1 00:00:56,515 --> 00:00:58,892 BERDASARKAN NOVEL KARYA WILLIAM LANDAY 2 00:01:28,463 --> 00:01:29,464 KESAKITAN YANG AMAT SANGAT 3 00:01:30,507 --> 00:01:32,217 KESAKITAN SEDERHANA 4 00:01:33,051 --> 00:01:34,303 TIADA KESAKITAN 5 00:01:37,681 --> 00:01:39,975 Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum kita bermula, 6 00:01:40,058 --> 00:01:45,647 saya perlu mengingatkan anda sekalian yang prosiding jemaah juri bukan perbicaraan. 7 00:01:45,731 --> 00:01:48,609 Seperti yang anda boleh lihat, di sini, tiada hakim 8 00:01:48,692 --> 00:01:50,444 dan tiada peguam bela. 9 00:01:51,111 --> 00:01:54,740 Ini proses soal siasat dan di penghujungnya, 10 00:01:54,823 --> 00:01:57,284 anda akan ditanya sama ada saya telah menyediakan 11 00:01:57,367 --> 00:02:01,747 bukti yang mencukupi untuk kita melakukan pendakwaan. 12 00:02:01,830 --> 00:02:03,373 BILIK PERBICARAAN 13 00:02:03,457 --> 00:02:05,751 Jika cukup, kes ini akan diajukan kepada mahkamah atasan. 14 00:02:05,834 --> 00:02:09,588 Jika tidak, kerana anda merasakan yang bukti tidak mencukupi, 15 00:02:09,670 --> 00:02:12,799 maka, kes ini akan tamat di sini pada hari ini. 16 00:02:14,426 --> 00:02:16,762 Boleh nyatakan nama awak untuk catatan rasmi? 17 00:02:20,557 --> 00:02:22,267 Awak disuruh menyatakan nama awak. 18 00:02:23,769 --> 00:02:25,103 Andrew Stephen Barber. 19 00:02:26,021 --> 00:02:28,315 Kalau boleh, tolong kuat sedikit. 20 00:02:33,779 --> 00:02:36,073 Andrew Stephen Barber. 21 00:02:36,573 --> 00:02:38,575 Boleh nyatakan pekerjaan awak? 22 00:02:38,659 --> 00:02:41,328 Dulu, saya pembantu pendakwa raya di bangunan ini selama sepuluh tahun. 23 00:02:41,411 --> 00:02:42,579 "Dulu"? 24 00:02:43,330 --> 00:02:46,041 Jadi, awak bukan lagi pendakwa raya 25 00:02:46,124 --> 00:02:48,252 untuk Daerah Middlesex, bukan? 26 00:02:48,335 --> 00:02:49,795 Ya. Benar. 27 00:02:51,004 --> 00:02:52,381 En. Barber... 28 00:02:54,258 --> 00:02:55,259 Andy. 29 00:02:56,885 --> 00:03:00,013 Awak tentu tahu hak awak menurut Pindaan Kelima, bukan? 30 00:03:00,097 --> 00:03:01,098 Harapnya begitu. 31 00:03:01,181 --> 00:03:03,225 Dan awak mengetepikannya, bukan? 32 00:03:03,308 --> 00:03:04,643 Saya di sini sekarang, bukan? 33 00:03:04,726 --> 00:03:09,189 Bukankah ia agak luar biasa, memandangkan situasi awak sekarang? 34 00:03:09,273 --> 00:03:12,359 Saya tak ada sebarang helah, jika itu yang awak maksudkan. 35 00:03:13,110 --> 00:03:16,780 - Tiada siapa yang kata begitu. - Awak kata begitu. Saya faham. 36 00:03:17,781 --> 00:03:22,327 Saya di sini kerana saya percayakan undang-undang dan mahukan kebenaran. 37 00:03:23,120 --> 00:03:26,248 Baiklah, mari kita dapatkan kebenaran. 38 00:03:27,708 --> 00:03:31,003 Saya mulakan dengan membaca petikan daripada The Boston Globe 39 00:03:31,086 --> 00:03:32,671 yang dicetak beberapa minggu yang lalu. 40 00:03:38,051 --> 00:03:40,512 "Mereka menjadi tajuk berita di seluruh negara, 41 00:03:40,596 --> 00:03:45,559 tarikan kepada pendengar NPR dan pembaca TMZ, 42 00:03:45,642 --> 00:03:47,519 subjek audio siar terkenal, 43 00:03:47,603 --> 00:03:50,439 beratus-ratus editorial dan begitu banyak artikel. 44 00:03:50,522 --> 00:03:52,566 Jadi, kita terlupa bahawa tak sampai setahun yang lalu 45 00:03:52,649 --> 00:03:55,986 hidup mereka biasa saja seperti hidup kita semua. 46 00:03:56,486 --> 00:04:00,616 Pernahkah ada sebuah keluarga yang sempurna? Sudah tentu tidak. 47 00:04:00,699 --> 00:04:03,994 Tapi keluarga Barber bahagia 48 00:04:04,578 --> 00:04:09,041 dan kebahagiaan itulah yang menjadikan mereka istimewa." 49 00:04:14,379 --> 00:04:16,214 Saya ingin tahu sama ada awak setuju. 50 00:04:16,757 --> 00:04:19,510 Adakah itu gambaran yang tepat tentang keluarga awak 51 00:04:19,593 --> 00:04:22,304 pada pagi Ben Rifkin dibunuh? 52 00:04:22,387 --> 00:04:23,722 "Bahagia"? 53 00:04:28,268 --> 00:04:29,269 Ya. 54 00:04:33,273 --> 00:04:35,317 10 BULAN SEBELUM ITU 55 00:04:35,400 --> 00:04:37,277 Hei. Ayuh. Masa untuk bangun. 56 00:04:38,612 --> 00:04:40,405 Cepat bangun. 57 00:04:42,658 --> 00:04:45,536 Jake? Ayah nak tengok mata awak. 58 00:04:47,120 --> 00:04:49,456 Baiklah. Ayah tiada pilihan lain. 59 00:04:56,129 --> 00:04:57,297 Peluang terakhir. 60 00:05:08,767 --> 00:05:11,436 - Saya dah bangun. - Macam itulah! 61 00:05:11,520 --> 00:05:12,646 Selamat pagi, nak. 62 00:05:39,089 --> 00:05:41,800 Boleh mak uji kosa kata saya? Saya ada ujian hari ini. 63 00:05:41,884 --> 00:05:44,511 - Selamat pagi. - Selamat pagi, mak. 64 00:05:45,179 --> 00:05:46,763 Awak nak mak hantar atau awak nak jalan kaki? 65 00:05:46,847 --> 00:05:49,516 Saya akan jalan kaki. Mak ada beli wafel baru? 66 00:05:49,600 --> 00:05:53,020 Ada kalau awak tulis dalam senarai mak. Eja "bijaksana". 67 00:05:53,103 --> 00:05:55,689 "Pemahaman yang menyeluruh." Tak ada pun wafel. 68 00:05:55,772 --> 00:05:57,524 - Awak ada tulis dalam senarai mak? - Ya. 69 00:05:57,608 --> 00:05:59,943 Kalau begitu, ia tentu ada di situ. "Sepintas lalu." 70 00:06:00,027 --> 00:06:02,154 "Pemahaman cetek." Tak ada pun. 71 00:06:02,237 --> 00:06:05,032 Di rak kedua, bersebelahan kacang pea. "Pandangan sempit." 72 00:06:05,115 --> 00:06:06,450 Betul, ia tak... 73 00:06:07,159 --> 00:06:09,828 - "Pandangan sempit." - "Tak berpandangan jauh." 74 00:06:10,913 --> 00:06:12,122 Bagaimana larian awak tadi? 75 00:06:12,706 --> 00:06:14,791 - "Degil." - Alamak. 76 00:06:14,875 --> 00:06:16,001 Ujian kosa kata. 77 00:06:16,084 --> 00:06:17,669 Tolong masukkan wafel untuk ayah? 78 00:06:17,753 --> 00:06:19,922 "Degil." Saya tak tahu. 79 00:06:20,005 --> 00:06:22,508 - "Menentang pihak berkuasa." - Betul? Biar saya lihat. 80 00:06:22,591 --> 00:06:24,510 - Ya, menurut senarai ini. - Awak lari di mana? 81 00:06:24,593 --> 00:06:27,846 Di sepanjang Boylston. Saya leka dengan audio siar sejarah yang saya beritahu itu. 82 00:06:27,930 --> 00:06:29,598 Awak tentu akan menyukainya. 