1
00:00:05,922 --> 00:00:07,924
SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:15,181 --> 00:00:16,808
ADAPTASI THE KINGDOM OF THE GODS
3
00:02:54,591 --> 00:02:56,301
Jangan sesekali kamu
4
00:02:57,135 --> 00:02:58,887
melihat tempat peraduan tuanku.
5
00:02:59,512 --> 00:03:00,597
Kamu faham?
6
00:03:02,181 --> 00:03:03,683
Ya, tuan.
7
00:05:53,102 --> 00:05:56,981
{\an8}RAJA TELAH MANGKAT. ANGIN BARU BERTIUP.
8
00:06:05,114 --> 00:06:06,949
- Kami patut mati!
- Kami patut mati!
9
00:06:07,450 --> 00:06:09,994
Lebih 100 pengumuman yang sama ditampal
10
00:06:10,078 --> 00:06:11,829
di seluruh Hanyang malam tadi.
11
00:06:12,705 --> 00:06:14,332
Paduka Raja, yang sihat walafiat
12
00:06:15,041 --> 00:06:16,417
telah mangkat?
13
00:06:24,509 --> 00:06:26,052
Tangkap orang-orang yang menampal,
14
00:06:26,135 --> 00:06:27,428
menulis,
15
00:06:27,512 --> 00:06:28,971
atau memberi arahan menulisnya.
16
00:06:29,055 --> 00:06:31,182
Tangkap semua sekali.
17
00:06:31,682 --> 00:06:33,392
Hamba akan hapuskan keluarganya.
18
00:06:38,731 --> 00:06:40,024
Sama juga dengan
19
00:06:41,275 --> 00:06:44,403
orang-orang yang hanya melihat
semasa pengumuman ini ditampal
20
00:06:45,988 --> 00:06:46,906
di seluruh ibu kota.
21
00:06:46,989 --> 00:06:49,242
Tuan, jangan bunuh hamba.
22
00:06:49,325 --> 00:06:51,160
Tuan, tolonglah!
23
00:06:51,244 --> 00:06:52,995
Ampunkan hamba, tuan.
24
00:06:53,704 --> 00:06:54,705
- Tolong, tuan!
- Tuan!
25
00:06:54,789 --> 00:06:56,249
Jangan bunuh hamba!
26
00:07:04,132 --> 00:07:07,260
Puak Haewon Cho sedang
mengumpulkan semua sarjana muda.
27
00:07:11,013 --> 00:07:12,932
Jangan. Oh, Tuhan! Apa yang tuan lakukan?
28
00:07:13,015 --> 00:07:15,268
Tidak! Gyeong-seok!
29
00:07:15,351 --> 00:07:17,186
Gyeong-seok! Oh, Tuhan!
30
00:07:17,270 --> 00:07:19,272
Gyeong-seok!
31
00:07:25,945 --> 00:07:27,155
Tangkap mereka!
32
00:07:34,328 --> 00:07:37,457
Sudah sepuluh hari berlalu
sejak tuanku gering sakit cacar.
33
00:07:37,832 --> 00:07:41,502
Dua orang yang pernah melihat tuanku
sepanjang sepuluh hari ini
34
00:07:41,586 --> 00:07:44,505
hanya Bendahara Negeri Cho Hak-ju
dan anaknya, Permaisuri kedua.
35
00:07:45,006 --> 00:07:47,383
Sebab itulah banyak khabar angin
36
00:07:47,467 --> 00:07:49,844
tuanku telah mangkat tersebar.
37
00:08:07,445 --> 00:08:08,529
Berhenti!
38
00:08:10,948 --> 00:08:15,953
Kami menerima laporan 89 sarjana
dari pelbagai pertubuhan di Hanyang
39
00:08:16,037 --> 00:08:18,581
bekerjasama untuk menyebarkan
pengumuman ini.
40
00:08:18,664 --> 00:08:20,249
Lekas mengaku!
41
00:08:20,333 --> 00:08:24,670
Orang pertama yang mengaku,
nyawanya akan selamat!
42
00:08:24,837 --> 00:08:28,257
Siapa pengkhianat sebenar negeri kita?
43
00:08:28,341 --> 00:08:31,219
Dengan pemerintahan kucar-kacir
dan ugutan,
44
00:08:32,470 --> 00:08:37,266
keluarga Permaisuri yang jahat
sibuk memenuhkan perut sendiri.
45
00:08:38,309 --> 00:08:39,435
Pengkhianat?
46
00:08:41,687 --> 00:08:43,731
Carilah dalam Puak Haewon Cho!
47
00:08:43,814 --> 00:08:46,150
Biadab! Tutup mulut kamu!
48
00:08:46,234 --> 00:08:48,444
Orang-orang Puak Haewon Cho umpama nyamuk
49
00:08:49,695 --> 00:08:51,822
yang menghisap darah rakyat.
50
00:08:52,532 --> 00:08:55,535
Apa beza mereka dengan babi makan najis?
51
00:08:55,618 --> 00:08:58,579
Mungkin ada baiknya Paduka Raja mangkat.
52
00:08:58,996 --> 00:09:01,916
Baginda ialah
raja lemah yang menyerahkan negeri
53
00:09:02,375 --> 00:09:05,878
kepada Datuk Cho Hak-ju,
ketua babi-babi itu!
54
00:09:05,962 --> 00:09:07,129
Kurang ajar!
55
00:09:07,755 --> 00:09:11,050
Kamu kata lebih baik tuanku mangkat?
56
00:09:11,425 --> 00:09:13,427
Kamu mengaku telah khianat?
57
00:09:27,233 --> 00:09:29,402
Jadi "angin baru" itu
merujuk kepada siapa?
58
00:09:29,944 --> 00:09:33,030
Kamu mahu berkhidmat dengan raja mana?
59
00:09:34,240 --> 00:09:37,285
Putera Mahkota?
60
00:09:38,369 --> 00:09:40,413
TONGMYEONGJEON
61
00:10:11,861 --> 00:10:12,862
Tuanku Putera Mahkota.
62
00:10:13,696 --> 00:10:15,865
Sudah beberapa hari kamu menunggu di sini
63
00:10:15,948 --> 00:10:18,492
walaupun kita tak boleh bergerak.
64
00:10:19,076 --> 00:10:21,787
Sudah sepuluh hari ayahanda gering,
65
00:10:22,705 --> 00:10:24,915
tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa.
