590 --> 00:02:54,723 Begitu juga Inggit. 40 00:02:55,381 --> 00:02:59,881 Saya pasti awak perlukan Inggit di samping awak. 41 00:03:02,208 --> 00:03:03,875 Abang Arya. 42 00:03:04,965 --> 00:03:08,506 Saya tahu awak pedulikan saya. 43 00:03:09,840 --> 00:03:15,715 Tapi saya rasa sudah masanya kita kembali ke kehidupan masing-masing. 44 00:03:17,840 --> 00:03:20,131 Saya pasti ayah Inggit setuju dengan saya. 45 00:03:21,923 --> 00:03:24,298 Okey? Pergilah balik. 46 00:03:36,631 --> 00:03:38,340 Saya tak apa-apa. 47 00:04:04,458 --> 00:04:07,791 ♪Awak sepatutnya mengajar saya♪ 48 00:04:07,878 --> 00:04:10,831 ♪Tapi awak berhenti dan memandang saya♪ 49 00:04:11,190 --> 00:04:17,552 ♪Saya masih tidak percaya sejauh mana awak boleh melihat♪ 50 00:04:17,936 --> 00:04:21,192 ♪Kasih sayang yang awak tunjukkan♪ 51 00:04:21,272 --> 00:04:24,504 ♪Semua kata-kata manis yang awak ucapkan♪ 52 00:04:24,584 --> 00:04:31,209 ♪Membuatkan saya terfikir kita ditakdirkan bersama♪ 53 00:04:32,263 --> 00:04:38,342 ♪Awak membuatkan saya merasa dicintai♪ 54 00:04:38,901 --> 00:04:44,600 ♪Awak menyembuhkan luka dari masa lampau saya♪ 55 00:04:46,151 --> 00:04:53,026 ♪Sekarang awak sudah berada dalam hati saya♪ 56 00:04:53,106 --> 00:04:54,606 ♪Kasih sayang awak terhadap saya♪ 57 00:04:54,686 --> 00:04:56,316 ♪Telah membuatkan♪ 58 00:04:56,417 --> 00:05:03,084 ♪Hidup saya lengkap♪ 59 00:05:12,583 --> 00:05:18,016 =My Lecturer My Husband= 60 00:05:22,413 --> 00:05:25,621 Gareng asam adalah makanan kegemaran ayah awak. 61 00:05:27,204 --> 00:05:30,208 Dia pernah membuatkan saya berjanji... 62 00:05:30,288 --> 00:05:33,488 yang saya hanya akan masak dengan hati yang gembira. 63 00:05:34,204 --> 00:05:36,621 Supaya makanan kita sedap. 64 00:05:38,413 --> 00:05:42,788 Ya, ayah tak suka lihat kita bersedih dan tak bersemangat. 65 00:05:45,281 --> 00:05:47,239 Saya setuju dengan ayah, ibu. 66 00:05:48,947 --> 00:05:52,531 Sangat penting untuk ingat sesuatu yang menggembirakan tentang seseorang. 67 00:05:53,772 --> 00:05:55,400 Lebih-lebih lagi jika memasak. 68 00:05:55,480 --> 00:05:57,546 Harapnya saya boleh mengingati pesanannya. 69 00:05:57,626 --> 00:05:59,393 Jika saya mahu masak, saya perlu gembira. 70 00:05:59,897 --> 00:06:02,108 Awak adalah menantu kesayangannya. 71 00:06:02,188 --> 00:06:05,455 Mestilah. Dia seorang saja yang ada. 72 00:06:09,814 --> 00:06:11,980 Minum sedikit. Awak tak minum air putih lagi hari ini. 73 00:06:19,813 --> 00:06:22,525 -Terima kasih. -Kenapa hanya ambil satu? 74 00:06:22,605 --> 00:06:23,705 Oh, ya. 75 00:06:26,563 --> 00:06:28,630 -Awak mahu saya bantu? -Tak mengapa. 76 00:06:29,855 --> 00:06:31,655 -Mari duduk. -Ya. 77 00:06:33,772 --> 00:06:34,906 Terima kasih. 78 00:06:35,474 --> 00:06:36,540 Ibu. 79 00:06:49,688 --> 00:06:51,733 Untuk apa itu? Awak mahu makan dua bungkus? 80 00:06:51,813 --> 00:06:53,147 Untuk awak. 81 00:07:00,188 --> 00:07:03,655 -Nikmati makanan awak. -Nikmati makanan awak. 82 00:07:22,230 --> 00:07:25,105 Jujurnya saya tak sampai hati untuk tinggalkan ibu di sini. 83 00:07:34,230 --> 00:07:36,692 Saya rasa ia tak mengapa. 84 00:07:36,772 --> 00:07:38,806 Kita tinggal saja di sini. Tak mengapa. 85 00:07:39,272 --> 00:07:40,772 Bagaimana dengan kerja awak? 86 00:07:42,255 --> 00:07:43,689 Itu mudah saja. 87 00:07:44,188 --> 00:07:46,025 Saya boleh siapkan bahan pembelajaran dari sini juga. 88 00:07:46,105 --> 00:07:48,372 Saya cuma perlu hantar melalui dalam talian. Saya boleh uruskan. 89 00:07:49,711 --> 00:07:52,711 Atau awak boleh balik dulu. Saya akan tinggal dengan ibu sementara. 90 00:07:55,980 --> 00:07:57,438 Itu yang awak mahukan? 