1
00:00:08,832 --> 00:00:11,225
Saya tak patut
kenakan dia tadi.
2
00:00:21,037 --> 00:00:23,299
Episod 10
3
00:00:45,558 --> 00:00:47,505
Saya dah kata,
dengar baik-baik.
4
00:00:48,095 --> 00:00:51,059
Dan jangan
berpura-pura tak faham.
5
00:01:01,041 --> 00:01:02,281
Na Ae Ra.
6
00:01:03,739 --> 00:01:05,276
Perasaan marah...
7
00:01:06,147 --> 00:01:08,269
Rasa sedih...
8
00:01:09,400 --> 00:01:11,485
Dan menyukai seseorang...
9
00:01:11,727 --> 00:01:13,693
Saya mahu alami itu
semua bersama kamu.
10
00:01:13,694 --> 00:01:15,403
Itulah yang saya mahukan.
11
00:01:43,858 --> 00:01:45,316
Lepaskan saya.
12
00:02:06,426 --> 00:02:08,069
Saya dah kata,
dengar baik-baik.
13
00:02:08,070 --> 00:02:10,309
Dan jangan
berpura-pura tak faham.
14
00:02:12,215 --> 00:02:13,447
Na Ae Ra.
15
00:02:13,746 --> 00:02:15,284
Perasaan marah...
16
00:02:15,438 --> 00:02:17,014
Rasa sedih...
17
00:02:17,015 --> 00:02:18,328
Dan menyukai seseorang...
18
00:02:18,566 --> 00:02:20,543
Saya mahu alami itu
semua bersama kamu.
19
00:02:20,544 --> 00:02:21,875
Itulah yang saya mahukan.
20
00:02:27,881 --> 00:02:29,393
CEO Cha!
21
00:02:30,877 --> 00:02:32,392
Kamu ada nampak tuan CEO?
22
00:02:33,289 --> 00:02:34,732
Dia tiada di biliknya?
23
00:02:37,369 --> 00:02:38,970
Kita ada masalah besar.
24
00:02:38,971 --> 00:02:41,283
Server ada masalah.
25
00:02:41,488 --> 00:02:43,312
Apa?
26
00:02:44,286 --> 00:02:47,702
- Tuan CEO!
- Tuan CEO, kamu dimana?
27
00:02:53,268 --> 00:02:54,810
Apa kita nak buat ni?
28
00:02:54,811 --> 00:02:56,719
Pasukan R&D dah cemas
29
00:02:56,950 --> 00:02:59,839
sebab mereka tak tahu cara
pulihkan server tanpa tuan CEO.
30
00:03:04,612 --> 00:03:06,743
Dia tak jawab telefon?
31
00:03:10,337 --> 00:03:11,567
Tidak.
32
00:03:12,573 --> 00:03:14,794
Kereta dia tak ada.
33
00:03:15,681 --> 00:03:18,836
Mungkin dia dah balik ke Seoul
selepas dapat tahu masalah tu?
34
00:03:20,326 --> 00:03:21,778
Saya rasa tidak.
35
00:03:22,070 --> 00:03:24,601
Saya orang pertama
yang diberitahu.
36
00:03:28,951 --> 00:03:30,529
Tuan CEO!
37
00:03:33,720 --> 00:03:35,331
Tuan CEO.
38
00:03:37,622 --> 00:03:39,291
Cha Jung Woo!
39
00:03:41,281 --> 00:03:43,426
Cha Jung Woo... mana dia pergi?
40
00:03:58,762 --> 00:04:00,109
Takkanlah.
41
00:04:00,110 --> 00:04:01,839
Tak mungkin.
42
00:04:05,591 --> 00:04:07,907
Bila kamu buat semua ini?
43
00:04:09,416 --> 00:04:11,038
Sedikit demi sedikit.
44
00:04:13,105 --> 00:04:14,664
Kerana ini adalah
impian saya.
45
00:04:41,004 --> 00:04:42,760
Apa kamu buat di sini?
46
00:04:53,808 --> 00:04:56,051
Syarikat ada masalah.
Mari pergi.
47
00:04:57,520 --> 00:04:59,054
Marilah.
48
00:05:00,006 --> 00:05:01,732
Marilah pergi!
49
00:05:02,765 --> 00:05:04,112
Ae Ra.
50
00:05:10,153 --> 00:05:12,155
Siapa yang kamu
risaukan sekarang?
51
00:05:14,541 --> 00:05:16,458
CEO syarikat kamu?
52
00:05:18,879 --> 00:05:20,705
Atau Cha Jung Woo?
53
00:05:26,856 --> 00:05:28,828
Cakaplah siapa
yang kamu risaukan?
54
00:05:36,200 --> 00:05:37,888
CEO syarikat saya.
55
00:05:40,626 --> 00:05:44,121
Sebab syarikat itu adalah benda
paling penting bagi Cha Jung Woo.
56
00:05:44,721 --> 00:05:47,397
Dan syarikat itu ada
masalah besar sekarang.
57
00:05:52,462 --> 00:05:54,029
Kenapa kamu masih
duduk di sini?
58
00:05:54,030 --> 00:05:56,751
- Orang sedang tunggu kamu.
- Saya tahulah!
59
00:06:04,149 --> 00:06:06,400
Entah apa yang
saya harapkan tadi?
60
00:06:18,771 --> 00:06:20,655
Kenapa kamu
berperangai macam ni?
61
00:06:20,656 --> 00:06:21,980
Na Ae Ra.
62
00:06:22,815 --> 00:06:26,355
Kamu masih pandai mengguris hati
orang dengan kata-kata kamu.
63
00:06:26,396 --> 00:06:28,699
Habis jawapan apa
yang kamu harapkan?
64
00:06:29,224 --> 00:06:30,815
Tak ada apa...
65
00:06:31,203 --> 00:06:33,452
baik Cha Jung Woo,
atau CEO syarikat...
66
00:06:34,120 --> 00:06:36,309
ia tiada kaitan dengan kamu.
67
00:06:36,824 --> 00:06:38,784
Sebab kamu tak
bermakna bagi mereka.
68
00:06:41,036 --> 00:06:42,564
Cha Jung Woo.
69
00:06:43,108 --> 00:06:45,327
Nak lepas geram pun ada batasnya.
70
00:06:45,328 --> 00:06:46,466
Saya tahu.
71
00:06:47,029 --> 00:06:49,517
Tapi saya tak peduli
pasal batasan sekarang.
72
00:06:54,091 --> 00:06:57,666
Saya tak tahu kenapa kamu
terfikir untuk cari saya di sini.
73
00:06:58,795 --> 00:07:01,243
Tapi saya tak mahu kamu
datang ke sini lagi.
74
00:07:43,405 --> 00:07:45,685
Ae Ra!
Biar saya buat.
75
00:07:50,709 --> 00:07:52,399
Kenapa dia buat begitu?
76
00:07:52,400 --> 00:07:54,742
- Kenapa dia buat ia terlalu ketara?
- Junior.
77
00:07:54,901 --> 00:07:57,695
Kenapa kamu hilangkan diri
semasa syarikat ada masalah?
78
00:07:57,696 --> 00:08:00,830
- Kamu cuma hantar sebaris mesej.
- Kamu tak rasa ia agak melampau?
79
00:08:00,831 --> 00:08:02,999
Kami segera balik sini
untuk selesaikan masalah.
80
00:08:03,000 --> 00:08:05,942
Kami begitu susah hati
kerana tuan CEO hilang.
81
00:08:07,212 --> 00:08:08,913
Maafkan saya.
82
00:08:09,226 --> 00:08:10,509
Maafkan saya.
83
00:08:10,865 --> 00:08:13,616
Tapi saya sakit perut sangat.
84
00:08:16,616 --> 00:08:18,951
Kamu mesti penat.
Makanlah ini sambil kerja.
85
00:08:22,502 --> 00:08:24,304
Gook Seung Hyun.
86
00:08:27,642 --> 00:08:29,097
Kita perlu bincang.
87
00:08:33,327 --> 00:08:36,632
Gook Seung Hyun belanja kita ini.
Terima kasih!
88
00:08:36,633 --> 00:08:40,040
Terima kasih banyak!
Kamu patut belajar dari dia, Ae Ra.
89
00:08:40,959 --> 00:08:44,583
Tak apa. Saya nak belanja
dengan gaji pertama.
90
00:08:44,804 --> 00:08:46,247
Mari kita pergi.
91
00:08:49,797 --> 00:08:52,298
Kamu nak makan
bersendirian dengan saya?
92
00:08:52,860 --> 00:08:54,751
Kamu terlalu berterus terang.
93
00:08:54,752 --> 00:08:56,654
Jangan cakap kuat sangat!
94
00:09:43,671 --> 00:09:44,964
Okay.
95
00:09:44,965 --> 00:09:49,146
Sejujurnya, saya dah agak
perkara begini akan berlaku.
96
00:09:50,041 --> 00:09:55,372
Saya memang diminati ramai lelaki
sejak dari sekolah lagi.
97
00:09:56,599 --> 00:09:58,409
Ada juga orang cakap...
98
00:09:59,029 --> 00:10:03,608
saya boleh jadi Miss Korea
kalau badan saya tinggi sedikit.
