1 00:00:07,341 --> 00:00:09,843 Bumi sangat luar biasa, 2 00:00:10,636 --> 00:00:13,680 mudah untuk terlepas sesuatu yang kecil dalam kehidupan. 3 00:00:15,766 --> 00:00:17,434 Tapi lihatlah dengan lebih dekat... 4 00:00:18,101 --> 00:00:20,562 dan ada dunia yang belum diterokai. 5 00:00:22,648 --> 00:00:24,983 Dunia tempat wira-wira kecil... 6 00:00:26,485 --> 00:00:27,819 dan raksasa-raksasa kecil... 7 00:00:29,029 --> 00:00:31,406 perlukan kuasa hebat... 8 00:00:34,618 --> 00:00:40,123 untuk membantu berdepan kesukaran. 9 00:00:53,929 --> 00:00:55,973 Hutan-hutan Amerika Latin, 10 00:00:57,607 --> 00:00:59,327 habitat kepada lebih banyak makhluk kecil... 11 00:00:59,351 --> 00:01:00,352 DICERITAKAN OLEH PAUL RUDD 12 00:01:00,435 --> 00:01:01,979 ...berbanding tempat lain di Bumi. 13 00:01:04,565 --> 00:01:09,152 Di bawah dedaun gugur, ada permulaan baru untuk sesuatu. 14 00:01:11,655 --> 00:01:15,951 Katak beracun ini menggendong berudu di belakangnya. 15 00:01:19,288 --> 00:01:22,082 Saiznya seperti sebutir beras. 16 00:01:35,804 --> 00:01:38,432 Hutan di sini terlalu berbahaya untuk anaknya. 17 00:01:43,228 --> 00:01:45,647 Ia perlu mencari tempat selamat untuk anaknya membesar. 18 00:01:49,401 --> 00:01:56,283 Di atas sana, pada dahan pokok besar setinggi 40 meter ini. 19 00:01:59,786 --> 00:02:01,622 Untuk katak bersaiz anggur... 20 00:02:02,998 --> 00:02:05,167 ini Gunung Everest baginya. 21 00:02:19,640 --> 00:02:21,308 Kaki yang melekit untuk mencengkam. 22 00:02:24,311 --> 00:02:26,730 Tapi sekali tergelincir boleh membawa maut. 23 00:02:35,614 --> 00:02:37,908 Ia ada ramai teman di pokok ini. 24 00:02:40,702 --> 00:02:41,703 Daripada akar... 25 00:02:43,539 --> 00:02:44,540 ...ke puncaknya. 26 00:02:47,459 --> 00:02:50,796 Mungkin ada lebih 5,000 jenis makhluk kecil berbeza 27 00:02:50,879 --> 00:02:52,506 yang hidup pada sebatang pokok. 28 00:03:06,186 --> 00:03:10,190 Akhirnya, di kanopi dengan sinaran matahari. 29 00:03:16,655 --> 00:03:19,366 Pokok bromeliad sesuai dijadikan kolam renang emper 30 00:03:19,449 --> 00:03:21,076 untuk berudunya membesar. 31 00:03:29,585 --> 00:03:33,589 Tapi dengan banyak haiwan kecil lain yang bersaing untuk makanan dan ruang, 32 00:03:34,882 --> 00:03:37,176 hidup di hutan memang sukar dijangka. 33 00:03:39,720 --> 00:03:42,139 Hanya pakar sebenar mampu terselamat. 34 00:03:45,809 --> 00:03:50,397 HUTAN 35 00:03:58,405 --> 00:04:00,616 Ini monyet paling kecil di dunia... 36 00:04:03,660 --> 00:04:05,078 Pigmi marmoset. 37 00:04:09,416 --> 00:04:11,627 Monyet dewasa spesies ini hanya sebesar tapak tangan. 38 00:04:23,263 --> 00:04:29,811 Disebabkan saiznya yang kecil sukar untuk tentukan kawan, musuh atau makanan. 