66
00:10:25,958 --> 00:10:28,461
Kita kecewa tak dapat
jalankan tugas sebagai puteranya.
67
00:10:30,755 --> 00:10:33,257
Izinkan kita masuk ke istana ayahanda
68
00:10:33,758 --> 00:10:35,760
dan berada di samping ayahanda.
69
00:10:35,843 --> 00:10:38,471
Ayahandamu gering kerana sakit cacar.
70
00:10:38,554 --> 00:10:42,391
Jika kamu berjangkit dan sakit
semasa menjaga tuanku,
71
00:10:42,475 --> 00:10:44,769
siapa yang akan mentadbir negeri?
72
00:10:44,852 --> 00:10:47,605
Sebagai kerabat diraja tertinggi,
kita tak akan izinkan,
73
00:10:48,189 --> 00:10:49,565
jadi berangkatlah dari sini.
74
00:10:52,109 --> 00:10:53,903
Jika begitu, beritahu kita.
75
00:10:56,614 --> 00:10:58,157
Benarkah
76
00:10:58,991 --> 00:11:00,409
ayahanda masih hidup?
77
00:11:09,168 --> 00:11:13,673
Mungkin kamu belajar untuk taat
kepada ayahandamu,
78
00:11:14,298 --> 00:11:16,842
tetapi tidak kepada bondamu.
79
00:11:17,176 --> 00:11:20,554
Sanggup kamu ingkar kepada kita
di depan semua hamba istana?
80
00:11:20,638 --> 00:11:22,723
Begitu sekali kamu membenci kita?
81
00:11:24,266 --> 00:11:28,104
Atau kamu membenci
82
00:11:30,064 --> 00:11:31,899
adindamu yang belum lahir ini?
83
00:11:33,317 --> 00:11:35,277
Tuanku, kita tak berani...
84
00:11:35,361 --> 00:11:36,487
Jika bukan begitu,
85
00:11:38,155 --> 00:11:39,490
silalah berangkat pulang.
86
00:11:41,784 --> 00:11:44,036
Apa yang kamu semua tunggu?
Iringi Putera Mahkota.
87
00:12:10,855 --> 00:12:12,898
Beta mesti bertemu ayahanda.
88
00:12:13,858 --> 00:12:15,317
Beta akan ke istana Raja.
89
00:12:19,071 --> 00:12:20,990
Ampun tuanku, tuanku sudah lupa?
90
00:12:21,073 --> 00:12:25,077
Paduka Permaisuri menitahkan tuanku
dijauhkan dari istana Raja.
91
00:12:25,161 --> 00:12:26,078
Ke tepi.
92
00:12:27,288 --> 00:12:28,706
Beta kata ke tepi!
93
00:12:31,208 --> 00:12:32,418
Tolong fahami keadaan ini.
94
00:12:33,002 --> 00:12:34,503
Kamu berkhidmat dengan siapa?
95
00:12:36,338 --> 00:12:38,048
Kamu anggap siapa raja negeri ini?
96
00:12:38,757 --> 00:12:40,801
Ayahanda beta atau Puak Haewon Cho?
97
00:12:41,719 --> 00:12:44,013
Ada sesiapa dalam istana ini
98
00:12:44,680 --> 00:12:47,892
yang tak menurut arahan Puak Haewon Cho?
99
00:12:48,350 --> 00:12:49,643
Tuanku Putera.
100
00:12:50,269 --> 00:12:52,480
- Tolong fahami keadaan!
- Tolong fahami keadaan!
101
00:12:57,776 --> 00:12:59,153
Panggil Mu-yeong.
102
00:13:24,637 --> 00:13:25,930
Ampun, tuanku.
103
00:13:42,488 --> 00:13:45,866
Mengapa tuanku buang sesuatu yang
lebih bernilai dari gaji tahunan patik?
104
00:13:48,577 --> 00:13:50,704
Jika tuanku mahu mengamuk,
105
00:13:51,664 --> 00:13:53,916
tujukanlah kepada Paduka Permaisuri.
106
00:13:53,999 --> 00:13:56,418
Kemurnian putera mahkota
ialah taat kepada ibu bapa.
107
00:13:56,961 --> 00:13:59,713
Beta mesti menunaikannya.
Jika tidak, beta akan digulingkan.
108
00:14:00,005 --> 00:14:02,424
Perempuan itu memang masih muda,
109
00:14:03,092 --> 00:14:04,802
tetapi dia tetap bonda beta.
110
00:14:04,885 --> 00:14:05,928
Oh, begitu.
111
00:14:06,679 --> 00:14:08,681
Tuanku Putera memang anak yang taat.
112
00:14:08,764 --> 00:14:10,432
Beta ada tugas untuk kamu.
113
00:14:16,063 --> 00:14:16,939
Adakah...
114
00:14:18,607 --> 00:14:22,194
Adakah patik perlu ke istana Raja
dan melihat Paduka Raja?
115
00:14:23,237 --> 00:14:25,114
Ambil catatan di Rumah Sakit Diraja.
116
00:14:25,197 --> 00:14:28,742
Pengawal istana menjaga catatan itu
siang dan malam.
117
00:14:28,951 --> 00:14:30,703
Bagaimana patik mampu mengambilnya?
118
00:14:30,786 --> 00:14:34,123
Buah pear dari Naju,
buah delima dari Gochang
119
00:14:34,206 --> 00:14:37,084
dan manisan halia
yang disediakan khas oleh Dapur Istana...
120
00:14:39,128 --> 00:14:41,589
Kamu sudah lupa
apa yang kamu curi daripada beta?
121
00:14:41,672 --> 00:14:42,923
Ampun, tuanku.
122
00:14:43,007 --> 00:14:44,592
Ingat isteri kamu yang menyokong
123
00:14:44,675 --> 00:14:46,427
sehingga kamu lulus peperiksaan
124
00:14:46,510 --> 00:14:47,803
pada usia 40 tahun.
125
00:14:49,430 --> 00:14:53,017
Kamu mencuri dari meja manisan beta
untuk diberi kepada isterimu
126
00:14:53,601 --> 00:14:55,019
yang mengandung
127
00:14:55,102 --> 00:14:56,979
setelah sepuluh tahun berkahwin, bukan?
128
00:14:57,062 --> 00:14:59,189
Ampun, tuanku. Tuanku tahu keadaan patik.