91 00:08:08,938 --> 00:08:12,980 Awak mahu saya balik ke Jakarta atau awak mahu saya tinggal di sini? 92 00:08:16,855 --> 00:08:18,105 Tinggal di sini. 93 00:08:22,647 --> 00:08:25,188 Saya cuma rasa membebankan awak kerana kerja awak. 94 00:08:26,647 --> 00:08:27,847 Okey. 95 00:08:28,605 --> 00:08:31,522 Jadi awak mahu kita balik atau tinggal di sini? 96 00:08:33,855 --> 00:08:36,897 Kita balik sajalah ke Jakarta bersama. 97 00:08:39,313 --> 00:08:41,317 Okey. 98 00:08:41,397 --> 00:08:42,431 Awak pasti? 99 00:08:43,147 --> 00:08:44,438 Pasti. 100 00:08:47,522 --> 00:08:50,772 Saya asyik terfikirkannya kerana kehilangan ayah pasti sukar untuk ibu. 101 00:08:52,188 --> 00:08:53,313 Ya. 102 00:08:54,688 --> 00:08:55,983 Sememangnya sukar untuk dia. 103 00:08:56,063 --> 00:08:59,605 Kehilangan seseorang yang kita sayang adalah sangat sukar. 104 00:09:03,438 --> 00:09:06,480 Awak pernah kehilangan seseorang yang awak sayang? 105 00:09:10,647 --> 00:09:11,772 Belum lagi. 106 00:09:15,855 --> 00:09:17,522 "Belum lagi" bermaksud akan? 107 00:09:27,188 --> 00:09:28,655 Apa lagi yang saya belum kemas? 108 00:09:29,397 --> 00:09:30,942 Saya rasa awak belum kemas sabun lagi. Ada dalam bilik air. 109 00:09:31,022 --> 00:09:32,608 -Betul. -Awak mahu saya bantu? 110 00:09:32,688 --> 00:09:33,788 Tak mengapa. 111 00:10:22,943 --> 00:10:25,735 Kamu berdua masuk dulu. Saya akan ambil bagasi. 112 00:11:00,768 --> 00:11:01,977 Inggit. 113 00:11:05,310 --> 00:11:07,343 Tristan sudah tahu awak berkahwin. 114 00:11:07,977 --> 00:11:10,102 Yang lain juga tahu. 115 00:11:12,310 --> 00:11:14,810 -Bagaimana mereka tahu? -Sebenarnya... 116 00:11:16,518 --> 00:11:18,352 Tristan pergi ke Yogyakarta. 117 00:11:30,649 --> 00:11:31,782 Saya tidak tahu. 118 00:11:32,518 --> 00:11:34,435 Dia kata En. Arya juga nampak dia. 119 00:11:35,602 --> 00:11:37,069 En. Arya tidak beritahu awak? 120 00:11:53,852 --> 00:11:54,919 Baiklah. 121 00:11:55,435 --> 00:11:58,102 -Saya akan balik sekarang, okey? -Terima kasih, Iim. 122 00:11:59,977 --> 00:12:01,560 -Hati-hati dalam perjalanan balik. -Ya. 123 00:12:19,519 --> 00:12:20,552 Abang Arya. 124 00:12:21,810 --> 00:12:22,977 Abang Arya. 125 00:12:23,560 --> 00:12:25,852 Ya? Iim sudah balik? 126 00:12:27,848 --> 00:12:29,598 Awak tahu Tristan pergi ke Yogyakarta? 127 00:12:30,759 --> 00:12:32,093 Awak nampak Tristan? 128 00:12:33,718 --> 00:12:34,884 Abang Arya. 129 00:12:36,426 --> 00:12:37,551 Abang Arya. 130 00:12:38,901 --> 00:12:40,554 Awak tahu Tristan pergi ke Yogyakarta, bukan? 131 00:12:40,634 --> 00:12:42,929 Ya, saya tahu Tristan pergi ke Yogyakarta. Saya nampak dia. 132 00:12:43,009 --> 00:12:45,888 Dan saya nampak dia berdiri dengan senyap. Dia berdiri, memandang saya. 133 00:12:45,968 --> 00:12:47,221 Memandang awak dan ibu awak. 134 00:12:47,301 --> 00:12:49,638 -Awak baru beritahu saya sekarang? -Bukannya saya tidak mahu beritahu awak. 135 00:12:49,718 --> 00:12:51,013 -Saya sudah tahu... -Bila awak akan beritahu saya? 136 00:12:51,093 --> 00:12:53,388 -Saya tanya baru awak beritahu. -Saya menunggu masa yang sesuai. 137 00:12:53,468 --> 00:12:56,929 Bila masa yang sesuai, Abang Arya? Saya tanya baru awak beritahu. 138 00:12:57,009 --> 00:12:58,054 -Inggit, dengar. -Kenapa awak tak beritahu saya? 139 00:12:58,134 --> 00:13:00,554 Situasi awak pada masa itu tidak membenarkan saya beritahu awak... 140 00:13:00,634 --> 00:13:02,929 -Bagaimana awak tahu situasi saya... -Sebab saya boleh nampak. 141 00:13:03,009 --> 00:13:04,929 -Saya suami awak, jadi saya tahu. -Apa yang awak buat hanyalah melihat. 142 00:13:05,009 --> 00:13:06,913 -Awak rasa apa yang saya rasa? -Saya tahu apa saya perlu cakap. 143 00:13:06,993 --> 00:13:08,621 -Bagaimana awak tahu? -Dan bila masa yang sesuai. 144 00:13:08,701 --> 00:13:10,454 -Bagaimana awak tahu? -Dan semalam bukan masa yang sesuai. 145 00:13:10,534 --> 00:13:11,579 Dan jika dia mahu lakukan perkara yang betul... 146 00:13:11,659 --> 00:13:12,757 Bagaimana awak tahu ia bukan masa yang sesuai? 147 00:13:12,837 --> 00:13:14,579 Kenapa dia tak jumpa awak? 148 00:13:14,659 --> 00:13:15,704 Ada dia datang pada awak... 149 00:13:15,784 --> 00:13:17,829 -dan ucapkan takziah? -Bukan itu soalan saya, Abang Arya. 150 00:13:17,909 --> 00:13:19,746 Saya tanya kenapa awak tak beritahu saya. 151 00:13:19,826 --> 00:13:21,371 -Itu saja. -Bukannya saya tidak mahu beritahu. 152 00:13:21,451 --> 00:13:23,121 -Jadi kenapa? -Saya sudah cakap saya menunggu... 153 00:13:23,201 --> 00:13:24,621 Mari duduk dan berbincang. 154 00:13:24,701 --> 00:13:25,801 Duduk. 155 00:13:26,826 --> 00:13:27,860 Duduk. 156 00:13:31,558 --> 00:13:33,038 -Kenapa awak tak beritahu saya? -Dengar. 157 00:13:33,118 --> 00:13:35,954 Kenapa saya tak terus beritahu awak apabila saya nampak dia? 158 00:13:36,034 --> 00:13:37,621 Tidak terus beritahu awak? Sebab saya fikir ia tidak sesuai. 159 00:13:37,701 --> 00:13:40,957 -Itu apa yang awak fikir. -Dengar dahulu. Awak sedang bersedih. 160 00:13:41,037 --> 00:13:43,246 -Ya, dan itu apa yang awak fikir. -Dan saya akan menambah beban. 161 00:13:43,326 --> 00:13:46,484 Bagaimana awak tahu jika awak beritahu saya ia akan menambah beban saya? 162 00:13:46,564 --> 00:13:47,697 Bagaimana awak tahu? 163 00:13:48,252 --> 00:13:50,621 -Awak pernah bincang dengan saya? -Tidak, soalan saya adalah… 164 00:13:50,701 --> 00:13:52,579 -Saya tahu awak risau... -Semasa saya lalui semua itu... 165 00:13:52,659 --> 00:13:55,746 Dia datang ke sana, tapi dia tidak berjumpa awak. 166 00:13:55,826 --> 00:13:57,371 -Abang Arya! -Itu masalah siapa? Tanya dia. 167 00:13:57,451 --> 00:13:58,954 -Jangan tanya saya. -Kenapa saya perlu tanya dia? 168 00:13:59,034 --> 00:14:00,079 Sekarang, saya tanya awak. 169 00:14:00,159 --> 00:14:01,553 Pada masa itu, semasa saya lalui semua itu... 170 00:14:01,633 --> 00:14:04,442 pernah awak tanya bagaimana perasaan saya? 171 00:14:06,173 --> 00:14:08,107 Pernah awak minta saya bincang dengan awak? 172 00:14:08,965 --> 00:14:11,215 Awak tak pernah tanya! 173 00:14:12,340 --> 00:14:14,177 Awak cuma cakap "Saya tahu apa yang terbaik untuk awak." 174 00:14:14,257 --> 00:14:15,552 -"Saya tahu apa terbaik untuk awak." -Saya tahu apa yang terbaik untuk awak. 175 00:14:15,632 --> 00:14:17,010 -Jadi apa tugas saya? -Dan tak kira apapun... 176 00:14:17,090 --> 00:14:18,260 saya suami awak dan lebih tua dari awak. 177 00:14:18,340 --> 00:14:21,382 Jadi tugas saya hanya ikut apa yang awak mahu? 178 00:14:23,340 --> 00:14:26,343 Awak suami saya, jadi saya perlu dengar apa saja yang awak mahu? 179 00:14:26,423 --> 00:14:28,548 Awak tak pernah tanya perasaan saya. 180 00:14:29,882 --> 00:14:32,052 Awak peduli atau tidak tentang perasaan saya? 181 00:14:32,132 --> 00:14:34,757 Atau awak hanya pedulikan diri awak sendiri? 182 00:14:41,257 --> 00:14:44,510 Saya rasa saya boleh putuskan yang saya mahu jumpa Tristan sekarang. 183 00:14:44,590 --> 00:14:46,343 Dan saya takkan minta kebenaran awak. 184 00:14:46,423 --> 00:14:48,635 Terserah jika awak mahu kata "Saya suami awak, Inggit". 185 00:14:48,715 --> 00:14:52,218 Apa-apa sajalah. Sebab saya tak pernah rasa saya dilayan sebagai isteri awak. 186 00:14:52,298 --> 00:14:54,132 Jadi kenapa saya perlu minta kebenaran awak? 187 00:14:54,690 --> 00:14:55,757 Inggit. 188 00:15:09,590 --> 00:15:12,427 -Apa yang awak buat? -Saya mahu bincang gred saya, encik. 189 00:15:12,507 --> 00:15:14,707 Saya tiada masa, sibuk. 190 00:15:15,340 --> 00:15:17,423 Awak tahu di mana pintu, bukan? 191 00:15:19,590 --> 00:15:20,843 Kenapa awak marah? 