1 00:00:19,112 --> 00:00:20,877 (Episod 48) 2 00:00:56,475 --> 00:00:57,582 Ke tepi, Moo Hyul. 3 00:01:01,582 --> 00:01:02,687 Tolonglah. 4 00:01:03,261 --> 00:01:04,261 Pulanglah. 5 00:01:05,391 --> 00:01:06,391 Lee Bang Ji. 6 00:01:07,008 --> 00:01:08,063 Awak tahu tak... 7 00:01:09,320 --> 00:01:11,215 ...apa Putera Jeongan dah buat? 8 00:01:12,479 --> 00:01:14,854 - Saya tahu. - Demi mengalihkan perhatian saya... 9 00:01:16,008 --> 00:01:17,774 - ...Yeon Hee telah... - Kami... 10 00:01:21,240 --> 00:01:23,400 Kami gunakan Cik Yeon Hee untuk alihkan perhatian awak. 11 00:01:24,238 --> 00:01:25,838 Awak rasa siapa yang cadangkan semua itu? 12 00:01:28,761 --> 00:01:29,761 Saya. 13 00:01:33,600 --> 00:01:34,879 Saya yang cadangkan. 14 00:01:35,994 --> 00:01:36,994 Awak... 15 00:01:38,946 --> 00:01:40,405 ...bunuh Yeon Hee? 16 00:01:45,830 --> 00:01:48,687 Cik Yeon Hee dah mati? 17 00:01:49,826 --> 00:01:51,401 Moo Hyul! 18 00:01:58,886 --> 00:02:00,101 Saya takkan beri penjelasan. 19 00:02:00,636 --> 00:02:02,221 Saya tak nak bermusuh dengan awak. 20 00:02:03,275 --> 00:02:04,460 Tolonglah ke tepi. 21 00:02:04,915 --> 00:02:05,971 Tolonglah pulang. 22 00:02:07,283 --> 00:02:09,730 Saya juga tak mahu bunuh awak. 23 00:02:10,666 --> 00:02:11,666 Kalau awak... 24 00:02:13,668 --> 00:02:15,003 ...adakah awak akan pulang? 25 00:02:15,755 --> 00:02:18,730 Kalau awak, adakah awak akan ke tepi? 26 00:02:23,948 --> 00:02:26,880 Halang semua laluan ke Sookjeongmun... 27 00:02:27,308 --> 00:02:29,003 ...dan pastikan Nam Eun ditangkap. 28 00:02:29,666 --> 00:02:33,051 Tangkap juga semua pengikut Jeong Do Jeon... 29 00:02:33,308 --> 00:02:35,923 ...termasuk adiknya, Jeong Do Gwang. 30 00:02:36,114 --> 00:02:37,114 - Baik! - Baik! 31 00:02:53,359 --> 00:02:55,448 Apa patut kita buat dengan mayat Jeong Do Jeon? 32 00:03:04,793 --> 00:03:06,161 Campakkan ke bukit. 33 00:03:25,514 --> 00:03:30,206 Saya nenek kepada pengawal yang bernama Moo Hyul. 34 00:03:30,267 --> 00:03:32,881 Ada tak awak nampak Moo Hyul? 35 00:03:33,473 --> 00:03:35,768 Tadi dia pergi ke pintu sebelah sana. 36 00:03:37,116 --> 00:03:38,116 Mari. 37 00:03:41,756 --> 00:03:43,448 Adakah dia... 38 00:03:48,048 --> 00:03:49,048 Pintu sana? 39 00:04:26,571 --> 00:04:30,753 Moo Hyul, jangan! Jangan! 40 00:04:31,011 --> 00:04:33,590 Jangan, Moo Hyul! 41 00:04:34,013 --> 00:04:37,710 Jangan! 42 00:04:38,195 --> 00:04:39,595 Ke tepi, Boon Yi. Awak boleh cedera. 43 00:04:40,764 --> 00:04:41,938 Semuanya dah berakhir! 44 00:04:45,651 --> 00:04:46,720 Tuan Sam Bong... 45 00:04:49,211 --> 00:04:50,473 ...dah meninggal dunia. 46 00:04:56,649 --> 00:04:57,649 Putera Jeongan... 47 00:04:58,895 --> 00:05:00,546 ...dah bunuh Tuan Sam Bong. 48 00:05:07,418 --> 00:05:09,080 Tuan Sam Bong dah tewas. 49 00:05:10,384 --> 00:05:12,229 Semuanya dah terlewat. 50 00:05:13,339 --> 00:05:15,139 Sekurang-kurangnya abang kena selamatkan diri. 51 00:05:15,416 --> 00:05:17,142 Dia tewas. Dia dah tewas! 52 00:05:20,607 --> 00:05:21,783 Belum lagi. 53 00:05:23,000 --> 00:05:24,190 Rakyat jelata... 54 00:05:26,575 --> 00:05:28,396 ...menang jika dapat terus hidup. 55 00:05:31,859 --> 00:05:34,548 Jadi marilah pergi, abang. 56 00:05:37,935 --> 00:05:39,756 - Lee Bang Ji! - Jangan! 57 00:05:39,861 --> 00:05:42,663 Moo Hyul, jangan! 58 00:05:43,097 --> 00:05:46,253 Kamu nak tengok nenek kamu mati? Jangan teruskan! 59 00:05:46,377 --> 00:05:48,191 Kalau kamu ingin bunuh Bang Ji... 60 00:05:49,420 --> 00:05:53,835 ...bunuhlah nenek juga! 61 00:05:55,064 --> 00:05:57,629 Perlukah saya kehilangan abang juga? 62 00:06:38,709 --> 00:06:41,386 Mengumumkan kehadiran Putera Jeongan. Buka pintu! 63 00:07:00,282 --> 00:07:01,307 Awak... 64 00:07:03,248 --> 00:07:04,744 ...bunuh Yeon Hee? 65 00:07:09,560 --> 00:07:11,223 Berapa ramai lagi yang perlu mati? 66 00:07:13,608 --> 00:07:15,756 Berapa banyak darah yang perlu mengalir... 67 00:07:16,898 --> 00:07:18,723 ...untuk hati saya jadi lebih kental? 68 00:07:31,016 --> 00:07:34,153 (Cheok Sa Gwang) 69 00:07:47,538 --> 00:07:49,681 Lee Seong Gye memang kejam. 70 00:07:50,142 --> 00:07:53,106 Sekarang ini Jeong Do Jeon yang berpengaruh. 71 00:07:53,562 --> 00:07:54,897 Jeong Do Jeon yang bunuh mereka. 72 00:07:55,411 --> 00:07:56,466 Lee Seong Gye. 73 00:07:57,202 --> 00:07:58,305 Jeong Do Jeon. 74 00:07:59,100 --> 00:08:03,426 Awak mungkin akan mati dalam masa dua jam lagi. 75 00:08:04,100 --> 00:08:05,505 Semua ini bermula dari... 76 00:08:06,491 --> 00:08:07,491 ...Moo Myung. 