1
00:02:05,520 --> 00:02:09,440
Dia pastinya seseorang, bukan sesuatu.
2
00:02:12,520 --> 00:02:13,480
Kau Wei...
3
00:02:16,600 --> 00:02:17,480
Mianmian!
4
00:02:18,040 --> 00:02:18,960
Kau Mianmian!
5
00:02:20,280 --> 00:02:21,800
Kenapa kau panggil nama anak aku?
6
00:02:24,600 --> 00:02:27,440
Mianmian dan Mianmian kecil.
7
00:02:28,560 --> 00:02:29,480
Cik Puan Luo.
8
00:02:33,160 --> 00:02:34,160
Hanguang Jun.
9
00:02:36,040 --> 00:02:37,040
Tuan Muda Wei.
10
00:02:38,360 --> 00:02:39,200
Cik Puan Luo.
11
00:02:39,520 --> 00:02:42,520
Sekarang aku tahu nama sebenar kau.
12
00:02:46,640 --> 00:02:47,880
Ini suami aku.
13
00:02:48,840 --> 00:02:52,200
Boleh aku tanya nama keluarga
dan puak kau, tuan?
14
00:02:52,480 --> 00:02:54,120
Suami aku hanya orang kebanyakan.
15
00:02:54,400 --> 00:02:55,640
Dulu dia seorang saudagar.
16
00:02:56,320 --> 00:02:57,240
Sekarang,
17
00:02:57,520 --> 00:02:59,480
dia akan menemani aku
untuk pemburuan malam.
18
00:02:59,760 --> 00:03:01,360
Kau baru pulang daripada pemburuan malam?
19
00:03:01,440 --> 00:03:02,280
Ya.
20
00:03:02,360 --> 00:03:04,760
Kami cari Bapa Keluarga Yiling.
21
00:03:05,920 --> 00:03:10,520
Tapi pak cik dengar dia makan budak-budak.
22
00:03:10,680 --> 00:03:11,600
Kamu takut tak?
23
00:03:12,360 --> 00:03:13,640
Tak, saya tak takut. Saya...
24
00:03:13,720 --> 00:03:15,120
Maaf, Tuan Muda Wei.
25
00:03:15,280 --> 00:03:16,760
Dia masih kecil dan naif.
26
00:03:17,440 --> 00:03:18,760
Ini anak aku.
27
00:03:19,400 --> 00:03:20,240
Namanya...
28
00:03:20,320 --> 00:03:21,200
Mianmian!
29
00:03:21,343 --> 00:03:22,223
Betul tak?
30
00:03:23,120 --> 00:03:24,160
Dia sangat comel
31
00:03:24,480 --> 00:03:26,560
sama seperti kau ketika sebaya dengan dia.
32
00:03:28,280 --> 00:03:29,200
Tuan Muda Wei,
33
00:03:29,560 --> 00:03:31,160
kau tak rasa bersalah cakap begitu?
34
00:03:31,680 --> 00:03:34,240
Betulkah kau masih ingat
rupa aku semasa kecil?
35
00:03:34,320 --> 00:03:35,360
Sudah tentu.
36
00:03:35,880 --> 00:03:37,240
Tak banyak beza pun.
37
00:03:40,440 --> 00:03:41,880
Jadi berapa umurnya?
38
00:03:42,120 --> 00:03:43,520
Aku nak berikan dia syiling bertuah.
39
00:03:43,600 --> 00:03:44,840
- Tak perlu!
- Tak perlu!
40
00:03:44,960 --> 00:03:46,360
Tidak perlu terlalu merendah diri.
41
00:03:46,720 --> 00:03:48,480
Bukan duit aku pun.
42
00:03:53,040 --> 00:03:54,000
Nah.
43
00:03:56,680 --> 00:03:57,520
Mianmian,
44
00:03:57,920 --> 00:04:00,440
apa kamu patut cakap pada
Hanguang Jun dan Tuan Muda Wei?
45
00:04:00,560 --> 00:04:02,360
Terima kasih, Pak Cik Hanguang Jun.
46
00:04:05,640 --> 00:04:09,720
Mianmian, pak cik yang beri, kenapa
tak cakap terima kasih kepada pak cik?
47
00:04:14,960 --> 00:04:18,240
Cik Puan Luo, ada apa-apa perkara
yang aneh berlaku kebelakangan ini?
48
00:04:19,320 --> 00:04:20,360
Itu cuma khabar angin,
49
00:04:20,440 --> 00:04:22,360
tetapi aku dengar
ada boneka di luar bandar.
50
00:04:22,760 --> 00:04:24,400
Sepanjang malam aku cuba menjejaki mereka,
51
00:04:24,560 --> 00:04:25,760
tetapi tidak jumpa apa-apa.
52
00:04:29,743 --> 00:04:30,783
Jangan bimbang.
53
00:04:31,680 --> 00:04:32,560
Cik Puan Luo,
54
00:04:33,000 --> 00:04:33,880
lindungi Mianmian.
55
00:04:34,023 --> 00:04:35,023
Biar kami yang uruskan.
56
00:04:37,463 --> 00:04:38,463
Hati-hati.
57
00:04:38,983 --> 00:04:39,863
Selamat tinggal.
58
00:04:49,703 --> 00:04:50,623
Qingyang,
59
00:04:51,223 --> 00:04:53,783
kau pernah berdepan bahaya yang besar?
60
00:04:59,663 --> 00:05:02,663
Kau cakap seorang tuan muda
pernah menyelamatkan nyawa kau,
61
00:05:03,183 --> 00:05:06,383
tetapi kau tidak pernah sebut
tentang dia sebelum ini.
62
00:05:07,823 --> 00:05:08,943
Tuan Muda Wei...
63
00:05:11,783 --> 00:05:12,823
seorang lelaki yang baik.
64
00:05:13,743 --> 00:05:15,583
Mari, Mianmian. Mari masuk.
65
00:05:15,960 --> 00:05:16,840
Baik-baik.
66
00:05:43,223 --> 00:05:44,063
Wen Ning,
67
00:05:44,743 --> 00:05:45,943
walaupun kau dah lama berdiam,
68
00:05:46,223 --> 00:05:48,063
jeritan kau sekarang lebih menakutkan.
69
00:05:49,903 --> 00:05:51,743
Maaf, Tuan Muda.
70
00:05:52,063 --> 00:05:54,063
Aku dah buat kamu berdua terkejutkah?
71
00:05:57,463 --> 00:05:59,143
Sangat mengagumkan.
72
00:06:01,863 --> 00:06:03,623
Ini apa?
73
00:06:04,543 --> 00:06:05,863
Kenapa kau berpakaian begini?
74
00:06:08,743 --> 00:06:10,023
Kau kena rompakkah?
75
00:06:12,623 --> 00:06:14,623
Kenapa dengan muka kau?
76
00:06:15,823 --> 00:06:18,943
Aku lumurkan muka aku
dengan lumpur dan tanah.
77
00:06:19,943 --> 00:06:23,343
Kau dah lama tidak keluar, jadi...
78
00:06:25,023 --> 00:06:26,303
Kau mengekori kami selama ini?
79
00:06:29,223 --> 00:06:31,423
Tengoklah. Kotor betul kau!
80
00:06:38,183 --> 00:06:39,303
Kenapa dengan tangan kau?
81
00:06:40,543 --> 00:06:41,383
Tiada apa-apa.
82
00:06:41,983 --> 00:06:42,823
Itu darah.
83
00:06:44,263 --> 00:06:45,343
Bukan darah.
84
00:06:47,143 --> 00:06:49,503
Ya, darah. Tetapi bukan darah manusia.
85
00:06:50,343 --> 00:06:51,503
Bukan darah manusia?
86
00:06:52,423 --> 00:06:53,983
Kau ada berlawan dengan apa-apakah?
87
00:06:54,823 --> 00:06:57,663
Ada banyak boneka sepanjang jalan tadi.
88
00:06:58,263 --> 00:06:59,743
Boneka di sepanjang jalan?
