1
00:01:39,528 --> 00:01:43,625
Rancangan ini
memaparkan subjek dewasa.
2
00:01:43,749 --> 00:01:47,847
Penonton diminta
menggunakan budi bicara.
3
00:04:07,658 --> 00:04:09,018
Awak baik?
4
00:04:09,789 --> 00:04:13,518
- Pernah datang ke utara?
- Saya tak pernah melihat salji.
5
00:04:13,918 --> 00:04:17,098
Cantik?
Saya dapat bernafas kembali.
6
00:04:17,207 --> 00:04:20,946
- Di selatan, udaranya tengik.
- Awak tak pernah ke selatan.
7
00:04:21,054 --> 00:04:23,278
- Saya sampai ke Winterfell.
- Itu masih di utara.
8
00:04:24,476 --> 00:04:28,514
Bagaimana kamu tinggal di sini?
Bagaimana kamu tahan sejuk?
9
00:04:28,638 --> 00:04:30,905
Anda perlu sentiasa bergerak,
itulah rahsianya.
10
00:04:31,030 --> 00:04:33,572
Berjalan adalah bagus,
berlawan lebih bagus.
11
00:04:33,677 --> 00:04:36,245
- Berasmara paling baik.
- Tiada wanita hidup sejauh...
12
00:04:36,351 --> 00:04:40,713
- beratus batu.
- Gunalah apa-apa yang ada.
13
00:04:45,863 --> 00:04:47,957
Dia tak begitu bijak.
14
00:04:49,068 --> 00:04:50,928
Kata Davos, dia handal berlawan.
15
00:04:51,035 --> 00:04:54,509
Bagus, itu lebih penting
daripada kebijaksanaan.
16
00:04:54,614 --> 00:04:57,812
Orang bijak tak datang ke sini
mencari Tentera Maut.
17
00:04:59,122 --> 00:05:03,439
Jadi, awak berjumpa Ratu Naga.
Apa?
18
00:05:04,550 --> 00:05:07,233
Dia akan berjuang dengan kita
hanya kalau saya melutut.
19
00:05:07,340 --> 00:05:09,857
Awak terlalu lama bersama
Orang Bebas. Sekarang, awak...
20
00:05:09,980 --> 00:05:11,781
tak suka melutut.
21
00:05:14,184 --> 00:05:18,320
Mance Rayder berani dan bangga.
22
00:05:18,427 --> 00:05:21,540
Raja Di Sebalik Tembok
yang tidak pernah melutut.
23
00:05:23,193 --> 00:05:26,745
Berapa ramai orangnya
mati disebabkan keangkuhannya'?
24
00:05:39,957 --> 00:05:41,778
Awak masih marah terhadap kami'?
25
00:05:42,174 --> 00:05:44,607
Awak menjual saya
kepada perempuan sihir.
26
00:05:44,714 --> 00:05:48,774
Paderi wanita. Saya akui
tidak banyak perbezaannya.
27
00:05:49,092 --> 00:05:52,315
Kita terjebak dalam perang besar.
Perang memerlukan wang.
28
00:05:52,438 --> 00:05:55,654
Saya nak menyertai kamu.,
menyertai Persaudaraan tapi...
29
00:05:55,762 --> 00:05:58,856
kamu menjual saya
macam hamba abdi.
30
00:05:58,966 --> 00:06:02,417
Tahu apa dibuatnya kepada saya?
Dia ikat saya di katil...
31
00:06:02,526 --> 00:06:04,767
- dan membogelkan saya.
- Bunyinya baik saja setakat ini.
32
00:06:05,407 --> 00:06:06,829
Dia letak lintah pada tubuh saya.
33
00:06:06,984 --> 00:06:09,037
- Dia pun berbogel?
- Dia memerlukan darah awak.
34
00:06:09,694 --> 00:06:12,311
- Ya, saya tahu, terima kasih.
- Nasib awak taklah teruk sangat.
35
00:06:12,577 --> 00:06:16,052
Dia nak bunuh saya. Mereka
pasti dah bunuh saya kalau...
36
00:06:16,159 --> 00:06:20,474
Namun, itu tak berlaku.
Habis, kenapa merengek lagi?
37
00:06:20,580 --> 00:06:23,029
- Saya tak merengek.
- Bibir awak bergerak dan...
38
00:06:23,137 --> 00:06:26,526
awak merungut pasal
sesuatu. Itu merengek.
39
00:06:27,636 --> 00:06:30,703
Dia dibunuh 6 kali, awak tak
mendengarnya membebel pasal itu.
40
00:06:40,600 --> 00:06:42,501
Syabas, anak muda.
41
00:06:47,237 --> 00:06:49,837
Kali pertama, saya pergi ke utara
Tembok adalah bersama bapa awak.
42
00:06:50,076 --> 00:06:51,552
Dia seorang yang baik.
43
00:06:51,659 --> 00:06:53,380
Dia patut dapat
anak lelaki yang lebih baik.
44
00:06:54,973 --> 00:06:57,053
Awak ada bersamanya
ketika dia hembus nafas terakhir?
45
00:06:57,108 --> 00:06:58,757
Saya menjadi tahanan Orang Liar.
46
00:07:00,292 --> 00:07:01,532
Kami telah membela kematiannya.
47
00:07:02,628 --> 00:07:05,428
Saya mahu awak tahu.
Pemberontak itu semua dibunuh.
48
00:07:06,543 --> 00:07:08,518
Cara dia mati sangat kejam.
49
00:07:09,628 --> 00:07:12,111
Pengawal Malam adalah hidupnya.
Dia rela mati mempertahankan...
50
00:07:12,218 --> 00:07:14,863
setiap satu orangnya dan
mereka bunuh dia dengan kejam.
51
00:07:15,132 --> 00:07:17,775
Saya benci dia mati begitu.
52
00:07:18,885 --> 00:07:21,660
Bapa saya lelaki paling
mulia pernah saya temui.
53
00:07:21,766 --> 00:07:26,753
Dia sentiasa berlaku baik
tetapi dia mati dipancung.
54
00:07:28,143 --> 00:07:30,223
Bapa awak mahu menjatuhkan
hukuman mati ke atas saya.
55
00:07:31,330 --> 00:07:34,140
- Saya ada dengar tentang itu.
- Keputusannya tidak salah.
56
00:07:34,830 --> 00:07:36,676
Namun, saya tetap membencinya.
57
00:07:37,787 --> 00:07:39,027
Saya lega dia tak tangkap awak.
58
00:07:39,195 --> 00:07:40,854
Saya pun.
59
00:07:49,299 --> 00:07:51,259
Bapa awak telah memberikan
pedang ini kepada saya.
60
00:07:52,343 --> 00:07:54,623
Saya menukar pemegangnya
daripada beruang kepada serigala.
61
00:07:58,386 --> 00:08:00,749
Namun, ia tetap "Longclaw."
62
00:08:05,930 --> 00:08:09,465
Ketua Komander Mormont
sangka awak takkan kembali...
63
00:08:09,572 --> 00:08:13,043
ke Westeros tapi
awak sudah kembali.
64
00:08:14,987 --> 00:08:18,123
Ini harta pusaka keluarga awak
sejak berkurun.
65
00:08:19,233 --> 00:08:20,474
Saya tidak berhak menyimpannya.
66
00:08:23,924 --> 00:08:25,605
Dia berikannya kepada awak.
67
00:08:26,716 --> 00:08:27,848
Saya bukan anak lelakinya.
68
00:08:33,974 --> 00:08:36,940
Saya memalukan keluarga saya.
69
00:08:38,091 --> 00:08:40,244
Bapa saya patah hati
disebabkan saya.
70
00:08:42,689 --> 00:08:45,240
Saya tidak ada hak
untuk menuntut pedang ini.
71
00:08:47,773 --> 00:08:49,833
Ia milik awak.
72
00:08:49,942 --> 00:08:51,872
Semoga ia berbakti kepada awak...