39 00:04:37,945 --> 00:04:40,145 Tapi sekurang-kurangnya ia boleh dapatkan sumber makanan 40 00:04:40,169 --> 00:04:41,378 di bawah kakinya saja. 41 00:04:44,618 --> 00:04:46,703 Dengan gigi yang tajam, ia mengorek kulit kayu 42 00:04:46,787 --> 00:04:51,250 untuk menghasilkan telaga mini yang akan dipenuhi sap manis yang enak. 43 00:04:53,168 --> 00:04:56,046 Pada pokok besar, ada lebih seribu pigmi marmoset. 44 00:05:02,094 --> 00:05:04,054 Cukup mudah untuk membina keluarga. 45 00:05:07,933 --> 00:05:11,812 Mujurlah. Ada tambahan baru dalam kawanan ini. 46 00:05:15,566 --> 00:05:17,818 Setiap satunya bersaiz seperti bola ping pong. 47 00:05:30,122 --> 00:05:32,749 Selalunya marmoset lahirkan anak kembar. 48 00:05:35,335 --> 00:05:40,090 Ibu bapanya berkongsi tugas menjaga anak dan anak yang lebih tua juga membantu... 49 00:05:42,009 --> 00:05:43,218 apabila ia tak bertengkar. 50 00:05:47,264 --> 00:05:50,601 Kerjasama adalah cara kehidupan asas monyet bersaiz kecil ini. 51 00:05:54,688 --> 00:05:57,316 Jadi ia melepak di tengah-tengah pokok. 52 00:06:00,402 --> 00:06:02,029 Ia terlalu berbahaya di bawah... 53 00:06:08,744 --> 00:06:10,746 dan terlalu sesak di atas. 54 00:06:12,581 --> 00:06:18,212 Dengan saiz 60 kali ganda dari marmoset, monyet howler mendominasi di atas. 55 00:06:27,679 --> 00:06:31,850 Kanopi merupakan tempat 80 peratus daripada hidupan di hutan ditemui. 56 00:06:47,950 --> 00:06:51,411 Di lantai hutan, kehidupan lebih sukar. 57 00:06:55,415 --> 00:06:59,044 Tak banyak cahaya matahari menembusi, jadi, tak banyak tumbuhan yang tumbuh. 58 00:07:10,681 --> 00:07:13,809 Agouti yang sangat kecil bergantung kepada makanan yang terjatuh dari atas. 59 00:07:27,406 --> 00:07:29,825 Hujan merupakan komponen utama di hutan. 60 00:07:33,662 --> 00:07:35,664 Hujan turun hingga tiga meter setiap tahun. 61 00:07:39,668 --> 00:07:43,881 Setiap titisan memberikan kesan besar kepada hidupan kecil. 62 00:07:46,925 --> 00:07:50,179 Hujan memastikan kolam berudu sentiasa penuh. 63 00:07:53,765 --> 00:07:56,768 Tapi banyak lagi kelebihan daripadanya. 64 00:07:58,353 --> 00:08:04,985 Air yang diserap oleh pokok dan dahan menambah beban kepada pokok tua. 65 00:08:12,659 --> 00:08:15,454 Hujan lebat menghanyutkan tanah lembut. 66 00:08:20,375 --> 00:08:24,087 Pokok-pokok besar bertahan dengan ribut yang kuat selama berabad-abad... 67 00:08:28,217 --> 00:08:29,551 sehinggalah suatu hari... 68 00:09:02,876 --> 00:09:05,087 Apabila pokok besar seperti ini tumbng... 69 00:09:06,588 --> 00:09:08,908 ia meninggalkan lubang yang besar dalam kehidupan di hutan. 70 00:09:15,222 --> 00:09:17,724 Katak beracun terselamat. 71 00:09:20,602 --> 00:09:22,604 Tapi berudunya terdedah. 72 00:09:30,988 --> 00:09:33,824 Ular berperut merah boleh mengesannya. 73 00:09:52,092 --> 00:09:53,927 Tiada apa-apa yang si ibu boleh buat... 74 00:09:58,182 --> 00:09:59,391 kecuali bermula semula. 