1 00:01:58,300 --> 00:02:03,700 SUMPAHAN Terjemahan Oleh Aziz Lee, Brunei. 2 00:04:05,300 --> 00:04:06,600 Melek? 3 00:04:09,900 --> 00:04:11,600 Kamukah yang menjerit tadi? 4 00:04:16,100 --> 00:04:17,300 Davut? 5 00:04:40,200 --> 00:04:48,300 "Nama-nama pelakon dalam filem ini telah diubah atas dasar keselamatan dan undang-undang" 6 00:04:51,500 --> 00:04:55,600 "Osmangazi, Bursa" 7 00:06:02,100 --> 00:06:03,900 Selamat pagi. 8 00:06:05,600 --> 00:06:10,900 - Saya rasa ada pesanan masuk. - Nantilah saya tengok. 9 00:06:14,100 --> 00:06:15,900 Hakan? 10 00:06:16,500 --> 00:06:18,300 Kenapa kamu letak katalaluan pada telefon kamu? 11 00:06:18,900 --> 00:06:21,100 Apa maksud kamu kenapa saya letak katalaluan? 12 00:06:21,100 --> 00:06:22,900 Saya letak pun sebab ia memang perlu diletak. 13 00:06:22,900 --> 00:06:25,900 Saya tak buat macam tu pun. 14 00:06:26,600 --> 00:06:29,600 Janganlah nak fikir bukan-bukan. 15 00:06:32,900 --> 00:06:36,600 - Siapa yang mesej kamu? - Manalah saya tahu, tengok pun belum. 16 00:06:37,700 --> 00:06:39,900 Hakan? 17 00:06:39,900 --> 00:06:42,900 - Saya cuma tertanya-tanya. - Kenapa perlu bersangka buruk? 18 00:06:42,900 --> 00:06:45,900 Tak kesahlah dari siapa pun. 19 00:06:50,700 --> 00:06:53,300 - Dia masih menghubungi kamu? - Jangan nak mengarut. 20 00:06:53,300 --> 00:06:55,300 Dah banyak kali kita bincang pasal hal ni. 21 00:06:55,300 --> 00:06:56,600 Okey. 22 00:06:56,600 --> 00:06:59,600 Cuba tengok mesej tu dari siapa. 23 00:07:06,600 --> 00:07:08,900 Dia yang hantar, kan? 24 00:07:08,900 --> 00:07:10,100 Pasti dari dia. 25 00:07:11,100 --> 00:07:15,100 Memang dari dia pun. Kamu bacalah, apa yang dia tulis. 26 00:07:15,100 --> 00:07:19,100 "Semoga Allah merahmati kalian.." 27 00:07:23,900 --> 00:07:26,600 Pakcik Bekir. 28 00:07:32,700 --> 00:07:38,600 Saya tak kesah kamu cemburu, Burcu. Tapi janganlah melampau. 29 00:07:40,700 --> 00:07:42,600 "Burcu yang mudah bersedih dengan apapun.." 30 00:07:42,600 --> 00:07:45,900 "..dan mudah menangis ini, selalu ada disetiap suka dan duka." 31 00:07:45,900 --> 00:07:48,500 "Dia sering mengambil tahu hal ehwal kewangan di kelas kami." 32 00:07:48,500 --> 00:07:50,600 "Disebabkan dia sering meminjamkan wang kepada semua orang,.." 33 00:07:50,600 --> 00:07:52,100 "..kami menggelarnya ahli bank." 34 00:07:52,100 --> 00:07:56,300 "Dialah teman yang selalu menjaga jiwanya sesuci bayi yang baru dilahirkan,.." 35 00:07:56,300 --> 00:07:59,200 "..bersedia mendengar luahan tanpa merasa bosan,.." 36 00:07:59,200 --> 00:08:01,300 "..dan tidak pernah mengharap balasan." 37 00:08:01,300 --> 00:08:04,600 "Sukar digambarkan dengan kata-kata mahupun dengan waktu,.." 38 00:08:04,600 --> 00:08:06,900 "..pengalaman manis yang kami lalui bersama." 39 00:08:06,900 --> 00:08:08,900 "Tapi apa yang kami tahu,.." 40 00:08:08,900 --> 00:08:13,600 "..senyuman manis kamu itu tidak akan pernah dilupakan, Burcu." 41 00:08:15,100 --> 00:08:18,600 "Kampung Misi" 42 00:08:44,300 --> 00:08:46,300 Sini. Comelnya kamu. 43 00:08:46,300 --> 00:08:49,500 Sini. Ayuh. Jangan takut, jangan takut. 44 00:08:49,500 --> 00:08:55,300 Sini. Sayang. Sayang, apa kamu buat kat sini? 45 00:08:55,300 --> 00:08:57,600 Sayang. 46 00:08:58,100 --> 00:09:02,500 "Eda, adalah satu-satunya pencinta haiwan di kelas kami." 47 00:09:02,500 --> 00:09:06,700 "Kucing, anjing, tikus, lalat tiada masalah buat Eda." 48 00:09:06,700 --> 00:09:09,300 "Eda yang selalu gembira dan ceria ini.." 49 00:09:09,300 --> 00:09:12,600 "..ada kalanya menjengkelkan dan berubah menjadi ganas..." 50 00:09:12,600 --> 00:09:14,600 "...apabila kekerasan dilakukan kepada haiwan." 51 00:09:14,600 --> 00:09:16,900 "Jika dia mendapat keputusan yang rendah dalam ujian,.." 52 00:09:16,900 --> 00:09:21,100 "..dia akan berduka selama tiga hari dan selalu membantah cakap cikgu." 53 00:09:21,100 --> 00:09:23,700 "Buat Eda yang bercita-cita nak menjadi seorang doktor haiwan ini,.." 54 00:09:23,700 --> 00:09:26,300 "..kami doakan agar dia berjaya dalam hidupnya." 55 00:09:26,300 --> 00:09:30,300 "Kami akan selalu merindui kamu, teman." 56 00:09:31,700 --> 00:09:35,600 "ALTIN MAKAS. KEDAI JAHIT LELAKI & WANITA. " 57 00:10:13,900 --> 00:10:16,300 - Ada apa Ayla? - "Burcu." 58 00:10:16,700 --> 00:10:18,600 Tak tahulah kamu dah tahu atau belum,.. 59 00:10:19,500 --> 00:10:23,900 "..tapi mereka sudah memecat ayah Melek, Pakcik Davut." 60 00:10:23,900 --> 00:10:25,600 Kesiannya. Bila tu? 61 00:10:25,900 --> 00:10:29,300 Entahlah. Saya pun baru tahu. 62 00:10:29,300 --> 00:10:31,300 Saya saja telefon nak bagitahu. 63 00:10:31,600 --> 00:10:34,700 "Kehidupan mereka pasti akan lebih terhimpit." 64 00:10:34,700 --> 00:10:37,100 Saya faham, Ayla. Saya faham. 65 00:10:37,100 --> 00:10:40,100 Tak mengapalah. Biar saya uruskan dan nanti saya bagitahu. 66 00:10:40,100 --> 00:10:41,300 Baiklah. 67 00:10:59,300 --> 00:11:02,300 "Ayla yang sering menarik perhatian dengan rambut panjangnya ini,.." 68 00:11:02,300 --> 00:11:04,900 "..adalah gadis tercantik di kelas kami." 69 00:11:04,900 --> 00:11:06,700 "Dia ni sangat sensitif,.." 70 00:11:06,700 --> 00:11:08,600 "..sehingga sebilangan guru kami takut bertanya.." 71 00:11:08,600 --> 00:11:11,900 "..semasa peperiksaan lisan untuk menghalang sesuatu hal berlaku terhadap mereka. 72 00:11:11,900 --> 00:11:16,700 "Ayla mula bekerja dengan ayahnya sebelum habis sekolah." 73 00:11:16,700 --> 00:11:19,900 "Semoga kehidupannya indah seperti gaun yang dijahitnya dan Ayla,.." 74 00:11:19,900 --> 00:11:22,300 "..kami yakin kamu akan menjadi pereka fesyen.." 75 00:11:22,300 --> 00:11:25,300 "..yang termasyur di masa hadapan." 