1
00:03:26,690 --> 00:03:29,500
Masa tamat!
Perlawanan sudah berakhir!
2
00:03:29,590 --> 00:03:37,200
Bagus...
3
00:04:00,790 --> 00:04:03,200
Saya telah mencederakan Putera Wu
secara tidak sengaja
4
00:04:03,290 --> 00:04:04,900
sila hukum saya
5
00:04:04,990 --> 00:04:07,000
Perlawanan adalah ibarat peperangan
6
00:04:07,090 --> 00:04:09,800
Kecederaan tidak dapat dielakkan
7
00:04:09,890 --> 00:04:13,000
Beta ampunkan kamu
dan orang-orang kamu
8
00:04:15,690 --> 00:04:20,100
Yang Mulia Tian Kehan,
perlawanan telah berakhir
9
00:04:20,190 --> 00:04:23,100
Bila saya boleh menikmati
keindahan bunga kekwa?
10
00:05:15,790 --> 00:05:19,300
Ini adalah cara yang bagus
untuk menikmati keindahan bunga
11
00:05:19,390 --> 00:05:22,500
Memandangkan Putera Wu
jadi kurang upaya
12
00:05:22,590 --> 00:05:26,100
nampaknya kami ialah pemenang
bagi perlawanan polo pada tahun ini
13
00:05:26,190 --> 00:05:30,000
Tidak! Keputusannya adalah seri
14
00:05:30,090 --> 00:05:31,300
Jika ia adalah seri
15
00:05:31,390 --> 00:05:36,000
sila hantar seseorang
untuk menggantikan tempat putera
16
00:05:36,090 --> 00:05:38,300
supaya kita boleh
meneruskan perlawanan
17
00:05:38,390 --> 00:05:41,400
Saya dengar bahawa putera mahkota
ialah seorang pemain polo yang handal
18
00:05:41,490 --> 00:05:44,000
Bagaimana jika kamu
mengambil alih tempat Putera wu?
19
00:05:54,190 --> 00:05:58,500
Jangan terburu-buru, tuan putera!
Usah pergi!
20
00:06:02,190 --> 00:06:04,000
Putera Mutu
21
00:06:04,090 --> 00:06:08,100
kesejahteraan putera mahkota
mempunyai kesan terhadap Tang
22
00:06:08,190 --> 00:06:12,200
Jika tuan putera tercedera lagi
seperti Putera Wu
23
00:06:12,290 --> 00:06:16,300
keadaan akan menjadi teruk
buat Tang dan Mongolia
24
00:06:16,390 --> 00:06:21,000
Mari anggap ia seri,
kita sama-sama juara
25
00:06:21,090 --> 00:06:27,000
Tunggu di Perhimpunan Agung seterusnya
dan kita akan mempunyai juara
26
00:06:27,090 --> 00:06:29,800
Seri? Tidak boleh!
27
00:06:29,890 --> 00:06:31,000
Kenapa tidak?
28
00:06:31,090 --> 00:06:36,600
Jaringan terakhir kamu dilakukan
selepas juri mengibarkan benderanya
29
00:06:36,690 --> 00:06:37,900
Tapi...
30
00:06:39,490 --> 00:06:44,300
Yang Mulia Tian Kehan,
izinkan saya berbicara
31
00:06:46,090 --> 00:06:47,800
Tuan Siyun
32
00:06:47,890 --> 00:06:49,800
Yang Mulia Tian Kehan
33
00:06:49,890 --> 00:06:53,200
kedua-dua belah pihak
telah melakukan kesilapan
34
00:06:53,290 --> 00:06:56,000
Kalian tahu bahawa
di setiap Perhimpunan Agung
35
00:06:56,090 --> 00:06:58,300
harus ada pemenang
bagi perlawanan polo
36
00:06:58,390 --> 00:07:00,800
Tidak pernah wujud kebiasaan sebegitu
37
00:07:00,890 --> 00:07:02,500
Jika kita teruskan perlawanan
38
00:07:02,590 --> 00:07:05,000
kita semua tahu bahawa
kami akan menjadi pemenangnya
39
00:07:05,090 --> 00:07:09,200
Tapi, kecederaan Putera Wu memang
berpunca daripada kecuaian kami
40
00:07:09,290 --> 00:07:13,700
Bagaimana jika kita menyelesaikan
perkara ini dengan kata sepakat?
41
00:07:13,790 --> 00:07:17,400
Apa kata sepakatnya? Sila jelaskan
42
00:07:17,490 --> 00:07:21,700
Orang-orang Mongolia amat menghormati
mereka yang berani dan bijaksana
43
00:07:21,790 --> 00:07:25,200
Kami telak menyaksikan
keberanian Putera Wu
44
00:07:25,290 --> 00:07:29,200
asalkan seseorang daripada puak Tang
yang hebat boleh menjawab soalan saya
45
00:07:29,290 --> 00:07:31,300
dan memberikan jawapan yang memuaskan
46
00:07:31,390 --> 00:07:32,900
kami akan mengaku kalah
47
00:07:32,990 --> 00:07:40,900
Jika tak, saya harap kamu umumkan
bahawa kejayaan adalah milik kami
48
00:07:40,990 --> 00:07:46,000
Dia mengambil kesempatan
terhadap kita! Orang tua yang licik!
49
00:07:46,090 --> 00:07:51,200
Nampaknya beta tiada sebab
untuk menolak cadangan itu
50
00:07:51,290 --> 00:07:52,500
Silakan
51
00:07:56,790 --> 00:07:59,400
Ia adalah sebuah soalan yang mudah
52
00:07:59,490 --> 00:08:03,200
Bunga kekwa di hadapan kita
kelihatan cantik
53
00:08:03,290 --> 00:08:08,700
Saya mahu orang bijak daripada Tang
yang hebat untuk pilih yang tercantik
54
00:08:08,790 --> 00:08:10,500
Tapi, peraturannya adalah
55
00:08:10,590 --> 00:08:14,700
kamu hanya boleh pilih satu
dan tidak boleh menukar pilihan kamu
56
00:08:21,590 --> 00:08:24,800
Ini adalah soalan yang agak aneh
57
00:08:24,890 --> 00:08:27,400
Jieyu Xu, apa pendapat kamu?