192 00:15:20,923 --> 00:15:22,635 Saya cuma berikan pendapat yang bakwan ini... 193 00:15:22,715 --> 00:15:24,218 bermula dari teksturnya, ia tidak cukup rangup. 194 00:15:24,298 --> 00:15:26,718 Ia terlalu masin. Seperti bakwan palsu. 195 00:15:26,798 --> 00:15:29,840 Jadi sesuailah. Bakwan palsu untuk suami palsu. 196 00:15:34,007 --> 00:15:35,802 Daripada menunggu sesuatu yang tidak pasti... 197 00:15:35,882 --> 00:15:38,116 pilih saja apa yang jelas di depan mata awak. 198 00:15:38,923 --> 00:15:41,760 Saya tahu perasaan saya mungkin tidak penting pada awak. 199 00:15:41,840 --> 00:15:44,548 Awak takkan pernah faham kerana awak tiada hati. 200 00:15:46,757 --> 00:15:49,635 Tak perlu susah-susah berusaha menjadi suami yang baik untuk saya. 201 00:15:49,715 --> 00:15:51,927 Awak pilihan ibu dan ayah saya. 202 00:15:52,007 --> 00:15:55,093 Awak tak perlu susah-susah berusaha menangi hati saya. 203 00:15:55,173 --> 00:15:57,215 Sukar bagi saya ubah fikiran. 204 00:16:10,465 --> 00:16:12,548 Prof, selamat petang. 205 00:16:21,757 --> 00:16:24,552 -Awak nampak Tristan? -Tidak. 206 00:16:24,632 --> 00:16:25,882 Terima kasih. 207 00:16:28,090 --> 00:16:30,052 -Awak nampak Tristan? -Ya? 208 00:16:30,132 --> 00:16:31,507 Tidak. 209 00:16:37,673 --> 00:16:39,468 Dave. Awak Dave, bukan? 210 00:16:39,548 --> 00:16:42,052 -Ya. Inggit. -Ya, saya Inggit. 211 00:16:42,132 --> 00:16:43,885 -Awak boleh pergi dulu. -Okey. Saya pergu dulu. 212 00:16:43,965 --> 00:16:45,532 Dave, awak tahu di mana Tristan? 213 00:16:46,215 --> 00:16:48,090 Saya hubungi dia tapi telefonnya tidak aktif. 214 00:16:50,007 --> 00:16:51,041 Dave. 215 00:16:51,673 --> 00:16:54,093 -Saya tidak tahu dia di mana, Inggit. -Tak mungkin awak tak tahu. 216 00:16:54,173 --> 00:16:57,207 Awak kawan karib dan kawan sebiliknya. Tak mungkin awak tak tahu. 217 00:16:57,590 --> 00:17:00,923 Apa yang saya tahu adalah dia sedang sangat sedih. 218 00:17:06,037 --> 00:17:07,504 Pasti disebabkan saya. 219 00:17:08,840 --> 00:17:10,774 Baiklah. Di mana dia? Saya mahu jumpa dia. 220 00:17:11,757 --> 00:17:14,218 Saya tak tahu apa yang awak lakukan padanya... 221 00:17:14,298 --> 00:17:15,677 hingga dia mahu berpindah. 222 00:17:15,757 --> 00:17:17,218 Berpindah? Apa maksud awak? 223 00:17:17,298 --> 00:17:18,798 Saya tak tahu dia di mana, Inggit. 224 00:17:20,048 --> 00:17:21,552 Dan mungkin... 225 00:17:21,632 --> 00:17:23,499 dia tak mahu jumpa awak lagi. 226 00:17:24,173 --> 00:17:25,423 Selamat tinggal, Inggit. 227 00:18:10,257 --> 00:18:11,507 Inggit? 228 00:18:15,882 --> 00:18:16,882 Inggit? 229 00:18:17,757 --> 00:18:20,218 Hei. Inggit, dengarkan saya dahulu. 230 00:18:20,298 --> 00:18:21,432 Inggit. 231 00:18:21,923 --> 00:18:23,927 Ada sesuatu saya perlu beritahu awak. 232 00:18:24,007 --> 00:18:25,965 Hei, apa yang awak buat? 233 00:18:27,965 --> 00:18:29,885 Awak tak perlu buat begini. Hei. 234 00:18:29,965 --> 00:18:31,365 Inggit, apa yang awak buat? 235 00:18:32,548 --> 00:18:34,343 Saya mahu pergi ke rumah Iim. Saya mahu tinggal di sana sementara. 236 00:18:34,423 --> 00:18:35,757 Dan saya juga mahu cari Tristan. 237 00:18:36,423 --> 00:18:38,927 Cari Tristan? Kenapa awak perlu tinggal... 238 00:18:39,007 --> 00:18:40,798 Dengar dahulu. Inggit. 239 00:18:43,548 --> 00:18:47,715 Tolonglah. Jangan bersikap keanak-anakan, Inggit. 240 00:18:49,840 --> 00:18:52,843 Kita boleh bincang baik-baik. Dengar dahulu.. 241 00:18:52,923 --> 00:18:55,468 Kenapa? Inggit. 242 00:18:55,548 --> 00:18:57,552 Berhenti. Dengar cakap saya dulu. 243 00:18:57,632 --> 00:18:59,593 Jika ada orang yang perlu tinggalkan rumah ini, sepatutnya saya. Bukan awak. 244 00:18:59,673 --> 00:19:00,718 Ini rumah awak, bukan? 