Diterjemah oleh Faiz Marzuki

 

 

 

Hello.

Hello, sayang.

Ayah.

 

Masih awal lagi ni.

Ya, ayah tahu.

Ayah cuma nak beritahu yang
ayah kirimkan sesuatu.

 

Minyak wangi ke?

Bukan, benda berkilau.

 

Ada resit?

 

Ayah hantar dari kedai.

 

Kenapa ayah tak hantar sendiri?
Kita boleh bersarapan.

Itu akan menjadi perjalanan
yang panjang.

 

Ayah di Venice.

 

Dengan persetujuan petugas pembebasan
bersyarat ayah, tentunya.

Ayah suka orang itu, Stella,
awak tahu itu...

...tapi kami benar-benar
tak pernah bersefahaman.

Jadi rasanya ayah dah bayar
PO di lawatan terakhir.

Ayah cari masalah lagi?

Jangan kecewakan saya.
Ayah cakap mahu berhenti.

Selepas ini, ayah berhenti, sumpah.

 

Charlie ada di situ?

Ayah yang ada di telefon, sayang.

Ayah akan telefon awak esok
kalau sudah mendarat.

 

Ayah sayangkan awak.
Sambung tidur. Selamat tinggal.

Ayah?

 

Sayang ayah juga.

 

Saya dah hantar.

Sepatutnya awak belanja setelah
kita selesaikan pekerjaan.

- Saya rasa sangat optimis.
- Oh?

 

- Apa perasaan awak?
- Saya okey.

Okey?

Awak tahu persamaan "okey", kan?

Ya, malangnya.

"Panik."

- "Tak selamat."
- "Gelisah."

- Dan "emosional."
- Bagus.

Nampak tiang di belakang awak?

 

Kenapa dengan mereka?

Itulah di mana mereka gunakan untuk
pencuri yang merasa "bagus."

Silakan.

 

Untuk hasil tangkapannya.

 

Harap saya dapat apinya.

- Ada khabar dari tukang sampah?
- Belum.

Jika mereka tidak datang...

...3 bulan siapkan paipnya...

...dan saya akan heret awak keluar dari persaraan.

Oh, ini menyenangkan. Saya suka.

Awak ambil alih sebagai ketua,
dan semua kebimbangan.

Saya, bersenang-lenang,
sepanjang perjalanan.

Baguslah awak menikmatinya, John.

Perlu ingat, bot polis
boleh memecut dari stesen...

...ke posisi kita dalam tujuh minit.

Itu bermaksud awak ada 4 minit
untuk guna sihir awak.

Tak, awak cakap 10 minit
dan saya cakap 5 minit.

 

Bila?

 

Jangan main-main dengan saya, okey?
Saya akan belasah awak.

Oh, ya?

Ayuh, tunjukkan langkah terhebat awak.

Apa?

 

Ayuh. Mari pergi.

 

- Apa kali ini?
- Da Vinci.

- Artis. Juruteknik. Pelukis.
- Ya, sangat menarik.

Hei, dengar. Lihat ini.

"Belajar bahasa puisi, seni, asmara, seks."

 

Saya tak macam awak, kawan.
Saya tak perlukan buku panduan.

- Boleh kami pergi?
- Baiklah, Gubernur.

 

Ayuh, buatlah diri awak berguna.
Lepaskan talinya.

- Hari ini.
- Ya.

Ya, Gilligan, kalau awak tak keberatan.

 

- Sudah diatur?
- Ya.

Saya dah tingkatkan tampilan matriksnya...

...untuk mengesan kedua-dua koordinat
Cartesian dan tiga sudut...

...peralatan, kemiringan dan
getaran, untuk berikan kita...

...posisi yang tepat dan
orientasi barang kita.

Kita di Itali.
Cakap bahasa Inggeris.

Steve, bagaimana keadaannya?

15 minit, jadi garajnya kosong.

Si ibu dan anaknya keluar pada jam 8:30
untuk pra-sekolah seperti biasa.

 

Jadi untuk 45 minit seterusnya...

...tempat ini kita punya.

Belum ada maklum balas dari pekerja sampah?

Hei, siapa beritahu peternak lebah
di Budapest?

Mereka akan datang.
Awak boleh percayakan mereka.

Steve, dah berapa kali
saya cakap?

Saya percayakan semua orang. Cuma saya
tak percayakan syaitan yang menghasut mereka.

 

Kami dah masuk.

 

Beritahu saya tempat lukisannya.

 

- Orang-orang awak di posisi?
- Mereka akan datang.

Tapi awak tak tahu, Steve.
Lebih baik kita batalkan.

 

Maaf, John. Tapi rasanya Charlie
yang beri arahan.

 

Sasaran kita sedang dibawa keluar dari sini malam
ini, dan ini satu-satunya peluang.

 

Charlie?

 

Mahu teruskan?

 

Terpulang pada awak.

 

Mari mulakan.

 

Okey, Steve.

 

Dari dinding sebelah barat,
ambil ukuran 14 kaki 8 inci.

 

Selesai.

Sekarang ukur 8 kaki 5 inci dari
dinding sebelah utara.

Itu sudut Barat Laut dari sasaran kita.

Selesai.

Atas awak.

 

Sekarang, lukisannya...

...kelebarannya 2'9"...

 

...bahagian dalam 2'5".

 

Okey, Left Ear, giliran awak.

 

14 kaki 4 inci dari dinding sebelah Barat itu.

 

Ya.

 

Pekerja sampah dah berada di posisi, John.

 

Mereka bawa lari peti melalui bot!

 

Baiklah, Charlie.
Seseorang baru menelefon.

Bot polis menuju ke tempat awak.

 

7 minit dari sekarang. Mari pergi.

 

Kita ada 4 minit untuk
isi emas ini dan pergi. Cepat.

 

Hei, semua. Mari sini.

 

Saya mahu bersulang.

 

Untuk kita.

- Ya!
- Betul!

 

Dan saya mahu bersulang buat Charlie...

...kerana kita baru saja mencuri
emas bernilai 35 juta dolar...

...tanpa memakai senjata
kerana rancangan liciknya.

Tiada yang boleh buat sebegitu.
Tiada sesiapa pun.

- Charlie!
- Charlie!

 

Terima kasih.

Ayuh, tuan-tuan.

Senarai perbelanjaan. Apa mahu dibuat?
Tiada rincian kotornya.

Tolonglah, kawan-kawan.

Belajarlah dari orang tua.

Jangan habiskan duit itu.
Buatlah perlaburan.

 

Pada apa?

 

Pada emas.

 

Mari fikirkan cara nak
keluar dari sini, okey?

 

Apa awak akan buat, Rob?

Entahlah, banyak yang boleh dibeli
dengan duit yang banyak.

Saya baru terfikir tentang
gadis bogel duduk di kerusi.

Jelas sekali. Nampak?

Rasanya saya mahu beli
Aston Martin Vanquish.

Tak ramai perempuan yang mahu lakukannya...

...pada kerusi penumpang.

Saya mahu beli peranti digital...

...NAD T770 dengan kuasa 70 watt
dan Burr Brown DACs.

 

- Ya.
- Itu stereo yang besar.

Pembesar suara yang sangat kuat,
mampu melucutkan pakaian wanita.

Dah mula nak sembang.

35 juta dolar, tak boleh ke
lebih kreatif dari itu?

Saya mahu ke Andalusia, kawasan
selatan Sepanyol, di sana.

Memiliki rumah besar.

Memiliki sebuah perpustakaan
yang penuh dengan edisi pertama.

Ada ruang letak kasut-kasut.

 

Awak macam mana, Steve?

Entahlah, saya belum putuskan.

Awak belum putuskan?

Yalah tu, kawan. Apakah itu udara
gunung atau...

Saya suka apa awak cakapkan.
Saya akan curi sedikit dari bahagian awak semua.

 

Betul sangat lah
Steve kalau begitu.

 

Saya sukakan sulangan tadi.

Tapi awak boleh berhenti
sebelum tutup mata.

Tidak, awak hebat.

Luarbiasa.

Awak lihat seluruh gambarannya.
Memerhatikan setiap sudutnya.

 

Awak tahu, Charlie...

...ada 2 jenis pencuri dalam dunia.

Mencuri untuk
kemewahan hidup mereka...

...dan satu lagi mencuri
untuk menentukan hidup mereka.

 

Jangan jadi yang kedua.

Mengakibatkan awak kehilangan perkara
yang amat penting dalam hidup ini.

 

Apa maksud awak, John?

Awak dah jadi ayah yang baik.

Berada di penjara tak menjadikan awak
ayah yang baik.

Saya habiskan separuh
kehidupan anak saya di penjara.

 

Jangan jadi seperti saya kecuali ini, Charlie.

Cari seseorang untuk awak
habiskan sisa hidup dengannya...

...dan bertahan bersama selamanya.

Faham?

Hei.

 

Mari pergi. Saya dah kesejukan.

Ya.

 

Steve dah kesejukan. Awak pun?

 

Saya biasa saja.

 

Saya sukakan awak.
Awak lakukan sangat bagus.

Terima kasih, John.

 

Jom pergi.

 

Awak patut saksikan Rob
mengemudi bot itu tadi.

Dia dah macam Don Johnson.

Oh ya, dari Brixton.

Ya, tapi apa awak tahu
tentang Brixton?

 

Tengok orang bodoh ini,
memandu di tengah-tengah jalan.

Siapa itu? Apa ini?

 

Siapa mereka?

 

- Hei!
- Lepaskan tangan dari stereng.

Steve!

 

Jangan fikir bukan-bukan.
Buat saja.

 

Tidak, John.

Steve, apa awak buat ini?

Saya buat rancangan sendiri.

 

Mana saja awak pergi, kami akan
cari awak, Steve. Awak tahu itu.

Rasanya itu betul, John.

Cepat! Cepat!

 

Charlie.

 

Kita perlu pergi, Charlie.

 

1 TAHUN KEMUDIAN - PHILADELPHIA

 

Awak selalu bekerja dalam gelap?

 

Buat saya rasa macam berseorangan.

 

Boleh tahan, Stella.

- Hurley tak dapat buka peti itu.
- Spears pun tak dapat.

Sekarang awak tahu siapa
yang dipanggil dulu.

 

Awak berbakat, Stella. Orang itu
tidak menghadiri panggilan pengadilan,...

 

...niat yang bagus, khidmat masyarakat.

Saya buat untuk duit, Paul.
Nanti saya hantarkan bil.

 

- Awak tak mahu lihat di dalamnya?
- Saya tak pernah melihat di dalamnya.

Semoga ceria selalu.

- Hai, George.
- Hai, Stella.

 

- Berapa lama untuk pecahkannya?
- 4 minit 43 saat.

Hebatnya awak.

- Ada apa lagi?
- Todd Milliken hubungi awak.

Dia ada kunci gabungan prototype,
dia mahu awak mengujinya.

Dia cakap dia tambahkan dua
titik sentuhan palsu di gelas tersebut.

Saya akan acah-acah bingung untuk
beberapa saat, buat dia serabut.

Dan Charlie Croker ada di pejabat awak.

 

Dia cakap awak berdua saling kenal.

 

Charlie Croker.

 

Hei, Stella.

 

Bukan ke saya cakap yang saya
tak nak jumpa awak lagi?

 

Rasanya itu semasa awak beritahu
bagaimana ayah saya mati...

....depan mata awak, selepas awak
libatkan dia dalam tugasan terakhir.

 

Kami dah jumpa dia, Stella.

Dia di Los Angeles.

Jongkong emas yang dia curi dari kami
terdapat cap penari Bali di atasnya.

Saya baru terima maklumat dari
kawan saya bernama Skinny Pete...

...yang penjual emas di LA telah
membeli emas itu.

Ya?

 

Bagaimana awak tahu itu dia?

Skinny Pete hantarkan ini.

Steve menukar namanya kepada Frezelli.

 

Kenapa awak beritahu saya semua ini?

Pemeriksaan data sudah dibuat dari
beberapa syarikat.

Didapati Steve mempunyai
Worthington 1000...

...yang dihantar ke pejabatnya.

Awak takkan pasang 1000 Worthington...

...kecuali ada sesuatu yang
penting untuk dijaga.

Tidak perlu.

Masalahnya tiada seorang pun
dalam pasukan saya yang boleh membuka peti besi.

Saya perlukan seseorang
yang boleh dipercayai.

Saya seorang pakar pembuka peti besi dan
juruteknik ruang penyimpanan, bukannya pencuri.

Ini bukan tentang emas, Stella.

Saya anggap John macam
ayah saya juga.

 

Saya minta maaf, okey?

Saya tak boleh teruskan hidup
selagi tak betulkan keadaan ini.

 

Saya dah teruskan hidup.

 

Ayuh, Charlie.

Ayuh.

 

Hello.

Saya nak tengok muka orang
itu ketika emasnya dicuri.

Dia dah bunuh ayah saya.
Saya terima tawaran ini.

 

Dia turut serta.

- Adakah itu khabar baik?
- Khabar yang sangat baik.

Dia boleh pecahkan Worthington 1000
dengan mudah.

Saya tak yakin melibatkan orang awam sebagai
ahli itu idea yang bagus, Charlie.

Dia ada kemahiran dan juga semangat.

Lebih tepat.

Dia emosional.

Awak tahu apa akan terjadi
bila emosi menguasai dirinya.

Dengar, jangan fikir bukan-bukan, okey?

Kita semua beremosional dalam hal ini.

Mari mulakan.

 

- Awak sedia?
- Sudah tentu.

 

Awak belum bersedia.

 

Cepat betul tadi.

 

Di mana mereka?

Kita sampai sedikit awal. Saya tak
jangka kita sampai secepat ini.

 

Itu dia. Lyle.

Dia pakar komputer.

 

Awak tahu, dia sememangnya
mencipta Napster.

Setidaknya itulah yang Lyle cakap.

 

Dia cakap yang Shawn Fanning rakan
sebiliknya ketika kolej dan mencuri ideanya.

 

Rasanya itu pertama kali
dia menunggang motosikal.

 

Hei.

 

Awak tak apa-apa?

 

Ya.

 

Itu Left Ear.

 

Bahagian pembongkaran dan bahan letupan.

Ketika umur 10 tahun, dia letak
satu M80s terlalu banyak dalam tandas.

 

Hebat betul tadi.
Bagaimana awak lakukannya?

Apa?

Bagaimana awak lakukannya?

Apa?

Saya kata, bagaimana awak lakukannya?

Apa?

 

Hilang pendengaran
di telinga kanannya.

Dia tutup derianya semenjak saat itu.

 

Handsome Rob, pemandu.

Pernah memandu pada semua
jalanraya dari Los Angeles...

...semata-mata untuk mencatat rekod untuk
pengejaran jalan tol terpanjang.

 

Awak tahu, dia menerima 110 surat
peminat yang dihantar ke penjara tahanannya...

...dari wanita yang lihat di berita.

 

Dan awak pula?

Saya tak pernah dengar
bagaimana permulaan awak.

Saya?

 

Saya menjadi pencuri
sejak kecil lagi.

Baiklah, awak berdua tahu
apa nak dibuat.

