1
00:02:22,240 --> 00:02:25,320
Jadi itulah bagaimana
gambar ini diambil.
2
00:02:34,320 --> 00:02:36,240
Waktu itu adalah zaman
hitam dan putih.
3
00:02:36,760 --> 00:02:39,040
Mengapa yang satu ini ada warna?
4
00:02:40,400 --> 00:02:42,560
Awak tak nampakkah
ia telah diproses?
5
00:02:42,640 --> 00:02:43,920
Yakah?
6
00:02:44,560 --> 00:02:45,840
Sukar nak percaya.
7
00:02:45,920 --> 00:02:47,280
Makan malam dah siap!
8
00:02:50,400 --> 00:02:52,120
Cukuplah.
Mari pergi.
9
00:02:55,800 --> 00:02:58,000
Awak sentuh gambar
cik muda kami lagi!
10
00:03:00,240 --> 00:03:03,240
Apa terjadi selepas lelaki Jepun itu
ambil gambar moyang awak?
11
00:03:04,040 --> 00:03:07,760
Bagaimana perayaan
tok panjang disambut?
12
00:03:08,360 --> 00:03:10,160
Kenapa awak menyibuk?
13
00:03:11,000 --> 00:03:15,000
Supaya saya boleh menulis
tesis tentang budaya Baba.
14
00:03:15,280 --> 00:03:17,360
Apa yang terjadi pada
keluarga awak selepas itu?
15
00:03:17,440 --> 00:03:20,000
Dah tentu saya tahu
sejarah keluarga saya.
16
00:04:16,400 --> 00:04:18,200
Wah, sedap baunya!
17
00:04:18,280 --> 00:04:21,000
Pasti air longan awak sangat sedap.
18
00:04:21,320 --> 00:04:23,000
Saya nak sangat minum seteguk.
19
00:04:46,640 --> 00:04:50,360
Tidak. Tak boleh.
20
00:04:56,240 --> 00:04:57,760
Saya tak peduli, saya nak rasa sikit.
21
00:05:15,560 --> 00:05:16,600
Ya?
22
00:05:16,640 --> 00:05:20,200
Chong po mahu makan sekarang.
Takut makanannya sejuk.
23
00:05:20,280 --> 00:05:22,840
Tak boleh begitu.
Keluarga Chen belum sampai lagi.
24
00:05:24,000 --> 00:05:26,280
Kenapa mereka tak sampai lagi?
25
00:05:26,960 --> 00:05:30,040
Pengaruh awak tak cukup kuat untuk
mereka terima jemputan awak?
26
00:05:30,120 --> 00:05:31,440
Jangan merepek.
27
00:05:32,000 --> 00:05:34,720
Saya dengar keluarga Chen sangat kaya.
28
00:05:35,080 --> 00:05:38,920
Mereka bina sebuah vila di Pantai Katong
di Singapura baru-baru ini.
29
00:05:39,000 --> 00:05:41,040
Ia seperti istana.
30
00:05:41,880 --> 00:05:44,920
Kita tidak ada apa-apa
berbanding dengan mereka.
31
00:05:46,000 --> 00:05:48,480
Kita pun bukan orang biasa saja di sini.
32
00:05:48,960 --> 00:05:51,360
Puan Chen dan nenek saya
seperti adik-beradik kandung.
33
00:05:51,800 --> 00:05:55,320
Ayah Chen Gong adalah salah seorang kawan
rapat saya semasa dia masih hidup.
34
00:05:55,400 --> 00:05:57,520
Chen Gong tak akan
menolak permintaan saya.
35
00:05:57,640 --> 00:06:00,400
Tauke, keluarga Chen dah sampai.
36
00:06:01,080 --> 00:06:02,280
Moyang Chen ada bersama?
37
00:06:02,360 --> 00:06:03,520
Ya, dia ada.
38
00:06:03,640 --> 00:06:06,320
Moyang Chen datang juga.
Nampaknya, Meiyu akan berkahwin nanti.
39
00:06:09,760 --> 00:06:12,040
Selamat datang.
Terima kasih kerana sudi ke sini.
40
00:06:12,120 --> 00:06:13,920
Pakcik Yuan,
maaf sebab terlambat.
41
00:06:14,000 --> 00:06:16,160
Puan Chen, tahniah!
42
00:06:18,280 --> 00:06:21,320
Tahniah atas kedatangan saya?
Boleh saya tahu mengapa?
43
00:06:21,560 --> 00:06:23,880
Tahniah kerana ada
cucu yang hebat.
44
00:06:25,160 --> 00:06:27,600
Oh ya, dia dilahirkan dua hari lalu.
45
00:06:27,720 --> 00:06:29,680
Itu terjadi pada hari
ayahnya menandatangani...
46
00:06:29,760 --> 00:06:31,880
...perjanjian perlombongan timah
dengan orang Barat.
47
00:06:31,960 --> 00:06:35,040
Jadi dia diberi nama Chen Xi.
48
00:06:36,200 --> 00:06:39,440
Wah! Sebuah perniagaan lombong timah
memerlukan pelaburan besar.
49
00:06:39,920 --> 00:06:42,040
Chen Gong, masa depan
awak sangat cerah!
50
00:06:42,440 --> 00:06:44,880
Macam pepatah Cina,
"bapa borek, anak rintik".
51
00:06:45,000 --> 00:06:46,200
Itu memang betul.
52
00:06:46,400 --> 00:06:47,560
Saya rasa bangga, pak cik.
53
00:06:47,640 --> 00:06:50,680
Sekarang, saya risaukan
anak bongsu saya.
54
00:06:50,800 --> 00:06:54,560
Chen Sheng sangat tinggi.
Saya hampir tak kenal dia.
55
00:06:54,640 --> 00:06:58,840
Saya juga tak cam bila
dia pulang dari Britain.
56
00:06:58,960 --> 00:07:03,000
Dia pergi selama 3 hingga 4 tahun
dan kembali sebagai lelaki dewasa.
57
00:07:03,320 --> 00:07:05,880
Sekali pandang saja, kita tahu
Sheng seorang yang bijak.
58
00:07:06,000 --> 00:07:09,400
Pasti dia akan bawa pembaharuan
pada perniagaan awak.
59
00:07:09,480 --> 00:07:11,880
Nenek saya sangat
sayang pada adik saya ini.