77 00:08:14,692 --> 00:08:16,400 Pemilik bilik simpanan senjata itu. 78 00:08:18,260 --> 00:08:19,260 Dan... 79 00:08:25,582 --> 00:08:26,876 Buang semua senjata kamu! 80 00:08:49,002 --> 00:08:51,219 Apa dah jadi dengan Jeong Do Jeon? 81 00:08:52,915 --> 00:08:53,970 Dia telah dibunuh. 82 00:08:54,845 --> 00:08:56,036 Yakah? Bagus! 83 00:08:56,778 --> 00:09:00,230 Semua di sini juga telah mengalah... 84 00:09:00,418 --> 00:09:02,018 ...selepas beta berjaya kalahkan Park Wi. 85 00:09:03,458 --> 00:09:04,793 Macam mana dengan putera mahkota? 86 00:09:05,175 --> 00:09:06,753 Dia dikurung di Donggoongjeon. 87 00:09:07,615 --> 00:09:09,310 Macam mana dengan Tuan Jo Joon? 88 00:09:10,895 --> 00:09:12,793 Belum ada berita lagi. 89 00:09:14,931 --> 00:09:15,720 Apa? 90 00:09:15,818 --> 00:09:18,266 Sam Bong cuba membahayakan nyawa putera lain! 91 00:09:18,651 --> 00:09:19,651 Apa maksud tuan? 92 00:09:19,701 --> 00:09:22,986 Tuan memang tak tahu atau pura-pura tak tahu? 93 00:09:25,335 --> 00:09:27,870 Sam Bong yang menggalakkan negara ini untuk berperang. 94 00:09:28,211 --> 00:09:29,211 Habis itu... 95 00:09:29,651 --> 00:09:31,870 ...tuan nak saya buat macam mana? 96 00:09:32,175 --> 00:09:33,895 Batalkan rancangan untuk menawan Liaodong... 97 00:09:34,571 --> 00:09:36,393 ...dan mohon agar baginda raja... 98 00:09:37,138 --> 00:09:38,578 ...jatuhkan hukuman ke atas Sam Bong. 99 00:09:42,354 --> 00:09:43,634 Macam mana pula dengan Sam Bong? 100 00:09:44,710 --> 00:09:47,507 Selagi Sam Bong hidup, perang saudara pasti akan tercetus. 101 00:09:57,206 --> 00:09:58,227 Tuan Sam Bong... 102 00:10:00,172 --> 00:10:02,031 ...telah mati dibunuh di Sungkyunkwan. 103 00:10:06,696 --> 00:10:09,867 Sam Bong telah pilih jalannya sendiri. 104 00:10:10,286 --> 00:10:11,717 Jadi tuan juga... 105 00:10:11,892 --> 00:10:14,801 ...perlu pilih jalan tuan. 106 00:10:16,071 --> 00:10:17,077 Sam Bong... 107 00:10:18,332 --> 00:10:19,587 Apa yang kamu cakap ini? 108 00:10:20,252 --> 00:10:21,717 Tuan Sam Bong... 109 00:10:23,102 --> 00:10:24,102 ...dah mati? 110 00:10:24,494 --> 00:10:26,901 Tak masuk akal langsung! 111 00:10:27,854 --> 00:10:30,341 Pak cik, bawa bertenang. 112 00:10:30,646 --> 00:10:31,671 Kamu semua... 113 00:10:33,696 --> 00:10:36,147 Kamu semua dah gila? 114 00:10:39,172 --> 00:10:42,031 Tak guna. Bawa pedang saya ke mari! 115 00:10:42,286 --> 00:10:44,801 Pak cik, tolong dengar penjelasan saya. 116 00:10:44,901 --> 00:10:47,070 Haiwan pun takkan buat begini! 117 00:10:47,885 --> 00:10:49,473 Tanpa perintah dari raja? 118 00:10:50,291 --> 00:10:51,291 Apa semua ini? 119 00:10:53,535 --> 00:10:54,753 Bawa sekarang! 120 00:10:55,701 --> 00:10:57,473 Bawa pakaian perang beta! 121 00:10:58,211 --> 00:10:59,986 Bawa sekarang juga! 122 00:11:09,105 --> 00:11:10,113 Tuanku... 123 00:11:13,061 --> 00:11:15,230 Tuan Sam Bong Jeong Do Jeon... 124 00:11:18,105 --> 00:11:19,833 ...telah mati dibunuh. 125 00:11:26,175 --> 00:11:27,215 (Raja Taejo Lee Seong Gye) 126 00:11:27,291 --> 00:11:31,113 Tak guna! Beta takkan biarkan saja! 127 00:11:31,895 --> 00:11:35,080 Panggil Bang Won sekarang! Sekarang juga! 128 00:11:39,138 --> 00:11:40,150 Awak... 129 00:11:40,818 --> 00:11:43,298 ...dah maklumkan berita tentang Sam Bong kepada baginda tuanku? 130 00:11:43,931 --> 00:11:44,931 Ya. 131 00:11:45,535 --> 00:11:48,753 Tapi bukankah dia ini pengikut Sam Bong? 132 00:11:49,615 --> 00:11:52,676 Betul, bukankah dia orang kanan Sam Bong? 133 00:11:53,061 --> 00:11:54,310 Bawa bertenang. 134 00:11:55,458 --> 00:11:57,150 Kami sama-sama menuntut di Sungkyunkwan. 135 00:11:58,291 --> 00:11:59,971 Dia juga teman beta sewaktu di Dumoon-dong. 136 00:12:00,818 --> 00:12:01,818 Baiklah. 137 00:12:02,975 --> 00:12:04,676 Apa reaksi ayahanda... 138 00:12:05,498 --> 00:12:07,720 ...bila dengar berita kematian Sam Bong? 139 00:12:08,211 --> 00:12:10,346 Baginda amat berang... 140 00:12:11,061 --> 00:12:12,821 ...dan menitahkan pedangnya dibawa kepadanya. 141 00:12:13,255 --> 00:12:14,310 Baginda juga... 142 00:12:15,371 --> 00:12:17,291 ...bertitah agar tuanku menghadap baginda segera. 143 00:12:19,651 --> 00:12:21,626 Itu saja, tuanku. 144 00:12:26,975 --> 00:12:28,080 Tuanku... 145 00:12:29,138 --> 00:12:30,473 ...sebelum Tuan Jo Joon... 146 00:12:31,175 --> 00:12:33,310 ...dan Panglima Lee Ji Ran berjaya dipujuk... 