245 00:19:00,798 --> 00:19:02,968 -Saya akan pergi. -Ya, ini rumah saya. 246 00:19:03,048 --> 00:19:04,965 Tapi pernahkah saya ada tempat di rumah ini? 247 00:19:06,007 --> 00:19:07,174 Bukan... 248 00:19:08,048 --> 00:19:09,173 Berhenti. 249 00:19:13,945 --> 00:19:15,312 Boleh awak dengar cakap saya? 250 00:19:17,715 --> 00:19:20,315 Jika awak pergi untuk berjumpa Tristan, untuk cari dia.... 251 00:19:20,840 --> 00:19:23,465 saya anggap awak akan pilih dia daripada perkahwinan kita. 252 00:19:24,548 --> 00:19:25,840 Itu yang awak mahukan? 253 00:19:28,590 --> 00:19:29,840 Awak pasti? 254 00:19:34,465 --> 00:19:35,590 Inggit. 255 00:19:38,840 --> 00:19:40,423 Saya dibenarkan untuk ada pilihan sekarang? 256 00:19:41,590 --> 00:19:44,593 Inggit. Tunggu, dengar dahulu. 257 00:19:44,673 --> 00:19:46,573 Tolong. Okey. 258 00:19:48,507 --> 00:19:50,641 Maaf. 259 00:19:51,340 --> 00:19:52,882 Tunggu dan dengar dulu. 260 00:19:55,423 --> 00:19:59,257 Biar saya bawa awak ke tempat awak boleh jumpa Tristan. 261 00:20:00,423 --> 00:20:05,427 Sekurang-kurangnya berikan saya peluang untuk pastikan awak okey. 262 00:20:05,507 --> 00:20:08,343 Saya akan bawa awak untuk berjumpa dia. Saya tahu Tristan di mana. 263 00:20:08,423 --> 00:20:11,382 Saya dah bercakap dengan Profesor Gunawan. Saya tahu dia di mana. 264 00:20:12,532 --> 00:20:14,993 Awak boleh berjumpa dengannya dan buat apa saja awak mahu. 265 00:20:15,073 --> 00:20:18,640 Saya akan tunggu awak. Tapi biar saya bawa awak ke sana. 266 00:20:19,436 --> 00:20:20,569 Okey? 267 00:20:22,448 --> 00:20:23,868 Okey, tunggu. 268 00:20:23,948 --> 00:20:26,990 Saya akan ambil kunci kereta. Kita pergi. Saya akan bawa awak, okey? 269 00:20:45,865 --> 00:20:47,493 -Selamat malam, encik. -Selamat malam. 270 00:20:47,573 --> 00:20:49,160 -Maafkan saya. Saya mahu bertanya. -Ya? 271 00:20:49,240 --> 00:20:52,073 Bagaimana saya mahu pergi ke klinik kesihatan komuniti Jayagiri? 272 00:20:53,104 --> 00:20:56,024 Masih jauh dari sini. Ia di atas bukit. 273 00:20:56,104 --> 00:20:57,816 Jalan juga curam. 274 00:20:57,896 --> 00:20:59,930 Bahaya pergi ke sana lewat malam begini. 275 00:21:00,604 --> 00:21:02,504 Apa kata awak pergi pagi esok? 276 00:21:03,271 --> 00:21:05,066 Ada hotel dekat sini? 277 00:21:05,146 --> 00:21:06,846 Ada. Di sana. 278 00:21:07,396 --> 00:21:09,812 -Okey. Terima kasih, encik. -Ya, sama-sama. 279 00:21:22,755 --> 00:21:23,855 Inggit. 280 00:21:25,229 --> 00:21:28,149 Klinik kesihatan komuniti masih jauh dan jalan gelap. 281 00:21:28,229 --> 00:21:30,629 Tak mengapakah jika kita menginap di hotel malam ini? 282 00:21:47,124 --> 00:21:49,777 -Di sana, bukan? -Ya, jalan terus dan belok kanan. 283 00:21:49,857 --> 00:21:50,991 Okey. 284 00:22:11,756 --> 00:22:12,956 Abang Arya. 285 00:22:13,854 --> 00:22:15,088 Awak tidur? 286 00:22:18,187 --> 00:22:19,321 Ya. 287 00:22:20,187 --> 00:22:23,187 -Awak tipu. -Mestilah saya tipu. 288 00:22:24,275 --> 00:22:25,575 Saya jawab pertanyaan awak. 289 00:22:38,229 --> 00:22:39,396 Kenapa? 290 00:22:46,854 --> 00:22:49,396 Kenapa awak buat semua ini? 291 00:22:57,562 --> 00:22:59,962 Datang jauh dari Jakarta. 292 00:23:01,771 --> 00:23:03,648 Membazirkan masa awak. 293 00:23:05,021 --> 00:23:07,687 Hanya untuk bawa saya jumpa Tristan. 294 00:23:12,521 --> 00:23:16,021 Saya tahu awak buat semua ini untuk saya, tapi... 295 00:23:18,562 --> 00:23:20,146 Ia tak masuk akal. 296 00:23:36,021 --> 00:23:37,687 Kenapa tidak masuk akal? 297 00:23:45,646 --> 00:23:46,937 Kerana... 298 00:23:51,521 --> 00:23:55,854 saya tak fikir seorang suami akan benarkan isterinya bersama lelaki lain. 299 00:24:06,187 --> 00:24:07,447 Awak yang... 300 00:24:09,007 --> 00:24:12,874 beritahu saya perkahwinan ini palsu. 