1
00:02:12,120 --> 00:02:15,120
"Ashes of Love"
2
00:02:15,200 --> 00:02:17,000
"Episod 60"
3
00:02:22,240 --> 00:02:23,920
Ini peninggalan Jin Mi.
4
00:02:25,000 --> 00:02:26,960
Mungkin ditinggalkan kepada awak.
5
00:02:32,400 --> 00:02:37,640
Saya serahkan Alam Syurga ini
kepada awak.
6
00:02:38,400 --> 00:02:44,080
Qiong Qi sudah dihapuskan dengan
Pedang Awan Merah dan api kaca.
7
00:02:45,840 --> 00:02:47,120
Awak takkan mati.
8
00:03:05,520 --> 00:03:11,080
Saya dah buang Pengyu itu.
9
00:03:13,080 --> 00:03:14,880
Dia dah tiada lagi.
10
00:03:16,040 --> 00:03:18,960
Bagaimana saya nak terus hidup
seorang diri?
11
00:03:19,600 --> 00:03:20,680
Run Yu.
12
00:03:21,880 --> 00:03:24,760
Awak hiduplah sendirian
untuk ratusan dan ribuan tahun lagi...
13
00:03:27,280 --> 00:03:29,520
untuk menebus dosa awak.
14
00:05:06,800 --> 00:05:11,320
Apa yang mata awak nampak,
apa yang hati awak rasai.
15
00:05:12,200 --> 00:05:14,320
Semua yang awak nampak ialah dia.
16
00:05:15,200 --> 00:05:19,200
Semua yang dia nampak
ialah apa yang awak nampak.
17
00:05:23,880 --> 00:05:24,880
Jin Mi.
18
00:05:27,680 --> 00:05:30,280
Di manakah awak?
19
00:05:31,880 --> 00:05:34,760
Bagaimana saya cari awak?
20
00:05:35,280 --> 00:05:39,240
Mendapat saya sebagai permaisuri
ialah berkat kepada awak.
21
00:05:40,400 --> 00:05:42,440
Awak tak boleh ada gundik...
22
00:05:42,800 --> 00:05:46,240
atau pandang wanita lain, faham?
23
00:05:46,680 --> 00:05:48,840
Awak milik saya sekarang.
24
00:05:49,200 --> 00:05:51,840
Jangan risau,
saya akan bertanggungjawab.
25
00:06:11,240 --> 00:06:14,160
Cantik bunga-bunga yang mekar di sini.
26
00:06:15,840 --> 00:06:17,840
Semuanya bunga liar dan rumpai.
27
00:06:18,240 --> 00:06:20,000
Tak boleh menandingi
Istana Xuan Ji awak.
28
00:06:24,160 --> 00:06:25,400
Selepas pemergian dia,
29
00:06:26,040 --> 00:06:29,840
bunga bakawali di Istana Xuan Ji
hilang sama sekali.
30
00:06:30,960 --> 00:06:32,760
Masih tak ada khabar dia?
31
00:06:35,840 --> 00:06:36,960
Sudah 3 tahun.
32
00:06:38,640 --> 00:06:39,720
Selama 3 tahun ini,
33
00:06:40,400 --> 00:06:42,600
adakah kesan balikkan eliksir itu
masih menyerang?
34
00:06:43,360 --> 00:06:45,240
Sekali pun tak menyerang lagi.
35
00:06:58,200 --> 00:07:04,160
Wain osmanthus ini dibuat oleh
Jin Mi sewaktu hidup.
36
00:07:04,320 --> 00:07:06,160
Ini adalah yang terakhir.
37
00:07:19,560 --> 00:07:20,920
Cukup untuk saya.
38
00:07:22,160 --> 00:07:23,560
Sudah terlalu lama saya bermimpi...
39
00:07:23,960 --> 00:07:25,040
dan mabuk.
40
00:07:25,600 --> 00:07:26,960
Sudah tiba masanya untuk sedar.
41
00:07:27,560 --> 00:07:31,440
Kebelakangan ini,
saya mula faham makna...
42
00:07:32,280 --> 00:07:34,160
apa yang kita cari, itulah kita dapat.
43
00:07:34,800 --> 00:07:36,480
Setelah menjadi pemerintah
Alam Syurga,
44
00:07:36,800 --> 00:07:39,200
saya patut jalankan tugas
Maharaja Syurga.
45
00:07:40,240 --> 00:07:41,720
Lupakan cinta dan asmara,
46
00:07:42,520 --> 00:07:45,480
ubah dunia dan bantu segala
makhluk hidup.
47
00:07:47,040 --> 00:07:48,880
Kegembiraan dan kesedihan...
48
00:07:49,400 --> 00:07:51,400
bukan milik Maharaja Syurga.
49
00:07:52,720 --> 00:07:59,160
Xu Feng, hidup kita
terlalu panjang dan sunyi.
50
00:08:00,280 --> 00:08:03,040
Memang baik kalau ada pasangan.
51
00:08:03,600 --> 00:08:04,640
Malangnya,
52
00:08:05,600 --> 00:08:08,240
saling mencintai tak bermakna
boleh bersama selamanya.
53
00:08:09,720 --> 00:08:13,320
Pergi bersama
tapi kembali seorang diri.
54
00:08:13,880 --> 00:08:17,000
Tempatnya ialah di sisi awak.
55
00:08:17,960 --> 00:08:22,560
Sejak mula hingga akhir,
cuma awak seorang dalam hatinya.
56
00:08:23,000 --> 00:08:26,600
Saya pula cuma orang luar.
57
00:08:27,160 --> 00:08:29,480
Apa gunanya kita cakap semua ini?
58
00:08:30,600 --> 00:08:32,320
Dia dah tiada.
59
00:08:33,520 --> 00:08:34,880
Dia takkan kembali lagi.
60
00:08:35,760 --> 00:08:39,120
Sudahkah awak buka kotak itu?