129
00:15:00,149 --> 00:15:02,484
Sampai bila tuanku nak gunakannya
untuk ugut patik?
130
00:15:04,361 --> 00:15:06,614
Jika mereka tahu kamu mencuri,
131
00:15:08,032 --> 00:15:09,116
kamu akan dipecat.
132
00:15:09,199 --> 00:15:12,119
Sama juga jika patik
ditangkap mencuri catatan itu.
133
00:15:12,202 --> 00:15:13,579
Baiklah.
134
00:15:15,080 --> 00:15:17,833
Beta dengar meja manisan malam ini
ada lempeng daging.
135
00:15:20,252 --> 00:15:23,172
Tapi beta tak boleh memaksa kamu.
136
00:15:30,471 --> 00:15:33,849
Jika patik masuk sebelum matahari terbit
apabila pengawal bertukar,
137
00:15:35,267 --> 00:15:37,019
mungkin patik boleh ambil catatan itu.
138
00:15:42,650 --> 00:15:46,070
Sebelum matahari terbit,
para pengawal tak begitu peka.
139
00:15:46,403 --> 00:15:49,490
Mungkin patik boleh ambil
jika patik masuk ketika pengawal bertukar.
140
00:17:24,084 --> 00:17:25,586
Paduka Raja hilang?
141
00:17:25,836 --> 00:17:27,171
Ampunkan hamba.
142
00:17:27,254 --> 00:17:29,006
Hamba cuma keluar sebentar...
143
00:17:29,131 --> 00:17:31,008
Jika mahu hidup lama, cari baginda.
144
00:17:31,508 --> 00:17:32,342
Sekarang!
145
00:17:37,389 --> 00:17:39,058
Ayahanda
146
00:17:39,850 --> 00:17:40,934
hilang?
147
00:20:03,744 --> 00:20:05,662
Tuanku buat apa di sini, Tuanku Putera?
148
00:20:08,415 --> 00:20:09,374
Ada
149
00:20:10,375 --> 00:20:11,752
sesuatu yang seram.
150
00:20:12,336 --> 00:20:13,420
Sesuatu yang seram?
151
00:20:14,004 --> 00:20:15,339
Bunyinya seperti binatang.
152
00:20:16,673 --> 00:20:19,009
Ia ada bau darah dan baunya sangat busuk.
153
00:20:19,885 --> 00:20:22,846
Ia bukan manusia. Bentuknya seperti hantu.
154
00:20:23,555 --> 00:20:24,932
Itu tak benar.
155
00:20:25,641 --> 00:20:27,309
Hantu di dalam istana Raja?
156
00:20:28,101 --> 00:20:29,519
Pasti tuanku tersilap.
157
00:20:29,603 --> 00:20:31,271
Kamu tidak percaya?
158
00:20:31,355 --> 00:20:35,108
Pasti tuanku letih
kerana melutut dalam sesalan berhari-hari.
159
00:20:35,692 --> 00:20:37,486
Sila kembali ke kamar tuanku
160
00:20:37,569 --> 00:20:41,198
dan minta tabib memeriksa tuanku.
161
00:20:42,407 --> 00:20:44,618
Panggil pembantu Putera Mahkota
mengiringinya.
162
00:20:59,174 --> 00:21:00,509
Ayahanda beta sudah ditemui?
163
00:21:01,093 --> 00:21:02,970
Apa maksud tuanku?
164
00:21:06,473 --> 00:21:07,516
Paduka Raja
165
00:21:08,850 --> 00:21:10,894
sedang berehat di peraduannya sekarang.
166
00:21:11,478 --> 00:21:13,021
Ada di peraduannya?
167
00:21:15,482 --> 00:21:18,360
Baik, beta mahu lihat sendiri.
168
00:21:22,572 --> 00:21:25,158
Ampun, Tuanku Putera. Sila berhenti.
169
00:21:25,242 --> 00:21:27,077
Ayahanda, ini Chang.
170
00:21:27,369 --> 00:21:28,745
Berhenti, Tuanku Putera.
171
00:21:28,829 --> 00:21:30,289
- Buka pintu.
- Tidak!
172
00:21:30,372 --> 00:21:31,581
Buka sekarang juga!
173
00:21:37,379 --> 00:21:39,339
Berani kamu mengacukan
174
00:21:40,424 --> 00:21:42,009
pedangmu kepada beta?
175
00:21:42,592 --> 00:21:44,594
Ini arahan Paduka Permaisuri.
176
00:21:45,053 --> 00:21:46,972
Patik cuma menurut undang-undang istana.
177
00:21:47,055 --> 00:21:49,099
Bolehkah hulubalang biasa Tentera Diraja
178
00:21:50,100 --> 00:21:52,144
menitiskan darah kerabat diraja?
179
00:21:55,522 --> 00:21:56,857
Jika boleh,
180
00:21:59,359 --> 00:22:00,444
silakan.
181
00:22:13,874 --> 00:22:15,709
Di mana ayahanda?
182
00:22:17,377 --> 00:22:18,253
Mengapa?
183
00:22:18,837 --> 00:22:21,673
Tuanku bimbang tentang
keselamatan ayahanda tuanku?
184
00:22:22,090 --> 00:22:23,300
Beta nampak
185
00:22:24,926 --> 00:22:27,429
hantu yang hodoh di dalam istana Raja.
186
00:22:28,680 --> 00:22:30,223
Patik juga nampak.
187
00:22:38,315 --> 00:22:41,610
Seorang anak berpura-pura risaukan bapanya
188
00:22:42,069 --> 00:22:45,906
sedangkan dalam hati,
dia mahu bapanya mangkat
189
00:22:46,782 --> 00:22:49,117
untuk memastikan dirinya selamat
dan mendapat kuasa.
190
00:22:49,951 --> 00:22:52,370
Itu hantu yang patik nampak.
191
00:22:53,371 --> 00:22:54,623
Bukan itu sahaja,
192
00:22:54,706 --> 00:22:56,583
patik nampak hantu
193
00:22:57,209 --> 00:22:58,710
yang penuh kejahatan
194
00:22:59,544 --> 00:23:02,881
dan mahu menggunakan anak itu
untuk membunuh Paduka Raja
195
00:23:02,964 --> 00:23:04,633
dan mengambil alih negeri ini.
196
00:23:04,883 --> 00:23:06,635
Darah hantu-hantu itu memenuhi halaman
197
00:23:06,718 --> 00:23:08,929
Balai Siasatan Diraja.
