1 00:01:53,520 --> 00:01:58,520 " Huang Fei Hong " Episod 9 2 00:02:00,240 --> 00:02:02,840 Jika jiran awak dibunuh, apa yang awak akan buat? 3 00:02:02,960 --> 00:02:04,640 - Cepat berpindah? - Ya! 4 00:02:04,720 --> 00:02:06,040 Dia dah bunuh sekeluarga Liu Gui. 5 00:02:06,120 --> 00:02:08,760 Untuk sembunyikan identitinya, dia bunuh Wang Da Hai juga. 6 00:02:08,840 --> 00:02:10,920 Dia amat kejam, bukan penyamun yang biasa. 7 00:02:11,000 --> 00:02:13,240 - Mereka pengintip. - Nampaknya mereka memang orang Jepun. 8 00:02:13,320 --> 00:02:15,160 Mereka amalkan konsep Bushido sejak kecil. 9 00:02:15,280 --> 00:02:17,160 Jadi, hidup mati tak bermakna bagi mereka. 10 00:02:17,240 --> 00:02:19,280 Betulkah awak tak nak berkawan dengan saya demi perempuan ini? 11 00:02:19,360 --> 00:02:22,560 Apa yang awak nak buat? Jangan lupa akan identiti saya. 12 00:02:36,720 --> 00:02:38,520 Sebenarnya, ada banyak hal yang mencurigakan. 13 00:02:38,720 --> 00:02:41,160 Jika begitu, tolonglah bebaskan Feng Hua. 14 00:02:41,600 --> 00:02:43,640 Awak tiada hak bersuara di sini. 15 00:02:44,680 --> 00:02:47,480 Feng Hua jadi begini disebabkan awak, perempuan keji! 16 00:02:47,640 --> 00:02:49,760 Saya tak nak nampak awak! Pergi! 17 00:02:51,360 --> 00:02:53,120 Awak pergi jumpa Mak Cik Ketiga Belas dulu. 18 00:03:04,240 --> 00:03:07,080 Jeneral, bolehkah awak cakap sekarang? 19 00:03:11,480 --> 00:03:13,080 Awak agak cerdik. 20 00:03:13,240 --> 00:03:15,800 Saya bukan tak nak bebaskan Feng Hua. 21 00:03:16,040 --> 00:03:19,240 Biarpun ada hal yang mencurigakan, tapi pembunuh belum ditemui lagi. 22 00:03:19,480 --> 00:03:20,519 Jika saya bebaskan Feng Hua... 23 00:03:20,600 --> 00:03:23,320 ...bagaimanakah saya nak jelaskan kepada keluarga Tuan Guo? 24 00:03:24,920 --> 00:03:26,400 Saya faham. 25 00:03:26,640 --> 00:03:28,880 Jika awak tak dapat jelaskan, awak takkan peroleh wang. 26 00:03:29,000 --> 00:03:31,560 Tanpa wang, awak tak dapat beli kapal perang. 27 00:03:31,680 --> 00:03:34,720 Saya tahu ada orang nak jadikan Feng Hua sebagai kambing hitam. 28 00:03:34,880 --> 00:03:37,200 Tujuannya adalah biarkan orang lain bunuh orang untuk dia. 29 00:03:37,440 --> 00:03:39,120 Selepas Tuan Guo dibunuh... 30 00:03:39,480 --> 00:03:42,320 ...saya takkan peroleh wang untuk beli kapal perang. 31 00:03:44,680 --> 00:03:46,040 Ya. 32 00:03:46,240 --> 00:03:50,280 Saya buat keputusan untuk majukan masa berurus niaga dengan orang Jerman. 33 00:03:50,600 --> 00:03:52,160 Awak nak majukan masa berurus niaga? 34 00:04:02,480 --> 00:04:04,640 Pergi! 35 00:04:04,800 --> 00:04:06,839 Saya dah kata semua orang tak dibenarkan masuk, bukan? 36 00:04:06,920 --> 00:04:09,480 Jeneral, saya dah datang. Saya Fei Hong. 37 00:04:09,680 --> 00:04:12,120 Awak tak sihat? Kenapa awak tak pergi jumpa tabib? 38 00:04:12,520 --> 00:04:16,760 Jika ada apa-apa berlaku pada awak, habislah Tentera Bendera Hitam. 39 00:04:16,880 --> 00:04:18,800 Jika hal ini tersebar... 40 00:04:19,320 --> 00:04:23,000 ...maruah Tentera Bendera Hitam akan terjejas. 41 00:04:23,160 --> 00:04:25,880 Semua orang pasti pernah jatuh sakit. 42 00:04:25,960 --> 00:04:27,840 Jika tak sihat, awak harus terima rawatan secepat mungkin... 43 00:04:27,960 --> 00:04:31,200 ...terutamanya awak menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati. 44 00:04:31,480 --> 00:04:32,600 Apa yang awak cakap? 45 00:04:32,680 --> 00:04:35,160 Siapa yang kata saya menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati? 46 00:04:36,760 --> 00:04:38,200 Jeneral. 47 00:04:38,400 --> 00:04:40,680 Beberapa generasi keluarga saya menceburi bidang perubatan. 48 00:04:40,920 --> 00:04:42,560 Saya juga tahu serba sedikit. 49 00:04:42,920 --> 00:04:46,680 Biar saya jalankan pemeriksaan untuk awak. 50 00:04:49,360 --> 00:04:50,920 Begitu seriuskah? 51 00:04:51,160 --> 00:04:53,200 Jeneral, apa penyakit yang awak hidapi? 52 00:04:53,280 --> 00:04:55,400 Jangan merepek. 53 00:04:55,720 --> 00:04:57,840 - Saya cuma menghidap... - Apa? 54 00:04:58,160 --> 00:04:59,840 - Buasir. - Apa? 55 00:04:59,960 --> 00:05:01,800 - Buasir! - Buasir? 56 00:05:01,880 --> 00:05:03,640 Jangan sebut dua patah perkataan ini! 57 00:05:04,000 --> 00:05:07,673 Jeneral, jangan berbohong lagi. 58 00:05:08,560 --> 00:05:14,040 Penyakit ini tak serius, tapi saya mengalami kesakitan yang teruk. 59 00:05:14,360 --> 00:05:18,080 Saya belum kumpul wang yang cukup untuk beli kapal perang. 60 00:05:18,240 --> 00:05:22,800 Sejurus fikir akan hal ini, saya amat risau. 61 00:05:23,240 --> 00:05:28,480 Tak sangka saya, jeneral menghidapi penyakit ini. 62 00:05:28,880 --> 00:05:32,360 Jeneral, jangan sedih. Semua orang akan menghidap buasir. 63 00:05:32,440 --> 00:05:34,080 Ayah saya selalu menghidap buasir. 64 00:05:34,920 --> 00:05:36,440 Saya yang bubuh ubat untuk dia. 65 00:05:36,520 --> 00:05:39,640 Kebetulan saya ada satu plaster sekarang. 66 00:05:39,760 --> 00:05:40,880 Biar saya bubuhnya pada luka awak. 67 00:05:40,960 --> 00:05:43,440 Kenapa awak bawa plaster? 68 00:05:49,080 --> 00:05:53,160 - Kita simpan rahsia sesama kita. - Ya. Simpan rahsia sesama kita. 69 00:05:54,680 --> 00:05:57,520 Kita berjanji takkan dedahkan rahsia sesama kita. 70 00:05:57,640 --> 00:06:00,120 - Janji! - Mari! 71 00:06:15,160 --> 00:06:17,480 Tuan, mereka sedang tunggu di tingkat atas. 72 00:06:52,840 --> 00:06:54,640 Maaf. 73 00:06:55,080 --> 00:06:56,440 Akhirnya, awak dah datang. 74 00:06:56,560 --> 00:06:58,880 Saya perlu uruskan banyak hal ketenteraan. 75 00:07:02,520 --> 00:07:05,560 Restoran Guang Xiang ialah restoran yang paling terkenal di Guangzhou. 76 00:07:05,680 --> 00:07:06,640 Macam mana? 77 00:07:06,720 --> 00:07:09,320 Pelakon opera amat terkenal dan berasal dari ibu negara. 78 00:07:09,560 --> 00:07:11,200 Apa perasaan awak? 79 00:07:11,680 --> 00:07:16,400 Diam! Kami datang kutip deposit, jangan bazirkan masa kami. 80 00:07:16,640 --> 00:07:18,080 Saya faham. 81 00:07:19,200 --> 00:07:21,960 Saya nak tanya awak suatu hal. 82 00:07:22,080 --> 00:07:28,120 Selepas saya bayar deposit, adakah perubahan akan berlaku? 83 00:07:28,760 --> 00:07:31,160 Contohnya, ada pembeli lain tak? 84 00:07:31,280 --> 00:07:36,120 Pastilah tak. Kami, orang Jerman pentingkan integriti. 85 00:07:36,560 --> 00:07:37,960 Baguslah jika begitu. 86 00:07:41,960 --> 00:07:43,680 Angkat barang ke sini. 87 00:08:17,520 --> 00:08:19,120 Awak pasti mereka takkan mendapatinya? 88 00:08:19,240 --> 00:08:22,200 Mereka pasti letih selepas menyaksikan persembahan opera sepanjang hari. 89 00:08:22,320 --> 00:08:24,480 Perhatian mereka akan beralih apabila letih. 90 00:08:24,640 --> 00:08:28,400 Lagipun, cahaya matahari akan pancar ke tingkat dua mulai pukul 3 petang. 91 00:08:29,240 --> 00:08:30,680 Buka. 92 00:08:37,640 --> 00:08:39,080 Cahaya matahari berkilau! 93 00:08:39,360 --> 00:08:41,120 Kenapa awak pilih tempat ini? 94 00:08:41,240 --> 00:08:43,240 Ia kelihatan lebih jelas jika kita berada di tempat yang tinggi. 95 00:08:43,440 --> 00:08:45,080 Indahnya pemandangan di sini. 96 00:08:45,600 --> 00:08:47,600 Okey. Tutupnya. 97 00:09:04,360 --> 00:09:07,680 Biarpun tak mendapatinya sekarang, mereka akan tahu apabila balik nanti. 98 00:09:07,760 --> 00:09:10,000 Hal ini perlu bergantung pada awak dan kawan awak. 99 00:09:10,240 --> 00:09:12,800 Jeneral Liu dah tempah seluruh restoran. 100 00:09:12,880 --> 00:09:15,560 Orang Jepun pasti akan bertindak pada masa itu. 101 00:09:16,000 --> 00:09:17,120 Jadi, salah seorang daripada mereka... 102 00:09:17,200 --> 00:09:18,760 ...ialah pembunuh yang menyamar sebagai Cao Feng Hua? 103 00:09:18,840 --> 00:09:19,960 Asalkan dapat tangkap orang ini... 104 00:09:20,040 --> 00:09:22,000 ...kita dapat jelaskan kepada keluarga Tuan Guo. 105 00:09:22,080 --> 00:09:23,320 Rancangan tak berubah. 106 00:09:23,400 --> 00:09:25,680 Kita bayar kepada peniaga Jerman saja. 107 00:09:26,120 --> 00:09:28,720 - Macam mana jika... - Apa-apa saja boleh berlaku. 108 00:09:28,960 --> 00:09:30,520 Kita kesuntukan masa sekarang. 109 00:09:30,600 --> 00:09:32,840 Untuk selamatkan Feng Hua dan beli kapal perang... 110 00:09:32,920 --> 00:09:35,080 ...kita terpaksa mengambil risiko. 111 00:09:54,920 --> 00:09:58,160 Maaf. Ada orang dah tempah restoran ini pada hari ini. 112 00:09:58,240 --> 00:09:59,880 Tak boleh masuk biarpun saya ada wang? 113 00:10:00,480 --> 00:10:04,000 - Maaf. - Macam mana jika saya ada benda ini? 114 00:10:28,760 --> 00:10:30,360 Cepat! Kejar mereka! 115 00:10:56,280 --> 00:10:58,560 - Lindungi tuan! - Mereka ninja. 116 00:11:08,440 --> 00:11:10,920 Jangan risau, saya akan lindungi kalian. 117 00:11:31,800 --> 00:11:34,840 - Wang! - Wang! Wang kita! 118 00:12:14,560 --> 00:12:16,080 Fei Hong! 119 00:12:38,640 --> 00:12:41,320 Kenapa? Awak tak mengenali saya? 120 00:12:43,480 --> 00:12:44,920 Tuanku? 121 00:12:49,600 --> 00:12:51,040 Kemaskan tempat ini. 122 00:12:51,160 --> 00:12:54,000 - Jangan menakutkan tetamu asing saya. - Ya. 123 00:13:00,400 --> 00:13:03,280 Wang, pembeli dan penjual juga berada di sini. 124 00:13:03,360 --> 00:13:06,520 Adakah kita harus hasilkan kontrak seterusnya? 125 00:13:12,160 --> 00:13:15,120 Dua hari kemudian, bayar tunai semasa penyerahan. 126 00:13:15,480 --> 00:13:17,200 Baik. 127 00:13:26,760 --> 00:13:28,280 Tuanku. 128 00:13:28,960 --> 00:13:31,000 Terima kasih atas bantuan tuanku tadi. 129 00:13:31,160 --> 00:13:32,920 Saya amat menghargai jasa tuanku. 130 00:13:33,080 --> 00:13:34,320 Jeneral Liu. 131 00:13:34,560 --> 00:13:36,280 Awak berjasa besar kepada pihak kerajaan. 132 00:13:36,360 --> 00:13:37,840 Pihak kerajaan yang rasa bersalah terhadap awak. 133 00:13:38,520 --> 00:13:41,360 Saya hanya cuba sedaya upaya untuk tolong awak tadi. 134 00:13:41,640 --> 00:13:44,560 Harap awak dapat memaafi pihak kerajaan dan lupa akan kisah lampau... 135 00:13:44,760 --> 00:13:48,240 ...serta terus berjasa dan berkhidmat untuk rakyat. 136 00:13:48,440 --> 00:13:49,840 Jangan risau, tuanku. 137 00:13:50,040 --> 00:13:54,920 Dengan adanya kapal perang, kita pasti dapat tewaskan penceroboh! 138 00:13:55,080 --> 00:13:58,160 - Bagus! - Saya pergi dulu. 139 00:13:59,560 --> 00:14:00,920 Fei Hong! 140 00:14:02,000 --> 00:14:03,400 Jeneral Liu. 141 00:14:03,760 --> 00:14:06,080 Saya dan Fei Hong ialah kawan lama. 142 00:14:06,360 --> 00:14:07,440 Kami dah lama tak berjumpa. 143 00:14:07,560 --> 00:14:09,600 Rasanya kami akan berbual panjang. 144 00:14:09,880 --> 00:14:11,280 Awak tak perlu tunggu dia. 145 00:14:11,400 --> 00:14:12,520 Baiklah. 146 00:14:12,960 --> 00:14:14,400 Jom kita pergi. 