61
00:08:40,800 --> 00:08:42,300
Ia cuma mengingatkan saya
kepada dia...
62
00:08:42,760 --> 00:08:44,360
dan menambah duka saya.
63
00:08:45,880 --> 00:08:49,200
Bunga mekar dan daun gugur,
keadaan berubah dan bintang beralih,
64
00:08:49,520 --> 00:08:50,760
semuanya telah ditakdirkan.
65
00:08:51,640 --> 00:08:54,880
Segala-galanya tak boleh dipaksa.
66
00:08:56,440 --> 00:08:59,280
Kalau bukan milik saya,
saya tak boleh minta.
67
00:09:00,000 --> 00:09:02,800
Kalau milik awak,
awak tak boleh lari daripadanya.
68
00:09:05,040 --> 00:09:06,400
Semua menurut takdir,
69
00:09:07,280 --> 00:09:08,720
semua telah ditetapkan.
70
00:09:15,960 --> 00:09:17,160
Abang.
71
00:09:37,400 --> 00:09:38,520
Jaga diri.
72
00:09:55,600 --> 00:10:02,120
Tak mahu masuk campur dalam perbalahan
tapi segalanya tak ikut kehendak hati.
73
00:10:02,360 --> 00:10:05,160
Bunga dalam hati layu.
74
00:10:05,600 --> 00:10:06,920
Nama saya Jin Mi.
75
00:10:07,280 --> 00:10:09,080
Mencari keamanan
dalam kehidupan yang mewah,
76
00:10:09,560 --> 00:10:11,680
semoga hidup bebas seperti
air mengalir.
77
00:10:12,120 --> 00:10:13,320
Hebat, bukan?
78
00:10:13,600 --> 00:10:16,600
Ingin hilangkan kepalsuan ini,
seperti debu pada badanku.
79
00:10:16,720 --> 00:10:23,640
Minum bersamamu sekali lagi,
biar mabuk bersamamu.
80
00:10:23,880 --> 00:10:27,080
Tak mahu masuk campur
dalam perbalahan...
81
00:10:27,320 --> 00:10:30,320
Semua tanglung Phoenix ini untuk awak.
82
00:10:30,800 --> 00:10:31,840
Awak suka?
83
00:10:32,280 --> 00:10:34,720
Saya suka, saya suka kesemuanya.
84
00:10:37,800 --> 00:10:40,920
Kenangan datang dan pergi,
85
00:10:41,480 --> 00:10:44,120
duka penuh di hati.
86
00:10:44,200 --> 00:10:46,760
Awak ini sanggup buat apa-apa saja.
87
00:10:47,160 --> 00:10:50,240
Mulai sekarang,
jagalah saya baik-baik.
88
00:10:52,680 --> 00:10:58,760
Sebotol arak, badan dipenuhi debu.
89
00:10:59,440 --> 00:11:05,480
Kenangan berulang,
saya hidup tanpa kesal.
90
00:11:07,440 --> 00:11:08,560
Kenapa?
91
00:11:08,760 --> 00:11:10,440
Awak yang bunuh ayah saya!
92
00:11:10,920 --> 00:11:12,800
Awak yang bunuh Mak Cik Lin Xiu!
93
00:11:16,080 --> 00:11:20,080
Bodoh, kenapa awak bodoh sangat?
94
00:11:21,040 --> 00:11:23,040
Beratus-ratus tahun saya ajar awak.
95
00:11:23,800 --> 00:11:25,560
Awak tak belajar perkara lain...
96
00:11:25,840 --> 00:11:28,360
tapi belajar pula kebebalan saya.
97
00:11:29,520 --> 00:11:30,520
Jin Mi,
98
00:11:31,200 --> 00:11:33,040
awak betul-betul pendek akal.
99
00:11:33,360 --> 00:11:37,240
Saya tahu arnab itu ialah awak
walaupun pandang sekali imbas.
100
00:11:38,000 --> 00:11:39,640
Saya cuma berpura-pura tak tahu...
101
00:11:40,560 --> 00:11:45,400
kerana saya tahu saya akan
bunuh awak kalau kita bertemu lagi.
102
00:11:45,960 --> 00:11:48,000
Namun, saya tak sanggup.
103
00:11:48,280 --> 00:11:50,080
Bukan saja tak sanggup,
104
00:11:50,560 --> 00:11:53,040
bahkan ternanti-nantikan awak.
105
00:11:53,400 --> 00:11:55,000
Saya seolah-olah telah diracun.
106
00:11:55,880 --> 00:11:58,160
Saya juga memandang hina saya sendiri.
107
00:11:59,760 --> 00:12:00,840
Malam itu,
108
00:12:01,360 --> 00:12:05,360
saya tak mabuk
tapi berpura-pura mabuk.
109
00:12:06,320 --> 00:12:07,680
Peluk awak,
110
00:12:07,960 --> 00:12:09,480
peluk awak dengan erat...
111
00:12:09,640 --> 00:12:11,840
dan memiliki awak
membuat saya mabuk.
112
00:12:13,200 --> 00:12:15,320
Saya berasa sangat gembira...
113
00:12:16,040 --> 00:12:17,800
dan berharap segalanya berkekalan.
114
00:12:18,560 --> 00:12:23,400
Rasa benci dan dendam hilang
seakan-akan awan yang berlalu.
115
00:12:23,840 --> 00:12:27,000
Ini membuat saya bencikan
diri saya sendiri.
116
00:12:27,920 --> 00:12:30,640
Saya bencikan diri saya
yang berlembut dengan awak...
117
00:12:31,080 --> 00:12:33,520
dan sanggup buangkan nyawa
dan harga diri saya.
118
00:12:35,120 --> 00:12:37,560
Saya sengaja panggil nama Sui He...
119
00:12:38,160 --> 00:12:41,840
untuk ingatkan diri saya
supaya tak tergoda dengan awak.
120
00:12:42,680 --> 00:12:46,040
Apabila saya nampak
awak gelabah dan berlari keluar,
121
00:12:46,600 --> 00:12:48,280
hati saya sakit.
122
00:12:49,040 --> 00:12:53,280
Begitu sakit sehingga
saya rasa sukar bernafas.
123
00:12:54,320 --> 00:12:56,680
Saya teringin kejar awak
dan beritahu awak...
124
00:12:57,080 --> 00:12:58,960
bahawa awak salah faham.
125
00:12:59,840 --> 00:13:02,260
Saya nak guna Musim Bunga
Berbunga dan Musim Luruh Berbuah...
126
00:13:02,680 --> 00:13:04,880
untuk putuskan percintaan kita.
127
00:13:05,160 --> 00:13:10,080
Hari itu, awak datang sendiri
dan berkata awak cintakan saya.
128
00:13:10,760 --> 00:13:13,000
Jantung saya seolah-olah terhenti.
129
00:13:13,400 --> 00:13:17,800
Meskipun saya tahu ini dusta,
130
00:13:18,680 --> 00:13:20,480
saya percaya.
131
00:13:21,160 --> 00:13:23,960
Perasaan ini bagai minum racun
untuk hilangkan dahaga.
132
00:13:24,680 --> 00:13:26,800
Saya paksa diri
untuk menyakiti hati awak.
133
00:13:27,480 --> 00:13:30,360
Kalau awak kata cintakan saya lagi,
134
00:13:30,800 --> 00:13:32,480
saya akan bunuh awak serta-merta.
135
00:13:32,880 --> 00:13:35,480
Sebut sekali, kelar sekali.
136
00:13:36,160 --> 00:13:40,400
Sebenarnya saya tahu
andainya awak ucap sekali lagi,
137
00:13:40,600 --> 00:13:42,720
saya akan tinggalkan segalanya...
138
00:13:42,880 --> 00:13:44,400
tanpa ambil peduli apa-apa saja...
139
00:13:44,560 --> 00:13:47,960
dan gunakan setiap cara yang ada
untuk bersama awak.
140
00:13:48,040 --> 00:13:51,440
Dendam yang mendalam pun
saya sanggup lupakan.
141
00:13:52,440 --> 00:13:54,280
Namun awak telah pergi...
142
00:13:54,960 --> 00:13:57,360
meninggalkan saya yang menyesal.
143
00:13:58,240 --> 00:13:59,400
Awak dah pergi.
144
00:14:00,480 --> 00:14:03,200
Sampai hati awak pergi begitu saja.
145
00:14:10,720 --> 00:14:11,760
Phoenix.
146
00:14:16,200 --> 00:14:17,200
Jin Mi.
147
00:14:22,040 --> 00:14:23,120
Jin Mi.
148
00:14:25,640 --> 00:14:26,760
Jin Mi.
149
00:14:30,320 --> 00:14:31,760
Jin Mi, awak di mana?
150
00:14:37,200 --> 00:14:38,320
Jin Mi.
151
00:14:40,520 --> 00:14:42,240
Di manakah awak?
152
00:15:14,920 --> 00:15:18,160
Lihat! Lihat!
153
00:15:22,520 --> 00:15:24,320
Ini...
154
00:15:25,000 --> 00:15:26,840
Roh Jin Mi sedang berkumpul semula.
155
00:15:26,960 --> 00:15:29,560
Rasanya Xu Feng berjaya
menjumpai roh dia.
156
00:15:29,680 --> 00:15:32,400
Baguslah! Masih ada harapan
untuk hidupkan semula Jin.
157
00:15:46,560 --> 00:15:48,040
Semua bunga layu.
158
00:15:48,520 --> 00:15:49,600
Ini teruk!
159
00:15:49,680 --> 00:15:51,440
Roh Jin Mi akan hilang.
160
00:15:51,960 --> 00:15:54,000
-Ketua sekalian, dengar arahan!
-Ya!
161
00:15:54,120 --> 00:15:56,800
Buka Pintasan Masa Bunga
untuk selamatkan roh Jin Mi.
162
00:15:57,080 --> 00:15:58,080
Baik!
163
00:16:37,040 --> 00:16:39,320
Awak di mana?
164
00:17:17,160 --> 00:17:18,440
Inikah awak?
165
00:17:21,280 --> 00:17:23,520
Betulkah ini awak?
166
00:17:25,320 --> 00:17:26,400
Memang saya.
167
00:17:27,360 --> 00:17:28,480
Phoenix,
168
00:17:29,400 --> 00:17:30,520
saya dah kembali.
169
00:17:46,280 --> 00:17:48,240
Sudah 3 tahun saya cari awak.
170
00:17:50,000 --> 00:17:52,560
Ke mana awak pergi selama ini?
171
00:17:53,560 --> 00:17:54,760
Selama 3 tahun ini,
172
00:17:55,920 --> 00:17:58,280
saya sentiasa di sisi awak.
173
00:17:59,680 --> 00:18:02,160
Saya nampak apa yang awak nampak,
174
00:18:04,560 --> 00:18:06,760
saya dengar apa yang awak dengar,
175
00:18:06,920 --> 00:18:08,680
seolah-olah saya dalam diri awak.
176
00:18:09,440 --> 00:18:12,400
Saya sangka awak takkan kembali lagi.
177
00:18:13,760 --> 00:18:16,360
Baguslah awak kembali akhirnya.
178
00:18:19,280 --> 00:18:22,920
Jin Mi, saya bersalah.
Bolehkah awak maafkan saya?
179
00:18:23,480 --> 00:18:26,160
Jangan tinggalkan saya lagi.
180
00:18:29,680 --> 00:18:31,480
Saya takkan tinggalkan awak lagi.
181
00:18:32,200 --> 00:18:34,240
Kita takkan berpisah lagi.
182
00:18:38,040 --> 00:18:39,800
Saya takkan tinggalkan awak lagi.
183
00:18:40,200 --> 00:18:43,080
Saya takkan tinggalkan
awak lagi, Phoenix.
184
00:18:58,160 --> 00:19:01,640
Angin bertiup sepoi-sepoi,
185
00:19:03,000 --> 00:19:04,960
langit dan Bumi terasing.
186
00:19:05,880 --> 00:19:07,080
Kenapa dengan awak?
187
00:19:09,880 --> 00:19:11,600
Kenapa, Jin Mi?
188
00:19:11,960 --> 00:19:13,480
Jangan tinggalkan saya.
189
00:19:14,080 --> 00:19:16,200
Tolonglah jangan tinggalkan saya.
190
00:19:20,560 --> 00:19:21,720
Rupa-rupanya...
191
00:19:24,680 --> 00:19:27,280
Rupa-rupanya saya hanya
setitis air mata awak.
192
00:19:32,720 --> 00:19:38,840
Kita ditakdirkan sejak mula
untuk berpisah.
193
00:19:39,480 --> 00:19:40,840
Jin Mi.
194
00:19:42,160 --> 00:19:45,480
Awak kata kita akan bersama
selama-lamanya...
195
00:19:46,400 --> 00:19:49,200
dan takkan berpisah lagi.
196
00:19:50,080 --> 00:19:52,720
Jin Mi, awak baru janji dengan saya.
197
00:19:58,040 --> 00:20:03,920
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita bercinta.
198
00:20:04,000 --> 00:20:09,560
Saya akan nyanyi di sana,
di bawah cahaya bulan.
199
00:20:10,920 --> 00:20:13,440
Jangan...
200
00:20:16,040 --> 00:20:21,320
Saya akan tanamkan
sekuntum bunga teratai merah di sana.
201
00:20:22,040 --> 00:20:27,640
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita bercinta.
202
00:20:28,040 --> 00:20:33,880
Saya akan nyanyi di sana,
di bawah cahaya bulan.
203
00:20:37,560 --> 00:20:38,760
Jin Mi.
204
00:20:40,240 --> 00:20:41,120
Jin Mi.
205
00:20:41,200 --> 00:20:43,280
Jin Mi, saya merayu pada awak.
206
00:20:43,800 --> 00:20:45,960
Tolonglah jangan tinggalkan saya.
207
00:20:46,480 --> 00:20:48,040
Selamat tinggal, Phoenix.
208
00:21:00,960 --> 00:21:06,880
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita berjumpa.
209
00:21:06,960 --> 00:21:09,680
Saya akan tunggu di sana
untuk lihat bersama matahari terbenam.
210
00:21:09,760 --> 00:21:10,960
Jin Mi.
211
00:21:14,920 --> 00:21:16,320
Jin Mi.
212
00:21:17,640 --> 00:21:18,880
Jin Mi.
213
00:21:23,920 --> 00:21:25,080
Jin Mi.
214
00:21:25,200 --> 00:21:30,960
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita membuat hajat.
215
00:21:31,080 --> 00:21:36,000
Saya akan tanamkan
sekuntum bunga teratai merah di sana.
216
00:21:37,280 --> 00:21:43,040
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita berjumpa.
217
00:21:43,120 --> 00:21:50,360
Saya akan nyanyi di sana,
di bawah cahaya bulan.
218
00:22:06,480 --> 00:22:08,160
Semua yang awak nampak ialah dia.
219
00:22:09,720 --> 00:22:14,320
Semua yang dia nampak
ialah apa yang awak nampak.
220
00:22:16,520 --> 00:22:21,960
Rupa-rupanya itulah maksud Dewa Doumu.
221
00:22:22,600 --> 00:22:24,480
Sepanjang 3 tahun ini,
222
00:22:25,520 --> 00:22:28,040
saya mencari di enam alam
tapi gagal menemuinya.
223
00:22:29,400 --> 00:22:35,440
Siapa sangka bahawa dia
sentiasa di dalam mata saya?
224
00:22:36,400 --> 00:22:42,520
Akhirnya kami bertemu semula...
225
00:22:44,160 --> 00:22:46,720
tapi sekali lagi dipisahkan oleh maut.
226
00:22:51,400 --> 00:22:53,960
Adakah ini takdir Tuhan?
227
00:22:54,880 --> 00:22:57,200
Apabila saya buka Pintasan Masa Bunga,
228
00:22:58,400 --> 00:23:00,760
saya dapati roh dia amat kuat.
229
00:23:02,000 --> 00:23:07,480
Tak sangka bahawa itu
cuma kesedaran sebelum maut.
230
00:23:09,400 --> 00:23:11,240
Adakah Jin Mi sebabnya?
231
00:23:14,760 --> 00:23:17,520
Selama 3 tahun
dia berada di dalam mata saya,
232
00:23:19,320 --> 00:23:22,200
kesan balikkan eliksir saya
tak pernah menyerang.
233
00:23:26,880 --> 00:23:34,240
Dia menyerap unsur sejuk
di dalam tubuh saya rupanya.
234
00:23:35,600 --> 00:23:41,000
Dia hapuskan kesan balikkan eliksir
tanpa disedari.
235
00:23:41,520 --> 00:23:43,240
Pada waktu yang sama,
236
00:23:43,360 --> 00:23:45,400
dia berubah menjadi air mata...
237
00:23:45,720 --> 00:23:48,360
dan pulih kepada bentuk asalnya
untuk selamatkan dirinya.
238
00:23:48,760 --> 00:23:51,440
Dia masih ingat saya
walaupun selepas kematiannya.
239
00:23:53,960 --> 00:23:56,720
Dia banyak berkorban untuk saya.
240
00:23:57,360 --> 00:23:58,480
Barangkali...
241
00:24:00,120 --> 00:24:05,720
kamu akan bertemu semula
di tempat dan waktu yang lain.
242
00:24:08,080 --> 00:24:10,560
Mungkin inilah suratan takdir.
243
00:24:14,640 --> 00:24:15,680
Jin Mi...
244
00:24:16,480 --> 00:24:17,880
saya akan tunggu awak.
245
00:24:19,720 --> 00:24:22,440
Sama ada awak menjelma semula
di Neraka...
246
00:24:22,960 --> 00:24:25,120
atau saya perlu
pergi ke tanah gersang,
247
00:24:27,000 --> 00:24:29,680
saya tetap akan cari awak.
248
00:24:50,720 --> 00:24:53,560
"500 tahun kemudian"
249
00:24:55,400 --> 00:24:56,920
Khabarnya anak
tuan punya Kedai Tang Yue...
250
00:24:57,000 --> 00:24:58,720
akan berkahwin dengan
anak Menteri Besar.
251
00:24:59,520 --> 00:25:01,400
Gadis itu memang luar biasa.
252
00:25:02,360 --> 00:25:03,520
Saya dengar gadis ini...
253
00:25:03,840 --> 00:25:06,720
sangat taasub akan hal-hal hantu
dan setan sejak kecil.
254
00:25:07,320 --> 00:25:09,920
Setelah dewasa, dia taasub
akan pemupukan.
255
00:25:10,440 --> 00:25:12,880
Orang lain memupuk
untuk menjadi pari-pari.
256
00:25:13,200 --> 00:25:16,520
Gadis ini pula memupuk
untuk menjadi setan.
257
00:25:16,720 --> 00:25:19,800
Tuan Jin betul-betul takut dibuatnya.
258
00:25:39,840 --> 00:25:43,200
Hebat!
259
00:26:42,360 --> 00:26:43,800
Lihat! Burung Phoenix!
260
00:26:45,040 --> 00:26:46,000
Burung Phoenix.
261
00:26:46,080 --> 00:26:47,360
-Lihat!
-Burung Phoenix!
262
00:26:47,440 --> 00:26:48,800
Menakjubkan!
263
00:27:01,360 --> 00:27:02,440
Lari!
264
00:27:35,320 --> 00:27:38,920
Angin bertiup sepoi-sepoi,
265
00:27:39,920 --> 00:27:41,880
langit dan Bumi terasing.
266
00:27:43,160 --> 00:27:46,760
Kalau hati awak tak putus asa,
takdir takkan berakhir.
267
00:27:47,080 --> 00:27:49,720
Jin Mi dilindungi abu Brahma.
268
00:27:50,040 --> 00:27:52,880
Dia korbankan nyawa
dalam Perang Dewa dan Setan...
269
00:27:53,280 --> 00:27:55,800
demi menyelamatkan enam alam
daripada kesengsaraan.
270
00:27:55,960 --> 00:27:57,640
Ini perbuatan yang paling mulia.
271
00:27:57,960 --> 00:28:00,480
Dugaan dia telah berakhir.
272
00:28:00,800 --> 00:28:03,960
Dia akan menunggu awak
di tempat kamu jatuh cinta.
273
00:28:08,600 --> 00:28:09,880
Saya dah sampai.
274
00:28:12,720 --> 00:28:15,640
Saya dah terima hantaran kahwin
daripada Menteri Besar.
275
00:28:16,160 --> 00:28:17,920
Apa yang saya patut buat?
276
00:28:21,680 --> 00:28:23,000
Sayang sekali.
277
00:28:24,000 --> 00:28:26,960
Saya dah sediakan kuasa sakti
sebanyak 6,000 tahun.
278
00:28:28,600 --> 00:28:32,240
Kalau begitu, terpaksalah saya terima.
279
00:28:35,520 --> 00:28:41,200
Saya akan tunggu di sana
untuk lihat bersama matahari terbenam,
280
00:28:41,280 --> 00:28:46,880
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita bercinta.
281
00:28:47,000 --> 00:28:50,840
Saya akan nyanyi di sana,
di bawah cahaya bulan.
282
00:28:50,960 --> 00:28:58,040
Dalam hayat ini dan hayat lain,
awak cuma boleh jadi isteri saya.
283
00:29:11,000 --> 00:29:13,520
Inilah kisah ayah dan ibu saya.
284
00:29:13,680 --> 00:29:15,100
Selepas ayah bawa lari pengantin,
285
00:29:15,160 --> 00:29:17,440
saya dilahirkan setahun selepas itu.
286
00:29:19,040 --> 00:29:20,840
Waktu berlalu dengan cepat,
287
00:29:20,960 --> 00:29:23,000
cepat macam melarikan diri
daripada bahaya.
288
00:29:23,120 --> 00:29:24,920
Tanpa disedari, 7 tahun dah berlalu.
289
00:29:25,040 --> 00:29:29,880
Kami bertiga hidup tenang
dan bahagia di alam manusia.
290
00:29:49,640 --> 00:29:53,880
Kakak Qing Tian yang sopan ini
anak perempuan Mak Cik Liu Ying.
291
00:29:54,120 --> 00:29:56,960
Kalau markah penuh 1,000, maka...
292
00:29:57,960 --> 00:29:59,600
Kakak Qing Tian.
293
00:30:02,280 --> 00:30:03,640
Bai Lu, awak buat apa?
294
00:30:03,920 --> 00:30:05,080
Memancing isteri.
295
00:30:05,560 --> 00:30:07,040
Awak ini bodoh atau apa?
296
00:30:07,600 --> 00:30:09,520
Isteri harus direbut.
297
00:30:10,600 --> 00:30:12,160
Saya akan pergi ke Kunlun esok.
298
00:30:12,480 --> 00:30:13,560
Kenapa?