301 00:24:20,062 --> 00:24:22,104 Awak mahu tahu sebab sebenar saya? 302 00:24:26,687 --> 00:24:30,479 Saya dah berjanji kepada ayah awak. 303 00:24:32,229 --> 00:24:34,896 Janji yang saya pegang hingga ke hari ini... 304 00:24:36,104 --> 00:24:41,271 yang saya akan mengutamakan kebahagiaan awak. 305 00:24:46,270 --> 00:24:51,645 Dan saya fikir... Ya. Kebahagiaan awak adalah bersama Tristan. 306 00:25:09,846 --> 00:25:13,213 Jadi dengan melakukan ini, saya bukan hanya tunaikan janji saya. 307 00:25:30,021 --> 00:25:31,155 Abang Arya. 308 00:25:36,687 --> 00:25:37,896 Apa sekarang? 309 00:25:42,848 --> 00:25:46,806 Pada masa itu, awak beritahu awak ada sebab untuk berkahwin dengan saya. 310 00:25:49,392 --> 00:25:50,458 Apa? 311 00:26:08,431 --> 00:26:11,264 Jika awak ingat hari lahir awak yang ketujuh... 312 00:26:15,447 --> 00:26:17,181 kawan ayah awak... 313 00:26:20,473 --> 00:26:21,794 bawa anaknya. 314 00:26:21,874 --> 00:26:23,047 Budak lelaki. 315 00:26:25,973 --> 00:26:31,223 Pada masa itu, budak itu baru setahun ditinggalkan ibunya. 316 00:26:35,139 --> 00:26:37,181 Dan dia sangat merasa kehilangan. 317 00:26:40,264 --> 00:26:42,764 Tidak lama kemudian, ayahnya kahwin lagi. 318 00:26:46,848 --> 00:26:48,598 Dia hilang senyumannya. 319 00:26:50,348 --> 00:26:52,390 Dia hilang kebahagiaannya. 320 00:26:55,265 --> 00:26:57,015 Kemudian budak itu berjumpa awak. 321 00:26:59,431 --> 00:27:01,181 Dan itu mengubah hidupnya. 322 00:27:03,806 --> 00:27:05,556 Untuk pertama kali, Inggit. 323 00:27:09,765 --> 00:27:11,556 Budak itu boleh kembali senyum. 324 00:27:14,423 --> 00:27:16,589 Dia jumpa kebahagiaannya. 325 00:27:25,640 --> 00:27:27,390 Kemudian, awak jadi pelajar saya. 326 00:27:30,223 --> 00:27:32,390 Jadi saya tak mahu lepaskan peluang itu. 327 00:27:33,806 --> 00:27:35,306 Tidak kira apapun risikonya. 328 00:27:41,402 --> 00:27:43,804 Saya sudah cintakan awak sejak dahulu lagi. 329 00:27:43,884 --> 00:27:46,134 Sejak saya berjumpa awak di kampus. 330 00:27:47,235 --> 00:27:48,694 Tapi sekali lagi... 331 00:27:54,024 --> 00:27:58,149 kebahagiaan awak melebihi segala-galanya. 332 00:28:40,564 --> 00:28:47,188 ♪Mudah untuk mengucapkan benci♪ 333 00:28:47,697 --> 00:28:54,516 ♪Terucap apabila hati dalam keraguan♪ 334 00:28:54,861 --> 00:29:01,626 ♪Keraguan disebabkan ketakutan♪ 335 00:29:02,001 --> 00:29:08,501 ♪Cinta tidak berbalas♪ 336 00:29:09,150 --> 00:29:16,150 ♪Awak dan saya gambaran palsu♪ 337 00:29:16,616 --> 00:29:23,616 ♪Hubungan yang berjaya dan bahagia♪ 338 00:29:27,019 --> 00:29:28,452 Tunggu di sini, okey? 339 00:29:29,765 --> 00:29:32,232 Saya mahu periksa jika Tristan ada di atas sana. 340 00:29:38,308 --> 00:29:44,274 ♪Semakin jauh saya meninggalkan awak♪ 341 00:29:44,821 --> 00:29:51,721 ♪Semakin dekat saya kepada awak♪ 342 00:30:00,520 --> 00:30:04,073 -Maafkan saya. Tristan ada di sini? -Ya, Tristan ada di sini. 343 00:30:04,153 --> 00:30:05,995 -Saya akan panggil dia. -Baiklah. Terima kasih. 344 00:30:07,171 --> 00:30:08,171 Tristan. 345 00:30:27,470 --> 00:30:28,537 Tristan. 346 00:30:30,803 --> 00:30:32,720 Inggit ada di sini dan dia mahu jumpa awak. 347 00:30:34,053 --> 00:30:36,136 Dia kata dia mahu bercakap dengan awak. 348 00:31:03,053 --> 00:31:04,970 Awak mahu saya tunggu di sini? 349 00:31:09,637 --> 00:31:11,512 Terima kasih untuk semuanya, Abang Arya. 350 00:31:47,111 --> 00:31:48,245 Hai, Inggit. 351 00:31:48,761 --> 00:31:49,928 Hai. 352 00:32:04,636 --> 00:32:06,803 Saya mahu jelaskan semuanya. 353 00:32:07,595 --> 00:32:09,512 Bagaimana ini semua berlaku. 354 00:32:11,470 --> 00:32:13,428 Awak ada hak untuk tahu secara langsung dari saya. 355 00:32:23,220 --> 00:32:24,886 Saya memikirkannya... 356 00:32:26,678 --> 00:32:28,095 berulang kali. 357 00:32:29,845 --> 00:32:34,636 Saya memikirkan apa yang saya perlu cakap. 358 00:32:36,220 --> 00:32:39,928 Kata-kata apa akan keluar dari mulut saya apabila saya berjumpa awak lagi? 359 00:32:47,387 --> 00:32:49,303 Banyak kata-kata yang berbeza. 360 00:32:52,345 --> 00:32:54,345 Pelbagai ayat. 361 00:32:56,345 --> 00:32:58,470 Perasaan menyesal. 362 00:33:00,462 --> 00:33:01,562 Kesedihan. 363 00:33:02,887 --> 00:33:04,220 Dan kerinduan. 364 00:33:10,678 --> 00:33:11,928 Dan... 365 00:33:15,712 --> 00:33:16,745 Apa? 366 00:33:21,678 --> 00:33:23,887 Dan yang muncul cuma satu perkataan, Inggit. 367 00:33:28,620 --> 00:33:29,720 Maaf. 368 00:33:38,903 --> 00:33:42,736 Maaf saya tiada di sisi awak apabila awak sangat perlukan saya. 369 00:33:45,570 --> 00:33:47,437 Awak tak perlu minta maaf pada saya. 370 00:33:50,861 --> 00:33:53,611 Ya, saya tahu. Saya perlu minta maaf kepada diri sendiri, bukan? 371 00:34:01,778 --> 00:34:03,236 Kerana sikap saya. 372 00:34:05,570 --> 00:34:07,445 Untuk apa yang saya lakukan. 373 00:34:10,528 --> 00:34:14,195 Saya hilang orang yang paling penting dalam hidup saya. 374 00:34:18,403 --> 00:34:21,361 Dan saya tak tahu sama ada saya boleh jumpa dia lagi atau tidak. 375 00:34:25,570 --> 00:34:27,320 Awak pasti awak kehilangan saya? 376 00:34:31,278 --> 00:34:32,528 Sejak bila? 377 00:34:37,111 --> 00:34:39,070 Beberapa minit yang lalu, Inggit. 378 00:34:46,320 --> 00:34:48,903 Apabila saya nampak cara awak pandang En. Arya. 379 00:35:22,453 --> 00:35:24,745 Belajar dari kesilapan saya,okey, Inggit? 380 00:35:30,203 --> 00:35:32,120 Jangan terlambat untuk luahkan cinta awak. 381 00:36:07,828 --> 00:36:10,262 Oh Tuhan. 382 00:36:10,995 --> 00:36:12,315 Kenapa? 383 00:36:12,395 --> 00:36:13,762 Hei. Inggit. 384 00:36:14,703 --> 00:36:15,770 Inggit. 385 00:36:16,245 --> 00:36:17,245 Inggit. 386 00:36:18,037 --> 00:36:20,248 Ada apa? Kenapa? Inggit. 387 00:36:20,328 --> 00:36:22,537 Hei, tunggu. Kenapa awak berlari? 388 00:36:23,953 --> 00:36:26,187 Inggit, boleh awak berhenti dulu kemudian kita bincang? 389 00:36:26,721 --> 00:36:29,554 Inggit. Tidak. Berhenti. 390 00:36:30,687 --> 00:36:32,562 -Kenapa? -Abang Arya, siapa saya? 391 00:36:33,657 --> 00:36:36,424 Jelas sekali awak anak ibu bapa awak. 392 00:36:36,991 --> 00:36:38,158 Itu saja? 393 00:36:39,574 --> 00:36:43,341 Awak isteri saya jika saya dibenarkan kata begitu. 394 00:36:44,116 --> 00:36:46,202 -Betul? -Ya. 395 00:36:46,282 --> 00:36:49,241 Kenapa saya rasa saya tak pernah dilayan sebagai seorang isteri? 396 00:36:53,366 --> 00:36:57,202 -Boleh kita jangan bergaduh tentangnya? -Saya tak mahu bergaduh tentangnya. 397 00:36:57,282 --> 00:37:01,369 Saya cuma mahu beritahu saya rasa tak pernah dilayan sebagai isteri. 398 00:37:01,449 --> 00:37:04,369 Awak masih pensyarah saya. Saya masih pelajar awak. 399 00:37:04,449 --> 00:37:06,483 Langsung tak rasa seperti kita suami isteri. 400 00:37:07,074 --> 00:37:08,744 Dengar. Saya akan jelaskan. Boleh? 401 00:37:08,824 --> 00:37:09,924 Ya, okey. 402 00:37:10,907 --> 00:37:14,119 Saya rasa saya cuma mahu bimbing awak... 403 00:37:14,199 --> 00:37:16,452 -Bimbing? -Untuk ajar... 404 00:37:16,532 --> 00:37:19,499 Ajar? Itu pensyarah atau suami? 405 00:37:19,866 --> 00:37:22,233 Tapi saya cuma mahu awak jadi lebih baik. 406 00:37:22,907 --> 00:37:26,077 Jadi awak tak percaya saya boleh putuskan yang terbaik demi diri sendiri? 407 00:37:26,157 --> 00:37:29,161 Awak tak percaya saya boleh jadi orang dewasa. Begitu? 408 00:37:29,241 --> 00:37:31,077 Bukannya saya tak percayakan awak. 409 00:37:31,157 --> 00:37:33,244 -Tapi... -Tapi... 410 00:37:33,324 --> 00:37:34,458 Abang Arya. 411 00:37:35,199 --> 00:37:38,661 Dengar. Sejak saya kecil hingga sekarang... 412 00:37:38,741 --> 00:37:41,994 saya tak pernah diberikan peluang untuk jadi orang dewasa. 