99
00:10:04,531 --> 00:10:09,441
'Tuhan sentiasa adil, sebab itu kamu
diberi kecantikan, walau kamu tidak bijak.'
100
00:10:09,723 --> 00:10:12,187
Saya selalu juga
dengar komen begitu.
101
00:10:13,896 --> 00:10:15,433
Tapi...
102
00:10:15,777 --> 00:10:17,792
Saya rasa agak kurang selesa.
103
00:10:18,589 --> 00:10:22,345
Diminati oleh lelaki
muda macam kamu...
104
00:10:23,609 --> 00:10:28,155
Ia diluar jangkaan saya.
105
00:10:32,578 --> 00:10:36,744
Tapi... saya patut membuat
keputusan yang betul, kan?
106
00:10:38,294 --> 00:10:39,527
Jadi saya...
107
00:10:39,528 --> 00:10:41,385
malangnya...
108
00:10:42,947 --> 00:10:45,678
tak dapat terima
perasaan kamu pada saya.
109
00:10:47,558 --> 00:10:48,966
Maafkan saya.
110
00:10:52,609 --> 00:10:54,007
Okay.
111
00:11:00,171 --> 00:11:05,893
Jadi... saya harap kamu janganlah
buat perkara macam ni lagi.
112
00:11:05,894 --> 00:11:09,320
- Saya bukan belanja kamu seorang.
- Itulah maksud saya.
113
00:11:09,394 --> 00:11:13,298
Jelas yang kamu belanja semua orang
sebab kamu tak selesa belanja saya seorang.
114
00:11:13,968 --> 00:11:16,321
- Nampak sangat ke?
- Mestilah.
115
00:11:16,993 --> 00:11:21,100
Sebab kamu terlalu bersusah payah,
ia buat saya rasa bersalah.
116
00:11:21,138 --> 00:11:23,360
Kamu tak perlu rasa bersalah.
117
00:11:23,461 --> 00:11:25,638
Tak bolehkah kamu biarkan saja?
118
00:11:26,737 --> 00:11:29,708
Terserah pada kamu mahu
terima saya atau tidak.
119
00:11:29,709 --> 00:11:33,249
Tapi siapa yang saya suka
adalah hak saya.
120
00:11:34,206 --> 00:11:35,620
Saya ni...
121
00:11:36,102 --> 00:11:38,880
walau pun dari luar
nampak macam tak apa-apa.
122
00:11:38,907 --> 00:11:41,675
Tapi banyak kesakitan yang
saya sembunyikan dalam hati.
123
00:11:41,820 --> 00:11:45,666
Saya dah banyak
terluka sebelum ni.
124
00:11:46,760 --> 00:11:48,421
Sejujurnya...
125
00:11:48,953 --> 00:11:52,528
Saya tak mampu untuk
menyayangi sesiapa sekarang.
126
00:11:53,062 --> 00:11:55,314
Tak perlu kamu cakap begitu.
127
00:11:55,315 --> 00:11:57,753
Saya faham kamu tak
boleh terima saya.
128
00:11:59,203 --> 00:12:00,818
Maafkan saya.
129
00:12:00,819 --> 00:12:04,757
- Saya harap kamu tak kecewa.
- Tak perlu minta maaf.
130
00:12:05,473 --> 00:12:07,976
Saya terima kamu
menolak saya sekarang.
131
00:12:08,767 --> 00:12:10,527
Tapi saya akan cuba
lagi lain kali.
132
00:12:12,186 --> 00:12:15,660
Bila saya luahkan perasaan lain kali,
saya pasti kamu akan terima.
133
00:12:19,566 --> 00:12:20,971
Nah, makanlah.
134
00:12:38,438 --> 00:12:39,695
Kenapa dengan kamu?
135
00:12:39,696 --> 00:12:42,173
Tak ada apa.
136
00:12:44,701 --> 00:12:46,339
Kamu pula kenapa?
137
00:12:47,886 --> 00:12:49,042
Saya?
138
00:12:51,313 --> 00:12:52,890
Tak ada apa.
139
00:12:59,874 --> 00:13:01,458
Kenapa ni?!
140
00:13:01,459 --> 00:13:02,777
Saya...
141
00:13:04,554 --> 00:13:05,999
dah kena tinggal.
142
00:13:06,000 --> 00:13:07,217
Apa?
143
00:13:15,521 --> 00:13:17,949
Tak apalah.
144
00:13:19,129 --> 00:13:22,179
Anggaplah kamu bertuah
sebab berpisah sekarang.
145
00:13:22,705 --> 00:13:24,831
Kalau terus bersama
perempuan tak guna...
146
00:13:26,268 --> 00:13:28,183
hanya akan buat
kamu menderita.
147
00:13:29,007 --> 00:13:30,245
Abang.
148
00:13:30,246 --> 00:13:33,545
Kamu sengaja nak
tambah kesakitan saya?
149
00:13:36,333 --> 00:13:38,339
Taklah, bukan macam tu.
150
00:13:40,602 --> 00:13:42,627
Saya nak pergi bawa diri.
151
00:13:43,027 --> 00:13:44,707
Jangan cari saya!
152
00:13:50,874 --> 00:13:52,300
Hei, budak!
153
00:13:52,301 --> 00:13:54,667
Jangan minum banyak sangat!
154
00:13:54,668 --> 00:13:56,115
Budak ni.
155
00:14:08,914 --> 00:14:11,594
Hei, kawan.
Lupakan saja dia.
156
00:14:11,595 --> 00:14:13,573
Ramai lagi perempuan
di dunia ni.
157
00:14:13,868 --> 00:14:16,712
Aku dah beri banyak
tip kepada pelayan tadi
158
00:14:16,713 --> 00:14:19,552
sebentar lagi tempat ni akan
dipenuhi gadis-gadis cantik.
159
00:14:20,262 --> 00:14:25,079
Ya, kami akan dapatkan
teman wanita baru untuk kau.
160
00:14:25,080 --> 00:14:26,615
Kawan.
161
00:14:27,062 --> 00:14:30,598
Aku rasa masih belum
dapat lupakan dia.
162
00:14:31,220 --> 00:14:33,522
Kenapa cinta
kami jadi begini?
163
00:14:33,523 --> 00:14:35,605
Aku dah layan
dia begitu baik!
164
00:14:44,606 --> 00:14:48,196
Kalian semua. Terima kasih kerana menunggu.
Perkenalkan ini kawan saya.
165
00:14:48,197 --> 00:14:49,786
Sila duduk di sana.
166
00:14:58,093 --> 00:15:02,155
Cik adik semua,
kamu sangat bertuah malam ni.
167
00:15:02,156 --> 00:15:04,286
Nampak tak lelaki di sana tu?
168
00:15:04,287 --> 00:15:07,388
Dia seorang yang sangat penting.
169
00:15:07,389 --> 00:15:10,892
- Dia CEO syarikat DonTalk.
- Betul ke?
170
00:15:12,908 --> 00:15:15,226
Saya tak nak cakap
pasal kerja malam ni.
171
00:15:15,642 --> 00:15:18,694
Saya tak nak cik adik
semua rasa tak selesa.
172
00:15:23,720 --> 00:15:26,270
Saya tak kisah.
173
00:15:41,867 --> 00:15:45,126
CEO Cha pernah
mengajar adik saya.
174
00:15:45,127 --> 00:15:48,744
Jadi saya dapat tahu pasal
perniagaannya dari adik saya.
175
00:15:51,278 --> 00:15:54,317
Rupanya begitu hubungannya
dengan Gook Seung Hyun.
176
00:15:54,318 --> 00:15:56,866
- Apa?
- Ya?
177
00:15:57,376 --> 00:15:59,078
Tak, tak ada apa.
178
00:16:00,716 --> 00:16:03,144
Jadi kamu berdua
sudah lama kenal.
179
00:16:03,315 --> 00:16:07,332
Tapi bila lelaki dan perempuan
kerja bersama begitu lama
180
00:16:07,333 --> 00:16:10,574
mungkinkah wujud
pula hubungan lain?
181
00:16:13,771 --> 00:16:17,145
Mungkinkah ada hubungan yang
lebih intim antara kamu?
182
00:16:17,813 --> 00:16:19,361
Entahlah.
183
00:16:19,362 --> 00:16:22,936
Tiada apa yang
mustahil di dunia ini.
184
00:16:42,398 --> 00:16:43,881
Apa maksud dia?
185
00:16:44,537 --> 00:16:46,081
Saya dah agak
ia akan berlaku.
186
00:16:46,082 --> 00:16:49,135
Saya pasti mereka
berdua sedang bercinta.
187
00:16:49,136 --> 00:16:52,139
Lelaki dan perempuan hanya rakan
sekerja tanpa perasaan lain?
188
00:16:52,140 --> 00:16:54,077
Tak mungkinlah.
189
00:16:56,633 --> 00:16:59,701
Pengarah Gook tu
saingan yang kuat.
190
00:17:10,417 --> 00:17:12,435
Mereka nampak sesuai bersama.
191
00:17:18,351 --> 00:17:19,590
Apa?
192
00:17:19,591 --> 00:17:21,221
Tuan CEO ke?
193
00:17:23,420 --> 00:17:26,382
Ya... saya faham.