89
00:07:01,103 --> 00:07:02,223
Maksud kau,
90
00:07:02,623 --> 00:07:03,863
kau bunuh mereka
91
00:07:04,263 --> 00:07:06,023
sebelum kami tiba?
92
00:07:09,943 --> 00:07:11,983
Bila kau mula mengekori kami?
93
00:07:12,583 --> 00:07:13,463
Menara Likoh.
94
00:07:18,543 --> 00:07:19,383
Wen Ning,
95
00:07:19,783 --> 00:07:21,023
aku dah beritahu kau
96
00:07:21,823 --> 00:07:23,303
untuk bersembunyi di suatu tempat
97
00:07:24,103 --> 00:07:26,263
dan jangan melibatkan diri.
98
00:07:26,703 --> 00:07:28,063
Tapi Tuan Muda,
99
00:07:28,823 --> 00:07:29,703
aku...
100
00:07:30,263 --> 00:07:31,703
Di mana aku boleh bersembunyi?
101
00:07:38,703 --> 00:07:40,703
Jika begitu, mari pergi. Bersama-sama.
102
00:07:41,143 --> 00:07:42,103
Mari mengembara bersama.
103
00:07:44,103 --> 00:07:44,943
Mari bergerak.
104
00:07:46,903 --> 00:07:47,743
Ayuh.
105
00:07:54,943 --> 00:07:57,583
Lan Zhan, kau masih ingat pekan ini?
106
00:07:58,823 --> 00:07:59,703
Ya.
107
00:08:00,063 --> 00:08:03,183
Jadi kau ingat saat kita bertemu di sini,
108
00:08:03,263 --> 00:08:06,303
masa kau kata kau nak berburu
dan aku nak belanja kau makan?
109
00:08:06,463 --> 00:08:07,343
Kau masih ingat?
110
00:08:07,983 --> 00:08:10,103
Tuan, buah-buahan tempatan dari Yiling.
111
00:08:10,183 --> 00:08:11,623
Nak beli? Nak beli satu?
112
00:08:11,943 --> 00:08:13,823
- Di sini.
- Kau nak rempah berkualiti tinggi?
113
00:08:14,063 --> 00:08:15,783
Mari lihat di sini.
114
00:08:16,463 --> 00:08:18,063
Mari lihat, di sini.
115
00:08:18,503 --> 00:08:21,703
KEDAI TEH YILING
116
00:08:23,143 --> 00:08:23,983
Ya.
117
00:08:25,863 --> 00:08:27,063
Kau jarang datang ke Yiling.
118
00:08:27,143 --> 00:08:28,343
Ini pun nasib baik terserempak.
119
00:08:28,423 --> 00:08:29,783
Kita boleh buka cerita-cerita lama.
120
00:08:30,983 --> 00:08:32,303
Jomlah, aku belanja.
121
00:08:33,143 --> 00:08:33,983
Marilah.
122
00:08:36,263 --> 00:08:37,543
Tapi aku rasa malu
123
00:08:38,343 --> 00:08:39,863
sebab kau yang bayar untuk makanan itu.
124
00:08:47,663 --> 00:08:48,703
Yuan.
125
00:08:49,383 --> 00:08:50,743
- Mari sini.
- Tak nak.
126
00:08:50,823 --> 00:08:51,903
Saya tak nak.
127
00:08:58,223 --> 00:08:59,983
Alamak. Ada sesuatu berlaku
di Tambunan Kubur.
128
00:09:00,143 --> 00:09:01,463
Lan Zhan, kami kena pergi!
129
00:09:05,943 --> 00:09:07,983
Namun kisah itu dah lama berlalu.
130
00:09:31,143 --> 00:09:32,543
Jika budak itu masih hidup,
131
00:09:34,783 --> 00:09:36,543
mesti dia dah besar sekarang.
132
00:10:31,623 --> 00:10:33,663
Jangan buang masa dengan mereka.
Naik terus ke gunung.
133
00:11:01,063 --> 00:11:03,543
Dinding di sini dah dirobohkan.
Mesti ada orang masuk ke sini.
134
00:11:04,223 --> 00:11:05,063
Mari pergi.
135
00:11:43,703 --> 00:11:45,823
ISTANA IBLIS TIDUR
136
00:11:52,943 --> 00:11:53,943
Tuan Muda Wei,
137
00:11:54,103 --> 00:11:55,503
ini arak buatan aku sendiri.
138
00:11:55,743 --> 00:11:56,663
Cubalah rasa.
139
00:11:57,343 --> 00:11:58,343
Yuan.
140
00:11:58,463 --> 00:12:01,223
Lari dengan perlahan-lahan
dan berhati-hati.
141
00:12:03,823 --> 00:12:06,103
Tuan Muda, aku yang bersalah.
142
00:12:07,423 --> 00:12:09,783
Aku minta maaf dan terima kasih.
143
00:12:14,983 --> 00:12:15,863
Tuan Muda Wei.
144
00:12:17,943 --> 00:12:18,783
Tuan Muda Wei.
145
00:12:53,103 --> 00:12:55,663
Dulu, serbuan itu
telah musnahkan segala-galanya.
146
00:13:34,903 --> 00:13:36,543
Aku tak kisah tempat ini musnah.
147
00:13:37,943 --> 00:13:39,863
Bagi aku,
148
00:13:40,783 --> 00:13:42,623
Wen Qing dan Wen Ning,
149
00:13:44,263 --> 00:13:45,343
tempat ini
150
00:13:46,463 --> 00:13:48,903
melambangkan saat paling sukar
dalam hidup kami.
151
00:13:51,263 --> 00:13:52,703
Aku tak perlu kembali ke sini pun.
152
00:14:06,943 --> 00:14:07,823
Wen Ning,
153
00:14:08,623 --> 00:14:10,783
sudahlah. Mari pergi.
154
00:14:13,703 --> 00:14:14,823
Ya, Tuan Muda.
155
00:14:15,703 --> 00:14:16,903
Aku cuma nak lihat
156
00:14:17,503 --> 00:14:19,023
jika ada apa-apa yang tinggal.
157
00:14:46,783 --> 00:14:47,663
Berjaga-jaga!
158
00:15:19,463 --> 00:15:20,383
Untuk pertahankan diri.
159
00:15:21,583 --> 00:15:22,463
Terima kasih.
160
00:15:37,103 --> 00:15:38,383
Dah lama aku tak gunakan pedang.
161
00:15:38,623 --> 00:15:39,943
Aku dah tidak biasa.
162
00:15:42,503 --> 00:15:43,983
Baiklah. Aku akan beritahu kau.
163
00:15:44,823 --> 00:15:47,743
Tubuh aku ini kurang kuasa rohani.
164
00:15:48,583 --> 00:15:50,903
Jadi pedang terbaik sekalipun
165
00:15:51,303 --> 00:15:53,223
tak dapat paparkan kuasa sebenarnya
di tangan aku.
166
00:15:54,183 --> 00:15:55,143
Jadi
167
00:15:55,543 --> 00:15:57,063
Hanguang Jun,
168
00:15:57,503 --> 00:15:59,783
tolong lindungi lelaki
yang lemah dan tidak bermaya ini.
169
00:16:18,823 --> 00:16:19,663
Tunggu.
170
00:16:25,120 --> 00:16:26,040
Cuba beritahu,
171
00:16:26,560 --> 00:16:30,920
kenapa kau tikam saja?
Kenapa tak bunuh dia terus?
172
00:16:32,583 --> 00:16:34,223
Dah beberapa hari
mereka tak balik ke sini.
173
00:16:34,583 --> 00:16:35,823
Apa yang mereka nak?
174
00:16:36,223 --> 00:16:38,423
Kalau mereka nak seksa
atau nak bunuh kami, buat sajalah.
175
00:16:39,063 --> 00:16:41,103
Aku lebih rela dimakan raksasa
ketika pemburuan malam
176
00:16:42,423 --> 00:16:44,103
daripada mati kebuluran
di tempat teruk ini.
177
00:16:44,343 --> 00:16:45,383
Niatnya cukup jelas!
