1
00:00:15,000 --> 00:00:16,280
Seorang wanita.
2
00:00:17,200 --> 00:00:20,040
Anak Raja Bharmal dari Amer, Puteri Jodha.
3
00:00:20,640 --> 00:00:22,760
Kami pergi merompak kuil, tuanku.
4
00:00:22,840 --> 00:00:24,920
Entah bagaimana, Puteri Jodha...
5
00:00:25,000 --> 00:00:26,800
...sampai ke sana dengan tenteranya.
6
00:00:27,520 --> 00:00:29,920
Semasa serangan kami, dia tak
hiraukan keselamatannya...
7
00:00:29,960 --> 00:00:32,160
...dan menghantar tenteranya
untuk berlawan dengan kami.
8
00:00:32,240 --> 00:00:35,320
Kami hanya kehilangan tujuh orang askar,
sedangkan mereka kehilangan 16 orang.
9
00:00:38,880 --> 00:00:41,240
Tujuh orang sepatutnya boleh
mengalahkan 70 orang, bukan?
10
00:00:59,520 --> 00:01:01,320
Ampunkan patik, tuanku.
11
00:01:01,640 --> 00:01:03,760
Tapi Puteri Jodha
terlalu cantik sehinggakan...
12
00:01:04,080 --> 00:01:05,560
...kami semua asyik merenungnya.
13
00:01:05,640 --> 00:01:08,800
Ceritakan tentang kecantikannya.
14
00:01:09,400 --> 00:01:11,720
Tuanku, Puteri Jodha ibarat
bunga ros padang pasir.
15
00:01:14,800 --> 00:01:17,080
Wajahnya tiada cela.
16
00:01:17,160 --> 00:01:18,600
Kulitnya licin.
17
00:01:19,800 --> 00:01:23,120
Tubuhnya begitu menggoda,
sehinggakan kalau boleh,...
18
00:01:23,240 --> 00:01:26,440
...patik sanggup menjual diri patik
untuk membelinya, tuanku.
19
00:01:27,520 --> 00:01:29,520
Pergi pakai pakaian berwarna-warni,...
20
00:01:30,520 --> 00:01:32,960
...menari dan raikan
bersama semua orang.
21
00:01:37,520 --> 00:01:39,640
Apa nama puteri yang kamu sebutkan tadi?
22
00:01:40,080 --> 00:01:41,200
Jodha.
23
00:01:55,120 --> 00:01:56,360
Jodha.
24
00:02:40,960 --> 00:02:42,160
Apa yang terjadi, Jodha?
25
00:02:43,680 --> 00:02:45,160
Siapa yang buat begini kepada awak?
26
00:02:45,200 --> 00:02:49,040
Sangram Singh,
berani awak biarkan Jodha terluka?
27
00:02:49,160 --> 00:02:51,680
Tentera Mughal menyerang kuil.
28
00:02:55,760 --> 00:03:00,600
Patik selamatkan tuan puteri,
tapi mereka culik Motibai.
29
00:03:03,120 --> 00:03:04,440
Patik selamatkan dia juga.
30
00:03:04,680 --> 00:03:07,840
Tapi Motibai cuba membunuh dirinya.
31
00:03:08,120 --> 00:03:09,840
Tuan puteri pergi menyelamatkannya.
32
00:03:10,080 --> 00:03:11,360
Ketika itulah semua ini...
33
00:03:28,400 --> 00:03:31,760
Apabila tuanku lihat
anakanda Tuanku nanti,...
34
00:03:31,840 --> 00:03:34,880
...dahinya ditanda
dengan lumpur berwarna merah.
35
00:03:34,960 --> 00:03:40,880
Buat pertama kalinya tuanku
akan tahu siapa bakal suaminya.
36
00:03:49,080 --> 00:03:51,680
Sangram Singh, kumpulkan para tentera.
37
00:03:51,760 --> 00:03:53,440
Tutup pintu utama ke istana.
38
00:03:53,600 --> 00:03:56,040
Tiada orang asing dibenarkan masuk.
39
00:04:00,240 --> 00:04:02,560
Keadaan yang berubah telah memaksa beta.
40
00:04:03,120 --> 00:04:04,840
Festival ini berakhir di sini.
41
00:04:04,920 --> 00:04:06,200
Maafkan beta.
42
00:04:30,440 --> 00:04:32,080
Mak, apa yang telah terjadi?
43
00:04:32,760 --> 00:04:34,160
Mari.
44
00:04:36,480 --> 00:04:37,600
Kamu semua boleh pergi.
45
00:04:42,640 --> 00:04:44,080
Apa yang mak sedang lakukan?
46
00:04:44,200 --> 00:04:46,680
Motibai sedang bertarung nyawa,
tapi mak...
47
00:04:46,760 --> 00:04:48,640
Tengoklah diri kamu dalam cermin ini.
48
00:04:48,720 --> 00:04:52,880
Kamu kelihatan seperti orang gipsi
dan bukannya puteri kerajaan Amer.
49
00:04:52,960 --> 00:04:55,600
Lumpur merah di dahi,
rambut kusut masai.
50
00:04:55,640 --> 00:04:57,600
Kaum Mughal menyerang kami, mak.
51
00:04:57,680 --> 00:05:01,040
Bagaimana kamu boleh biarkan
lumpur ini kekal pada dahi kamu?
52
00:05:01,120 --> 00:05:03,360
-Mak.
-Bagaimana kamu boleh biarkannya?
53
00:05:03,400 --> 00:05:05,680
Kenapa mak marah? Jangan risau!
54
00:05:05,800 --> 00:05:08,520
-Saya akan beritahu dayang untuk...
-Tak perlu. Duduk.
55
00:05:11,320 --> 00:05:12,840
-Tiada apa akan berlaku.
-Mak.
56
00:05:12,880 --> 00:05:14,360
Mak takkan benarkannya berlaku.
57
00:05:14,400 --> 00:05:15,880
Kamu takkan mengubah sejarah.
58
00:05:16,960 --> 00:05:18,640
Ramalannya takkan jadi kenyataan.
59
00:05:18,720 --> 00:05:20,960
-Tiada apa akan berlaku.
-Apa mak buat sekarang ini?
60
00:05:21,480 --> 00:05:25,600
Ramalan apa? Tentang siapa?
Apa maksud mak?
61
00:05:27,920 --> 00:05:29,680
Tiada apa yang kamu perlu tahu.
62
00:05:29,720 --> 00:05:32,760
Mulai hari ini,
jika kamu keluar dari istana,...
63
00:05:33,040 --> 00:05:35,160
...mak akan buat kamu menyesal.
64
00:05:36,080 --> 00:05:37,840
Kenapa mak cakap begitu?
65
00:05:38,520 --> 00:05:39,880
Tukar pakaian kamu.
66
00:05:40,240 --> 00:05:41,960
Bonda tidak akan benarkan
apa-apa berlaku.
67
00:05:42,000 --> 00:05:43,160
Mak takkan benarkannya.
68
00:05:43,200 --> 00:05:44,920
Mak tak mahu benarkan apa berlaku?
69
00:05:45,240 --> 00:05:47,080
Beritahu saya! Apa masalahnya?
70
00:05:50,280 --> 00:05:52,440
Barulah kamu kelihatan
seperti puteri sekarang, Jodha.
71
00:05:52,800 --> 00:05:54,760
Jadi beritahu saya.
72
00:05:56,560 --> 00:05:58,040
Apa yang dah berlaku, mak?
73
00:05:58,280 --> 00:06:01,520
Sewaktu mak beradu tengah hari tadi,...
74
00:06:02,200 --> 00:06:05,080
...mak alami mimpi buruk.
75
00:06:06,200 --> 00:06:08,440
Mak terlalu sayangkan saya.
76
00:06:08,920 --> 00:06:10,640
Saya dalam kesusahan,...
77
00:06:11,160 --> 00:06:13,280
...tapi mak merasakannya di sini.
78
00:06:16,480 --> 00:06:18,800
Mak janji, Jodha.
79
00:06:19,440 --> 00:06:22,760
Mak akan buang
semua halangan pada laluan kamu.
80
00:06:23,360 --> 00:06:25,760
Mak akan ubah takdir. Jika...
81
00:06:26,080 --> 00:06:29,280
...Tuhan sekali pun
datang sebagai takdir,...
82
00:06:29,480 --> 00:06:31,760
...mak akan melawan Tuhan juga.
83
00:06:38,880 --> 00:06:41,480
Sejarah memilih pahlawannya.
84
00:06:41,560 --> 00:06:43,760
Ia memilih watak dalam ceritanya juga.
85
00:06:44,520 --> 00:06:47,480
Ia memilih Jodha dan Akbar di India.
86
00:06:48,160 --> 00:06:51,080
Mustahil untuk mereka bertemu.
Tetapi pertemuan tetap berlaku.
87
00:06:51,640 --> 00:06:54,360
Sejarah mahukan kisah cinta...
88
00:06:54,480 --> 00:06:56,400
...yang meniti di hujung pedang...
89
00:06:56,600 --> 00:06:59,080
...namun tidak dapat melupakan
denting gelang kaki.
90
00:07:05,760 --> 00:07:07,280
Selepas ini,...
91
00:07:08,280 --> 00:07:10,640
...beta tak menaruh harapan
untuk terus hidup.
92
00:07:12,240 --> 00:07:14,600
Hari ini, tentera Mughal
dah sampai ke sempadan kita.
93
00:07:15,520 --> 00:07:17,000
Esok mereka akan sampai di kubu.
94
00:07:17,720 --> 00:07:19,200
Lusa mereka akan sampai ke istana.
95
00:07:19,400 --> 00:07:21,000
Maafkan saya, tuanku.
96
00:07:21,200 --> 00:07:22,560
Tapi ini salah tuanku.
97
00:07:22,760 --> 00:07:25,040
Tuanku tidak sepatutnya
hantar Jodha sejauh itu.
98
00:07:25,120 --> 00:07:26,400
Kalau Tuanku tak benarkan...
99
00:07:26,440 --> 00:07:29,120
Ayah dah berikan Jodha
terlalu banyak kebebasan.
100
00:07:29,400 --> 00:07:33,680
Kalau para wanita tak boleh bergerak
bebas dalam negara mereka sendiri,...
101
00:07:34,880 --> 00:07:37,640
...itu satu penghinaan ke atas kaum Rajut.
102
00:07:40,200 --> 00:07:43,800
Sama ada puteri raja atau Motibai,...
103
00:07:44,480 --> 00:07:47,080
...tanggungjawab kita
adalah melindungi mereka.
104
00:07:47,560 --> 00:07:50,040
Kita hantar satu pasukan tentera
yang besar bersama mereka. Tapi...
105
00:07:50,240 --> 00:07:52,880
...saya tak tahu bagaimana
ayah boleh lakukan kesilapan.
106
00:07:52,920 --> 00:07:55,920
Cukup. Berhenti cakap yang bukan-bukan.
107
00:07:58,040 --> 00:08:02,040
Daripada mencari kesalahan ayah,
fikirkan jalan penyelesaian...
108
00:08:02,440 --> 00:08:04,960
...untuk bahaya yang sedang
berada di sempadan.
109
00:08:08,080 --> 00:08:09,680
Apa yang tuanku fikirkan?
110
00:08:09,920 --> 00:08:11,840
Festival Gangaur bakal tiba.
111
00:08:12,000 --> 00:08:14,160
Hantar utusan penting...
112
00:08:14,560 --> 00:08:16,880
...dan jemput semua raja-raja Rajput.
113
00:08:17,960 --> 00:08:20,080
Semua orang akan berkumpul di sini.
114
00:08:20,320 --> 00:08:22,920
Beta akan hulurkan salam persahabatan.
115
00:08:23,000 --> 00:08:24,320
Apa ayah cakap?
116
00:08:24,360 --> 00:08:25,720
Bagaimana mereka akan bersatu?
117
00:08:25,840 --> 00:08:27,840
Adakah Chittor
akan setuju untuk bersekutu?
118
00:08:28,120 --> 00:08:30,120
Tiada siapa yang akan
menentang kaum Mughal.
119
00:08:31,400 --> 00:08:33,520
Mereka ketakutan sebaik saja
mendengar nama Mughal disebut.
120
00:08:33,640 --> 00:08:36,960
Tuanku fikir mereka akan setuju?
121
00:08:37,320 --> 00:08:40,200
Kali ini, tumpuan cadangan beta...
122
00:08:40,320 --> 00:08:41,880
...bukan perdamaian,
sebaliknya penyatuan.
123
00:08:42,040 --> 00:08:42,840
Maksudnya?
124
00:08:43,040 --> 00:08:47,000
Maksudnya, beta akan membentuk pakatan
bersama raja-raja lain.
125
00:08:47,240 --> 00:08:49,320
Kita jadikan mereka keluarga.
126
00:08:49,360 --> 00:08:51,520
Dengan mengahwinkan
puteri-puteri beta dengan mereka,...
127
00:08:51,560 --> 00:08:53,280
...beta akan jadikan mereka saudara.
128
00:08:53,600 --> 00:08:56,960
Dengan cara ini, seluruh empayar
Rajputana akan bersatu.
129
00:08:57,680 --> 00:09:01,360
Dengan cara ini, beta boleh mencari
jodoh yang sesuai untuk Jodha.
130
00:09:02,200 --> 00:09:06,480
Dia mestilah
seorang pahlawan Rajput yang tegas.
131
00:09:07,160 --> 00:09:10,000
Seseorang yang menganggap
Mughal sebagai musuh ketat.
132
00:09:11,520 --> 00:09:15,440
Perkahwinan Jodha akan menjadi
simbol perpaduan Rajput.
133
00:09:15,960 --> 00:09:18,560
Ia akan menandakan
permulaan kehancuran Mughal.
134
00:09:26,960 --> 00:09:28,080
Selamat sejahtera, tuanku.
135
00:09:28,920 --> 00:09:31,040
Beta nak segala maklumat tentang Amer.
136
00:09:31,280 --> 00:09:33,880
Berapa banyak dinding, pintu dan terowong
dalam istana?
137
00:09:33,960 --> 00:09:37,400
Meriam dan kekuatan tentera?
Bila mereka tidur dan bangun?
138
00:09:37,440 --> 00:09:39,200
Berapa kali mereka bernafas dalam sehari?
139
00:09:39,280 --> 00:09:41,040
Berapa kali mereka mengelipkan mata?
140
00:09:41,080 --> 00:09:42,160
Setiap maklumat terperinci.
141
00:09:42,560 --> 00:09:43,800
Menjunjung perintah, tuanku.
142
00:09:47,800 --> 00:09:49,000
Selamat sejahtera.
143
00:09:49,160 --> 00:09:50,800
Selamat sejahtera.
144
00:09:51,960 --> 00:09:54,320
Tuanku hantar Sharifuddin ke Amer?
145
00:09:54,720 --> 00:09:56,040
Ya, Khan Baba.
146
00:09:57,040 --> 00:09:59,960
Amat penting untuk mengenali musuh
sebelum berperang.
147
00:10:01,160 --> 00:10:02,720
Saya perlukan restu tuan.
148
00:10:03,520 --> 00:10:06,080
Saya harap tuan boleh merahmatinya.
149
00:10:09,440 --> 00:10:11,920
Anak yang manis.
150
00:10:12,800 --> 00:10:14,840
Anak sulung awak?
151
00:10:14,960 --> 00:10:16,040
Ya, tuan.
152
00:10:16,120 --> 00:10:20,800
Jadi anak ini lebih bernilai bagi awak
daripada nyawa sendiri.
153
00:10:20,880 --> 00:10:22,040
Ya, tuan.
154
00:10:22,560 --> 00:10:25,840
Awak perlu lakukan sesuatu untuk saya.
155
00:10:25,920 --> 00:10:27,160
Beritahu saja, tuan.
156
00:10:27,440 --> 00:10:28,560
Pergi ke Agra.
157
00:10:30,040 --> 00:10:31,880
Perjalanan ke Agra
akan ambil masa 30 hari.
158
00:10:32,920 --> 00:10:33,960
Apa?
159
00:10:34,280 --> 00:10:38,440
Agra? Tinggalkan anak dan isteri saya?
160
00:10:38,920 --> 00:10:41,800
Berikan gelang kaca ini
kepada isteri saya.
161
00:10:42,360 --> 00:10:44,800
Walaupun ini hanya gelang kaca,...
162
00:10:45,000 --> 00:10:46,840
...ia sangat berharga.
163
00:10:46,920 --> 00:10:50,840
Kerana isteri saya, Salma,
amat menyukainya.
164
00:10:51,400 --> 00:10:52,560
Baiklah, tuan.
165
00:10:52,840 --> 00:10:57,560
Bila awak kembali, sampaikan
pesan daripada isteri saya.
166
00:10:58,200 --> 00:11:03,280
Tapi ingat, jangan ada satu pun
gelang yang pecah.
167
00:11:04,320 --> 00:11:09,360
Sementara itu, anak kesayangan awak
tinggal di sini, di bawah jagaan saya.
168
00:11:25,280 --> 00:11:26,960
Apa akan jadi, Khan Baba...
169
00:11:27,520 --> 00:11:29,440
...kalau ada satu pun
gelang yang pecah?
170
00:11:29,800 --> 00:11:31,440
Ia takkan pecah, Jalal.
171
00:11:31,720 --> 00:11:33,640
Anak ini kelemahannya.
172
00:11:34,120 --> 00:11:37,520
Sebaik kita dapat mengesan
kelemahan seseorang,...
173
00:11:38,120 --> 00:11:40,600
...kita boleh suruh dia buat apa saja.
174
00:11:41,120 --> 00:11:44,200
Sekarang orang itu
sudah jadi hamba patik.
175
00:11:44,640 --> 00:11:48,240
Seperti mana dia menjaga anaknya,...
176
00:11:49,040 --> 00:11:52,200
...seperti itulah dia akan menjaga
setiap gelang.
177
00:11:53,040 --> 00:11:55,880
Ini yang dikatakan kuasa minda.
178
00:11:56,920 --> 00:11:59,480
Tuanku perlu bermain permainan minda
bersama kaum Rajput.
179
00:12:00,200 --> 00:12:02,400
Kelemahan mereka
adalah keangkuhan mereka.
180
00:12:03,000 --> 00:12:06,720
Kalau seorang dibunuh, 100 akan tampil.
181
00:12:07,040 --> 00:12:09,040
Kalau bunuh 100, 1,000 akan tampil.
182
00:12:09,760 --> 00:12:14,560
Tuanku perlu hapuskan keangkuhan mereka,
bukannya bunuh mereka.
183
00:12:25,040 --> 00:12:27,400
Maafkan patik, Tuanku Permaisuri.
Tuanku tak boleh masuk.
184
00:12:27,520 --> 00:12:29,280
Ada mesyuarat penting sedang berlangsung.
185
00:12:29,360 --> 00:12:32,640
Tiada apa yang lebih penting daripada
apa yang beta mahu sampaikan.
186
00:12:43,200 --> 00:12:45,320
Apa dah berlaku?
Kenapa datang pada waktu sebegini?
187
00:12:45,480 --> 00:12:47,160
Saya nak bercakap dengan awak.
188
00:12:49,960 --> 00:12:53,560
Saya tahu tentang serangan ke atas kuil.
189
00:12:53,720 --> 00:12:56,240
Sebab itu saya
mengadakan mesyuarat ini...
190
00:12:56,560 --> 00:12:59,000
...supaya tiada kekurangan
dalam kawalan keselamatan.
191
00:12:59,200 --> 00:13:01,160
Tak kira siapa pun musuhnya.
192
00:13:02,000 --> 00:13:06,960
Kalau musuh itu takdir?
193
00:13:14,160 --> 00:13:15,360
Kamu semua boleh pergi.
194
00:13:22,640 --> 00:13:26,200
Kita perlu fikirkan tentang
perkahwinan Jodha dengan segera.
195
00:13:26,760 --> 00:13:28,240
Apa perlunya terburu-buru...
196
00:13:28,720 --> 00:13:31,160
...sehingga awak ke mari
untuk bercakap hal perkahwinan?
197
00:13:31,360 --> 00:13:33,240
Maafkan saya.
198
00:13:33,440 --> 00:13:35,320
Ada sesuatu yang saya
tak beritahu awak.
199
00:13:36,760 --> 00:13:41,600
Jodha akan berkahwin
dengan kaum Mughal.
200
00:13:41,680 --> 00:13:46,560
Tanda-tandanya ialah abu di mukanya,...
201
00:13:47,120 --> 00:13:49,200
...rambut kusut masai,...
202
00:13:49,920 --> 00:13:52,200
...lumpur merah di dahinya.
203
00:13:55,320 --> 00:13:59,240
Inilah takdir. Ia pasti akan berlaku.
204
00:13:59,400 --> 00:14:00,760
Mengarut saja semuanya.
205
00:14:01,840 --> 00:14:03,320
Ia takkan berlaku.
206
00:14:04,000 --> 00:14:07,640
Kalau ikut hati saya, esok juga
Jodha akan berkahwin.
207
00:14:10,400 --> 00:14:14,120
Awak mesti jemput semua raja Rajput.
208
00:14:14,600 --> 00:14:16,480
Saya akan turuti kemahuan awak.
209
00:14:17,520 --> 00:14:21,800
Sudah dimaklumkan bahawa
semua raja Rajput...
210
00:14:22,320 --> 00:14:25,040
..akan menjadi tetamu Amer
semasa festival Gangaur.
211
00:14:25,920 --> 00:14:27,840
Kita akan mengadakan
perhimpunan besar-besaran.
212
00:14:28,880 --> 00:14:30,560
Sewaktu perhimpunan itu,...
213
00:14:31,080 --> 00:14:33,720
...saya akan cari jodoh
paling sesuai untuk Jodha.
214
00:14:34,200 --> 00:14:36,080
Saya juga akan umumkan...
215
00:14:36,720 --> 00:14:40,640
...siapa yang akan memerintah Amer
selepas ketiadaan saya.
216
00:14:41,280 --> 00:14:43,600
Semua raja Rajput akan bersatu.
217
00:14:44,600 --> 00:14:49,200
Jadi, tiada kaum Mughal yang akan dapat
memusnahkan harga diri mereka.
218
00:14:58,840 --> 00:15:00,920
Keadaan berangin, Khan Baba.
219
00:15:02,560 --> 00:15:04,000
Kali ini, cuaca lebih sejuk.
220
00:15:04,040 --> 00:15:07,240
Kecederaan semasa musim sejuk
ambil masa untuk sembuh, Jalal.
221
00:15:07,600 --> 00:15:09,680
Beta dan para tentera
sudah biasa dengannya.
222
00:15:09,960 --> 00:15:12,560
Tapi kini, doa kaum Rajput pun...
223
00:15:12,720 --> 00:15:14,880
...tak boleh menyelamatkan
mereka dari pedang beta.
224
00:15:15,160 --> 00:15:19,360
Tuanku terlalu memikirkan
tentang kaum Rajput.
225
00:15:20,280 --> 00:15:22,720
Minda yang terganggu
akan buat pelbagai kesilapan.
226
00:15:23,240 --> 00:15:25,560
Dalam peperangan,
kesilapan boleh membawa maut.
227
00:15:27,520 --> 00:15:32,440
Apa kata tuanku berseronok
dengan wanita ini?
228
00:15:37,480 --> 00:15:38,760
Bagus juga cadangan awak.
229
00:16:04,120 --> 00:16:05,160
Lepaskan saya.
230
00:16:05,240 --> 00:16:06,760
Ke mana awak nak
bawa isteri saya?
231
00:16:07,240 --> 00:16:09,080
Tuanku?
232
00:16:10,400 --> 00:16:11,640
Ampun, tuanku.
233
00:16:12,000 --> 00:16:14,960
Kalau patik dah melakukan kesalahan,
ampunkan patik.
234
00:16:15,240 --> 00:16:17,720
Dia isteri patik. Jangan apa-apakan dia.
235
00:16:17,800 --> 00:16:20,760
Hati-hati.
Tuanku ialah raja negara ini.
236
00:16:21,120 --> 00:16:24,360
Apa saja yang disukainya
akan menjadi miliknya.
237
00:16:24,400 --> 00:16:28,840
Tapi dia isteri saya,
orang yang saya cinta, keluarga saya.
238
00:16:32,960 --> 00:16:34,320
Lepaskan dia.
239
00:16:37,440 --> 00:16:40,720
Nyawa atau cinta?
240
00:16:42,040 --> 00:16:43,520
Nyawa...
241
00:16:46,080 --> 00:16:47,600
...atau cinta?
242
00:16:52,440 --> 00:16:57,320
Beta akan lepaskan dia, tapi beta akan
penggal kepala awak sebagai ganti.
243
00:16:58,440 --> 00:17:00,040
Satu pertukaran yang mudah.
244
00:17:00,480 --> 00:17:02,600
Tapi keputusannya di tangan awak.
245
00:17:02,800 --> 00:17:04,920
Jangan apa-apakan-patik.
246
00:17:05,520 --> 00:17:07,120
Tuanku boleh buat sesuka hati tuanku.
247
00:17:10,120 --> 00:17:12,000
Lepaskan patik.
248
00:17:15,120 --> 00:17:17,920
Cinta itu tak penting dalam hidup.
249
00:17:19,000 --> 00:17:23,200
Beta tak faham bagaimana cinta
menguasai hidup awak.
250
00:17:30,040 --> 00:17:31,320
Jangan pergi.
251
00:17:31,880 --> 00:17:34,680
Tolong saya.
252
00:17:34,760 --> 00:17:36,000
Kalau awak nak,...
253
00:17:38,120 --> 00:17:41,800
...awak boleh datang kepada beta
secara sukarela.
254
00:17:42,000 --> 00:17:44,720
Tiada siapa pun akan berani...
255
00:17:46,920 --> 00:17:48,440
...untuk memandang awak.
256
00:17:48,520 --> 00:17:49,520
Tapi sekarang, pergi.
257
00:17:51,640 --> 00:17:53,080
Pergi kepada suami awak.
258
00:17:53,360 --> 00:17:57,880
Kepada orang yang tiada keberanian
untuk selamatkan maruah awak.
259
00:18:03,040 --> 00:18:04,560
Kemudian terus fikirkan...
260
00:18:06,240 --> 00:18:09,400
...cinta yang mengikat kamu berdua...
261
00:18:10,920 --> 00:18:16,280
...dan harga sebenar sebuah perasaan.
262
00:18:26,760 --> 00:18:29,440
Hebat, Jalal.
263
00:18:30,360 --> 00:18:33,560
Kita perlu buat mereka tunduk kalah,
seperti ini.
264
00:18:33,600 --> 00:18:37,480
Kalau kita penggal kepala mereka,
mereka akan bangga...
265
00:18:37,560 --> 00:18:39,680
...kerana mati berjuang tanpa mengalah.
266
00:18:39,840 --> 00:18:41,200
Mereka akan dianggap wira.
267
00:18:41,600 --> 00:18:43,840
Kita perlu buat mereka tunduk.
268
00:18:44,240 --> 00:18:48,280
Mereka memandang tinggi pada
rakyat dan kaum wanita.
269
00:18:48,720 --> 00:18:53,720
Bila rakyat dan kaum wanita
dalam kerajaan mereka...
270
00:18:54,480 --> 00:18:56,640
...tidak lagi selamat,
keberanian mereka akan musnah.
271
00:18:56,880 --> 00:19:00,080
Kemudian, dengan izin Tuhan,
kepala mereka akan tunduk...
272
00:19:00,160 --> 00:19:03,520
...di hadapan kaum Mughal.
273
00:19:04,400 --> 00:19:07,400
Sejak kecil, beta belajar
perkara baru daripada mamanda...
274
00:19:08,560 --> 00:19:10,720
...setiap hari.
275
00:19:13,320 --> 00:19:15,160
Sekarang beta cuma nak tahu...
276
00:19:24,080 --> 00:19:27,480
...apa yang paling berharga
bagi kaum Rajput?
277
00:19:37,320 --> 00:19:40,600
Motibai. Bangun, Motibai. Bangunlah.
278
00:19:40,680 --> 00:19:42,120
Apa yang awak buat ni, Sukanya?
279
00:19:42,280 --> 00:19:44,320
Inikah caranya
bertanya khabar orang sakit?
280
00:19:44,400 --> 00:19:46,920
Tengoklah.
Siapa pula yang buat begitu?
281
00:19:47,000 --> 00:19:49,360
Awak yang salah, saya pula dimarahi.
282
00:19:49,680 --> 00:19:52,040
Kalau awak tak bawa Motibai ke kuil,...
283
00:19:52,120 --> 00:19:53,640
...dia takkan jatuh sakit.
284
00:19:53,680 --> 00:19:56,280
Hebat betul awak ini!
Ini bukan salah saya.
285
00:19:56,880 --> 00:19:59,280
Bukankah saya pergi
menyembah dewi?
286
00:20:00,120 --> 00:20:02,640
Untuk apa awak pergi?
Untuk berdoa mendapat jodoh yang sesuai?
287
00:20:02,720 --> 00:20:06,360
Dengar sini. Dewi takkan gembira.
288
00:20:06,480 --> 00:20:11,560
Dewi sudah pun memilih si bodoh
yang berperut buncit.
289
00:20:11,640 --> 00:20:12,760
Yakah?
290
00:20:13,000 --> 00:20:16,720
Saya akan beritahu mak
awak koyakkan selendang saya tempoh hari.
291
00:20:16,800 --> 00:20:20,640
Kemudian saya akan perhatikan
mak menghukum awak.
292
00:20:20,800 --> 00:20:22,120
-Tak guna.
-Degil.
293
00:20:22,200 --> 00:20:24,800
-Monyet
-Keldai. Ekor unta.
294
00:20:25,120 --> 00:20:26,640
Saya lapar.
295
00:20:27,640 --> 00:20:29,680
Ya, Moti, awak nak makan apa?
296
00:20:30,320 --> 00:20:32,720
Dal, roti goreng, repui gandum...
297
00:20:33,400 --> 00:20:37,160
...kari kubis bunga dan puding vermiseli.
298
00:20:43,480 --> 00:20:45,400
Sementara Jalal mencari...
299
00:20:45,520 --> 00:20:47,520
...kelemahan terbesar kaum Rajput,...
300
00:20:47,680 --> 00:20:50,280
...Raja Bharmal dan
Permaisuri Mainavati pula...
301
00:20:50,360 --> 00:20:53,760
...sedang risaukan Jodha,
anak kesayangan mereka.
302
00:20:55,480 --> 00:20:59,160
Jalal menghina cinta...
303
00:20:59,240 --> 00:21:02,400
...dan Jodha tidak sedar
keinginan ibu bapanya.
304
00:21:03,320 --> 00:21:07,760
Mereka mahu mengahwinkan dia kepada
seorang Rajput, secepat mungkin.
305
00:21:12,000 --> 00:21:15,760
Jodha menyebarkan kegembiraan
melalui kebaikannya...
306
00:21:15,880 --> 00:21:20,600
...dan Jalal menumpukan segala
kekuatannya ke atas kaum Rajput.
307
00:21:24,160 --> 00:21:27,200
Ketakutan telah
menyatupadukan kaum Rajput.
308
00:21:27,840 --> 00:21:32,000
Semua raja Rajput mahu
menyertai festival Gangaur.
309
00:21:32,440 --> 00:21:36,000
Amer akan menjadi pusat utama...
310
00:21:36,040 --> 00:21:38,560
...untuk segala keputusan
serta masa hadapan kaum Rajput.
311
00:21:39,800 --> 00:21:43,400
Jalal mahu menyebarkan
kegelapan di seluruh Rajputana.
312
00:22:07,320 --> 00:22:09,200
Selamat sejahtera, Tuan Puteri.
313
00:22:09,960 --> 00:22:11,160
Apa yang telah berlaku, Santo?
314
00:22:11,240 --> 00:22:14,760
Puteri Sukanya dan
Puteri Shivani memanggil tuanku.
315
00:22:15,400 --> 00:22:19,000
Mereka kata kalau tuanku
ingin melihat perarakan,...
316
00:22:19,080 --> 00:22:20,640
...mari ikut sama.
317
00:22:20,720 --> 00:22:21,720
Perarakan?
318
00:22:22,080 --> 00:22:26,600
Ya. Semua raja Rajput
dan putera mereka akan datang.
319
00:22:26,760 --> 00:22:28,160
Mari pergi lihat mereka.
320
00:22:28,240 --> 00:22:29,320
Baiklah.
321
00:22:29,640 --> 00:22:32,320
Saya akan melihat raja-raja itu nanti...
322
00:22:32,560 --> 00:22:34,800
...sebaik saja beta kalahkan raja ini.
323
00:22:35,720 --> 00:22:37,400
Awak tak boleh kalahkan raja saya.
324
00:22:37,480 --> 00:22:40,080
Kenapa tak boleh?
Saya akan kalahkannya.
325
00:22:41,000 --> 00:22:44,120
Tiada cara untuk awak selamatkan raja.
326
00:22:44,480 --> 00:22:46,480
Raja selalu selamat kerana...
327
00:22:47,520 --> 00:22:50,760
...ada bidak di sekelilingnya.
328
00:22:51,280 --> 00:22:52,600
Abang Sujamal.
329
00:22:53,400 --> 00:22:57,000
Raja yang percayakan bidaknya
takkan boleh menang.
330
00:22:57,080 --> 00:23:00,560
Bidak awak dah kalah.
331
00:23:00,920 --> 00:23:04,200
Sekarang cuma permaisuri yang boleh
selamatkan raja.
332
00:23:04,360 --> 00:23:07,920
Sekarang satria saya
dah menewaskan permaisuri awak...
333
00:23:08,080 --> 00:23:10,520
...dan raja dah dikepung.
334
00:23:17,120 --> 00:23:18,640
Nampak tak, Abang Sujamal?
335
00:23:18,720 --> 00:23:20,880
Hari ini sesuatu
yang tak dijangka berlaku di Amer.
336
00:23:20,960 --> 00:23:22,800
Saya dah kalahkan awak.
337
00:23:22,880 --> 00:23:25,000
Sekarang saya dah semakin berani.
338
00:23:25,080 --> 00:23:28,280
Kalau saya boleh kalahkan awak
dalam permainan catur,...
339
00:23:28,360 --> 00:23:30,600
...saya juga boleh kalahkan
awak dalam lawan pedang.
340
00:23:31,920 --> 00:23:34,840
Dua pedang tak boleh
berada dalam satu sarung,...
341
00:23:35,680 --> 00:23:38,080
...jadi awak juga tak boleh
memikirkan dua perkara serentak.
342
00:23:41,040 --> 00:23:43,680
Saya sebenarnya memikirkan tentang
perhimpunan pada petang ini.
343
00:23:43,760 --> 00:23:44,960
Sebab itu saya kalah.
344
00:23:46,800 --> 00:23:49,040
Saya tak tahu keputusan apa
yang akan tuanku ambil.
345
00:23:50,120 --> 00:23:51,480
Awak tengoklah.
346
00:23:51,760 --> 00:23:54,400
Hari ini, seluruh kerajaan Amer
akan meraikan...
347
00:23:54,480 --> 00:23:56,920
...pertabalan awak sebagai raja.
348
00:23:57,880 --> 00:24:03,240
Kalau itu yang berlaku,
saya rasa dah menang dalam kehidupan.
349
00:24:04,120 --> 00:24:06,800
Apa maksud awak?
Ia sudah pasti akan berlaku.
350
00:24:07,280 --> 00:24:10,240
Kaum Rajput bangga dengan keberanian awak.
351
00:24:13,360 --> 00:24:17,160
Keberanian itu penting...
352
00:24:18,120 --> 00:24:21,040
...untuk awak menentang kaum Mughal.
353
00:24:26,920 --> 00:24:29,760
Penting untuk awak
pergi dari sini sekarang.
354
00:24:29,840 --> 00:24:30,840
Kenapa?
355
00:24:30,880 --> 00:24:34,760
Siapa tahu? Mungkin ada putera raja
yang kacak menanti awak.
356
00:24:36,520 --> 00:24:40,240
Saya akan cari putera raja yang kacak
untuk puteri-puteri yang lain.
357
00:24:43,000 --> 00:24:45,440
Saya akan berkahwin
dengan pahlawan...
358
00:24:47,560 --> 00:24:51,720
...yang ada keberanian
untuk bawa kepala Jalal bagi saya.
359
00:24:53,960 --> 00:24:57,040
Putera Jagannath!
360
00:24:57,480 --> 00:25:00,560
Putera Jagannath!
361
00:25:01,560 --> 00:25:02,760
Tengok sana, kakak!
362
00:25:03,240 --> 00:25:04,960
Dia sangat kacak.
363
00:25:05,240 --> 00:25:06,600
Bertubuh sasa.
364
00:25:06,680 --> 00:25:08,000
Mukanya berseri-seri...
365
00:25:08,440 --> 00:25:09,760
...dan tanda di dahinya...
366
00:25:10,160 --> 00:25:11,880
...kelihatan seperti
kebanggaan kaum Rajput.
367
00:25:16,480 --> 00:25:18,560
Kemudian ada tahi lalat hitam di pipinya.
368
00:25:18,640 --> 00:25:21,400
-Apa?
-Tengok tahi lalat di mukanya.
369
00:25:21,760 --> 00:25:24,920
Dia nampak seperti ahli gusti.
370
00:25:25,520 --> 00:25:29,640
Ya Tuhan, kuat sungguh
kamu berdua ketawa.
371
00:25:30,120 --> 00:25:32,080
Sekarang kamu sudah melihat
putera-putera raja.
372
00:25:32,160 --> 00:25:33,320
Mari turun.
373
00:25:33,480 --> 00:25:35,280
Nenek tak boleh harapkan dayang-dayang...
374
00:25:35,320 --> 00:25:37,800
...untuk buat persiapan pemujaan.
375
00:25:39,240 --> 00:25:40,680
Sekarang semua orang sudah sampai...
376
00:25:41,120 --> 00:25:43,600
...dan mereka akan
berbincang tentang politik.
377
00:25:43,920 --> 00:25:45,320
Upacara pemujaan juga ada.
378
00:25:45,640 --> 00:25:48,200
Di pertemuan petang ini, kamu semua...
379
00:25:48,680 --> 00:25:51,640
...akan dipasangkan
dengan calon suami yang sesuai.
380
00:25:52,520 --> 00:25:55,720
-Raja Bhanpur, Suryabhan Singh.
-Daulat Tuanku.
381
00:25:55,800 --> 00:25:58,800
-Raja Bhanpur, Suryabhan Singh.
-Daulat Tuanku.
382
00:25:58,880 --> 00:26:02,400
-Raja Bhanpur, Suryabhan Singh.
-Daulat Tuanku.
383
00:26:02,840 --> 00:26:04,000
Apa dah jadi?
384
00:26:04,800 --> 00:26:08,760
Itu Suryabhan Singh,
anak kepada Chandrabhan Singh.
385
00:26:09,120 --> 00:26:11,920
Bapa borek, anak rintik.
386
00:26:14,560 --> 00:26:18,720
Puteri raja manakah yang bertuah
untuk menjadi permaisurinya?
387
00:26:20,040 --> 00:26:22,920
Nenek, tak tahulah tentang puteri lain.
388
00:26:23,040 --> 00:26:28,360
Tapi awak sudah sukakan Suryabhan.
389
00:27:03,120 --> 00:27:06,760
Ini namanya cinta pandang pertama.
390
00:27:09,240 --> 00:27:10,840
Kita ada banyak kerja. Mari.
391
00:27:18,840 --> 00:27:20,160
Jodha.
392
00:27:20,960 --> 00:27:23,120
Kenapa kamu pakai pakaian ini?
393
00:27:23,160 --> 00:27:24,200
Kenapa, mak?
394
00:27:24,280 --> 00:27:25,760
Pakaian ini tak elokkah?
395
00:27:25,840 --> 00:27:27,640
Mak bawa pakaian baharu untuk kamu.
396
00:27:28,720 --> 00:27:31,280
Lihatlah. Perhiasan ini juga
untuk kamu. Pakailah.
397
00:27:31,360 --> 00:27:33,000
Bersiaplah cepat.
398
00:27:33,160 --> 00:27:35,320
Mesyuarat itu akan bermula
bila-bila masa saja.
399
00:27:35,840 --> 00:27:38,280
Tapi mak, pakaian ini dah cukup elok.
400
00:27:38,320 --> 00:27:41,480
Lagi pun, mereka akan adakan
perbincangan politik.
401
00:27:41,560 --> 00:27:43,560
Apa perlunya berhias berlebih-lebihan?
402
00:27:43,640 --> 00:27:46,280
Bukankah saya akan nampak pelik
berhias sebegini dalam kalangan mereka?
403
00:27:46,400 --> 00:27:47,840
Kamu akan nampak cantik.
404
00:27:49,360 --> 00:27:50,520
Pakailah cepat.
405
00:27:50,920 --> 00:27:54,160
Ayah akan buat
pengumuman penting hari ini.
406
00:27:55,920 --> 00:27:57,160
Saya tahu.
407
00:27:58,560 --> 00:28:01,680
Tapi pengumuman itu tentang Abang Sujamal.
408
00:28:01,760 --> 00:28:04,000
Jadi hiaslah dia. Kenapa saya pula?
409
00:28:04,080 --> 00:28:06,280
Mungkin pengumuman itu tentang kamu juga.
410
00:28:10,520 --> 00:28:11,520
Pakailah.
411
00:28:28,360 --> 00:28:31,720
Pengumuman tentang saya?
412
00:28:33,200 --> 00:28:34,360
Beta suka.
413
00:28:36,200 --> 00:28:40,760
Gaya jalannya, kekuatannya
dan warnanya sangat menarik.
414
00:28:41,200 --> 00:28:43,080
Sepadan dengan kemegahan beta.
415
00:28:43,160 --> 00:28:44,520
Ampunkan patik, tuanku.
416
00:28:44,680 --> 00:28:48,240
Tapi Mamanda Menteri sudah pun
memilih kuda ini untuk dirinya.
417
00:28:49,400 --> 00:28:50,720
Jadi tolaklah permintaannya.
418
00:28:51,800 --> 00:28:53,720
Sebaik saja tuanku
sudah memilih sesuatu,...
419
00:28:53,760 --> 00:28:56,200
...ia tak boleh jadi milik orang lain.
420
00:28:57,080 --> 00:28:59,000
Khan Baba tak boleh berfikirkah?
421
00:28:59,120 --> 00:29:01,560
-Dia buat pilihan sebelum tuanku.
-Abdul.
422
00:29:04,160 --> 00:29:10,000
Berani awak berkata begitu
tentang Khan Baba?
423
00:29:14,080 --> 00:29:19,640
Sekarang kuda ini jadi milik Khan Baba.
424
00:29:29,600 --> 00:29:31,440
Kenapa tuanku berikan kuda itu?
425
00:29:31,920 --> 00:29:34,440
Kalau tuanku tak boleh dapatkan
apa yang tuanku suka,...
426
00:29:34,760 --> 00:29:36,400
...apa gunanya kerajaan yang ada ni?
427
00:29:42,120 --> 00:29:43,640
Hari ini beta dapat tahu...
428
00:29:44,800 --> 00:29:48,280
...yang bukan saja kaki awak cacat,
percakapan awak juga tak elok.
429
00:29:48,400 --> 00:29:50,440
Apa kata beta pancung awak saja?
430
00:29:50,680 --> 00:29:53,400
Nanti awak tak boleh lagi
bercakap yang bukan-bukan.
431
00:29:53,480 --> 00:29:56,080
Pedang tuanku takkan
buat kesilapan begitu.
432
00:29:57,040 --> 00:29:59,640
Bukankah ia akan merendahkan tarafnya
dengan membunuh patik?
433
00:30:00,760 --> 00:30:03,400
Patik akan hilang nyawa,
tapi tuanku akan hilang kehormatan.
434
00:30:04,400 --> 00:30:05,480
Apa kata orang nanti?
435
00:30:05,560 --> 00:30:07,960
Tuanku bunuh seorang
yang tak bersenjata dan cacat?
436
00:30:10,880 --> 00:30:13,000
Tak bersenjata dan cacat? Yakah?
437
00:30:14,640 --> 00:30:19,200
Beta sukakan awak
kerana awak bijak dan licik.
438
00:30:19,480 --> 00:30:23,320
Kebijaksanaan patik hanya untuk tuanku.
439
00:30:28,920 --> 00:30:29,960
Pergi.
440
00:30:31,800 --> 00:30:34,640
Berikan kuda ini kepada Bairam Khan.
441
00:30:35,760 --> 00:30:38,680
Bukan kuda yang penting,
tapi penunggangnya.
442
00:30:38,960 --> 00:30:43,360
Kuda yang tuanku tunggang
adalah yang terbaik.
443
00:30:43,800 --> 00:30:45,160
Lain-lain pula...
444
00:30:53,640 --> 00:30:55,120
Patik berharap...
445
00:30:56,000 --> 00:30:59,240
...suatu hari nanti tuanku akan tahu
tentang niat sebenar Bairam Khan.
446
00:30:59,680 --> 00:31:03,360
Supaya tuanku faham bahawa
tuanku mungkin seorang raja,...
447
00:31:03,840 --> 00:31:07,480
...tapi Bairam Khan yang mempunyai kuasa.
448
00:31:11,520 --> 00:31:17,760
Pemerintah Amer, Raja Bharmal yang adil...
449
00:31:17,920 --> 00:31:21,040
...masuk ke dewan mesyuarat.
450
00:31:24,800 --> 00:31:29,800
Terima kasih kepada
kamu semua kerana menerima...
451
00:31:30,360 --> 00:31:33,880
...jemputan beta
untuk datang ke Amer bagi meraikan...
452
00:31:34,760 --> 00:31:36,640
...festival Gangaur
dalam masa yang singkat.
453
00:31:37,200 --> 00:31:40,240
Terima kasih kerana sudi hadir!
454
00:31:57,040 --> 00:32:00,000
Sejak berzaman lamanya, kami sudah dengar
tentang festival di Amer...
455
00:32:00,240 --> 00:32:02,720
...yang disambut meriah
dan berbaloi untuk disertai.
456
00:32:03,920 --> 00:32:05,400
Benar sekali.
457
00:32:05,480 --> 00:32:07,840
Ada banyak yang boleh
diperhatikan di Amer.
458
00:32:08,160 --> 00:32:10,280
Ia kini semakin bertambah.
459
00:32:10,600 --> 00:32:14,000
Amer juga ada musuh
yang layak diperhatikan.
460
00:32:15,920 --> 00:32:17,320
Jalal!
461
00:32:20,960 --> 00:32:23,360
Ini tempat paling sesuai
untuk bercakap tentang Jalal.
462
00:32:23,440 --> 00:32:24,480
Untuk melihatnya.
463
00:32:24,560 --> 00:32:25,640
Tempat yang sesuai,...
464
00:32:26,200 --> 00:32:27,560
...tapi bukan masanya.
465
00:32:29,920 --> 00:32:32,040
Kita boleh bercakap secara peribadi.
466
00:32:32,080 --> 00:32:33,160
Ini perhimpunan awam.
467
00:32:33,240 --> 00:32:35,640
Mungkin ada perisiknya
dalam kalangan hadirin di sini.
468
00:32:45,680 --> 00:32:47,240
Saya harap saya tak terlambat.
469
00:32:47,440 --> 00:32:48,560
Sudahkah pengumuman dibuat?
470
00:32:48,600 --> 00:32:50,320
Awak dah terlewat.
471
00:32:50,520 --> 00:32:53,000
Awak sepatutnya lihat pilihan Sukanya...
472
00:32:53,200 --> 00:32:58,520
Beta mengadakan pertemuan ini
atas dua sebab penting.
473
00:32:59,320 --> 00:33:01,600
Salah satunya ialah tentang puteri beta...
474
00:33:02,600 --> 00:33:06,360
...dan yang kedua ialah
pengumuman tentang bakal raja Amer.
475
00:33:09,400 --> 00:33:14,960
Beta mahu seluruh kaum Rajput
menyaksikannya...
476
00:33:15,040 --> 00:33:18,240
...dan mengalu-alukan bakal raja Amer.
477
00:33:20,000 --> 00:33:22,760
Terima dan hormati dia.
478
00:33:25,120 --> 00:33:30,000
Kehormatan dan rasa kasih
yang kamu berikan kepada beta,...
479
00:33:30,320 --> 00:33:33,080
...beta nak kamu berikan
yang sama kepadanya.
480
00:33:35,080 --> 00:33:39,400
Beta dah buat keputusan
bahawa waris beta...
481
00:33:39,680 --> 00:33:43,200
...yang akan memelihara
budaya dan warisan kita...
482
00:33:43,760 --> 00:33:45,080
...ialah...
483
00:33:50,920 --> 00:33:54,600
...Bhagwant Das.
484
00:33:58,320 --> 00:34:00,400
Raja Bharmal Singh.
485
00:34:00,480 --> 00:34:01,720
Daulat Tuanku!
486
00:34:01,800 --> 00:34:03,880
Putera Bhagwant Das.
487
00:34:03,960 --> 00:34:05,400
Daulat Tuanku!
488
00:34:07,640 --> 00:34:09,720
Raja Bharmal Singh.
489
00:34:09,800 --> 00:34:11,160
Daulat Tuanku!
490
00:34:11,480 --> 00:34:13,640
Putera Bhagwant Das.
491
00:34:13,720 --> 00:34:14,920
Daulat Tuanku!
492
00:34:40,560 --> 00:34:41,880
Abang!
493
00:34:47,880 --> 00:34:49,240
Apa yang awak buat, Sujamal?
494
00:34:49,280 --> 00:34:51,160
Ini penipuan! Pengkhianatan.
495
00:34:51,240 --> 00:34:52,760
Jaga mulut awak, Sujamal.
496
00:34:52,840 --> 00:34:54,720
Ambil pedang awak, Bhagwant Das.
497
00:34:54,880 --> 00:34:58,200
Takhta yang diberikan kepada awak
sebagai ihsan, adalah milik saya.
498
00:35:00,440 --> 00:35:03,680
Awak dulu dijadikan penjaga...
499
00:35:03,760 --> 00:35:05,920
...dan sekarang awak menjadi pemiliknya.
500
00:35:07,600 --> 00:35:11,560
Ayah saya berikan takhta ini
kepada tuanku sebagai pemangku.
501
00:35:11,640 --> 00:35:13,400
Tuanku pula terus menjadi raja.
502
00:35:13,560 --> 00:35:16,000
Bukan itu saja.
Sebaik saja saya dewasa,...
503
00:35:16,080 --> 00:35:17,600
...takhta ini diserahkan kepada awak.
504
00:35:22,640 --> 00:35:25,680
Adakah penipuan dan pengkhianatan
lebih besar daripada ini?
505
00:35:25,760 --> 00:35:27,320
Apa yang kamu mengarut?
506
00:35:27,400 --> 00:35:29,400
Simpan pedang kamu, Sujamal.
507
00:35:29,480 --> 00:35:30,880
Tidak.
508
00:35:31,680 --> 00:35:33,360
Saya takkan letakkan pedang saya.
509
00:35:33,440 --> 00:35:35,640
Ia telah menyaksikan
ketidakadilan yang berlaku...
510
00:35:35,720 --> 00:35:37,480
...selama bertahun-tahun.
511
00:35:38,640 --> 00:35:40,280
Kamu juga akan ada peluang.
512
00:35:40,480 --> 00:35:41,480
Tunggu saja masanya.
513
00:35:41,520 --> 00:35:46,000
Pengecut saja yang akan menunggu,
bukan pahlawan.
514
00:35:47,240 --> 00:35:49,280
Saya akan kembali
untuk dapatkan semula takhta ini.
515
00:35:49,480 --> 00:35:52,600
Saya akan dapatkan kembali
hak saya dan Amer.
516
00:35:52,880 --> 00:35:55,720
Biarpun saya perlu
membunuh untuk dapatkannya.
517
00:35:56,040 --> 00:36:00,240
Amer milik Sujamal dan dia
akan dapatkannya kembali.
518
00:36:29,320 --> 00:36:32,240
Singgahsana awak terletak di sini.
519
00:36:32,480 --> 00:36:34,840
Tak, saya takkan duduk di situ.
520
00:36:35,080 --> 00:36:39,080
Baiklah, letakkan di sini.
521
00:36:39,480 --> 00:36:43,240
Saya jadi raja.
Saya akan duduk di sini, bukan di sana.
522
00:36:43,520 --> 00:36:46,760
Daulat raja Amer, Sujamal.
523
00:37:07,600 --> 00:37:10,120
Tak elok biarkan dia begitu saja.
524
00:37:10,480 --> 00:37:11,640
Berikan perintah, tuanku.
525
00:37:12,320 --> 00:37:14,200
Apabila masalah berlalu pergi,...
526
00:37:14,880 --> 00:37:18,440
...tak perlu kita berusaha
untuk mengusirnya.
527
00:38:00,520 --> 00:38:06,240
Ayah, saya akan
dapatkan kembali takhta Amer.
528
00:38:10,720 --> 00:38:13,920
Abang, jangan pergi dalam keadaan marah.
529
00:38:14,800 --> 00:38:17,120
Kita pasti boleh fikirkan jalannya.
530
00:38:18,080 --> 00:38:19,560
Hanya ada satu jalan saja, Jodha.
531
00:38:20,240 --> 00:38:21,560
Ia menuju keluar dari Amer.
532
00:38:22,560 --> 00:38:23,560
Abang.
533
00:38:26,880 --> 00:38:28,920
Saya ikut awak.
534
00:38:30,600 --> 00:38:32,680
Awak akan sentiasa bersama saya.
535
00:38:34,040 --> 00:38:37,800
Dalam kerajaan Amer, saya hanya
ambil berat tentang awak.
536
00:38:37,840 --> 00:38:39,240
Jadi, tinggallah di sini.
537
00:38:40,400 --> 00:38:44,240
Kalau awak pergi seperti ini,
orang akan menggelar awak pemberontak.
538
00:38:44,320 --> 00:38:47,120
Orang yang menuntut haknya
sentiasa digelar pemberontak.
539
00:38:50,440 --> 00:38:53,760
Sebelum tentera datang
menangkap pemberontak ini,...
540
00:38:54,920 --> 00:38:56,320
...lepaskan saya, Jodha.
541
00:39:01,520 --> 00:39:06,920
Saya berjanji akan kembali
ke Amer dan bertemu awak.
542
00:39:12,920 --> 00:39:14,960
Cari dia. Jangan biarkan dia terlepas.
543
00:39:25,040 --> 00:39:27,040
Dia pasti dah pergi ke kamarnya.
544
00:39:29,160 --> 00:39:30,560
Abang Sujamal!
545
00:39:32,120 --> 00:39:33,600
Tangkap dia.
546
00:39:47,200 --> 00:39:48,360
Abang Sujamal!
547
00:40:03,360 --> 00:40:04,480
Abang!
548
00:40:05,720 --> 00:40:07,200
Halang dia. Tutup pintu gerbang.
549
00:40:27,880 --> 00:40:30,920
Saya ingat ayah adakan pertemuan itu...
550
00:40:31,120 --> 00:40:33,520
...untuk mencari jodoh
paling sesuai bagi saya.
551
00:40:33,800 --> 00:40:37,200
Tapi ayah umumkan raja baharu Amer...
552
00:40:37,800 --> 00:40:39,920
...dan jadikan Sujamal sebagai musuh.
553
00:40:40,080 --> 00:40:42,200
Ayah tiada pilihan lain.
554
00:40:43,040 --> 00:40:47,280
Ayah dah cakap Sujamal
masih muda, berdarah panas...
555
00:40:47,400 --> 00:40:48,960
...dan juga bercita-cita tinggi.
556
00:40:50,040 --> 00:40:51,720
Sebaik saja dia mendapat takhta,...
557
00:40:52,240 --> 00:40:55,160
...dia akan menyerang Rajput dulu.
558
00:40:56,000 --> 00:40:57,520
Bukan itu saja.
559
00:40:57,600 --> 00:41:00,120
Dia takkan lepaskan sepupu-sepupunya,
baik lelaki mahupun perempuan.
560
00:41:16,320 --> 00:41:18,480
Saya tak faham tentang politik, ayah.
561
00:41:19,000 --> 00:41:22,280
Saya juga tak faham sama ada saya perlu...
562
00:41:22,360 --> 00:41:24,240
...bersedih kerana
kehilangan seorang saudara...
563
00:41:24,800 --> 00:41:27,400
...atau gembira kerana seorang lagi
ditabalkan sebagai bakal raja.
564
00:41:27,440 --> 00:41:30,320
Jodha, ayah membesarkan Sujamal
seperti anak kandung sendiri.
565
00:41:31,040 --> 00:41:32,920
Tapi Sujamal tak mahu
menjadi seorang anak.
566
00:41:32,960 --> 00:41:34,440
Dia nak menjadi raja.
567
00:41:35,360 --> 00:41:37,960
Apa yang Sujamal lakukan
di khalayak ramai hari ini...
568
00:41:38,760 --> 00:41:41,040
...adalah sesuatu
yang tak dapat dimaafkan.
569
00:41:41,520 --> 00:41:43,960
Jodha, kalau kamu kehilangan
seorang saudara,...
570
00:41:44,880 --> 00:41:47,320
...ayah kehilangan
seorang pahlawan Rajput.
571
00:41:48,600 --> 00:41:50,400
Ayah kehilangan seorang anak lelaki.
