1 00:00:46,480 --> 00:00:50,999 Jepun feudal purba, daratan yang diselubungi misteri... 2 00:00:51,000 --> 00:00:53,579 ...dilarang kepada orang asing. 3 00:00:53,580 --> 00:00:58,159 Sekumpulan pulau ajaib yang menjadi rumah ahli sihir dan iblis. 4 00:00:58,160 --> 00:01:06,439 Negara wilayah pesaing yang diperintah oleh shogun berkuasa mutlak. 5 00:01:06,520 --> 00:01:11,639 Keamanan negerinya dijaga oleh samurai, pakar pedang... 6 00:01:11,640 --> 00:01:16,419 ...ditugaskan untuk melindungi pemerintah dan wilayahnya. 7 00:01:16,420 --> 00:01:20,239 Seandainya samurai tewas atau menghampakan mahagurunya... 8 00:01:20,240 --> 00:01:24,339 ...dia akan mendapat malu besar dalam masyarakat Jepun. 9 00:01:24,340 --> 00:01:27,559 Dia menjadi seorang ronin. 10 00:01:27,560 --> 00:01:31,279 Tetapi, untuk mengetahui kisah 47 Ronin... 11 00:01:31,280 --> 00:01:35,651 ...adalah untuk mengetahui kisah seluruh Jepun. 12 00:01:36,520 --> 00:01:40,919 Ia bermula dengan seorang budak lelaki. 13 00:01:40,920 --> 00:01:46,519 Tiada siapa tahu dari mana asalnya dan bagaimana dia tahu jalan ke Ako. 14 00:01:46,520 --> 00:01:52,405 Ada yang kata dia adalah jelmaan, tiada bezanya dengan binatang itu. 15 00:01:54,080 --> 00:01:58,139 Ramai yang percaya dia dibesarkan oleh Tengu,... 16 00:01:58,140 --> 00:02:03,359 ...iblis-iblis hutan, yang telah mengajarnya kuasa hitam... 17 00:02:03,360 --> 00:02:08,267 ...dan melatihnya dengan seni pembunuhan maut. 18 00:02:10,280 --> 00:02:16,702 Kejahatan yang dia tinggalkan telah meninggalkan tandanya pada dia. 19 00:02:28,200 --> 00:02:30,399 Oishi! 20 00:02:30,400 --> 00:02:34,441 Tuanku, dia iblis. 21 00:02:43,640 --> 00:02:48,799 Dia seorang budak, sama seperti awak. 22 00:02:48,800 --> 00:02:53,001 Bantu saya angkat dia, Oishi. 23 00:02:53,080 --> 00:02:58,439 Raja Asano, dari wilayah Ako, telah menyelamatkannya pada hari itu... 24 00:02:58,440 --> 00:03:04,461 ...melihat sesuatu dalam diri budak itu yang Oishi tak dapat lihat. 25 00:03:07,440 --> 00:03:13,768 Anak Raja Asano, Mika juga melihatnya. 26 00:03:28,920 --> 00:03:33,099 Ayah Mika membenarkan budak itu tinggal dalam kalangan mereka... 27 00:03:33,100 --> 00:03:37,148 ...mengendahkan nasihat samurainya. 28 00:03:38,000 --> 00:03:40,439 Lihat. 29 00:03:40,440 --> 00:03:44,159 Apa yang awak nampak? - Ranting? 30 00:03:44,160 --> 00:03:46,759 Bukan. 31 00:03:46,760 --> 00:03:50,199 Rusa. 32 00:03:50,680 --> 00:03:54,086 Ia lalu ikut sini. 33 00:04:05,240 --> 00:04:07,279 Awak simpanlah, Kai. 34 00:04:07,280 --> 00:04:12,839 Samurai percaya kehadirannya akan membawa malang di tanah mereka. 35 00:04:13,200 --> 00:04:17,846 Mika hanya nampak seorang lelaki yang sopan. 36 00:04:17,940 --> 00:04:22,817 Meskipun dia hidup sebagai insan terbuang, Kai bertekad untuk... 37 00:04:22,818 --> 00:04:28,224 ...membalas kasih sayang yang dia terima daripada Mika dan ayahnya. 38 00:04:42,040 --> 00:04:45,251 Kai. 39 00:04:50,180 --> 00:04:52,879 Ada sesuatu yang aneh pada makhluk ini. 40 00:04:52,880 --> 00:04:57,039 Ia berada di tempat tinggi, tapi ia akan turun semula untuk memburu. 41 00:04:57,040 --> 00:05:02,120 Lebih selamat kalau pasang perangkap dan menunggunya di sini. 42 00:05:07,080 --> 00:05:11,221 Ia ada di tempat tinggi, Raja Asano. 43 00:06:04,080 --> 00:06:08,259 Tuanku. - Bunuh! 44 00:08:44,000 --> 00:08:47,781 Saya lebih rela dibunuh oleh binatang itu... 45 00:08:47,782 --> 00:08:52,189 ...daripada diselamatkan oleh orang kacukan. 46 00:08:58,400 --> 00:09:01,929 Yasuno! 47 00:09:19,280 --> 00:09:23,119 Ako terhurang budi dengan awak, Yasuno. 48 00:09:23,120 --> 00:09:28,588 Akhirnya, kita boleh menyambut kedatangan Shogun tanpa rasa gerun. 49 00:09:39,480 --> 00:09:44,199 Untuk Ako! - Untuk Ako! 50 00:09:44,200 --> 00:09:47,331 Syabas. 51 00:10:28,300 --> 00:10:32,700 {\an5}Raja Kira Ketua Wilayah Pesaing Nagato 52 00:10:35,840 --> 00:10:38,641 Keluar. 53 00:10:40,200 --> 00:10:43,047 Keluar! 54 00:11:02,520 --> 00:11:06,982 Raja Asano masih hidup? 55 00:11:07,500 --> 00:11:10,479 Ya. 56 00:11:26,780 --> 00:11:29,430 Menjadi tuan rumah pertandingan Shogun merupakan... 57 00:11:29,431 --> 00:11:33,039 ...penghormatan besar bagi ayah saya. Semuanya harus sempurna. 58 00:11:33,040 --> 00:11:35,839 Tuan Puteri Mika. 59 00:11:35,840 --> 00:11:42,019 Raja Asano dan kumpulan pemburu dah pulang. Mereka dah bunuh binatang itu. 60 00:11:55,800 --> 00:11:58,601 Ayah! 61 00:11:58,920 --> 00:12:04,599 Saya sangat risau. - Pemburuan itu lebih lama dari yang kami harapkan. 62 00:12:04,600 --> 00:12:08,559 Yasuno menunjukkan keberanian yang hebat. 63 00:12:08,560 --> 00:12:15,350 Ada sesiapa cedera parah? - Kamu mencari siapa? 64 00:12:20,400 --> 00:12:24,799 Semuanya dah bersedia untuk ketibaan Shogun? 65 00:12:24,800 --> 00:12:27,886 Ya, ayah. 66 00:12:29,300 --> 00:12:32,894 Ayah mahu seluruh Ako berkongsi penghormatan... 67 00:12:32,895 --> 00:12:35,999 ...menjadi tuan rumah komander besar kita. 68 00:12:36,000 --> 00:12:41,959 Saya dah buat persiapan istimewa untuk raja-raja yang bakal melawat. 69 00:12:45,480 --> 00:12:51,007 Saya dah arahkan tempat duduk diletakkan di sepanjang laluan. 