1 00:00:00,000 --> 00:00:02,453 (Kandungan berikut tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.) 2 00:00:02,478 --> 00:00:03,986 (Budi bicara penonton dinasihatkan.) 3 00:00:05,745 --> 00:00:08,346 (Episod 11) 4 00:00:58,318 --> 00:00:59,912 Awak ada adik lelaki? 5 00:00:59,936 --> 00:01:01,253 Apa pekerjaan dia? 6 00:01:01,829 --> 00:01:03,164 Dia pemain piano. 7 00:01:03,436 --> 00:01:05,477 Kim lan. 8 00:01:05,690 --> 00:01:07,343 Dia mati setahun yang lalu. 9 00:01:07,367 --> 00:01:08,667 Dia dibunuh. 10 00:01:08,691 --> 00:01:10,667 Siapa yang bunuh dia? 11 00:01:11,702 --> 00:01:13,162 Seseorang yang dia sayangi. 12 00:01:13,186 --> 00:01:14,901 Apa yang terjadi kepada dia? 13 00:01:15,117 --> 00:01:16,910 Dia hidup dengan baik. 14 00:01:16,934 --> 00:01:18,757 Awak boleh pergi dan tanya pada dia. 15 00:01:18,930 --> 00:01:21,183 Ada sebab kenapa awak tidak boleh tanya kepada dia? 16 00:01:21,756 --> 00:01:24,716 Awak tidak tertanya-tanya mengenai ingatan awak... 17 00:01:24,740 --> 00:01:26,090 yang hilang itu? 18 00:01:37,404 --> 00:01:38,710 Ini... 19 00:01:40,319 --> 00:01:41,683 gambar apa? 20 00:01:47,032 --> 00:01:49,526 Sebab ini saya tidak suka jika orang lain sentuh barang saya. 21 00:01:49,554 --> 00:01:50,915 Tunggu. 22 00:01:57,963 --> 00:01:59,324 Jangan kata... 23 00:02:00,377 --> 00:02:01,778 yang saya... 24 00:02:02,072 --> 00:02:05,386 adalah teman wanita dia atau sesuatu seperti itu. 25 00:02:06,010 --> 00:02:07,643 Tidak, bukan? 26 00:02:14,229 --> 00:02:16,904 Kenapa awak tanya pada saya? Saya tidak tahu. 27 00:02:19,477 --> 00:02:21,016 Kenapa awak begitu tenang? 28 00:02:21,040 --> 00:02:24,418 Itu gambar lan dan saya. 29 00:02:24,753 --> 00:02:26,742 - Ia seolah-olah... - Seolah-olah apa? 30 00:02:33,142 --> 00:02:34,532 Awak tahu... 31 00:02:34,764 --> 00:02:37,325 siapa saya sejak dari awal lagi? 32 00:02:37,706 --> 00:02:40,815 Awak ada gambar ini, 33 00:02:44,311 --> 00:02:47,742 jadi awak tahu yang lan dan saya saling mengenali... 34 00:02:47,977 --> 00:02:49,554 dan juga ada hubungan yang rapat. 35 00:02:49,970 --> 00:02:51,340 Betul, bukan? 36 00:02:53,021 --> 00:02:55,460 Ini kali pertama saya melihat gambar ini. 37 00:02:55,485 --> 00:02:57,467 Awak perlu percayakan saya. 38 00:02:58,723 --> 00:03:00,063 Apa yang awak kata? 39 00:03:00,564 --> 00:03:02,316 Buku yang menyimpan gambar ini... 40 00:03:02,527 --> 00:03:04,069 adalah kepunyaan adik saya. 41 00:03:05,171 --> 00:03:07,581 Saya tidak tahu bagaimana mahu jelaskannya. 42 00:03:07,606 --> 00:03:10,748 Tapi, situasi ini berulang beberapa kali pada tahun lepas. 43 00:03:24,888 --> 00:03:26,245 Lihatlah. 44 00:03:27,753 --> 00:03:30,859 Ian suka mengambil gambar, 45 00:03:31,330 --> 00:03:33,678 dan dia sangat bersosial. 46 00:03:33,985 --> 00:03:35,399 Sejak kematian dia, 47 00:03:35,423 --> 00:03:38,071 banyak gambar-gambar dia yang muncul di merata-rata. 48 00:03:38,572 --> 00:03:41,283 Dari buku-buku dan juga beg. 49 00:03:41,954 --> 00:03:43,409 Sama seperti hari ini. 50 00:03:47,118 --> 00:03:49,432 Saya kumpul semua gambar kerana tidak sanggup membuangnya. 51 00:03:52,365 --> 00:03:53,720 Begitu rupanya. 52 00:04:01,252 --> 00:04:02,985 Kami nampak sangat rapat. 53 00:04:03,277 --> 00:04:05,333 Tapi, saya langsung tidak mengingatinya. 54 00:04:08,356 --> 00:04:11,125 Saya tertanya-tanya apa kaitan dia dengan saya. 55 00:04:15,470 --> 00:04:17,703 Saya harap kenangan saya tentang dia adalah manis. 56 00:04:17,903 --> 00:04:19,798 Dengan cara itu, saya boleh kurangkan rasa bersalah... 57 00:04:20,075 --> 00:04:22,307 di hadapan awak dan dia. 58 00:04:25,957 --> 00:04:27,308 Tidak, 59 00:04:27,620 --> 00:04:29,201 awak tidak perlu rasa bersalah di hadapan saya. 60 00:04:30,828 --> 00:04:32,173 Tunggu. 61 00:04:33,782 --> 00:04:36,506 Boleh saya simpan gambar ini? 62 00:04:39,827 --> 00:04:41,549 Ya, sudah tentu. 