194
00:17:31,912 --> 00:17:33,172
Perhatian semua!
195
00:17:33,612 --> 00:17:35,673
Tuan CEO dalam
perjalanan ke sini.
196
00:17:35,674 --> 00:17:37,885
Semua orang kemaskan meja.
Cepat!
197
00:17:37,886 --> 00:17:39,083
Pengurus Kang!
198
00:17:39,084 --> 00:17:41,931
Saya nak kamu bentangkan
laporan dari bengkel kerja kita.
199
00:17:41,932 --> 00:17:42,961
Sekarang, okay?
200
00:17:42,962 --> 00:17:44,571
Cepat!
201
00:17:50,148 --> 00:17:52,296
Tak perlu layan saya,
teruskan kerja kamu.
202
00:17:53,083 --> 00:17:54,565
Duduklah.
203
00:17:56,269 --> 00:17:58,629
Terima kasih atas usaha keras kamu,
Ketua Wang.
204
00:18:00,865 --> 00:18:02,449
Kamu juga, Pengurus Kang.
205
00:18:09,393 --> 00:18:11,127
Nama saya Pi Song Hee.
206
00:18:11,128 --> 00:18:14,621
- Ya.
- Kenapa tuan datang?
207
00:18:14,653 --> 00:18:16,443
Saya...
208
00:18:17,881 --> 00:18:20,155
Saya cuma nak
buat lawatan.
209
00:18:34,009 --> 00:18:35,459
Terima kasih.
210
00:18:35,460 --> 00:18:37,904
Kami bangga sebab
kamu sudi melawat.
211
00:18:43,751 --> 00:18:45,849
- Cik Na Ae Ra?
- Ya?
212
00:18:46,227 --> 00:18:49,378
Cadangan yang kamu berikan
semasa bengkel kerja baru ini?
213
00:18:49,456 --> 00:18:50,819
Ya?
214
00:18:51,180 --> 00:18:53,810
Bagus juga idea tu.
215
00:18:54,230 --> 00:18:55,443
Okay.
216
00:18:55,830 --> 00:18:58,425
Serahkan kertas cadangannya
pada saya hari ini.
217
00:18:58,622 --> 00:19:00,318
Apa?
Hari ini?
218
00:19:00,319 --> 00:19:01,441
Ya.
219
00:19:01,841 --> 00:19:04,768
Tapi kaji selidik pasaran
belum dibuat lagi.
220
00:19:05,629 --> 00:19:07,197
Jadi kamu berikan idea
221
00:19:07,198 --> 00:19:09,815
semasa bengkel kerja tanpa
buat kaji selidik awal?
222
00:19:09,816 --> 00:19:11,913
Dalam pertemuan yang
dihadiri CEO kamu?
223
00:19:11,914 --> 00:19:15,275
Saya berikan idea kerana
itu sesi mencari idea.
224
00:19:19,449 --> 00:19:21,298
Cik Ae Ra.
225
00:19:21,299 --> 00:19:24,150
Ya, baiklah.
Dia akan siapkannya tuan.
226
00:19:26,306 --> 00:19:28,176
Jadi... saya akan tunggu kamu.
227
00:19:28,177 --> 00:19:32,444
♫ Cermin, cermin,
bagaimana rupanya? ♫
228
00:19:32,918 --> 00:19:38,130
♫ Langit, langit,
siapa yang difikirnya? ♫
229
00:19:38,330 --> 00:19:43,189
♫ Rasa macam tahu
tapi entahlah ♫
230
00:19:43,389 --> 00:19:47,900
♫ Mulai sekarang, you and I,
marilah mengenali ♫
231
00:19:47,948 --> 00:19:49,309
Ya?
232
00:19:50,209 --> 00:19:51,778
Tak, belum lagi.
233
00:19:51,779 --> 00:19:54,978
Saya tak pasti sempat
siap malam ni atau tak.
234
00:19:54,979 --> 00:19:56,159
Ya.
235
00:20:01,246 --> 00:20:04,711
Dia ni tak buat kerja
tapi berbual di telefon.
236
00:20:16,432 --> 00:20:17,341
Saya ni.
237
00:20:17,545 --> 00:20:19,621
- Nak apa?
- Kamu dah siapkan?
238
00:20:20,331 --> 00:20:23,018
- Kamu sengaja buat begini, kan?
- Apa?
239
00:20:23,218 --> 00:20:25,870
Macam mana saya nak
siapkan dalam masa sehari?
240
00:20:25,871 --> 00:20:27,600
Kamu tahu berapa
banyak nak kena buat?
241
00:20:27,601 --> 00:20:30,006
Dimana ada kemahuan,
di situ ada jalan.
242
00:20:30,007 --> 00:20:33,148
Dalam keadaan terdesak, dalam
masa sejam pun kamu sempat buat.
243
00:20:34,442 --> 00:20:37,792
Kamu tahu tak
hari ni hari apa?
244
00:20:37,958 --> 00:20:39,141
Hari ni?
245
00:20:40,593 --> 00:20:43,421
- Hari rabu.
- Ah, lupakan sajalah.
246
00:20:43,456 --> 00:20:46,580
Apa pun, jangan ke
mana-mana selagi tak siap.
247
00:20:46,581 --> 00:20:49,698
Saya pun tak boleh balik kerana kamu,
kamu patut rasa bersalah.
248
00:20:49,699 --> 00:20:51,366
Sudahlah!
249
00:20:55,522 --> 00:20:56,876
Geramnya.
250
00:20:56,877 --> 00:21:00,848
Walau pun kami dah bercerai,
takkan dia tak ingat ini hari apa?
251
00:21:56,242 --> 00:21:58,050
Mana kamu nak pergi?!
252
00:22:01,246 --> 00:22:03,448
Mana kamu nak pergi?
Mana?
253
00:22:04,423 --> 00:22:06,966
Na Ae Ra!
Kamu tak boleh pergi!
254
00:22:07,656 --> 00:22:11,971
Kamu kejar saya demi mahukan
kertas cadangan tu?
255
00:22:12,372 --> 00:22:13,743
Ya.
256
00:22:14,270 --> 00:22:16,287
Kamu tak baca mesej
yang saya hantar?
257
00:22:16,288 --> 00:22:18,992
Saya dah kata akan hantar
sebelum mesyuarat pagi esok.
258
00:22:19,329 --> 00:22:21,928
Kamu patut telefon kalau
nak cakap perkara penting.
259
00:22:22,841 --> 00:22:25,131
Sekarang dah tengah malam.
260
00:22:25,132 --> 00:22:26,136
Okay, baiklah.
261
00:22:26,137 --> 00:22:29,327
Kalau ia begitu penting,
saya akan siapkan di rumah.
262
00:22:29,328 --> 00:22:30,330
Tidak!
263
00:22:31,084 --> 00:22:32,881
- Kamu kena buat di sini.
- Apa?
264
00:22:32,882 --> 00:22:34,364
Kamu tak ada rasa
tanggung jawab ke?
265
00:22:34,365 --> 00:22:36,949
Kamu kena siapkan tugas yang
diberikan sebelum pulang.
266
00:22:36,950 --> 00:22:39,693
- Dengar sini tuan CEO.
- Masa di hospital pun sama.
267
00:22:39,694 --> 00:22:41,593
Kamu tak pernah
datang menziarahi saya.
268
00:22:41,594 --> 00:22:43,536
Saya dah selamatkan kamu.
269
00:22:43,537 --> 00:22:46,080
Kalau tak dapat jenguk pun,
sekurang-kurangnya kamu telefon.
270
00:22:46,081 --> 00:22:48,133
Saya dah buat
yang termampu.
271
00:22:48,404 --> 00:22:51,122
- Saya malas nak bergaduh.
- Apa maksud kamu?
272
00:22:51,123 --> 00:22:53,342
Kecederaan saya akibat
kemalangan tu...
273
00:22:55,648 --> 00:22:58,632
Bahu saya masih
selalu sakit-sakit.
274
00:23:01,801 --> 00:23:05,263
Jadi kamu nak
saya buat apa?
275
00:23:06,859 --> 00:23:08,465
Sambung kerja.
276
00:23:16,460 --> 00:23:17,854
Cepatlah!
277
00:23:41,999 --> 00:23:45,847
Maaf, saya tak dapat
datang malam ni.
278
00:23:46,179 --> 00:23:49,751
Kita jumpa esok.
Saya belanja makan malam esok.
279
00:24:02,915 --> 00:24:05,034
Buat kerja betul-betul.
280
00:24:07,374 --> 00:24:09,306
Kamu tak perlu sibuk.
281
00:24:14,305 --> 00:24:16,634
Adakah pelatih boleh
dipermainkan sesuka hati?
282
00:24:16,635 --> 00:24:18,482
Semua orang asyik
nak buli saya.
283
00:24:20,024 --> 00:24:25,485
Bukankah kerja lebih masa adalah
perkara biasa di syarikat IT?
284
00:24:26,107 --> 00:24:27,370
Kenapa?
285
00:24:27,371 --> 00:24:29,820
- Kamu ada rancangan lain ke?
- Ya.
286
00:24:31,772 --> 00:24:33,140
Pada waktu lewat sebegini?
287
00:24:35,186 --> 00:24:37,648
- Dengan siapa?