178
00:16:45,863 --> 00:16:47,543
Dia mesti nak jadikan kita
boneka-boneka dia
179
00:16:47,903 --> 00:16:49,423
seperti yang dia buat di Kota Nirmalam
180
00:16:49,783 --> 00:16:51,583
dan gunakan kita
untuk menentang keluarga kita,
181
00:16:51,983 --> 00:16:53,303
sebab dia tahu mereka ragu-ragu.
182
00:16:53,383 --> 00:16:54,903
Dia nak musuhnya saling berbalah.
183
00:16:55,263 --> 00:16:56,103
Wei celaka itu.
184
00:16:56,223 --> 00:16:57,223
Tiada hati perut langsung.
185
00:16:57,303 --> 00:16:58,143
Diamlah.
186
00:17:00,543 --> 00:17:01,663
Kenapa aku nak diam?
187
00:17:01,983 --> 00:17:02,863
Apa maksud kau?
188
00:17:02,983 --> 00:17:03,863
Apa maksud aku?
189
00:17:04,103 --> 00:17:05,223
Kau pekak atau bodoh?
190
00:17:05,383 --> 00:17:06,263
Itu pun tak faham?
191
00:17:06,543 --> 00:17:08,143
"Diam" bermaksud "berhenti bercakap".
192
00:17:08,223 --> 00:17:09,503
Berani kau suruh aku diam?
193
00:17:10,263 --> 00:17:11,543
Apa gunanya bercakap di sini?
194
00:17:11,903 --> 00:17:13,623
Tali ini boleh terbukakah
kalau kau membebel?
195
00:17:13,743 --> 00:17:14,623
Menyakitkan hati.
196
00:17:14,703 --> 00:17:15,543
Kau!
197
00:17:15,623 --> 00:17:16,783
Cukup! Sudahlah.
198
00:17:17,023 --> 00:17:18,263
Kita terperangkap di sini.
199
00:17:18,463 --> 00:17:20,583
Boneka-boneka di gunung akan datang
pada bila-bila masa.
200
00:17:20,703 --> 00:17:21,823
Perlukah bergaduh sekarang?
201
00:17:21,903 --> 00:17:23,103
Dia yang mulakannya!
202
00:17:23,263 --> 00:17:24,103
Kenapa?
203
00:17:24,263 --> 00:17:26,743
Kau sajakah yang boleh kutuk aku?
Kau ingat kau siapa, Jin Ling?
204
00:17:26,903 --> 00:17:29,783
Kau ingat Lianfang Zun boleh jadi
seperti Yang Mulia?
205
00:17:30,023 --> 00:17:30,983
Aku takkan diam.
206
00:17:31,063 --> 00:17:32,423
Apa yang kau boleh buat kepada aku?
207
00:17:33,823 --> 00:17:34,823
Kau nak berlawan?
208
00:17:35,023 --> 00:17:36,143
Baiklah, mari berlawan.
209
00:17:36,743 --> 00:17:39,263
Aku sangat marah sekarang, anak haram!
210
00:17:40,943 --> 00:17:42,903
Berhenti! Bertenang!
211
00:17:42,983 --> 00:17:45,463
- Kau buat apa? Bertenang!
- Sudahlah, jangan bergaduh.
212
00:17:45,543 --> 00:17:47,303
- Bertenang!
- Berhenti.
213
00:17:47,663 --> 00:17:49,103
Ini masa yang sesuaikah nak berlawan?
214
00:17:49,223 --> 00:17:50,503
- Fikirkan jalan...
- Berhenti!
215
00:17:51,463 --> 00:17:52,423
Berhenti!
216
00:17:52,583 --> 00:17:53,423
Berhenti!
217
00:17:54,463 --> 00:17:56,143
- Jin Ling.
- Berhenti!
218
00:17:56,223 --> 00:17:58,463
Hei, tengok sini.
219
00:17:59,983 --> 00:18:01,303
- Hanguang Jun.
- Hanguang Jun.
220
00:18:01,423 --> 00:18:02,623
Kenapa kau nampak senang hati?
221
00:18:02,703 --> 00:18:03,823
Mereka di pihak yang sama.
222
00:18:17,383 --> 00:18:20,423
Itu Panglima Hantu!
223
00:18:36,623 --> 00:18:38,303
Rupa-rupanya, dalam bab menakutkan orang,
224
00:18:38,623 --> 00:18:40,583
aku dan Wen Ning lebih kurang saja.
225
00:18:47,023 --> 00:18:48,663
Lari!
226
00:18:49,703 --> 00:18:51,623
Jangan, ada boneka di luar.
227
00:18:58,663 --> 00:18:59,503
Mo...
228
00:18:59,600 --> 00:19:01,880
Tuan Muda Wei,
kau datang nak selamatkan kami!
229
00:19:02,400 --> 00:19:04,200
Kau tak hantar orang
untuk tangkap kami, bukan?
230
00:19:04,623 --> 00:19:05,703
Aku?
231
00:19:06,423 --> 00:19:08,223
Kau tahu aku ini miskin.
232
00:19:08,543 --> 00:19:10,343
Mana aku ada duit nak upah orang?
233
00:19:12,983 --> 00:19:15,423
Sejak dulu lagi aku tahu
yang kau papa kedana.
234
00:19:17,983 --> 00:19:18,903
Betul.
235
00:19:19,383 --> 00:19:22,303
Ada berapa ramai musuh?
Ada apa-apa perangkap berdekatan?
236
00:19:22,583 --> 00:19:25,063
Ada beberapa orang memakai topeng hantu,
237
00:19:25,183 --> 00:19:26,503
jadi kami tak nampak muka mereka.
238
00:19:26,583 --> 00:19:28,623
Kami diikat dan ditinggalkan di sini.
239
00:19:29,183 --> 00:19:30,743
Mereka macam tak peduli tentang kami.
240
00:19:30,983 --> 00:19:31,823
Selain itu,
241
00:19:31,943 --> 00:19:34,183
ada banyak boneka di luar
yang sentiasa memekik.
242
00:19:34,503 --> 00:19:35,343
Bagus.
243
00:19:41,263 --> 00:19:42,463
Benar-benar bagus.
244
00:19:42,943 --> 00:19:45,183
Sizhui pun rela berbalah dengan yang lain.
245
00:19:47,183 --> 00:19:49,303
Aku terlalu mengikut perasaan tadi.
246
00:19:57,103 --> 00:19:58,263
Tuan Muda Jin.
247
00:20:03,503 --> 00:20:05,223
Kenapa kamu semua berada di sini?
248
00:20:05,623 --> 00:20:06,663
Kamu sedang mengepung dia.
249
00:20:08,263 --> 00:20:09,103
Lan Zhan.
250
00:20:12,023 --> 00:20:13,463
Kau nak tikam dia lagi?
251
00:20:14,063 --> 00:20:15,063
- Aku...
- Jingyi.
252
00:20:15,463 --> 00:20:16,343
Cukuplah.
253
00:20:16,743 --> 00:20:18,263
Apa kata kita keluar dulu?
254
00:20:18,623 --> 00:20:19,463
Ya.
255
00:20:23,383 --> 00:20:24,223
Apa?
256
00:20:24,983 --> 00:20:25,983
Kamu nak tinggal di sini?
257
00:20:26,223 --> 00:20:27,423
Ada banyak boneka di luar.
258
00:20:28,023 --> 00:20:30,823
Kau nak kami keluar dan mati?
259
00:20:33,623 --> 00:20:34,463
Tuan Muda.
260
00:20:35,063 --> 00:20:36,943
Aku akan halang boneka-boneka itu.
261
00:20:46,223 --> 00:20:47,623
Jerat iblis dah dipatahkan.
262
00:20:48,143 --> 00:20:50,463
Kita mungkin perlu berlawan
untuk selamatkan diri.
263
00:20:50,903 --> 00:20:51,903
Kamu nak buat apa
264
00:20:52,263 --> 00:20:54,543
kalau boneka-boneka itu masuk
selepas kami pergi?
265
00:20:55,103 --> 00:20:56,463
Melihatkan pada struktur gua ini,
266
00:20:56,903 --> 00:20:58,503
teruklah kita jika mereka menyerang.