63 00:04:54,035 --> 00:04:56,460 Bagaimana awak boleh lapar sepanjang masa? 64 00:04:56,484 --> 00:05:00,089 Apabila difikirkan, saya tidak makan tengah hari dan makan malam. 65 00:05:01,361 --> 00:05:03,174 Yoon, boleh saya... 66 00:05:03,198 --> 00:05:04,829 tanya awak satu soalan? 67 00:05:04,853 --> 00:05:06,983 Saya sudah lama tertanya-tanya. 68 00:05:07,577 --> 00:05:08,972 Apa itu? 69 00:05:09,137 --> 00:05:12,087 Ian ialah adik kandung awak. 70 00:05:12,270 --> 00:05:14,492 Jadi, kenapa nama keluarga awak berbeza? 71 00:05:21,334 --> 00:05:24,071 Ketika saya berusia 10 tahun, ibu saya bawa dia pergi dari rumah. 72 00:05:24,095 --> 00:05:27,572 Selepas itu, dia menukar nama kepada nama keluarga ibu. 73 00:05:29,973 --> 00:05:31,532 Ketika awak berusia 10 tahun? 74 00:05:32,860 --> 00:05:35,268 Kenapa awak tidak ikut dia? 75 00:05:36,407 --> 00:05:38,054 Kerana dia tidak mahu saya. 76 00:05:40,383 --> 00:05:41,908 Awak masih ingat... 77 00:05:42,682 --> 00:05:45,045 ketika awak kata yang awak tiada keluarga? 78 00:05:48,503 --> 00:05:50,158 Saya juga tiada keluarga. 79 00:05:51,187 --> 00:05:55,228 Ayah saya selalu sibuk, jadi saya jarang berjumpa dia. 80 00:05:55,749 --> 00:05:58,678 Saya bersendirian semasa majlis kemasukan sekolah menengah... 81 00:05:59,472 --> 00:06:00,768 dan juga... 82 00:06:00,801 --> 00:06:03,148 ketika majlis tamat pengajian sekolah menengah. 83 00:06:04,968 --> 00:06:06,846 Ibu saya pergi. 84 00:06:07,197 --> 00:06:08,709 Adik saya mati. 85 00:06:09,423 --> 00:06:11,228 Saya putuskan hubungan dengan ayah saya. 86 00:06:11,791 --> 00:06:13,068 Selepas itu, 87 00:06:13,092 --> 00:06:15,593 saya hanya menjalani hidup sambil lewa. 88 00:06:15,856 --> 00:06:18,543 Dan, di hari yang hujan, saya jumpa awak di depan kedai serbaneka ini. 89 00:06:21,702 --> 00:06:23,276 - Yoon. - Ya? 90 00:06:26,886 --> 00:06:28,287 Apa? 91 00:06:28,311 --> 00:06:30,248 Kenapa awak senyum sambil bercerita kepada saya... 92 00:06:30,272 --> 00:06:31,732 tentang sesuatu yang sedih? 93 00:06:31,756 --> 00:06:34,656 Saya ada saudara-mara saya. 94 00:06:34,680 --> 00:06:37,225 Tapi, awak tiada siapa. 95 00:06:38,320 --> 00:06:40,343 Awak hanya budak berusia 10 tahun. 96 00:06:44,597 --> 00:06:46,005 Kasihannya. 97 00:06:56,293 --> 00:06:58,693 Inilah kali pertama saya lihat gambar ini. 98 00:06:58,718 --> 00:07:00,718 Awak perlu percayakan saya. 99 00:07:00,934 --> 00:07:02,734 Betul apa yang awak cakap? 100 00:07:03,157 --> 00:07:04,657 Apa yang pasti ialah... 101 00:07:04,682 --> 00:07:06,782 semasa memori saya hilang selama tiga bulan, 102 00:07:06,807 --> 00:07:08,607 Kim lan ada di dalamnya, 103 00:07:08,632 --> 00:07:10,532 dan nampaknya kami ada kaitan. 104 00:07:13,768 --> 00:07:16,068 Tapi, siapa yang bunuh dia? 105 00:07:16,093 --> 00:07:17,693 Seseorang yang dia sayang. 106 00:07:19,028 --> 00:07:22,028 Seseorang yang dia sayang? 107 00:07:27,114 --> 00:07:28,714 Dan... 108 00:07:29,130 --> 00:07:31,430 kenapa saya berada dalam gambar ini dengan dia? 109 00:07:32,702 --> 00:07:35,002 Saya mahu tahu lebih lanjut tentang dia. 110 00:07:45,173 --> 00:07:47,473 Kenapa awak tidak ikut dia? 111 00:07:47,934 --> 00:07:49,434 Kerana dia tidak mahu saya ikut dia. 112 00:07:49,459 --> 00:07:51,359 Kenapa pula awak tersenyum... 113 00:07:51,384 --> 00:07:53,084 semasa ceritakan sesuatu yang sedih? 114 00:07:53,109 --> 00:07:56,109 Saya masih ada saudara saya. 115 00:07:56,514 --> 00:07:58,814 Tapi, awak tiada sesiapa. 116 00:07:58,839 --> 00:08:01,139 Awak cuma seorang budak lelaki berusia 10 tahun. 117 00:08:05,802 --> 00:08:10,283 (Saya Mahu Dengar Lagu Awak) 118 00:08:11,192 --> 00:08:12,992 Selamat pagi. 119 00:08:13,702 --> 00:08:15,503 Maestro Nam sudah selesai susun bahagian awak semua. 120 00:08:15,528 --> 00:08:17,028 Saya akan edarkan sekarang, 121 00:08:17,053 --> 00:08:19,053 jadi sila lihat dahulu sebelum mulakan latihan. 