83 00:06:29,681 --> 00:06:31,767 - Nanti saya dengar. - Tak mungkin. 84 00:06:33,185 --> 00:06:35,229 Claudia Hoffman hantar e-mel lagi. 85 00:06:35,312 --> 00:06:36,313 Siapa? 86 00:06:36,396 --> 00:06:38,815 Adik Lizzy. Ejen pelancongan itu? 87 00:06:38,899 --> 00:06:40,817 - Oh, ya. Mexico. - Ya. 88 00:06:40,901 --> 00:06:41,902 Kenapa dengan Mexico? 89 00:06:41,985 --> 00:06:45,113 Kami bercadang untuk sambut Krismas di sana. Kita bertiga. Apa pendapat awak? 90 00:06:45,197 --> 00:06:46,198 Bagus. 91 00:06:47,699 --> 00:06:49,701 - Tunjuklah perasaan teruja. - Saya memang teruja. 92 00:06:49,785 --> 00:06:51,161 Tunjukkan dengan riak muka. 93 00:06:51,245 --> 00:06:52,412 Mak suka kata begitu. 94 00:06:52,871 --> 00:06:54,122 Betul. 95 00:06:54,206 --> 00:06:55,916 Kita perlu buat keputusan. 96 00:06:55,999 --> 00:06:57,417 Patutkah kita pergi? 97 00:06:57,501 --> 00:06:59,253 Jelas sekali, Jake rasa teruja. 98 00:06:59,336 --> 00:07:00,546 Tidak, dia sangat teruja. 99 00:07:00,629 --> 00:07:02,005 Saya tak sanggup mengecewakannya. 100 00:07:02,089 --> 00:07:03,423 Tak baik kalau kita buat begitu. 101 00:07:03,882 --> 00:07:04,883 Kelakarnya. 102 00:07:04,967 --> 00:07:07,803 - Jadi, kita akan pergi atau tidak? - Ya. Saya mahu pergi. 103 00:07:07,886 --> 00:07:09,388 Baik. Saya akan menghubunginya. 104 00:07:09,471 --> 00:07:11,473 Saya ada mesyuarat pagi ini, jadi saya nak pergi mandi. 105 00:07:11,557 --> 00:07:12,432 Okey. 106 00:07:12,516 --> 00:07:14,226 - Tolong uji kosa katanya? - Baiklah. 107 00:07:14,601 --> 00:07:16,478 - Selamat tinggal, sayang. - Selamat tinggal. 108 00:07:20,357 --> 00:07:21,650 "Tenang." 109 00:07:23,819 --> 00:07:26,780 SEBUAH KOMUNITI KELUARGA SEBUAH KELUARGA KOMUNITI 110 00:07:58,228 --> 00:08:01,023 TAMAN COLD SPRING 111 00:08:11,575 --> 00:08:13,243 Kita jumpa lagi nanti, okey? 112 00:08:39,061 --> 00:08:40,895 Yang Arif, benarkan saya untuk terangkan. 113 00:08:40,979 --> 00:08:43,774 Awak akan diberi peluang semasa praperbicaraan, En. Molloy. 114 00:08:43,857 --> 00:08:45,901 Awak didakwa mengedar dadah kelas A. 115 00:08:45,984 --> 00:08:46,860 Mengarutlah. 116 00:08:46,944 --> 00:08:50,864 Ikat jamin ditetapkan pada $1,000 dalam bentuk tunai atau ikatan pada $10,000. 117 00:08:50,948 --> 00:08:51,990 Tolonglah. Biar betul? 118 00:08:52,074 --> 00:08:54,451 - Terima kasih, Yang Arif. - Kenapa awak berterima kasih kepadanya? 119 00:08:54,535 --> 00:08:57,246 Persidangan sebelum perbicaraan dijadualkan pada 24 Mei. 120 00:08:57,329 --> 00:08:58,330 Seterusnya. 121 00:08:59,122 --> 00:09:00,165 Silakan. 122 00:09:00,791 --> 00:09:06,129 Indikmen nombor 17-2832, Kerajaan Negeri menentang William J. Moore. 123 00:09:06,213 --> 00:09:08,382 Dia didakwa melakukan satu serangan teruk. 124 00:09:08,715 --> 00:09:10,259 Peguam En. Moore hadir hari ini? 125 00:09:10,342 --> 00:09:11,343 Selamat pagi, Yang Arif. 126 00:09:11,802 --> 00:09:12,803 Pihak Kerajaan Negeri? 127 00:09:22,437 --> 00:09:25,274 Yang Arif, malangnya kami terpaksa minta prosiding ini ditangguhkan 128 00:09:25,357 --> 00:09:29,069 kerana kami gagal menemu bual saksi-saksi penting. 129 00:09:29,152 --> 00:09:32,030 Mahkamah ini telah menangguhkan prosiding awak empat bulan yang lalu. 130 00:09:32,114 --> 00:09:35,617 Betul, Yang Arif, tapi saksi ini sukar dikesan. 131 00:09:35,701 --> 00:09:39,830 Tanpa menerangkan sebabnya, ia ada kaitan dengan gaya hidupnya. 132 00:09:39,913 --> 00:09:41,164 Dia teman sosial, Yang Arif. 133 00:09:41,248 --> 00:09:44,042 Sama seperti kawannya yang dituduh menyerang sentuh. 134 00:09:44,126 --> 00:09:46,920 Isu ini dah timbul dulu, jadi saya suruh polis menjejakinya. 135 00:09:47,004 --> 00:09:48,213 Ia ambil masa sehari saja. 136 00:09:48,839 --> 00:09:51,466 Dia menyokong dakwaan kawannya berkenaan serangan itu. 137 00:09:51,550 --> 00:09:54,136 Dia juga kata pihak pembela sudah menyoalnya. 138 00:09:54,219 --> 00:09:55,971 Mungkin dia terlupa untuk mencatatnya. 139 00:09:56,680 --> 00:09:59,224 - Yang Arif, boleh saya jelaskan... - Tak boleh. 140 00:09:59,558 --> 00:10:03,228 Permohonan ditolak. Perbicaraan akan diadakan tiga minggu dari hari ini. 141 00:10:03,312 --> 00:10:04,313 Seterusnya. 142 00:10:04,396 --> 00:10:06,648 Okey, sesi awak akan bermula dalam masa 15 minit, 143 00:10:06,732 --> 00:10:08,609 selepas itu, perjumpaan dengan Lynn di pejabatnya. 144 00:10:08,692 --> 00:10:10,652 Dia mungkin nak maklumat terkini tentang kes Willis. 145 00:10:10,736 --> 00:10:13,030 Saya pun nak juga. Bobby, perisa pic dah habis? 146 00:10:13,113 --> 00:10:14,907 Mungkin. Biar saya periksa. 147 00:10:14,990 --> 00:10:16,366 Terima kasih. Bagaimana pinggul awak? 148 00:10:16,450 --> 00:10:18,869 Biasalah, lebih teruk daripada semalam, lebih baik daripada esok. 149 00:10:19,745 --> 00:10:21,788 Awak nak berjumpa Hakim French di kamarnya. 150 00:10:21,872 --> 00:10:24,458 Kalau awak nak, keraninya kata dia ada masa pada 2:30 petang. 151 00:10:24,541 --> 00:10:25,542 Terima kasih. 152 00:10:26,752 --> 00:10:27,920 Hei. 153 00:10:30,005 --> 00:10:32,841 Ya Tuhan. Okey. Di mana? 154 00:10:36,136 --> 00:10:38,931 Okey. Kita jumpa di sana. 155 00:10:40,349 --> 00:10:41,350 Kenapa? 156 00:10:42,184 --> 00:10:44,770 En. B sangat bertuah. Tinggal satu saja lagi. 157 00:10:44,853 --> 00:10:46,522 - Terima kasih. - Ada apa? 158 00:10:47,439 --> 00:10:48,941 Batalkan semua urusan saya hari ini. 159 00:10:52,861 --> 00:10:54,905 Ia nampak bagus. Tidak. Bagus. 160 00:10:55,781 --> 00:10:58,283 Hati-hati ketika mengeluarkannya. Kita tak mahu apa-apa kotor. 161 00:10:58,367 --> 00:10:59,701 Gadis itu pun kata begitu juga. 162 00:11:01,036 --> 00:11:03,455 Apa awak buat? Apa yang awak celup? Itu... 163 00:11:04,540 --> 00:11:08,168 Perhatian. Archer ditutup sepenuhnya serta-merta. 164 00:11:08,252 --> 00:11:10,128 Semua pelajar harus berada di kelas masing-masing... 