75 00:10:10,903 --> 00:10:15,574 Malapetaka untuk makhluk lain merupakan kelebihan untuk yang lain. 76 00:10:18,869 --> 00:10:21,413 Semut pemakan daun tak perlu lagi memanjat. 77 00:10:27,836 --> 00:10:30,506 Daun-daun ini lebih besar daripada saiznya. 78 00:10:32,758 --> 00:10:36,345 Tapi setiap semut boleh membawa beban sepuluh kali lebih berat dari beratnya. 79 00:10:47,940 --> 00:10:51,818 Satu koloni dengan lapan juta semut boleh menggugurkan daun pokok begini 80 00:10:51,902 --> 00:10:53,779 hanya dalam masa beberapa hari. 81 00:11:04,665 --> 00:11:08,877 Pokok besar yang tumbang ini juga menarik pemakan daun kecil yang lain. 82 00:11:11,338 --> 00:11:14,216 Malangnya, marmoset tak makan daun. 83 00:11:16,802 --> 00:11:20,222 Kehilangan pokok utama untuk sap adalah kehilangan besar. 84 00:11:28,230 --> 00:11:32,234 Tapi makhluk kecil ini ada sisi pemangsa yang mengejutkan. 85 00:11:44,997 --> 00:11:48,625 Kaki seperti spring boleh membawanya setinggi tiga meter. 86 00:11:52,129 --> 00:11:54,840 Cengkaman kuku melengkung seperti pencangkuk besi mini. 87 00:12:05,976 --> 00:12:10,063 Gigi pengunyah dahan itu juga berkesan terhadap serangga. 88 00:12:18,197 --> 00:12:23,410 Memburu di antara dahan yang tumbang adalah mudah untuk monyet kecil ini. 89 00:12:32,002 --> 00:12:34,046 Ia akan makan apa-apa saja yang boleh dicapai. 90 00:12:52,773 --> 00:12:55,234 Tapi tak semuanya seperti dijangka. 91 00:12:57,611 --> 00:12:59,905 Penyamaran yang mengagumkan. 92 00:13:00,614 --> 00:13:04,618 Ular berbahaya yang menyamar seperti beluncas ini sangat meyakinkan. 93 00:13:06,828 --> 00:13:08,080 Ia menakutkan. 94 00:13:21,176 --> 00:13:23,011 Selepas beratus tahun di dalam bayangan, 95 00:13:23,554 --> 00:13:28,684 tiba-tiba lantai hutan ini dipenuhi cahaya matahai. 96 00:13:36,567 --> 00:13:40,988 Benih yang terbiar mula tumbuh tapi bercita-cita tinggi. 97 00:13:44,575 --> 00:13:47,995 Persaingan untuk cahaya bermula sekarang. 98 00:13:51,623 --> 00:13:54,042 Pokok pemanjat dan menjalar mula memanjat dengan pantas... 99 00:13:57,129 --> 00:14:00,757 menutup semua sap semasa bersaing untuk cahaya matahari. 100 00:14:14,396 --> 00:14:17,816 Tak lama kemudian, pokok tumbang itu ditumbuhi pokok-pokok baru. 101 00:14:25,574 --> 00:14:30,621 Celahan-celahan itu bertukar menjadi cerang yang subur. 102 00:14:38,545 --> 00:14:40,214 Tapi ini bukan syurga. 103 00:14:44,259 --> 00:14:46,678 Burung madu ringan seperti sehelai kertas. 104 00:14:48,889 --> 00:14:52,184 Disebabkan kekurangan daripada segi saiz, ia menebusnya dengan sifat agresif. 105 00:15:02,569 --> 00:15:06,406 Ada burung madu yang mempunyai paruh seperti belati dan bergigi. 106 00:15:10,702 --> 00:15:12,704 Semuanya bersaing untuk bunga. 107 00:15:17,042 --> 00:15:19,586 Burung madu perlu makan setiap beberapa minit. 