- Kenapa kamu nak tahu?
288
00:24:40,503 --> 00:24:43,538
- Lelaki ke?
- Dia sememangnya bukan perempuan.
289
00:24:44,875 --> 00:24:48,433
Baru kelmarin kamu cakap
nak bekerja keras disini.
290
00:24:48,506 --> 00:24:50,895
Tapi sekarang kamu sibuk
nak jumpa lelaki pula.
291
00:24:50,896 --> 00:24:54,056
Malang betul nasib
saya jadi CEO.
292
00:24:56,691 --> 00:24:58,123
Saya tak tahu pula,
293
00:24:58,124 --> 00:25:01,042
kehidupan cinta pekerja
boleh mempengaruhi kerja CEO.
294
00:25:01,311 --> 00:25:05,493
Nampaknya saya terpaksa bercinta dengan
bersungguh-sungguh mulai sekarang.
295
00:25:05,703 --> 00:25:07,973
Saya rasa kasihan
pada lelaki tu.
296
00:25:07,974 --> 00:25:11,253
- Dia tak tahu pasal baran kamu?
- Dia tahu. Dia tahu semuanya.
297
00:25:11,254 --> 00:25:14,724
Dia amat menyukai sikap saya,
dan sangat prihatin terhadap saya.
298
00:25:14,725 --> 00:25:16,990
Saya rasa macam berada di syurga.
Puas hati?
299
00:25:17,206 --> 00:25:20,633
- Buat kerja kamu!
- Saya buatlah ni!
300
00:25:24,447 --> 00:25:28,305
Saya nak ke tandas sebentar,
kamu teruskan kerja kamu.
301
00:25:28,306 --> 00:25:29,575
Duduk situ!
302
00:25:34,585 --> 00:25:37,541
Teruknya harijadi saya kali ni.
303
00:25:37,883 --> 00:25:40,148
Ini penderaan terhadap pekerja.
304
00:25:40,149 --> 00:25:42,417
Bos yang zalim.
305
00:25:55,528 --> 00:25:57,989
Masa di pejabat,
kamu patut fokus kepada kerja.
306
00:25:57,990 --> 00:25:59,977
Jangan sibuk bercinta.
307
00:26:05,933 --> 00:26:07,833
Kamu makan atau tidak,
saya tak peduli.
308
00:26:08,248 --> 00:26:10,488
Baiknya hati kamu.
309
00:26:11,892 --> 00:26:13,907
Kamu yang menyusahkan
saya sekarang.
310
00:26:13,908 --> 00:26:17,269
CEO syarikat tak dapat balik ke
rumah disebabkan seorang pelatih!
311
00:26:18,290 --> 00:26:22,045
Kenapalah malaikat maut
tak cabut nyawa kamu?
312
00:26:22,460 --> 00:26:24,599
Sebab malaikat maut
pandai tengok orang.
313
00:26:24,600 --> 00:26:27,764
Ini peneraju bidang IT di Korea.
314
00:26:27,765 --> 00:26:29,233
Cha.
315
00:26:29,345 --> 00:26:30,683
Jung.
316
00:26:33,090 --> 00:26:34,374
Woo!
317
00:26:47,516 --> 00:26:48,676
Kamu.
318
00:26:58,473 --> 00:27:02,696
[Sup rumpai laut]
(Hidangan harijadi tradisi)
319
00:27:11,908 --> 00:27:14,715
Dia masih ingat
harijadi saya ke?
320
00:27:26,489 --> 00:27:28,742
Selamat harijadi, Ae Ra.
321
00:27:29,972 --> 00:27:31,780
Macam mana dia tahu?
322
00:27:32,725 --> 00:27:34,807
Kan saya dah kata,
jangan buat benda lain.
323
00:27:34,808 --> 00:27:36,977
Apa ni?
Terkejut saya!
324
00:27:40,946 --> 00:27:42,283
Seung Hyun.
325
00:27:43,246 --> 00:27:45,242
Maaflah pasal malam tadi.
326
00:27:45,243 --> 00:27:48,067
- Lama ke kamu tunggu?
- Taklah.
327
00:27:48,068 --> 00:27:50,090
Saya terus balik lepas
dapat mesej kamu.
328
00:27:50,091 --> 00:27:52,827
Mujurlah. Saya terpaksa
kerja sampai awal pagi.
329
00:27:53,271 --> 00:27:55,483
Kamu ada masa
tak malam ni?
330
00:27:55,484 --> 00:27:57,431
Saya nak belanja
kamu makan.
331
00:27:58,506 --> 00:28:00,275
Setuju!
332
00:28:15,628 --> 00:28:17,593
Oh! Pengarah Gook!
333
00:28:17,594 --> 00:28:20,840
Kamu datang!
Kenapa tak panggil saya?
334
00:28:20,841 --> 00:28:23,270
Tak apalah.
Kebetulan saya lalu sini.
335
00:28:23,271 --> 00:28:24,349
Ya.
336
00:28:24,350 --> 00:28:28,685
Saya dah email senarai hadiah percuma
untuk pelancaran barang berjenama kita.
337
00:28:28,686 --> 00:28:30,989
- Kamu dah tengok?
- Kamu dah hantar?
338
00:28:30,990 --> 00:28:33,063
Saya akan tengok bila
balik ke pejabat nanti.
339
00:28:33,064 --> 00:28:34,142
Ya.
340
00:28:34,694 --> 00:28:37,550
Hadiah yang kamu
tolong saya pilih tu...
341
00:28:38,395 --> 00:28:42,041
- Ya?
- Orang yang terima hadiah tu menyukainya.
342
00:28:42,042 --> 00:28:43,445
Terima kasih.
343
00:28:44,091 --> 00:28:46,162
- Ya.
- Hadiah?
344
00:28:46,507 --> 00:28:48,323
Hadiah apa?
Untuk siapa?
345
00:28:48,927 --> 00:28:52,490
Semasa kami keluar bersama,
saya minta dia pilihkan hadiah.
346
00:28:52,491 --> 00:28:56,631
Saya minta pendapat dia, memandangkan
saya tak tahu nak beli apa untuk lelaki.
347
00:28:56,632 --> 00:28:57,319
Ah.
348
00:28:57,513 --> 00:28:59,965
Hadiah untuk lelaki?
349
00:29:01,353 --> 00:29:02,743
Omo.
350
00:29:02,744 --> 00:29:04,661
Mungkinkah...
351
00:29:07,459 --> 00:29:10,059
Jadi khabar angin tu betul?
352
00:29:12,356 --> 00:29:14,338
Khabar angin apa?
353
00:29:14,924 --> 00:29:17,283
Ah... itu...
354
00:29:17,640 --> 00:29:19,352
Berita tergempar!
Berita tergempar!
355
00:29:20,016 --> 00:29:22,195
CEO Cha dan Pengarah Gook sedang...
356
00:29:24,267 --> 00:29:27,475
Kenapa dengan CEO dan saya?
357
00:29:28,317 --> 00:29:31,147
Ia sesuatu yang saya
dengar dari orang lain.
358
00:29:31,148 --> 00:29:33,829
Berita pasal kami
bercinta ke apa?
359
00:29:34,954 --> 00:29:36,252
Macam mana kamu tahu?
360
00:29:36,253 --> 00:29:37,874
Betul ke?
361
00:29:40,854 --> 00:29:42,564
Saya pun tak tahu
nak buat apa.
362
00:29:42,565 --> 00:29:44,684
Jadi kamu betul-betul...
363
00:29:46,414 --> 00:29:48,264
Omo!
364
00:29:48,265 --> 00:29:50,434
Omo!
Tahniah!
365
00:29:50,435 --> 00:29:52,844
Tahniah!
366
00:30:09,600 --> 00:30:12,479
Adakah Pengarah Gook dah
tahu pasal hubungan kami?
367
00:30:28,217 --> 00:30:32,810
Kenapa saya nak tanya dia?
Macam saya masih ada perasaan pada dia.
368
00:30:40,833 --> 00:30:42,081
Nah.
369
00:31:00,180 --> 00:31:02,315
- Apa ni?
- Apa?
370
00:31:04,323 --> 00:31:05,559
Tak ada apa.
371
00:31:06,919 --> 00:31:10,165
Rasanya cuma kamu saja
orang yang berdiet
372
00:31:10,338 --> 00:31:12,692
supaya dapat bekerja di
waktu makan tengah hari.
373
00:31:12,699 --> 00:31:14,956
Dengar kata malam tadi
kamu kerja sampai pagi?
374
00:31:16,755 --> 00:31:18,166
Apa kamu buat?
375
00:31:19,352 --> 00:31:20,826
Saya dah kata
tak ada apa.
376
00:31:26,647 --> 00:31:30,108
Apa yang dia cuba hantar?
Dia buat saya ingin tahu.
377
00:31:41,129 --> 00:31:42,753
Apa dia?
378
00:31:42,754 --> 00:31:45,029
Mesej apa yang kamu
cuba hantar pada saya?
379
00:31:45,611 --> 00:31:47,295
Tak payah peduli.
380
00:31:47,296 --> 00:31:50,585
Saya nak hantar pada orang lain,
tapi tersalah hantar pada kamu.