70 00:12:51,040 --> 00:12:55,508 Ibu kamu pasti bangga. 71 00:13:11,280 --> 00:13:17,139 Saya sangat risau. - Awak selalu risau. 72 00:13:20,680 --> 00:13:23,339 Dia mahukan keizinan awak. 73 00:13:23,340 --> 00:13:28,428 Chikara berlatih setiap kali dia dapat peluang. 74 00:13:38,920 --> 00:13:43,371 Tuan Puteri, Kai dah pulang. 75 00:14:14,080 --> 00:14:20,059 Mereka beritahu saya awak cedera. - Sikit saja, Tuan Puteri. 76 00:14:21,320 --> 00:14:24,806 Belakang awak. 77 00:14:26,600 --> 00:14:29,401 Duduk. 78 00:14:34,280 --> 00:14:38,726 Seseorang sepatutnya merawat luka ini. 79 00:14:47,840 --> 00:14:51,087 Terima kasih. 80 00:14:56,440 --> 00:15:01,799 Saya nampak rasa malu dalam mata Yasuno ketika mereka memuji dia. 81 00:15:01,800 --> 00:15:06,459 Walaupun awak cuba bantu mereka, mereka tetap membenci awak. 82 00:15:06,460 --> 00:15:11,079 Samurai ayah awak sentiasa melayan saya seperti saya harapkan. 83 00:15:11,080 --> 00:15:15,087 Dan itu saja yang awak harapkan? 84 00:15:15,280 --> 00:15:18,999 Itu saja yang saya tahu. 85 00:15:19,000 --> 00:15:23,221 Ia tak sepatutnya begini, Kai. 86 00:15:31,280 --> 00:15:38,382 Ini bukan tempat yang sesuai untuk Tuan Puteri. - Awak menghalau saya? 87 00:15:40,080 --> 00:15:43,659 Pandang saya dan cakap awak tak cintakan saya. 88 00:15:43,660 --> 00:15:48,779 Saya akan sentiasa cintakan awak. Tapi awak ada tempat sendiri... 89 00:15:48,780 --> 00:15:52,609 ...dan begitu juga saya. 90 00:16:58,440 --> 00:17:02,759 Asano Takumi no Kami, pemerintah Ako. 91 00:17:02,760 --> 00:17:05,119 Yang Amat Mulia, Shogun Tokugawa... 92 00:17:05,120 --> 00:17:09,359 ...pemimpin seluruh wilayah dan pemerintah seluruh Jepun... 93 00:17:09,360 --> 00:17:12,919 ...terima kasih atas kehadiran tuan. 94 00:17:12,920 --> 00:17:16,719 Raja Asano, sahabatku. 95 00:17:16,720 --> 00:17:21,359 Ako adalah mengagumkan, sama seperti selalu. 96 00:17:21,360 --> 00:17:27,959 Dengan suka citanya kami menanti pertandingan esok. 97 00:17:27,960 --> 00:17:32,931 Shogun Teragung Tokugawa Tsunayoshi... 98 00:17:45,400 --> 00:17:52,299 ...dan berharap hiburan yang kami sediakan mengikut kehendak yang mulia. 99 00:17:54,640 --> 00:17:57,159 Ayah. 100 00:17:57,160 --> 00:18:00,319 Apa yang awak buat di rumah saya? 101 00:18:00,320 --> 00:18:03,619 Minggu lepas, semasa memburu saya ternampak seekor musang. 102 00:18:03,620 --> 00:18:08,119 Ketika itu saya tak sedar yang ia adalah ahli sihir. - Ahli sihir? 103 00:18:08,120 --> 00:18:11,739 Saya percaya saya ternampak makhluk yang sama tadi. 104 00:18:11,740 --> 00:18:16,519 Dia dalam rupa manusia di kalangan gundik mulia. 105 00:18:16,520 --> 00:18:19,367 Tuanku. 106 00:18:24,060 --> 00:18:27,493 Mereka kata, hanya iblis yang ada kuasa untuk... 107 00:18:27,494 --> 00:18:31,304 ...melihat di sebalik penyamaran ahli sihir. 108 00:18:32,200 --> 00:18:38,550 Awak iblis? - Tidak. 109 00:18:39,360 --> 00:18:45,046 Jadi, saya rasa awak cuma terpesona dengan kecantikan wanita. 110 00:18:56,200 --> 00:19:00,859 Raja Asano, kami memperkenalkan Raja Kira Yoshinaka... 111 00:19:00,860 --> 00:19:05,823 ...pemerintah Nagato, dari wilayah utara. 112 00:19:16,840 --> 00:19:21,239 Ako masih seindah yang saya ingat, Raja Asano. 113 00:19:21,240 --> 00:19:26,266 Satu penghormatan bagi kami dengan lawatan awak, Raja Kira. 114 00:19:26,600 --> 00:19:31,062 Saya tak sabar menunggu pertandingan itu. 115 00:19:41,200 --> 00:19:46,559 Saya tak tahu pula gundik awak begitu cantik, Raja Asano. 116 00:19:46,560 --> 00:19:50,425 Dia anak saya. 117 00:19:52,640 --> 00:19:56,639 Maafkan saya, Tuan Puteri. 118 00:19:56,640 --> 00:20:00,259 Boleh saya minta anak awak duduk bersama kita? 119 00:20:00,260 --> 00:20:04,731 Saya mahu menebus kebiadaban saya tadi. 120 00:21:15,440 --> 00:21:19,846 Ayah, siapa tu? 121 00:21:20,920 --> 00:21:24,365 Jaguh saya. 122 00:21:28,920 --> 00:21:34,359 Saya yakin jaguh ayah awak merupakan pesaing sengit. 123 00:21:34,360 --> 00:21:37,400 Yasuno. 124 00:21:43,040 --> 00:21:45,541 Yasuno! 125 00:21:48,760 --> 00:21:52,719 Kenapa dengan dia? - Disihir. 126 00:21:52,720 --> 00:21:58,419 Panggil ayah awak. - Dah tiada masa. 127 00:22:02,280 --> 00:22:06,319 Kalau kita tiada pelawan, Ako akan dimalukan. 128 00:22:06,320 --> 00:22:10,409 Hanya samurai yang boleh bertarung. 129 00:22:19,280 --> 00:22:22,081 Cukup. 130 00:22:23,400 --> 00:22:27,161 Jaguh awak? 131 00:23:01,760 --> 00:23:05,779 Para juara, bersedia untuk bertarung! 132 00:23:05,780 --> 00:23:09,211 Berikan mereka pedang! 133 00:24:07,440 --> 00:24:10,685 Berhenti! 134 00:24:38,400 --> 00:24:43,344 Awak bukan samurai. 135 00:24:45,360 --> 00:24:49,999 Bunuh dia. - Jangan! 136 00:24:50,000 --> 00:24:52,926 Jangan! 137 00:24:54,920 --> 00:25:01,739 Maafkan saya, Tuanku. Ini salah saya. 138 00:25:15,520 --> 00:25:21,059 Tanggalkan perisainya. Pukul dia. 139 00:26:14,440 --> 00:26:17,441 Berhenti! 140 00:26:20,040 --> 00:26:24,021 Saya minta maaf. 141 00:26:25,920 --> 00:26:28,599 Tuanku! 142 00:26:28,600 --> 00:26:32,199 Bukan sekarang! 143 00:26:32,200 --> 00:26:36,290 Ayah, tolonglah! 144 00:26:54,480 --> 00:27:02,159 Fikiran Raja Asano tidak tenang. Ini masanya untuk merampas Ako. 145 00:27:02,160 --> 00:27:07,239 Inilah yang awak harapkan dan inilah apa yang kita rancang. 146 00:27:07,240 --> 00:27:11,541 Apa yang awak takutkan, Tuanku? 147 00:27:12,760 --> 00:27:15,839 Tunjukkan keberanian awak. 148 00:27:15,840 --> 00:27:19,719 Serahkan pada saya jantung awak. 149 00:27:19,720 --> 00:27:23,919 Setelah ini, tiada lagi berpatah balik. 150 00:27:23,920 --> 00:27:29,991 Awak terikat pada saya, dan saya terikat pada awak. 151 00:27:33,000 --> 00:27:38,759 Sungai-sungai darah, dan gunung-gunung mayat... 152 00:27:38,760 --> 00:27:42,819 ...tidak akan menjadi penghalang kita. 153 00:27:42,820 --> 00:27:51,199 Mahupun air mata balu. Carilah sifat iri hati dan kebencianmu. 154 00:27:51,200 --> 00:27:57,808 Dan saya akan serahkan segala keinginan awak. 155 00:29:26,160 --> 00:29:29,041 Ayah. 156 00:29:30,560 --> 00:29:33,725 Ayah! 157 00:29:35,480 --> 00:29:39,009 Ayah! 158 00:29:41,640 --> 00:29:44,851 Mika. 159 00:29:45,040 --> 00:29:47,439 Ayah! 160 00:29:47,440 --> 00:29:52,679 Mika. - Ayah! 161 00:29:59,320 --> 00:30:01,679 Ayah! 162 00:30:01,680 --> 00:30:04,827 Tolong! 163 00:30:14,360 --> 00:30:17,819 Apa yang berlaku? Berundur! 164 00:30:17,820 --> 00:30:20,659 Tuanku! 165 00:30:23,880 --> 00:30:27,027 Ayah! 166 00:30:40,840 --> 00:30:45,242 Semua orang, kembali ke tempat masing-masing! 167 00:31:03,920 --> 00:31:07,419 Undang-undangnya sudah jelas. 168 00:31:07,420 --> 00:31:12,059 Awak telah menyerang tetamu tidak bersenjata dan memalukan rumah awak. 169 00:31:12,060 --> 00:31:15,079 Hukumannya adalah mati. 170 00:31:15,080 --> 00:31:19,359 Oleh kerana pangkat dan khidmat awak kepada Ako,... 171 00:31:19,360 --> 00:31:23,959 ...saya benarkan awak pulihkan semula kehormatan awak dan rumah awak... 172 00:31:23,960 --> 00:31:28,519 ...melalui seppuku, kematian di tangan sendiri. 173 00:31:28,520 --> 00:31:34,559 Supaya awak boleh tunjukkan keberanian dan maruah dalam kematian... 174 00:31:34,560 --> 00:31:39,167 ...sama seperti yang awak tunjukkan dalam kehidupan. 175 00:31:40,480 --> 00:31:46,479 Shogun boleh saja menggantung saya seperti penjenayah. 176 00:31:46,480 --> 00:31:51,159 Tetapi, dia mengizinkan saya... 177 00:31:51,160 --> 00:31:56,319 ...mengambil nyawa saya dengan penuh kehormatan. 178 00:31:56,320 --> 00:32:01,419 Tuanku telah disihir. Fikiran tuanku telah diracuni. 179 00:32:01,420 --> 00:32:05,839 Jika saya menerima takdir saya... 180 00:32:05,840 --> 00:32:10,539 ...tiada siapa akan mempersoalkan maruah rakyat kita... 181 00:32:10,540 --> 00:32:14,479 ...atau menghukum mereka atas kesalahan saya. 182 00:32:14,480 --> 00:32:17,100 Berjanjilah... 183 00:32:17,101 --> 00:32:22,299 ...awak akan melindungi Mika dan Ako daripada musuh-musuh kita. 184 00:32:22,300 --> 00:32:25,531 Tuanku. 185 00:32:28,440 --> 00:32:33,199 Saya dah bersedia, Oishi. Dan apabila saya mati... 186 00:32:33,200 --> 00:32:41,999 ...saya akan rasa dihormati jika awak mengiringi saya, sahabatku. 187 00:32:59,800 --> 00:33:02,881 Ayah. 188 00:33:03,680 --> 00:33:08,442 Jangan sampai mereka nampak kamu menangis. 189 00:35:23,360 --> 00:35:26,491 Tidak. 190 00:35:26,720 --> 00:35:31,919 Kita harus membalas dendam. Walau apapun berlaku, itu tugas kita. 191 00:35:31,920 --> 00:35:36,700 Apa yang Tuanku mahu kami lakukan? 192 00:35:39,720 --> 00:35:43,919 Kalau kita lawan sekarang, kita akan mati. 193 00:35:43,920 --> 00:35:46,419 Dan bukan kita saja. 194 00:35:46,420 --> 00:35:51,019 Semua petani dan penduduk Ako akan dibunuh. 195 00:35:51,020 --> 00:35:54,884 Kita kena fikir pasal mereka dulu. 196 00:36:01,400 --> 00:36:06,888 Racun. Ia akan menamatkan penderitaan tuan puteri. 197 00:36:07,600 --> 00:36:12,051 Kita masih belum kehilangan Ako. 198 00:36:44,320 --> 00:36:47,760 Yang Amat Mulia. 199 00:37:13,160 --> 00:37:19,239 Puteri Asano, saya bersimpati atas kematian ayah awak. 200 00:37:19,240 --> 00:37:22,299 Dia menerimanya dengan bermaruah. 201 00:37:22,300 --> 00:37:26,379 Yang Mulia, sebagai anak tunggal ayah saya... 202 00:37:26,380 --> 00:37:31,479 ...izinkan saya menjaga tanahnya sehinggalah saya berkahwin. 203 00:37:31,480 --> 00:37:35,647 Saya dah pertimbangkannya, Tuan Puteri. 204 00:37:44,320 --> 00:37:48,399 Supaya tiada persengketaan antara puak awak... 205 00:37:48,400 --> 00:37:53,159 ...saya perintahkan mulai hari ini, mereka akan bersatu. 206 00:37:53,160 --> 00:37:57,339 Melalui ikatan perkahwinan antara awak dan Raja Kira. 207 00:37:57,340 --> 00:38:01,159 Awak diberikan masa setahun untuk berkabung. 208 00:38:01,160 --> 00:38:05,759 Tapi awak kekal sebagai tetamu Raja Kira hinggalah awak berkahwin. 209 00:38:05,760 --> 00:38:08,561 Oishi. 210 00:38:09,200 --> 00:38:15,679 Sekarang awak adalah ronin. Samurai tanpa tuan. 211 00:38:15,680 --> 00:38:21,519 Saya melarang awak membalas dendam atas kematian Raja Asano. 212 00:38:21,520 --> 00:38:27,779 Raja Kira, saya serahkan Ako pada awak. 213 00:38:45,200 --> 00:38:50,219 Mulai saat ini, awak dibuang dari negeri ini. 214 00:38:50,220 --> 00:38:58,126 Kepada yang berdegil, mereka akan diburu dan dihukum mati. 215 00:39:12,440 --> 00:39:19,929 Awak takkan jumpa dia lagi, Tuan Puteri. Tatapilah buat kali terakhir. 216 00:39:47,680 --> 00:39:52,859 Saya tak percayakan Oishi. Dia tak boleh lindungi pangkatnya lagi. 217 00:39:52,860 --> 00:39:57,999 Campakkan dia ke dalam lubang. Patahkan semangatnya. 218 00:40:24,400 --> 00:40:29,700 Setahun Kemudian 219 00:41:02,320 --> 00:41:04,559 Ayah! 220 00:41:04,560 --> 00:41:06,919 Ayah. 221 00:41:06,920 --> 00:41:12,779 Pergi! Jauhkan diri daripada saya. - Chikara, bangunkan dia. 222 00:41:24,320 --> 00:41:27,931 Mana orang-orang saya? 223 00:41:28,360 --> 00:41:34,759 Mereka semua dah tinggalkan Ako. - Puteri Asano? 224 00:41:34,760 --> 00:41:38,879 Waktu perkabungannya dah hampir tamat. 225 00:41:38,880 --> 00:41:41,159 Raja Kira membawa dia ke istananya... 226 00:41:41,160 --> 00:41:44,919 ...untuk buat persiapan perkahwinan mereka. 227 00:41:44,920 --> 00:41:51,439 Chikara, di mana lelaki kacukan tu? 228 00:41:51,440 --> 00:41:55,199 Orang-orang Kira membawanya ke pulau Belanda... 229 00:41:55,200 --> 00:41:58,796 ...dan menjual dia sebagai hamba. 230 00:42:09,600 --> 00:42:13,425 Kita perlukan 3 ekor kuda. 231 00:42:13,480 --> 00:42:16,406 Sekarang. 232 00:42:24,960 --> 00:42:27,761 Riku. 233 00:42:29,640 --> 00:42:35,879 Awak harus yakinkan seluruh dunia, yang kita telah bercerai. 234 00:42:35,880 --> 00:42:42,101 Itu saja cara untuk lindungi awak daripada tindakan saya. 235 00:42:42,320 --> 00:42:47,999 Tiada siapa boleh tahu kecuali kita berdua... 236 00:42:48,000 --> 00:42:52,468 ...dan akan sentiasa menjadi ... 237 00:42:52,840 --> 00:42:57,249 ...kegembiraan dalam hidup saya. 238 00:42:57,960 --> 00:43:02,386 Saya isteri seorang samurai. 239 00:43:03,320 --> 00:43:08,806 Walau apapun tugas awak, ia tugas saya juga. 240 00:43:17,440 --> 00:43:20,319 Tunjukkan ini pada mereka... 241 00:43:20,320 --> 00:43:25,399 ...dan suruh mereka jumpa ayah di tasik hitam dalam seminggu lagi. 242 00:43:25,400 --> 00:43:29,941 Ingat, musuh akan sentiasa memerhati. 243 00:44:10,040 --> 00:44:13,763 Hei, orang asing. 244 00:44:14,440 --> 00:44:21,730 Apa urusan awak di sini? - Saya mencari seorang lelaki kacukan. 245 00:44:26,800 --> 00:44:30,609 Semoga berjaya, samurai! 246 00:45:07,280 --> 00:45:11,560 Kacukan! Kacukan! 247 00:45:42,880 --> 00:45:46,125 Kai! 248 00:45:49,000 --> 00:45:52,431 Ini saya, Oishi. 249 00:45:52,520 --> 00:45:55,321 Kai! 250 00:46:01,760 --> 00:46:04,761 Ini saya! 251 00:46:17,040 --> 00:46:20,319 Kai! Puteri Asano... 252 00:46:20,320 --> 00:46:23,121 Mika. 253 00:46:23,600 --> 00:46:27,764 Dia perlukan bantuan awak. 254 00:46:30,720 --> 00:46:34,439 Kacukan! Kacukan! 255 00:46:34,440 --> 00:46:38,719 Kai, tak lama lagi Kira akan mengahwini Mika. 256 00:46:38,720 --> 00:46:42,807 Kita mesti halang dia! Awak bersama saya? 257 00:47:01,800 --> 00:47:05,170 Sekarang! 258 00:48:12,880 --> 00:48:16,699 Puteri Asano akan berkahwin seminggu lagi. 259 00:48:16,700 --> 00:48:21,179 Apa awak peduli? Semasa Kira bawa dia pergi, awak cuma melutut. 260 00:48:21,260 --> 00:48:25,139 Kita semua boleh dibunuh. Awak juga. 261 00:48:25,140 --> 00:48:31,779 Apa gunanya awak pada kematiannya? - Apa gunanya saya pada awak? 262 00:48:33,000 --> 00:48:37,159 Ikut saya atau awak kembali ke tempat awak. 263 00:48:37,160 --> 00:48:40,964 Jangan nak berpaling daripada saya, ronin. 264 00:48:41,000 --> 00:48:44,590 Ikut awak untuk apa? 265 00:48:47,360 --> 00:48:52,019 Kira ada 1,000 tentera di bawah pemerintahannya. 266 00:48:52,020 --> 00:48:57,679 Dia juga dilindungi oleh ilmu sihir. 267 00:48:57,680 --> 00:49:02,719 Ketika saya beritahu awak, awak menafikan saya. - Saya silap. 268 00:49:03,360 --> 00:49:07,349 Saya dah hampakan tuanku. 269 00:49:09,720 --> 00:49:13,759 Saya tak tahu siapa atau apa awak ni... 270 00:49:13,760 --> 00:49:17,562 ...tapi saya perlukan bantuan awak. 271 00:49:26,040 --> 00:49:28,887 Pakaian. 272 00:49:46,220 --> 00:49:49,919 Saya akan ikut awak tapi kalau awak melutut... 273 00:49:49,945 --> 00:49:54,464 ...di depan Kira lagi, saya akan pancung kepala awak. 274 00:50:02,080 --> 00:50:08,179 Dari mana awak belajar berlawan macam tu? - Dari iblis. 275 00:50:51,720 --> 00:50:53,959 Tuanku, ampuni saya. 276 00:50:53,960 --> 00:50:58,059 Lelaki kacukan tu dah terlepas dari pulau Belanda. 277 00:50:58,060 --> 00:51:01,862 Mereka cakap seorang samurai membantunya. 278 00:51:03,640 --> 00:51:06,726 Oishi. 279 00:51:17,080 --> 00:51:22,162 Cari Oishi. Saya mahu dia mati. 280 00:51:41,720 --> 00:51:44,931 Yasuno, itu Oishi! 281 00:51:45,640 --> 00:51:48,679 Semua orang, Oishi dah kembali! 282 00:51:48,720 --> 00:51:51,790 Oishi dah kembali! 283 00:52:05,840 --> 00:52:09,679 Ayah. - Syabas, Chikara. 284 00:52:26,640 --> 00:52:33,839 Hari ini kita mungkin seorang ronin, tapi sekarang masanya sudah tiba. 285 00:52:33,840 --> 00:52:39,142 Apa yang saya cadangkan ini berakhir dalam kematian. 286 00:52:39,320 --> 00:52:42,019 Walaupun kita berjaya... 287 00:52:42,020 --> 00:52:46,105 ...kita akan digantung sebagai penjenayah... 288 00:52:46,131 --> 00:52:49,734 ...kerana melanggar perintah Shogun. 289 00:52:51,440 --> 00:52:54,979 Saya bersumpah di hadapan awak... 290 00:52:54,980 --> 00:53:00,079 ...saya tidak akan berehat sehinggalah keadilan ditegakkan... 291 00:53:00,080 --> 00:53:04,659 ...tidak akan tidur sehinggalah mahaguru kita bersemadi dengan aman... 292 00:53:04,660 --> 00:53:10,239 ...dan tidak akan berdoa melainkan untuk meminta pengampunan syurga... 293 00:53:10,300 --> 00:53:14,189 ...kerana menghantar Kira ke neraka! 294 00:53:26,880 --> 00:53:30,539 Cuma ada 2 jalan masuk. Pintu masuk utama di sini... 295 00:53:30,640 --> 00:53:35,479 ...dan jalan ini di bawah tembok barat. Kedua-duanya dikawal ketat. 296 00:53:35,480 --> 00:53:40,079 Kita perlu menyerang ketika Kira meninggalkan kawalan istananya. 297 00:53:40,080 --> 00:53:44,339 Dia akan pergi ke makam nenek moyangnya untuk berdoa. 298 00:53:44,340 --> 00:53:47,379 Kita tak tahu bila dia akan pergi. 299 00:53:47,380 --> 00:53:53,019 Isogai, awak pergi ke kota kuilnya dan dapatkan maklumat. 300 00:53:53,100 --> 00:53:56,119 Ingat, walaupun berdekatan dengan tempat suci... 301 00:53:56,120 --> 00:54:00,519 ...ada rumah pelacuran dan ramai pegawai bermulut celupar yang melawat. 302 00:54:00,520 --> 00:54:05,119 Walaupun kita tahu jalannya, kita perlukan ramai orang untuk serang hendap. 303 00:54:05,120 --> 00:54:08,859 Jadi, kita akan dapatkan mereka. Awak, Chuzaemon dan Okuda... 304 00:54:08,920 --> 00:54:13,019 ...akan kumpulkan bekas samurai kita seberapa banyak yang boleh... 305 00:54:13,020 --> 00:54:17,059 ...dan jumpa kami di rumah ladang tempat Horibe jumpa kita. 306 00:54:17,060 --> 00:54:22,159 Maafkan saya, tuan. Macam mana kita nak berjaya tanpa pedang yang bagus? 307 00:54:22,160 --> 00:54:24,439 Ambil pedang saya. 308 00:54:24,440 --> 00:54:29,440 Apabila kita berjumpa nanti, akan ada banyak pedang menanti awak. 309 00:54:29,520 --> 00:54:32,359 Yang selebihnya akan pergi ke Uetsu. 310 00:54:32,360 --> 00:54:35,899 Pembuat pedang terbaik di wilayah ini bekerja di sana. 311 00:54:35,900 --> 00:54:39,690 Kenapa lelaki kacukan itu ada di sini? 312 00:54:39,760 --> 00:54:43,939 Saya yang minta dia ke sini. - Kita tak boleh bawa dia bersama. 313 00:54:43,940 --> 00:54:46,741 Dia bukan samurai. 314 00:54:49,840 --> 00:54:55,105 Tiada siapa di kalangan kita merupakan seorang samurai lagi. 315 00:55:12,500 --> 00:55:16,600 {\an5}Uetsu Kampung Pembuat Pedang 316 00:55:51,920 --> 00:55:54,439 Siapa awak? 317 00:55:54,440 --> 00:55:59,959 Kami petani dari Shimobe, tuan. Kami datang untuk membeli peralatan. 318 00:55:59,960 --> 00:56:04,791 Sekarang, kampung ini adalah milik Raja Kira. 319 00:56:20,640 --> 00:56:24,907 Ini bukannya tangan petani. 320 00:56:55,220 --> 00:56:59,479 Ambil pedang dan apa saja yang boleh digunakan. 321 00:56:59,480 --> 00:57:05,684 Kita perlukan lebih banyak lagi. - Bantu dia. 322 00:57:13,800 --> 00:57:17,648 Makanlah, Tuan Puteri. 323 00:57:27,680 --> 00:57:31,239 Awak fikir saya peduli kalau awak kelaparan sekalipun? 324 00:57:31,240 --> 00:57:35,439 Tak lama lagi tuanku akan menjadi pemerintah seluruh Jepun... 325 00:57:35,440 --> 00:57:39,539 ...dan awak bolehlah ambil nyawa sendiri macam ayah awak. 326 00:57:39,540 --> 00:57:45,519 Awak yang bunuh ayah saya. - Bukankah awak yang kecewakan dia? 327 00:57:45,560 --> 00:57:50,211 Awak khianati dia dengan nafsu awak. 328 00:58:05,420 --> 00:58:10,779 Kita boleh pergi ke Hida. Mereka akan beri kita senjata. 329 00:58:10,780 --> 00:58:13,859 Awak takkan jumpa apa-apa di Hida. 330 00:58:13,860 --> 00:58:20,419 Orang-orang Kira dah kuasai seluruh daerah. Ada cara lain. 331 00:58:21,600 --> 00:58:25,639 Awak akan jumpa pedang di dalam Lautan Pokok. 332 00:58:25,640 --> 00:58:28,805 Hutan Tengu. 333 00:58:29,120 --> 00:58:35,639 Itu cuma mitos. - Saya pernah melihatnya. 334 00:58:54,000 --> 00:58:58,099 Macam mana awak tahu tentang Hutan Tengu? 335 00:58:58,100 --> 00:59:02,979 Saya dibesarkan di sana sebelum saya lari ke Ako. 336 00:59:02,980 --> 00:59:08,779 Parut di kepala awak. Adakah mereka yang menanda awak? 337 00:59:08,800 --> 00:59:12,159 Ya. - Dan mengajar awak cara berlawan? 338 00:59:12,200 --> 00:59:16,379 Untuk membunuh. Mereka ada banyak cara pelik dan ajaib... 339 00:59:16,440 --> 00:59:20,342 ...untuk melindungi diri dan kepercayaan mereka. 340 00:59:20,440 --> 00:59:26,040 Mereka mahu tunjukkan pada saya yang hidup ini cuma menawarkan kematian. 341 00:59:26,400 --> 00:59:31,639 Mereka mahu saya jadi seperti mereka dan meninggalkan duniawi. 342 00:59:31,640 --> 00:59:36,159 Saya bersumpah tak akan guna kuasa ajaib yang mereka ajar. 343 00:59:36,160 --> 00:59:41,948 Walaupun ketika kanak-kanak, saya tahu tempat saya di kalangan manusia. 344 00:59:41,960 --> 00:59:47,526 Dan awak rasa Tengu akan beri kita senjata? 345 00:59:48,720 --> 00:59:52,763 Mereka akan menguji keazaman kita. 346 01:00:11,840 --> 01:00:14,999 Isteri saya tak habis-habis berleter. 347 01:00:15,000 --> 01:00:19,339 Dia mahu saya carikan dia kedudukan terbaik untuk lihat perarakan Kira. 348 01:00:19,340 --> 01:00:22,239 Perarakan? Perarakan apa? 349 01:00:22,240 --> 01:00:27,039 Tiada siapa tahu bila Kira akan tinggalkan istananya, termasuk pengawalnya. 350 01:00:27,040 --> 01:00:31,571 Kita akan bergegas pulang sebelum sesiapa terjaga. 351 01:00:39,920 --> 01:00:43,979 Siapa nama awak? - Yuki. 352 01:00:44,040 --> 01:00:48,366 Dari mana asal awal, Yuki? 353 01:01:02,960 --> 01:01:06,888 Awak dah kembali. 354 01:01:10,320 --> 01:01:13,565 Kita sesat? 355 01:01:13,920 --> 01:01:19,042 Tidak. Mereka tahu kita di sini. 356 01:01:20,600 --> 01:01:23,719 Bunyi apa tu? - Hantu. 357 01:01:23,760 --> 01:01:29,804 Roh lama dan lemah yang ditinggalkan di sini untuk mati. 358 01:01:30,760 --> 01:01:35,228 Dan juga anak-anak tidak dikehendaki. 359 01:02:06,800 --> 01:02:10,365 Cuma awak. 360 01:02:10,720 --> 01:02:15,039 Saya ikut. - Jangan. 361 01:02:16,000 --> 01:02:22,047 Turuti apa yang dia cakap. Tunggu di sini. 362 01:02:47,680 --> 01:02:52,519 Walau apapun yang berlaku dan apa yang awak nampak... 363 01:02:52,520 --> 01:02:56,349 ...jangan keluarkan pedang awak. 364 01:03:13,960 --> 01:03:17,000 Tunggu di sini. 365 01:03:24,640 --> 01:03:29,239 Macam mana kita nak tahu lelaki kacukan tu tak bawa dia dalam perangkap? 366 01:03:29,240 --> 01:03:35,879 Oishi percayakan dia. - Memanglah, dia tiada pilihan. Kita perlukan senjata. 367 01:03:36,920 --> 01:03:44,741 Kalau dia tak kembali dengan segera, saya akan cari dia. 368 01:04:18,600 --> 01:04:23,927 Jadi, budak yang ketakutan kembali sebagai seorang lelaki. 369 01:04:24,320 --> 01:04:29,819 Saya datang untuk minta bantuan awak. Kami perlukan pedang. 370 01:04:29,880 --> 01:04:33,270 Ambillah. 371 01:04:34,440 --> 01:04:39,879 Pedang-pedang ini ditempat untuk pertahankan kami dari kebencian manusia. 372 01:04:39,880 --> 01:04:44,659 Manusia yang menganiaya kami kerana kepercayaan kami. 373 01:04:44,660 --> 01:04:49,742 Manusia sama yang menghina awak kerana berbeza. 374 01:04:49,840 --> 01:04:54,939 Dan sekarang awak ke sini untuk bantu mereka. - Mereka orang baik. 375 01:04:55,000 --> 01:04:58,490 Mereka cuma mahukan keadilan. 376 01:04:58,540 --> 01:05:05,959 Ramai yang datang untuk pedang kami, tapi tiada yang kembali. 377 01:05:06,080 --> 01:05:10,879 Awak suruh dia supaya jangan keluarkan pedangnya. 378 01:05:10,880 --> 01:05:18,459 Kalau dia lakukannya, dia dan orang-orangnya akan mati. 379 01:05:20,080 --> 01:05:25,159 Ia berbaloi? Apa yang awak jumpa di dunia luar? 380 01:05:25,160 --> 01:05:32,119 Cinta seorang wanita yang takkan awak miliki? - Ya. 381 01:05:33,660 --> 01:05:37,179 Biar saya ceritakan sebuah kisah cinta, Kai. 382 01:05:37,180 --> 01:05:42,519 Cinta pada satu malam yang membawa awak ke dunia ini. 383 01:05:42,520 --> 01:05:47,919 Seorang pelayar Inggeris dan seorang gadis petani. 384 01:05:47,920 --> 01:05:53,459 Ibu awak yang penyayang meninggalkan awak supaya mati dalam hutan ini. 385 01:05:53,460 --> 01:05:58,079 Raksasa, anak kacukan. 386 01:05:58,080 --> 01:06:01,759 Kami jumpa awak... 387 01:06:01,760 --> 01:06:05,840 ...menerima awak dan melatih awak. 388 01:06:06,760 --> 01:06:11,799 Kami mengajar awak banyak perkara. Tapi awak lari... 389 01:06:11,820 --> 01:06:17,339 ...dan awak menolak semua anugerah itu. - Anugerah kematian. 390 01:06:17,400 --> 01:06:20,979 Walau apa yang awak lakukan... 391 01:06:20,980 --> 01:06:25,523 ...Mika tidak akan menjadi milik awak dalam kehidupan ini. 392 01:06:25,600 --> 01:06:31,671 Jadi, saya akan mati dan berdoa agar saya temui dia dalam kehidupan seterusnya. 393 01:06:32,240 --> 01:06:35,041 Tuan? 394 01:06:39,920 --> 01:06:45,839 Apa yang awak buat di sini? Saya suruh awak tunggu. 395 01:06:52,360 --> 01:06:55,764 Jangan, Yasuno! 396 01:07:03,760 --> 01:07:07,403 Keluarkan pedang awak. 397 01:07:10,360 --> 01:07:12,679 Selamatkan mereka 398 01:07:12,680 --> 01:07:16,050 Keluarkan pedang awak. 399 01:07:16,640 --> 01:07:19,771 Selamatkan mereka. 400 01:07:20,960 --> 01:07:23,886 Keluarkan pedang awak. 401 01:07:26,160 --> 01:07:29,321 Selamatkan orang-orang awak! 402 01:07:33,240 --> 01:07:36,159 Berhenti bercakap. 403 01:07:36,160 --> 01:07:40,039 Awak akan beri saya apa yang saya minta? 404 01:07:40,040 --> 01:07:46,119 Ambil pedang itu, Kai. Kalau awak boleh mencapainya sebelum saya. 405 01:07:47,520 --> 01:07:52,046 Selamatkan orang awak. Tolong mereka. 406 01:08:00,040 --> 01:08:04,108 Keluarkan pedang awak, Oishi. 407 01:08:06,200 --> 01:08:09,701 Selamatkan mereka. 408 01:08:14,080 --> 01:08:16,881 Chikara! 409 01:08:26,280 --> 01:08:31,070 Anugerah yang masih belum dilupakan. 410 01:08:49,000 --> 01:08:54,179 Awak dah lulus ujian mereka. Orang-orang awak selamat. 411 01:08:54,200 --> 01:08:58,289 Awak dah dapat pedang awak. 412 01:09:09,260 --> 01:09:13,119 Apa yang istimewa sangat dengan pedang ni? 413 01:09:13,120 --> 01:09:17,919 Apa kemampuannya? - Bergantung. 414 01:09:17,960 --> 01:09:23,019 Pada apa? - Pemakainya. 415 01:09:23,100 --> 01:09:31,142 Macam mana dengan lelaki yang tinggi, kuat dan berani macam saya? 416 01:09:36,160 --> 01:09:39,705 Ia memotong. 417 01:09:54,800 --> 01:09:58,409 Rasanya pedang saya dah rosak. 418 01:10:21,640 --> 01:10:27,739 Pedang tuan. - Awak simpanlah, Hazama. Saya dah cakap akan bawa yang lain. 419 01:10:40,080 --> 01:10:43,259 Saya dah dapat maklumat yang tuan minta. 