267
00:20:59,343 --> 00:21:00,183
Mari pergi.
268
00:21:18,343 --> 00:21:19,703
Lan Zhan, mari pergi.
269
00:21:29,223 --> 00:21:30,863
Wen Ning, apa yang berlaku?
270
00:21:31,223 --> 00:21:32,103
Aku tak apa-apa.
271
00:21:32,183 --> 00:21:33,583
Jin Ling, mari sini.
272
00:21:33,783 --> 00:21:34,703
Mahaguru.
273
00:21:36,263 --> 00:21:37,103
Mahaguru.
274
00:21:38,783 --> 00:21:40,503
Wen Ning, tunggu di sini dulu.
275
00:21:53,503 --> 00:21:54,383
Ayah!
276
00:21:55,983 --> 00:21:57,903
Jin Ling, kau tunggu apa lagi?
277
00:21:58,623 --> 00:21:59,543
Tunggu nak mati?
278
00:22:00,223 --> 00:22:01,063
Mak!
279
00:22:01,863 --> 00:22:02,703
Tuan!
280
00:22:03,303 --> 00:22:04,343
- Tuan.
- Ayah.
281
00:22:07,543 --> 00:22:08,903
Ayah dah sampai akhirnya.
282
00:22:37,143 --> 00:22:38,063
Wangji.
283
00:22:38,583 --> 00:22:39,463
Mari sini.
284
00:22:50,623 --> 00:22:51,463
Hanguang Jun,
285
00:22:52,103 --> 00:22:53,223
apa yang terjadi kepada kau?
286
00:22:53,583 --> 00:22:54,863
Kau dah berubah!
287
00:22:55,543 --> 00:22:57,783
Dulu, kau berdua saling bermusuhan!
288
00:22:58,103 --> 00:23:00,543
Kaedah apa yang Bapa Keluarga Yiling
gunakan untuk memperdaya
289
00:23:00,743 --> 00:23:02,423
dan buatkan kau menentang kami?
290
00:23:05,263 --> 00:23:07,943
Kalau betullah, sia-sia sajalah
nama baik kau selama ini!
291
00:23:08,543 --> 00:23:10,223
Tak habis lagikah?
292
00:23:11,063 --> 00:23:12,103
Kita perlu lakukannya.
293
00:23:12,743 --> 00:23:14,623
Jika kau, Bapa Keluarga Yiling,
294
00:23:14,743 --> 00:23:18,223
tidak cipta boneka-boneka
sebaik saja kembali ke dunia
295
00:23:18,383 --> 00:23:19,983
dan menculik pengikut puak-puak berbeza,
296
00:23:20,143 --> 00:23:24,143
kami tidak perlu tergesa-gesa
datang ke tempat persembunyian kau ini.
297
00:23:24,623 --> 00:23:26,783
Aku yang selamatkan para pengikut itu.
298
00:23:27,103 --> 00:23:28,423
Kenapa kamu tidak berterima kasih?
299
00:23:29,023 --> 00:23:30,383
Kenapa nak tuduh aku pula?
300
00:23:36,023 --> 00:23:36,863
Apa pun,
301
00:23:37,423 --> 00:23:40,663
kumpulan kamu agak lemah kali ini.
302
00:23:41,463 --> 00:23:42,943
Kamu tiada dua orang penting.
303
00:23:43,743 --> 00:23:44,663
Boleh aku tanya?
304
00:23:45,263 --> 00:23:46,463
Ketika peristiwa hebat begini,
305
00:23:47,183 --> 00:23:49,863
kenapa Zewu Jun
dan Lianfang Zun tidak datang?
306
00:23:52,103 --> 00:23:55,983
Tempoh hari, ada orang
cuba membunuh Lianfang Zun.
307
00:23:56,103 --> 00:23:57,223
Dia cedera parah.
308
00:23:57,823 --> 00:23:59,663
Kini Zewu Jun sedang
berusaha menyelamatkannya.
309
00:24:00,023 --> 00:24:01,383
Kenapa pura-pura nak tanya lagi?
310
00:24:04,143 --> 00:24:04,983
Kenapa kau ketawa?
311
00:24:06,623 --> 00:24:07,463
Tiada apa-apa.
312
00:24:07,743 --> 00:24:11,503
Aku cuma pelik yang Lianfang Zun
boleh tercedera dengan mudah.
313
00:24:11,583 --> 00:24:12,783
Ayah,
314
00:24:13,423 --> 00:24:15,303
saya rasa bukan dia yang buat.
315
00:24:16,383 --> 00:24:18,743
Dia yang selamatkan kami
di Pekan Keranda sebelum ini.
316
00:24:19,383 --> 00:24:21,863
Kali ini, dia datang selamatkan kami juga.
317
00:24:22,063 --> 00:24:23,783
Jangan mengarut, budak bodoh.
318
00:24:23,903 --> 00:24:25,463
Takkan kamu tak faham lagi?
319
00:24:25,943 --> 00:24:28,063
Kamu tak kenalkah siapa mereka?
320
00:24:28,863 --> 00:24:30,463
Kenapa Puak Nie dan Qinghe tidak datang?
321
00:24:30,903 --> 00:24:32,823
Maaf.
322
00:24:33,543 --> 00:24:35,183
Tuan Muda Wei.
323
00:24:35,503 --> 00:24:37,823
Aku tidak tahu apa-apa tentang ini.
324
00:24:38,223 --> 00:24:40,183
Aku datang nak meriahkan suasana saja.
325
00:24:46,983 --> 00:24:47,863
Wei Wuxian,
326
00:24:48,543 --> 00:24:49,663
kau masih ingat aku?
327
00:24:51,103 --> 00:24:51,983
Tidak.
328
00:24:53,223 --> 00:24:55,903
Kau tidak ingat aku,
tetapi kaki aku ingat kau.
329
00:25:01,023 --> 00:25:04,823
Kau patahkan kaki aku
pada malam itu di Kota Nirmalam.
330
00:25:05,223 --> 00:25:09,783
Aku tunjukkannya kepada kau
sebab aku datang bersama mereka
331
00:25:09,903 --> 00:25:11,423
untuk berlawan dengan kau.
332
00:25:12,023 --> 00:25:14,063
Buat jahat, dibalas jahat.
333
00:25:14,143 --> 00:25:15,663
- Ya!
- Ya!
334
00:25:15,743 --> 00:25:16,623
Wei Wuxian,
335
00:25:16,903 --> 00:25:18,543
aku takkan tanya
jika kau ingat atau tidak.
336
00:25:19,103 --> 00:25:21,023
Kau bunuh ibu bapa aku.
337
00:25:21,943 --> 00:25:23,543
Kau dah bunuh terlalu ramai orang.
338
00:25:24,303 --> 00:25:26,343
Jadi kau pasti dah tidak ingat mereka.
339
00:25:27,343 --> 00:25:29,183
Tapi aku, Fang Mengchen,
takkan sesekali lupa!
340
00:25:29,743 --> 00:25:31,023
Aku takkan maafkan kau juga!
341
00:25:39,263 --> 00:25:40,543
Aku patahkan kaki kau?
342
00:25:42,183 --> 00:25:43,783
Aku bunuh ibu bapa kau?
343
00:25:44,383 --> 00:25:45,903
Aku bunuh seluruh keluarga kau?
344
00:25:47,463 --> 00:25:50,463
Jadi kenapa kau datang ke sini?
345
00:25:51,263 --> 00:25:52,903
Aku datang untuk
menyertai pertempuran ini.
346
00:25:53,023 --> 00:25:54,583
Biar aku beritahu kau sesuatu.
347
00:25:55,263 --> 00:25:59,503
Semua di sini sedia mahu membunuh
penjenayah yang menganiaya orang lain.
348
00:25:59,943 --> 00:26:02,143
Apa sekalipun cara kotor yang kau gunakan,
349
00:26:02,343 --> 00:26:04,063
walaupun berapa kali
kau dibangkitkan semula,
350
00:26:04,623 --> 00:26:06,543
kami akan bunuh kau semula
berulang-ulang kali.
351
00:26:07,343 --> 00:26:10,623
Demi menegakkan keadilan!