413 00:37:42,074 --> 00:37:45,744 Semua keputusan hidup saya ditentukan ibu bapa saya. 414 00:37:45,824 --> 00:37:47,577 Walaupun selepas kita kahwin... 415 00:37:47,657 --> 00:37:49,786 semuanya di rumah perlu ikut kata awak. 416 00:37:49,866 --> 00:37:52,077 Sedangkan semasa kita bergaduh... 417 00:37:52,157 --> 00:37:53,869 awak beritahu saya untuk hafal bahan pembelajaran dulu. 418 00:37:53,949 --> 00:37:56,241 Apa kaitan bahan dengan pembelajaran? 419 00:37:57,491 --> 00:37:59,758 Okey. 420 00:38:00,407 --> 00:38:01,532 Ya. 421 00:38:04,949 --> 00:38:06,074 Ini salah saya. 422 00:38:07,866 --> 00:38:10,327 Bagus. Baguslah awak mengaku. 423 00:38:10,407 --> 00:38:12,574 Ucap maaf dulu. Jangan biarkan saya yang kata dulu sepanjang masa. 424 00:38:15,324 --> 00:38:17,124 -Maafkan saya. -Bagus. 425 00:38:19,449 --> 00:38:21,241 Saya sudah bercakap dengan Tristan. 426 00:38:22,532 --> 00:38:27,244 Dan saya putuskan sesuatu mengikut pilihan saya. 427 00:38:27,324 --> 00:38:28,724 Ya, okey. 428 00:38:29,824 --> 00:38:31,699 Dan saya putuskan... 429 00:38:35,116 --> 00:38:36,491 untuk mencintai Arya. 430 00:38:42,407 --> 00:38:45,119 Itu pilihan saya. Saya boleh pilih sekarang. 431 00:38:45,199 --> 00:38:46,952 Jadi, okey. Pilihan saya untuk mencintai awak. 432 00:38:47,032 --> 00:38:49,282 Terserah awak mahu cintakan saya atau tidak... 433 00:39:38,491 --> 00:39:39,661 Saya ada satu soalan. 434 00:39:39,741 --> 00:39:41,308 -Okey. -Okey. Ini penting. 435 00:39:41,949 --> 00:39:43,216 -Dengar. -Berhenti. 436 00:39:43,907 --> 00:39:46,952 Boleh awak tenangkan wajah awak? Kita suami isteri sekarang. 437 00:39:47,032 --> 00:39:49,599 -Apa yang kita baru buat? Kita baru... -Ya. 438 00:39:50,657 --> 00:39:53,924 -Jadi tenangkan wajah awak. -Ya. Okey. 439 00:39:54,699 --> 00:39:57,744 Daripada sana, awak berlari, membuatkan saya panik. 440 00:39:57,824 --> 00:39:59,369 Apa tujuan awak datang ke sini? 441 00:39:59,449 --> 00:40:02,369 Cari isyarat. Lihat. Sudah dapat isyarat. 442 00:40:02,449 --> 00:40:04,849 -Untuk apa? -Untuk... 443 00:40:05,324 --> 00:40:06,827 Untuk hantar ini, 444 00:40:06,907 --> 00:40:08,324 Mari bergambar. 445 00:40:11,449 --> 00:40:13,616 Boleh kita bergaya seperti suami isteri? 446 00:40:19,449 --> 00:40:22,494 Tidak... Awak tak mahu cium saya? 447 00:40:22,574 --> 00:40:24,157 Tak mengapa jika awak tak mahu. 448 00:40:26,699 --> 00:40:28,494 Okey. Saya akan hantar. 449 00:40:28,574 --> 00:40:30,032 Kepada semua orang. 450 00:40:32,199 --> 00:40:34,324 Suami saya... 451 00:40:35,616 --> 00:40:36,991 Saya sangat malu. 452 00:40:37,392 --> 00:40:40,192 Comel! 453 00:40:47,824 --> 00:40:49,077 Saya cintakan awak. 454 00:40:49,157 --> 00:40:50,699 Saya juga cintakan awak. 455 00:40:53,324 --> 00:40:55,952 -Oh Tuhan. -Oh Tuhan. 456 00:40:56,032 --> 00:40:57,991 -Mereka benar. -Comelnya. 457 00:41:00,191 --> 00:41:01,591 Saya sangat gembira untuk dia. 458 00:41:04,157 --> 00:41:05,994 Lihat wajah mereka. 459 00:41:06,074 --> 00:41:08,657 Mereka kelihatan sangat gembira. 460 00:41:31,883 --> 00:41:38,131 ♪Hidup pada mulanya terasa indah seperti yang dibayangkan♪ 461 00:41:38,211 --> 00:41:45,169 ♪Hingga awak hadir dan mengganggu perasaan ini♪ 462 00:41:45,249 --> 00:41:51,675 ♪Tiada yang salah, tiada masalah♪ 463 00:41:51,755 --> 00:41:58,755 ♪Hingga awak datang dan merosakkannya♪ 464 00:41:59,546 --> 00:42:06,216 ♪Saya benci awak♪ 465 00:42:06,296 --> 00:42:13,296 ♪Tapi hati saya memilih untuk mencintai♪ 466 00:42:13,606 --> 00:42:16,901 ♪Saya ingin menjauh♪ 467 00:42:16,981 --> 00:42:20,230 ♪Hapuskan semua jejak awak♪ 468 00:42:20,310 --> 00:42:23,925 ♪Tapi takdir menyatukan kita♪ 469 00:42:24,005 --> 00:42:26,191 ♪Awak dan saya♪ 470 00:42:26,271 --> 00:42:30,622 ♪Bahagia♪