Berikan sekarang.

 

Hati-hati, Spaz.

 

Hei, apa masalah awak?

 

- Hei, Charlie.
- Gembira jumpa awak, kawan.

- Awak khabar baik?
- Ya.

- Charlie yang bersemangat.
- Gembira dapat bertemu.

- Hello, Charlie.
- Rob, apa khabar? Baik?

 

Kawan-kawan, ini Stella Bridger.

 

Hai.

Apa khabar? Gembira bertemu awak.

Telefon?

Ya, semuanya baru dan bersih.
Saya ada chip dalaman di dalamnya.

Tukar dua kali sehari,
atau kita akan tertangkap.

Kad identiti?

 

"James Hymen!"

Biar betul.
Berilah nama yang lebih hebat.

63 Kg? Cubalah 74 Kg.

- Cuba angkat berat.
- Cuba angkat ini.

Cukuplah itu.
Kita berangkat esok, okey?

Mari pergi.

Hei, Charlie...

 

Handsome, boleh uruskan motosikalnya?

Ya, tolong uruskan Knievel
untuk lompatan seterusnya.

 

Kawan, keluar dari semua tempat
bagi pencuri untuk menyembunyikan...

...joker ini yang mengambil Hollywood.

Dia tak penting, tapi dia tak bodoh.

Baiklah.

Kita perlu cari cara
untuk masuk ke rumah Steve...

...dan buat rakaman ruangannya.

Saya mahu audio hidup
di telefonnya.

Oh, ya. Saya mahu mencuba sesuatu.

Saya akan pecah masuk ke dalam sistem
pemantauan jarak jauh telefon...

...dan buat dia terfikir
bahawa ada sebuah saluran rasmi.

Cuma untuk salurkan salinan
digital panggilan pada kedudukan kita.

Saya dah buat pada bekas kekasih saya.

Berapa lama?

Bukan. Berapa lama masa diambil?

Bukan berapa lama awak buat itu
pada bekas kekasih awak.

Ambil masa semalaman.
Akan siap pada pagi hari.

 

Maaf, saya lambat.

Kita mulakan kerja apabila
Steve keluar rumah.

Stella, berapa banyak masa yang
awak perlukan untuk uruskan Worthington?

- Rata-rata 5 minit.
- Jangan berlagak, cik adik.

Ini tidak sama seperti membuka
peti besi untuk polis.

Berpeluh di hujung jari,
jantung berdenyut di telinga...

...semuanya tak sama.

 

Saya hargai keprihatinan awak.
Saya akan baik saja.

Perlu ingat, ini semua
bahagian yang mudah, okey?

Ini boleh buat kita tertangkap.

- Jadi, apa perancangannya?
- Kita pergi ke stesen Union.

Pandu kereta mengikuti keretapi.

Kita perlu tahu berapa
lama masa diambil...

...dari rumah Steve ke stesen Union.

 

Oh, bagus. Sistem Keselamatan Carson.

Sebagus mana itu?

 

Carson adakan pertandingan tahunan.

50, 000 dolar untuk setiap orang
yang boleh melepasi sistemnya.

Seorang bekas narapidana
yang selalu muncul.

5 tahun berjalan, tak ada yang dibayar.

Baiklah, ini statusnya.

Pagar anti scaling.

Mengeras, baja berlapis listrik.

Ya, saya akan salutkan
dengan nitromin.

- Penjaga keselamatan?
- Ada pengawal bersenjata di sini.

Polis upahan, dengan pistol
ukuran 9mm di pinggangnya.

Tapi pondok pengawal itu...

...pondok keselamatan nampaknya bahagian
pertama untuk bom kimia.

Nitromin, bom kimia, benda-benda
itu susah nak dapat.

Ya, Lyle. Itu jarang dijual.

 

Alamak.

 

Dia ada anjing.

Saya tak mahu berdepan dengan anjing.
Saya ada pengalaman buruk.

- Apa yang terjadi?
- Saya ada pengalaman buruk.

Sudahlah. Saya pekak.

 

"Serahkan lencana dan
senjata..." Oh, tembak.

 

"Serahkan lencana dan senjata."

 

Tegas lagi.

"Saya tak mahu lihat awak
menyibuk dengan penyiasatan ini."

 

"Dan serahkan lencana dan senjata kamu."

"Saya tak mahu tengok awak
menyibuk dengan penyiasatan ini."

 

Hei! Lampu dah hijau!

"Serahkan lencana dan senjata kamu."

Hijau!

"Saya tak mahu tengok awak
menyibuk..." Oh.

"Serahkan lencana dan senjata kamu."

 

Biar betul.

 

Itu dia.

 

Mari mulakan kerja.

 

Ini lalu lintas yang teruk,
lalu lintas yang sesak...

 

...atau lalu lintas yang berisiko.

 

5 orang dah mati kerana merokok,
di antara lampu isyarat hari ini.

Awak tahu, mereka ada
Rel Metro, Rob.

Kita boleh gunakan itu.

Itu sesuai untuk membawa
satu ton emas, kan, bijak?

Bagaimana anggaran awak?

20 kali terakhir saya buat rondaan,...

...dianggarkan ada 32 minit
dan maksimum 50 minit.

Tapi, kalau semua lampu isyarat hijau,
kita boleh lakukannya dalam 14 minit.

Tunggu, awak tak boleh mencelah?

 

Kita akan buat apa saja supaya
semua lampu isyarat hijau.

 

Lyle?

 

Tengoklah apa saya boleh buat.

 

Awak datang tepat pada masanya.

 

Semua orang miskin di luar sana...

...simpan duit di bank
dan S&Ls dan reksa dana.

Apa yang mereka fikir, ketika muflis...

...mereka boleh bergantung pada kerajaan?

Rasanya tidak.

- Awak rakam saya?
- Mestilah tidak.

 

Saya tak pernah rakam awak.
Mari, tengoklah sendiri.

 

Kerajaan hanya sebuah
boneka dan badut...

...dalam sebuah dunia di mana
NAFTA mampu menolak Mahkamah Agung.

 

Macam sepupu saya, Mashkov, katakan,
"Ini satu-satunya tempat perlindungan, sayang."

"Emas."

 

Setiap kali saya pandang ukiran ini...

...ianya sangat cantik.

 

- Awak cakap di mana awak dapat ini?
- Saya tak pernah cakap.

 

Ada sedikit wang.

 

Rasanya saya tidak berjalan
sejauh yang saya fikir.

Maaf. Saya cuma boleh beli
dua emas hari ini.

Itu bukan perjanjiannya.

Apa boleh buat?
Saya cuma orang tengah.

Saya akan beli dua lagi
pada hari Rabu.

Jangan buang masa saya, Yevhen.

 

Apa seorang lelaki buat dengan
emas senilai 35 juta dolar pada waktu malam?

 

Dia tonton TV pula.

 

Di situlah kita masuk.

 

- Stella.
- Alamak!

 

Charlie!

- Bagaimana awak masuk?
- Saya ketuk pintu, tapi awak tak dengar.

- Dah tu awak main masuk saja?
- Saya cuma nak pastikan awak okey.

Saya minta maaf. Saya cuma...

Jangan pandang.

 

Okey.

 

Awak ada banyak peralatan di sini.

Awak tahu, ayah awak fesyen lama.
Semuanya guna sentuhan.

Itu cara dia.
Ini cara saya.

Teknologi menjamin
kepantasan dan ketepatan.

Ya, tapi tiada jaminan
dalam urusan ini, Stella.

 

Kenapa dengan headphone ini?

Cuma melatih diri sendiri.

Bunyi bising, awak tahu,
untuk berjaga-jaga.

 

Apa awak mahu, Charlie?