420 01:10:43,260 --> 01:10:48,269 Raja Kira akan pergi ke makam nenek moyangnya malam ini. 421 01:10:48,320 --> 01:10:52,419 Syabas. Mari, Isogai. Kumpulkan orang. 422 01:10:52,480 --> 01:10:55,566 Ayah. 423 01:10:55,760 --> 01:10:59,799 Saya nak ikut. - Tak boleh. 424 01:10:59,820 --> 01:11:03,622 Horibe, tunggu bersama dia. 425 01:11:33,900 --> 01:11:37,911 Saya akan ke makam nenek moyang saya untuk berterima kasih... 426 01:11:37,937 --> 01:11:41,944 ...atas perkahwinan kita. Awak mahu saya doakan apa-apa? 427 01:11:42,000 --> 01:11:46,059 Tuanku takkan menyukai jawapan saya. 428 01:11:46,060 --> 01:11:49,159 Mungkin awak bencikan saya, Tuan Puteri... 429 01:11:49,160 --> 01:11:54,681 ...tapi anak kita dan anak mereka akan menjadi satu darah. 430 01:12:16,760 --> 01:12:20,650 Jaga diri, Hazama. 431 01:12:46,600 --> 01:12:49,811 Maaf. 432 01:12:51,600 --> 01:12:54,799 Ini perangkap! Pergi! 433 01:12:54,800 --> 01:12:58,639 Berundur! Berundur! 434 01:12:58,640 --> 01:13:01,687 Keluar! 435 01:13:16,800 --> 01:13:19,601 Yasuno! 436 01:13:19,720 --> 01:13:22,521 Yasuno! 437 01:13:37,240 --> 01:13:40,679 Oishi, tolong saya! Basho. 438 01:13:40,680 --> 01:13:43,561 Hazama! 439 01:13:51,200 --> 01:13:54,601 Tidak! - Oishi! 440 01:14:29,400 --> 01:14:34,431 Ini milik Oishi, Tuanku. 441 01:14:47,160 --> 01:14:52,328 Kekasih kacukan awak dah mati. 442 01:14:55,320 --> 01:15:00,349 Begitu juga orang-orang ayah awak. 443 01:15:00,420 --> 01:15:06,179 Semuanya terbunuh semasa cuba selamatkan awak. 444 01:15:08,600 --> 01:15:17,299 Saya harap sekarang awak faham nilai cinta awak. 445 01:15:21,440 --> 01:15:25,481 Saya dah berjanji pada tuanku... 446 01:15:25,640 --> 01:15:33,659 ...saya tak akan cederakan awak, walaupun sehelai rambut di kepala awak. 447 01:15:38,120 --> 01:15:43,159 Tapi apa yang awak buat pada diri sendiri... 448 01:15:43,160 --> 01:15:48,164 ...bukan urusan saya. 449 01:16:04,800 --> 01:16:08,850 Selamat malam. 450 01:16:58,600 --> 01:17:00,959 Kai. 451 01:17:00,960 --> 01:17:05,279 Saya nak buat pengakuan. 452 01:17:05,280 --> 01:17:08,259 Semasa saya kanak-kanak... 453 01:17:08,260 --> 01:17:13,779 ...saya suka menunggu dalam hutan di luar pondok awak... 454 01:17:13,780 --> 01:17:20,319 ...dan ketika awak keluar, saya baling batu pada awak... 455 01:17:20,320 --> 01:17:24,168 ...dan menyorok. 456 01:17:26,040 --> 01:17:28,879 Saya tahu itu awak. 457 01:17:28,880 --> 01:17:34,409 Saya nampak perut awak terjojol keluar dari belakang pokok. 458 01:17:43,520 --> 01:17:49,879 Saya minta maaf, Kai. Awak orang baik. 459 01:18:16,320 --> 01:18:21,799 Saya sepatutnya bertindak pada hari Raja Asano mati. 460 01:18:21,800 --> 01:18:26,410 Kemarahan kami sepatutnya tidak lama dan cepat. 461 01:18:26,600 --> 01:18:31,380 Walau kita tewas sekalipun... 462 01:18:32,280 --> 01:18:36,362 ...kita tewas dengan bermaruah. 463 01:18:47,400 --> 01:18:50,990 Awak adalah samurai. 464 01:18:52,120 --> 01:18:56,279 Kita masih ada pedang dan kelebihan. 465 01:18:56,280 --> 01:18:59,799 Kira fikir kita dah mati. 466 01:18:59,800 --> 01:19:04,599 Kita boleh gunakan itu sebagai kelebihan kita. 467 01:19:08,080 --> 01:19:13,084 Kita masih mampu melaksanakan tujuan kita. 468 01:19:34,680 --> 01:19:37,706 Makanlah. 469 01:19:38,040 --> 01:19:41,849 Tangan awak? - Tak apa-apa. 470 01:19:56,360 --> 01:19:59,407 Panggil ayah awak. 471 01:20:14,960 --> 01:20:18,041 Jangan bergerak! 472 01:20:20,000 --> 01:20:21,599 Apa yang berlaku? 473 01:20:21,600 --> 01:20:26,079 Kami bukan rombongan kampung yang boleh ditahan penjahat. 474 01:20:26,080 --> 01:20:31,119 Raja Kira mengupah kami untuk buat persembahan di majlis perkahwinannya. 475 01:20:31,120 --> 01:20:35,299 Saya ada surat dan keizinan sebagai buktinya. - Tak perlu. 476 01:20:35,320 --> 01:20:39,888 Kami pernah lihat awak buat persembahan di Ako. 477 01:20:40,800 --> 01:20:44,882 Awak orang Raja Asano. 478 01:20:45,040 --> 01:20:48,710 Kami perlukan bantuan awak. 479 01:20:52,400 --> 01:20:55,201 Kai. 480 01:21:02,200 --> 01:21:05,866 Maafkan saya kerana tak berterima kasih pada awak... 481 01:21:05,892 --> 01:21:10,084 ...sebab kalahkan binatang tu dan selamatkan nyawa saya. 482 01:21:10,360 --> 01:21:16,021 Seorang samurai tidak menerima pujian atas kejayaan orang lain. 483 01:21:21,000 --> 01:21:24,565 Ini milik Basho. 484 01:21:25,560 --> 01:21:30,570 Seorang samurai menggunakan dua pedang. 485 01:21:37,660 --> 01:21:41,499 Apabila jenayah terlepas tanpa hukuman... 486 01:21:41,500 --> 01:21:46,579 ...dunia menjadi tidak seimbang. Apabila kesalahan tak dibalas... 487 01:21:46,620 --> 01:21:50,839 ...syurga memandang kita dengan rasa malu. 488 01:21:50,840 --> 01:21:57,070 Kita juga harus mati untuk menamatkan kitaran dendam ini. 489 01:22:01,920 --> 01:22:06,499 Kita akan tinggalkan rekod keberanian kita ini... 490 01:22:06,500 --> 01:22:13,003 ...supaya nanti dunia tahu siapa kita dan apa yang kita lakukan. 491 01:22:19,960 --> 01:22:25,539 Malam ni, kita akan dapatkan semula maruah kita... 492 01:22:25,540 --> 01:22:30,181 ...dan membalas dendam demi raja kita. 493 01:22:31,640 --> 01:22:35,719 Tiada siapa tahu berapa lama lagi dia hidup... 494 01:22:35,720 --> 01:22:39,439 ...atau bila ajalnya akan tiba. 495 01:22:39,440 --> 01:22:44,979 Tapi lambat laun apa yang tinggal dari kehidupan singkat kita... 496 01:22:44,980 --> 01:22:52,046 ...adalah kebanggaan anak-anak kita ketika mereka menyebut nama kita. 497 01:23:00,320 --> 01:23:03,121 Kai. 498 01:23:33,720 --> 01:23:37,606 Kita tamatkan semuanya sekarang. 499 01:23:47,680 --> 01:23:54,299 Sekarang, kita seramai 47 orang. 500 01:24:03,000 --> 01:24:06,501 Apa yang awak nampak? 501 01:24:07,080 --> 01:24:12,599 Petanda baik. Tak lama lagi awak akan mengembara jauh. 502 01:24:12,600 --> 01:24:19,128 Di setiap kota dan kampung, semua orang akan tunduk pada awak. 503 01:24:27,160 --> 01:24:30,041 Berhenti! 504 01:24:52,320 --> 01:24:55,821 Benarkan mereka lalu. 505 01:26:12,800 --> 01:26:16,045 Lima minit! 506 01:26:37,880 --> 01:26:43,139 Raja Kira, dengan bangganya kami mempersembahkan pada awak... 507 01:26:43,140 --> 01:26:48,103 ...persembahan kami sebagai hadiah perkahwinan awak. 508 01:30:16,000 --> 01:30:19,684 Jangan cederakan tuan puteri! 509 01:30:31,680 --> 01:30:34,481 Kai! 510 01:31:02,920 --> 01:31:06,126 Bunuh mereka! 511 01:31:51,040 --> 01:31:54,251 Tunggu di sini! 512 01:33:13,680 --> 01:33:16,159 Saya dah agak awak akan datang untuk saya. 513 01:33:16,160 --> 01:33:20,327 Tiada apa yang dapat pisahkan saya daripada awak. 514 01:33:39,280 --> 01:33:43,199 Tiada apa, si kacukan? 515 01:33:43,200 --> 01:33:46,939 Malah maut sekalipun? - Saya tahu awak ni siapa. 516 01:33:46,960 --> 01:33:52,079 Awak tak tahu. - Saya tak takut dengan awak. 517 01:33:52,120 --> 01:33:55,410 Awak patut takut. 518 01:35:27,680 --> 01:35:30,561 Marilah. 519 01:36:15,080 --> 01:36:21,204 Sekarang awak tahu betapa dalamnya keberanian tuanku. 520 01:37:46,960 --> 01:37:51,650 Dengan nama Raja Asano wilayah Ako! 521 01:38:09,960 --> 01:38:13,444 Demi Raja Asano! 522 01:40:05,640 --> 01:40:08,646 Chikara. 523 01:40:48,000 --> 01:40:51,719 Berehatlah, Tuanku. 524 01:40:51,720 --> 01:40:55,529 Dendam tuanku sudah terbalas. 525 01:41:01,560 --> 01:41:07,419 Oishi, saya dah melarang awak membalas dendam. 526 01:41:08,480 --> 01:41:12,282 Ampunkan saya, Yang Mulia... 527 01:41:12,480 --> 01:41:18,079 ...tapi seorang lelaki tak mungkin hidup di bawah langit yang sama... 528 01:41:18,080 --> 01:41:22,201 ...dengan pembunuh rajanya. 529 01:41:24,040 --> 01:41:29,519 Saya cuma minta penghormatan untuk orang-orang saya. 530 01:41:29,520 --> 01:41:33,846 Mereka berani, Tuanku. 531 01:41:34,120 --> 01:41:37,910 Yang paling berani pernah saya kenal. 532 01:41:41,040 --> 01:41:44,359 Saya merayu untuk tuanku benarkan mereka mati... 533 01:41:44,360 --> 01:41:47,924 ...dengan maruah yang layak mereka miliki. 534 01:41:53,840 --> 01:41:57,847 Atas kesalahan ingkar pada arahan... 535 01:41:57,880 --> 01:42:03,321 ...awak semua sepatutnya dihukum mati sebagai penjenayah. 536 01:42:04,040 --> 01:42:10,499 Tetapi awak dan orang-orang awak mengikut haluan lama Bushido... 537 01:42:10,560 --> 01:42:16,159 ...demi menghormati raja awak dan membalas dendam pada pengkhianat. 538 01:42:22,320 --> 01:42:27,091 Saya hanya nampak samurai di hadapan saya. 539 01:42:27,120 --> 01:42:34,359 Saya tunaikan kematian samurai awak dikebumikan di samping raja awak... 540 01:42:34,360 --> 01:42:43,319 ...dengan bermaruah. - Terima kasih, Yang Amat Mulia. 541 01:43:01,760 --> 01:43:06,445 Tuan Puteri Asano sama seperti ayahnya. 542 01:43:08,760 --> 01:43:14,485 Dia akan memartabatkan Ako semula. 543 01:43:15,560 --> 01:43:21,007 Ya, saya tahu. 544 01:43:57,000 --> 01:44:01,059 Ayah saya pernah beritahu saya... 545 01:44:01,060 --> 01:44:06,367 ...dunia ini hanya persediaan untuk kehidupan seterusnya... 546 01:44:06,460 --> 01:44:11,519 ...yang kita hanya boleh berharap supaya kita mencintai... 547 01:44:11,520 --> 01:44:14,765 ...dan dicintai. 548 01:44:17,560 --> 01:44:22,519 Saya akan mencari awak melalui 1,000 dunia... 549 01:44:22,520 --> 01:44:28,061 ...dan 10,000 kehidupan sehinggalah saya jumpa awak. 550 01:44:29,200 --> 01:44:33,685 Saya akan menanti awak sepanjang kehidupan itu. 551 01:45:24,080 --> 01:45:27,120 Tunggu! 552 01:45:28,560 --> 01:45:32,499 Chikara, anak Oishi... 553 01:45:32,560 --> 01:45:36,203 ...mari sini. 554 01:45:53,680 --> 01:46:01,599 Oishi, saya tak akan menghapuskan keturunan awak di negara kita. 555 01:46:01,600 --> 01:46:08,059 Anak awak perlu hidup bagi berkhidmat untuk Ako... 556 01:46:08,160 --> 01:46:13,166 ...sama seperti yang awak dan samurai awak telah lakukan. 557 01:47:29,200 --> 01:47:34,739 Saya akan mencari awak melalui 1,000 dunia... 558 01:47:34,740 --> 01:47:42,191 ...dan 10,000 kehidupan sehinggalah saya jumpa awak. 559 01:48:10,880 --> 01:48:14,486 Memori 47 Ronin yang mengutamakan tugas dan keadilan... 560 01:48:14,512 --> 01:48:17,944 ...serta menolak ketakutan atas kematian mereka... 561 01:48:17,980 --> 01:48:20,079 ...bertahan selama berabad-abad... 562 01:48:20,080 --> 01:48:23,959 ...sebagai salah satu contoh maruah dan kesetiaan terhebat... 563 01:48:23,960 --> 01:48:26,510 ...dalam budaya Jepun. 564 01:48:26,535 --> 01:48:41,535 Sarikata Oleh: Amirul Hisham (Santiago)