73
00:08:52,158 --> 00:08:54,087
dan waris awak.
74
00:09:19,973 --> 00:09:21,854
Ayah akan berdiri di sini
dan memerhatikan kita.
75
00:09:23,047 --> 00:09:24,168
Dia tak banyak berkata-kata.
76
00:09:25,509 --> 00:09:28,608
Kakak mungkin tak ingat,
kakak selalu mengait di dalam.
77
00:09:30,220 --> 00:09:31,658
Saya ingat.
78
00:09:33,687 --> 00:09:36,168
Ada satu kali, budak-budak lelaki
memanah dengan Ser Rodrik.
79
00:09:38,143 --> 00:09:39,664
Saya datang
selepas mereka dah selesai.
80
00:09:40,657 --> 00:09:43,959
Bran telah meninggalkan busurnya
di tanah begitu saja.
81
00:09:45,400 --> 00:09:47,717
Ser Rodrik pasti marah
kalau dia nampak.
82
00:09:49,922 --> 00:09:51,766
Terdapat sebilah
anak panah pada sasaran.
83
00:09:53,417 --> 00:09:54,467
Tidak ada sesiapa di sana.
84
00:09:54,916 --> 00:09:56,012
Seperti sekarang.
85
00:09:57,123 --> 00:09:58,523
Tiada sesiapa
untuk menghalang saya.
86
00:10:00,594 --> 00:10:01,851
Jadi saya mula memanah.
87
00:10:02,071 --> 00:10:04,777
Setiap kali selepas memanah,
saya berjalan ke papan sasaran...
88
00:10:04,884 --> 00:10:07,282
dan mencabut anak panah itu,
kembali dan memanah lagi.
89
00:10:09,564 --> 00:10:11,165
Saya tidak berapa bagus.
90
00:10:13,272 --> 00:10:15,333
Akhimya, anak panah saya
terkena pusat sasaran.
91
00:10:16,236 --> 00:10:18,872
Ia mungkin pada kali ke-20 atau ke-50,
saya tidak ingat.
92
00:10:19,982 --> 00:10:22,842
Anak panah saya kena pusat sasaran
dan saya dengar tepukan.
93
00:10:25,363 --> 00:10:28,471
Saya memandang ke alas
dan melihat ayah berdiri di sini...
94
00:10:28,656 --> 00:10:30,397
memberi saya senyuman.
95
00:10:32,874 --> 00:10:36,804
Saya tahu saya telah langgar peraturan
tapi dia senyum...
96
00:10:36,913 --> 00:10:38,766
jadi saya tahu
saya tidak buat salah.
97
00:10:40,422 --> 00:10:41,655
Peraturannya salah.
98
00:10:43,550 --> 00:10:46,194
Saya menurut haluan takdir saya
dan dia mengetahuinya.
99
00:10:49,595 --> 00:10:50,773
Sekarang, dia sudah mati.
100
00:10:52,642 --> 00:10:54,242
Keluarga Lannister
telah membunuh dia...
101
00:10:55,353 --> 00:10:56,353
dengan bantuan kakak.
102
00:11:00,187 --> 00:11:02,245
Apa?
103
00:11:11,281 --> 00:11:12,378
Ini tulisan cantik kakak.
104
00:11:13,820 --> 00:11:15,503
Septa Mordane selalu
pukul tangan saya kerana...
105
00:11:15,612 --> 00:11:17,252
tulisan saya tidak
secantik tulisan kakak.
106
00:11:19,086 --> 00:11:22,601
"Robb, saya menulis kepada abang
hari ini dengan hati yang berat.
107
00:11:23,711 --> 00:11:25,392
Raja Robert kita
yang baik sudah mangkat...
108
00:11:25,459 --> 00:11:27,239
akibat kecederaan
daripada pemburuan khinzir hutan."
109
00:11:27,345 --> 00:11:28,569
Kamu tak perlu membacanya,
kakak ingat.
110
00:11:28,693 --> 00:11:30,706
"Ayah dituduh menjadi pengkhianat.
Dia berkomplot dengan...
111
00:11:30,813 --> 00:11:33,078
adik-beradik Robert menentang
Joffrey kesayangan saya dan...
112
00:11:33,185 --> 00:11:35,912
cuba merampas takhtanya.
Keluarga Lannister melayan...
113
00:11:36,019 --> 00:11:38,715
saya dengan baik,
memberi saya segala keselesaan.
114
00:11:38,821 --> 00:11:41,222
Saya merayu pada abang datang
ke King's Landing, bersumpah...
115
00:11:41,320 --> 00:11:43,964
taat setia kepada Raja Joffrey
dan mengelak persengketaan...
116
00:11:44,070 --> 00:11:46,583
antara keluarga kita
dan Keluarga Lannister.
117
00:11:47,193 --> 00:11:51,508
- Adik setia kamu, Sansa."
- Saya dipaksa menulis itu.
118
00:11:51,633 --> 00:11:53,722
Benarkah?
Mereka letak pisau di leher kakak?
119
00:11:54,204 --> 00:11:56,784
Mereka buat kakak baring
di atas papan dan meregangkan...
120
00:11:56,809 --> 00:11:58,233
badan kakak sehingga
tercabut semua tulang?
121
00:11:58,258 --> 00:12:00,595
Kamu tidak tahu keadaan ketika itu.
Saya masih muda.
122
00:12:00,635 --> 00:12:02,526
Saya juga muda ketika itu.
Saya rela dibunuh daripada...
123
00:12:02,634 --> 00:12:05,066
- mengkhianati keluarga sendiri.
- Mereka beritahu saya hanya...
124
00:12:05,174 --> 00:12:06,693
itu caranya untuk saya
selamatkan ayah kita.
125
00:12:06,799 --> 00:12:09,111
Kakak bodoh kerana
percayakan kata-kata mereka.
126
00:12:11,355 --> 00:12:13,948
Saya ingat kakak berdiri
di pentas itu bersama Joffrey...
127
00:12:14,054 --> 00:12:15,993
dan Cersei ketika mereka
heret ayah ke tempat pancung.
128
00:12:16,100 --> 00:12:18,710
Saya ingat gaun cantik yang
dipakai kakak, dandanan rambut...
129
00:12:18,817 --> 00:12:20,923
kakak yang bergaya.
130
00:12:22,203 --> 00:12:23,967
- Kamu berada di situ?
- Ya.
131
00:12:24,237 --> 00:12:26,424
Saya berdiri di celah orang
ramai dekat Patung Baelor.
132
00:12:28,204 --> 00:12:31,093
Apa kamu telah buat?
Kamu berlari menyelamatkannya?
133
00:12:31,566 --> 00:12:34,055
Kamu melawan Keluarga Lannister
dan menyelamatkan ayah kita?
134
00:12:34,082 --> 00:12:35,676
- Saya nak buat begitu.
- Namun, kamu tak buat...
135
00:12:35,714 --> 00:12:37,660
- samalah seperti saya.
- Saya tidak mengkhianatinya.
136
00:12:37,712 --> 00:12:41,060
Saya tidak mengkhianati Robb
atau seluruh keluarga kita...
137
00:12:41,170 --> 00:12:42,642
demi Joffrey kesayangan.
138
00:12:45,710 --> 00:12:48,521
Kamu patut melutut
berterima kasih pada saya.
139
00:12:49,053 --> 00:12:51,879
Kita berdiri semula
di Winterfell kerana saya.
140
00:12:51,904 --> 00:12:54,215
Kamu tidak tawan ia kembali,
Jun tidak tawan ia kembali...
141
00:12:54,312 --> 00:12:56,289
Dia tewas dalam
Pertempuran Anak Luar Nikah.
142
00:12:56,314 --> 00:12:58,497
Kesatria Vale menang dalam
perang itu dan mereka datang...
143
00:12:58,604 --> 00:13:02,502
ke utara demi saya,
sementara kamu merantau dunia.
144
00:13:03,325 --> 00:13:05,757
- Saya berlatih.