 

Kami akan putuskan kabel Steve, dan kami
perlu hantar juruteknik.

Untuk dapatkan rakaman video ruangan.

Ya.

Masalahnya, Steve
fikir yang kami semua dah mati.

 

Kecuali saya.

 

Saya akan buat, Charlie.

Saya lakukan, walau apa cara, apa
jua risikonya.

 

Baiklah. Saya akan aturkan.

Okey.

 

Mungkin awak nak minum
di bawah dengan saya...

...sebelum saya kembali ke bilik?

 

Saya perlu selesaikan kerja
ini dulu, awak tahu?

 

- Perlu selesaikan semuanya malam ini.
- Ya.

 

- Maaf buat awak terperanjat.
- Tak apa.

 

Selamat malam.

 

Selamat tinggal.

 

Dan dia terus jadi kesayangan media.

Di muka depan semua majalah.

Sepatutnya saya di muka depan majalah Wired.

Awak tahu apa dia cakap?
Dia cakap...

...dia namakannya Napster kerana
itu nama jolokannya...

...kerana rambut tebalnya
di bawah topi, tapi dia...

Sebab itulah masa saya sedang
tidur, dia mencurinya dari saya.

Dia pun tak tamat-tamat belajar.

 

Rasanya ini masa untuk lupakannya, kan?

Mereka dah bunuh dia. Harap mereka
buat benda yang sama pada awak.

 

Ya, itu dia. Petugas kabel.

 

Becky. Nama yang bagus.

Tak hairanlah yang lain sebut apa.

Dan itulah misteri
kenapa awak tak ada kekasih, Lyle.

Jadi, apa yang diperlukan ialah
van perkhidmatan seperti itu...

...dan pakaian seragam macam dia pakai.

 

- Awak rasa Stella setuju?
- Saya ragukan itu.

Minta pendapat Charlie.

 

Awak rasa Charlie...

...mencampurkan bisnes dengan layanan?

Patut dia lebih tahu.
Cuma saya boleh buat begitu.

 

Betul. Awak nak ke mana?

Pergi ambil pakaian kerja dan
van perkhidmatan.

 

Awak bergurau ke?

 

Macam mana dia nak buat?

 

Macam mana dia nak buat?
Apa awak cakapkan ini?

Hei, apa khabar?

Oh, khabar baik.

Gembira bertemu awak,
saya Handsome Rob.

Dan awak?

Oh, nama saya Becky, tapi itu
tertulis di baju saya.

Dengar, saya perlukan pakaian dan van awak.

Baiklah. Saya serahkan kedua-duanya
untuk awak.

Awak mahu dara saya juga?

Kalau itu ada dalam senarai.

Oh, awak kelakarlah. Kenapa awak tak ambil
kesempatan atas saya?

Ya, awak taklah bijak sangat, kan?

Tidak.

Bagus sekali.

 

- Apa yang boleh saya bantu, En. Frezelli?
- Kabel rosak.

TV, modem, semuanya.

Sekarang panggil petugas dan
suruh mereka datang segera.

 

- Netcom Cable, apa yang boleh saya bantu?
- Hai, saya di 3320 East Skyway...

...dan ada kabel yang rosak,
modem, semuanya.

Baik, biar saya beritahu, tuan. Saya
bertugas hari Khamis dari jam 9:00-15:00...

- ...rasanya boleh.
- Baguslah. Terima kasih.

Pengawal baru saja menghubungi
syarikat perkhidmatan kabel.

 

Pukul berapa temujanji itu?

Hari Khamis, jam 9:00 hingga 15.00.

 

Hello.

Hai, saya menghubungi dari Netcom Cable.
Saya difahamkan yang server awak rosak...

...dan ada temujanji pada hari Khamis.

- Ya.
- Kami ada juruteknik...

...yang sedang bertugas di kawasan anda
yang boleh lakukan kerja dengan segera.

Anda perlukan seseorang di hantar
sekejap lagi?

Boleh, baguslah.

Baik, juruteknik akan menemui
anda. Semoga ceria selalu.

 

Ini kertas kerja
yang awak perlukan.

Cuma perlu dapatkan tandatangannya
berserta tarikh di bawahnya.

Kita periksa kameranya.

 

Stella, awak akan jadi tentera
kebanggaan hari ini.

 

Pastikan awak jalan perlahan supaya
gambarnya akan sentiasa jelas.

 

- Maaf.
- Tak apa.

 

Maaf. Saya tak sempat pasang
pin pada malam temujanji saya.

- Awak ada pesta temujanji?
- Itu sepupunya.

 

Ada saluran kabel di dapur,
ruang tamu, bilik tidur...

...dan kabel modem pada komputer
di dalam pejabatnya.

Awak perlu tahu lokasi peti itu
di dalam pejabatnya.

 

Baiklah.

Kalau nak tahu, awaklah
yang paling berani masuk ke sana.

Saya tahu itu bukannya mudah.

Saya sokong itu.

 

Ini pasti tiada masalah.

 

Apa?

Awak tahu persamaan "baik"?

"Panik, tidak tenang...

...gelisah dan emosional".

 

- Awak akan baik-baik saja.
- Ya.

 

Selamat pagi.
Boleh saya lihat kad pengenalan?

 

- Terima kasih kerana segera datang.
- Itu dah memang tugas saya.

Okey.

 

Aston Martin Vanquish.

Nampaknya dia ambil kereta saya.

 

Anjing-anjing tak guna.

 

Hei!

 

Berhenti.

 

Bertenang.

 

Mari, mereka takkan ganggu awak lagi.

 

Mari.

 

Rumah.

Cepat, pergi dari sini.

 

Tak apa, saya dah terbiasa dikejar
pelbagai binatang dalam kerja saya.

 

Steve Frezelli.

 

Becky.

 

- Awak mahu tunjukkan masalahnya?
- Ya, dah tentu. Lalu sini.

 

- Rumah awak memang bagus.
- Ya.

1922. Semua mozek asli.

 

Semua batu di pagar itu
diambil dari rumah agam di Seville.

Pandai betul dia.

Rumah agam.
Rumah agam kepala otak dia.

 

Awak macam tak kagum.

Bukan, cuma tak terfikir
awak akan ambil batu...

...dari tempat yang agak,
menarik.

Saya tak mampu semua ini.

Apa yang awak mampu?

 

TV.

 

Saya ada TV yang besar.

 

Ia tak berfungsi buat masa ini, tapi...

Tapi mungkin saya patut
periksa kabel modem.

Ya? Ya, betul. Sebelah sini.

 

Saya bayar 30,000 dolar untuk
memasang sistem ini.

Suatu hari, tiba-tiba tak berfungsi.

Saya lihat ia tergantung.

 

Itu dia.

Itulah sasaran kita.

 

Kita akan ambil.

- Ada kabel dipasang melalui sini?
- Tiada kabel di sini.

 

- Cuma di sini?
- Ya.

Tiada penjelasan, cuma...

Tengok, itu NAD T770 saya.

Itu stereo saya.

Saya yakin sebahagian besar
dari pelanggan awak...

...cukup terkejut semasa membuka
pintu untuk petugas kabel...

- ...dan lihat awak berdiri di depan.
- Oh, ya.

 

Dia menggoda.

Tiada masalah di sini.
Mungkin saya patut periksa TV.

 

Okey.

 

Awak tahu?
Habiskan ini sekarang juga.

Saya nak belasah penyangak ini
sekarang juga.

Janganlah.

 

- Nampaknya awak ada pemproses AVM.
- Satu-satunya yang terbaik.

Periksa kotak itu.

 

Saya cuma perlu tetapkan semula sistem.

 

Kadang-kadang ianya
tersangkut, awak tahu?

Hidupkan.

 

Dah dibaiki?

 

Hidupkan saja, kita akan lihat.

Sekarang.

 

Bagusnya.

 

Becky, kan?

 

Kita pernah bertemu sebelum ini?

 

Rasanya tak pernah.

 

Sila tandatangan di sini.

 

Jadi, kalau saya ajak awak
keluar makan malam...

...adakah saya pelanggan
pertama awak yang buat begitu?

Awak ada ajak orang terakhir yang
baiki kabel sebelum ini untuk makan malam?

Tidak, sebab yang terakhir,
136kg, ada misai.

Itu bukan citarasa saya.

Rasanya ini bukan idea yang bagus.

Kenapa, adakah ini peraturan
syarikat perkhidmatan kabel?

Bukan, sebenarnya ini peraturan saya.

 

Saya tak keluar dengan lelaki yang baru kenal.
Saya baru kenal awak 5 minit yang lalu.

 

Jadi, rasanya saya akan
sabotaj kabel saya,...

...sehingga kita saling
mengenali dengan baik.

 

Semoga hari awak ceria.

Saya akan jadi lelaki
yang sempurna, saya janji.

Lagipun saya tak dapat nombor awak.

Saya akan temui awak.
Ke mana saja awak mahu pergi.

 

Tolonglah, langgar peraturan awak.
Sekali saja.

 

Cuma makan malam.

 

Itu maksudnya setuju?

 

Awak okey?

 

Ya.

 

Dia sentuh tangan saya.

 

Dia datang pada saya.

 

Hei, setidaknya saya...

...saya mencipta peluang, bukan?

 

Semasa dia keluar pada Jumaat malam,
kami akan masuk.

Ketika dia sedar yang awak
dah tertarik padanya...

...kita akan pergi jauh menghilang
dengan emas itu.

Ya.

 

Pastikan awak goncang kad
kali ini, Left.

Hei, Lyle...

...berapa jarak antara
pintu depan dengan bilik peti besi?

- Awak yang beri masa giliran saya.
- Awak dah ada pengecut paranoia.

Lyle!

Dia akan cuma menyahut kalau
awak panggil dia "The Napster", Charlie.

Tidak. Saya takkan panggil awak
The Napster.

Kenapa tidak?
Awak panggil dia Left Ear.

Betul.

Dan dia, Handsome Rob.

Sebab dia memang Handsome Rob.

Kalau begitu, awak patut panggil
saya The Napster.

Ayuhlah, mereka satu kolej
pada masa yang sama.

Kenapa awak sokong dia?

Ini kenyataan yang
dapat dibuktikan.

Dia rakan sebilik saya,
dia yang mencuri idea saya.

Jadi sayalah The Napster.

 

Baiklah.

 

Berapa jarak antara pintu
depan dengan bilik peti besi, Napster?

 

Jauh dari yang awak
sanggup bawa.

Ya, tapi bagaimana kita nak pindahkan
emas itu dari bilik kebal ke dalam kereta?

Berapa lebar susur itu, Napster?

 

6 kaki.

 

Baiklah, emas dah diletak.

 

Kita perlukan lagi kereta untuk
menampung berat.

Nampaknya saya juga perlukan
bantuan oleh pakar juga.

Saya kenal seseorang
untuk tugasan ini.

Jadi saya mengubahsuai kamera
untuk masukkan teknologi LIDAR...

...sehingga kita boleh buat
peta digital dengan resolusi yang tinggi.

- Siapa itu?
- Rakan mekanik Rob.

 

- Hei, Charlie.
- Hei.

- Charlie, ini Wrench.
- Hei, apa khabar?

Rob cakap awak ada bakat. Kami perlukan
seseorang untuk uruskannya.

 

Kami perlu mengangkat
muatan 1,2 Ton di dalam kereta kecil ini...

...dengan gantungan yang
mantap dan kelajuan...

...lebih pantas
supaya tak dapat dikejar.

- 1,2 Ton dari apa?
- Dari apa saja.

 

Berapa saya akan dibayar dari
kesepakatan rahsia ini?

10, 000 dolar.

 

Baiklah.

 

Hei.

 

Kita tak sempat berkenalan lagi.

Saya Wrench.

 

- Daging dan keju.
- Sombongnya.

 

Sumpah, memang sombong.

 

Awak mahu semua lampu hijau?
Sebab awak akan dapatkannya.

Apa awak boleh buat?

Selamat datang ke Pemantauan
Automatik Jalanraya LA...

...dan Pusat Kawalan Operasi.

Lihat, mereka gunakan video
dari persimpangan...

...dan algoritma yang dirancang khas
untuk meramalkan keadaan lalu lintas...

...dan kemudian mengawal lampu
isyarat. Jadi apa saya perlu buat...

...lupakan algoritma, ialah menggodam
pusat kawalan dan tempat itu milik kita.

 

- Awak nak cuba?
- Ingatkan tak nak tanya.

 

Nampak, lampu merah?
Lampu hijau.

 

Danielson?

Apa yang berlaku pada Grid 34?

Biar saya periksa.

Hei.

Alamak, adakah saya...

Tapi ia hebat.
Itu tak hebat ke?

- Boleh betulkan semula?
- Ya.

 

Lampu berfungsi dengan baik.

 

Cuma kemalangan.

 

Bagus.

 

- Macam mana?
- Tak perlu bahagian enjin.

Saya hilangkan kawalan asap,
dan 90kg badan yang besar.

Sekarang awak ada kendaraan
yang bagus, Charlie.

 

Awak tahu apa yang tengah
saya fikirkan?

Lihat riak muka Steve.

 

- Awalnya datang.
- Saya nak cepat.

 

Tentu awak tahu yang
pemilihan Florida...

...adalah CIA dan massa operasi.
- Betul ke?

Ya, yang tak berbeza sangat
ketika John F Kennedy...

...memenangkan undian dengan
bantuan ayahnya.

Awak tak senang bila saya sebutkan itu.

Bukan, Yevhen, saya tak suka
buat dua kali kerja.

Awak orang Amerika.

Awak sayangkan wira awak.

Percutian untuk Columbus?

 

Dia tersilap langkah...

...dan menghapuskan semua adat masyarakat.

- Awak tahu apa dia sedang cari?
- Saya yakin awak beritahu saya.

Emas. Kononnya untuk Ratu Isabella...

...tapi jangan fikir yang
keluarga Medicis kembali ke Itali...

...tak mahu terlibat dengan tindakan itu.

Dan apa yang Itali perlukan untuk emas?

Untuk perdagangan budak jarak
jauh yang berkampung di Venice.

 

Venice, di situlah jambatannya.

 

- Awak kata sesuatu?
- Tidak.

Tak, awak memang sebut itu.
Jangan berhenti. Saya berminat.

Tolonglah, saya keliru.
Bahasa Inggeris saya...

 

Awak tahu sangat banyak.

- Apa yang awak tahu tentang emas saya?
- Tidak, saya tak...

Jangan fikir
untuk tipu saya.

Saya terdengar khabar angin tentang
rompakan di Venice.

35 juta dolar jongkong emas...

...dengan sebuah cap penari
Bali di atasnya.

- Awak beritahu siapa?
- Mana ada.

- Awak dah beritahu siapa?
- Tak ada! Sumpah, demi Tuhan!

 

Awak bersumpah demi Tuhan?

Awak gila? Saya bersumpah demi Tuhan!

Saya tak beritahu.

 

Baiklah, kalau begitu saya
percayakan awak.

 

Yevhen.

 

Cepat, pukul dengan perlahan kali ini.

Pukul, bukannya mengawal.

 

Bagus.

Kalau awak boleh, saya tahu
awak boleh buat.

Jauh lebih baik.

Saya datang untuk jumpa
Skinny Pete.

 

- Ya, dia di sana.
- Terima kasih.

 

Jangan tenung dia.

Jangan tenung dia. Dia tidak
suka kalau orang tenung dia.

Tenung apa?

Bagus tadi itu.

Cuba lagi. Saya tahu awak
akan masukkan bola itu.

 

Bagus.

- Skinny Pete.
- Yo, Charlie.

Apa khabar, kawan?

Jadi ini tentang emas di jambatan
atau apa?

Saya datang bukan nak
bercakap pasal itu.

Kami perlukan beberapa peralatan.

 

Sayang, pergi berehat.

- Sayang...
- Berehatlah.

 

Yo.

 

Peralatan.

Kenapa?

 

Beberapa nitromin.

 

Beberapa...

 

...beberapa nitromin, cat dasar...

Kenapa?

 

Tiada apa-apa.
Saya okey.

- Saya cuma perlukan satu tong besar...
- Nitromin, cat dasar...

- ...kabel letupan...
- Betul.

...2 pengisi tripel bom kimia,
dan sebuah peluncur.

Ya, saya dah beritahu sebelum ini.

Baiklah.

 

Kosnya sekitar 5 ribu.

 

Setuju. Hubungi saya.

 

Terima kasih, kawan.
Maaf pasal tadi.

Baiklah, kawan.

Jom.

 

Keluar.

 

Di sana.

 

Vance ada nak beritahu sesuatu.

 

Silakan.

 

Beberapa minggu lepas,...

 

...saya bekerja di hadapan kedai sepupu awak.

Seseorang masuk bertanya tentang jongkong
emas dengan cap penari bali di atasnya.

Apa awak beritahu dia?

 

Saya beritahu yang saya
dah lihat sebelum ini.

 

Maafkan saya.

 

Macam mana rupa orang ini?

 

Dia berambut hitam panjang,...

...tatu yang besar di lehernya.

 

Beratnya lebih kurang 180kg.

Saya kenal orang itu.

 

Sayang, pergi berehat.

 

Awak tahu siapa saya?

Awak Mashkov.

 

Betul.

Awak bertanya tentang jongkong emas
dengan cap penari Bali di atasnya.

 

Beritahu kenapa.

 

Steve baru hubungi saya untuk mengesahkan
tempahan jam 8:00 malam di Water Grill.

- Baiklah, kita ke sana sekali lagi.
- Rasanya tak dapat dibuka dengan 15 minit

Peti besi tiba pukul 8:25.

Dimuat pada pukul 8:35,
dikeluarkan pada pukul 8:35.

Terus ke Stesen Union.

Lampu hijau cuma di laluan awak.
Yang lainnya merah.

Polisi akan tersangkut di lalu
lintas seperti orang lain.

Kereta api berangkat jam 10:00.
Kereta perlu bertolak pada pukul 9:30.

Pengiraan masa perlu tepat.

Mari bersiap.

Mari pergi.

 

Wow, kereta yang bagus.

 

Maaf, Rob.

Laluan selamat, kawan.

 

Ini dia, kawan-kawan.
Detik-detik kebenaran.

 

Ada apa ini?

 

Alamak!

 

Jiran-jiran Steve tengah adakan pesta.

 

- Awak datang untuk pesta Baker, tuan?
- Tidak.

 

Kita takkan letupkan apa-apa
pintu pagar malam ini, kawan.

Terlalu ramai saksi.

Stella.

Saya tahu.

 

Saya terlambat untuk temujanji.

Ya, dan awak perlu kelihatan jelita.

 

Kita kena buat dia
ajak awak keluar lagi.

Maaf.

Keluar dari jalan.

 

Saya tak sangka yang
awak boleh buat itu.

Apa maksudnya?

Awak memang tak nampak seperti
jenis pengembara, awak tahu?

 

Jangan sampai pakaian seragam kabel,
buang awak.

Saya bukannya buat andaian.

 

Saya dah buat beberapa
andaian tentang awak.

Oh, sungguh.

 

Dan?

 

Kita cuma perlu
tunggu dan lihat.

 

Kenapa tunggu? Periksa sajalah.

Jom pulang ke rumah saya.
Tak perlu andaian...

Bukan malam ini.

Dah lewat. Elok saya pulang.

Awak ada syif malam dengan
perkhidmatan kabel?

Tidak, tapi saya dah buat beberapa
panggilan buruk sebelum ini.

 

Hei.

Patut kita tidak terburu-buru,
awak tahu?

Ini makan malam yang indah,
percakapan yang manis...

...dan awak belum percayakan saya?
- Oh, bukan.

 

Saya percayakan semua orang.

Saya tak percayakan syaitan
yang menghasut mereka.

 

Ucapan yang menarik.

Sangat menarik. Dari mana
awak dapat ayat itu?

- Saya dah lupa.
- Betul ke?

Saya kenal seseorang yang cakap
macam itu.

- Betul ke?
- Ya.

 

Dialah satu-satunya yang
cakap begitu.

Dia kerap cakap macam itu.
Namanya John Bridger.

 

Awak sakitkan tangan saya.

Dia ada anak perempuan dan
dia sebaya awak.

 

Lepaskan tangan saya.

Saya tahu ada sesuatu yang tak
asing tentang awak.

Awak sama macam ayah awak,
awak tahu itu?

Saya juga sukakan dia,
sejak dari awal lagi.

Saya suka sehingga saya tembak dia.

 

Awak bekerja dengan siapa?

 

Dia bersama kami.

 

Semua ahli kumpulan ada di sini.

Awak tahu apa perangai buruk
seorang pencuri, Bendel?

 

Pengecut.

Awak patut lihat ayah awak
merayu demi nyawanya.

 

- Itu tak berbaloi.
- Pasang tali pada kucing awak.

 

- Hai, Steve.
- Charlie.

 

Boleh tahan, Charlie.
Sungguh, boleh tahan.

Awak tak tahu betapa sukarnya saya...

...tanpa buat helah ini
dan bunuh awak dengan tangan kosong.

Awak tahu yang lebih baik
dari itu, Charlie.

Jangan biarkan emosi
terlibat dalam hal ini.

Cakaplah yang itu bukannya emosi...

...semasa awak tembak John dan
biarkan kami semua untuk mati.

Itu bukan tentang emosi.

Itu tentang emas yang banyak,
dan saya mahukannya.

Apa pun yang awak rasa awak berhak,
tapi sebenarnya tidak.

Hei, jangan cakap pasal betul
dan salah dengan saya,...

...sebab saya tak peduli.

Okey?

Awak dapat kad awak,
saya dapat kad saya...

...kita adakan permainan,
dan saya keluar, okey?

Sekarang, kalau awak nak
mulakan permainannya lagi...

...itu tiada masalah bagi saya.

 

Apa rancangan awak di sini, sebenarnya?

Maksud saya, apa yang awak fikirkan?

Awak cuba untuk lumpuhkan
pengawal saya, bukan?

Saya ada 5 pengawal yang
awak tak tahu.

 

Awak suruh Lyle
menggodam sistemnya...

...supaya saya gantikannya
semula pagi esok.

Dan apa gerakan terakhir awak?

Maksud saya, awak akan suruh
anak Bridger masuk...

...dan cuba pecahkan peti besi saya?

 

Maksud saya, itu sememangnya menarik...

...tapi cuma saya tak nampak.

Rasanya dia takkan pergi sejauh itu.

Masih Steve tua yang sama, kan?
Selalu membela diri.

Sebab itulah awak selalu nombor 2.

 

- Bagaimana awak bayangkan itu?
- Awak sudah tiada imaginasi.