147 00:12:34,255 --> 00:12:35,626 ...tuanku tak boleh ke sana. 148 00:12:36,778 --> 00:12:38,670 Ya, betul itu. 149 00:12:40,255 --> 00:12:41,310 Tapi... 150 00:12:43,175 --> 00:12:45,433 ...beta perlu bantu ayahanda... 151 00:12:47,175 --> 00:12:49,186 ...agar dia mengalah dengan secepat mungkin. 152 00:12:50,571 --> 00:12:51,571 Apa? 153 00:12:56,858 --> 00:12:58,757 Tapi tuanku... 154 00:13:09,618 --> 00:13:11,271 Macam mana? 155 00:13:11,782 --> 00:13:13,462 Walaupun saya berjaya halang Lee Bang Ji... 156 00:13:14,108 --> 00:13:15,153 ...tapi dia terlepas. 157 00:13:16,142 --> 00:13:17,142 Maafkan saya. 158 00:13:17,936 --> 00:13:21,233 Kecederaan awak agak teruk, pergilah rawat dulu. 159 00:13:21,376 --> 00:13:23,991 Tak mengapa. Mana tuan putera? 160 00:13:24,376 --> 00:13:25,376 Saya perlu melindunginya. 161 00:13:42,022 --> 00:13:43,022 Kanda. 162 00:13:46,985 --> 00:13:50,468 Kenapa kanda buat begini? Jangan buat begini. 163 00:14:07,853 --> 00:14:08,853 Kanda! 164 00:14:10,380 --> 00:14:11,635 Jangan bunuh dinda. 165 00:14:12,785 --> 00:14:14,275 Jangan bunuh dinda. 166 00:14:15,900 --> 00:14:19,595 Sekiranya dinda bersalah, beritahulah apa salah dinda... 167 00:14:20,020 --> 00:14:22,014 ...agar dinda boleh leraikan salah faham ini. 168 00:14:22,399 --> 00:14:27,294 Tuanku tak bersalah dan tak ada apa yang perlu dileraikan. 169 00:14:27,440 --> 00:14:28,472 Tapi... 170 00:14:30,059 --> 00:14:31,149 Tapi kenapa... 171 00:14:39,469 --> 00:14:41,360 Ada seseorang yang mati semalam... 172 00:14:43,679 --> 00:14:45,687 ...cakap begini pada kanda. 173 00:14:56,599 --> 00:14:59,455 "Dosa tak ada kaitan..." 174 00:15:04,552 --> 00:15:07,327 "...dengan kematian." 175 00:15:52,160 --> 00:15:54,815 Beta perlu bertemu dengan Pak cik Ji Ran. 176 00:15:55,352 --> 00:15:56,607 Baiklah, tuanku. 177 00:16:20,272 --> 00:16:22,934 Kalau Lee Bang Ji masih hidup, bukankah baginda dalam bahaya? 178 00:16:23,192 --> 00:16:24,527 Kita mesti buat persiapan. 179 00:16:26,552 --> 00:16:27,607 Buat seperti saya suruh. 180 00:17:08,840 --> 00:17:10,135 Maafkan saya, Yeon Hee... 181 00:17:11,912 --> 00:17:14,327 ...kerana tak luahkan apa yang saya rasa. 182 00:17:17,272 --> 00:17:18,455 Saya cintakan awak. 183 00:17:20,192 --> 00:17:21,327 Saya nak hidup dengan awak. 184 00:17:23,039 --> 00:17:24,374 Saya perlukan awak. 185 00:17:27,319 --> 00:17:28,527 Saya patut beritahu semua ini. 186 00:17:49,599 --> 00:17:50,607 Yeon Hee. 187 00:17:52,632 --> 00:17:53,775 Maafkan saya. 188 00:17:56,480 --> 00:17:57,734 Dan terima kasih. 189 00:18:01,959 --> 00:18:03,047 Semoga awak tenang di sana. 190 00:18:12,800 --> 00:18:14,014 Kamu masih hidup... 191 00:18:15,520 --> 00:18:16,640 ...nampaknya kamu tak kalah. 192 00:18:18,520 --> 00:18:19,934 Boon Yi datang menghalang... 193 00:18:21,272 --> 00:18:22,712 ...jadi pertarungan kami tertangguh. 194 00:18:24,800 --> 00:18:25,844 Boon Yi... 195 00:18:27,983 --> 00:18:30,537 Cik Yeon Hee juga dilaporkan telah mati. 196 00:18:38,111 --> 00:18:39,225 Tuanku perlu berhati-hati. 197 00:18:39,851 --> 00:18:42,602 Lee Bang Ji takkan berdiam diri. 198 00:18:45,267 --> 00:18:46,322 Ya. 199 00:18:47,347 --> 00:18:48,449 Sudah tentu. 200 00:19:11,111 --> 00:19:12,522 Mana mayat Tuan Sam Bong? 201 00:19:13,347 --> 00:19:16,322 Saya dengar berdekatan Doksangam. 202 00:19:20,231 --> 00:19:21,231 Abang! 203 00:19:22,671 --> 00:19:24,144 Jangan buat benda yang bukan-bukan. 204 00:19:27,361 --> 00:19:28,385 Saya merayu. 205 00:19:32,110 --> 00:19:34,725 - Boon Yi... - Kalau itu yang abang fikir... 206 00:19:36,670 --> 00:19:38,390 ...sekurang-kurangnya fikirlah tentang saya. 207 00:19:39,765 --> 00:19:40,765 Baiklah. 208 00:20:06,389 --> 00:20:07,422 Kamu ini... 209 00:20:08,686 --> 00:20:10,141 ...manusiakah? 210 00:20:12,847 --> 00:20:15,861 Kamu tahu tak betapa gembiranya ayah kamu bila kamu ke Sungkyunkwan? 211 00:20:16,847 --> 00:20:18,301 Dia kata kamu anak yang cerdik. 212 00:20:20,686 --> 00:20:22,301 Bila Sam Bong puji kamu... 213 00:20:23,357 --> 00:20:25,532 ...ayah kamu bangga tak terkata. 214 00:20:27,447 --> 00:20:28,447 Tapi... 215 00:20:30,127 --> 00:20:33,501 ...kerana ingin jadi putera mahkota, kamu sanggup bunuh... 216 00:20:33,966 --> 00:20:35,102 ...Sam Bong dan adik kamu? 217 00:20:38,046 --> 00:20:39,158 Pak cik... 218 00:20:41,025 --> 00:20:43,612 ...perlu pujuk ayahanda. 219 00:20:45,407 --> 00:20:46,422 Apa? 220 00:20:50,967 --> 00:20:52,102 Keluar sekarang! 