198
00:23:09,221 --> 00:23:12,808
Apabila darah itu melimpah,
ketua rancangan jahat itu,
199
00:23:14,851 --> 00:23:19,064
raja baru yang mahu ditabalkan,
akan diketahui.
200
00:23:20,315 --> 00:23:21,441
Apabila tiba masanya,
201
00:23:22,734 --> 00:23:25,112
hulubalang biasa Tentera Diraja juga
202
00:23:25,821 --> 00:23:28,406
mungkin menitiskan darah kerabat diraja.
203
00:23:30,992 --> 00:23:35,122
Tuanku Putera boleh terus menunggu,
tetapi Paduka Raja tidak akan kembali.
204
00:23:35,288 --> 00:23:39,084
Sakitnya sudah berkurangan,
jadi baginda ke istana Permaisuri.
205
00:23:41,670 --> 00:23:42,712
Beom-il,
206
00:23:44,214 --> 00:23:45,924
iringi Paduka Putera Mahkota keluar.
207
00:23:46,716 --> 00:23:47,968
Ya, ayah.
208
00:24:18,415 --> 00:24:21,376
Pasti Tuanku Putera terkejut.
209
00:24:21,668 --> 00:24:23,628
Bawakan ubat supaya baginda bertenang.
210
00:24:39,811 --> 00:24:40,812
Ampun, tuanku.
211
00:24:43,106 --> 00:24:44,316
Dapat?
212
00:24:45,025 --> 00:24:45,859
Ya.
213
00:24:45,942 --> 00:24:49,321
Patik hampir tertangkap,
tapi patik berjaya lari.
214
00:24:55,327 --> 00:24:57,704
Ayahanda rebah sepuluh hari lalu,
215
00:24:58,288 --> 00:24:59,497
pada hujung bulan.
216
00:25:04,294 --> 00:25:07,172
"Seram sejuk, demam
217
00:25:07,839 --> 00:25:08,882
dan sakit kepala.
218
00:25:10,800 --> 00:25:14,179
Diberi air rebusan untuk ruam
beberapa kali, tapi tak berkesan.
219
00:25:16,556 --> 00:25:19,309
Demam terlalu panas, bukan cacar air.
220
00:25:21,228 --> 00:25:23,104
Tanda-tandanya parah.
221
00:25:25,732 --> 00:25:27,108
Mungkin tiada penawar."
222
00:25:29,402 --> 00:25:30,528
Tuanku Putera,
223
00:25:30,612 --> 00:25:32,364
mengapa tiada catatan lagi?
224
00:25:32,447 --> 00:25:33,615
Ini mustahil.
225
00:25:34,241 --> 00:25:37,535
Pekerja Rumah Sakit Diraja
mesti buat catatan setiap hari.
226
00:25:38,995 --> 00:25:41,706
Tambahan pula, keadaan ayahanda teruk.
227
00:25:47,879 --> 00:25:49,631
Kecuali mereka sembunyikan sesuatu
228
00:25:51,383 --> 00:25:53,593
dan sengaja tidak buat catatan...
229
00:25:56,846 --> 00:25:59,599
Apa yang berlaku kepada ayahanda beta
230
00:26:00,642 --> 00:26:02,602
di istananya sendiri?
231
00:26:04,521 --> 00:26:05,522
Ampun, tuanku.
232
00:26:08,733 --> 00:26:10,527
Siapa Tabib Lee Seung-hui?
233
00:26:12,904 --> 00:26:16,032
Dia tabib diraja,
tapi letak jawatan tiga tahun lalu.
234
00:26:16,908 --> 00:26:18,201
Bagaimana kamu kenal dia?
235
00:26:19,160 --> 00:26:22,664
Namanya ditulis dalam catatan terakhir
tentang Paduka Raja.
236
00:26:25,000 --> 00:26:28,169
{\an8}TABIB LEE SEUNG-HUI DARI JIYULHEON
DI DONGNAE DIPANGGIL KE ISTANA
237
00:26:32,507 --> 00:26:33,883
Beta mesti menyamar.
238
00:26:34,426 --> 00:26:36,720
Ampun, tuanku. Menyamar?
239
00:26:37,137 --> 00:26:40,348
Jangan. Entah apa
yang Paduka Permaisuri akan lakukan...
240
00:26:40,432 --> 00:26:42,350
Dia kata jangan masuk ke istana Raja.
241
00:26:42,767 --> 00:26:44,769
Dia tidak melarang beta
meninggalkan istana.
242
00:26:45,020 --> 00:26:46,271
Tuanku Putera!
243
00:26:46,688 --> 00:26:47,856
Buat persiapan.
244
00:26:48,606 --> 00:26:51,026
Hanya kamu dan beta sahaja.
245
00:26:52,485 --> 00:26:53,737
Tapi bagaimana dengan
246
00:26:54,946 --> 00:26:56,323
lempeng daging?
247
00:27:04,289 --> 00:27:07,959
DONGNAE
248
00:27:09,502 --> 00:27:14,549
{\an8}JIYULHEON
249
00:27:28,021 --> 00:27:31,733
Makan lebih sikit.
Barulah pak cik lekas sembuh.
250
00:27:31,816 --> 00:27:33,485
Nanti pak cik makan.
251
00:27:35,403 --> 00:27:36,863
Tuan hamba panggil itu makanan?
252
00:27:37,781 --> 00:27:41,201
Mereka akan mati kebuluran
sebelum penyakit membunuh mereka.
253
00:27:44,329 --> 00:27:48,041
Kerajaan sudah berjanji
akan hantar beras kepada kita,
254
00:27:48,124 --> 00:27:49,751
jadi tunggulah sedikit lagi.
255
00:27:49,834 --> 00:27:51,378
Hamba tak percayakan mereka.
256
00:27:52,003 --> 00:27:53,755
Berpuluh orang mati setiap hari
257
00:27:53,838 --> 00:27:56,132
menunggu beras kerajaan.
258
00:28:00,595 --> 00:28:01,930
Berehatlah.
259
00:28:21,282 --> 00:28:22,826
Apa yang tuan hamba buat?
260
00:28:23,410 --> 00:28:27,163
Mereka semua akan lebih sakit
jika mereka tak makan,
261
00:28:27,622 --> 00:28:28,998
jadi jaga mulut tuan hamba.