- Berlatih.
145
00:13:06,868 --> 00:13:09,087
Sementara kamu berlatih,
saya menderita, kamu tidak...
146
00:13:09,210 --> 00:13:10,893
dapat bayangkan apa
yang telah saya lalui.
147
00:13:11,489 --> 00:13:14,215
Saya tidak tahu,
kakak pastinya telah menderita.
148
00:13:15,917 --> 00:13:18,012
Kamu tidak akan dapat
melalui apa saya telah alami.
149
00:13:19,454 --> 00:13:21,404
Kita tidak akan tahu.
150
00:13:25,594 --> 00:13:26,995
Apa kamu mahu buat
dengan surat itu?
151
00:13:28,891 --> 00:13:30,655
Saya belum tahu lagi.
152
00:13:31,853 --> 00:13:34,154
Kamu tunjukkannya kepada siapa?
Di mana kamu temuinya?
153
00:13:34,607 --> 00:13:36,318
Kakak takut?
154
00:13:37,428 --> 00:13:38,669
Apa yang ditakutkan oleh kakak?
155
00:13:39,312 --> 00:13:42,045
Kakak tidak melakukan jenayah.
Kakak tidak akan digantung mati.
156
00:13:42,152 --> 00:13:43,329
- Arya.
- Kakak bimbang saya akan...
157
00:13:43,438 --> 00:13:45,859
menunjukkannya kepada Jon
dan dia akan berasa marah?
158
00:13:45,929 --> 00:13:48,419
Tidak. Jon tidak begitu.
Dia akan faham yang kakak...
159
00:13:48,542 --> 00:13:50,046
muda dan takut ketika itu...
160
00:13:50,154 --> 00:13:52,514
dan hidup bersendirian dengan
Keluarga Lannister yang jahat.
161
00:13:52,831 --> 00:13:56,261
Kamu sedar Cersei pasti
gembira melihat kita bergaduh?
162
00:13:57,371 --> 00:14:00,308
Ini yang diinginkannya.
Dia mahu kita berpecah-belah.
163
00:14:00,416 --> 00:14:02,769
Kakak takut Pembesar Utara
dapat tahu tentang surat ini.
164
00:14:03,983 --> 00:14:06,270
Mereka tidak akan
hormat Lady Sansa lagi...
165
00:14:06,377 --> 00:14:08,338
jika mereka dapat tahu
kakak ikut telunjuk Cersei.
166
00:14:09,390 --> 00:14:11,109
Apa agaknya Lyanna Mormont
muda akan kata?
167
00:14:12,306 --> 00:14:14,666
Dia lebih muda daripada kakak
waktu kakak menulis surat ini.
168
00:14:15,769 --> 00:14:18,116
Kakak akan berkata,
"Saya sangat muda ketika itu?"
169
00:14:20,651 --> 00:14:23,457
Kamu marah. Ada masanya,
kemarahan mendorong orang...
170
00:14:23,566 --> 00:14:26,321
- melakukan benda yang tidak elok.
- Ada masanya, ketakutan...
171
00:14:26,444 --> 00:14:28,709
mendorong orang buat
perkara yang tidak elok.
172
00:14:30,522 --> 00:14:32,583
Saya akan pilih perasaan marah.
173
00:15:03,108 --> 00:15:04,662
Awakkah yang
mereka gelar Anjing?
174
00:15:05,109 --> 00:15:08,137
- Tak guna.
- Mereka kata awak bengis.
175
00:15:08,684 --> 00:15:11,135
Awak dilahirkan bengis atau
awak memang benci Orang Liar?
176
00:15:11,241 --> 00:15:15,167
Saya tidak pedulikan Orang Liar.
Saya benci orang berambut merah.
177
00:15:15,275 --> 00:15:20,434
Orang berambut merah cantik.
Kami dicium api, macam awak.
178
00:15:20,703 --> 00:15:22,438
Jangan menuding jari ke arah saya.
179
00:15:27,430 --> 00:15:30,158
Awak terjatuh dalam unggun api
sewaktu awak seorang bayi?
180
00:15:30,511 --> 00:15:33,901
- Bukan terjatuh, saya ditolak.
- Sejak itu, awak bengis.
181
00:15:36,010 --> 00:15:37,834
Rasanya, awak bukan
lelaki yang bengis.
182
00:15:37,942 --> 00:15:39,461
Mata awak nampak sedih.
183
00:15:40,854 --> 00:15:43,236
- Awak nak goda saya?
- Goda?
184
00:15:43,767 --> 00:15:45,908
Awak nak bersama saya?
185
00:15:46,014 --> 00:15:48,451
Goda, saya suka.
186
00:15:49,063 --> 00:15:52,800
- Pastinya.
- Tidak, saya suka perempuan.
187
00:15:53,324 --> 00:15:56,089
Ada wanita cantik menunggu
saya di Winterfell, kalau saya...
188
00:15:56,195 --> 00:16:00,397
kembali ke sana.
Rambut perang, bermata biru.
189
00:16:00,905 --> 00:16:02,677
Perempuan paling tinggi
pernah awak lihat.
190
00:16:02,783 --> 00:16:05,163
Dia hampir sama tinggi
dengan awak.
191
00:16:07,043 --> 00:16:09,482
- Brienne dari Tarth?
- Awak kenal dia?
192
00:16:09,589 --> 00:16:11,765
Awak bercinta
dengan Brienne dari Tanh?
193
00:16:11,889 --> 00:16:14,509
Saya belum bersamanya lagi
tetapi saya nampak cara dia...
194
00:16:14,633 --> 00:16:17,214
- memandang saya.
- Bagaimana dia pandang awak?
195
00:16:17,836 --> 00:16:19,876
Macam dia mahu kerat badan awak
dan makan hati awak?
196
00:16:20,420 --> 00:16:22,815
- Awak memang kenal dia.
- Kami pernah bertemu.
197
00:16:23,506 --> 00:16:25,278
Saya mahu
dia melahirkan anak saya.
198
00:16:25,383 --> 00:16:27,957
Mereka pasti sebesar gergasi.
199
00:16:28,066 --> 00:16:30,823
- Mereka akan tawan dunia.
- Bagaimana lelaki gila macam...
200
00:16:30,948 --> 00:16:34,371
- awak hidup begini lama?
- Saya pandai bunuh orang.
201
00:16:38,089 --> 00:16:40,858
- Rupa awak tidak mirip dia.
- Siapa?
202
00:16:40,982 --> 00:16:42,113
Bapa awak.
203
00:16:43,521 --> 00:16:44,943
Mungkin awak mirip ibu awak.
204
00:16:46,008 --> 00:16:48,455
- Awak kenal bapa saya?
- Sudah tentu.
205
00:16:49,533 --> 00:16:52,425
Waktu dia jadi orang kanan raja.
Dia kerah saya memburu Mountain.
206
00:16:52,536 --> 00:16:54,543
Kawan Orang Liar awak
beritahu saya Wanita Merah...
207
00:16:54,651 --> 00:16:55,852
telah buat awak kembali hidup.
208
00:16:57,403 --> 00:17:00,478
Thoros buat saya kembali hidup
sebanyak 6 kali.
209
00:17:02,109 --> 00:17:03,709
Kita berdua berkhidmat
kepada Tuhan sama.
210
00:17:04,620 --> 00:17:06,669
Saya berkhidmat
kepada Wilayah Utara.
211
00:17:06,694 --> 00:17:08,558
Bukan Wilayah Utara yang
buat awak kembali hidup.
212
00:17:08,671 --> 00:17:10,475
Dewa Cahaya tidak pernah
bercakap dengan saya.
213
00:17:10,791 --> 00:17:13,483
Saya tidak tahu apa-apa tentangnya
atau tuntutannya ke atas saya.
214
00:17:13,590 --> 00:17:16,235
- Dia mahu awak hidup.
- Kenapa?
215
00:17:17,345 --> 00:17:20,231
- Saya tidak tahu.