299
00:30:13,720 --> 00:30:16,680
Bulan lalu, saya ke Gunung Qingcheng
untuk bantu Setan Khinzir.
300
00:30:16,960 --> 00:30:18,880
Saya nampak seorang
anak murid Kunlun.
301
00:30:19,000 --> 00:30:21,840
Bibirnya merah dan giginya putih.
Kacak sekali.
302
00:30:22,080 --> 00:30:23,800
Saya tak dapat lupakan dia.
303
00:30:23,920 --> 00:30:25,440
Ketika tidur, saya mimpikan dia.
304
00:30:25,560 --> 00:30:28,400
Saya rasa saya patut dapatkan
abang ipar untuk awak...
305
00:30:28,480 --> 00:30:31,000
untuk raikan hari jadi ke-510 saya.
306
00:30:32,800 --> 00:30:34,400
Ibu saya masih tak tahu mengenainya.
307
00:30:34,720 --> 00:30:36,800
Mereka kata Kunlun berbahaya.
308
00:30:37,200 --> 00:30:40,160
Kalau saya ditangkap
oleh dewa-dewa nanti,
309
00:30:40,320 --> 00:30:42,120
minta Pak Cik Xu Feng selamatkan saya.
310
00:30:42,200 --> 00:30:43,600
Baiklah.
311
00:30:44,280 --> 00:30:45,280
Selamat tinggal.
312
00:30:53,400 --> 00:30:56,480
Khabarnya Mak Cik Liu Ying
wanita paling mulia dan cantik...
313
00:30:56,560 --> 00:30:58,640
di seluruh enam alam
dalam beberapa ribu tahun ini.
314
00:30:59,040 --> 00:31:00,760
Pada hari ini, 500 tahun yang lalu,
315
00:31:08,400 --> 00:31:10,640
Abang Feng menabalkan saya
sebagai Raja Setan.
316
00:31:10,920 --> 00:31:12,220
Pada masa itu, saya berikrar...
317
00:31:12,400 --> 00:31:14,560
akan bawa Alam Setan
menuju ke zaman baru.
318
00:31:14,840 --> 00:31:16,080
Selama 500 tahun ini,
319
00:31:16,320 --> 00:31:17,840
pencapaian kamu semua
memang cemerlang.
320
00:31:18,360 --> 00:31:21,400
Kini, semua mampu makan daging
minum wain.
321
00:31:21,640 --> 00:31:22,800
Bagus!
322
00:31:23,680 --> 00:31:24,760
Bagus!
323
00:31:25,360 --> 00:31:26,360
Namun demikian,
324
00:31:26,800 --> 00:31:32,320
masih ada pergaduhan
dan perbalahan demi kawasan.
325
00:31:32,760 --> 00:31:34,680
Selepas makan daging dan minum wain,
326
00:31:35,360 --> 00:31:38,000
kita patut bertaubat dan insaf.
327
00:31:38,280 --> 00:31:41,560
Kenapa reputasi Alam Setan
teruk sebelum ini?
328
00:31:42,120 --> 00:31:46,640
Apakah nilai kebebasan
yang diagung-agungkan oleh kita?
329
00:31:46,920 --> 00:31:50,440
Andainya kita mematuhi peraturan
dan tahu mengehadkan diri,
330
00:31:50,760 --> 00:31:54,040
berhenti berlawan sesama sendiri
dan tahu bersepakat,
331
00:31:54,200 --> 00:31:57,200
Alam Setan pasti lebih kuat!
332
00:31:59,360 --> 00:32:01,040
Untuk 500 tahun seterusnya,
333
00:32:01,280 --> 00:32:04,440
saya mahu kamu semua tetapkan hati.
334
00:32:04,840 --> 00:32:07,840
Bezakan perkara yang boleh dibuat
dan tak boleh dibuat.
335
00:32:08,040 --> 00:32:11,040
Buat sesuka hati tapi tak keterlaluan.
336
00:32:11,640 --> 00:32:13,960
Kamu setuju?
337
00:32:14,080 --> 00:32:18,360
Baik!
338
00:32:19,360 --> 00:32:21,920
Utusan dari Alam Bunga.
339
00:32:32,960 --> 00:32:34,680
Utusan dari Alam Bunga,
Lian Qiao...
340
00:32:34,760 --> 00:32:38,840
mewakili para ketua untuk ucapkan
tahniah kepada Raja Setan.
341
00:32:39,160 --> 00:32:40,320
Silakan.
342
00:32:49,240 --> 00:32:50,520
Bunga apakah ini?
343
00:32:50,720 --> 00:32:53,720
Bunga ini ditanam oleh Dewa Air...
dan belum dinamakan.
344
00:32:53,880 --> 00:32:55,800
Raja Setan boleh menamakannya.
345
00:33:02,120 --> 00:33:04,080
Saya tak kisah sama ada
awak Mu Ci atau Qi Yuan.
346
00:33:04,320 --> 00:33:07,000
Dalam hayat ini,
saya tetap akan ikut awak.
347
00:33:07,080 --> 00:33:08,600
Jangan cuba tinggalkan saya.
348
00:33:16,040 --> 00:33:17,600
Kita namakannya Iris.
349
00:33:20,160 --> 00:33:22,800
Terdapat seorang Mak Cik Sui He
yang tak pernah saya jumpa.
350
00:33:23,320 --> 00:33:25,720
Ayah dan ibu
tak pernah sebut namanya...
351
00:33:25,880 --> 00:33:30,280
tapi namanya kadangkala
kedengaran di kalangan saudara.
352
00:33:30,920 --> 00:33:33,160
Seorang wanita yang berani
mencintai dan membenci.
353
00:33:40,000 --> 00:33:41,080
Xu Feng.
354
00:33:41,280 --> 00:33:42,400
Xu Feng.
355
00:33:44,280 --> 00:33:46,040
Awak digoda oleh setan.
356
00:33:46,760 --> 00:33:48,880
Awak diperdaya.
357
00:33:50,000 --> 00:33:53,480
Awak diperdaya.
358
00:34:01,560 --> 00:34:03,080
Batu Penguji Cinta itu palsu.
359
00:34:03,760 --> 00:34:06,280
Palsu!
360
00:34:06,480 --> 00:34:07,760
Batu Penguji Cinta itu palsu!
361
00:34:07,840 --> 00:34:09,360
Palsu...
362
00:34:10,240 --> 00:34:11,480
Saya Maharani Syurga.
363
00:34:13,680 --> 00:34:15,840
Saya Maharani Syurga.
364
00:34:24,720 --> 00:34:26,640
Takhta Maharani Syurga?
365
00:34:29,280 --> 00:34:32,280
Dewa sekalian, cepat ikut saya!
366
00:34:33,040 --> 00:34:34,120
Mari pulang ke rumah.
367
00:34:34,600 --> 00:34:36,520
Mari pulang ke rumah.
368
00:34:43,120 --> 00:34:44,160
Takhta saya.
369
00:34:45,680 --> 00:34:46,720
Takhta saya.
370
00:34:53,440 --> 00:34:55,080
Saya tak bunuh mereka.
371
00:34:58,960 --> 00:35:01,000
Siapa? Siapa di sana?
372
00:35:01,640 --> 00:35:03,360
Xu Feng!
373
00:35:04,000 --> 00:35:05,000
Xu Feng!
374
00:35:05,120 --> 00:35:06,360
Xu Feng, awak di sana?
375
00:35:06,920 --> 00:35:08,040
Xu Feng.
376
00:35:12,040 --> 00:35:13,840
Ayuh makan.
377
00:35:14,920 --> 00:35:15,920
Jangan!
378
00:35:16,400 --> 00:35:17,720
Xu Feng!
379
00:35:18,680 --> 00:35:20,480
-Makanan!
-Jangan!
380
00:35:20,680 --> 00:35:23,720
Xu Feng!
381
00:35:31,160 --> 00:35:34,360
Yang paling penuh misteri
ialah pak long saya, Run Yu.
382
00:35:34,720 --> 00:35:36,360
Semua orang memanggilnya
Maharaja Syurga.
383
00:35:36,520 --> 00:35:38,920
Banyak legenda menceritakan dia.
384
00:35:39,040 --> 00:35:42,280
Ada yang kata dia lelaki tua
yang berjanggut putih.
385
00:35:42,360 --> 00:35:46,160
Ada yang kata dia setan
bersisik putih dan berbulu hijau.
386
00:35:46,320 --> 00:35:51,160
Ada yang kata dia ikan duyung
yang berair mata mutiara.
387
00:35:51,480 --> 00:35:55,320
Dia seorang saja di dunia ini
yang ingat nama saya.
388
00:35:59,120 --> 00:36:00,080
Tang Yue.
389
00:36:00,160 --> 00:36:01,160
Pak long.
390
00:36:01,520 --> 00:36:02,520
Memancing?
391
00:36:02,640 --> 00:36:03,760
Memancing isteri.
392
00:36:05,480 --> 00:36:07,120
Ibu awak yang ajar?
393
00:36:07,240 --> 00:36:09,120
Apa kata kalau pak long
pancing bersama saya?
394
00:36:09,200 --> 00:36:12,560
Ibu kata banyak isteri cantik
di dalam sungai.
395
00:36:12,920 --> 00:36:14,520
Kalau saya sabar memancing,
396
00:36:14,600 --> 00:36:17,160
pasti boleh dapat isteri
yang ditakdirkan untuk saya.
397
00:36:19,200 --> 00:36:20,320
Xiao Lu.
398
00:36:37,280 --> 00:36:38,320
Ibu!
399
00:36:42,480 --> 00:36:45,160
Saya tertanya-tanya kenapa
saya rasai kehadiran dewa di sini.
400
00:36:45,680 --> 00:36:46,840
Awak rupanya.
401
00:36:48,840 --> 00:36:50,120
Saya ada urusan rasmi...
402
00:36:50,320 --> 00:36:53,200
dan singgah di sini untuk lihat-lihat.
403
00:36:54,680 --> 00:36:56,040
Urusan rasmi?
404
00:36:56,160 --> 00:36:58,360
Apakah urusan rasmi itu?
405
00:36:58,520 --> 00:37:02,440
Perbalahan di alam manusia pun
awak perlu uruskan?
406
00:37:06,960 --> 00:37:08,120
Selama ini,
407
00:37:09,360 --> 00:37:10,520
awak hidup bahagia?
408
00:37:20,440 --> 00:37:22,040
Sudah tentu awak bahagia.
409
00:37:22,640 --> 00:37:24,000
Sama seperti dulu.
410
00:37:24,400 --> 00:37:26,440
Mencari keamanan
dalam kehidupan yang mewah,
411
00:37:27,800 --> 00:37:30,920
semoga hidup bebas seperti
air mengalir.
412
00:37:35,440 --> 00:37:36,880
Baguslah.
413
00:37:41,280 --> 00:37:42,540
Saya harus minta diri.
414
00:37:43,280 --> 00:37:45,760
Xiao Lu, ucapkan selamat jalan
kepada pak long.
415
00:37:46,480 --> 00:37:47,720
Selamat jalan, pak long.
416
00:37:48,000 --> 00:37:49,800
Tang Yue, selamat tinggal.
417
00:38:09,120 --> 00:38:10,960
Ayuh pulang ke rumah.
418
00:38:11,280 --> 00:38:13,840
Saya belum dapat isteri lagi.
419
00:38:14,120 --> 00:38:15,440
"Orang yang rela diperangkap"...
420
00:38:15,520 --> 00:38:17,400
bermaksud cuma orang yang rela
akan ditangkap.