262
00:28:39,217 --> 00:28:40,718
Oh, ya,
263
00:28:40,802 --> 00:28:42,720
bila Tabib Lee itu akan pulang?
264
00:28:42,804 --> 00:28:45,056
Sudah hamba katakan, dia ke Hanyang.
265
00:28:45,181 --> 00:28:47,183
Jadi bila dia akan pulang?
266
00:28:47,267 --> 00:28:49,686
Hamba datang dari jauh
sebab dia tabib terbaik.
267
00:28:51,229 --> 00:28:52,522
Luka itu boleh sembuh cepat
268
00:28:53,690 --> 00:28:56,317
kalau tuan hamba tutup mulut.
269
00:28:57,068 --> 00:28:58,486
Jadi, diam.
270
00:29:00,572 --> 00:29:01,614
Apa tuan hamba cakap...
271
00:29:03,408 --> 00:29:04,701
Apa...
272
00:29:08,705 --> 00:29:09,914
Kamu pandang apa?
273
00:29:21,050 --> 00:29:23,762
Ubat ini tak mujarab
sebab mereka tak boleh makan banyak.
274
00:29:24,345 --> 00:29:25,472
Susahlah jika begini.
275
00:29:27,015 --> 00:29:29,058
- Tabib Lee sudah pulang!
- Lekas!
276
00:29:29,225 --> 00:29:30,477
Tabib Lee sudah pulang!
277
00:29:34,981 --> 00:29:36,316
Itu dia!
278
00:30:01,090 --> 00:30:02,383
Selamat pulang, tuan.
279
00:30:06,513 --> 00:30:09,390
Ada masalah, tuan?
280
00:30:16,439 --> 00:30:17,690
Buat persiapan pengebumian.
281
00:30:18,858 --> 00:30:19,818
Apa?
282
00:30:20,276 --> 00:30:22,821
Pengebumian untuk siapa?
283
00:30:30,787 --> 00:30:31,830
Di sini.
284
00:30:34,624 --> 00:30:36,584
Tolong hamba.
285
00:30:39,379 --> 00:30:40,547
Mari kita buka.
286
00:30:48,805 --> 00:30:49,931
- Oh, Dan-i.
- Ini Dan-i!
287
00:30:50,014 --> 00:30:51,850
- Oh, Tuhan. Dan-i!
- Aduhai.
288
00:30:51,933 --> 00:30:53,393
- Apa yang terjadi?
- Kenapa?
289
00:30:55,645 --> 00:30:57,647
- Oh, Tuhan.
- Dan-i...
290
00:30:58,189 --> 00:30:59,566
Apa yang terjadi kepada Dan-i?
291
00:31:00,191 --> 00:31:01,442
Bagaimana dia jadi begini?
292
00:31:04,904 --> 00:31:06,239
Tuan!
293
00:31:06,489 --> 00:31:10,159
Tuan, apa yang terjadi? Cakaplah!
294
00:31:10,702 --> 00:31:13,454
Apa yang terjadi di Hanyang
295
00:31:14,205 --> 00:31:17,208
sehingga Dan-i pulang
dalam keadaan begitu?
296
00:31:19,168 --> 00:31:20,837
Beritahulah hamba, tuan.
297
00:31:27,760 --> 00:31:29,095
Tak ada apa-apa terjadi.
298
00:31:30,889 --> 00:31:32,015
Tak ada.
299
00:31:33,933 --> 00:31:35,268
Tak ada apa-apa terjadi.
300
00:31:45,862 --> 00:31:47,864
HANYANG
301
00:31:47,989 --> 00:31:49,782
{\an8}Katanya mereka akan gulingkan Raja,
302
00:31:49,866 --> 00:31:52,660
mahu Putera Mahkota naik takhta
303
00:31:53,369 --> 00:31:56,372
dan bentuk negeri baru.
304
00:31:57,373 --> 00:32:00,960
Ini bukti kukuh pengkhianatan.
305
00:32:02,128 --> 00:32:05,256
Kita mesti bawa Putera Mahkota
ke Balai Siasatan Diraja
306
00:32:05,340 --> 00:32:07,300
dan soal baginda serta-merta.
307
00:32:07,383 --> 00:32:12,013
Di mana dan bagaimana
datuk temui surat itu?
308
00:32:12,597 --> 00:32:15,099
Ada orang laporkan salah seorang sarjana
309
00:32:15,183 --> 00:32:17,977
yang ditangkap
menyimpan surat ini di rumah.
310
00:32:18,061 --> 00:32:20,271
Bagus pemberi maklumat itu.
311
00:32:20,355 --> 00:32:24,400
Dia tahu setiap seorang
daripada 89 orang sarjana yang khianat
312
00:32:24,484 --> 00:32:27,695
dan di mana surat rahsia
yang tak diketahui kewujudannya disimpan.
313
00:32:28,613 --> 00:32:30,365
Siapa pemberi maklumat itu?
314
00:32:30,865 --> 00:32:33,284
Pentingkah soal itu?
315
00:32:36,287 --> 00:32:40,541
Semua 89 sarjana tidak mengaku
ke atas tuduhan khianat.
316
00:32:40,625 --> 00:32:41,584
Tetapi
317
00:32:42,377 --> 00:32:45,713
datuk menuduh mereka khianat daripada
kata-kata seorang pemberi maklumat.
318
00:32:46,506 --> 00:32:48,883
Ini satu penghinaan
kepada sarjana Confucius,
319
00:32:48,967 --> 00:32:50,176
asas kepada negara ini.
320
00:32:53,096 --> 00:32:57,058
Adakah sarjana Confucius
benar-benar asas negara ini?
321
00:32:58,768 --> 00:33:00,061
Apa yang sarjana Confucius
322
00:33:01,270 --> 00:33:03,606
telah lakukan demi negara?
323
00:33:03,690 --> 00:33:04,816
Apa maksud datuk?
324
00:33:07,402 --> 00:33:09,445
Dua perang yang dahsyat
325
00:33:10,655 --> 00:33:12,824
melanda tanah air kita.
326
00:33:14,659 --> 00:33:15,952
Tahukah datuk
327
00:33:16,661 --> 00:33:19,539
mengapa kita kalah dengan teruk?
328
00:33:21,416 --> 00:33:23,251
Kerana sarjana Confucius yang lemah
329
00:33:23,918 --> 00:33:26,337
hanya tahu membaca analek
dan tulisan Mencius
330
00:33:26,671 --> 00:33:29,298
tetapi tidak bertindak,
mereka mengetuai negara ini.