- Itu saja asyik disebut orang.
216
00:17:20,356 --> 00:17:24,105
"Saya tidak tahu." Apa tujuannya
berkhidmat pada Tuhan...
217
00:17:24,229 --> 00:17:26,390
yang mana kehendaknya
tidak diketahui oleh pengikutnya?
218
00:17:27,145 --> 00:17:30,950
Saya selalu memikirkannya.
Bukan matlamat kita untuk...
219
00:17:31,059 --> 00:17:33,624
memahami apa kehendaknya,
kita perlu tahu satu perkara saja.
220
00:17:34,734 --> 00:17:35,734
Kita menjadi askar.
221
00:17:36,314 --> 00:17:38,224
Kita perlu tahu apa
matlamat perjuangan kita.
222
00:17:39,017 --> 00:17:41,431
Kita tidak berjuang untuk
lelaki atau wanita yang saya...
223
00:17:41,537 --> 00:17:43,897
tidak kenal menduduki takhta
yang diperbuat daripada pedang.
224
00:17:45,280 --> 00:17:48,222
- Jadi untuk apa awak berjuang?
- Untuk hidup.
225
00:17:50,303 --> 00:17:52,521
Maut adalah musuh.
226
00:17:52,625 --> 00:17:55,564
Musuh pertama dan terakhir.
227
00:17:57,385 --> 00:17:59,565
Semua orang akan mati.
228
00:18:00,675 --> 00:18:03,829
Musuh selalu menang tetapi
kita masih perlu menentangnya.
229
00:18:04,940 --> 00:18:07,626
Itu saja yang saya tahu.
Kita berdua tidak akan temui...
230
00:18:07,733 --> 00:18:11,001
kebahagiaan di sini
tetapi kita boleh memastikan...
231
00:18:11,108 --> 00:18:13,668
orang lain hidup. Kita boleh
melindungi mereka yang...
232
00:18:13,775 --> 00:18:15,572
tidak mampu
melindungi diri mereka.
233
00:18:18,834 --> 00:18:21,345
"Saya adalah perisai yang
menjaga alam manusia."
234
00:18:21,909 --> 00:18:24,679
Mungkin kita tidak perlu
memahami lebih daripada itu.
235
00:18:25,790 --> 00:18:31,219
- Mungkin itu memadai.
- Ya, mungkin itu memadai.
236
00:18:40,890 --> 00:18:42,942
Itu yang saya nampak dalam api.
237
00:18:43,050 --> 00:18:45,144
Gunung macam kepala anak panah.
238
00:18:48,027 --> 00:18:49,795
Awak pasti'?
239
00:18:52,187 --> 00:18:54,586
Kita semakin dekat.
240
00:19:02,239 --> 00:19:04,214
Tahu apa beta suka pasal kamu?
241
00:19:05,894 --> 00:19:08,180
- Secara jujur, tidak.
- Kamu bukan seorang wira.
242
00:19:11,377 --> 00:19:13,060
Ada masanya, patik sangat berani.
243
00:19:13,529 --> 00:19:16,218
Patik pernah serang masuk
Pagar Lumpur di King's Landing.
244
00:19:16,326 --> 00:19:18,311
Beta tidak mahu kamu menjadi wira.
245
00:19:18,416 --> 00:19:20,983
Wira akan buat sesuatu
yang bodoh dan mereka mati.
246
00:19:21,512 --> 00:19:23,310
Drogo, Jorah, Dario.
247
00:19:23,418 --> 00:19:25,066
Termasuk...
248
00:19:25,173 --> 00:19:26,994
Jon Snow ini.
249
00:19:27,558 --> 00:19:29,081
Mereka cuba
menandingi satu sama lain.
250
00:19:29,487 --> 00:19:31,622
Siapa boleh buat perkara
yang paling bodoh dan berani?
251
00:19:31,967 --> 00:19:34,406
Menarik nama-nama wira
yang telah disebut oleh tuanku.
252
00:19:34,514 --> 00:19:37,291
Drogo, Jorah, Dario,
termasuk...
253
00:19:38,121 --> 00:19:39,378
Jon Snow ini.
254
00:19:39,691 --> 00:19:41,596
Mereka semua telah
jatuh cinta dengan tuanku.
255
00:19:41,996 --> 00:19:44,345
- Jon Snow tidak mencintai beta.
- Salah patik.
256
00:19:44,424 --> 00:19:46,589
Mungkin dia merenung tuanku
lama kerana mengharapkan...
257
00:19:46,696 --> 00:19:48,849
kejayaan menubuhkan
pakatan ketenteraan.
258
00:19:53,086 --> 00:19:54,207
Dia terlalu kecil buat beta.
259
00:19:55,950 --> 00:19:57,647
Beta tidak bermaksud...
260
00:19:57,754 --> 00:19:59,438
Dia memang kecil
bagi seorang wira.
261
00:20:00,548 --> 00:20:03,310
Beta tahu kamu berani.
Beta tidak akan pilih pengecut...
262
00:20:03,418 --> 00:20:06,270
untuk menjadi orang kanan beta.
263
00:20:09,722 --> 00:20:12,286
Jadi, sekiranya semua berjalan lancar...
264
00:20:12,393 --> 00:20:14,434
beta akhirnya, akan dapat
bertemu dengan kakak kamu.
265
00:20:16,695 --> 00:20:18,616
Daripada gambaran kamu,
dia rela membunuh beta...
266
00:20:18,699 --> 00:20:20,222
daripada bercakap
dengan beta.
267
00:20:20,817 --> 00:20:23,838
Dia akan seksa tuanku
dengan kejam dulu...
268
00:20:23,944 --> 00:20:25,381
dan kemudian,
dia akan bunuh tuanku.
269
00:20:26,881 --> 00:20:29,771
Patik orang yang
paling tidak mempercayai kakak patik...
270
00:20:30,520 --> 00:20:33,505
tetapi jika kita pergi ke kota,
kita bawa 2 angkatan tentera.
271
00:20:33,530 --> 00:20:35,013
Kita akan bawa tiga ekor naga.
272
00:20:35,038 --> 00:20:37,282
Kalau tuanku disentuh,
King's Landing akan dibakar.
273
00:20:37,390 --> 00:20:39,686
- Kita bakar hangus kota itu.
- Sekarang, dia sedang...
274
00:20:39,794 --> 00:20:41,771
- merancang satu perangkap.
- Sudah tentu.
275
00:20:42,241 --> 00:20:44,612
Dia juga tertanya perangkap apa
akan dirancang oleh tuanku?
276
00:20:44,637 --> 00:20:45,878
Adakah kita merancang muslihat?
277
00:20:46,839 --> 00:20:47,909
Kita memasang perangkap?
278
00:20:50,526 --> 00:20:53,637
Kalau kita mahu bina pemerintahan
baru yang lebih baik...
279
00:20:53,770 --> 00:20:55,896
patik fikir muslihat dan
pembunuhan beramai-ramai...
280
00:20:56,001 --> 00:20:58,322
- bukan cara yang terbaik.
- Perang mana dimenangi tanpa...
281
00:20:58,396 --> 00:21:00,795
muslihat dan
pembunuhan beramai-ramai'?
282
00:21:01,401 --> 00:21:03,496
Ya. Tuanku perlu
menjadi musuh yang...
283
00:21:03,603 --> 00:21:05,497
tidak berhati perut
untuk memenangi takhta.
284
00:21:05,604 --> 00:21:08,600
Tuanku mahu semai perasaan takut
terhadap tuanku tetapi...
285
00:21:08,708 --> 00:21:12,181
Cersei, bapa patik dan Joffrey
hanya membuat orang takut.
286
00:21:13,292 --> 00:21:15,893
Ia membuat kuasa mereka rapuh
kerana semua orang di bawah...
287
00:21:16,001 --> 00:21:17,241
mereka mahu
melihat mereka mati.
288
00:21:18,420 --> 00:21:20,642
Aegon Targaryen bertahan
lama menggunakan ketakutan.
289
00:21:21,752 --> 00:21:24,266
Benar, tapi tuanku pernah sebut
pasal menamatkan kitaran.
290
00:21:25,007 --> 00:21:26,931
Aegon mencipta kitaran itu.
291
00:21:27,001 --> 00:21:29,262
Kalau tuanku mahu jadi ratu begitu,
bagaimana tuanku...
292
00:21:29,347 --> 00:21:31,415
berbeza daripada
penzalim sebelum ini?
293
00:21:31,761 --> 00:21:33,521
Jadi kita akan masuk
ke dalam sarang singa?
294
00:21:34,632 --> 00:21:37,453
Abang patik berjanji akan
mengawal tentera Lannister.
295
00:21:37,561 --> 00:21:41,533
Maaf, tapi beta tidak peduli
tentang janji Lannister lain.
296
00:21:41,656 --> 00:21:44,413
- Beta peduli tentang janji kamu.
- Patik juga berjanji kepadanya...
297
00:21:44,520 --> 00:21:48,633
patik akan halang tuanku
bertindak mengikut gerak hati.
298
00:21:48,741 --> 00:21:50,882
Mengikut gerak hati'?
299
00:21:53,870 --> 00:21:58,022
Rundingan ini pasti sukar.
Kita akan duduk bersama orang...
300
00:21:58,129 --> 00:22:00,350
yang mahu lihat
kita berdua dipancung mati.
301
00:22:00,457 --> 00:22:02,561
Kakak patik akan
sebut kata-kata pedas.
302
00:22:02,668 --> 00:22:07,278
- Jadi?
- Tuanku mudah baran.
303
00:22:07,384 --> 00:22:11,020
- Macam pemimpin hebat lain.
- Bila beta baran?
304
00:22:12,131 --> 00:22:15,318
- Tuanku membakar Keluarga Tarly.
- Itu bukan ikut gerak hati.
305
00:22:15,427 --> 00:22:18,657
- Itu perlu dilakukan.
- Mungkin.
306
00:22:18,764 --> 00:22:21,865
- Mungkin?
- Mungkin bapanya saja...
307
00:22:21,990 --> 00:22:24,533
perlu mati, bukan anaknya sekali.
Mungkin mereka berdua...
308
00:22:24,641 --> 00:22:28,598
perlukan masa untuk merenung
kesilapan mereka dalam kurungan.
309
00:22:28,704 --> 00:22:30,876
Kita tidak sempat
bincang kemungkinannya...
310
00:22:30,984 --> 00:22:33,334
sebelum tuanku
mengakhiri kemungkinan mereka.
311
00:22:33,458 --> 00:22:36,173
Kamu seakan memihak keluarga kamu
dalam perdebatan ini.
312
00:22:36,299 --> 00:22:38,603
Memang saya memihak mereka.
313
00:22:38,710 --> 00:22:42,392
Patik perlu memihak musuh
untuk memahami perspektif musuh.
314
00:22:42,498 --> 00:22:45,980
Patik mahu tahu perspektif musuh
untuk menduga rancangannya.
315
00:22:46,087 --> 00:22:48,568
Barulah kita boleh agak tindakan mereka
dan mengalahkan mereka.
316
00:22:49,473 --> 00:22:53,650
Patik mahu tuanku mencapainya
kerana patik percaya pada tuanku...
317
00:22:53,759 --> 00:22:55,312
dan dunia baru
yang tuanku ingin bina.
318
00:22:55,844 --> 00:22:58,496
Namun, dunia yang ingin dibina
tuanku tidak dapat dicapai...
319
00:22:58,602 --> 00:23:02,613
dalam sekelip mata, mungkin
tidak dalam jangka hayat ini.
320
00:23:02,734 --> 00:23:05,874
Bagaimana nak memastikan
wawasan tuanku akan berlangsung?
321
00:23:05,983 --> 00:23:08,024
Setelah menamatkan kitaran,
bagaimana tuanku akan...
322
00:23:08,069 --> 00:23:10,097
memastikan
ia benar-benar tamat?
323
00:23:11,207 --> 00:23:15,930
Kamu nak tahu siapa akan duduki
Takhta Besi selepas beta mangkat?
324
00:23:17,052 --> 00:23:19,771
Tuanku berkata tuanku tidak
mampu melahirkan zuriat tetapi...
325
00:23:19,880 --> 00:23:22,768
ada cara lain
untuk memilih pengganti.
326
00:23:22,874 --> 00:23:25,308
Pengawal Malam ada satu kaedah,
begitu juga Orang Besi...
327
00:23:25,416 --> 00:23:27,983
- walaupun wujud kecacatan.
- Kita bincang hal pewarisan...
328
00:23:28,092 --> 00:23:30,820
- selepas beta memakai mahkota.
- Tuanku, patik nampak beratus...
329
00:23:30,928 --> 00:23:33,813
anak panah menyasar tuanku dalam
pertempuran Blackwater Rush...
330
00:23:33,921 --> 00:23:36,246
dan patik melihat
beratus anak panah tersasar.
331
00:23:36,352 --> 00:23:38,203
Namun, salah satunya boleh
menusuk jantung tuanku dan...
332
00:23:38,311 --> 00:23:39,829
- membunuh tuanku.
- Kamu dah berfikir pasal...
333
00:23:39,934 --> 00:23:41,374
kemangkatan beta?
Adakah ia antara perkara...
334
00:23:41,479 --> 00:23:44,957
yang dibincang dengan
abang kamu di King's Landing?
335
00:23:45,062 --> 00:23:46,673
Patik cuba berkhidmat untuk
tuanku dengan merancang...
336
00:23:46,698 --> 00:23:48,597
- untuk jangka panjang.
- Mungkin jika kamu merancang...
337
00:23:48,622 --> 00:23:51,914
untuk jangka pendek, kita tidak
kehilangan Dome dan Highgarden,
338
00:23:54,071 --> 00:23:58,599
Kita akan bincang isu pewarisan
selepas beta dimahkotakan.
339
00:24:46,885 --> 00:24:48,648
Beruang.
340
00:24:58,809 --> 00:25:01,273
Adakah ia beruang bermata biru?
341
00:27:06,106 --> 00:27:08,783
Dia perlu dibawa
balik ke Eastwatch.
342
00:27:10,143 --> 00:27:11,662
Tabung air.
343
00:27:30,673 --> 00:27:32,091
Buatlah.
344
00:27:48,272 --> 00:27:52,833
- Awak baik?
- Saya baru dibaham beruang mati.
345
00:27:53,553 --> 00:27:55,200
Benar.
346
00:27:58,356 --> 00:28:00,673
Kehidupan ini aneh.
347
00:28:01,951 --> 00:28:05,220
Baiklah, ayuh pergi.
348
00:28:31,900 --> 00:28:34,825
- Dari mana dia mendapatnya?
- Entah.
349
00:28:34,931 --> 00:28:37,255
Dia sangat bijak.
350
00:28:39,766 --> 00:28:43,157
- Awak bimbang.
- Kita meminta 20 ribu orang...
351
00:28:43,264 --> 00:28:45,809
berjuang untuk kita dalam
musim sejuk paling buruk.
352
00:28:46,919 --> 00:28:48,600
Cuaca ini tidak akan
menjadi masalah besar.
353
00:28:49,824 --> 00:28:52,431
Ramai yang pasti berpuas hati
dengan alasan untuk pulang.
354
00:28:52,537 --> 00:28:53,716
Awak persoalkan kesetiaan mereka?
355
00:28:53,824 --> 00:28:56,687
Mereka setia kepada Jon.
Jon tidak ada di sini, sudah...
356
00:28:56,795 --> 00:28:58,270
berminggu lamanya, saya
tidak terima berita daripadanya.
357
00:28:58,377 --> 00:29:01,442
Awak menjadi ketua Winterfell.
Raja telah memilih awak untuk...
358
00:29:01,550 --> 00:29:05,146
memerintah semasa ketiadaannya.
359
00:29:05,266 --> 00:29:09,790
Awak memang pun memerintah,
dengan bijak dan mahir.
360
00:29:10,900 --> 00:29:12,731
Mereka kata yang
mereka hormat pada awak.
361
00:29:12,838 --> 00:29:14,531
Malah, ada juga yang lebih
suka cara pemerintahan awak.
362
00:29:14,654 --> 00:29:16,373
Ya, mereka menafikan Jon
sewaktu dia mahu merampas...
363
00:29:16,479 --> 00:29:18,327
semula Winterfell, kemudian
mereka menamakannya raja.
364
00:29:18,434 --> 00:29:20,702
Sekarang, mereka
bersedia untuk membelot lagi.
365
00:29:20,808 --> 00:29:23,049
Sejauh manakah awak
mahu percaya orang begitu?
366
00:29:23,156 --> 00:29:25,807
Mereka bagaikan lalang.
Kalau mereka tahu saya telah...
367
00:29:25,915 --> 00:29:28,296
menulis surat itu,
wanita yang telah berkahwin...
368
00:29:28,404 --> 00:29:31,928
bukan dengan seorang tetapi
dengan dua musuh keluarganya...
369
00:29:32,035 --> 00:29:35,307
sebaik saja Jon pulang,
dia tidak akan ada tentera lagi.
370
00:29:35,413 --> 00:29:37,276
Arya bukan seperti mereka.
371
00:29:39,548 --> 00:29:42,514
Dia adik awak.
Kamu mungkin bertelagah...
372
00:29:42,622 --> 00:29:44,394
tapi dia tidak akan
mengkhianati keluarganya.
373
00:29:45,505 --> 00:29:47,865
Dia akan buat begitu kalau
dia fikir saya rela khianati Jon.
374
00:29:48,604 --> 00:29:50,991
- Itu yang dia fikir'?
- Saya tidak tahu.
375
00:29:51,895 --> 00:29:54,043
Saya tidak kenal dia lagi.
376
00:29:56,072 --> 00:29:58,131
Mungkin Lady Brienne
dapat membantu.
377
00:30:00,130 --> 00:30:02,573
Dia bersumpah setia untuk
melindungi kedua-dua...
378
00:30:02,695 --> 00:30:06,212
orang anak gadis Catelyn Stark.
Benar?
379
00:30:07,739 --> 00:30:09,709
Ya.
380
00:30:13,702 --> 00:30:15,742
Kalau salah seorang
daripada kamu merancang untuk...
381
00:30:15,787 --> 00:30:18,690
mencederakan seorang lagi,
bukankah dia terikat pada...
382
00:30:18,796 --> 00:30:21,393
janjinya untuk masuk campur'?
383
00:30:22,670 --> 00:30:24,986
Ya.
384
00:30:37,357 --> 00:30:39,953
- Saya ingin tahu sesuatu.
- Baiklah.
385
00:30:41,064 --> 00:30:43,620
Awak mabuk waktu
awak merempuh serang di Pyke?
386
00:30:45,323 --> 00:30:47,925
Secara jujur,
saya tidak ingat serangan itu.
387
00:30:50,614 --> 00:30:52,854
Beberapa orang menceritakannya
kepada saya keesokan pagi.
388
00:30:54,582 --> 00:30:55,810
Bunyinya sangat menarik.
389
00:30:56,663 --> 00:31:00,215
Memang pun.
390
00:31:01,325 --> 00:31:06,316
Keturunan Besi sangka awak dewa,
cara awak hayun pedang berapi itu.
391
00:31:08,263 --> 00:31:10,645
Saya anggap awaklah orang
paling berani pernah saya lihat.
392
00:31:12,217 --> 00:31:14,073
Cuma orang yang paling mabuk.
393
00:31:54,732 --> 00:31:56,875
- Mana yang lain?
- Kalau kita tunggu cukup lama...
394
00:31:56,983 --> 00:31:59,117
kita akan dapat tahu.
395
00:34:28,372 --> 00:34:31,013
Kembali ke Eastwatch.
Hantar utusan kepada Daenerys.
396
00:34:31,038 --> 00:34:33,025
- Beritahu dia kejadian di sini.
- Saya tidak mahu tinggalkan kamu.
397
00:34:33,050 --> 00:34:35,026
Awak yang paling laju.
Pergi sekarang!
398
00:34:36,890 --> 00:34:39,599
Awak dapat bergerak lebih cepat
tanpa tukul itu. Beri kepada saya.
399
00:34:48,637 --> 00:34:51,946
Lekas!
Ayuh!
400
00:34:59,244 --> 00:35:00,552
Berhenti!
401
00:35:18,471 --> 00:35:20,657
Lari:
402
00:38:07,342 --> 00:38:10,278
Apa telah berlaku?
Mana yang lain?
403
00:38:11,054 --> 00:38:13,414
Kita perlu hantar utusan.
404
00:38:14,524 --> 00:38:16,035
Panggil Maester sekarang!
405
00:38:57,472 --> 00:39:00,120
Thoros.
406
00:39:02,562 --> 00:39:04,996
Thoros.
407
00:39:22,048 --> 00:39:24,613
Kata orang, ia antara
cara terbaik untuk mati.
408
00:39:38,008 --> 00:39:41,787
Dewa Cahaya, tunjukkan kami jalan.
409
00:39:42,193 --> 00:39:44,291
Datanglah kepada kami pada
detik kegelapan kami...
410
00:39:44,397 --> 00:39:46,623
dan bawa hambaMu
ke dalam cahaya.
411
00:39:51,704 --> 00:39:53,546
Kita kena bakar mayatnya.
412
00:39:56,781 --> 00:40:00,978
Kita akan menyusulinya kecuali
Dewa Cahaya bermurah hati...
413
00:40:01,086 --> 00:40:03,309
menghantar kita sedikit api.
414
00:40:11,887 --> 00:40:17,283
Dewa Cahaya, datanglah kepada
kami pada detik kegelapan kami...
415
00:40:17,391 --> 00:40:19,285
kerana malam ini
gelap dan penuh ngeri.
416
00:40:43,836 --> 00:40:45,228
Kita akan menjadi beku.
417
00:40:46,915 --> 00:40:48,644
Air pun akan beku.
418
00:40:52,509 --> 00:40:55,816
Waktu awak membunuh
Jembalang Putih, hampir...
419
00:40:55,923 --> 00:40:59,902
semua jembalang yang ikut
lelah mati. Kenapa?
420
00:41:01,270 --> 00:41:03,200
Mungkin dia telah tukar mereka.
421
00:41:04,609 --> 00:41:08,782
Kalau kita sasar Jembalang,
mungkin kita akan ada peluang.
422
00:41:08,889 --> 00:41:13,676
Tidak.
Kita mesti bawa ia balik bersama kita.
423
00:41:17,068 --> 00:41:19,256
Utusan dihantar
ke Dragonstone sekarang.
424
00:41:20,366 --> 00:41:22,477
Daenerys adalah
satu-satunya harapan kita.
425
00:41:22,870 --> 00:41:24,804
Tidak.
426
00:41:24,909 --> 00:41:27,764
Ada seorang lagi.
427
00:41:28,458 --> 00:41:30,655
Bunuh dia.
428
00:41:31,055 --> 00:41:34,401
Dia telah tukar mereka semua.
429
00:41:37,179 --> 00:41:39,069
Awak tidak faham.
430
00:41:40,260 --> 00:41:42,749
Dewa telah menghidupkan
kembali awak dan saya.
431
00:41:43,942 --> 00:41:46,033
Tiada orang lain,
cuma kita berdua.
432
00:41:47,143 --> 00:41:49,610
Dia buat begitu untuk
melihat kita mati membeku?
433
00:41:51,355 --> 00:41:54,261
Hati-hati, Beric.
Awak kehilangan paderi awak.
434
00:41:55,371 --> 00:41:58,508
- Ini nyawa terakhir awak.
- Sudah lama saya tunggu penamat.
435
00:42:00,063 --> 00:42:02,605
Mungkin Dewa membawa saya
ke sini untuk saya menemuinya.
436
00:42:03,716 --> 00:42:05,517
Semua pembesar yang
saya temui tidak berguna.
437
00:42:06,627 --> 00:42:09,341
Tiada bezanya
dengan Dewa Cahaya.
438
00:42:22,474 --> 00:42:24,078
Cik Puan.
439
00:42:34,107 --> 00:42:36,294
Cik Puan?
440
00:42:36,402 --> 00:42:39,631
Ini adalah jemputan
ke King's Landing.
441
00:42:46,374 --> 00:42:49,853
- Cik Puan adalah Lady Winterfell.
- Benar dan kamu akan mewakili...
442
00:42:49,961 --> 00:42:52,524
kepentingan saya di perhimpunan
ini mengikut kesesuaian.
443
00:42:53,635 --> 00:42:55,835
Mereka menjemput Cik Puan.
Mereka mahu Cik Puan di sana.
444
00:42:57,122 --> 00:42:59,445
Saya tidak mahu menjejak kaki
di King's Landing selagi...
445
00:42:59,553 --> 00:43:01,535
Cersei Lannister
masih menjadi ratu di sana.
446
00:43:01,958 --> 00:43:03,781
Mereka mahukan seorang
lagi banduan Stark?
447
00:43:03,889 --> 00:43:05,734
Mereka boleh
datang menangkap saya.
448
00:43:05,844 --> 00:43:08,111
Sehingga itu,
saya enggan berganjak.
449
00:43:09,016 --> 00:43:10,655
Banyak kerja
saya perlu buat di sini.
450
00:43:12,981 --> 00:43:16,082
- Ia tidak selamat.
- Ser Jaime ada di sana.
451
00:43:17,193 --> 00:43:19,033
Kamu kata dia melayan
kamu dengan penuh hormat.
452
00:43:19,232 --> 00:43:22,718
Saya tidak bimbangkan diri saya.
Tak selamat meninggalkan...
453
00:43:22,824 --> 00:43:25,886
- Cik Puan dengan Littlefinger.
- Saya ada ramai pengawal...
454
00:43:25,993 --> 00:43:28,506
yang akan kurung atau
penggal kepalanya, sama ada...,.
455
00:43:28,613 --> 00:43:29,894
Kamu ada di sini atau pun tidak.
456
00:43:29,925 --> 00:43:33,063
Cik Puan percaya mereka setia?
Cik Puan yakin dia tidak cakap...
457
00:43:33,168 --> 00:43:34,852
dengan mereka
semua di belakang Cik Puan?
458
00:43:34,977 --> 00:43:37,312
Biar saya sekurang-kurangnya
meninggalkan Podrick untuk...
459
00:43:37,419 --> 00:43:40,443
memerhati Cik Puan.
Dia cekap bermain pedang.
460
00:43:40,550 --> 00:43:44,320
Saya tidak perlu diperhatikan,
dijaga atau dibimbangkan.
461
00:43:45,430 --> 00:43:47,441
Saya bukan kanak-kanak.
Saya pembesar Winterfell...
462
00:43:47,549 --> 00:43:49,121
dan saya berada di rumah saya.
463
00:43:49,230 --> 00:43:51,166
Ini tempat paling
selamat untuk saya.
464
00:43:52,443 --> 00:43:56,617
Cik Puan, saya bersumpah
untuk melindungi Cik Puan dan...
465
00:43:56,740 --> 00:43:59,371
- adik Cik Puan. Jika saya...
- Perjalanan ke King's Landing...
466
00:43:59,480 --> 00:44:01,642
sangat jauh, Lady Brienne dan
kamu bukan merantau...
467
00:44:01,749 --> 00:44:04,391
pada musim panas. Lebih cepat
kamu bertolak, lebih bagus...
468
00:44:04,496 --> 00:44:06,847
peluang kamu untuk
sampai tepat masanya.
469
00:44:09,957 --> 00:44:12,360
Baik, Cik Puan.
470
00:44:33,942 --> 00:44:35,918
Jangan.
471
00:44:36,448 --> 00:44:38,082
Tuanku orang
paling penting di dunia.
472
00:44:38,189 --> 00:44:40,678
Tuanku tidak boleh pergi
ke tempat paling berbahaya.
473
00:44:40,786 --> 00:44:42,764
- Siapa lagi boleh?
- Tiada sesiapa.
474
00:44:42,869 --> 00:44:44,762
Mereka tahu risikonya
waktu mereka pergi.
475
00:44:44,868 --> 00:44:47,757
Tuanku tidak boleh menaiki
takhta kalau tuanku mati.
476
00:44:47,861 --> 00:44:49,850
Tuanku tidak boleh
menamatkan kitaran kalau mati.
477
00:44:50,960 --> 00:44:53,161
- Habis, apa kamu mahu beta buat?
- Jangan bual apa-apa.
478
00:44:54,217 --> 00:44:56,617
Ada masanya, tidak buat apa-apa
paling sukar untuk kita buat.
479
00:44:58,289 --> 00:45:01,530
Kalau tuanku mati,
kami semua hilang arah.
480
00:45:03,088 --> 00:45:05,193
Semua orang, segala-galanya.
481
00:45:06,976 --> 00:45:09,377
Kamu melarang beta bertindak dulu
dan beta dengar cakap kamu.
482
00:45:10,485 --> 00:45:12,737
Beta tidak akan
duduk berdiam lagi.
483
00:46:08,953 --> 00:46:10,759
Tak guna.
484
00:49:07,422 --> 00:49:08,695
Berundur!
485
00:49:10,357 --> 00:49:12,920
- Berundur!
- Ayuh!
486
00:49:39,847 --> 00:49:41,904
Tolong saya!
487
00:52:53,708 --> 00:52:55,763
Jon!
488
00:54:45,407 --> 00:54:48,677
Pergi
489
00:57:46,134 --> 00:57:49,073
Pak Cik Benjen?
Bagaimana?
490
00:57:51,668 --> 00:57:54,268
- Menunggang ke genting.
- Ikut saya.
491
00:57:55,005 --> 00:57:57,826
Tiada masa.
Pergi!
492
00:59:13,393 --> 00:59:15,158
Jumpa lagi, Clegane.
493
00:59:15,266 --> 00:59:17,038
Harapnya tidak.
494
00:59:46,310 --> 00:59:49,441
Tiba masa untuk kita pergi, Tuanku.
495
00:59:51,498 --> 00:59:53,301
Sekejap lagi.
496
01:00:27,499 --> 01:00:29,980
Buka pintu!
497
01:02:11,516 --> 01:02:13,069
Bukan apa yang kakak cari?
498
01:02:15,774 --> 01:02:18,673
Ada ratusan orang yang
setia kepada saya di Winterfell.
499
01:02:20,910 --> 01:02:22,461
Mereka tiada di sini sekarang.
500
01:02:25,075 --> 01:02:28,558
- Apa ini?
- Wajah saya.
501
01:02:31,465 --> 01:02:34,854
- Dari mana kamu dapat?
- Di Braavos. Waktu saya...
502
01:02:34,962 --> 01:02:37,036
sedang berlatih menjadi
Orang Tidak Berwajah.
503
01:02:38,211 --> 01:02:40,824
Apa maksudnya itu?
504
01:02:41,913 --> 01:02:45,711
Di Braavos, sebelum saya
mendapat wajah pertama...
505
01:02:46,821 --> 01:02:48,895
saya bermain satu permainan.
506
01:02:49,002 --> 01:02:51,140
Permainan Wajah.
507
01:02:52,251 --> 01:02:55,346
Mudah saja. Saya tanya
soalan pasal diri kakak...
508
01:02:55,469 --> 01:02:58,204
dan kakak cuba berbohong
mengatakan ia benar.