122 00:08:20,981 --> 00:08:22,681 Apa? Sekali lagi? 123 00:08:23,274 --> 00:08:26,274 - Ini tidak masuk akal. - Oh Tuhan, kenapa dengan dia? 124 00:08:26,676 --> 00:08:29,176 - Ini sangat menjengkelkan. - Apa semua ini? 125 00:08:29,874 --> 00:08:31,274 "Staccato perlahan"? 126 00:08:31,299 --> 00:08:33,599 Dia akan tentukan teknik gesekan yang kita akan guna? 127 00:08:33,624 --> 00:08:35,424 Ini langsung tidak masuk akal. 128 00:08:35,449 --> 00:08:37,249 Semoga berjaya, awak semua. 129 00:08:39,225 --> 00:08:41,725 Kita semua hadapi masa yang sukar. 130 00:08:43,650 --> 00:08:45,250 Ini untuk awak. 131 00:08:46,743 --> 00:08:48,243 Oh Tuhan, ini dia. 132 00:08:51,118 --> 00:08:52,718 Awak yang jumpa ini? 133 00:08:53,282 --> 00:08:54,582 Saya mahu dengar album ini sekali lagi. 134 00:08:54,602 --> 00:08:56,902 Saya dengar ini berulang kali semasa di sekolah menengah. 135 00:08:57,825 --> 00:09:00,625 Melihat wajah dia buat saya teringat kenangan lama. 136 00:09:01,028 --> 00:09:02,828 Kami pernah bekerja langsung. 137 00:09:02,922 --> 00:09:05,022 Awak berdua pernah buat persembahan bersama? 138 00:09:05,047 --> 00:09:08,047 Tidak, bukan begitu. Tapi, semasa saya sertai orkestra, 139 00:09:08,072 --> 00:09:09,872 dia seorang pemuzik pengiring. 140 00:09:10,691 --> 00:09:13,091 Interpretasi Chopin dia memang sangat indah. 141 00:09:13,116 --> 00:09:16,116 Tapi, dia bersara selepas berkahwin. Kami semua rasa agak sedih. 142 00:09:16,141 --> 00:09:17,441 Dia orang yang bagaimana? 143 00:09:17,466 --> 00:09:19,566 Dia cantik, berbakat, 144 00:09:19,591 --> 00:09:20,891 dan agak cerewet. 145 00:09:20,916 --> 00:09:23,116 Dia sangat terkenal dahulu. 146 00:09:23,291 --> 00:09:26,291 Tapi, selepas berkahwin, nasib dia tidak berapa baik. 147 00:09:26,316 --> 00:09:29,316 Dia bercerai dan kehilangan anak dia dalam satu kemalangan. 148 00:09:29,775 --> 00:09:31,175 Awak mungkin tahu nama anak dia. 149 00:09:31,200 --> 00:09:32,400 Nama anak dia ialah Kim lan. 150 00:09:32,425 --> 00:09:34,725 Dia buat persembahan dengan Filharmonik Asia tahun lepas. 151 00:09:34,750 --> 00:09:36,050 Apa? 152 00:09:36,075 --> 00:09:37,475 Rasanya awak tidak tahu. 153 00:09:37,500 --> 00:09:40,300 Tapi, semua orang memang tidak bercakap mengenainya. 154 00:09:41,840 --> 00:09:44,640 Ada satu khabar angin yang sangat menakutkan. 155 00:09:44,926 --> 00:09:47,526 - "Khabar angin yang menakutkan"? - Ya. 156 00:09:49,856 --> 00:09:53,156 Ia tentang bagaimana lan telah dibunuh oleh ayah dia sendiri. 157 00:09:53,181 --> 00:09:54,481 Apa? 158 00:10:13,592 --> 00:10:15,792 Sebelum kejadian itu, ada khabar angin... 159 00:10:15,817 --> 00:10:19,117 yang cakap Kim lan ialah anak luar nikah. 160 00:10:19,142 --> 00:10:21,442 Apabila dia mati pada tahun lepas, 161 00:10:21,467 --> 00:10:23,467 ayah dia tidak mahu terima sebarang ucapan takziah, 162 00:10:23,492 --> 00:10:25,192 dan tidak banyak artikel yang sebut tentang kematian dia. 163 00:10:25,217 --> 00:10:27,117 Selepas itu, ada khabar angin yang cakap... 164 00:10:27,142 --> 00:10:28,731 tentang bagaimana ayah dia buat... 165 00:10:28,756 --> 00:10:30,886 kematian dia nampak seperti satu kemalangan... 166 00:10:30,911 --> 00:10:32,811 untuk balas dendam terhadap isteri dia. 167 00:10:32,836 --> 00:10:35,636 Dia salah seorang daripada pemain piano kegemaran saya semasa muda. 168 00:10:35,661 --> 00:10:37,461 Saya langsung.... 169 00:10:37,486 --> 00:10:39,486 tidak boleh percaya yang wanita itu ibu Yoon. 170 00:10:40,320 --> 00:10:41,620 Jadi... 171 00:10:41,645 --> 00:10:43,945 awak rasa yang dia juga sedar... 172 00:10:44,153 --> 00:10:45,953 tentang khabar angin yang menakutkan ini? 173 00:11:03,926 --> 00:11:05,626 Saya tiada nombor telefon awak, jadi saya datang secara peribadi. 174 00:11:05,651 --> 00:11:07,251 Boleh kita bercakap sebentar? 175 00:11:08,598 --> 00:11:10,298 Adik perempuan awak tahu yang awak ada di sini? 176 00:11:10,323 --> 00:11:12,123 Awak mahu dia tahu tentang ini? 177 00:11:19,118 --> 00:11:20,618 Saya akan berterus terang. 178 00:11:20,643 --> 00:11:23,443 Saya mahu tahu kenapa awak berkawan dengan Yi Young. 179 00:11:25,047 --> 00:11:27,347 Saya perlu ada alasan untuk.... 180 00:11:27,658 --> 00:11:29,458 berkawan dengan seseorang? 181 00:11:29,773 --> 00:11:31,643 Kami tinggal di kawasan kejiranan yang sama, 182 00:11:31,668 --> 00:11:33,468 jadi kami sering terserempak dengan satu sama lain. 183 00:11:33,493 --> 00:11:35,093 Dan, itu cara bagaimana kami boleh jadi kawan. 184 00:11:35,118 --> 00:11:37,918 Jangan merepek. Saya tahu awak dekati dia dengan niat tersembunyi. 185 00:11:38,089 --> 00:11:40,389 Saya dengar awak beritahu dia yang awak ialah abang Kim lan. 186 00:11:40,414 --> 00:11:42,714 Awak masih akan cakap yang itu satu kebetulan? 187 00:11:43,779 --> 00:11:46,379 Kenapa pula itu satu masalah? 188 00:11:46,923 --> 00:11:48,523 Sebenarnya saya rasa mahu tahu kenapa... 189 00:11:48,548 --> 00:11:50,648 awak datang ke sini untuk tanya tentang ini. 190 00:11:50,673 --> 00:11:52,673 Boleh saya tanya awak sesuatu dahulu? 191 00:11:52,946 --> 00:11:55,346 Awak tahu adik saya mati dalam kemalangan setahun yang lalu, bukan? 192 00:11:55,371 --> 00:11:57,971 Yi Young ada bersama dengan dia dalam kereta itu. 193 00:11:57,996 --> 00:12:00,896 Awak tahu yang dia ada bersama dengan lan pada hari itu, bukan? 194 00:12:00,919 --> 00:12:02,667 Apa yang awak katakan? 195 00:12:02,692 --> 00:12:07,325 Yi Young ditemui pada tarikh, masa, dan lokasi yang berbeza. 196 00:12:07,350 --> 00:12:10,530 Polis juga beritahu mereka tidak pasti jika dia bersamanya. 197 00:12:10,555 --> 00:12:12,456 Itu hanya beza sehari. 198 00:12:12,481 --> 00:12:14,310 Mereka menemui beg Yi Young di kereta lan, 199 00:12:14,335 --> 00:12:16,857 dan saya dengar awak dapat beg dia dari polis. 200 00:12:17,558 --> 00:12:19,688 Saya tidak tahu apa yang awak katakan. 201 00:12:19,713 --> 00:12:23,537 Ian ada luka tikaman. Awak tahu itu? 202 00:12:23,562 --> 00:12:25,062 Bagaimana saya tahu? 203 00:12:25,087 --> 00:12:26,532 Jadi, kenapa awak jumpa saya? 204 00:12:26,557 --> 00:12:28,883 Kenapa awak terganggu saya berkawan dengan Yi Young? 205 00:12:28,908 --> 00:12:31,493 Kenapa itu mengganggu awak? Apa yang awak takutkan? 206 00:12:31,518 --> 00:12:33,202 Adik saya mati. 207 00:12:33,227 --> 00:12:35,008 Dan, Yi Young hilang ingatan tapi masih hidup. 208 00:12:35,033 --> 00:12:37,023 Yi Young adalah satu-satunya saksi... 209 00:12:37,048 --> 00:12:38,830 yang melihat segalanya pada hari itu. 210 00:12:47,611 --> 00:12:49,356 Awak seorang pakar psikiatri. 211 00:12:49,381 --> 00:12:52,166 Jadi, awak mungkin bercakap dengan dia selepas kemalangan itu. 212 00:12:54,506 --> 00:12:58,037 Awak fikir dia boleh membunuh adik saya? 213 00:12:58,062 --> 00:12:59,064 Awak takut... 214 00:12:59,089 --> 00:13:00,506 dia mungkin ingat apa yang berlaku pada hari itu? 215 00:13:00,531 --> 00:13:01,560 Awak risau... 216 00:13:01,585 --> 00:13:03,697 sepupu kesayangan awak mungkin seorang pembunuh? 217 00:13:08,832 --> 00:13:10,542 Saya tidak tahu kenapa awak melakukan ini, 218 00:13:10,567 --> 00:13:12,399 tapi lebih baik awak jauhkan diri dari Yi Young. 219 00:13:12,424 --> 00:13:15,486 Jika awak terus bersama dia, saya takkan berdiam diri. 220 00:13:15,511 --> 00:13:17,017 Lebih baik awak ingat itu. 221 00:13:17,042 --> 00:13:19,268 Saya bukan seperti Yi Young. 222 00:13:41,778 --> 00:13:43,361 Maestro Nam. 223 00:13:44,141 --> 00:13:45,463 Maestro Nam. 224 00:13:58,381 --> 00:14:00,033 Awak kelihatan sangat terkejut. 225 00:14:00,058 --> 00:14:03,603 Oh Tuhan, awak mengejutkan saya. 226 00:14:10,523 --> 00:14:12,696 Mari ambil udara segar sedikit. 227 00:14:12,721 --> 00:14:13,846 Sekarang? 228 00:14:13,871 --> 00:14:15,307 Ya. 229 00:14:15,332 --> 00:14:18,564 Kertas muzik ini buat saya sakit kepala. 230 00:14:30,489 --> 00:14:32,939 Kenapa awak mengambil video sesi latihan? 231 00:14:35,244 --> 00:14:37,196 Saya tidak mahu berdiri sahaja tanpa melakukan apa-apa. 232 00:14:37,221 --> 00:14:39,236 Dan, saya fikir peminat akan menyukainya... 233 00:14:39,261 --> 00:14:41,174 jika saya memuat naik di media sosial. 234 00:14:42,662 --> 00:14:44,866 - Maestro Nam. - Ya? 235 00:14:44,891 --> 00:14:46,923 Awak ingat awak beritahu awak buat persembahan dengan Kim lan... 236 00:14:46,948 --> 00:14:49,547 semasa menjadi ahli Filharmonik Asia? 237 00:14:49,572 --> 00:14:51,596 Awak rapat dengan dia? 238 00:14:52,501 --> 00:14:54,057 Kenapa awak tanya? 239 00:14:54,990 --> 00:14:58,932 Saya hanya mahu tahu dia lelaki bagaimana. 240 00:15:05,021 --> 00:15:07,283 Kenapa awak tiba-tiba curiga? 241 00:15:09,537 --> 00:15:11,518 Ia bukan masalah besar. 242 00:15:12,096 --> 00:15:15,336 Awak ingat saya tanya jika awak kenal Kim lan... 243 00:15:15,361 --> 00:15:16,592 ketika kita melawat... 244 00:15:16,617 --> 00:15:19,096 rumah Konduktor Song beberapa hari lalu? 245 00:15:19,532 --> 00:15:21,746 Maestro Nam, apa pun, 246 00:15:21,771 --> 00:15:23,746 awak kenal Kim lan? 247 00:15:23,771 --> 00:15:25,308 Oh Tuhan, lelaki itu? 248 00:15:25,333 --> 00:15:27,275 Awak tanya kerana awak memang tidak mengenali dia? 249 00:15:27,712 --> 00:15:29,150 Sejujurnya, 250 00:15:31,212 --> 00:15:35,275 saya tanya kerana saya memang tidak mengenali dia. 251 00:15:37,549 --> 00:15:40,023 Awak tahu saya mengalami kemalangan kereta tahun lepas? 252 00:15:40,048 --> 00:15:41,058 Saya berada di dalam teksi. 253 00:15:41,083 --> 00:15:42,260 Ya. 254 00:15:42,692 --> 00:15:44,121 Ia berlaku semasa awak dalam perjalanan... 255 00:15:44,146 --> 00:15:46,336 ke rumah Konduktor Song, bukan? 256 00:15:46,361 --> 00:15:47,658 Ya. 257 00:15:49,092 --> 00:15:51,606 Saya tahu saya tidak belum awak, tapi sejujurnya, 258 00:15:51,631 --> 00:15:54,576 saya tidak ingat apa-apa tentang kemalangan itu. 259 00:15:54,601 --> 00:15:57,572 Tapi, saya secara kebetulan dapat tahu... 260 00:15:57,597 --> 00:15:59,955 yang saya juga tidak ingat apa-apa tentang Kim lan. 261 00:16:00,471 --> 00:16:02,768 "Secara kebetulan"? Bagaimana? 262 00:16:04,082 --> 00:16:06,541 Oh, ia... 263 00:16:06,912 --> 00:16:08,812 Sebenarnya... 264 00:16:09,614 --> 00:16:11,471 Itu... 265 00:16:12,044 --> 00:16:14,924 Saya terjumpa gambar saya dan Kim lan. 266 00:16:15,692 --> 00:16:17,361 Kami kelihatan sangat rapat. 267 00:16:17,386 --> 00:16:19,875 Tapi, saya tidak ingat apa-apa tentang dia. 268 00:16:19,900 --> 00:16:22,791 Itu bukan masalah besar. Lupakan sahaja. 269 00:16:25,532 --> 00:16:27,088 Ian adalah... 270 00:16:27,832 --> 00:16:29,518 seorang lelaki yang sangat baik. 271 00:16:29,908 --> 00:16:33,417 Dia peramah dengan semua orang. Dia sentiasa tersenyum. 272 00:16:33,442 --> 00:16:34,978 Dan, dia seorang yang genius. 273 00:16:36,111 --> 00:16:37,486 Begitu. 274 00:16:40,498 --> 00:16:42,861 Jadi, kita kehilangan lelaki begitu. 275 00:16:54,432 --> 00:16:55,721 Di sini. 276 00:17:04,941 --> 00:17:06,174 Duduklah. 277 00:17:07,411 --> 00:17:09,869 Minta mereka berikan menu yang sama. 278 00:17:09,894 --> 00:17:12,602 - Ya, tuan. - Saya pekerja sambilan di sini. 279 00:17:12,627 --> 00:17:14,447 Saya tidak boleh duduk. 280 00:17:14,951 --> 00:17:16,971 Ki Sang memiliki restoran ini. 281 00:17:17,209 --> 00:17:18,583 Dan, saya bos dia. 282 00:17:18,608 --> 00:17:19,835 Duduklah 283 00:17:29,149 --> 00:17:32,580 Saya akan bawa satu lagi botol wain untuk awak, tuan. 284 00:17:36,482 --> 00:17:37,651 Saya akan terus kata ia. 285 00:17:37,676 --> 00:17:40,077 Berhenti Filharmonik Shinyoung dan kembali ke Amerika. 286 00:17:40,102 --> 00:17:41,192 Kembali... 287 00:17:41,217 --> 00:17:43,084 dan teruskan pengajian awak. 288 00:17:43,866 --> 00:17:46,254 Kenapa saya perlu belajar semula? 289 00:17:46,852 --> 00:17:49,553 Saya rasa awak tidak tahu, tapi saya berhenti dari sekolah. 290 00:17:49,578 --> 00:17:51,891 Dan, saya tidak boleh berhenti kerja walaupun saya mahu. 291 00:17:51,916 --> 00:17:53,424 Ia cara saya sara diri. 292 00:17:55,602 --> 00:17:56,907 Awak fikir... 293 00:17:57,471 --> 00:17:59,871 saya datang ke sini kerana tiada pilihan lain? 294 00:18:02,342 --> 00:18:04,641 Berhenti buat masalah kerana kematian lan. 295 00:18:04,842 --> 00:18:06,371 Dan, berhenti ganggu Hong Yi Young. 296 00:18:06,396 --> 00:18:07,686 Berhenti siasat masa lampau dia. 297 00:18:07,711 --> 00:18:09,364 Kenapa? Awak rasa bersalah? 298 00:18:12,352 --> 00:18:14,282 Saya kata ini demi awak. 299 00:18:16,381 --> 00:18:17,666 Demi saya? 300 00:18:17,691 --> 00:18:18,992 Boleh awak berhenti berbohong? 301 00:18:19,017 --> 00:18:21,385 Awak tidak peduli tentang orang lain selain diri sendiri. 302 00:18:21,822 --> 00:18:24,201 Orang akan ketawa jika mereka dengar apa yang awak katakan. 303 00:18:24,492 --> 00:18:27,062 Organ anak awak pecah dan dia mati. 304 00:18:27,087 --> 00:18:28,753 Tapi, awak langsung tidak minta bedah siasat. 305 00:18:29,431 --> 00:18:31,547 Jadi, awak hanya bakar dia tanpa adakan pengebumian betul. 306 00:18:31,572 --> 00:18:33,406 Awak juga hentikan polis dari siasat kemalangan itu. 307 00:18:33,431 --> 00:18:34,595 Kenapa awak buat begitu? 308 00:18:34,620 --> 00:18:35,860 Budak kurang siuman. 309 00:18:36,971 --> 00:18:38,622 Jangan buat saya ulangi apa saya kata. 310 00:18:39,522 --> 00:18:41,495 Saya dengan mudah boleh hilangkan Filharmonik Shinyoung... 311 00:18:41,520 --> 00:18:43,021 jika saya mahu. 312 00:18:45,242 --> 00:18:46,682 Adakah khabar angin itu benar? 313 00:18:48,221 --> 00:18:50,451 Khabar angin yang mengatakan awak bunuh lan. 314 00:18:53,775 --> 00:18:55,737 Bagaimana jika saya dapat tahu kebenaran di sebalik kematian lan... 315 00:18:55,762 --> 00:18:57,092 dan ketahui... 316 00:18:57,117 --> 00:18:59,032 kenapa dia mati dan siapa bunuh dia? 317 00:18:59,057 --> 00:19:00,586 Awak akan bunuh saya juga? 318 00:19:03,355 --> 00:19:05,245 Bagaimana jika saya kata yang saya akan bunuh awak? 319 00:19:05,270 --> 00:19:06,629 Awak akan berhenti? 320 00:19:06,654 --> 00:19:08,552 Jika itu yang diperlukan, maka saya akan ikut sahaja. 321 00:19:16,711 --> 00:19:20,252 Mari cakap mengenai mimpi yang awak sering dapat. 322 00:19:20,790 --> 00:19:23,727 Saya risau kerana awak hadapi masalah untuk tidur. 323 00:19:23,752 --> 00:19:25,421 Hanya relaks... 324 00:19:25,721 --> 00:19:27,734 dan beritahu saya apa yang awak ingat. 325 00:19:28,061 --> 00:19:30,801 Apa sahaja. Itu hanya mimpi. 326 00:19:31,562 --> 00:19:33,631 Awak ada mimpi sama malam tadi? 327 00:19:33,931 --> 00:19:35,145 Ya 328 00:19:36,032 --> 00:19:39,272 Saya melarikan diri ke suatu tempat. 329 00:19:39,297 --> 00:19:41,396 Ia jalan yang gelap. 330 00:19:41,709 --> 00:19:43,338 Tidak banyak kereta. 331 00:19:44,072 --> 00:19:45,911 Dan, ia hujan sangat lebat, 332 00:19:46,971 --> 00:19:49,063 jadi saya tidak dapat lihat dengan betul. 333 00:19:51,312 --> 00:19:54,822 Saya ada pisau dalam tangan saya. 334 00:19:55,466 --> 00:19:56,694 "Pisau"? 335 00:19:57,221 --> 00:19:58,645 Pisau jenis apa? 336 00:19:59,697 --> 00:20:01,760 Jenis pisau kita sering lihat dalam filem. 337 00:20:02,508 --> 00:20:06,139 Yang boleh dilipat separuh. 338 00:20:07,631 --> 00:20:08,832 Tapi, 339 00:20:11,302 --> 00:20:13,032 Tapi, ada darah di tangan saya. 340 00:20:17,748 --> 00:20:19,887 Ada darah di tangan saya. 341 00:20:25,111 --> 00:20:26,454 Ada... 342 00:20:32,421 --> 00:20:34,208 (Menyalin fail) 343 00:20:37,307 --> 00:20:38,307 (Padam) 344 00:20:38,332 --> 00:20:39,792 (Awak mahu padam fail ini?) 345 00:20:39,817 --> 00:20:41,027 (Ya) 346 00:20:50,656 --> 00:20:52,742 Janji temu untuk saya? Awak pasti ia bukan untuk Soo Young? 347 00:20:52,767 --> 00:20:55,656 Jangan cakap dengan saya tentang budak itu. 348 00:20:55,681 --> 00:20:56,782 Oh Tuhan, serius. 349 00:20:56,807 --> 00:20:59,408 Saya tidak percaya dia terjatuh ketika janji temu dia. 350 00:21:01,082 --> 00:21:02,371 Hei, Yi Young. 351 00:21:02,396 --> 00:21:04,507 Awak mahu lihat gambar dia? 352 00:21:04,878 --> 00:21:07,078 Bagi saya lihat. Sebentar. 353 00:21:10,215 --> 00:21:12,262 Oh Tuhan, lelaki ini juga kacak. 354 00:21:12,287 --> 00:21:14,956 Oh Tuhan, awak begitu tidak sabar. 355 00:21:15,262 --> 00:21:16,855 Kenapa ini? 356 00:21:16,880 --> 00:21:18,651 Hanya bagi dia jumpa lelaki itu secara peribadi. 357 00:21:18,676 --> 00:21:20,099 Baiklah, okey. 358 00:21:20,124 --> 00:21:21,483 Saya rasa dia boleh buat begitu. 359 00:21:21,916 --> 00:21:24,677 Mak cik, perlukah saya pergi janji temu? 360 00:21:24,702 --> 00:21:27,147 Saya belum lagi ahli rasmi orkestra. 361 00:21:27,172 --> 00:21:29,442 Jangan lawan cakap saya. Kosongkan hujung minggu awak. 362 00:21:29,911 --> 00:21:31,811 Jika tidak, saya akan putus pertalian dengan awak juga. 363 00:21:37,973 --> 00:21:39,460 Saya sudah pulang. 364 00:21:40,151 --> 00:21:41,360 Selamat pulang. 365 00:21:41,853 --> 00:21:43,124 Ia agak lewat. 366 00:21:43,554 --> 00:21:45,524 Ya, konsultasi berlangsung dengan agak lama. 367 00:21:47,161 --> 00:21:50,451 Lihatlah dia. Dia seorang doktor. Tapi, dia tidak mandi dahulu. 368 00:21:50,476 --> 00:21:51,976 Pergi mandi dahulu. 369 00:21:52,001 --> 00:21:54,971 Ibu, saya letih. Hanya beri saya satu minit. 370 00:21:57,431 --> 00:21:58,701 - Skor. - Oh Tuhan. 371 00:21:58,726 --> 00:22:00,995 Saya patut ambil lesen awak. 372 00:22:02,543 --> 00:22:05,674 - Baiklah. Ini. Makan buah. - Baiklah. 373 00:22:07,579 --> 00:22:09,379 - Soo Young. - Ya? Ada apa? 374 00:22:09,732 --> 00:22:12,132 Ingat di mana kemalangan kereta berlaku tahun lepas? 375 00:22:12,157 --> 00:22:14,557 Awak tahu di mana kemalangan itu berlaku? 376 00:22:15,134 --> 00:22:16,734 Kenapa awak tanya saya sekarang? 377 00:22:17,535 --> 00:22:19,935 Saya rasa awak berkata ia berada di suatu tempat di laluan ke Yongin. 378 00:22:19,960 --> 00:22:21,626 Saya tertanya-tanya jika awak mungkin tersilap. 379 00:22:21,651 --> 00:22:24,251 Saya pergi ke tempat ini bersama Jang Yoon tempoh hari. 380 00:22:24,276 --> 00:22:25,776 Tempat itu nampak biasa. 381 00:22:26,058 --> 00:22:28,258 Ke manakah awak pergi bersama Jang Yoon? 382 00:22:29,392 --> 00:22:30,492 Ia berhampiran Gapyeong. 383 00:22:30,517 --> 00:22:32,617 Berhampiran Gapyeong? Di mana sebenarnya? 384 00:22:37,030 --> 00:22:38,130 Awak dungu? 385 00:22:38,155 --> 00:22:41,155 Kenapa awak terus biarkan lelaki mempermainkan awak? 386 00:22:41,684 --> 00:22:43,984 Saya tidak biarkan dia mempermainkan saya. Saya kata saya akan pergi. 387 00:22:44,009 --> 00:22:46,009 Kenapa awak mahu ke sana? 388 00:22:46,042 --> 00:22:47,442 Berapa banyak awak tahu tentang lelaki itu? 389 00:22:47,467 --> 00:22:49,167 Bagaimana jika dia lelaki jahat? 390 00:22:49,980 --> 00:22:51,680 Kenapa dengan awak, Soo Young? 391 00:22:53,696 --> 00:22:56,496 - Dia bukan lelaki jahat. - Bagaimana awak tahu? 392 00:22:57,565 --> 00:22:59,365 Kenapa awak menjerit kepadanya? 393 00:22:59,699 --> 00:23:01,699 Jangan menjerit dalam rumah saya. 394 00:23:04,892 --> 00:23:07,692 Sila berhati-hati di sekitar lelaki. Faham? 395 00:23:08,178 --> 00:23:09,578 Baiklah. 396 00:23:17,039 --> 00:23:19,139 Oh Tuhan, kenapa dengan dia? 397 00:23:20,164 --> 00:23:21,764 Awak bertemu seorang lelaki? 398 00:23:22,059 --> 00:23:23,659 Oh Tuhan, awak begitu cuai. 399 00:23:23,911 --> 00:23:26,911 Oh Tuhan. Saya tidak boleh bertanya? 400 00:23:49,609 --> 00:23:52,609 Bagaimana awak tahu saya mengajar di sini? 401 00:23:53,002 --> 00:23:54,802 Awak tidak pernah bertanya. 402 00:23:54,827 --> 00:23:56,627 Saya tahu apabila saya mahu tahu. 403 00:23:58,665 --> 00:24:00,165 Saya tidak suka bunga. 404 00:24:00,943 --> 00:24:02,443 Saya juga tidak suka. 405 00:24:23,093 --> 00:24:24,693 Saya pergi ke hospital. 406 00:24:25,039 --> 00:24:27,439 Yang awak cadangkan kepada saya. 407 00:24:27,710 --> 00:24:29,110 Baguslah. 408 00:24:29,135 --> 00:24:30,335 Baguslah. 409 00:24:30,360 --> 00:24:32,960 Saya boleh datang ke sesi latihan, bukan? 410 00:24:35,000 --> 00:24:37,700 Tidak mengapa sekalipun saya bukan pemain biola pertama. 411 00:24:37,725 --> 00:24:40,725 Saya gembira berada di orkestra, jadi biarkan saya bermain. 412 00:24:41,036 --> 00:24:42,636 Saya tidak benarkannya. 413 00:24:43,238 --> 00:24:45,938 Ini bukan persembahan terakhir awak. Kenapa awak begitu degil? 414 00:24:46,228 --> 00:24:49,028 Ini konsert pertama awak sebagai konduktor orkestra. 415 00:24:49,262 --> 00:24:51,362 Saya memang mahu bermain. 416 00:24:52,654 --> 00:24:54,054 Itu sahaja? 417 00:24:54,402 --> 00:24:57,602 Jangan ketawa. Ia penting bagi saya. 418 00:24:57,627 --> 00:25:00,327 Jika awak berjanji akan menjalani rawatan sehingga awak lebih baik. 419 00:25:01,548 --> 00:25:03,048 Saya berjanji. 420 00:25:08,760 --> 00:25:10,560 Saya sangat risau. 421 00:25:10,967 --> 00:25:12,967 Saya fikir awak marah kepada saya. 422 00:25:12,992 --> 00:25:14,392 Awak fikir... 423 00:25:14,813 --> 00:25:17,713 saya melayan awak seperti seorang pembunuh pada hari itu. 424 00:25:17,738 --> 00:25:19,838 Saya tidak marah. Saya cuma sedih. 425 00:25:20,562 --> 00:25:23,062 Itu bermakna awak mesti mengesyaki saya sepanjang masa ini. 426 00:25:23,724 --> 00:25:26,424 Awak melihat saya pergi ke suatu tempat dan bukan pergi ke parti. 427 00:25:26,449 --> 00:25:28,849 Tapi, awak tidak pernah bertanya ke mana saya pergi. 428 00:25:29,871 --> 00:25:32,071 Saya tidak salahkan awak, Jangan nampak cemas. 429 00:25:32,096 --> 00:25:33,596 Ada sebarang soalan lagi? 430 00:25:34,026 --> 00:25:37,526 Jika ada soalan, tanya sekarang. Saya akan jawab semuanya. 431 00:25:38,783 --> 00:25:42,283 Saya tiada sebarang soalan. Selain itu, itu sahaja saya tahu. 432 00:25:46,214 --> 00:25:47,714 - Apa dia? - Sebenarnya, 433 00:25:48,068 --> 00:25:50,668 saya akhirnya menemui sesuatu yang pelik. 434 00:25:53,246 --> 00:25:54,646 "Sesuatu yang pelik"? 435 00:25:54,930 --> 00:25:56,530 Maestro Nam, apa pun, 436 00:25:57,123 --> 00:25:59,523 awak tahu yang Kim lan... 437 00:26:00,256 --> 00:26:01,856 mempunyai abang? 438 00:26:18,121 --> 00:26:19,421 Sudah lewat. 439 00:26:19,446 --> 00:26:21,146 Saya sudah lama menunggu. 440 00:26:22,105 --> 00:26:23,905 Awak menunggu saya? 441 00:26:34,046 --> 00:26:36,846 Saja. Saya rasa muram. 442 00:26:38,819 --> 00:26:40,519 Saya rasa kita boleh lepak bersama. 443 00:27:29,147 --> 00:27:30,647 Minum. 444 00:27:37,526 --> 00:27:39,026 Sedap. 445 00:27:39,755 --> 00:27:41,255 "Sedap." 446 00:27:42,663 --> 00:27:44,063 Kenapa awak tiru saya? 447 00:27:44,088 --> 00:27:46,488 - "Kenapa awak tiru saya?" - Apa dia? 448 00:27:47,664 --> 00:27:49,264 Saya akan meniru awak. 449 00:28:08,514 --> 00:28:10,014 Sebenarnya, 450 00:28:10,933 --> 00:28:13,633 ada banyak perkara yang saya mahu tanya dia hari ini. 451 00:28:15,017 --> 00:28:17,317 Tapi, saya tidak boleh tanya dia apa-apa... 452 00:28:18,419 --> 00:28:22,088 kerana saya menikmati malam musim panas kami bersama. 453 00:28:32,986 --> 00:28:34,686 (Nombor Disekat) 454 00:28:35,562 --> 00:28:37,362 Panggilan itu lagi. 455 00:28:41,762 --> 00:28:43,262 Siapakah awak? 456 00:28:46,006 --> 00:28:47,406 Helo? 457 00:28:54,318 --> 00:28:56,918 Helo? Siapa awak? Kenapa awak sentiasa telefon... 458 00:29:34,022 --> 00:29:35,522 Tujuh dolar. 459 00:29:35,951 --> 00:29:38,951 Saya kerap nampak awak sekarang. Awak baru pindah ke kawasan ini? 460 00:29:40,991 --> 00:29:42,591 Saya fikir mengenainya. 461 00:29:58,779 --> 00:30:00,779 (Saya Mahu Dengar Lagu Awak)