331
00:33:30,508 --> 00:33:32,135
Sama juga seperti sekarang.
332
00:33:32,218 --> 00:33:34,887
Datuk benar-benar melampau,
Datuk Bendahara Negeri.
333
00:33:37,306 --> 00:33:39,100
Apa yang datuk lakukan?
334
00:33:39,183 --> 00:33:40,601
Datuk tak nampak?
335
00:33:41,936 --> 00:33:43,563
Mahu hamba bantu lihat lebih jelas?
336
00:33:45,648 --> 00:33:48,901
Sekarang datuk nampak apa katanya?
337
00:33:48,985 --> 00:33:51,487
Katanya mereka akan jatuhkan Raja,
338
00:33:51,946 --> 00:33:53,740
melanggar peraturan
339
00:33:53,823 --> 00:33:57,118
dan memulakan kekacauan,
seterusnya menghancurkan negeri ini.
340
00:33:57,201 --> 00:33:58,911
Selepas membaca surat ini,
341
00:33:58,995 --> 00:34:02,915
wajarkah kita semua duduk sahaja
dan bertengkar tentang
342
00:34:02,999 --> 00:34:07,378
apa patut dilakukan dan tidak bertindak
seperti dalam perang terdahulu?
343
00:34:07,920 --> 00:34:09,005
Datuk Cho,
344
00:34:09,922 --> 00:34:11,215
cukup.
345
00:34:22,727 --> 00:34:26,522
Tangkap Putera Mahkota dan bawa dia
ke Balai Siasatan Diraja.
346
00:34:37,033 --> 00:34:38,367
Di mana Putera Mahkota?
347
00:34:38,910 --> 00:34:40,203
Kami tidak tahu.
348
00:34:45,666 --> 00:34:49,587
Jika kamu jawab begitu lagi,
kepalamu akan dipancung.
349
00:34:51,672 --> 00:34:53,257
Di mana Putera Mahkota?
350
00:34:54,383 --> 00:34:57,512
- Hamba benar-benar...
- Izinkan hamba menjawab,
351
00:34:57,804 --> 00:35:00,139
kami telah mencari baginda seharian,
352
00:35:00,223 --> 00:35:02,725
tetapi baginda tiada
di dalam istana Putera Mahkota.
353
00:35:03,267 --> 00:35:05,103
Tuan sendiri nampak, bukan?
354
00:35:08,314 --> 00:35:09,190
Cari Putera!
355
00:35:09,273 --> 00:35:11,275
Cari di setiap ceruk istana dan Hanyang
356
00:35:11,359 --> 00:35:13,194
dan heret dia ke Balai Siasatan Diraja.
357
00:35:14,362 --> 00:35:15,947
Putera Mahkota bukan lagi
358
00:35:17,073 --> 00:35:18,950
waris takhta diraja.
359
00:35:19,367 --> 00:35:21,661
Dia penjenayah yang bersubahat
untuk khianat.
360
00:35:48,938 --> 00:35:51,023
Aduhai.
361
00:35:56,279 --> 00:35:57,155
Ada orang tak?
362
00:36:02,994 --> 00:36:03,911
Ia sedang mandi.
363
00:36:07,957 --> 00:36:09,208
Ada sesiapa di sini?
364
00:36:09,292 --> 00:36:10,334
Ya, ya.
365
00:36:11,043 --> 00:36:12,587
Tuan hamba Park Jong-yeong,
366
00:36:12,670 --> 00:36:15,548
- pekerja di Rumah Sakit Diraja?
- Ya, hamba.
367
00:36:18,259 --> 00:36:22,597
Apa hajat
pengawal peribadi Putera Mahkota datang?
368
00:36:22,680 --> 00:36:25,141
Hamba mencari Tabib Lee Seung-hui
dari Dongnae.
369
00:36:25,474 --> 00:36:26,809
Dia masuk ke istana
370
00:36:26,893 --> 00:36:29,020
pada hari ketiga
semasa tuan hamba bertugas.
371
00:36:29,645 --> 00:36:32,190
Hamba tidak tahu namanya,
372
00:36:32,273 --> 00:36:35,526
tetapi tabib dari Dongnae
sudah pergi dari sini.
373
00:36:35,902 --> 00:36:37,820
Pemuda yang datang bersamanya sakit teruk,
374
00:36:37,904 --> 00:36:39,405
jadi mereka terpaksa pulang.
375
00:36:41,115 --> 00:36:42,617
Tanya apa tanda-tanda sakitnya.
376
00:36:45,203 --> 00:36:47,330
Mengapa pemuda itu boleh sakit teruk?
377
00:36:48,122 --> 00:36:49,207
Dia terkena cacar?
378
00:36:49,957 --> 00:36:52,835
Otak udang seperti hamba kurang pasti,
379
00:36:53,252 --> 00:36:54,921
tetapi bukan kerana penyakit.
380
00:36:55,004 --> 00:36:57,089
Seluruh badannya luka-luka parah.
381
00:36:57,924 --> 00:37:02,220
Seolah-olah dia telah digigit
oleh binatang buas.
382
00:37:11,479 --> 00:37:14,273
Tuanku, kita mesti cepat.
383
00:37:14,774 --> 00:37:16,984
Kita akan tertangkap nanti.
Kita mesti pulang.
384
00:37:17,985 --> 00:37:21,656
Ke sana menuju ke selatan,
jadi Dongnae ke arah sana.
385
00:37:23,032 --> 00:37:24,659
Beta perlu tahu
386
00:37:25,243 --> 00:37:28,037
apa yang terjadi kepada ayahanda
dan keluarga diraja
387
00:37:29,121 --> 00:37:30,665
negeri ini.
388
00:37:30,748 --> 00:37:32,124
Apa maksud tuanku?
389
00:37:33,292 --> 00:37:34,418
Beta mesti ke Dongnae.
390
00:37:35,002 --> 00:37:36,087
Ke Dongnae?
391
00:37:37,630 --> 00:37:38,464
Sekarang?
392
00:37:41,884 --> 00:37:45,054
Tanpa sida-sida atau dayang istana
untuk melayan tuanku?
393
00:37:45,137 --> 00:37:46,806
Hanya tuanku dan patik?
394
00:37:47,223 --> 00:37:48,140
Tidak, tuanku.
395
00:37:48,224 --> 00:37:49,600
Beta mesti pergi.
396
00:37:49,684 --> 00:37:52,603
Tahukah tuanku berapa jarak
dari Hanyang ke Dongnae?
397
00:37:53,646 --> 00:37:55,022
Tuanku hampir muntah
398
00:37:55,106 --> 00:37:57,066
dalam perjalanan ke sini
399
00:37:57,149 --> 00:37:58,693
kerana tak tahan bau busuk.
400
00:37:58,776 --> 00:38:00,861
Bagaimana tuanku mahu ke Dongnae
401
00:38:01,487 --> 00:38:04,699
dengan jalannya yang berliku-liku?
Jaraknya lebih 217 batu.
402
00:38:04,782 --> 00:38:08,494
Hidup beta selama ini
lebih sukar daripada itu.
403
00:38:08,577 --> 00:38:10,079
Bagaimana dengan makanan?
404
00:38:10,871 --> 00:38:13,916
Tuanku tak akan jumpa lagi
makanan kesukaan tuanku di istana.
405
00:38:14,000 --> 00:38:15,084
Beta tak peduli.
406
00:38:15,167 --> 00:38:17,420
Kita mungkin bertemu penyangak
atau pemberontak.
407
00:38:18,045 --> 00:38:19,297
Mungkin kita akan dibunuh.
408
00:38:20,006 --> 00:38:21,590
Beta tetap akan mati
409
00:38:22,758 --> 00:38:24,010
jika beta terus di sini.
410
00:38:24,093 --> 00:38:26,137
Kerana tuduhan khianat itu?
411
00:38:26,846 --> 00:38:29,724
Ampun, tuanku, Puak Haewon Cho sekalipun
412
00:38:29,807 --> 00:38:32,893
tidak boleh apa-apakan tuanku
jika tuanku tidak bersalah.
413
00:38:35,521 --> 00:38:36,605
Beta memang lakukannya.
414
00:38:37,648 --> 00:38:38,649
Apa?
415
00:38:40,526 --> 00:38:41,610
Ampun, tuanku. Apa dia?
416
00:38:41,694 --> 00:38:42,611
Beta
417
00:38:44,030 --> 00:38:45,531
bersubahat mengkhianati ayahanda.
418
00:38:47,908 --> 00:38:49,035
Mengapa?
419
00:38:51,162 --> 00:38:51,996
Bagaimana...
420
00:38:53,497 --> 00:38:57,376
Tuanku ialah Putera Mahkota.
Takhta itu tetap milik tuanku.
421
00:38:57,460 --> 00:38:58,669
Jadi mengapa?
422
00:38:59,170 --> 00:39:03,049
{\an8}IA MEMILIKI MAKNA
DALAM MEWUJUDKAN DUNIA BARU
423
00:39:07,345 --> 00:39:10,848
{\an8}LEE CHANG
424
00:39:24,653 --> 00:39:26,030
Putera Mahkota...
425
00:39:27,448 --> 00:39:28,491
Benar.
426
00:39:29,784 --> 00:39:31,660
Beta ialah Putera Mahkota negeri ini.
427
00:39:33,371 --> 00:39:35,164
Beta satu-satunya putera ayahanda,
428
00:39:35,664 --> 00:39:38,459
tapi beta mati jika Permaisuri
melahirkan putera yang sah.
429
00:39:39,043 --> 00:39:41,712
Beta hanya Putera Mahkota tidak sah,
anak seorang gundik.
430
00:39:43,714 --> 00:39:45,174
Itulah sebabnya.
431
00:39:45,883 --> 00:39:47,301
Kerana beta mahu hidup.
432
00:39:52,640 --> 00:39:55,059
- Ya, tapi...
- Beta tetap rasa begitu.
433
00:39:56,477 --> 00:40:00,106
Ramai sarjana hampir mati di Balai
Siasatan Diraja untuk lindungi beta.
434
00:40:00,189 --> 00:40:02,274
Cara selamatkan mereka dan beta
435
00:40:03,567 --> 00:40:05,444
berada di selatan, di Dongnae.
436
00:40:06,737 --> 00:40:09,031
Beta mesti ke Dongnae,
bertemu Tabib Lee Seung-hui
437
00:40:10,116 --> 00:40:12,076
dan siasat apa yang terjadi
438
00:40:12,743 --> 00:40:14,203
kepada ayahanda.
439
00:40:36,225 --> 00:40:37,977
Hamba cuma kata dia bawa
440
00:40:38,727 --> 00:40:41,647
pemuda itu pulang kerana keadaannya parah.
441
00:40:41,730 --> 00:40:45,401
Ampunkan hamba, datuk!
442
00:40:45,609 --> 00:40:46,610
Saya pasti
443
00:40:47,361 --> 00:40:50,030
{\an8}Putera Mahkota pergi ke Dongnae
untuk mencari Tabib Lee.
444
00:40:50,114 --> 00:40:52,408
Saya sudah beritahu ayah, bukan?
445
00:40:53,117 --> 00:40:55,453
Sepatutnya kita bunuh Lee Seung-hui
supaya dia diam.
446
00:40:57,746 --> 00:40:58,956
Tabib Lee
447
00:41:00,166 --> 00:41:02,293
masih berharga untuk kita.
448
00:41:02,376 --> 00:41:03,335
Tetapi
449
00:41:05,129 --> 00:41:06,672
Putera Mahkota sudah tak berguna.
450
00:41:17,057 --> 00:41:20,352
Utusan kita tidak akan tiba
lebih awal daripada Putera Mahkota.
451
00:41:21,353 --> 00:41:24,398
Kamu mesti pergi menghalangnya sendiri.
452
00:41:25,107 --> 00:41:28,194
Kavalri sepuluh tentera berkuda
akan bergerak dahulu
453
00:41:28,652 --> 00:41:32,239
dan 50 orang askar Tentera Diraja
yang mahir akan menyusul.
454
00:41:32,990 --> 00:41:34,366
Kamu mesti halang dia
455
00:41:34,783 --> 00:41:36,410
sebelum dia tiba di Dongnae
456
00:41:36,994 --> 00:41:38,579
dan Jiyulheon.
457
00:41:39,246 --> 00:41:41,457
Walaupun kamu terpaksa bunuh dia.
458
00:41:42,124 --> 00:41:45,294
{\an8}HANYANG, DONGNAE
459
00:41:46,003 --> 00:41:50,633
{\an8}DONGNAE
460
00:42:06,065 --> 00:42:07,316
Hamba asyik teringat
461
00:42:10,027 --> 00:42:11,070
luka-luka aneh
462
00:42:12,154 --> 00:42:13,572
pada mayat Dan-i.
463
00:42:19,328 --> 00:42:20,204
Mari kita pulang.
464
00:42:32,091 --> 00:42:33,842
Ada asap dari cerobong.
465
00:42:36,845 --> 00:42:37,846
Apa yang berlaku?
466
00:42:43,727 --> 00:42:45,354
Sudah lama tidak makan daging.
467
00:42:55,239 --> 00:42:56,490
Hamba rasa lebih sihat.
468
00:42:57,116 --> 00:42:59,785
- Enak sekali!
- Boleh minta semangkuk lagi?
469
00:43:02,955 --> 00:43:04,415
Sedap betullah.
470
00:43:04,498 --> 00:43:06,292
- Apa ini?
- Tak sangka ia sesedap ini!
471
00:43:28,606 --> 00:43:29,607
Apa semua ini?
472
00:43:30,441 --> 00:43:32,026
Tuan hamba tak nampak?
473
00:43:33,402 --> 00:43:35,404
Mereka semua hampir mati kebuluran,
474
00:43:36,447 --> 00:43:38,907
tapi tabib itu berkurung dalam biliknya.
475
00:43:40,492 --> 00:43:43,787
Hamba perlu makan, jadi hamba buru rusa.
476
00:43:43,871 --> 00:43:45,080
Rusa?
477
00:43:46,248 --> 00:43:48,459
Tuan hamba jumpa rusa di gunung ini?
478
00:43:50,169 --> 00:43:51,962
Dapat kebenaran pihak berkuasa?
479
00:43:52,379 --> 00:43:54,798
Nak mati pun perlu kebenarankah?
480
00:43:56,008 --> 00:43:58,385
Hamba bawa makanan pun ada orang merungut.
481
00:44:21,575 --> 00:44:22,701
Cik.
482
00:44:22,785 --> 00:44:26,664
Maaf kerana bertanya,
tapi bolehkah hamba minta lagi?
483
00:44:27,039 --> 00:44:29,958
Isteri hamba mahu menyusukan anak kami,
tetapi agak susah...
484
00:44:30,042 --> 00:44:31,794
- Baik.
- Terima kasih.
485
00:44:54,650 --> 00:44:56,860
Tak apa. Jangan menangis.
486
00:45:51,832 --> 00:45:52,958
Apa?
487
00:45:54,710 --> 00:45:57,171
Sanggup tuan hamba buat begini?
488
00:45:57,963 --> 00:46:00,340
- Sampai hati tuan hamba?
- Apa maksud tuan hamba?
489
00:46:00,716 --> 00:46:01,925
Hamba nampak.
490
00:46:03,469 --> 00:46:04,553
Hamba nampak.
491
00:46:06,722 --> 00:46:08,557
Sanggup tuan hamba buat begitu?
492
00:46:09,016 --> 00:46:10,309
Sampai hati tuan hamba...
493
00:46:10,976 --> 00:46:13,395
Dia seperti ahli keluarga kami.
494
00:46:13,479 --> 00:46:15,147
Peduli apa dia siapa?
495
00:46:17,649 --> 00:46:19,943
Manusia apabila dah mati,
dia hanya sekadar daging.
496
00:46:21,737 --> 00:46:23,238
Tuan hamba dah gila?
497
00:46:24,907 --> 00:46:27,701
Dia orang, sama macam kita.
498
00:46:28,660 --> 00:46:30,204
Takkanlah orang
499
00:46:30,871 --> 00:46:33,749
- nak makan orang lain?
- Jadi?
500
00:46:36,793 --> 00:46:38,545
Tuan hamba nak kami mati kebuluran,
501
00:46:40,005 --> 00:46:42,257
bertengkar tentang apa
yang manusia patut buat?
502
00:46:44,009 --> 00:46:45,052
Kalau semua begitu,
503
00:46:45,135 --> 00:46:47,679
separuh penduduk Dongnae
dah lama mati kebuluran.
504
00:46:47,846 --> 00:46:49,139
Apa maksud tuan hamba?
505
00:46:49,515 --> 00:46:52,184
Tuan hamba rasa bagaimana
orang di selatan hidup?
506
00:46:53,852 --> 00:46:55,938
Tuan hamba fikir Raja selamatkan mereka?
507
00:46:56,021 --> 00:46:59,233
Tidak. Yang selamatkan mereka
508
00:47:00,526 --> 00:47:03,445
adalah daging dan tulang jiran-jiran
yang mati kebuluran.
509
00:47:07,908 --> 00:47:08,992
Itu tak benar.
510
00:47:10,202 --> 00:47:12,037
Kita hidup mengikut acuan kita.
511
00:47:13,539 --> 00:47:15,874
Hamba akan buat apa saja
untuk terus hidup.
512
00:47:19,086 --> 00:47:20,045
Sedapnya.
513
00:47:24,383 --> 00:47:25,509
Jong-gu!
514
00:47:25,884 --> 00:47:26,885
Kamu tak apa-apa?
515
00:47:26,969 --> 00:47:28,428
Kenapa? Sakit di mana?
516
00:47:30,931 --> 00:47:32,182
Jong-gu!
517
00:47:33,559 --> 00:47:34,643
Jong-gu!
518
00:47:35,519 --> 00:47:36,436
Jong-gu!
519
00:47:37,854 --> 00:47:40,399
Jong-gu!
520
00:47:50,242 --> 00:47:52,327
Jong-gu!
521
00:47:58,500 --> 00:47:59,710
Jong-gu.
522
00:48:00,210 --> 00:48:01,295
Jong-gu!
523
00:48:38,165 --> 00:48:39,166
Pak cik!
524
00:49:30,717 --> 00:49:31,843
Pak cik.
525
00:49:32,636 --> 00:49:33,637
Pak cik!
526
00:49:34,888 --> 00:49:36,181
Pak cik, sekejap.
527
00:49:41,395 --> 00:49:42,396
Pak cik!
528
00:50:39,327 --> 00:50:40,620
Ada apa-apa lagi?
529
00:52:19,302 --> 00:52:26,309
GO GEUN-HEE DALAM KENANGAN
530
00:56:12,452 --> 00:56:14,496
Terjemahan sari kata oleh Hazniza Ramli