1
00:01:49,790 --> 00:01:52,300
Xu Hui hanya boleh
menyalahkan nasibnya malang
2
00:01:52,390 --> 00:01:53,800
- Menurut rancangan asal
- Jieyu Xu
3
00:01:53,890 --> 00:01:56,000
Cairen Wu adalah mangsa sasaran
4
00:01:57,990 --> 00:02:00,500
Selepas saya membubuh racun di kipas
5
00:02:00,590 --> 00:02:05,700
tiada orang sangka dia akan
memberikannya kepada Jieyu Xu
6
00:02:05,790 --> 00:02:09,200
Dia mengakibatkan kacau-bilau
di Majlis Keraian
7
00:02:09,290 --> 00:02:12,200
dan hampir menyebabkan kita
kalah dalam permainan catur
8
00:02:14,390 --> 00:02:17,700
Manusia merancang, Tuhan menentukan
9
00:02:17,790 --> 00:02:20,100
Tak kira betapa baiknya
sesuatu yang dirancang
10
00:02:20,190 --> 00:02:22,500
kita masih tidak dapat
mengawal semuanya
11
00:02:24,190 --> 00:02:27,500
Adakah kamu menyebarkan kata-kata
12
00:02:27,590 --> 00:02:30,400
dengan mengatakan bahawa kipas itu
datang daripada Gundik Wei?
13
00:02:30,490 --> 00:02:32,500
Semua orang bergosip
14
00:02:32,590 --> 00:02:35,000
Gundik Wei mahu mengapa-apakan kamu
15
00:02:35,090 --> 00:02:37,900
tetapi entah kenapa
Jieyu Xu ditimpa kecelakaan
16
00:02:37,990 --> 00:02:42,300
Tuanku malah telah mendengar ini
17
00:02:42,390 --> 00:02:46,100
Kita hanya memerlukan bukti
daripada Siyao Liu
18
00:02:46,190 --> 00:02:47,700
Selagi dia boleh
memberikan keterangan
19
00:02:47,790 --> 00:02:50,300
dan berkata Gundik Wei memberitahu
dia untuk menukar tali pipa
20
00:02:50,390 --> 00:02:53,900
habislah Gundik Wei pada masa itu
21
00:02:53,990 --> 00:02:57,700
Gundik Yin sepatutnya
di sini sekarang
22
00:02:59,290 --> 00:03:00,400
Cik puan!
23
00:03:00,490 --> 00:03:02,000
Adakah Gundik Yin di sini?
24
00:03:02,090 --> 00:03:05,500
Bukan, Cairen Wu
ingin berjumpa cik puan
25
00:03:05,590 --> 00:03:07,400
Kenapa dia datang ke sini?
26
00:03:07,490 --> 00:03:12,200
Dia mahu bertanya
tentang kes Siyao Liu
27
00:03:12,290 --> 00:03:16,500
Dia mahu tahu sama ada Siyao Liu
berkaitan dengan peracunan itu
28
00:03:16,590 --> 00:03:18,200
Cik puan
29
00:03:18,290 --> 00:03:21,200
ada kisah lain
yang disebarkan di harem
30
00:03:21,290 --> 00:03:23,800
Mereka mengatakan bahawa Cairen Wu
tahu mengenai peracunan itu
31
00:03:23,890 --> 00:03:25,800
tapi memberi kipas itu
kepada Jieyu Xu
32
00:03:25,890 --> 00:03:27,600
Dia ingin menggunakan tangan
orang lain untuk menyingkirkan lawan
33
00:03:27,690 --> 00:03:30,500
Dia ingin menggantikan Jieyu Xu
di Majlis Keraian
34
00:03:30,590 --> 00:03:32,200
dan menarik perhatian Tuanku
35
00:03:32,290 --> 00:03:36,900
Itulah sebabnya dia ingin tahu
36
00:03:36,990 --> 00:03:39,900
orang yang membubuh racun di kipas
37
00:03:41,090 --> 00:03:45,900
Sebelum Gundik Yin tiba,
beta tidak akan berjumpa sesiapa pun
38
00:03:45,990 --> 00:03:46,900
Itu dia!
39
00:03:46,990 --> 00:03:48,700
Jieyu Xu melayan dia dengan baik
40
00:03:48,790 --> 00:03:51,400
Dia memang kejam kerana
menikam kawannya dari belakang
41
00:03:55,590 --> 00:03:57,200
Cairen Wu!
42
00:03:57,290 --> 00:03:59,900
Sida-sida, bolehkah saya
berjumpa Gundik Yang sekarang?
43
00:03:59,990 --> 00:04:02,700
Cik puan masih sedang
menyoal siasat Siyao Liu
44
00:04:02,790 --> 00:04:04,700
Cik puan berkata selepas dia selesai
45
00:04:04,790 --> 00:04:06,600
dia akan memanggil kamu
46
00:04:06,690 --> 00:04:08,600
Sila balik ke kamar kamu
47
00:04:11,090 --> 00:04:14,000
Ketibaan Gundik Yin!
48
00:04:16,990 --> 00:04:19,500
Patik menghadap Gundik Yin!
49
00:04:35,090 --> 00:04:36,300
Kakak
50
00:04:36,390 --> 00:04:38,500
Maaf kerana biar kamu menunggu!
51
00:04:40,390 --> 00:04:43,300
Adakah kamu telah buat keputusan?
52
00:04:43,390 --> 00:04:45,500
Kamu akan mengetahui
53
00:04:45,590 --> 00:04:47,900
bahawa saya berpihak kepada kamu
tak lama lagi
54
00:04:47,990 --> 00:04:49,500
Saya bukan saja akan membantu kamu
55
00:04:49,590 --> 00:04:53,000
saya malah boleh
menyelamatkan kamu dari kebahayaan
56
00:04:54,990 --> 00:04:58,000
- Jika begitu...
- Bawa saya berjumpa Siyao Liu
57
00:04:58,090 --> 00:05:02,800
Saya akan memintanya untuk mengaku
bahawa Gundik Wei yang mengarahkannya
58
00:05:26,990 --> 00:05:28,900
Junjung kasih
atas bantuan kamu, cik puan!
59
00:05:28,990 --> 00:05:33,000
Sila beri keterangan ini
kepada Gundik Yang
60
00:05:34,390 --> 00:05:38,300
Saya ingin bercakap
dengan Siyao Liu secara peribadi
61
00:05:50,690 --> 00:05:54,300
Cik puan, keterangan ini
62
00:05:54,390 --> 00:05:56,500
akan menjadikan kita musuh Gundik Wei
63
00:05:56,590 --> 00:05:58,500
Tidak boleh berpatah balik lagi!
64
00:05:58,590 --> 00:06:02,900
Adakah kamu pasti kita boleh
menumpaskan Gundik Wei?
65
00:06:07,090 --> 00:06:10,000
Kita telah membuat
kesilapan yang teruk
66
00:06:10,090 --> 00:06:12,100
Suku Wei mempunyai
pengaruh besar dalam tentera
67
00:06:12,190 --> 00:06:15,100
daripada bayangan saya
68
00:06:15,190 --> 00:06:17,500
Dia akan terus menjadi
wanita kegemaran Tuanku
69
00:06:17,590 --> 00:06:21,000
Walaupun kita ada bukti kukuh
untuk menentangnya
70
00:06:21,090 --> 00:06:23,800
kita juga tak boleh berbuat apa-apa
71
00:06:23,890 --> 00:06:27,700
Jika begitu, mengapa kamu
meminta saya menulis keterangan itu
72
00:06:27,790 --> 00:06:30,000
untuk mendakwa Gundik Wei?
73
00:06:30,090 --> 00:06:32,400
Ini sebahagian daripada rancangannya
74
00:06:32,490 --> 00:06:36,600
Dia mahu mengalahkan Gundik Yang
dengan helah
75
00:06:36,690 --> 00:06:38,600
Sebab itu saya memerlukan kamu
76
00:06:38,690 --> 00:06:41,900
untuk menulis
satu keterangan lagi sekarang
77
00:06:50,590 --> 00:06:53,500
Kerja baik!
78
00:06:53,590 --> 00:06:54,900
Cik puan dapat membalas dendam
terhadap Gundik Wei
79
00:06:54,990 --> 00:06:59,500
dengan keterangan ini
80
00:06:59,590 --> 00:07:03,300
Lebih senang bercakap
daripada membuat
81
00:07:03,390 --> 00:07:05,900
Selagi Wei Yuancheng
berada di istana
82
00:07:05,990 --> 00:07:08,700
kedudukan Gundik Wei
masih tidak tergugat
83
00:07:08,790 --> 00:07:12,000
Walaupun kita tidak boleh
menyingkirkannya
84
00:07:12,090 --> 00:07:16,900
sekurang-kurangnya
Tuanku akan menegurnya
85
00:07:18,290 --> 00:07:23,700
Mungkin ini adalah
permulaan kejatuhan Istana Qianxiang
86
00:07:23,790 --> 00:07:26,700
Keterangan ini hanya sekeping kertas
87
00:07:26,790 --> 00:07:31,900
Ia disebabkan kuasa suku Wei
sedang berkurangan
88
00:07:31,990 --> 00:07:34,900
Kita hanya menggunakan
peluang yang baik
89
00:07:36,990 --> 00:07:40,200
Tuanku memerintah Gundik Yang
ke Dewan Ganlu
90
00:07:40,290 --> 00:07:43,200
untuk mengemaskini kes Siyao Liu
91
00:07:45,290 --> 00:07:46,200
Baiklah!
92
00:07:49,990 --> 00:07:52,200
Patik menghadap Gundik Yang!
93
00:07:56,190 --> 00:07:58,300
Ruyi, kamu masih di sini?
94
00:07:58,390 --> 00:08:02,600
Ampunkan kebiadaban patik
kerana mengganggu Gundik Yang
95
00:08:02,690 --> 00:08:05,300
Patik benar-benar ingin tahu
96
00:08:05,390 --> 00:08:08,700
dalang yang membubuh racun
di kipas itu
97
00:08:08,790 --> 00:08:12,700
Siyao Liu tidak menyebut kipas itu
98
00:08:12,790 --> 00:08:15,500
Dia mengaku bahawa
dia menukar tali pipa
99
00:08:15,590 --> 00:08:17,200
atas perintah Gundik Wei
100
00:08:17,290 --> 00:08:20,500
Ikuti beta ke Dewan Ganlu
untuk melaporkan kepada Tuanku
101
00:08:20,590 --> 00:08:23,500
Kita akan berbincang
tentang hal kipas kemudian
102
00:08:23,590 --> 00:08:29,300
Kipas itu melepasi tangan saya,
beta dan Gundik Wei
103
00:08:29,390 --> 00:08:32,100
Kita bertiga adalah
orang yang disyaki
104
00:08:32,190 --> 00:08:36,600
Kita akan melaporkan kepada Tuanku
dan biarkan baginda membuat keputusan
105
00:08:36,690 --> 00:08:40,400
Patik akan mengikuti
arahan Gundik Yang
106
00:08:46,990 --> 00:08:48,800
Rancangan Gundik Wei adalah
107
00:08:48,890 --> 00:08:51,900
pada masa Gundik Yang menyerahkan
keterangan kamu kepada Tuanku
108
00:08:51,990 --> 00:08:56,000
kamu perlu menulis keterangan kedua
untuk membuktikan dia tidak bersalah
109
00:08:56,090 --> 00:08:59,000
Gundik Yang yang memaksa kamu
110
00:08:59,090 --> 00:09:03,900
untuk menukar tali pipa
dan memusnahkan Majlis Keraian itu
111
00:09:03,990 --> 00:09:05,900
Kemudian saya akan bunuh diri
112
00:09:05,990 --> 00:09:09,100
sebab orang mati tidak dapat
memberikan bukti
113
00:09:09,190 --> 00:09:14,700
Dengan itu, Gundik Yang tidak boleh
membuktikan dirinya tidak bersalah
114
00:09:14,790 --> 00:09:19,000
Gundik Yang tidak mempunyai pengaruh
di istana yang amat ditakuti Tuanku
115
00:09:19,090 --> 00:09:23,500
Dia akan didapati bersalah
kerana buat aniaya pada Gundik Wei
116
00:09:23,590 --> 00:09:26,600
dan memusnahkan Majlis Keraian itu
117
00:09:26,690 --> 00:09:31,400
Habislah Gundik Yang kali ini
118
00:09:31,490 --> 00:09:36,500
Gundik Wei guna muslihat untuk
berbalik menang daripada kekalahan
119
00:09:36,590 --> 00:09:38,300
Hebatnya!
120
00:09:38,390 --> 00:09:40,100
Cik puan
121
00:09:40,190 --> 00:09:43,100
kamu percaya Gundik Wei
akan membiarkan Putera Qi
122
00:09:43,190 --> 00:09:46,500
balik ke Chang'an selepas setahun?
123
00:09:50,090 --> 00:09:53,400
Dia tidak akan berbuat demikian
sebelum dia berkuasa
124
00:09:53,490 --> 00:09:56,900
Apabila dia berjaya
mematahkan semangat Gundik Yang
125
00:09:56,990 --> 00:09:59,500
dan mempunyai kawalan penuh di harem
126
00:09:59,590 --> 00:10:03,100
bagaimana mungkin dia akan
menunaikan janjinya?
127
00:10:03,190 --> 00:10:07,400
Selain itu, saya menggunakan
Majlis Keraian untuk memerasnya
128
00:10:07,490 --> 00:10:09,600
Apabila dia selesai menggunakan saya
129
00:10:09,690 --> 00:10:13,300
dia takkan melepaskan saya
130
00:10:13,390 --> 00:10:15,700
Kita tidak boleh berpatah balik lagi
131
00:10:15,790 --> 00:10:18,300
Satu-satunya perkara
yang boleh kita lakukan sekarang
132
00:10:18,390 --> 00:10:22,100
adalah berpihak kepada Gundik Yang
133
00:10:22,190 --> 00:10:25,800
Kenapa kamu tidak menyatakan
yang sebenarnya kepada Gundik Yang
134
00:10:25,890 --> 00:10:29,500
mengikut rancangan Gundik Wei
135
00:10:29,590 --> 00:10:31,000
dengan membiarkan Gundik Yang
pergi ke Dewan Ganlu?
136
00:10:45,190 --> 00:10:48,100
Tuanku...
137
00:10:48,190 --> 00:10:50,000
Kamu juga undur diri
138
00:10:50,090 --> 00:10:53,100
Qingxuan, Ruyi, ikut beta!
139
00:10:53,190 --> 00:10:54,500
Ya...
140
00:10:56,990 --> 00:10:59,200
Pesanan penting daripada Gundik Yin!
141
00:11:07,890 --> 00:11:12,200
Gundik Yang, pesanan penting
daripada Gundik Yin
142
00:11:18,890 --> 00:11:24,300
Ia memerlukan kepercayaan dan kekuatan
untuk bekerjasama dengan seseorang
143
00:11:24,390 --> 00:11:27,000
Saya berpura-pura
pergi bersama Gundik Wei
144
00:11:27,090 --> 00:11:30,900
Kemudian, saya menyelamatkan
Gundik Yang selepas dia terperangkap
145
00:11:30,990 --> 00:11:33,300
Saya ingin memberitahu Gundik Yang
146
00:11:33,390 --> 00:11:36,600
bahawa saya benar-benar ingin
menjadi sekutunya
147
00:11:38,090 --> 00:11:44,000
Walau apa pun, saya sebagai
alat permainan ini akan disingkirkan
148
00:11:46,590 --> 00:11:48,800
Saya akan bunuh diri
selepas menulis keterangan baru
149
00:11:48,890 --> 00:11:51,000
dan memikul segala kesalahan
150
00:11:54,390 --> 00:11:58,600
Tetapi saya berasal
dari Istana Chenxi
151
00:11:58,690 --> 00:12:02,800
Kehidupan cik puan akan susah
mulai sekarang
152
00:12:02,890 --> 00:12:06,300
Jika kita mahu Putera Qi
berada di Chang'an
153
00:12:06,390 --> 00:12:10,800
kita mesti membantu Gundik Yang
154
00:12:14,590 --> 00:12:19,300
Saya membuka langkah yang salah
dan kalah teruk
155
00:12:20,890 --> 00:12:27,400
Saya terlalu tak sabar untuk
bersatu semula dengan Li You
156
00:12:27,490 --> 00:12:29,700
saya menentang Gundik Wei
157
00:12:29,790 --> 00:12:32,700
tanpa memahami keadaan
158
00:12:32,790 --> 00:12:37,000
dan berakhir dengan kesudahan ini.
Saya sendiri yang cari pasal
159
00:12:40,590 --> 00:12:46,000
Saya juga mengorbankan kamu
160
00:12:48,290 --> 00:12:52,800
Saya rasa sangat bersalah
161
00:12:52,890 --> 00:12:57,200
Jangan berkata begitu, cik puan!
162
00:12:57,290 --> 00:13:01,000
Nyawa hamba ialah milik cik puan
163
00:13:01,090 --> 00:13:05,300
Ia berbaloi jika hamba
boleh berkorban untuk cik puan
164
00:13:08,490 --> 00:13:11,700
Selepas kematian hamba
165
00:13:11,790 --> 00:13:14,400
saya tertanya-tanya sama ada
dayang-dayang di Istana Chenxi
166
00:13:14,490 --> 00:13:16,900
boleh menjaga cik puan dengan baik
167
00:13:16,990 --> 00:13:19,500
Jangan risau
168
00:13:19,590 --> 00:13:22,900
Saya akan menjaga diri dengan baik
169
00:13:22,990 --> 00:13:25,500
Kamu mesti menjaga diri dengan baik
170
00:13:25,590 --> 00:13:29,200
dan menanti-nanti hari Putera Qi
balik ke Chang'an
171
00:13:33,090 --> 00:13:36,700
Cik puan, sila balik ke kamar
172
00:14:14,290 --> 00:14:17,400
Cik puan, saya ingin
ucapkan kata-kata terakhir
173
00:14:17,490 --> 00:14:23,800
Cik puan berkenalan dengan
Cairen Wu jika berpeluang
174
00:14:23,890 --> 00:14:28,500
Saya rasa dia boleh membantu cik puan
suatu hari nanti
175
00:14:34,190 --> 00:14:35,700
Baiklah!
176
00:15:26,190 --> 00:15:28,500
Patik menghadap Tuanku!
177
00:15:28,590 --> 00:15:31,800
- Sila bangkit!
- Junjung kasih, Tuanku!
178
00:15:34,890 --> 00:15:39,500
Tuanku sedang bermain catur
dengan Gundik Wei?
179
00:15:39,590 --> 00:15:42,500
Saya gembira kamu di sini!
180
00:15:42,590 --> 00:15:47,000
Keputusan permainan ini
akan didedahkan nanti
181
00:15:50,090 --> 00:15:54,600
Kamu telah bekerja keras
untuk Majlis Keraian
182
00:15:54,690 --> 00:15:58,200
dan menjalankan siasatan
183
00:15:58,290 --> 00:16:01,900
Adakah Siyao Liu membuat pengakuan?
184
00:16:02,590 --> 00:16:05,000
Tuanku, patik mendapati
185
00:16:05,090 --> 00:16:09,200
dia menukar tali pipa
kerana dia berdendam
186
00:16:09,290 --> 00:16:14,000
dengan ahli muzik 2 minggu lalu.
Tiada orang yang mengarahkannya
187
00:16:18,390 --> 00:16:20,200
Tiada orang yang mengarahkannya?
188
00:16:20,290 --> 00:16:23,800
Rasanya kamu membuat kesimpulan
dengan tergesa-gesa
189
00:16:23,890 --> 00:16:28,000
Berdasarkan maklumat kami,
kebenaran hampir terdedah
190
00:16:31,290 --> 00:16:32,800
Tuanku!
191
00:16:32,890 --> 00:16:36,800
Suspek Siyao Liu
telah menggantung diri
192
00:16:36,890 --> 00:16:40,200
Dia meninggalkan keterangan
dengan mengakui kesalahannya
193
00:16:40,290 --> 00:16:43,800
adalah kerana dendaman peribadinya
dengan ahli muzik
194
00:16:43,890 --> 00:16:47,600
Sekarang kesalahan dia
telah terbongkar, dia terlalu malu
195
00:16:47,690 --> 00:16:50,600
dan memutuskan untuk menebus dosanya
dengan membunuh diri
196
00:16:52,690 --> 00:16:56,400
Memandangkan hal ini telah
berkembang sampai tahap ini
197
00:16:56,490 --> 00:16:59,300
patik tidak tahu
apa yang perlu dilakukan
198
00:16:59,390 --> 00:17:03,000
Patik tunggu keputusan bijaksana
daripada Tuanku
199
00:17:03,090 --> 00:17:07,000
Memandangkan Siyao Liu membunuh diri
kerana rasa bersalah
200
00:17:07,090 --> 00:17:09,200
kes itu akan berakhir
201
00:17:09,290 --> 00:17:12,600
Dia berasal dari Istana Chenxi
202
00:17:12,690 --> 00:17:17,700
Gundik Yin bersalah
kerana tidak mengajarnya dengan baik
203
00:17:17,790 --> 00:17:20,700
Potong elaunnya sebanyak 30%
204
00:17:20,790 --> 00:17:23,300
Dia akan berada
di dalam Istana Chenxi
205
00:17:23,390 --> 00:17:25,000
untuk menyesali kesilapannya
206
00:17:34,390 --> 00:17:37,200
Keadaan tadi sangat kritikal
207
00:17:37,290 --> 00:17:41,300
Saya percaya kamu ingin
menanyakan saya sesuatu
208
00:17:41,390 --> 00:17:46,200
Kenapa kamu tidak menyerahkan bukti
untuk menuduh Gundik Wei tadi?
209
00:17:46,290 --> 00:17:48,700
Kenapa Siyao Liu
menulis keterangan yang berbeza
210
00:17:48,790 --> 00:17:50,800
dan membunuh diri
kerana rasa bersalah?
211
00:17:50,890 --> 00:17:53,600
Saya tidak faham sebab di sebaliknya
212
00:17:53,690 --> 00:17:56,300
Saya ingin Gundik Yang
menyedarkan saya tentang perkara itu
213
00:17:56,390 --> 00:17:59,500
Ia agak rumit
214
00:17:59,590 --> 00:18:03,300
Keterangan pertama adalah perangkap
215
00:18:03,390 --> 00:18:07,700
dan saya hampir masuk
ke dalam perangkap itu
216
00:18:07,790 --> 00:18:13,200
Kamu menyerahkan
pesanan Gundik Yin kepada saya
217
00:18:13,290 --> 00:18:15,700
dan pesanan itu
telah menyelamatkan saya
218
00:18:15,790 --> 00:18:17,500
Mari kita balik ke Balai Pengiring
219
00:18:17,590 --> 00:18:21,000
dan saya akan menerangkan
kepada kamu dalam perjalanan
220
00:18:33,890 --> 00:18:38,100
Gundik Wei,
hamba telah memeriksa 2 kali
221
00:18:38,190 --> 00:18:41,700
Ini adalah mayat Siyao Liu
222
00:18:41,790 --> 00:18:45,400
Gadis yang kasihan!
Pastikan mayatnya ditanam dengan baik
223
00:18:45,490 --> 00:18:46,900
Ya!
224
00:18:50,990 --> 00:18:53,400
Di dalam keterangan baru Siyao Liu
225
00:18:53,490 --> 00:18:56,400
dia memikul segala kesalahan
226
00:18:56,490 --> 00:18:59,700
Setiap huruf tulisannya menegaskan
227
00:18:59,790 --> 00:19:01,500
bahawa ia adalah
perbuatannya sendiri
228
00:19:01,590 --> 00:19:06,200
hal ini tidak ada kena mengena
dengan Gundik Yin
229
00:19:06,290 --> 00:19:10,000
Dayang yang setia dan
berdedikasi ini patut dihormati
230
00:19:10,090 --> 00:19:12,100
Tapi dia berpihak kepada
sisi yang salah
231
00:19:12,190 --> 00:19:14,800
dan biar seorang tuan punya yang tak
berhati perut dan tak bertanggungjawab
232
00:19:14,890 --> 00:19:17,300
mengorbankannya semata-mata saja
233
00:19:17,390 --> 00:19:22,500
Gundik Yang! Adakah kamu ingin
bersekutu dengan orang jenis itu?
234
00:19:24,790 --> 00:19:29,300
Kata-kata kamu terhadap Gundik Yin
terlalu kasar
235
00:19:29,390 --> 00:19:31,400
Dia bukan tidak berhati perut
236
00:19:31,490 --> 00:19:34,100
dia terlalu lemah
237
00:19:34,190 --> 00:19:37,900
Bagaimana dia dapat selamatkan orang
lain sedangkan tak dapat jaga diri?
238
00:19:37,990 --> 00:19:42,800
Kamu juga melihat
betapa jahat dan ganas Gundik Wei
239
00:19:42,890 --> 00:19:44,800
Jika ingin menentang dia
240
00:19:44,890 --> 00:19:48,800
saya memerlukan seorang sekutu
seperti Gundik Yin
241
00:19:51,790 --> 00:19:53,100
Rui'an!
242
00:19:53,190 --> 00:19:55,100
Kamu telah balik!
243
00:19:55,190 --> 00:19:58,000
Rui'an!
244
00:19:58,090 --> 00:20:01,400
Adakah kamu tahu banyak
tentang hal Gundik Yin?
245
00:20:01,490 --> 00:20:05,000
Apa yang kamu tahu
tentang masa lalu dia?
246
00:20:05,090 --> 00:20:07,000
Gundik Yin?
247
00:20:11,790 --> 00:20:15,600
Saya mendengar ceritanya
daripada seorang sida-sida tua
248
00:20:15,690 --> 00:20:19,600
Dia seorang yang kasihan
249
00:20:34,890 --> 00:20:38,800
Putera Qi, sudah tiba masanya
untuk belajar
250
00:20:41,890 --> 00:20:44,600
Adakah Putera Qi sudah habis membaca
251
00:20:44,690 --> 00:20:46,900
Buku Prinsip-prinsip Pentadbiran?
252
00:20:47,990 --> 00:20:49,300
Guru
253
00:20:49,390 --> 00:20:52,200
seseorang tidak boleh berjalan sejauh
sementara ibu bapanya masih hidup
254
00:20:52,290 --> 00:20:54,400
atau sekurang-kurangnya memberitahu
mereka tentang di mana diri berada
255
00:20:54,490 --> 00:20:57,400
Kenapa ibu bapa beta
berada di Chang'an
256
00:20:57,490 --> 00:21:01,300
sedangkan beta tinggal di Qizhou
sepanjang tahun ini?
257
00:21:01,390 --> 00:21:06,000
Tuanku akan faham
ketika umur kamu meningkat nanti
258
00:21:14,290 --> 00:21:15,200
- "Quan Wanji"
- Apakah kaitan ini dengan umur?
259
00:21:15,290 --> 00:21:16,200
- "Gabenor Tentera Qizhou"
- Apakah kaitan ini dengan umur?
260
00:21:16,290 --> 00:21:18,500
Beta seorang putera
261
00:21:18,590 --> 00:21:21,400
Beta masih putera
walaupun selepas upacara kedewasaan
262
00:21:21,490 --> 00:21:23,400
Beta tidak mungkin akan
menjadi maharaja
263
00:21:23,490 --> 00:21:25,000
Adakah beta mesti menjadi maharaja
264
00:21:25,090 --> 00:21:27,000
jika ingin tinggal di Chang'an?
265
00:21:27,090 --> 00:21:30,300
Selepas upacara kedewasaan
266
00:21:30,390 --> 00:21:33,300
kamu boleh tinggal di Chang'an
267
00:21:33,390 --> 00:21:37,700
Adakah Tuan Yin
yang beritahu tuan putera?
268
00:21:37,790 --> 00:21:39,100
Guru
269
00:21:39,190 --> 00:21:41,500
beta ingin menemui bonda setiap hari
270
00:21:41,590 --> 00:21:44,400
Beta ingin kamu balik
ke Chang'an bersama saya
271
00:21:44,490 --> 00:21:47,800
Kita jangan balik ke sini lagi, okey?
272
00:21:47,890 --> 00:21:52,500
Gundik Yin ingin tuan putera
membaca lebih banyak buku lagi
273
00:21:52,590 --> 00:21:55,700
Bilakah tuan putera
akan habis membaca
274
00:21:55,790 --> 00:21:57,400
Buku Prinsip-prinsip Pentadbiran?
275
00:22:17,090 --> 00:22:19,700
- Kamu ini!
- Saya ini!
276
00:22:19,790 --> 00:22:23,300
Kamu mengiringi Putera Qi
kepada Chang'an?
277
00:22:23,390 --> 00:22:24,600
Sudah tentu!
278
00:22:34,390 --> 00:22:36,500
Kamu datang lebih awal
daripada yang dijadualkan
279
00:22:36,590 --> 00:22:41,500
Kamu bimbang saya akan memberikan
maklumat kepada Chang'an
280
00:22:41,590 --> 00:22:46,900
bahawa kamu datang bersama
dengan tentera Qizhou?
281
00:22:49,090 --> 00:22:52,000
Gabenor Quan layak
282
00:22:52,090 --> 00:22:54,000
untuk menjadi orang yang bijaksana
di bawah Zhangsun Wuji
283
00:22:54,090 --> 00:22:56,300
Kamu memahami sesuatu dengan segera!
284
00:22:56,990 --> 00:22:59,500
Sekiranya saya bijak
285
00:22:59,590 --> 00:23:01,700
saya takkan melonggarkan kewaspadaan
286
00:23:01,790 --> 00:23:03,900
dan biar kamu menipu saya
287
00:23:03,990 --> 00:23:06,400
kerana kesihatan kamu
288
00:23:08,290 --> 00:23:11,200
Adakah tuan putera tahu
apa yang dilakukan?
289
00:23:11,290 --> 00:23:15,400
Tuan putera lakukan pemberontakn
terhadap Tang dan ayahanda tuan putera
290
00:23:15,490 --> 00:23:16,900
Pemenang menentukan segala-galanya!
291
00:23:16,990 --> 00:23:19,700
Jika beta menang,
ini tidak akan menjadi pemberontakan
292
00:23:23,390 --> 00:23:25,700
Itu kata-kata yang kebudak-budakan!
293
00:23:36,190 --> 00:23:39,100
Patik telah menandakan halaman
yang berlainan untuk Tuanku
294
00:23:39,190 --> 00:23:42,700
Patik berharap tuan putera
akan habis membaca buku ini
295
00:23:42,790 --> 00:23:46,900
suatu hari nanti
296
00:23:46,990 --> 00:23:49,900
Guru, jika kamu berikrar
untuk taat setia kepada beta
297
00:23:49,990 --> 00:23:51,900
beta boleh...
298
00:24:03,690 --> 00:24:06,600
Patik sudah bersedia!
299
00:24:09,090 --> 00:24:11,600
Jangan biarkan beta melihatnya!
300
00:24:28,890 --> 00:24:32,100
Ada sesuatu yang saya tidak faham
301
00:24:32,190 --> 00:24:35,000
Walaupun kamu melancarkan
serangan kejutan
302
00:24:35,090 --> 00:24:40,700
tapi tentera Qizhou
tidak mungkin boleh melawan Chang'an
303
00:24:42,290 --> 00:24:46,700
Siapa yang beritahu kamu
bahawa saya akan melawan?