165 00:11:10,212 --> 00:11:12,130 Baiklah. Okey. 166 00:11:13,173 --> 00:11:15,342 Kalian, cikgu tak dengar pengumuman itu. 167 00:11:21,014 --> 00:11:25,352 Tolong duduk di sebelah dinding ini. Jangan bising. 168 00:11:31,441 --> 00:11:34,027 Saya ulang. Kita ditutup sepenuhnya. 169 00:11:48,083 --> 00:11:49,293 Berita cepat tersebar. 170 00:11:49,668 --> 00:11:52,129 - Ya. Ia tentu kecoh. - Ya. 171 00:11:56,383 --> 00:11:57,676 Ayuh. 172 00:12:07,269 --> 00:12:08,520 Diakah yang jumpa mayat itu? 173 00:12:08,604 --> 00:12:10,939 Dan beg galasnya, yang membantu mereka mengenal pastinya. 174 00:12:11,023 --> 00:12:14,818 Namanya Benjamin Rifkin, 14 tahun, ditikam tiga kali di dada. 175 00:12:16,320 --> 00:12:17,613 Oh, tidak. 176 00:12:17,696 --> 00:12:21,575 Dia sama gred dengan Jacob di Archer. Aduhai. Kasihan ibu bapanya. 177 00:12:22,117 --> 00:12:23,327 Nampaknya awak kenal mereka. 178 00:12:24,578 --> 00:12:25,913 Kami tak begitu rapat. 179 00:12:27,372 --> 00:12:28,874 Tak apalah, teruskan. 180 00:12:29,541 --> 00:12:32,044 Pegawai perubatan rasa dia mati tak sampai sejam sebelum dia ditemui. 181 00:12:32,127 --> 00:12:34,421 Dia mungkin ditikam di laluan joging atau berdekatan dengannya. 182 00:12:34,505 --> 00:12:36,381 - Banyak darah terpercik di atas tanah. - Hei. 183 00:12:36,465 --> 00:12:38,675 Tak apa. Detektif Duffy bekerja dengan kita. 184 00:12:38,759 --> 00:12:41,220 Biar mereka masuk. Apa masalah awak? 185 00:12:41,762 --> 00:12:44,556 Maaf, Duff. Pagi ini teruk betul. 186 00:12:47,726 --> 00:12:49,394 Kematian budak memang amat menyedihkan. 187 00:12:53,357 --> 00:12:55,442 Kami rasa serangan itu berlaku di situ, 188 00:12:55,859 --> 00:12:58,237 kemudian, mayatnya jatuh atau ditolak ke bawah. 189 00:12:59,112 --> 00:13:01,532 Pembunuhnya tak cuba langsung untuk menyembunyikannya. 190 00:13:03,617 --> 00:13:06,370 Di sini. Hati-hati ketika melangkah. 191 00:13:11,291 --> 00:13:13,418 Wanita yang menemuinya kata mayat itu bertelangkup. 192 00:13:13,502 --> 00:13:16,171 Wanita itu ingat dia sakit, jadi dia terbalikkannya. 193 00:13:16,630 --> 00:13:18,507 Sebaik saja melihatnya, dia terus panik. 194 00:13:19,883 --> 00:13:22,427 Dia merangkak-rangkak, sebelum bangun dan terus lari. 195 00:13:23,595 --> 00:13:25,389 Kesimpulannya, dia musnahkan seluruh lokasi ini. 196 00:13:28,267 --> 00:13:29,518 Maaf. Saya perlu jawab telefon. 197 00:13:30,978 --> 00:13:32,688 Jacob. Awak tak apa-apa? 198 00:13:32,771 --> 00:13:35,649 Ya. Sekolah ditutup rapi, tapi tiada siapa yang tahu sebabnya. 199 00:13:35,732 --> 00:13:37,192 Ayah tahu, ia... 200 00:13:41,905 --> 00:13:43,824 Ayah tak boleh beritahu sekarang. 201 00:13:43,907 --> 00:13:46,159 Dengar dan ikut cakap guru awak. 202 00:13:46,243 --> 00:13:49,872 Baik, tapi ayah tahu sebabnya? Ada penembak gila berkeliaran? 203 00:13:49,955 --> 00:13:53,292 Ia bukan begitu. Awak selamat. Percayalah. 204 00:14:01,341 --> 00:14:02,342 Jake? 205 00:14:03,802 --> 00:14:04,803 Okey. 206 00:14:06,054 --> 00:14:07,055 Ayah. 207 00:14:07,598 --> 00:14:08,599 Ya. 208 00:14:12,644 --> 00:14:13,645 Ada apa, nak? 209 00:14:17,024 --> 00:14:18,150 Tak ada apa-apa. 210 00:14:18,942 --> 00:14:19,943 Awak pasti? 211 00:14:21,653 --> 00:14:22,654 Ya. 212 00:14:27,117 --> 00:14:29,578 Okey, ayah perlu pergi. Kita jumpa di rumah, okey? 213 00:14:30,329 --> 00:14:31,747 Ayah sayang awak. 214 00:14:33,999 --> 00:14:36,168 - Baiklah. Saya juga sayang ayah. - Selamat tinggal. 215 00:14:43,383 --> 00:14:45,385 Tiada siapa di sini yang dengar atau nampak apa-apa? 216 00:14:45,469 --> 00:14:46,678 Kami masih menyiasatnya. 217 00:14:46,762 --> 00:14:48,805 Kita boleh jejaki pergerakannya kalau ada telefonnya. 218 00:14:48,889 --> 00:14:51,850 - Telefonnya hilang? - Ia tiada di dalam beg atau di badannya. 219 00:14:51,934 --> 00:14:53,519 Mungkin pembunuhnya dah ambil. 220 00:14:53,602 --> 00:14:54,645 Ada jumpa senjata pembunuhan? 221 00:14:54,728 --> 00:14:57,648 Belum lagi. Taman ini seluas 65 ekar. 222 00:15:01,568 --> 00:15:03,028 Ia tentu sukar dicari. 223 00:15:06,073 --> 00:15:09,785 "Kanak-kanak ialah mesej hidup yang kita hantar ke zaman yang kita takkan lalui." 224 00:15:10,577 --> 00:15:12,329 Petikan kata-kata John F. Kennedy itu 225 00:15:12,412 --> 00:15:15,249 menggambarkan usaha kami di Children's Cottage ini, 226 00:15:15,332 --> 00:15:19,044 di mana misi kami adalah untuk menjaga kanak-kanak yang memerlukan, 227 00:15:19,127 --> 00:15:23,590 yakni mangsa penderaan, pengabaian dan trauma di Boston dan kawasan sekitarnya. 228 00:15:23,674 --> 00:15:26,343 Kampus kediaman bukan saja memberikan kestabilan dan keselamatan... 229 00:15:26,426 --> 00:15:28,345 - Tolong hentikannya. - ...tapi juga sokongan. 230 00:15:28,846 --> 00:15:30,222 Awak tak rasa saya nampak kaku? 231 00:15:30,305 --> 00:15:31,515 Awak bercakap dengan bagus. 232 00:15:32,349 --> 00:15:33,851 Awak cuma risau pandangan orang. 233 00:15:35,018 --> 00:15:36,854 Saya seperti sedang membaca laporan trafik. 234 00:15:36,937 --> 00:15:39,273 Maaf, telefon saya asyik berbunyi. 235 00:15:39,356 --> 00:15:41,525 Kalau kita mahu mulakan gala itu dengan video ini, 236 00:15:41,608 --> 00:15:43,402 video ini perlu tarik perhatian tetamu. 237 00:15:43,485 --> 00:15:45,529 Sekolah-sekolah di Newton ditutup sepenuhnya. 238 00:15:47,823 --> 00:15:48,824 Pasang siaran berita. 239 00:15:48,907 --> 00:15:50,742 SEKOLAH MENENGAH ARCHER - BULETIN PENTING SEKOLAH-SEKOLAH DI NEWTON DITUTUP 240 00:15:51,952 --> 00:15:54,621 Ini laporan langsung dari Taman Cold Spring, 241 00:15:54,705 --> 00:15:58,834 di mana mayat seorang budak berusia 14 tahun telah ditemui. 242 00:15:58,917 --> 00:16:00,794 - Taman ini akan ditutup... - Ya Tuhan. 243 00:16:00,878 --> 00:16:02,921 ...bagi membolehkan detektif meneruskan siasatan. 