421
00:38:17,680 --> 00:38:18,680
Lagipun,
422
00:38:19,600 --> 00:38:20,860
ibu beritahu awak satu rahsia.
423
00:38:21,000 --> 00:38:22,280
Dulu, ayah awak...
424
00:38:22,440 --> 00:38:25,000
menjerit dan menangis
kerana mahu ditangkap saya.
425
00:38:25,880 --> 00:38:27,960
Ibu, ke mana perginya ayah?
426
00:38:28,160 --> 00:38:29,160
Xiao Lu!
427
00:38:30,120 --> 00:38:31,200
Ayah!
428
00:38:36,160 --> 00:38:38,680
-Ayah, saya lapar.
-Lapar?
429
00:38:38,960 --> 00:38:40,840
-Nak makan apa malam ini?
-Nak makan apa?
430
00:38:40,920 --> 00:38:42,360
Daging keldai goreng, boleh?
431
00:38:42,480 --> 00:38:43,480
Ikan.
432
00:38:43,800 --> 00:38:44,800
Ikan?
433
00:38:45,320 --> 00:38:48,680
Kukus dengan ham dan cendawan,
bagaimana?
434
00:38:48,880 --> 00:38:50,160
Baik! Baik!
435
00:38:50,360 --> 00:38:51,620
-Ayuh pulang.
-Hati-hati.
436
00:38:59,520 --> 00:39:03,240
Semua orang akan menemui
2 orang dalam hidup mereka.
437
00:39:03,480 --> 00:39:06,240
Seorang kekal dalam hati,
438
00:39:06,560 --> 00:39:09,040
seorang pula berjauhan.
439
00:39:20,360 --> 00:39:24,040
Angin bertiup sepoi-sepoi,
440
00:39:25,160 --> 00:39:30,400
langit dan bumi terasing,
kita jauh terpisah.
441
00:39:31,600 --> 00:39:35,720
Apa yang boleh kita buat?
442
00:39:36,040 --> 00:39:41,640
Cahaya bulan menjalinkan rindu kita.
443
00:39:42,680 --> 00:39:45,280
Tulis sepucuk surat cinta,
bermula dengan pertemuan pertama kita.
444
00:39:45,360 --> 00:39:46,720
Saya telah balas dendam,
445
00:39:47,080 --> 00:39:49,160
menguasai takdir saya sendiri...
446
00:39:49,520 --> 00:39:52,280
dan menjadi Maharaja Syurga.
447
00:39:52,520 --> 00:39:54,560
Saya dapat semua yang saya mahu...
448
00:39:55,360 --> 00:39:57,560
tapi saya tak memiliki apa-apa pun.
449
00:39:57,840 --> 00:39:59,560
Biar merayu pun tak dapat.
450
00:39:59,960 --> 00:40:03,640
Saya sebagai Maharaja Syurga pun
tak mampu buat apa-apa.
451
00:40:04,800 --> 00:40:05,960
Tuanku...
452
00:40:06,240 --> 00:40:08,640
bukan tak memiliki apa-apa pun.
453
00:40:09,200 --> 00:40:12,640
Saya dan Haiwan Mimpi
masih berada di sisi Tuanku.
454
00:40:14,120 --> 00:40:16,200
Dalam perjalanan Dewa Agung
yang panjang ini,
455
00:40:16,920 --> 00:40:19,320
saya akan sentiasa berada
di sisi Tuanku.
456
00:40:20,560 --> 00:40:26,240
Saya akan tunggu di sana
untuk lihat bersama matahari terbenam.
457
00:40:26,400 --> 00:40:31,920
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita bercinta.
458
00:40:32,080 --> 00:40:37,920
Saya akan nyanyi di sana,
di bawah cahaya bulan.
459
00:40:50,960 --> 00:40:53,960
Saya masih buta warna...
460
00:40:54,680 --> 00:40:56,120
dan cuma nampak hitam dan putih.
461
00:40:56,640 --> 00:40:58,120
Namun, Phoenix,
462
00:40:58,880 --> 00:41:00,200
hidup bersama awak dan dia,
463
00:41:00,680 --> 00:41:07,120
mata awak dan senyuman dia
adalah paling cantik dalam hati saya.
464
00:41:07,480 --> 00:41:10,720
Ia mengalahkan semua keindahan
di dunia ini.
465
00:41:16,360 --> 00:41:17,560
Pulang ke rumah.
466
00:41:23,840 --> 00:41:24,840
Pulang ke rumah.
467
00:41:24,920 --> 00:41:30,280
Dalam surat cinta, saya temui
tempat kita membuat hajat.
468
00:41:30,720 --> 00:41:36,800
Saya akan tanamkan
sekuntum bunga teratai merah di sana.
469
00:41:38,880 --> 00:41:41,600
Seribu atau sejuta tahun,
kita saling mengingati,
470
00:41:41,680 --> 00:41:44,040
walaupun dunia ini huru-hara.
471
00:41:44,480 --> 00:41:47,280
Saya ingat setiap detik
kita bertemu semula,
472
00:41:47,360 --> 00:41:49,760
awak pasti bertanya khabar.
473
00:41:50,200 --> 00:41:52,920
Di persinggahan takdir
di mana orang datang dan pergi,
474
00:41:53,000 --> 00:41:55,400
kita memandang gunung-ganang.
475
00:41:55,720 --> 00:41:58,520
Hulurkan tangan,
biar cinta kita...
476
00:41:58,600 --> 00:42:02,160
terpahat selamanya pada cahaya senja.
477
00:42:04,160 --> 00:42:06,960
Air mata menitis ke atas kertas,
478
00:42:07,040 --> 00:42:10,040
mengaburkan tulisan.
479
00:42:11,080 --> 00:42:16,200
Tiada lagi kedinginan di dunia.
480
00:42:19,800 --> 00:42:21,760
"Tamat"