1 00:00:01,793 --> 00:00:05,464 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,134 --> 00:00:10,802 NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN 3 00:01:44,521 --> 00:01:46,231 Ini Russo. Sila tinggalkan mesej. 4 00:01:46,481 --> 00:01:48,025 Dia tak jawab panggilan saya. 5 00:01:48,191 --> 00:01:50,027 Tentu dia tahu semuanya dah musnah. 6 00:01:50,485 --> 00:01:52,696 Awak tak rasa ada cara lain untuk dia kembali pulih? 7 00:01:53,614 --> 00:01:55,532 Ahli Republikan akan memainkan temu ramah itu 8 00:01:55,616 --> 00:01:58,910 di setiap stesen radio dan televisyen dari sekarang sampai 5 November nanti. 9 00:02:00,037 --> 00:02:01,246 Saya kasihan dengan dia, 10 00:02:01,330 --> 00:02:02,998 tapi saya memang risau sejak mula lagi. 11 00:02:03,081 --> 00:02:04,958 Saya sepatutnya dengar cakap awak, tuan. 12 00:02:05,334 --> 00:02:07,210 Saya ingat dia boleh atasi tekanan ini. 13 00:02:08,086 --> 00:02:09,963 Okey. Jadi dia tarik diri. 14 00:02:10,213 --> 00:02:11,506 Kita kena cari pengganti dia. 15 00:02:11,673 --> 00:02:12,841 Awak ada cadangan? 16 00:02:13,925 --> 00:02:15,802 Dalam masa kurang dari dua bulan? 17 00:02:17,763 --> 00:02:20,140 Kalau presiden tak sisihkan saya masa perbincangan awal, 18 00:02:20,223 --> 00:02:22,351 saya boleh fikirkan pilihan yang baik, tapi... 19 00:02:22,434 --> 00:02:25,103 Saya tak tahu sesiapa yang ada nama dan sumber penderma 20 00:02:25,187 --> 00:02:28,315 untuk memulakan kempen baru dari awal dalam masa tujuh minggu. 21 00:02:29,691 --> 00:02:30,609 Biar saya fikir. 22 00:02:33,320 --> 00:02:36,281 Semuanya bergantung pada apa yang akan berlaku dalam beberapa minit lagi. 23 00:02:36,531 --> 00:02:39,493 Semua perancangan berbulan-bulan, setiap tindakan yang saya ambil. 24 00:02:42,954 --> 00:02:44,122 Ada seorang. 25 00:02:44,748 --> 00:02:45,582 Siapa? 26 00:02:48,668 --> 00:02:49,836 Awak, Encik Naib Presiden. 27 00:02:52,089 --> 00:02:54,466 Kalau awak bertanding untuk mendapatkan semula kerusi awak, 28 00:02:54,549 --> 00:02:56,009 saya rasa awak akan menang besar. 29 00:02:56,093 --> 00:02:57,552 Letak jawatan naib presiden? 30 00:02:57,636 --> 00:02:59,346 Itu pun kalau awak menang. 31 00:02:59,930 --> 00:03:01,890 Walker perlukan saya pada tahun 2016. 32 00:03:03,600 --> 00:03:06,561 Awak pasti dia akan simpan awak sebagai calon? 33 00:03:06,645 --> 00:03:11,233 Maksud saya, semua orang tahu yang kamu berdua tak sebulu. 34 00:03:12,692 --> 00:03:13,693 Apa dia cakap? 35 00:03:16,905 --> 00:03:19,741 Awak buat saya rasa serba salah pula. 36 00:03:20,075 --> 00:03:21,743 Dia ada kutuk saya? 37 00:03:22,661 --> 00:03:27,040 Ayat yang dia guna ialah "menyusahkan". 38 00:03:32,879 --> 00:03:33,922 Sial. 39 00:03:34,005 --> 00:03:36,091 Dia tak tahu macam mana nak jadi pemimpin, 40 00:03:36,174 --> 00:03:37,634 tak tahu nak hormat orang. 41 00:03:39,261 --> 00:03:40,595 - Ini idea dia, ya? - Tak. 42 00:03:40,679 --> 00:03:41,680 Cara nak singkirkan saya? 43 00:03:41,763 --> 00:03:44,474 Tak, saya yang terfikir semalam dan saya rasa lebih baik dikongsi. 44 00:03:44,558 --> 00:03:46,476 Tapi saya tak pernah bincang dengan orang lain. 45 00:03:46,560 --> 00:03:47,394 Jangan. 46 00:03:47,978 --> 00:03:50,564 Mana ada orang tinggalkan Rumah Putih untuk jadi gabenor? 47 00:03:54,568 --> 00:03:56,987 Boleh saya tanya satu soalan peribadi, tuan? 48 00:03:57,571 --> 00:03:59,489 Betulkah awak nak jadi naib presiden? 49 00:04:00,615 --> 00:04:03,285 Peter cakap, masa awak ikut berkempen, 50 00:04:03,368 --> 00:04:06,121 awak sungguh bersemangat dan bertenaga 51 00:04:06,204 --> 00:04:10,375 sampai dia fikir awak mungkin rindu nak jadi gabenor. 52 00:04:13,170 --> 00:04:14,171 Memang pun. 53 00:04:14,337 --> 00:04:16,423 Kenapa tak nak jadi gabenor semula? 54 00:04:17,090 --> 00:04:19,593 Awak boleh jadi wira dalam pilihan raya ini 55 00:04:19,676 --> 00:04:23,180 dan menang di Pennsylvania untuk ahli Demokrat pada tahun 2016. 56 00:04:24,639 --> 00:04:26,975 Garrett takkan setuju dengan idea begini, 57 00:04:27,893 --> 00:04:29,060 walaupun dia benci saya. 58 00:04:29,644 --> 00:04:30,854 Dia akan nampak lemah, 59 00:04:30,937 --> 00:04:32,981 macam dia tak dapat kawal tampuk pentadbiran. 60 00:04:33,982 --> 00:04:36,276 Melainkan kalau ia keputusan bersama. 61 00:04:37,444 --> 00:04:39,446 Begini, biar saya bincang dengan Garrett. 62 00:04:39,946 --> 00:04:41,865 Saya takkan cakap yang kita pernah berbincang. 63 00:04:44,242 --> 00:04:47,078 Saya rasa tak salah kalau sekadar nak tahu pendapat dia. 64 00:04:47,746 --> 00:04:49,372 Terima kasih, Encik Naib Presiden. 65 00:04:53,794 --> 00:04:54,753 Slogan untuk 400 dolar. 66 00:04:54,836 --> 00:04:57,714 "1976. Dia buat kita rasa bangga lagi." 67 00:04:58,423 --> 00:04:59,716 - DJ. - Siapa Carter? 68 00:04:59,800 --> 00:05:02,052 - Bukan. John. - Siapa Ford? 69 00:05:02,135 --> 00:05:03,178 Peter? 70 00:05:03,929 --> 00:05:05,180 Slogan untuk 600 dolar. 71 00:05:05,263 --> 00:05:06,515 Peter, awak di sini? 72 00:05:06,598 --> 00:05:08,725 "1888. Topi datuk muat dengan Ben." 73 00:05:09,392 --> 00:05:11,394 - Claudia. - Siapa Benjamin Harrison? 74 00:05:11,478 --> 00:05:12,354 Ya. 75 00:05:12,687 --> 00:05:14,231 Slogan presiden untuk 800 dolar. 76 00:05:14,314 --> 00:05:15,816 "1900: Baldi penuh..." 77 00:05:15,899 --> 00:05:18,985 Dalam perjalanan tadi saya hampir telefon polis suruh mereka pecah masuk 78 00:05:19,069 --> 00:05:20,987 dan pastikan awak tak cederakan diri sendiri. 79 00:05:21,947 --> 00:05:23,865 Saya takkan tanya apa yang berlaku. 80 00:05:24,491 --> 00:05:25,659 Dah tak penting sekarang. 81 00:05:25,742 --> 00:05:26,660 "1964. Dalam hati..." 82 00:05:26,743 --> 00:05:28,245 Apa yang penting sekarang... 83 00:05:29,246 --> 00:05:30,914 - Yang penting... - Siapa Goldwater? 