108 00:15:21,296 --> 00:15:25,759 Dengan lidah berbulu, ia boleh minum nektar 20 kali sesaat. 109 00:15:29,972 --> 00:15:31,348 Ia juga perlu pantas. 110 00:15:35,310 --> 00:15:37,312 Persaingan sentiasa ada. 111 00:15:40,232 --> 00:15:42,150 Tapi tak perlu jadi begini. 112 00:15:47,573 --> 00:15:49,992 Bunga heliconia berbentuk bulan sabit 113 00:15:50,075 --> 00:15:52,703 adalah sukar untuk dinikmati burung madu. 114 00:15:57,124 --> 00:15:59,918 Tapi hermit hijau ada paruh yang panjang dan melengkung. 115 00:16:03,213 --> 00:16:05,716 Ia membolehkannya menikmati nektar dengan tenang. 116 00:16:17,644 --> 00:16:19,563 Hampir dalam keadaan tenang. 117 00:16:21,398 --> 00:16:22,816 Lebih kecil daripada peniti, 118 00:16:23,650 --> 00:16:27,279 kutu bunga ini hampir mengeringkan heliconia. 119 00:16:30,157 --> 00:16:32,993 Untuk sampai ke bunga seterusnya, ia perlu menumpang hidupan lain. 120 00:16:41,084 --> 00:16:43,921 Untuk saiznya, ia hampir sepantah cheetah. 121 00:16:47,299 --> 00:16:49,134 Bergegas hinggap di paruh burung madu... 122 00:16:51,637 --> 00:16:53,722 untuk bersembunyi di dalam hidungnya... 123 00:16:58,810 --> 00:17:01,355 Sedia dipindahkan ke bunga seterusnya. 124 00:17:13,700 --> 00:17:15,117 Dengan cerang yang semakin besar, 125 00:17:15,202 --> 00:17:18,622 lantai hutan menjadi gelap sekali lagi. 126 00:17:24,211 --> 00:17:26,505 Fungus hidup subur dalam keadaan lembap... 127 00:17:28,674 --> 00:17:31,093 mereputkan sisa pada pokok yang tumbang. 128 00:17:37,057 --> 00:17:40,060 Mencari makanan segar lebih sukar. 129 00:17:52,114 --> 00:17:55,158 Pod kacang Brazil terlalu keras untuk kebanyakan haiwan lain. 130 00:17:58,120 --> 00:17:59,329 Tapi bukan untuk agouti. 131 00:18:06,879 --> 00:18:09,759 Apa yang ia tak boleh makan sekarang, ia akan simpan untuk dimakan nanti. 132 00:18:12,718 --> 00:18:14,136 Ia agak gementar. 133 00:18:16,346 --> 00:18:17,764 Memang berasas. 134 00:18:24,897 --> 00:18:27,733 Margay sedikit besar daripada haiwan peliharaan... 135 00:18:31,361 --> 00:18:33,363 tapi lebih berbahaya. 136 00:18:59,014 --> 00:19:02,309 Tanah hutan yang gelap penuh dengan pemangsa. 137 00:19:05,062 --> 00:19:08,899 Pada skala lebih kecil, ia lebih berbahaya. 138 00:19:12,277 --> 00:19:13,737 Dengan 40 kaki kecil, 139 00:19:13,820 --> 00:19:18,033 cacing baldu dengan saiz sepanjang jari ini mengintai dalam gelap. 140 00:19:19,535 --> 00:19:22,579 Taktik memburunya agak rumit. 141 00:19:28,961 --> 00:19:32,798 Deria getaran pada badannya mengesan pergerakan mangsanya. 142 00:19:38,470 --> 00:19:40,222 Ia perlu berada lebih dekat... 143 00:19:43,141 --> 00:19:45,018 untuk menggunakan senjata rahsianya... 144 00:19:55,237 --> 00:19:56,655 Sawang. 