352
00:26:10,743 --> 00:26:15,183
- Ya! Wei Wuxian perlu mati!
- Ya! Wei Wuxian perlu mati!
353
00:26:15,423 --> 00:26:20,783
- Wei Wuxian perlu mati!
- Wei Wuxian perlu mati!
354
00:26:20,863 --> 00:26:23,663
Masih ada keadilan di dunia ini!
Kejahatan tidak akan diambil mudah!
355
00:26:23,743 --> 00:26:25,983
Kami mahu buktikan bahawa
keadilan wujud di dunia ini!
356
00:26:26,063 --> 00:26:27,103
Kejahatan akan dihapuskan!
357
00:26:27,183 --> 00:26:30,983
Leher anak aku dikelar oleh Wen Ning
ketika perlawanan di Laluan Qiongqi!
358
00:26:31,103 --> 00:26:36,263
- Wei Wuxian perlu mati!
- Wei Wuxian perlu mati!
359
00:26:36,343 --> 00:26:41,303
- Wei Wuxian perlu mati!
- Wei Wuxian perlu mati!
360
00:26:41,383 --> 00:26:46,103
- Wei Wuxian perlu mati!
- Wei Wuxian perlu mati!
361
00:26:46,263 --> 00:26:47,663
Walaupun kau mati berjuta-juta kali,
362
00:26:47,743 --> 00:26:49,623
masih tak boleh tebus
3,000 nyawa yang kau ambil!
363
00:26:49,703 --> 00:26:50,543
Tiga ribu nyawa?
364
00:26:51,383 --> 00:26:52,623
Memang ada 3,000 orang pertapa
365
00:26:52,783 --> 00:26:54,903
di Kota Nirmalam ketika itu.
366
00:26:55,903 --> 00:26:59,863
Namun ketua-ketua puak dan
para pertapa mahir turut berada di situ.
367
00:27:01,423 --> 00:27:02,463
Dengan kehadiran mereka,
368
00:27:02,583 --> 00:27:05,343
kamu rasa aku masih mampu
membunuh 3,000 orang di situ?
369
00:27:08,103 --> 00:27:12,023
Kamu pandang tinggi kepada aku
atau pandang rendah kepada mereka?
370
00:27:12,423 --> 00:27:14,903
Wei Wuxian, kamu ingat kami datang
untuk berbincang?
371
00:27:15,343 --> 00:27:16,903
Hutang darah boleh dibawa berbincangkah?
372
00:27:17,303 --> 00:27:20,143
Aku bukan nak berbincang.
373
00:27:20,743 --> 00:27:22,863
Aku cuma tidak dapat terima
tuduhan kamu terhadap aku.
374
00:27:23,183 --> 00:27:24,983
Ia cuma berdasarkan khabar angin.
375
00:27:26,023 --> 00:27:28,903
Aku takkan bertanggungjawab
atas benda yang aku tak buat.
376
00:27:29,023 --> 00:27:31,463
Kalau bukan kau, siapa yang buat?
377
00:27:32,503 --> 00:27:35,263
Aku tiada bukti untuk kejadian
di Laluan Qiongqi dan Kota Nirmalam.
378
00:27:36,023 --> 00:27:37,663
Tapi aku boleh beritahu kamu
379
00:27:38,303 --> 00:27:40,623
yang aku tak bunuh Tuan Pedang Merah
380
00:27:41,943 --> 00:27:44,983
dan Cik Puan Jin bunuh diri
di Menara Likoh atas kerelaan sendiri.
381
00:27:45,943 --> 00:27:48,543
Boneka-boneka yang kamu temui
ketika menuju ke sini
382
00:27:48,623 --> 00:27:50,183
tidak dikawal oleh aku.
383
00:27:50,863 --> 00:27:51,823
Bapa Keluarga Yiling.
384
00:27:52,823 --> 00:27:55,903
Dengar cerita, kau angkuh.
Tak sangka pula kau merendah diri.
385
00:27:56,023 --> 00:27:56,943
Selain kau,
386
00:27:57,103 --> 00:27:59,583
aku tidak dapat fikirkan
sesiapa lagi di dunia ini
387
00:27:59,703 --> 00:28:03,623
yang mampu mengawal begitu banyak boneka
dan buatkan kami bimbang begini.
388
00:28:04,863 --> 00:28:06,183
Sebenarnya mudah sahaja.
389
00:28:06,743 --> 00:28:09,383
Sesiapa yang memiliki
Tangkal Harimau Gelita mampu lakukannya.
390
00:28:09,623 --> 00:28:11,743
Bukankah Tangkal Harimau Gelita milik kau?
391
00:28:13,263 --> 00:28:14,143
Kamu sepatutnya tanya,
392
00:28:14,623 --> 00:28:17,223
"Siapa yang begitu mahukannya?"
393
00:28:17,623 --> 00:28:18,783
Seperti Wen Ning, contohnya.
394
00:28:19,703 --> 00:28:22,783
Satu puak mendakwa bahawa
Panglima Hantu menggerunkan mereka
395
00:28:22,943 --> 00:28:24,223
dan mereka mahu membunuhnya,
396
00:28:24,463 --> 00:28:26,623
tapi mereka sembunyikan dia
lebih daripada sepuluh tahun.
397
00:28:27,623 --> 00:28:28,703
Pelik betul.
398
00:28:29,463 --> 00:28:30,823
Siapa yang beritahu aku
399
00:28:31,343 --> 00:28:33,743
bahawa Wen Ning dah dibunuh
dan abunya ditabur?
400
00:28:38,903 --> 00:28:40,343
Jangan nak perdayakan kami lagi!
401
00:28:46,503 --> 00:28:47,543
Bersedia!
402
00:28:49,543 --> 00:28:50,743
Boneka datang menyerang lagi!
403
00:30:34,663 --> 00:30:35,543
Apa yang berlaku?
404
00:30:35,783 --> 00:30:36,903
Aku hilang kuasa rohani aku.
405
00:30:36,983 --> 00:30:38,183
- Tak guna!
- Aku pun.
406
00:30:38,263 --> 00:30:39,263
Kita terperangkap.
407
00:30:49,903 --> 00:30:51,223
Mari sini, semua.
408
00:30:51,303 --> 00:30:52,543
Masuk ke Istana Iblis Tidur!
409
00:30:52,623 --> 00:30:54,623
Ada satu lingkaran sihir yang besar
di lantai istana.
410
00:30:54,703 --> 00:30:56,823
Kalau kita boleh pulihkan,
kita boleh lengahkan mereka.
411
00:30:56,903 --> 00:30:58,303
Kita tak boleh masuk!
412
00:30:58,503 --> 00:31:00,423
Dia yang nak umpan kita masuk!
413
00:31:00,783 --> 00:31:03,143
Pasti ada perangkap
yang lebih berbahaya menanti kita!
414
00:31:04,463 --> 00:31:05,983
Kamu akan terbunuh jika tunggu di luar.
415
00:31:06,223 --> 00:31:07,703
Kalau masuk pun, sama saja.
416
00:31:08,063 --> 00:31:09,023
Kedua-duanya jalan mati.
417
00:31:09,143 --> 00:31:11,103
Tapi kalau kita masuk,
kita boleh lengahkan mereka.
418
00:31:11,263 --> 00:31:12,183
Ketua Puak Su,
419
00:31:12,543 --> 00:31:14,663
kenapa kau nak suruh semua orang
mati cepat-cepat?
420
00:31:15,183 --> 00:31:16,143
Apa niat kau?
421
00:31:23,343 --> 00:31:25,143
Kamu nak masuk atau tidak?
422
00:31:25,383 --> 00:31:27,303
Tak kira apa jadi, aku nak masuk.
423
00:31:27,383 --> 00:31:28,303
- Cepat.
- Ayuh.
424
00:31:28,383 --> 00:31:29,623
Pergi!
425
00:31:29,703 --> 00:31:31,063
Ayah, mari masuk!
426
00:31:31,263 --> 00:31:33,903
Ayuh! Jika mereka nak bunuh kita,
mereka pasti dah lakukannya.