76 00:11:25,300 --> 00:11:28,300 "Terima kasih di atas sokongan dan segala impian.." 77 00:11:28,300 --> 00:11:32,400 "...yang memberikan erti semasa bersama kamu, Ayla." 78 00:11:35,600 --> 00:11:38,300 Ayah, kenapalah kamu tergamak buat macam tu? 79 00:11:38,300 --> 00:11:39,900 Tak sangka betul! 80 00:11:39,900 --> 00:11:41,900 - Siapa kamu telefon? - Ayah saya. 81 00:11:42,900 --> 00:11:45,900 - "Kenapa, nak?" - Helo, Ayah. Kamu apa khabar? 82 00:11:45,900 --> 00:11:49,300 "Baik, nak. Kamu pula? Macammana dengan pelajaran kamu?" 83 00:11:49,300 --> 00:11:51,300 Baik, Ayah. Ayah,.. 84 00:11:51,300 --> 00:11:53,300 ..teman saya Ayla tadi ada menelefon. 85 00:11:53,300 --> 00:11:56,500 Pasal pemecatan ayah Melek, Pakcik Davut. 86 00:11:56,500 --> 00:12:00,500 Ayah. Tahu tak yang anaknya tak boleh bercakap dan berjalan? 87 00:12:00,500 --> 00:12:03,900 Apa yang akan mereka lakukan sekarang? Mereka dah tak ada sumber pendapatan lain. 88 00:12:03,900 --> 00:12:09,900 "Nak, ayah tak boleh berbuat apa-apa. Ayah terpaksa memecat 16 pekerja." 89 00:12:09,900 --> 00:12:12,300 Ayah, Melek adalah teman baik saya. 90 00:12:12,300 --> 00:12:14,500 Ayah faham tak? Dia tu teman baik saya. 91 00:12:14,500 --> 00:12:17,500 Cuba ayah bagitahu, macammana saya nak berdepan dengan emak dan ayahnya nanti? 92 00:12:17,500 --> 00:12:19,700 "Baiklah, nak. Tak payahlah kamu risau." 93 00:12:19,700 --> 00:12:22,900 Ayah, kalau kamu sayangkan saya. Ayah kena ambil semula pakcik Davud. 94 00:12:22,900 --> 00:12:24,100 "Jangan risau, nak." 95 00:12:24,100 --> 00:12:26,600 Saya tak sangka yang ayah tergamak buat macam tu? 96 00:12:26,600 --> 00:12:28,300 - "Nanti ayah akan uruskan." - Baiklah. 97 00:12:28,300 --> 00:12:30,100 Esok malam saya pulang dan berbincang. 98 00:12:30,100 --> 00:12:33,100 - "Sampai jumpa, nak." - Bai. 99 00:12:35,100 --> 00:12:36,100 Ada apa? 100 00:12:36,900 --> 00:12:40,100 Tak ada apa-apa! Cuma ada masalah dengan ayah! 101 00:12:40,400 --> 00:12:43,300 Ceritalah. Saya pun nak tahu. Siapa Melek? 102 00:12:43,300 --> 00:12:46,900 Dia ni dulu teman sekolah saya. 103 00:12:48,100 --> 00:12:52,600 Salah seorang teman baik saya dari 3 teman rapat saya ketika itu. 104 00:12:52,600 --> 00:12:55,700 Satu kejadian buruk menimpa dia beberapa tahun lalu. 105 00:12:58,100 --> 00:12:59,300 Dia lumpuh. 106 00:13:03,100 --> 00:13:05,300 Saya kesian pada dia. 107 00:13:05,300 --> 00:13:08,100 Tak pernah pun kamu cerita pada saya. 108 00:13:08,100 --> 00:13:10,100 Apa lagi yang tidak saya tahu? 109 00:13:10,100 --> 00:13:12,900 Saya tak cerita sebab saya tak mahu mengingatinya. 110 00:13:13,900 --> 00:13:15,100 Sewaktu kami belajar di sekolah menengah. 111 00:13:15,900 --> 00:13:18,900 Ada malamnya, kami akan keluar rumah.. 112 00:13:18,900 --> 00:13:22,100 ..dengan alasan belajar sebaliknya kami melepak di sebuah rumah usang di bandar. 113 00:13:23,100 --> 00:13:27,100 "Persekitaran yang menakutkan di tempat itu menarik minat kami." 114 00:13:33,900 --> 00:13:35,300 "Suatu malam tu,.." 115 00:13:35,300 --> 00:13:38,100 "..kami berjanji untuk bertemu di sana lagi." 116 00:13:38,100 --> 00:13:39,900 "Semasa kami mendekati rumah itu,.." 117 00:13:40,100 --> 00:13:42,600 ..kami semacam mula mendengar satu jeritan." 118 00:13:52,700 --> 00:13:54,300 Tak tahu suara siapa. 119 00:13:56,600 --> 00:13:59,600 Awalnya kami tak tahu apa yang terjadi. 120 00:14:00,300 --> 00:14:04,600 Rupanya yang penduduk kampung.. 121 00:14:04,600 --> 00:14:08,300 ..gelar sebagai dukun gila itu,.. 122 00:14:08,300 --> 00:14:10,600 ..Havel,.. 123 00:14:10,600 --> 00:14:11,600 ..tinggal kat sana. 124 00:14:12,100 --> 00:14:15,300 Dia itulah dukun Havel. 125 00:14:15,300 --> 00:14:17,900 Dia buat apa tu? 126 00:14:20,100 --> 00:14:23,600 Kami sangat takut. 127 00:14:25,900 --> 00:14:28,600 Kami tak tahu nak buat apa. 128 00:14:29,900 --> 00:14:31,600 Kami ingat dia dah bunuh Melek. 129 00:14:36,300 --> 00:14:39,900 Kami pun pergi meminta bantuan lantas memberitahu apa yang kami nampak. 130 00:14:44,600 --> 00:14:48,900 Sewaktu semua penduduk datang ke tempat itu,.. 131 00:14:51,600 --> 00:14:55,300 ..mereka mendapati Melek sedang terbaring, di mana rambutnya telah dipotong. 132 00:14:58,600 --> 00:15:02,900 Berbulan juga dia dirawat kat rumah sakit. 133 00:15:04,300 --> 00:15:07,700 Sedar saja dia seakan orang lain. 134 00:16:03,300 --> 00:16:05,400 Semalam saya terdengar bunyi bising. 135 00:16:05,400 --> 00:16:07,900 Saya rasa, Melek cuba nak bercakap. 136 00:16:07,900 --> 00:16:12,600 "Semalam saya terdengar bunyi bising. Saya rasa, Melek cuba nak bercakap." 137 00:16:12,900 --> 00:16:15,300 Seolah-olah dia ingin memberitahu sesuatu. 138 00:16:15,300 --> 00:16:18,300 Entahlah. Mungkin saya sedang bermimpi. 139 00:16:18,300 --> 00:16:21,500 Itu pun dah buat saya rasa gembira, Saliha. 140 00:16:21,500 --> 00:16:25,600 Kak Munevver, jangan terlalu cemas. 141 00:16:25,600 --> 00:16:27,900 Melek pasti akan sembuh. 142 00:16:28,300 --> 00:16:30,600 "Melek pasti akan sembuh." 143 00:16:30,900 --> 00:16:33,700 Masalah terus menimpa, Saliha. 144 00:16:33,700 --> 00:16:37,100 Sekarang, Davut pula dibuang kerja. 145 00:16:37,100 --> 00:16:41,300 Kami dah tak ada apa-apa lagi. 146 00:16:43,100 --> 00:16:44,900 Allah maha mengetahui, Kak Munevver. 147 00:16:44,900 --> 00:16:47,900 Bersabarlah. 148 00:16:49,300 --> 00:16:53,900 Percayalah, saya akan selalu mendoakan kalian. 