145 00:20:05,247 --> 00:20:07,875 Tali melekit itu mengeras dalam beberapa saat. 146 00:20:13,714 --> 00:20:14,954 Tiada cara untuk lepaskan diri. 147 00:20:26,268 --> 00:20:29,688 Makhluk-makhluk kecil perlu sentiasa berjaga-jaga. 148 00:20:34,401 --> 00:20:38,238 Katak beracun betina baru menghasilkan telur-telur baru. 149 00:20:41,950 --> 00:20:44,369 Tapi tugas katak beracun jantan untuk memastikannya selamat. 150 00:20:58,217 --> 00:21:00,844 Warna merah yang terang merupakan amaran untuk pemangsa. 151 00:21:04,139 --> 00:21:06,558 Kulitnya menyembunyikan toksin berbahaya. 152 00:21:10,062 --> 00:21:11,271 Cuma ada satu masalah... 153 00:21:15,025 --> 00:21:17,027 Ular berperut merah imun dengan toksin itu. 154 00:21:19,071 --> 00:21:22,115 Ia juga sangat sensitif terhadap sebarang pergerakan. 155 00:21:26,286 --> 00:21:27,955 Jika tak bergerak... 156 00:21:30,415 --> 00:21:32,084 ia mungkin akan selamat. 157 00:21:45,347 --> 00:21:47,227 Tapi ia tak boleh bersembunyi daripada semuanya. 158 00:21:54,106 --> 00:21:55,315 Pesaing jantan. 159 00:21:58,610 --> 00:22:00,028 Ia memburu kawasannya. 160 00:22:07,870 --> 00:22:10,873 Jika ia berjaya dapat kawasan itu, ia akan makan semua telur. 161 00:22:14,793 --> 00:22:17,212 Si ayah kecil ini perlu risikokan segalanya. 162 00:22:27,055 --> 00:22:31,685 Kedua-duanya sama berat dengan kiub gula, jadi, ia lawan yang sepadan. 163 00:22:46,617 --> 00:22:49,077 Ia boleh teruskan persaingan ini selama lebih 30 minit. 164 00:23:00,088 --> 00:23:02,299 Katak kecil ini mula kepenatan. 165 00:23:10,516 --> 00:23:12,351 Tapi si ayah menang persaingan itu. 166 00:23:15,437 --> 00:23:18,857 Buat masa sekarang, pesaingnya beredar. 167 00:23:21,818 --> 00:23:25,447 Telur-telur itu masih perlu dijaga selama sebulan sebelum ia menetas. 168 00:23:34,915 --> 00:23:38,961 Apabila hutan semakin subur, lebih banyak hubungan yang rumit. 169 00:23:47,928 --> 00:23:50,556 Lebah orkid ini dalam misi yang hebat. 170 00:23:52,432 --> 00:23:55,143 Ia terbang sejauh 40 km untuk sampai ke sini. 171 00:23:58,355 --> 00:23:59,481 Ia tak bersendirian. 172 00:24:02,734 --> 00:24:07,656 Semuanya lebah jantan dan memburu sesuatu yang sama. 173 00:24:10,284 --> 00:24:11,493 Bukan debunga. 174 00:24:12,870 --> 00:24:13,912 Haruman. 175 00:24:16,498 --> 00:24:18,166 Orkid ini menghasilkan haruman 176 00:24:18,250 --> 00:24:20,878 yang akan menarik lebah betina. 177 00:24:23,297 --> 00:24:25,757 Jadi, ia mengumpul haruman sebanyak yang mungkin. 178 00:24:28,177 --> 00:24:29,595 Tapi jika ia tak berhati-hati... 179 00:24:32,848 --> 00:24:33,888 ia akan lemas di dalamnya. 180 00:24:44,985 --> 00:24:46,403 Cuma ada satu jalan keluar. 181 00:24:54,912 --> 00:24:56,413 Ia agak sempit. 182 00:25:02,127 --> 00:25:04,963 Orkid itu takkan lepaskannya tanpa balasan. 183 00:25:09,593 --> 00:25:11,803 Debunga tersangkut di belakangnya. 184 00:25:21,396 --> 00:25:23,982 Misi lebah kecil ini untuk mengawan bersambung, 185 00:25:24,983 --> 00:25:26,401 tapi tugas orkid sudah selesai. 