60
00:07:12,000 --> 00:07:14,040
Nenek sentiasa mendesak
dia untuk berkahwin.
61
00:07:14,120 --> 00:07:18,200
Tapi nampaknya tak ada
gadis yang dia suka.
62
00:07:19,800 --> 00:07:23,160
Tengoklah. Dia buat saya
macam maharani balu pula.
63
00:07:23,240 --> 00:07:26,400
Itu betul. Tak ada siapa berani
berkahwin tanpa kebenaran nenek.
64
00:07:28,000 --> 00:07:30,240
Jangan berdiri saja.
Jemputlah duduk.
65
00:07:34,920 --> 00:07:37,120
Kita kenal semua
yang berada di sini.
66
00:07:40,840 --> 00:07:43,480
Orang yang dah lupa
nenek moyangnya ada di sini juga.
67
00:07:46,640 --> 00:07:49,120
Saya takkan singgah kalau
saya tahu dia ada.
68
00:07:53,800 --> 00:07:57,080
Pasti Moyang Chen bercakap
tentang saya, Charlie Zhang.
69
00:07:57,880 --> 00:08:01,680
Itu khabar angin yang disebarkan oleh
orang yang bermusuhan dengan saya.
70
00:08:03,400 --> 00:08:06,160
Ada angin baru pokok bergoyang.
71
00:08:07,920 --> 00:08:12,960
Betul kata Moyang Chen.
Ada angin baru pokok bergoyang.
72
00:08:13,480 --> 00:08:16,280
Tapi orang yang bercakap
di belakang saya,...
73
00:08:16,400 --> 00:08:19,200
...cuma tahu cerita dari
sebelah pihak saja.
74
00:08:19,880 --> 00:08:22,360
Saya tak lupakan
nenek moyang saya.
75
00:08:22,440 --> 00:08:25,480
Saya mengingati mereka
dengan cara sendiri.
76
00:08:25,560 --> 00:08:26,640
Yakah?
77
00:08:27,000 --> 00:08:30,920
Saya dengar tempat sembah nenek moyang
dah dipindahkan dari rumah awak.
78
00:08:31,000 --> 00:08:34,400
Awak tak pamerkan gambar
nenek moyang pun.
79
00:08:36,000 --> 00:08:38,840
Tempat sembah tak ada
di dalam rumah orang Barat.
80
00:08:39,280 --> 00:08:41,320
Jadi, mereka juga tak menghormati
nenek moyangkah?
81
00:08:41,800 --> 00:08:44,440
Saya cuma belajar daripada mereka.
82
00:08:47,640 --> 00:08:49,960
Nenek, tak perlu bertengkar dengan dia.
83
00:08:50,040 --> 00:08:52,120
Kita perlu hormat kepada
pemilik rumah ini.
84
00:09:22,320 --> 00:09:23,640
Bukankah awak Tianlan?
85
00:09:24,640 --> 00:09:25,920
Saya, puan.
86
00:09:26,320 --> 00:09:28,120
Mata awak sangat baik.
Masih boleh,...
87
00:09:28,200 --> 00:09:29,880
...mengenali saya setelah
bertahun-tahun.
88
00:09:30,000 --> 00:09:31,400
Sudah tentu saya kenal awak.
89
00:09:31,800 --> 00:09:35,680
Ibu mentua awak selalu memuji
awak ketika dia masih hidup.
90
00:09:35,880 --> 00:09:38,640
Dia kata masakan awak
kena dengan selera dia.
91
00:09:38,720 --> 00:09:40,720
Saya belajar daripada
ibu mentua saya sendiri.
92
00:09:40,800 --> 00:09:41,920
Dah tentu.
93
00:09:42,000 --> 00:09:44,120
Dia antara semua wanita Nyonya,...
94
00:09:44,200 --> 00:09:48,160
...tiada siapa boleh lawan
kebolehan memasak ibu mentua awak.
95
00:09:49,800 --> 00:09:51,760
Sayang dia pergi tinggalkan
kita begitu awal.
96
00:09:52,280 --> 00:09:55,920
Alangkah bagusnya kalau saya dapat
jaga dia untuk beberapa tahun lagi.
97
00:10:02,800 --> 00:10:04,200
Itu nasib dia.
98
00:10:04,280 --> 00:10:07,200
Puan Chen, minumlah air longan itu lagi.
99
00:10:09,240 --> 00:10:10,520
Kamu boleh pergi.
100
00:10:11,360 --> 00:10:12,640
Encik Yousuke, ke sini!
101
00:10:15,360 --> 00:10:16,440
Saya minta maaf.
102
00:10:17,000 --> 00:10:20,040
Dia ialah En. Yousuke,
kawan Kimura.
103
00:10:21,560 --> 00:10:24,640
Yousuke, awak pasti rasa kecewa
selepas melihat rumah saya.
104
00:10:24,760 --> 00:10:28,200
Oh, tidak. Terlalu banyak perkara yang
menarik minat saya di rumah awak.
105
00:10:28,720 --> 00:10:32,560
Saya begitu sibuk dengan kerja.
Saya hampir lupa tentang tok,...
106
00:10:33,560 --> 00:10:35,720
Maaf, saya lupa namanya.
107
00:10:35,840 --> 00:10:37,240
Tok panjang.
108
00:10:37,960 --> 00:10:40,960
Kami orang Baba sangat
pentingkan tok panjang.
109
00:10:41,400 --> 00:10:45,000
Kami akan melayan tetamu
dengan makanan yang banyak.
110
00:10:45,160 --> 00:10:47,880
Tak malu sungguh dia
kata dia orang Baba.
111
00:10:49,360 --> 00:10:53,280
Saya dengar tok panjang
disambut dengan penuh tertib.
112
00:10:54,400 --> 00:10:57,360
Bila makanan sudah dihidangkan
di atas pinggan,...
113
00:10:57,440 --> 00:10:59,520
...baru awak boleh
mula gunakan penyepit.
114
00:11:00,080 --> 00:11:02,480
Ia tak sopan bila ambil sendiri
makanan dengan penyepit.
115
00:11:02,560 --> 00:11:04,960
Awak setuju tak, Moyang Chen?
116
00:11:09,280 --> 00:11:12,680
Minuman longan ini mengingatkan
saya pada nenek awak.
117
00:11:13,160 --> 00:11:15,320
Siapa yang mewarisi resepi daripada dia?
118
00:11:15,400 --> 00:11:17,320
Meiyu yang buat minuman itu.
119
00:11:19,400 --> 00:11:23,880
Pasti air longan awak sangat sedap.
Saya nak sangat minum seteguk.
120
00:11:24,480 --> 00:11:26,080
Jadi itulah anaknya.
121
00:11:26,560 --> 00:11:29,760
-Tolong tambahkan lagi air Moyang Chen.
-Baik.
122
00:11:32,520 --> 00:11:35,240
Terlalu banyak peraturan
dalam keluarga Baba.
123
00:11:35,680 --> 00:11:40,360
Misalnya perkahwinan. Orang akan tetap
sibuk selama lebih dari 10 hari.
124
00:11:40,560 --> 00:11:41,720
Kita tak ada masa untuk itu.
125
00:11:42,080 --> 00:11:46,400
Waktu telah berubah.
Kita harus bergerak maju dengan waktu.
126
00:11:46,920 --> 00:11:49,400
Apa yang patut dibuang harus dibuang.
127
00:11:51,880 --> 00:11:54,880
Chong po yang sediakan
semua hidangan ini.
128
00:11:54,960 --> 00:11:56,840
Tolong jaga adab masing-masing.
129
00:11:57,480 --> 00:11:58,520
Saya minta maaf.
130
00:11:59,160 --> 00:12:00,880
Boleh beri saya semangkuk air longan?
131
00:12:02,120 --> 00:12:05,560
Yousuke, air longan
adalah untuk wanita.
132
00:12:06,160 --> 00:12:08,080
Kita lelaki patut minum alkohol!
133
00:12:09,560 --> 00:12:11,200
Tapi saya mahu air longan.
134
00:12:13,280 --> 00:12:15,240
Biarkan anak muda ini mencubanya.
135
00:12:16,640 --> 00:12:18,000
Terima kasih, Moyang Chen.
136
00:12:23,360 --> 00:12:25,040
Sedapnya.
137
00:12:34,920 --> 00:12:37,200
Meiyu, kita dah salah.
138
00:12:37,800 --> 00:12:40,120
Bakal suami awak bukan
lelaki Jepun itu.
139
00:12:41,000 --> 00:12:43,080
Dialah yang sesuai dengan awak.
140
00:12:44,640 --> 00:12:48,040
Boleh tahan juga dia.
Dia nampak macam lelaki budiman.
141
00:12:48,840 --> 00:12:49,960
Sudah tentu dia boleh tahan.
142
00:12:50,040 --> 00:12:51,480
Keluarga Chen sangat kaya.
143
00:12:51,560 --> 00:12:55,120
Siapa yang berkahwin dengan mereka,
akan jadi permaisuri.
144
00:13:03,840 --> 00:13:06,800
Chong po adalah tukang
masak yang baik.
145
00:13:06,880 --> 00:13:09,560
Saya hampir tak boleh bergerak
setelah makan masakannya.
146
00:13:10,840 --> 00:13:12,560
Mari kita bermain ceki.
147
00:13:12,640 --> 00:13:17,040
Hari ini tak boleh.
Saya ada hal penting untuk diuruskan.
148
00:13:20,760 --> 00:13:23,840
Nenek, makanlah kuih.
149
00:13:26,400 --> 00:13:31,560
Oh, bukankah ini Meiyu?
Kamu sangat tinggi sekarang!
150
00:13:32,560 --> 00:13:35,400
Ini adalah anak perempuan saya,
Xiufeng dan Xiujuan.
151
00:13:36,320 --> 00:13:37,960
Nenek, sila makan kuih ini.
152
00:13:38,040 --> 00:13:39,400
Baiklah.
153
00:13:40,080 --> 00:13:42,320
Saya dengar mereka semua
pergi ke sekolah Inggeris.
154
00:13:42,400 --> 00:13:45,480
Ya, itu adalah idea ayah mereka.
155
00:13:47,080 --> 00:13:48,200
Bagaimana dengan Meiyu?
156
00:13:48,280 --> 00:13:50,520
Ayahnya tak benarkan dia
dilihat di khalayak ramai.
157
00:13:50,640 --> 00:13:53,800
Seorang tutor datang
melatih dia selama beberapa tahun.
158
00:13:53,880 --> 00:13:55,440
Itu cukup bagus.
159
00:13:55,560 --> 00:14:00,120
Seorang gadis patut belajar
menguruskan keluarga.
160
00:14:00,240 --> 00:14:01,280
Itu betul.
161
00:14:02,320 --> 00:14:03,760
Ketinggalan zaman.
162
00:14:05,000 --> 00:14:07,920
Xiufeng dah bertunang dengan Jincheng.
163
00:14:08,000 --> 00:14:09,320
Yakah?
164
00:14:09,400 --> 00:14:12,160
Baguslah, saudara-mara bersatu.
165
00:14:31,880 --> 00:14:34,760
Rasa dua kuih ini sangat sedap.
166
00:14:35,080 --> 00:14:37,320
Siapa yang membuatnya?
167
00:14:37,440 --> 00:14:40,240
Nenek, saya yang buat kuih salat itu.
168
00:14:41,480 --> 00:14:42,600
Bagaimana dengan yang ini?
169
00:14:42,720 --> 00:14:44,200
Juxiang yang buat.
170
00:14:45,040 --> 00:14:48,400
Oh ya, kenapa saya
tak nampak Juxiang di sini?
171
00:15:03,760 --> 00:15:05,120
Itu pasti dia.
172
00:15:05,720 --> 00:15:08,000
Dia nampak lebih cantik
daripada gambar.
173
00:15:10,000 --> 00:15:12,800
Encik Huang, gadis itu...
174
00:15:13,680 --> 00:15:15,040
Dia anak perempuan saya, Juxiang.
175
00:15:17,080 --> 00:15:20,240
Abang, dia anak pakcik Yuan?
176
00:15:25,360 --> 00:15:27,520
Adakah nenek nak jodohkan
saya dengan dia?
177
00:15:36,000 --> 00:15:40,000
Kuih ini terlalu memikat.
178
00:15:42,120 --> 00:15:44,200
Bolehkah saya cuba rasa?
179
00:15:52,640 --> 00:15:55,800
Ia manis. Ia sangat manis.
180
00:15:56,560 --> 00:15:58,800
Saya tidak sabar nak makan semuanya!
181
00:16:09,200 --> 00:16:12,280
Hai, nama saya Charlie Zhang.
182
00:16:16,240 --> 00:16:18,800
Charlie Zhang,
apa yang awak cuba buat?
183
00:16:21,760 --> 00:16:23,960
Itu adalah gaya teguran orang Barat.
184
00:16:25,760 --> 00:16:28,440
Awak tak nampak muka dia
dah jadi pucat?
185
00:16:29,400 --> 00:16:32,200
Dia adalah seorang Nyonya,
bukan wanita Inggeris.
186
00:16:33,160 --> 00:16:34,520
Layan dia dengan hormat.
187
00:16:46,000 --> 00:16:49,640
Chen Sheng, jangan cakap
awak dah tergoda dengan dia.
188
00:16:57,000 --> 00:17:00,800
Anak muda, kamu bukan
calang-calang orangnya.
189
00:17:25,240 --> 00:17:28,160
Cik, Moyang Chen cari awak.
190
00:17:30,040 --> 00:17:32,240
Nampaknya dia akan jadikan
awak cucu menantu dia.
191
00:17:33,000 --> 00:17:34,160
Mari pergi!
192
00:17:43,040 --> 00:17:44,080
Dah okey.
193
00:17:53,360 --> 00:17:55,440
Juxiang, mari ke sini.
194
00:17:57,160 --> 00:17:59,640
Nenek sangat rindukan kamu.
195
00:18:00,840 --> 00:18:03,120
-Kamu boleh pergi.
-Baiklah.
196
00:18:04,200 --> 00:18:08,240
Dah hampir 4 tahun nenek tak jumpa kamu.
Kamu dah jadi cantik.
197
00:18:10,040 --> 00:18:15,000
Nenek kata kuih yang
kamu buat sangat sedap.
198
00:18:18,160 --> 00:18:20,760
Adakah kamu yang memasak semuanya?
199
00:18:21,400 --> 00:18:22,440
Nenek,...
200
00:18:24,560 --> 00:18:26,120
Kamu faham apa nenek cakap?
201
00:18:27,920 --> 00:18:30,880
Juxiang jadi pekak ketika
dia berusia sembilan tahun.
202
00:18:31,240 --> 00:18:34,840
Jadi, dia boleh baca gerakan bibir.
203
00:18:35,640 --> 00:18:37,560
Itu tidak mudah sama sekali.
204
00:18:38,800 --> 00:18:40,880
Sayangnya, nenek kamu meninggal awal,...
205
00:18:40,960 --> 00:18:44,760
...kalau tak dia pasti akan
jaga kamu dengan baik.
206
00:18:44,880 --> 00:18:46,200
Ya, betul.
207
00:18:46,240 --> 00:18:49,800
Nenek sangat manjakan Juxiang
ketika dia masih hidup.
208
00:18:50,360 --> 00:18:52,560
Juxiang sakit teruk
setelah kematian nenek.
209
00:18:52,640 --> 00:18:54,680
Selepas itu, dia menjadi
bisu dan pekak.
210
00:18:57,640 --> 00:19:00,120
Juxiang, kenapa?
211
00:19:00,720 --> 00:19:02,800
Jangan buat nenek sedih.
212
00:19:10,320 --> 00:19:11,600
Nenek dah makan.
213
00:19:12,200 --> 00:19:14,600
Kuih yang Meiyu buat ini sangat sedap.
214
00:19:15,160 --> 00:19:19,880
Tapi, kuih dadar yang kamu
buat lebih sedap lagi.
215
00:19:22,840 --> 00:19:25,200
Dia buat awak nampak
tak bagus supaya orang puji dia.
216
00:19:25,880 --> 00:19:27,720
Tapi memang dia lebih
bagus daripada saya.
217
00:19:32,120 --> 00:19:35,280
Kenapa dia lebih hebat
dalam semua yang dia buat?
218
00:19:37,560 --> 00:19:38,720
Meiyu.
219
00:19:43,320 --> 00:19:44,560
Makcik panggil awak.
220
00:19:45,200 --> 00:19:46,440
Ya, mak?
221
00:19:46,640 --> 00:19:49,560
Tunjukkan nenek sulaman
yang kamu buat.
222
00:19:51,960 --> 00:19:56,200
Juxiang, mungkin kemahiran menyulam
kamu pun semakin bagus juga.
223
00:19:56,880 --> 00:19:58,480
Nenek lihat kerja sulaman kamu.
224
00:20:36,480 --> 00:20:37,760
Biar saya tengok.
225
00:20:47,880 --> 00:20:49,320
Ini adalah hasil kerja Meiyu.
226
00:20:51,040 --> 00:20:55,920
Ia nampak sangat bagus.
227
00:20:57,200 --> 00:20:59,240
Tapi bila dibandingkan dengan kamu,...
228
00:21:03,880 --> 00:21:08,760
Sudah bertahun-tahun saya melatih dia.
Dia masih sangat mengecewakan.
229
00:21:10,560 --> 00:21:13,960
Juxiang, Meiyu adalah adik tiri kamu.
230
00:21:16,560 --> 00:21:18,480
Kamu kena tolong dia.
231
00:21:53,920 --> 00:21:58,000
Juxiang, tunjukkan sulaman
kamu pada Moyang Chen.
232
00:22:14,840 --> 00:22:16,920
Agak bagus.
233
00:22:19,560 --> 00:22:23,080
Meiyu, mana sulaman kamu?
234
00:22:26,200 --> 00:22:29,400
Meiyu, apa yang kamu tunggu?
235
00:22:33,560 --> 00:22:34,720
Cepatlah.
236
00:22:51,160 --> 00:22:52,800
Ini luar biasa!
237
00:22:54,640 --> 00:22:57,520
Meiyu, berapa lama kamu ambil
masa untuk menyiapkannya?
238
00:22:58,360 --> 00:23:00,520
3 hari.
239
00:23:00,800 --> 00:23:05,400
Bagus. Ini adalah kerja
yang sangat bagus.
240
00:23:06,960 --> 00:23:12,560
Nenek pasti, dalam generasi muda sekarang,
tiada kemahiran yang sebaik ini.
241
00:23:13,800 --> 00:23:15,440
Ucap terima kasih kepada Moyang Chen.
242
00:23:17,560 --> 00:23:19,000
Terima kasih, nenek.
243
00:23:28,000 --> 00:23:29,360
Ambil ini semula!
244
00:23:30,840 --> 00:23:32,560
Saya tak faham kenapa
mak saya risau.
245
00:23:32,640 --> 00:23:35,080
Bagaimana jika nenek tahu
saya tak buat begitu?
246
00:23:35,720 --> 00:23:39,120
Jangan cakap sebab awak lebih pandai
menjahit dan memasak berbanding saya,...
247
00:23:39,200 --> 00:23:42,600
...nenek akan jadikan awak yang bisu
dan pekak ini sebagai cucu menantu?
248
00:24:50,080 --> 00:24:53,000
Apa pendapat kamu tentang Meiyu?
249
00:24:54,560 --> 00:24:56,880
Saya rasa dia gadis yang baik.
250
00:24:59,200 --> 00:25:01,360
-Tapi...
-Ya?
251
00:25:02,040 --> 00:25:03,240
Dia tak begitu jujur.
252
00:25:03,640 --> 00:25:05,040
Kamu nampak itu juga?
253
00:25:07,200 --> 00:25:09,680
Sulaman itu bukan kerja dia langsung.
254
00:25:10,360 --> 00:25:13,200
Sulaman yang Juxiang pegang itu
adalah miliknya.
255
00:25:13,880 --> 00:25:15,160
Bagaimana kamu tahu?
256
00:25:15,720 --> 00:25:19,800
Kasut yang Juxiang pakai nampak
sama dengan sulaman itu.
257
00:25:24,480 --> 00:25:29,200
Selain kasut, Juxiang juga
yang buat air longan itu.
258
00:25:31,120 --> 00:25:34,960
Tapi, nenek tak rasa
Meiyu yang nak buat begini.
259
00:25:36,240 --> 00:25:41,080
Semasa nenek nak lihat sulamannya,
dia nampak teragak-agak.
260
00:25:42,280 --> 00:25:46,600
Itu menunjukkan yang dia rasa keberatan.
261
00:25:48,000 --> 00:25:50,840
Wah, wanita tua ini sangat
tajam penglihatannya.
262
00:25:51,800 --> 00:25:57,720
Itu menunjukkan dia
tidaklah terlalu teruk.
263
00:25:58,760 --> 00:26:00,000
Ya, betul kata nenek.
264
00:26:01,160 --> 00:26:07,360
Tak mudah nak jumpa gadis
nyonya seperti Meiyu,...
265
00:26:08,160 --> 00:26:09,920
...dalam generasi sekarang.
266
00:26:12,840 --> 00:26:17,160
Kitalah yang patut buat keputusan.
267
00:26:17,320 --> 00:26:19,000
Nenek, keputusan apa?
268
00:26:20,080 --> 00:26:22,320
Perkahwinan antara kamu dan Meiyu.
269
00:26:23,400 --> 00:26:27,120
Kenapa nenek tak tanya saya dulu
sedangkan ini perkahwinan saya?
270
00:26:27,560 --> 00:26:29,320
Kenapa cakap begitu pada nenek?
271
00:26:29,400 --> 00:26:31,240
Saya cuma rasa ia tak adil.
272
00:26:32,160 --> 00:26:33,440
Nenek adalah ketua keluarga.
273
00:26:33,560 --> 00:26:35,480
Tapi itu untuk
kebahagiaan hidup saya.
274
00:26:35,560 --> 00:26:38,440
Kamu nampak sangat risau.
275
00:26:38,920 --> 00:26:42,600
Baiklah. Beritahu nenek
kalau kamu ada cadangan.
276
00:26:43,080 --> 00:26:46,160
Jika tidak, memang nenek akan
jadi macam maharani balu!
277
00:26:46,240 --> 00:26:47,960
Saya tidak suka Huang Meiyu.
278
00:26:50,040 --> 00:26:52,920
Kalau saya nak kahwin, saya nak
kahwin dengan kakaknya, Juxiang.
279
00:26:57,320 --> 00:26:58,400
Nenek,...
280
00:26:58,480 --> 00:27:00,280
Juxiang pekak dan bisu!
281
00:27:04,840 --> 00:27:09,560
Ya, semakin nenek melihat Juxiang,
semakin nenek sukakan dia.
282
00:27:11,040 --> 00:27:14,240
Tapi dia cacat.
283
00:27:17,040 --> 00:27:18,200
Sayang sekali,...
284
00:27:20,240 --> 00:27:22,360
...nasib kita tak baik.
285
00:27:55,880 --> 00:27:56,960
Cik kata,...
286
00:27:58,000 --> 00:28:00,320
...bilik air untuk
tetamu ada di depan.
287
00:28:01,920 --> 00:28:03,400
Tidak, saya tak cari bilik air.
288
00:28:08,840 --> 00:28:11,160
Tuan Chen mahu apa?
289
00:28:12,080 --> 00:28:13,400
Saya,...
290
00:28:14,920 --> 00:28:16,600
Saya dah sesat.
291
00:28:20,280 --> 00:28:21,680
Dia sesat?
292
00:28:25,000 --> 00:28:26,600
Saya tak rasa dia sesat.
293
00:28:26,640 --> 00:28:29,440
Dia nampak seseorang yang
cantik dan dia terpesona.
294
00:29:32,000 --> 00:29:33,920
Yousuke, selamat pagi.
295
00:29:36,160 --> 00:29:37,600
Adakah awak nak balik ke Singapura?
296
00:29:37,680 --> 00:29:40,040
Saya ada kereta.
Saya akan tumpangkan awak.
297
00:29:40,160 --> 00:29:43,400
Tak perlu. Saya dah beli tiket kereta api.
Terima kasih.
298
00:29:48,280 --> 00:29:50,840
Para gadis lebih susah nak
berkahwin bila mereka lebih 20 tahun.
299
00:29:51,560 --> 00:29:54,160
Sebab itu Huang Yuan tak sabar
nak carikan dia mentua.
300
00:29:55,080 --> 00:29:59,120
Tapi siapa nak berkahwin dengan
seorang gadis yang pekak dan bisu?
301
00:30:01,000 --> 00:30:03,080
Tapi dia memang sangat cantik.
302
00:30:03,600 --> 00:30:04,960
Wajahnya yang seperti
zaitun itu...
303
00:30:05,040 --> 00:30:07,120
Walaupun dia pekak dan bisu,...
304
00:30:07,880 --> 00:30:10,440
...dia masih akan jadi
perempuan simpanan...
305
00:30:10,560 --> 00:30:13,280
...yang bagus untuk
hiburkan awak setiap malam.
306
00:30:13,840 --> 00:30:16,040
Tapi Huang Yuan seorang yang kolot.
307
00:30:16,760 --> 00:30:22,560
Saya pasti dia lebih suka anak dia jadi
anak dara tua daripada jadi gundik.
308
00:30:22,880 --> 00:30:26,840
Siapa Huang Yuan jika nak dibandingkan
dengan awak di dunia hari ini?
309
00:30:27,640 --> 00:30:32,680
Bolehkah dia berurusan dengan
orang Barat tanpa sokongan awak?
310
00:30:33,640 --> 00:30:35,920
Maksud awak, ia seperti
menunjukkan rasa hormat,...
311
00:30:36,000 --> 00:30:39,400
...jika saya jadikan anak dia yang pekak
dan bisu itu sebagai gundik saya?
312
00:30:39,480 --> 00:30:40,800
Ya, betul.
313
00:30:44,760 --> 00:30:46,360
Mungkin ia takdir yang saya,...
314
00:30:46,440 --> 00:30:49,280
...berjumpa semula dengan
gadis Nyonya itu,...
315
00:30:49,560 --> 00:30:53,160
...yang dibuli oleh tiga orang gadis.
316
00:30:54,560 --> 00:30:55,960
Saya dapat rasakan,...
317
00:30:56,640 --> 00:31:00,720
...dia diketepikan dalam keluarga itu.
318
00:31:01,320 --> 00:31:03,720
Bahkan dia dilayan dengan teruk...
319
00:31:03,840 --> 00:31:06,160
...oleh tetamu tak senonoh itu.
320
00:31:07,840 --> 00:31:10,000
Takdir gadis itu...
321
00:31:10,880 --> 00:31:14,760
...tiba-tiba menjadi kebimbangan saya.
322
00:31:16,440 --> 00:31:20,480
Namun, apa yang boleh saya lakukan?
323
00:31:21,720 --> 00:31:25,000
Keadaan begitu huru-hara sekarang.
324
00:31:26,080 --> 00:31:28,520
Saya mungkin tak dapat
selamatkan diri sendiri pun.
325
00:31:42,200 --> 00:31:44,600
Juxiang, tok panjang sudah berakhir.
326
00:31:44,720 --> 00:31:47,600
Awak boleh teruskan apa
yang saya suruh awak buat.
327
00:31:50,760 --> 00:31:52,600
Awak faham tak apa saya cakap?
328
00:31:55,480 --> 00:31:59,760
Juxiang, saya bergantung pada awak
untuk kebahagiaan masa depan saya.
329
00:32:04,000 --> 00:32:07,000
Macam mana saya nak cakap?
Kakak saya akan marah.
330
00:32:07,800 --> 00:32:10,600
Awak tak nak saya dan
kakak bermusuh, kan?
331
00:32:14,800 --> 00:32:16,440
Juxiang, tolonglah.
332
00:32:17,320 --> 00:32:18,960
Saya merayu pada awak.
333
00:32:46,400 --> 00:32:49,640
Saya ada sesuatu nak dibincangkan
dengan awak dalam lawatan peribadi ini.
334
00:32:50,560 --> 00:32:51,880
Ada kaitan dengan persatuan?
335
00:32:52,000 --> 00:32:53,240
Tidak.
336
00:32:53,920 --> 00:32:56,560
Charlie akan uruskan persatuan.
Tidak ada masalah.
337
00:32:57,840 --> 00:33:01,240
Saya datang untuk berbincang tentang
kehidupan anak bongsu awak.
338
00:33:01,840 --> 00:33:02,840
Yakah?
339
00:33:02,920 --> 00:33:07,200
Saya hargai kalau awak dapat jumpa
lelaki yang bagus untuk anak saya.
340
00:33:08,440 --> 00:33:11,400
Saya yakin orang ini sangat luar biasa.
341
00:33:11,840 --> 00:33:12,920
Siapa dia?
342
00:33:15,320 --> 00:33:18,240
Naib presiden kami, Encik Charlie Zhang.
343
00:33:20,440 --> 00:33:24,000
Bukankah Charlie Zhang seorang
lelaki yang dah berkahwin?
344
00:33:24,840 --> 00:33:26,840
Dia nak Juxiang jadi isteri kedua.
345
00:33:27,120 --> 00:33:29,440
Tidak! Tidak mungkin!
346
00:33:29,960 --> 00:33:31,120
Dia tak boleh.
347
00:33:31,200 --> 00:33:33,840
Jadi, awak nak dia membujang
sampai bila-bila?
348
00:33:34,720 --> 00:33:39,120
Tidak, Juxiang pasti
akan jumpa suami nanti.
349
00:33:39,880 --> 00:33:41,440
Dia dah hampir 20 tahun.
350
00:33:41,480 --> 00:33:44,640
Sukar untuk gadis yang dah lebih
20 tahun nak dapat suami.
351
00:33:44,760 --> 00:33:47,000
Inikan pula dia pekak dan bisu.
352
00:33:47,080 --> 00:33:50,400
Takkanlah dia nak tinggal di
rumah ini seumur hidup dia.
353
00:33:53,000 --> 00:33:57,320
Tapi, saya dengar Charlie Zhang
dah lupakan nenek moyang dia.
354
00:33:57,840 --> 00:34:00,480
Dia juga membakar tempat sembah
nenek moyang dia.
355
00:34:00,560 --> 00:34:03,040
Awak tak tahu sangat
tentang hal begitu.
356
00:34:03,120 --> 00:34:05,880
Charlie Zhang adalah
naib presiden persatuan.
357
00:34:05,960 --> 00:34:08,560
Dia bergaul dengan orang
Barat dan Jepun.
358
00:34:08,640 --> 00:34:10,240
Kita akan mendapat
manfaat jika kita,...
359
00:34:10,320 --> 00:34:12,280
...berhubungan dengan dia
dengan perkahwinan ini.
360
00:34:12,440 --> 00:34:17,040
Tuan, Juxiang adalah
darah daging awak.
361
00:34:18,120 --> 00:34:21,160
Sebagai isteri kedua, saya tak rasa,...
362
00:34:23,560 --> 00:34:25,280
...dia akan jalani
kehidupan yang baik.
363
00:34:26,960 --> 00:34:28,920
Dia tidak akan ada
kehidupan yang baik.
364
00:34:32,400 --> 00:34:34,720
Juxiang tak boleh nak
luahkan perasaan dia.
365
00:34:35,560 --> 00:34:38,640
Saya tak tahu layanan macam mana
yang dia perlu hadapi,...
366
00:34:38,720 --> 00:34:41,200
...jika dia jadi ahli keluarga itu.
367
00:34:41,560 --> 00:34:45,920
Saya merayu, Tuan. Jangan biar
Juxiang jadi isteri kedua dia.
368
00:34:46,000 --> 00:34:50,200
Saya merayu, Tuan.
Saya merayu.
369
00:34:50,840 --> 00:34:53,560
Kenapa gemuruh sangat? Bukankah
saya sedang berbincang dengan awak?
370
00:34:53,640 --> 00:34:56,200
Kalau awak menentang,
kita lupakan saja.
371
00:34:57,880 --> 00:34:59,760
Terima kasih, Tuan.
372
00:35:00,240 --> 00:35:01,840
Terima kasih, Tuan.
373
00:35:01,960 --> 00:35:04,320
Cik! Cik!
374
00:35:06,800 --> 00:35:09,720
Cik, Tauke nak awak berkahwin!
375
00:35:13,640 --> 00:35:15,880
Semasa saya mengelap lantai,...
376
00:35:15,960 --> 00:35:20,400
...Tauke beritahu Puan Kedua,
dia dah jumpa suami untuk awak.
377
00:35:21,560 --> 00:35:24,480
Tauke mahu awak berkahwin
dengan Charlie Zhang,...
378
00:35:24,560 --> 00:35:26,960
...dan jadi isteri kedua dia.
379
00:35:28,400 --> 00:35:32,400
Lelaki yang berpakaian seperti orang
Barat dan selalu menghisap cerut.
380
00:35:36,640 --> 00:35:40,120
Ia manis. Ia sangat manis.
381
00:35:41,880 --> 00:35:43,880
Saya tidak sabar nak makan semuanya!
382
00:35:46,640 --> 00:35:50,000
Orang Barat palsu itu
nampak jahat pada saya.
383
00:35:51,200 --> 00:35:54,360
Saya orang gaji pun akan terjun perigi
kalau dia nak kahwin dengan saya.
384
00:35:54,440 --> 00:35:57,640
Inikan pula cik yang datang
dari keluarga terhormat.
385
00:35:59,640 --> 00:36:01,080
Maaf sebab saya cakap lepas.
386
00:36:01,160 --> 00:36:02,680
Kenapa saya bercakap
tentang kahwin,...
387
00:36:02,760 --> 00:36:04,800
...sedangkan saya bersumpah
untuk jadi bujang?
388
00:36:07,640 --> 00:36:10,680
Tak mengapa. Puan Kedua tak nak
cik jadi isteri kedua.
389
00:36:10,800 --> 00:36:13,080
Tauke tak ada pilihan
dan menurut saja.
390
00:36:17,880 --> 00:36:19,840
Saya belum habis cakap.
391
00:36:21,320 --> 00:36:24,081
Saya diberitahu Meiyu akan berkahwin
dengan anak bongsu keluarga Chen.
392
00:36:25,800 --> 00:36:28,680
Tapi tuan muda itu suka pada cik.
393
00:36:30,560 --> 00:36:34,800
Bila dia tahu yang dia akan berkahwin
dengan Meiyu dan bukannya cik,...
394
00:36:34,880 --> 00:36:36,760
...dia jadi sangat marah!
395
00:36:39,280 --> 00:36:42,160
Pasti seronok kalau cik
berkahwin dengan tuan muda itu.
396
00:36:42,240 --> 00:36:45,440
Dia nampak kacak dan
dia daripada keluarga kaya.
397
00:36:46,280 --> 00:36:48,480
Saya dengar dia belajar di Britain.
398
00:36:49,000 --> 00:36:51,160
Kalau Puan Pertama tak cakap
air longan dan...
399
00:36:51,240 --> 00:36:53,200
...kasut sulaman itu
dibuat oleh Meiyu,...
400
00:36:56,880 --> 00:36:58,800
Saya tak peduli jika
mereka dengar pun.
401
00:36:58,880 --> 00:37:01,240
Saya orang gaji yang akan
menegakkan keadilan.
402
00:37:06,840 --> 00:37:08,240
Cik tidak mahu berkahwin?
403
00:37:15,480 --> 00:37:18,640
Cik nak jadi Buddha yang taat dan
tinggal di sisi mak cik selamanya?
404
00:37:21,440 --> 00:37:24,360
Bukankah itu dah sama macam saya?
405
00:37:26,920 --> 00:37:28,160
Cik Juxiang...
406
00:37:29,680 --> 00:37:31,120
-Encik Sun.
-Pergi berkumpul.
407
00:37:31,200 --> 00:37:32,280
Apa masalahnya?
408
00:37:32,360 --> 00:37:34,200
Cik Xiujuan telah
kehilangan barang berharga.
409
00:37:55,640 --> 00:37:56,840
Kak Long.
410
00:38:00,080 --> 00:38:03,240
Gelang emas Xiujuan dah hilang.
411
00:38:04,480 --> 00:38:10,560
Saya tak sangka ada pencuri
dalam keluarga ini.
412
00:38:13,200 --> 00:38:16,360
Saya mesti cari siapa orangnya.
413
00:38:18,000 --> 00:38:25,000
Jika ada yang mengambilnya,
lebih baik mengaku sekarang.
414
00:38:26,880 --> 00:38:29,280
Jangan salahkan saya
kerana tak berhati perut,...
415
00:38:29,400 --> 00:38:32,040
...jika saya tahu
siapa yang mencurinya.
416
00:38:33,960 --> 00:38:35,520
Periksa badan mereka.
417
00:38:36,280 --> 00:38:41,920
Saya mahu ia diperiksa
dengan teliti!
418
00:38:42,680 --> 00:38:44,040
Baiklah.
419
00:39:16,400 --> 00:39:19,120
Kak Long, saya tak jumpa apa-apa.
420
00:39:19,880 --> 00:39:23,000
Puan, saya dah periksa tapi
tiada gelang emas ditemui.
421
00:39:23,640 --> 00:39:27,640
Seperti yang saya sangka,
pembantu rumah takkan berani mencuri.
422
00:39:29,320 --> 00:39:33,080
Wang, pergi cari bilik Juxiang.
423
00:39:33,960 --> 00:39:35,080
Kak Long,...
424
00:39:35,640 --> 00:39:39,920
Tak perlu nak bela diri.
Saya nak semua orang diperiksa.
425
00:39:40,640 --> 00:39:46,080
Saya akan periksa anak-anak saya
selepas awak periksa Juxiang.
426
00:39:48,720 --> 00:39:50,560
Bukankah itu adil?
427
00:39:52,640 --> 00:39:54,320
Apa yang awak tunggu lagi?
428
00:39:54,560 --> 00:39:58,560
Puan, mungkin janggal bagi
saya untuk masuk ke bilik cik.
429
00:39:59,640 --> 00:40:01,920
Kalau begitu, saya akan buat sendiri!
430
00:40:02,400 --> 00:40:03,560
Cik!
431
00:40:04,880 --> 00:40:06,640
Puan Pertama sedang
periksa bilik cik.
432
00:40:06,720 --> 00:40:09,280
Gelang emas Cik Xiujuan dah hilang!
433
00:40:37,880 --> 00:40:40,000
Adakah ini gelang emas kamu?
434
00:40:43,280 --> 00:40:45,640
Kenapa ia di dalam bilik kamu
jika ia bukan milik kamu?
435
00:40:49,800 --> 00:40:53,400
Memang sukar untuk berjaga-jaga
bila ada pencuri dalam rumah.
436
00:40:59,000 --> 00:41:03,680
Gelang emas ini ditemui di biliknya.
437
00:41:04,880 --> 00:41:05,920
Mak Long.
438
00:41:07,560 --> 00:41:11,200
Periksalah jika gelang ini
memang milik Xiujuan.
439
00:41:11,920 --> 00:41:15,400
Saya yang beli gelang ini untuk Xiujuan.
Saya boleh kenal.
440
00:41:16,480 --> 00:41:17,760
Anak awak mencuri!
441
00:41:17,880 --> 00:41:20,800
Tuan, Juxiang takkan pernah
melakukan sesuatu seperti itu.
442
00:41:22,000 --> 00:41:26,800
Saya jumpa di bilik dia.
Awak sendiri pun nampak.
443
00:41:26,880 --> 00:41:29,360
Awak nak cakap saya
burukkan nama baik dia?
444
00:41:30,560 --> 00:41:32,960
Juxiang takkan pernah melakukan
sesuatu seperti itu.
445
00:41:36,840 --> 00:41:39,600
Bukankah awak terlalu
percayakan anak perempuan awak?
446
00:41:40,280 --> 00:41:42,800
Saya diberitahu dia
sangat pemurah.
447
00:41:42,920 --> 00:41:46,320
Dia boleh keluarkan duit sendiri untuk
langsaikan hutang pembantu rumahnya.
448
00:41:47,040 --> 00:41:50,640
Dari mana dia dapat duit itu?
449
00:41:52,400 --> 00:41:54,160
Oh, ya.
450
00:41:55,040 --> 00:41:57,840
Sebab itulah duit dalam dompet
saya selalu hilang. Pasti dia,...
451
00:41:57,920 --> 00:41:59,280
Tidak!
452
00:42:00,040 --> 00:42:01,680
Kenapa awak naikkan suara awak?
453
00:42:03,000 --> 00:42:05,720
Maaf, saya terlalu cemas.
454
00:42:06,120 --> 00:42:10,040
Saya nak beritahu Puan dan Tuan Muda
tersilap tentang Cik Juxiang.
455
00:42:10,240 --> 00:42:13,680
Cik Juxiang guna duit angpau dia
untuk bantu saya bayar hutang.
456
00:42:14,240 --> 00:42:16,520
Awak kata begitu sebab
dia dah tolong awak.
457
00:42:16,640 --> 00:42:18,520
Ini satu pakatan!
458
00:42:23,440 --> 00:42:26,560
Saya biar awak selesaikan hal ini.
459
00:42:27,240 --> 00:42:32,960
Saya akan dianggap sebagai penjahat
tidak kira apa yang saya lakukan.
460
00:42:33,760 --> 00:42:35,760
Memalukan! Ia memalukan!
461
00:42:37,000 --> 00:42:38,560
Macam mana awak besarkan anak awak?
462
00:42:38,640 --> 00:42:41,240
Juxiang takkan pernah melakukan
sesuatu seperti itu.
463
00:42:41,280 --> 00:42:43,560
Berani lagi awak cakap begitu!
464
00:42:44,280 --> 00:42:46,120
Jaga kesihatan awak,
jangan marah sangat.
465
00:42:46,200 --> 00:42:50,160
Xiujuan juga bersalah
dalam hal ini.
466
00:42:50,640 --> 00:42:54,720
Dia pelupa.
Dia lupa gelang dia selepas mandi.
467
00:42:55,760 --> 00:42:58,200
Kita akan kembali ke Singapura
dalam beberapa hari.
468
00:42:58,720 --> 00:43:00,680
Janganlah buat ini satu masalah besar.
469
00:43:01,840 --> 00:43:04,480
Juxiang, ia dah berakhir.
Kamu boleh pergi.
470
00:43:07,000 --> 00:43:09,080
Tianlan, beritahu Juxiang ia dah berakhir.
471
00:43:11,040 --> 00:43:13,920
Ia dah berakhir.
Ucap terima kasih kepada Mak Long.
472
00:43:14,000 --> 00:43:15,600
Ucap terima kasih kepada Mak Long.
473
00:43:16,640 --> 00:43:17,720
Cakaplah.
474
00:43:19,920 --> 00:43:21,200
Cik Juxiang, mari pergi.
475
00:44:11,320 --> 00:44:12,880
Apa yang dia cuba katakan?
476
00:44:16,880 --> 00:44:19,200
Dia bersumpah di hadapan
nenek moyang kita,...
477
00:44:20,320 --> 00:44:23,000
...bahawa jika dia yang
mencuri gelang itu,...
478
00:44:24,440 --> 00:44:31,440
...tangan dia akan
terbakar dengan teruk.
479
00:44:35,240 --> 00:44:37,440
Mengarut! Gila!