149 00:16:53,900 --> 00:16:56,600 Tahu tak apa yang lebih teruk lagi? 150 00:16:56,600 --> 00:16:59,300 Orang yang buat semua ni masih berkeliaran di luar. 151 00:17:00,100 --> 00:17:03,700 "Orang yang buat semua ni masih berkeliaran di luar." 152 00:17:03,700 --> 00:17:06,300 "Semoga Allah melaknat perempuan tu!" 153 00:18:30,900 --> 00:18:32,700 Makan ni. 154 00:19:12,700 --> 00:19:13,600 - Eda,.. - Huh! 155 00:19:13,600 --> 00:19:16,600 ..makcik Munevver kamu beritahu yang Melek cuba nak bercakap semalam. 156 00:19:20,300 --> 00:19:22,100 Oh, apa yang dia cakap? 157 00:19:22,100 --> 00:19:26,900 Dia takdelah bercakap. Tapi kedengaran seperti mahu bercakap. 158 00:19:28,100 --> 00:19:31,900 Lega saya, mak. Saya dah lega sekarang. 159 00:19:31,900 --> 00:19:33,900 Nanti saya melawat dia,.. 160 00:19:33,900 --> 00:19:36,100 ..dan membawa kura-kura saya sekali. 161 00:19:36,100 --> 00:19:38,100 Melek pasti gembira bila nampak kura-kura saya. 162 00:19:38,300 --> 00:19:41,300 Pergilah, nak. Itulah yang sebaiknya. 163 00:19:41,300 --> 00:19:45,600 Ada tak kawan kamu Burcu bagitau pasal pekerjaan ayah Melek? 164 00:19:46,100 --> 00:19:48,900 Ada, mak. Dia ada bagitahu. 165 00:19:48,900 --> 00:19:51,700 Dengar saja nanti. Burcu nak berbincang dulu dengan ayahnya. 166 00:19:51,700 --> 00:19:52,900 Insyaallah. 167 00:21:50,700 --> 00:21:54,300 "Shaman maksudnya seorang dukun." 168 00:21:54,300 --> 00:21:57,600 "Ada beberapa pengertian tentang Shaman." 169 00:21:58,100 --> 00:21:58,900 "Ada yang cakap,.." 170 00:21:58,900 --> 00:22:02,700 "..ianya diambil dari bahasa Manchu atau Mongolia,.. 171 00:22:02,700 --> 00:22:06,100 "..dan ada yang beritahu ianya dari bahasa Sanskritik." 172 00:22:06,100 --> 00:22:10,300 "Kebanyakkan orang-orang Turki menggelarnya sebagai Shaman 'Kam'. 173 00:22:10,300 --> 00:22:11,600 "Shaman biasanya.." 174 00:22:11,600 --> 00:22:19,600 "..melakukan hal-hal seperti penyeruan, sihir dan apa-apa saja untuk menawan korban. 175 00:22:22,900 --> 00:22:23,900 Hakan? 176 00:22:34,500 --> 00:22:36,600 Hakan? 177 00:22:52,600 --> 00:22:54,100 Hakan? 178 00:23:13,700 --> 00:23:15,900 - Helo, Hakan? - "Saya?" 179 00:23:15,900 --> 00:23:18,300 - Kamu kat mana ni? - "Keluar beli rokok." 180 00:23:18,300 --> 00:23:19,700 "Kejap lagi saya pulang." 181 00:23:19,700 --> 00:23:22,300 Jangan lambat. Saya takut kalau kamu tak ada. 182 00:23:22,300 --> 00:23:24,900 Baiklah. Saya pulang sekarang. 183 00:23:24,900 --> 00:23:26,300 Baiklah. 184 00:25:08,900 --> 00:25:10,100 Burcu? 185 00:25:10,900 --> 00:25:11,900 Burcu? 186 00:25:11,900 --> 00:25:13,300 Burcu? Saya ni. 187 00:25:13,300 --> 00:25:15,100 Tenang, tenang. Jangan takut, okey. 188 00:25:15,100 --> 00:25:17,600 Tenang, tenang, tenang. Saya ni, Burcu. Tenanglah. 189 00:25:17,600 --> 00:25:20,600 Tenang, tenang. 190 00:25:27,500 --> 00:25:29,500 Siang tadi ada panggilan dari pejabat. 191 00:25:30,300 --> 00:25:33,900 Dia suruh saya ke pejabat esok. Katanya ada berita baik buat saya. 192 00:25:33,900 --> 00:25:35,300 Berita apakah itu? 193 00:25:36,300 --> 00:25:39,300 Saya ada tanya, tapi dia tak bagitahu. 194 00:25:39,300 --> 00:25:42,900 Katanya Tuan Vehdi nak jumpa saya. 195 00:25:44,500 --> 00:25:47,900 Dia nak bincang pasal apa? 196 00:25:47,900 --> 00:25:50,300 Saya pun tak tahu. 197 00:25:53,100 --> 00:25:54,700 Melek dah makan? 198 00:25:54,700 --> 00:25:56,100 Saya dah bagi dia makan. 199 00:26:00,500 --> 00:26:03,500 Tadi dekat restoran, ada orang cakap pasal lelaki ni. 200 00:26:03,500 --> 00:26:05,900 Mereka bercakap pasal seorang Hodja. 201 00:26:06,300 --> 00:26:07,900 Dia pandai mengubati orang. 202 00:26:08,300 --> 00:26:12,300 Saleh pemilik restoran kami, pernah membawa ibu mertuanya jumpa dia. 203 00:26:12,300 --> 00:26:14,600 Katanya wanita yang lumpuh selama tujuh tahun pun.. 204 00:26:14,600 --> 00:26:16,900 ..sudah boleh bangun dalam lima minit. 205 00:26:16,900 --> 00:26:18,100 Siapa orang tu? 206 00:26:18,900 --> 00:26:21,100 Saya pun tak tahu. 207 00:26:22,300 --> 00:26:26,100 Saleh cakap, "Biar dia berbincang dulu, barulah kita bawa anak kita berjumpa orang tu." 208 00:26:26,100 --> 00:26:29,100 Sudah berapa kali kita bawa dia menemui Hodja, Davut? 209 00:26:29,100 --> 00:26:31,900 Biarlah dia memeriksanya dulu. 210 00:26:31,900 --> 00:26:34,300 Mereka sangat menyanjung lelaki tu. 211 00:26:34,300 --> 00:26:36,900 Mungkin dia boleh membantu. 212 00:26:37,300 --> 00:26:38,100 Insyaallah. 213 00:26:44,700 --> 00:26:47,900 Semoga tiada masalah. 214 00:26:55,500 --> 00:26:56,700 Selamat malam, nak? 215 00:26:56,900 --> 00:26:58,900 Selamat malam, makcik Munevver. 216 00:26:59,600 --> 00:27:01,600 Dari mana kamu dapat kura-kura tu? 217 00:27:03,100 --> 00:27:07,100 Saya jumpa dalam stor kami. Kura-kura ni pun nampak comel. 218 00:27:07,100 --> 00:27:10,600 Saya bawa ke sini, manalah tahu Melek suka. 219 00:27:12,100 --> 00:27:13,600 Masuklah. 220 00:27:25,600 --> 00:27:28,900 - Selamat malam, pakcik Davut. - Selamat malam, nak. 221 00:27:29,300 --> 00:27:32,100 Kami tengah makan. Kamu lapar? Marilah makan sama-sama? 222 00:27:32,100 --> 00:27:34,900 Saya tak lapar. Kalian makanlah. 223 00:27:41,300 --> 00:27:42,300 "Melek" 224 00:27:46,600 --> 00:27:48,900 "Tengoklah apa yang saya bawa." 225 00:27:48,900 --> 00:27:50,400 "Kamu suka tak?" 226 00:27:55,900 --> 00:27:57,900 Makcik Munevver,.. 227 00:27:57,900 --> 00:27:59,600 ..boleh saya masuk ke bilik bersama Melek,.. 228 00:27:59,600 --> 00:28:01,900 ..saya nak berbual dengan dia? 229 00:28:01,900 --> 00:28:02,900 Boleh, Nak. 230 00:28:05,700 --> 00:28:06,900 Ayuh. 231 00:28:17,300 --> 00:28:21,600 Semoga Allah memberkati dia dan juga maknya. 232 00:28:21,600 --> 00:28:22,700 Aamiin, aamiin. 233 00:28:22,700 --> 00:28:24,300 Aamiin. 234 00:28:58,500 --> 00:29:00,600 Melek. 