381
00:31:53,994 --> 00:31:55,308
Orang lain?
382
00:31:55,668 --> 00:31:58,462
- Siapa?
- Adalah.
383
00:31:58,463 --> 00:32:00,488
Buat apa kamu nak tahu?
384
00:32:01,586 --> 00:32:05,077
- Kamu nak hantar pada siapa?
- Adalah.
385
00:32:05,112 --> 00:32:07,668
- Siapa?
- Adalah!
386
00:32:11,038 --> 00:32:13,566
Kenapa kamu nak tahu sangat
pasal kehidupan saya?
387
00:32:13,567 --> 00:32:16,051
Kamu tak perlu tahu.
388
00:32:17,895 --> 00:32:21,334
Saya tak ada mood sekarang,
jadi lupakan saja.
389
00:32:23,362 --> 00:32:25,109
Saya nak turun sekarang.
390
00:32:31,027 --> 00:32:32,339
Cakap sekali lagi.
391
00:32:32,633 --> 00:32:36,488
- Kamu nak hantar pada siapa?
- Lupakan. Saya dah cakap tadi.
392
00:32:36,489 --> 00:32:38,877
Kamu yang tak dengar,
bukan salah saya.
393
00:32:38,878 --> 00:32:40,743
Cepatlah cakap!
394
00:32:41,171 --> 00:32:45,625
Tiga, dua, satu.
395
00:32:51,689 --> 00:32:54,067
Ibu nak datang
hari ni ke?
396
00:32:55,231 --> 00:32:56,911
Taklah.
397
00:32:57,951 --> 00:32:59,551
Macam mana ni?
398
00:33:00,805 --> 00:33:03,391
Macam mana lagi?
Pergi sembunyi dulu.
399
00:33:09,574 --> 00:33:12,903
- Duduk sini, jangan bergerak.
- Macam mana kalau dia datang sini?
400
00:33:13,062 --> 00:33:14,249
Hah?
401
00:33:34,724 --> 00:33:36,987
Kenapa kamu tak
jawab telefon?
402
00:33:38,151 --> 00:33:40,005
Kenapa ibu datang
tak beritahu dulu?
403
00:33:40,006 --> 00:33:42,337
Kenapa ibu kena beritahu
untuk jenguk anak ibu?
404
00:33:43,117 --> 00:33:45,791
Tapi apa kamu buat di rumah
pada waktu tengah hari?
405
00:33:47,700 --> 00:33:49,078
Saya nak ambil barang.
406
00:33:49,132 --> 00:33:52,135
Kami tak dapat cari kamu,
jadi kami minta kunci dari Setiausaha Gil.
407
00:33:52,136 --> 00:33:54,974
- Boleh, kan?
- Ya, tak apa.
408
00:33:55,009 --> 00:33:56,129
Marilah masuk.
409
00:34:08,901 --> 00:34:10,434
Duduk sini.
410
00:34:14,299 --> 00:34:17,463
Ibu tak cakap hari tu
sebab ibu tak larat.
411
00:34:17,941 --> 00:34:20,053
Tapi ibu rasa ibu
perlu buat sesuatu
412
00:34:20,054 --> 00:34:21,681
Apa dia?
413
00:34:21,682 --> 00:34:25,250
Apa lagi?
Pasal Ae Ra kerja di syarikat kamu.
414
00:34:27,409 --> 00:34:30,669
Saya dah cakap,
ia tiada kaitan dengan saya.
415
00:34:30,670 --> 00:34:32,271
Kamu ni bodoh betul.
416
00:34:32,272 --> 00:34:34,891
Siapa yang akan percaya?
417
00:34:34,892 --> 00:34:37,427
Cuma orang bodoh akan percaya.
418
00:34:37,433 --> 00:34:39,961
Dia akan berhenti sebaik
saja tamat tempoh latihan.
419
00:34:39,962 --> 00:34:42,191
Kalau dia nak berhenti
selepas tamat tempoh latihan
420
00:34:42,192 --> 00:34:44,112
kenapa dia
mohon kerja di sini?
421
00:34:44,113 --> 00:34:47,337
Jangan bagi alasan lagi,
suruh dia berhenti sekarang.
422
00:34:57,569 --> 00:34:59,511
Bunyi apa tu?
423
00:35:08,222 --> 00:35:10,094
Dia tak jawab telefonnya.
424
00:35:10,563 --> 00:35:12,963
Ke mana dia pergi
pada waktu pejabat?
425
00:35:12,964 --> 00:35:15,791
Bila difikirkan, Na Ae Ra
selalu menghilangkan diri.
426
00:35:17,953 --> 00:35:21,630
Kamu dengar tak
bunyi dari bilik dia?
427
00:35:21,631 --> 00:35:23,335
Yalah.
428
00:35:24,065 --> 00:35:26,168
Ada orang ke
dalam bilik kamu?
429
00:35:27,529 --> 00:35:30,130
Mana ada orang.
430
00:35:32,066 --> 00:35:33,719
Saya pergi periksa.
431
00:35:34,575 --> 00:35:36,078
Apa ni?
432
00:35:38,564 --> 00:35:42,056
Menantu Cha, saya dengar kamu
suka sup yang saya bagi hari tu?
433
00:35:42,057 --> 00:35:44,088
Lain kali cakaplah
kalau kamu mahu lagi.
434
00:35:44,396 --> 00:35:46,116
Kenapa baca mesej saya?
435
00:35:46,117 --> 00:35:47,927
'Menantu Cha'?
436
00:35:47,928 --> 00:35:51,936
- Keluarga dia masih hubungi kamu?
- Apa semua ni?
437
00:35:51,937 --> 00:35:53,905
Bukan macam tu.
438
00:35:53,906 --> 00:35:57,099
Mak dia cuma bagi saya
sup baru-baru ini.
439
00:35:57,100 --> 00:36:00,443
Kenapa keluarga dia nak
bagi makanan pada kamu?
440
00:36:00,949 --> 00:36:02,505
Saya tahu.
441
00:36:02,506 --> 00:36:07,334
Saya dah agak, ayah dan abang
dia memang ada niat tersembunyi
442
00:36:07,335 --> 00:36:09,417
mungkin mereka harapkan
sesuatu dari kamu?
443
00:36:10,312 --> 00:36:11,499
Ibu.
444
00:36:11,500 --> 00:36:15,179
Saya rasa mereka mahu
dapatkan Jung Woo semula
445
00:36:15,379 --> 00:36:17,590
supaya mereka
dapat hidup senang.
446
00:36:17,811 --> 00:36:19,836
Jangan cakap
lagi pasal tu.
447
00:36:19,837 --> 00:36:23,214
Habislah, kalau lintah
penghisap darah tu datang balik.
448
00:36:24,235 --> 00:36:27,241
Ibu tak nak dengar alasan lagi.
Suruh Ae Ra berhenti segera.
449
00:36:27,242 --> 00:36:29,111
Sudahlah tu ibu!
450
00:36:29,112 --> 00:36:31,615
Apa?
Jung Woo!
451
00:36:32,319 --> 00:36:34,238
Ibu baliklah dulu.
452
00:36:34,487 --> 00:36:36,579
Kakak, bawalah ibu pulang.
453
00:36:37,383 --> 00:36:39,158
- Kamu...
- Tolonglah.
454
00:36:56,917 --> 00:36:59,500
Apa kena dia tu?
Salahkah apa kita cakap?
455
00:36:59,501 --> 00:37:02,097
- Kamu tahu dimana restoran mereka?
- Keluarga besan ke?
456
00:37:02,098 --> 00:37:03,733
Mereka bukan besan.
457
00:37:03,734 --> 00:37:05,332
Mari kita pergi.
458
00:37:13,985 --> 00:37:16,677
Adakah kamu terdengar
apa ibu cakap tadi?
459
00:37:16,678 --> 00:37:19,870
Saya dengar macam dia cakap sesuatu.
Apa dia cakap?
460
00:37:20,382 --> 00:37:22,509
Saya tak dapat
dengar dengan jelas.
461
00:37:23,892 --> 00:37:25,763
Tak ada apa-apa
yang penting.
462
00:37:28,673 --> 00:37:29,872
Baiklah.
463
00:37:29,873 --> 00:37:31,551
Saya nak balik ke pejabat.
464
00:37:45,764 --> 00:37:48,811
Ibu tak nak dengar alasan lagi.
Suruh Ae Ra berhenti segera.
465
00:37:48,812 --> 00:37:52,404
Habislah, kalau lintah
penghisap darah tu datang balik.
466
00:38:00,155 --> 00:38:02,840
Deposit 10 juta won,
dan sewa 450 ribu won sebulan.
467
00:38:03,538 --> 00:38:05,897
Tapi kenapa kamu
sewa tempat ni?
468
00:38:05,898 --> 00:38:09,874
Saya gunakan sebagai studio saya,
dan studio mak saya juga.
469
00:38:11,271 --> 00:38:13,308
Macam mana dengan
studio hari tu?
470
00:38:15,342 --> 00:38:17,722
Itu... lain ceritanya.
471
00:38:20,976 --> 00:38:23,658
Saya rasa ia akan cantik
bila kamu dah cat baru.
472
00:38:23,960 --> 00:38:27,304
Apa kata kamu guna bakat seni
kamu untuk menghias dindingnya?