84 00:05:32,874 --> 00:05:34,292 - Claudia. - Siapa Goldwater? 85 00:05:34,376 --> 00:05:35,293 Barry Goldwater. 86 00:05:35,377 --> 00:05:36,211 Ya. 87 00:05:39,464 --> 00:05:41,883 Jangan begitu. Hei, saya nak tengok. 88 00:05:45,595 --> 00:05:48,682 Apa yang penting ialah 50 wartawan ada di depan bangunan awak 89 00:05:48,765 --> 00:05:52,018 dan 150 pekerja kempen yang tak tahu sama ada mereka masih ada kerja atau tak. 90 00:05:52,602 --> 00:05:54,104 Semuanya dah berakhir. 91 00:05:55,438 --> 00:05:56,273 Saya tahu. 92 00:05:58,108 --> 00:05:59,776 Jadi, suruh mereka pergi. 93 00:06:14,291 --> 00:06:17,085 Awak nak menyorok di sini dan berharap semuanya berlalu begitu saja? 94 00:06:17,168 --> 00:06:18,712 Ya, itulah rancangan saya. 95 00:06:18,795 --> 00:06:19,963 Saya takkan biarkan. 96 00:06:21,339 --> 00:06:22,507 Hei, letak botol itu. 97 00:06:23,133 --> 00:06:23,967 Hei! 98 00:06:24,884 --> 00:06:26,886 - Hei, letak botol itu! - Peter... 99 00:06:42,944 --> 00:06:44,487 Kita kena buat kenyataan. 100 00:06:46,072 --> 00:06:47,866 Telefon saya bila awak dah bersedia. 101 00:06:50,327 --> 00:06:52,412 Saya akan berada di ibu pejabat Philadelphia. 102 00:06:57,876 --> 00:07:01,588 Saya takut yang saya terlalu menaruh hati pada awak. 103 00:07:03,923 --> 00:07:05,925 Saya rasa sebab itu saya putuskan hubungan kita. 104 00:07:06,760 --> 00:07:08,261 Awak tak boleh rasa takut? 105 00:07:08,720 --> 00:07:10,972 Tak. Rasa takut tak mencapai apa-apa. 106 00:07:11,598 --> 00:07:12,515 Tak betul. 107 00:07:12,599 --> 00:07:13,767 Masa saya di luar negara, 108 00:07:13,850 --> 00:07:18,021 takutkan rasional, penyakit atau keganasan yang menyebabkan saya terus hidup. 109 00:07:19,397 --> 00:07:21,358 Di sini pula... Oh Tuhan. 110 00:07:22,400 --> 00:07:27,113 Saya takut terhadap perkara yang saya tak tahu hujung pangkal. 111 00:07:27,781 --> 00:07:30,784 Contohnya, berapa banyak yang saya tak tahu? 112 00:07:31,493 --> 00:07:34,996 Atau adakah hari ini dan saat ini dibazirkan? 113 00:07:35,580 --> 00:07:37,040 Ya, saya fikir begitu kadang-kadang. 114 00:07:37,457 --> 00:07:39,250 Sama ada hidup saya bermakna atau tak. 115 00:07:43,046 --> 00:07:46,174 Francis akan rasa meluat kalau dia dengar saya cakap begini. 116 00:07:49,344 --> 00:07:50,804 Dia tahu awak di mana? 117 00:07:53,014 --> 00:07:54,224 Tak, dia tak tahu. 118 00:08:05,110 --> 00:08:06,987 Kalau dia cari awak, di situlah awak. 119 00:08:07,779 --> 00:08:08,947 Di sana. 120 00:08:10,490 --> 00:08:11,783 Sebelum awak jumpa Frank. 121 00:08:13,034 --> 00:08:13,868 Bersendirian. 122 00:08:14,536 --> 00:08:15,495 Tertanya-tanya. 123 00:08:16,538 --> 00:08:17,789 Memerhatikan semua benda. 124 00:08:19,040 --> 00:08:21,668 Awak tak kenal siapa saya masa saya kecil. 125 00:08:24,587 --> 00:08:26,297 Dia kenal diri awak yang itu? 126 00:08:28,967 --> 00:08:31,803 Dia tak berminat dengan perempuan begitu. 127 00:08:32,303 --> 00:08:33,138 Saya pun. 128 00:08:34,264 --> 00:08:35,515 Apa yang awak minat? 129 00:08:36,099 --> 00:08:37,851 Jadi lebih daripada seorang pemerhati. 130 00:08:38,935 --> 00:08:40,395 Awak nak dilihat. 131 00:08:41,146 --> 00:08:42,355 Bukan saja dilihat. 132 00:08:42,939 --> 00:08:44,858 Saya nak jadi orang penting. 133 00:08:53,199 --> 00:08:54,534 Tak ada sejarah lampau. 134 00:08:55,243 --> 00:08:57,662 Aaron Burr bertanding untuk gabenor, Calhoun untuk Senat. 135 00:08:57,746 --> 00:08:58,663 200 tahun dulu. 136 00:08:58,747 --> 00:09:01,541 Seorang terlibat dalam pergaduhan, seorang lagi sokong perhambaan. 137 00:09:01,624 --> 00:09:03,752 Rakan kongsi begitukah yang kita nak? 138 00:09:03,835 --> 00:09:07,172 Tuan Presiden, kita boleh kalah di negeri atas pagar 139 00:09:07,255 --> 00:09:10,508 untuk majoriti kita di Dewan Negara dan mungkin penggal kedua tuan. 140 00:09:11,092 --> 00:09:13,845 Untuk mengelak semua itu, kita perlukan usaha yang lebih. 141 00:09:13,928 --> 00:09:15,680 Nanti nampak macam saya yang singkirkan dia. 142 00:09:15,764 --> 00:09:18,558 Atau lebih teruk, dia yang tinggalkan pentadbiran. 143 00:09:20,226 --> 00:09:21,770 Tuan buatlah kenyataan bersama. 144 00:09:21,936 --> 00:09:24,230 Tuan cakap dia takkan letak jawatan melainkan dia menang. 145 00:09:24,814 --> 00:09:27,358 Kalau dia kalah, dia kekal sebagai naib presiden. 146 00:09:27,442 --> 00:09:30,945 Tiada siapa akan tuduh kamu tak setia dengan satu sama lain. 147 00:09:31,029 --> 00:09:33,782 - Jim yang beri cadangankah? - Tak. Ini idea saya sepenuhnya. 148 00:09:33,865 --> 00:09:36,868 Saya takkan bercakap dengan naib presiden tanpa persetujuan tuan dulu. 149 00:09:36,951 --> 00:09:39,370 Saya rasa dia akan anggap ini adalah satu penghinaan 150 00:09:39,454 --> 00:09:40,705 yang saya cuba singkirkan dia. 151 00:09:40,789 --> 00:09:44,501 Sejujurnya, tuan, saya rasa sebenarnya dia sangat berminat. 152 00:09:44,751 --> 00:09:45,710 Kenapa pula? 153 00:09:45,794 --> 00:09:47,337 Saya malaslah nak ungkit, 154 00:09:47,420 --> 00:09:49,506 tapi masa dia berkempen untuk Russo, 155 00:09:50,715 --> 00:09:53,676 dia cakap macam-macam tentang tuan. 156 00:09:58,473 --> 00:09:59,307 Beritahu saya. 157 00:10:00,558 --> 00:10:02,268 Dah tentu saya dapat tahu daripada Peter, 158 00:10:02,352 --> 00:10:03,645 tapi isi pentingnya ialah, 159 00:10:04,646 --> 00:10:06,981 tuan tak pandai memimpin 160 00:10:07,565 --> 00:10:09,776 dan tuan tak tahu hormat orang. 161 00:10:10,485 --> 00:10:12,112 Dia nak lebih tanggungjawab. 162 00:10:12,779 --> 00:10:15,615 Macam mana saya nak beri kalau dia tak tunjuk contoh yang baik, 163 00:10:15,698 --> 00:10:16,991 tak ada disiplin? 164 00:10:17,075 --> 00:10:18,284 Itulah maksud saya. 165 00:10:18,368 --> 00:10:20,954 Saya bertanggungjawab sepenuhnya sebab menyokong Russo, 166 00:10:21,037 --> 00:10:23,623 tapi masih ada sinar harapan bagi semua ini. 167 00:10:23,706 --> 00:10:25,542 Tuan boleh capai dua matlamat. 168 00:10:25,625 --> 00:10:27,794 Menawan Pennsylvania untuk Demokrat 169 00:10:28,378 --> 00:10:31,422 dan cari yang cara mulia untuk menggantikan Matthews. 170 00:10:32,048 --> 00:10:33,049 Apa pendapat awak? 171 00:10:34,592 --> 00:10:36,302 Saya rasa itu satu keputusan yang penting 172 00:10:36,386 --> 00:10:38,388 dan kita tak nak buat keputusan terburu-buru. 173 00:10:38,471 --> 00:10:40,807 Saya setuju. Saya nak fikir masak-masak. 174 00:10:40,890 --> 00:10:42,058 Tindakan yang wajar, tuan. 175 00:10:42,142 --> 00:10:45,145 Cuma ingat, tinggal tujuh hari saja lagi dan setiap hari bermakna. 176 00:10:58,908 --> 00:11:00,577 - Hai, tuan. - Berapa? 177 00:11:01,035 --> 00:11:02,495 Saya ada resit di sini. 178 00:11:09,002 --> 00:11:11,504 Bukan. Harga semuanya cuma 40 dolar. 179 00:11:12,338 --> 00:11:14,132 Ya. Jangan beritahu sesiapa, okey? 180 00:11:16,050 --> 00:11:19,012 Saya takkan beritahu apa-apa tentang penyewa kami. 181 00:11:20,471 --> 00:11:21,723 Pihak media masih ada di luar? 182 00:11:21,806 --> 00:11:24,183 Ya, saya cakap awak tak ada, macam awak suruh. 183 00:11:24,267 --> 00:11:26,895 Kebanyakannya dah pergi. Masih tinggal beberapa saja. 184 00:11:26,978 --> 00:11:29,981 Kalau saya nak pergi, ada tak tempat yang saya boleh pergi tanpa dilihat? 185 00:11:30,064 --> 00:11:32,358 Ya. Lif pengangkut terus turun ke garaj. 186 00:11:32,942 --> 00:11:35,904 - Saya boleh panggil teksi atau... - Terima kasih. Nanti saya beritahu. 187 00:11:36,154 --> 00:11:37,155 Encik Russo... 188 00:11:38,197 --> 00:11:40,658 Tuan, ini bukan urusan saya, 189 00:11:41,618 --> 00:11:43,703 tapi pak cik saya pun banyak kali tewas juga. 190 00:11:43,786 --> 00:11:46,539 Bila dia kembali ketagih, lebih baik dia tak berseorangan. 191 00:11:46,623 --> 00:11:49,000 Saya akan beri duit ini semula, ambil beg itu daripada awak, 192 00:11:49,083 --> 00:11:50,793 masuk ke rumah, teman awak... 193 00:11:50,877 --> 00:11:52,170 Saya hargai sangat. 194 00:11:52,420 --> 00:11:54,130 Saya akan beritahu kalau saya ubah fikiran. 195 00:13:36,899 --> 00:13:40,361 Boleh awak datang? Kita kena berbincang. 196 00:13:45,825 --> 00:13:46,659 Duduk. 197 00:13:50,747 --> 00:13:51,914 Mana Claire? 198 00:13:52,790 --> 00:13:53,750 Tak ada di sini. 199 00:13:54,751 --> 00:13:55,835 Jadi apa semua ini? 200 00:13:56,461 --> 00:13:57,545 Awak nak pujuk saya balik? 201 00:13:59,380 --> 00:14:00,548 Saya tak anggap begitu. 202 00:14:00,631 --> 00:14:03,051 Orang macam awak memang tak makan pujuk. 203 00:14:03,718 --> 00:14:05,511 Tapi saya fikir mungkin kita boleh mula... 204 00:14:36,667 --> 00:14:37,794 Sangat cantik. 205 00:15:16,958 --> 00:15:18,751 Ini gaun yang dia pakai di majlis itu. 206 00:15:20,169 --> 00:15:21,212 Saya rasalah. 207 00:15:21,963 --> 00:15:22,797 Memang pun. 208 00:15:24,298 --> 00:15:25,758 Saya boleh cam. 209 00:15:32,849 --> 00:15:33,975 Pergi semula ke bilik tidur. 210 00:15:54,454 --> 00:15:57,039 Saya kagum dengan cara awak buat gambar ini fokus. 211 00:16:05,548 --> 00:16:06,757 Apa kita patut panggil dia? 212 00:16:08,217 --> 00:16:09,260 Kenapa dia perlukan nama? 213 00:16:10,428 --> 00:16:13,139 Saya tak pernah tangkap gambar sesiapa tanpa mengetahui nama mereka. 214 00:16:13,556 --> 00:16:15,683 Bukan awak yang tangkap gambar itu, tapi saya. 215 00:16:18,102 --> 00:16:20,146 Saya rasa kita patut panggil dia Claire. 216 00:16:23,733 --> 00:16:25,610 Dia langsung tak nampak macam saya. 217 00:16:25,693 --> 00:16:28,112 Macam saya muda dulu pun tak. Kenapa awak asyik cakap begitu? 218 00:16:28,196 --> 00:16:30,156 Bukan raut wajah dia, tapi air muka dia. 219 00:16:30,948 --> 00:16:33,534 Kita patut gantung gambar ini. Awak boleh gantung di rumah awak. 220 00:16:33,868 --> 00:16:35,286 Francis akan menentang? 221 00:16:38,664 --> 00:16:41,083 Boleh tak kita jangan cakap tentang Francis? 222 00:16:42,210 --> 00:16:43,544 Awak yang cakap di taman tadi. 223 00:16:43,628 --> 00:16:45,671 Saya tahu dan saya tak sepatutnya cakap. 224 00:16:45,755 --> 00:16:48,341 Jadi kita kena berpura-pura yang dia tak wujud? 225 00:16:56,891 --> 00:16:59,018 Saya ingat kita boleh cakap tentang apa saja. 226 00:17:00,978 --> 00:17:03,981 Dia ada di sini. Awak harus mengakuinya. 227 00:17:04,565 --> 00:17:06,692 Masa awak berjalan masuk melalui pintu itu semalam, 228 00:17:06,776 --> 00:17:08,444 dia berjalan sekali dengan awak. 229 00:17:10,238 --> 00:17:11,822 Saya seorang saja, tak ada orang lain. 230 00:17:12,782 --> 00:17:15,243 Kalau awak selalu cakap begitu, mungkin akan jadi kenyataan. 231 00:17:21,290 --> 00:17:23,876 Awak rasa, apa perasaan dia kalau dia tahu saya pakai gaun ini? 232 00:17:24,627 --> 00:17:25,795 Saya tak tahu. 233 00:17:28,548 --> 00:17:30,132 Awak tak rasa dia akan marah? 234 00:17:31,676 --> 00:17:34,512 Dia mungkin akan cakap awak nampak cantik bila pakai gaun itu. 235 00:17:36,889 --> 00:17:38,307 Gaun ini macam besi. 236 00:17:41,310 --> 00:17:42,687 Awak patut letak balik. 237 00:17:47,650 --> 00:17:49,235 Saya rasa saya nak bawa balik. 238 00:17:50,695 --> 00:17:52,530 Saya akan beli untuk awak kalau awak nak. 239 00:17:52,613 --> 00:17:55,157 Tak nak. Saya nak gaun ini. 240 00:17:56,325 --> 00:17:57,910 Dia datang ke bilik saya. 241 00:17:57,994 --> 00:18:00,413 Dia patut tahu yang saya masuk ke bilik dia. 242 00:18:05,793 --> 00:18:07,962 Adakah katil awak sentiasa kemas? 243 00:18:08,629 --> 00:18:10,715 Dah jadi tabiat sejak saya masuk tentera. 244 00:18:11,882 --> 00:18:13,551 Bahagian mana dia tidur? 245 00:18:16,971 --> 00:18:18,431 Bahagian itu. 246 00:18:37,617 --> 00:18:38,743 Dia boleh ambil gaun dia. 247 00:18:40,661 --> 00:18:42,038 Lagi cantik kalau dia pakai. 248 00:19:27,166 --> 00:19:28,417 Dengar sini, Zoe. 249 00:19:30,670 --> 00:19:32,588 Apa saja yang baru berlaku di atas tadi, 250 00:19:33,297 --> 00:19:35,007 segala benda yang jadi enam bulan lalu, 251 00:19:35,091 --> 00:19:37,927 boleh kita bersetuju untuk memudahkan keadaan? 252 00:19:39,303 --> 00:19:40,930 Memudahkan keadaan macam mana? 253 00:19:41,931 --> 00:19:46,060 Kita kekalkan hubungan profesional kita macam yang awak cadangkan 254 00:19:46,560 --> 00:19:47,937 dan saya akan terima. 255 00:19:48,604 --> 00:19:50,106 Awak masih percayakan saya? 256 00:19:52,525 --> 00:19:54,235 Apa pilihan yang saya ada? 257 00:19:55,486 --> 00:19:56,696 Awak tak mencederakan saya 258 00:19:57,279 --> 00:19:59,448 atau sisihkan saya macam awak cakap awak nak buat. 259 00:20:05,204 --> 00:20:07,123 Saya gembira saya tak perlu buat begitu. 260 00:20:09,709 --> 00:20:12,670 Ya, kita bersetuju untuk memudahkan keadaan. 261 00:20:14,463 --> 00:20:15,297 Bagus. 262 00:20:37,153 --> 00:20:39,321 Maaflah saya lewat beberapa minit, Frank. 263 00:20:44,744 --> 00:20:46,078 Sila duduk. 264 00:20:51,250 --> 00:20:53,753 Saya tahu kenapa awak nak jumpa saya. 265 00:20:53,836 --> 00:20:56,046 Awak dan presiden ada berbincang? 266 00:20:56,130 --> 00:20:57,089 Ada. 267 00:20:57,256 --> 00:20:59,133 Dia cenderung ke arah mana? 268 00:20:59,216 --> 00:21:00,050 Dia keliru. 269 00:21:02,136 --> 00:21:03,012 Awak pula? 270 00:21:03,095 --> 00:21:04,346 Saya kurang keliru. 271 00:21:04,430 --> 00:21:06,557 Firasat saya mengatakan itu satu kesilapan. 272 00:21:07,433 --> 00:21:08,934 Awak nak meyakinkan saya sebaliknya? 273 00:21:09,018 --> 00:21:11,896 Kalau firasat awak mengatakan yang ini bukan jalannya, saya takkan... 274 00:21:11,979 --> 00:21:14,899 Frank, saya nak tanya awak dua soalan yang jujur 275 00:21:14,982 --> 00:21:17,109 dan saya hargai kalau awak jawab dengan jujur. 276 00:21:17,693 --> 00:21:21,614 Masa awak tolong anak saya masuk kolej, awak ada menjangkakan saat ini tak? 277 00:21:24,158 --> 00:21:25,034 Saya tak faham. 278 00:21:26,952 --> 00:21:28,162 Jujurlah, Frank. 279 00:21:28,746 --> 00:21:30,039 Adakah saya menjangka... 280 00:21:31,665 --> 00:21:34,084 Saya nak jawab dengan jujur kalau saya faham apa maksud awak. 281 00:21:34,168 --> 00:21:36,921 Baiklah, saya akan tanya soalan kedua. 282 00:21:39,298 --> 00:21:42,343 Awak nak jawatan naib presiden? 283 00:21:43,803 --> 00:21:45,971 Saya akan berkhidmat kalau itu yang presiden nak... 284 00:21:46,055 --> 00:21:49,183 Awak mencadangkan idea ini supaya awak boleh ambil tempat Matthews. 285 00:21:49,266 --> 00:21:50,476 Saya tak cakap begitu. 286 00:21:50,559 --> 00:21:53,229 - Tapi itu yang awak nak. - Apa yang saya nak ialah... 287 00:21:53,312 --> 00:21:54,814 Presiden lantik awak naib presiden, 288 00:21:54,897 --> 00:21:56,732 dia calonkan nama awak untuk tahun 2016 289 00:21:56,816 --> 00:21:59,026 dan awak guna peluang itu untuk bertanding pada 2020. 290 00:21:59,109 --> 00:22:02,112 Beritahu saya, awak tak pernah terfikir tentang semua itu. 291 00:22:04,073 --> 00:22:05,491 Linda, dah menjadi tabiat saya 292 00:22:05,574 --> 00:22:08,244 untuk ambil kira segala kemungkinan dalam apa jua keadaan. 293 00:22:08,327 --> 00:22:11,080 Tapi itu cuma tindakan praktikal, bukan tujuan peribadi. 294 00:22:12,540 --> 00:22:13,666 Jadi awak tak nak mengaku. 295 00:22:13,749 --> 00:22:15,793 Mengaku itu yang saya nak? Sangat tak masuk akal. 296 00:22:15,876 --> 00:22:17,878 Awak yang aturkan perjumpaan ini, bukan saya. 297 00:22:17,962 --> 00:22:20,005 Perjumpaan ini untuk cari jalan penyelesaian, 298 00:22:20,089 --> 00:22:22,216 bukan untuk penuhi cita-cita seseorang. 299 00:22:22,299 --> 00:22:26,136 Tapi kalau kedua-duanya boleh dicapai, awak takkan menolak. 300 00:22:27,388 --> 00:22:29,598 Saya fikir ini satu tindakan yang wajar 301 00:22:29,682 --> 00:22:32,601 tak kira siapa pun yang presiden bakal pilih untuk menggantikan Matthews. 302 00:22:35,145 --> 00:22:37,439 Saya mesti pertaruhkan apa saja yang saya ada sekarang. 303 00:22:37,606 --> 00:22:40,484 Kalau saya jujur, dia mungkin akan menggunakannya untuk menentang saya. 304 00:22:40,901 --> 00:22:42,319 Kalau tak, dia takkan tolong. 305 00:22:42,486 --> 00:22:44,530 Saya pun pernah guna muslihat yang sama. 306 00:22:45,322 --> 00:22:47,157 Setelah seseorang didedahkan, 307 00:22:47,616 --> 00:22:49,118 nasib kita bergantung pada dia. 308 00:22:49,702 --> 00:22:53,372 Dia nak saya sebut perkataan itu. 309 00:22:56,750 --> 00:22:57,585 Ya. 310 00:22:59,545 --> 00:23:01,964 Saya nak jadi naib presiden. 311 00:23:04,675 --> 00:23:07,970 Ya, saya tolong anak awak masuk kolej 312 00:23:08,053 --> 00:23:10,306 dengan harapan awak akan tolong saya. 313 00:23:10,389 --> 00:23:13,225 Tapi saya tak boleh paksa awak, Linda. 314 00:23:20,399 --> 00:23:23,277 Saya juga rasa itu akan menjadikan kita satu pasukan yang menggerunkan. 315 00:23:24,361 --> 00:23:27,656 Tengoklah pencapaian kita walaupun kita tak sependapat. 316 00:23:28,574 --> 00:23:32,244 Sekarang cuba fikir apa kita boleh capai kalau kita sependapat. 317 00:23:35,581 --> 00:23:37,333 Terima kasih sebab meluangkan masa awak. 318 00:23:44,923 --> 00:23:46,133 Saya akan telefon awak semula. 319 00:23:46,550 --> 00:23:47,384 Macam mana? 320 00:23:47,468 --> 00:23:49,637 Dia sangat berhati-hati. 321 00:23:49,720 --> 00:23:51,597 - Ada apa-apa berita daripada Peter? - Tak ada. 322 00:23:52,181 --> 00:23:53,724 Christina cakap dia tak nak keluar, 323 00:23:53,807 --> 00:23:55,934 tapi penjaga pintu cakap Peter dah pergi. 324 00:23:56,018 --> 00:23:57,311 - Ke mana? - Dia tak tahu. 325 00:23:57,394 --> 00:24:00,022 Dia kena tarik diri secara rasmi untuk beri tekanan pada Walker. 326 00:24:00,105 --> 00:24:01,315 Saya sedang cuba mengesan dia. 327 00:24:01,398 --> 00:24:03,233 Kenapa awak tak jaga dia betul-betul? 328 00:24:03,317 --> 00:24:05,986 Saya ingat dia sedang mandi. Dia hilang masa saya telefon awak. 329 00:24:06,070 --> 00:24:07,196 Kita ada rancangan. 330 00:24:07,279 --> 00:24:09,114 Dia buat hal, dia tarik diri, 331 00:24:09,198 --> 00:24:12,034 kita tolong dia sembuh dan dia pergi dengan senyap. 332 00:24:12,660 --> 00:24:16,872 Russo tak buat sebarang penampilan umum sejak kes dia mabuk 333 00:24:16,955 --> 00:24:21,001 semasa ditemu ramah stesen radio WZPZ Pittsburgh pagi semalam. 334 00:24:21,085 --> 00:24:23,837 Sumber dalam kalangan pemimpin Demokrat mengatakan bahawa 335 00:24:23,921 --> 00:24:27,341 parti itu sedang mempertimbangkan pilihan untuk menggantikan Russo. 336 00:24:27,424 --> 00:24:30,302 Sementara itu, calon Republikan, Jack Swofford, 337 00:24:30,386 --> 00:24:32,471 sedang mendahului 24 mata, 338 00:24:32,554 --> 00:24:35,224 menurut undian CNN oleh pengundi berdaftar. 339 00:24:35,808 --> 00:24:38,352 Kempen Swofford melaporkan peningkatan 340 00:24:38,435 --> 00:24:39,561 dalam sumbangan dana. 341 00:24:39,645 --> 00:24:42,189 Hampir setengah juta dolar dalam masa 20... 342 00:24:42,272 --> 00:24:44,858 RUSSO MASIH BELUM MUNCUL, NASIB KEMPEN MENJADI PERSOALAN 343 00:24:47,486 --> 00:24:49,363 Saya ternampak dalam berita pagi ini. 344 00:24:50,155 --> 00:24:51,949 Peter lari sebab Francis. 345 00:24:54,535 --> 00:24:55,703 Awak kenal dia? 346 00:24:55,994 --> 00:24:57,204 Kami tak rapat. 347 00:25:07,923 --> 00:25:08,924 Awak nak telefon sesiapa? 348 00:25:09,007 --> 00:25:11,844 - Saya boleh pergi ke bilik lain. - Saya rasa tak perlu. Terima kasih. 349 00:25:32,865 --> 00:25:33,907 Awak nak pergi mana? 350 00:25:33,991 --> 00:25:36,535 Makmal. Saya sepatutnya pergi hari ini. 351 00:25:38,579 --> 00:25:39,413 Adam. 352 00:25:40,581 --> 00:25:42,249 - Adam... - Pergi saja. Pergi. 353 00:25:42,666 --> 00:25:44,710 Sampai bila kita nak teruskan hubungan begini? 354 00:25:44,793 --> 00:25:47,045 Kita tak pernah habiskan masa bersama lebih dari 48 jam. 355 00:25:47,129 --> 00:25:48,630 Mungkin ada sebab untuk semua ini. 356 00:25:50,966 --> 00:25:52,676 Sebahagian diri saya masih mencintai awak. 357 00:25:53,051 --> 00:25:54,428 Bahagian mana? 358 00:25:59,224 --> 00:26:02,102 Saya tak boleh jadi persinggahan saja 359 00:26:02,186 --> 00:26:03,520 atau tempat lari... 360 00:26:03,604 --> 00:26:04,813 Awak lebih daripada itu. 361 00:26:04,897 --> 00:26:07,149 Atau tambahan kepada apa yang Francis tak boleh sediakan. 362 00:26:07,232 --> 00:26:09,401 Jahanam! Dia suami saya, Adam. 363 00:26:10,110 --> 00:26:12,529 Kami dah lalui macam-macam yang awak tak tahu. 364 00:26:12,613 --> 00:26:13,864 Saya cemburukan jiwa bebas awak 365 00:26:13,947 --> 00:26:16,700 dan saya tertarik dengannya, tapi tak semua orang ada kelebihan itu. 366 00:26:16,784 --> 00:26:20,245 Itu yang buat saya kecewa dengan awak, Claire. 367 00:26:20,329 --> 00:26:22,873 Awak ada pilihan. 368 00:26:22,956 --> 00:26:24,833 Awak pilih untuk tidak berjiwa bebas. 369 00:26:24,917 --> 00:26:27,711 Saya pilih seorang lelaki untuk saya cintai lebih dari seminggu. 370 00:26:33,342 --> 00:26:35,010 Saya tak patut cakap begitu. Saya... 371 00:26:35,719 --> 00:26:37,346 Sekurang-kurangnya awak jujur. 372 00:26:38,680 --> 00:26:41,517 Saya tak boleh hidup dari satu saat ke satu saat macam awak, Adam. 373 00:26:42,643 --> 00:26:46,480 Saya ada sejarah dengan Francis, saya ada masa depan dengan dia 374 00:26:46,563 --> 00:26:48,440 dan semua itu lebih besar daripada satu saat. 375 00:26:50,859 --> 00:26:52,444 Kalau begitu awak patut lupakan... 376 00:26:53,153 --> 00:26:55,614 apa saja bahagian dalam diri awak yang masih mencintai saya. 377 00:26:57,825 --> 00:26:58,909 Kalau awak tak boleh, 378 00:27:00,661 --> 00:27:01,745 saya yang akan lupakan. 379 00:27:05,916 --> 00:27:07,209 - Adam... - Jangan. 380 00:27:35,445 --> 00:27:38,782 - Helo? - Hei, sayang. 381 00:27:40,826 --> 00:27:43,412 Apa khabar? Kamu dengan mak kamu? 382 00:27:43,954 --> 00:27:46,290 Mak di bawah. Ayah nak saya panggil mak? 383 00:27:46,373 --> 00:27:47,374 Tak perlu. 384 00:27:48,375 --> 00:27:50,377 Ayah cuma nak telefon dan ucap... 385 00:27:52,546 --> 00:27:55,465 "hei" kepada adik kamu dan kamu. 386 00:27:55,924 --> 00:27:56,967 Dia ada di situ? 387 00:27:57,050 --> 00:27:59,386 Dia di dalam bilik, saya rasalah. 388 00:28:01,013 --> 00:28:02,598 Okey. Boleh kamu panggil dia? 389 00:28:03,015 --> 00:28:04,016 Sekejap. 390 00:28:16,612 --> 00:28:18,906 Dia kata, dia tak nak cakap dengan ayah. 391 00:28:22,200 --> 00:28:23,160 Kenapa pula? 392 00:28:23,243 --> 00:28:24,745 Kami dah tengok berita, ayah. 393 00:28:25,704 --> 00:28:28,457 Ada kamera TV di sekolah kami semalam. 394 00:28:29,708 --> 00:28:31,877 Mak suruh kami duduk di rumah minggu ini. 395 00:28:38,008 --> 00:28:40,469 Ayah nak kamu buat sesuatu. Ayah nak kamu pergi ke... 396 00:28:41,386 --> 00:28:43,388 tingkap bilik kamu dan tengok ke luar. 397 00:28:46,266 --> 00:28:47,809 Kamu nampak kereta hitam itu? 398 00:28:49,144 --> 00:28:51,063 - Ya. - Itu ayah. 399 00:28:51,480 --> 00:28:55,192 Ayah tak sepatutnya berada di sini. Mak akan mengamuk nanti. 400 00:28:55,275 --> 00:28:56,109 Baiklah. 401 00:28:57,611 --> 00:28:59,821 Kita tak perlu beritahu dia, betul tak? 402 00:29:00,572 --> 00:29:02,074 Ia akan jadi... 403 00:29:03,116 --> 00:29:04,493 rahsia kita berdua. 404 00:29:05,702 --> 00:29:07,287 Suara ayah peliklah. 405 00:29:07,788 --> 00:29:09,289 Pelik macam dalam radio hari itu. 406 00:29:12,960 --> 00:29:14,127 Kamu dengar temu ramah itu? 407 00:29:14,836 --> 00:29:16,004 Saya ada komputer. 408 00:29:19,675 --> 00:29:20,676 Ayah minta maaf. 409 00:29:22,594 --> 00:29:23,428 Ayah... 410 00:29:25,389 --> 00:29:27,182 Kadang-kadang ayah buat silap. 411 00:29:27,849 --> 00:29:29,768 - Lebih baik saya letak telefon dulu. - Jangan. 