58
00:08:27,490 --> 00:08:30,000
Cik puan, kita tak boleh
mentaktifkan kecantikan
59
00:08:30,090 --> 00:08:31,800
Walau kita pilih bunga yang mana pun
60
00:08:31,890 --> 00:08:35,100
mereka sentiasa boleh kata yang lain
adalah lebih cantik
61
00:08:35,190 --> 00:08:38,700
Ia adalah sesuatu tugasan yang sukar
62
00:08:40,790 --> 00:08:43,100
Saya hanya suruh kamu
pilih sekuntum bunga
63
00:08:43,190 --> 00:08:47,200
Sebagai sebuah negara berdaulat, Tang
dipenuhi dengan orang yang berbakat
64
00:08:47,290 --> 00:08:50,300
Seseorang pasti boleh melakukannya
65
00:08:53,590 --> 00:08:59,400
Tepat sekali! Mudah sahaja
untuk pilih sekuntum bunga
66
00:08:59,490 --> 00:09:02,500
Ruyi, jangan cuba untuk tunjuk pandai
67
00:09:22,090 --> 00:09:24,800
Kamu berpakaian seperti seorang cairen
68
00:09:24,890 --> 00:09:26,900
bolehkah kamu menjawab soalan ini?
69
00:09:26,990 --> 00:09:29,800
Tuan berpakaian seperti seorang putera
70
00:09:29,890 --> 00:09:33,000
adakah tuan tahu yang tuan tak patut
menilai seseorang daripada luarannya?
71
00:09:33,090 --> 00:09:35,400
- Kamu...
- Mulut kamu agak tajam
72
00:09:35,490 --> 00:09:39,200
Kamu mungkin peka
tapi kamu tidak bijak
73
00:09:39,290 --> 00:09:40,500
Betul!
74
00:09:40,590 --> 00:09:43,800
Memilih sekuntum bunga
hanya memerlukan sedikit kepintaran
75
00:10:13,890 --> 00:10:15,200
Faham?
76
00:10:54,890 --> 00:10:58,500
Adakah ini bunga yang paling cantik?
77
00:10:58,590 --> 00:11:02,800
Saya ingat dia seorang yang pintar
tapi dia cuma seorang dungu
78
00:11:02,890 --> 00:11:05,500
Dia terlalu terburu-buru!
79
00:11:05,590 --> 00:11:10,600
Saya akan pilih sekuntum bunga
yang 10 kali ganda lebih cantik
80
00:11:10,690 --> 00:11:14,200
Ruyi, jika kamu
tidak memahami soalan tersebut
81
00:11:14,290 --> 00:11:17,000
kamu tidak sepatutnya
tampil ke hadapan
82
00:12:04,190 --> 00:12:08,300
Semua bunga kekwa telah musnah
kecuali yang ada di tangan saya
83
00:12:08,390 --> 00:12:10,800
Sudah tentu ia adalah
yang paling cantik
84
00:12:15,490 --> 00:12:18,600
Oh, begitu! Bijak!
85
00:12:21,490 --> 00:12:23,300
Tuanku!
86
00:12:23,390 --> 00:12:27,800
Ampunkan patik kerana telah
memusnahkan bunga-bunga tersebut
87
00:12:27,890 --> 00:12:31,400
Tiada apa yang
perlu diampunkan, bangun!
88
00:12:33,690 --> 00:12:35,600
Kamu berdalih!
89
00:12:38,190 --> 00:12:42,100
Kita telah kalah, tuan putera!
90
00:12:42,190 --> 00:12:45,100
Saya rasa amat kagum, cairen!
91
00:12:45,190 --> 00:12:49,700
Itu adalah langkah yang luar biasa
namun bijak. Syabas...
92
00:12:49,790 --> 00:12:52,300
Perlawanan polo memerlukan kemahiran
menunggang kuda, bukan memanah
93
00:12:52,390 --> 00:12:55,500
Saya dengar yang Tian Kehan
ialah pemanah terhandal di Tang
94
00:12:55,590 --> 00:13:00,000
Bolehkah saya menyaksikan
kehandalan memanah Tuanku?
95
00:13:00,090 --> 00:13:02,200
Itu adalah tidak wajar
96
00:13:02,290 --> 00:13:04,200
Kehandalan memanah baginda
97
00:13:04,290 --> 00:13:06,900
terkenal di medan perang
98
00:13:06,990 --> 00:13:09,200
Namun kini baginda
telah menjadi maharaja
99
00:13:09,290 --> 00:13:12,300
baginda tidak boleh menunjukkan
kemahiran itu di depan kamu
100
00:13:19,790 --> 00:13:23,700
Tunjukkan apa yang
kamu mampu lakukan kepada beta
101
00:13:26,190 --> 00:13:28,100
Saya harap saya tidak akan
mempersendakan diri sendiri
102
00:13:28,190 --> 00:13:32,100
dengan menunjukkan bakat
di depan pakar
103
00:14:05,790 --> 00:14:15,000
Bagus...
104
00:14:19,190 --> 00:14:22,400
Jika Tuanku mahu
memberi pengajaran kepada mereka
105
00:14:22,490 --> 00:14:25,800
- Patik ada sebuah rancangan
- Apakah itu?
106
00:14:43,390 --> 00:14:44,800
Ayuh!
107
00:14:52,990 --> 00:14:55,200
Beta akan lakukannya!
108
00:15:17,990 --> 00:15:24,700
Rama-rama setia memerhati,
berterbangan di antara bunga-bunga
109
00:15:24,790 --> 00:15:29,700
Namun bulan dan tahun
akan tetap bersilih ganti
110
00:15:29,790 --> 00:15:32,900
Hidup ini hanyalah
permainan sementara
111
00:15:32,990 --> 00:15:37,200
Cinta ialah rahsia yang abadi
112
00:15:37,290 --> 00:15:42,500
Keindahan sedetik
yang hanya disia-siakan
113
00:15:44,690 --> 00:15:48,800
Kisah-kisah tentang kita bersatu
dan berterusan
114
00:15:48,890 --> 00:15:51,600
Ruyi, adakah kamu percayakan beta?