Awak tak boleh putuskan apa yang
perlu dibuat dengan semua duit itu.

Awak beli semua yang
orang inginkan.

Cuba awak bayangkan ini, ya?

Emas itu dah tiada.

 

- Bohong, Steve.
- Tak, sungguh. Dah habis, Charlie.

Saya cuba pindahkan dua jongkong terakhir.

Awak cari saya semata-mata untuk
emas yang sedikit?

Silakan.

Sungguh. Tapi awak bermula dengan teruk,
awak tahu?

Sebab awak baru saja keluarkan
helah terbaik awak.

Awak dah bongkarkan unsur kejutan.

 

Terkejut?

 

Ia akan berakhir
bila saya putuskannya.

 

Awak tak apa-apa, encik?

 

Bagaimana keadaan awak?

 

Baik.

 

Mengingatkan...

 

Mengingatkan kenyataan bahawa
semua yang saya buat ini...

...untuk seorang lelaki yang
baru saja saya kenal.

 

Awak tahu apa yang mengganggu saya
selama bertahun-tahun ini, Charlie?

 

Ianya...

 

...setiap kali ayah telefon saya untuk
beritahu yang dia sedang bekerja...

...saya tahu awak sentiasa
ada bersamanya.

 

Awak lebih mengenali dia
berbanding yang saya kenal.

 

Kerana dia sentiasa bersama saya...

...tak bermaksud dia tak
fikirkan awak setiap masa.

Bagus kalau itu kenyataannya.

Itu kenyataan.

Dia selalu menyesal kerana tak dapat jadi
ayah yang baik untuk awak, Stella.

 

Macam mana awak tahu?

Sebab dia sering beritahu saya.

 

Kenapa dengan tangan awak?

 

Saya menumbuk Steve.

 

Dan kenapa awak boleh pukul dia
sedangkan saya tak boleh?

 

Sebab tangan awak terlalu berharga.

 

Hei.

 

Awak okey?

 

Akan ada yang tertinggal kalau
awak terus gosok.

 

Beritahu En. Frezelli,
kami akan menemuinya pukul 8:00.

Charlie!

 

Dia dah bertindak.

 

Bila?

Pengawal keselamatannya menghubungi
helikopter peribadi jam 4:00 petang.

Ada kenderaan perkhidmatan
datang ke rumahnya jam 5:00 petang.

Ada sebuah pesawat kargo yang dijadualkan
berlepas dari LAX jam 8:00 malam...

...menuju Mexico City.

Bagaimana kalau dia pindahkan
peti besi itu untuk mengalih perhatian?

Kita buka peti, dalamnya kosong,
emas ada di tempat lain.

Steve takkan biarkan emas
hilang dari pemerhatiannya.

Ia akan masuk dalam trak
dan dia akan mengawasi...

...sepanjang perjalanan menerusi helikopternya.

- Jadi emasnya menuju ke Mexico.
- Siapa tahu ia ada di mana?

Mereka boleh ubah jadual
penerbangan semasa berlepas.

Bertenang.

Awak semua tersilap pandang.

Ini berita baik untuk kita.

Charlie, apa maksud awak 'berita baik'?

Kita dah berusaha untuk dapatkan
emasnya di dalam peti besi...

...sekarang peti besi itu akan
datang kepada kita.

Kita akan tambah
dalam pengangkutan.

Charlie, dia mungkin ambil
laluan yang lain untuk ke lapangan terbang.

Kita tak tahu mana satu.

Kita tak boleh lumpuhkan trak kebal
selama beberapa jam.

Kita boleh buat.

Napster...

 

...buat kekacauan di setiap
laluan kecuali laluan yang kita pilih.

Arahkan trak itu untuk ke tempat
yang kita inginkan.

Ke mana kita mahu ia pergi?

Kita tak boleh tembak-menembak dengan
pengawal yang bersenjata, kita akan kalah.

Saya akan buat macam
tugasan cara Itali.

 

- Hello.
- Kenapa awak buat begitu?

- Buat apa?
- Yevhen.

Awak tak perlu bunuh dia.

Nanti, apa awak cakapkan ini?
Kami tak bunuh sesiapa.

Sepupu Yevhen cakap
itu perbuatan awak.

Kenapa dia fikir macam itu?

Sebab awak nak tahu tentang
emas dengan cap penari Bali.

- Awak beritahu dia?
- Dengar sini, kawan.

Cuma satu yang saya tahu, jangan
pernah main-main dengan orang Ukraine.

 

Dengar, saya nak minta tolong.

 

- Ya.
- Ada masalah semalam.

Perlukan beberapa bantuan.
Bantuan lebih kali ini.

- Awak berminat?
- Mungkin.

Tapi saya tak suka acuh tak acuh.
Kalau saya ikut, saya perlu ikut.

Okey, awak diterima.

Baik.

 

- Apa pendapat awak, Charlie?
- Semua berfungsi. Jom pergi.

 

Awak hebat. Ini kerja yang bijak.

 

Awak okey?

- Ya, beri saya masa.
- Sekarang?

 

Saya akan masukkan pin ini
ke dalam tabung peledak...

...dan jika sisi kuningnya tersentuh...

...kita berdua akan jadi orang
terakhir yang lihat benda ini.

 

Ambillah masa awak perlukan.

 

- Hei, Charlie.
- Apa?

 

Saya sayangkan awak.

 

Sayang awak juga.

 

Baiklah.

 

Dia naik kereta 59 menuju ke New Orleans.

Awak yakin ini sumber yang betul?

Saya yakin.

 

Minta perhatian.

 

Kereta Api Metrolink nombor 774
akan tiba sekitar 15 minit lagi.

 

Periksa posisi.

Napster?

Saya di posisi.

 

Handsome Rob?

 

Kami di posisi.
Sunyi di sini, Charlie.

 

Wrench?

 

Mengatur.

 

Charlie, ada tetamu tak diundang.

Ada pengawal bermotosikal
mengiringi trak.

Kita akan berhadapan dengannya.

 

Siapa mereka?

- Ada apa?
- Charlie, awak pasti tak percaya.

Ada 3 trak kebal.

 

Inilah helahnya.

Saya tak dapat lakukannya jika
tak tahu trak mana untuk mahu diubah laluannya.

Ambil trak yang Steve perhatikan
melalui helikopternya.

Ingat, awak beritahu yang dia
tidak terlepas pandang dari emasnya.

Kecuali dia permainkan kita
dan dialah orangnya.

 

Okey, bergerak.

Bergerak!

 

Ini dia.

 

Mereka keluar.

 

Napster, ambil kamera lalu lintas
yang awak tengah perhatikan.

Di mana kamera pertama traknya bergerak?

 

Vine dan Yucca. Mereka semua
akan melalui di sana.

 

Perhatikan yang paling rendah.

 

Yang ini kosong.

 

Yang kedua juga sama, jadi...

 

Houston, trak sudah dipastikan.
Nobmor 128.

 

Kita keluar.

 

Three-kilo-bob ke two-fox-mike,
kami menuju lapangan terbang.

 

Okey, kawan-kawan, trak 128
menuju ke Barat.

 

Masa untuk buat sekatan.

 

Kita terputus.

 

Ini bukan terputus.

 

Kuasa masih ada.

 

Saya tak boleh daftar masuk.

Mereka akan membelok dari jalan
utama dan hantarnya.

 

 

 

Anda takkan boleh hentikan...

 

...Napster yang sebenar.

 

Apa masalah awak?

 

Trak 128, ada perkembangan?

Ini trak 128.

Lalu lintas diluar kawalan. Kami
sedang mencari laluan alternatif.

 

Periksa pasukan polis itu.