427
00:31:35,143 --> 00:31:36,023
Cepat!
428
00:31:36,823 --> 00:31:38,663
Memang ada lingkaran sihir
yang besar di dalam.
429
00:31:41,463 --> 00:31:43,783
Ketua Puak Su, kau nak tunggu di sini?
430
00:31:46,863 --> 00:31:48,623
Baiklah. Tunggulah di sini.
431
00:31:49,063 --> 00:31:50,783
Kau memang berani.
432
00:32:10,383 --> 00:32:11,903
Lan Zhan! Cepat!
433
00:32:19,783 --> 00:32:21,143
ISTANA IBLIS TIDUR
434
00:32:32,703 --> 00:32:34,743
Bagaimana kita nak pulihkan
lingkaran sihir ini?
435
00:33:03,703 --> 00:33:04,543
Mahaguru.
436
00:33:12,423 --> 00:33:13,503
Kau nak apa?
437
00:33:13,583 --> 00:33:14,743
Tiada apa-apa.
438
00:33:14,943 --> 00:33:16,303
Tapi alang-alang kita ada di sini,
439
00:33:16,583 --> 00:33:18,023
mari kita berbual.
440
00:33:18,823 --> 00:33:20,983
Tiada apa yang kita nak bincangkan.
441
00:33:21,103 --> 00:33:23,303
Ya, tiada apa-apa.
442
00:33:25,023 --> 00:33:27,223
Betulkah tiada apa-apa yang nak dibualkan?
443
00:33:27,743 --> 00:33:28,703
Aku tak rasa begitu.
444
00:33:28,903 --> 00:33:31,703
Kamu tak nak tahu bagaimana
kamu boleh terkena racun?
445
00:33:33,303 --> 00:33:35,183
- Racun?
- Racun?
446
00:33:37,303 --> 00:33:38,343
Aku sumpah
447
00:33:38,543 --> 00:33:40,903
aku ini bukanlah hebat sangat
448
00:33:41,063 --> 00:33:44,143
sehingga dapat meracun kamu semua
tanpa dikesan.
449
00:33:44,463 --> 00:33:45,383
Betul juga.
450
00:33:45,783 --> 00:33:47,743
Masuk akal juga.
451
00:33:55,103 --> 00:33:55,983
Betul.
452
00:33:56,143 --> 00:34:00,503
Aku rasa kamu tak sempat nak makan
sebelum datang nak menyerang aku.
453
00:34:00,823 --> 00:34:04,343
Jadi kamu tak terkena racun
melalui makanan.
454
00:34:04,463 --> 00:34:05,383
Jadi ia bukan racun.
455
00:34:05,663 --> 00:34:08,663
Aku tak pernah dengar racun yang mampu
menghilangkan kuasa rohani seseorang.
456
00:34:09,023 --> 00:34:12,663
Jika tidak, racun ini pasti didambakan
oleh semua pertapa di dunia
457
00:34:12,943 --> 00:34:14,703
dan berita tentangnya pasti tersebar.
458
00:34:14,783 --> 00:34:15,623
Betul!
459
00:34:15,903 --> 00:34:17,743
Ayuh. Tabib! Mana tabib?
460
00:34:18,143 --> 00:34:19,183
Tabib, mari sini.
461
00:34:19,303 --> 00:34:20,183
Mari periksa aku.
462
00:34:20,263 --> 00:34:22,383
Adakah kehilangan kuasa ini
kekal atau sementara saja?
463
00:34:22,543 --> 00:34:24,663
Ya. Teras emas kau
masih dalam keadaan yang baik.
464
00:34:24,743 --> 00:34:25,583
Jangan bimbang.
465
00:34:25,743 --> 00:34:26,823
Ia sementara sahaja.
466
00:34:27,223 --> 00:34:28,103
Baguslah.
467
00:34:28,183 --> 00:34:29,983
Jadi ia sementara sahaja? Berapa lama?
468
00:34:30,303 --> 00:34:31,423
Bila kami boleh sembuh?
469
00:34:31,623 --> 00:34:33,543
Aku rasa sekurang-kurangnya empat jam.
470
00:34:33,983 --> 00:34:34,943
Empat jam?
471
00:34:35,703 --> 00:34:37,503
Empat jam.
Apa yang kita nak buat sekarang?
472
00:34:37,903 --> 00:34:38,783
Empat jam!
473
00:34:42,023 --> 00:34:45,583
Bagaimana lingkaran sihir yang baru pulih
nak pertahankan kita untuk empat jam?
474
00:34:47,703 --> 00:34:48,543
Tuan Muda Wei,
475
00:34:48,983 --> 00:34:51,383
apa kita nak buat sekarang?
476
00:34:55,583 --> 00:34:58,583
Aku dah cakap jangan cari aku.
477
00:35:00,223 --> 00:35:03,103
Sekarang cuma tinggal dua kumpulan
yang masih ada kuasa rohani.
478
00:35:03,743 --> 00:35:05,863
Lan Zhan dan aku, satu kumpulan.
479
00:35:06,263 --> 00:35:09,663
Kedua ialah lelaki-lelaki muda
yang dibawa ke sini beberapa hari lalu.
480
00:35:10,303 --> 00:35:11,383
Bagi yang lain,
481
00:35:11,663 --> 00:35:14,783
aku rasa tidak elok jika aku cakap
kamu lemah dan tidak berguna.
482
00:35:14,983 --> 00:35:16,823
Jika aku benar-benar berniat jahat,
483
00:35:17,023 --> 00:35:18,503
adakah mereka akan dapat hentikan aku?
484
00:35:19,143 --> 00:35:20,103
Cukup-cukuplah mengarut.
485
00:35:20,383 --> 00:35:21,343
Kau bunuh sajalah aku.
486
00:35:22,063 --> 00:35:25,223
Orang-orang di sini tak takut kematian.
487
00:35:25,343 --> 00:35:27,063
- Ya!
- Betul!
488
00:35:27,183 --> 00:35:29,063
Kami tidak akan merayu.
489
00:35:29,263 --> 00:35:31,143
Boleh aku tanya, kau siapa?
490
00:35:31,223 --> 00:35:32,663
- Kau!
- Apa dia?
491
00:35:33,223 --> 00:35:35,303
Kalau bukan racun, apa bendanya ini?
492
00:35:35,543 --> 00:35:38,783
Kuasa rohani tak akan hilang
tanpa apa-apa sebab.
493
00:35:39,303 --> 00:35:42,343
Jadi mesti ada ruang untuk menembusinya.
494
00:35:43,063 --> 00:35:44,863
Ada sesiapa ingat
495
00:35:46,023 --> 00:35:47,503
apa kamu buat sebelum datang ke sini?
496
00:35:51,543 --> 00:35:55,263
Yalah, kami semua minum air
dalam perjalanan ke sini.
497
00:35:58,223 --> 00:35:59,423
Ingatan aku samar-samar.
498
00:35:59,543 --> 00:36:00,383
Aku tak tahu.
499
00:36:00,463 --> 00:36:02,063
Tiada siapa minum air dalam perjalanan.
500
00:36:02,143 --> 00:36:03,903
Siapa yang berani minum air
di Tambunan Kubur?
501
00:36:03,983 --> 00:36:05,503
- Ya.
- Siapa yang berani?
502
00:36:06,223 --> 00:36:08,303
Mungkin kita semua terhidu kabus
di gunung itu.
503
00:36:09,023 --> 00:36:10,103
Ya, betul juga.
504
00:36:10,703 --> 00:36:11,663
Mustahil.
505
00:36:12,503 --> 00:36:14,263
Kabus itu lebih tebal di puncak gunung,
506
00:36:14,823 --> 00:36:18,263
tapi kuasa rohani kita masih kekal
walaupun dua hari terperangkap di situ.
507
00:36:19,143 --> 00:36:19,983
Cukup.
508
00:36:20,303 --> 00:36:22,503
Bagaimana kamu boleh berbincang
secara serius dengan dia?
509
00:36:22,783 --> 00:36:24,263
Kamu sedang diperbodohkan oleh musuh.