244 00:16:03,005 --> 00:16:05,132 Sayang, ini mak. Awak tak apa-apa? 245 00:16:05,215 --> 00:16:06,592 Polis sedang melawat setiap rumah 246 00:16:06,675 --> 00:16:08,969 di kawasan kejiranan bersebelahan Taman Cold Spring 247 00:16:09,052 --> 00:16:11,972 dengan harapan untuk menemui seseorang yang berada di taman itu pagi ini 248 00:16:12,055 --> 00:16:16,435 dan mungkin nampak mangsa bercakap atau berinteraksi dengan seseorang. 249 00:16:16,518 --> 00:16:18,312 Sumber dalaman siasatan ini mengesahkan 250 00:16:18,395 --> 00:16:20,939 yang setakat ini, dua saksi telah tampil ke hadapan, 251 00:16:21,023 --> 00:16:23,192 namun, belum ada suspek yang disahkan. 252 00:16:23,275 --> 00:16:27,237 Polis Newton telah menyediakan talian awanama untuk pengunjung kerap taman ini, 253 00:16:27,321 --> 00:16:29,781 sekiranya mereka telah melihat kelakuan mencurigakan 254 00:16:29,865 --> 00:16:32,576 atau ada sebarang maklumat tentang tragedi ini. 255 00:16:32,659 --> 00:16:36,038 Sementara itu, komuniti yang rapat ini berasa cemas malam ini, 256 00:16:36,121 --> 00:16:38,457 dengan adanya seorang pembunuh dalam kalangan mereka. 257 00:16:50,928 --> 00:16:52,971 Awak tak boleh ikut jalan ini. Awak perlu berundur. 258 00:17:19,039 --> 00:17:21,040 Dia pulang dengan Derek, jadi kami tak... 259 00:17:22,084 --> 00:17:23,085 Baik. 260 00:17:24,169 --> 00:17:25,753 Bagaimana keadaan Jennifer? 261 00:17:28,715 --> 00:17:30,634 Aduhai. Kasihannya anak-anak itu. 262 00:17:32,386 --> 00:17:33,387 Sudah. 263 00:17:34,054 --> 00:17:37,432 Toby kata Robin akan uruskan makanan untuk masa berkabung, jadi saya nak hubungi dia. 264 00:17:39,268 --> 00:17:41,478 Baiklah, Andy dah pulang. 265 00:17:41,562 --> 00:17:43,647 Awak pun sama. Selamat tinggal. 266 00:17:48,694 --> 00:17:50,362 - Itu Karen? - Ya. 267 00:17:50,988 --> 00:17:52,072 Mana Jake? 268 00:17:52,155 --> 00:17:56,243 Di atas. Derek datang. Mereka bermain mainan video di biliknya. 269 00:17:56,743 --> 00:17:58,662 Awak dah berbual dengannya tentang kejadian itu? 270 00:17:58,745 --> 00:18:00,664 Belum, Derek ada di sini. 271 00:18:00,747 --> 00:18:02,457 Kita boleh berbual dengannya nanti. 272 00:18:08,505 --> 00:18:10,340 Saya baru balik dari rumah keluarga Rifkin. 273 00:18:10,424 --> 00:18:11,717 Ya Tuhan. 274 00:18:12,301 --> 00:18:14,011 Saya tak dapat bayangkan keadaannya. 275 00:18:15,095 --> 00:18:16,096 Ia... 276 00:18:17,097 --> 00:18:18,223 Seteruk itu, ya? 277 00:18:20,350 --> 00:18:21,518 Jauh lebih teruk. 278 00:18:22,978 --> 00:18:25,230 Rasanya awak tahu siapa pembunuhnya? 279 00:18:25,314 --> 00:18:26,315 Belum lagi. 280 00:18:27,107 --> 00:18:28,984 Awak kata ada bekas cap jari. 281 00:18:29,067 --> 00:18:32,154 Ya, ia tak penuh. Padanannya masih belum ada. 282 00:18:34,031 --> 00:18:35,657 Bagaimana ia boleh berlaku? 283 00:18:36,241 --> 00:18:39,745 Saya cukup tak faham. Taman itu cuma dua blok dari sini. 284 00:18:41,038 --> 00:18:44,291 Apa yang pasti, Jacob tak boleh lagi berjalan ke sekolah melalui jalan itu. 285 00:18:46,251 --> 00:18:47,503 Saya perlukan bantuan! 286 00:18:48,086 --> 00:18:49,588 Awak tunggu apa lagi? 287 00:18:49,671 --> 00:18:51,381 Mereka akan bunuh saya. 288 00:18:51,840 --> 00:18:52,841 Awak dah tangkap dia. 289 00:18:52,925 --> 00:18:54,593 - Memanglah. Saya nampak dia. - Di situ! Lelaki di sebelah kiri. 290 00:18:54,676 --> 00:18:55,719 Derek, ayah awak dah tiba. 291 00:18:55,802 --> 00:18:56,803 Okey. 292 00:18:57,638 --> 00:18:58,764 Keluar dari sini! 293 00:19:00,015 --> 00:19:01,308 Cepat! 294 00:19:02,351 --> 00:19:04,102 - Jumpa lagi, Jake. - Jumpa lagi. 295 00:19:04,728 --> 00:19:07,147 Terima kasih kerana mengalukan-alukan saya, pak cik, mak cik. 296 00:19:07,231 --> 00:19:08,232 Sama-sama. 297 00:19:08,315 --> 00:19:10,484 - Awak okey? - Rasanya. Ya. 298 00:19:10,567 --> 00:19:12,277 Kirim salam kepada ibu bapa awak, okey? 299 00:19:12,903 --> 00:19:13,904 Baiklah. 300 00:19:15,906 --> 00:19:19,159 Hei, nak. Kami nak berbual dengan awak sebentar. 301 00:19:20,035 --> 00:19:21,036 Okey. 302 00:19:22,913 --> 00:19:24,957 Kami cuma nak tahu keadaan awak, 303 00:19:25,040 --> 00:19:27,501 dan perasaan awak berkenaan pembunuhan Ben. 304 00:19:27,584 --> 00:19:30,671 Saya baik-baik saja. Ya, ia memang pelik. 305 00:19:30,754 --> 00:19:34,049 Tapi kami tak rapat. 306 00:19:34,132 --> 00:19:37,386 Tapi ia tentu menakutkan kerana mengenali seseorang yang telah dibunuh. 307 00:19:37,469 --> 00:19:38,971 Dan dia sebaya dengan kita. 308 00:19:39,054 --> 00:19:41,807 Mungkin. Ya, ia agak menakutkan. 309 00:19:41,890 --> 00:19:43,976 Awak sekelas dengannya, bukan? 310 00:19:44,059 --> 00:19:45,060 Ya, kelas matematik. 311 00:19:46,645 --> 00:19:47,646 Dia baik? 312 00:19:48,438 --> 00:19:51,108 Ben? Dia okey. 313 00:19:51,733 --> 00:19:53,235 Okey saja? 314 00:19:54,820 --> 00:19:56,947 Saya tak berniat mengutuk, 315 00:19:57,030 --> 00:19:59,700 tapi dia agak angkuh. 316 00:19:59,783 --> 00:20:01,618 Dia fikir dia sangat hebat. 317 00:20:02,452 --> 00:20:03,495 Dia memang hebat? 318 00:20:04,371 --> 00:20:06,582 Ya, terhadap sesetengah orang. Budak perempuan menyukainya. 319 00:20:09,293 --> 00:20:12,379 Kami cuma nak awak tahu yang kami sedia membantu awak. 320 00:20:12,963 --> 00:20:14,923 Awak boleh berkongsi perasaan awak dengan kami. 321 00:20:15,007 --> 00:20:16,925 Saya baru saja buat begitu. 322 00:20:19,094 --> 00:20:21,221 Seperti yang saya kata, kami tak rapat. 323 00:20:22,139 --> 00:20:23,557 Saya tak apa-apa. Betul. 324 00:20:24,099 --> 00:20:25,184 Okey. 325 00:20:27,561 --> 00:20:28,979 - Kami sayang awak. - Saya sayang mak dan ayah. 326 00:20:30,939 --> 00:20:32,900 Jika awak tukar fikiran dan nak berbual dengan kami... 327 00:20:32,983 --> 00:20:34,735 Saya tahu. Terima kasih. 328 00:20:34,818 --> 00:20:36,612 - Makan malam dalam masa 30 minit. - Okey. 329 00:20:41,575 --> 00:20:43,285 Boleh saya mengaku sesuatu yang teruk? 