509
01:02:59,314 --> 01:03:01,115
Kalau kakak berjaya
menipu saya, kakak menang.
510
01:03:02,179 --> 01:03:05,067
Kalau saya tahu
kakak menipu, kakak kalah.
511
01:03:05,681 --> 01:03:08,415
Mari bermain.
512
01:03:08,521 --> 01:03:11,113
Saya tidak mahu.
513
01:03:11,220 --> 01:03:13,867
Apa perasaan kakak
lentang Jon menjadi raja?
514
01:03:14,978 --> 01:03:17,296
Kakak fikir orang lain
patut memerintah Utara?
515
01:03:17,403 --> 01:03:20,126
Topeng apa itu'?
516
01:03:21,728 --> 01:03:25,122
Kakak nak tahu?
Pasti?
517
01:03:25,803 --> 01:03:27,933
Permainan Wajah tidak
memanfaatkan orang terakhir...
518
01:03:28,041 --> 01:03:30,847
- yang tanya saya soalan.
- Beritahu saya apa ini?
519
01:03:34,878 --> 01:03:37,483
Kita berdua mahu menjadi orang
lain sewaktu kita kecil.
520
01:03:39,218 --> 01:03:42,444
Kakak mahu menjadi ratu,
duduk di sisi raja muda yang...
521
01:03:42,550 --> 01:03:44,609
kacak di alas Takhta Besi.
522
01:03:46,091 --> 01:03:49,377
Saya mahu menjadi kesatria,
untuk membawa pedang macam...
523
01:03:49,483 --> 01:03:51,542
ayah dan pergi berperang.
524
01:03:54,056 --> 01:03:56,496
Kita berdua tidak
dapat menjadi orang itu.
525
01:03:57,936 --> 01:04:00,847
Dunia ini tidak benarkan perempuan
menentukan masa depan mereka.
526
01:04:02,824 --> 01:04:04,537
Namun, saya boleh
buat begitu sekarang.
527
01:04:04,644 --> 01:04:07,964
Dengan wajah itu,
saya boleh memilih.
528
01:04:08,071 --> 01:04:10,131
Saya boleh menjadi orang lain.
529
01:04:11,291 --> 01:04:14,799
Bercakap dengan suara mereka,
hidup dalam kulit mereka.
530
01:04:18,303 --> 01:04:20,443
Malah, saya boleh menjadi kakak.
531
01:04:28,005 --> 01:04:32,691
Saya tertanya bagaimana
rasanya memakai gaun cantik...
532
01:04:34,722 --> 01:04:37,163
dan menjadi Lady Winterfell.
533
01:04:39,645 --> 01:04:42,256
Saya cuma perlu tahu...
534
01:04:43,942 --> 01:04:46,920
wajah kakak.
535
01:05:44,130 --> 01:05:46,523
Maafkan saya.
536
01:05:48,014 --> 01:05:51,401
Saya benar-benar minta maaf.
537
01:06:01,321 --> 01:06:03,702
Saya harap, saya
boleh tarik ia balik.
538
01:06:05,660 --> 01:06:08,417
Saya harap kami tidak pergi.
539
01:06:11,164 --> 01:06:13,674
Tidak.
540
01:06:14,318 --> 01:06:17,429
Kalau kita tidak pergi,
saya tidak boleh melihatnya.
541
01:06:18,675 --> 01:06:21,270
Kamu perlu melihatnya,
barulah kamu akan tahu.
542
01:06:22,451 --> 01:06:24,902
Sekarang, beta dah tahu.
543
01:06:27,339 --> 01:06:29,743
Naga itu adalah anak-anak beta.
544
01:06:30,387 --> 01:06:34,071
Cuma itu saja zuriat beta.
Tuan faham?
545
01:06:40,683 --> 01:06:43,570
Kita akan musnahkan
Raja Malam dan tenteranya.
546
01:06:44,906 --> 01:06:47,581
Kita akan berjuang
bersama-sama.
547
01:06:48,490 --> 01:06:51,540
Beta berjanji.
548
01:06:53,778 --> 01:06:55,716
Terima kasih, Dany.
549
01:06:57,044 --> 01:06:59,691
Dany?
550
01:07:00,206 --> 01:07:02,631
Siapa orang terakhir
yang panggil beta begitu?
551
01:07:04,156 --> 01:07:06,440
Saya tak pasti.
Mungkinkah abang beta?
552
01:07:07,096 --> 01:07:10,016
Dia bukan orang yang
tuan mahu sebagai teman.
553
01:07:11,347 --> 01:07:13,271
Baiklah.
554
01:07:14,382 --> 01:07:16,537
Bukan Dam].
555
01:07:19,767 --> 01:07:21,987
Bagaimana dengan Ratuku?
556
01:07:25,363 --> 01:07:28,674
Patik akan melutut tetapi...
557
01:07:29,089 --> 01:07:31,507
Bagaimana dengan mereka
yang bersumpah selia pada tuan?
558
01:07:31,614 --> 01:07:34,381
Mereka akan kenali
diri tuanku yang sebenar.
559
01:07:51,053 --> 01:07:53,347
Beta harap beta layak.
560
01:07:54,477 --> 01:07:56,196
Tuanku layak.
561
01:08:16,668 --> 01:08:19,180
Tuan patut berehat.
562
01:10:05,819 --> 01:10:05,922
b
563
01:10:05,923 --> 01:10:06,027
ba
564
01:10:06,028 --> 01:10:06,131
bad
565
01:10:06,132 --> 01:10:06,235
badh
566
01:10:06,236 --> 01:10:06,340
badh1
567
01:10:06,341 --> 01:10:06,444
badh18
568
01:10:06,445 --> 01:10:06,548
badh182
569
01:10:06,549 --> 01:10:06,653
badh182
570
01:10:06,654 --> 01:10:06,757
badh182
571
01:10:06,758 --> 01:10:06,861
badh182
(
572
01:10:06,862 --> 01:10:06,966
badh182
(
573
01:10:06,967 --> 01:10:07,070
badh182
( M
574
01:10:07,071 --> 01:10:07,174
badh182
( Ma
575
01:10:07,175 --> 01:10:07,278
badh182
( Mal
576
01:10:07,279 --> 01:10:07,383
badh182
( Mala
577
01:10:07,384 --> 01:10:07,487
badh182
( Malay
578
01:10:07,488 --> 01:10:07,591
badh182
( Malays
579
01:10:07,592 --> 01:10:07,696
badh182
( Malaysi
580
01:10:07,697 --> 01:10:07,800
badh182
( Malaysia
581
01:10:07,801 --> 01:10:07,904
badh182
( Malaysia
582
01:10:07,905 --> 01:10:08,009
badh182
( Malaysia S
583
01:10:08,010 --> 01:10:08,113
badh182
( Malaysia Su
584
01:10:08,114 --> 01:10:08,217
badh182
( Malaysia Sub
585
01:10:08,218 --> 01:10:08,322
badh182
( Malaysia Subb
586
01:10:08,323 --> 01:10:08,426
badh182
( Malaysia Subbe
587
01:10:08,427 --> 01:10:08,530
badh182
( Malaysia Subber
588
01:10:08,531 --> 01:10:08,635
badh182
( Malaysia Subbers
589
01:10:08,636 --> 01:10:08,739
badh182
( Malaysia Subbers
590
01:10:08,740 --> 01:10:08,843
badh182
( Malaysia Subbers C
591
01:10:08,844 --> 01:10:08,948
badh182
( Malaysia Subbers Cr
592
01:10:08,949 --> 01:10:09,052
badh182
( Malaysia Subbers Cre
593
01:10:09,053 --> 01:10:09,156
badh182
( Malaysia Subbers Crew
594
01:10:09,157 --> 01:10:09,261
badh182
( Malaysia Subbers Crew
595
01:10:09,262 --> 01:10:09,366
badh182
( Malaysia Subbers Crew )
596
01:10:09,391 --> 01:10:15,209
badh182
( Malaysia Subbers Crew )