 

Oke, saya akan buka ruang di Highland.

 

- Pandu keluar dari sini.
- Saya tengah cuba.

 

Dan dia ambil laluan itu.

 

Alat pengesan polis mengatakan
komputer mati...

...di Pusat Kawalan Lalu lintas.

 

Hebat, Charlie.

 

Apa rancangan awak? Pusing semula.

 

Saya arahkan awak
semua belok ke kiri.

 

Ayuh, ambil laluan kiri.

 

Ya, bagus.

 

Berikan perincian.

 

Kereta bawah tanah baru saja melalui
stesen. Awak semua selamat untuk 90 saat.

Pergi.

 

Ayuh, Steve.

 

Awas!

 

30 saat berjalan.

 

13 saat, salah seorang pergi ke blok
atau akan berhadapan dengan kereta api.

 

Cepat!

Pegang kuat-kuat. Ini akan bergolak.

 

Cepat, cepat!

Awak semua akan berhenti di sana.

 

Baiklah, kawan-kawan.

Ia tiba di posisi.

Sabar.

 

...10...

 

...9...

...8...

 

...7...

...6...

 

...5...

...4...

Jangan terlepas pandang.

...3...

...2...

 

...1.

 

Hebatnya.

 

Mana trak saya?

Apa yang terjadi dengan trak saya?

 

Ada serangan dari bawah jalan.

Pergilah ke sana!

 

- Kita ada masalah lain.
- Apa?

 

- Ini bukan Worthington 1000.
- Apa?

 

Dia dah tukar petinya.

 

- Awak boleh buat?
- Ini buatan Israel.

Ada kaca sistem penguncian.

Ada kaca di sini,
di belakang pintu ini...

...dan kalau saya tak korek
dengan sempurna melalui lubang itu...

...bahan itu masuk ke dalamnya
dan peti itu takkan dapat dibuka...

...jadi ini sia-sia.

 

Rasanya saya baru retakkan kacanya.

 

Rasanya belum pecah.

 

Saya tak boleh mengorek lagi.

 

Perlu pakai cara sentuhan.

 

Saya tak dapat lalu.
Kereta itu menutup terowong.

Cepat. Di mana rel seterusnya?

11th dan Fig.

Posisi kedua dan ketiga...

...bertemu di 11th dan Figueroa
dan kembali lagi...

...ke Hollywood dan Highland.

Cepat!

 

Perhatian.

Bagasi untuk kereta nombor 22...

...sudah tersedia di korsel nombor 4.

Bagasi untuk kereta nombor 22
sudah tersedia...

...di korsel nombor 4.

 

- Saya tak boleh buat, Charlie.
- Stella.

Tak boleh. Saya perlukan gerudi,
borescope, atau sesuatu.

- Saya perlu menebuk ke dalam.
- Awak tak perlukan semua itu.

Tolonglah, Charlie.

Hei, awak mesti boleh.

 

Ayuh.

 

Pindahkan.

Cepat.

 

Hei, awak tak mahu lihat dalamnya?

 

Semestinya.

 

- Napster.
- Ya.

13 baris, 4 tingkat, 4 lajur.

 

Itu 208 batang.

Banyak mana?

208 darabkan dengan...

 

2.7 juta dolar.

Apa?

Bukan, 27.
27 juta dolar.

Emas itu bernilai 27 juta dolar.

 

Ya!

 

Baru dapat ilham.

Baik awak dapatkannya.
Itu perjalanan yang bagus.

 

Apa pendapat awak, John?

 

27 juta dolar.

Katakan lagi.

- 27 juta dolar.
- Katakan lagi.

- Katakan lagi!
- 27 juta dolar.

Katakan lagi!

 

Ada dua motosikal di belakang kita, Charlie.

 

Ada tiga buah Mini di bawah
tanah menuju bandar belah timur sungai LA.

Hentikan mereka sebelum
sampai ke jalanraya.

 

Tak guna!

 

Ini dia.

 

Buka pintu!

 

Cepat, semua. Mari bergerak.

 

Di sana, di sana.

 

Ayuh!

 

Nak ke mana?

 

Saya uruskan Steve. Awak semua
terus ke Stesen Union.

Jumpa awak semua di sana.

 

Jangan kehilangan dia.

 

Baik, Charlie.
Saya akan buka Lower Grand.

 

Saya tahu itu awak, Charlie.

 

Kemudian ambil kiri.

 

Gerakan yang bagus, Steve.

 

Keluar!

- Keluar!
- Okey.

Saya kata keluar!

 

Mereka ada banyak kereta
di dalam sana, kan?

Mini Coopers?

Dengar, kawan. Saya tak tahu apa-apa...

Hei, jangan risau tentang mereka.

Saya beri awak 5,000 dolar kalau
awak beri saya kereta itu.

 

Belikan sesuatu untuk kekasih awak.

 

Mari.

 

Separuh dulu, separuh lagi
lepas awak tolong saya keluarkannya.

 

Saya boleh uruskan awak, Steve...

...awak dah bermain cukup bagus.

Trak umpan, awak tukar peti besi.

Pemantauan helikopter. Maksud saya,
itu sememangnya bagus.

Tapi sekarang awak tiada emasnya
dan awak tiada apa-apa.

Saya ada ini.

Jadi, hentikan cakap kosong,
dan pulangkan emas saya!

 

Awak semua siapa?

Saya Mashkov...

...dan awak dah bunuh sepupu saya, Yevhen.

Awak patut ada insurans, Steve.

 

Yevhen dah mati semasa saya sampai.

Maaf pasal itu,
tapi Yevhen berurusan dengan...

...banyak penyangak. Sekarang
dia cuba permainkan awak.

Awak betul...

 

...tiada imaginasi.

 

Ada banyak emas di dalam sana.

Kita berdua ada senjata.
Saya akan buat kesepakatan.

 

Saya dah buat kesepakatan.

 

Apa awak mahu?

Awak tahu ini bukannya pasal emas.

Apa saja untuk bantu awak tidur
malam, sayang.

 

Betina! Charlie! Tolonglah, Charlie!

 

Bagus.

 

Saya sukakan itu.

Tunggu sebentar!

Saya akan gandakan apa saja untuk awak.
Asalkan jangan tembak saya.

Jangan risau, saya takkan tembak awak.

Tidak, saya akan bawa awak
ke tempat kerja saya.

 

Rasanya awak akan berminat pada
mesin-mesin yang saya gunakan.

 

Biar betul.

 

Kawan-kawan, saya mahu bersulang.

 

Untuk John Bridger...

...guru perancang paling hebat
di antara perancang lain.

- Ayah dan kawan-kawan.
- Untuk ayah saya.

Untuk John.

 

Stella betul. Ini bukan tentang duit.

Dah tentu, itu tak dapat halang
seseorang untuk sedikit bermewah.

 

Handsome Rob beli Aston Martin.

 

Dia memandu untuk langgar undang-undang.

 

Dia dapat amaran.

 

Left Ear memiliki rumah impiannya
di Sepanyol bahagian selatan...

...dengan ruangan khas untuk kasutnya.

 

Lyle akhirnya jadi muka depan
majalah Wired.

 

Awak memang Napster?

 

Ya, betul.

Dan dia memiliki stereo
yang dia impikan.

 

Awak nak dengar sesuatu?

Pembesar suara yang kuat,
yang mampu melucutkan pakaian wanita.

 

Kalau awak tak kisah.

 

Dan saya?

 

Saya ambil nasihat John Bridger.

 

Saya temui seseorang untuk
menghabiskan sisa hidup bersamanya...

...dan saya akan bersama dia selamanya.

 

Sarikata oleh :
"Faiz Marzuki"