510
00:36:24,423 --> 00:36:25,583
Kamu rasa ini seronok?
511
00:36:26,063 --> 00:36:26,943
Dia...
512
00:36:28,263 --> 00:36:29,143
Teruskan.
513
00:36:30,183 --> 00:36:31,183
Kenapa kau berhenti?
514
00:36:31,983 --> 00:36:33,903
Ketua Puak, apa yang berlaku?
515
00:36:34,423 --> 00:36:36,183
Wei Wuxian, ilmu hitam apa
yang kau gunakan?
516
00:36:38,583 --> 00:36:39,623
Itu bukan ilmu hitam.
517
00:36:39,943 --> 00:36:41,863
Itu Jampi Bisu.
518
00:36:48,863 --> 00:36:49,703
Teruskan.
519
00:36:50,583 --> 00:36:51,783
Pelik betul.
520
00:36:52,223 --> 00:36:53,983
Tuan Muda Wei, kenapa?
521
00:36:55,263 --> 00:36:56,343
Ketua Puak Su
522
00:36:56,863 --> 00:36:59,463
berkelakuan aneh sejak di luar tadi.
523
00:37:00,303 --> 00:37:01,863
Ketika boneka-boneka itu mengepung kita,
524
00:37:01,983 --> 00:37:04,103
dia minta mereka yang
kehilangan kuasa rohani
525
00:37:04,263 --> 00:37:06,903
untuk berhenti berlawan dan mati bersama.
526
00:37:08,143 --> 00:37:11,343
Sekarang dia cuba halang aku
daripada menyelesaikan masalah ini
527
00:37:11,743 --> 00:37:13,343
dan asyik nak cari kemarahan aku.
528
00:37:13,703 --> 00:37:15,263
Dia bimbang kamu semua akan terselamat.
529
00:37:15,543 --> 00:37:16,743
Ini tidak masuk akal.
530
00:37:17,423 --> 00:37:18,903
Kenapa sekutu nak berkelakuan begitu?
531
00:37:25,223 --> 00:37:26,823
Rupa-rupanya Puak Su dari Moling
532
00:37:26,943 --> 00:37:30,303
mempunyai hubungan yang keruh
dengan Puak Lan dari Gusu.
533
00:37:30,863 --> 00:37:32,103
Memang betul.
534
00:37:34,423 --> 00:37:37,703
Puak Su dari Moling juga berasal
daripada Puak Lan dari Gusu.
535
00:37:39,423 --> 00:37:40,703
Apa cerita?
536
00:37:41,063 --> 00:37:42,343
Tuan Nie mungkin tidak tahu,
537
00:37:42,823 --> 00:37:43,663
tapi Ketua Puak Su
538
00:37:43,760 --> 00:37:46,720
membangunkan puaknya sendiri selepas
meninggalkan Puak Lan dari Gusu.
539
00:37:47,120 --> 00:37:49,080
Teknik-teknik mereka hampir sama
dengan Puak Lan
540
00:37:49,240 --> 00:37:50,440
dan mereka mahir dalam muzik.
541
00:37:50,863 --> 00:37:53,703
Malah alat hikmat kelas pertama Ketua Puak
542
00:37:54,343 --> 00:37:56,823
dibentuk mengikut guqin bertali tujuh
milik Hanguang Jun.
543
00:37:57,663 --> 00:37:58,703
Bukan begitu.
544
00:37:59,263 --> 00:38:01,783
Mereka diusir kerana membelot Puak Lan.
545
00:38:02,263 --> 00:38:03,303
Bukan itu sahaja.
546
00:38:03,423 --> 00:38:04,863
Ada lagi sebab yang tak masuk akal.
547
00:38:05,143 --> 00:38:06,183
Ketua Puak Su ini...
548
00:38:06,823 --> 00:38:08,503
Baiklah, aku akan cakap perlahan-lahan.
549
00:38:09,023 --> 00:38:11,183
Ketua Puak Su bukan sahaja meniru
teknik-teknik kami,
550
00:38:11,383 --> 00:38:14,143
dia juga tidak mahu orang cakap
dia suka meniru Hanguang Jun.
551
00:38:14,743 --> 00:38:16,743
- Kalau tak, dia mengamuk.
- Jingyi.
552
00:38:16,863 --> 00:38:18,423
Kenapa ada orang begini di dunia?
553
00:38:21,063 --> 00:38:23,703
Moto Puak Lan dari Gusu
adalah baik budi pekerti dan bermaruah.
554
00:38:24,103 --> 00:38:26,743
Dengan begitu ramai pertapa terkenal
dan pertapaan terbaik di dunia,
555
00:38:27,023 --> 00:38:29,223
adakah ini cara kamu mengajar
para pengikut kamu?
556
00:38:29,383 --> 00:38:30,543
Ketua Puak Su,
557
00:38:30,623 --> 00:38:32,623
kita sedang berdepan musuh
yang lebih besar sekarang,
558
00:38:32,903 --> 00:38:35,103
kita tidak patut bergaduh
dengan sekutu sendiri.
559
00:38:35,183 --> 00:38:36,143
- Ya.
- Betul.
560
00:38:36,583 --> 00:38:37,703
Sekutu?
561
00:38:38,143 --> 00:38:41,543
Puak Lan dari Gusu berhubungan baik
dengan Wei Wuxian.
562
00:38:42,143 --> 00:38:43,303
Mereka bukan sekutu kita!
563
00:38:43,383 --> 00:38:44,223
Su Minshan!
564
00:38:44,303 --> 00:38:46,223
Walaupun kau bukan pengikut
Puak Lan dari Gusu,
565
00:38:46,503 --> 00:38:48,303
kau patut jaga pertuturan kau.
566
00:38:48,423 --> 00:38:50,503
Ketua puak kami
telah meninggalkan puak kau.
567
00:38:50,703 --> 00:38:52,383
Siapakah kau untuk menghinanya?
568
00:38:52,503 --> 00:38:55,943
Dia boleh pegang pangkat tinggi
sebab dia belajar di Gusu.
569
00:38:56,183 --> 00:38:57,023
Apa?
570
00:38:57,183 --> 00:38:59,263
Kami tidak boleh bersuara
jika dia rosakkan nama kami?
571
00:38:59,463 --> 00:39:02,663
Ada ramai pengikut dalam Puak Lan.
Mampukah mereka membina puak sendiri?
572
00:39:02,943 --> 00:39:04,183
Bukankah kau terlalu angkuh?
573
00:39:04,303 --> 00:39:05,343
Angkuh?
574
00:39:05,543 --> 00:39:06,703
Siapa yang angkuh?
575
00:39:06,903 --> 00:39:08,303
Irama Menghalang Iblis puak siapa
576
00:39:08,383 --> 00:39:10,663
yang dimainkan dengan teruk
semasa mereka tak sedar?
577
00:39:13,343 --> 00:39:15,223
Jadi ia bukan kabus atau makanan.
578
00:39:16,423 --> 00:39:18,423
Kamu dah lupa apa yang kamu biasa buat
579
00:39:18,703 --> 00:39:20,023
ketika sedang naik ke atas sini?
580
00:39:20,583 --> 00:39:21,503
Apa dia?
581
00:39:22,823 --> 00:39:24,063
Bunuh boneka.
582
00:39:24,783 --> 00:39:25,623
Cukup.
583
00:39:25,903 --> 00:39:27,983
Jika ada perkara pelik terjadi
selepas membunuh boneka,
584
00:39:28,143 --> 00:39:29,663
kami takkan abaikan saja.
585
00:39:29,783 --> 00:39:31,383
Memang ada kaitan dengan membunuh boneka.
586
00:39:32,143 --> 00:39:34,463
Namun, racun itu bukan
daripada boneka-boneka itu.
587
00:39:34,823 --> 00:39:37,183
Ia daripada orang yang membunuh mereka.
588
00:39:40,783 --> 00:39:44,303
Mahaguru Lan, boleh aku tanya satu soalan?
589
00:39:46,343 --> 00:39:47,263
Jika kau ada soalan,
590
00:39:47,863 --> 00:39:48,903
kenapa tidak tanya dia?