186 00:25:41,875 --> 00:25:46,213 Bagi pigmi marmoset, nampaknya hidup kembali normal. 187 00:25:50,217 --> 00:25:52,469 Serangga lebih sukar untuk ditemui sekarang. 188 00:25:56,139 --> 00:25:57,224 Ia bukan masalah. 189 00:25:58,308 --> 00:26:01,562 Ia sibuk mengorek telaga sap baru pada pokok yang lain. 190 00:26:10,112 --> 00:26:11,989 Jiran-jirannya yang bising juga sudah kembali. 191 00:26:18,579 --> 00:26:23,000 Membuat bunyi bising, menyimpan makanan untuk diri sendiri... 192 00:26:32,009 --> 00:26:33,427 dan membuat kotor. 193 00:26:42,394 --> 00:26:43,770 Apabila perlu membuang air, 194 00:26:44,938 --> 00:26:47,274 si kecil ini yang perlu menguruskannya. 195 00:26:54,531 --> 00:26:57,951 Wira kecil ini memastikan kanopi sentiasa bersih. 196 00:27:04,875 --> 00:27:07,336 Kumbang yang bersaiz seperti syiling sepuluh sen. 197 00:27:08,504 --> 00:27:09,944 Tapi tiada tugas yang lebih penting. 198 00:27:17,888 --> 00:27:19,056 Dari jarak 20 meter... 199 00:27:21,225 --> 00:27:23,352 ia cuma perlu bertahan. 200 00:27:43,580 --> 00:27:45,749 Kru pembersih yang lain sudah tiba. 201 00:28:00,305 --> 00:28:03,141 Bebola najis dialihkan untuk ditanam. 202 00:28:06,270 --> 00:28:07,479 Makanan untuk kumbang kecil. 203 00:28:10,691 --> 00:28:12,693 Serta baja untuk hutan. 204 00:28:19,199 --> 00:28:23,203 Hutan merupakan dunia rumit yang penuh dengan haiwan hebat. 205 00:28:24,663 --> 00:28:26,790 Setiap satunya memainkan peranan yang unik. 206 00:28:32,129 --> 00:28:34,965 Primat-primat kecil ini juga telah menemui tempatnya. 207 00:28:41,555 --> 00:28:44,391 Kawasan hutannya yang sibuk dan sentiasa berubah. 208 00:28:48,437 --> 00:28:51,356 Tapi buat masa sekarang, hidup memang indah. 209 00:28:56,195 --> 00:28:57,237 Di bawah pula... 210 00:28:58,614 --> 00:29:01,408 sebiji kekacang Brazil yang agouti tinggalkan... 211 00:29:07,206 --> 00:29:09,416 Ia mula tumbuh di sebalik bayang-bayang. 212 00:29:13,086 --> 00:29:14,526 Menggunakan strategi jangka panjang. 213 00:29:17,424 --> 00:29:22,429 Daripada permulaan yang kecil, pokok yang besar akan muncul. 214 00:29:34,358 --> 00:29:37,238 Hutan ini mungkin nampak seperti lautan hijau yang tiada penghujungnya... 215 00:29:40,739 --> 00:29:45,577 tapi setiap pokok merupakan habitat kepada banyak haiwan kecil. 216 00:29:51,166 --> 00:29:52,584 Katak beracun 217 00:29:53,085 --> 00:29:55,921 mencari tempat selamat untuk berudu kecilnya. 218 00:30:00,300 --> 00:30:01,500 Lebih baik ia mula bergerak... 219 00:30:13,981 --> 00:30:15,983 untuk membesarkan generasi seterusnya. 220 00:30:17,943 --> 00:30:19,611 Ia perjalanan yang jauh... 221 00:30:20,404 --> 00:30:22,155 ke atas. 222 00:31:10,454 --> 00:31:12,456 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid