1
00:03:58,865 --> 00:04:00,450
Awak dibesarkan di zoo?
2
00:04:00,617 --> 00:04:01,826
Dilahirkan dan dibesarkan.
3
00:04:01,993 --> 00:04:05,455
Di Pondicherry, ia kawasan
pemerintahan Perancis di India.
4
00:04:05,622 --> 00:04:07,498
Ayah saya pemilik zoo itu
5
00:04:07,665 --> 00:04:10,960
dan kelahiran saya yang mengejut
disambut oleh seorang ahli herpetologi
6
00:04:11,127 --> 00:04:14,631
yang berada di situ
untuk memeriksa biawak benggala.
7
00:04:15,214 --> 00:04:17,175
Saya dan mak saya selamat,
8
00:04:17,342 --> 00:04:18,968
tapi biawak itu berjaya melarikan diri
9
00:04:19,135 --> 00:04:22,180
dan dipijak oleh
seekor burung kasuari yang ketakutan.
10
00:04:24,432 --> 00:04:26,643
Itulah karma.
11
00:04:27,143 --> 00:04:29,187
Ia ketetapan Tuhan.
12
00:04:29,979 --> 00:04:31,898
Ia kisah yang menarik.
13
00:04:32,357 --> 00:04:35,276
Daripada nama awak, saya fikir
ayah awak seorang pakar matematik.
14
00:04:35,443 --> 00:04:38,529
Langsung tidak, saya dinamakan
sempena nama sebuah kolam renang.
15
00:04:39,364 --> 00:04:41,532
Ada kolam renang yang bernama "Pi"?
16
00:04:43,034 --> 00:04:47,413
Semasa dilahirkan,
peparu Pak Cik Francis saya dipenuhi air.
17
00:04:47,747 --> 00:04:52,043
Orang kata, doktor pegang buku lalinya
dan ayunkan dia supaya air keluar
18
00:04:52,210 --> 00:04:54,879
dan sebab itulah dadanya besar
dan kakinya kurus
19
00:04:55,046 --> 00:04:57,298
dan itu membuatkan dia pandai berenang.
20
00:04:58,257 --> 00:05:01,803
Adakah Francis benar-benar pak cik awak?
Dia kata dia berkawan dengan ayah awak.
21
00:05:01,970 --> 00:05:04,973
Saya anggap dia sebagai pak cik.
Saya panggil dia Mamaji.
22
00:05:05,139 --> 00:05:07,934
Dia kawan karib ayah saya
dan guru renang saya.
23
00:05:08,267 --> 00:05:11,688
Saya berlatih dengan dia tiga kali seminggu
di kolam renang.
24
00:05:11,854 --> 00:05:14,899
Apa yang dia ajar
menyelamatkan nyawa saya.
25
00:05:15,566 --> 00:05:20,071
Seteguk air tak membahayakan,
tapi panik amat bahaya.
26
00:05:21,406 --> 00:05:24,575
Jangan lupa untuk bernafas,
jangan tahan nafas.
27
00:05:24,951 --> 00:05:26,411
Bagus.
28
00:05:29,831 --> 00:05:31,582
Saya harap
awak tak kisah makanan vegetarian.
29
00:05:31,749 --> 00:05:34,085
Tak apa. Saya tak kisah langsung.
30
00:05:34,252 --> 00:05:35,670
Bagaimana dengan nama awak?
31
00:05:36,629 --> 00:05:39,382
Tadi awak nak ceritakan
bagaimana awak dapat nama awak.
32
00:05:39,549 --> 00:05:43,553
Oh, ya. Saya dinamakan sempena sesuatu
yang Mamaji ceritakan kepada ayah saya.
33
00:05:43,720 --> 00:05:47,140
Kebanyakan orang yang mengembara
suka kumpul poskad atau cawan teh
34
00:05:47,306 --> 00:05:48,307
tapi Mamaji berbeza.
35
00:05:48,474 --> 00:05:50,518
Mamaji suka kumpul kolam renang.
36
00:05:50,685 --> 00:05:53,438
Dia akan berenang
di setiap kolam yang dia jumpa.
37
00:06:01,654 --> 00:06:05,408
Pada satu hari, Mamaji beritahu ayah saya
yang antara semua kolam di dunia
38
00:06:05,575 --> 00:06:08,870
kolam yang paling indah
ialah sebuah kolam renang awam di Paris.
39
00:06:09,037 --> 00:06:12,957
Airnya sungguh jernih, hinggakan awak
boleh gunakan ia untuk buat kopi.
40
00:06:13,124 --> 00:06:16,461
Katanya, pengalamannya berenang di situ
mengubah hidupnya.
41
00:06:30,224 --> 00:06:32,101
Sebelum saya dilahirkan, dia kata,
42
00:06:32,268 --> 00:06:34,854
"Jika awak nak anak awak
mempunyai hati yang bersih
43
00:06:35,021 --> 00:06:39,400
"satu hari nanti, awak perlu
bawa dia berenang di Piscine Molitor."
44
00:06:39,567 --> 00:06:43,404
Saya tak faham kenapa ayah saya
ambil serius kata-kata itu.
45
00:06:44,113 --> 00:06:49,118
Tapi dia tak main-main,
dan saya dinamakan "Piscine Molitor Patel."
46
00:06:49,952 --> 00:06:52,330
Bayangkanlah bagaimana
saya cuba nak menerangkan nama saya.
47
00:06:52,497 --> 00:06:55,166
Saya belum pun berusia 11 tahun sebelum...
48
00:06:55,333 --> 00:06:57,376
Hei, Piscine!
49
00:06:58,294 --> 00:07:01,172
Awak sedang kencing?
50
00:07:01,798 --> 00:07:03,341
Tengoklah dia, dia kencing!
51
00:07:03,508 --> 00:07:07,678
Dengan satu perkataan, nama saya yang
berasal daripada kolam yang elegan menjadi
52
00:07:07,845 --> 00:07:09,597
tandas India yang busuk.
53
00:07:09,722 --> 00:07:11,641
Saya sering dipanggil begitu.
54
00:07:11,808 --> 00:07:14,435
Jangan kencing di kawasan sekolah!
55
00:07:15,853 --> 00:07:17,647
Malah cikgu-cikgu pun mula buat begitu.
56
00:07:17,814 --> 00:07:19,107
Sudah tentu, tanpa disengajakan.
57
00:07:19,273 --> 00:07:23,194
Apa akan terjadi jika kita keluarkan angin
dengan terlalu cepat?
58
00:07:23,361 --> 00:07:24,487
Terkencing?
59
00:07:25,363 --> 00:07:27,198
Dia kata "Terkencing."
60
00:07:32,620 --> 00:07:35,498
Cukup! Diam! Diam!
61
00:07:35,957 --> 00:07:40,044
Apabila kami kembali ke sekolah
pada tahun seterusnya, saya dah bersedia.
62
00:07:40,211 --> 00:07:41,462
Ya, cikgu.
63
00:07:41,963 --> 00:07:44,090
Piscine Patel.
64
00:07:49,470 --> 00:07:53,015
Selamat pagi, saya Piscine Molitor Patel.
65
00:07:53,599 --> 00:07:55,184
Saya dikenali sebagai
66
00:07:56,519 --> 00:07:59,647
Pi, huruf keenam belas dalam abjad Yunani
67
00:07:59,814 --> 00:08:03,484
yang turut juga digunakan
dalam matematik untuk mewakili nisbah
68
00:08:03,651 --> 00:08:07,155
ukurlilit bulatan dengan diameternya.
69
00:08:07,321 --> 00:08:11,617
Ia nombor tak nisbah tak terhingga
yang sering dibundarkan kepada tiga digit
70
00:08:11,784 --> 00:08:16,414
menjadi 3.14.
71
00:08:17,039 --> 00:08:19,000
Pi.
72
00:08:20,001 --> 00:08:24,505
Amat mengagumkan, Pi.
Sekarang, pergi duduk.
73
00:08:28,134 --> 00:08:29,719
Jadi sejak itu, awak dikenali sebagai "Pi"?
74
00:08:30,303 --> 00:08:32,430
Tak juga.
75
00:08:32,889 --> 00:08:35,349
Cubaan yang baik, Terkencing.
76
00:08:36,350 --> 00:08:38,644
Tapi hari saya baru bermula.
77
00:08:38,811 --> 00:08:40,396
Selepas itu ada kelas bahasa Perancis.
78
00:08:46,777 --> 00:08:48,279
Kemudian, geografi.
79
00:08:48,446 --> 00:08:52,074
Ini adalah pi dengan 20 tempat perpuluhan.
80
00:08:52,241 --> 00:08:55,244
Kelas terakhir saya pada hari itu
ialah kelas matematik.
81
00:08:55,786 --> 00:08:59,832
Jalan perlahan-lahan.
82
00:09:04,337 --> 00:09:11,260
Tiga. Tujuh. Lima. Lapan. Sembilan.
83
00:09:11,427 --> 00:09:16,057
Lapan. Lima. Lapan. Sembilan.
84
00:09:16,224 --> 00:09:19,060
Betul. Dia benar-benar melakukannya.
85
00:09:19,227 --> 00:09:22,688
Pi! Pi! Pi!
86
00:09:22,855 --> 00:09:27,735
Apabila sekolah berakhir hari itu,
saya terkenal di sekolah sebagai Pi Patel.
87
00:09:29,654 --> 00:09:32,448
Mamaji kata awak juga terkenal
di kalangan pelaut.
88
00:09:32,615 --> 00:09:33,824
Seorang diri, di luar sana.
89
00:09:33,991 --> 00:09:36,160
Saya langsung tak tahu
bagaimana nak belayar.
90
00:09:36,327 --> 00:09:39,413
Saya tak berseorangan di sana,
Richard Parker ada bersama saya.
91
00:09:40,456 --> 00:09:42,333
Richard Parker?
92
00:09:42,500 --> 00:09:44,001
Nampaknya Mamaji tak beritahu
segala-galanya.
93
00:09:44,168 --> 00:09:47,004
Dia cuma suruh saya cari awak
apabila saya kembali ke Montreal.
94
00:09:47,171 --> 00:09:49,006
Jadi apa yang awak buat di Pondicherry?
95
00:09:50,383 --> 00:09:52,260
Menulis sebuah novel.
96
00:09:52,426 --> 00:09:54,262
Saya suka buku pertama awak.
97
00:09:55,179 --> 00:09:56,973
Jadi kisah buku yang baru ini
berlaku di India?
98
00:09:57,139 --> 00:10:00,601
Tidak, di Portugal sebenarnya.
Tapi kos hidup di India lebih murah.
99
00:10:02,561 --> 00:10:05,439
Saya tak sabar nak membacanya.
100
00:10:05,523 --> 00:10:06,565
Tak boleh.
101
00:10:07,358 --> 00:10:08,985
Saya dah buang.
102
00:10:09,068 --> 00:10:10,861
Saya cuba menulisnya selama dua tahun
103
00:10:10,987 --> 00:10:14,907
dan pada satu hari, ia berdetus,
tersedak-sedak lalu mati.
104
00:10:16,242 --> 00:10:17,618
Saya bersimpati.
105
00:10:19,036 --> 00:10:24,000
Semasa saya sedang meratapi kehilangannya
di sebuah kedai kopi di Pondicherry,
106
00:10:24,083 --> 00:10:28,087
seorang lelaki tua di meja sebelah
tegur saya.
107
00:10:28,170 --> 00:10:29,922
Ya, Mamaji selalu buat begitu.
108
00:10:30,047 --> 00:10:31,882
Apabila saya ceritakan
tentang buku itu, dia kata,
109
00:10:32,049 --> 00:10:35,970
"Awak warga Kanada datang ke kawasan
Perancis di India untuk mencari cerita.
110
00:10:36,137 --> 00:10:39,223
"Kawan, saya kenal seorang bangsa India
di kawasan Perancis di Kanada
111
00:10:39,390 --> 00:10:42,184
"yang ada kisah yang amat luar biasa.
112
00:10:42,351 --> 00:10:46,522
"Takdir menentukan
yang awak berdua patut berjumpa."
113
00:10:49,650 --> 00:10:53,070
Dah lama saya tak bercerita
tentang Richard Parker.
114
00:10:53,237 --> 00:10:55,865
Apa yang Mamaji dah ceritakan
kepada awak?
115
00:10:56,032 --> 00:10:59,618
Katanya, awak ada cerita yang boleh
membuatkan saya percaya kepada Tuhan.
116
00:11:00,578 --> 00:11:03,247
Dia juga kata begitu
tentang makanan yang sedap.
117
00:11:04,665 --> 00:11:07,251
Tentang Tuhan pula,
saya cuma boleh ceritakan kisah saya.
118
00:11:08,669 --> 00:11:11,005
Awak tentukan sendiri
apa yang awak nak percaya.
119
00:11:11,172 --> 00:11:12,923
Baiklah.
120
00:11:13,632 --> 00:11:15,968
Kalau begitu, baiklah.
Di mana saya nak mulakan?
121
00:11:16,969 --> 00:11:21,265
Pondicherry adalah kawasan yang mewah
di India.
122
00:11:25,311 --> 00:11:30,149
Jalan yang berhampiran laut akan buat
awak rasa seperti di selatan Perancis.
123
00:11:32,943 --> 00:11:35,696
Beberapa blok ke arah daratan,
ada sebuah terusan.
124
00:11:35,863 --> 00:11:38,240
Tak jauh dari situ,
terletak kawasan orang India.
125
00:11:39,200 --> 00:11:42,787
Dan di sebelah baratnya,
terletak kawasan penduduk Muslim.
126
00:11:42,953 --> 00:11:46,415
Ketika Perancis memulangkan Pondicherry
kepada kami pada tahun 1954,
127
00:11:46,582 --> 00:11:50,044
penduduknya memutuskan untuk
membangunkan satu binaan peringatan.
128
00:11:50,461 --> 00:11:54,090
Ayah saya, seorang ahli perniagaan
yang bijak, beri satu idea.
129
00:11:54,256 --> 00:11:57,676
Dia menguruskan sebuah hotel,
dan dapat idea untuk buka sebuah zoo
130
00:11:57,843 --> 00:12:00,638
di taman botani tempatan.
131
00:12:02,890 --> 00:12:06,977
Kebetulan pula, mak saya
seorang ahli botani di taman itu.
132
00:12:07,144 --> 00:12:11,857
Mereka bertemu, berkahwin dan setahun
selepas itu, abang saya, Ravi dilahirkan.
133
00:12:12,024 --> 00:12:14,193
Saya dilahirkan dua tahun selepas itu.
134
00:12:14,944 --> 00:12:18,364
Ia kedengaran sangat indah, membesar di...
135
00:12:24,078 --> 00:12:25,496
Amin.
136
00:12:26,247 --> 00:12:28,082
Ya, mari kita makan.
137
00:12:28,416 --> 00:12:30,084
Saya tak tahu pun orang Hindu kata, "amin."
138
00:12:30,251 --> 00:12:31,627
Orang Katolik beragama Hindu buat begitu.
139
00:12:31,836 --> 00:12:32,920
Orang Katolik beragama Hindu?
140
00:12:33,003 --> 00:12:37,007
Kami rasa bersalah dengan beratus-ratus
tuhan, bukan cuma dengan satu.
141
00:12:38,050 --> 00:12:40,428
Tapi awak terlebih dulu beragama Hindu?
142
00:12:40,594 --> 00:12:43,556
Kita tak kenal Tuhan
sehinggalah Dia diperkenalkan kepada kita.
143
00:12:43,722 --> 00:12:46,475
Mula-mula, saya diperkenalkan
kepada Tuhan agama Hindu.
144
00:12:46,684 --> 00:12:49,311
Ada 33 juta tuhan dalam agama Hindu.
145
00:12:49,395 --> 00:12:51,480
Tentu saya akan kenal
sesetengah daripadanya.
146
00:12:53,232 --> 00:12:56,235
Mula-mula, saya tahu tentang Krishna.
147
00:12:56,402 --> 00:13:00,197
Yashoda pernah tuduh Krishna makan tanah.
148
00:13:00,990 --> 00:13:04,994
"Ish, ish, nakalnya,
awak tak patut buat macam tu."
149
00:13:05,453 --> 00:13:08,247
Tapi dia tak makan pun!
150
00:13:09,290 --> 00:13:10,791
Itu yang dia kata.
151
00:13:10,916 --> 00:13:12,877
"Saya tak makan tanah."
152
00:13:13,586 --> 00:13:16,672
Yashoda kata, "Tak makan? Jika begitu..."
153
00:13:16,922 --> 00:13:19,008
"Buka mulut."
154
00:13:19,258 --> 00:13:21,927
Jadi Krishna buka mulutnya.
155
00:13:22,094 --> 00:13:24,054
Apa yang awak rasa Yashoda nampak?
156
00:13:24,180 --> 00:13:25,347
Apa?
157
00:13:26,765 --> 00:13:33,772
Dia nampak seluruh alam semesta
di dalam mulut Krishna.
158
00:14:01,050 --> 00:14:04,094
Ketika saya membesar,
tuhan-tuhan itu adalah wira bagi saya.
159
00:14:04,261 --> 00:14:06,514
Hanuman, iaitu tuhan monyet
160
00:14:06,680 --> 00:14:10,559
telah mengangkat gunung
untuk menyelamatkan rakannya, Lakshman.
161
00:14:10,726 --> 00:14:13,020
Ganesh, tuhan yang berkepala gajah
162
00:14:13,187 --> 00:14:15,689
telah mempertaruhkan nyawanya untuk
mempertahankan kehormatan ibunya,
163
00:14:15,773 --> 00:14:17,483
Parvati.
164
00:14:17,691 --> 00:14:22,696
Vishnu, roh agung,
adalah sumber segala-galanya.
165
00:14:23,322 --> 00:14:26,825
Vishnu tidur dan terapung
di lautan kosmik yang tak bertebing
166
00:14:26,992 --> 00:14:29,912
dan kita adalah objek mimpinya.
167
00:14:31,413 --> 00:14:33,290
Mengagumkan.
168
00:14:33,749 --> 00:14:37,753
Jangan tertipu dengan kisah-kisah
dan cahaya yang indah ini, anak-anak.
169
00:14:37,920 --> 00:14:42,007
Agama ialah kegelapan.
170
00:14:44,343 --> 00:14:47,805
Ayah saya percaya dia
sebahagian daripada golongan India baru.
171
00:14:48,639 --> 00:14:50,891
Semasa kecil, dia menghidap penyakit polio.
172
00:14:51,058 --> 00:14:55,312
Dia sering terbaring dalam kesakitan,
dan tertanya akan kewujudan Tuhan.
173
00:14:56,146 --> 00:15:00,317
Akhirnya, Tuhan tak menyelamatkan dia,
tapi dia selamat disebabkan perubatan Barat.
174
00:15:03,571 --> 00:15:05,072
Mak saya belajar di kolej
175
00:15:05,239 --> 00:15:08,117
dan dia juga rasa keluarganya
sebahagian daripada India baru
176
00:15:08,284 --> 00:15:09,910
sehinggalah keluarganya menyisihkan dia
177
00:15:10,077 --> 00:15:12,496
sebab mereka rasa dia nak kahwin
dengan orang kasta bawahan.
178
00:15:13,622 --> 00:15:17,376
Agama saja penghubung
kepada masa lampaunya.
179
00:15:27,011 --> 00:15:30,681
Saya kenal Christ di kawasan pergunungan
semasa berusia 12 tahun.
180
00:15:30,848 --> 00:15:34,560
Ketika itu kami melawat saudara kami
yang merupakan penanam teh di Munnar.
181
00:15:34,727 --> 00:15:38,981
Ia hari ketiga kami di situ.
Saya dan Ravi berasa sangat bosan.
182
00:15:39,148 --> 00:15:42,067
Saya cabar awak. Saya akan bagi dua rupee.
183
00:15:42,234 --> 00:15:45,404
Pergi ke gereja itu dan minum air sucinya.
184
00:16:24,652 --> 00:16:26,195
Awak tentu haus.
185
00:16:29,657 --> 00:16:31,450
Nah.
186
00:16:31,659 --> 00:16:33,410
Saya bawakan air ini untuk awak.
187
00:16:48,592 --> 00:16:51,512
Kenapa tuhan buat begitu?
188
00:16:51,679 --> 00:16:53,764
Kenapa dia suruh anaknya sendiri
189
00:16:53,889 --> 00:16:57,309
menderita atas dosa-dosa orang biasa?
190
00:16:57,518 --> 00:16:59,436
Kerana dia sayangkan kita.
191
00:17:00,229 --> 00:17:05,609
Tuhan buat dirinya mudah untuk kita dekati,
supaya kita boleh memahamiNya.
192
00:17:05,734 --> 00:17:08,362
Dengan segala kesempurnaannya,
kita tak mampu memahamiNya.
193
00:17:08,445 --> 00:17:13,784
Tapi kita boleh memahami anakNya dan
penderitaannya seperti saudara kita sendiri.
194
00:17:14,076 --> 00:17:16,328
Itu tak masuk akal.
195
00:17:16,495 --> 00:17:20,958
Mengorbankan orang tak bersalah
demi dosa orang lain...
196
00:17:21,125 --> 00:17:23,127
Kasih jenis apakah itu?
197
00:17:25,796 --> 00:17:27,631
Tapi anak ini...
198
00:17:27,798 --> 00:17:29,299
Saya tak dapat melupakan dia.
199
00:17:32,469 --> 00:17:35,472
Jika Tuhan sempurna dan kita tak sempurna
200
00:17:35,806 --> 00:17:38,642
kenapakah dia cipta semua ini?
201
00:17:38,809 --> 00:17:41,145
Kenapakah dia perlukan kita?
202
00:17:41,311 --> 00:17:44,481
Awak cuma perlu tahu
yang dia sayangkan kita.
203
00:17:44,857 --> 00:17:47,818
Tuhan amat sayangkan dunia ini
sehingga dia korbankan anak tunggalnya.
204
00:17:47,985 --> 00:17:49,987
Makin lama saya dengar kata-kata paderi itu
205
00:17:50,154 --> 00:17:53,157
saya makin menyukai anak Tuhan itu.
206
00:17:53,323 --> 00:17:57,202
Terima kasih, Vishnu,
kerana memperkenalkan saya kepada Christ.
207
00:18:04,877 --> 00:18:09,465
Agama Hindu berikan saya pegangan dan
Christ menemukan saya kepada kasih Tuhan.
208
00:18:09,548 --> 00:18:12,050
Tapi Tuhan ada rancangan lain untuk saya.
209
00:18:22,186 --> 00:18:24,730
Ada hikmah di sebalik
semua ketetapan Tuhan.
210
00:18:24,897 --> 00:18:27,441
Apa yang berlaku ialah
dia memperkenalkan dirinya sekali lagi.
211
00:18:27,775 --> 00:18:30,360
Kali ini, namanya Allah.
212
00:18:50,214 --> 00:18:52,424
Bahasa Arab saya tak berapa bagus
213
00:18:52,591 --> 00:18:56,303
tapi bunyi dan ayat-ayat doanya
mendekatkan saya kepada Tuhan.
214
00:18:56,470 --> 00:18:57,721
Semasa menjalankan solat
215
00:18:57,888 --> 00:19:00,057
tanah yang saya sentuh menjadi tanah suci
216
00:19:00,224 --> 00:19:03,602
dan saya dapat rasakan ketenangan
dan ikatan persaudaraan.
217
00:19:13,487 --> 00:19:16,073
Daging kambing ni sangat enak.
218
00:19:16,448 --> 00:19:18,742
Ia makanan paling sedap di meja ini.
219
00:19:19,117 --> 00:19:20,911
Awak semua dah rugi.
220
00:19:22,329 --> 00:19:25,499
Awak cuma perlu peluk
tiga agama lagi, Piscine
221
00:19:25,666 --> 00:19:28,126
dan awak dapat bercuti seumur hidup awak.
222
00:19:29,169 --> 00:19:32,381
Awak akan ke Makkah tahun ini,
Swami Jesus?
223
00:19:32,464 --> 00:19:35,759
Atau ke Rom untuk ditabalkan
sebagai Pope Pi-us?
224
00:19:36,093 --> 00:19:37,761
Jangan masuk campur, Ravi.
225
00:19:37,886 --> 00:19:40,013
Pi ada minatnya sendiri,
seperti awak meminati kriket.
226
00:19:40,222 --> 00:19:42,432
Tak, Gita, betul kata Ravi.
227
00:19:42,766 --> 00:19:47,104
Awak tak boleh ikut
tiga agama serentak, Piscine.
228
00:19:47,271 --> 00:19:48,522
Kenapa tak boleh?
229
00:19:48,689 --> 00:19:52,276
Sebab mempercayai segala-galanya
pada masa yang sama
230
00:19:52,442 --> 00:19:55,654
sama seperti tak mempercayai
apa-apa langsung.
231
00:19:55,821 --> 00:19:59,032
Dia masih muda, Santosh.
Dia masih mencari arah hidup.
232
00:19:59,199 --> 00:20:02,619
Bagaimana dia nak mencari arah
jika dia tak memilih laluannya?
233
00:20:03,370 --> 00:20:07,791
Daripada lompat satu agama
ke agama yang lain
234
00:20:07,958 --> 00:20:09,960
apa kata awak fikir dulu secara logik?
235
00:20:10,627 --> 00:20:11,962
Dalam masa beberapa ratus tahun
236
00:20:12,129 --> 00:20:14,798
sains telah lebih banyak membantu manusia
237
00:20:14,965 --> 00:20:17,718
daripada yang agama lakukan
dalam 10,000 tahun.
238
00:20:19,469 --> 00:20:21,305
Betul tu.
239
00:20:21,471 --> 00:20:22,723
Betul cakap ayah awak.
240
00:20:23,473 --> 00:20:26,476
Sains boleh ajar kita
tentang apa yang ada di luar sana
241
00:20:26,643 --> 00:20:28,353
tapi bukan tentang apa yang di dalam hati.
242
00:20:29,521 --> 00:20:32,149
Sesetengah orang makan daging,
sesetengah orang makan sayur.
243
00:20:32,316 --> 00:20:34,651
Ayah tak suruh awak setuju
dengan segala-galanya
244
00:20:34,818 --> 00:20:38,488
tapi Ayah lebih suka jika awak mempercayai
sesuatu yang Ayah tak percayai
245
00:20:38,655 --> 00:20:41,366
daripada mempercayai segala-galanya
secara membuta tuli.
246
00:20:41,533 --> 00:20:45,370
Dan itu bermula
dengan berfikir secara rasional.
247
00:20:46,830 --> 00:20:48,582
Faham tak?
248
00:20:51,001 --> 00:20:52,502
Bagus.
249
00:20:58,508 --> 00:21:00,469
Saya nak dibaptiskan.
250
00:21:07,017 --> 00:21:09,353
Jadi, sekarang awak orang Kristian
dan Muslim?
251
00:21:09,519 --> 00:21:10,938
Dan sudah tentu juga beragama Hindu.
252
00:21:11,104 --> 00:21:12,272
Dan agaknya, awak juga seorang Yahudi.
253
00:21:12,439 --> 00:21:15,400
Saya ada ajar satu kursus
tentang Kabbalah di universiti.
254
00:21:15,567 --> 00:21:18,236
Apa salahnya? Kepercayaan ialah
rumah yang ada banyak ruang.
255
00:21:18,403 --> 00:21:20,030
Tapi tiada ruang untuk rasa sangsi?
256
00:21:20,197 --> 00:21:21,865
Ada banyak. Ia ada di setiap tingkat.
257
00:21:22,032 --> 00:21:23,408
Perasaan sangsi sangat berguna.
258
00:21:23,575 --> 00:21:25,702
Ia menguatkan lagi kepercayaan kita.
259
00:21:25,869 --> 00:21:29,373
Lagipun, awak takkan tahu kekuatan
kepercayaan awak sehinggalah ia diuji.
260
00:21:33,377 --> 00:21:36,129
Mana Selvam?
Kita tak patut berada di sini tanpa dia.
261
00:21:36,296 --> 00:21:37,756
Jangan risau.
262
00:21:39,424 --> 00:21:42,302
Saya dah beribu-ribu kali lihat dia
buat begini.
263
00:21:44,805 --> 00:21:47,724
Saya nak jumpa harimau baru kita.
264
00:21:48,767 --> 00:21:49,810
Pi!
265
00:21:49,893 --> 00:21:52,562
Hello? Richard Parker?
266
00:21:52,896 --> 00:21:55,899
Harimau? Richard Parker
ialah seekor harimau?
267
00:21:56,066 --> 00:21:58,902
Ya, dia dapat namanya
disebabkan kesilapan dalam kertas kerja.
268
00:21:59,069 --> 00:22:02,072
Seorang pemburu tangkap dia
ketika dia minum di sungai semasa dia kecil
269
00:22:02,239 --> 00:22:03,991
dan namakan dia Thirsty.
270
00:22:04,157 --> 00:22:07,160
Bila Thirsty dah terlalu besar,
pemburu itu jual dia kepada zoo kami
271
00:22:07,327 --> 00:22:10,122
tapi nama mereka tertukar
dalam kertas kerja.
272
00:22:10,914 --> 00:22:14,751
Pemburu itu disenaraikan sebagai Thirsty
dan harimau tu sebagai Richard Parker.
273
00:22:15,335 --> 00:22:18,588
Kami rasa ia lucu, dan nama itu terus kekal.
274
00:22:18,922 --> 00:22:20,424
Jom kita pergi
275
00:22:21,133 --> 00:22:23,427
sebelum kita kena.
276
00:22:23,593 --> 00:22:25,429
Saya nak lihat dia dekat-dekat.
277
00:22:25,595 --> 00:22:26,972
Awak bukan penjaga zoo.
278
00:22:27,431 --> 00:22:29,016
Jom!
279
00:22:47,325 --> 00:22:49,494
Macam tu, Richard Parker.
280
00:22:49,661 --> 00:22:51,455
Ia untuk awak.
281
00:23:20,984 --> 00:23:21,985
Jangan!
282
00:23:23,153 --> 00:23:25,238
Apa yang awak fikir?
283
00:23:25,739 --> 00:23:27,032
Awak dah gila?
284
00:23:27,199 --> 00:23:29,326
Siapa yang benarkan awak kembali ke sini?
285
00:23:29,493 --> 00:23:32,829
Awak tak pedulikan
segala-gala yang Ayah dah ajar.
286
00:23:33,580 --> 00:23:36,166
Saya cuma nak ucap hello kepada dia.
287
00:23:36,666 --> 00:23:38,376
Awak fikir harimau tu kawan awak?
288
00:23:38,543 --> 00:23:40,879
Dia binatang, bukan kawan untuk bermain.
289
00:23:42,089 --> 00:23:44,216
Binatang pun ada perasaan.
290
00:23:44,382 --> 00:23:46,760
Saya nampak di mata mereka.
291
00:23:49,679 --> 00:23:51,014
Cari Selvam.
292
00:24:01,900 --> 00:24:04,694
Tuan pasti? Pi cuma budak kecil.
293
00:24:04,778 --> 00:24:06,738
Buat saja. Teruskan!
294
00:24:07,781 --> 00:24:10,450
Binatang tak boleh berfikir seperti kita.
295
00:24:10,617 --> 00:24:13,411
Mereka yang lupa tentang hal itu
sering terbunuh.
296
00:24:13,578 --> 00:24:17,749
Harimau tu bukan kawan awak.
297
00:24:17,916 --> 00:24:19,417
Apabila awak lihat matanya
298
00:24:19,584 --> 00:24:23,046
awak cuma nampak pantulan perasaan awak.
299
00:24:23,213 --> 00:24:24,965
Itu saja.
300
00:24:25,257 --> 00:24:27,050
Jangan jadi bodoh. Minta maaf.
301
00:24:28,802 --> 00:24:30,720
Apa yang awak dah buat, Piscine?
302
00:24:30,887 --> 00:24:33,140
Awak kan tahu, ayah awak
tak bagi awak datang ke sini.
303
00:24:33,765 --> 00:24:37,102
Maafkan saya. Saya...
304
00:24:37,644 --> 00:24:39,062
Apa yang sedang awak fikirkan?
305
00:24:39,229 --> 00:24:41,148
Ini hal antara ayah dan anaknya.
306
00:24:42,899 --> 00:24:44,234
Dia dah minta maaf.
307
00:24:44,401 --> 00:24:45,902
Awak nak perasaannya tercalar?
308
00:24:46,069 --> 00:24:48,947
Tercalar? Lengannya mungkin putus.
309
00:24:49,114 --> 00:24:50,490
Tapi dia cuma budak kecil.
310
00:24:50,657 --> 00:24:52,409
Tak lama lagi, dia akan jadi lelaki dewasa.
311
00:24:52,576 --> 00:24:55,453
Dan ini pengajaran
yang saya tak nak dia lupa.
312
00:24:56,246 --> 00:24:57,664
Selvam!