473
00:38:27,305 --> 00:38:29,187
Kamu kena bantu saya.
474
00:38:29,188 --> 00:38:30,896
Kenapa pula?
475
00:38:31,303 --> 00:38:33,943
Kalau kamu susah hati,
lebih baik kamu sibukkan diri.
476
00:38:34,627 --> 00:38:38,872
- Saya akan belanja kamu jjajangmyun.
- Bila kamu nak belanja?
477
00:38:39,441 --> 00:38:41,307
Jjajangmyun dah sampai!
478
00:38:44,697 --> 00:38:45,893
Sekarang.
479
00:38:52,991 --> 00:38:54,417
Sedapnya.
480
00:38:56,837 --> 00:38:58,669
Kamu buat keputusan tepat.
481
00:38:59,037 --> 00:39:00,725
Walau betapa bagusnya rumah baru
482
00:39:00,726 --> 00:39:02,931
kalau restoran dekat
rumah tu tak sedap
483
00:39:02,932 --> 00:39:04,490
maka kamu dah
salah pindah.
484
00:39:04,491 --> 00:39:05,605
Saya setuju.
485
00:39:05,640 --> 00:39:08,193
Habislah saya kalau
makanan ni tak sedap.
486
00:39:09,426 --> 00:39:11,224
Kamu ni anak bongsu, kan?
487
00:39:11,837 --> 00:39:13,682
Ya.
Kenapa?
488
00:39:15,653 --> 00:39:20,010
Sebab apa pun kamu buat,
kamu rasa orang takkan marah kamu.
489
00:39:20,578 --> 00:39:22,420
Kamu juga anak bongsu, kan?
490
00:39:22,988 --> 00:39:25,673
Kamu ada adik beradik
lain selain abang kamu?
491
00:39:25,674 --> 00:39:26,683
Tak ada.
492
00:39:26,684 --> 00:39:31,403
Tapi nasib saya tak baik macam kamu,
mampu sewa studio macam ni.
493
00:39:32,013 --> 00:39:34,029
Bertuahnya kamu.
494
00:39:35,325 --> 00:39:37,502
Kalau kamu nak,
kamu boleh guna studio saya.
495
00:39:37,573 --> 00:39:40,635
Kalau kamu bantu saya mengecat,
saya bagi kamu kunci tempat ni.
496
00:39:40,636 --> 00:39:42,093
Apa?
497
00:39:50,987 --> 00:39:52,772
Ya, ada apa?
498
00:39:52,773 --> 00:39:55,389
Abang rasa kamu
patut pulang ke sini.
499
00:39:56,869 --> 00:39:58,953
Saya kena balik ke pejabat.
500
00:39:58,954 --> 00:40:00,949
Keadaan dah kecoh di sini.
501
00:40:00,950 --> 00:40:02,985
Kamu tahu tak siapa
yang datang ke sini?
502
00:40:03,251 --> 00:40:04,489
Siapa?
503
00:40:05,603 --> 00:40:10,543
Apa maksud kamu, Ae Ra
tak sedar siapa dirinya, besan?
504
00:40:10,544 --> 00:40:13,893
Sebelum cakap lebih panjang,
tolong jangan panggil saya besan kamu.
505
00:40:14,346 --> 00:40:17,058
Anak kita dah lama berpisah.
506
00:40:17,460 --> 00:40:19,072
Apa pun.
507
00:40:20,384 --> 00:40:23,224
Apa salah anak
saya dah buat?
508
00:40:23,634 --> 00:40:24,968
Saya nak tanya kamu,
509
00:40:24,969 --> 00:40:29,259
kamu tak rasa pelik seorang janda
pergi bekerja di syarikat bekas suaminya?
510
00:40:29,579 --> 00:40:31,120
Besan.
511
00:40:31,121 --> 00:40:33,350
Maksud saya... bekas besan.
512
00:40:33,408 --> 00:40:36,218
Pepatah lama mengatakan,
'Suami dan isteri adalah satu.'
513
00:40:36,219 --> 00:40:39,366
Bekas isteri membantu syarikat
bekas suaminya berjaya...
514
00:40:39,367 --> 00:40:41,747
dimana pula yang salahnya?
515
00:40:42,354 --> 00:40:44,608
Walau pun mereka orang
asing pada atas kertas.
516
00:40:44,609 --> 00:40:47,935
Pasti masih ada sedikit rasa
ambil berat antara mereka.
517
00:40:47,936 --> 00:40:51,295
Saya rasa perasaan itu,
adalah rasa tamak.
518
00:40:52,438 --> 00:40:56,937
Kamu ingat Ae Ra tu apa?
Rasa tamak?
519
00:40:56,972 --> 00:41:00,600
Biar kita jujur saja. Macam mana kalau
Jung Woo masih belum berjaya?
520
00:41:00,601 --> 00:41:01,660
Adik ipar...
521
00:41:01,661 --> 00:41:05,216
maksud saya, anak kamu,
pasti takkan pandang dia pun.
522
00:41:05,217 --> 00:41:06,352
Sudahlah.
523
00:41:06,353 --> 00:41:09,689
Saya datang untuk
minta tolong kamu.
524
00:41:10,314 --> 00:41:14,056
Tolong jangan buat
anak saya keliru.
525
00:41:15,592 --> 00:41:17,816
Walau pun dia dah
berjaya sekarang,
526
00:41:17,985 --> 00:41:22,917
dia dah banyak menderita untuk
sampai ke tempatnya sekarang.
527
00:41:23,260 --> 00:41:27,521
Tahukah kamu betapa susahnya dia
akibat mengahwini orang yang salah?
528
00:41:29,396 --> 00:41:31,424
Jadi maksud kamu...
529
00:41:31,425 --> 00:41:35,857
Ae Ra punca Jung Woo tak
berjaya semasa mereka berkahwin?
530
00:41:35,858 --> 00:41:37,273
Salah ke saya cakap?
531
00:41:37,274 --> 00:41:41,350
Kamu masih nak nafikan, sedangkan dia
berjaya sebaik saja mereka bercerai?
532
00:41:41,351 --> 00:41:42,794
Jung Woo berjaya disebabkan
533
00:41:42,994 --> 00:41:46,641
Ae Ra yang bekerja keras menyara
dia semasa mereka masih berkahwin.
534
00:41:46,642 --> 00:41:50,052
Kamu fikir Jung Woo boleh berjaya
tanpa pengorbanan Ae Ra?
535
00:41:50,053 --> 00:41:54,843
Dengar sini, Jung Woo memang seorang
yang pintar sejak kecil lagi.
536
00:41:54,844 --> 00:41:56,997
Dia pasti berjaya bila
dia bersungguh-sungguh.
537
00:41:56,998 --> 00:41:58,673
Aigoo.
Habis bagaimana dengan Ae Ra?
538
00:41:58,674 --> 00:42:02,030
Seluruh kejiranan bercakap tentang
kecantikannya sejak dia lahir.
539
00:42:02,031 --> 00:42:07,590
Setiap malam saya berfikir sama ada nak
jadikan dia Miss Korea atau pun pelakon.
540
00:42:08,151 --> 00:42:11,754
Saya ingat paling tidak pun dia akan
mengahwini hakim atau pendakwaraya.
541
00:42:12,211 --> 00:42:15,620
Tapi tak sangka dia akan bercerai
setelah begitu banyak berkorban.
542
00:42:15,621 --> 00:42:18,860
Kalau saya tahu, saya takkan
biar dia kahwini Jung Woo!
543
00:42:18,861 --> 00:42:21,256
Sudahlah, Sook Ja.
Bertenang.
544
00:42:22,575 --> 00:42:25,231
Mungkin kamu patut
jadikan dia Miss Korea.
545
00:42:25,232 --> 00:42:27,133
Sebab kalau dia begitu
cantik dan pandai
546
00:42:27,134 --> 00:42:31,040
tak perlulah dia hidup
menumpang kesenangan orang.
547
00:42:31,041 --> 00:42:33,919
- Apa kamu kata?
- Saya dah cakap apa yang perlu.
548
00:42:33,920 --> 00:42:36,256
Jadi kami pergi dulu.
549
00:42:36,257 --> 00:42:37,407
Mari pergi.
550
00:42:40,404 --> 00:42:42,062
Aduh, kepala ku.
551
00:42:42,063 --> 00:42:44,357
Aduh, kepala ku berdenyut!
552
00:42:44,358 --> 00:42:47,751
- Tak sangka betul perempuan tu!
- Tenang, Sook Ja.
553
00:42:51,385 --> 00:42:53,300
Aigoo, hei.
554
00:42:53,301 --> 00:42:58,192
Kamu jangan cuba nak berbaik
semula dengan Menantu Cha.
555
00:42:58,611 --> 00:43:01,793
Memang mak ada juga
terfikir pasal tu
556
00:43:01,794 --> 00:43:02,989
tapi ini tak boleh jadi.
557
00:43:02,990 --> 00:43:05,406
Wah... berani betul perempuan tu!
558
00:43:05,407 --> 00:43:09,910
Kamu boleh dapat kanser kalau
ada mak mertua macam dia.
559
00:43:09,911 --> 00:43:12,101
Dia akan buat
kamu mati awal!