147 00:14:33,800 --> 00:14:35,360 Huang Fei Hong, mari ikut saya. 148 00:14:35,640 --> 00:14:37,080 Ada hal berlaku. 149 00:14:53,160 --> 00:14:54,440 Awak tengok. 150 00:14:55,720 --> 00:14:57,800 Wajahnya mirip dengan Cao Feng Hua. 151 00:15:07,320 --> 00:15:09,280 Adakah awak mengenali orang ini? 152 00:15:22,680 --> 00:15:25,160 Namanya Feng Hua, bukan? 153 00:15:28,280 --> 00:15:31,560 - Kenapa dia dah meninggal dunia? - Tengoklah dengan teliti. 154 00:15:31,680 --> 00:15:33,520 Awak pasti dia pembunuh pada hari itu? 155 00:15:44,400 --> 00:15:46,320 Ya! 156 00:15:46,640 --> 00:15:48,120 Dia pembunuh pada hari itu! 157 00:15:48,360 --> 00:15:49,880 Memang betul tekaan kita. 158 00:15:52,120 --> 00:15:53,920 Saya pergi bebaskan Feng Hua sekarang. 159 00:15:54,040 --> 00:15:56,240 Baik, awak pergi aturkannya. 160 00:16:02,200 --> 00:16:04,120 Cao Feng Hua, awak dah boleh pergi. 161 00:16:04,600 --> 00:16:05,760 Feng Hua. 162 00:16:06,000 --> 00:16:07,080 Hui Hui. 163 00:16:07,200 --> 00:16:09,040 Bagusnya. Akhirnya, awak dah dibebaskan. 164 00:16:09,200 --> 00:16:12,240 - Saya tak apa-apa. - Fei Hong yang tolong awak kali ini. 165 00:16:13,880 --> 00:16:15,120 Fei Hong. 166 00:16:16,400 --> 00:16:19,240 Feng Hua, ini salah saya. 167 00:16:19,600 --> 00:16:21,880 Saya salah faham tentang awak. Kita membesar bersama sejak kecil. 168 00:16:22,040 --> 00:16:24,119 Tak mungkin awak bunuh orang. Dungunya saya. 169 00:16:24,200 --> 00:16:25,520 Jangan cakap lagi. 170 00:16:27,040 --> 00:16:29,960 Feng Hua, Fei Hong tertipu orang Jepun. 171 00:16:30,040 --> 00:16:30,840 Tahukah awak? 172 00:16:30,920 --> 00:16:34,360 Orang itu cuma lebih rendah daripada awak, wajahnya mirip dengan awak. 173 00:16:34,680 --> 00:16:36,079 Wajahnya mirip dengan saya? 174 00:16:36,320 --> 00:16:38,480 Apakah dia saudara kembar saya? 175 00:16:38,640 --> 00:16:40,720 Dia ninja dari Japan. Dia tahu gunakan teknik menyamar. 176 00:16:40,840 --> 00:16:42,279 Dia boleh ubah wajahnya sesuka hatinya. 177 00:16:42,360 --> 00:16:44,000 Sudahlah, saya tak nak dengar. 178 00:16:46,880 --> 00:16:50,480 Feng Hua, apa yang awak nak dia buat, barulah awak memaafi dia? 179 00:16:50,960 --> 00:16:52,520 Memaafi dia? 180 00:16:53,160 --> 00:16:55,080 Saya perlu fikir dulu. 181 00:16:55,320 --> 00:16:58,440 Apa kata biar dia dipenjarakan beberapa hari? 182 00:16:58,760 --> 00:17:00,320 Ataupun... 183 00:17:00,880 --> 00:17:02,120 Ataupun apa? 184 00:17:03,280 --> 00:17:04,918 Feng Hua, apa yang awak sedang buat? 185 00:17:05,080 --> 00:17:06,880 - Fei Hong, awak tiada apa-apakah? - Cengkerik Kecil, awak tiada apa-apa? 186 00:17:06,960 --> 00:17:08,760 - Saya tiada apa-apa. - Saya takkan salahkan awak. 187 00:17:08,880 --> 00:17:11,760 - Terima kasih kerana selamatkan saya. - Saya tiada apa-apa. 188 00:17:12,400 --> 00:17:13,800 Saya tahu. 189 00:17:13,960 --> 00:17:16,920 - Jadi, kita saling tak berhutang? - Ya. 190 00:17:17,920 --> 00:17:21,360 - Mari ikut saya balik dan minum arak. - Mari kita minum sampai mabuk. 191 00:17:21,480 --> 00:17:23,280 Jom. Adakah makanan dan arak dah disediakan di rumah? 192 00:17:23,360 --> 00:17:24,960 - Ya. - Jom. 193 00:17:25,080 --> 00:17:26,760 - Jom. - Jom! 194 00:17:27,520 --> 00:17:30,440 - Jom minum! - Jom minum. 195 00:17:36,360 --> 00:17:38,920 Arak dah habis diminum. Hidangkan arak lagi! 196 00:17:40,760 --> 00:17:42,840 Fei Hong, mari kita minum sampai mabuk! 197 00:17:42,920 --> 00:17:44,600 Baik. Saya habiskan ini. 198 00:17:44,680 --> 00:17:45,960 Saya masih perlu uruskan hal nanti. 199 00:17:46,040 --> 00:17:47,360 Minum! 200 00:17:48,560 --> 00:17:50,080 Mari. 201 00:17:50,280 --> 00:17:51,720 Awak... 202 00:17:54,240 --> 00:17:55,800 Dia dah mabuk. 203 00:17:57,560 --> 00:18:00,320 Hui Hui, awak jaga dia baik-baik. 204 00:18:01,080 --> 00:18:03,600 Saya perlu uruskan hal. Saya pergi dulu. 205 00:18:03,880 --> 00:18:05,520 Fei Hong. 206 00:18:31,920 --> 00:18:34,680 Saya ingat awak akan datang jumpa saya lebih awal lagi. 207 00:18:34,840 --> 00:18:38,400 Saya ada banyak soalan, tapi saya tak berani tanya awak. 208 00:18:39,320 --> 00:18:40,600 Kenapa? 209 00:18:41,080 --> 00:18:42,600 Awak dah banyak kali tipu saya. 210 00:18:42,680 --> 00:18:45,320 Biarpun saya tanya awak, awak pun takkan cakap dengan saya secara jujur. 211 00:18:45,400 --> 00:18:46,359 Tiada maknanya saya tanya. 212 00:18:46,440 --> 00:18:49,040 Tapi awak pun tak cakap dengan saya secara jujur. 213 00:18:49,920 --> 00:18:52,600 Awak tak datang jumpa saya kerana awak bijak. 214 00:18:53,200 --> 00:18:57,040 Rasanya awak dah lama mendapati ada sesuatu yang tak kena. 215 00:18:58,680 --> 00:19:01,040 Awak baru dewa kekayaan, bukan Tuan Guo. 216 00:19:01,160 --> 00:19:02,720 Awak berada dalam kegelapan... 217 00:19:02,800 --> 00:19:05,040 ...kerana tak harap hal kecurian Jantung Buddha gagal dilaksanakan. 218 00:19:05,200 --> 00:19:07,920 Tuan Guo dah dibunuh sekarang, awak perlu tampilkan diri. 219 00:19:08,080 --> 00:19:08,920 Teruskan. 220 00:19:09,000 --> 00:19:12,440 Tanpa awak, saya dah terjatuh ke dalam perangkap orang Jepun... 221 00:19:12,520 --> 00:19:15,640 ...dan helah pertukaran wang dengan batu saya dah lama terdedah. 222 00:19:15,760 --> 00:19:18,720 Awak seakan-akan memuji saya. 223 00:19:18,960 --> 00:19:21,920 - Saya cuma nak ucapkan terima kasih. - Itu saja? 224 00:19:22,520 --> 00:19:26,240 Tuanku sangat bijak. Saya amat mengagumi tuanku. 225 00:19:26,640 --> 00:19:29,200 Fei Hong, nampaknya... 226 00:19:29,320 --> 00:19:32,160 ...awak masih tak nak berterus terang kepada saya pada hari ini. 227 00:19:33,200 --> 00:19:35,760 Awak sangat bijak. Fikirlah sendiri. 228 00:19:45,640 --> 00:19:48,600 Awak dah lama dengar, keluarlah. 229 00:19:55,040 --> 00:19:57,680 Kenapa? Saya tak dibunuh selepas awak lepaskan tembakan. 230 00:19:57,960 --> 00:19:59,720 Awak nak menembak lagi? 231 00:19:59,960 --> 00:20:01,239 Mujur awak masih hidup. 232 00:20:01,320 --> 00:20:04,680 Jika tak, Huang Fei Hong akan salahkan saya seumur hidupnya. 233 00:20:04,800 --> 00:20:07,000 Fei Hong takkan salahkan awak. 234 00:20:07,560 --> 00:20:10,593 Awak kawan baiknya, tapi tak memahami dia. 235 00:20:11,080 --> 00:20:13,200 Dia kelihatan seakan-akan tak bersikap serius... 236 00:20:13,320 --> 00:20:14,960 ...tapi dia banyak berfikir. 237 00:20:15,120 --> 00:20:16,520 Seperti tadi... 238 00:20:16,640 --> 00:20:19,280 ...awak ingat dia marah kerana awak tipu dia? 239 00:20:19,400 --> 00:20:20,440 Bukankah? 240 00:20:20,640 --> 00:20:23,080 Dia ingat awak dah dibunuh pada masa itu. Dia sangat sedih. 241 00:20:23,160 --> 00:20:25,560 Awak masih hidup sekarang. Dia sangat gembira. 242 00:20:25,720 --> 00:20:29,160 Tapi dia risau ada apa-apa berlaku pada awak kelak. 243 00:20:29,280 --> 00:20:30,600 Dia risau tentang pemerolehan dan kehilangan dalam hidup. 244 00:20:30,680 --> 00:20:32,160 Adakah awak faham? 245 00:20:32,520 --> 00:20:35,000 Nampaknya awak yang betul-betul memahami... 246 00:20:35,440 --> 00:20:36,840 ...Fei Hong. 247 00:21:06,720 --> 00:21:09,720 Kita saling tak berhutang. Kita pernah datang lewat sekali. 248 00:21:09,880 --> 00:21:12,120 Ya, kita dah saling tak berhutang. 249 00:21:20,440 --> 00:21:21,720 Apa maksud ini? 250 00:21:21,840 --> 00:21:25,880 Maksudnya, kami tak nak berurus niaga dengan kalian lagi. 251 00:21:27,640 --> 00:21:29,760 Ada orang tawarkan harga yang lebih tinggi? 252 00:21:33,920 --> 00:21:35,600 Saya ingat... 253 00:21:35,880 --> 00:21:38,600 ...orang Jerman pentingkan integriti. 254 00:21:38,840 --> 00:21:41,560 Nampaknya kalian tak. 255 00:21:41,920 --> 00:21:43,240 Diam. 256 00:21:43,360 --> 00:21:47,320 Wang kalian masih di sini, kami tak ambil satu sen pun. 257 00:21:47,920 --> 00:21:51,280 Kami tak nak jual kapal perang kepada kalian. Jom kita pergi! 258 00:21:51,680 --> 00:21:53,120 Siapa yang berani pergi? 259 00:21:57,920 --> 00:21:59,983 Jika hal ini berkaitan dengan harga yang ditawarkan... 260 00:22:00,120 --> 00:22:02,000 ...kita boleh berbincang lagi. 261 00:22:02,440 --> 00:22:03,800 Harga yang ditawarkan? 262 00:22:04,160 --> 00:22:06,680 Berapa harga yang mampu kalian, orang China tawarkan? 263 00:22:07,240 --> 00:22:08,680 Betul! 264 00:22:08,840 --> 00:22:11,276 Secara jujur, orang Jepun tawarkan lima kali ganda... 265 00:22:11,360 --> 00:22:13,280 ...daripada harga yang kalian tawarkan. 266 00:22:22,320 --> 00:22:25,720 Siapakah kalian? Kenapa bawa kami datang ke sini? 267 00:22:26,000 --> 00:22:28,880 Tuan Sakura dan isterinya dari Jepun yang jemput kalian datang ke sini. 268 00:22:31,640 --> 00:22:33,200 " Pusat perubatan Zhou " 269 00:22:36,360 --> 00:22:38,317 Kami boleh tawarkan sepuluh kali ganda daripada harga yang mereka tawarkan. 270 00:22:38,760 --> 00:22:40,680 Sepuluh kali ganda? Mampukah kalian tawarkan? 271 00:22:40,800 --> 00:22:43,280 Tuanku, jangan berbohong. 272 00:22:43,440 --> 00:22:46,600 Maharani Balu hanya tahu membaiki taman dan makan. 273 00:22:46,800 --> 00:22:50,120 Harta Aisin Gioro hampir habis digunakan. 274 00:22:50,280 --> 00:22:52,040 Kalian masih nak beli kapal perang? 275 00:22:52,240 --> 00:22:53,600 Janganlah harap. 276 00:22:54,360 --> 00:22:55,399 Tambahan pula... 277 00:22:55,480 --> 00:22:58,400 ...biarpun kami jual kepada kalian, tahukah kalian gunakannya? 278 00:23:00,440 --> 00:23:05,040 Kalian amat kolot. Rasanya kalian tak pernah lihat laut. 279 00:23:05,960 --> 00:23:08,760 Kalian hanya pernah lihat kolam. 280 00:23:10,680 --> 00:23:13,120 Yang paling melucukan adalah wanita tua itu ingat... 281 00:23:13,200 --> 00:23:16,000 ...dia maklumkan perang di tepi kolam di taman. 282 00:23:16,880 --> 00:23:18,000 Biar saya beritahu awak. 283 00:23:18,120 --> 00:23:21,360 Kami tak pernah rancang untuk jual kapal perang kepada orang China. 284 00:23:21,720 --> 00:23:26,200 Baik kalian ambil balik wang ini untuk merasuahi pegawai kerajaan. 285 00:23:26,360 --> 00:23:27,960 Saya bersikap sopan terhadap awak. 286 00:23:28,080 --> 00:23:30,560 Jangan ingat saya tak berani bunuh awak. 287 00:23:31,920 --> 00:23:34,800 Biarpun dah bunuh saya, kalian juga takkan dapat beli kapal perang. 288 00:23:35,040 --> 00:23:38,400 Biarpun ada kapal perang, kalian juga takkan dapat tewaskan orang Jepun. 289 00:23:41,640 --> 00:23:44,920 Cakap sekali lagi! 290 00:23:47,520 --> 00:23:49,360 Baik, saya cakap sekali lagi. 291 00:23:54,720 --> 00:23:57,560 - Awak bunuh dia? - Ya. 292 00:23:58,720 --> 00:24:00,800 Awak tak boleh buat apa-apa terhadap saya. 293 00:24:01,960 --> 00:24:03,680 Di tanah Empayar Qing... 294 00:24:04,000 --> 00:24:06,320 ...kalian tak boleh bertindak sesuka hati kalian. 