1
00:00:42,710 --> 00:00:45,379
Jauh dalam kegelapan musim sejuk,
2
00:00:45,546 --> 00:00:47,423
seorang ibu pertama kalinya
mendengar suara-suara
3
00:00:47,506 --> 00:00:49,884
anak-anaknya yang baru lahir.
4
00:00:54,388 --> 00:00:56,849
Mari kita namakan
ibu beruang ini "Sky."
5
00:00:57,892 --> 00:01:01,479
Anak-anaknya pula kita namakan
Scout dan Amber.
6
00:01:10,488 --> 00:01:12,073
Hai, anak-anak.
7
00:01:26,587 --> 00:01:29,882
Kata orang, tahun pertama mengasuh
anak adalah yang paling sukar.
8
00:01:30,007 --> 00:01:32,551
Lambat laun Sky akan sedar bahawa,
bagi beruang,
9
00:01:32,593 --> 00:01:34,553
ia hampir mustahil.
10
00:01:35,846 --> 00:01:37,264
Hampir separuh daripada
anak-anak beruang
11
00:01:37,306 --> 00:01:39,558
tak akan selamat mengharungi
tahun pertama mereka.
12
00:01:45,272 --> 00:01:47,983
Tapi buat masa sekarang,
jauh di dalam jerumun ini,
13
00:01:48,651 --> 00:01:50,194
mereka selamat.
14
00:01:51,237 --> 00:01:53,447
Ia panas dan selesa.
15
00:01:54,657 --> 00:01:56,450
Setelah menghabiskan
musim sejuk bersama,
16
00:01:56,492 --> 00:01:59,453
ia mungkin berbau agak busuk.
17
00:02:05,960 --> 00:02:07,420
Sky bertungkus-lumus
sewaktu musim panas,
18
00:02:07,461 --> 00:02:09,755
memakan lebih 40 kilogram ikan sehari,
19
00:02:09,797 --> 00:02:10,923
untuk menyimpan lemak secukupnya
20
00:02:10,965 --> 00:02:13,467
untuk bertahan
semasa bulan-bulan awal ini.
21
00:02:15,177 --> 00:02:16,804
Tetapi kini ia berasa lapar,
22
00:02:16,887 --> 00:02:18,514
dan jika ia tak cepat makan,
23
00:02:18,597 --> 00:02:21,016
ia akan kekeringan susu
yang diperlukan oleh anak-anaknya.
24
00:02:25,646 --> 00:02:28,482
Mereka bakal mengharungi perjalanan
yang jauh dan berbahaya.
25
00:02:28,983 --> 00:02:31,569
Sky perlu membawa anak-anaknya
turun ke pantai,
26
00:02:31,652 --> 00:02:34,822
dan ia berharap ada banyak
ikan salmon musim panas ini.
27
00:02:34,864 --> 00:02:36,449
Tapi itu bukan sesuatu yang pasti.
28
00:02:40,411 --> 00:02:43,497
Nyawa Scout and Amber
bergantung padanya.
29
00:02:56,844 --> 00:02:58,888
Okay, waktu berpelukan sudah tamat.
30
00:02:59,930 --> 00:03:02,475
Beruang-beruang ini
perlu mula bergerak.
31
00:03:02,933 --> 00:03:07,688
Inilah kisah tahun pertama mereka
yang menakjubkan.
32
00:03:34,465 --> 00:03:37,718
Ini satu tempat yang mengagumkan
untuk mengambil langkah pertama.
33
00:03:43,098 --> 00:03:44,892
Anak-anak kecil ini harus
memberanikan diri
34
00:03:44,975 --> 00:03:47,770
sebaik saja tapak kaki mereka
menjejak salji itu.
35
00:03:54,068 --> 00:03:56,278
Ini Semenanjung Alaska.
36
00:03:56,570 --> 00:03:57,988
Dengan lebih dua juta hektar
37
00:03:58,072 --> 00:04:00,115
kawasan taman negara terpelihara,
38
00:04:00,199 --> 00:04:02,785
ia merupakan kediaman
beribu-ribu ekor beruang perang.
39
00:04:04,870 --> 00:04:05,871
Lima bulan yang lalu,
40
00:04:05,913 --> 00:04:08,791
Sky mendaki pergunungan ini
untuk menggali jerumunnya.
41
00:04:09,083 --> 00:04:12,002
Tetapi sekarang, ia merupakan
halangan terbesar baginya.
42
00:04:18,884 --> 00:04:19,927
Mereka harus berjalan
43
00:04:19,969 --> 00:04:22,137
merentasi kesemua gunung beku ini
44
00:04:22,221 --> 00:04:25,724
sebelum dapat menemui
walau sedikit makanan.
45
00:04:37,278 --> 00:04:40,781
Jelas sekali Sky gembira kerana dapat
keluar daripada jerumun busuk itu.
46
00:04:42,157 --> 00:04:43,158
"Tunggulah, Mak!"
47
00:04:48,789 --> 00:04:51,083
Mungkin ia terlampau gembira.
48
00:04:54,837 --> 00:04:57,339
Tiada yang dapat menandingi
sentuhan ibu yang lembut.
49
00:05:01,802 --> 00:05:02,928
Seperti ibu-ibu baru yang lain,
50
00:05:02,970 --> 00:05:05,139
Sky kurang sabar dengan
sikap suka berlengah-lengah.
51
00:05:06,807 --> 00:05:08,934
"Mari sini, kamu. Mari sini."
52
00:05:09,143 --> 00:05:10,603
"Alamak, Mak! Janganlah pakai gigi!"
53
00:05:11,103 --> 00:05:12,813
"Oh!"
54
00:05:13,898 --> 00:05:16,025
Ia tak menyakiti Scout, tapi...
55
00:05:16,150 --> 00:05:19,236
Sky masih perlu banyak belajar
tentang perihal mengasuh anak.
56
00:05:19,361 --> 00:05:22,364
Hidup memang lebih senang semasa
ia seekor beruang yang bujang.
57
00:05:23,115 --> 00:05:25,868
Sekarang, ia terpaksa
mengikut rentak anak-anaknya.
58
00:05:25,993 --> 00:05:27,703
"Ayuhlah, kamu berdua."
59
00:05:37,922 --> 00:05:40,758
Ia mempunyai sebab munasabah
untuk berlaku tegas.
60
00:05:40,841 --> 00:05:42,635
Perjalanan mereka amatlah jauh.
61
00:05:43,719 --> 00:05:45,804
Dengan setiap hari yang berlalu,
62
00:05:45,846 --> 00:05:47,556
perjalanan ini hanya akan jadi
semakin sukar.
63
00:05:55,689 --> 00:05:58,150
Berjalan-jalan di luar
pada hari musim bunga yang hangat
64
00:05:58,192 --> 00:05:59,777
mungkin nampak seronok,
65
00:05:59,860 --> 00:06:02,279
tapi kehangatan itu
mencetuskan pencairan.
66
00:06:02,821 --> 00:06:05,115
Salji yang melindungi mereka
sepanjang musim sejuk
67
00:06:05,366 --> 00:06:06,659
bertukar menjadi musuh yang dahsyat.
68
00:06:14,416 --> 00:06:16,293
Runtuhan salji.
69
00:06:22,883 --> 00:06:24,218
Bencana gergasi ini
70
00:06:24,301 --> 00:06:27,012
mampu mencapai kelajuan
sehingga 129 kilometer sejam.
71
00:06:27,930 --> 00:06:29,890
Sebuah tembok salji dan ais
72
00:06:29,932 --> 00:06:31,558
yang merempuh
segala yang ada di depannya.
73
00:07:44,381 --> 00:07:46,842
Sky dan anak-anaknya
bernasib baik kali ini,
74
00:07:46,925 --> 00:07:50,387
tetapi ini mengingatkan mereka
untuk terus mara.
75
00:07:52,139 --> 00:07:54,433
Amber telah menemui cara bijak
untuk tak ketinggalan,
76
00:07:54,767 --> 00:07:56,727
minta saja ditumpangkan.
77
00:07:56,810 --> 00:07:59,563
Hanya perlu cari tempat
menyangkut kaki.
78
00:08:00,397 --> 00:08:01,732
Itu dia.
79
00:08:03,067 --> 00:08:04,818
Tetapi Scout,
yang lebih sukakan cabaran,
80
00:08:04,860 --> 00:08:07,196
ingin menjelajah
mengikut rentaknya sendiri.
81
00:08:21,126 --> 00:08:23,087
Kini mereka telah berjalan
lebih daripada seminggu,
82
00:08:23,170 --> 00:08:25,756
dan pendakian mereka semakin curam.
83
00:08:45,317 --> 00:08:47,069
Semasa mendaki gunung yang terakhir,
84
00:08:47,152 --> 00:08:49,029
Scout dan Amber berusaha sedaya upaya,
85
00:08:49,071 --> 00:08:51,031
tetapi ia bukan perkara yang mudah.
86
00:08:51,240 --> 00:08:54,827
Mereka asyik menghalang satu sama lain.
87
00:09:09,258 --> 00:09:11,468
Mereka telah berjaya sampai ke puncak.
88
00:09:19,059 --> 00:09:21,228
Pantai kini sudah kelihatan.
89
00:09:29,069 --> 00:09:31,572
Segalanya akan menurun mulai sekarang.
90
00:10:06,315 --> 00:10:09,943
Salji musim sejuk di pantai Alaska
telah cair,
91
00:10:10,068 --> 00:10:12,029
dan kesemua tumbuhan menghijau itu
92
00:10:12,112 --> 00:10:14,781
menjanjikan makanan untuk mereka.
93
00:10:28,670 --> 00:10:30,297
Sebuah padang rumput yang sunyi.
94
00:10:30,964 --> 00:10:32,799
Masa untuk berehat sebentar.
95
00:10:36,428 --> 00:10:38,805
Amber memang cukup santai.
96
00:10:39,598 --> 00:10:42,351
Ini seekor anak beruang
yang sentiasa rapat dengan ibunya.
97
00:10:44,937 --> 00:10:48,148
Scout pula berlagak seolah-olah
ia terlalu matang untuk didukung.
98
00:10:49,691 --> 00:10:51,777
Menunggang beruang hanya mainan bayi.
99
00:11:03,455 --> 00:11:06,625
Scout amat terkejut
dengan apa yang dilihat olehnya.
100
00:11:08,877 --> 00:11:10,587
"Beruang-beruang lain?
101
00:11:10,671 --> 00:11:12,923
"Ada beruang-beruang lain
di dunia ini?"
102
00:11:13,006 --> 00:11:15,175
"Orang lain pun tahukah?"
103
00:11:15,342 --> 00:11:16,593
Sky memang tahu.
104
00:11:16,677 --> 00:11:20,180
Malah, ibunya telah membawanya ke
padang rumput ini semasa kecil.
105
00:11:20,222 --> 00:11:23,225
Sejak itu ia sentiasa kembali ke sini
setiap kali musim panas.
106
00:11:23,600 --> 00:11:26,061
Kesemua beruang di sini turun
dari kawasan pergunungan.
107
00:11:26,144 --> 00:11:27,354
Mereka kebuluran.
108
00:11:28,188 --> 00:11:31,775
Mereka sebenarnya amat memerlukan
protein daripada banyak ikan salmon.
109
00:11:33,068 --> 00:11:35,195
Tetapi ini memadai
dalam keadaan terdesak.
110
00:11:35,529 --> 00:11:37,656
Bagaikan memakan salad yang kotor.
111
00:11:44,037 --> 00:11:47,416
Sky dan Amber kepenatan
setelah berjalan sebegitu jauh.
112
00:11:48,500 --> 00:11:51,753
Tetapi Scout pula, dia terlalu
teruja untuk tidur.
113
00:11:52,004 --> 00:11:53,630
Tempat ini dipenuhi beruang!
114
00:11:57,092 --> 00:11:59,553
Scout sedang mencari model peranan.
115
00:11:59,678 --> 00:12:01,722
Ia bakal menjadi beruang jenis apa?
116
00:12:03,223 --> 00:12:04,308
Ia mungkin seekor beruang garang.
117
00:12:05,726 --> 00:12:07,602
Sentiasa bergaduh.
118
00:12:09,563 --> 00:12:12,441
Nampak seperti menyusahkan.
119
00:12:19,156 --> 00:12:21,158
Tidak, beruang-beruang ini
terlalu sedap dipeluk.
120
00:12:21,241 --> 00:12:24,202
Ia pasti ingin jadi
lebih gagah daripada ini.
121
00:12:27,164 --> 00:12:30,208
Scout yakin ia akan menemui
seekor beruang yang boleh dikagumi.
122
00:12:34,463 --> 00:12:36,048
"Agaknya...
123
00:12:37,090 --> 00:12:38,925
"Mungkin yang itu... Tidak.
124
00:12:41,428 --> 00:12:43,347
"Oh, tolonglah.
125
00:12:43,430 --> 00:12:44,931
"Tolonglah sesiapa buat sesuatu!
126
00:12:49,144 --> 00:12:51,480
"Ha? Wow.
127
00:12:53,106 --> 00:12:54,816
"Sekurang-kurangnya ia nampak seronok.
128
00:12:58,445 --> 00:12:59,488
"Hanya seekor beruang.
129
00:12:59,571 --> 00:13:01,573
"Seekor beruang yang paling gagah,
dan hebat.
130
00:13:02,699 --> 00:13:04,951
"Ada sesiapa? Hello?
131
00:13:12,584 --> 00:13:14,086
"Kamu, encik...
132
00:13:15,754 --> 00:13:17,089
"kamu mahu mengejar saya?
133
00:13:17,297 --> 00:13:20,300
"Tidak. Kamu mahu menjilat
seekor nyamuk.
134
00:13:26,473 --> 00:13:28,892
"Saya sangkakan
seekor beruang kebiasaannya,
135
00:13:28,975 --> 00:13:30,685
"entahlah, lebih garang.
136
00:13:34,481 --> 00:13:36,233
"Lupakan saja.
137
00:13:37,150 --> 00:13:39,486
"Ini memang sungguh memalukan."
138
00:13:43,949 --> 00:13:46,660
Jika Scout mencari
seekor beruang yang gagah,
139
00:13:46,743 --> 00:13:48,995
ia akan bakal menemuinya.
140
00:13:51,415 --> 00:13:53,291
Magnus.
141
00:13:54,126 --> 00:13:56,002
Beruang ini amatlah besar.
142
00:14:00,632 --> 00:14:02,008
Dengan berat badan
melebihi 450 kilogram,
143
00:14:02,050 --> 00:14:04,469
ia tiga kali ganda lebih besar
berbanding Sky,
144
00:14:04,678 --> 00:14:07,222
dan padang rumput ini ialah kawasannya.
145
00:14:07,305 --> 00:14:09,349
Ia bersifat penuh keyakinan, dominan,
146
00:14:09,850 --> 00:14:12,686
dan semua pun tahu
menjauhkan diri darinya.
147
00:14:18,191 --> 00:14:21,862
Sky harus menjauhkan anak-anaknya
daripada beruang seperti Magnus.
148
00:14:28,034 --> 00:14:30,871
Ia terpaksa mencari makanan
di tempat yang lebih tenang.
149
00:14:35,709 --> 00:14:38,211
Sambil Magnus mengawasi
kawasan kekuasaannya,
150
00:14:38,628 --> 00:14:42,424
jelas sekali ada satu perkara tertentu
yang bermain di fikirannya.
151
00:14:48,263 --> 00:14:52,392
Atau secara khususnya,
seekor beruang betina.
152
00:14:59,149 --> 00:15:01,568
Magnus mungkin memiliki tubuh
seberat setengah tan,
153
00:15:01,610 --> 00:15:02,861
tetapi ia tak pandai mencari teman.
154
00:15:05,489 --> 00:15:07,741
Magnus, kamu bersikap
terlalu terang-terangan.
155
00:15:07,824 --> 00:15:09,951
Cuba suntikkan sedikit unsur misteri!
156
00:15:13,038 --> 00:15:16,249
Contohnya kutipkan untuknya
bunga dari padang rumput ini.
157
00:15:19,169 --> 00:15:21,254
Kamu nampak ia berjalan pergi?
Itu...
158
00:15:21,296 --> 00:15:23,673
Itu maksudnya "Tak nak,"
dalam bahasa beruang, rasanya.
159
00:15:27,135 --> 00:15:30,013
Saya dah mula rasa
bersimpati terhadapnya.
160
00:15:39,898 --> 00:15:41,942
Sky telah menemui tempat sunyi
di padang rumput ini
161
00:15:41,983 --> 00:15:43,610
untuk menyusukan anak-anaknya.
162
00:15:46,446 --> 00:15:48,740
Scout dan Amber sedang mengalami
lonjakan pertumbuhan,
163
00:15:48,823 --> 00:15:51,618
dan mereka memerlukan susu
sebanyak mungkin.
164
00:15:56,790 --> 00:15:57,791
Tikani.
165
00:15:57,874 --> 00:16:01,753
Ia seekor serigala kelabu,
dan pencuri di padang rumput ini.
166
00:16:07,300 --> 00:16:09,803
Serigala ini tahu bahawa
seekor anak beruang yang perlahan,
167
00:16:10,053 --> 00:16:13,223
boleh dijadikan mangsa dengan mudah.
168
00:16:17,185 --> 00:16:19,104
Sebab itulah keadaan Sky
jauh lebih sukar
169
00:16:19,145 --> 00:16:20,480
berbanding beruang-beruang lain.
170
00:16:20,564 --> 00:16:23,942
Ia harus memastikan
anak-anaknya sentiasa di sisi.
171
00:16:54,180 --> 00:16:55,724
Amber bakal mengetahui
apa akan berlaku,
172
00:16:55,807 --> 00:16:59,311
sekiranya kita menunggang beruang
tanpa memakai tali keledar.
173
00:17:08,028 --> 00:17:11,698
Sky mendapati dirinya didesak ke satu
kawasan terpencil dan tak dikenali.
174
00:17:12,657 --> 00:17:13,867
Kawasan yang berbahaya.
175
00:17:17,495 --> 00:17:20,665
Bahaya menampakkan dirinya
hampir serta-merta.
176
00:17:26,379 --> 00:17:27,797
Ini Chinook.
177
00:17:28,381 --> 00:17:29,799
Haiwan terbuang.
178
00:17:35,180 --> 00:17:37,599
Setelah diusir dari padang rumput ini
oleh Magnus,
179
00:17:37,891 --> 00:17:40,894
Chinook telah menjadi
semakin kurus, garang,
180
00:17:41,061 --> 00:17:43,271
dan terdesak mencari makanan.
181
00:17:44,105 --> 00:17:45,190
Apa jua makanan.
182
00:17:46,483 --> 00:17:48,610
Termasuklah anak beruang.
183
00:17:57,410 --> 00:17:59,412
Tiada tempat untuk bersembunyi.
184
00:18:00,664 --> 00:18:02,082
Sky harus mempertahankan kedudukannya.
185
00:18:18,473 --> 00:18:20,809
Cara Chinook berlegar-legar
adalah bahaya.
186
00:18:21,518 --> 00:18:23,561
Jika Sky menampakkan
sebarang kelemahan,
187
00:18:24,187 --> 00:18:25,772
Chinook akan menyerang.
188
00:18:42,956 --> 00:18:44,124
Ia berhasil.
189
00:18:44,165 --> 00:18:46,501
Sky berjaya
mempertahankan kedudukannya.
190
00:18:46,793 --> 00:18:49,713
Chinook pun meneruskan
pemburuannya di tempat lain.
191
00:18:52,841 --> 00:18:56,761
Scout dan Amber pasti berasa
kagum pada ibu mereka.
192
00:19:06,646 --> 00:19:08,648
Pada waktu-waktu tertentu
dalam setahun
193
00:19:08,773 --> 00:19:11,443
perubahan yang besar berlaku
di kawasan pantai.
194
00:19:14,195 --> 00:19:18,032
Dataran-dataran lumpur yang luas
mula terdedah.
195
00:19:28,960 --> 00:19:32,672
Kawasan gurun berlumpur ini
mengandungi banyak hasil.
196
00:19:59,699 --> 00:20:01,242
Sky dan anak-anaknya telah pergi jauh
197
00:20:01,326 --> 00:20:02,619
ke pinggir air surut
198
00:20:02,702 --> 00:20:05,413
mencari apa saja
yang boleh memberikan khasiat.
199
00:20:07,248 --> 00:20:09,584
Beruang mempunyai
deria bau yang amat kuat.
200
00:20:09,667 --> 00:20:13,505
Hidung mereka adalah tujuh kali ganda
lebih sensitif berbanding manusia.
201
00:20:19,719 --> 00:20:22,889
Scout seperti tak faham
apa yang dicari oleh ibunya.
202
00:20:29,395 --> 00:20:30,480
Habuan.
203
00:20:30,563 --> 00:20:32,857
Sky menarik keluar kepah yang berisi.
204
00:20:32,982 --> 00:20:34,734
Ia akan membantu buat sementara waktu,
205
00:20:34,776 --> 00:20:35,985
tetapi seekor dua kepah,
206
00:20:36,069 --> 00:20:38,655
walaupun sedozen, memang tak mencukupi.
207
00:20:45,411 --> 00:20:47,831
Sky perlu anak-anaknya
berada dekat di sisinya.
208
00:20:47,956 --> 00:20:50,875
Ia mengikuti air surutjauh ke tengah.
209
00:20:52,085 --> 00:20:54,087
Tetapi Scout tak risau.
210
00:20:54,546 --> 00:20:56,840
Ia lebih gemar berseronok
pada hari pertamanya di pantai.
211
00:21:00,635 --> 00:21:03,096
Amber memilih untuk
duduk di sisi ibunya.
212
00:21:03,763 --> 00:21:07,600
Ia nampak kurang bodoh.
213
00:21:09,769 --> 00:21:10,895
Tetapi Scout tak peduli.
214
00:21:12,146 --> 00:21:14,357
Ia suka pada pasir pantai ini.
215
00:21:21,281 --> 00:21:23,199
"Lihatlah balik kuang ini!
216
00:21:23,616 --> 00:21:25,952
"Ia hanya balik kuang separa.
217
00:21:27,495 --> 00:21:29,873
"Amber, tengoklah saya!
Saya seekor raksasa lumpur!"
218
00:21:32,584 --> 00:21:35,044
"Sungguh matang, Scout.
Sungguh matang."
219
00:21:36,045 --> 00:21:38,006
"Tidak, jomlah! Ia amat seronok!
220
00:21:41,301 --> 00:21:44,053
"Kenapa burung ini asyik mengekori kita
221
00:21:44,137 --> 00:21:45,263
"ke mana saja kita pergi?
222
00:21:45,930 --> 00:21:47,348
"Biar saya tanya ia.
223
00:21:47,724 --> 00:21:49,142
"Hei, burung!
224
00:21:51,519 --> 00:21:54,105
"Hei, dari mana kamu dapat ikan tu?"
225
00:21:57,525 --> 00:22:00,987
Sky dan Amber sedang berseronok
bersama sebagai ibu dan anak.
226
00:22:02,488 --> 00:22:06,451
Scout baru tahu
bahawa pasir tak enak dimakan.
227
00:22:30,224 --> 00:22:32,518
Kedua-dua anak beruang,
dengan cara masing-masing,
228
00:22:32,560 --> 00:22:34,854
amat seronok melawat pantai
buat pertama kalinya.
229
00:22:40,109 --> 00:22:42,487
Tetapi Sky tak boleh
terlalu banyak bermain.
230
00:22:42,528 --> 00:22:46,074
Ia harus terus mencari kepah
sementara air masih surut.
231
00:22:50,828 --> 00:22:53,373
Si burung raven sentiasa mengekori Sky.
232
00:22:55,291 --> 00:22:57,710
Burung raven boleh nampak
peluang dari jarak jauh,
233
00:22:58,795 --> 00:23:02,006
manakala deria bau beruang
boleh mencari makanan tersembunyi.
234
00:23:03,132 --> 00:23:07,553
Ia satu persahabatan yang luar biasa,
tapi ia mendatangkan hasil.
235
00:23:14,936 --> 00:23:18,481
"Hei, Mak, bagaimana
cara untuk membukanya?
236
00:23:27,073 --> 00:23:28,157
"Mak!
237
00:23:28,574 --> 00:23:30,827
"Tak apa, saya dah berjaya membukanya.
238
00:23:31,619 --> 00:23:33,746
"Kuku saya... Mak...
239
00:23:34,330 --> 00:23:38,459
"Apa kita patut buat kalau kuku kita
tersepit dalam kepah ni?
240
00:23:40,336 --> 00:23:41,337
"Lepaskan.
241
00:23:43,464 --> 00:23:45,925
"Mak, ia terlekat pada kuku saya!
242
00:23:47,719 --> 00:23:49,721
"Kamu tengok apa, burung?
243
00:23:49,804 --> 00:23:51,889
"Ini cara saya membawanya.
244
00:23:52,015 --> 00:23:55,768
"Saya sedang membawa
kepah saya berjalan-jalan, itu saja.
245
00:24:03,568 --> 00:24:05,778
"Lepaskan kuku saya, kepah!
246
00:24:05,862 --> 00:24:07,405
"Lepaskan!
247
00:24:20,418 --> 00:24:22,754
"Saya bukannya nak sangat kepah tu."
248
00:24:27,967 --> 00:24:32,221
Sky dan anak-anaknya berada jauh
dari darat semasa air mula pasang.
249
00:24:40,521 --> 00:24:42,565
Sky cuba mendapatkan makanan
sebanyak mungkin
250
00:24:42,648 --> 00:24:45,026
sebelum air menenggelamkan lumpur itu.
251
00:25:08,382 --> 00:25:11,677
Scout tak tahu apa yang akan
berlaku apabila air pasang.
252
00:25:11,844 --> 00:25:14,180
Ia cuma keletihan
setelah bermain sepanjang hari.
253
00:25:14,514 --> 00:25:17,225
Sekarang, mereka dikelilingi air.
254
00:25:17,975 --> 00:25:19,852
Air yang sejuk beku.
255
00:25:28,277 --> 00:25:30,404
Apabila Sky akhirnya kembali ke darat,
256
00:25:30,488 --> 00:25:33,324
ia menyangkakan bahawa kedua-dua
anaknya tak jauh di belakang.
257
00:25:35,535 --> 00:25:37,286
Itu satu kesilapan.
258
00:25:38,538 --> 00:25:39,705
Scout terlalu kepenatan
untuk terus berjalan.
259
00:25:43,960 --> 00:25:47,380
Amber sedar bahawa Scout
bukan saja berlengah-lengah.
260
00:25:47,880 --> 00:25:49,298
Ia tertidur.
261
00:26:17,827 --> 00:26:19,745
Apabila Scout terjaga,
262
00:26:19,787 --> 00:26:21,956
ia sedar ia terdamparjauh dari pantai.
263
00:26:27,837 --> 00:26:30,381
Ia memanggil-manggil ibunya.
264
00:26:33,759 --> 00:26:34,760
Ibunya menyahut panggilannya.
265
00:26:37,096 --> 00:26:38,139
Mendesak Scout supaya bergegas.
266
00:26:56,949 --> 00:26:59,118
Arus semakin kuat sekarang,
267
00:26:59,160 --> 00:27:02,413
dan Scout berhempas pulas
untuk kembali ke darat.
268
00:27:45,122 --> 00:27:48,626
Scout menguatkan dirinya
dan berjaya sampai ke darat.
269
00:28:01,305 --> 00:28:03,557
Anak-anak beruang itu,
270
00:28:04,600 --> 00:28:07,436
nampaknya mereka gembira
dapat bertemu kembali.
271
00:28:15,987 --> 00:28:19,031
Minggu-minggu silih berganti,
cuaca pun semakin hangat,
272
00:28:19,073 --> 00:28:21,534
dan dataran-dataran lumpur
tak lagi begitu terdedah.
273
00:28:27,873 --> 00:28:29,542
Tiba masanya untuk kembali
ke padang rumput,
274
00:28:29,625 --> 00:28:31,377
yang kini penuh warna-warni.
275
00:28:55,443 --> 00:28:58,863
Scout dan Amber berseronok bersama
pada hari-hari awal musim panas,
276
00:28:58,904 --> 00:29:01,574
sambil diperhatikan oleh ibu mereka
dari jarak yang selamat.
277
00:29:24,096 --> 00:29:27,433
Tanpa sumber ikan yang berdekatan,
mereka kembali memakan rumput.
278
00:29:30,936 --> 00:29:33,105
Scout nampak kurang gembira.
279
00:29:35,608 --> 00:29:39,445
Pada waktu ini,
segalanya terasa lemau dan kering.
280
00:29:44,450 --> 00:29:46,702
Akibat kekurangan makanan,
281
00:29:47,119 --> 00:29:49,997
beruang-beruang betina pun
mula cepat naik berang.
282
00:30:14,105 --> 00:30:16,107
Pertempuran yang ganas ini
mungkin pendek masanya,
283
00:30:16,148 --> 00:30:18,484
tetapi ia semakin kerap berlaku.
284
00:30:18,692 --> 00:30:19,735
Keadaan semakin tegang.
285
00:30:41,132 --> 00:30:43,592
Anak-anak beruang ini tahu
ada sesuatu yang tak kena.
286
00:30:58,190 --> 00:31:00,192
Tiada tempat untuk bersembunyi.
287
00:31:10,119 --> 00:31:12,163
Semua sedang memerhatikan mereka.
288
00:31:27,094 --> 00:31:29,180
Melihat anak-anaknya semakin resah,
289
00:31:29,221 --> 00:31:31,807
Sky bergerak ke sisi mereka
untuk melindungi mereka.
290
00:31:43,110 --> 00:31:44,403
Magnus.
291
00:31:46,322 --> 00:31:49,200
Kali ini, ia amat kelaparan.
292
00:31:59,084 --> 00:32:00,920
Ia telah nampak
anak-anak beruang itu.
293
00:32:02,963 --> 00:32:05,257
Sky harus cepat
memilih tindakan seterusnya.
294
00:32:16,101 --> 00:32:17,728
Ia berlari,
mencari tempat yang selamat.
295
00:32:21,941 --> 00:32:24,610
Ia satu pilihan yang bakal dikesalinya.
296
00:32:31,116 --> 00:32:32,159
Chinook!
297
00:32:32,284 --> 00:32:34,620
Pusingan kedua
dan sedia untuk bertempur.
298
00:32:39,124 --> 00:32:40,584
Ia berlari mengejar mereka.
299
00:32:50,553 --> 00:32:53,305
Chinook jauh lebih kuat berbanding Sky,
300
00:32:53,389 --> 00:32:55,307
tetapi Sky
akan berlawan bermati-matian
301
00:32:55,349 --> 00:32:56,767
agar anak-anaknya boleh
melarikan diri.
302
00:33:20,207 --> 00:33:22,293
Anak-anak beruang itu
cuba melarikan diri.
303
00:33:31,427 --> 00:33:33,053
Sky cuba mengumpannya jauh dari situ,
304
00:33:33,137 --> 00:33:34,597
tetapi ia tak mengekorinya,
305
00:33:34,680 --> 00:33:37,182
sebaliknya Chinook meluru
ke arah anak-anak Sky.
306
00:33:45,649 --> 00:33:47,568
Ia tahu mereka belum pergi jauh.
307
00:33:53,115 --> 00:33:54,658
Deria bau Chinook yang kuat
308
00:33:54,700 --> 00:33:57,536
memberitahu ada anak beruang
bersembunyi di sebalik kayu balak itu.
309
00:33:58,370 --> 00:34:00,039
Tetapi anak yang mana satu?
310
00:34:35,658 --> 00:34:38,494
Sky terdesak mencari anak-anaknya.
311
00:34:52,216 --> 00:34:53,592
Amber.
312
00:35:01,475 --> 00:35:03,394
Tetapi Scout tak dapat dikesan.
313
00:35:45,060 --> 00:35:47,646
Amber tak mahu meninggalkan
padang rumput ini tanpa adiknya.
314
00:35:48,272 --> 00:35:50,983
Tetapi Sky tahu
mereka harus pergi dari situ.
315
00:35:51,859 --> 00:35:54,528
Chinook mungkin akan kembali
bila-bila masa sahaja.
316
00:35:54,695 --> 00:35:56,447
Sky masih perlu melindungi Amber,
317
00:35:56,488 --> 00:35:59,491
walau betapa ia ingin
pergi mencari Scout.
318
00:36:01,452 --> 00:36:03,495
Ia bukan satu keputusan yang mudah.
319
00:36:25,768 --> 00:36:27,269
Di situ pun Scout!
320
00:36:40,866 --> 00:36:42,868
Kembali bersama.
321
00:36:56,048 --> 00:36:57,883
Sky tahu tentang
satu lagi tempat di pantai ini
322
00:36:57,925 --> 00:37:00,427
yang pernah ia kunjungi bersama ibunya.
323
00:37:01,887 --> 00:37:03,680
Sambil ia
membawa anak-anaknya ke situ,
324
00:37:03,722 --> 00:37:06,809
pasti ia berharap agar
nasibnya bertambah baik.
325
00:37:30,624 --> 00:37:34,586
Pertengahan musim panas membawa
lebih banyak tempat mencari makanan.
326
00:37:38,924 --> 00:37:41,927
Ketika Sky dan anak-anaknya pergi
ke tempat makan yang lebih selamat,
327
00:37:41,969 --> 00:37:45,806
beruang-beruang lain meninggalkan
padang rumput dan pergi ke pantai.
328
00:38:18,547 --> 00:38:20,549
Chinook sudah pun berada di situ.
329
00:38:23,468 --> 00:38:25,178
Begitu juga dengan Magnus.
330
00:38:28,265 --> 00:38:30,434
Buat masa ini, mereka menunggu,
331
00:38:32,978 --> 00:38:34,521
dan menunggu.
332
00:38:59,296 --> 00:39:00,839
Ikan salmon!
333
00:39:01,590 --> 00:39:03,759
Peluang awal untuk menangkap ikan.
334
00:39:17,522 --> 00:39:20,859
Setahun telah berlalu sejak
beruang-beruang ini menangkap ikan.
335
00:39:22,819 --> 00:39:25,072
Nampaknya kemahiran mereka
agak berkarat.
336
00:39:40,921 --> 00:39:42,798
"Dah dapat! Dah dapat!
337
00:39:42,881 --> 00:39:44,591
"Saya... saya dah dapat tadi.
338
00:39:47,886 --> 00:39:50,138
"Ikan-ikan ni begitu licik."
339
00:39:55,477 --> 00:39:57,729
Hanya Magnus
yang masih mempunyai maruah.
340
00:40:02,234 --> 00:40:04,152
Magnus tak perlu menangkap ikan,
341
00:40:04,236 --> 00:40:06,071
kerana ia ada rancangan.
342
00:40:09,074 --> 00:40:11,994
Ia akan merampas apa saja
yang ditangkap oleh Chinook.
343
00:40:14,913 --> 00:40:16,999
"Ya, bagus, Chinook.
344
00:40:17,749 --> 00:40:19,418
"Tangkapkan ikan itu untuk saya.
345
00:40:24,548 --> 00:40:26,008
"Beruang yang baik."
346
00:40:28,093 --> 00:40:29,219
Magnus membuka langkah.
347
00:41:10,844 --> 00:41:13,138
Akhirnya Magnus menang,
348
00:41:13,221 --> 00:41:15,515
dan Chinook hanya mampu
terhincut-hincut pergi
349
00:41:15,599 --> 00:41:19,186
melihat hasil tangkapannya
dibaham oleh orang lain.
350
00:41:19,936 --> 00:41:21,813
Chinook tak akan
melupakan peristiwa ini.
351
00:41:34,534 --> 00:41:37,162
Jauh daripada bahaya
di pantai salmon yang sesak itu,
352
00:41:37,245 --> 00:41:41,166
Sky dan anak-anaknya masih mencari
tempat makan yang sunyi.
353
00:41:44,669 --> 00:41:47,339
Perhatian Scout asyik teralih
oleh perkara-perkara remeh,
354
00:41:47,756 --> 00:41:49,382
memperlahankan perjalanan mereka.
355
00:42:00,894 --> 00:42:02,854
Mereka sedang diekori.
356
00:42:07,776 --> 00:42:10,153
Tikani dapat merasakan peluang ini.
357
00:42:14,866 --> 00:42:16,785
Jika ia bergerak dengan senyap,
358
00:42:16,868 --> 00:42:19,037
ia boleh menerkam
anak beruang yang ketinggalan.
359
00:42:39,766 --> 00:42:40,851
Scout menyerang!
360
00:42:42,060 --> 00:42:44,187
Tikani mahu Scout mengekorinya.
361
00:42:44,229 --> 00:42:45,772
Agar ia bersendirian.
362
00:42:46,439 --> 00:42:48,233
Tetapi Sky kekal di sisinya.
363
00:43:16,261 --> 00:43:18,096
Hanya Sky yang mampu mengusir Tikani.
364
00:43:26,771 --> 00:43:30,025
Ibu beruang ini
sentiasa memerhatikan anak-anaknya.
365
00:43:30,400 --> 00:43:32,944
Muslihat Tikani yang biasa tak berhasil,
366
00:43:33,278 --> 00:43:35,530
tetapi tak bermakna ia berputus asa.
367
00:43:44,247 --> 00:43:46,583
Beberapa kilometer ke utara pantai.
368
00:43:46,625 --> 00:43:48,710
Sky mengikut panggilan burung raven
369
00:43:48,793 --> 00:43:50,962
ke satu tempat yang istimewa.
370
00:43:58,303 --> 00:44:00,180
Satu kawasan perlindungan
371
00:44:00,555 --> 00:44:03,308
yang membolehkan beruang-beruang
ini berehat dengan selamat.
372
00:44:11,816 --> 00:44:13,485
Penemuan yang hebat, En. Raven.
373
00:44:14,402 --> 00:44:15,987
Pandai kamu mengesannya.
374
00:44:44,349 --> 00:44:47,227
Sky pasti sedang risau tentang
bekalan susunya.
375
00:44:48,520 --> 00:44:51,898
Jika ia tak makan banyak salmon
sebelum musim panas berakhir,
376
00:44:52,023 --> 00:44:54,818
lemak simpanannya tak akan cukup
untuk menyusukan Scout dan Amber
377
00:44:54,859 --> 00:44:57,237
sepanjang waktu hibernasi
musim sejuk seterusnya.
378
00:45:00,031 --> 00:45:03,702
Anak-anaknya akan mati kelaparan
di sisinya dalam jerumun mereka.
379
00:45:06,997 --> 00:45:08,790
Sky tahu bahawa lambat laun
380
00:45:08,873 --> 00:45:11,543
ia terpaksa memberanikan diri untuk
pergi ke pantai salmon itu.
381
00:45:13,837 --> 00:45:17,048
Tetapi sebelum itu, ia ingin
menunjukkan sesuatu yang hebat.
382
00:45:20,635 --> 00:45:22,470
Apabila air surut,
383
00:45:22,554 --> 00:45:25,181
laut ini bertukar menjadi
medan selera rahsia,
384
00:45:25,432 --> 00:45:27,726
yang menghidangkan
batu-batan yang dilitupi kupang.
385
00:45:36,318 --> 00:45:39,404
Kita boleh makan sepuas-puasnya,
tetapi perlu berhati-hati.
386
00:45:41,865 --> 00:45:44,451
Anak-anak Sky kelihatan amat keliru.
387
00:45:45,577 --> 00:45:47,746
"Adakah rasanya memang begini?
388
00:45:47,829 --> 00:45:49,414
"Ia amat rangup."
389
00:45:52,625 --> 00:45:55,420
Tetapi Sky tahu segenggam kupang itu
amatlah berbaloi.
390
00:46:13,063 --> 00:46:16,358
Ia mendedahkan makanan
tersembunyi dengan kaki hadapannya.
391
00:46:19,944 --> 00:46:21,321
Belut batu.
392
00:46:22,405 --> 00:46:24,449
Ikan-ikan pemalu ini
tidaklah sebaik salmon,
393
00:46:24,491 --> 00:46:26,826
tetapi lebih baik daripada
langsung tak dapat apa-apa.
394
00:46:35,335 --> 00:46:37,504
Scout rasa
ia mampu melakukannya sendiri.
395
00:46:40,924 --> 00:46:44,177
Amber pula membiarkan ibunya
melakukan semua kerja.
396
00:47:03,571 --> 00:47:06,449
Si burung raven yang licik pun
mendapat habuannya.
397
00:47:09,828 --> 00:47:11,121
"Hei, itu saya yang punya.
398
00:47:12,664 --> 00:47:14,249
"Saya telah menyimpannya!"
399
00:47:17,669 --> 00:47:18,962
Ia memang kerja yang remeh,
400
00:47:19,045 --> 00:47:21,548
tetapi tiada makanan lain
buat masa ini.
401
00:47:36,980 --> 00:47:37,981
Aduh!
402
00:47:45,697 --> 00:47:47,073
Kembali ke pantai,
403
00:47:47,157 --> 00:47:50,326
akhirnya ikan salmon datang
dengan banyaknya.
404
00:47:50,660 --> 00:47:53,288
Inilah yang dinantikan oleh sang
beruang sepanjang musim panas.
405
00:48:02,297 --> 00:48:04,215
Laut berkocak-kocak dengan ikan,
406
00:48:04,299 --> 00:48:05,633
dan bilangannya yang begitu banyak
407
00:48:05,717 --> 00:48:08,011
menjadikannya lebih mudah ditangkap.
408
00:48:15,059 --> 00:48:18,104
Sky dan anak-anaknya patut berada
di sini, secepat mungkin.
409
00:48:18,771 --> 00:48:19,939
Mereka sudah mula terlepas peluang.
410
00:48:38,958 --> 00:48:42,712
Chinook tak akan membiarkan
ikannya dicuri lagi kali ini.
411
00:48:44,506 --> 00:48:48,384
Dengan ketiadaan Magnus,
ia boleh makan sepuas-puasnya.
412
00:48:58,478 --> 00:49:02,065
Tikani pun ada di sini,
mencuba nasib menangkap ikan.
413
00:49:17,705 --> 00:49:19,082
Ia tak semudah yang disangkakan.
414
00:49:19,123 --> 00:49:22,752
Kita boleh membezakan antara yang
berpengalaman dengan yang tidak.
415
00:49:39,978 --> 00:49:41,688
Kemudian kita hanya perlu makan
hasil tangkapan
416
00:49:41,771 --> 00:49:43,606
sebelum ia dirampas oleh pihak lain.
417
00:49:44,232 --> 00:49:45,775
Cepat sikit, kawan!
418
00:49:45,817 --> 00:49:47,443
Lari!
419
00:49:51,281 --> 00:49:54,242
Kita tahu apabila seekor serigala
berjalan dengan gaya begitu,
420
00:49:55,201 --> 00:49:56,327
ia mempunyai niat tak baik.
421
00:50:13,303 --> 00:50:14,721
Kepalanya tertunduk,
422
00:50:15,513 --> 00:50:17,724
bergerak perlahan-lahan.
423
00:50:19,017 --> 00:50:20,893
Si pencuri sedang bertugas.
424
00:50:25,857 --> 00:50:27,525
Mengagumkan.
425
00:50:27,859 --> 00:50:30,361
Ekornya tak basah pun.
426
00:50:35,199 --> 00:50:38,036
Setelah berbulan-bulan
memburu salmon tanpa henti,
427
00:50:38,119 --> 00:50:42,081
ia seolah-olah beruang-beruang
ini tak akan tahu berasa kenyang.
428
00:50:42,290 --> 00:50:45,043
Tetapi itulah
yang sedang berlaku di sini.
429
00:50:46,252 --> 00:50:48,129
Kenyang teramat sangat.
430
00:50:49,797 --> 00:50:50,798
Dan berminat terhadap...
431
00:50:52,342 --> 00:50:53,593
Entahlah apa sedang dibuatnya.
432
00:50:57,305 --> 00:50:59,557
Tiba-tiba semua berasa begitu gatal.
433
00:51:13,655 --> 00:51:16,866
Beruang ini nampak seperti bapa saya
semasa menonton TV.
434
00:51:20,745 --> 00:51:21,954
"Hei, siapa yang menukar saluran?
435
00:51:22,038 --> 00:51:23,915
"Saya sedang menontonnya."
436
00:51:29,587 --> 00:51:33,049
Bukan Sky dan anak-anaknya sahaja
yang sedang dalam perjalanan.
437
00:51:33,091 --> 00:51:34,258
Ikan salmon ini hanya menunggu
438
00:51:34,300 --> 00:51:36,761
sebelum bergerak
ke hulu sungai untuk bertelur.
439
00:51:40,223 --> 00:51:43,393
Ia telah menghabiskan seluruh
musim sejuk di laut masin,
440
00:51:43,434 --> 00:51:45,103
dan beberapa minggu diperlukan untuk ia
441
00:51:45,186 --> 00:51:47,188
menyesuaikan diri dengan air tawar.
442
00:51:49,607 --> 00:51:52,485
Ia menghabiskan masa
di muara sungai di belakang pantai,
443
00:51:52,568 --> 00:51:54,946
terlindung daripada
tempat beruang biasa berburu.
444
00:51:57,990 --> 00:51:59,951
Sky beruang pertama yang tiba ke sini,
445
00:52:00,034 --> 00:52:02,745
dan tiada gangguan
daripada beruang lain.
446
00:52:07,125 --> 00:52:08,793
Ada begitu banyak ikan di sini.
447
00:52:09,585 --> 00:52:12,296
Ia harus merebut peluang ini sekarang,
448
00:52:12,380 --> 00:52:15,299
tetapi ia tahu risiko
meninggalkan anak-anaknya.
449
00:52:17,260 --> 00:52:20,054
Hanya ada waktu yang terhad
sebelum beruang-beruang lain tiba.
450
00:52:28,271 --> 00:52:30,982
Ia mampu menangkap ikan dengan
lebih cekap jika bersendirian.
451
00:52:35,236 --> 00:52:37,071
Ia berasa bahawa
ia patut mengambil risiko ini.
452
00:53:33,878 --> 00:53:35,213
Anak-anak Sky
cuba mempertahankan diri
453
00:53:35,254 --> 00:53:37,215
sambil berteriak memanggil ibu mereka.
454
00:53:41,135 --> 00:53:42,178
Mereka tak boleh lawan sendiri.
455
00:53:47,934 --> 00:53:50,770
Sky bergegas kembali,
dan Tikani pun berundur.
456
00:53:56,526 --> 00:54:00,238
Sky telah membawa anak-anaknya
ke semua tempat di pantai ini
457
00:54:01,113 --> 00:54:02,657
tanpa sebarang hasil.
458
00:54:03,741 --> 00:54:06,410
Masih ada
tempat-tempat rahsia lain ke hulu,
459
00:54:07,453 --> 00:54:09,080
tempat-tempat tersembunyi
seperti Kolam Emas
460
00:54:09,163 --> 00:54:11,749
yang kadangkalanya dipenuhi ikan.
461
00:54:12,375 --> 00:54:15,920
Tetapi ia sukar ditemui,
dan pendakiannya amat curam.
462
00:54:19,423 --> 00:54:21,926
Sky tiada pilihan lain,
463
00:54:22,009 --> 00:54:24,512
ia harus mencari tempat untuk makan
sebelum terlambat.
464
00:55:00,631 --> 00:55:03,551
Bagi ikan salmon, sudah dua minggu
ia berada di muara sungai,
465
00:55:03,634 --> 00:55:06,053
dan ia sudah menyesuaikan diri
dengan air tawar.
466
00:55:08,306 --> 00:55:11,058
Perjalanannya ke hulu sungai
akhirnya akan bermula.
467
00:55:12,143 --> 00:55:14,020
Ia suatu misi yang hampir
tak boleh dipercayai.
468
00:55:14,645 --> 00:55:19,108
Ia sedang cuba untuk kembali
ke tempat ia menetas.
469
00:55:21,986 --> 00:55:23,821
Ia mengharapkan tanda-tanda kimia,
470
00:55:23,905 --> 00:55:27,450
rasa air sungai ini,
untuk menentukan halatujunya.
471
00:55:36,500 --> 00:55:39,003
Ada yang berenang 50 kilometer ke hulu
472
00:55:39,086 --> 00:55:41,297
menentang arus yang kuat.
473
00:55:46,844 --> 00:55:50,681
Kerap kali, air terjun yang ada
terlalu curam untuk dilepasi.
474
00:56:01,525 --> 00:56:03,694
Kerana tak dapat berenang
ke tempat lebih tinggi,
475
00:56:04,028 --> 00:56:05,821
ikan-ikan salmon ini
terpaksa menunggu
476
00:56:06,364 --> 00:56:08,532
di lubuk tunjam di bawah.
477
00:56:13,245 --> 00:56:15,539
Di sinilah arah tujuan ikan salmon ini.
478
00:56:15,623 --> 00:56:19,418
Air yang tenang dan cetek menjadi
tempat yang sesuai untuk bertelur.
479
00:56:30,805 --> 00:56:33,474
Sky dan anak-anaknya pun baru tiba.
480
00:56:33,933 --> 00:56:35,351
Sepanjang dua minggu yang lepas
481
00:56:35,393 --> 00:56:38,062
mereka mendaki ke tempat
yang terpencil ini.
482
00:56:42,733 --> 00:56:44,735
Sky kelihatan teramat kurus.
483
00:56:48,572 --> 00:56:50,825
Ia tak mahu terlepas akan
ketibaan ikan-ikan salmon
484
00:56:50,908 --> 00:56:52,243
ke perairan yang tenang ini.
485
00:56:57,915 --> 00:56:59,834
Tetapi sayangnya ia tiba
tak tepat pada waktunya.
486
00:57:01,502 --> 00:57:04,422
Ikan-ikan itu masih tersekat
di lubuk di bawah.
487
00:57:05,381 --> 00:57:07,299
Tiada makanan di sini.
488
00:57:28,529 --> 00:57:31,449
Nampaknya kali ini
si burung raven sudah tersilap.
489
00:58:13,991 --> 00:58:16,327
Meskipun basah kuyup dan kesejukan,
490
00:58:16,660 --> 00:58:18,537
hujan yang turun ini sebenarnya
memberi Sky
491
00:58:18,621 --> 00:58:21,165
dan anak-anaknya
harapan yang amat diperlukan.
492
00:58:27,046 --> 00:58:30,049
Hujan lebat menyebabkan
paras air meningkat
493
00:58:30,299 --> 00:58:34,220
dan membolehkan ikan-ikan salmon ini
meneruskan perjalanan.
494
00:58:43,854 --> 00:58:45,147
Ya!
495
00:58:46,440 --> 00:58:48,109
Mereka berjaya.
496
00:58:57,409 --> 00:58:59,703
Sky tahu ikan salmon bakal tiba.
497
00:58:59,912 --> 00:59:01,956
Ia hampir dapat merasainya di lidahnya.
498
00:59:14,468 --> 00:59:16,262
Sky mencari.
499
00:59:20,182 --> 00:59:21,892
Di manakah ia?
500
00:59:41,412 --> 00:59:43,873
Inilah ikan pertamanya musim ini.
501
00:59:55,342 --> 00:59:57,720
Akhirnya anak-anaknya
dapat merasa ikan salmon.
502
01:00:03,726 --> 01:00:05,394
Scout membawa pulang makanannya.
503
01:00:05,728 --> 01:00:09,315
Tetapi Amber kekal di sisi ibunya
untuk makan bersama.
504
01:00:22,161 --> 01:00:25,748
"Mak, ikan salmon ialah
makanan kegemaran saya yang baru.
505
01:00:27,082 --> 01:00:28,709
"Saya tak mahu makan kupang lagi."
506
01:00:38,135 --> 01:00:39,470
Masalah ikan salmon ialah
507
01:00:39,511 --> 01:00:41,263
ia tak kekal lama di satu tempat.
508
01:00:42,723 --> 01:00:44,600
Ia masih dalam perjalanannya.
509
01:00:48,604 --> 01:00:50,314
Sky tahu hala tuju mereka,
510
01:00:50,397 --> 01:00:52,024
dan ia satu tempat yang terlalu bahaya
511
01:00:52,233 --> 01:00:54,401
untuk seekor beruang dengan anak kecil.
512
01:00:55,486 --> 01:00:57,571
Tanpa pilihan lain,
513
01:00:57,655 --> 01:00:59,949
ia terpaksa mencari Kolam Emas.
514
01:01:16,131 --> 01:01:18,342
Inilah Air Terjun Besar.
515
01:01:20,010 --> 01:01:22,763
Hanya yang paling besar dan gagah
datang ke sini.
516
01:01:44,868 --> 01:01:46,954
Beribu-ribu ekor salmon melalui
air terjun ini,
517
01:01:47,037 --> 01:01:49,498
hanya untuk beberapa minggu
di penghujung musim panas.
518
01:01:56,880 --> 01:01:59,174
Jika ingin menangkap ikan yang besar,
519
01:01:59,967 --> 01:02:02,386
kita harus berada di tempat yang betul
520
01:02:03,554 --> 01:02:04,596
pada waktu yang tepat.
521
01:02:06,181 --> 01:02:09,476
Meskipun begitu...
522
01:02:10,019 --> 01:02:11,478
...masih belum tentu.
523
01:02:33,208 --> 01:02:34,918
Magnus memang berpengalaman.
524
01:02:35,627 --> 01:02:37,463
Buka saja mulut tu.
525
01:03:10,913 --> 01:03:14,249
Persaingan amat sengit untuk merebut
tempat menangkap ikan yang terbaik.
526
01:03:25,469 --> 01:03:28,055
Chinook mahukan tempat utama
yang diduduki Magnus.
527
01:03:31,600 --> 01:03:34,686
Tetapi ia sudah lupa
betapa gagahnya Magnus.
528
01:03:40,984 --> 01:03:43,153
Tiba masa
untuk diperingatkan tentangnya.
529
01:04:31,827 --> 01:04:33,537
Chinook menyerah kalah.
530
01:04:33,745 --> 01:04:39,042
Magnus kekal sebagai pemerintah
Air Terjun Besar yang tak tercabar.
531
01:04:57,227 --> 01:04:59,563
Sky dan anak-anaknya telah
menemui sebuah tempat aman
532
01:04:59,605 --> 01:05:01,064
jauh di dalam hutan,
533
01:05:01,106 --> 01:05:03,317
di hulu sungai Air Terjun Besar.
534
01:05:10,157 --> 01:05:12,075
Musim panas hampir berakhir,
535
01:05:12,159 --> 01:05:13,827
dan memandangkan
musim luruh hampir tiba,
536
01:05:14,077 --> 01:05:16,288
bulu di tubuh anak-anak Sky
sudah mula menebal.
537
01:05:21,543 --> 01:05:23,504
Kerana tak cukup makan salmon,
538
01:05:23,587 --> 01:05:25,255
Sky belum berpeluang mengumpul
539
01:05:25,297 --> 01:05:27,216
simpanan lemak untuk musim sejuk.
540
01:05:50,280 --> 01:05:51,907
Tanpa makanan,
541
01:05:52,157 --> 01:05:54,493
susu Sky akan kering
542
01:05:55,410 --> 01:05:57,287
dan Scout dan Amber
543
01:05:57,371 --> 01:05:58,830
takkan berjaya mengharungi hibernasi.
544
01:06:21,478 --> 01:06:23,021
Kasihan Sky.
545
01:06:24,147 --> 01:06:27,442
Ia berusaha untuk menjadi ibu yang
baik dan melindungi anak-anaknya.
546
01:06:34,074 --> 01:06:37,160
Ia hilang arah dan kepenatan,
547
01:06:38,996 --> 01:06:42,124
tetapi ia masih enggan berputus asa.
548
01:06:52,259 --> 01:06:56,013
Kalaulah ia tahu,
ia begitu hampir ke destinasinya.
549
01:06:57,180 --> 01:06:59,182
Hanya perlu berjalan sedikit lagi.
550
01:07:07,441 --> 01:07:09,610
Inilah Kolam Emas,
551
01:07:10,736 --> 01:07:13,196
tempat yang dituju
oleh Sky dan anak-anaknya.
552
01:07:14,781 --> 01:07:18,869
Sesetengah tahun, ikan salmon
berkumpul di sini dengan banyaknya.
553
01:07:38,055 --> 01:07:41,016
Burung raven memanggil,
meminta Sky mengikutnya.
554
01:08:03,038 --> 01:08:04,956
Sky hampir tak percaya
apa yang dilihatnya.
555
01:08:06,958 --> 01:08:09,920
Begitu banyak beruang,
berkumpul dengan aman.
556
01:08:11,838 --> 01:08:13,674
Selamat dan begitu ramah.
557
01:08:22,057 --> 01:08:25,602
Terdapat begitu banyak ikan salmon
hinggakan melimpah ruah.
558
01:09:58,236 --> 01:10:01,281
Dengan semua ikan salmon ini,
anak-anaknya akan menggemuk,
559
01:10:01,865 --> 01:10:05,494
dan Sky boleh menyusukan mereka
sepanjang musim sejuk.
560
01:10:09,414 --> 01:10:12,876
Perjalanan Sky yang jauh dan sukar
kini sudah berakhir.
561
01:10:16,630 --> 01:10:19,674
Nampaknya beruang gagah
yang dicari-cari oleh Scout
562
01:10:20,133 --> 01:10:22,677
sentiasa berada di sisinya, selama ini.
563
01:10:42,531 --> 01:10:43,615
Sambil musim sejuk berkunjung tiba,
564
01:10:44,241 --> 01:10:47,577
kesemua beruang memulakan
perjalanan kembali ke gunung.
565
01:10:56,127 --> 01:10:59,381
Scout dan Amber bergantung pada ibu
mereka untuk dua tahun seterusnya,
566
01:10:59,714 --> 01:11:02,509
menjadi semakin gagah
setiap kali musim berlalu.
567
01:11:09,724 --> 01:11:12,269
Sebelum tibanya
hari-hari musim sejuk yang gelap,
568
01:11:12,352 --> 01:11:14,437
setiap ekor beruang harus kembali
ke puncak tinggi
569
01:11:14,479 --> 01:11:16,940
dan menggali jerumun untuk hibernasi.
570
01:11:41,131 --> 01:11:43,258
Selama enam bulan seterusnya,
571
01:11:43,341 --> 01:11:45,719
kesemua beruang akan tidur
572
01:11:45,927 --> 01:11:48,889
sambil diselimuti salji yang tebal.
573
01:11:51,433 --> 01:11:52,809
Itu dia Chinook.
574
01:11:52,893 --> 01:11:54,686
Ia berjaya mengharungi satu tahun lagi.
575
01:12:00,358 --> 01:12:04,029
Magnus yang gagah melihat kawasan
kekuasaannya buat kali terakhir.
576
01:12:13,830 --> 01:12:17,167
Kata orang, tahun pertama mengasuh
anak adalah yang paling sukar.
577
01:12:17,417 --> 01:12:19,836
Tetapi Sky tetap sabar dan gigih.
578
01:12:20,295 --> 01:12:22,339
Ia tak pernah berhenti menyayangi.
579
01:12:23,256 --> 01:12:24,966
Balasannya?
580
01:12:25,508 --> 01:12:28,845
Lapan kaki kecil mengikutnya
kembali ke atas gunung
581
01:12:29,179 --> 01:12:31,181
untuk tidur lama di musim sejuk.
582
01:13:15,767 --> 01:13:17,727
Kelilingi ia. Kelilingi ia.
583
01:13:18,770 --> 01:13:19,813
Kelilingi ia.
584
01:13:42,919 --> 01:13:44,379
Hei, beruang.
585
01:14:09,320 --> 01:14:11,072
Bagus. Di situ.