560
00:43:12,639 --> 00:43:14,459
Aduh, kepala ku.
561
00:43:15,523 --> 00:43:18,223
Aduh, saya rasa sakit!
562
00:43:18,465 --> 00:43:21,376
- Aduh, kepala ku.
- Pergi ambilkan dia air.
563
00:43:21,377 --> 00:43:23,736
Tetapkan pendirian kamu!
564
00:43:38,366 --> 00:43:42,534
Saya kerja di syarikat ini
bukan untuk bercinta.
565
00:43:42,955 --> 00:43:44,424
Saya tak pernah
cakap begitu.
566
00:43:45,188 --> 00:43:48,073
Masa mula-mula kerja di sini...
memang...
567
00:43:48,074 --> 00:43:50,227
Saya akui niat
saya tak betul.
568
00:43:50,736 --> 00:43:52,174
Tapi...
569
00:43:52,175 --> 00:43:53,716
sekarang bukan begitu lagi.
570
00:43:53,717 --> 00:43:59,001
Saya suka kerja saya,
dan saya nak kerja dengan baik.
571
00:44:00,882 --> 00:44:02,624
Apa saya nak
kata adalah...
572
00:44:03,824 --> 00:44:07,673
saya tak kerja di sini sebab
mahu kembali bersama kamu.
573
00:44:09,164 --> 00:44:11,536
Sikit pun saya tak
ada niat begitu.
574
00:44:13,643 --> 00:44:17,513
Hei... kenapa dengan kamu ni?
575
00:44:17,514 --> 00:44:18,907
Ada yang tak kena ke?
576
00:44:20,177 --> 00:44:24,565
Adakah... kamu dengar
apa mak saya kata tadi?
577
00:44:25,067 --> 00:44:28,699
Apa pun yang mak kamu kata...
ia tak penting bagi saya.
578
00:44:30,042 --> 00:44:31,327
Ya...
579
00:44:31,653 --> 00:44:33,280
Saya tahu dia bencikan saya.
580
00:44:33,817 --> 00:44:35,867
Saya boleh faham kenapa
dia bencikan saya.
581
00:44:36,785 --> 00:44:38,036
Tapi...
582
00:44:38,420 --> 00:44:41,138
bila dia jumpa keluarga saya,
dan marah-marah mereka...
583
00:44:41,554 --> 00:44:43,146
Saya tak boleh terima.
584
00:44:43,147 --> 00:44:47,114
Tolong nasihatkan dia,
supaya perkara begitu tak terjadi lagi.
585
00:45:21,876 --> 00:45:23,434
Apa kamu buat di sini?
586
00:45:24,271 --> 00:45:26,426
Kamu tunggu saya
di sini selama ni?
587
00:45:27,394 --> 00:45:29,295
Untuk raikan harijadi saya ke?
588
00:45:30,226 --> 00:45:32,198
Ini bukan untuk kamu.
589
00:45:33,409 --> 00:45:35,277
Jadi, untuk siapa?
590
00:45:39,602 --> 00:45:41,073
Ini untuk kamu.
591
00:45:41,074 --> 00:45:43,682
Oh! Tak perlulah buat macam tu.
592
00:45:43,683 --> 00:45:48,148
Kamu memang seorang
yang beradab sopan.
593
00:45:48,149 --> 00:45:49,271
Hei.
594
00:45:49,272 --> 00:45:52,515
Dulu semasa kamu
pulang mabuk.
595
00:45:52,516 --> 00:45:55,067
Saya ada jemput
dia datang ke sini.
596
00:45:55,068 --> 00:45:56,262
Apa?
597
00:45:57,889 --> 00:45:59,551
Tapi nak buat
macam mana ya?
598
00:45:59,552 --> 00:46:01,872
Saya agak sibuk sekarang.
599
00:46:01,873 --> 00:46:03,776
Ada masalah ke?
600
00:46:04,301 --> 00:46:05,519
Macam ni...
601
00:46:05,863 --> 00:46:08,917
Saya menjalankan sebuah
perniagaan kecil...
602
00:46:08,918 --> 00:46:10,806
tapi sebagai CEO syarikat...
603
00:46:10,807 --> 00:46:14,340
Saya masih mementingkan
kualiti produk saya.
604
00:46:14,341 --> 00:46:17,035
Dan sekarang saya
dapat banyak tempahan.
605
00:46:17,787 --> 00:46:21,077
Setiap tempahan perlu dilayan
jika mahu perniagaan berkembang.
606
00:46:21,904 --> 00:46:24,239
Kalau begitu, biar saya bantu kamu.
607
00:46:24,240 --> 00:46:26,602
Tak boleh! Mana boleh
tetamu buat kerja!
608
00:46:26,603 --> 00:46:27,788
Tak bolehlah!
609
00:46:44,977 --> 00:46:47,758
Min Young, ada apa-apa boleh saya bantu?
610
00:46:47,759 --> 00:46:49,384
Tak ada.
611
00:46:55,110 --> 00:46:56,684
Hei, En. Gook.
612
00:46:56,685 --> 00:46:59,576
- Nak saya tolong apa-apa?
- Tak.
613
00:47:07,516 --> 00:47:10,122
Orang perempuan lebih
pandai buat kerja begini.
614
00:47:14,047 --> 00:47:15,410
Mari, biar saya buat.
615
00:47:19,730 --> 00:47:21,934
Kamu pandai buat walau
pun pertama kali.
616
00:47:24,135 --> 00:47:26,321
- Macam mana yang ini?
- Ya, itu juga.
617
00:47:30,648 --> 00:47:32,382
Rasanya kena buat lagi.
618
00:47:32,383 --> 00:47:34,449
Mungkin saya patut
tambahkan lilin.
619
00:47:38,400 --> 00:47:39,562
Bagi saya cuba.
620
00:47:39,563 --> 00:47:42,111
Cuma perlu tuangkan lilin ni, kan?
621
00:47:45,152 --> 00:47:46,306
Aduh, panas!
622
00:47:46,307 --> 00:47:49,265
- Aduh, panasnya!
- Kena kamu ke?
623
00:47:49,266 --> 00:47:53,169
- Aduh, panas, panas, panas.
- Terkena kamu ke?
624
00:47:53,170 --> 00:47:56,596
- Maafkan saya! Macam mana ni?
- Wah, panasnya.
625
00:47:59,179 --> 00:48:00,633
Macam mana ni?
626
00:48:12,095 --> 00:48:15,038
Kamu ni manja sangat.
Ini macam jerawat saja.
627
00:48:30,476 --> 00:48:32,385
Cuma perlu tampalkan ini.
628
00:48:49,544 --> 00:48:53,165
Kami akan siapkan yang lain,
apa kata kamu berehat?
629
00:48:57,124 --> 00:49:00,713
Seung Hyun,
boleh tak kamu ambilkan lilin?
630
00:49:00,714 --> 00:49:02,044
Ya.
631
00:49:32,803 --> 00:49:38,085
♫ Ku melakar wajah mu sepanjang hari ♫
632
00:49:39,109 --> 00:49:44,881
♫ di hari kau datang kepada ku ♫
633
00:49:46,865 --> 00:49:52,497
♫ Ku mengingati mu
seperti di masa lalu ♫
634
00:49:53,075 --> 00:49:58,758
♫ Sambil ku terus hidup
hari demi hari ♫
635
00:50:01,258 --> 00:50:06,564
♫ Bagaimana untuk
ku melupakan mu ♫
636
00:50:06,811 --> 00:50:13,300
♫ sedangkan kau masih di hati ku ♫
637
00:50:13,500 --> 00:50:15,631
♫ Kau tak tahu ♫
638
00:50:15,941 --> 00:50:20,565
♫ Kau takkan tahu ♫
639
00:50:20,893 --> 00:50:27,236
♫ Betapa aku menginginkan mu ♫
640
00:50:27,537 --> 00:50:29,890
♫ Ku tak tahu ♫
641
00:50:30,090 --> 00:50:34,397
♫ Sungguh aku tak tahu ♫
642
00:50:35,016 --> 00:50:42,320
♫ Perlukah kau tinggalkan ku begini? ♫
643
00:50:57,633 --> 00:50:58,880
Kakak.
644
00:51:01,120 --> 00:51:02,805
Cantik tempat ni.
645
00:51:04,572 --> 00:51:05,968
Hebat kan?
646
00:51:06,580 --> 00:51:07,934
Tapi kenapa ni?
647
00:51:07,935 --> 00:51:10,900
Pertama kali kakak datang,
tapi tak bawa buah tangan?
648
00:51:20,298 --> 00:51:22,435
- Seung Hyun.
- Ya?
649
00:51:24,352 --> 00:51:27,531
Boleh... kakak minta tolong kamu?
650
00:52:19,468 --> 00:52:21,632
Kamu begitu
bersungguh-sungguh hari ni.
651
00:52:22,707 --> 00:52:25,617
Apa kamu nak?
Saya akan tunaikan pertaruhan kita.
652
00:52:27,065 --> 00:52:30,880
Ingat tak... semasa pertama
kali kita minum bersama?
653
00:52:31,850 --> 00:52:35,549
Kamu beri nasihat, semasa saya
ada masalah dengan kawan.