330 00:20:45,871 --> 00:20:48,498 Sepanjang malam ini, saya asyik terfikir, "Mujurlah." 331 00:20:49,208 --> 00:20:51,460 "Mujurlah ia anak mereka dan bukan anak saya." 332 00:20:53,629 --> 00:20:55,380 Percayalah, semua orang pun rasa begitu. 333 00:20:56,590 --> 00:20:59,718 Saya tak mampu menghadapi kehilangannya. Saya betul-betul tak mampu. 334 00:21:07,976 --> 00:21:12,105 Awak ingat lagi rutin sebelum tidur awak semasa Jacob masih kecil? 335 00:21:13,649 --> 00:21:16,401 Awak selalu tanya, "Sejauh mana ayah sayang Jacob?" 336 00:21:16,485 --> 00:21:19,655 - Dia selalu jawab, "Terlalu sayang." - "Terlalu sayang." 337 00:21:22,324 --> 00:21:24,493 Dalam masa empat tahun, dia akan belajar di kolej. 338 00:21:24,576 --> 00:21:26,161 - Ya Tuhan. - Tak sangka, bukan? 339 00:21:27,538 --> 00:21:29,289 Saya tak sanggup membayangkannya. 340 00:21:37,589 --> 00:21:39,341 Awak pernah berharap mengenali ayah awak? 341 00:21:42,302 --> 00:21:43,470 Tidak. 342 00:21:44,304 --> 00:21:45,973 Ada juga beberapa kali semasa saya kecil. 343 00:21:49,017 --> 00:21:51,895 Daripada cerita mak saya, saya tak rugi apa-apa pun. 344 00:21:54,940 --> 00:21:56,608 Kita patut tidur. 345 00:21:57,609 --> 00:21:58,777 Saya tahu. 346 00:22:00,195 --> 00:22:01,738 Saya suka berbual dengan awak. 347 00:22:05,200 --> 00:22:06,535 Saya cintakan awak. 348 00:22:07,870 --> 00:22:09,204 Saya juga cintakan awak. 349 00:22:26,722 --> 00:22:28,182 Pandang ayah! 350 00:22:59,713 --> 00:23:02,883 SEKOLAH MENENGAH ARCHER 351 00:23:03,592 --> 00:23:04,843 Terima kasih, mak. 352 00:23:04,927 --> 00:23:06,553 - Selamat tinggal, sayang. - Selamat tinggal. 353 00:23:07,679 --> 00:23:08,764 Mak sayang awak. 354 00:23:17,022 --> 00:23:18,357 Kita jumpa di kelas. 355 00:23:55,686 --> 00:23:57,688 PENDAKWA RAYA DAERAH MIDDLESEX 356 00:23:57,771 --> 00:23:58,814 Silakan duduk. 357 00:23:59,231 --> 00:24:01,233 Sidang media itu berjalan dengan lancar. 358 00:24:01,316 --> 00:24:04,903 Mereka mahukan penyelesaiannya, Andy. Begitu juga ibu bapa budak itu. 359 00:24:04,987 --> 00:24:07,281 Ya, saya pun nak juga. Kita berdua pun tahu... 360 00:24:07,739 --> 00:24:09,825 - Saya suruh Neal sertai kita. - Andy. 361 00:24:09,908 --> 00:24:11,410 Saya bukannya nak kenakan awak. 362 00:24:11,493 --> 00:24:14,580 Saya cuma rasa awak tak patut kendalikan kes ini. 363 00:24:14,663 --> 00:24:17,749 Awak rapat dengan ibu bapanya, anak awak sama sekolah... 364 00:24:17,833 --> 00:24:19,042 Kami tak rapat pun. 365 00:24:19,126 --> 00:24:21,128 Kenapa, penasihat awak ini mahu ambil alih? 366 00:24:21,211 --> 00:24:24,131 Neal risau tentang konflik yang wujud pada pandangan orang ramai. 367 00:24:24,214 --> 00:24:26,550 Terus terang, saya pun risau juga. Pandangan amat penting. 368 00:24:26,633 --> 00:24:28,427 - Ya, kepada pengundi. - Sudahlah. 369 00:24:28,510 --> 00:24:30,679 - Maaf. - Ini soal objektif. 370 00:24:30,762 --> 00:24:31,638 Diamlah, Neal. 371 00:24:31,722 --> 00:24:33,223 Awak nak gantikan saya? Ya atau tidak? 372 00:24:33,307 --> 00:24:35,809 Sekarang, saya cuma tanya pendapat awak saja. 373 00:24:35,893 --> 00:24:37,144 Saya mahu dikekalkan. 374 00:24:37,227 --> 00:24:39,855 Jika saya risaukan reputasi saya, mungkin pendapat saya berbeza. 375 00:24:39,938 --> 00:24:42,608 Tapi tak seperti En. Logiudice, saya tak mahukan jawatan awak. 376 00:24:42,691 --> 00:24:43,901 Sudahlah, Andy. Okey? 377 00:24:43,984 --> 00:24:47,404 Saya faham. Ini kes penting, awak boleh menang besar. Ia boleh mengubah segalanya. 378 00:24:47,487 --> 00:24:48,822 Awak teruk betul. 379 00:24:48,906 --> 00:24:50,699 - Kalian. - Siasatan awak lembab betul. 380 00:24:50,782 --> 00:24:52,868 Siasatannya lembab kerana ia memang begitu. 381 00:24:52,951 --> 00:24:54,786 Saya tak mahu dakwa orang hanya untuk nampak hebat. 382 00:24:54,870 --> 00:24:56,705 Awak selalu suruh saya tekun bekerja. 383 00:24:56,788 --> 00:24:57,915 Saya memang tekun bekerja. 384 00:24:57,998 --> 00:24:59,583 Jadi, kenapa awak belum soal pelajar? 385 00:24:59,666 --> 00:25:02,169 Kerana ini bukan sekolah awam, Neal. Ini sekolah swasta. 386 00:25:02,252 --> 00:25:06,048 Segalanya perlu dirunding. Separuh ibu bapa pelajarnya ialah peguam. 387 00:25:07,591 --> 00:25:11,178 Kami ada temu bual sepanjang hari. Awak nak hantar Neal? Silakan. 388 00:25:11,261 --> 00:25:13,013 Kalau saya risaukan sesuatu, saya akan cakap. 389 00:25:13,096 --> 00:25:15,182 - Kalau awak kata tiada konflik... - Tak ada. 390 00:25:15,265 --> 00:25:17,434 Saya tak faham kenapa awak yang buat keputusan itu. 391 00:25:17,518 --> 00:25:21,230 Kerana itulah caranya, Neal. Ini keputusan saya. 392 00:25:23,482 --> 00:25:27,152 Jika saya silap, saya yang akan dibicarakan di hadapan panel juri. 393 00:25:29,446 --> 00:25:30,364 Okey. 394 00:25:32,824 --> 00:25:34,993 - Terima kasih. - Sama-sama, Andy. 395 00:25:35,077 --> 00:25:37,037 - Saya akan beritahu maklumat terkini. - Baik. 396 00:25:38,497 --> 00:25:40,707 Kita dibenarkan mengambil cap jari kebanyakan pelajar. 397 00:25:40,791 --> 00:25:42,751 Kita patut mulakan dengan saksi penting. 398 00:25:42,835 --> 00:25:46,421 Rakan karib Ben, mereka yang berjalan kaki ke sekolah melalui Taman Cold Spring. 399 00:25:47,005 --> 00:25:49,049 Saya Leftenan Duffy, dari jabatan polis negeri. 400 00:25:49,132 --> 00:25:50,133 Dan ini En. Barber. 401 00:25:50,217 --> 00:25:52,761 Dia pembantu pendakwa raya untuk mengendalikan kes ini. 402 00:25:53,345 --> 00:25:55,389 Encik ayah Jacob, bukan? 403 00:25:55,472 --> 00:25:56,849 Ya. 404 00:25:56,932 --> 00:25:59,059 Bagaimana awak kenal Ben? Dia kawan awak? 405 00:25:59,142 --> 00:26:00,352 Ya, agaknya. 406 00:26:00,978 --> 00:26:02,020 Ceritakan tentang dia. 407 00:26:02,104 --> 00:26:03,063 Dia okey. 408 00:26:03,605 --> 00:26:05,274 Boleh ceritakan dengan lebih khusus? 