295 00:24:09,960 --> 00:24:13,200 Kita jumpa apabila berperang nanti. 296 00:24:14,040 --> 00:24:15,640 Jom. 297 00:24:16,480 --> 00:24:17,760 Jom. 298 00:24:38,600 --> 00:24:42,000 Sejak bila kemahiran memasak Mak Cik Ketiga Belas dah meningkat? 299 00:24:47,520 --> 00:24:50,280 Makanan ini bukan untuk awak, tapi Pic Kecil. 300 00:24:50,360 --> 00:24:51,520 Pic Kecil? 301 00:24:51,720 --> 00:24:54,720 Ayah abaikan anak selepas dapat menimang cucu? 302 00:24:54,800 --> 00:24:57,040 Baguslah jika ayah dapat menimang cucu. 303 00:24:57,400 --> 00:24:58,680 Seorang gadis di belakang rumah... 304 00:24:58,760 --> 00:25:01,240 ...suruh saya bawa kudapan ini untuk Pic Kecil. 305 00:25:01,640 --> 00:25:03,040 Gadis? 306 00:25:04,560 --> 00:25:05,880 Siapakah dia? 307 00:25:09,480 --> 00:25:14,600 Sekarang saya dah tahu kenapa dia tak menyukai Gui Lan. 308 00:25:24,920 --> 00:25:26,320 Saya datang tangkap awak. 309 00:25:26,520 --> 00:25:30,440 Pic Kecil, saya dah datang. 310 00:25:30,800 --> 00:25:32,520 - Marilah tangkap saya. - Jangan lari. 311 00:25:32,760 --> 00:25:35,280 - Marilah tangkap saya. - Pic Kecil. 312 00:25:43,520 --> 00:25:45,480 Saya tahu di mana awak berada. 313 00:25:45,560 --> 00:25:47,760 - Saya datang tangkap awak. - Marilah tangkap saya. 314 00:25:57,480 --> 00:25:59,360 Awak datang jumpa Pic Kecil? 315 00:26:00,720 --> 00:26:04,400 Tak. Sebenarnya, saya datang jumpa awak. 316 00:26:06,160 --> 00:26:08,880 Terima kasih kerana tolong Feng Hua. 317 00:26:12,720 --> 00:26:15,720 Jika tiada apa-apa hal, saya pergi dulu. 318 00:26:17,160 --> 00:26:18,440 Hui Hui. 319 00:26:19,680 --> 00:26:22,480 Macam mana dengan hubungan antara awak dan Feng Hua? 320 00:26:23,800 --> 00:26:26,040 Agak baik. 321 00:26:27,720 --> 00:26:29,200 Baguslah. 322 00:26:34,000 --> 00:26:36,200 Adakah awak nak beritahu saya apa-apa? 323 00:26:36,960 --> 00:26:39,360 Hal orang Jepun menyamar sebagai Feng Hua untuk bunuh Tuan Guo... 324 00:26:39,440 --> 00:26:41,320 ...dilihat seperti ada udang di sebalik batu. 325 00:26:41,920 --> 00:26:46,280 Saya mengesyaki ada sebuah kumpulan pengintip yang besar di Guangzhou. 326 00:26:51,520 --> 00:26:52,600 Jika begitu... 327 00:26:52,720 --> 00:26:56,360 ...awak dan tuanku perlu bekerjasama untuk tangkap dalang hal ini. 328 00:26:57,040 --> 00:26:59,720 Pic Kecil, marilah menikmati kudapan. 329 00:27:00,040 --> 00:27:01,440 Pak cik. 330 00:27:03,880 --> 00:27:07,320 Bolehkah awak cakap tentang hal yang penting dengan Hui Hui? 331 00:27:09,680 --> 00:27:11,440 - Awak tiada apa-apakah? - Awak tiada apa-apakah? 332 00:27:30,840 --> 00:27:33,387 Tuanku, Tuan Zhang, pemilik Kilang Kertas Yong Cheng dah datang. 333 00:27:33,480 --> 00:27:35,440 - Suruh dia masuk. - Ya. 334 00:27:35,760 --> 00:27:37,080 Masuklah. 335 00:27:40,240 --> 00:27:42,960 Salam sejahtera, tuanku. Saya Zhang Ji. 336 00:27:43,880 --> 00:27:46,880 - Bangun, Tuan Zhang. - Terima kasih, tuanku. 337 00:27:47,400 --> 00:27:50,720 Tuan Zhang, kilang awak ialah kilang kertas yang terbesar di Guangzhou. 338 00:27:50,920 --> 00:27:54,320 Kebanyakan kertas di pasaran adalah dihasilkan pihak kilang awak. 339 00:27:54,480 --> 00:27:56,120 Mari. Awak tengok. 340 00:27:56,280 --> 00:27:58,640 Bolehkah awak cam kertas layang-layang ini? 341 00:28:00,720 --> 00:28:05,240 Tuanku, kertas layang-layang ini lebih tebal daripada kertas biasa. 342 00:28:05,560 --> 00:28:07,840 Untuk biarkan layang-layang yang besar ini melayang di udara... 343 00:28:07,960 --> 00:28:09,880 ...dan menahan tekanan udara... 344 00:28:10,040 --> 00:28:12,600 ...kertasnya mesti tebal. Jika tak, ia takkan dapat dilayang. 345 00:28:13,600 --> 00:28:17,160 Tapi kertas ini bukan dihasilkan oleh pihak kilang saya. 346 00:28:17,320 --> 00:28:19,360 Begini keadaan kilang kertas. 347 00:28:19,560 --> 00:28:22,800 Biarpun semua kertas tak dilabelkan jenamanya... 348 00:28:22,920 --> 00:28:28,000 ...tapi kertas yang dihasilkan setiap kilang ada ciri-ciri yang tersendiri. 349 00:28:28,120 --> 00:28:33,520 Tak kira kertas yang nipis atau tebal, ia sukar untuk dipalsukan. 350 00:28:34,000 --> 00:28:35,320 Tuan Zhang. 351 00:28:35,680 --> 00:28:39,045 Ada berapa buah kilang kertas di Guangzhou? 352 00:28:39,280 --> 00:28:44,880 Lebih kurang 1,354 buah. 353 00:28:45,120 --> 00:28:46,720 Begitu banyak? 354 00:28:47,840 --> 00:28:49,880 Jika kita perlu siasat satu demi satu... 355 00:28:50,360 --> 00:28:52,680 ...kerjanya berat. 356 00:28:53,240 --> 00:28:55,240 Saya berterus terang. 357 00:28:55,400 --> 00:28:58,640 Kertas ini bukan dihasilkan oleh pihak kilang saya. 358 00:28:58,880 --> 00:29:02,440 Tapi ia juga bukan dihasilkan oleh pihak kilang kertas di Guangzhou. 359 00:29:02,560 --> 00:29:03,600 Kenapa awak cakap begitu? 360 00:29:03,720 --> 00:29:06,600 Proses penghasilan kertas yang tebal rumit. 361 00:29:06,960 --> 00:29:08,840 Lagipun, prestasi jualan sukar dijangka. 362 00:29:09,040 --> 00:29:12,080 Tiada pemilik kilang kertas nak cuba. 363 00:29:12,280 --> 00:29:15,240 Selain itu, garisan kertas ini rumit. 364 00:29:15,480 --> 00:29:18,600 Ia kelihatan seperti kertas yang dihasilkan beberapa kilang kertas. 365 00:29:18,840 --> 00:29:23,240 Kertas ini terhasil selepas ia dicampurkan dan dihancurkan. 366 00:29:23,600 --> 00:29:26,240 Ia dikenali sebagai 'proses berganda'. 367 00:29:26,480 --> 00:29:27,720 Proses berganda? 368 00:29:29,840 --> 00:29:30,840 Tuan Zhang. 369 00:29:31,240 --> 00:29:33,040 Adakah sumber kertas yang mengalami proses berganda... 370 00:29:33,120 --> 00:29:34,600 ...dapat dikenal pasti? 371 00:29:34,720 --> 00:29:35,920 Ini... 372 00:29:36,440 --> 00:29:37,720 Rasanya... 373 00:29:39,040 --> 00:29:40,680 Saya dah tahu. 374 00:29:41,120 --> 00:29:43,040 - Askar dan Kuda. - Ya. 375 00:29:43,240 --> 00:29:45,840 - Beri Tuan Zhang ganjaran. - Ya. 376 00:29:46,120 --> 00:29:47,760 Terima kasih, tuanku. 377 00:29:54,280 --> 00:29:56,400 Jaga diri baik-baik. Selamat jalan. 378 00:29:56,600 --> 00:29:59,440 Awak tak payah hantar saya. Saya pergi dulu. 379 00:30:14,880 --> 00:30:15,720 Kenapa dengan ayah? 380 00:30:15,800 --> 00:30:17,640 Ayah ada pengalaman bercinta selama 30 tahun. 381 00:30:17,720 --> 00:30:19,840 Ayah pasti gadis ini menyukai awak. 382 00:30:19,960 --> 00:30:21,400 Jangan merepek. 383 00:30:21,496 --> 00:30:23,880 Dia tunang Cao Feng Hua. 384 00:30:24,000 --> 00:30:26,200 Maksudnya, dia belum berkahwin lagi. 385 00:30:26,280 --> 00:30:28,440 Jika dia belum berkahwin lagi, maksudnya, awak masih berpeluang. 386 00:30:28,560 --> 00:30:32,160 Tak apa jika awak tak menyukai Gui Lan. Awak mesti pikat gadis ini. 387 00:30:32,240 --> 00:30:34,480 Rampas isteri orang lain ialah perbuatan yang keji! 388 00:30:34,560 --> 00:30:38,280 Lagipun, tiada gunanya jika saya bertepuk sebelah tangan. 389 00:30:38,640 --> 00:30:40,600 Lelaki harus mengambil inisiatif. 390 00:30:40,680 --> 00:30:42,880 Semasa ayah pikat mak awak... 391 00:30:44,120 --> 00:30:45,360 Fei Hong. 392 00:30:46,080 --> 00:30:47,440 Kenapa awak bazirkan makanan? 393 00:30:47,520 --> 00:30:49,200 - Awak berikan kudapan kepada anjing? - Makanlah. 394 00:30:49,400 --> 00:30:51,000 Ia dah lapar. 395 00:30:51,800 --> 00:30:53,160 Fei Hong. 396 00:30:53,600 --> 00:30:55,080 Pic Kecil. 397 00:30:55,400 --> 00:30:58,120 Tiada orang anggap saya sebagai ketua keluarga. 398 00:31:11,560 --> 00:31:14,120 Apakah awak tak memahami niat saya? 399 00:31:14,600 --> 00:31:16,720 Saya hanya mencintai awak. 400 00:31:20,920 --> 00:31:23,600 Awak perempuan yang dicintai kawan baik saya. 401 00:31:24,560 --> 00:31:26,760 Lagipun, kalian dah berbaik semula. 402 00:31:27,000 --> 00:31:28,720 Bagus, bukan? 403 00:31:42,800 --> 00:31:44,080 Apa yang berlaku, Pic Kecil? 404 00:31:44,240 --> 00:31:46,960 Mak. Saya nak jumpa mak. 405 00:31:47,160 --> 00:31:50,960 Anjing dah hilang. Saya nak mak menemani saya. 406 00:31:51,240 --> 00:31:53,080 Anjing dah hilang? 407 00:31:54,160 --> 00:31:55,200 Jangan menangis. 408 00:31:55,280 --> 00:31:57,199 Saya bawa awak pergi makan makanan yang sedap. 409 00:31:57,280 --> 00:31:58,680 Jangan menangis lagi! 410 00:31:59,960 --> 00:32:01,440 Jom. 411 00:32:05,000 --> 00:32:05,760 Biar saya beritahu awak. 412 00:32:05,840 --> 00:32:08,160 Cik Xiao Yue dan Cik Xiao Hua di Rumah Pelacuran Tian Xiang... 413 00:32:08,240 --> 00:32:10,880 - ...bergaduh dengan teruk. - Yakah? Cepat beritahu saya. 414 00:32:11,000 --> 00:32:13,880 Rasanya ia disebabkan Encik Zhang yang datang dari daerah lain. 415 00:32:14,040 --> 00:32:15,400 Encik Zhang? 416 00:32:15,720 --> 00:32:18,280 Kalian asyik bergosip dan tak pergi siasat kes. 417 00:32:18,360 --> 00:32:19,520 Adakah kalian lelaki? 418 00:32:20,480 --> 00:32:22,040 Konstabel Mo, awak dah salah faham. 419 00:32:22,120 --> 00:32:24,600 Kes penolong jeneral Tentera Bendera Hitam baru saja selesai. 420 00:32:24,720 --> 00:32:26,520 Guangzhou aman. 421 00:32:26,640 --> 00:32:28,360 Apakah ini bukan berita yang baik? 422 00:32:28,600 --> 00:32:31,000 Dia nak selesaikan lebih banyak kes agar dapat dinaikkan pangkat. 423 00:32:31,080 --> 00:32:32,760 Awak tak boleh bandingkan dia dengan kita. 424 00:32:32,960 --> 00:32:34,400 Jangan merepek. 425 00:32:34,480 --> 00:32:36,960 Saya harap semua orang di Guangzhou hidup dengan selamat dan aman. 426 00:32:37,040 --> 00:32:38,480 Tapi ini bukan kenyataannya. 427 00:32:38,600 --> 00:32:40,160 Dengar kata penduduk di Kampung Silang Besar... 428 00:32:40,280 --> 00:32:42,320 ...kawasan tempat tinggal mereka berhantu. 429 00:32:42,480 --> 00:32:43,680 - Berhantu? - Berhantu? 430 00:32:43,760 --> 00:32:46,640 Ada orang jumpa hantu yang berlidah panjang... 431 00:32:46,760 --> 00:32:49,360 ...dan ada tiga belah kaki. Seramnya. 432 00:32:49,760 --> 00:32:51,480 Kampung Silang Besar kelihatan menakutkan. 433 00:32:51,560 --> 00:32:54,199 Pada mulanya, Liu Hua Sheng yang asyik bunuh orang datang. 434 00:32:54,280 --> 00:32:55,840 Selepas itu, Huang Da Hai dibunuh. 435 00:32:55,960 --> 00:32:57,800 Liu Gui dan isterinya juga bunuh diri. 436 00:32:57,880 --> 00:33:02,000 Betul. Kali ini tempat yang berhantu adalah rumah Liu Gui. 437 00:33:02,200 --> 00:33:03,920 Apakah roh mereka masih berada di sini... 438 00:33:04,040 --> 00:33:05,160 ...dan cederakan orang lain? 439 00:33:05,240 --> 00:33:08,080 Mungkin betul cakap awak. Mereka kejam dan tak berbelas kasihan. 440 00:33:08,160 --> 00:33:09,800 Mereka bunuh anak kandung. 441 00:33:09,880 --> 00:33:12,040 Yamaraja juga tak nak terima mereka. 442 00:33:12,120 --> 00:33:14,520 Jadi, ada satu atau dua hantu? 443 00:33:14,720 --> 00:33:17,880 Ini tak penting. Yang penting, mereka hantu yang jahat. 444 00:33:17,960 --> 00:33:20,640 Saya perlu ikut jalan lain apabila balik kelak. 445 00:33:20,880 --> 00:33:22,200 Saya pun sama. 446 00:33:22,600 --> 00:33:25,200 Sekarang dah lewat. Cik Xiao Yue sedang tunggu saya. 447 00:33:25,360 --> 00:33:26,800 Saya pergi dulu. 448 00:33:27,080 --> 00:33:29,120 Tunggu saya. Saya nak pergi juga. 449 00:33:29,560 --> 00:33:31,000 Gui Lan, adakah awak nak pergi? 450 00:33:32,240 --> 00:33:35,000 Apa yang awak sedang fikirkan? Kenapa awak senyap? 451 00:33:36,280 --> 00:33:37,840 Saya nak pergi ke Kampung Silang Besar. 452 00:33:37,920 --> 00:33:42,560 Awak serius? Kita konstabel yang tangkap pencuri, bukan hantu. 453 00:33:43,200 --> 00:33:45,694 - Awak tak nak pergi bersama saya? - Saya nak. 454 00:33:45,840 --> 00:33:47,600 Tapi perut saya... 455 00:33:47,800 --> 00:33:49,600 Kita jumpa nanti. 456 00:33:50,080 --> 00:33:51,840 Kalian bukan lelaki. 457 00:34:02,760 --> 00:34:04,760 Jangan takut. 458 00:34:37,640 --> 00:34:39,200 Di manakah hantu? 459 00:34:50,360 --> 00:34:51,840 Saya simbah saja! 460 00:35:00,200 --> 00:35:01,680 Darah! 461 00:35:02,080 --> 00:35:03,720 Kenapa awak berada di sini? 462 00:35:03,960 --> 00:35:05,320 Gui Lan? Saya yang nak tanya awak. 463 00:35:05,400 --> 00:35:07,320 Kenapa tak beritahu saya bahawa awak datang ke sini? 464 00:35:11,040 --> 00:35:13,040 Awak dan Gong Ting juga sama. 465 00:35:13,160 --> 00:35:17,440 - Tak berguna lelaki di negara kita! - Awak pandang rendah terhadap saya. 466 00:35:19,160 --> 00:35:22,000 Pedang saya! 467 00:35:24,760 --> 00:35:26,320 Apa benda ini? Ia diperbuat daripada papan? 468 00:35:26,440 --> 00:35:29,240 Gui Lan, tak pernahkah awak dengar tentang pedang kayu pic? 469 00:35:29,440 --> 00:35:33,360 Semasa saya pergi ke tandas tadi, saya bertemu dengan seorang paderi Maoshan. 470 00:35:33,480 --> 00:35:36,040 Saya balik mengambil dua tahil dan belinya dengan dia segera. 471 00:35:36,200 --> 00:35:38,880 Dua tahil? Mahalnya. Adakah ia berguna? 472 00:35:39,120 --> 00:35:40,280 Asalnya, ia berguna. 473 00:35:40,400 --> 00:35:42,040 Tapi ia jadi tak berguna selepas terkena darah. 474 00:35:42,160 --> 00:35:45,760 Dua tahil. Berapa batang gigi yang perlu saya tampal? 475 00:35:53,880 --> 00:35:55,360 Habislah kita. Kita tak bersenjata. 476 00:35:55,440 --> 00:35:57,800 Kita masuk saja. Saya melindungi awak di belakang. 477 00:35:59,840 --> 00:36:02,640 Gui Lan, saya melindungi awak di belakng. Awak pasti dapat lakukannya. 478 00:36:03,000 --> 00:36:05,800 Kenapa dengan awak? Saya yang patut melindungi awak. 479 00:36:06,000 --> 00:36:07,400 - Pergi. - Seramnya. 480 00:36:07,560 --> 00:36:10,080 Baik, Gui Lan. Saya sanggup buat apa-apa saja demi awak. 481 00:36:10,160 --> 00:36:11,440 Kita tak dapat bersama apabila saya hidup... 482 00:36:11,520 --> 00:36:13,240 Pergilah! 483 00:36:20,880 --> 00:36:23,480 - Orang. - Orang? 484 00:36:37,520 --> 00:36:38,960 Duduk! 485 00:36:39,320 --> 00:36:40,920 Apa yang berlaku di dunia sekarang? 486 00:36:41,040 --> 00:36:43,240 Saya balik ke rumah sendiri, kalian tangkap saya. 487 00:36:43,400 --> 00:36:45,000 Rumah sendiri? 488 00:36:45,200 --> 00:36:48,040 - Apa hubungan awak dengan Liu Gui? - Dia abang saya. 489 00:36:48,280 --> 00:36:50,040 Kenapa kalian tangkap saya? 490 00:36:50,560 --> 00:36:52,360 Di manakah abang saya dan isterinya? 491 00:36:53,200 --> 00:36:54,760 Saya berterus terang saja. 492 00:36:54,960 --> 00:36:57,280 Liu Gui dan isterinya bunuh Wang Da Hai, jiran mereka... 493 00:36:57,440 --> 00:36:59,960 - ...dan bunuh diri sebab menyesal. - Merepek. 494 00:37:00,160 --> 00:37:03,520 Abang saya bersikap jujur. Tak mungkin dia bunuh orang. 495 00:37:03,640 --> 00:37:06,480 Di manakah Pic Kecil, anak saudara saya? 496 00:37:06,600 --> 00:37:08,200 Awak jawab soalan saya dulu. 497 00:37:08,400 --> 00:37:10,520 Adakah awak yang menyebabkan Kampung Silang Besar berhantu? 498 00:37:10,640 --> 00:37:13,440 Apa berhantu? Saya tak tahu. 499 00:37:13,640 --> 00:37:16,040 Saya baru sampai di Guangzhou waktu pagi tadi. 500 00:37:16,520 --> 00:37:18,840 - Di manakah awak berada sebelum ini? - Saya Liu Jing. 501 00:37:19,000 --> 00:37:21,720 Sebelum ini, saya menyamar sebagai lelaki dan belajar di Sekolah Bo Ya... 502 00:37:21,800 --> 00:37:23,240 ...yang sejauh 15 batu dari sini. 503 00:37:27,360 --> 00:37:29,320 Saya tahu awak cakap benar. 504 00:37:30,920 --> 00:37:34,120 Tapi saya nak beritahu awak satu berita buruk... 505 00:37:35,480 --> 00:37:39,200 - ...iaitu... - Semua ahli keluarga awak dibunuh... 506 00:37:40,200 --> 00:37:43,720 ...termasuk abang awak dan isterinya serta Pic Kecil. 507 00:37:44,240 --> 00:37:46,040 Tak mungkin. 508 00:37:47,520 --> 00:37:49,120 Kenapa awak datang ke sini? 509 00:37:50,120 --> 00:37:51,600 Apa yang berlaku? 510 00:37:51,680 --> 00:37:54,840 Liu Gui dan isterinya bunuh orang, mereka memang patut dihukum. 511 00:37:54,960 --> 00:37:58,160 - Pic Kecil pula... - Apa yang berlaku pada Pic Kecil? 512 00:37:58,360 --> 00:38:01,120 Dia anak pembunuh, dia pasti bukan orang baik. 513 00:38:01,280 --> 00:38:03,160 Dia juga dihukum. 514 00:38:05,400 --> 00:38:06,960 Huang Fei Hong, jangan merepek. 515 00:38:07,120 --> 00:38:09,160 Liu Gui dibunuh oleh orang Jepun. 516 00:38:09,320 --> 00:38:10,440 Tak mungkin! 517 00:38:10,560 --> 00:38:12,280 - Saya nak jumpa Pic Kecil! - Saya dah beritahu awak tadi. 518 00:38:12,360 --> 00:38:13,720 Pic Kecil dah dibunuh. 519 00:38:13,800 --> 00:38:14,840 - Saya tak percaya! - Duduk! 520 00:38:14,920 --> 00:38:17,040 Merepek! Saya nak jumpa Pic Kecil! 521 00:38:29,160 --> 00:38:30,840 Awak mahir dalam seni mempertahankan diri? 522 00:38:31,400 --> 00:38:36,600 Akhirnya, awak dedahkan identiti awak. Cakap! Siapa ketua Jepun awak? 523 00:38:41,560 --> 00:38:43,760 Ada seorang yang bijak di sini. 524 00:38:46,760 --> 00:38:48,800 Bukan seperti perempuan yang hilang akal ini. 525 00:38:49,120 --> 00:38:52,120 Awak tak bijak, awak nak jadi konstabel? 526 00:38:52,280 --> 00:38:53,520 Awak! 527 00:38:53,960 --> 00:38:55,680 Jika awak bukan pengintip orang Jepun... 528 00:38:55,760 --> 00:38:58,320 ...awak takkan tahu Pic Kecil belum dibunuh lagi. 529 00:38:59,400 --> 00:39:01,840 Bayangan yang muncul pada malam itu bayangan awak, betul? 530 00:39:04,120 --> 00:39:06,720 Huang Fei Hong, awak memang seperti yang saya jangkakan. 531 00:39:06,840 --> 00:39:08,760 Awak mengenali saya? 532 00:39:11,080 --> 00:39:13,040 Saya bukan saja mengenali awak... 533 00:39:13,320 --> 00:39:16,520 ...malah saya berada di sini adalah tunggu kedatangan awak. 534 00:39:17,000 --> 00:39:19,840 - Apa yang awak nak buat? - Mudah saja. 535 00:39:20,320 --> 00:39:21,760 Saya nak berurus niaga dengan awak. 536 00:39:21,880 --> 00:39:23,920 Asalkan saya dapat jumpa Pic Kecil... 537 00:39:24,360 --> 00:39:26,068 ...awak boleh buat apa-apa saja terhadap saya. 538 00:39:26,200 --> 00:39:29,320 Jadi, awak serahkan diri kerana nak jumpa Pic Kecil? 539 00:39:29,640 --> 00:39:33,480 Ya. Awak yang sebarkan berita tentang rumah keluarga Liu berhantu. 540 00:39:33,600 --> 00:39:37,080 Awak sengaja buat begini supaya kami datang tangkap awak. 541 00:39:37,200 --> 00:39:38,640 Ya. 542 00:39:39,360 --> 00:39:41,720 Jika saya tahu kalian begitu dungu dari awal lagi... 543 00:39:42,040 --> 00:39:44,400 ...saya tak perlu lakukan semua hal ini. 544 00:39:44,760 --> 00:39:45,880 Tak sangka... 545 00:39:45,960 --> 00:39:48,680 ...hubungan antara awak dengan anak saudara awak begitu baik. 546 00:39:49,400 --> 00:39:50,960 Dia bukan anak saudara saya. 547 00:39:52,040 --> 00:39:55,600 Pic Kecil anak kandung saya. 548 00:39:57,840 --> 00:40:00,680 Anak kandung. Adakah awak faham? 549 00:40:01,240 --> 00:40:06,000 - Apa yang awak cakap? - Pic Kecil anak kandung saya! 550 00:40:07,840 --> 00:40:09,520 Saya bukan Liu Jing. 551 00:40:10,920 --> 00:40:13,520 Nama sebenar saya ialah Kuroki Shizuko. 552 00:40:14,240 --> 00:40:15,680 Pada enam tahun yang lalu... 553 00:40:15,920 --> 00:40:20,103 Saya diberikan tugas ini sebaik saja lahirkan Pic Kecil. 554 00:40:20,320 --> 00:40:24,120 Semasa saya dah balik, saya mendapati Pic Kecil dah hilang. 555 00:40:24,760 --> 00:40:28,400 Kata ketua, jika saya nak jumpa Pic Kecil... 556 00:40:28,760 --> 00:40:31,760 ...saya mesti bersembunyi untuk serang hendap di Guangzhou... 557 00:40:32,080 --> 00:40:33,756 ...menyamar sebagai adik Liu Gui... 558 00:40:33,960 --> 00:40:36,240 ...dan bekalkan maklumat untuk kumpulan. 559 00:40:37,280 --> 00:40:39,160 Selepas itu, baru saya tahu... 560 00:40:39,640 --> 00:40:42,480 ...Liu Gui dan isterinya ambil Pic Kecil sebagai anak angkat. 561 00:40:43,120 --> 00:40:46,680 Mereka juga ahli kumpulan kami. 562 00:40:48,400 --> 00:40:51,120 Biarpun saya tak boleh mengaku Pic Kecil sebagai anak saya... 563 00:40:51,800 --> 00:40:54,200 ...tapi air dicencang tiada putus. 564 00:40:54,400 --> 00:40:57,160 Pic Kecil rapat dengan saya. 565 00:40:57,880 --> 00:41:01,200 Saya suruh dia panggil saya mak secara diam-diam. 566 00:41:01,440 --> 00:41:04,080 Jika Liu Gui dan isterinya tiada anak... 567 00:41:04,760 --> 00:41:07,960 ...kenapa pihak kumpulan kalian beri anak awak kepada mereka? 568 00:41:11,560 --> 00:41:13,080 Rasanya saya dah faham. 569 00:41:13,280 --> 00:41:16,240 Orang Jepun memang kejam dan tak berbelas kasihan. 570 00:41:18,240 --> 00:41:20,680 - Apa yang berlaku? - Pengintip juga orang. 571 00:41:20,840 --> 00:41:22,640 Semua orang ada perasaan dan emosi. 572 00:41:22,920 --> 00:41:26,080 Untuk pastikan kalian berkhidmat untuk pihak kumpulan... 573 00:41:26,160 --> 00:41:28,240 ...mereka tangkap anak kalian. 574 00:41:28,440 --> 00:41:31,840 Awak dianggap bertuah kerana dapat selalu jumpa Pic Kecil. 575 00:41:31,960 --> 00:41:36,040 Untuk anak kandung Liu Gui pula, entah di mana dia berada sekarang. 576 00:41:38,640 --> 00:41:41,920 Apa kumpulan ini? Mereka tak berperikemanusiaan. 577 00:41:44,120 --> 00:41:46,680 Jika kalian dah tahu... 578 00:41:47,160 --> 00:41:49,440 ...saya tiada apa-apa nak cakap lagi. 579 00:41:50,920 --> 00:41:53,000 Saya hanya ada satu permintaan. 580 00:41:53,200 --> 00:41:55,440 Biar saya jumpa Pic Kecil. 581 00:41:58,640 --> 00:42:00,000 Itu saja. 582 00:42:00,320 --> 00:42:03,880 Kalian boleh biar saya dipenjarakan seumur hidup atau bunuh saya. 583 00:42:04,560 --> 00:42:06,400 Buatlah sesuka hati kalian. 584 00:42:06,720 --> 00:42:07,960 Saya ada satu soalan lagi.