1 00:00:13,013 --> 00:00:15,807 Saya mahu bercakap dengan awak tentang sampah. Mari berbual sampah. 2 00:00:15,891 --> 00:00:19,144 Central Park mendapat hampir 200,000 orang pelawat setap hari 3 00:00:19,228 --> 00:00:25,234 dan mereka tinggalkan lebih daripada 12,000 kg sampah setiap hari. 4 00:00:25,317 --> 00:00:26,652 Botol air, kotak piza, 5 00:00:26,735 --> 00:00:29,154 stoking digunakan sebagai tisu tandas, tisu tandas digunakan sebagai stoking, 6 00:00:29,238 --> 00:00:31,532 senjata pembunuh yang jenis menikam dan menembak, 7 00:00:31,615 --> 00:00:33,033 kostum Halloween yang tak menjadi... 8 00:00:33,116 --> 00:00:36,328 Jadi, kenapa taman ini tak nampak seperti celah punggung yang besar? 9 00:00:36,411 --> 00:00:38,038 Satu perkataan, kawan baik saya. 10 00:00:38,121 --> 00:00:41,375 Owen Tillerman mereka sistem bijak untuk buang semua sampah itu. 11 00:00:41,458 --> 00:00:43,502 Dia bahagikan taman kepada 49 zon. 12 00:00:43,585 --> 00:00:46,380 Pedati elektrik mengutip dari setiap zon untuk membawa sampah itu 13 00:00:46,463 --> 00:00:48,173 ke lokasi jatuhan di sepanjang laluan utama... 14 00:00:49,800 --> 00:00:51,468 di mana ia dikutip oleh lori lebih besar 15 00:00:51,552 --> 00:00:54,763 yang membawanya ke Pusat Peralihan Sanitasi di Jalan 59. 16 00:00:54,847 --> 00:00:56,348 Kemudian ia dimasukkan ke dalam baj 17 00:00:56,431 --> 00:01:00,686 dan dihantar ke tempat yang saya harap mahu banyak sampah. 18 00:01:00,769 --> 00:01:03,438 Atau ia dihantar ke matahari. Entahlah. 19 00:01:03,522 --> 00:01:06,483 Apa-apa pun, operasi yang besar ini sangat mengagumkan. 20 00:01:06,567 --> 00:01:11,321 Kalau awak mahu, awak boleh panggilnya sebagai balet sampah seperti saya. 21 00:01:11,405 --> 00:01:14,533 Ada satu tempat 22 00:01:14,616 --> 00:01:17,077 Di mana sampah pergi 23 00:01:17,160 --> 00:01:20,539 Apabila dunia meninggalkannya 24 00:01:20,622 --> 00:01:24,001 Di dalam baj 25 00:01:24,084 --> 00:01:26,378 Menuju ke mana saja 26 00:01:26,461 --> 00:01:32,301 Seseorang akan mengambilnya 27 00:01:33,886 --> 00:01:38,724 Para pekerja sanitasi yang efisien 28 00:01:38,807 --> 00:01:42,311 Mengambil beg sampah dan masukkan ke dalam lori 29 00:01:43,437 --> 00:01:47,816 Dengan penilaian yang sangat berhati-hati 30 00:01:47,900 --> 00:01:51,570 Memastikan semuanya diisi 31 00:01:52,946 --> 00:01:56,116 Ada satu tempat 32 00:01:56,200 --> 00:01:58,535 Di mana sampah pergi 33 00:01:58,619 --> 00:02:02,122 Apabila dunia meninggalkannya 34 00:02:02,206 --> 00:02:05,501 Di dalam baj 35 00:02:05,584 --> 00:02:07,920 Menuju ke mana saja 36 00:02:08,002 --> 00:02:12,508 Seseorang akan mengambilnya 37 00:02:12,591 --> 00:02:15,135 Tapi tarian yang indah itu tak berlaku pada minggu ini. 38 00:02:15,219 --> 00:02:19,640 Kenapa? Kerana sistem hebat Owen mula bermasalah apabila perkara ini berlaku. 39 00:02:19,723 --> 00:02:21,767 Imbas kembali. "Sampah-kembali"! 40 00:02:21,850 --> 00:02:22,684 SEMINGGU YANG LALU 41 00:02:22,768 --> 00:02:24,561 Apa maksudnya awak dah penuh? Saya tak faham. 42 00:02:24,645 --> 00:02:27,564 - Kami dah mencapai had kami. - Awak selalu ambil sampah kami. 43 00:02:27,648 --> 00:02:29,608 Laluan lori awak diubah ke Bensonhurst. 44 00:02:29,691 --> 00:02:31,235 Apa? Perjalanan itu mengambil masa dua jam! 45 00:02:31,318 --> 00:02:33,237 Kenapa? Sampah awak tak suka dengar audio siar? 46 00:02:33,320 --> 00:02:36,240 Saya akan ada banyak sampah semasa tunggu lori itu kembali dari sana! 47 00:02:36,323 --> 00:02:37,324 Bagaimana boleh jadi begini? 48 00:02:37,407 --> 00:02:41,119 Jadi sekarang sampah Owen dibawa ke daerah lain, jauh di dalam Brooklyn, 49 00:02:41,203 --> 00:02:43,163 menyebabkan seluruh sistemnya terganggu. 50 00:02:43,247 --> 00:02:45,958 Awak mahu tahu kenapa? Dua perkataan. Bitsy. 51 00:02:46,416 --> 00:02:49,628 Central Park? Ia dah jadi "Pusat Dengan Timbunan Sampah Merata-rata." 52 00:02:50,838 --> 00:02:53,382 Tengoklah itu. Saya buatnya dengan satu panggilan telefon kepada datuk bandar. 53 00:02:53,465 --> 00:02:54,967 Sebenarnya tiga panggilan telefon. 54 00:02:55,050 --> 00:02:58,428 Kami bermain tak jawab telefon. Kemudian dia dalam terowong dan talian terputus. 55 00:02:58,512 --> 00:03:00,722 Tapi kesannya tetap sama. Sampah di merata-rata tempat. 56 00:03:01,306 --> 00:03:03,642 Baling ini. Cuba lihat kalau awak boleh balingnya sampai ke taman. 57 00:03:04,935 --> 00:03:07,145 - Awak berjaya balingnya? - Ya, di mana saya mahukan. 58 00:03:07,229 --> 00:03:09,815 Jadi, inilah mimpi ngeri paling teruk Owen tentang sampah. 59 00:03:09,898 --> 00:03:12,276 Sampah. Terlalu banyak sampah. 60 00:03:12,359 --> 00:03:14,570 Tiada apa boleh dibersihkan. 61 00:03:14,653 --> 00:03:16,864 Tapi bukan Owen saja yang berdepan masa yang sukar. 62 00:03:16,947 --> 00:03:19,992 Molly ada ciuman pertama yang teruk dengan temannya, Brendan. 63 00:03:20,075 --> 00:03:23,036 Molly makan kacang dan Brendan alahan. Kemudian EpiPen terbabit... 64 00:03:23,120 --> 00:03:24,580 Apa-apa pun, Molly tak mendengar berita daripadanya sejak itu. 65 00:03:24,663 --> 00:03:25,497 CIUMAN KEMUSNAHAN! 66 00:03:25,581 --> 00:03:27,583 - Usaha yang bagus. - Masukkan nombor awak dalam telefon saya, 67 00:03:27,666 --> 00:03:30,711 supaya lagi senang nak rancang untuk lawan lebih banyak jenayah bersama-sama. 68 00:03:30,794 --> 00:03:33,088 Idea yang bagus. Sekarang saya akan cium awak. 69 00:03:33,172 --> 00:03:35,841 Ini ciuman pertama saya dan ia pastinya hebat. 70 00:03:35,924 --> 00:03:38,468 Kenapa pula tidak? Tiada apa yang awak baru makan yang saya alah, 71 00:03:38,552 --> 00:03:39,845 seperti mentega kacang. 72 00:03:39,928 --> 00:03:40,929 Ciumlah saya. 73 00:03:43,182 --> 00:03:45,893 Ulang semula lima saat, aktifkan! Lap. 74 00:03:45,976 --> 00:03:49,104 Aduhai! Seseorang tolong ambilkan baldi untuk muka saya. 75 00:03:49,188 --> 00:03:51,273 Saya sudah lap mulut saya! Kenapa ia tak menjadi? 76 00:03:51,356 --> 00:03:52,983 Ulang semula lima saat, aktifkan! 77 00:03:55,235 --> 00:03:56,069 Tolong! 78 00:03:57,905 --> 00:03:59,323 Molly, kita ada krisis sampah. 79 00:03:59,406 --> 00:04:01,742 Boleh awak cuba lukisnya dengan betul pada percubaan pertama? 80 00:04:01,825 --> 00:04:04,703 Maaf. Ayah bergurau. Ayah hormat proses seni awak. 81 00:04:04,786 --> 00:04:05,871 Bukan begitu. 82 00:04:05,954 --> 00:04:08,999 Adakah ini tentang cium budak lelaki itu dan sebabkan alahannya bertindak balas? 83 00:04:09,082 --> 00:04:12,461 Begini, awak akan ada banyak ciuman tanpa alahan di masa depan awak. 84 00:04:12,544 --> 00:04:15,506 Ayah tak suka fikir tentang itu sangat, tapi ia memang betul. 85 00:04:15,589 --> 00:04:18,884 Lupakan sekejap PTSD yang saya akan rasakan seumur hidup saya 86 00:04:18,966 --> 00:04:20,844 yang takkan sebabkan apa-apa masalah dari segi romantik. 87 00:04:20,928 --> 00:04:23,430 Di mana dia? Di mana Brendan, ayah? 88 00:04:23,514 --> 00:04:26,099 Bukan dalam telefon saya! Di mana dia tiada. 89 00:04:26,183 --> 00:04:29,186 Ini agak sukar. Ayah akan keluar dari bilik awak. 90 00:04:29,269 --> 00:04:30,896 Dengan penuh kasih sayang. Ia bukan salah awak tapi ayah. 91 00:04:31,563 --> 00:04:34,858 Ayah pergi dulu. Ayah perlu bawa ini kepada mak awak. 92 00:04:34,942 --> 00:04:39,196 Wah. Banyaknya tisu, lebih-lebih lagi dengan masalah sampah. 93 00:04:39,279 --> 00:04:41,281 Lupakan saya cakap begitu. Ia tak penting. Saya bersimpati awak demam. 94 00:04:41,365 --> 00:04:42,741 Cuma di sini ada banyak tisu. 95 00:04:42,824 --> 00:04:44,409 - Ada lebih banyak di bawah saya. - Aduhai. 96 00:04:44,493 --> 00:04:47,871 Apa-apa pun, saya sihat. Saya hampir sampai tempat kerja. Ini hentian saya? 97 00:04:47,955 --> 00:04:51,416 Sayang, awak kena berehat. Duduklah dalam sarang tisu awak. Ambil ini. 98 00:04:51,500 --> 00:04:53,502 Terima kasih. Saya baru minumnya lima minit lepas. 99 00:04:53,585 --> 00:04:55,671 Tak apa kalau minum banyak ubat batuk, bukan? 100 00:04:55,754 --> 00:04:58,048 - Tak juga. - Ya Tuhanku! Owen, ada tikus! 101 00:04:58,131 --> 00:05:00,384 Ya, mungkin awak dah minum terlalu banyak ubat batuk. Itu stoking Cole. 102 00:05:00,467 --> 00:05:03,428 - Kalau itu stoking, kenapa ia tikus? - Saya bawakan teh untuk awak. 103 00:05:03,512 --> 00:05:05,514 Saya tak mahu hidup dalam rumah tikus! 104 00:05:05,597 --> 00:05:08,267 - Ini bukan rumah tikus. - Bagaimana dengan semua sampah di taman? 105 00:05:08,350 --> 00:05:10,978 Tandanya ada lebih banyak tikus dan tandanya ada tikus dalam rumah kita. 106 00:05:11,061 --> 00:05:12,396 Saya tahu, saya boleh rasanya. 107 00:05:12,479 --> 00:05:15,858 Tikus di taman tak lebih banyak daripada selalu. Saya janji. 108 00:05:17,609 --> 00:05:20,946 Saya benci tikus. Merangkak di barang saya dan buang air besar dalam ubat gigi saya. 109 00:05:21,029 --> 00:05:23,699 - Buang air besar dalam ubat gigi awak? - Buang air besar dalam ubat gigi kita! 110 00:05:23,782 --> 00:05:26,618 Saya akan bunuh tikus itu dan kalau perlu, stoking itu sekali. 111 00:05:26,702 --> 00:05:30,622 Tidak. Kita tak bunuh haiwan atau stoking dalam rumah ini. 112 00:05:30,706 --> 00:05:34,126 Tiada siapa bunuh apa-apa. Ayah 99% pasti tiada tikus dalam rumah ini. 113 00:05:34,209 --> 00:05:36,503 - Semuanya okey. - Cole, awak akan lewat ke sekolah. 114 00:05:36,587 --> 00:05:38,922 - Mana kakak awak? - Saya di sini depan mak. 115 00:05:39,006 --> 00:05:40,382 Mak nampak bagus. 116 00:05:40,465 --> 00:05:42,092 Tak pernah sebagus ini. Mari peluk mak. 117 00:05:42,176 --> 00:05:43,677 Ada tahi hidung di dahi mak. 118 00:05:43,760 --> 00:05:45,053 Jadi kenapa, tuanku? 119 00:05:45,137 --> 00:05:47,181 Saya lega kita semua setuju tak nak bunuh tikus. 120 00:05:47,264 --> 00:05:50,350 Mak nampak sangat sibuk dengan tahi hidung sehingga mungkin tiada masa bunuh tikus. 121 00:05:50,434 --> 00:05:51,977 - Kenapa kita cakap tentang tikus? - Tepat sekali. 122 00:05:52,060 --> 00:05:53,687 Cole, mari peluk mak, tapi tahan nafas awak. 123 00:05:53,770 --> 00:05:55,272 Jauhi dahi mak. 124 00:05:56,356 --> 00:05:58,358 Jangan lupa satu benda kalau ada tikus di sini. 125 00:05:58,442 --> 00:06:00,569 - Apa dia? - "Bekalan beg mayat yang mencukupi." 126 00:06:00,652 --> 00:06:03,071 - Apa? - Ia dari Rambo dan sangat masuk akal. 127 00:06:04,615 --> 00:06:07,534 Aduhai. Tekak saya rasa gatal. 128 00:06:07,618 --> 00:06:09,369 Rasanya saya dijangkiti sakit mak. 129 00:06:09,453 --> 00:06:12,080 Owen, sampah... Saya dah tenggelam dalam... 130 00:06:12,164 --> 00:06:14,458 Aduhai, ayah kena pergi. Cole, duduk di rumah. 131 00:06:14,541 --> 00:06:16,543 Ayah akan periksa awak berdua nanti. Molly, pergi ke sekolah. 132 00:06:16,627 --> 00:06:18,837 Ya, satu pelukan dan awak dijangkiti. Itu sains. 133 00:06:20,631 --> 00:06:21,965 Itu sangat meyakinkan. 134 00:06:22,049 --> 00:06:25,052 - Tiada rodensia akan mati di rumah ini. - Ya, bagus. 135 00:06:25,135 --> 00:06:27,095 PENGURUSAN BAHAN BUANGAN DILARANG MASUK! 136 00:06:27,179 --> 00:06:30,057 Lampin. Saya tak tahu bagaimana nak masukkan lagi ke dalam sini. 137 00:06:30,140 --> 00:06:32,851 Awak semua kena bawa sampah awak ke bangsal Jalan ke-62. 138 00:06:32,935 --> 00:06:34,311 - Ia dah penuh. - Aduhai. 139 00:06:34,394 --> 00:06:36,021 - Bekas sampah berdekatan takungan? - Sudah penuh. 140 00:06:36,104 --> 00:06:37,898 - Pentas cangkerang? - Mereka panggilnya "pentas berbau." 141 00:06:37,981 --> 00:06:39,274 - Awak pentas berbau! - Hei! 142 00:06:39,358 --> 00:06:42,319 Maaf. Letakkan saja di sini. Pergi kosongkan tong sampah lagi. 143 00:06:42,402 --> 00:06:44,196 Sebentar lagi lori akan tiba untuk ambil sampah ini. 144 00:06:44,279 --> 00:06:48,158 Owen, itu lori Rostam dan dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Belt. 145 00:06:48,242 --> 00:06:50,661 Jauhnya lebih dari sejam. Orang dah mula makan tengah hari! 146 00:06:50,744 --> 00:06:53,205 - Apa berlaku selepas makan tengah hari? - Masa tidur sekejap. Makan malam! 147 00:06:53,288 --> 00:06:55,624 Bungkusan yang terlalu banyak. 148 00:06:55,707 --> 00:06:58,460 Owen, adakah ia teruk kalau sebuah bas yang penuh pelawat baru berhenti 149 00:06:58,544 --> 00:07:00,796 - dan mula ambil gambar sampah? - Ya. 150 00:07:00,879 --> 00:07:03,423 Jadi ia lebih teruk kalau tiga buah bas yang penuh baru berhenti? 151 00:07:03,507 --> 00:07:06,176 Sebut "Bitsy." 152 00:07:06,260 --> 00:07:08,095 Maaf sebab mengganggu. 153 00:07:08,178 --> 00:07:10,222 Pekerja perkemasan hotel enggan membersihkan 154 00:07:10,305 --> 00:07:11,974 semua bilik di tingkat tujuh. 155 00:07:12,891 --> 00:07:16,645 Ada sebab yang baru atau mereka guna alasan lama mereka? 156 00:07:16,728 --> 00:07:18,564 Ia alasan yang lama. Mereka cakap ada han... 157 00:07:18,647 --> 00:07:19,648 - Jangan cakap. - ...tu. 158 00:07:19,731 --> 00:07:22,150 - Awak cakapnya. - Maaf. Saya sudah mula sebutnya. 159 00:07:22,234 --> 00:07:24,361 Susah nak berhenti di tengah-tengah perkataan yang ada dua suku kata. 160 00:07:24,444 --> 00:07:26,697 Apa "hantu" itu buat kali ini? 161 00:07:26,780 --> 00:07:31,076 Seperti biasa. Bilik 723, bunyi pelik, angin sejuk, lampu berkelip 162 00:07:31,159 --> 00:07:32,619 dan ada orang cakap dia dengar, "Boo." 163 00:07:32,703 --> 00:07:35,497 Ini tak masuk akal! Kumpulkan pekerja. Saya akan hentikan benda mengarut ini. 164 00:07:35,581 --> 00:07:38,458 Takutkan hantu? Saya akan buat mereka takut. 165 00:07:38,542 --> 00:07:41,712 Mereka sudah panggil awak "perempuan tua menakutkan." Mereka dah takutkan awak. 166 00:07:41,795 --> 00:07:43,589 Tapi adakah ia benar-benar mencukupi? 167 00:07:43,672 --> 00:07:48,594 Okey, awak dan rakan makmal awak dah diberi ekosistem mikro yang berbeza. 168 00:07:48,677 --> 00:07:50,304 Air kolam, epal rosak, balak 169 00:07:50,387 --> 00:07:53,098 dan benda lain yang saya temui di kawasan sepunya pangsapuri cikgu. 170 00:07:53,182 --> 00:07:55,184 Tugasan awak ialah untuk menjawab soalan, 171 00:07:55,267 --> 00:07:57,769 "Adakah ekosistem awak sihat atau tak sihat?" 172 00:07:57,853 --> 00:07:59,438 Cikgu akan makan dua sandwic aiskrim ini 173 00:07:59,521 --> 00:08:01,064 dan cikgu tak mahu sesiapa cakap ia tak menyihatkan. 174 00:08:01,148 --> 00:08:04,651 Balak bukan ekosistem paling mengujakan, tapi ia boleh jadi lebih teruk. 175 00:08:04,735 --> 00:08:06,778 Kita mungkin dapat plaster. Molly. 176 00:08:06,862 --> 00:08:09,114 Saya dengar dia ciumnya dan kemudian... 177 00:08:09,948 --> 00:08:11,992 Awak bercakap tentang budak perempuan dan lelaki itu? Lelaki itu hampir mati? 178 00:08:12,075 --> 00:08:13,660 - Ya, betul. - Molly, helo? 179 00:08:13,744 --> 00:08:17,206 - Hei, Hazel. - Saya rakan awak untuk projek ini. 180 00:08:17,289 --> 00:08:19,458 - Ya. Apa yang kita kena buat? - Balak. 181 00:08:19,541 --> 00:08:21,793 Selalunya dalam rakan kongsi ada rakan kongsi. 182 00:08:21,877 --> 00:08:23,795 - Awak tahu apa mereka bualkan? - Entahlah. 183 00:08:23,879 --> 00:08:25,881 Ada budak perempuan cium seorang lelaki dari sekolah lain. 184 00:08:25,964 --> 00:08:29,051 Gadis itu ada mentega kacang pada mulutnya dan rasanya hari minggu lelaki itu mati? 185 00:08:29,134 --> 00:08:31,678 Apa? Orang ingat dia mati? Tapi dia tak mati. Mungkin. 186 00:08:31,762 --> 00:08:35,432 Bukannya saya tahu apa-apa tentangnya. Saya cuma buat perbualan biasa. 187 00:08:35,515 --> 00:08:37,893 Ya. Jadi boleh kita bincang tentang balak? 188 00:08:37,976 --> 00:08:40,562 - Ya. Sebentar. Kenapa kita ada balak? - Ya Tuhanku. 189 00:08:40,645 --> 00:08:44,816 Alamak! Saya tinggalkan makanan manusia di atas pinggan berseni gaya desa. 190 00:08:44,900 --> 00:08:47,361 Dan saya letaknya perlahan-lahan di atas lantai. 191 00:08:50,614 --> 00:08:53,200 Tiada masalah. Saya akan lepaskannya, 192 00:08:53,283 --> 00:08:56,411 walaupun tak tahu bagaimana nak buatnya tanpa cederakan diri saya. 193 00:09:02,376 --> 00:09:06,463 Menyelinap di dalam gelap 194 00:09:09,633 --> 00:09:14,096 Aku tahu kau ada di satu tempat 195 00:09:17,432 --> 00:09:21,854 Kau seperti pin tercucuk di hatiku 196 00:09:24,940 --> 00:09:29,152 Jadi, tunjukkan dirimu kalau kau berani 197 00:09:31,488 --> 00:09:33,156 Mak 198 00:09:33,240 --> 00:09:35,742 Janganlah jadi kejam Mak tak pedulikah? 199 00:09:35,826 --> 00:09:39,079 Kena cari dan bunuhnya Kena cari dan bunuhnya 200 00:09:39,162 --> 00:09:40,539 Mak 201 00:09:41,206 --> 00:09:43,125 Mata mak membuat ku merasa takut 202 00:09:43,208 --> 00:09:47,087 Kena cari dan bunuhnya Kena cari dan bunuhnya 203 00:09:47,171 --> 00:09:50,674 Tikus Ia di merata tempat, tapi kau tak nampak 204 00:09:50,757 --> 00:09:51,592 Tikus 205 00:09:51,675 --> 00:09:54,636 Mereka bijak dan berani Sama seperti kau dan aku 206 00:09:54,720 --> 00:09:58,765 Tikus, mereka makan makanan kita Dan mereka sebarkan penyakit 207 00:09:58,849 --> 00:10:00,267 Jangan bunuh tikus Ia boleh tinggal bersamaku 208 00:10:00,350 --> 00:10:02,394 Kau menggangguku, habislah kau 209 00:10:02,477 --> 00:10:06,190 Tikus, mereka sayang mak mereka Dan keluarga mereka 210 00:10:06,273 --> 00:10:10,152 Tikus, mereka dalam sampah kita Dan mereka makan keju kita 211 00:10:10,235 --> 00:10:13,614 Tikus, mereka pakai kot berbulu Tolong biarkan mereka hidup di sini 212 00:10:13,697 --> 00:10:15,741 Tak membayar sewa Dan sewanya mahal 213 00:10:15,824 --> 00:10:17,659 Jangan bunuh tikus Dia boleh tinggal denganku 214 00:10:17,743 --> 00:10:21,455 Tikus Mak, mereka sangat rumit 215 00:10:21,538 --> 00:10:24,958 Tikus Ya, tapi mak akan serangnya kali ini 216 00:10:25,042 --> 00:10:29,046 Tikus Mak, mereka sedang dipeluk dan seronok 217 00:10:29,129 --> 00:10:30,964 Jangan bunuh tikus Ia boleh tinggal bersamaku 218 00:10:31,048 --> 00:10:32,883 Kau menggangguku, habislah kau 219 00:10:32,966 --> 00:10:33,926 Tikus 220 00:10:39,473 --> 00:10:43,018 - Alamak. Saya betul-betul demam sekarang. - Apa maksud awak, "sekarang"? 221 00:10:44,019 --> 00:10:45,020 Mak meracau. 222 00:10:45,562 --> 00:10:49,483 Lebih ramai makan tengah hari ini. Tak guna, hari yang indah. 223 00:10:49,566 --> 00:10:50,734 Jangan ambil gambar itu! 224 00:10:50,817 --> 00:10:52,611 - Bagamana keadaannya, Owen? - Tak bagus. 225 00:10:52,694 --> 00:10:54,530 Owen? Ini Elwood dari tempat kerja. 226 00:10:54,613 --> 00:10:57,032 Tolong beritahu lori itu sudah kembali dan mereka kosongkan tempat sampah itu. 227 00:10:57,115 --> 00:11:01,119 Saya mahu baru beritahu awak yang lori itu dah tersekat di FDR. 228 00:11:01,203 --> 00:11:03,539 Lori tangki membawa sirap mapel terbalik. 229 00:11:03,622 --> 00:11:07,417 Pemandunya kata baunya menakjubkan dan orang sedang menjilat jalan. 230 00:11:07,501 --> 00:11:09,378 Lalu lintas tak bergerak sepanjang berkilometer jauhnya! 231 00:11:09,461 --> 00:11:11,380 Okey. Kita dalam keadaan bencana yang besar. 232 00:11:11,463 --> 00:11:13,715 Mesti ada cara untuk keluarkan sampah dari sini. 233 00:11:17,010 --> 00:11:19,346 Cara itu takkan menjadi, bukan? Tak, ia tak masuk akal. 234 00:11:19,429 --> 00:11:21,265 Ia tak pernah dilakukan sebelum ini. Tapi ia mungkin menjadi. 235 00:11:21,348 --> 00:11:23,267 Jangan cakap lagi. Encik, kami perlukan basikal awak! 236 00:11:23,350 --> 00:11:26,270 Ia satu kecemasan Central Park! Berapa banyak sampah anak awak boleh bawa? 237 00:11:26,353 --> 00:11:29,147 Tak. Bukan begitu. Idea saya berbeza, sebenarnya lebih gila. 238 00:11:29,231 --> 00:11:30,941 Kita akan buang sampah ini sendiri. 239 00:11:31,024 --> 00:11:32,985 Bagaimana? Awak tiada lori sampah. 240 00:11:33,068 --> 00:11:35,404 - Apa lebih bagus daripada lori sampah? - Saya selalu terfikirkannya. 241 00:11:35,487 --> 00:11:37,531 - Lori sampah. - Rasanya itu betul. 242 00:11:39,992 --> 00:11:41,493 Jangan sentuh saya! 243 00:11:41,577 --> 00:11:43,287 Jangan biarkan dia sentuh awak! Dia membakar! 244 00:11:43,370 --> 00:11:44,746 Awak semua, dengar! 245 00:11:44,830 --> 00:11:47,624 Jangan cairkan muka saya! Saya model muka! 246 00:11:47,708 --> 00:11:50,752 Kite Boy! Nampak tak, kalian? Kite Boy tak apa-apa. 247 00:11:51,503 --> 00:11:54,173 Awak tak apa-apa dan topeng itu cuma untuk suka-suka, bukan? 248 00:11:54,256 --> 00:11:58,135 Penduduk Bandar Raya New York! Ia lebih teruk daripada apa awak boleh bayangkan. 249 00:11:59,761 --> 00:12:01,680 Tolonglah. Awak pasti awak tak melebih-lebih? 250 00:12:01,763 --> 00:12:05,559 Muka awak mengerikan. Tapi awak ada tulang muka yang sangat licin. 251 00:12:05,642 --> 00:12:08,812 Tiada siapa selamat! Tiada siapa patut cium dia lagi selepas ini! 252 00:12:08,896 --> 00:12:10,564 Saya sudah minta maaf. 253 00:12:11,356 --> 00:12:13,734 Ucapan maaf tak boleh kembalikan mukanya yang cantik! 254 00:12:13,817 --> 00:12:15,819 Terima kasih. Dulu ia cantik. 255 00:12:15,903 --> 00:12:17,905 - Hei! - Apa dia? 256 00:12:17,988 --> 00:12:20,657 - Awak tahu esok perlu hantar tugasan ini? - Ya. Saya di sini. 257 00:12:20,741 --> 00:12:23,076 Saya tahu awak ingat meletakkan lengan awak begitu 258 00:12:23,160 --> 00:12:26,163 bermaksud saya tak boleh nampak yang awak melukis dan tak membantu projek kita, 259 00:12:26,246 --> 00:12:27,998 tapi saya boleh nampak apa awak buat. 260 00:12:28,081 --> 00:12:30,834 Balak itu juga nampak dan ia marahkan awak, Molly. 261 00:12:30,918 --> 00:12:33,462 Maaf, saya terganggu dengan... Tiada apa. 262 00:12:33,545 --> 00:12:35,839 Ya, jadi kita ada ekosistem yang sihat? 263 00:12:35,923 --> 00:12:37,549 - Mari mula. - Okey, kita mulakannya. Itu bagus... 264 00:12:37,633 --> 00:12:39,801 - Ciuman mentega kacang takkan membunuh. - Okey. 265 00:12:39,885 --> 00:12:42,429 Bukan di zaman sekarang dan teknologi yang ada? Tolonglah. 266 00:12:42,513 --> 00:12:46,225 Saya rasa orang patut lebih cakap tentang itu, bukan? Cakaplah tentang itu! 267 00:12:46,975 --> 00:12:48,477 Dan bagaimana dengan gadis yang menciumnya? 268 00:12:48,560 --> 00:12:50,771 Setahu dia, dia bukan seorang pembunuh. 269 00:12:50,854 --> 00:12:54,233 Dia mungkin sangat hebat. Kacanglah penjahat sebenarnya. 270 00:12:54,316 --> 00:12:56,443 Itu siapa yang patut dipersalahkan. Industri kacang. 271 00:12:56,527 --> 00:12:59,029 Baguslah. Masa rehat dah berakhir dan kita belum mulakan apa-apa lagi. 272 00:12:59,112 --> 00:13:00,906 Rasanya kita akan jumpa di dewan belajar? 273 00:13:00,989 --> 00:13:03,408 Kacang yang tak guna! 274 00:13:03,492 --> 00:13:07,788 Jadi kita sedang berbual dengan selesa di tingkat enam. 275 00:13:07,871 --> 00:13:09,498 Saya bawa kita ke tingkat enam 276 00:13:09,581 --> 00:13:13,001 untuk ingatkan kita yang semua tingkat sama saja. 277 00:13:13,085 --> 00:13:14,419 Saya betul tak, Helen? 278 00:13:14,503 --> 00:13:16,839 Kalau awak boleh membuat kerja dengan senang-lenang di tingkat enam, 279 00:13:16,922 --> 00:13:19,758 jadi awak boleh membuat kerja dengan senang-lenang di mana-mana tingkat. 280 00:13:19,842 --> 00:13:24,555 Ada sesiapa rasakan apa-apa kehadiran kuasa ghaib sekarang? 281 00:13:24,638 --> 00:13:26,014 - Saya tak rasa apa-apa. - Bagus. 282 00:13:26,098 --> 00:13:28,559 Biar saya berjalan ke sini sebentar. 283 00:13:28,642 --> 00:13:31,228 Saya cuma berjalan, jangan pedulikan saya yang mendekati tanda ini. 284 00:13:31,311 --> 00:13:32,312 TINGKAT 6 285 00:13:33,105 --> 00:13:34,106 TINGKAT 7 286 00:13:34,189 --> 00:13:36,108 Aduhai. Nampaknya kita tersekat di sini. 287 00:13:36,191 --> 00:13:39,194 Seseorang mesti dah tahan pintu untuk ke tangga dari sebelah sana 288 00:13:39,278 --> 00:13:41,154 dan lif juga bermasalah. 289 00:13:41,238 --> 00:13:45,284 Nampaknya kita semua perlu berdepan rasa takut awak yang sangat bodoh! 290 00:13:45,367 --> 00:13:46,952 Diam. 291 00:13:47,035 --> 00:13:49,955 Mari pergi kemaskan katil. 292 00:13:54,042 --> 00:13:57,129 Lihat apa berlaku apabila awak menyamar sakit? Awak benar-benar sakit. 293 00:13:57,212 --> 00:13:59,715 Berhenti berlagak. Mak yang buat saya jadi begini, ahli sihir! 294 00:13:59,798 --> 00:14:01,884 - Bertenang. - Maaf. Saya sayang mak. 295 00:14:01,967 --> 00:14:04,761 Boleh kita berehat daripada mak cuba bunuh tikus dan saya cuba halang mak? 296 00:14:04,845 --> 00:14:07,389 Okey. Sebenarnya, mak agak letih. 297 00:14:07,472 --> 00:14:09,516 Jadi awak tutup mata awak dan mak akan tutup mata mak. 298 00:14:22,571 --> 00:14:24,072 CIUMAN KEMUSNAHA! 299 00:14:24,907 --> 00:14:26,408 Kami bersimpati, Kite Boy. 300 00:14:26,491 --> 00:14:29,912 Awak tak patut tiada bibir, lebih-lebih lagi pada hari bergambar! 301 00:14:31,538 --> 00:14:35,834 Adakah Peter Parker betul Apabila dia membuang sutnya? 302 00:14:37,794 --> 00:14:40,964 Perlukah ku berundur seperti Dark Knight 303 00:14:41,048 --> 00:14:44,009 Apabila dia hilang tanpa kesan? 304 00:14:44,092 --> 00:14:47,429 Seperti Thor yang tak layak mendapat tukulnya 305 00:14:47,513 --> 00:14:52,351 Aku tak layak mendapat kuasa ini lagi 306 00:14:53,185 --> 00:14:56,021 Aku yang paling teruk 307 00:14:56,104 --> 00:15:00,067 Dan aku pasti disumpah 308 00:15:00,150 --> 00:15:02,277 Kerana apabila ku cuba membantu 309 00:15:03,278 --> 00:15:05,948 Ia hanya menyakitkan 310 00:15:06,031 --> 00:15:08,575 Aku yang paling teruk 311 00:15:08,659 --> 00:15:11,578 - Dan aku pasti disumpah... - Biar betul? 312 00:15:11,662 --> 00:15:13,413 Okey. Saya sudah bosan membuatnya bersendirian. 313 00:15:13,497 --> 00:15:15,707 Saya perlu tahu apa di dalam sana yang sangat penting. 314 00:15:15,791 --> 00:15:17,960 Beri kepada saya. Saya sedang baca. Awak kelaskan liken itu. 315 00:15:19,795 --> 00:15:22,089 Awak gadis ciuman membunuh mentega kacang. 316 00:15:22,172 --> 00:15:23,173 Berhenti menjerit. 317 00:15:23,257 --> 00:15:24,591 - Dia benar-benar mati? - Tidak! 318 00:15:24,675 --> 00:15:26,134 Saya agak yakin yang dia tak mati. 319 00:15:26,218 --> 00:15:29,555 Tapi kalau dia tak mati, tandanya dia tak hiraukan saya dan itu jauh lebih teruk. 320 00:15:29,638 --> 00:15:32,182 Apa saya boleh buat? Berapa kali saya boleh mesej dia? 321 00:15:32,266 --> 00:15:35,102 - Sebentar. Berapa kali awak mesej dia? - Satu jumlah yang normal. 322 00:15:35,185 --> 00:15:36,854 - Berapa kali ialah normal bagi awak? - Dua kali. 323 00:15:36,937 --> 00:15:38,230 Alamak. 324 00:15:38,313 --> 00:15:40,858 Okey. Awak bermasalah. Saya perlu tahu kisah di sebaliknya. 325 00:15:42,192 --> 00:15:44,653 Kita akan bina kereta api sampah? 326 00:15:44,736 --> 00:15:46,530 Ya. Bekas sampah ini ada tayar padanya, bukan? 327 00:15:46,613 --> 00:15:48,323 Elwood, awak sudah ambil tali dan rantai dari bangsal? 328 00:15:48,407 --> 00:15:51,285 Ya. Tali dan rantai ini berbelit dan masih lagi berbelit. 329 00:15:51,368 --> 00:15:52,578 Okey, leraikannya. 330 00:15:52,661 --> 00:15:56,123 Fran, pandu pedati itu dan tolak bekas ini menjadi sebaris di belakang pedati itu. 331 00:16:00,794 --> 00:16:03,380 Mempersembahkan karavan bekas sampah! 332 00:16:03,463 --> 00:16:05,549 Sebentar. Adakah ia kereta api atau karavan? 333 00:16:05,632 --> 00:16:07,134 Itu tak penting. Apa saja awak mahu panggilnya. 334 00:16:07,217 --> 00:16:08,760 - Patutkah kita mengundinya? - Saya pilih "kereta api." 335 00:16:08,844 --> 00:16:11,597 - Bunyi "karavan" lebih misteri. - Ada sesiapa suka "ulat sampah"? 336 00:16:11,680 --> 00:16:14,683 - Kalian, tolonglah. - Ke mana kita mahu bawa kereta api ini? 337 00:16:14,766 --> 00:16:17,769 Ke pusat kita yang biasa di Jalan ke-59. Sejauh itu saja kita boleh pergi. 338 00:16:17,853 --> 00:16:20,439 Tapi mereka tak ambil sampah kita lagi. Tempat mereka sudah penuh. 339 00:16:20,522 --> 00:16:22,274 Kita juga sama. Mari pergi. 340 00:16:32,326 --> 00:16:34,328 Boleh awak... Ia buat saya rasa sangat gemuruh. 341 00:16:34,411 --> 00:16:35,954 Maaf. Saya akan mainkan yang lain. 342 00:16:36,038 --> 00:16:38,248 Mainkan sesuatu yang buat ini nampak sangat normal. 343 00:16:38,332 --> 00:16:39,416 Okey. 344 00:16:39,499 --> 00:16:42,002 Lihatlah awan itu Lihatlah burung itu. 345 00:16:42,085 --> 00:16:44,796 Tengoklah pokok itu Sebab tiada apa nak dilihat di sini 346 00:16:44,880 --> 00:16:47,299 Tiada apa-apa langsung Semuanya okey 347 00:16:48,842 --> 00:16:50,844 Alamak. Ahli sihir sudah bangun. 348 00:16:51,887 --> 00:16:53,722 Awak ada dalam sini, bukan, tikus? 349 00:16:54,473 --> 00:16:56,183 Saya boleh dengar awak bernafas. 350 00:16:57,351 --> 00:16:58,852 Atau adakah itu saya? 351 00:17:00,020 --> 00:17:02,231 - Dapat! - Tak! Dia tak buat apa-apa kepada mak. 352 00:17:02,314 --> 00:17:06,108 Dia mungkin tumpang di sini sehingga dia boleh simpan duit untuk rumahnya sendiri! 353 00:17:06,193 --> 00:17:11,281 Cole, sudahlah. Jangan bazirkan tenaga terakhir mak untuk membunuh tikus. 354 00:17:16,703 --> 00:17:19,205 - Awak nampak mereka? - Ya. Mak pun nampak mereka? 355 00:17:19,289 --> 00:17:20,582 Nampak seperti mereka mengeja sesuatu? 356 00:17:20,665 --> 00:17:23,210 - Adakah ia "Kami datang kepada awak"? - Mak akan panggil penghapus. 357 00:17:23,292 --> 00:17:25,127 Ya. 358 00:17:25,212 --> 00:17:28,173 - Penghapus yang lembut. - Saya sudah tak peduli. 359 00:17:28,882 --> 00:17:30,634 Baiklah, masa dewan belajar dah tamat. 360 00:17:30,717 --> 00:17:33,846 Awak tak perlu berhenti belajar, tapi awak tak boleh terus kekal di sini. 361 00:17:33,929 --> 00:17:36,682 Saya tinggal di Bushwick, jadi kita perlu ke rumah awak untuk siapkannya. 362 00:17:36,765 --> 00:17:38,183 Awak tinggal di mana? 363 00:17:38,267 --> 00:17:39,643 - Awak tinggal di sini? - Ya. 364 00:17:39,726 --> 00:17:41,061 Ibu bapa awak ahli sihir? 365 00:17:41,144 --> 00:17:42,896 Tak. Ayah saya tak boleh simpan janggut pun. 366 00:17:42,980 --> 00:17:47,067 Saya dah balik. Hazel dari kelas sains dengan saya. Kami kena siapkan projek. 367 00:17:47,150 --> 00:17:49,069 Awak tak selamat. Tiada siapa yang selamat. 368 00:17:49,152 --> 00:17:51,071 Lari, Hazel dari kelas sains. Lari! 369 00:17:51,154 --> 00:17:52,239 Begitu banyak tikus! 370 00:17:52,322 --> 00:17:53,532 Seronok jumpa awak. 371 00:17:53,615 --> 00:17:56,451 Hazel, jangan bernafas. Kita lari ke atas. Kita tak boleh dijangkiti mereka. 372 00:17:56,535 --> 00:17:57,911 Cepat sikit. Jangan pandang mereka. 373 00:17:58,829 --> 00:18:01,039 Kami bukannya gila! Tikus memang ada! 374 00:18:01,123 --> 00:18:02,583 Tak, langsung tidak. 375 00:18:02,666 --> 00:18:05,878 Kami dah bersihkan semua bilik di tingkat ini, tapi takkan masuk situ. 376 00:18:05,961 --> 00:18:07,754 - Masuk dan bersihkan selama 20 minit. - Tidak. 377 00:18:07,838 --> 00:18:08,839 - Dua minit. - Tidak. 378 00:18:08,922 --> 00:18:10,048 - Semburkan sedikit penyegar udara. - Tidak. 379 00:18:10,132 --> 00:18:12,134 Okey, beginilah. Awak semua dipecat. 380 00:18:12,217 --> 00:18:13,802 Bitsy, mari bincang sebentar. 381 00:18:13,886 --> 00:18:16,763 Awak tak boleh pecat mereka. Awak tak tahu apa mereka jumpa dalam sampah awak. 382 00:18:16,847 --> 00:18:19,183 Dan yang kecil itu satu-satunya yang muat ke dalam lubang udara. 383 00:18:19,266 --> 00:18:21,226 Ini mengarut. Di sini tiada hantu! 384 00:18:21,310 --> 00:18:25,606 Kalau tiada hantu, jadi awak patut bermalam dalam 723. 385 00:18:25,689 --> 00:18:30,736 Saya tiada masalah nak bermalam kalau saya ingat cadarnya bersih! 386 00:18:30,819 --> 00:18:32,988 - Sini, silakan. - Okey, Martha. 387 00:18:33,071 --> 00:18:36,283 Kalau saya tidur dalam bilik bodoh ini malam ini, awak akan bersihkannya esok? 388 00:18:37,951 --> 00:18:38,952 Okey. Ya. 389 00:18:39,036 --> 00:18:43,040 Helen, saya mahu panggilan kejutan apabila saya dah buktikannya kepada mereka semua. 390 00:18:43,123 --> 00:18:46,168 Saya mahu awak semua tahu yang awak gila pada waktu awal dan cerah! 391 00:18:46,251 --> 00:18:47,711 - Jadi, tengah hari? - Apa? Tidak. 392 00:18:47,794 --> 00:18:50,339 Awak ingat saya siapa, ahli marin? Lebih kurang pukul 2:00 ke 2:30 petang. 393 00:18:51,632 --> 00:18:54,176 Sudah lama awak baca, tapi awak masih tak beritahu apa-apa. 394 00:18:54,259 --> 00:18:56,970 Ini penyeksaan. Mendiamkan diri... 395 00:18:57,054 --> 00:18:58,639 Beginilah. Saya akan masukkan kepala saya dalam tandas. 396 00:18:58,722 --> 00:19:00,307 - Saya tak faham. - Apa yang awak tak faham? 397 00:19:00,390 --> 00:19:03,477 Pada mulanya, Fista Puffs selamatkan New York dari raksasa, 398 00:19:03,560 --> 00:19:05,395 membuat halnya sendiri. Dia hebat. 399 00:19:05,479 --> 00:19:06,730 Kemudian Kite Boy datang 400 00:19:06,813 --> 00:19:10,275 dan ada lebih kurang 30 muka surat belon dialog tentang dia dan mencium dia. 401 00:19:10,359 --> 00:19:12,194 Terlalu banyak belon dialog tentang bercium. 402 00:19:12,277 --> 00:19:16,532 Fista Puffs jadi gadis sedih tak berguna yang hanya fikirkan apa Kite Boy fikirkan. 403 00:19:16,615 --> 00:19:20,077 Mungkin Fista Puffs menjadi sangat berminat dalam perkara lain... 404 00:19:20,160 --> 00:19:22,246 Aduhai. Semua yang awak cakap betul. 405 00:19:23,789 --> 00:19:25,332 Saya tak mahu dia menjadi gadis sedih yang tak berguna. 406 00:19:25,415 --> 00:19:27,459 Kalau budak Kite Boy ini tak boleh maafkan awak... 407 00:19:27,543 --> 00:19:30,587 Maksud saya, Fista Puff, kenyit mata, akibat hampir membunuh dia, 408 00:19:30,671 --> 00:19:32,422 jadi saya rasa dia tak berbaloi. 409 00:19:32,506 --> 00:19:36,510 Biar saya sebutkan dalam istilah balak. Ekosistem balak ini sihat. 410 00:19:36,593 --> 00:19:40,055 Ekosistem awak tak sihat. Berhenti menjadi taksub tentang budak lelaki ini. 411 00:19:40,889 --> 00:19:42,432 - Saya boleh buat begitu. - Apa yang berlaku? 412 00:19:42,516 --> 00:19:45,310 - Tiada apa. Saya mengkaji balak. - Penipu! Biar saya tengok. 413 00:19:46,395 --> 00:19:49,565 Saya mahu beritahu Brendan tentang kejayaan cemerlang. 414 00:19:49,648 --> 00:19:51,316 Saya tak taksub tentang dia lagi. 415 00:19:51,400 --> 00:19:52,985 Tidak, ini masa balak. 416 00:19:53,068 --> 00:19:57,656 Kita kena tulis ciri-ciri kayu, pereputan, fungus... 417 00:19:57,739 --> 00:19:59,741 - Sebentar. Itu telefon apa? - Telefon apa? 418 00:19:59,825 --> 00:20:00,826 TELEFON 419 00:20:00,909 --> 00:20:02,369 Yang ada di atas lantai di sana, 420 00:20:02,452 --> 00:20:05,247 sebelah apa yang saya mahu cakap ialah sebuah ekosistem pakaian kotor. 421 00:20:06,498 --> 00:20:09,501 - Ia mati. - Aduhai. Ini telefon Brendan? 422 00:20:09,585 --> 00:20:12,462 Okey, sekarang saya fikir awak mungkin sudah bunuh dan tanam dia, 423 00:20:12,546 --> 00:20:14,381 dan kemudian gagal sorokkan barang dia. 424 00:20:14,464 --> 00:20:16,466 Tak, dia beri kepada saya untuk masukkan nombor saya dalamnya, 425 00:20:16,550 --> 00:20:18,093 kemudian ciuman mentega kacang berlaku, 426 00:20:18,177 --> 00:20:19,636 dan kemudian nampaknya saya masih simpannya. 427 00:20:19,720 --> 00:20:20,721 Saya mahu mengecasnya. 428 00:20:20,804 --> 00:20:22,556 HEI BRENDAN! INI MOLLY 429 00:20:22,639 --> 00:20:24,892 SAYA CUMA NAK TANYA KHABAR AWAK HELO? AWAK ADA DI SANA? 430 00:20:24,975 --> 00:20:27,853 Aduhai. Banyaknya mesej daripada awak, Molly. 431 00:20:27,936 --> 00:20:30,814 - Kenapa ada banyak emoji dolfin? - Okey, ini apa saya mahu buat. 432 00:20:30,898 --> 00:20:32,900 Saya dapatkan alamat e-melnya dari sini, 433 00:20:32,983 --> 00:20:34,985 kemudian e-mel dia yang telefonnya ada dengan saya. 434 00:20:35,068 --> 00:20:37,029 Saya akan cakap sesuatu seperti, "Cerita yang kelakar. Saya..." 435 00:20:37,112 --> 00:20:38,822 Kenapa? Tapi saya perlu pulangkannya kepada dia. 436 00:20:38,906 --> 00:20:40,949 Okey. Mungkin tulis alamat e-melnya atau sesuatu, 437 00:20:41,033 --> 00:20:42,451 tapi kita akan padamkan telefon ini. 438 00:20:42,534 --> 00:20:45,996 Dia tak boleh nampak ini. Kita akan guna magnet padanya atau sesuatu begitu. 439 00:20:46,079 --> 00:20:47,873 Ya. Okey. Saya faham. 440 00:20:47,956 --> 00:20:50,751 Sekarang, boleh kita siapkan pemerhatian balak ini? 441 00:20:50,834 --> 00:20:51,793 Ya. 442 00:20:51,877 --> 00:20:53,462 Lebih baik ada ulat di atasnya. 443 00:20:59,551 --> 00:21:01,803 Wah. Orang bencikan kita. 444 00:21:01,887 --> 00:21:02,971 PENGURUSAN BAHAN BUANGAN NYC 445 00:21:06,016 --> 00:21:07,392 Dan kita berjaya! 446 00:21:07,476 --> 00:21:10,062 Kalau kita perlu cari jalan balik, kita boleh ikut sampah yang terjatuh. 447 00:21:10,145 --> 00:21:11,438 Kita terjatuhkan banyak sampah. 448 00:21:11,522 --> 00:21:14,316 Awak berdua, adakah itu nampak seperti mereka sudah penuh? 449 00:21:14,942 --> 00:21:16,360 Maafkan saya. Awak Esposito? 450 00:21:16,443 --> 00:21:18,487 Awak lelaki yang bercakap dengan saya di telefon? Awak pengurus di sini? 451 00:21:18,570 --> 00:21:21,281 Ya, saya Esposito. Saya bercakap dengan ramai orang di telefon. 452 00:21:21,365 --> 00:21:23,909 Selalunya mak saya, tapi jelas sekali awak bukan dia. 453 00:21:23,992 --> 00:21:26,495 Tak, saya Owen Tillerman, pengurus taman. 454 00:21:26,578 --> 00:21:27,621 Central Park. 455 00:21:27,704 --> 00:21:30,082 Kenapa awak tipu saya dan cakap tempat awak sudah penuh? 456 00:21:30,165 --> 00:21:32,751 Adakah awak penuh dengan sampah halimunan? 457 00:21:32,835 --> 00:21:34,044 Kata-kata sinis sampah halimunan. 458 00:21:34,127 --> 00:21:37,381 Kami dah tak terima sampah Liga Central Park. Arahan daripada perbandaran. 459 00:21:37,464 --> 00:21:40,509 - Cakap tentang sampah halimunan lagi. - Mungkin awak tak faham apa yang berlaku. 460 00:21:40,592 --> 00:21:42,678 - Taman itu dipenuhi dengan sampah - Ya 461 00:21:42,761 --> 00:21:45,848 Saya takkan pergi dari sini Kecuali awak terima sampah saya 462 00:21:45,931 --> 00:21:48,851 Ia tugas saya Bagi memastikan taman itu bersih dan... 463 00:21:48,934 --> 00:21:51,103 Ya Tuhanku Sampah ini buatku menjerit 464 00:21:51,186 --> 00:21:53,438 Okey, saya dengar suara saya dan ia terlalu kuat. Maaf. 465 00:21:53,522 --> 00:21:55,899 Antara pengurus dengan pengurus 466 00:21:55,983 --> 00:21:58,485 Saya tahu kita kebuntuan 467 00:21:58,569 --> 00:22:01,196 Tapi saya ada banyak sampah Dan hanya awak saja 468 00:22:01,280 --> 00:22:04,032 Yang boleh bawa saya ke kambus tanah yang dijanjikan 469 00:22:04,116 --> 00:22:06,535 - Awak mahu tolong sekutu saya, atau tak? - "Sekutu"? 470 00:22:06,618 --> 00:22:08,871 Antara pengurus dengan pengurus Saya faham ketakutan awak 471 00:22:08,954 --> 00:22:11,415 Saya tak kisah saya berbau seperti sampah Tapi awak mungkin rasa itu pelik 472 00:22:11,498 --> 00:22:14,042 Begini, saya mahu tolong awak Tapi ia takkan menjadi 473 00:22:14,126 --> 00:22:17,462 Arahan saya terus daripada datuk bandar Dan dia menjadi sangat tak guna 474 00:22:17,546 --> 00:22:19,339 Kenapa awak tak cakap teruk? Ia pasti berima. 475 00:22:19,423 --> 00:22:21,633 Orang mungkin panggil kami menyibuk 476 00:22:21,717 --> 00:22:24,386 - Sebab kami dapati perincian itu enak - Itu betul 477 00:22:24,469 --> 00:22:27,055 Mesti ada caranya Di dalam bidang kuasa ini 478 00:22:27,139 --> 00:22:29,641 Untuk melangkau Halangan lembab datuk bandar tak guna 479 00:22:29,725 --> 00:22:34,146 Sebentar, bagaimana kalau kita cari Peraturan bandar yang sesuai untuk, yalah 480 00:22:34,229 --> 00:22:36,273 Maksud awak seperti kelemahan 481 00:22:36,356 --> 00:22:38,650 Itulah lubang yang terbaik 482 00:22:38,734 --> 00:22:39,943 Ilham pengurus 483 00:22:40,027 --> 00:22:41,361 MANUAL BANDAR UNDANG-UNDANG & PERATURAN 484 00:22:41,445 --> 00:22:45,240 - Bagaimana dengan Peraturan 8923? - Itu hanya berkaitan bahan buangan tinja 485 00:22:45,949 --> 00:22:47,576 Bagaimana dengan Peraturan 6-3? 486 00:22:47,659 --> 00:22:50,412 Itu lebih kurang dari seabad dulu. Ia tentang polio. 487 00:22:50,495 --> 00:22:52,956 Ya, untuk hentikan penyebaran penyakit 488 00:22:53,040 --> 00:22:55,959 Mengarut, itu hanya digunakan Untuk kecemasan satu bandar 489 00:22:56,043 --> 00:22:58,170 Saya patut tahu itu. Sebentar. 490 00:22:58,253 --> 00:23:00,130 Kod Bandar 1839? 491 00:23:00,214 --> 00:23:02,007 Aduhai, seksyen lima 492 00:23:02,090 --> 00:23:04,301 - Perenggan lapan - Ya, barisan ke-14 493 00:23:04,384 --> 00:23:05,719 Ia jelas sekali menyatakan... 494 00:23:05,802 --> 00:23:08,514 "Semasa krisis persekitaran 495 00:23:08,597 --> 00:23:11,350 Pengurus taman Diperkuasakan dengan lesen 496 00:23:11,433 --> 00:23:13,852 Bagi melindungi kepentingan kesihatan 497 00:23:13,936 --> 00:23:16,230 Dan menggantikan kuasa datuk bandar" 498 00:23:16,313 --> 00:23:18,774 Antara pengurus dengan pengurus 499 00:23:18,857 --> 00:23:21,151 Aku merasa sangat bagus tentang rancangan kita 500 00:23:21,235 --> 00:23:23,820 Kita baru saja uruskan masalah itu 501 00:23:23,904 --> 00:23:26,406 Dan kelemahan ialah lubang yang terbaik 502 00:23:26,490 --> 00:23:28,784 Saya begitu pandai membantu. 503 00:23:28,867 --> 00:23:31,119 Maaf. Saya tak tahu ia begitu teruk. 504 00:23:31,203 --> 00:23:33,288 Saya dah jarang ke taman itu sekerap dulu. 505 00:23:33,372 --> 00:23:35,791 Saya mengambil kelas tembikar pada hari minggu bersama isteri saya. 506 00:23:35,874 --> 00:23:37,543 - Bagusnya. Itu cantik. - Ia bagus. 507 00:23:37,626 --> 00:23:39,753 - Baguslah awak buatnya bersama-sama. - Okey. 508 00:23:39,837 --> 00:23:42,256 Buang sampah awak. Saya akan ubah laluan lori itu kembali ke sini. 509 00:23:42,339 --> 00:23:46,426 Awak bukan saja seorang lelaki budiman, awak juga pembuat tembikar yang bagus. 510 00:23:46,510 --> 00:23:49,304 - Saya tak buat itu, tapi ini. - Awak seorang lelaki budiman. 511 00:23:50,556 --> 00:23:53,892 Biar betul? Jadi awak tak nampak apa pun? Tiada apa dalam media sosial? 512 00:23:53,976 --> 00:23:55,227 Kereta api sampah? 513 00:23:55,310 --> 00:23:58,313 Karavan bekas sampah, atau ulat sampah, atau benda terhebat? 514 00:23:58,397 --> 00:24:00,023 Kami memandu lebih kurang 30 blok. 515 00:24:00,107 --> 00:24:02,025 Bunyinya seperti ayah buat sesuatu yang hebat. 516 00:24:02,109 --> 00:24:03,485 Ayah baru selamatkan taman. Apa kamu buat hari ini? 517 00:24:03,569 --> 00:24:06,572 Kami siapkan projek sains kami, dan ayah tahu? 518 00:24:06,655 --> 00:24:09,157 Ciuman bencana itu? Ia mungkin bukan ciuman terakhir saya. 519 00:24:09,241 --> 00:24:12,744 Dan Brendan okey. Saya sudah lupakannya, atau sekurang-kurangnya dah tak taksub. 520 00:24:12,828 --> 00:24:14,872 Itu apa yang ayah beritahu awak pagi ini. 521 00:24:14,955 --> 00:24:16,915 Tapi walaubagaimana pun, ayah gembira kamu faham dan rmerasa lebih baik. 522 00:24:16,999 --> 00:24:18,876 Bagaimana dengan awak berdua? 523 00:24:18,959 --> 00:24:23,088 Berani awak menjadi gembira dan sihat? Bilik bawah tanah penuh dengan tikus! 524 00:24:23,172 --> 00:24:26,175 Sayang, saya turun ke sana dengan penghapus. Kumbang pun kami tak nampak. 525 00:24:26,258 --> 00:24:29,011 Ayah dan Molly dah mati. Tikus sudah menang. 526 00:24:29,094 --> 00:24:32,264 Tak, Cole. "Saya bukan ke sini untuk selamatkan Rambo daripada awak. 527 00:24:32,347 --> 00:24:34,725 Saya ke sini untuk selamatkan awak daripada dia." 528 00:24:35,726 --> 00:24:37,144 Saya perlu tonton filem ini. 529 00:24:37,728 --> 00:24:42,524 Tiada apa yang nak ditakutkan sebab hantu tak wujud. 530 00:24:44,276 --> 00:24:46,069 Ia membunuh saya! 531 00:24:47,821 --> 00:24:50,073 Boo! Awak semua bodoh. 532 00:24:50,824 --> 00:24:52,534 Itu bagus. Awak nak saya beruskan gigi awak? 533 00:24:52,618 --> 00:24:54,119 Ya. Ini dia. 534 00:24:58,790 --> 00:25:00,584 Ayahkah itu? 535 00:25:00,667 --> 00:25:02,586 Tak. Ia tak mungkin ayah. 536 00:25:02,669 --> 00:25:05,130 Mungkin ayah. Bau seperti ayah. 537 00:25:05,214 --> 00:25:08,967 Tikus Ia di merata tempat, tapi kau tak nampak 538 00:25:09,051 --> 00:25:12,596 Mereka bijak dan berani Sama seperti kau dan aku 539 00:25:12,679 --> 00:25:13,889 Tikus 540 00:25:20,521 --> 00:25:21,647 Tikus 541 00:25:24,233 --> 00:25:25,359 Tikus 542 00:25:27,861 --> 00:25:28,987 Tikus 543 00:25:35,744 --> 00:25:39,373 Tikus Mak, mereka sangat rumit 544 00:25:39,456 --> 00:25:43,085 Tikus Ya, tapi mak akan serangnya kali ini 545 00:25:43,168 --> 00:25:44,169 Tikus 546 00:25:51,176 --> 00:25:53,178 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman