1
00:00:00,540 --> 00:00:02,932
"Peringatan:
Cerita ini adalah sekadar rekaan."
2
00:00:03,023 --> 00:00:04,587
"Ia tiada kaitan dengan apa-apa."
3
00:00:04,686 --> 00:00:06,971
"Ia berbentuk hiburan semata-mata."
4
00:00:07,062 --> 00:00:09,330
"Budi bicara penonton dinasihatkan."
5
00:01:06,400 --> 00:01:14,400
"My Ambulance"
6
00:01:15,959 --> 00:01:17,512
Ambulans yang awak naiki...
7
00:01:17,603 --> 00:01:19,483
di bawah penyeliaan
doktor pelatih tahun keenam.
8
00:01:19,523 --> 00:01:20,800
Dia gagal menyelamatkannya.
9
00:01:20,881 --> 00:01:22,481
Jadi, itu bukan salah awak.
10
00:01:22,572 --> 00:01:24,732
Dia mati sebab salah doktor itu.
11
00:01:24,823 --> 00:01:26,999
Awak ada dengan saya hari itu.
Awak lupakah?
12
00:01:27,090 --> 00:01:29,110
-Saya lupa!
-Awak mungkin terkejut.
13
00:01:29,201 --> 00:01:31,645
Jadi, awak lupa
tentang kemalangan itu.
14
00:01:31,736 --> 00:01:36,143
Dr. Peng kesayanganku.
15
00:01:39,023 --> 00:01:42,616
Kenapa awak berbogel di bilik stor?
Awak gilakah?
16
00:01:42,920 --> 00:01:44,800
Kenapa awak curi-curi masuk
ke dalam bilik saya?
17
00:01:44,960 --> 00:01:46,713
Saya sudah beritahu awak...
18
00:01:47,856 --> 00:01:51,607
Oh, Tuhan, saya disumpah?
Saya mesti pergi sekarang!
19
00:01:51,698 --> 00:01:53,718
Bukankah aku ada kuasa ajaib ini
sebab cinta aku bersama Peng?
20
00:01:53,809 --> 00:01:55,392
Kenapa kuasa ini ada dengan dia juga?
21
00:01:55,534 --> 00:01:59,137
Tanpa sedar, aku jatuh cinta pada dia
ketika kemalangan itukah?
22
00:02:00,687 --> 00:02:02,367
Berhenti, dik!
23
00:02:02,742 --> 00:02:05,222
Adik!
24
00:02:05,632 --> 00:02:07,851
Berhenti!
25
00:02:07,927 --> 00:02:08,351
"Episod 2"
26
00:02:08,694 --> 00:02:10,625
Berhenti, dik!
27
00:03:20,143 --> 00:03:23,511
Peng, tolong saya.
28
00:03:28,310 --> 00:03:30,229
Tolong saya.
29
00:03:55,815 --> 00:03:57,537
Macam mana awak tahu?
30
00:03:57,949 --> 00:04:00,949
Oh, Tuhan.
Awak pun tahu tentang hal ini?
31
00:04:03,950 --> 00:04:05,446
Oh, Tuhan!
32
00:04:09,439 --> 00:04:11,045
Kak!
33
00:04:32,086 --> 00:04:33,712
Tantawan.
34
00:04:41,615 --> 00:04:43,661
Kenapa tercegat di tengah jalan?
35
00:04:47,157 --> 00:04:48,914
Saya tak sedar.
36
00:04:49,703 --> 00:04:51,352
Saya berlari tanpa henti.
37
00:04:52,103 --> 00:04:55,241
Kemudian tiba-tiba,
saya nampak kemalangan tempoh hari.
38
00:04:56,318 --> 00:04:58,215
Tapi saya tetap tak ingat apa-apa.
39
00:05:01,845 --> 00:05:03,615
Itu mungkin ulang kenang.
40
00:05:06,956 --> 00:05:09,956
Tapi ia serius kalau awak berdiri
di tengah jalan tanpa sedar.
41
00:05:10,837 --> 00:05:12,528
Saya akan bawa
awak jumpa pakar psikiatri.
42
00:05:14,877 --> 00:05:16,340
Seperkara lagi.
43
00:05:17,310 --> 00:05:18,801
Awak sudah tahu tentangnya?
44
00:05:21,294 --> 00:05:23,481
Budak itu pun ada kuasa yang sama.
45
00:05:29,583 --> 00:05:31,341
Kenapa dia ada kuasa itu?
46
00:05:37,386 --> 00:05:38,914
Awak masih percaya...
47
00:05:39,005 --> 00:05:41,425
kuasa itu tercipta
disebabkan cinta kita?
48
00:05:45,720 --> 00:05:47,358
Lebih baik awak jangan tipu.
49
00:05:47,449 --> 00:05:50,112
Kalau tak,
saya pecahkan kepala awak.
50
00:05:50,203 --> 00:05:52,163
Percayalah cakap saya.
Saya boleh menembusi ruang.
51
00:05:52,219 --> 00:05:53,684
Peng pun.
52
00:05:53,775 --> 00:05:56,152
Dia kata saya pun ada kuasa.
Sekarang mereka buat eksperimen...
53
00:05:56,243 --> 00:05:59,068
-jika saya betul-betul ada kuasa.
-Baik, teruskanlah.
54
00:05:59,510 --> 00:06:02,990
Perhatian, dengar tak?
55
00:06:03,589 --> 00:06:05,108
Kalau awak boleh dengar suara saya,
56
00:06:05,199 --> 00:06:06,969
tembus dinding
untuk datang kepada saya.
57
00:06:09,493 --> 00:06:11,790
Awak dengar tak?
Kakak itu cakap sesuatu!
58
00:06:11,881 --> 00:06:14,023
Dia panggil dan
suruh saya tembus dinding ini.
59
00:06:14,114 --> 00:06:16,954
-Kami tak dengar pun.
-Oh, Tuhan!
60
00:06:17,232 --> 00:06:18,661
Jadi, rempuh sajalah.
61
00:06:18,752 --> 00:06:21,898
-Cepatlah.
-Ayuh.
62
00:06:23,143 --> 00:06:24,691
Awak dengar, bukan?
63
00:06:43,950 --> 00:06:45,178
Lihat, betul cakap saya.
64
00:06:45,269 --> 00:06:47,720
Awak tentu sudah tersilap.
65
00:06:56,959 --> 00:07:00,390
Oh, Tuhan.
Saya betul-betul ada kuasa ajaib?
66
00:07:02,415 --> 00:07:04,184
Mana mungkin?
67
00:07:05,806 --> 00:07:07,327
Oh, Tuhan.
68
00:07:10,774 --> 00:07:12,302
Kalau awak dengar suara Tantawan,
69
00:07:12,393 --> 00:07:14,694
awak boleh pergi kepada dia
melalui apa-apa medium...
70
00:07:15,478 --> 00:07:17,994
dalam cara paling pantas
untuk selamatkan dia.
71
00:07:20,751 --> 00:07:23,059
Saya cuma boleh pergi
untuk selamatkan dia?
72
00:07:23,150 --> 00:07:23,350
Ya.
73
00:07:27,429 --> 00:07:29,404
Kenapa saya ada kebolehan
yang sama macam awak?
74
00:07:29,552 --> 00:07:31,778
Apa yang menyebabkan kita
memiliki kebolehan ini?
75
00:07:35,213 --> 00:07:37,031
Saya pun tak tahu.
76
00:07:39,118 --> 00:07:41,220
Bila awak mula memiliki kuasa ajaib?
77
00:07:41,430 --> 00:07:43,077
-Lima belas tahun dulu.
-Apa?
78
00:07:43,379 --> 00:07:45,435
Berapa lama saya
akan memiliki kuasa ini?
79
00:07:45,537 --> 00:07:47,434
Adakah kuasa ini akan hilang?
80
00:07:47,525 --> 00:07:49,989
Bila saya mula memiliki kuasa ini?
81
00:07:52,094 --> 00:07:53,872
Menurut tekaan saya,
82
00:07:54,054 --> 00:07:56,459
rasanya ia bermula pada hari
saya terlibat dalam kemalangan.
83
00:07:57,837 --> 00:07:59,492
Awak ada kuasa ajaib sekarang...
84
00:07:59,591 --> 00:08:01,868
dan Tantawan langsung tak ingat
tentang hari tersebut.
85
00:08:03,381 --> 00:08:05,561
Ada apa-apa yang berlaku
antara kamu berdua?
86
00:08:13,564 --> 00:08:15,398
Pada hari itu, saya masukkan
Kak Tantawan ke dalam ambulans.
87
00:08:15,489 --> 00:08:18,477
Sebaik tiba di hospital,
saya terus selamatkan pesakit saya.
88
00:08:18,734 --> 00:08:20,803
Kemudian,
kami tak pernah berjumpa lagi.
89
00:08:20,894 --> 00:08:22,451
Betul tak, kak?
90
00:08:22,542 --> 00:08:24,131
Saya tak ingat.
91
00:08:27,687 --> 00:08:30,085
Mungkinkah saya ada kuasa
apabila awak masuk ke bilik saya?
92
00:08:32,031 --> 00:08:34,422
Diam!
Apa yang awak mengarut ini?
93
00:08:36,685 --> 00:08:38,280
Apa yang berlaku ini?
94
00:08:42,345 --> 00:08:44,135
Abang Peng, pagi tadi...
95
00:08:44,235 --> 00:08:46,881
dia datang ke bilik saya untuk paksa
saya mengakui kegagalan saya.
96
00:08:46,972 --> 00:08:48,813
Selepas itu, Kak Tantawan ada
dengan saya selama 10 minit dan dia...
97
00:08:48,904 --> 00:08:50,507
Saya sudah ingat!
98
00:08:50,597 --> 00:08:53,705
Saya cuba menakut-nakutkan awak.
Tak tahukah?
99
00:08:54,150 --> 00:08:57,786
Menakut-nakutkan? Jangan tipu.
Perbuatan awak sudah diketahui.
100
00:08:59,326 --> 00:09:00,937
Tantawan.
101
00:09:02,855 --> 00:09:04,435
Bukankah kita sudah bincang hal ini?
102
00:09:04,526 --> 00:09:06,220
Jangan susahkan orang lain.
103
00:09:07,718 --> 00:09:09,893
Dia di bawah seliaan saya.
104
00:09:10,150 --> 00:09:12,750
Kalau dia gagal menjalankan tugas,
saya pun akan bertanggungjawab.
105
00:09:14,599 --> 00:09:16,368
Jadi,
106
00:09:16,647 --> 00:09:18,372
awak pun akan dipersalahkan
untuk kejadian itu?
107
00:09:18,463 --> 00:09:20,684
Kalau awak terus macam ini,
kita tak perlu berbincang lagi.
108
00:09:20,775 --> 00:09:22,621
Maafkan saya.
109
00:09:24,742 --> 00:09:29,361
Saya takkan buat lagi lain kali.
Maafkan saya, Peng.
110
00:09:36,711 --> 00:09:38,147
Ingat ini.
111
00:09:38,238 --> 00:09:40,504
Walau apa sekali pun,
ini memang salah awak.
112
00:09:41,062 --> 00:09:44,339
Saya akan biarkan hal ini
sebab saya hormat keputusan Peng.
113
00:09:44,585 --> 00:09:46,473
Berpura-pura macam tiada apa-apa...
114
00:09:46,587 --> 00:09:49,037
yang pernah terjadi antara kita.
115
00:09:52,510 --> 00:09:54,978
Kalau nak cakap kuat-kuat,
tak perlulah berbisik.
116
00:09:58,039 --> 00:09:59,826
Saya nak buat peraturan
mulai sekarang.
117
00:10:00,191 --> 00:10:02,707
Setiap hari, pukul 7:00 pagi,
12:00 tengah hari dan 8:00 malam,
118
00:10:02,814 --> 00:10:05,509
adalah waktu saya guna kuasa
bersama Peng.
119
00:10:05,969 --> 00:10:07,751
Kalau awak dengar suara saya,
120
00:10:07,842 --> 00:10:10,695
jangan sesekali tembus dinding,
121
00:10:10,802 --> 00:10:13,440
mencangkung atau buka tingkap.
Faham?
122
00:10:13,551 --> 00:10:16,576
Jangan datang walau apa sekali pun.
Saya tak nak jumpa awak.
123
00:10:16,678 --> 00:10:19,407
Baik, saya takkan guna kuasa ini.
Saya pun tak nak jumpa awak.
124
00:10:19,498 --> 00:10:20,899
Cukup.
125
00:10:20,990 --> 00:10:22,606
Jangan bergaduh.
126
00:10:23,496 --> 00:10:24,604
Awak boleh balik dulu.
127
00:10:24,695 --> 00:10:26,881
Rahsiakan perkara ini.
128
00:10:26,972 --> 00:10:28,492
-Tapi beritahu kawan-kawan awak.
-Baik.
129
00:10:28,559 --> 00:10:31,670
Ada orang dimasukkan ke hospital
sebab terkejut melihat kuasa ini.
130
00:10:32,409 --> 00:10:35,393
-Baik, saya pergi dulu.
-Selamat tinggal.
131
00:10:40,884 --> 00:10:43,908
Saya lupa nak beritahu.
Awak tak boleh balik guna kuasa itu.
132
00:10:44,943 --> 00:10:46,459
Dungu.
133
00:10:47,079 --> 00:10:49,920
Kuasa tak guna. Saya boleh datang
tapi tak boleh balik guna cara sama.
134
00:10:56,308 --> 00:10:59,165
Bukankah kita memiliki kuasa ini
disebabkan cinta kita?
135
00:10:59,665 --> 00:11:02,823
Tahi bintang itu mungkin sumpahan
yang menyusahkan kita semua.
136
00:11:08,827 --> 00:11:09,975
Tengok ini.
137
00:11:09,992 --> 00:11:11,451
"Sayang Peng."
138
00:11:11,974 --> 00:11:14,826
Mesej ini jelas.
139
00:11:15,001 --> 00:11:16,770
Itulah perasaan sebenar saya.
140
00:11:16,861 --> 00:11:19,318
Satu hari nanti,
kalau saya pilih lelaki macam dia,
141
00:11:19,575 --> 00:11:22,511
saya akan cium tulisan ini
dengan bibir saya.
142
00:11:22,622 --> 00:11:25,365
Awak tak perlu rawat saya
walaupun bibir saya sakit sebabnya.
143
00:11:25,575 --> 00:11:27,233
Okey?
144
00:11:30,365 --> 00:11:32,293
Walau apa pun, kuasa ajaib ini...
145
00:11:32,384 --> 00:11:34,908
tak wujud disebabkan cinta.
146
00:11:38,965 --> 00:11:41,018
Jadi, apa sebabnya?
147
00:11:46,381 --> 00:11:47,181
"Ahad"
148
00:11:47,320 --> 00:11:48,657
Keadaan ini selalunya...
149
00:11:48,738 --> 00:11:50,202
dipanggil PTSD.
150
00:11:50,293 --> 00:11:53,459
Ia sejenis kecelaruan kebimbangan
yang disebabkan kemalangan besar.
151
00:11:53,578 --> 00:11:54,856
Pendek kata,
152
00:11:54,952 --> 00:11:57,134
awak akan bersawai
sebab trauma dengan insiden itu.
153
00:11:57,225 --> 00:12:00,346
Apabila melihat sesuatu, ia akan
mencetuskan ingatan tentangnya semula.
154
00:12:00,444 --> 00:12:03,508
Awak akan bersawai tanpa sedar.
155
00:12:03,627 --> 00:12:05,793
Tapi insiden itu akan terus bermain
dalam fikiran awak.
156
00:12:05,884 --> 00:12:08,860
Awak akan lihat ulang kenang.
Mungkin itu sebenarnya yang berlaku...
157
00:12:08,954 --> 00:12:11,543
atau ia mungkin perkara
yang dijelmakan oleh minda.
158
00:12:13,869 --> 00:12:15,667
Mungkin ulang kenang yang dilihat
hanyalah imaginasi awak.
159
00:12:15,758 --> 00:12:17,170
Mungkin awak tak pernah turun
dari kereta itu.
160
00:12:17,260 --> 00:12:19,340
Mungkin awak berada di dalam
ambulans sepanjang masa.
161
00:12:22,926 --> 00:12:25,166
Kenapa tiba-tiba saya bersawai?
162
00:12:25,615 --> 00:12:27,718
Apakah benda yang mencetuskannya?
163
00:12:28,321 --> 00:12:31,949
Sebenarnya, apa-apa benda
boleh mencetuskan ulang kenang.
164
00:12:32,051 --> 00:12:34,043
Misalnya dalam fikiran awak,
165
00:12:34,158 --> 00:12:37,374
kereta, tayar, jalan raya,
darah, tingkap...
166
00:12:37,480 --> 00:12:40,948
atau benda lain boleh mencetuskannya.
Tapi ia mungkin berbeza.
167
00:12:41,487 --> 00:12:43,692
Selepas ini,
awak mesti fikir betul-betul...
168
00:12:43,830 --> 00:12:46,200
untuk cari benda
yang boleh mencetuskannya.
169
00:12:50,959 --> 00:12:52,828
Jadi, ada peluang untuk dia...
170
00:12:52,919 --> 00:12:54,966
ingat semula perkara yang dia lupa?
171
00:12:55,622 --> 00:12:58,692
Ia tak mustahil.
Bergantung pada diri pesakit...
172
00:12:58,783 --> 00:13:00,761
untuk lihat sebanyak mana
dia boleh ingat insiden itu.
173
00:13:00,852 --> 00:13:03,834
Sebenarnya kalau awak lupa
tentang insiden tersebut,
174
00:13:03,925 --> 00:13:06,659
itu bermaksud awak gagal
untuk menerimanya.
175
00:13:07,429 --> 00:13:09,771
Saya sarankan awak tak keluar
bersendirian buat masa ini.
176
00:13:09,862 --> 00:13:11,932
Sebab awak mungkin bersawai
dan tak sedarkan diri.
177
00:13:12,023 --> 00:13:13,886
Ia terlalu berbahaya
untuk berada di luar.
178
00:13:15,910 --> 00:13:19,228
Saya rasa awak perlu ada
di sisinya untuk jaga dia.
179
00:13:41,372 --> 00:13:43,092
Peng.
180
00:13:43,739 --> 00:13:45,564
Saya nak keluar.
181
00:13:45,671 --> 00:13:48,564
Saya nak jaga awak macam dulu.
182
00:13:51,509 --> 00:13:53,371
Saya sudah sembuh.
183
00:13:57,885 --> 00:13:59,482
Nampak?
184
00:14:02,343 --> 00:14:04,223
Awak nak keluar
dan dilanggar kereta?
185
00:14:07,838 --> 00:14:10,400
Saya tak nak risau tentang awak
ketika merawat pesakit.
186
00:14:11,455 --> 00:14:14,324
Mulai sekarang, awak cuma
boleh keluar apabila saya cuti.
187
00:14:14,943 --> 00:14:17,925
Oh, Tuhan. Jadi,
saya cuma boleh keluar pada Ahad?
188
00:14:18,167 --> 00:14:20,382
Kalau macam itu,
tak bolehlah kita berjumpa.
189
00:14:37,444 --> 00:14:39,865
Baik, apa-apa sajalah.
190
00:14:43,135 --> 00:14:46,079
Tapi, awak mesti tidur
di sini hari ini.
191
00:14:46,436 --> 00:14:48,680
Kita habiskan seharian
berjumpa doktor hari ini.
192
00:14:48,839 --> 00:14:51,617
Awak cuti hari ini.
Kita patut luangkan masa bersama.
193
00:14:52,300 --> 00:14:53,933
Beri saya masa untuk bersama awak.
194
00:14:54,024 --> 00:14:56,584
Boleh? Sayangku.
195
00:14:57,022 --> 00:14:58,376
Tak.
196
00:14:58,506 --> 00:15:00,106
Saya mesti sambung
e-pembelajaran saya.
197
00:15:00,949 --> 00:15:03,228
Banyak sangat kes berkaitan
serangan jantung kebelakangan ini.
198
00:15:03,319 --> 00:15:05,359
Kalau tak baca sekarang,
bila lagi saya boleh baca?
199
00:15:05,450 --> 00:15:07,552
Jadi, awak perlu membaca
sampai tengah malam lagi?
200
00:15:08,060 --> 00:15:10,211
Saya cuma nak awak berehat.
201
00:15:10,401 --> 00:15:12,522
Buat sesuatu yang tiada kaitan
dengan kedoktoran.
202
00:15:12,895 --> 00:15:15,427
Apa kata kita main satu permainan?
203
00:15:15,598 --> 00:15:19,024
Atau awak boleh baring
dan biar saya urut awak.
204
00:15:20,156 --> 00:15:21,881
Tak naklah, ia membosankan.
205
00:15:31,044 --> 00:15:32,481
Apa awak buat?
206
00:15:33,247 --> 00:15:35,661
Gunakan masa saya sebaik mungkin...
207
00:15:36,174 --> 00:15:38,320
untuk berada paling dekat dengan awak.
208
00:15:51,403 --> 00:15:56,878
Kau fikir cinta itu tak penting.
209
00:15:57,006 --> 00:16:01,873
Namun kita menghuni
isi hati satu sama lain.
210
00:16:01,988 --> 00:16:04,397
Usah marah.
211
00:16:04,488 --> 00:16:06,965
Aku merahsiakannya daripadamu.
212
00:16:07,056 --> 00:16:09,420
Mungkinku lupa.
213
00:16:09,519 --> 00:16:13,747
Aku sering mengecewakanmu.
214
00:16:14,175 --> 00:16:19,104
Mungkin kita tak pernah mencintai.
215
00:16:19,495 --> 00:16:23,487
Aku ingin kau tahu.
216
00:16:23,749 --> 00:16:28,569
Pernahkahku ucap
betapa aku cinta padamu?
217
00:16:28,845 --> 00:16:33,265
Biarku luahkan padamu.
Andai kau izinkanku beritahu...
218
00:16:33,575 --> 00:16:38,621
betapa akrabnya hubungan kita.
219
00:16:38,884 --> 00:16:40,946
Sebelumku mengundurkan diri,
220
00:16:41,037 --> 00:16:44,448
aku ingin kau tahu.
221
00:16:46,550 --> 00:16:50,606
Aku cinta padamu.
222
00:16:59,806 --> 00:17:02,440
Ya, saya tidur
dengan Peng malam ini.
223
00:17:02,531 --> 00:17:06,491
Bantal gebu ini milik saya.
224
00:17:29,720 --> 00:17:32,172
"Perubatan Kecemasan"
225
00:17:38,941 --> 00:17:40,948
Mungkinku lupa.
226
00:17:41,039 --> 00:17:44,732
Aku sering mengecewakanmu.
227
00:17:44,823 --> 00:17:48,676
Mungkin kita tak pernah mencintai.
228
00:17:48,942 --> 00:17:53,143
Aku ingin kau tahu.
229
00:17:55,516 --> 00:17:59,263
Pernahkahku ucap
betapa aku cinta padamu?
230
00:17:59,504 --> 00:18:01,547
Teman wanita Abang Peng
guna kuasa ajaib dia lagi?
231
00:18:01,896 --> 00:18:04,741
Sebelumku mengundurkan diri,
aku ingin kau tahu.
232
00:18:04,832 --> 00:18:07,594
-Kita hidup di zaman apa sebenarnya?
-Entahlah.
233
00:18:07,776 --> 00:18:11,904
Aku cinta padamu.
234
00:18:11,995 --> 00:18:14,313
Budak perempuan, 10 tahun,
dengan serangan jantung.
235
00:18:14,447 --> 00:18:17,209
Dia pernah jalani pemindahan jantung.
Sudah sejam sejak dia diserang.
236
00:18:17,328 --> 00:18:21,224
-Kadar jantung, 10. Tekanan darah...
-Peng kesayanganku. Nah, ciuman.
237
00:18:22,074 --> 00:18:24,160
-Tekanan darah, 80.
-Chalan, tumpukan perhatian.
238
00:18:24,315 --> 00:18:26,739
Kadar jantung 130, tekanan darah 85,
ketepuan oksigen 98.
239
00:18:26,853 --> 00:18:29,155
Budak ini terkejut.
Kita perlu buat CPR nanti.
240
00:18:29,246 --> 00:18:31,708
Anak saya tak patut terima nasib sama,
dilahirkan dengan jantung lemah.
241
00:18:31,799 --> 00:18:34,521
-Jantung dia sudah berhenti.
-Tolong selamatkan anak saya, doktor.
242
00:18:34,807 --> 00:18:37,223
Awak dengar tak?
Doktor pembunuh yang langgar orang?
243
00:18:37,314 --> 00:18:41,613
-Muk, anak ayah.
-Tumpang lalu.
244
00:18:41,842 --> 00:18:45,442
Lakukan CPR sekarang
dan buat pemantauan lanjut.
245
00:18:50,814 --> 00:18:52,929
Adik, bangun.
246
00:18:58,798 --> 00:19:00,353
Kenapa dengan awak?
247
00:19:04,874 --> 00:19:06,394
-Hei, doktor muda!
-Maafkan saya.
248
00:19:06,485 --> 00:19:10,128
Jangan sentuh dia jika tak boleh buat!
Pergi dan panggil doktor lebih bagus!
249
00:19:10,219 --> 00:19:11,611
Sila tunggu di luar.
250
00:19:11,702 --> 00:19:14,924
Anak saya mesti selamat.
Kalau sesuatu terjadi pada dia...
251
00:19:20,815 --> 00:19:23,585
Tak mengapa.
Awak boleh buat lain kali.
252
00:19:30,871 --> 00:19:33,016
Boleh tak awak gantikan saya
dengan orang lain?
253
00:19:39,406 --> 00:19:41,022
Saya...
254
00:19:42,518 --> 00:19:44,638
Saya risau akan menyebabkan
seorang lagi pesakit mati.
255
00:19:46,494 --> 00:19:49,652
Doktor, jantung pesakit terhenti.
256
00:19:49,815 --> 00:19:51,514
Dia sedang nazak.
257
00:19:51,605 --> 00:19:53,452
Asalkan ada 1% peluang
untuk selamatkan dia,
258
00:19:53,543 --> 00:19:55,316
awak tak boleh berputus asa.
259
00:19:55,711 --> 00:19:57,221
Jangan merepek lagi.
260
00:19:57,775 --> 00:20:00,779
CPR pertama pada pukul 12:35.
261
00:20:04,837 --> 00:20:06,436
Dua minit sudah berlalu.
Tukar.
262
00:20:06,527 --> 00:20:07,900
Ayuh.
263
00:20:18,317 --> 00:20:20,028
CPR sangat mudah.
264
00:20:20,374 --> 00:20:23,454
Kalau itu pun tak boleh buat,
awak boleh berhenti jadi doktor.
265
00:20:44,807 --> 00:20:47,342
Kenapa tangan doktor pelatih itu
asyik menggigil?
266
00:20:48,935 --> 00:20:52,949
Tak mengapa.
Dia pernah gagal selamatkan pesakit.
267
00:20:53,254 --> 00:20:55,494
Jadi, dia tak boleh fokus
dan tak berani nak lakukan CPR.
268
00:21:23,544 --> 00:21:26,464
Awak akan buat lebih baik nanti.
269
00:21:27,071 --> 00:21:29,471
Sebelum ini, budak perempuan
yang awak rawat meninggal dunia.
270
00:21:29,639 --> 00:21:31,596
Kali ini, pesakit awak pun
budak perempuan.
271
00:21:31,943 --> 00:21:33,646
Sebab itu awak takut, bukan?
272
00:21:36,108 --> 00:21:37,516
Jangan fikir banyak sangat.
273
00:21:37,607 --> 00:21:39,748
Tak mengapa.
Awak akan jadi lebih baik.
274
00:21:39,839 --> 00:21:41,586
Baiklah, saya tak apa-apa sekarang.
275
00:21:41,974 --> 00:21:45,459
-Lihat.
-Tangan awak tak menggigil lagi.
276
00:21:46,277 --> 00:21:49,057
Kami nak kenalkan rakan sekerja baru
kepada semua orang.
277
00:21:50,189 --> 00:21:53,408
Dia ialah...
278
00:21:53,600 --> 00:21:55,758
pemandu ambulans baru kita!
279
00:22:03,046 --> 00:22:06,165
Nama dia Paebii, betul?
280
00:22:07,142 --> 00:22:08,924
Dialah pelumba mabuk itu.
281
00:22:09,186 --> 00:22:12,456
Saya minta maaf atas kekecohan
yang saya timbulkan tempoh hari.
282
00:22:12,575 --> 00:22:15,252
Terima kasih
sebab selamatkan saya, doktor.
283
00:22:15,559 --> 00:22:20,418
Saya akan guna kelebihan saya
untuk menyumbang kepada masyarakat.
284
00:22:23,047 --> 00:22:26,329
Terima kasih atas dorongan awak,
Abang Peng.
285
00:22:36,527 --> 00:22:38,825
Abang Peng berleter panjang
dekat dia sebelum ini.
286
00:22:39,635 --> 00:22:43,055
Saya janji akan buat yang terbaik
macam di litar lumba.
287
00:22:44,528 --> 00:22:46,414
Ini bukan litar lumba.
288
00:22:48,559 --> 00:22:50,414
Kalau awak nak bertanding,
pergi tempat lain.
289
00:22:55,425 --> 00:22:57,091
Peng bergurau saja.
290
00:22:57,182 --> 00:23:00,385
Lei, saya tak nak sekumpulan
dengan dia.
291
00:23:01,375 --> 00:23:03,155
Saya tak nak sekumpulan dengan dia.
292
00:23:04,614 --> 00:23:06,282
Baiklah.
293
00:23:07,243 --> 00:23:08,732
Kenapa, Abang Peng?
294
00:23:08,831 --> 00:23:12,585
Awak suruh saya guna kelebihan diri
untuk sesuatu yang berguna.
295
00:23:12,718 --> 00:23:14,292
Saya pun gunalah.
296
00:23:15,551 --> 00:23:17,331
Saya janji akan memandu
dengan berhemah.
297
00:23:17,422 --> 00:23:19,339
Kenapa saya tak boleh
memandu untuk awak?
298
00:23:21,502 --> 00:23:23,100
Awak suka saya?
299
00:23:25,488 --> 00:23:26,965
Kami nak selamatkan nyawa di sini.
300
00:23:27,158 --> 00:23:29,758
Kalau awak datang sebab lelaki,
awak boleh letak jawatan sekarang.
301
00:24:08,546 --> 00:24:10,820
Udang goreng panas!
302
00:24:10,911 --> 00:24:14,387
Kamu semua nak makan tak?
Nah, saya belanja!
303
00:24:15,714 --> 00:24:18,565
-Terima kasih.
-Terima kasih.
304
00:24:19,335 --> 00:24:21,228
Kalau nak makan udang ini lain kali,
305
00:24:21,327 --> 00:24:23,026
telefon saja nenek.
306
00:24:23,133 --> 00:24:25,213
Nenek akan hantar ke hospital
selepas siap memasak.
307
00:24:25,519 --> 00:24:27,113
Tak jauh pun.
308
00:24:27,629 --> 00:24:29,954
Terima kasih, nenek.
309
00:24:30,053 --> 00:24:32,131
Sama-sama. Jemput makan.
Nenek minta diri dulu.
310
00:24:32,222 --> 00:24:34,775
-Terima kasih.
-Selamat tinggal.
311
00:24:50,754 --> 00:24:52,516
Sedapnya udang ini.
312
00:24:54,588 --> 00:24:56,732
Jangan risau.
Abang Peng memang macam ini.
313
00:24:56,823 --> 00:24:58,556
Dia terlalu berterus-terang.
314
00:25:00,134 --> 00:25:02,262
Sedap betul udang ini.
315
00:25:39,483 --> 00:25:41,078
Apa gelak-gelak?
316
00:25:54,902 --> 00:25:56,529
Ada lagi?
317
00:25:58,479 --> 00:25:59,926
Tak.
318
00:26:05,398 --> 00:26:06,989
Awak suka Paebii?
319
00:26:18,110 --> 00:26:19,846
Hei, tunggu.
320
00:26:20,270 --> 00:26:22,592
Saya terlepas sesuatukah?
321
00:26:26,995 --> 00:26:30,109
Chalan kata dia jumpa cara
untuk berhenti menggigil.
322
00:26:30,800 --> 00:26:33,276
Dia akan belanja kita keluar
dan bergembira Jumaat ini.
323
00:26:33,950 --> 00:26:35,710
-Betul itu, kak.
-Jom, Paebii.
324
00:26:35,839 --> 00:26:37,426
Lad!
325
00:26:40,814 --> 00:26:42,379
Awak nak ikut tak?
326
00:26:47,549 --> 00:26:50,335
Kalau nak ajak orang lain,
kita mesti ajak semua orang.
327
00:26:50,456 --> 00:26:51,906
Awak nak ikut tak?
328
00:26:53,079 --> 00:26:55,571
Mestilah!
329
00:26:55,785 --> 00:26:58,221
-Apa kita tunggu lagi?
-Kalau Lei ikut,
330
00:26:58,312 --> 00:27:01,491
saya pun nak ikut.
Saya nak kuruskan pinggang.
331
00:27:03,096 --> 00:27:05,764
-Macam mana dengan orang lain?
-Jomlah kita menari.
332
00:27:07,351 --> 00:27:08,760
Paebii,
333
00:27:08,851 --> 00:27:09,946
-awak nak ikut tak?
-Macam mana dengan awak?
334
00:27:10,037 --> 00:27:12,136
Awak nak ikut kami?
335
00:27:16,023 --> 00:27:17,735
Macam mana?
336
00:27:20,543 --> 00:27:23,731
Jom kita bergembira!
337
00:27:29,054 --> 00:27:31,078
Lebarnya senyum.
338
00:27:33,917 --> 00:27:36,491
Mulut dia senget sebab tersenyum.
339
00:27:38,871 --> 00:27:42,584
Sudah 2 minggu
kita tak berjumpa, Peng.
340
00:27:44,259 --> 00:27:47,317
Saya sedang buatkan meja untuk awak.
341
00:27:47,455 --> 00:27:49,402
"Rangka tindakan meja"
342
00:27:50,790 --> 00:27:53,418
Saya nak keluar!
343
00:28:29,364 --> 00:28:30,969
Kenapa gam ini melekat kuat sangat?
344
00:28:36,319 --> 00:28:38,775
Satu, dua, tiga.
345
00:28:51,359 --> 00:28:52,973
Jom!
346
00:28:54,639 --> 00:28:57,265
Malam ini akan jadi malam
yang bersejarah.
347
00:28:57,511 --> 00:29:01,126
Paebii.
348
00:29:01,372 --> 00:29:03,817
Kamu mesti cipta peluang
untuk saya, faham?
349
00:29:08,112 --> 00:29:09,643
Nah.
350
00:29:11,438 --> 00:29:16,263
Gunting, kertas, batu.
351
00:29:18,017 --> 00:29:20,822
-Jom!
-Saya kalah lagi.
352
00:29:20,977 --> 00:29:22,939
Saya tak pernah naik motosikal Dao.
353
00:29:23,030 --> 00:29:25,099
Orang yang kalah tak boleh merungut.
354
00:29:25,448 --> 00:29:27,254
Awak boleh guna kuasa ajaib Tantawan.
355
00:29:27,345 --> 00:29:29,640
Awak boleh ke mana-mana saja.
Bagus, bukan?
356
00:29:30,212 --> 00:29:33,254
Tiada apa-apa yang bagus pun.
Saya tak fahamlah dia itu.
357
00:29:33,375 --> 00:29:35,465
Jelas sekali,
dia cuma menyusahkan orang.
358
00:30:20,757 --> 00:30:23,732
-Tunggu saya.
-Kami akan tunggu awak.
359
00:30:24,306 --> 00:30:26,044
-Cari kami nanti.
-Peng.
360
00:30:41,246 --> 00:30:43,671
Saya guna kuasa saya
untuk panggil Peng.
361
00:30:43,809 --> 00:30:46,285
-Kenapa awak datang?
-Saya bersandar pada dinding.
362
00:30:46,376 --> 00:30:48,558
Awak yang guna kuasa ini
sesuka hati awak.
363
00:30:51,855 --> 00:30:53,727
"Peng"
364
00:31:13,684 --> 00:31:14,863
Helo?
365
00:31:14,954 --> 00:31:17,300
Tolong saya, Peng.
366
00:31:17,391 --> 00:31:20,819
Saya buat sesuatu
yang menyeronokkan tadi.
367
00:31:20,910 --> 00:31:24,216
Tapi tangan dan kaki saya dah melekat.
Saya tak boleh bergerak.
368
00:31:24,315 --> 00:31:26,214
Apabila saya minta pertolongan awak,
369
00:31:26,305 --> 00:31:29,148
Chalan yang datang.
370
00:31:32,294 --> 00:31:34,420
Apa yang awak buat?
Awak berfoya-foya?
371
00:31:34,512 --> 00:31:37,183
Saya sedang bekerja.
Boleh tak jangan main-main?
372
00:31:37,274 --> 00:31:40,534
Bukan macam itu.
Saya betul-betul dalam masalah.
373
00:31:40,625 --> 00:31:43,148
Saya cuba pisahkan jari saya
dan ia sudah berdarah.
374
00:31:43,239 --> 00:31:45,797
Kalau tak percaya,
awak boleh datang dan tengok.
375
00:31:47,323 --> 00:31:49,165
Biar saya cakap dengan Chalan.
376
00:32:00,989 --> 00:32:02,541
Maafkan saya, Abang Peng.
Saya tak sengaja datang ke sini.
377
00:32:02,632 --> 00:32:06,767
Tak mengapa. Awak di sana,
saya serahkan dia kepada awak.
378
00:32:11,574 --> 00:32:13,728
Peng mesti ingat yang saya tipu dia.
379
00:32:15,063 --> 00:32:17,285
Saya nampak macam
cuba dapatkan perhatian diakah?
380
00:32:18,031 --> 00:32:20,396
Ya.
Semuanya sudah melekat.
381
00:32:20,487 --> 00:32:22,420
Awak tak perlu buat dia macam ini.
382
00:32:22,721 --> 00:32:25,554
Saya tak tipu dia.
Ini tak disengajakan, faham?
383
00:32:25,727 --> 00:32:28,258
Siapa yang nak guna gam
untuk lekatkan tangan sendiri?
384
00:32:33,432 --> 00:32:36,281
Hulurkan tangan awak.
Saya nak rawat luka awak dan balik.
385
00:32:36,926 --> 00:32:38,392
Tak boleh.
386
00:32:38,502 --> 00:32:40,796
Saya tak nak bau awak melekat
pada tangan saya.
387
00:32:42,695 --> 00:32:45,393
Saya sudah ada di rumah awak.
Ia sudah tercemar dengan bau saya?
388
00:32:47,975 --> 00:32:49,570
Hulurkan tangan awak.
389
00:32:53,123 --> 00:32:54,798
Buka.
390
00:32:55,527 --> 00:32:57,100
Awak nak sembuh atau tak?
391
00:33:01,402 --> 00:33:03,320
-Sakitnya.
-Tahan sedikit.
392
00:33:04,613 --> 00:33:06,113
Ini cuma luka kecil.
393
00:33:18,241 --> 00:33:21,564
Sebenarnya, bukan awak
yang patut jaga saya sekarang.
394
00:33:26,887 --> 00:33:30,527
Lagipun, sudah lama sangat...
395
00:33:31,300 --> 00:33:33,397
saya tak jumpa Peng.
396
00:33:34,904 --> 00:33:36,937
Dia seolah-olah sudah lenyap
dari hidup saya.
397
00:33:42,023 --> 00:33:45,163
Saya rasa macam heroin drama
yang asyik kejar lelaki.
398
00:33:45,287 --> 00:33:47,949
Tak mahukah dia jumpa
atau bercakap dengan saya?
399
00:33:51,808 --> 00:33:53,496
Kenapa awak merungut di sini?
400
00:33:53,751 --> 00:33:56,013
Kalau nak jumpa dia, pergi sajalah.
401
00:33:56,473 --> 00:33:58,069
Doktor macam kami ini,
selepas setiap syif,
402
00:33:58,159 --> 00:34:00,679
kami terlalu penat
sampai boleh tertidur sekelip mata.
403
00:34:00,886 --> 00:34:02,351
Mestilah saya tahu.
404
00:34:02,442 --> 00:34:06,322
Sebelum awak jadi doktor,
saya sudah jadi kekasih doktor.
405
00:34:06,528 --> 00:34:08,941
Tapi saya menghidap PTSD sekarang.
406
00:34:09,040 --> 00:34:11,898
Saya boleh bersawai bila-bila masa.
407
00:34:12,733 --> 00:34:15,415
Sama macam awak tercegat
di tengah jalan tempoh hari?
408
00:34:23,069 --> 00:34:26,069
Apa pun, apa pekerjaan awak?
Awak ada banyak masa lapang.
409
00:34:26,751 --> 00:34:28,148
Saya tiada banyak masa lapang.
410
00:34:28,545 --> 00:34:30,360
Saya perlu jaga Peng.
411
00:34:30,926 --> 00:34:32,686
Saya maksudkan pekerjaan awak.
412
00:34:33,964 --> 00:34:36,319
Pekerjaan saya ialah menjaga Peng.
413
00:34:36,978 --> 00:34:38,383
Saya boleh buat
apa-apa saja untuk dia.
414
00:34:38,502 --> 00:34:41,573
Saya tak suka apa-apa
selain menjaga Peng.
415
00:34:44,841 --> 00:34:46,820
Sama macam awak
yang perlu menjaga pesakit,
416
00:34:46,911 --> 00:34:48,834
saya perlu menjaga Peng.
417
00:34:48,925 --> 00:34:50,520
Faham?
418
00:34:51,919 --> 00:34:54,545
Pernahkah awak terfikir
untuk jaga seseorang sepanjang hari?
419
00:34:55,494 --> 00:34:57,187
Tak.
420
00:34:59,561 --> 00:35:01,164
Orang yang buta cinta
memang menjengkelkan.
421
00:35:01,262 --> 00:35:03,318
Saya tak nak "bersyarah"
dengan orang macam awak.
422
00:35:04,495 --> 00:35:06,001
Maksud awak, "bercakap"?
423
00:35:06,326 --> 00:35:08,747
Bacalah buku kalau ada masa...
424
00:35:08,838 --> 00:35:10,578
supaya awak takkan susahkan
Abang Peng.
425
00:35:19,054 --> 00:35:20,594
Helo,
426
00:35:22,366 --> 00:35:24,366
saya masih di rumah dia.
427
00:35:27,327 --> 00:35:30,685
Masuk dan menarilah dulu.
Saya akan datang secepat mungkin.
428
00:35:34,296 --> 00:35:36,471
-Saya pergi dulu, kak.
-Tunggu.
429
00:35:37,184 --> 00:35:38,875
Daripada gaya awak berpakaian,
430
00:35:40,132 --> 00:35:42,017
awak nak ke mana?
431
00:35:49,008 --> 00:35:51,976
Jangan beritahu Peng yang saya keluar
senyap-senyap untuk berseronok.
432
00:35:52,111 --> 00:35:53,563
Okey.
433
00:35:56,544 --> 00:35:58,528
Saya belanja malam ini!
434
00:36:00,952 --> 00:36:03,047
-Minum!
-Minum!
435
00:36:04,958 --> 00:36:07,672
Seterusnya,
patutkah kita ajak dua orang...
436
00:36:07,775 --> 00:36:09,148
untuk naik ke pentas
dan menyanyi untuk kita?
437
00:36:09,239 --> 00:36:09,506
Jom.
438
00:36:20,976 --> 00:36:24,714
Adakalanya, aku mahu
kau dengar kata-kataku.
439
00:36:25,781 --> 00:36:29,781
Andai kau kesunyian satu hari nanti,
440
00:36:30,623 --> 00:36:34,183
ketahuilah kerana kau tak pernah
keluar mencari seseorang.
441
00:36:34,551 --> 00:36:39,266
Usah fikir dan memeningkan kepala.
442
00:36:40,051 --> 00:36:44,011
Sebelum ini, kau luahkan perasaanmu
dalam setiap perbuatan.
443
00:36:44,794 --> 00:36:49,060
Kini kau mengabaikan semuanya.
444
00:36:49,544 --> 00:36:53,092
Aku tak peduli lagi. Bagaimana
harusku percaya pada masa depan?
445
00:36:53,576 --> 00:36:58,517
Jika kau tak merinduiku,
bolehkah aku merinduimu?
446
00:36:59,072 --> 00:37:04,011
Aku tak patut merinduimu kini.
447
00:37:04,163 --> 00:37:08,900
Tapi takkanku kesal
sungguhpun terjatuh.
448
00:37:08,991 --> 00:37:11,453
Usah mengasihani diriku.
449
00:37:11,544 --> 00:37:13,225
Jika kau mahu berpisah,
teruskan saja.
450
00:37:13,331 --> 00:37:19,211
Aku tak lagi peduli
tentang tanggapanmu. Tidak.
451
00:37:19,488 --> 00:37:25,481
Aku cuma ingin tahu.
Adakah kau masih mencintaiku?
452
00:37:25,847 --> 00:37:30,687
Kita dekat namun jauh.
453
00:37:30,920 --> 00:37:35,785
Siapakah yang menghuni
ruang hatimu sekarang?
454
00:37:36,304 --> 00:37:39,319
Jawablah.
455
00:37:39,668 --> 00:37:45,581
Aku ingin bertanya.
Masihkah ada cinta antara kita?
456
00:37:45,894 --> 00:37:50,695
Siapakah aku di hatimu?
457
00:37:50,840 --> 00:37:55,560
Aku ingin tahu
betapa sukarnya semua ini...
458
00:37:55,651 --> 00:37:58,947
untuk memiliki dirimu.
459
00:37:59,038 --> 00:38:01,780
-Nyanyi bersama-sama!
-Nyanyi bersama-sama!
460
00:38:01,960 --> 00:38:05,256
Izinkanku menjagamu.
461
00:38:25,581 --> 00:38:29,691
Kenapa fikiranku melayang-layang?
462
00:38:30,150 --> 00:38:34,270
Kenapa aku begitu naif?
463
00:38:35,256 --> 00:38:39,129
Kenapa aku masih tak faham?
464
00:38:39,399 --> 00:38:44,441
Aku ingin kau tahu,
tapi adakah kau akan membalas?
465
00:38:44,878 --> 00:38:49,941
Mampukah aku membuat pilihan?
Ia sesuai denganku dan ia romantik.
466
00:38:50,032 --> 00:38:52,345
Aku ingin tahu jawapanmu.
467
00:38:52,552 --> 00:38:54,797
Aku takut akan jawapanmu.
468
00:38:54,896 --> 00:38:59,290
Jikaku luahkan isi hati,
adakah kau akan memikirkannya?
469
00:38:59,396 --> 00:39:03,354
Aku tak peduli lagi.
Tidak.
470
00:39:03,607 --> 00:39:05,696
Paebii, awak sudah sampai?
Kami berdiri dekat pentas.
471
00:39:05,787 --> 00:39:09,438
Aku cuma ingin tahu.
472
00:39:09,529 --> 00:39:13,186
Jika kau masih mencintaiku
atau tidak.
473
00:39:21,363 --> 00:39:24,683
Tantawan, macam mana jari awak?
474
00:39:26,645 --> 00:39:28,238
Awak sudah tidur?
475
00:39:39,878 --> 00:39:41,654
Awak nampak Chalan
dan yang lain-lain?
476
00:39:42,599 --> 00:39:44,441
Saya rasa mereka pergi ke bar.
477
00:39:46,631 --> 00:39:50,644
Saya tak tahu pun. Nak pergi tak?
Saya pun nak keluar ini.
478
00:39:51,398 --> 00:39:53,038
Saya tak pernah cakap
yang saya nak pergi.
479
00:40:01,037 --> 00:40:03,140
Awak nak pergi mana?
Biar saya tumpangkan.
480
00:40:04,016 --> 00:40:06,720
Saya nak balik ke asrama.
Asrama di sebelah sana.
481
00:40:09,735 --> 00:40:11,680
Awak nak apa?
Berterus-terang sajalah.
482
00:40:16,557 --> 00:40:19,689
Saya nak awak naik
kereta saya sekali...
483
00:40:21,125 --> 00:40:24,450
-untuk buktikan pemanduan saya.
-Saya tiada masa.
484
00:40:35,886 --> 00:40:38,170
Saya tak nak pergi.
Angin saya tak baik.
485
00:40:49,071 --> 00:40:51,037
Saya nak ke bilik air.
486
00:40:53,470 --> 00:40:55,677
Kalau awak nak ikut,
487
00:40:56,028 --> 00:40:57,360
marilah.
488
00:41:00,399 --> 00:41:02,396
Dia cakap dengan siapa?
489
00:41:03,102 --> 00:41:05,023
Entahlah.
490
00:41:18,920 --> 00:41:23,133
Nampaknya,
sesuatu yang menarik akan berlaku.
491
00:41:27,535 --> 00:41:29,163
Liwan.
492
00:41:30,062 --> 00:41:31,442
Chalan!
493
00:41:31,901 --> 00:41:34,442
Awak nampak Kak Tantawan kita
yang seksi itu?
494
00:41:36,080 --> 00:41:38,439
Ya, dia menari di depan pentas.
495
00:41:45,479 --> 00:41:47,914
Hati-hati.
496
00:41:48,399 --> 00:41:50,896
-Awak Okey?
-Ini tempat duduk Dao.
497
00:41:51,027 --> 00:41:53,254
Tak guna betul.
498
00:42:24,991 --> 00:42:27,911
Tak mengapa.
Saya ada di sini, Kitt.
499
00:42:34,101 --> 00:42:38,792
Tolong.
Seseorang, tolong!
500
00:42:47,871 --> 00:42:50,086
Boleh saya pegang tangan awak?
501
00:43:06,971 --> 00:43:08,574
Apa awak buat ini?
502
00:43:09,311 --> 00:43:10,907
Jangan main-main dengan saya.
503
00:43:12,230 --> 00:43:16,429
-Sudah, Dao. Awak mabuk.
-Jangan ganggu saya.
504
00:43:17,087 --> 00:43:19,181
-Jom, masa untuk balik.
-Tak.
505
00:43:19,271 --> 00:43:22,217
-Jom balik.
-Tak nak.
506
00:43:22,324 --> 00:43:24,714
Bawa dia pergi dulu, Liwan.
Saya akan datang nanti.
507
00:43:31,568 --> 00:43:32,978
Kak.
508
00:43:34,255 --> 00:43:35,763
Kak Tantawan.
509
00:43:36,311 --> 00:43:38,669
Kenapa awak bersawai?
Hati-hati.
510
00:43:39,111 --> 00:43:41,691
Kawan saya mabuk. Dia nyaris
ambil kesempatan terhadap awak.
511
00:43:53,687 --> 00:43:55,401
Kalau awak masih nak menari,
silakan. Saya nak balik.
512
00:43:55,593 --> 00:43:57,593
Tunggu.
513
00:44:00,780 --> 00:44:04,146
-Apa halnya?
-Saya bersawai kalau nampak lampu.
514
00:44:05,679 --> 00:44:07,369
Saya nak ikut awak balik.
515
00:44:17,871 --> 00:44:19,464
Baiklah.
516
00:44:20,006 --> 00:44:21,686
Awak cuma perlu pandang
dan ikut saya.
517
00:44:22,072 --> 00:44:23,947
Jangan pandang lampu.
518
00:45:10,783 --> 00:45:14,212
-Saya tak nak balik.
-Boleh jalan betul-betul tak?
519
00:45:15,582 --> 00:45:17,320
Lepaskan saya.
520
00:45:18,201 --> 00:45:21,510
-Ayuh, kita panggil teksi.
-Tak nak.
521
00:45:21,624 --> 00:45:25,330
-Jom balik naik teksi!
-Tak nak.
522
00:45:26,016 --> 00:45:27,489
Liwan!
523
00:45:46,206 --> 00:45:47,524
Kenapa dengan kawan awak?
524
00:45:47,615 --> 00:45:50,015
Pernafasannya menunjukkan
yang jantung dia berhenti berdegup.
525
00:45:50,437 --> 00:45:53,040
Mungkin dia dipukul di dada tadi.
526
00:45:53,730 --> 00:45:57,110
-Jadi, apa kita patut buat?
-Hubungi 169 untuk bantuan.
527
00:45:57,991 --> 00:45:59,515
Baiklah.
528
00:46:01,997 --> 00:46:03,434
Helo,
529
00:46:06,503 --> 00:46:09,836
jantung seseorang
berhenti berdegup di Tanpatan.
530
00:46:09,963 --> 00:46:11,336
Doktor sedang merawatnya,
531
00:46:11,484 --> 00:46:13,604
tapi boleh hantar ambulans
ke sini sekarang?
532
00:46:20,222 --> 00:46:22,133
Cepat, ya.
533
00:46:25,487 --> 00:46:28,847
Doktor, selamatkan dia.
534
00:46:29,189 --> 00:46:31,976
Mangsa mengalami beban kardium.
Kak Tikka, sediakan tiub 5.5.
535
00:46:32,075 --> 00:46:34,204
-Saya mesti bantu dia bernafas.
-Baik.
536
00:46:36,431 --> 00:46:37,757
Pinser.
537
00:46:38,114 --> 00:46:39,828
-Pinser sedia.
-Tiub pernafasan.
538
00:46:39,939 --> 00:46:41,748
Tiub pernafasan sedia.
539
00:46:42,135 --> 00:46:45,698
Tiub sudah dimasukkan.
540
00:46:48,191 --> 00:46:49,953
Doktor, tolong ambil alih
bantuan pernafasan.
541
00:46:50,655 --> 00:46:52,159
Mari kita tukar kedudukan.
542
00:47:07,207 --> 00:47:09,093
Doktor, keadaan mangsa semakin tenat.
543
00:47:09,184 --> 00:47:11,286
Awak sudah periksa keadaan mangsa?
544
00:47:15,447 --> 00:47:17,071
Belum.
545
00:47:19,851 --> 00:47:20,184
Adik!
546
00:47:23,230 --> 00:47:25,208
Awak akan selamat, dik.
547
00:47:42,743 --> 00:47:45,124
Ini tekanan pneumotoraks.
548
00:47:46,391 --> 00:47:49,526
Doktor, kalau pesakit cedera parah,
549
00:47:49,916 --> 00:47:52,205
bukankah awak patut periksa dulu
sebelum menggunakan tiub?
550
00:47:52,296 --> 00:47:55,101
-Kenapa awak tak periksa?
-Mana kardiotonik?
551
00:47:55,192 --> 00:47:57,961
-Kita mesti bertindak segera.
-Ia ada di dalam beg.
552
00:48:43,678 --> 00:48:46,966
Sekarang peluang dia untuk selamat
ialah satu dalam 10,000.
553
00:48:47,405 --> 00:48:49,847
Bernafaslah, dik.
554
00:49:01,734 --> 00:49:02,845
Bernafas.
555
00:49:05,351 --> 00:49:07,200
Doktor, sudah sejam
mereka lakukan CPR.
556
00:49:07,291 --> 00:49:09,601
Ia takkan berjaya.
Turun.
557
00:49:10,159 --> 00:49:11,901
Beri saya sedikit masa.
558
00:49:13,855 --> 00:49:15,683
Berhenti lakukan CPR.
559
00:49:15,774 --> 00:49:17,171
Berundur dari pesakit.
560
00:49:21,040 --> 00:49:22,350
Berhenti.
561
00:49:25,919 --> 00:49:28,429
Masa kematian, 23:30.
562
00:49:38,942 --> 00:49:40,562
Awak boleh turun sekarang.
563
00:49:53,870 --> 00:49:55,559
Apa yang berlaku sebenarnya?
564
00:49:56,014 --> 00:49:57,979
Ia taklah begitu serius pada mulanya.
565
00:49:58,911 --> 00:50:00,546
Kenapa boleh jadi macam ini?
566
00:50:07,919 --> 00:50:09,778
Mangsa mengalami beban kardium.
567
00:50:10,415 --> 00:50:12,562
Kemudian, ia berubah
menjadi tekanan pneumotoraks.
568
00:50:14,989 --> 00:50:16,792
Tapi, saya tak sedar dari awal.
569
00:50:17,558 --> 00:50:19,790
Saya tak periksa tubuh mangsa
dengan teliti.
570
00:50:20,040 --> 00:50:21,387
Kemudian...
571
00:50:23,143 --> 00:50:25,221
Kemudian,
saya beri dia rawatan yang salah.
572
00:50:26,878 --> 00:50:28,671
Saya buat keadaan dia bertambah parah.
573
00:50:31,628 --> 00:50:33,628
Kemudian, saya suntik dia
di tempat yang salah...
574
00:50:33,968 --> 00:50:35,293
yang akhirnya menyebabkan
dia mengalami serangan jantung.
575
00:50:35,384 --> 00:50:37,630
"Jantung terhenti=
jantung berhenti berdegup"
576
00:50:41,469 --> 00:50:43,137
Cuba awak lihat.
577
00:50:45,751 --> 00:50:47,695
Patutkah mangsa ini mati, doktor?
578
00:50:51,183 --> 00:50:52,669
Dia mengalami trauma yang teruk.
579
00:50:52,760 --> 00:50:55,357
"Trauma: kecederaan"
580
00:50:55,528 --> 00:50:57,413
Kenapa tak buat pemeriksaan awal
dengan teliti?
581
00:50:57,504 --> 00:51:00,067
"Pemeriksaan awal = pemeriksaan tubuh"
582
00:51:00,192 --> 00:51:02,533
Awak nak belajar
di tahun pertama semula?
583
00:52:05,950 --> 00:52:09,083
Maafkan saya!
584
00:52:12,119 --> 00:52:13,552
Jangan macam itu.
585
00:52:16,533 --> 00:52:18,446
Maafkan saya!
586
00:52:40,711 --> 00:52:42,144
Adik.
587
00:52:43,759 --> 00:52:45,319
Kalau awak tak boleh rawat dia,
588
00:52:45,926 --> 00:52:48,385
kita tunggu saja doktor.
Saya sudah hubungi ambulans.
589
00:52:48,560 --> 00:52:51,280
Jantung dia sudah berhenti berdegup.
Kita mesti lakukan CPR sekarang.
590
00:53:04,239 --> 00:53:06,524
-Guna kuasa awak panggil Abang Peng.
-Tidak!
591
00:53:06,620 --> 00:53:09,948
Kalau tak, dia tahulah saya keluar.
Habislah saya nanti.
592
00:53:10,039 --> 00:53:12,496
Lagipun, saya sudah hubungi ambulans.
593
00:53:12,679 --> 00:53:13,932
Cukup.
594
00:53:14,031 --> 00:53:15,724
Tolonglah.
Saya merayu, kak.
595
00:53:15,815 --> 00:53:18,142
Tangan saya menggigil.
Saya tak boleh buat apa-apa.
596
00:53:19,999 --> 00:53:23,372
Kalau kita terlewat 10 minit,
kawan saya akan mati.
597
00:53:27,199 --> 00:53:30,286
Apa kata awak tolong saya buat CPR?
598
00:53:31,527 --> 00:53:33,296
Mari, biar saya ajar awak.
599
00:53:34,054 --> 00:53:35,439
Boleh?
600
00:53:38,103 --> 00:53:39,596
Macam mana kalau saya tolong awak...
601
00:53:39,687 --> 00:53:42,551
dan kawan awak mati
macam yang awak lalui?
602
00:53:43,327 --> 00:53:45,089
Saya tak nak buat.
603
00:53:46,740 --> 00:53:49,986
Kak, Abang Peng beritahu saya
kalau jantung mangsa terhenti,
604
00:53:50,113 --> 00:53:52,956
maksudnya dia sudah mati.
Tapi kalau awak tolong dia,
605
00:53:53,047 --> 00:53:55,967
ada 1% peluang untuk selamatkan dia.
Awak tak boleh berputus asa sekarang.
606
00:53:56,630 --> 00:53:58,285
Awak boleh tolong Liwan.
607
00:54:01,735 --> 00:54:03,560
Saya akan tolong awak.
608
00:54:04,807 --> 00:54:06,355
Apa saya perlu buat?
609
00:54:06,728 --> 00:54:08,050
Mari sini.
610
00:54:08,141 --> 00:54:10,506
Genggam tangan macam ini
dan letak pada toraksnya.
611
00:54:10,612 --> 00:54:12,200
-Kemudian?
-Tangan awak sudah ada di toraks?
612
00:54:12,291 --> 00:54:14,586
Ya. Apa sekarang? Cakap cepat.
Kawan awak sedang nazak!
613
00:54:14,677 --> 00:54:17,276
Pastikan tangan tak terlepas
dari toraks dia.
614
00:54:17,367 --> 00:54:18,795
Luruskan tangan.
615
00:54:19,414 --> 00:54:21,429
Awak nak pergi mana?
Jangan pergi.
616
00:54:21,520 --> 00:54:23,548
Ketika dia terjatuh,
lehernya mungkin tercedera.
617
00:54:23,639 --> 00:54:26,123
Kalau awak tekan dada dia,
dia mungkin bergerak.
618
00:54:26,574 --> 00:54:28,821
Saya risau dia akan bergerak
selepas tersedar nanti.
619
00:54:29,070 --> 00:54:31,502
Saya nak pegang kepala dia.
Tekan kuat-kuat dan ulang.
620
00:54:32,151 --> 00:54:33,749
Satu, dua, tiga.
621
00:54:44,647 --> 00:54:46,101
Kak.
622
00:54:46,192 --> 00:54:47,672
Guna rentak lagu...
623
00:54:47,778 --> 00:54:49,058
yang awak nyanyikan pagi tadi.
624
00:54:49,903 --> 00:54:51,414
Menyanyi kuat-kuat.
625
00:54:53,711 --> 00:54:56,211
Jangan marah.
626
00:54:56,317 --> 00:54:58,787
Aku merahsiakannya daripadamu.
627
00:54:58,878 --> 00:55:01,144
Mungkinku lupa.
628
00:55:01,319 --> 00:55:05,794
Aku sering mengecewakanmu.
629
00:55:11,447 --> 00:55:12,855
Kak.
630
00:55:14,216 --> 00:55:16,941
Awak boleh pandang saya kalau takut.
631
00:55:30,958 --> 00:55:35,160
Mungkin kita tak pernah mencintai.
632
00:55:35,827 --> 00:55:38,140
Aku ingin kau tahu.
633
00:55:38,231 --> 00:55:42,589
Pernahkahku ucap
betapa aku cinta padamu?
634
00:55:42,823 --> 00:55:46,440
Biarku luahkan padamu.
635
00:55:46,854 --> 00:55:51,513
Andai kau izinkanku beritahu
betapa akrabnya hubungan kita.
636
00:56:13,920 --> 00:56:17,174
Aku cinta padamu.
637
00:56:18,206 --> 00:56:22,023
Kenapa degupan jantung aku
semakin kencang dek pandangan dia?
638
00:56:33,687 --> 00:56:36,948
Dia bergerak.
Dia sudah bernafas semula.
639
00:56:37,702 --> 00:56:40,671
Maksudnya jantung dia
berdegup semula?
640
00:56:43,333 --> 00:56:46,008
Dia selamat.
Kita cuma perlu tunggu ambulans.
641
00:56:46,982 --> 00:56:48,637
Terima kasih, kak.
642
00:56:53,775 --> 00:56:55,637
Jantung aku berdegup kencang lagi.
643
00:56:57,279 --> 00:56:58,914
Okey, halang pandangan dia dulu.
644
00:56:59,654 --> 00:57:01,493
Degupan jantung aku semakin laju.
645
00:57:08,382 --> 00:57:10,095
Aku suka diakah?
646
00:57:10,478 --> 00:57:12,843
Aku tak salah selama ini?
647
00:57:13,247 --> 00:57:15,339
Kuasa ajaib ini benar-benar wujud
kerana cinta?
648
00:57:15,430 --> 00:57:18,277
Ini tak masuk akal.
Siapa yang suka lelaki macam dia?
649
00:57:18,454 --> 00:57:21,342
Ini mesti sebab aku bersawai tadi.
650
00:57:22,255 --> 00:57:24,228
Biar aku cuba sekali lagi.
651
00:57:25,975 --> 00:57:30,515
Satu, dua, tiga.