115
00:15:51,690 --> 00:15:53,900
Ya! Patik cuma takut
kuda ini terlalu laju
116
00:15:53,990 --> 00:15:55,000
dan batang bunga ini terlalu lembut
117
00:15:55,090 --> 00:15:57,500
Jangan bimbang! Ayuh!
118
00:15:57,590 --> 00:15:59,600
Mudah untuk kita
melupakan sesuatu
119
00:15:59,690 --> 00:16:03,800
Namun, ada ketika aku
lebih suka memikirkanmu
120
00:16:03,890 --> 00:16:10,400
dan menanti-nanti kematian
sampai akhir hidup
121
00:16:10,490 --> 00:16:14,200
Siapa mampu menggoncang dunia
seperti aku
122
00:16:14,290 --> 00:16:17,500
dan menawan bumi
dengan air mata?
123
00:16:17,590 --> 00:16:23,800
Pada hayat lalu, kita pernah
bersumpah untuk bertemu lagi di sini
124
00:16:23,890 --> 00:16:27,500
Siapa yang kini
sedang bersedia untuk
125
00:16:27,590 --> 00:16:30,900
ucapkan selamat tinggal dengan
penuh keperitan terhadap diriku?
126
00:16:30,990 --> 00:16:33,800
Jika aku bertemu dirimu
di kehidupan yang seterusnya
127
00:16:33,890 --> 00:16:37,100
Kenangan melayang
seperti kapas ditiup angin
128
00:16:39,190 --> 00:16:43,000
Siapa mampu menggoncang dunia
seperti aku?
129
00:16:43,090 --> 00:16:46,300
Malah, bayang-bayangku
jelas kelihatan
130
00:16:46,390 --> 00:16:52,600
Aku bersyukur pernah memilikimu dan
segala kenangan manis merentap hati
131
00:16:52,690 --> 00:16:56,300
Siapa insan impian
dalam hidupku?
132
00:16:56,390 --> 00:16:59,700
Ucapan selamat tinggal
yang paling indah
133
00:16:59,790 --> 00:17:05,900
Dalam kehidupan kita yang seterusnya,
kita pasti akan bercinta sekali lagi
134
00:17:05,990 --> 00:17:12,300
Hanya biarkan aku
menanggung segala luka dan pedih
135
00:17:37,490 --> 00:17:40,900
Kanda, Kak Wu sangat cantik!
136
00:17:40,990 --> 00:17:42,400
Kanda?
137
00:17:43,990 --> 00:17:46,900
Jika beta jadi seperti dia
138
00:17:46,990 --> 00:17:50,900
mungkin baginda tidak akan
menyisihkan beta
139
00:17:50,990 --> 00:17:52,300
Sheng!
140
00:17:52,390 --> 00:17:53,700
Siapakah nama dia?
141
00:17:53,790 --> 00:17:55,700
Wu Ruyi
142
00:17:57,890 --> 00:17:59,900
Wu Ruyi?
143
00:18:35,790 --> 00:18:37,300
Tuanku!
144
00:18:44,590 --> 00:18:46,000
Dalam pertandingan ini
145
00:18:46,090 --> 00:18:48,200
saya akan mengaku kalah
dengan rela hati
146
00:18:48,290 --> 00:18:50,200
Ada ramai orang ada bakat tersembunyi
dalam kalangan Tang yang Hebat
147
00:18:50,290 --> 00:18:52,200
Selain Putera Wei dan Putera Wu
148
00:18:52,290 --> 00:18:54,800
dengan kemahiran ketenteraan
dan peradaban mereka
149
00:18:54,890 --> 00:18:57,500
malah seorang cairen biasa
150
00:18:57,590 --> 00:18:59,800
turut memiliki perawakan
dan gaya yang tersendiri
151
00:18:59,890 --> 00:19:04,100
Kemahiran menunggang kuda dan
keberanian kamu seperti seorang lelaki
152
00:19:04,190 --> 00:19:06,500
Boleh saya tahu nama kamu?
153
00:19:06,590 --> 00:19:10,000
- Nama saya ialah...
- Tunggu!
154
00:19:10,090 --> 00:19:12,300
Beta akan mengurniakan nama
yang baru kepada kamu
155
00:19:12,390 --> 00:19:14,600
Ketika kali pertama Cao Zijian
melihat Dewi Sungai Luo
156
00:19:14,690 --> 00:19:18,800
dia telah menulis serangkap puisi
tentang kecantikan dan daya tarikannya
157
00:19:18,890 --> 00:19:21,800
Beta akan menggelar kamu Meiniang
mulai hari ini
158
00:19:23,890 --> 00:19:25,900
Ingat, Putera Mutu
159
00:19:25,990 --> 00:19:29,500
Dia ialah Wu Meiniang
daripada Tang yang hebat
160
00:19:32,190 --> 00:19:36,400
Meiniang...
161
00:19:38,390 --> 00:19:40,500
Dengar sini, Wu Meiniang
162
00:19:43,290 --> 00:19:47,600
Cairen Wu Zhao ialah
seseorang yang teliti dan bijak
163
00:19:47,690 --> 00:19:49,000
dengan ini beta menganugerahkan
nama "Meiniang" kepadanya
164
00:19:49,090 --> 00:19:53,600
Mulai hari ini, dia akan
membantu beta di Bilik Bacaan Diraja
165
00:19:53,690 --> 00:19:57,600
Baik, Tuanku! Daulat Tuanku!
166
00:20:13,290 --> 00:20:14,200
Jangan halang saya!
167
00:20:14,290 --> 00:20:16,100
Cairen Xiao, saya merayu pada cik!
168
00:20:16,190 --> 00:20:17,700
Cepatlah salin pakaian
169
00:20:17,790 --> 00:20:19,800
Perarakan akan bermula
tidak lama lagi
170
00:20:19,890 --> 00:20:21,400
Baginda akan berada
di Dewan Taiji nanti
171
00:20:21,490 --> 00:20:24,100
Penipu! Kalian penipu!
172
00:20:24,190 --> 00:20:25,800
Dengan latar belakang dan rupa saya
173
00:20:25,890 --> 00:20:27,600
tidak mungkin Wu Ruyi
boleh mengalahkan saya!
174
00:20:27,690 --> 00:20:28,600
Betul...
175
00:20:28,690 --> 00:20:32,100
Dia tidak patut
menunjuk-nunjuk sebegitu!