409 00:26:05,858 --> 00:26:06,900 Dia baik. 410 00:26:07,568 --> 00:26:08,610 Apa lagi? 411 00:26:09,027 --> 00:26:10,612 Entahlah. Rasanya itu saja. 412 00:26:10,696 --> 00:26:13,532 Ada sesiapakah yang mungkin mahu mencederakan Ben? 413 00:26:13,615 --> 00:26:14,992 Rasanya tak ada. 414 00:26:15,075 --> 00:26:16,702 Bagaimana dengan orang yang Ben tak suka? 415 00:26:16,785 --> 00:26:19,746 Entahlah. Lagipun, mana ada orang yang sukakan semua orang, bukan? 416 00:26:21,582 --> 00:26:23,917 Encik ayah Jacob Barber? 417 00:26:26,378 --> 00:26:28,964 Ada sesiapakah yang mungkin mahu mencederakan Ben? 418 00:26:29,423 --> 00:26:30,465 - Tak ada. - Tak ada. 419 00:26:31,008 --> 00:26:32,092 Tak ada. 420 00:26:32,176 --> 00:26:35,012 Pernahkah Ben kata apa-apa yang menggambarkan yang dia ada masalah? 421 00:26:35,095 --> 00:26:36,054 Ada masalah? 422 00:26:36,138 --> 00:26:37,639 Ada masalah? Bagaimana? 423 00:26:37,723 --> 00:26:40,934 Pernahkah Ben kata apa-apa yang menggambarkan yang dia ada masalah? 424 00:26:41,018 --> 00:26:42,102 Tak pernah. 425 00:26:42,186 --> 00:26:43,562 - Tak pernah. - Tak pernah. 426 00:26:43,645 --> 00:26:44,813 Tak pernah. 427 00:26:47,524 --> 00:26:50,277 Adakah kelakuan Ben berbeza pada minggu kematiannya? 428 00:26:50,360 --> 00:26:52,196 - Entahlah. - Rasanya tidak. 429 00:26:52,279 --> 00:26:55,449 Dia ada kata yang dia diekori atau diganggu? 430 00:26:56,575 --> 00:26:59,286 - Tidak. - Nanti dulu, encik ayah Jacob Barber? 431 00:27:02,664 --> 00:27:04,708 Ada apa-apa lagi yang kami perlu tahu? 432 00:27:04,791 --> 00:27:06,502 - Tak ada. - Tak ada. 433 00:27:06,585 --> 00:27:08,295 - Tentang Ben? - Tentang apa saja. 434 00:27:10,672 --> 00:27:12,049 Tak ada. 435 00:27:13,759 --> 00:27:16,637 Terima kasih kerana berbual dengan kami. Ini kad saya. 436 00:27:16,720 --> 00:27:19,223 Ia ada maklumat yang diperlukan untuk awak hubungi saya. 437 00:27:19,598 --> 00:27:20,766 - Okey. - Okey. 438 00:27:20,849 --> 00:27:23,727 Kalau sesuatu berlaku, walaupun awak fikir ia tak penting... 439 00:27:25,229 --> 00:27:26,563 Seperti saya terdengar sesuatu? 440 00:27:26,647 --> 00:27:28,690 Ya. Awak ada dengar sesuatu? 441 00:27:29,399 --> 00:27:30,651 Tidak. 442 00:27:30,734 --> 00:27:32,778 Faham-faham sajalah. 443 00:27:32,861 --> 00:27:33,987 Tidak, kami tak faham. 444 00:27:34,780 --> 00:27:35,781 Boleh saya minta diri? 445 00:27:35,864 --> 00:27:37,824 - Boleh saya minta diri? - Boleh saya minta diri? 446 00:27:44,414 --> 00:27:45,832 Beritahu saya jika saya terlepas sesuatu. 447 00:27:47,042 --> 00:27:49,545 Ada perkara lain tentang Ben yang awak mahu beritahu? 448 00:27:50,003 --> 00:27:51,129 Ya, hantarkan kepada saya. 449 00:27:51,588 --> 00:27:52,673 Okey. 450 00:27:53,465 --> 00:27:54,800 Awak ada kad kami berdua. 451 00:27:54,883 --> 00:27:57,427 Jika awak teringat sesuatu, hubungi saya pada bila-bila masa. 452 00:27:59,596 --> 00:28:02,224 Polis yang lawat kelas kami kata ada talian khas. 453 00:28:02,641 --> 00:28:05,894 Untuk kami beritahu apa-apa tanpa memperkenalkan diri kami. 454 00:28:06,645 --> 00:28:07,896 Betul. 455 00:28:08,772 --> 00:28:11,775 - Ada apa-apa yang awak nak beritahu kami? - Saya cuma nak tahu saja. 456 00:28:18,532 --> 00:28:20,033 Saya kenal anak encik, Jacob. 457 00:28:20,993 --> 00:28:23,203 Ya? Awak berkawan dengannya? 458 00:28:23,287 --> 00:28:27,541 Tak juga. Tapi kami saling mengenali. 459 00:28:36,508 --> 00:28:38,719 Encik dah bercakap dengan Jacob tentangnya? 460 00:28:38,802 --> 00:28:39,887 Tentang Ben? 461 00:28:43,265 --> 00:28:44,349 Kenapa awak tanya? 462 00:28:48,187 --> 00:28:49,229 Sarah. 463 00:28:51,273 --> 00:28:53,233 Tentu ada sebab untuk awak tanya saya begitu. 464 00:28:54,651 --> 00:28:56,069 Saya cuma tanya saja. Betul. 465 00:28:58,739 --> 00:29:00,490 Kalau awak teringat apa-apa... 466 00:29:27,768 --> 00:29:30,312 Awak apa hal? Awak ikut saya? 467 00:29:30,395 --> 00:29:31,396 Apa awak beritahu mereka? 468 00:29:31,480 --> 00:29:34,107 Itu bukan urusan awak. Saya dah lambat untuk ke kelas. 469 00:29:42,491 --> 00:29:44,326 Kita masih tiada perkembangan baru sejak semalam. 470 00:29:44,409 --> 00:29:46,286 Budak-budak ini seperti geng mafia. 471 00:29:47,663 --> 00:29:49,414 - Apa ini? - Kami baru menerimanya. 472 00:29:51,208 --> 00:29:53,502 Leonard Patz. Serang sentuh budak bawah umur, 473 00:29:53,585 --> 00:29:55,879 dakwaan serang sentuh berbaur lucah belum lagi dibicarakan. 474 00:29:55,963 --> 00:29:57,172 Dia berusia 36 tahun, 475 00:29:57,256 --> 00:29:59,675 tinggal di kondominium Windsor berdekatan taman itu. 476 00:29:59,758 --> 00:30:01,301 Kenapa kita tak tahu tentang dia? 477 00:30:01,385 --> 00:30:03,136 Dia pindah ke sini tahun lepas dan tak daftarkan alamatnya. 478 00:30:03,220 --> 00:30:05,097 Ada peguam unit deraan kanak-kanak yang perasan. 479 00:30:05,180 --> 00:30:07,099 - Sebab itu ia "belum dibicarakan." - Apa kesalahannya? 480 00:30:07,182 --> 00:30:09,518 Pegang kemaluan seorang budak di perpustakaan awam. 481 00:30:09,601 --> 00:30:11,979 Budak itu 15 tahun, setahun lebih tua daripada Ben Rifkin. 482 00:30:12,062 --> 00:30:14,356 Dia raba budak dan dilepaskan dengan ikatan peribadi? 483 00:30:14,439 --> 00:30:17,067 Keterangan budak itu meragukan. 484 00:30:18,402 --> 00:30:19,778 Kita patut menahannya. 485 00:30:19,862 --> 00:30:22,990 Ingat, tiada kesan serangan seksual pada badan Rifkin. 486 00:30:23,073 --> 00:30:25,534 Kalau kita tahan dia tanpa apa-apa kaitan dengan kes ini... 487 00:30:25,617 --> 00:30:26,451 Ya. 488 00:30:27,661 --> 00:30:28,912 Dia akan dapatkan peguam. 489 00:30:29,454 --> 00:30:32,124 Saya tahu awak rasa amat tertekan, tapi jika awak tersilap langkah, 490 00:30:32,207 --> 00:30:34,293 awak akan hilang peluang untuk menyoalnya. 491 00:30:38,714 --> 00:30:39,923 Biar saya fikir dulu. 492 00:30:43,802 --> 00:30:45,846 Jadi, masih belum ada sebarang perkembangan? 