412 00:29:29,851 --> 00:29:31,979 Saya tak suka dengar suara ayah begini. 413 00:29:32,479 --> 00:29:33,647 Buat saya rasa sedih. 414 00:29:34,314 --> 00:29:35,232 Selamat tinggal, ayah. 415 00:29:35,315 --> 00:29:36,316 Sarah, tolong... 416 00:29:56,003 --> 00:29:57,296 CHRISTINA (TELEFON BIMBIT) 417 00:30:03,218 --> 00:30:04,052 Peter? 418 00:30:05,262 --> 00:30:06,096 Christina. 419 00:30:07,264 --> 00:30:09,349 - Awak di mana? - Saya... 420 00:30:13,395 --> 00:30:15,772 Keadaan saya tak berapa baik. 421 00:30:16,064 --> 00:30:17,357 Awak di mana, Peter? 422 00:30:21,153 --> 00:30:23,613 - Saya di dalam kereta. - Awak sedang memandu? 423 00:30:24,489 --> 00:30:25,365 Tak. 424 00:30:25,824 --> 00:30:27,117 Beritahu saya awak di mana. 425 00:30:28,827 --> 00:30:30,537 Saya berada di luar rumah anak-anak saya. 426 00:30:31,121 --> 00:30:33,123 - Maksud awak rumah Madeleine? - Ya. 427 00:30:33,206 --> 00:30:35,751 Saya nak awak tunggu di sana. Okey, Peter? 428 00:30:37,210 --> 00:30:38,295 Awak akan tunggu di sana? 429 00:30:40,756 --> 00:30:41,590 Peter. 430 00:30:42,674 --> 00:30:44,176 Peter, awak masih di sana? 431 00:30:45,052 --> 00:30:45,886 Helo? 432 00:30:47,929 --> 00:30:48,764 Helo? 433 00:30:59,775 --> 00:31:02,152 POLIS METROPOLITAN, WASHINGTON 434 00:31:19,669 --> 00:31:21,296 Saya nak serah diri. 435 00:31:21,630 --> 00:31:22,464 Untuk apa? 436 00:31:24,925 --> 00:31:25,967 Beberapa bulan lepas, 437 00:31:27,302 --> 00:31:30,055 saya ditahan sebab memandu dalam keadaan mabuk. 438 00:31:30,680 --> 00:31:32,766 Mereka lepaskan saya. Saya sepatutnya dihukum. 439 00:31:33,517 --> 00:31:36,103 Kalau awak dilepaskan, kami tak boleh tahan awak sekarang. 440 00:31:40,690 --> 00:31:42,442 Saya memandu dalam keadaan mabuk ke sini. 441 00:31:42,526 --> 00:31:43,568 Tangkap saya untuk itu. 442 00:31:45,445 --> 00:31:48,907 - Kami boleh letak awak di penjara mabuk. - Saya nak ditangkap secara formal. 443 00:31:50,575 --> 00:31:53,703 Nama saya Yang Berhormat Peter Russo. 444 00:31:55,414 --> 00:31:58,625 Saya telah ditahan pada bulan Januari di Persiaran Michigan. 445 00:32:02,963 --> 00:32:04,297 Sila duduk, yang berhormat. 446 00:32:08,969 --> 00:32:10,637 Saya nak buat beberapa panggilan telefon. 447 00:33:13,241 --> 00:33:15,744 - Awak dah jumpa dia? - Saya di depan rumah bekas isteri dia. 448 00:33:15,827 --> 00:33:18,830 - Christina cakap dia telefon dari sana. - Dia tak ada di sana? 449 00:33:19,247 --> 00:33:20,081 Tak ada. 450 00:33:20,248 --> 00:33:21,374 Tapi telefon dia ada. 451 00:33:21,958 --> 00:33:23,001 Saya jumpa di tepi jalan. 452 00:33:23,084 --> 00:33:24,628 Jadi kita tak boleh hubungi dia? 453 00:33:24,711 --> 00:33:26,630 Tak selagi dia tak hubungi kita dulu. 454 00:33:27,172 --> 00:33:28,215 Ini tak bagus. 455 00:33:28,673 --> 00:33:30,217 Nak saya beritahu pihak berkuasa? 456 00:33:30,300 --> 00:33:31,635 Beri dia sedikit masa lagi. 457 00:33:33,053 --> 00:33:34,095 Berapa lama hubungan itu? 458 00:33:34,763 --> 00:33:36,139 Lebih kurang enam bulan. 459 00:33:36,723 --> 00:33:37,724 Dia lebih tua. 460 00:33:38,308 --> 00:33:39,142 Sangat jauh beza? 461 00:33:41,102 --> 00:33:41,937 Ya. 462 00:33:42,771 --> 00:33:46,233 Adakah dia seorang wartawan atau dia bekerja di Dewan Kongres? 463 00:33:49,110 --> 00:33:51,238 Lebih baik kalau saya tak beritahu. 464 00:33:51,821 --> 00:33:52,656 Baiklah. 465 00:33:56,284 --> 00:33:59,079 Dia seorang yang saya sanjung. Buat seketika. 466 00:34:01,122 --> 00:34:02,457 Kenapa hubungan kamu berakhir? 467 00:34:05,252 --> 00:34:06,586 Dia ada isteri. 468 00:34:07,754 --> 00:34:10,423 Kami berdua tahu lambat-laun, hubungan kami akan berakhir juga. 469 00:34:11,007 --> 00:34:12,509 Maksud saya, hubungan kami sangat... 470 00:34:14,302 --> 00:34:15,428 bermasalah. 471 00:34:17,430 --> 00:34:18,682 Malam pertama kami bersama, 472 00:34:18,765 --> 00:34:21,226 dia beritahu yang dia akan kecewakan saya dan tinggalkan saya. 473 00:34:22,310 --> 00:34:25,438 Bila hubungan kami berakhir, saya cakap yang dia tak buat dua-dua pun. 474 00:34:25,772 --> 00:34:26,606 Tapi... 475 00:34:27,691 --> 00:34:28,775 Memang menyakitkan. 476 00:34:30,402 --> 00:34:31,570 Saya takkan menyakiti awak. 477 00:34:32,237 --> 00:34:34,281 Ya, tapi awak tak boleh janji begitu. 478 00:34:34,364 --> 00:34:35,448 Ya, saya boleh. 479 00:34:41,037 --> 00:34:43,123 - Ada sesiapa nampak dia? - Tak. 480 00:34:43,832 --> 00:34:45,834 Dia dalam bilik soal siasat sendirian. 481 00:34:48,753 --> 00:34:50,672 Kita tak patut terlibat dengan masalah ini. 482 00:34:52,674 --> 00:34:54,843 Dah terlambat untuk menyesal, Barney. 483 00:34:56,595 --> 00:34:58,555 Pastikan orang awak sembunyikan dia. 484 00:34:59,264 --> 00:35:01,099 Saya akan perlukan jalan keluar di belakang. 485 00:35:27,000 --> 00:35:28,001 Baiklah. Terima kasih. 486 00:35:28,084 --> 00:35:29,502 - Ya. - Mari. 487 00:35:41,139 --> 00:35:42,974 Hei, Peter. 488 00:35:44,309 --> 00:35:45,310 Mana kereta awak? 489 00:35:49,814 --> 00:35:51,066 Di sana. 490 00:35:51,149 --> 00:35:52,233 Biar saya bawa awak balik. 491 00:35:52,317 --> 00:35:54,694 Awak pergi ke rumah saya, suruh Meechum beri awak masuk. 492 00:35:54,778 --> 00:35:56,071 - Arah ini? - Ya. 493 00:36:01,993 --> 00:36:03,453 Apa yang awak fikirkan, Peter? 494 00:36:05,622 --> 00:36:08,708 Saya perlu bertanggungjawab atas tindakan saya. 495 00:36:08,792 --> 00:36:10,710 Dengan sumbat diri sendiri ke dalam penjara? 496 00:36:10,794 --> 00:36:12,420 Tanggungjawab sebenar. 497 00:36:14,047 --> 00:36:14,964 Contohnya, 498 00:36:15,048 --> 00:36:18,426 perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat, bukan penipuan yang dibuat dalam kempen. 499 00:36:18,760 --> 00:36:21,888 - Awak buat tindakan semberono. - Saya tak peduli. 500 00:36:26,184 --> 00:36:28,395 Saya akan buat kenyataan esok, Frank. 501 00:36:30,772 --> 00:36:32,565 Tentang menarik diri dari bertanding? 502 00:36:32,857 --> 00:36:34,609 Itu tak cukup. Saya... 503 00:36:38,279 --> 00:36:39,698 Saya kena berhenti bersembunyi. 504 00:36:44,244 --> 00:36:46,162 Mari kita fikirkan ucapan itu. 505 00:36:46,246 --> 00:36:49,082 Saya kena buat sendiri. Ayat itu perlu datang daripada diri saya. 506 00:36:49,165 --> 00:36:51,835 Peter, ini bukan lagi tentang diri awak saja. 507 00:36:51,918 --> 00:36:54,212 - Biar saya tolong awak. - Saya tak nak pertolongan awak. 508 00:36:57,632 --> 00:37:00,885 Saya tak pernah minta tolong awak... Saya ditangkap. 509 00:37:01,553 --> 00:37:03,263 Bila masa pertolongan awak membantu saya? 510 00:37:05,181 --> 00:37:07,559 Awak boleh menjalani kehidupan awak dengan cara tersendiri. 511 00:37:07,642 --> 00:37:10,270 Saya dah penat diberitahu macam mana nak menjalani kehidupan saya. 512 00:37:13,148 --> 00:37:15,692 Pasti ada cara untuk jadi bertanggungjawab 513 00:37:15,775 --> 00:37:18,737 tanpa merosakkan segalanya. 514 00:37:22,240 --> 00:37:24,743 Takkan awak langsung tak sudi nak berbincang dengan saya? 515 00:37:52,020 --> 00:37:53,855 - Awak nak saya naik sekali? - Tak. 516 00:38:16,753 --> 00:38:19,172 Saya tahu awak tengah terseksa, Peter. 517 00:38:22,509 --> 00:38:24,469 Saya tak nak awak terseksa malam ini. 518 00:38:25,261 --> 00:38:27,472 Nah. Awak boleh bina hidup baru esok. 519 00:38:28,014 --> 00:38:28,890 Minumlah. 520 00:38:28,973 --> 00:38:31,434 Saya takkan menghakimi awak. Malah saya pun nak minum sekali. 521 00:38:36,356 --> 00:38:37,357 Bertenang. 522 00:38:39,901 --> 00:38:41,194 Awak dah sampai rumah sekarang. 523 00:38:48,743 --> 00:38:52,330 Apa saja yang awak kena hadapi esok, awak tak perlu hadapi sekarang. 524 00:38:54,916 --> 00:38:56,835 Sekarang cuma ada awak dan saya. 525 00:39:01,798 --> 00:39:03,925 Yang lain tak penting. 526 00:39:06,886 --> 00:39:09,222 Anak-anak awak, Christina, 527 00:39:09,722 --> 00:39:11,057 mereka akan maafkan awak... 528 00:39:12,183 --> 00:39:14,185 sebab mereka sayang awak, Peter. 529 00:39:16,020 --> 00:39:17,272 Kekecewaan. 530 00:39:21,025 --> 00:39:22,902 Saya kecewakan diri sendiri. 531 00:39:23,194 --> 00:39:25,071 Saya kecewakan keluarga saya. 532 00:39:27,073 --> 00:39:29,158 Saya kecewakan kempen. 533 00:39:31,953 --> 00:39:33,663 Tak, awak tak mengecewakan, Peter. 534 00:39:36,791 --> 00:39:37,959 Boleh saya minum? 535 00:39:54,893 --> 00:39:58,521 Masa Claire dan saya mula-mula kahwin, kami ada berbincang tentang anak. 536 00:40:00,273 --> 00:40:02,525 Saya beritahu dia terus terang yang saya tak nak anak. 537 00:40:03,234 --> 00:40:05,028 Saya pentingkan diri sendiri, tapi jujur. 538 00:40:07,155 --> 00:40:09,699 Zaman kanak-kanak saya tak gembira sangat. 539 00:40:09,782 --> 00:40:11,451 Saya rasa, awak pun sama. 540 00:40:12,035 --> 00:40:12,869 Tak. 541 00:40:13,328 --> 00:40:15,538 Manusia tak boleh mengelak daripada keperitan. 542 00:40:16,039 --> 00:40:19,334 Tapi tak eloklah kalau biarkan anak kita tahu yang kita tengah terseksa. 543 00:40:22,629 --> 00:40:24,714 Tapi sekarang bila fikir balik, saya... 544 00:40:26,382 --> 00:40:28,384 Saya sedar yang saya pengecut. 545 00:40:32,096 --> 00:40:33,348 Bila saya tengok awak, 546 00:40:34,515 --> 00:40:38,061 saya fikir, "Ada lelaki yang lebih berani daripada saya." 547 00:40:38,895 --> 00:40:40,772 Saya sangat letih. 548 00:40:43,274 --> 00:40:46,986 Bila saya fikir tentang... 549 00:40:47,570 --> 00:40:49,405 Saya sangat letih. 550 00:40:54,035 --> 00:40:55,662 Awak patut pejamkan mata. 551 00:40:59,666 --> 00:41:01,084 Lepaskan semuanya. 552 00:41:05,588 --> 00:41:07,757 Kita ada banyak masa. 553 00:41:13,596 --> 00:41:14,430 Peter? 554 00:41:23,606 --> 00:41:24,524 Peter. 555 00:43:43,371 --> 00:43:44,872 Saya balik berjalan kaki. 556 00:44:00,263 --> 00:44:02,598 Apa saja yang berlaku dalam beberapa jam lagi, 557 00:44:02,849 --> 00:44:04,100 apa saja yang awak dengar, 558 00:44:06,394 --> 00:44:07,979 kita takkan berbincang tentangnya. 559 00:44:43,848 --> 00:44:44,682 Tuan... 560 00:44:47,894 --> 00:44:50,271 Saya ada berita daripada Linda dalam setengah jam yang lalu. 561 00:44:50,938 --> 00:44:53,608 Presiden nak jumpa tuan. Pukul 8:30. 562 00:44:57,028 --> 00:44:58,112 Tentang apa? 563 00:44:59,405 --> 00:45:00,323 Saya tak tahu. 564 00:45:11,792 --> 00:45:12,835 Frank. 565 00:45:21,802 --> 00:45:24,472 Masa awak beritahu saya tentang idea ini, saya tak yakin. 566 00:45:25,056 --> 00:45:27,224 Bagi saya, ia terdesak dan membabi buta. 567 00:45:28,684 --> 00:45:32,188 Kemudian Linda jelaskan segala kebaikannya 568 00:45:32,271 --> 00:45:34,148 dan semua itu mengatasi segala keburukan. 569 00:45:35,024 --> 00:45:36,859 Saya jelaskan pertimbangan kita pada Jim 570 00:45:36,943 --> 00:45:39,028 dan berharap dia tak fikir yang saya gila. 571 00:45:39,111 --> 00:45:43,074 Saya memang terfikir begitu, tapi presiden beri hujah yang sangat baik. 572 00:45:43,741 --> 00:45:45,910 Tindakan yang berani, Frank. Saya kagum. 573 00:45:45,993 --> 00:45:48,454 Terima kasih tuan sebab menerima idea ini. 574 00:45:48,537 --> 00:45:51,290 Terima kasih, Tuan Presiden sebab sanggup ambil risiko. 575 00:45:51,374 --> 00:45:54,627 Kita kena bertindak satu demi satu. Pelaksanaannya mestilah sempurna. 576 00:45:54,710 --> 00:45:56,504 Russo macam mana? Ada berita daripada dia? 577 00:45:56,587 --> 00:45:57,922 Kami masih cuba mengesan dia. 578 00:45:58,005 --> 00:45:59,966 - Perlukah kita risau pasal dia? - Dah dua hari. 579 00:46:00,049 --> 00:46:01,676 Saya mengaku, saya risau pasal dia. 580 00:46:01,759 --> 00:46:04,220 Tentu ini dugaan yang dahsyat bagi dia. 581 00:46:04,303 --> 00:46:06,263 Kami harap dia akan hubungi kami secepat mungkin. 582 00:46:06,347 --> 00:46:08,474 Suruh orang kita cari. Saya nak tahu di mana dia. 583 00:46:09,475 --> 00:46:11,060 Lepas dia tarik diri, kita kena cepat. 584 00:46:11,143 --> 00:46:13,521 Kita akan buat kenyataan bersama macam yang awak cadangkan. 585 00:46:14,105 --> 00:46:15,606 Saya rasa mesej ini jelas. 586 00:46:15,731 --> 00:46:18,651 Penduduk Pennsylvania penting bagi kita dan kita takkan kecewakan mereka. 587 00:46:18,734 --> 00:46:21,362 Betul, dan saya akui Jim merupakan aset penting Rumah Putih, 588 00:46:21,445 --> 00:46:22,822 tapi saya sangat mengagumi 589 00:46:22,905 --> 00:46:25,908 pengorbanan yang dia sanggup buat untuk rakyat di negeri dia. 590 00:46:25,992 --> 00:46:28,577 Jangan terima peletakan jawatan dia sampailah dia dilantik. 591 00:46:28,661 --> 00:46:30,663 Itu akan menunjukkan komitmen awak yang berterusan. 592 00:46:30,746 --> 00:46:31,664 Idea yang sangat baik. 593 00:46:31,747 --> 00:46:34,709 Selagi saya boleh fokus pada kempen sepenuhnya, saya setuju. 594 00:46:34,792 --> 00:46:37,586 Kalau Jim menang, kita kena calonkan naib presiden serta-merta. 595 00:46:37,670 --> 00:46:39,630 Linda, awak dah sediakan senarai nama? 596 00:46:39,714 --> 00:46:41,465 Ya. Tuan boleh mula proses saringan 597 00:46:41,549 --> 00:46:43,092 sebaik saja tuan kecilkan pilihan. 598 00:46:43,175 --> 00:46:45,177 Saya dah ada senarai calon terbaik. 599 00:46:45,261 --> 00:46:47,888 - Saya nak pandangan awak, Jim. - Saya sedia membantu. 600 00:46:50,307 --> 00:46:51,267 Yang berhormat? 601 00:46:55,104 --> 00:46:55,938 Yang berhormat? 602 00:47:12,204 --> 00:47:15,249 Kita boleh guna infrastruktur sedia ada. Macam mana dengan Nash Aarons? 603 00:47:15,624 --> 00:47:18,335 Saya suka Nash, tapi saya nak bawa beberapa orang saya. 604 00:47:18,419 --> 00:47:20,588 Tak jadi masalah. Nash boleh kerja berkumpulan. 605 00:47:20,671 --> 00:47:23,632 Kita boleh agihkan sedikit dana daripada kempen 2016... 606 00:47:23,716 --> 00:47:24,800 Maaf, Linda. 607 00:47:27,094 --> 00:47:28,387 Peter Russo dah meninggal dunia. 608 00:47:30,848 --> 00:47:31,891 Bunuh diri. 609 00:47:32,058 --> 00:47:34,560 Dia dijumpai di dalam garaj dengan enjin kereta masih hidup. 610 00:47:38,522 --> 00:47:39,815 Takziah, Frank. 611 00:47:41,233 --> 00:47:43,235 - Boleh saya minta diri sekejap, tuan? - Dah tentu. 612 00:47:44,987 --> 00:47:47,907 Saya akan cari maklumat lagi dan mula merangka kenyataan. 613 00:47:47,990 --> 00:47:50,868 Mari susun semula jadual. Bila-bila saja yang sesuai untuk Frank. 614 00:48:01,629 --> 00:48:06,759 Mereka jumpa Peter pagi ini dalam garaj dengan enjin kereta masih hidup. 615 00:48:07,885 --> 00:48:10,387 Yang berhormat Peter Russo dijumpai mati 616 00:48:10,471 --> 00:48:12,139 awal pagi ini di parkir garaj... 617 00:48:12,223 --> 00:48:13,557 Kenapa bukan kita yang laporkan? 618 00:48:13,641 --> 00:48:15,559 ...bangunan pangsapurinya di Washington. 619 00:48:15,643 --> 00:48:18,896 Ejen Unit Tindakan Khas AS menemui jasadnya selepas laporan 620 00:48:18,979 --> 00:48:20,523 kehilangan Russo sejak Sabtu. 621 00:48:20,606 --> 00:48:21,690 Jahanam! 622 00:48:22,274 --> 00:48:25,111 Jasad dia dipindahkan ke pejabat koroner Washington 623 00:48:25,194 --> 00:48:29,573 di mana bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian. 624 00:48:30,157 --> 00:48:31,700 Ahli Kongres muda dari Philadelphia... 625 00:48:31,784 --> 00:48:33,786 - Zoe. - ...Russo berumur 36 tahun... 626 00:48:33,869 --> 00:48:36,455 - Tengok. - ...dan meninggalkan dua orang anak. 627 00:48:36,539 --> 00:48:37,998 Saya kena pergi ke pejabat. 628 00:48:38,249 --> 00:48:40,334 Russo sedang bertanding dalam pemilihan hangat 629 00:48:40,417 --> 00:48:42,503 untuk jawatan gabenor Pennsylvania. 630 00:48:42,586 --> 00:48:45,840 Kali terakhir dia tampil di khalayak umum dalam rancangan politik pagi 631 00:48:45,923 --> 00:48:48,592 di stesen radio WZPZ Pittsburgh. 632 00:48:48,676 --> 00:48:49,969 Ketika temu ramah itu, 633 00:48:50,052 --> 00:48:51,762 percakapannya tak jelas, hilang tumpuan... 634 00:48:51,846 --> 00:48:53,889 - Christina. - ...membuatkan ramai percaya 635 00:48:53,973 --> 00:48:57,059 - yang dia kembali seperti dulu... - Boleh carikan kereta api ke Washington? 636 00:48:57,143 --> 00:49:00,646 ...di stesen TV ini untuk semua maklumat terbaru anda 637 00:49:00,729 --> 00:49:04,692 tentang berita tergempar: kes bunuh diri Yang Berhormat Peter Russo. 638 00:49:15,661 --> 00:49:16,537 Jawab panggilan saya. 639 00:49:16,620 --> 00:49:19,290 Peter ditemui dalam garaj pagi tadi dengan enjin masih hidup. 640 00:49:19,373 --> 00:49:20,207 Saya balik. 641 00:51:24,707 --> 00:51:27,793 Susah saya nak luahkan apa yang saya rasa sekarang... 642 00:51:28,919 --> 00:51:31,338 dan saya tahu Claire pun rasa begitu. 643 00:51:31,964 --> 00:51:34,133 Peter sangat istimewa buat kami. 644 00:51:35,634 --> 00:51:39,555 Kehadiran dia membuatkan orang gembira. 645 00:51:39,638 --> 00:51:43,517 Saya dan suami saya mula rapat dengan dia sejak beberapa bulan lepas. 646 00:51:44,059 --> 00:51:47,062 Peter lebih daripada sekadar rakan sekerja dan seorang kawan. 647 00:51:47,146 --> 00:51:48,272 Dia merupakan keluarga. 648 00:51:49,398 --> 00:51:52,026 Takziah kami ucapkan buat anak-anak dan isterinya, 649 00:51:52,109 --> 00:51:55,154 mereka yang mengenali dia, bekerja dengan dia dan menyayanginya. 650 00:51:55,237 --> 00:51:59,241 Tolong hormat privasi mereka dan bersimpati dengan kehilangan mereka. 651 00:51:59,450 --> 00:52:02,578 Hari ini merupakan hari yang sedih buat Kongres Amerika Syarikat, 652 00:52:02,828 --> 00:52:05,497 negeri Pennsylvania dan buat kita semua. 653 00:52:06,665 --> 00:52:07,875 Terima kasih banyak. 654 00:52:09,877 --> 00:52:11,462 Tuan, berapa lama tuan kenal dia? 655 00:52:15,007 --> 00:52:17,009 Terjemahan sari kata oleh Nor Ahmad Rahimi Yunus 656 00:53:30,833 --> 00:53:34,628 SIRI ASLI NETFLIX