235 00:29:01,300 --> 00:29:05,300 Tengoklah. Dia comel, kan? 236 00:29:09,300 --> 00:29:12,900 Saya bawakannya untuk kamu. 237 00:29:16,100 --> 00:29:18,300 Cuba kamu belai. 238 00:29:28,600 --> 00:29:32,100 Melek, kamu boleh dengar tak? 239 00:29:33,600 --> 00:29:35,600 "Begini,.." 240 00:29:35,600 --> 00:29:39,600 "..kalau kamu boleh dengar, gerakkan jari kamu." 241 00:29:40,300 --> 00:29:41,300 Ayuh. 242 00:29:52,700 --> 00:29:55,900 "Ingat saya lagi tak?" 243 00:29:58,500 --> 00:30:02,500 "Kamu ingat saya tak? Hah?" 244 00:30:03,100 --> 00:30:06,300 "Kamu ingat saya tak?" 245 00:30:08,600 --> 00:30:10,600 "Saya Eda." 246 00:30:11,800 --> 00:30:12,600 "Eda." 247 00:30:20,100 --> 00:30:23,300 - Maaflah menyusahkan. - Silakan minum, Nak. 248 00:30:23,300 --> 00:30:25,800 Makcik Munevver. 249 00:30:25,800 --> 00:30:28,100 Rasanya Melek faham cakap kita. 250 00:30:28,100 --> 00:30:30,600 Kamu faham, kan? 251 00:30:32,700 --> 00:30:36,400 Kamu faham, kan? Temanku yang cantik? 252 00:30:38,600 --> 00:30:39,900 Macam ni, makcik Munevver. 253 00:30:41,500 --> 00:30:44,200 Melek faham cakap kita. 254 00:31:18,100 --> 00:31:21,300 "Ayla & Mehmet - Dipersilakan hadir ke majlis pertunangan kami." 255 00:33:45,100 --> 00:33:48,400 Masuklah, nak. 256 00:33:48,400 --> 00:33:52,600 - Duduklah. - Terima kasih. 257 00:33:58,900 --> 00:34:01,900 Macammana dengan Melek, nak? 258 00:34:02,900 --> 00:34:04,600 Sama. 259 00:34:05,600 --> 00:34:08,400 Tiada apa yang berubah. 260 00:34:08,400 --> 00:34:12,800 Saya cuba berkomunikasi tapi dia tak beri tindak balas. 261 00:34:12,800 --> 00:34:15,300 Semasa makcik Munevver beritahu yang dia cuba nak bercakap,.. 262 00:34:15,300 --> 00:34:17,300 ..saya ingat dia akan sembuh. 263 00:34:17,300 --> 00:34:20,100 Tak mengapalah, nak. Melawat dia pun sudah memadai. 264 00:34:20,100 --> 00:34:22,300 Jangan pernah lupakan dia. 265 00:34:22,300 --> 00:34:26,700 Takkan. Takkan pernah, mak. Jangan risau. 266 00:34:26,700 --> 00:34:28,900 Mak, saya nak rehat dulu. 267 00:34:28,900 --> 00:34:30,900 Baiklah, nak. 268 00:35:01,300 --> 00:35:04,600 Ya Allah,.. 269 00:35:04,900 --> 00:35:07,600 ..bantulah dia. 270 00:35:08,500 --> 00:35:11,100 Jangan biarkan dia menderita. 271 00:35:12,300 --> 00:35:16,600 Lindungilah dia dan selamatkan dia dari malapetaka. 272 00:35:17,100 --> 00:35:19,600 Jangan biarkan dia menderita lagi. 273 00:35:20,700 --> 00:35:22,600 Saya memohon kepadamu. 274 00:35:23,400 --> 00:35:25,300 Tolonglah selamatkan dia dari.. 275 00:35:38,700 --> 00:35:40,100 Mak! 276 00:35:41,900 --> 00:35:44,100 Apa yang terjadi, nak? 277 00:35:46,300 --> 00:35:47,600 Tiada apa, mak. 278 00:36:19,600 --> 00:36:20,900 Melek? 279 00:36:20,900 --> 00:36:22,100 Nak? 280 00:36:22,700 --> 00:36:27,100 Buka mulut. Makanlah sikit, nak. 281 00:36:27,900 --> 00:36:30,300 Melek? Kamu kena makan. 282 00:36:30,300 --> 00:36:32,700 Makanlah, nak. 283 00:37:28,500 --> 00:37:30,400 Melek? Nak? 284 00:37:30,400 --> 00:37:31,900 Melek? 285 00:37:31,900 --> 00:37:34,300 Apa saya dah buat ni? 286 00:38:16,700 --> 00:38:19,300 "Mak?" 287 00:39:12,100 --> 00:39:14,100 "Selamat pagi, pakcik Hasan. Pakcik apa khabar?" 288 00:39:14,600 --> 00:39:17,900 - Baik, nak. Kamu apa khabar? - Saya juga baik. 289 00:39:17,900 --> 00:39:19,500 Kamu okey tak, Eda? 290 00:39:19,500 --> 00:39:21,100 Okey. 291 00:39:22,100 --> 00:39:23,600 Saya nak bercakap sekejap. 292 00:39:23,800 --> 00:39:25,600 Boleh. Ayuh. 293 00:39:30,500 --> 00:39:32,300 Nak, ayah nak keluar sekejap. 294 00:39:32,300 --> 00:39:33,600 Baiklah, Ayah. 295 00:39:42,500 --> 00:39:44,600 Kamu ada dengar tak.. 296 00:39:44,600 --> 00:39:48,100 ..baru-baru ni ada orang nampak Havel merayau di sekitar rumah? 297 00:39:48,100 --> 00:39:50,900 Dia terus lari ketakutan sejurus melihatnya,.. 298 00:39:50,900 --> 00:39:53,400 ..lalu memberitahu penduduk kampung tapi,.. 299 00:39:53,400 --> 00:39:56,900 ..mereka tak jumpa sesiapapun setelah sampai di sana. 300 00:39:56,900 --> 00:39:58,900 Saya dah dengar. 301 00:39:58,900 --> 00:40:03,900 Mak saya pun dah tahu. Semua orang dah mula bercakap. 302 00:40:04,500 --> 00:40:08,100 Sudah tiga tahun berlalu tapi keadaan masih tetap sama. 303 00:40:08,100 --> 00:40:10,100 Peristiwa itu masih menghantui. 304 00:40:10,700 --> 00:40:12,600 Ayla? 305 00:40:13,100 --> 00:40:16,300 Sesuatu yang buruk terjadi pada saya semalam. 306 00:40:21,100 --> 00:40:24,700 Saya melihat Melek dan Havel muncul di bilik saya. 307 00:40:26,400 --> 00:40:27,900 Ianya bagaikan mimpi buruk. 308 00:40:29,500 --> 00:40:34,600 Lupakan sajalah pasal benda tu. Tak payah nak dicakapkan. 309 00:40:35,500 --> 00:40:39,900 Saya juga sering mengalami mimpi buruk. 310 00:40:41,100 --> 00:40:43,800 Ayla, saya sangat takut. 311 00:40:43,800 --> 00:40:45,800 Orang tua tu menakutkan. 312 00:40:45,800 --> 00:40:48,900 Sebenarnya ada lagi cerita lain yang timbul. 313 00:40:48,900 --> 00:40:52,600 Kononnya, orang tua ni dahulunya mempunyai dua anak kecil. 314 00:40:55,100 --> 00:40:59,400 Mereka meninggal disebabkan oleh penyakit TB. 315 00:41:00,300 --> 00:41:03,700 Dia selalu menyanyikan sebuah lagu untuk mereka,.. 316 00:41:03,700 --> 00:41:06,100 ..berharap yang mereka masih ada tinggal bersamanya.. 317 00:41:06,100 --> 00:41:09,300 ..kerana dia tidak dapat menerima kematian anak-anaknya. 318 00:41:10,100 --> 00:41:14,900 Dia sering menjadikan ayam dan kucing sebagai korban. 319 00:41:14,900 --> 00:41:15,400 Apa? 320 00:41:15,400 --> 00:41:19,700 Dan dia juga nak jadikan Melek sebagai korban. 321 00:41:19,700 --> 00:41:22,400 Dia pergi ke rumah itu sebab anak-anaknya ada di sana. 322 00:41:22,400 --> 00:41:25,300 Kenapalah orang suka buat cerita karut macam ni? 323 00:41:25,300 --> 00:41:27,700 Ayla, tak sangka kita akan terjerumus dengan perkara teruk macam ni! 324 00:41:27,700 --> 00:41:32,100 Samalah, saya pun terfikir begitu. 325 00:41:33,100 --> 00:41:35,300 Burcu tak ada dan sudah tentulah dia selamat. 326 00:41:35,300 --> 00:41:37,300 Kita yang terperangkap dengan semua ni. 327 00:41:38,300 --> 00:41:42,900 Semalam dia telefon saya. Katanya nak melawat dia esok,.. 328 00:41:42,900 --> 00:41:45,600 ..dan sekaligus nak jumpa kita. 329 00:41:45,600 --> 00:41:48,100 Ya, Allah. Entah apalah yang terjadi nanti. 330 00:41:48,100 --> 00:41:51,300 Sebenarnya, lebih baik dia tak payah datang, kan? 331 00:41:51,300 --> 00:41:56,100 Maksudnya, saya akan lebih sedih bila melihat dia nanti. 332 00:41:57,600 --> 00:41:59,100 Dia memang bernasib baik. 333 00:42:00,100 --> 00:42:01,600 Betul. 334 00:42:05,700 --> 00:42:07,600 - "Ya?" - Helo? 335 00:42:07,600 --> 00:42:09,300 Hakan, saya dah nak pergi ni. 336 00:42:09,300 --> 00:42:11,300 Saya akan menginap kat rumah ayah malam ni. 337 00:42:11,300 --> 00:42:13,300 Baiklah, sayang. Bila kamu akan pulang? 338 00:42:13,300 --> 00:42:16,300 Ahad malam, sekitar pukul 7-8 jika tidak ada apa-apa. 339 00:42:16,300 --> 00:42:17,500 - Hati-hati. - Okey. 340 00:42:17,500 --> 00:42:19,900 - Saya sayang kamu. - Okey, saya pun sayang kamu. 341 00:42:19,900 --> 00:42:22,600 - Jumpa nanti. - Selamat tinggal. 342 00:45:32,300 --> 00:45:33,900 "Kak?" 343 00:46:59,400 --> 00:47:01,900 Adakah kamu akan beritahu Burcu tentang Mehmet? 344 00:47:01,900 --> 00:47:05,700 Ya, tapi tak tahulah macammana reaksi dia nanti. 345 00:47:05,700 --> 00:47:07,900 Saya tak fikir dia akan ambil peduli. 346 00:47:07,900 --> 00:47:12,900 Saya pun fikir begitu. Malah saya juga masih ragu. 347 00:47:12,900 --> 00:47:15,500 Biarlah. Beritahu dia secepatnya dan,.. 348 00:47:15,500 --> 00:47:18,600 - ..jangan sampai nampak pelik. - Okey, jumpa lagi. 349 00:47:18,600 --> 00:47:20,900 Jumpa lagi. 350 00:48:16,700 --> 00:48:18,200 Apa yang terjadi? 351 00:48:18,200 --> 00:48:20,200 Ada apa? 352 00:48:23,700 --> 00:48:25,100 Tiada apa, ayah. 353 00:48:46,400 --> 00:48:49,300 - Selamat siang, Mak. - Selamat siang, nak. 354 00:48:56,100 --> 00:48:59,500 Tadi ayah ada telefon tak? Bila dia nak pulang? 355 00:48:59,500 --> 00:49:01,600 Dia akan pulang esok. 356 00:49:01,700 --> 00:49:05,900 Dia ada urusan di bahagian kastam, dia tak dapat pulang 2-3 hari sebelumnya. 357 00:49:07,100 --> 00:49:10,000 Mak tak cakap pun! Rindu kat ayah. 358 00:49:11,200 --> 00:49:15,100 Saya ada hantar SMS, tapi SMS macam tak masuk. 359 00:49:18,900 --> 00:49:20,900 Mungkin tak ada signal, nak. 360 00:49:20,900 --> 00:49:24,500 Lagipun tempatnya jauh di pedalaman. 361 00:49:24,500 --> 00:49:26,600 Sangat jauh dari sini. 362 00:50:41,100 --> 00:50:42,900 Kamu tertidur ker, nak? 363 00:50:42,900 --> 00:50:43,600 Eda? 364 00:50:44,400 --> 00:50:46,800 Eda? Nak? 365 00:50:46,800 --> 00:50:48,200 Kamu tertidur ker, nak? 366 00:50:49,900 --> 00:50:52,700 Nak? Eda? 367 00:50:52,700 --> 00:50:53,500 Eda? 368 00:50:54,500 --> 00:50:55,200 Eda? 369 00:52:01,000 --> 00:52:03,200 Kamu tertidur ker, nak? 370 00:52:03,200 --> 00:52:04,100 Eda? 371 00:52:12,100 --> 00:52:13,900 Ada apa, nak? 372 00:52:13,900 --> 00:52:17,600 Tadi kamu tertidur tapi mak susah nak kejutkan kamu. 373 00:52:18,400 --> 00:52:21,400 Tadi kamu tertidur tapi mak susah nak kejutkan kamu. 374 00:52:21,400 --> 00:52:22,400 Mak susah nak kejutkan. 375 00:52:22,700 --> 00:52:24,900 Mimpi buruk. 376 00:52:27,500 --> 00:52:30,100 Saya mengalami mimpi buruk. 377 00:52:30,100 --> 00:52:32,100 Semoga tiada apa-apa. 378 00:52:32,600 --> 00:52:33,600 Semoga tiada apa-apa. 379 00:52:47,500 --> 00:52:48,900 Masuklah, nak. 380 00:52:49,200 --> 00:52:50,900 Terima kasih, makcik Munevver. 381 00:52:52,100 --> 00:52:55,600 Saya datang melawat sejurus selepas mendengar apa yang terjadi. 382 00:52:56,300 --> 00:52:58,300 Pakcik Davut ada di rumah? 383 00:52:58,300 --> 00:52:59,900 Dia ada. 384 00:52:59,900 --> 00:53:02,900 Tak payahlah makcik risau pasal ayah. Saya dah cakap dengan dia. 385 00:53:02,900 --> 00:53:06,300 Ayah sudah berjanji yang dia akan menguruskannya. 386 00:53:06,300 --> 00:53:08,600 Makcik Munevver. 387 00:53:09,900 --> 00:53:11,600 Yang ni saya sedekahkan dari wang sendiri. 388 00:53:12,600 --> 00:53:14,900 Oh, tak. Saya tak boleh menerimanya. 389 00:53:14,900 --> 00:53:18,500 Tolonglah terima. Setidaknya saya akan berasa lega.. 390 00:53:18,500 --> 00:53:21,500 ..kalau dapat melakukan sesuatu untuk Melek. 391 00:53:21,500 --> 00:53:22,600 Terimalah. 392 00:53:39,100 --> 00:53:41,300 Pakcik Davut. 393 00:53:43,600 --> 00:53:44,900 Pakcik apa khabar? 394 00:53:47,100 --> 00:53:48,600 Baik, Nak. 395 00:53:55,300 --> 00:53:59,600 Melek? Sahabat baikku. 396 00:54:09,500 --> 00:54:10,900 Kamu apa khabar? 397 00:54:16,600 --> 00:54:18,600 Saya sentiasa terkenangkan kamu, Melek. 398 00:54:23,100 --> 00:54:27,900 "Setiap hari saya berdoa agar kamu cepat sembuh." 399 00:54:35,100 --> 00:54:36,600 "Ingat saya lagi tak? " 400 00:54:37,600 --> 00:54:40,300 Saya selalu fikirkan kamu. 401 00:54:41,600 --> 00:54:43,300 Saya ada bawakan kamu sesuatu Melek. 402 00:54:55,900 --> 00:54:57,900 "Ingat lagi tak anting-anting ni?" 403 00:54:58,400 --> 00:55:00,700 Ini adalah anting-anting kesukaan saya. 404 00:55:04,700 --> 00:55:07,300 "Ia pernah hilang semasa kita belajar di tingkatan dua." 405 00:55:09,600 --> 00:55:13,300 Seharian saya mencari tapi langsung tak jumpa. 406 00:55:13,300 --> 00:55:16,100 Kemudian kamu pun pergi ke padang sekolah tanpa pengetahuan kami.. 407 00:55:16,100 --> 00:55:18,400 ..dan lama juga kamu mencarinya. 408 00:55:21,100 --> 00:55:23,600 Saya betul-betul gembira apabila kamu menemukannya. 409 00:55:27,300 --> 00:55:30,900 Sekarang saya membawakannya untuk kamu. 410 00:55:33,500 --> 00:55:36,300 "Tengoklah, kamu ingat lagi tak?" 411 00:55:43,900 --> 00:55:46,900 "Sahabatku." 412 00:55:49,100 --> 00:55:52,400 Ingat tak lagi hari-hari terindah kita? 413 00:55:54,100 --> 00:55:55,700 Kamu pasti ingat. 414 00:55:59,100 --> 00:56:01,900 Disebabkan oleh perempuan jahat itu,.. 415 00:56:01,900 --> 00:56:04,300 ..kebahagiaan kita semua musnah. 416 00:56:06,300 --> 00:56:09,600 Kita semua menderita. 417 00:56:12,300 --> 00:56:14,900 Apalah yang dia lakukan pada kamu! 418 00:56:17,700 --> 00:56:20,100 Tak payahlah kamu nak risau. 419 00:56:21,100 --> 00:56:22,900 Tak payah risau. 420 00:56:23,700 --> 00:56:26,300 Perempuan tua itu akan ditangkap. 421 00:56:26,300 --> 00:56:29,100 Dia akan ditangkap atas kesalahannya. 422 00:57:07,500 --> 00:57:08,600 Nak? 423 00:57:09,500 --> 00:57:11,900 Dah lewat ni. Kamu pergilah pulang dulu. 424 00:57:12,600 --> 00:57:13,900 Baik, ayah. 425 00:57:36,700 --> 00:57:38,900 - Hati-hati, Ayah. - Terima kasih, nak. 426 00:57:38,900 --> 00:57:40,600 Jumpa lagi. 427 00:58:29,100 --> 00:58:31,700 Kak, kami di sini. Kami ada kat bawah kain ni. 428 00:58:32,100 --> 00:58:34,900 - Kak, sinilah. Kami ada kat sini. - Apa kalian buat kat sana tu? 429 00:58:34,900 --> 00:58:38,600 - Kami ada kat bawah kain ni. - Keluar! 430 00:58:39,700 --> 00:58:41,900 Kak, darah kami keluar! 431 00:59:50,900 --> 00:59:53,900 - Apa dia, Mak? - "Kamu belum pulang lagi, nak?" 432 00:59:53,900 --> 00:59:56,200 - Nak pulanglah ni, mak. - Kamu di mana? 433 00:59:56,200 --> 00:59:58,900 - Dalam perjalanan. - Kenapa kamu lambat pulang? 434 00:59:58,900 --> 01:00:00,600 Tadi saya melawat kawan. Saya pulanglah ni. 435 01:00:00,600 --> 01:00:04,300 - Baiklah, nak. Hati-hati memandu. - Baik, mak. Jumpa nanti. 436 01:00:04,300 --> 01:00:06,600 Jumpa nanti, sayang. 437 01:02:12,100 --> 01:02:15,900 Dekat sinilah dia tidur dan tinggal. 438 01:02:15,900 --> 01:02:17,300 Kenapa ada polis kat sini? 439 01:02:17,300 --> 01:02:20,200 Mereka sedang menangkap dukun yang menculik gadis itu. 440 01:02:20,200 --> 01:02:24,100 Selain itu, dia juga menculik gadis lain. 441 01:02:29,100 --> 01:02:31,700 Burcu, mereka dah tangkap perempuan tua itu! 442 01:02:31,700 --> 01:02:35,000 - Ayla? - Sini. Mereka sudah menangkap Havel! 443 01:02:35,700 --> 01:02:37,100 Ayla! Kamukah tu? 444 01:02:37,300 --> 01:02:40,900 Ini saya, Burcu. Saya ada kat dalam. 445 01:02:52,500 --> 01:02:54,300 Ayla? 446 01:03:46,100 --> 01:03:47,600 Burcu? 447 01:03:52,200 --> 01:03:54,600 Melek? 448 01:07:43,700 --> 01:07:44,000 Nak! 449 01:07:44,900 --> 01:07:47,100 "Davut! Sini!" 450 01:07:48,300 --> 01:07:50,600 "Nak!" 451 01:08:11,100 --> 01:08:13,900 Rasanya Eda takkan datang ke sini. 452 01:08:13,900 --> 01:08:17,600 Katanya dia akan datang. Dia pasti datang sekejap lagi. 453 01:08:18,500 --> 01:08:19,600 Adakah nanti semuanya akan sama? 454 01:08:22,600 --> 01:08:25,600 Sejak hari itu, perhubungan kita dah tak macam dulu, Burcu. 455 01:08:26,500 --> 01:08:29,800 Ayla, sudah tidak ada yang boleh kita lakukan lagi. 456 01:08:30,200 --> 01:08:32,300 Burcu. 457 01:08:33,300 --> 01:08:36,900 Dua malam ni, saya asyik bermimpi buruk. 458 01:08:37,900 --> 01:08:40,300 Hidup saya pun tak tenteram, Ayla. 459 01:08:40,300 --> 01:08:43,100 Kita berdua sering diganggu. 460 01:08:44,700 --> 01:08:48,300 Tapi semua ni akan berakhir, Insyaallah. 461 01:08:50,100 --> 01:08:54,100 Beritahulah apa yang kamu nak cakapkan pada saya? 462 01:08:54,100 --> 01:08:59,500 Tak tahulah samada saya patut beritahu kamu.. 463 01:08:59,500 --> 01:09:03,900 ..atau pun tidak.. 464 01:09:05,100 --> 01:09:06,600 ..tapi,.. 465 01:09:10,900 --> 01:09:15,300 ..Mehmet akan bertunang dengan saya. 466 01:09:24,300 --> 01:09:27,100 Saya gembira mendengarnya. 467 01:09:31,100 --> 01:09:32,900 Semoga kalian akan bahagia, Insyaallah. 468 01:09:34,900 --> 01:09:38,900 Saya sebenarnya tak tahu macammana nak bagitahu kamu. 469 01:09:39,500 --> 01:09:42,300 Awal akhirnya kamu pasti akan tahu juga. 470 01:09:42,300 --> 01:09:45,100 Tiada apa yang patut dirahsiakan. 471 01:09:45,100 --> 01:09:48,300 Mehmet pun dah lama tak berjumpa dengan saya. 472 01:09:49,100 --> 01:09:52,700 Dan semua tu tak jadi masalah pun. 473 01:09:53,400 --> 01:09:56,700 Lagipun, ia kisah lama dan kami tidak ada apa-apa hubungan. 474 01:09:56,700 --> 01:09:57,900 Begitulah. 475 01:09:59,300 --> 01:10:00,900 Maksudnya... 476 01:10:00,900 --> 01:10:05,300 ..macammana saya nak tahu, kamu takkan menjauhkan diri,.. 477 01:10:05,300 --> 01:10:10,600 ..bila nanti kamu teringat kenangan bersamanya dahulu. 478 01:10:11,500 --> 01:10:15,900 Jangan mengarutlah, Ayla. Kisah itu sudah lama berlalu. 479 01:10:15,900 --> 01:10:18,300 Kita pun masih budak masa tu. 480 01:10:18,300 --> 01:10:20,600 Tak payah risaulah. 481 01:10:20,600 --> 01:10:22,300 Buat saja macam biasa,.. 482 01:10:22,300 --> 01:10:25,100 ..Mehmet dengan saya tidak ada apa-apa. 483 01:10:25,100 --> 01:10:27,300 Percayalah. 484 01:10:31,300 --> 01:10:32,300 Helo, kalian. 485 01:10:37,600 --> 01:10:39,900 Apa khabar kalian berdua? 486 01:10:39,900 --> 01:10:41,900 Baik. 487 01:10:41,900 --> 01:10:44,300 Seperti yang kamu lihat. 488 01:10:44,300 --> 01:10:45,300 Kamu? 489 01:10:46,500 --> 01:10:48,600 Pun baik. 490 01:10:50,100 --> 01:10:52,700 Keadaan Melek bertambah teruk semalam. 491 01:10:52,700 --> 01:10:56,900 Makcik Munevver ada mendengar satu jeritan dari biliknya. 492 01:10:57,700 --> 01:11:02,100 Tubuh Melek menggeletar semasa dia masuk. 493 01:11:03,100 --> 01:11:05,900 Kalian nak tak melawat dia? 494 01:11:06,300 --> 01:11:07,300 Tak payah. 495 01:11:09,300 --> 01:11:13,500 Hari ni, ayahnya nak bawa dia berjumpa Hodja untuk mengubatinya. 496 01:11:13,500 --> 01:11:14,600 Huh! Kesiannya. 497 01:11:15,900 --> 01:11:19,100 Ra.. Rasa bersalah pula kerana meninggalkan dia kat sana dulu. 498 01:11:19,500 --> 01:11:20,700 Eda! 499 01:11:20,700 --> 01:11:22,900 Ada tak sesuatu yang boleh kita lakukan? 500 01:11:22,900 --> 01:11:26,100 Tak payahlah diungkit hal yang sama berulang kali. 501 01:11:26,000 --> 01:11:26,900 Apapun alasannya,.. 502 01:11:26,900 --> 01:11:30,100 ..kita tak sepatutnya meninggalkan dia kat sana! 503 01:11:30,300 --> 01:11:34,100 Eda, boleh kamu diam tak? Semua orang sedang memandang kita! 504 01:11:34,100 --> 01:11:38,100 Dukun Havel tu selalu muncul dalam mimpi saya, Burcu. 505 01:11:38,100 --> 01:11:40,100 Semacam dia mahu menyihir saya. 506 01:11:40,100 --> 01:11:41,200 Eda. 507 01:11:41,200 --> 01:11:43,100 Boleh tak kamu cakap hal lain? 508 01:11:44,700 --> 01:11:47,200 Kita yang tinggalkan dia di sana! 509 01:11:47,200 --> 01:11:50,300 Semua ni takkan terjadi, jika kita tidak meninggalkan dia! 510 01:11:50,300 --> 01:11:52,900 Kamu senanglah tak ada di sini! Tapi kami yang menanggung akibatnya! 511 01:11:52,900 --> 01:11:55,600 Allah sedang menghukum kita! 512 01:11:56,100 --> 01:11:57,900 Saya pergi dulu! 513 01:11:57,900 --> 01:12:01,100 Dia sengaja datang ke sini untuk memarahi saya! 514 01:12:01,700 --> 01:12:05,100 Rasanya tak payahlah kita jumpa lagi! Selamat tinggal, Ayla! 515 01:12:05,100 --> 01:12:09,300 Kenapa ni, Eda? Bawalah bersabar. Sabarlah. 516 01:12:33,700 --> 01:12:39,600 "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah." (An-Najm 58) 517 01:12:39,600 --> 01:12:41,700 "Sesungguhnya kamu,.." 518 01:12:41,700 --> 01:12:46,100 "..berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini,.." 519 01:12:46,100 --> 01:12:50,100 "..maka kami singkapkan daripadamu hijab (yang menutupi) matamu,.." 520 01:12:50,100 --> 01:12:52,900 "..maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam." (Qaaf 22) 521 01:12:52,900 --> 01:12:56,900 "Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan);.." 522 01:12:56,900 --> 01:12:59,300 "..dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?" (Al-Mulk 14) 523 01:12:59,300 --> 01:13:02,100 "Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan);.." 524 01:13:02,100 --> 01:13:07,600 "..dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?" (Al-Mulk 14) 525 01:14:14,300 --> 01:14:18,500 Disebabkan ada kecelaruan pada otak gadis malang ini,.. 526 01:14:18,500 --> 01:14:22,100 ..sebahagian pintu antara dia dan dunia lain telah terbuka. 527 01:14:25,600 --> 01:14:29,300 Hijap pada matanya sudah tiada. 528 01:14:29,300 --> 01:14:32,600 Mata batinnya juga telah dibuka. 529 01:14:33,300 --> 01:14:37,600 Dia adalah hamba yang dikasihi Allah. 530 01:14:38,300 --> 01:14:41,600 Namun kenalah juga berhati-hati. 531 01:14:41,600 --> 01:14:48,100 Anak kamu sudah terikat pada seseorang. 532 01:14:53,100 --> 01:14:57,100 Ada dendam yang membara di hati orang yang teraniaya. 533 01:14:57,100 --> 01:15:00,300 Dendamnya, kemarahannya sangat besar.. 534 01:15:00,300 --> 01:15:06,700 ..sehinggakan dia terus menyumpah. Siapa atau kenapa dia melakukannya,.. 535 01:15:06,700 --> 01:15:08,600 ..hanya Allah yang mengetahui. 536 01:15:09,300 --> 01:15:11,300 Tapi apa yang saya lihat,.. 537 01:15:11,300 --> 01:15:15,300 ..anak kamu pun kurang pasti siapa yang patut disumpah. 538 01:15:15,300 --> 01:15:20,600 "Al-Qahhaar" telah disebutnya sebanyak berpuluh ribu kali. 539 01:15:21,300 --> 01:15:25,900 Dalam "Asma'ul husna", ianya berada di tempat ke-15.. 540 01:15:25,900 --> 01:15:30,100 ..dari nama-nama Allah lainnya, di mana nama "Al-Qahhaar" ini,.. 541 01:15:30,100 --> 01:15:36,900 ..telah digunakan bagi tujuan menghancur dan memusnahkan musuhnya. 542 01:15:36,900 --> 01:15:38,900 Nama "Al-Qahhaar" ini,.. 543 01:15:38,900 --> 01:15:42,300 ..boleh diibaratkan seumpama pisau yang tajam. 544 01:15:42,300 --> 01:15:43,700 Yang menggunakannya.. 545 01:15:43,700 --> 01:15:48,600 ..demi sesuatu tujuan, boleh menghancurkan orang lain. 546 01:15:48,600 --> 01:15:53,100 Sumpahan ini akan naik ke langit.. 547 01:15:53,100 --> 01:15:55,500 ..lalu mencari tempat dituju,.. 548 01:15:55,500 --> 01:15:58,600 ..sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hadis. 549 01:15:58,600 --> 01:16:04,100 Ianya sangat kuat dan mujarab sehinggakan,.. 550 01:16:04,100 --> 01:16:08,100 ..jika sumpahan itu tersalah sasar,.. 551 01:16:08,100 --> 01:16:13,300 ..ia boleh membahayakan orang yang tidak bersalah. 552 01:16:13,300 --> 01:16:18,900 Kononnya, para Malaikat pun,.. 553 01:16:18,900 --> 01:16:23,600 ..tidak mampu berbuat apa-apa terhadap sumpahan sebegini. 554 01:16:23,600 --> 01:16:27,900 Namun, jika sumpahan ini sampai kepada sasaran,.. 555 01:16:27,900 --> 01:16:30,900 ..ia mampu mengubah kehidupan orang itu.. 556 01:16:30,900 --> 01:16:33,900 ..menjadi seperti neraka. 557 01:16:35,600 --> 01:16:36,900 Tapi,.. 558 01:16:36,900 --> 01:16:40,300 ..untuk anak kamu mendapat semula kedamaiannya,.. 559 01:16:40,300 --> 01:16:45,600 ..kamu kenalah menunggu sehingga sumpahan ini mula mengena. 560 01:16:46,500 --> 01:16:48,900 Semoga Allah,.. 561 01:16:48,900 --> 01:16:52,300 ..akan dapat mengampunkan orang yang terkena.. 562 01:16:52,300 --> 01:16:54,300 ..sumpahan gadis ini. 563 01:17:44,900 --> 01:17:48,700 - Mari ke sini! Lekas! - Lepaskan saya! Saya tak buat salah. 564 01:17:48,700 --> 01:17:50,900 Diam! Diam! Jangan menjerit! 565 01:17:50,900 --> 01:17:53,900 Kamu tak malu ker dengan rupa hodoh kamu ni? 566 01:17:53,900 --> 01:18:03,100 Diam! Sundal! Jangan sampai saya bunuh kamu! Kenapa gambar kamu ada dalam telefon Mehmet? 567 01:18:03,100 --> 01:18:04,900 Sumpah, saya tak buat apa-apa. 568 01:18:04,900 --> 01:18:08,500 Dengar, jika kamu lakukannya lagi! Saya akan bunuh kamu! 569 01:18:08,500 --> 01:18:10,600 Saya akan bunuh kamu! 570 01:18:10,600 --> 01:18:11,600 Potong! 571 01:18:11,600 --> 01:18:15,900 - Potong! Potong! - Macammana sekarang? Kamu suka tak? 572 01:18:15,900 --> 01:18:19,300 - Pegang dia! - Dia cuba nak menggoda Mehmet! 573 01:18:19,300 --> 01:18:21,900 - Potong! - Pegang dia! Pegang dia! 574 01:18:21,900 --> 01:18:23,100 Saya akan bunuh kamu! 575 01:18:23,300 --> 01:18:25,900 Sundal! 576 01:18:25,900 --> 01:18:28,300 Ambil lumpur tu! Sapukan ke wajahnya! Ambil! 577 01:18:28,300 --> 01:18:29,700 Sapu! Sapu! Sapu! 578 01:18:29,700 --> 01:18:32,600 - Sumpah saya tak buat apa-apa! - Sapu! Sapu! Sapu! 579 01:18:32,700 --> 01:18:37,700 Kamu tak malu ker nak menggoda kekasih teman baik kamu? 580 01:18:37,700 --> 01:18:39,600 Sapu! Sapu! Sapu! 581 01:18:46,900 --> 01:18:51,600 Kenapa gambar kamu ada dalam telefon Mehmet? 582 01:18:51,600 --> 01:18:55,900 Gambar apa? Saya tak tahu pun pasal gambar tu! 583 01:18:56,500 --> 01:19:00,100 Sekarang terimalah! Pergi mampus! 584 01:19:03,900 --> 01:19:05,700 - Mampuslah! - Huh! 585 01:19:06,600 --> 01:19:08,900 Berani dia menipu kita! 586 01:19:09,700 --> 01:19:13,100 - Bangun! - Melek? 587 01:19:13,900 --> 01:19:15,400 Bangunlah! 588 01:19:17,300 --> 01:19:18,900 Melek, bangun! 589 01:19:20,100 --> 01:19:22,700 - Bangun cepat! - Bangunlah cepat! 590 01:19:24,700 --> 01:19:26,600 Melek? 591 01:19:32,400 --> 01:19:33,300 Mari kita pergi dari sini! 592 01:19:35,300 --> 01:19:40,300 Macammana ni, Burcu! Takkanlah nak tinggalkan dia macam ni? 593 01:19:38,300 --> 01:19:42,300 Kalian sendiri nampak. Dia yang terjatuh sendiri! 594 01:19:44,600 --> 01:19:47,100 - Kita tak buat! - Ayuh. Ayuh, bangun! 595 01:19:47,100 --> 01:19:51,100 Bangun! Bangun, Dia yang terjatuh sendiri! 596 01:19:51,100 --> 01:19:53,100 Lekas! Lekas! 597 01:20:05,500 --> 01:20:08,100 Kalian. Ada orang. 598 01:20:14,300 --> 01:20:16,600 Lekaslah, lekas! Apa yang kalian tunggu lagi? 599 01:20:16,600 --> 01:20:18,100 Dia itulah dukun Havel. 600 01:20:22,900 --> 01:20:24,100 Dia buat apa tu? 601 01:20:41,100 --> 01:20:43,900 Dia nampak kita. 602 01:20:45,000 --> 01:20:48,300 - Kita kena beritahu penduduk kampung. Ayuh! - Betul. Mari kita beritahu penduduk kampung! 603 01:20:48,300 --> 01:20:49,700 Beritahu perempuan itu yang buat! 604 01:20:49,700 --> 01:20:55,700 - Tapi, Burcu! Dia tak buat apa-apa pun! - Ayla, kamu ni bodoh ke apa? 605 01:20:55,700 --> 01:20:59,300 Takkanlah kita nak mengaku? Masa depan kita pasti akan musnah! 606 01:20:59,700 --> 01:21:02,600 Perempuan tua tu pun pelik! Tiada siapa akan percaya pada dia! 607 01:21:04,900 --> 01:21:06,300 Eda, ayuh. 608 01:21:07,700 --> 01:21:09,600 Ayuh, cepat. 609 01:21:39,600 --> 01:21:43,600 - Selamat datang, nak? - Terima kasih, Mak. 610 01:21:55,600 --> 01:21:58,900 Nak, ada apa ni? 611 01:21:59,500 --> 01:22:01,100 Tak ada apa. 612 01:22:01,100 --> 01:22:06,100 Mak tahu mesti ada. Marilah duduk sini. Ayuh, ayuh. 613 01:22:14,900 --> 01:22:16,900 Kenapa ni, nak? 614 01:22:16,900 --> 01:22:18,600 Tak ada apa. 615 01:22:24,500 --> 01:22:27,300 Kamukah yang bawa tanah itu ke rumah? 616 01:22:48,100 --> 01:22:51,100 "Kamu tak malu ker nak menggoda kekasih teman baik kamu?" 617 01:22:51,600 --> 01:22:55,600 "Mulut kamu! Buka mulut kamu!" 618 01:23:29,900 --> 01:23:31,300 Nak pergi ke mana tu, ayah? 619 01:23:31,900 --> 01:23:34,900 Nanti ayah pulang. Ayah sibuk ni. 620 01:24:28,100 --> 01:24:30,900 Sedang buat apa tu, Ayah? 621 01:24:36,600 --> 01:24:39,200 Ayah tengah menyediakan keranda, nak. 622 01:24:40,500 --> 01:24:43,900 Keranda siapa, ayah? 623 01:24:45,100 --> 01:24:47,900 Ayah! 624 01:25:07,900 --> 01:25:11,900 "Mari kita tengok! Macammana rupa kamu sekarang? 625 01:25:12,300 --> 01:25:13,400 "Macammana cantik tak?" 626 01:25:39,300 --> 01:25:41,300 Hakan? 627 01:26:18,200 --> 01:26:19,900 - Ya? - Halo, Hakan? 628 01:26:19,900 --> 01:26:20,700 Kamu kat mana ni? 629 01:26:20,700 --> 01:26:24,700 Saya dalam perjalanan. Jalan sesak. Setengah jam lagi sampai. 630 01:26:24,700 --> 01:26:28,600 - Baiklah. Baik. - Jumpa nanti. 631 01:26:54,600 --> 01:26:57,600 "Sekarang terimalah! Pergi mampus!" 632 01:28:13,300 --> 01:28:16,800 "Dia orangnya lurus dan baik hati di dalam kelas kami. " 633 01:28:16,800 --> 01:28:18,200 "Dia bagaikan sekuntum bunga,.." 634 01:28:18,200 --> 01:28:20,700 "..suka tersenyum dan sering menceriakan kami." 635 01:28:20,700 --> 01:28:23,700 "Kamu telah mengajar kami.." 636 01:28:23,700 --> 01:28:27,300 "..betapa indahnya dan sukarnya hidup ini, Melek." 637 01:28:27,300 --> 01:28:32,900 "Kamu juga boleh diibaratkan penawar dan racun kepada kami, Melek." 638 01:28:32,900 --> 01:28:36,100 "Kamu telah memberikan kami harapan dan juga kesedihan,.." 639 01:28:36,100 --> 01:28:38,300 "..dengan keindahan mata kamu itu, Melek." 640 01:28:38,300 --> 01:28:40,900 "Doa kami akan selalu mengiringi kamu." 641 01:28:40,900 --> 01:28:43,300 "Gadis ini sering tertawa apabila hidungnya disentuh." 642 01:28:43,300 --> 01:28:45,400 "Melek." 643 01:28:59,100 --> 01:29:04,100 "Takutlah pada sumpahan orang yang teraniaya!" 644 01:29:04,100 --> 01:29:10,100 "Kerana tak akan ada hijab antara sumpahan mereka yang teraniaya dan Allah.