221 00:20:52,557 --> 00:20:57,204 Sekiranya pak cik gagal pujuk ayahanda... 222 00:20:57,433 --> 00:20:59,321 Senyap! Pak cik cakap keluar! 223 00:21:00,109 --> 00:21:04,004 Sekiranya ayahanda tak batalkan ekspedisi ke Liaodong... 224 00:21:05,949 --> 00:21:09,581 ...dan umumkan Jeong Do Jeon sebagai pembelot... 225 00:21:14,636 --> 00:21:15,636 Benarkah... 226 00:21:21,846 --> 00:21:24,807 ...pak cik tak tahu apa yang akan berlaku? 227 00:21:32,604 --> 00:21:33,659 Kenapa? 228 00:21:35,164 --> 00:21:39,139 Kamu akan bunuh pak cik jugakah? 229 00:21:43,792 --> 00:21:44,792 Tak. 230 00:21:49,668 --> 00:21:50,680 Saya... 231 00:21:54,308 --> 00:21:57,556 Saya akan... 232 00:22:00,146 --> 00:22:01,146 ...ayahanda... 233 00:22:02,826 --> 00:22:04,841 Tutup mulut kamu! 234 00:22:07,341 --> 00:22:08,996 Kalau kamu cakap sepatah lagi... 235 00:22:10,741 --> 00:22:13,316 ...pak cik akan bunuh kamu. 236 00:22:18,341 --> 00:22:19,341 Sebab itulah... 237 00:22:21,618 --> 00:22:22,618 ...pak cik... 238 00:22:25,682 --> 00:22:26,682 ...perlu... 239 00:22:28,785 --> 00:22:31,275 ...pujuk ayahanda. 240 00:22:43,107 --> 00:22:47,488 Ini adalah permohonan untuk pembatalan ekspedisi ke Liaodong. 241 00:22:49,108 --> 00:22:52,324 Permohonan ini agar... 242 00:22:52,748 --> 00:22:55,404 ...baginda raja perkenankan hukuman ke atas Jeong Do Jeon. 243 00:23:01,149 --> 00:23:02,149 Saya... 244 00:23:10,828 --> 00:23:11,849 Baiklah. 245 00:23:12,874 --> 00:23:15,569 Baginda masih tak tahu... 246 00:23:16,789 --> 00:23:20,209 ...tentang kemangkatan putera mahkota. 247 00:23:25,069 --> 00:23:27,404 Putera mahkota... 248 00:23:27,948 --> 00:23:29,884 Baik kamu cakap sekarang! 249 00:23:32,909 --> 00:23:35,723 Baginda putera telah mangkat. 250 00:23:42,234 --> 00:23:44,803 Maksud kamu, dia telah dibunuh? 251 00:23:46,028 --> 00:23:48,163 Tuanku... 252 00:23:49,989 --> 00:23:52,283 Tuanku... 253 00:23:52,554 --> 00:23:53,849 Tuanku... 254 00:23:56,948 --> 00:23:58,209 Bang Won yang bunuh? 255 00:23:59,554 --> 00:24:01,363 Ini kerja Bang Won? 256 00:24:04,748 --> 00:24:06,764 Bawa pedang beta! 257 00:24:09,709 --> 00:24:12,723 Tuanku, mohon bertenang. 258 00:24:13,594 --> 00:24:14,803 Tak guna! 259 00:24:16,429 --> 00:24:18,124 - Tuanku! - Tuanku, bertenang. 260 00:24:18,234 --> 00:24:19,244 - Ke tepi! - Tuanku! 261 00:24:23,719 --> 00:24:24,894 Tuanku! 262 00:24:24,999 --> 00:24:27,761 Nampaknya Pak cik Ji Ran telah pergi menghadap ayahanda. 263 00:24:27,906 --> 00:24:31,717 Nampaknya Putera Jeongan telah berjaya pujuk dia. 264 00:24:33,462 --> 00:24:35,041 - Tuanku! - Tuanku! 265 00:24:35,146 --> 00:24:36,157 Tuanku! 266 00:24:40,426 --> 00:24:41,437 Tuanku! 267 00:25:16,596 --> 00:25:19,851 Sehina-hina makhluk... 268 00:25:21,511 --> 00:25:22,726 Sehina-hina makhluk... 269 00:25:23,831 --> 00:25:26,086 ...tak ada yang sanggup bunuh adik dan gurunya sendiri! 270 00:25:26,471 --> 00:25:28,486 Jeong Do Jeon... 271 00:25:28,911 --> 00:25:30,571 ...telah menyalahgunakan kuasa... 272 00:25:30,671 --> 00:25:33,406 ...dan melantik putera mahkota yang masih mentah... 273 00:25:34,151 --> 00:25:36,806 ...dalam cubaannya untuk menghapuskan putera yang lain. 274 00:25:36,911 --> 00:25:38,966 Beta yang bina negara ini! 275 00:25:42,671 --> 00:25:46,326 Siapa yang jadikan kamu putera? 276 00:25:47,151 --> 00:25:49,966 Siapa beri kamu impian agar kamu boleh menjadi seorang raja? 277 00:25:54,471 --> 00:25:56,126 Selama 50 tahun beta berjuang... 278 00:25:56,511 --> 00:25:59,886 ...untuk memerangi dan menghalang kuasa luar di setiap pelosok negara. 279 00:26:02,876 --> 00:26:04,966 Nama beta! Kekuatan beta! 280 00:26:05,151 --> 00:26:07,486 Kepercayaan yang beta terima daripada rakyat jelata! 281 00:26:08,431 --> 00:26:11,211 Tanpa pengorbanan beta, tanpa pengorbanan Sam Bong... 282 00:26:14,071 --> 00:26:16,606 ...tak mungkin kamu dapat impikan semua ini! 283 00:26:20,111 --> 00:26:21,111 Jadi... 284 00:26:22,351 --> 00:26:24,326 ...siapa yang beta lantik... 285 00:26:25,631 --> 00:26:27,926 ...sebagai putera mahkota adalah pilihan yang betul. 286 00:26:30,951 --> 00:26:31,951 Tapi... 287 00:26:32,791 --> 00:26:34,166 ...kamu ingin rampas... 288 00:26:34,876 --> 00:26:37,526 ...milik ayah dan adik kamu sendiri? 289 00:26:38,671 --> 00:26:39,726 Tindakan kamu ini... 290 00:26:40,551 --> 00:26:43,006 ...adalah tindakan membelot! 291 00:26:56,236 --> 00:26:57,236 Ya. 292 00:26:59,191 --> 00:27:00,926 Apa yang ayahanda katakan itu... 293 00:27:02,151 --> 00:27:03,686 ...semuanya benar. 