1 00:01:49,590 --> 00:01:50,800 "Dewan Chenqing" 2 00:01:56,790 --> 00:02:01,700 Maharani Wende pernah membaca semua buku ini? 3 00:02:01,790 --> 00:02:03,200 Betul! 4 00:02:04,790 --> 00:02:06,400 Letakkan buku "Teladan untuk Wanita" di sana! 5 00:02:08,290 --> 00:02:09,500 Baik 6 00:02:18,490 --> 00:02:20,100 Beta akan bantu kamu 7 00:02:33,890 --> 00:02:35,200 Sudah selesai 8 00:02:39,390 --> 00:02:40,400 Tuanku! 9 00:02:42,290 --> 00:02:43,700 Sepanjang tempoh ini 10 00:02:43,790 --> 00:02:45,400 patik membaca buku "Teladan untuk Wanita" dengan teliti 11 00:02:45,490 --> 00:02:48,700 Patik masih ingat ketika kali pertama masuk ke dalam istana 12 00:02:48,790 --> 00:02:52,900 patik mempunyai tanggapan yang salah pada Maharani Zhangsun 13 00:02:52,990 --> 00:02:55,500 Kata-kata kamu benar 14 00:02:55,590 --> 00:03:01,800 Perasaan beta pada dia lebih kepada bersalah berbanding cinta 15 00:03:01,890 --> 00:03:05,400 Beta berpendapat penampilan Jieyu Zheng sangat sempurna 16 00:03:05,490 --> 00:03:09,700 Tetapi apabila orang yang serupa muncul di depan beta 17 00:03:09,790 --> 00:03:13,600 semakin dia menyerupai Wende, beta semakin tidak berkenan 18 00:03:13,690 --> 00:03:15,400 Beta tidak mahu melaluinya sekali lagi 19 00:03:15,490 --> 00:03:19,900 Patik memahami cinta Tuanku kepada Maharani Zhangsun 20 00:03:19,990 --> 00:03:23,800 tetapi sebenarnya Wanyan tidak bersalah 21 00:03:23,890 --> 00:03:27,300 Tuanku telah melayan dia dengan tidak adil 22 00:03:27,390 --> 00:03:30,100 Tuanku kelihatan seperti memanjakan dia 23 00:03:30,190 --> 00:03:33,500 tetapi sebenarnya Tuanku melukai hati dia 24 00:03:41,890 --> 00:03:44,000 Sekarang dah pukul 3 pagi 25 00:03:44,090 --> 00:03:46,700 Masa untuk perhimpunan pagi. Beta mesti berangkat 26 00:03:46,790 --> 00:03:48,400 Tuanku! 27 00:03:50,390 --> 00:03:54,600 Bolehkah Tuanku menemani patik lama sedikit? 28 00:03:57,390 --> 00:04:00,100 Semua penghuni istana menurut aturan yang ditetapkan 29 00:04:00,190 --> 00:04:02,800 Setiap perkara ada aturannya 30 00:04:02,890 --> 00:04:05,800 agar semuanya dalam keadaan teratur 31 00:04:05,890 --> 00:04:09,400 Apabila tiba masanya, beta mesti berangkat 32 00:04:09,490 --> 00:04:11,100 Adakah kamu faham? 33 00:04:13,890 --> 00:04:15,600 Tuanku tersilap 34 00:04:15,690 --> 00:04:18,300 Apa yang beta tersilap? 35 00:04:18,390 --> 00:04:21,400 Mari ikut patik dan Tuanku akan tahu 36 00:04:26,390 --> 00:04:28,400 Tuanku, lihatlah! 37 00:04:31,590 --> 00:04:34,200 Apa yang beta perlu lihat? 38 00:04:34,290 --> 00:04:36,200 Tuanku mesti berjanji dengan patik 39 00:04:36,290 --> 00:04:39,200 tidak kira apa yang Tuanku lihat 40 00:04:39,290 --> 00:04:42,600 Tuanku tidak akan menghukum sesiapa 41 00:04:46,390 --> 00:04:50,900 Baiklah, beta tidak akan menghukum mereka 42 00:04:50,990 --> 00:04:54,200 Sebentar lagi, sekumpulan inang akan muncul membawa bakul-bakul makanan 43 00:04:54,290 --> 00:04:57,300 Kemudian, 2 kumpulan sida-sida pula akan lalu 44 00:05:00,190 --> 00:05:01,800 Mereka dah di sana 45 00:05:04,790 --> 00:05:07,000 Mereka menurut aturan yang ditetapkan 46 00:05:07,090 --> 00:05:11,000 Sebab itu kamu tahu mereka akan melewati kawasan ini pada waktu begini 47 00:05:11,090 --> 00:05:13,000 Apakah yang pelik mengenainya? 48 00:05:13,090 --> 00:05:16,900 Bersabarlah. Tuanku mesti terus melihat 49 00:05:16,990 --> 00:05:20,800 Inang yang berjalan di belakang sekali 50 00:05:20,890 --> 00:05:23,800 akan makan makanan di dalam bakul itu 51 00:05:23,890 --> 00:05:25,800 Ketua sida-sida bagi setiap kumpulan pula 52 00:05:25,890 --> 00:05:29,000 akan saling berlanggaran dengan satu kaki 53 00:05:32,790 --> 00:05:34,800 Lihatlah... 54 00:05:37,990 --> 00:05:39,200 Lihatlah! 55 00:05:51,490 --> 00:05:53,200 Jatuhkan dia... 56 00:05:53,290 --> 00:05:56,300 Langgar dia... 57 00:06:08,090 --> 00:06:10,900 Menarik! 58 00:06:10,990 --> 00:06:13,100 Mereka buat begitu pada setiap hari? 59 00:06:13,190 --> 00:06:15,700 Mereka bukanlah bertindak sembarangan 60 00:06:15,790 --> 00:06:20,300 tetapi melakukan perkara sama setiap hari 61 00:06:20,390 --> 00:06:22,400 adalah sangat membosankan 62 00:06:22,490 --> 00:06:25,700 Jadi mereka lakukan sesuatu yang nakal 63 00:06:25,790 --> 00:06:29,000 demi menambah keseronokan dalam hidup mereka 64 00:06:31,090 --> 00:06:36,200 Patik berpendapat Tuanku perlu lakukan yang sama 65 00:06:36,290 --> 00:06:41,800 Sangat membosankan bila Tuanku hadir perhimpunan pagi tepat pada masanya 66 00:06:41,890 --> 00:06:45,900 Jika kadangkala Tuanku hadir lebih awal atau lewat 67 00:06:45,990 --> 00:06:47,700 hari-hari yang berlalu pasti tidak akan sama 68 00:06:47,790 --> 00:06:51,400 kerana ada sesuatu yang baharu akan berlaku 69 00:06:51,490 --> 00:06:55,700 Pada pendapat patik, itulah makna sebuah kehidupan 70 00:06:58,590 --> 00:07:02,200 Hari ini beta belajar sesuatu yang baharu 71 00:07:05,390 --> 00:07:08,400 Cik puan, Jieyu Zheng masih baharu di dalam istana 72 00:07:08,490 --> 00:07:10,200 tetapi dah berjaya merebut perhatian baginda 73 00:07:10,290 --> 00:07:14,600 Nampaknya usaha Tuan Yin tidak sia-sia 74 00:07:14,690 --> 00:07:17,000 Jika memang benarlah itu niat Tuan Yin 75 00:07:17,090 --> 00:07:20,300 Saya risau dia mempunyai niat tersembunyi 76 00:07:20,390 --> 00:07:22,400 Maksud cik... 77 00:07:25,690 --> 00:07:27,200 Pokok yang lebih tinggi daripada hutan 78 00:07:27,290 --> 00:07:29,700 pasti akan tumbang jika ditiup angin 79 00:07:29,790 --> 00:07:33,200 Jika Wanyan terus menunjukkan keangkuhannya 80 00:07:33,290 --> 00:07:36,200 pasti ramai orang akan memusuhinya kelak 81 00:07:36,290 --> 00:07:39,000 Kamu mesti memerhatikan dia untuk saya 82 00:07:39,090 --> 00:07:40,900 Baik, cik puan 83 00:07:47,090 --> 00:07:51,000 Wenniang, lihatlah bunga aprikot sedang berkembang mekar 84 00:07:58,290 --> 00:07:59,900 Cik 85 00:08:03,890 --> 00:08:08,400 Tidak hairanlah seorang inang berani melawan kata-kata saya 86 00:08:08,490 --> 00:08:12,900 Kerana dia tahu Jieyu Zheng akan lebih berjaya 87 00:08:14,490 --> 00:08:17,300 Malah perempuan jahat seperti dia mempunyai bakat 88 00:08:17,390 --> 00:08:20,500 Dia berpura-pura tidak tahu dan dungu 89 00:08:20,590 --> 00:08:25,300 tetapi dia sebenarnya merancang menaikkan darjatnya 90 00:08:29,090 --> 00:08:31,200 Hubungan saya dan Wenniang sangat baik 91 00:08:31,290 --> 00:08:34,400 Sebab itu saya pilih dia sebagai inang saya 92 00:08:37,590 --> 00:08:39,600 Cairen Xiao 93 00:08:39,690 --> 00:08:42,000 walaupun kamu masuk ke istana sebelum saya 94 00:08:42,090 --> 00:08:46,500 tetapi sekarang saya Jieyu pangkat ketiga 95 00:08:46,590 --> 00:08:49,200 dan kamu hanyalah Cairen pangkat kelima 96 00:08:49,290 --> 00:08:51,400 Kenapa kamu tidak menyapa saya? 97 00:08:51,490 --> 00:08:53,800 Kamu... 98 00:08:53,890 --> 00:08:58,200 Ya, saya pernah dengar tentang ibu kamu 99 00:08:58,290 --> 00:09:02,200 mengahwini ahli keluarga Xiao sebagai gundik 100 00:09:02,290 --> 00:09:07,400 Saya sangat mengagumi tindakan berani ibu kamu 101 00:09:07,490 --> 00:09:11,900 Lupakannya! Seorang anak gundik 102 00:09:11,990 --> 00:09:17,200 tidak tahu tentang adab dan kelakuan 103 00:09:17,290 --> 00:09:20,700 Hari ini angin saya sangat baik 104 00:09:20,790 --> 00:09:22,800 jadi saya tidak akan salahkan kamu 105 00:09:22,890 --> 00:09:26,900 Jieyu? Kamu tidak layak menerima pangkat itu 106 00:09:26,990 --> 00:09:32,300 Kamu bersendirian setiap malam di Dewan Ganlu, ingat saya tak tahu? 107 00:09:32,390 --> 00:09:34,600 - Lepaskan dia! - Jauhkan diri daripada saya! 108 00:09:38,090 --> 00:09:40,400 Lepaskan saya... 109 00:09:42,590 --> 00:09:45,200 Kata-kata mak cik saya benar 110 00:09:45,290 --> 00:09:47,000 Zheng Wanyan 111 00:09:47,090 --> 00:09:50,500 tiada gunanya kita saling bergaduhan begini 112 00:09:50,590 --> 00:09:54,400 Kamu nak tahu di mana baginda berada pada setiap malam? 113 00:09:54,490 --> 00:09:59,800 Siapa yang bertanggungjawab memalukan kamu hingga begini sekali? 114 00:09:59,890 --> 00:10:05,200 Dia adalah Wu Ruyi dari Dewan Chengqing! 115 00:10:12,290 --> 00:10:14,600 Cik! 116 00:10:14,690 --> 00:10:16,600 Saya tidak percaya 117 00:10:18,590 --> 00:10:21,900 Saya tidak percaya! 118 00:10:21,990 --> 00:10:23,800 Dia menipu 119 00:10:25,490 --> 00:10:27,800 Dia mencemburui saya 120 00:10:27,890 --> 00:10:31,300 Benar, Wenniang? 121 00:10:31,390 --> 00:10:32,600 Benar! 122 00:10:50,090 --> 00:10:53,200 Jieyu, hidangan ini hampir sejuk 123 00:10:53,290 --> 00:10:55,000 Saya tidak rasa lapar 124 00:10:58,690 --> 00:11:03,100 Mungkin baginda mempunyai rancangan lain 125 00:11:03,190 --> 00:11:04,400 Mengarut! 126 00:11:06,390 --> 00:11:08,800 Malam ini baginda akan panggil saya menghadap 127 00:11:08,890 --> 00:11:10,300 Baginda akan panggil saya! 128 00:11:13,090 --> 00:11:15,000 Sembah, Jieyu Zheng! 129 00:11:18,390 --> 00:11:20,600 Saya berkhidmat untuk Gundik Yin 130 00:11:20,690 --> 00:11:24,000 Adakah cik masih ingat? 131 00:11:24,090 --> 00:11:27,200 Tentulah. Kamu adalah Siyao Liu 132 00:11:27,290 --> 00:11:30,400 Apakah yang Gundik Yin mahu sampaikan kepada saya? 133 00:11:32,190 --> 00:11:34,000 Kamu boleh pergi 134 00:11:34,090 --> 00:11:35,800 Baik, cik 135 00:11:40,290 --> 00:11:43,300 Dia mahu saya sampaikan kepada cik 136 00:11:43,390 --> 00:11:45,100 agar cik jangan terus menanti lagi 137 00:11:45,190 --> 00:11:48,800 Baginda sudah berangkat ke tempat lain 138 00:11:48,890 --> 00:11:50,400 Kenapa? 139 00:11:50,490 --> 00:11:53,400 Kenapa baginda tidak memanggil saya? 140 00:11:53,490 --> 00:11:54,900 Apa yang saya tahu 141 00:11:54,990 --> 00:11:58,300 baginda tidak menghabiskan banyak masa di Dewan Ganlu 142 00:11:58,390 --> 00:12:01,600 Baginda berangkat ke Dewan Chengqing pada waktu malam 143 00:12:01,690 --> 00:12:04,600 Tidakkah cik tahu mengenai hal ini? 144 00:12:06,390 --> 00:12:08,000 Saya tidak tahu 145 00:12:08,090 --> 00:12:10,500 Apa yang baginda lakukan di sana? 146 00:12:10,590 --> 00:12:13,500 Baginda bertemu dengan kawan baik cik, Wu Ruyi 147 00:12:13,590 --> 00:12:15,200 Ruyi? 148 00:12:17,090 --> 00:12:18,600 Itu mustahil! 149 00:12:18,690 --> 00:12:20,200 Cik tidak boleh percaya 150 00:12:20,290 --> 00:12:24,400 terdapat persahabatan sejati dalam harem ini 151 00:12:24,490 --> 00:12:27,500 Janganlah lupa orang yang mengkhianati kita 152 00:12:27,590 --> 00:12:31,000 selalunya orang yang paling rapat dengan kita 153 00:12:31,090 --> 00:12:32,900 Tetapi bukan Wu Ruyi! 154 00:12:50,790 --> 00:12:53,200 - Ruyi! - Wanyan! 155 00:12:55,090 --> 00:12:57,400 Apa kamu lakukan di sini? 156 00:12:57,490 --> 00:13:00,700 Mari berehat. Saya bawakan ladu untuk kamu 157 00:13:04,390 --> 00:13:07,200 Rasanya sangat sedap! 158 00:13:07,290 --> 00:13:12,300 Wanyan, adakah kamu tahu saya gembira kerana kamu datang ke sini? 159 00:13:12,390 --> 00:13:15,400 Semua penghuni istana beritahu kamu adalah Jieyu 160 00:13:15,490 --> 00:13:19,000 mungkin saya dan Xu Hui bukan lagi kawan kamu 161 00:13:19,090 --> 00:13:20,300 Tetapi jauh di sudut hati saya 162 00:13:20,390 --> 00:13:23,100 saya tahu kamu masih sama seperti dulu 163 00:13:28,990 --> 00:13:30,600 Wanyan 164 00:13:32,090 --> 00:13:35,700 Wanyan, kamu ada masalah? 165 00:13:35,790 --> 00:13:40,500 Ini berkaitan dengan masalah penampilan 166 00:13:40,590 --> 00:13:42,600 Baginda... 167 00:13:45,390 --> 00:13:48,000 Baginda tidak pernah beradu bersama saya 168 00:13:52,190 --> 00:13:55,400 Bersabarlah. Mungkin ia berlaku terlalu awal 169 00:13:55,490 --> 00:13:59,100 Saya pasti tidak lama lagi semuanya akan lebih baik 170 00:13:59,190 --> 00:14:02,300 Baginda pernah panggil saya menghadap 171 00:14:02,390 --> 00:14:04,300 tetapi baginda terus meninggalkan saya 172 00:14:04,390 --> 00:14:07,000 dan tidak kembali sehingga waktu pagi 173 00:14:09,490 --> 00:14:11,000 Ruyi 174 00:14:13,490 --> 00:14:17,200 Adakah kamu tahu baginda pergi ke mana? 175 00:14:17,290 --> 00:14:19,100 Saya... 176 00:14:23,790 --> 00:14:26,200 Bagaimana saya tahu? 177 00:14:29,390 --> 00:14:32,300 Di dalam harem ini 178 00:14:32,390 --> 00:14:35,100 ramai wanita tidak pernah melihat muka baginda 179 00:14:35,190 --> 00:14:37,300 Tetapi mereka tetap meneruskan hidup 180 00:14:37,390 --> 00:14:39,200 Janganlah rasa susah hati lagi 181 00:14:39,290 --> 00:14:41,800 Janganlah terlalu kecewa, Wanyan 182 00:14:41,890 --> 00:14:43,600 Mungkin selepas seketika 183 00:14:43,690 --> 00:14:46,400 keadaan akan bertambah baik 184 00:14:58,390 --> 00:15:01,200 Benar kata-kata kamu 185 00:15:01,290 --> 00:15:04,800 Sekarang saya dah faham 186 00:15:04,890 --> 00:15:07,000 Saya rasa lega 187 00:15:07,090 --> 00:15:09,400 Sekarang saya rasa lebih lega 188 00:15:09,490 --> 00:15:11,400 kerana kamu tidak susah hati lagi 189 00:15:32,690 --> 00:15:35,400 Selepas bercakap dengan Cairen Wu 190 00:15:35,490 --> 00:15:38,900 adakah cik menyedari apa-apa yang mencurigakan? 191 00:15:38,990 --> 00:15:41,400 Saya sangat dungu kerana percaya 192 00:15:41,490 --> 00:15:45,700 terdapat orang yang baik hati di dalam harem ini 193 00:15:51,790 --> 00:15:53,800 Saya nak bertemu Gundik Yin 194 00:16:03,790 --> 00:16:06,200 Cik puan, boleh saya minta bantuan kamu? 195 00:16:06,290 --> 00:16:08,900 Apa kamu lakukan ini? Bangun! 196 00:16:08,990 --> 00:16:10,700 Tolong bangun 197 00:16:12,190 --> 00:16:14,600 Wanyan, mari duduk di sini 198 00:16:22,390 --> 00:16:28,000 Kebelakangan ini baginda tidak panggil saya menghadap 199 00:16:28,090 --> 00:16:31,500 Saya mahu dapatkan tunjuk ajar daripada kamu 200 00:16:31,590 --> 00:16:34,900 tentang bagaimana berdepan dengan pesaing saya 201 00:16:34,990 --> 00:16:38,300 dan mereka yang menimbulkan masalah di belakang saya 202 00:16:38,390 --> 00:16:41,500 Maksud kamu... 203 00:16:41,590 --> 00:16:43,400 Wu Ruyi! 204 00:16:43,490 --> 00:16:48,700 Dia berbual dengan baginda sepanjang malam 205 00:16:48,790 --> 00:16:54,300 dan kerana itu baginda tidak panggil saya menghadap di Dewan Ganlu 206 00:16:54,390 --> 00:16:56,500 Apa yang kamu mahu saya lakukan? 207 00:16:58,590 --> 00:17:00,200 Saya mahu dia mati 208 00:17:00,290 --> 00:17:02,200 Tidak boleh! 209 00:17:02,290 --> 00:17:04,900 Di sini, jika tiba-tiba musuh kamu mati 210 00:17:04,990 --> 00:17:06,500 mereka pasti akan mengesyaki kamu 211 00:17:06,590 --> 00:17:08,600 Tiada jaminan apa akan berlaku pada kamu 212 00:17:08,690 --> 00:17:11,700 Tambahan lagi, itu hanyalah sangkaan kamu saja 213 00:17:11,790 --> 00:17:13,300 Jika dia tidak menyimpan rahsia 214 00:17:13,390 --> 00:17:16,700 kenapa dia menipu pada saya? 215 00:17:16,790 --> 00:17:19,300 Jika saya tidak membunuh dia 216 00:17:19,390 --> 00:17:22,700 dia akan menggugat kedudukan saya 217 00:17:22,790 --> 00:17:27,000 Sebab itulah saya perlukan bantuan kamu 218 00:17:27,090 --> 00:17:29,700 Jika saya boleh berjaya di dalam harem ini 219 00:17:29,790 --> 00:17:33,700 saya akan bantu kamu sampaikan pada baginda 220 00:17:33,790 --> 00:17:38,100 agar Putera Qi dapat kembali ke Chang'an 221 00:17:38,190 --> 00:17:40,300 dan hidup bersama-sama kamu 222 00:17:43,790 --> 00:17:47,200 Cik puan... 223 00:17:50,590 --> 00:17:52,100 Saya faham 224 00:17:52,190 --> 00:17:57,200 Beri saya masa untuk berfikir bagaimana saya boleh membantu kamu 225 00:17:57,290 --> 00:17:59,600 Kamu boleh pergi 226 00:17:59,690 --> 00:18:02,500 Terima kasih 227 00:18:16,890 --> 00:18:22,700 Cik puan, benarkah cik puan nak bantu dia membunuh Wu Ruyi? 228 00:18:25,790 --> 00:18:29,200 Hantar jag racun dua saluran saya kepada dia 229 00:18:29,290 --> 00:18:31,000 dan ajar dia untuk menggunakannya 230 00:18:39,290 --> 00:18:41,100 Cairen Wu 231 00:18:41,190 --> 00:18:42,400 Wenniang! 232 00:18:44,090 --> 00:18:45,700 Kamu dah datang! 233 00:18:45,790 --> 00:18:49,900 Jieyu Zheng arahkan saya hantar ladu untuk cik 234 00:18:49,990 --> 00:18:51,500 Dia sangat baik hati 235 00:18:51,590 --> 00:18:53,900 Tolong sampaikan ucapan terima kasih saya 236 00:18:55,990 --> 00:19:00,100 Dia juga menjemput cik datang ke kamarnya pada pukul 7 esok 237 00:19:00,190 --> 00:19:02,200 untuk membincangkan sesuatu yang penting 238 00:19:13,690 --> 00:19:16,100 Ini adalah jag racun dua saluran 239 00:19:16,190 --> 00:19:18,800 Muncungnya mempunyai dua saluran 240 00:19:18,890 --> 00:19:21,900 Cik tuang wain daripada saluran ini 241 00:19:21,990 --> 00:19:23,900 seperti jag biasa yang lain 242 00:19:23,990 --> 00:19:26,200 Tetapi semasa menuang wain itu 243 00:19:26,290 --> 00:19:29,800 pusingkan mutiara ini seperti ini 244 00:19:29,890 --> 00:19:34,200 agar wain itu keluar dari saluran kedua yang mengandungi racun 245 00:19:34,290 --> 00:19:38,200 Ini bermaksud wain yang cik tuang itu adalah wain beracun 246 00:19:38,290 --> 00:19:40,500 Racun akan menyerang selepas 3 hari 247 00:19:40,590 --> 00:19:42,800 dan kemudian mangsa akan mati 248 00:19:51,190 --> 00:19:54,900 Gundik Yin benarkan saya menggunakannya? 249 00:19:54,990 --> 00:19:56,500 Dia sendiri mengarahkannya 250 00:19:56,590 --> 00:20:01,900 Dia faham sekarang ini cik rasa kedudukan cik sangat tergugat 251 00:20:01,990 --> 00:20:05,200 Memandangkan Timbalan Menteri Zheng minta dia menjaga cik 252 00:20:05,290 --> 00:20:09,300 dia akan cuba melindungi cik dan sentiasa membantu cik 253 00:20:09,390 --> 00:20:12,200 Dia akan lakukan apa saja untuk membantu cik 254 00:20:12,290 --> 00:20:18,900 Adakah cik dah fikir apa cik nak lakukan kepada Wu Ruyi? 255 00:20:18,990 --> 00:20:21,700 Jangan risau. Saya dah buat persiapan 256 00:20:21,790 --> 00:20:24,700 Sebentar lagi dia akan datang ke kamar saya 257 00:20:24,790 --> 00:20:28,100 Gundik Yin berpesan agar cik berhati-hati 258 00:20:28,190 --> 00:20:29,800 Ini sama seperti satu perjudian 259 00:20:29,890 --> 00:20:32,800 Jika cik menang, masa depan cik akan cerah 260 00:20:32,890 --> 00:20:36,200 Tetapi jika cik kalah, cik akan dihukum 261 00:20:36,290 --> 00:20:40,200 dan boleh membabitkan keluarga Zheng dan Yin 262 00:20:40,290 --> 00:20:42,300 Sampaikan pada Gundik Yin 263 00:20:42,390 --> 00:20:45,900 saya akan bertanggungjawab atas perbuatan saya 264 00:20:45,990 --> 00:20:48,100 Saya tidak akan membabitkan nama baik dia 265 00:21:42,590 --> 00:21:45,400 - Wanyan - Ruyi 266 00:21:45,490 --> 00:21:49,100 Lihatlah, saya bawakan pakaian kamu 267 00:21:49,190 --> 00:21:51,400 Wenniang, tinggalkan kami dan tutup pintu 268 00:21:51,490 --> 00:21:53,300 Baik 269 00:21:53,390 --> 00:21:55,800 Terima kasih banyak-banyak. Jemput duduk 270 00:21:55,890 --> 00:21:58,500 Jangan kata begitu. Saya berada di bilik cucian 271 00:21:58,590 --> 00:22:00,200 dan mereka baru selesai menggosok pakaian kamu 272 00:22:00,290 --> 00:22:04,300 Bila saya terlihat pakaian kamu, saya membawanya ke sini 273 00:22:04,390 --> 00:22:06,500 Boleh saya keluar dulu? 274 00:22:08,290 --> 00:22:10,900 Terima kasih, Ruyi 275 00:22:10,990 --> 00:22:12,700 Jemputlah minum 276 00:22:17,090 --> 00:22:18,600 Saya rasa pelik 277 00:22:18,690 --> 00:22:20,400 Di dalam harem ini 278 00:22:20,490 --> 00:22:24,800 hanya saya, kamu dan Xu Hui berkawan sejak dari mula 279 00:22:29,390 --> 00:22:31,900 - Jemputlah minum - Baiklah 280 00:22:55,290 --> 00:22:59,600 Kamu jemput saya untuk berbincang hal yang penting 281 00:22:59,690 --> 00:23:01,500 Apakah hal itu? 282 00:23:04,790 --> 00:23:07,800 Saya dengar kamu adalah penari terbaik 283 00:23:07,890 --> 00:23:09,100 Jika boleh, saya mahu kamu ajar saya 284 00:23:09,190 --> 00:23:11,900 tarian "Putera Lanling dalam Peperangan" 285 00:23:11,990 --> 00:23:13,900 Tentulah boleh! 286 00:23:13,990 --> 00:23:19,100 Tarian ini mengingatkan saya pada memori menyakitkan 287 00:23:19,190 --> 00:23:21,500 Memori menyakitkan? 288 00:23:21,590 --> 00:23:23,100 Pertama kali saya melihat baginda 289 00:23:23,190 --> 00:23:25,000 adalah ketika menari tarian ini 290 00:23:25,090 --> 00:23:27,700 Saya hampir dipancung kerana tarian ini 291 00:23:27,790 --> 00:23:30,900 Adakah ia menyakitkan atau apa? 292 00:23:30,990 --> 00:23:33,400 Saya mencemburui kamu! 293 00:23:33,490 --> 00:23:35,800 Jika baginda menghukum kamu 294 00:23:35,890 --> 00:23:39,100 baginda akan mengingati kamu selama-lamanya 295 00:23:39,190 --> 00:23:43,300 Itu lebih baik daripada situasi saya sekarang ini 296 00:23:43,390 --> 00:23:45,900 Pada mata baginda, saya ibarat sudah mati 297 00:23:45,990 --> 00:23:49,800 Jangan kata begitu! Kamu kedengaran sangat terdesak! 298 00:23:49,890 --> 00:23:51,900 Saya pernah berpesan 299 00:23:51,990 --> 00:23:54,100 setiap cerita pasti mempunyai dua sisi 300 00:23:54,190 --> 00:23:57,100 Saya sentiasa mengingatkan diri saya begitu 301 00:24:16,990 --> 00:24:20,600 Kamu mempunyai banyak cermin 302 00:24:20,690 --> 00:24:23,000 Kenapa kamu menutup semua cermin itu? 303 00:24:25,590 --> 00:24:29,200 Sebab saya bencikan cermin 304 00:24:29,290 --> 00:24:30,900 Kenapa? 305 00:24:33,090 --> 00:24:35,700 Sejak saya berusia 10 tahun 306 00:24:35,790 --> 00:24:39,000 saya dilatih untuk menyerupai Maharani Zhangsun 307 00:24:39,090 --> 00:24:45,400 Saya terpaksa selalu melihat cermin dan orang 308 00:24:45,490 --> 00:24:48,000 yang berkhidmat untuk maharani akan melatih saya 309 00:24:48,090 --> 00:24:50,900 agar saya kelihatan dan berkelakuan seperti baginda 310 00:24:52,290 --> 00:24:54,500 Selepas beberapa ketika 311 00:24:54,590 --> 00:24:57,200 setiap kali saya melihat cermin 312 00:24:57,290 --> 00:25:03,300 saya tertanya-tanya jika Maharani Zhangsun ada di dalam cermin 313 00:25:03,390 --> 00:25:05,300 kalau begitu, siapa saya? 314 00:25:06,990 --> 00:25:08,900 Wanyan 315 00:25:08,990 --> 00:25:13,500 Apa maksud kamu? Ada seseorang melatih kamu? 316 00:25:15,590 --> 00:25:18,100 Kamu tidak sepatutnya tahu tentang ini 317 00:25:18,190 --> 00:25:20,700 tetapi saya dah tidak kisah lagi 318 00:25:20,790 --> 00:25:22,500 Sebab saya tahu kamu akan rahsiakannya 319 00:25:22,590 --> 00:25:25,200 Tentulah saya akan rahsiakannya! 320 00:25:25,290 --> 00:25:30,800 Tetapi bila saya tahu kamu menyimpan banyak rahsia 321 00:25:30,890 --> 00:25:32,900 pasti semua ini sukar buat kamu 322 00:25:34,790 --> 00:25:39,000 Ramai penghuni di dalam harem ini mencemburui saya 323 00:25:39,090 --> 00:25:41,300 tetapi mereka tidak pernah tahu 324 00:25:41,390 --> 00:25:45,100 yang saya tiada kawan sejak berusia 12 tahun 325 00:25:45,190 --> 00:25:48,600 Saya rasa sangat bersyukur dapat berjumpa kamu 326 00:25:48,690 --> 00:25:51,400 tetapi maaf kerana terpaksa buat begini pada kamu 327 00:25:51,490 --> 00:25:53,600 Apa kamu dah buat kepada saya? 328 00:25:53,690 --> 00:25:56,000 Apa yang kamu sedang katakan ini? 329 00:25:56,090 --> 00:25:58,600 Kamu tidak bersalah apa-apa pada saya 330 00:26:06,790 --> 00:26:10,200 Wanyan, muka kamu... 331 00:26:12,490 --> 00:26:15,100 Wanyan, hidung kamu berdarah 332 00:26:23,990 --> 00:26:26,500 Wanyan... 333 00:26:26,590 --> 00:26:28,400 Adakah kamu tidak apa-apa, Wanyan? 334 00:26:29,890 --> 00:26:33,700 Adakah kamu tidak apa-apa, Wanyan... 335 00:26:33,790 --> 00:26:35,400 Wanyan! 336 00:26:35,490 --> 00:26:38,600 Adakah kamu tidak apa-apa? 337 00:26:38,690 --> 00:26:40,000 Pergi ke sana! 338 00:27:21,090 --> 00:27:28,800 Wanyan... 339 00:27:28,890 --> 00:27:31,100 Adakah kamu tidak apa-apa, Wanyan? 340 00:27:31,190 --> 00:27:32,600 Wanyan! 341 00:27:32,690 --> 00:27:35,800 Tolong... 342 00:27:35,890 --> 00:27:40,100 Wanyan, apa dah berlaku pada kamu? 343 00:27:40,190 --> 00:27:42,200 Ada orang telah memperdaya saya 344 00:27:44,990 --> 00:27:50,000 Ruyi, saya... 345 00:27:50,090 --> 00:27:56,300 - Saya minta maaf... - Wanyan... 346 00:27:56,390 --> 00:28:01,400 Wanyan... 347 00:28:11,790 --> 00:28:13,600 Tolong! 348 00:28:20,990 --> 00:28:24,900 Tolong... 349 00:28:30,190 --> 00:28:34,200 Di mana Gundik Wei? 350 00:28:34,290 --> 00:28:35,500 Dia dah pun tiba 351 00:28:36,990 --> 00:28:39,600 Kamu dah pun tiba 352 00:28:39,690 --> 00:28:42,500 Adakah kita perlu menanti Gundik Yang? 353 00:28:42,590 --> 00:28:46,700 Kamu pun tahu dia dalam keadaan tidak sihat 354 00:28:46,790 --> 00:28:50,800 Kita tidak perlu buat dia risau dengan hal sebegini 355 00:28:50,890 --> 00:28:52,200 Cik puan 356 00:29:01,290 --> 00:29:03,400 - Cik puan - Sila berdiri di belakang 357 00:29:03,490 --> 00:29:05,700 Dia telah diracun 358 00:29:07,290 --> 00:29:09,900 - Tutup muka dia - Cepat tutup muka dia! 359 00:29:09,990 --> 00:29:11,200 Baik 360 00:29:14,290 --> 00:29:16,900 Adakah kamu mengesyaki sesiapa? 361 00:29:16,990 --> 00:29:18,700 Siapakah dia? 362 00:29:18,790 --> 00:29:20,700 Wu Ruyi 363 00:29:22,490 --> 00:29:24,000 Wu Ruyi? 364 00:29:24,090 --> 00:29:25,300 Ya 365 00:29:29,090 --> 00:29:31,300 - Tidak, cik puan! - Itu tidak benar! 366 00:29:31,390 --> 00:29:33,000 Itu tidak benar... 367 00:29:33,090 --> 00:29:34,800 Tidak, cik puan! 368 00:29:34,890 --> 00:29:36,600 Ruyi dan Wanyan ibarat adik-beradik 369 00:29:36,690 --> 00:29:38,500 Ruyi tidak akan sesekali menyakiti Wanyan! 370 00:29:38,590 --> 00:29:40,500 - Mustahil! - Bagaimana ia boleh berlaku? 371 00:29:40,590 --> 00:29:41,500 - Jangan masuk! - Benar 372 00:29:41,590 --> 00:29:43,900 Diam! Jaga kelakuan kamu semua 373 00:29:43,990 --> 00:29:46,200 - Arahkan mereka bersurai! - Baik 374 00:29:46,290 --> 00:29:48,200 - Sila bersurai - Baik... 375 00:29:50,590 --> 00:29:53,100 Cik puan, itu tidak benar! 376 00:29:53,190 --> 00:29:56,600 - Itu tidak benar! - Sila bersurai dari sini 377 00:29:58,090 --> 00:29:59,500 Sida-sida Chen 378 00:30:01,290 --> 00:30:04,500 Adakah Ruyi sudah buat pengakuan? 379 00:30:04,590 --> 00:30:06,900 Dia tetap menafikannya 380 00:30:06,990 --> 00:30:10,000 Kini dia ditahan dan dikurung di Balai Pengiring 381 00:30:13,890 --> 00:30:16,400 - Kamu tunggu di luar - Baik 382 00:30:19,990 --> 00:30:23,500 Memandangkan Gundik Yang sedang sakit 383 00:30:23,590 --> 00:30:28,800 kita berdua akan menguruskan hal ini 384 00:30:28,890 --> 00:30:33,000 Pada pendapat kamu, apa yang kita boleh lakukan? 385 00:30:36,190 --> 00:30:38,300 Dia dah mati 386 00:30:38,390 --> 00:30:42,900 Apa gunanya jika kita menangkap pembunuh itu? 387 00:30:42,990 --> 00:30:45,600 Hanya kita berdua di dalam bilik ini 388 00:30:45,690 --> 00:30:50,400 kamu tidak perlu berpura-pura baik di depan saya 389 00:30:50,490 --> 00:30:55,600 Kamu pasti rasa sangat seronok 390 00:30:55,690 --> 00:30:57,500 Sekarang Zheng Wanyan dah mati 391 00:30:57,590 --> 00:31:00,700 dan Wu Ruyi adalah suspek utama 392 00:31:00,790 --> 00:31:05,600 apa lagi yang lebih menyeronokkan bagi kamu? 393 00:31:07,090 --> 00:31:11,200 Kenapa kamu berkata begitu? 394 00:31:11,290 --> 00:31:14,100 Saya rasa sangat kasihan kepada Wanyan 395 00:31:17,690 --> 00:31:20,700 Siad-sida Chen 396 00:31:20,790 --> 00:31:22,200 Ya? 397 00:31:22,290 --> 00:31:25,400 Saya berpendapat Wu Ruyi ialah suspek utama 398 00:31:25,490 --> 00:31:27,900 Kita mesti menyoal siasat dia 399 00:31:27,990 --> 00:31:30,200 Pada esok pagi 400 00:31:30,290 --> 00:31:34,300 laporkan bagaimana dan kenapa dia lakukannya 401 00:31:34,390 --> 00:31:36,800 Kamu mesti beri saya laporan penuh 402 00:31:36,890 --> 00:31:39,200 Saya tidak akan mengecewakan cik puan 403 00:31:41,390 --> 00:31:46,000 Kita serahkan hal ini kepada Sida-sida Chen 404 00:31:46,090 --> 00:31:48,400 Dia tahu bagaimana untuk menguruskannya 405 00:31:52,090 --> 00:31:54,900 Hari sudah lewat malam 406 00:31:54,990 --> 00:31:57,400 lebih baik jangan mengganggu baginda 407 00:31:57,490 --> 00:31:59,100 Apa pendapat kamu? 408 00:32:03,390 --> 00:32:06,600 Tiba-tiba saya rasa sukar untuk bernafas 409 00:32:06,690 --> 00:32:08,200 Memandangkan saya tidak sihat 410 00:32:08,290 --> 00:32:11,000 saya perlu kembali ke Istana Chenxi untuk berjumpa tabib 411 00:32:11,090 --> 00:32:14,800 Saya serahkan urusan di sini kepada kamu 412 00:32:14,890 --> 00:32:16,900 Saya minta diri dulu 413 00:32:27,690 --> 00:32:29,400 Pengecut! 414 00:32:31,890 --> 00:32:33,800 Mengikut cerita cik pada saya 415 00:32:33,890 --> 00:32:36,500 Gundik Wei mahu menyeksa Wu Ruyi 416 00:32:36,590 --> 00:32:39,100 sebelum baginda berangkat tiba 417 00:32:39,190 --> 00:32:42,800 dan ini ibarat menyelam sambil minum air 418 00:32:42,890 --> 00:32:45,500 Izinkan saya untuk mencelah 419 00:32:45,590 --> 00:32:48,100 tetapi kematian Zheng Wanyan sangat kejam 420 00:32:48,190 --> 00:32:51,300 Rancangan tuan hanya sia-sia manakala Gundik Wei 421 00:32:51,390 --> 00:32:53,900 mendapat manfaat daripada situasi ini 422 00:32:53,990 --> 00:32:58,600 Bagaimana cik boleh membaca jampi pada ketika ini? 423 00:33:04,090 --> 00:33:06,700 - Sida-sida Zhang? - Ya? 424 00:33:06,790 --> 00:33:08,900 Kamu dah lama berkhidmat untuk keluarga Yin 425 00:33:08,990 --> 00:33:12,100 Ketika itu, kamu sanggup mengikut arahan abang saya 426 00:33:12,190 --> 00:33:14,400 dan mengasi diri kamu sendiri 427 00:33:14,490 --> 00:33:16,200 Saya nak bertanya pada kamu 428 00:33:16,290 --> 00:33:20,600 kerana abang saya minta saya menjaga Cairen Zheng 429 00:33:20,690 --> 00:33:22,600 Tetapi sekarang ini dia dah mati 430 00:33:22,690 --> 00:33:25,000 bagaimana saya boleh membantu dia? 431 00:33:25,090 --> 00:33:30,300 Cik boleh bantu abang cik menyiasat tentang pembunuhan ini 432 00:33:30,390 --> 00:33:36,400 Sudah jelas pembunuh Zheng Wanyan mahu bunuh cik berdua 433 00:33:36,490 --> 00:33:39,200 Tidak perlu menyiasat kes ini lagi 434 00:33:39,290 --> 00:33:41,200 Saya yang lakukannya 435 00:34:07,790 --> 00:34:11,400 Adakah cik menyedari kata-kata cik? 436 00:34:13,490 --> 00:34:15,900 Saya kata 437 00:34:15,990 --> 00:34:19,500 saya membunuh Zheng Wanyan 438 00:34:19,590 --> 00:34:23,400 Tetapi kenapa? 439 00:34:23,490 --> 00:34:24,800 Sida-sida Zhang 440 00:34:24,890 --> 00:34:27,500 sampaikan pesanan ini kepada abang saya 441 00:34:27,590 --> 00:34:31,200 Kita terselamat selepas negeri kita ditakluk 442 00:34:31,290 --> 00:34:33,200 Kita patut rasa bertuah kerana masih hidup 443 00:34:33,290 --> 00:34:35,200 Jangan timbulkan apa-apa masalah 444 00:34:35,290 --> 00:34:41,200 Saya lakukan semua ini demi dia dan anak saya 445 00:34:41,290 --> 00:34:42,900 serta keluarga Yin juga 446 00:34:42,990 --> 00:34:46,300 Cik puan, kenapa cik puan sangat dungu! 447 00:34:46,390 --> 00:34:48,900 Jangan kata apa-apa lagi! 448 00:34:48,990 --> 00:34:50,500 Kamu boleh pergi 449 00:35:03,090 --> 00:35:06,100 Siapa beri arahan agar cik membunuh Jieyu Zheng? 450 00:35:06,190 --> 00:35:09,500 - Siapakah dalangnya? - Menyambut ketibaan Gundik Wei 451 00:35:13,390 --> 00:35:14,800 Kamu semua boleh bangun 452 00:35:23,790 --> 00:35:24,900 Adakah dia mengakuinya? 453 00:35:24,990 --> 00:35:27,800 Mulutnya berkunci rapat 454 00:35:27,890 --> 00:35:31,600 Dia pengsan sebanyak dua kali, tetapi masih menafikannya 455 00:35:36,190 --> 00:35:40,800 Wu Ruyi, kenapa kamu membunuh Zheng Wanyan? 456 00:35:45,990 --> 00:35:47,800 Kita berdua tahu 457 00:35:47,890 --> 00:35:51,400 yang saya bukan pembunuh! 458 00:35:51,490 --> 00:35:56,200 Apa yang saya tahu, kamu berseorangan di tempat kejadian 459 00:35:56,290 --> 00:35:58,400 Kamu adalah suspek utama 460 00:36:00,090 --> 00:36:01,900 Jangan risau 461 00:36:01,990 --> 00:36:03,200 Semua penghuni di dalam harem 462 00:36:03,290 --> 00:36:07,800 mementingkan kekananan dan bukan tentang betul atau salah 463 00:36:07,890 --> 00:36:12,300 Tetapi saya masih berikan peluang kepada kamu 464 00:36:12,390 --> 00:36:14,300 Wanyan ibarat adik saya 465 00:36:14,390 --> 00:36:17,300 Kenapa saya mahu membunuh dia? 466 00:36:17,390 --> 00:36:19,200 Adakah kamu mempunyai bukti? 467 00:36:20,590 --> 00:36:24,300 Berani cik tidak menjaga tutur kata cik! 468 00:36:24,390 --> 00:36:26,200 Semua orang tahu cik suka membuat kacau 469 00:36:26,290 --> 00:36:27,800 sejak kali pertama cik masuk ke dalam istana 470 00:36:27,890 --> 00:36:29,800 Sudah jelas cik cuba memenangi hati baginda 471 00:36:29,890 --> 00:36:31,700 Jieyu Zheng mempunyai bakat luar biasa 472 00:36:31,790 --> 00:36:34,200 Dia boleh memenangi hati baginda pada bila-bila masa 473 00:36:34,290 --> 00:36:36,900 Perasaan cemburu sudah cukup sebagai motif 474 00:36:36,990 --> 00:36:39,000 Jika cik berani memburukkan Maharani Wende 475 00:36:39,090 --> 00:36:41,600 cik pasti mampu untuk melakukan apa-apa saja 476 00:36:41,690 --> 00:36:43,600 Mungkin cik berkawan dengan Jieyu Zheng 477 00:36:43,690 --> 00:36:46,600 agar dia terpedaya dengan tipu muslihat cik 478 00:36:46,690 --> 00:36:48,300 dan cik boleh mulakan langkah 479 00:36:48,390 --> 00:36:50,300 Rancangan cik itu sudah jelas membuktikan 480 00:36:50,390 --> 00:36:54,600 yang cik sebenarnya lebih kejam daripada sesiapa pun 481 00:36:54,690 --> 00:36:57,700 Sudah jelas? Mungkin? 482 00:36:57,790 --> 00:37:04,400 Kamu pasti merancang mahu meletakkan kesalahan di bahu saya 483 00:37:04,490 --> 00:37:06,100 Kamu mahu cepat selesaikan kes ini 484 00:37:06,190 --> 00:37:07,900 atau kamu mempunyai niat lain? 485 00:37:07,990 --> 00:37:10,200 Walaupun ayah saya dah mati 486 00:37:10,290 --> 00:37:13,400 tetapi dia pengiring raja yang terpuji dari Tang 487 00:37:13,490 --> 00:37:16,000 dan baginda kurniakan gelaran Bangsawan Ying kepadanya 488 00:37:16,090 --> 00:37:19,400 Jika kamu merancang untuk letakkan kesalahan di bahu saya 489 00:37:19,490 --> 00:37:21,100 apabila baginda menyiasat hal ini 490 00:37:21,190 --> 00:37:22,500 kamu akan berdepan dengan baginda! 491 00:37:22,590 --> 00:37:24,000 Berani kamu kata begitu! 492 00:37:24,090 --> 00:37:26,800 Pengawal! Sumbat mulut dia! 493 00:37:26,890 --> 00:37:28,300 Baik 494 00:37:40,590 --> 00:37:44,900 Cik mahu pergunakan kuasa untuk kepentingan cik? 495 00:37:44,990 --> 00:37:46,800 Baginda sibuk dengan urusan negara 496 00:37:46,890 --> 00:37:51,000 Baginda tidak akan hirau jika seorang Cairen hidup atau mati 497 00:37:51,090 --> 00:37:52,700 Cik fikir kami akan takut kerana cik dari Istana Utama? 498 00:37:52,790 --> 00:37:56,600 Seorang Cairen tanpa pangkat sama seperti seorang inang 499 00:37:56,690 --> 00:37:59,700 dan hal ini di bawah bidang kuasa Balai Pengiring 500 00:37:59,790 --> 00:38:04,400 Gundik Wei mengarahkan saya menguruskan kes ini 501 00:38:04,490 --> 00:38:07,400 Wu Shihuo sudah lama mati 502 00:38:07,490 --> 00:38:11,600 Jika dia masih hidup, apa dia boleh lakukan pada saya? 503 00:38:11,690 --> 00:38:16,200 Cik akan rasakan akibat melanggar peraturan istana 504 00:38:16,290 --> 00:38:19,000 Rotan dia! 505 00:38:29,990 --> 00:38:33,700 Adakah Gundik Yang izinkan saya menemuinya? 506 00:38:33,790 --> 00:38:35,500 Cik dah lama melutut di sini 507 00:38:35,590 --> 00:38:37,800 Gundik Yang pasti dah panggil cik jika dia mahu 508 00:38:37,890 --> 00:38:39,000 Cik boleh pergi sekarang 509 00:38:39,090 --> 00:38:43,400 Ini berkaitan hidup dan mati! Benarkan saya menemuinya! 510 00:38:43,490 --> 00:38:45,900 - Hanya sebentar saja! - Tidak boleh! 511 00:38:45,990 --> 00:38:47,500 Cik fikir siapakah cik? 512 00:38:47,590 --> 00:38:49,100 Jangan timbulkan kekecohan di Istana Xianling 513 00:38:49,190 --> 00:38:52,200 Atau saya akan merotan cik. Pergi! 514 00:38:52,290 --> 00:38:53,300 - Bawa dia pergi - Baik... 515 00:38:53,390 --> 00:38:55,200 Sida-sida... 516 00:38:55,290 --> 00:38:56,700 Tunggu! 517 00:39:02,090 --> 00:39:04,600 Cik puan mahu bertemu cik. Ikut saya 518 00:39:04,690 --> 00:39:05,900 Baik! 519 00:39:26,490 --> 00:39:30,000 Jangan merungut yang saya tidak ambil berat tentang kamu 520 00:39:30,090 --> 00:39:32,200 Adakah cik ingat akan buku-buku ini? 521 00:39:32,290 --> 00:39:38,000 Sekarang cik memakai jaket diperbuat daripada buku 522 00:39:38,090 --> 00:39:40,700 Cik mesti sentiasa mengingati peluang ini 523 00:39:40,790 --> 00:39:44,900 Mungkin satu hari nanti cik tahu bagaimana menggunakannya 524 00:39:49,390 --> 00:39:50,600 Lakukannya! 525 00:40:19,490 --> 00:40:21,400 Wu Ruyi 526 00:40:21,490 --> 00:40:26,000 Kamu pernah membaca buku "Teladan untuk Wanita" 527 00:40:26,090 --> 00:40:28,600 Beritahu saya jika kamu mahu buat pengakuan 528 00:40:36,090 --> 00:40:40,100 Sembah, cik puan 529 00:40:40,190 --> 00:40:45,600 Cairen Xu, apakah tujuan kamu bertemu saya? 530 00:40:45,690 --> 00:40:46,600 Apa yang berlaku pada malam tadi 531 00:40:46,690 --> 00:40:49,600 telah ditentukan oleh Gundik Wei dan Gundik Yin 532 00:40:49,690 --> 00:40:51,400 Sebab saya tahu 533 00:40:51,490 --> 00:40:54,800 hanya kamu seorang boleh selamatkan Ruyi 534 00:40:54,890 --> 00:40:57,500 Walaupun saya masih baharu 535 00:40:57,590 --> 00:41:01,900 saya tahu sejak kemangkatan Maharani Wende 536 00:41:01,990 --> 00:41:03,500 semua yang berlaku di dalam harem ini 537 00:41:03,590 --> 00:41:06,600 akan ditentukan oleh 4 orang gundik 538 00:41:06,690 --> 00:41:08,200 Bukan hanya itu saja 539 00:41:08,290 --> 00:41:10,700 saya juga dapat tahu 540 00:41:10,790 --> 00:41:14,300 walaupun Gundik Wei mempunyai kuasa 541 00:41:14,390 --> 00:41:17,400 dan Gundik Liu sedang mengandung 542 00:41:17,490 --> 00:41:19,700 tetapi sejak setahun kebelakangan ini 543 00:41:19,790 --> 00:41:22,500 baginda bermuram durja atas kemangkatan maharani 544 00:41:22,590 --> 00:41:27,700 justeru hanya 11 kali baginda beradu dengan 4 gundik 545 00:41:27,790 --> 00:41:33,200 7 daripada 11 kali itu adalah di Istana Xianling 546 00:41:33,290 --> 00:41:35,600 Dalam soal hubungan dan perhatian daripada baginda 547 00:41:35,690 --> 00:41:39,000 kamu adalah orang kedua selepas maharani 548 00:41:39,090 --> 00:41:41,600 Sebab itulah jika kamu membantu Ruyi 549 00:41:41,690 --> 00:41:43,500 dia pasti akan mempunyai peluang 550 00:41:43,590 --> 00:41:46,500 Cik puan, tolonglah bantu Ruyi! 551 00:41:50,790 --> 00:41:51,800 Cik puan 552 00:41:51,890 --> 00:41:55,000 Gundik Wei menyeksa Wu Ruyi di Balai Pengiring 553 00:41:55,090 --> 00:41:58,000 dan cuba meletakkan kesalahan ini di bahu cik puan 554 00:41:58,090 --> 00:42:01,900 Jika kita tidak bertindak sekarang, pasti akan terlambat 555 00:42:06,790 --> 00:42:09,100 Bangunlah, Cairen Xu 556 00:42:13,390 --> 00:42:17,600 Jika begitu, saya akan laporkan pada baginda 557 00:42:17,690 --> 00:42:19,000 Jika Gundik Wei mahu menyiasat 558 00:42:19,090 --> 00:42:21,500 dia sepatutnya maklumkan pada Mahkamah Agung 559 00:42:29,790 --> 00:42:33,300 Adakah cik mahu mengakuinya? 560 00:42:39,790 --> 00:42:43,400 Perempuan jahat! Ketatkan jaket itu... 561 00:42:49,690 --> 00:42:51,900 Cik puan, dia tidak menghargai pertolongan kita 562 00:42:51,990 --> 00:42:54,900 Bagaimana jika kita bunuh dia? 563 00:43:01,090 --> 00:43:06,100 Beritahu pada saya, jika dia mati 564 00:43:06,190 --> 00:43:08,500 apakah tindakan yang baginda akan ambil? 565 00:43:08,590 --> 00:43:10,900 Dia hanyalah seorang Cairen 566 00:43:10,990 --> 00:43:12,700 apakah kekecohan yang dia boleh timbulkan? 567 00:43:12,790 --> 00:43:15,500 Selagi keluarga Wei kekal setia pada Tang 568 00:43:15,590 --> 00:43:18,500 baginda tidak akan bertitah apa-apa lagi