493 00:30:45,929 --> 00:30:47,306 Bukan itu yang saya maksudkan. 494 00:30:47,389 --> 00:30:49,766 Semua ahli komuniti ini mahukan penyelesaiannya. 495 00:30:49,850 --> 00:30:53,729 Pembantu Pendakwa Raya Andrew Barber sedang menyiasat beberapa petunjuk. 496 00:30:53,812 --> 00:30:56,857 Percayalah, suspek kes ini akan ditangkap tak lama lagi. 497 00:30:56,940 --> 00:30:59,818 Itu ialah Pendakwa Raya Daerah Middlesex, Lynn... 498 00:31:21,590 --> 00:31:23,008 Bukankah itu Andy Barber? 499 00:31:30,974 --> 00:31:32,392 Pendakwa raya... 500 00:31:34,061 --> 00:31:35,521 Mungkin dia ada berita. 501 00:31:39,233 --> 00:31:41,318 - Andy. - Ian, hai. 502 00:31:41,401 --> 00:31:43,153 Teruk betul kejadian itu, bukan? 503 00:31:43,237 --> 00:31:44,154 Sangat teruk. 504 00:31:44,238 --> 00:31:47,282 Bagaimana dengan kes itu? Apa perkembangannya? 505 00:31:49,701 --> 00:31:52,037 Maaf. Saya perlu cari isteri saya. 506 00:31:52,120 --> 00:31:54,873 - Kita dah ada suspek? - Maaf. Cuma... 507 00:32:01,713 --> 00:32:02,714 Toby. 508 00:32:06,677 --> 00:32:09,596 Dia di situ. Menenangkan para ibu. 509 00:32:12,224 --> 00:32:14,601 Dylan kata mereka akan mulakan komuniti dalam talian. 510 00:32:15,185 --> 00:32:16,603 - Hai, Andy. - Hai. 511 00:32:16,687 --> 00:32:18,480 Awak dah tahu siapa pembunuhnya? 512 00:32:18,564 --> 00:32:19,815 Ada berita tentang kes itu? 513 00:32:19,898 --> 00:32:21,692 Bagaimana dengan temu bual di Archer? 514 00:32:21,775 --> 00:32:23,485 Maaf, saya nak pinjam Laurie sebentar. 515 00:32:23,569 --> 00:32:25,487 - Maafkan kami sebentar. - Sudah tentu. 516 00:32:26,280 --> 00:32:27,406 Kenapa awak datang ke sini? 517 00:32:27,823 --> 00:32:29,116 Awak datang dengan kereta? 518 00:32:29,199 --> 00:32:32,619 Tidak, saya datang dengan Toby. Saya fikir awak akan bawa saya dan Jacob pulang. 519 00:32:32,703 --> 00:32:34,705 - Jacob pun ada di sini? - Ya, tapi entah di mana. 520 00:32:34,788 --> 00:32:36,957 Okey. Saya nak balik dulu. 521 00:32:37,040 --> 00:32:39,793 - Tapi awak baru saja sampai. - Saya tak sepatutnya datang. 522 00:32:39,877 --> 00:32:41,545 Ini satu kesilapan. Percayalah. 523 00:32:42,171 --> 00:32:45,424 Okey. Tapi rasanya saya perlu tunggu dulu. 524 00:32:45,507 --> 00:32:47,467 Toby boleh hantar saya pulang. Awak bawalah Jacob pulang. 525 00:32:47,551 --> 00:32:48,802 Okey. 526 00:32:48,886 --> 00:32:50,429 - Kita jumpa nanti. - Baiklah. 527 00:32:52,431 --> 00:32:54,183 Mak saya suruh saya pakai baju yang elok. 528 00:32:55,100 --> 00:32:56,101 Ya. 529 00:32:56,685 --> 00:32:58,020 Cantiknya rambut awak. 530 00:32:58,103 --> 00:32:59,771 Terima kasih. Kalau boleh, saya nak ambil gambar... 531 00:32:59,855 --> 00:33:01,773 Hei. Dah bersedia untuk pulang? 532 00:33:02,232 --> 00:33:04,401 - Ya. - Awak bawa kot? 533 00:33:04,484 --> 00:33:07,154 Ia bersama kot mak di tingkat atas. 534 00:33:07,237 --> 00:33:09,656 Okey. Ayah akan ambilkan. Kita jumpa di pintu depan. 535 00:33:24,004 --> 00:33:25,005 Andy? 536 00:33:28,800 --> 00:33:30,135 Saya dah agak itu awak. 537 00:33:30,802 --> 00:33:32,638 Maafkan saya. Saya bersembunyi di sini. 538 00:33:32,721 --> 00:33:34,056 Tidak, ia... 539 00:33:35,057 --> 00:33:36,183 Saya tak mahu mengganggu. Maaf. 540 00:33:36,266 --> 00:33:38,185 Tidak. Silakan masuk. Duduklah. 541 00:33:39,520 --> 00:33:40,521 Duduk. 542 00:33:51,865 --> 00:33:55,202 Ada sebarang berita sejak semalam? 543 00:33:55,285 --> 00:33:57,955 Kami akan dapat perkembangannya. Semua orang bekerja tanpa henti. 544 00:34:02,125 --> 00:34:03,710 Saya memang sukakan biliknya. 545 00:34:05,337 --> 00:34:09,507 Joan tak sanggup memasukinya, tapi saya terpaksa masuk juga. 546 00:34:10,467 --> 00:34:12,052 Saya di sini sepanjang masa. 547 00:34:17,431 --> 00:34:18,684 Awak berasal dari mana, Andy? 548 00:34:19,101 --> 00:34:20,435 Saya? Hartford Timur. 549 00:34:20,518 --> 00:34:22,187 - Di Connecticut, bukan? - Ya. 550 00:34:22,980 --> 00:34:24,438 Kawasan itu berbahaya, bukan? 551 00:34:25,274 --> 00:34:26,233 Kadangkala. 552 00:34:28,318 --> 00:34:31,864 Saya dan Joan membesar di subbandar Baltimore. 553 00:34:31,947 --> 00:34:33,282 Kami bersama sejak di bangku sekolah. 554 00:34:34,032 --> 00:34:36,784 Terus terang, pekan itu hampir sama dengan pekan ini. 555 00:34:37,953 --> 00:34:40,080 Mungkin sebab itulah kami berpindah ke sini. 556 00:34:40,746 --> 00:34:42,081 Kami selesa dengan suasananya. 557 00:34:44,293 --> 00:34:45,377 Selamat. 558 00:34:47,337 --> 00:34:50,174 Membosankan tapi selamat. 559 00:34:57,931 --> 00:34:59,141 Dan... 560 00:35:05,689 --> 00:35:07,524 Maafkan saya. Saya... 561 00:35:08,525 --> 00:35:10,152 Saya dah tak keruan. 562 00:35:10,235 --> 00:35:12,154 Hei. Awak berhak rasa begitu. 563 00:35:16,158 --> 00:35:17,826 Apa yang saya tak faham... 564 00:35:19,328 --> 00:35:21,121 ialah kenapa orang itu melakukannya? 565 00:35:22,998 --> 00:35:25,918 - Dan, ia mungkin tak elok... - Tidak, tolonglah. 566 00:35:27,836 --> 00:35:29,296 Ben budak yang baik. 567 00:35:32,508 --> 00:35:33,800 Dia sangat baik. 568 00:35:34,885 --> 00:35:36,887 Siapakah yang membencinya sampai begitu sekali? 569 00:35:38,805 --> 00:35:41,808 Apakah yang menjadikan mereka begitu? 570 00:35:42,935 --> 00:35:44,061 Kalaulah saya tahu. 571 00:35:52,152 --> 00:35:54,905 Saya selalu nampak anak awak, Jacob. 572 00:35:56,573 --> 00:35:59,952 Dia nampak baik. Awak dan Laurie tentu berasa bangga. 573 00:36:00,661 --> 00:36:01,662 Kami bangga dengannya. 574 00:36:06,583 --> 00:36:09,711 Awak sanggup buat apa saja untuknya, bukan? 575 00:36:15,592 --> 00:36:17,094 Ya. Benar. 576 00:36:33,402 --> 00:36:35,779 Kita dah kata kita takkan guna telefon semasa ayah memandu. 577 00:36:35,863 --> 00:36:37,281 Ia buat ayah rasa seperti drebar. 578 00:36:39,116 --> 00:36:40,117 Maaf. 579 00:36:42,035 --> 00:36:43,245 Kerja rumah awak dah siap? 580 00:36:43,328 --> 00:36:46,206 Sudah. Mak suruh saya habiskan Catcher in the Rye. 581 00:36:46,290 --> 00:36:48,375 Walaupun saya hanya perlu menghabiskannya minggu depan. 