654
00:52:37,366 --> 00:52:40,040
'Berhati-hati semasa
memilih sahabat.'
655
00:52:41,118 --> 00:52:44,436
'Lebih berhati-hati lagi semasa
nak putuskan persahabatan.'
656
00:52:46,104 --> 00:52:47,299
Saya cakap ke?
657
00:52:48,410 --> 00:52:49,826
Tapi kenapa?
658
00:52:50,193 --> 00:52:52,684
Kamu dah cukup dewasa
untuk buat keputusan.
659
00:52:56,426 --> 00:52:59,191
Adakah ini pasal perempuan
yang kamu sebut hari tu?
660
00:53:06,109 --> 00:53:09,700
Saya akan fikir dulu apa saya nak
minta dari kemenangan saya hari ni.
661
00:53:10,263 --> 00:53:11,933
Dengan berhati-hati.
662
00:53:15,397 --> 00:53:18,739
Budak ni. Jangan minta
benda yang bukan-bukan!
663
00:53:24,258 --> 00:53:25,558
Ayah!
664
00:53:25,559 --> 00:53:27,119
Kenapa pakai macam tu?
665
00:53:27,120 --> 00:53:29,334
Kamu fikir kenapa?
666
00:53:29,335 --> 00:53:33,731
Ia adalah sinar keceriaan untuk menghilangkan
awan gelap di muka mak kamu.
667
00:53:35,113 --> 00:53:36,637
Puan Jang.
668
00:53:36,638 --> 00:53:38,535
Apa semua ni?
669
00:53:38,536 --> 00:53:41,539
Apa lagi?
Saya beli ini untuk kamu.
670
00:53:41,983 --> 00:53:43,497
Dengan duit mana?
671
00:53:44,930 --> 00:53:47,607
Buat apa nak kira
pasal duit antara kita?
672
00:53:47,608 --> 00:53:50,539
Duit kamu duit saya,
duit saya duit kamu.
673
00:53:51,349 --> 00:53:53,973
Kamu ambil duit
simpanan saya lagi ke?
674
00:53:56,845 --> 00:54:00,856
Kamu sungguh menyusahkan!
Dah berapa kali jadi begini?
675
00:54:00,857 --> 00:54:03,106
- Hentikan!
- Apa mak buat ni?
676
00:54:03,107 --> 00:54:06,372
- Bertenang! Bawa bertenang!
- Kenapa kamu ambil duit tu!
677
00:54:15,064 --> 00:54:19,443
Sejujurnya...
kejayaan kamu buat saya marah.
678
00:54:20,041 --> 00:54:22,076
Kamu hidup senang
seorang diri
679
00:54:22,077 --> 00:54:23,638
selepas buat anak
saya menderita.
680
00:54:23,639 --> 00:54:26,516
Gilalah saya kalau saya nak
berbangga atas kejayaan kamu.
681
00:54:26,946 --> 00:54:29,169
Kamu rasa hidup
kamu bertambah baik
682
00:54:29,170 --> 00:54:31,766
selepas kamu berpisah
dengan anak saya?
683
00:54:33,270 --> 00:54:34,323
Dengar sini.
684
00:54:34,592 --> 00:54:37,582
Selepas kamu dan Ae Ra bercerai
685
00:54:37,583 --> 00:54:43,247
dia berhempas pulas siang dan malam
demi untuk membayar hutang-hutang!
686
00:54:45,793 --> 00:54:47,237
Hutang?
687
00:54:48,932 --> 00:54:52,424
Saya dah bayar semua duit yang saya
pinjam semasa mulakan perniagaan.
688
00:54:52,425 --> 00:54:54,389
Dia tanggung kehidupan kamu berdua
689
00:54:54,390 --> 00:54:57,306
selama empat tahun tanpa
kelulusan tinggi.
690
00:54:57,307 --> 00:54:59,505
Takkanlah tak ada berhutang?
691
00:54:59,911 --> 00:55:03,166
Dia kerja demi membayar hutang
sambil menumpang rumah kawannya.
692
00:55:03,167 --> 00:55:05,959
Kamu tahu betapa sakit hati
saya melihat dia menderita?
693
00:55:05,960 --> 00:55:08,573
Sook Ja.
Bawa bertenang.
694
00:55:08,608 --> 00:55:10,568
Menantu Cha mahu memohon maaf.
695
00:55:10,569 --> 00:55:12,021
Ya, mak.
696
00:55:12,022 --> 00:55:15,371
Mak makin buat dia rasa bersalah
bila dia nak minta maaf.
697
00:55:16,199 --> 00:55:19,483
Kamu diamlah!
Kamu pun sama macam dia!
698
00:55:19,484 --> 00:55:22,583
Sanggup kamu ambil duit nafkah
adik kamu tanpa pengetahuan dia
699
00:55:22,584 --> 00:55:24,932
dan habiskannya?
Kamu tak rasa bersalah ke?
700
00:55:33,796 --> 00:55:35,561
Itulah perangai Ae Ra saya.
701
00:55:35,562 --> 00:55:38,285
Dari luar dia nampak
macam panas baran
702
00:55:38,286 --> 00:55:42,083
tapi dia tak pernah tunjuk kesusahannya
dan menanggungnya sendirian.
703
00:55:43,723 --> 00:55:46,403
- Maafkan saya.
- Saya tak perlu permohonan maaf kamu.
704
00:55:46,660 --> 00:55:51,374
Saya tak nak tengok kamu lagi,
jadi kita tamatkan di sini.
705
00:55:51,409 --> 00:55:52,745
Emak.
706
00:55:52,746 --> 00:55:55,239
Siapa yang kamu panggil emak?
Saya bukan mak kamu!
707
00:55:55,240 --> 00:55:56,444
Mak.
708
00:55:59,321 --> 00:56:01,570
Apa kamu buat di sini?
709
00:56:01,571 --> 00:56:04,057
Berhenti dari syarikat
tu dengan segera!
710
00:56:05,117 --> 00:56:07,466
Sekali dah berakhir,
biar ia berakhir.
711
00:56:09,146 --> 00:56:10,314
Mak.
712
00:56:22,881 --> 00:56:25,024
Kamu tak apa-apa ke?
713
00:56:26,768 --> 00:56:28,964
Dia memang berhak
untuk marah.
714
00:56:29,610 --> 00:56:31,420
Mesti dia bencikan saya.
715
00:56:31,933 --> 00:56:33,282
Saya boleh faham kenapa.
716
00:56:35,248 --> 00:56:37,677
Ayat tu macam pernah dengar.
717
00:56:40,281 --> 00:56:41,440
Betul juga.
718
00:56:43,420 --> 00:56:46,362
- Begini, Ae Ra.
- Saya akan cari syarikat lain.
719
00:56:46,848 --> 00:56:50,640
Selepas projek sekarang ni selesai,
saya akan letak jawatan.
720
00:56:52,503 --> 00:56:55,459
- Tapi...
- Ah, saya dan baran saya.
721
00:56:56,524 --> 00:56:59,292
Saya tak sepatutnya pergi
kerja di syarikat kamu.
722
00:57:00,246 --> 00:57:03,202
Saya masuk dulu.
Saya nak pergi pujuk mak saya.
723
00:57:03,203 --> 00:57:04,546
Ae Ra.
724
00:57:11,038 --> 00:57:13,861
Saya jumpa rantai aksesori
telefon dekat rumah saya.
725
00:57:13,862 --> 00:57:15,173
Itu kamu punya, kan?
726
00:57:15,891 --> 00:57:18,863
Oh ya. Saya tak
perasan bila ia hilang.
727
00:57:20,656 --> 00:57:22,022
Ya.
728
00:57:22,456 --> 00:57:25,520
Ia ada di pejabat saya.
Lain kali saya pulangkan.
729
00:57:25,841 --> 00:57:27,204
Okay.
730
00:57:27,205 --> 00:57:28,461
Kamu tak nak balik ke?
731
00:57:30,280 --> 00:57:33,559
Saya tidur di sini sebab
dah lama tak bermalam di sini.
732
00:57:33,560 --> 00:57:35,114
Pergi dulu.
733
00:58:10,410 --> 00:58:12,014
Apa kamu buat di sini?
734
00:58:19,582 --> 00:58:21,211
- Seung Hyun.
- Abang.
735
00:58:21,899 --> 00:58:25,593
Saya dah fikir apa nak
minta dari pertaruhan kita.
736
00:58:26,432 --> 00:58:27,746
Abang.
737
00:58:27,747 --> 00:58:29,872
- Saya...
- Tak boleh.
738
00:58:31,751 --> 00:58:33,334
Jangan.
739
00:58:37,046 --> 00:58:41,564
♫ Apa nak buat? ♫
Sarikata oleh AiDiLSKR
740
00:58:41,941 --> 00:58:46,855
♫ Apa nak buat? ♫
741
00:58:47,264 --> 00:58:49,808
♫ Engkaulah orang... ♫
742
00:58:50,008 --> 00:58:52,568
♫ buat ku terus hidup ♫
743
00:58:52,768 --> 00:58:56,969
♫ Kini apa nak ku buat? ♫
744
00:58:57,166 --> 00:58:59,733
Sly.and.Single.Again.E10.140327.HDTV.H264.720p-LIMO