304
00:24:46,790 --> 00:24:48,500
Sesuatu akan berlaku di Chang'an
305
00:24:48,590 --> 00:24:51,700
Jika Li Shimin bernasib baik
dan terus hidup
306
00:24:51,790 --> 00:24:54,000
ia bermaksud saya dan Putera Qi
307
00:24:54,090 --> 00:24:56,700
sedang menghadiri majlis penutup
308
00:24:56,790 --> 00:24:58,700
Sekiranya Li Shimin mangkat
309
00:24:58,790 --> 00:25:02,700
tentera Qizhou akan berada di sana
untuk membalas dendam bagi baginda
310
00:25:02,790 --> 00:25:06,700
menghapuskan maharaja jahat
dan memulihkan keamanan
311
00:25:06,790 --> 00:25:08,100
Apa?
312
00:25:20,790 --> 00:25:24,700
Ayah Gundik Yin telah melakukan
sesuatu untuk membelot Tuanku
313
00:25:24,790 --> 00:25:27,000
Semua orang di istana,
termasuk Menteri Zhangsun
314
00:25:27,090 --> 00:25:28,900
mahu menjalani hukuman mati
ke atas seluruh keluarganya
315
00:25:28,990 --> 00:25:32,100
Tetapi Tuanku masih
membawa dia memasuki istana
316
00:25:32,190 --> 00:25:34,700
Baginda agak menyukai Gundik Yin
317
00:25:34,790 --> 00:25:39,600
Mereka berkata baginda sering
membawanya menaiki bot di atas tasik
318
00:25:39,690 --> 00:25:43,400
Tetapi sesuatu berlaku selepas itu
319
00:25:43,490 --> 00:25:46,300
sekitar masa Putera Qi lahir
320
00:25:46,390 --> 00:25:49,300
Tuanku bersikap tidak ambil peduli
terhadap Gundik Yin
321
00:25:49,390 --> 00:25:53,400
Selepas itu,
Putera Qi dihantar ke Qizhou
322
00:25:53,490 --> 00:25:57,600
dan Gundik Yin menjadi ramah
dengan Gundik Wei
323
00:25:57,690 --> 00:25:59,200
Sida-sida tua itu
juga memberitahu saya
324
00:25:59,290 --> 00:26:01,300
Gundik Yin membaiki
kemahiran memasaknya selama ini
325
00:26:01,390 --> 00:26:04,300
tetapi tidak pernah
menyediakan hidangan kepada Tuanku
326
00:26:04,390 --> 00:26:06,400
Seolah-olah dia takut
Tuanku tidak akan menyukai itu
327
00:26:06,490 --> 00:26:10,800
Dia sering memasak semeja hidangan
328
00:26:10,890 --> 00:26:12,700
tetapi akhirnya
membuang semua hidangan itu
329
00:26:13,790 --> 00:26:15,700
Saya faham!
330
00:26:15,790 --> 00:26:17,500
Apa yang kamu kata?
331
00:26:18,990 --> 00:26:22,200
Tiada apa-apa! Saya hanya berfikir
332
00:26:22,290 --> 00:26:26,100
di sebalik kebimbangan
dan kecemasan Gundik Yin
333
00:26:26,190 --> 00:26:29,400
adalah percintaan yang mendalam
kepada Tuanku
334
00:26:31,890 --> 00:26:35,500
Tetapi Tuanku tidak tahu semua ini
335
00:26:49,090 --> 00:26:52,800
Cik puan, Cairen Wu Ruyi
mahu berjumpa kamu
336
00:26:54,890 --> 00:26:56,800
- Suruh dia masuk!
- Ya!
337
00:27:15,590 --> 00:27:18,500
Pada ulang tahun kematian
Maharani Wende setahun yang lalu
338
00:27:18,590 --> 00:27:21,900
kamu memberi makanan kepada saya
339
00:27:21,990 --> 00:27:26,000
Saya belum lagi membalas budi kamu
340
00:27:26,090 --> 00:27:30,600
Saya boleh memberitahu Tuanku
341
00:27:30,690 --> 00:27:35,100
hidangan yang kamu buat adalah lazat
342
00:27:35,190 --> 00:27:38,000
dan patut dicuba
343
00:27:38,090 --> 00:27:39,900
Apakah maksud kamu dengan itu?
344
00:27:39,990 --> 00:27:42,600
Walaupun prestasi kamu baik
di Perhimpunan Agung
345
00:27:42,690 --> 00:27:44,700
dan Tuanku agak menyukai kamu
346
00:27:44,790 --> 00:27:47,500
ini tidak bermakna kamu berhak
untuk bermegah-megah dan mengejek saya
347
00:27:47,590 --> 00:27:51,200
Saya cuma rasa cinta kamu
adalah berharga
348
00:27:51,290 --> 00:27:55,400
Saya hanya mahu melakukan sesuatu
untuk kamu. Saya tidak berniat jahat
349
00:27:55,490 --> 00:28:01,100
Sila pertimbangkan semula
cadangan saya
350
00:28:07,590 --> 00:28:09,500
Tunggu!
351
00:28:13,890 --> 00:28:15,900
Masa makan tengah hari telah tiba
352
00:28:15,990 --> 00:28:18,900
Jika kamu tidak bimbang
makanan itu diracuni
353
00:28:18,990 --> 00:28:21,100
kamu dialu-alukan
untuk berada di sini
354
00:28:22,590 --> 00:28:25,800
Saya tidak takut!
Saya akan menurut kamu
355
00:28:34,890 --> 00:28:37,400
Ketika musim bunga
bertukar menjadi musim panas
356
00:28:37,490 --> 00:28:39,900
burung-burung telah terbang
dan bunga-bunga telah layu
357
00:28:39,990 --> 00:28:42,400
Dedaun hijau berubah
menjadi merah pada tepinya
358
00:28:42,490 --> 00:28:45,700
di pagi yang berkabus dan
sinaran matahari yang hendak terbenam
359
00:28:47,390 --> 00:28:51,000
Kamu berkata
sebelum kamu memasuki istana
360
00:28:51,090 --> 00:28:53,000
kamu sangat menyukai puisi Tuanku
361
00:28:53,090 --> 00:28:55,400
Saya membaca puisi ini
untuk kamu setiap hari
362
00:28:55,490 --> 00:28:58,400
kenapa kamu tidak menjawab saya?
363
00:29:03,090 --> 00:29:05,600
Sisik ikan hijau di dayung
364
00:29:05,690 --> 00:29:09,100
Burung layang-layang hitam
menari di kanopi...
365
00:29:09,190 --> 00:29:12,700
- Kenapa...
- Kenapa hanya Fenyang
366
00:29:12,790 --> 00:29:15,400
mempunyai mata air gunung
yang terbaik?
367
00:29:17,490 --> 00:29:19,400
Patik menghadap Tuanku!
368
00:29:19,490 --> 00:29:20,700
Bangkit!
369
00:29:38,890 --> 00:29:39,800
Bagaimanakah keadaan dia?
370
00:29:39,890 --> 00:29:43,400
Tabib berkata nyawa dia
tidak terancam
371
00:29:43,490 --> 00:29:46,400
tetapi tidak berkata
bila dia akan bangun
372
00:29:46,490 --> 00:29:47,800
Ia mesti sukar untuk kamu, Tuanku
373
00:29:47,890 --> 00:29:50,400
Tuanku sibuk dengan Perhimpunan Agung
374
00:29:50,490 --> 00:29:52,900
tapi masih bimbang pada Xu Hui
375
00:29:54,190 --> 00:29:57,500
Ia mesti sukar untuk kamu
menjaga dia siang dan malam
376
00:30:03,890 --> 00:30:07,800
Kenapa kamu membaca puisi beta?
377
00:30:09,690 --> 00:30:12,100
Sebelum Xu Hui datang ke istana
378
00:30:12,190 --> 00:30:16,700
puisi Tuanku sudah
menjadi kegemarannya
379
00:30:16,790 --> 00:30:21,500
Dia boleh membaca dengan teliti
56 buah puisi yang Tuanku tulis
380
00:30:21,590 --> 00:30:26,300
Saya berfikir,
jika saya membaca puisi kepadanya
381
00:30:26,390 --> 00:30:29,800
dia mungkin akan sedar tak lama lagi
382
00:30:29,890 --> 00:30:33,500
Rasanya kamu juga memahami
semua puisi dengan baik
383
00:30:33,590 --> 00:30:35,700
Kamu juga suka puisi yang beta tulis?
384
00:30:37,790 --> 00:30:39,400
Letih?
385
00:30:39,490 --> 00:30:41,300
Berehatlah
386
00:30:41,390 --> 00:30:45,900
Tidak, seseorang mesti menjaganya!
387
00:30:45,990 --> 00:30:51,100
Tuanku, bagaimana jika
kita duduk di sini dan bersembang?
388
00:30:51,190 --> 00:30:53,300
Baiklah! Bersembang tentang apa?
389
00:30:53,390 --> 00:30:55,500
Ini...
390
00:31:28,290 --> 00:31:30,500
Tuanku, sampailah masa untuk
berangkat ke Bilik Bacaan Diraja
391
00:31:30,590 --> 00:31:32,400
Beta mahu berada di sini
lebih lama sedikit
392
00:31:32,490 --> 00:31:35,800
Tetapi ada banyak laporan
yang Tuanku belum membaca
393
00:31:35,890 --> 00:31:39,500
Pertandingan polo akan diadakan esok
394
00:31:39,590 --> 00:31:41,600
kamu perlu berehat
395
00:31:41,690 --> 00:31:46,700
Bawa laporan kepada beta,
beta akan membacanya di sini
396
00:31:46,790 --> 00:31:48,700
Patik akan pergi segera!
397
00:31:53,090 --> 00:31:55,500
- Tuan!
- Beta tidak mahu sesiapa tahu
398
00:31:55,590 --> 00:31:57,200
beta berada lama di sini
399
00:31:57,290 --> 00:32:02,000
Jangan risau. Patik akan
memastikan mereka menutup mulut
400
00:32:02,090 --> 00:32:03,700
Baik!
401
00:32:21,190 --> 00:32:25,800
Putera Qi masih rasa bersalah
terhadap Gabenor Quan?
402
00:32:27,290 --> 00:32:29,900
Pada masa dia menjadi guru saya
403
00:32:29,990 --> 00:32:33,100
walaupun dia tegas,
tapi dia melayan saya dengan baik
404
00:32:34,990 --> 00:32:39,100
Tiada apa yang akan berjaya
tanpa pertumpahan darah
405
00:32:39,190 --> 00:32:43,500
Dia mengintip untuk Zhangsun Wuji
406
00:32:43,590 --> 00:32:47,400
Dia mesti tahu tentang
407
00:32:47,490 --> 00:32:50,000
tentera kita akan
ditempatkan di pinggir Qizhou
408
00:32:51,490 --> 00:32:55,400
Kamu rasa kita akan berjaya, pak cik?
409
00:32:55,490 --> 00:32:58,200
Jangan risau
410
00:32:58,290 --> 00:33:02,200
kamu akan berangkat ke Chang'an
untuk menjadi maharaja
411
00:33:20,590 --> 00:33:27,200
Rama-rama setia memerhati,
berterbangan di antara bunga-bunga
412
00:33:27,290 --> 00:33:32,100
Namun bulan dan tahun
akan tetap bersilih ganti
413
00:33:32,190 --> 00:33:35,400
Hidup ini hanyalah
permainan sementara
414
00:33:35,490 --> 00:33:39,600
Cinta ialah rahsia yang abadi
415
00:33:39,690 --> 00:33:44,800
Keindahan sedetik
yang hanya disia-siakan
416
00:33:47,190 --> 00:33:53,700
Kisah-kisah tentang kita bersatu
dan berterusan
417
00:33:53,790 --> 00:33:58,700
Kita bertemu dan berpisah. Adakah
kau tahu kesedihanku ketika kau pergi?
418
00:33:58,790 --> 00:34:02,100
Mudah untuk kita
melupakan sesuatu
419
00:34:02,190 --> 00:34:03,900
Namun, ada ketika
aku lebih suka...
420
00:34:03,990 --> 00:34:05,700
Kamu terjaga?
421
00:34:05,790 --> 00:34:09,500
Tuanku juga terjaga?
422
00:34:10,590 --> 00:34:12,000
Kamu tertidur
423
00:34:12,090 --> 00:34:15,000
Beta memutuskan untuk
membaca laporan di sini
424
00:34:32,990 --> 00:34:34,600
Tuanku terjaga?
425
00:34:34,690 --> 00:34:36,400
- Cairen Wu
- Apa itu?
426
00:34:36,490 --> 00:34:39,200
Pertandingan polo akan bermula
427
00:34:39,290 --> 00:34:41,900
Kita akan menentang Mongolia
428
00:34:41,990 --> 00:34:45,900
Sila tonton pertandingan itu
di Taman Bunga Plum
429
00:34:45,990 --> 00:34:48,000
Baiklah. Mari pergi!
430
00:34:52,590 --> 00:34:55,200
Kamu mahu menonton?
431
00:34:58,990 --> 00:35:00,500
Lebih baik patik tak pergi!
432
00:35:00,590 --> 00:35:02,400
Beta rasa kamu boleh pergi
433
00:35:02,490 --> 00:35:05,200
Tetapi patik mesti menjaga Xu Hui
434
00:35:05,290 --> 00:35:08,200
Tuanku, bukan sahaja
Ruyi akan pergi bersama
435
00:35:08,290 --> 00:35:10,600
patik juga akan pergi bersama
436
00:35:10,690 --> 00:35:13,100
Kita mesti memberi semangat
kepada tentera Tang
437
00:35:13,190 --> 00:35:17,000
Kamu terjaga!
438
00:35:17,090 --> 00:35:18,700
Bagusnya. Mari kita ke sana!
439
00:35:24,390 --> 00:35:25,800
"Tang"
440
00:35:44,190 --> 00:35:54,600
Ya...
441
00:36:13,990 --> 00:36:16,600
Adakah kamu menatap gadis cantik?
442
00:36:18,390 --> 00:36:21,300
Pear manis ini tidak dapat
menutup mulut kamu!
443
00:36:22,790 --> 00:36:24,000
Lihat, cik puan!
444
00:36:24,090 --> 00:36:26,000
Di sana ada Cairen Wu
445
00:36:26,090 --> 00:36:28,600
yang mengalahkan Motsube Amamori
di Majlis Keraian
446
00:36:29,390 --> 00:36:32,900
Mereka semua mengatakan bahawa
dia seorang yang suka mengampu diri
447
00:36:32,990 --> 00:36:35,900
Bahkan Tuanku juga agak menyayanginya
448
00:36:39,390 --> 00:36:43,300
Nasib baik kamu tidak terlepas
hari terakhir
449
00:36:43,390 --> 00:36:45,200
dan hari Perhimpunan Agung
yang paling menarik
450
00:36:45,290 --> 00:36:47,600
Pada waktu siang, ia adalah
pertandingan polo
451
00:36:47,690 --> 00:36:50,200
dan pada waktu malam pula,
kita akan melihat perarakan
452
00:36:50,290 --> 00:36:52,600
para pengawal daripada pelbagai negeri
di Gerbang Chengtian
453
00:36:54,390 --> 00:36:57,900
Kamu akan tahu makna
454
00:36:57,990 --> 00:36:59,900
"Semua orang di istana
melihat Chang'an"
455
00:36:59,990 --> 00:37:02,600
"Semua negeri memuja Tang"
456
00:37:15,290 --> 00:37:16,900
Tian Kehan yang dihormati
457
00:37:16,990 --> 00:37:19,500
ada sesuatu yang saya tidak faham
458
00:37:19,590 --> 00:37:21,600
Semua orang berkata sini
adalah taman bunga
459
00:37:21,690 --> 00:37:26,100
Selepas pertandingan polo, kita akan
menjamu selera sambil melihat kekwa
460
00:37:26,190 --> 00:37:29,900
Tetapi ketika saya melihat di
sekeliling, saya tidak melihat kekwa
461
00:37:29,990 --> 00:37:32,500
di taman bunga ini
462
00:37:32,590 --> 00:37:35,700
Jangan risau, Putera Mutu
463
00:37:35,790 --> 00:37:40,000
kamu akan melihat kekwa
selepas pertandingan polo
464
00:37:42,090 --> 00:37:45,600
Putera Wu mengalahkan saya
dengan 1 mata pada 3 tahun yang lalu
465
00:37:45,690 --> 00:37:48,600
Sekarang, kami bertarung sekali lagi
di peringkat akhir
466
00:37:48,690 --> 00:37:51,900
Saya tertanya-tanya
siapa yang akan menang
467
00:37:51,990 --> 00:37:53,700
Sudah tentu kamu tahu
kemampuan sendiri
468
00:37:53,790 --> 00:37:56,300
Jika kamu ingat diri
kalah pada kali terakhir
469
00:37:56,390 --> 00:37:59,800
kamu perlu mengakui kekalahan sekarang
dan melangkau perlawanan
470
00:37:59,890 --> 00:38:01,000
Bercakap tentang masa lalu
471
00:38:01,090 --> 00:38:05,200
siapakah yang sering menang dalam
perhimpunan-perhimpunan lepas?
472
00:38:05,290 --> 00:38:10,800
Ketika Tang dan Mongolia
berperang pada 12 tahun yang lalu
473
00:38:10,890 --> 00:38:12,700
siapakah pemenang itu?
474
00:38:12,790 --> 00:38:19,500
Tiada pertikaian tentang kesungguhan
dan kemahiran boleh dibuktikan
475
00:38:19,590 --> 00:38:21,500
Pemenang akan ditentukan
476
00:38:21,590 --> 00:38:25,700
selepas beberapa pusingan
dalam pertandingan nanti
477
00:38:27,090 --> 00:38:28,200
Kata-kata kamu betul
478
00:39:17,890 --> 00:39:21,600
Kita menyediakan semua ini
untuk diri kita
479
00:39:21,690 --> 00:39:25,600
Jika sesuatu yang tidak kena berlaku,
hanya menelan semua ini
480
00:39:25,690 --> 00:39:27,600
Kematian akan berlaku
dengan serta-merta
481
00:39:27,690 --> 00:39:31,100
Penyeksaan semasa soal siasat
boleh dielakkan
482
00:39:35,790 --> 00:39:39,100
Hari ini akhirnya tiba
483
00:39:39,190 --> 00:39:43,500
Putera Qi dan tenteranya
bersedia untuk menyerang
484
00:39:43,590 --> 00:39:46,500
dan kita perlu bertindak
485
00:39:46,590 --> 00:39:48,900
Sebaik sahaja Li Shimin mangkat
486
00:39:48,990 --> 00:39:53,500
rakyat jelata akan takut
sebab tiada seorang pemerintah
487
00:39:53,590 --> 00:39:57,100
Tuan Yin boleh memimpin
Putera Qi ke Chang'an
488
00:39:57,190 --> 00:40:00,800
atas nama untuk menghapuskan
maharaja jahat
489
00:40:00,890 --> 00:40:03,300
Baiklah. Mari kita bertindak
ikut rancangan itu
490
00:40:37,390 --> 00:40:42,800
Syabas...
491
00:41:01,490 --> 00:41:02,900
- Halang dia!
- Ya!
492
00:41:25,290 --> 00:41:31,400
Syabas...
493
00:41:51,390 --> 00:41:55,300
Syabas...
494
00:42:07,090 --> 00:42:11,000
Syabas...