591
00:39:49,183 --> 00:39:50,183
Kenapa tanya aku?
592
00:39:51,303 --> 00:39:52,343
Baiklah, aku tanya dia.
593
00:39:54,023 --> 00:39:54,863
Lan Zhan,
594
00:39:56,143 --> 00:39:57,543
Puak Su dari Moling,
595
00:39:57,663 --> 00:40:00,663
walaupun mereka berpecah
daripada Puak Lan dari Gusu,
596
00:40:00,943 --> 00:40:04,943
mereka meniru teknik-teknik asli
puak tersebut.
597
00:40:06,223 --> 00:40:08,223
- Betul?
- Ya.
598
00:40:09,143 --> 00:40:10,783
Salah satu teknik Puak Lan dari Gusu,
599
00:40:10,903 --> 00:40:13,383
Muzik Pemusnah Iblis,
boleh menghalau iblis.
600
00:40:13,623 --> 00:40:16,063
Guqin bertali tujuh juga
adalah yang paling terkenal.
601
00:40:16,303 --> 00:40:18,343
Sebab itu ramai Puak Lan bermain guqin.
602
00:40:19,463 --> 00:40:21,343
Puak Su dari Moling meniru puak kau,
603
00:40:21,463 --> 00:40:23,703
jadi ramai pengikut mereka
turut bermain guqin.
604
00:40:23,823 --> 00:40:25,743
- Betul?
- Ya.
605
00:40:26,183 --> 00:40:28,023
Ketua Puak Su
606
00:40:28,143 --> 00:40:30,383
meninggalkan Puak Lan selepas
mempelajari teknik-teknik ini
607
00:40:30,503 --> 00:40:31,503
dan membina puak sendiri.
608
00:40:31,583 --> 00:40:33,183
Namun disebabkan teknik dia bermain guqin
609
00:40:33,263 --> 00:40:34,623
tidak capai kesempurnaan,
610
00:40:34,743 --> 00:40:38,303
para pengikutnya bermain sambil
melakukan banyak kesilapan, bukan?
611
00:40:39,703 --> 00:40:40,543
Ya.
612
00:40:40,863 --> 00:40:42,023
Maksudnya
613
00:40:42,263 --> 00:40:47,383
jika muzik pertempuran dimainkan
dengan teruk oleh Puak Su dari Moling
614
00:40:47,823 --> 00:40:50,303
ketika membunuh boneka-boneka
di Tambunan Kubur,
615
00:40:50,503 --> 00:40:53,383
Puak Lan dari Gusu
mesti tak kisah langsung.
616
00:40:53,503 --> 00:40:55,743
Mereka anggap ia cuma kecuaian biasa,
617
00:40:55,823 --> 00:40:57,103
bahawa seseorang tersilap irama
618
00:40:57,183 --> 00:41:01,583
dan tak menganggap mereka
buat begitu dengan sengaja atau tak.
619
00:41:03,943 --> 00:41:05,023
Betul tak?
620
00:41:05,623 --> 00:41:06,743
Ketua Puak Su,
621
00:41:08,583 --> 00:41:09,463
apa yang kau buat?
622
00:41:11,583 --> 00:41:14,983
Jangan lupa yang kau dah hilang
kuasa rohani kau.
623
00:41:15,463 --> 00:41:17,223
Kau ingat kau boleh ancam aku
dengan cara itu?
624
00:41:18,983 --> 00:41:22,703
Apa yang kau nak sampaikan?
625
00:41:23,143 --> 00:41:27,463
Bukankah aku dah cukup jelas,
kau rasa aku menyindir?
626
00:41:28,023 --> 00:41:30,463
Baiklah, biar aku jelaskan lagi.
627
00:41:30,943 --> 00:41:34,583
Kamu semua kehilangan kuasa rohani kamu
kerana membunuh boneka.
628
00:41:36,143 --> 00:41:37,383
Ketika kamu bunuh mereka,
629
00:41:37,823 --> 00:41:40,383
Ketua Puak Su mendaki gunung bersama kamu
630
00:41:40,623 --> 00:41:42,423
dan pura-pura bermain muzik
untuk halau mereka.
631
00:41:42,663 --> 00:41:45,903
Namun dia mengubah sebahagian
daripada muzik pertempuran itu
632
00:41:46,063 --> 00:41:47,503
menjadi irama yang berbeza,
633
00:41:47,583 --> 00:41:49,943
yang akan menarik kuasa rohani
seseorang buat sementara waktu.
634
00:41:50,023 --> 00:41:51,823
Ketika kamu semua berjuang
mempertahankan diri,
635
00:41:52,023 --> 00:41:53,863
memang nampak macam
dia berjuang bersama kamu.
636
00:41:54,263 --> 00:41:56,743
Dia sebenarnya mempermainkan kamu.
637
00:41:57,663 --> 00:41:58,623
Berani kau tuduh aku?
638
00:42:00,823 --> 00:42:03,383
Mesti ada ramai pertapa guqin
daripada Puak Lan di sini, bukan?
639
00:42:03,743 --> 00:42:05,263
Ketika dalam perjalanan ke sini,
640
00:42:05,783 --> 00:42:08,663
kamu sedar tak muzik pertempuran
yang dimainkan Puak Su dari Moling salah?
641
00:42:09,423 --> 00:42:10,423
- Ya!
- Ya!
642
00:42:13,103 --> 00:42:14,263
Ketua Puak Su,
643
00:42:14,383 --> 00:42:16,423
memandangkan kau tahu
bahawa ramai Puak Lan dari Gusu
644
00:42:16,503 --> 00:42:19,383
membenci kau dan puak kau,
645
00:42:19,943 --> 00:42:21,663
kau terus nak ambil kesempatan.
646
00:42:22,183 --> 00:42:23,583
Walaupun kau bermain secara salah,
647
00:42:23,903 --> 00:42:27,583
hanya Puak Lan dari Gusu yang akan
perasan berbanding puak-puak lain di sini.
648
00:42:28,063 --> 00:42:31,703
Namun Puak Lan
tidak terlalu memberi perhatian.
649
00:42:32,143 --> 00:42:33,943
Jadi walaupun mereka perasan,
650
00:42:34,103 --> 00:42:37,223
mereka mungkin ingat
kamu semua kurang mahir bermain.
651
00:42:37,463 --> 00:42:39,863
Adakah wujud irama jahat
652
00:42:40,023 --> 00:42:42,543
yang mampu menarik kuasa rohani
buat sementara waktu?
653
00:42:42,663 --> 00:42:43,623
Ya, ia wujud.
654
00:42:43,863 --> 00:42:45,343
Sebab guqin boleh kalahkan kejahatan,
655
00:42:45,423 --> 00:42:46,903
tentulah ia boleh seru kejahatan juga.
656
00:42:47,343 --> 00:42:50,103
Terdapat kumpulan karya Dongying sulit
yang dipanggil Koleksi Huru-hara
657
00:42:50,543 --> 00:42:54,903
yang mencatatkan cara-cara membunuh orang
dengan mengubah irama.
658
00:42:55,863 --> 00:42:57,343
Jika kamu tidak percaya,
659
00:42:57,743 --> 00:42:59,463
kamu boleh tanya Mahaguru Lan
660
00:42:59,743 --> 00:43:02,743
jika buku sebegitu wujud
dalam kamar larangan Relung Awan.
661
00:43:02,863 --> 00:43:04,263
Jika ia wujud sekali pun,
662
00:43:04,543 --> 00:43:06,303
ketika aku belajar bersama
Puak Lan dari Gusu,
663
00:43:06,383 --> 00:43:07,983
aku tidak dibenarkan memasuki tempat itu.
664
00:43:08,343 --> 00:43:10,183
Siapa cakap kau yang perlu masuk?
665
00:43:10,303 --> 00:43:13,383
Asalkan orang di belakang kau yang boleh
masuk sesuka hati, itu dah mencukupi.
666
00:43:13,663 --> 00:43:16,263
Aku rasa dia ajar kau
667
00:43:16,583 --> 00:43:18,103
cara untuk mengubah irama juga, bukan?