294 00:27:07,431 --> 00:27:10,100 Sebab itulah hanya ayahanda seorang saja... 295 00:27:12,125 --> 00:27:14,321 ...yang boleh bunuh anakanda. 296 00:27:17,743 --> 00:27:19,330 Sekiranya... 297 00:27:22,995 --> 00:27:26,216 ...ayahanda tak mahu ampunkan kesalahan... 298 00:27:27,758 --> 00:27:29,684 ...dan ingin bunuh anakanda... 299 00:27:34,594 --> 00:27:35,643 ...anakanda... 300 00:27:37,629 --> 00:27:40,569 ...akan terima keputusan ayahanda. 301 00:27:45,108 --> 00:27:46,112 Ya. 302 00:27:47,858 --> 00:27:48,903 Anakanda... 303 00:27:51,697 --> 00:27:52,703 ...sanggup... 304 00:27:55,928 --> 00:27:58,752 ...dan lebih rela mati dibunuh. 305 00:28:00,697 --> 00:28:02,298 Sekurang-kurangnya... 306 00:28:05,998 --> 00:28:07,703 ...dengan mati... 307 00:28:10,528 --> 00:28:12,768 ...ia akan tamatkan semua penderitaan yang anakanda rasa. 308 00:28:15,577 --> 00:28:17,112 Bunuhlah anakanda! 309 00:28:20,928 --> 00:28:23,577 Tak guna! Berani kamu bercakap begini! 310 00:28:23,679 --> 00:28:26,444 Kamu ingat ayahanda takkan bunuh kamu? 311 00:28:33,136 --> 00:28:35,326 Simpan senjata kamu! 312 00:28:41,721 --> 00:28:43,256 Simpan! 313 00:28:55,092 --> 00:28:57,787 Ayahanda perlu buat keputusan. 314 00:29:06,732 --> 00:29:07,940 Nyawa anakanda... 315 00:29:10,685 --> 00:29:14,065 ...terletak di tangan ayahanda. 316 00:29:18,530 --> 00:29:19,530 Berani kamu! 317 00:29:19,619 --> 00:29:21,010 Berhenti! 318 00:29:52,977 --> 00:29:54,032 Tuanku. 319 00:29:58,137 --> 00:29:59,143 Hentikan semua ini. 320 00:30:01,337 --> 00:30:03,592 Adakah tuanku ingin bunuh semua putera? 321 00:30:05,977 --> 00:30:07,552 Bang Woo dah pergi. 322 00:30:08,648 --> 00:30:10,503 Bang Seok dan Bang Beon juga telah mangkat. 323 00:30:12,617 --> 00:30:13,903 Sekiranya tuanku bunuh... 324 00:30:14,697 --> 00:30:17,295 ...Bang Won, Bang Gwa, dan Bang Gan... 325 00:30:20,655 --> 00:30:21,655 Adakah... 326 00:30:23,535 --> 00:30:24,892 ...semuanya akan berakhir? 327 00:30:27,045 --> 00:30:29,113 Dan bolehkah tuanku teruskan hidup? 328 00:30:31,418 --> 00:30:33,064 Bolehkah rakyat jelata taat... 329 00:30:33,449 --> 00:30:35,863 ...kepada seorang raja yang membunuh semua puteranya? 330 00:30:38,138 --> 00:30:39,473 Mereka adalah... 331 00:30:40,498 --> 00:30:41,504 Dia adalah... 332 00:30:43,089 --> 00:30:45,144 ...darah daging tuanku. 333 00:30:49,978 --> 00:30:51,863 Inilah negara yang tuanku bina. 334 00:30:55,449 --> 00:30:56,504 Mengalahlah... 335 00:30:58,058 --> 00:30:59,113 Mengalahlah... 336 00:31:01,729 --> 00:31:03,313 ...untuk sekali ini saja. 337 00:32:40,978 --> 00:32:41,978 Saya... 338 00:32:42,809 --> 00:32:44,624 ...akan pulang ke Hamju. 339 00:32:47,529 --> 00:32:50,553 Kanda mesti naik ke takhta secepat mungkin. 340 00:32:53,698 --> 00:32:55,393 Ayahanda... 341 00:32:58,369 --> 00:33:00,504 ...akan turun dari takhta. 342 00:33:00,978 --> 00:33:04,264 Bang Won, kanda tak ada waris putera. 343 00:33:07,698 --> 00:33:10,692 Dinda tahu yang kanda tak ada niat lain, bukan? 344 00:33:16,159 --> 00:33:18,591 Adinda sedia menjunjung perintah... 345 00:33:21,727 --> 00:33:24,111 ...dari kanda. 346 00:34:11,406 --> 00:34:14,838 Kenapa tuanku buat semua itu sendiri? 347 00:34:15,458 --> 00:34:16,513 Suruhlah yang lain buat. 348 00:34:20,520 --> 00:34:21,755 Sebab kamu tak ada. 349 00:34:25,120 --> 00:34:26,120 Maafkan patik... 350 00:34:27,400 --> 00:34:28,680 ...sebab tak ada di sisi tuanku. 351 00:34:33,855 --> 00:34:35,375 Beta takut kalau beta suruh Moo Hyul... 352 00:34:37,926 --> 00:34:38,926 ...dia juga... 353 00:34:44,575 --> 00:34:46,750 ...akan pergi tinggalkan beta. 354 00:34:51,135 --> 00:34:52,190 Tuanku. 355 00:34:54,366 --> 00:34:55,846 Jangan menyesal atas apa yang berlaku. 356 00:34:57,335 --> 00:34:58,735 Susah payah tuanku capai semua ini. 357 00:35:01,855 --> 00:35:04,110 Betul. 358 00:35:07,646 --> 00:35:08,686 Betul cakap kamu. 359 00:36:19,517 --> 00:36:20,517 Kamu. 360 00:36:21,838 --> 00:36:22,838 Tuan! 361 00:36:28,237 --> 00:36:29,237 Tuan! 362 00:36:34,838 --> 00:36:37,813 Tuan, Tuan Sam Bong... 363 00:36:38,077 --> 00:36:39,077 Saya dah dengar. 364 00:36:41,157 --> 00:36:42,157 Saya dah tahu. 365 00:36:49,517 --> 00:36:50,637 Apa pun, kita perlu fikir... 366 00:36:51,877 --> 00:36:53,938 ...tindakan yang seterusnya. 367 00:36:54,877 --> 00:36:58,013 Betul. Rancangan perlu dibuat. 368 00:36:59,273 --> 00:37:00,293 Tapi... 369 00:37:01,797 --> 00:37:02,797 ...mungkin tanpa saya. 370 00:37:05,103 --> 00:37:08,293 Tuan! Apa tuan mengarut ini? 371 00:37:09,038 --> 00:37:10,052 Jangan cakap begitu. 372 00:37:12,272 --> 00:37:14,533 Sekiranya Do Gwang memiliki dokumen Milbeon... 373 00:37:15,038 --> 00:37:16,533 ...kamu boleh mulakan semula. 374 00:37:18,597 --> 00:37:21,212 Kita masih ada ahli-ahli Milbeon yang lain. 375 00:37:23,118 --> 00:37:24,412 Ia masih belum tamat. 376 00:37:25,678 --> 00:37:26,692 Jadi awak... 377 00:37:27,862 --> 00:37:30,173 ...mesti jadi pengikut Putera Jeongan... 378 00:37:30,632 --> 00:37:31,932 ...dan cari peluang! 379 00:37:33,437 --> 00:37:34,437 Macam mana dengan tuan? 380 00:37:35,717 --> 00:37:37,173 Peranan terakhir saya... 381 00:37:39,632 --> 00:37:42,052 ...adalah untuk buat Putera Jeongan percaya pada awak. 382 00:37:42,597 --> 00:37:45,173 - Apa? - Bawa kepala saya pada dia. 383 00:37:47,597 --> 00:37:49,813 - Tuan! - Kita tak boleh berlengah lagi. 384 00:37:51,678 --> 00:37:52,678 Lekas! 385 00:38:45,041 --> 00:38:50,201 (Nam Eun) 386 00:38:52,845 --> 00:38:55,900 Bang Won, tolong keluar sebentar. 387 00:39:02,881 --> 00:39:03,881 Shin Jeok! 388 00:39:13,921 --> 00:39:15,016 Tuanku! 389 00:39:18,599 --> 00:39:21,574 Setelah mendengar berita tentang tindakan tuanku... 390 00:39:21,681 --> 00:39:22,881 ...patik ingin turut membantu. 391 00:39:23,879 --> 00:39:25,519 Tapi kerana patik yang serba kekurangan... 392 00:39:26,041 --> 00:39:27,610 ...patik gagal sertai tuanku. 393 00:39:30,841 --> 00:39:31,841 Jadi... 394 00:39:33,041 --> 00:39:36,214 ...patik telah ekori dan bunuh... 395 00:39:36,761 --> 00:39:38,414 ...pengikut Jeong Do Jeon iaitu Nam Eun. 396 00:40:19,121 --> 00:40:21,016 Shin Jeok, bangunlah. 397 00:40:34,635 --> 00:40:38,016 Yang penting, mulai dari sekarang... 398 00:40:40,159 --> 00:40:43,414 ...beta percaya pada kamu. 399 00:40:44,761 --> 00:40:46,574 Adakah dia tahu identiti... 400 00:40:47,561 --> 00:40:48,656 ...sebenar saya? 401 00:40:49,401 --> 00:40:52,414 Kembalikan jawatan Lee Shin Jeok. 402 00:40:54,719 --> 00:40:56,214 Kamu ditugaskan di Soongoonbu, bukan? 403 00:40:56,681 --> 00:40:58,610 Ya, tuanku. 404 00:40:59,761 --> 00:41:01,214 Patik akan setia berkhidmat! 405 00:41:08,159 --> 00:41:10,376 Saya perlu serahkan ini segera. 406 00:41:11,159 --> 00:41:15,096 Tapi saya kenalah tahu di mana Tuan Jeong Do Gwang berada sekarang. 407 00:41:16,481 --> 00:41:18,414 Pak cik, saya Maeng Soon. 408 00:41:22,454 --> 00:41:23,454 Kenapa? 409 00:41:23,534 --> 00:41:26,228 Pak cik, Tuan Jeong Do Gwang... 410 00:41:26,422 --> 00:41:28,269 Kenapa dengan Tuan Jeong Do Gwang? 411 00:41:28,534 --> 00:41:31,757 Katanya dia akan tunggu pak cik di Doksangam. 412 00:42:55,934 --> 00:42:57,000 Maafkan saya. 413 00:43:03,217 --> 00:43:04,223 Adakah awak... 414 00:43:07,968 --> 00:43:08,968 Maafkan saya. 415 00:43:12,339 --> 00:43:13,594 Saya gagal lindungi dia. 416 00:43:13,901 --> 00:43:15,122 Jangan cakap begitu. 417 00:43:15,227 --> 00:43:16,356 (Jeong Do Gwang) 418 00:43:16,461 --> 00:43:17,981 Kalau begitu, saya juga turut bersalah. 419 00:43:20,741 --> 00:43:22,516 Awak datang untuk ambil mayatnya? 420 00:43:23,381 --> 00:43:24,394 Ya, tuan. 421 00:43:25,979 --> 00:43:27,314 Terima kasih banyak. 422 00:43:30,259 --> 00:43:31,482 (Lee Bang Ji) 423 00:43:31,619 --> 00:43:32,619 Tapi... 424 00:43:32,707 --> 00:43:34,516 (Lee Bang Ji) 425 00:43:34,619 --> 00:43:36,219 ...adakah tuan sedang menunggu seseorang? 426 00:43:36,507 --> 00:43:38,842 Ya. Kenapa awak tanya? 427 00:43:47,901 --> 00:43:48,954 Ddang Sae! 428 00:43:49,427 --> 00:43:50,427 Pak cik. 429 00:43:51,284 --> 00:43:52,407 Kamu dah sampai? 430 00:43:53,006 --> 00:43:54,241 Ya, tuan. 431 00:44:07,340 --> 00:44:08,340 Pak cik! 432 00:44:43,425 --> 00:44:44,425 Lari! 433 00:45:58,463 --> 00:46:00,203 Pak cik, biar saya bawa pak cik. 434 00:46:02,103 --> 00:46:03,563 Ddang Sae. 435 00:46:04,228 --> 00:46:05,638 Tak apa. 436 00:46:10,788 --> 00:46:11,788 Serahkan... 437 00:46:12,708 --> 00:46:14,563 ...surat dari Tuan Sam Bong ini... 438 00:46:14,663 --> 00:46:16,236 ...kepada Tuan Jeong Do Gwang. 439 00:46:17,183 --> 00:46:19,078 - Pak cik serahkan pada kamu. - Pak cik. 440 00:46:19,663 --> 00:46:20,671 Ddang Sae. 441 00:46:21,007 --> 00:46:22,342 Waktu di Daerah Yiseo dulu... 442 00:46:22,448 --> 00:46:24,797 ...pak cik sepatutnya sudah lama mati. 443 00:46:25,260 --> 00:46:27,357 Jadi tak ada apa yang pak cik takutkan. 444 00:46:27,742 --> 00:46:28,877 Jangan risau. 445 00:46:30,182 --> 00:46:31,997 Jagalah... 446 00:46:32,742 --> 00:46:34,202 ...Boon Yi. 447 00:46:34,340 --> 00:46:35,482 Pergi lekas! 448 00:46:36,620 --> 00:46:38,157 Biar saya dukung. 449 00:46:39,787 --> 00:46:41,202 Ke tepi! 450 00:47:18,425 --> 00:47:19,425 Apa kamu tunggu lagi? 451 00:47:19,617 --> 00:47:21,793 - Pergi periksa bahagian bawah sana! - Baiklah! 452 00:47:26,865 --> 00:47:28,200 Apa yang berlaku? 453 00:47:28,378 --> 00:47:31,633 Baginda telah bertitah agar Bancheon diperiksa. 454 00:47:32,145 --> 00:47:33,480 Ini perintahnya. 455 00:47:36,505 --> 00:47:40,073 Pada hari pemberontakan Jeong Do Jeon pada 26 Ogos... 456 00:47:40,337 --> 00:47:42,017 ...Bancheon telah didapati terlibat sama... 457 00:47:42,657 --> 00:47:45,017 ...dan baginda raja telah bertitah agar semua pemberontak... 458 00:47:45,785 --> 00:47:47,232 ...ditangkap. 459 00:47:47,617 --> 00:47:50,200 Apa maksud tuan kami terlibat sama? 460 00:47:52,458 --> 00:47:54,840 Nampaknya kediaman Tuan Nam Eun telah diserang. 461 00:47:55,657 --> 00:47:57,040 Gab Boon telah ke sana... 462 00:48:00,657 --> 00:48:01,760 Kamu! 463 00:48:02,945 --> 00:48:03,945 Saya? 464 00:48:04,297 --> 00:48:06,952 Bukankah kamu telah pergi bertemu Jeong Do Jeon... 465 00:48:07,065 --> 00:48:08,945 ...untuk memberi amaran supaya dia larikan diri? 466 00:48:10,065 --> 00:48:11,065 Tak... 467 00:48:11,865 --> 00:48:13,632 Tangkap dia! 468 00:48:14,458 --> 00:48:16,713 Tak, bukan begitu. Saya hanya... 469 00:48:27,697 --> 00:48:29,713 Tolonglah kami. 470 00:48:30,945 --> 00:48:32,232 Saya merayu, bantulah kami. 471 00:48:36,257 --> 00:48:37,257 Berhenti. 472 00:48:38,865 --> 00:48:39,865 Gab Boon! 473 00:48:41,945 --> 00:48:45,040 Siasatan rapi akan dibuat di Bancheon. 474 00:48:46,065 --> 00:48:47,105 Seperti yang kamu lihat... 475 00:48:47,657 --> 00:48:49,713 ...siapa yang melawan akan terima padahnya. 476 00:48:52,918 --> 00:48:53,978 Periksa! 477 00:48:54,245 --> 00:48:55,245 - Baik! - Baik! 478 00:48:56,387 --> 00:48:58,045 - Beri laluan! - Macam mana ini? 479 00:49:05,135 --> 00:49:07,031 Apa pun yang berlaku, saya akan bertahan... 480 00:49:08,287 --> 00:49:09,862 ...dan tunggu arahan seterusnya. 481 00:49:33,302 --> 00:49:34,597 Apa yang berlaku? 482 00:49:35,025 --> 00:49:37,935 Kamu sudah lama tak sedarkan diri. 483 00:49:42,203 --> 00:49:43,483 Makanlah sikit. 484 00:49:44,428 --> 00:49:45,675 Kamu mesti kembalikan tenaga. 485 00:50:01,823 --> 00:50:03,438 Mak tak tahu yang kamu hidup. 486 00:50:07,340 --> 00:50:08,483 Mak tak tahu! 487 00:50:08,948 --> 00:50:13,450 Selama ini mak tak tahu yang kamu berdua masih hidup. 488 00:50:13,835 --> 00:50:16,850 Saya sudah tak peduli lagi. Semua ini sudah tiada makna lagi. 489 00:50:20,875 --> 00:50:22,685 Kini Tuan Sam Bong dah mati... 490 00:50:23,310 --> 00:50:25,027 ...adakah impian Moo Myung... 491 00:50:26,052 --> 00:50:27,618 ...telah menjadi kenyataan? 492 00:50:29,772 --> 00:50:31,827 Walaupun saya tak tahu apa-apa tentang politik... 493 00:50:31,932 --> 00:50:34,618 ...tapi saya belajar dua perkara ketika bersama dengan mereka. 494 00:50:36,323 --> 00:50:37,955 Lee Bang Won dan Tuan Sam Bong... 495 00:50:39,102 --> 00:50:40,219 ...sama saja. 496 00:50:42,164 --> 00:50:45,547 Apa yang mereka fikir tentang dunia dan negara ini sama saja. 497 00:50:48,445 --> 00:50:49,618 Lee Bang Won hanya... 498 00:50:51,852 --> 00:50:53,467 ...mahu memiliki semuanya. 499 00:50:55,723 --> 00:50:58,547 - Dan satu lagi. - Apa dia? 500 00:50:58,852 --> 00:51:00,618 Apa akan jadi dengan Moo Myung? 501 00:51:02,052 --> 00:51:05,324 Adakah Lee Bang Won akan biarkan Moo Myung? 502 00:51:21,834 --> 00:51:22,889 Betul apa dia cakap itu. 503 00:51:25,434 --> 00:51:28,049 Waktu itu, kami semua bergadai nyawa. 504 00:51:28,914 --> 00:51:31,409 Sekiranya mak kamu tahu yang kamu masih hidup... 505 00:51:33,074 --> 00:51:35,296 ...dia pasti akan tinggalkan pergerakan ini sekali lagi. 506 00:51:36,929 --> 00:51:38,218 Kami tiada pilihan. 507 00:52:07,849 --> 00:52:11,296 Do Gwang, nampaknya sampai sini saja. 508 00:52:12,271 --> 00:52:14,131 Jangan ikut abang. 509 00:52:14,516 --> 00:52:18,092 Orang yang hidup mesti buat keputusan untuk terus ke depan. 510 00:52:18,711 --> 00:52:20,172 Zaman tanpa abang... 511 00:52:20,671 --> 00:52:23,172 ...akan berbeza dengan zaman sewaktu abang masih hidup. 512 00:52:24,711 --> 00:52:26,172 "Orang yang hidup..." 513 00:52:29,596 --> 00:52:31,131 "...mesti buat keputusan sendiri." 514 00:52:32,311 --> 00:52:34,931 Jika awak bertemu dengan Bang Ji, sampaikan pesanan ini. 515 00:52:35,271 --> 00:52:37,646 Jangan sesekali bertarung... 516 00:52:37,917 --> 00:52:41,211 ...atau menggadaikan nyawa demi abang. 517 00:52:44,117 --> 00:52:47,001 Tuan Sam Bong, maafkan saya. 518 00:52:47,956 --> 00:52:51,491 Saya gagal melindungi tuan. 519 00:52:52,271 --> 00:52:53,272 Dan... 520 00:52:54,739 --> 00:52:56,481 ...saya juga takkan memenuhi... 521 00:52:59,977 --> 00:53:01,490 ...permintaan terakhir tuan ini. 522 00:53:07,915 --> 00:53:08,930 Kajian ukur tanah... 523 00:53:09,915 --> 00:53:11,285 ...akan dibuat semula. 524 00:53:13,235 --> 00:53:14,530 Ukur tanah? 525 00:53:15,555 --> 00:53:17,730 Pemilikan tanah persendirian sudah pun dihapuskan. 526 00:53:17,915 --> 00:53:18,915 Dan... 527 00:53:19,955 --> 00:53:22,325 ...kita akan hapuskan agama Buddha. 528 00:53:24,065 --> 00:53:28,274 Sam Bong sendiri gagal laksanakan semua ini. 529 00:53:28,461 --> 00:53:30,861 Oleh kerana dia pergi sebelum sempat melaksanakan semuanya... 530 00:53:31,699 --> 00:53:33,932 ...beta sendiri akan pastikan semua ini berjaya. 531 00:53:34,712 --> 00:53:35,712 Tak begitu? 532 00:53:35,797 --> 00:53:38,287 Macam mana dengan tentera peribadi? 533 00:53:39,352 --> 00:53:40,373 Pemberontakan ini berlaku pun... 534 00:53:40,517 --> 00:53:44,201 ...kerana tindakan melampau Sam Bong untuk menyatukan tentera. 535 00:53:44,586 --> 00:53:47,095 Patik rasa eloklah kita kekalkan semua ini. 536 00:53:50,760 --> 00:53:52,235 Guru, dengar sini. 537 00:53:53,700 --> 00:53:55,402 Kamu ingat beta ini gilakah? 538 00:53:56,227 --> 00:53:57,842 Biarkan saja tentera peribadi? 539 00:53:58,507 --> 00:54:00,122 Tentera peribadi... 540 00:54:01,462 --> 00:54:04,275 ...tak boleh wujud dalam negara ini. 541 00:54:04,507 --> 00:54:07,357 Ya, patik tahu tuanku takkan setuju. 542 00:54:10,700 --> 00:54:13,562 Nampaknya pergolakan akan berlaku lagi. 543 00:54:14,700 --> 00:54:16,315 Itu bukanlah... 544 00:54:19,017 --> 00:54:20,797 ...pergolakan yang pertama. 545 00:54:23,102 --> 00:54:24,315 Maksud tuanku? 546 00:54:25,017 --> 00:54:26,077 Kini... 547 00:54:27,182 --> 00:54:28,797 ...tiba masanya... 548 00:54:29,542 --> 00:54:31,823 ...kita hapuskan musuh kedua yang beta beritahu kamu dulu. 549 00:54:34,634 --> 00:54:36,689 Saya akan hapuskan dua musuh. 550 00:54:37,158 --> 00:54:38,289 Dua musuh? 551 00:54:39,438 --> 00:54:40,438 Moo Myung. 552 00:54:41,714 --> 00:54:43,213 Tuan maksudkan Lee Bang Won? 553 00:54:43,314 --> 00:54:44,609 Kini Lee Bang Won... 554 00:54:45,518 --> 00:54:48,312 ...adalah seorang yang amat berkuasa di negara ini. 555 00:54:49,585 --> 00:54:53,245 Sama seperti perjanjian yang dibuat dengan Wang Geon 500 tahun dulu... 556 00:54:53,350 --> 00:54:56,570 ...kita perlu buat perjanjian dengan Lee Bang Won juga. 557 00:54:57,195 --> 00:54:58,210 (Sami Jukryong) 558 00:54:58,310 --> 00:55:00,605 Saya akan siapkan permintaan kita. 559 00:55:00,915 --> 00:55:03,210 Dia tak sama dengan Jeong Do Jeon... 560 00:55:03,350 --> 00:55:05,245 ...jadi pasti dia boleh dibawa berbincang. 561 00:55:06,515 --> 00:55:09,090 Dia faham tentang cita-cita. 562 00:55:31,754 --> 00:55:33,394 Sekiranya apa yang saya cakap ini benar... 563 00:55:33,474 --> 00:55:36,490 Sekiranya Bang Won cuba laksanakan rancangan sama dengan Sam Bong... 564 00:55:37,064 --> 00:55:38,529 ...adakah kamu akan hapuskan dia? 565 00:55:42,349 --> 00:55:44,829 Kami masih tak pasti apa tindakan Lee Bang Won yang seterusnya. 566 00:55:45,155 --> 00:55:48,039 Tapi sekiranya kita ingin hapuskan dia... 567 00:55:48,155 --> 00:55:49,324 Serahkan pada saya. 568 00:55:49,554 --> 00:55:50,684 Apa maksud kamu? 569 00:55:50,795 --> 00:55:52,169 Peluang untuk... 570 00:55:53,914 --> 00:55:55,284 ...saya bunuh Lee Bang Won. 571 00:55:57,269 --> 00:55:58,449 Moo Myung? 572 00:55:58,989 --> 00:55:59,989 Kamu fikir... 573 00:56:01,114 --> 00:56:04,490 ...beta akan berkongsi kuasa dengan mereka? 574 00:56:11,618 --> 00:56:12,618 Moo Myung. 575 00:56:13,900 --> 00:56:18,089 Saya akan tamatkan nyawa selama 700 tahun kamu itu. 576 00:56:23,309 --> 00:56:24,309 Lee Bang Won. 577 00:56:25,709 --> 00:56:26,769 Saya akan bunuh awak. 578 00:56:29,603 --> 00:56:34,578 Disediakan oleh : badh182@malaysub.com