176
00:20:32,190 --> 00:20:35,200
Bukankah kamu beritahu saya bahawa
saya akan dapat kesayangan maharaja?
177
00:20:35,290 --> 00:20:36,900
Dia dibenarkan masuk
ke dalam Bilik Bacaan Diraja
178
00:20:36,990 --> 00:20:39,300
apa gunanya saya berpakaian cantik
untuk pergi ke Dewan Taiji?
179
00:20:39,390 --> 00:20:41,700
Saya tidak mahu pergi!
180
00:20:41,790 --> 00:20:44,900
- Cairen Xiao...
- Jangan halang dia!
181
00:20:44,990 --> 00:20:47,000
Biarkan dia...
182
00:20:47,090 --> 00:20:49,400
- Kamu!
- Mak cik...
183
00:20:49,490 --> 00:20:52,200
Bangun dan teruskan mencampak barang!
184
00:21:01,590 --> 00:21:04,500
Buatlah!
185
00:21:04,590 --> 00:21:08,200
Kenapa? Rasa terlalu malu?
186
00:21:08,290 --> 00:21:11,100
Menangis, menjerit
dan melepaskan geram
187
00:21:11,190 --> 00:21:14,400
adalah cara perempuan tak beradab
188
00:21:14,490 --> 00:21:17,200
Lagipun, kamu tidak mahu
pergi ke Dewan Taiji
189
00:21:17,290 --> 00:21:21,700
Ambil masa kamu untuk
menyelerakkan tempat ini
190
00:21:21,790 --> 00:21:25,000
Buatlah sedikit demi sedikit kemudian
apabila kamu selesai
191
00:21:25,090 --> 00:21:26,800
cari sehelai kain sutera putih
192
00:21:26,890 --> 00:21:30,200
dan gantung diri dari tiang itu
193
00:21:30,290 --> 00:21:35,200
Jangan bimbang, mak cik ada di sini.
Tiada sesiapa yang akan halang kamu
194
00:21:38,890 --> 00:21:43,300
Maaf, saya yang salah!
195
00:21:43,390 --> 00:21:45,400
Sudah tentu tidak!
196
00:21:45,490 --> 00:21:52,700
Kamu tidak bersalah! Mak cik yang
telah menipu Cik Xiao kesayangan kita
197
00:21:52,790 --> 00:21:58,800
Maafkan saya kerana telah tersilap
cakap tadi. Tolong maafkan saya
198
00:21:58,890 --> 00:22:02,700
Apa rancangan kamu sekarang?
199
00:22:04,390 --> 00:22:07,900
Pergi ke Dewan Taiji
200
00:22:13,790 --> 00:22:17,200
Begitulah gadis yang baik!
201
00:22:17,290 --> 00:22:20,800
Usah menangis lagi
202
00:22:20,890 --> 00:22:24,800
Baginda tidak suka perempuan
dengan mata yang bengkak
203
00:22:29,990 --> 00:22:31,300
Mak cik!
204
00:22:31,390 --> 00:22:34,500
Adakah mak cik akan pergi
ke Dewan Taiji juga?
205
00:22:34,590 --> 00:22:38,400
Mereka kata negara-negara
yang menyertainya
206
00:22:38,490 --> 00:22:41,400
telah mengaturkan para pemuzik,
penari dan ahli akrobat mereka
207
00:22:41,490 --> 00:22:44,100
untuk membuat persembahan
di perarakan tersebut
208
00:22:50,190 --> 00:22:56,300
Mak cik tidak mahu melihat
Wu Meiniang yang berlagak itu
209
00:22:56,390 --> 00:22:58,800
Meiniang?
210
00:23:26,390 --> 00:23:30,000
Tuan putera, selepas rumah api ini
211
00:23:30,090 --> 00:23:33,000
tandanya kita telah
meninggalkan Qizhou
212
00:23:38,990 --> 00:23:40,300
Pak cik!
213
00:23:40,390 --> 00:23:43,200
Bukankah pak cik kata yang bala
tentera Qizhou ditempatkan di sini?
214
00:23:43,290 --> 00:23:44,900
Kenapa...
215
00:24:15,290 --> 00:24:18,700
Bagus!
216
00:24:18,790 --> 00:24:24,000
Bala tentera kita dipecahkan
kepada enam bahagian
217
00:24:24,090 --> 00:24:27,700
Mereka ditempatkan dalam
lingkungan lima batu dari sini
218
00:24:34,590 --> 00:24:35,700
Tuan putera!
219
00:24:35,790 --> 00:24:37,300
Sila pergi ke rumah api
220
00:24:37,390 --> 00:24:38,700
Baik!
221
00:24:46,390 --> 00:24:49,300
Ia masih awal!
222
00:24:49,390 --> 00:24:51,100
Mengikut rancangan
223
00:24:51,190 --> 00:24:53,300
pembunuh yang pak cik hantar
224
00:24:53,390 --> 00:24:56,800
tidak akan menyerang
sebelum pukul sembilan
225
00:24:56,890 --> 00:24:59,100
Sila bersabar, tuan putera!
226
00:24:59,190 --> 00:25:01,600
Kita akan berehat di sini
227
00:25:04,590 --> 00:25:07,300
Istana Diraja dikawal dengan ketat
228
00:25:07,390 --> 00:25:10,600
mampukah mereka menyelinap masuk
ke dalam?
229
00:25:10,690 --> 00:25:15,200
Ada sebuah perarakan
di Gerbang Chengtian pada malam ini
230
00:25:15,290 --> 00:25:19,700
Mereka menyamar sebagai ahli akrobat
yang akan membuat persembahan nanti
231
00:25:19,790 --> 00:25:21,400
Kemudian, mereka akan
menyelinap masuk ke dalam istana
232
00:25:21,490 --> 00:25:25,800
dan menukar pakaian seragam
seperti pengawal istana
233
00:25:25,890 --> 00:25:31,400
Mongolia dan Qara-hoja telah
bersetuju untuk melindungi mereka
234
00:25:31,490 --> 00:25:33,200
Itu tidak akan menjadi satu masalah
235
00:25:38,790 --> 00:25:42,700
Bala tentera telah ditempatkan di sini
236
00:25:42,790 --> 00:25:45,200
dan kita telah sampai sejauh ini
237
00:25:45,290 --> 00:25:49,000
Tidak boleh bepatah balik
238
00:25:49,090 --> 00:25:52,200
Pak cik, jika mereka gagal...