582 00:36:48,834 --> 00:36:49,918 Apa pendapat awak? 583 00:36:50,836 --> 00:36:52,796 Ia agak bagus. 584 00:36:54,298 --> 00:36:56,800 - Kenapa namanya begitu? - Siapa? J.D. Salinger? 585 00:36:56,884 --> 00:36:59,803 Tidak. Holden Caulfield, budak dalam novel itu. 586 00:36:59,887 --> 00:37:02,097 Cik Sprung kata ia bersifat simbolik. 587 00:37:02,181 --> 00:37:06,226 Nama "Holden" melambangkan "mengawal diri sendiri." 588 00:37:06,810 --> 00:37:09,396 Dan "caul" bererti rahim. 589 00:37:09,980 --> 00:37:12,816 Manakala "field" melambangkan padang rai dalam puisi itu. 590 00:37:12,900 --> 00:37:15,652 Ayah tak pernah pula terfikir begitu. 591 00:37:19,239 --> 00:37:21,116 Entahlah. Ia agak menjengkelkan. 592 00:37:21,200 --> 00:37:24,036 Semua buku yang dia berikan 593 00:37:24,119 --> 00:37:27,998 seolah-olah mengandungi metafora, perumpamaan dan simbol 594 00:37:28,081 --> 00:37:31,502 yang kami perlu fahami, tapi sebenarnya, tiada siapa yang peduli. 595 00:37:31,585 --> 00:37:35,088 Ceritakan saja kisah itu. Kenapa perlu ada kod rahsia untuk kita selesaikan? 596 00:37:36,298 --> 00:37:38,842 Terangkan saja segala-galanya. 597 00:37:42,471 --> 00:37:43,805 Betul juga cakap awak. 598 00:37:43,889 --> 00:37:47,100 Betul, bukan? Entahlah. Ia buat saya rasa geram. 599 00:37:49,061 --> 00:37:53,106 Tapi buku itu betul tentang satu perkara. Manusia suka berpura-pura. 600 00:37:54,608 --> 00:37:55,984 Ya, ayah ingat tentang itu. 601 00:37:56,693 --> 00:37:58,445 Seperti pada malam ini. 602 00:38:00,447 --> 00:38:02,491 Awak rasa tetamu malam ini hanya berpura-pura? 603 00:38:02,574 --> 00:38:04,117 Ya, sesetengahnya. 604 00:38:04,701 --> 00:38:05,994 Terutamanya, tetamu remajanya. 605 00:38:07,829 --> 00:38:09,289 Mereka mungkin rasa sedih, 606 00:38:09,373 --> 00:38:12,501 tapi mereka berlagak seolah-olah cara mereka itu betul. 607 00:38:12,584 --> 00:38:14,628 Seperti yang mereka tonton dalam filem. 608 00:38:14,711 --> 00:38:16,004 Ayah faham maksud saya? 609 00:38:18,465 --> 00:38:20,050 Ya, ayah faham. 610 00:38:20,509 --> 00:38:23,679 Tiada siapa yang berani tegur kerana mereka takut nampak teruk. 611 00:38:32,646 --> 00:38:34,064 Awak ada makan apa-apa di sana? 612 00:38:35,607 --> 00:38:36,692 Saya ada makan sikit. 613 00:38:40,028 --> 00:38:41,989 Doktor itu beri dia sebuah... 614 00:38:44,449 --> 00:38:47,160 Ia menyerupai cawan plastik yang ada penutup. 615 00:38:48,036 --> 00:38:49,913 - Seperti kanister? - Ya. 616 00:38:49,997 --> 00:38:53,208 Okey. Doktor itu beri dia sebuah kanister 617 00:38:53,292 --> 00:38:55,586 dan kata, "Datang semula esok dengan sampel air mani." 618 00:38:56,086 --> 00:39:00,090 - Nak. - Jadi orang tua itu pulang, 619 00:39:00,174 --> 00:39:02,134 esoknya dia kembali dengan kanister yang kosong. 620 00:39:02,217 --> 00:39:04,553 Dia kata, "Dengar sini, doktor, 621 00:39:04,636 --> 00:39:07,139 saya dah cuba dengan tangan kanan dan ia gagal. 622 00:39:07,222 --> 00:39:09,641 Kemudian, saya cuba dengan tangan kiri, dan ia masih gagal. 623 00:39:09,725 --> 00:39:11,685 Isteri saya cuba pula dengan tangan kanan dan ia gagal." 624 00:39:11,768 --> 00:39:12,728 Biar betul? 625 00:39:12,811 --> 00:39:14,062 "Dia cuba pula dengan tangan kiri, ia gagal juga. 626 00:39:14,146 --> 00:39:16,940 Kemudian, dia panggil jirannya yang cuba dengan tangan kanannya, 627 00:39:17,024 --> 00:39:18,442 ia masih gagal. 628 00:39:18,525 --> 00:39:19,902 Dia cuba pula dengan tangan kirinya, 629 00:39:19,985 --> 00:39:23,447 tapi tak kira apa saja yang kami buat, kami gagal buka penutup kanister itu." 630 00:39:28,869 --> 00:39:29,870 - Baiklah. - Ini dia. 631 00:39:29,953 --> 00:39:30,954 - Terima kasih. - Terima kasih. 632 00:39:31,038 --> 00:39:32,706 - Kelakarnya. - Selamat menjamu selera. 633 00:39:32,789 --> 00:39:35,709 Ia kelakar. Ayah tertipu. Ayah tak sangka itu jenakanya. 634 00:40:13,539 --> 00:40:15,541 Saya dah penat. Saya nak naik dulu. 635 00:40:15,874 --> 00:40:17,042 - Okey. - Awak pula? 636 00:40:17,918 --> 00:40:18,919 Ya, sebentar lagi. 637 00:40:23,507 --> 00:40:24,716 - Selamat malam, sayang. - Selamat malam. 638 00:40:44,278 --> 00:40:45,696 Hei, saya dah kejutkan awak. 639 00:40:47,739 --> 00:40:49,199 Ya, lebih kurang begitu. 640 00:40:51,702 --> 00:40:53,662 Ya. Saya nak tahan dia. 641 00:40:53,745 --> 00:40:55,664 PESALAH JENAYAH MASSACHUSETTS MAKLUMAT REKOD 642 00:40:55,747 --> 00:40:57,040 NAMA PATZ, LEONARD 643 00:40:57,124 --> 00:40:59,209 Ya. Okey. Terima kasih, Duff. 644 00:41:12,181 --> 00:41:15,142 SUBJEK: BEN RIFKIN >>> BACASAYA LIHAT SINI. 645 00:41:20,856 --> 00:41:22,774 LIHAT SINI. 646 00:41:22,858 --> 00:41:23,859 #BERSEMADILAHBEN 647 00:41:23,942 --> 00:41:24,818 SAYA RINDUKAN AWAK BEN. SAYA INGAT LAGI PERBUALAN KITA. ILYSM. 648 00:41:33,827 --> 00:41:35,370 KALAULAH KITA BOLEH LEPAK LEBIH KERAP BERSAMA 649 00:41:35,454 --> 00:41:37,331 BEN SANGAT HEBAT. SEDIHNYA 650 00:41:37,414 --> 00:41:38,624 JACOB DIAMLAH. BODOH. 651 00:41:41,710 --> 00:41:42,711 JACOB DIAMLAH. TAK GUNA. 652 00:41:42,794 --> 00:41:44,421 APA KENA DENGAN AWAK? JB BERAMBUSLAH. 653 00:41:44,505 --> 00:41:45,589 AWAK SANGAT TERUK JACOB 654 00:41:48,217 --> 00:41:49,968 JACOB.BARBER BEN DAH MATI. 655 00:41:50,052 --> 00:41:53,889 KENAPA AWAK TULIS MESEJ KEPADANYA? MACAMLAH AWAK RAKAN KARIBNYA 656 00:41:59,561 --> 00:42:01,063 LIHAT BALASAN 657 00:42:01,438 --> 00:42:03,982 DEREK_YOO JACOB, SEMUA ORANG TAHU AWAK PEMBUNUHNYA. 658 00:42:04,066 --> 00:42:07,277 AWAK ADA PISAU. SAYA PERNAH NAMPAK. 659 00:42:11,490 --> 00:42:12,824 SEMUA ORANG TAHU 660 00:42:12,908 --> 00:42:14,243 AWAK PEMBUNUHNYA. 661 00:42:14,326 --> 00:42:16,286 AWAK ADA PISAU. 662 00:45:09,209 --> 00:45:11,170 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin