1 00:02:02,680 --> 00:02:05,600 Berapa harga yang awak minta untuk sarang burung itu? 2 00:02:05,680 --> 00:02:08,000 Tauke, awak letaklah harga. 3 00:02:11,880 --> 00:02:13,680 Ini harganya. 4 00:02:14,240 --> 00:02:17,160 Itu lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pembeli. 5 00:02:17,240 --> 00:02:20,480 Tauke, ini sarang burung gred terbaik. 6 00:02:20,680 --> 00:02:22,400 Awak betul. 7 00:02:22,520 --> 00:02:25,800 Berapa banyak yang awak nak? Kami akan bekalkan. 8 00:02:25,880 --> 00:02:29,880 Bagaimana kalau potong 30 peratus daripada harga awak tawarkan? 9 00:02:30,520 --> 00:02:33,560 Itulah harga terbaik yang boleh saya tawarkan pada awak. 10 00:02:34,320 --> 00:02:36,920 Maaf, tapi harga itu terlalu rendah. 11 00:02:37,320 --> 00:02:39,320 Awak boleh cuba tanya orang lain. 12 00:02:40,680 --> 00:02:41,680 Terima kasih. 13 00:02:53,240 --> 00:02:57,120 Tao-jie, kenapa awak tak tidur di atas katil? Awak akan lebih selesa. 14 00:02:58,680 --> 00:03:03,440 Takkan saya nak buat begitu? Katil itu untuk awak. 15 00:03:03,600 --> 00:03:06,960 Saya hanya orang suruhan. Saya tak boleh guna katil awak. 16 00:03:07,080 --> 00:03:09,400 Apa salahnya? 17 00:03:09,520 --> 00:03:11,000 Kita sewa katil ini. 18 00:03:11,080 --> 00:03:13,480 Kalau awak tak tidur di situ, sia-sia saja kita bayar. 19 00:03:14,400 --> 00:03:16,240 Kita harus mematuhi peraturan. 20 00:03:16,320 --> 00:03:19,520 Saya tidak boleh langgar peraturan hanya kerana awak baik dengan saya. 21 00:03:21,320 --> 00:03:24,120 Adakah awak berjaya dapatkan kontrak bekalan itu? 22 00:03:24,520 --> 00:03:28,560 Beberapa pekedai tak terima sarang burung yang belum diproses. 23 00:03:28,640 --> 00:03:31,920 Ada yang nak beli tetapi mereka tawarkan harga yang sangat rendah,... 24 00:03:32,000 --> 00:03:34,960 ...lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh orang tengah di Melaka. 25 00:03:35,680 --> 00:03:38,960 Jangan luntur semangat. Baru hari pertama. 26 00:03:39,040 --> 00:03:41,480 Saya pasti awak akan dapat berita baik esok. 27 00:03:43,880 --> 00:03:46,280 Jom keluar makan malam dan tidur awal malam ini. 28 00:03:46,400 --> 00:03:48,320 Moga kita ada berita baik esok. 29 00:03:49,000 --> 00:03:52,000 Saya perlu jaga beg sarang burung ini. 30 00:03:52,080 --> 00:03:54,680 Saya bimbang tinggalkannya di dalam bilik. 31 00:03:55,000 --> 00:03:57,400 Awak bawalah sekali. 32 00:03:58,960 --> 00:04:02,600 -Bos, beri kami dua mangkuk mi. -Baiklah. 33 00:04:05,880 --> 00:04:08,640 Kenapa dengan awak ni? Awak gadaikannya dengan jumlah yang rendah? 34 00:04:08,720 --> 00:04:11,480 Dungu! Nak suruh gadai pun tak pandai! 35 00:04:11,560 --> 00:04:14,320 Saya dah pergi beberapa kedai pajak. 36 00:04:14,520 --> 00:04:16,600 Tapi mereka semua menawarkan harga yang sama. 37 00:04:16,680 --> 00:04:18,560 Jadi saya gadaikannya. 38 00:04:18,640 --> 00:04:21,520 Apa guna kaki awak? Tak boleh pergi jalan ke kedai lain? 39 00:04:21,600 --> 00:04:23,800 Malang betul kahwin dengan wanita seperti awak! 40 00:04:23,880 --> 00:04:26,440 Perkara mudah pun tak boleh buat! Lebih baik awak mati! 41 00:04:26,520 --> 00:04:30,000 Jangan pukul dia. Awak tak boleh salahkan isteri awak. 42 00:04:30,080 --> 00:04:32,720 Semua bos kedai pajak saling mengenali. 43 00:04:32,800 --> 00:04:34,440 Mereka ada perjanjian. 44 00:04:34,880 --> 00:04:37,880 Tak kira kedai mana awak pergi, awak akan dapat harga yang sama. 45 00:04:38,160 --> 00:04:39,440 Sekarang saya dah tahu. 46 00:04:39,880 --> 00:04:41,680 Apa yang awak tahu? 47 00:04:41,800 --> 00:04:47,000 Saya dengar banyak perniagaan dijalankan oleh kumpulan atau keluarga tertentu. 48 00:04:47,080 --> 00:04:50,000 Contohnya, kebanyakan pemborong adalah orang Toechew. 49 00:04:50,080 --> 00:04:52,200 Hotel kebanyakannya diuruskan oleh orang Hakka. 50 00:04:52,320 --> 00:04:55,440 Sama juga dalam perniagaan makanan laut kering dan ubat herba. 51 00:04:55,520 --> 00:04:57,480 Mereka beri maklumat kepada yang lain. 52 00:04:57,560 --> 00:05:02,120 Tak hairanlah orang tengah kata saya pasti jual sarang burung kepadanya. 53 00:05:02,160 --> 00:05:03,520 Apa kita nak buat sekarang? 54 00:05:03,640 --> 00:05:07,080 Adakah itu bermakna kerja keras kita sia-sia saja? 55 00:05:07,520 --> 00:05:10,880 Lebih baik kita balik sebelum alami lebih banyak kerugian. 56 00:05:11,000 --> 00:05:13,160 Tidak, saya mahu dapatkan pulangan yang... 57 00:05:13,240 --> 00:05:15,760 ...tinggi atas kerja keras abang dan pekerjanya. 58 00:05:15,880 --> 00:05:19,360 Saya pasti saya boleh menjualnya dengan harga tiga kali ganda. 59 00:05:25,640 --> 00:05:27,280 Tao-jie, berhati-hati! 60 00:05:30,760 --> 00:05:32,400 Jangan lari! 61 00:05:38,640 --> 00:05:40,520 Semuanya selamat. 62 00:05:42,880 --> 00:05:44,200 Menakutkan betul. 63 00:05:44,320 --> 00:05:46,440 Bandar besar seperti Singapura amat berbahaya. 64 00:05:46,520 --> 00:05:48,800 Kita tak boleh makan mi dengan aman. 65 00:05:58,640 --> 00:05:59,960 Kenapa? 66 00:06:00,040 --> 00:06:02,520 Beg ini seperti lebih berat. 67 00:06:05,520 --> 00:06:07,360 Ini bukan beg kita. 68 00:06:11,080 --> 00:06:13,080 Mana pergi sarang burung kita? 69 00:06:13,880 --> 00:06:16,040 Cik Yueniang, bunuhlah saya. 70 00:06:16,120 --> 00:06:18,560 Saya dah hilangkan beg kita pada hari pertama. 71 00:06:18,680 --> 00:06:20,240 Saya sangat dungu! 72 00:06:20,320 --> 00:06:22,440 Tao-jie, bukan salah awak. 73 00:06:22,520 --> 00:06:24,600 Cik Yueniang, jangan layan saya dengan baik. 74 00:06:24,680 --> 00:06:27,000 Semakin awak baik, semakin saya rasa bersalah. 75 00:06:27,080 --> 00:06:30,000 Saya telah cuai sepanjang hidup saya. 76 00:06:30,080 --> 00:06:34,080 Kalau Cik Juxiang tak selamatkan saya, dah lama saya dibuang. 77 00:06:34,320 --> 00:06:37,360 Saya tak pernah berubah. 78 00:06:37,440 --> 00:06:39,160 -Saya dungu! -Tao-jie! 79 00:06:39,240 --> 00:06:41,120 Jangan buat begini pada diri sendiri. 80 00:06:53,320 --> 00:06:57,520 Wang! Cik Yueniang, ada banyak wang! 81 00:06:57,680 --> 00:07:01,080 Walaupun kita jual sarang burung itu, kita takkan dapat sebanyak ini. 82 00:07:02,440 --> 00:07:06,120 Syukurlah! Kita tidak mengalami kerugian. 83 00:07:07,080 --> 00:07:10,720 Polis tadi mengejar lelaki yang membawa beg pakaian. 84 00:07:10,880 --> 00:07:12,480 Mesti ini beg dia. 85 00:07:12,560 --> 00:07:15,120 Pencuri itu mesti telah mencuri beg pakaian. 86 00:07:15,440 --> 00:07:19,480 Pemiliknya mesti cemas. Kita harus mengembalikan begnya. 87 00:07:19,560 --> 00:07:24,440 Tidak! Maksud saya, kita tak tahu siapa pemiliknya. 88 00:07:24,520 --> 00:07:25,920 Kita nak kembalikan kepada siapa? 89 00:07:26,000 --> 00:07:29,840 Tinggalkan saja di balai polis dan polis akan uruskannya. 90 00:07:29,920 --> 00:07:33,520 Cik Yueniang, bagaimana kalau kita tak jumpa beg kita? 91 00:07:35,520 --> 00:07:39,920 Lupakan saja, Cik Yueniang. Mari simpan wang ini dan buang beg itu. 92 00:07:40,000 --> 00:07:42,440 Kita kembali ke Melaka dan semuanya akan okey. 93 00:07:42,560 --> 00:07:45,800 Tidak, saya tak nak rasa susah hati. 94 00:07:48,680 --> 00:07:49,920 Apa ini? 95 00:07:51,080 --> 00:07:53,560 Ini adalah sarang burung! 96 00:07:53,680 --> 00:07:55,520 Ya, sarang burung! 97 00:07:56,240 --> 00:07:59,440 Saya tidak peduli ini apa. Ia bukan milik saya. 98 00:07:59,520 --> 00:08:01,440 Beg ini bukan milik saya. 99 00:08:01,520 --> 00:08:03,440 Awak cakap awak dah tangkap perompak itu, kan? 100 00:08:03,520 --> 00:08:05,120 Mana beg saya? 101 00:08:06,080 --> 00:08:07,800 Okey. 102 00:08:07,880 --> 00:08:09,120 Okey apa? 103 00:08:09,240 --> 00:08:11,000 Okey! 104 00:08:11,040 --> 00:08:13,080 Awak faham apa yang saya cakap? 105 00:08:13,320 --> 00:08:15,400 Okey. 106 00:08:16,400 --> 00:08:19,080 Biar saya bercakap dengan pegawai awak. Pegawai! 107 00:08:22,240 --> 00:08:25,160 Dengar, ada dokumen penting dan wang dalam beg saya. 108 00:08:26,080 --> 00:08:28,560 Ada sesiapa bercakap bahasa Inggeris di balai ini? 109 00:08:28,680 --> 00:08:30,520 Okey. 110 00:08:31,080 --> 00:08:34,480 Ada sesiapa bercakap bahasa Inggeris di balai ini? 111 00:08:34,600 --> 00:08:36,880 Okey. 112 00:08:36,960 --> 00:08:37,880 Oh Tuhan. 113 00:08:37,960 --> 00:08:39,600 Boleh saya bantu awak? 114 00:08:40,400 --> 00:08:42,000 Awak boleh berbahasa Inggeris? 115 00:08:42,120 --> 00:08:43,200 Sedikit. 116 00:08:43,440 --> 00:08:46,040 Bagus. Saya baru sampai dari England. 117 00:08:46,120 --> 00:08:48,880 Dan saya beri beg saya kepada seorang lelaki ketika sampai di hotel. 118 00:08:48,960 --> 00:08:51,960 Perlahan. 119 00:08:52,040 --> 00:08:54,480 Saya ingat lelaki itu penjaga pintu. 120 00:08:54,600 --> 00:08:58,560 Saya beri beg saya. Kemudian dia larikan diri. 121 00:08:58,680 --> 00:09:02,640 Polis dah tangkap dia. Tapi beg saya hilang. 122 00:09:04,480 --> 00:09:06,120 Awak faham apa yang saya katakan? 123 00:09:07,240 --> 00:09:09,920 Ya, saya faham. 124 00:09:10,520 --> 00:09:13,000 Saya rasa saya tahu di mana beg awak. 125 00:09:13,080 --> 00:09:14,120 Betulkah? 126 00:09:15,960 --> 00:09:17,080 Tao-jie. 127 00:09:21,120 --> 00:09:23,280 Ini beg saya. 128 00:09:28,000 --> 00:09:29,920 Ini pasport saya. 129 00:09:30,520 --> 00:09:32,200 Pasport saya. 130 00:09:32,240 --> 00:09:34,400 Ini beg saya. 131 00:09:36,320 --> 00:09:37,960 Apa yang berlaku? 132 00:09:38,040 --> 00:09:41,600 Kami membawa beg yang sama. 133 00:09:41,680 --> 00:09:44,920 Kami terserempak dengan perompak dan tertukar beg dia secara tak sengaja. 134 00:09:47,520 --> 00:09:50,200 -Okey? -Okey. 135 00:09:50,640 --> 00:09:52,080 Terima kasih banyak. 136 00:09:59,160 --> 00:10:02,480 Encik, ada nampak beg saya? 137 00:10:02,600 --> 00:10:05,400 Ia mengandungi sarang burung yang kami bawa dari Melaka. 138 00:10:05,480 --> 00:10:08,120 -Ya. -Beg apa? 139 00:10:08,160 --> 00:10:10,240 Kami tak jumpa apa-apa pun. 140 00:10:10,320 --> 00:10:11,720 Tak. 141 00:10:11,840 --> 00:10:14,880 Encik, tolong bantu kami cari ia. 142 00:10:15,520 --> 00:10:18,920 Tolonglah. Sarang burung amat penting kepada kami. 143 00:10:19,800 --> 00:10:22,000 Baiklah, tinggalkan alamat awak. 144 00:10:22,080 --> 00:10:23,880 Kami akan hubungi awak sebaik saja kami jumpa. 145 00:10:47,240 --> 00:10:48,440 Hai. 146 00:10:53,520 --> 00:10:55,800 Saya ingin mengucapkan terima kasih saya. 147 00:10:55,880 --> 00:10:57,680 Apa yang dia inginkan? 148 00:10:57,880 --> 00:11:00,480 -Dia ingin memberi ganjaran kepada kita. -Saya nak ambil! 149 00:11:00,560 --> 00:11:01,560 Tidak! 150 00:11:02,240 --> 00:11:07,160 Cik Yueniang, duit itu boleh bayar tiket kereta api dan sewa kita. 151 00:11:07,240 --> 00:11:08,320 Saya cakap tidak. 152 00:11:09,520 --> 00:11:12,720 Cik Yueniang, saya risaukan awak. 153 00:11:12,800 --> 00:11:14,800 Kita kehilangan sarang burung itu. 154 00:11:14,880 --> 00:11:17,880 Bagaimana kita nak berdepan dengan Liu Yidao dan orang-orangnya? 155 00:11:18,440 --> 00:11:20,520 Ada masalahkah? Dia okey? 156 00:11:21,240 --> 00:11:23,120 Kami kehilangan beg kami. 157 00:11:23,160 --> 00:11:24,400 Beg awak? 158 00:11:24,520 --> 00:11:29,120 Kami tersilap ambil beg awak. Dan beg kami hilang. 159 00:11:29,600 --> 00:11:31,560 Apa yang ada di dalam beg awak? 160 00:11:31,640 --> 00:11:33,200 Sarang burung. 161 00:11:33,480 --> 00:11:35,080 Saya tahu di mana sarang burung awak. 162 00:11:35,200 --> 00:11:38,240 Kita akan dapat wang yang banyak daripada sarang burung itu. 163 00:11:38,320 --> 00:11:40,320 Ia dapat tampung minuman keras selama setahun! 164 00:11:40,560 --> 00:11:41,880 Hebat! 165 00:11:42,080 --> 00:11:43,880 Beg itu ada pada mereka. 166 00:11:44,560 --> 00:11:48,400 Dia kata beg saya ada dengan awak. Betulkah? Tolong pulangkan. 167 00:11:48,480 --> 00:11:52,440 -Awak salah dengar? -Awak faham bahasa Inggeris? 168 00:11:52,520 --> 00:11:53,760 Beg apa? Kami tak nampak. 169 00:11:53,840 --> 00:11:57,800 Tolong pulangkan. Ada orang yang mahu membelinya. 170 00:11:57,880 --> 00:11:59,600 Ia sangat penting. Tolonglah. 171 00:11:59,680 --> 00:12:01,480 Saya kata kami tak pernah melihatnya! 172 00:12:01,560 --> 00:12:04,560 Awak ingat awak hebat bila pandai berbahasa Inggeris? 173 00:12:04,640 --> 00:12:07,000 Berhenti mengarut atau saya akan halau awak! 174 00:12:07,080 --> 00:12:10,560 Jangan takut. Saya akan jadi saksi awak. Beritahu mereka saya peguam. 175 00:12:10,680 --> 00:12:12,080 Ini kad saya. 176 00:12:13,080 --> 00:12:15,480 Pergi! Awak nak kami tangkap awak? 177 00:12:16,240 --> 00:12:18,560 Encik Paul adalah peguam dari England. 178 00:12:18,640 --> 00:12:19,840 Ini kad dia. 179 00:12:19,920 --> 00:12:24,280 Dia kata dia akan jadi saksi saya dan buktikan beg saya ada di sini. 180 00:12:24,760 --> 00:12:27,600 Dia juga nak jumpa pegawai atasan kamu. 181 00:12:27,680 --> 00:12:30,160 Dia kenal mereka. 182 00:12:30,240 --> 00:12:34,160 Dia kata dia boleh hubungi pegawai kamu. 183 00:12:34,240 --> 00:12:38,520 Dia nak awak periksa semula sebelum dia buat panggilan itu. 184 00:12:38,640 --> 00:12:41,520 Sila periksa sama ada beg itu ada pada awak. 185 00:12:42,880 --> 00:12:45,680 Baiklah! Kami akan pergi periksa sekarang. 186 00:12:45,760 --> 00:12:48,680 -Kami akan pulangkannya kalau kami jumpa. -Mari pergi. 187 00:12:50,640 --> 00:12:52,440 Apa yang awak katakan pada mereka? 188 00:12:53,040 --> 00:12:56,120 Saya beritahu yang awak kenal pegawai atasan mereka. 189 00:12:56,640 --> 00:12:57,800 Bijak. 190 00:12:58,880 --> 00:13:02,680 Dah jumpa! Ia di sini. Lihat jika ia milik awak. 191 00:13:04,520 --> 00:13:06,520 Betul, inilah begnya. 192 00:13:08,880 --> 00:13:10,440 Terima kasih, Encik Paul. 193 00:13:10,520 --> 00:13:13,640 Saya berbesar hati. Jika awak perlukan bantuan saya,... 194 00:13:13,680 --> 00:13:16,600 ...hubungi saya dengan nombor pada kad itu. 195 00:13:22,680 --> 00:13:26,520 Cik Yueniang, saya tak sangka bahasa Inggeris awak bagus. 196 00:13:26,880 --> 00:13:30,520 Taklah, awak tak nampak saya tergagap-gagap tadi? 197 00:13:31,520 --> 00:13:33,600 Paling tidak, lelaki Inggeris itu faham apa awak cakap. 198 00:13:33,680 --> 00:13:39,320 Saya pernah lihat awak berbual dengan Cik Yuzhu, cakap ABC... 199 00:13:40,080 --> 00:13:44,080 Saya ingatkan awak buat untuk suka-suka. Rupa-rupanya ia berguna. 200 00:13:44,600 --> 00:13:48,560 Yuzhu guru yang sangat tegas. Dia buat ujian dua hari sekali. 201 00:13:54,680 --> 00:13:58,080 Apa khabar dia sekarang agaknya? 202 00:14:13,400 --> 00:14:14,800 Pergi. 203 00:14:16,080 --> 00:14:18,680 Saya dah berseronok dengan perempuan lain. 204 00:14:19,680 --> 00:14:21,080 Saya tak tertarik dengan awak hari ini. 205 00:14:25,680 --> 00:14:27,240 Keluar. 206 00:14:30,520 --> 00:14:31,520 Keluar! 207 00:14:37,760 --> 00:14:39,160 Tunggu. 208 00:14:43,880 --> 00:14:46,560 Awak segera pergi bila saya suruh. 209 00:14:47,680 --> 00:14:52,680 Awak nak lari daripada saya supaya awak tak perlu lihat wajah saya. 210 00:14:53,520 --> 00:14:54,680 Benarkah? 211 00:14:59,880 --> 00:15:03,680 Awak dah bisu? Cakaplah! 212 00:15:13,880 --> 00:15:16,880 Saya dengar awak sepatutnya berkahwin dengan Chen Xi. 213 00:15:17,120 --> 00:15:18,320 Benar, kan? 214 00:15:19,680 --> 00:15:24,520 Awak tahu Chen Xi sedang tenat di hospital. 215 00:15:25,680 --> 00:15:28,360 Jadi awak jadikan saya sasaran awak. 216 00:15:29,160 --> 00:15:30,920 Benarkah? 217 00:15:32,520 --> 00:15:37,120 Ayah awak yang teruk itu suruh awak goda saya. 218 00:15:38,960 --> 00:15:40,120 Benarkah? 219 00:15:41,640 --> 00:15:46,080 Berani awak tuduh saya rogol awak. 220 00:15:47,320 --> 00:15:50,440 Awak yang goda saya! 221 00:15:53,680 --> 00:15:56,400 Awak dari keluarga yang tak bermaruah. 222 00:15:57,640 --> 00:15:59,720 Bila Chen Xi semakin sembuh,... 223 00:16:00,880 --> 00:16:04,280 ...keluarga awak terus kahwinkan adik awak dengan dia. 224 00:16:04,520 --> 00:16:07,120 Keluarga awak memang tamak. 225 00:16:08,880 --> 00:16:11,320 Keluarga tak bermaruah! 226 00:16:12,090 --> 00:16:15,426 Datuk, nenek,... 227 00:16:15,840 --> 00:16:18,840 ...ayah, mak dan adik beradik awak semua tak bermaruah! 228 00:16:21,080 --> 00:16:24,480 Saya tak lihat muka awak sekarang. 229 00:16:26,320 --> 00:16:27,520 Berhambus. 230 00:16:28,440 --> 00:16:29,440 Berhambus! 231 00:16:30,680 --> 00:16:31,960 Berhambus! 232 00:16:32,640 --> 00:16:35,520 Rancangan hebat keluarga awak akan musnah! 233 00:16:35,680 --> 00:16:39,680 Saya nak awak tahu yang Chen Xi akan mati kali ini. 234 00:16:40,800 --> 00:16:43,880 Dia akan mati di tangan abang awak yang teruk itu! 235 00:16:48,640 --> 00:16:53,080 Chen Xi, mari lihat permainan awak kali ini. 236 00:17:10,080 --> 00:17:14,200 Cik Yueniang, kenapa awak tak tidur lagi? 237 00:17:18,000 --> 00:17:20,200 Awak juga tak tidur, kan? 238 00:17:20,640 --> 00:17:23,720 Awak tak selesa di bawah sana? Naiklah ke katil. 239 00:17:23,800 --> 00:17:26,000 Katil ini cukup besar untuk dua orang. 240 00:17:26,080 --> 00:17:29,440 Tak, saya tak boleh buat begitu. Itu melanggar peraturan. 241 00:17:29,560 --> 00:17:32,560 Saya cuma tak biasa dengan tempat ini. 242 00:17:33,520 --> 00:17:36,280 Cik Yueniang, awak tak rasa begitu? 243 00:17:38,080 --> 00:17:42,080 Saya memikirkan Yuzhu. 244 00:17:43,680 --> 00:17:47,960 Saya merayu kepada Chen Xi untuk mengahwini Yuzhu. 245 00:17:48,040 --> 00:17:49,520 Tapi... 246 00:17:49,640 --> 00:17:51,880 Awak tak boleh salahkan dia. 247 00:17:52,080 --> 00:17:54,400 Moyang dia masih ada. 248 00:17:54,520 --> 00:17:56,920 Menurut budaya Peranakan, bila pengantin wanita kembali... 249 00:17:57,000 --> 00:17:59,160 ...ke keluarganya pada hari ke-12 selepas perkahwinan,... 250 00:17:59,240 --> 00:18:01,560 ...keluarga pengantin lelaki akan beri keluarganya... 251 00:18:01,600 --> 00:18:03,800 ...nasi lemak untuk mengesahkan dia masih perawan. 252 00:18:04,080 --> 00:18:08,080 Mengapa kesucian wanita dipentingkan sangat? 253 00:18:08,520 --> 00:18:11,320 Lagipun, Yuzhu dipaksa. 254 00:18:11,520 --> 00:18:14,440 Bukankah wanita juga manusia seperti lelaki? 255 00:18:14,520 --> 00:18:17,760 Perkahwinan yang ditentukan ini tak ubah... 256 00:18:17,840 --> 00:18:21,000 ...seperti lelaki memilih haiwan ternakan. 257 00:18:21,680 --> 00:18:25,520 Apa nak buat? Itulah nasib wanita. 258 00:18:26,680 --> 00:18:30,840 Lagipun, Tuan Muda Chen Xi mungkin tak mahu semua ini. 259 00:18:31,520 --> 00:18:33,120 Kenapa pula? 260 00:18:35,080 --> 00:18:37,400 Saya dengar dia sakit tenat. 261 00:18:37,520 --> 00:18:41,680 Jadi, Puan Chen mahu Cik Zhenzhu berkahwin dengan dia untuk buang nasib malang. 262 00:18:46,320 --> 00:18:49,920 Sudahlah tu, Cik Zhenzhu sudah berkahwin dengan dia. 263 00:18:49,960 --> 00:18:53,880 Kita tak boleh ubah apa-apa sekarang. 264 00:18:56,000 --> 00:18:57,280 Mari kita tidur. 265 00:19:20,880 --> 00:19:22,800 Moyang awak rindukan awak. 266 00:19:22,880 --> 00:19:25,000 Dia berkeras mahu melawat awak. 267 00:19:25,080 --> 00:19:28,440 Susah nak pujuk dia. 268 00:19:28,560 --> 00:19:31,600 Ada orang nak melawat awak, tapi tak berani. 269 00:19:31,920 --> 00:19:34,120 Dia takut awak tak suka. 270 00:19:35,080 --> 00:19:40,560 Xi-er, awak tak rasa yang awak layan Zhenzhu dengan teruk? 271 00:19:41,680 --> 00:19:46,560 Yakah? Apa yang saya buat hingga dia rasa tak selesa? 272 00:19:47,520 --> 00:19:49,680 Awak asyik marah. 273 00:19:51,520 --> 00:19:52,880 Taklah. 274 00:19:54,320 --> 00:19:58,160 Saya lihat awak membesar. Saya kenal awak. 275 00:19:58,680 --> 00:20:01,000 Makanlah sup. 276 00:20:04,240 --> 00:20:05,360 Terima kasih. 277 00:20:07,080 --> 00:20:11,080 Banyak perkara berlaku semasa awak sakit. 278 00:20:12,320 --> 00:20:16,520 Saya percaya awak salah faham terhadap Zhenzhu. 279 00:20:18,680 --> 00:20:21,520 Awak dan Yuzhu sepatutnya berkahwin. 280 00:20:21,680 --> 00:20:26,080 Tapi bila dia tahu awak sakit, dia enggan mengahwini awak. 281 00:20:26,800 --> 00:20:30,320 Sebaliknya, dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak Charlie. 282 00:20:30,680 --> 00:20:34,440 Kami rahsiakan perkara itu daripada moyang awak. 283 00:20:34,520 --> 00:20:37,680 Jadi kami tipu dia tentang ramalan nasib awak yang tak sepadan dengan Yuzhu. 284 00:20:37,880 --> 00:20:42,480 Pada masa itu, hanya ramalan nasib Zhenzhu yang sesuai dengan awak. 285 00:20:43,760 --> 00:20:48,560 Keluarga saya risau Zhenzhu akan jadi macam adik dia. 286 00:20:48,760 --> 00:20:51,960 Syukurlah dia setuju dengan perkahwinan itu. 287 00:20:54,080 --> 00:20:57,080 Xi-er, fikirlah masak-masak. 288 00:20:57,680 --> 00:21:00,216 Berdasarkan keadaan awak,... 289 00:21:00,880 --> 00:21:05,120 ...doktor pun suruh kami bersedia hadapi kenyataan. 290 00:21:06,880 --> 00:21:10,520 Gadis mana yang sanggup lakukan seperti Zhenzhu... 291 00:21:11,080 --> 00:21:13,960 ...dengan mengambil risiko menjadi janda? 292 00:21:33,960 --> 00:21:37,080 -Jadi apa yang dia kata? -Dia tak cakap apa-apa. 293 00:21:37,680 --> 00:21:39,880 Usaha awak sia-sia! 294 00:21:42,680 --> 00:21:48,520 Walaupun dia berdiam diri, saya nampak dia terima apa yang saya kata. 295 00:21:49,760 --> 00:21:51,960 Awak akan melawat dia di hospital esok. 296 00:21:52,240 --> 00:21:56,120 Tidak! Saya tak mahu diabaikan lagi. 297 00:21:56,520 --> 00:21:59,000 Setiap kali saya melawat dia, dia tak layan saya. 298 00:21:59,080 --> 00:22:02,760 Dia tak mahu jumpa saya. Buat apa saya nak ke sana? 299 00:22:03,520 --> 00:22:05,960 Awak nak dia terus buat awak begini? 300 00:22:06,040 --> 00:22:09,160 Awak nak jadi seperti saya, isteri yang terabai? 301 00:22:10,880 --> 00:22:13,280 Xi-er berbeza dengan Pak Cik Sheng. 302 00:22:13,520 --> 00:22:15,680 Dia cepat lembut hati. 303 00:22:15,960 --> 00:22:19,360 Jika awak buat perkara yang betul, dia akan lembut hati. 304 00:22:25,880 --> 00:22:27,320 Nak tulis surat? 305 00:22:27,440 --> 00:22:29,960 Tidak. Saya nak cetak kad perniagaan. 306 00:22:30,040 --> 00:22:31,520 Saya nak kad seperti ini. 307 00:22:31,640 --> 00:22:34,600 -Nama syarikat awak? -Apa? 308 00:22:35,440 --> 00:22:38,400 Bukankah awak nak tubuhkan syarikat? Apa nama syarikatnya? 309 00:22:39,080 --> 00:22:43,200 Nama keluarga abang saya adalah Liu. Mari namakannya Syarikat Liu. 310 00:22:43,440 --> 00:22:45,400 Kami memilih dan menjual sarang burung. 311 00:22:45,480 --> 00:22:48,520 Mari namakannya Syarikat Sarang Burung Liu. Mudah orang faham. 312 00:22:48,920 --> 00:22:49,960 Baiklah! 313 00:22:50,320 --> 00:22:53,680 Saya akan tambah, pemborong dan peruncit dialu-alukan. 314 00:22:53,760 --> 00:22:54,800 Baik. 315 00:22:55,080 --> 00:22:57,480 -Siapa bos? -Abang saya. 316 00:22:57,880 --> 00:23:00,520 Jawatan yang sesuai kepadanya ialah pengarah. 317 00:23:00,680 --> 00:23:03,080 -Siapa nama dia? -Liu Yidao. 318 00:23:03,560 --> 00:23:05,360 Liu Yidao? 319 00:23:05,880 --> 00:23:09,440 Namanya seperti orang jahat, tak sesuai. 320 00:23:09,520 --> 00:23:12,800 Apa kata kita tukar dao (pisau) kepada dao (moral)? 321 00:23:12,880 --> 00:23:14,600 Nama dia akan menjadi Liu Yidao. 322 00:23:14,680 --> 00:23:16,080 Bagaimana? 323 00:23:16,320 --> 00:23:17,520 Baiklah! 324 00:23:18,080 --> 00:23:20,280 -Selamat sejahtera, tauke. -Helo. 325 00:23:22,320 --> 00:23:25,520 Saya tergesa-gesa semalam, jadi saya lupa tinggalkan kad saya. 326 00:23:25,880 --> 00:23:27,520 Sila beri tunjuk ajar. 327 00:23:28,520 --> 00:23:31,000 Syarikat Sarang Burung Liu. 328 00:23:31,080 --> 00:23:35,120 -Liu Yidao adalah... -Dia pengarah syarikat. 329 00:23:35,320 --> 00:23:38,040 Dia terkenal di Melaka. 330 00:23:38,120 --> 00:23:40,920 Dia kata syarikat awak suka syarikat yang bereputasi baik di Singapura. 331 00:23:41,000 --> 00:23:43,800 Jadi dia mahu berurus niaga dengan awak. 332 00:23:44,000 --> 00:23:47,040 Dia merancang untuk membekalkan sarang burung kepada awak. 333 00:23:47,120 --> 00:23:50,160 Kami telah meminta harga daripada beberapa syarikat makanan laut kering. 334 00:23:50,240 --> 00:23:53,080 Jika awak berminat, awak boleh menawarkan harga kepada kami juga. 335 00:23:53,120 --> 00:23:57,040 Awak boleh hubungi pejabat sementara kami pada jam 5 petang hari ini. 336 00:23:57,120 --> 00:23:59,760 -Baiklah. -Terima kasih kerana luangkan masa. 337 00:24:08,200 --> 00:24:10,520 Chen Xi akan mati kali ini. 338 00:24:11,480 --> 00:24:14,800 Dia akan mati di tangan abang awak yang teruk itu! 339 00:24:38,880 --> 00:24:42,040 Tuan Muda tak benarkan awak buat panggilan. 340 00:24:42,120 --> 00:24:43,040 Awak... 341 00:24:43,120 --> 00:24:46,240 Di sinilah tauke dan Tuan Muda terima tetamu. 342 00:24:46,320 --> 00:24:50,000 Awak duduk saja dalam bilik awak. 343 00:24:50,080 --> 00:24:52,400 Jangan susahkan kami. 344 00:24:54,200 --> 00:24:56,760 Puan Muda, sila naik atas. 345 00:25:01,400 --> 00:25:04,560 Cik, ini adalah tempat yang awak cari. 346 00:25:05,920 --> 00:25:07,200 Terima kasih. 347 00:25:27,240 --> 00:25:28,880 Kak Yueniang? 348 00:25:32,800 --> 00:25:33,800 Masuklah. 349 00:25:36,520 --> 00:25:38,120 Puan Muda, makan malam dah sedia. 350 00:25:41,080 --> 00:25:45,080 Rong, terima kasih kerana menjaga saya. 351 00:25:45,640 --> 00:25:48,800 -Ambil gelang ni. -Tak boleh, Puan Muda. 352 00:25:48,880 --> 00:25:49,800 Ambillah. 353 00:25:49,880 --> 00:25:52,440 Tuan Muda kata Puan Muda tak mahu terima pelawat. 354 00:25:52,520 --> 00:25:55,680 Saya rasa Robert Zhang yang beri arahan itu. 355 00:25:55,880 --> 00:25:59,000 Pergi sekarang. Kami akan bawa anjing keluar bersiar-siar tak lama lagi. 356 00:25:59,080 --> 00:26:01,280 Kami takkan bertanggungjawab kalau ia gigit awak. 357 00:26:01,680 --> 00:26:04,320 Beri saya masuk! Jangan pergi. 358 00:26:23,440 --> 00:26:26,040 Puan Muda suruh saya beri ini kepada awak. 359 00:26:48,880 --> 00:26:53,120 Cik Yueniang dah keluar sejak pagi tadi. 360 00:26:53,240 --> 00:26:54,680 Saya bimbang. 361 00:26:57,880 --> 00:27:01,680 Cik Yueniang! Syukurlah. Awak dah kembali. 362 00:27:01,760 --> 00:27:04,840 Awak telah keluar sejak pagi. Saya rasa sangat risau. 363 00:27:05,080 --> 00:27:07,680 Saya pergi ke beberapa tempat hari ini. 364 00:27:08,080 --> 00:27:12,400 Saya nak melawat Yuzhu. Saya sudah berada di pagar rumahnya. 365 00:27:12,520 --> 00:27:14,720 Tapi pembantu rumah tak benarkan saya masuk. 366 00:27:16,400 --> 00:27:19,840 Oh ya, juruwang hotel mahu jumpa awak. 367 00:27:19,920 --> 00:27:21,520 Dia cakap apa? 368 00:27:22,160 --> 00:27:24,640 Dia berikan surat ini kepada awak. 369 00:27:25,880 --> 00:27:28,040 Apa yang awak suruh dia buat? 370 00:27:28,120 --> 00:27:31,480 Saya bayar dia untuk jadi pengurus untuk sehari. Dia minta bayaran mahal. 371 00:27:32,160 --> 00:27:35,000 Mereka dah balas. Mereka berikan harga sekali. 372 00:27:35,080 --> 00:27:36,520 Harga apa? 373 00:27:37,000 --> 00:27:40,200 Saya tak dapat tidur malam tadi. 374 00:27:40,520 --> 00:27:45,240 Saya asyik fikir bagaimana nak dapatkan perjanjian perniagaan. 375 00:27:46,320 --> 00:27:48,440 Tiba-tiba saya terfikir. 376 00:27:48,520 --> 00:27:51,240 Jika tiada nama, tiada apa yang dapat dicapai. 377 00:27:51,320 --> 00:27:56,120 Jika nak jalankan perniagaan, kita perlu ada nama. 378 00:27:57,080 --> 00:27:58,800 Betul cakap awak. 379 00:27:58,880 --> 00:28:01,360 Oleh itu, kita akan tubuhkan sebuah syarikat. 380 00:28:03,720 --> 00:28:06,560 Ini adalah nama syarikat kita. 381 00:28:07,520 --> 00:28:10,560 Awak tahu yang saya buta huruf. 382 00:28:10,880 --> 00:28:13,000 Syarikat Sarang Burung Liu. 383 00:28:13,080 --> 00:28:14,880 Pengarah Liu Yidao. 384 00:28:15,000 --> 00:28:18,400 Penulis surat itu merasakan yang nama Yidao seperti orang jahat. 385 00:28:18,520 --> 00:28:21,680 Nama itu akan menakutkan rakan kongsi yang berpotensi. 386 00:28:21,800 --> 00:28:24,000 Jadi dia mengubah nama dao. 387 00:28:24,080 --> 00:28:25,920 Dao yang bermaksud moral. 388 00:28:26,000 --> 00:28:28,480 Dalam perniagaan, kita perlu dipercayai dan bermoral. 389 00:28:28,880 --> 00:28:32,080 Awak dapat tidur lena malam ini. 390 00:28:59,680 --> 00:29:03,680 Cik Yueniang, dah lewat. Kenapa masih tak tidur? 391 00:29:05,240 --> 00:29:11,400 Saya cuba fikirkan apa yang Yuzhu tulis dalam suratnya ini. 392 00:29:12,520 --> 00:29:17,360 Cik Yuzhu mesti beritahu yang dia sihat dan tanya khabar awak. 393 00:29:19,800 --> 00:29:22,040 Apa yang tertulis di sini? 394 00:29:29,680 --> 00:29:33,600 Dakwatnya kabur. Awak takkan dapat baca. 395 00:29:38,320 --> 00:29:39,920 Mencederakan? 396 00:29:40,960 --> 00:29:42,120 Mencederakan! 397 00:29:42,320 --> 00:29:45,560 -Apa dia? -Mencederakan. 398 00:29:45,640 --> 00:29:48,080 Mencederakan siapa? 399 00:29:48,880 --> 00:29:50,560 Chen Xi? 400 00:29:50,640 --> 00:29:51,880 Tuan Muda Chen Xi? 401 00:29:51,960 --> 00:29:54,520 Yuzhu seperti nak beritahu ada orang nak cederakan Chen Xi. 402 00:29:54,640 --> 00:29:56,360 Apa yang harus kita lakukan? 403 00:29:56,840 --> 00:30:00,400 Saya perlu pergi ke rumah keluarga Chen untuk beritahu Chen Xi. 404 00:30:17,760 --> 00:30:18,880 Cik! 405 00:30:20,160 --> 00:30:21,560 Cik Yueniang. 406 00:30:21,680 --> 00:30:24,440 Ya, betul. Saya Yueniang. 407 00:30:24,520 --> 00:30:27,240 Tuan Muda Chen Xi ada di rumah? 408 00:30:27,320 --> 00:30:29,800 Ada masalahkah? 409 00:30:29,880 --> 00:30:33,640 Saya nak beritahu dia perkara penting. Tolong beritahu dia saya datang. 410 00:30:35,080 --> 00:30:37,080 -Sebentar, ya. -Ada apa itu? 411 00:30:38,240 --> 00:30:41,120 Puan Muda, Cik Yueniang nak jumpa Tuan Muda. 412 00:30:42,320 --> 00:30:43,680 Awak rupanya. 413 00:30:48,680 --> 00:30:50,080 Zhenzhu. 414 00:30:50,880 --> 00:30:53,520 Apa awak buat di Singapura? 415 00:30:53,680 --> 00:30:56,000 Saya ke sini untuk urusan perniagaan. 416 00:30:56,520 --> 00:31:00,120 Perniagaan? Hebatnya awak. 417 00:31:00,320 --> 00:31:03,480 Perniagaan awak telah membawa awak ke rumah suami saya. 418 00:31:04,520 --> 00:31:07,360 Saya ada perkara penting nak beritahu Chen Xi. 419 00:31:08,520 --> 00:31:12,520 Saya isterinya. Awak boleh beritahu saya. 420 00:31:13,520 --> 00:31:17,520 Baiklah. Beritahu dia ada orang nak mencederakan dia. 421 00:31:18,080 --> 00:31:20,400 -Apa? -Ada orang nak cederakan dia. 422 00:31:20,520 --> 00:31:22,800 Yuzhu menulis surat kepada saya, mengatakan... 423 00:31:22,880 --> 00:31:24,840 ...ada orang ingin mencederakan Chen Xi. 424 00:31:30,520 --> 00:31:32,000 Awak buat lawakkah? 425 00:31:32,080 --> 00:31:35,200 Awak nak saya percaya dengan tulisan yang tak boleh dibaca ini? 426 00:31:35,320 --> 00:31:38,800 Betul, awak letak kertas ini pada lampu dan awak boleh membacanya. 427 00:31:38,880 --> 00:31:40,280 -Ia mengatakan... -Cukup! 428 00:31:40,400 --> 00:31:43,040 Tak guna, awak masih belum berputus asa. 429 00:31:43,080 --> 00:31:46,000 Awak masih cuba dekati Chen Xi. 430 00:31:46,080 --> 00:31:49,560 Awak sudah jadi isteri Liu Yidao, tapi awak masih datang ke sini! 431 00:31:49,680 --> 00:31:51,960 Awak kata Chen Xi itu suami awak. 432 00:31:52,040 --> 00:31:54,600 Jadi kenapa awak tak risaukan keselamatannya? 433 00:31:54,680 --> 00:31:58,440 Awak cuma perlu hubungi Yuzhu untuk pastikannya. 434 00:31:58,520 --> 00:32:00,520 Awak dengan dia sama saja. 435 00:32:00,600 --> 00:32:04,760 Berhambus atau saya akan suruh orang patahkan kaki awak! 436 00:32:29,840 --> 00:32:30,920 Sila masuk. 437 00:32:43,080 --> 00:32:45,120 Saya bawakan awak bunga. 438 00:32:49,640 --> 00:32:53,520 Saya takkan ganggu awak. Berehatlah. 439 00:32:55,040 --> 00:32:56,280 Zhenzhu. 440 00:32:57,520 --> 00:33:00,160 Maaf. Saya nak hantar surat kepada setiausaha. 441 00:33:01,720 --> 00:33:05,680 Kita belum dapat berbual dengan baik. 442 00:33:06,960 --> 00:33:08,600 Boleh awak tunggu sebentar? 443 00:33:15,520 --> 00:33:17,680 Mak cik beritahu saya tentang awak. 444 00:33:19,880 --> 00:33:24,440 Awak tahu saya sakit dan saya tidak mungkin akan hidup lama. 445 00:33:25,520 --> 00:33:29,120 Tetapi awak masih bersetuju untuk berkahwin dengan saya. 446 00:33:30,320 --> 00:33:32,480 Saya lakukannya dengan rela. 447 00:33:32,600 --> 00:33:35,200 Jangan rasa yang awak buat saya kecewa. 448 00:33:35,240 --> 00:33:36,480 Chen Xi. 449 00:33:37,120 --> 00:33:41,120 -Bagaimana keadaan awak? -Lebih baik sekarang. 450 00:33:41,520 --> 00:33:45,360 Doktor kata saya boleh pulang dalam masa beberapa hari. 451 00:33:45,440 --> 00:33:48,000 Baguslah, adik saya memberi tuah. 452 00:33:48,080 --> 00:33:50,560 Chen Xi sihat setelah awak kahwini dia. 453 00:33:50,680 --> 00:33:52,000 Ia menakjubkan. 454 00:33:52,680 --> 00:33:55,680 Abang, awak bawa apa? Untuk Chen Xi? 455 00:33:56,520 --> 00:34:00,240 Mak tahu saya akan datang, jadi dia sediakan sarang burung ini untuk Chen Xi. 456 00:34:00,680 --> 00:34:03,800 -Bawa ia pulang. -Mengapa? 457 00:34:04,040 --> 00:34:06,520 Doktor kata keimunan Chen Xi masih lemah. 458 00:34:06,640 --> 00:34:08,600 Dia tak boleh makan makanan dari luar. 459 00:34:08,680 --> 00:34:10,040 Bawa pulang. 460 00:34:10,120 --> 00:34:12,840 Mak pasti akan marah saya. 461 00:34:12,920 --> 00:34:14,960 Tak apa, saya akan ambilnya. 462 00:34:15,400 --> 00:34:17,160 Berikan kepada suami awak. 463 00:34:22,320 --> 00:34:25,360 Awak baru nak sembuh, tapi sibuk bekerja. 464 00:34:26,040 --> 00:34:28,840 Saya membantu ayah saya menulis beberapa surat berbahasa Inggeris. 465 00:34:29,840 --> 00:34:33,960 Saya dengar Charlie Zhang dah berikan hak pengedaran beras kepada awak. 466 00:34:34,040 --> 00:34:35,120 Ya. 467 00:34:35,400 --> 00:34:37,600 Saya rasa awak dah dengar berita. 468 00:34:37,680 --> 00:34:39,480 Harga barang keperluan meningkat selepas perang tamat. 469 00:34:39,520 --> 00:34:42,240 Kerajaan akan meningkatkan import beras untuk menstabilkan harga. 470 00:34:42,320 --> 00:34:44,120 Oh, begitu. Saya belum dengar tentang itu. 471 00:34:44,200 --> 00:34:47,520 Kerajaan mahu menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. 472 00:34:47,880 --> 00:34:52,000 Pembekal tak boleh sorok beras untuk tingkatkan harga beras. 473 00:34:52,080 --> 00:34:55,120 Untuk membantu rakyat, kerajaan akan mengambil tindakan... 474 00:34:55,200 --> 00:34:57,920 ...terhadap ahli perniagaan yang memanipulasi harga. 475 00:34:58,240 --> 00:35:01,520 Abang, Chen Xi mengingatkan awak. 476 00:35:02,040 --> 00:35:06,280 Awak faham? Hati-hati, jangan jadi kambing hitam. 477 00:35:06,520 --> 00:35:09,240 Tak payah nak ingatkan saya. Saya dan ayah tak dungu. 478 00:35:09,680 --> 00:35:12,440 Kita ada cara sendiri untuk jalankan perniagaan. 479 00:35:12,520 --> 00:35:14,080 Tak semua orang akan guna cara yang sama. 480 00:35:14,120 --> 00:35:16,520 Chen Xi, makanlah sarang burung. 481 00:35:21,080 --> 00:35:22,360 Nah. 482 00:35:23,440 --> 00:35:24,440 Terima kasih. 483 00:35:36,000 --> 00:35:37,920 Boleh awak berikan fail itu kepada saya? 484 00:35:38,240 --> 00:35:39,320 Baiklah. 485 00:35:47,880 --> 00:35:49,120 Yang inikah? 486 00:35:51,080 --> 00:35:52,560 Terima kasih. 487 00:36:02,400 --> 00:36:05,600 Dadah yang dimasukkan dalam sarang burung itu tiada rasa dan bau. 488 00:36:05,680 --> 00:36:08,040 Sudah tentu dia tak perasan dan habiskannya. 489 00:36:08,120 --> 00:36:12,480 Kita akan dengar dia semakin tenat dalam dua hari lagi. 490 00:36:13,000 --> 00:36:18,680 Bagus. Nah, ambil cerut. 491 00:36:19,800 --> 00:36:20,920 Terima kasih. 492 00:36:22,080 --> 00:36:26,480 Jika Chen Xi mati, Chen Gong akan kehilangan orang kanannya. 493 00:36:27,080 --> 00:36:30,680 Selepas itu, dia bukan saja kehilangan lesen bank. 494 00:36:31,000 --> 00:36:33,280 Dia juga perlu serahkan jawatan pengerusi. 495 00:36:33,520 --> 00:36:36,960 Saya tak sabar nak mula bekerja. Saya nak bantu awak dan pak cik. 496 00:36:37,000 --> 00:36:41,840 Bersabarlah. Sebaik saja kita dapat lesen bank, awak akan sibuk. 497 00:36:53,880 --> 00:36:56,280 Encik Chen, awak tak makan? 498 00:36:57,080 --> 00:36:59,080 Saya tak makan. Ambillah. 499 00:37:00,320 --> 00:37:03,600 Jururawat, beritahu doktor saya nak keluar tak lama lagi. 500 00:37:03,680 --> 00:37:04,880 Baiklah. 501 00:37:08,720 --> 00:37:09,720 Helo! 502 00:37:12,000 --> 00:37:15,560 Awak nampak sihat. Saya belikan awak kek. 503 00:37:15,680 --> 00:37:17,320 -Awak boleh makan kek? -Sudah tentu. 504 00:37:17,880 --> 00:37:19,800 Awak nampak lapar. 505 00:37:20,080 --> 00:37:24,280 Sangat lapar. Saya tak makan makanan hospital untuk tujuan berjaga-jaga. 506 00:37:25,160 --> 00:37:28,400 Saya semakin berhati-hati setelah awak beritahu saya. 507 00:37:28,520 --> 00:37:30,240 Awak ingat Alexandre? 508 00:37:30,520 --> 00:37:33,320 Dia bawa sarang burung. 509 00:37:33,880 --> 00:37:36,120 Tapi saya perasan dia nampak pelik. 510 00:37:36,240 --> 00:37:38,800 Jadi saya buang sarang burung itu ketika dia tak perasan. 511 00:37:38,880 --> 00:37:41,320 Saya hantar orang untuk ekori dia. 512 00:37:42,640 --> 00:37:44,320 Dia pergi ke rumah Robert. 513 00:37:44,400 --> 00:37:46,200 Awak syak mereka nak apa-apakan awak? 514 00:37:46,320 --> 00:37:48,920 Robert dan ayahnya tak berhati perut. 515 00:37:49,000 --> 00:37:51,800 Keluarga kita sekarang bersaing untuk mendapatkan lesen bank. 516 00:37:51,880 --> 00:37:54,680 Dia juga sedar saya ada hubungan baik dengan British. 517 00:37:55,240 --> 00:37:59,920 Tak hairanlah orang seperti Alexandre digunakan oleh mereka. 518 00:38:02,520 --> 00:38:06,680 Kapitalis sanggup buat apa saja untuk menang. 519 00:38:07,080 --> 00:38:10,560 Saya tak sempat tanya dari mana awak dapat maklumat itu. 520 00:38:11,000 --> 00:38:12,320 Yueniang. 521 00:38:13,000 --> 00:38:16,000 Ia kebetulan. Saya baru sampai di Singapura semalam. 522 00:38:16,080 --> 00:38:19,560 Ayah kata awak sakit. Saya ingat awak dirawat di rumah. 523 00:38:19,680 --> 00:38:22,080 Saya ke rumah awak awal pagi tadi. 524 00:38:23,520 --> 00:38:24,600 Yueniang! 525 00:38:28,880 --> 00:38:31,520 -Awak masih ingat saya? -Sudah tentu. 526 00:38:31,600 --> 00:38:33,200 Libby, rakan saya. 527 00:38:33,240 --> 00:38:36,200 Saya baru sampai di Singapura semalam, tapi saya dah jumpa awak hari ini. 528 00:38:36,320 --> 00:38:38,040 Kita memang rakan sejati. 529 00:38:38,080 --> 00:38:39,560 Saya datang nak melawat Chen Xi. 530 00:38:39,680 --> 00:38:43,440 Libby, saya ada sesuatu yang penting untuk awak sampaikan kepada Chen Xi. 531 00:38:43,680 --> 00:38:47,560 Dia suruh saya memberitahu awak supaya berhati-hati. 532 00:38:49,320 --> 00:38:52,640 Dia mahu saya segera beritahu awak. 533 00:38:52,720 --> 00:38:56,040 Saya teringat untuk tanya dia soalan itu sebelum saya masuk kereta. 534 00:38:56,120 --> 00:38:58,400 Yueniang, bukankah awak bersama Chen Xi? 535 00:39:02,320 --> 00:39:06,120 Dia memandang saya dan pergi tanpa mengucapkan sepatah kata pun. 536 00:39:07,680 --> 00:39:11,880 Nampak seperti banyak perkara terjadi setelah saya ke England. 537 00:39:12,520 --> 00:39:13,880 Betul. 538 00:39:15,080 --> 00:39:21,080 Tapi saya masih tak faham kenapa Yueniang dan awak tidak berkahwin. 539 00:39:41,040 --> 00:39:42,600 Periksa jika jumlahnya betul. 540 00:39:42,880 --> 00:39:46,160 Tak apa, tauke. Kami percaya. 541 00:39:46,240 --> 00:39:49,080 Jika saya tak percayakan awak, saya takkan jalankan urus niaga dengan awak. 542 00:39:49,160 --> 00:39:53,080 Awak betul. Kami mahu bina hubungan perniagaan yang berpanjangan. 543 00:39:53,160 --> 00:39:55,040 Kita patut saling mempercayai. 544 00:39:55,320 --> 00:39:58,040 Kami akan hantar barang mengikut yang dijanjikan. 545 00:39:58,080 --> 00:39:59,080 Baiklah. 546 00:39:59,880 --> 00:40:04,120 -Tao-jie, apa yang awak lihat? -Saya periksa kalau kita diekori. 547 00:40:04,440 --> 00:40:06,680 Sudahlah, tiada siapa ekori kita. 548 00:40:07,560 --> 00:40:09,400 Jangan tunjukkan wang di tempat awam. 549 00:40:09,480 --> 00:40:12,000 Kita bawa banyak wang selepas hantar sarang burung. 550 00:40:12,080 --> 00:40:15,160 Ramai orang di kedai tadi, mungkin ada yang perhatikan kita. 551 00:40:15,400 --> 00:40:17,640 Jangan takutkan diri sendiri. 552 00:40:17,880 --> 00:40:20,160 Mari kita minum dulu. 553 00:40:23,520 --> 00:40:25,520 -Beri kami dua gelas. -Baik. 554 00:40:26,560 --> 00:40:30,880 Cik Yueniang, Singapura dikatakan dipenuhi dengan pencuri dan penyeluk saku. 555 00:40:30,960 --> 00:40:33,680 Mari kita daftar keluar dan kembali ke Melaka. 556 00:40:33,960 --> 00:40:36,880 Tidak. Saya tidak akan kembali dengan beg kosong. 557 00:40:37,080 --> 00:40:39,320 -Awak merancang untuk beli cenderahati? -Tidak. 558 00:40:39,440 --> 00:40:42,520 Saya ingin membeli barang dan menjualnya kembali di Melaka. 559 00:40:42,600 --> 00:40:44,880 Kita telah dapat untung setelah menjual sarang burung. 560 00:40:45,000 --> 00:40:48,400 Jika kita jual barang di Melaka, kita boleh tubuhkan tabung. 561 00:40:59,320 --> 00:41:01,120 Tao-jie, mari sini. 562 00:41:02,000 --> 00:41:03,480 Pegang ini. 563 00:41:04,640 --> 00:41:07,960 Bukankah ia licin, lembut dan berkilat? 564 00:41:09,320 --> 00:41:13,920 Kain apa ini? Kalau pakai kain ini seperti tak pakai apa-apa. 565 00:41:14,320 --> 00:41:16,320 Inilah sutera. 566 00:41:16,880 --> 00:41:20,800 Cik Yueniang, kita patut jalankan perniagaan yang kita tahu. 567 00:41:20,880 --> 00:41:24,840 Bagaimana jika kita menggunakan wang itu untuk beli sutera dan... 568 00:41:24,920 --> 00:41:27,200 Saya tak kata kita perlu buat begitu. 569 00:41:27,320 --> 00:41:31,200 Tao-jie, saya sedar kita tak patut buat sesuatu yang kita tak tahu. 570 00:41:33,040 --> 00:41:35,280 Cik Yueniang, lihat di sana. 571 00:41:36,520 --> 00:41:40,520 Bukankah dia seorang peguam? Kenapa dia minum kopi di sini? 572 00:41:40,880 --> 00:41:43,640 Dia suka begitu. Kenapa awak peduli? 573 00:41:46,520 --> 00:41:48,120 Mari pergi. 574 00:41:52,680 --> 00:41:55,680 Hai, ingat saya? Saya Paul. 575 00:41:56,680 --> 00:42:00,640 Gembira dapat jumpa awak lagi. Saya tak tahu nama awak. 576 00:42:01,320 --> 00:42:03,200 Saya Yueniang. 577 00:42:03,240 --> 00:42:05,280 Yueniang. 578 00:42:07,120 --> 00:42:09,280 Maaf, saya salah cakapkah? 579 00:42:10,640 --> 00:42:12,000 Boleh saya bantu? 580 00:42:12,080 --> 00:42:13,480 Boleh saya jumpa awak lagi? 581 00:42:14,080 --> 00:42:15,680 Jumpa saya lagi? 582 00:42:16,080 --> 00:42:19,400 Saya baru sampai di Singapura. Saya tak kenal sesiapa. 583 00:42:19,520 --> 00:42:22,680 Sebenarnya, awak orang pertama yang berbual dengan saya. 584 00:42:23,520 --> 00:42:28,240 Awak nak makan malam dengan saya? Ada cara untuk saya hubungi awak? 585 00:42:29,080 --> 00:42:32,400 Saya tak tinggal di sini. Saya harus pulang ke Melaka. 586 00:42:32,520 --> 00:42:33,680 Selamat tinggal. 587 00:42:37,640 --> 00:42:39,000 Selamat tinggal! 588 00:42:42,880 --> 00:42:44,520 Brandi, arak premium! 589 00:42:45,640 --> 00:42:48,000 Encik Smith memang seorang pakar. 590 00:42:48,080 --> 00:42:51,440 Ini adalah arak vintaj. Dan ayah saya ada tiga botol. 591 00:42:51,560 --> 00:42:55,120 Awak boleh memiliki dua botol lagi. 592 00:42:55,880 --> 00:42:58,080 Oh, tidak! Terima kasih. 593 00:42:58,520 --> 00:43:01,520 Sudah terlambat. Ia sudah berada dalam kenderaan awak. 594 00:43:02,080 --> 00:43:06,440 Awak letakkan saya dalam kedudukan yang sukar. 595 00:43:12,880 --> 00:43:18,600 Encik Smith, ini hadiah perkahwinan anak lelaki awak. 596 00:43:19,040 --> 00:43:22,120 Saya harap awak tak kisah. Ia hanya hadiah kecil. 597 00:43:28,520 --> 00:43:34,120 Tidak! Hadiah ini terlalu besar. Saya tak boleh terima. 598 00:43:34,320 --> 00:43:36,880 Jangan begitu, kita kawan lama. 599 00:43:36,960 --> 00:43:40,960 Kalau awak tak terima, itu tandanya awak tak hormati kami. 600 00:43:42,080 --> 00:43:44,560 Takkanlah saya berani tak menghormati awak. 601 00:43:44,680 --> 00:43:50,080 Tapi seperti yang awak tahu, saya penjawat awam. Awak buat saya tersepit. 602 00:43:51,080 --> 00:43:54,400 Saya sangat menghargai niat awak. Saya tak boleh terima. 603 00:43:54,520 --> 00:43:55,680 Saya tak boleh. 604 00:43:58,240 --> 00:44:00,440 Baiklah. 605 00:44:00,520 --> 00:44:03,440 Saya perlu hadiri mesyuarat di kementerian. 606 00:44:03,520 --> 00:44:08,320 Encik Smith, kami memerlukan bantuan awak mengenai lesen bank. 607 00:44:10,080 --> 00:44:12,000 Baiklah, saya akan cuba yang terbaik. 608 00:44:12,080 --> 00:44:15,000 Tapi seperti yang awak tahu, bukan saya seorang yang buat keputusan. 609 00:44:15,080 --> 00:44:16,400 Sudah tentu. 610 00:44:16,520 --> 00:44:20,560 Tapi dengan jawatan awak, siapa yang berani bantah keputusan awak? 611 00:44:21,080 --> 00:44:25,000 Awak cuma perlu beri komen yang baik tentang kami. 612 00:44:25,080 --> 00:44:27,080 Itu tak jadi masalah. 613 00:44:27,520 --> 00:44:28,680 Terima kasih banyak. 614 00:44:33,880 --> 00:44:36,520 Encik Lin, pergi iringi Encik Smith. 615 00:44:38,760 --> 00:44:40,320 Terima kasih banyak. 616 00:44:41,080 --> 00:44:43,280 Terima kasih, Encik Smith. 617 00:44:53,960 --> 00:44:56,240 Puan Muda! 618 00:44:56,320 --> 00:44:58,440 Lepaskan saya! Awak tak boleh halang saya! 619 00:44:58,560 --> 00:45:00,320 Jangan halang saya! 620 00:45:01,400 --> 00:45:04,240 Tolong saya! 621 00:45:04,520 --> 00:45:05,880 Tolong!