239
00:25:56,290 --> 00:25:59,400
Jika mereka berjaya, mereka akan
menyalakan obor keselamatan
240
00:25:59,490 --> 00:26:02,100
dan kita akan menerima
isyarat tersebut
241
00:26:02,190 --> 00:26:06,700
Kemudian, kita akan
terus menuju ke Chang'an
242
00:26:06,790 --> 00:26:11,900
Jika mereka gagal, kita tidak akan
menerima apa-apa isyarat
243
00:26:11,990 --> 00:26:15,800
Jika begitu, kita akan pergi
ke Chang'an untuk upacara penutup
244
00:26:15,890 --> 00:26:20,100
Ia adalah sebuah rancangan
yang teliti. Jangan bimbang!
245
00:26:20,190 --> 00:26:24,100
Apa yang perlu kita lakukan sekarang
adalah tunggu
246
00:26:42,490 --> 00:26:44,300
Para gundik kesayangan beta
247
00:26:44,390 --> 00:26:47,400
keraian Perhimpunan Agung
sudah berakhir
248
00:26:47,490 --> 00:26:49,800
Ia telah menjadi
sebuah kejayaan yang hebat
249
00:26:49,890 --> 00:26:53,000
Mari minum ucap selamat untuk itu
250
00:27:03,290 --> 00:27:04,800
Sembah, Tuanku!
251
00:27:04,890 --> 00:27:06,400
Bangun!
252
00:27:06,490 --> 00:27:08,000
Menjunjung kasih, Tuanku!
253
00:27:08,090 --> 00:27:10,600
Kenapa, yan Liben?
254
00:27:10,690 --> 00:27:12,500
Semasa saya menyaksikan
perlawanan polo semalam
255
00:27:12,590 --> 00:27:15,100
ia memberikan saya sebuah ilham
untuk melukis sesuatu
256
00:27:15,190 --> 00:27:17,000
Sila lihat
257
00:27:22,690 --> 00:27:26,200
Ia bertajuk Memanah Kekwa
di Perlawanan Polo
258
00:27:31,390 --> 00:27:32,900
- Itu ialah kamu!
- Saya?
259
00:27:32,990 --> 00:27:35,800
- Kamu yang telah melukisnya?
- Ya!
260
00:27:37,190 --> 00:27:38,700
Wang De!
261
00:27:38,790 --> 00:27:39,900
Ya, Tuanku?
262
00:27:39,990 --> 00:27:42,000
Bawa lukisan ini ke Dewan Ganlu
263
00:27:42,090 --> 00:27:43,500
Berikan ganjaran yang besar
kepada Yan Liben
264
00:27:43,590 --> 00:27:44,700
Baik, Tuanku!
265
00:27:44,790 --> 00:27:47,100
Terima kasih, Tuanku!
266
00:27:47,190 --> 00:27:48,600
Tahniah, Tuanku!
267
00:27:48,690 --> 00:27:51,400
Perhimpunan Agung
berjalan dengan lancar
268
00:27:51,490 --> 00:27:56,100
Semuanya atas jasa kamu
269
00:27:56,190 --> 00:27:58,900
dan kamu berdua juga
270
00:27:58,990 --> 00:28:02,300
Dalam perhimpunan yang lalu
271
00:28:02,390 --> 00:28:06,000
kita tak pernah melihat seseorang
seperti Meiniang
272
00:28:06,090 --> 00:28:07,700
yang pakar bermain catur
273
00:28:07,790 --> 00:28:11,500
dan amat mahir menunggang kuda
274
00:28:11,590 --> 00:28:15,500
Cik puan terlalu memuji saya!
275
00:28:17,690 --> 00:28:19,300
Tidak!
276
00:28:19,390 --> 00:28:22,000
Kamu telah melakukan yang terbaik
di Perhimpunan Agung
277
00:28:22,090 --> 00:28:24,400
Beta mahu mengurniakan ganjaran
kepada kamu
278
00:28:24,490 --> 00:28:26,100
Tuanku memang telah buat begitu!
279
00:28:26,190 --> 00:28:29,100
Tuanku mengurniakan nama
yang baru kepada patik
280
00:28:29,190 --> 00:28:32,500
dan membenarkan patik
masuk ke dalam Bilik Bacaan Diraja
281
00:28:32,590 --> 00:28:34,900
Itu bukan ganjaran!
282
00:28:34,990 --> 00:28:38,600
Ia bukan ganjaran?
283
00:28:38,690 --> 00:28:44,700
Jika begitu,
patik ada sebuah permintaan
284
00:28:44,790 --> 00:28:47,500
Beritahu pada beta!
285
00:28:47,590 --> 00:28:50,900
Patik mahu meminta Tuanku
286
00:28:50,990 --> 00:28:53,300
untuk menarik semula
perintah berkurung Gundik Yin
287
00:28:53,390 --> 00:28:56,200
dan mengembalikan peruntukannya
288
00:28:58,090 --> 00:29:01,400
Meiniang, kamu akan mendapat
ganjaran yang tersendiri
289
00:29:01,490 --> 00:29:05,200
Jangan minta apa-apa
untuk Istana Chenxi
290
00:29:05,290 --> 00:29:06,600
Tuanku, mohon ampunkan dia!
291
00:29:06,690 --> 00:29:10,100
Dia terlalu muda untuk
memahami peraturan di istana
292
00:29:12,390 --> 00:29:14,700
Kenapa kamu merayu
bagi pihak Gundik Yin?
293
00:29:14,790 --> 00:29:19,700
Patik cuma fikir yang dia telah
menerima hukuman yang setimpal
294
00:29:19,790 --> 00:29:23,200
Lagipun, semasa Perhimpunan Agung
dan Majlis Keraian
295
00:29:23,290 --> 00:29:27,100
Gundik Yin telah berusaha
dengan gigih demi Tuanku
296
00:29:27,190 --> 00:29:31,000
Jika kamu minta gelaran Jieyu
297
00:29:31,090 --> 00:29:33,500
beta berbesar hati
untuk menganugerahkannya
298
00:29:33,590 --> 00:29:39,200
Bukankah rugi
jika kamu terlepas peluang ini?
299
00:29:39,290 --> 00:29:42,200
Patik faham
300
00:29:42,290 --> 00:29:46,300
Baik, hajat kamu akan ditunaikan
301
00:29:46,390 --> 00:29:48,700
- Wang De!
- Ya, Tuanku?
302
00:29:48,790 --> 00:29:51,300
Batalkan perintah berkurung
Gundik Yin
303
00:29:51,390 --> 00:29:54,000
Semuanya kembali seperti biasa
di Istana Chenxi
304
00:29:54,090 --> 00:29:56,300
Baik, Tuanku!
305
00:29:56,390 --> 00:29:58,400
Junjung kasih, Tuanku!
306
00:29:58,490 --> 00:29:59,700
Bangun!
307
00:30:09,890 --> 00:30:11,800
Ayah, di Perhimpunan Agung
308
00:30:11,890 --> 00:30:14,300
Putera Wu dan Putera Wei
telah melakukan yang terbaik
309
00:30:14,390 --> 00:30:20,300
Berbanding putera mahkota...
310
00:30:20,390 --> 00:30:24,400
Tuan putera ghairah mengejar
kemenangan dan kepuasan hati orang
311
00:30:24,490 --> 00:30:28,600
Dia amat terburu-buru
sehingga hilang perawakannya
312
00:30:28,690 --> 00:30:34,500
Tapi, Wu Meiniang
benar-benar memeranjatkan ayah
313
00:30:34,590 --> 00:30:36,700
Ayah ingat dia berpihak
kepada Gundik Yang
314
00:30:36,790 --> 00:30:42,000
kenapa dia rapat dengan Gundik Yin
sejak kebelakangan ini?
315
00:30:42,090 --> 00:30:44,300
Saya nampak dia di Perhimpunan Agung
316
00:30:44,390 --> 00:30:47,200
Dia mungkin peka
317
00:30:47,290 --> 00:30:48,900
tapi merapatkan diri
dengan Gundik Yin
318
00:30:48,990 --> 00:30:51,700
hanya membuktikan yang dia
kurang teliti dalam pertimbangan
319
00:30:51,790 --> 00:30:53,600
dan telah melakukan
kesalahan besar dalam harem
320
00:30:53,690 --> 00:30:55,700
Sila masuk, ayah
321
00:31:04,490 --> 00:31:09,200
Meiniang, mari keluar bersama beta
untuk menyaksikan bunga api
322
00:31:09,290 --> 00:31:10,700
Baik, Tuanku!
323
00:31:19,290 --> 00:31:21,500
Jieyu Xu!
324
00:31:21,590 --> 00:31:24,100
Kamu kelihatan sedikit runsing
325
00:31:24,190 --> 00:31:27,100
Adakah kamu sedang
memikirkan sesuatu?
326
00:31:27,190 --> 00:31:31,600
Mungkin kerana
saya baru sedar daripada pengsan
327
00:31:31,690 --> 00:31:36,200
Saya masih rasa sakit kepala
328
00:31:36,290 --> 00:31:39,100
Saya yakin kamu sudah tahu sekarang
329
00:31:39,190 --> 00:31:42,100
kamu pengsan di Majlis Keraian
330
00:31:42,190 --> 00:31:45,100
kerana kipas kamu
telah disapu dengan racun
331
00:31:45,190 --> 00:31:48,200
Saya telah melaporkannya
kepada baginda
332
00:31:48,290 --> 00:31:51,800
untuk menugaskan seseorang
menjalankan siasatan
333
00:31:51,890 --> 00:31:57,800
Cik puan, kenapa bukan cik puan
yang mengetuai siasatan?
334
00:31:59,590 --> 00:32:05,100
Sesiapa yang pernah menyentuh
kipas itu mungkin mencurigakan
335
00:32:05,190 --> 00:32:11,700
dan tidak seharusnya terlibat
termasuk Gundik Wei, saya...
336
00:32:11,790 --> 00:32:13,600
Dan Cairen Wu!
337
00:32:13,690 --> 00:32:16,600
Diam!
338
00:32:16,690 --> 00:32:19,600
Saya mohon maaf! Tolong jangan marah!
339
00:32:28,490 --> 00:32:31,800
Maafkan kekasaran saya, cik puan!
340
00:32:31,890 --> 00:32:34,400
Kamu pasti rasa letih
341
00:32:34,490 --> 00:32:36,800
Kamu patut pergi berehat
342
00:32:36,890 --> 00:32:40,800
Ya, saya mohon diri sekarang!
343
00:32:43,590 --> 00:32:44,700
Mari...
344
00:33:17,490 --> 00:33:22,000
Timbalan Menteri Zheng,
adakah kamu bawa apa yang saya minta?
345
00:33:26,290 --> 00:33:30,600
Pengangkutan Menteri Zhangsun
mempunyai tiga laluan yang berbeza
346
00:33:30,690 --> 00:33:32,900
untuk pulang ke rumah dari istana
347
00:33:32,990 --> 00:33:35,100
Dia akan pilih satu
di antara tiga laluan itu
348
00:33:38,590 --> 00:33:42,300
Skrol ini mengandungi laluan
pada malam ini. Ambillah!
349
00:33:44,890 --> 00:33:46,200
Baik
350
00:33:46,290 --> 00:33:50,300
Kamu telah beri perkhidmatan
yang terbaik untuk kami
351
00:33:50,390 --> 00:33:52,900
Baiklah...
352
00:33:52,990 --> 00:33:56,800
Seperti yang dijanjikan,
saya ingin tuntut bahagian saya
353
00:33:56,890 --> 00:34:01,400
Sekarang, kamu harus memberitahu saya
siapa pembunuh anak saya
354
00:34:01,490 --> 00:34:06,100
Ada ramai orang yang memerhati
dan mendengar di istana
355
00:34:06,190 --> 00:34:11,600
Saya tidak boleh beritahu kamu
sekarang. Pulanglah, saya beritahu
356
00:34:11,690 --> 00:34:13,600
siapa pembunuhnya selepas tiga hari
357
00:34:13,690 --> 00:34:18,900
Tidak! Kenapa saya harus tunggu?
Kamu mesti beritahu saya sekarang!
358
00:34:18,990 --> 00:34:20,500
- Jika tidak...
- Apa?
359
00:34:20,590 --> 00:34:22,000
Jika tidak
360
00:34:22,090 --> 00:34:24,800
saya akan panggil pengawal istana
yang sedang bertugas
361
00:34:24,890 --> 00:34:27,100
supaya mereka tangkap kamu
362
00:34:27,190 --> 00:34:31,700
Mereka pasti ingin tahu kenapa kamu
menyelinap dan rancangan Istana Chenxi
363
00:34:31,790 --> 00:34:36,500
Timbalan Menteri Zheng,
ini adalah untuk kebaikan kamu
364
00:34:36,590 --> 00:34:39,900
Kenapa kamu berpaling tadah
daripada kami?
365
00:34:39,990 --> 00:34:43,300
Adakah kamu mahu
beritahu saya atau tidak?
366
00:34:43,390 --> 00:34:46,700
Baiklah...
367
00:34:46,790 --> 00:34:48,700
Ini adalah amat penting
368
00:34:48,790 --> 00:34:52,100
Kita harus berwaspada.
Ada orang yang akan dengar
369
00:34:52,190 --> 00:34:54,200
Siapakah pembunuhnya?
370
00:34:54,290 --> 00:35:00,000
Pembunuhnya ialah...
371
00:35:00,090 --> 00:35:01,100
Siapakah dia?
372
00:35:01,190 --> 00:35:04,900
- Orangnya ialah...
- Siapa?
373
00:35:04,990 --> 00:35:09,000
Lepaskan saya! Kamu...
374
00:35:09,090 --> 00:35:13,700
Saya tidak mahu membunuh kamu
375
00:35:13,790 --> 00:35:17,100
tapi kamu memaksa saya buat begini
376
00:35:17,190 --> 00:35:19,200
Kamu...
377
00:35:19,290 --> 00:35:24,000
Adakah kamu mahu tahu
siapa yang telah membunuh anak kamu?
378
00:35:24,090 --> 00:35:27,100
Saya akan beritahu kamu sekarang
379
00:35:27,190 --> 00:35:31,300
Orangnya ialah Gundik Yin!
380
00:35:31,390 --> 00:35:32,600
Kamu...
381
00:35:48,190 --> 00:35:49,900
Berapa lama harus kami harus tunggu?
382
00:35:49,990 --> 00:35:54,900
Selepas duta-duta besar mengucapkan
selamat tinggal di Dewan Taiji
383
00:35:54,990 --> 00:35:59,000
Li Shimin akan pergi ke
Dewan Chengqing pada pukul sembilan
384
00:35:59,090 --> 00:36:00,700
untuk meratapi kepada Maharani Wende
385
00:36:00,790 --> 00:36:03,100
Tiada kawalan ketat di sana
386
00:36:03,190 --> 00:36:05,500
dan itu adalah masa yang terbaik
untuk menyerang
387
00:36:05,590 --> 00:36:06,500
Saya faham
388
00:36:06,590 --> 00:36:09,700
- Kalian boleh beredar!
- Baik!
389
00:36:09,790 --> 00:36:10,900
Ayuh!
390
00:36:24,090 --> 00:36:25,900
Selepas Perhimpunan Agung berakhir
391
00:36:25,990 --> 00:36:28,600
dan duta-duta besar
meninggalkan Chang'an
392
00:36:28,690 --> 00:36:31,700
beta boleh rehatkan minda
393
00:36:34,390 --> 00:36:37,300
Tanah di bawah langit
adalah milik maharaja;
394
00:36:37,390 --> 00:36:41,200
semua orang dalam lingkungan
empat lautan ialah rakyat Tuanku
395
00:36:44,090 --> 00:36:47,400
Hidup di dalam zaman yang makmur
396
00:36:47,490 --> 00:36:49,600
adalah perasaan yang menakjubkan
397
00:36:52,290 --> 00:36:54,800
Meiniang
398
00:36:54,890 --> 00:36:58,600
adakah kamu rasa
ini adalah zaman yang makmur?
399
00:37:03,290 --> 00:37:05,100
Sejak zaman Dinasti Zhou
400
00:37:05,190 --> 00:37:09,400
tidak pernah ada zaman yang lebih
baik daripada pemerintahan Zhenguan
401
00:37:09,490 --> 00:37:11,000
Patik tidak kisah
402
00:37:11,090 --> 00:37:15,100
Patik cuma rasa bahawa
ini adalah zaman yang terbaik
403
00:37:15,190 --> 00:37:18,600
Jika Tuanku fikir
ini masih tidak cukup
404
00:37:18,690 --> 00:37:24,100
patik sanggup mengikut Tuanku
sepanjang hidup patik
405
00:37:24,190 --> 00:37:26,200
dan lihat sendiri
406
00:37:26,290 --> 00:37:30,200
bagaimana Tuanku mampu ubah keadaan
menjadi lebih baik sikit demi sikit
407
00:37:56,790 --> 00:37:59,200
Siapakah di sana? Keluarlah!
408
00:38:06,090 --> 00:38:09,500
Cik puan?
409
00:38:09,590 --> 00:38:12,200
Maafkan kebiadaban saya!
410
00:38:12,290 --> 00:38:16,700
Cik puan sepatutnya berehat
pada waktu ini
411
00:38:16,790 --> 00:38:20,600
Istana Chenxi menjadi huru-hara
kerana kamu
412
00:38:20,690 --> 00:38:23,600
Bagaimana saya boleh tidur?
413
00:38:23,690 --> 00:38:25,500
- Sida-sida Zhang!
- Ya?
414
00:38:25,590 --> 00:38:28,800
Abang saya mengaturkan
supaya kamu melayan saya
415
00:38:28,890 --> 00:38:31,400
Kenapa kamu harus
menimbulkan banyak masalah?
416
00:38:31,490 --> 00:38:35,000
Cik sudah lupa siapa diri cik puan!
417
00:38:35,090 --> 00:38:37,300
Tuan Yin meyuruh saya
menyampaikan sebuah pesanan
418
00:38:37,390 --> 00:38:40,200
Puak Yin berkhidmat
di bawah Maharaja Sui
419
00:38:40,290 --> 00:38:44,500
Sebab itu, ramai ahli puak telah
dibunuh oleh Li Shimin dan ayahnya
420
00:38:44,590 --> 00:38:47,900
Kita tidak patut hidup dalam ketakutan
dan penyesalan selama-lamanya
421
00:38:47,990 --> 00:38:50,500
Ini adalah perhitungan
yang harus kita selesaikan
422
00:38:50,590 --> 00:38:53,200
Kita harus menuntut bela
423
00:38:56,890 --> 00:38:58,700
Dia mahu melakukan rusuhan?
424
00:39:01,390 --> 00:39:03,400
Selepas Perhimpunan Agung berakhir
425
00:39:03,490 --> 00:39:06,200
Maharani Wende sering menemani Tuanku
426
00:39:06,290 --> 00:39:07,800
bersiar-siar di sekitar istana?
427
00:39:07,890 --> 00:39:12,900
Ya, di saat sebegini pada masa lalu,
maharani sentiasa berada di sisi beta
428
00:39:12,990 --> 00:39:16,900
Sebab itu, beta mahu
berada di Dewan Chengqing
429
00:39:22,490 --> 00:39:24,900
Semua yang berlaku pada
malam terakhir Perhimpunan Agung
430
00:39:24,990 --> 00:39:27,200
masih jelas terpampang
di depan mata beta
431
00:39:27,290 --> 00:39:32,000
Sukar untuk percaya
bahawa sudah tiga tahun berlalu
432
00:39:35,190 --> 00:39:37,300
Jika Tuanku sering datang ke sini
433
00:39:37,390 --> 00:39:39,600
Tuanku harus melakukannya juga
pada malam ini
434
00:39:39,690 --> 00:39:42,200
Tuanku boleh mengenangkan
Maharani Wende
435
00:39:42,290 --> 00:39:46,100
dan mengunjungi semula
tempat ini bersama saya
436
00:39:49,190 --> 00:39:50,500
Mari!
437
00:39:53,190 --> 00:39:56,700
Dia mencurigai baginda dan
telah menghantar pembunuh upahan
438
00:39:56,790 --> 00:39:58,500
Adakah ini rancangan kamu?
439
00:39:58,590 --> 00:40:03,200
Saya tidak akan turut menyertainya!
440
00:40:03,290 --> 00:40:06,400
Sida-sida Zhang, saya mendesak kamu
supaya membatalkannya
441
00:40:06,490 --> 00:40:09,500
Beritahu abang saya untuk
menyuruh para penyokongnya pergi
442
00:40:09,590 --> 00:40:11,800
pulang ke rumah dan mengisi
sepanjang hidupnya dengan ketenangan
443
00:40:11,890 --> 00:40:16,800
Cik puan, saya bimbang
yang ia sudah terlambat
444
00:40:16,890 --> 00:40:21,700
Baiklah! Saya cabar kamu
untuk bunuh saya dahulu!
445
00:40:21,790 --> 00:40:25,000
Jika tidak, saya akan
panggil pengawal istana
446
00:40:25,090 --> 00:40:28,300
Saya tidak akan berdiam diri dan
membiarkan kamu mengancam baginda
447
00:40:28,390 --> 00:40:29,600
Cik puan!
448
00:40:39,690 --> 00:40:41,200
"Dewan Chengqing"
449
00:40:53,590 --> 00:40:56,800
Tuan putera, sudahlah!
450
00:40:56,890 --> 00:40:58,800
Sebelum baginda berangkat
451
00:40:58,890 --> 00:41:02,100
baginda telah serahkan tanggungjawab
pemerintahan kepada Tuanku
452
00:41:02,190 --> 00:41:05,200
Jika baginda dan Menteri Zhangsun
mengetahui bahawa Tuanku mabuk
453
00:41:05,290 --> 00:41:08,100
buruk padahnya
454
00:41:08,190 --> 00:41:10,500
Jangan bimbang, Chengxin
455
00:41:13,390 --> 00:41:16,800
Dengar sini, yang pertama
456
00:41:16,890 --> 00:41:21,300
Perhimpunan Agung telah tamat
jadi tiada apa-apa yang akan berlaku
457
00:41:21,390 --> 00:41:25,500
Yang kedua, beta memang
seseorang yang mengecewakan
458
00:41:25,590 --> 00:41:28,000
keadaan tidak boleh menjadi
lebih teruk buat beta
459
00:41:28,090 --> 00:41:29,700
Tuan putera! Tuan Chengxin
460
00:41:29,790 --> 00:41:31,800
ada hal penting dari perbatasan
461
00:41:35,990 --> 00:41:38,200
Kenapa?
462
00:41:38,290 --> 00:41:40,800
Mongolia telah menghantar
bala tentera ke perbatasan
463
00:41:40,890 --> 00:41:43,100
Nampaknya, mereka mahu menyerang
464
00:41:43,190 --> 00:41:46,400
Bala tentera kita semua
sudah siap sedia
465
00:41:46,490 --> 00:41:49,800
Ini agak luar biasa.
Adakah ayahanda tahu?
466
00:41:49,890 --> 00:41:52,500
Mungkin tidak!
467
00:41:54,690 --> 00:41:57,300
Chengxin, adakah kamu tahu
di mana ayahanda?
468
00:41:57,390 --> 00:42:00,700
Baginda mungkin sedang berada
bersama Cairen Wu di Dewan Chengqing
469
00:42:02,290 --> 00:42:09,000
Di sinilah tempatnya,
setahun yang lalu
470
00:42:09,090 --> 00:42:11,900
ketika kita bertemu buat kali pertama
471
00:42:11,990 --> 00:42:15,900
Adakah Tuanku mabuk pada malam itu?
472
00:42:15,990 --> 00:42:17,700
Adakah beta mabuk?
473
00:42:17,790 --> 00:42:20,900
Tuanku...
474
00:42:20,990 --> 00:42:23,000
Patik ada berita buruk, Tuanku!
475
00:42:23,090 --> 00:42:25,100
Kenapa? Kamu kelihatan cemas
476
00:42:25,190 --> 00:42:28,800
Orang Mongolia...
477
00:42:28,890 --> 00:42:30,200
Awas!