572
00:41:50,560 --> 00:41:54,880
Kalau seorang anak sedang marah,
kita perlu cari gantinya.
573
00:41:55,520 --> 00:41:57,000
Mainavati, saya tak faham.
574
00:41:57,080 --> 00:41:58,760
Kita perlu kahwinkan Jodha.
575
00:42:01,680 --> 00:42:03,960
Jadi menantu kita nanti
akan jadi seperti anak lelaki kita.
576
00:42:04,240 --> 00:42:05,640
Betul kata awak.
577
00:42:06,840 --> 00:42:10,840
Perkahwinan Jodha akan jadi
saat gemilang dalam sejarah Rajput.
578
00:42:11,440 --> 00:42:15,200
Biar saya cari jodoh untuk Jodha.
579
00:42:47,240 --> 00:42:48,480
Selamat sejahtera.
580
00:42:49,000 --> 00:42:50,440
Tentera kita dah bersedia, tuanku.
581
00:42:50,520 --> 00:42:53,280
Patik dapat berita bahawa
semua raja Rajput...
582
00:42:53,400 --> 00:42:56,520
...sedang berkumpul di Amer
untuk festival Gangaur.
583
00:43:01,840 --> 00:43:03,120
Festival Gangaur?
584
00:43:04,520 --> 00:43:06,840
Ia satu festival yang berlangsung
selama kira-kira 18 hari.
585
00:43:08,880 --> 00:43:09,880
Baiklah.
586
00:43:10,960 --> 00:43:13,160
Apabila kaum Rajput berkumpul,
kita akan lawan.
587
00:43:13,600 --> 00:43:16,120
Menurut strategi politik,
kita perlu menyerang musuh...
588
00:43:16,200 --> 00:43:17,320
...sewaktu dia bersendirian.
589
00:43:20,240 --> 00:43:23,880
Jadi kini beta perlu belajar memerintah
negara daripada awak?
590
00:43:24,640 --> 00:43:26,120
Ampunkan patik, tuanku.
591
00:43:28,160 --> 00:43:32,840
Orang yang bodoh mengimpikan
kemenangan melalui kekuatan.
592
00:43:34,160 --> 00:43:36,000
Kita akan bunuh mereka
pada masa yang sama...
593
00:43:37,200 --> 00:43:39,080
...supaya kita tak membazir masa.
594
00:43:40,120 --> 00:43:43,360
Seluruh kaum Rajput dipenggal
pada masa yang sama.
595
00:43:45,000 --> 00:43:50,160
Mereka akan kehilangan kepala
dan keangkuhan mereka.
596
00:44:13,240 --> 00:44:17,440
Ada berita mengatakan kekecohan
berlaku di pesta Gangaur.
597
00:44:17,560 --> 00:44:19,640
Keadaan sangat menggembirakan.
598
00:44:19,720 --> 00:44:21,560
Semua putera raja ada di sini.
599
00:44:21,640 --> 00:44:23,160
Sudah tentu mereka nak datang.
600
00:44:23,240 --> 00:44:26,320
Inilah peluang mereka untuk memilih
bakal permaisuri mereka.
601
00:44:26,480 --> 00:44:30,320
Tapi puteri-puteri juga
ada hak memilih pasangan.
602
00:44:30,400 --> 00:44:32,440
Itu sebabnya pertandingan-pertandingan
dianjurkan...
603
00:44:32,640 --> 00:44:35,920
...di mana anak-anak muda
berpeluang menarik perhatian...
604
00:44:36,040 --> 00:44:37,600
...para gadis dengan bakat mereka.
605
00:44:37,920 --> 00:44:42,240
Antara pertandingannya ialah
gusti, merejam lembing dan lawan pedang.
606
00:44:42,640 --> 00:44:43,680
Boleh kita pergi sekarang?
607
00:44:43,720 --> 00:44:45,960
Biar saya hiaskan ini dulu.
Kemudian saya akan ikut kamu.
608
00:44:47,680 --> 00:44:51,000
Sukanya, di mana rantai awak
yang satu lagi?
609
00:44:52,120 --> 00:44:54,440
Ibu berikan kita bertiga rantai yang sama.
610
00:44:54,840 --> 00:44:56,040
Ya.
611
00:44:56,120 --> 00:44:57,320
Ia di mana?
612
00:44:57,400 --> 00:44:58,720
Saya akan beritahu kemudian.
613
00:44:59,080 --> 00:45:00,320
Apa maksudnya?
614
00:45:00,720 --> 00:45:04,120
Dia akan beritahu selepas
melihat para putera raja.
615
00:45:04,200 --> 00:45:07,040
Kalau awak pergi
tanpa berhias sebaiknya,...
616
00:45:07,320 --> 00:45:09,760
...nanti putera-putera raja itu
akan ingat awak ini dayang,...
617
00:45:09,840 --> 00:45:11,320
...bukannya puteri raja.
618
00:45:15,080 --> 00:45:17,040
Mari kita pergi, Shivani.
619
00:45:38,160 --> 00:45:40,600
Hati-hati. Amer kini...
620
00:45:40,680 --> 00:45:43,280
...sudah mengumpulkan
pencuri dari seluruh Rajputana.
621
00:45:43,360 --> 00:45:44,360
Pencuri?
622
00:45:44,640 --> 00:45:48,960
Ya. Ada yang mencuri hati,
ada yang mencuri pandangan,...
623
00:45:49,200 --> 00:45:51,640
...ada yang mencuri rantai
dan ada yang pura-pura tidak tahu.
624
00:46:01,000 --> 00:46:04,080
Siapa yang awak cari?
625
00:46:05,800 --> 00:46:09,920
Pencuri yang ambil rantai?
626
00:46:10,920 --> 00:46:12,920
Apa? Apa maksud awak, Shivani?
627
00:46:13,000 --> 00:46:16,040
Saya bercakap tentang rantai awak.
628
00:46:44,560 --> 00:46:47,440
Ada nampak Jodha?
Ada nampak anakanda beta?
629
00:46:47,520 --> 00:46:49,240
Tuanku, pasti dia berada di sana.
630
00:46:52,120 --> 00:46:53,320
Jodha...
631
00:46:54,600 --> 00:46:55,840
Kamu semua nampak Jodha?
632
00:46:55,880 --> 00:46:57,680
-Dia pasti ada di dalam, tuanku.
-Di dalam?
633
00:47:01,080 --> 00:47:02,600
Apa yang kamu buat, Jodha?
634
00:47:02,800 --> 00:47:03,960
Ada festival di istana.
635
00:47:04,040 --> 00:47:07,160
Semua putera raja ada di sini,
tapi kamu berada di sini.
636
00:47:07,320 --> 00:47:09,120
Mak, biar saya hiaskan mereka dulu.
637
00:47:09,360 --> 00:47:12,240
Dia pun sudah bertemu pasangannya.
Kita perlu cari pasangan untuk kamu.
638
00:47:12,400 --> 00:47:15,840
Bangun.
Mak sendiri akan hiaskan kamu.
639
00:47:16,080 --> 00:47:17,440
Mari, bangun.
640
00:47:28,200 --> 00:47:31,360
Mak, tengoklah betapa cantiknya
Dewi Gauri.
641
00:47:32,840 --> 00:47:33,960
Kamu pun apa kurangnya.
642
00:47:34,760 --> 00:47:36,320
Selamat sejahtera, tuanku.
643
00:47:37,920 --> 00:47:40,480
Motibai, bagaimana keadaan awak?
644
00:47:41,120 --> 00:47:42,200
Saya tak apa-apa.
645
00:47:42,520 --> 00:47:47,440
Mari! Berpegangan tangan
dan tutup mata kamu.
646
00:47:47,760 --> 00:47:50,240
Lafazkan nama Dewi Gauri.
647
00:47:50,840 --> 00:47:54,080
Lafazkan nama Dewa Shiva juga.
648
00:47:55,360 --> 00:47:58,000
Jodha, kenapa kamu berdiri di sana?
649
00:47:58,080 --> 00:47:59,160
Mari sini.
650
00:48:11,200 --> 00:48:14,120
Dewi, beta cuma ada satu impian.
651
00:48:15,480 --> 00:48:17,120
Penuhi sumpah beta.
652
00:48:17,960 --> 00:48:21,120
Berikan beta keberanian untuk
membalas dendam terhadap musuh beta...
653
00:48:21,280 --> 00:48:22,520
...Jalal.