313
00:25:45,795 --> 00:25:48,632
...dan meletakkan negara
dalam keadaan darurat.
314
00:25:48,798 --> 00:25:52,052
Menurut arahan itu,
negeri Gujarat dan Tamil Nadu
315
00:25:52,219 --> 00:25:55,305
akan berada secara langsung
di bawah pemerintahan kerajaan pusat.
316
00:25:55,472 --> 00:25:57,140
Pihak polis akan diberikan kuasa
317
00:25:57,307 --> 00:26:01,478
untuk menahan rakyat yang memulakan
pemberontakan tanpa had masa.
318
00:26:05,982 --> 00:26:09,694
Keadaan berubah
selepas hari kami dihukum oleh Ayah.
319
00:26:09,861 --> 00:26:12,572
Dunia telah hilang sebahagian
keindahannya.
320
00:26:13,073 --> 00:26:16,743
Sekolah membosankan. Asyik-asyik fakta,
matematik dan bahasa Perancis.
321
00:26:17,327 --> 00:26:21,331
Perkataan dan corak yang berulang-ulang.
322
00:26:21,498 --> 00:26:24,000
Seperti nama pendek saya.
323
00:26:28,880 --> 00:26:34,177
Saya tak sabar mencari sesuatu yang akan
membawa makna dalam hidup saya.
324
00:26:35,345 --> 00:26:38,014
Dan pada satu hari, saya berjumpa Anandi.
325
00:26:47,023 --> 00:26:48,733
Mak suruh saya belajar muzik.
326
00:26:48,900 --> 00:26:51,361
Satu hari, guru saya diserang flu.
327
00:26:51,903 --> 00:26:55,532
Dia suruh saya ambil alih kelasnya,
dan mainkan rentak untuk kelas tarian.
328
00:27:11,756 --> 00:27:13,049
Tidak.
329
00:27:13,550 --> 00:27:15,135
Jika awak tak tumpukan perhatian
330
00:27:15,302 --> 00:27:18,722
awak tak dapat luahkan rasa cinta
kepada Tuhan melalui tarian.
331
00:27:18,888 --> 00:27:20,974
Rasakan tanah di telapak kaki awak.
332
00:27:21,141 --> 00:27:23,601
Tumpukan perhatian ke seluruh sudut.
333
00:27:23,768 --> 00:27:28,398
Biarkan tenaga roh keluar
dari badan awak ke dunia ini.
334
00:27:28,565 --> 00:27:30,442
Melalui abhinaya.
335
00:27:31,109 --> 00:27:33,737
Anandi, datang ke depan. Ketuai mereka.
336
00:28:18,490 --> 00:28:20,533
Kenapa awak ikut saya?
337
00:28:20,700 --> 00:28:21,785
Apa?
338
00:28:22,202 --> 00:28:24,621
Awak ikut saya.
339
00:28:26,956 --> 00:28:29,042
Apa makna pergerakan ni?
340
00:28:30,460 --> 00:28:33,129
Semasa menari,
awak mulakan dengan pataka
341
00:28:33,713 --> 00:28:35,799
yang bererti hutan.
342
00:28:35,965 --> 00:28:38,718
Kemudian awak buat
343
00:28:39,969 --> 00:28:41,304
samputa
344
00:28:41,471 --> 00:28:44,140
yang bererti sesuatu yang tersembunyi.
345
00:28:44,307 --> 00:28:45,892
Selepas itu, awak buat begini.
346
00:28:47,644 --> 00:28:50,146
Kemudian, buat chatura.
347
00:28:50,313 --> 00:28:53,817
Tapi di penghujungnya, awak buat begini.
348
00:28:54,818 --> 00:28:57,237
Tiada seorang pun
penari yang lain buat begitu.
349
00:28:57,987 --> 00:29:00,532
Apa maksud awak?
Tuhan cinta bersembunyi di hutan?
350
00:29:00,698 --> 00:29:03,535
Tidak, itu juga bermaksud bunga teratai.
351
00:29:04,160 --> 00:29:06,371
Bunga teratai bersembunyi di hutan?
352
00:29:07,539 --> 00:29:10,333
Kenapa bunga teratai
nak bersembunyi di hutan?
353
00:29:18,258 --> 00:29:20,343
Dan ini Richard Parker.
354
00:29:20,927 --> 00:29:24,431
Dia haiwan paling hebat yang kami ada.
355
00:29:25,265 --> 00:29:27,600
Lihatlah cara dia memusingkan kepalanya.
356
00:29:29,686 --> 00:29:32,856
Dengan megah. Seperti seorang penari.
357
00:29:33,022 --> 00:29:35,275
Tidak, dia terdengar sesuatu.
358
00:29:37,235 --> 00:29:40,280
Dia sedang mendengar, faham?
359
00:29:49,747 --> 00:29:51,749
Kita dah lama membincangkannya.
360
00:29:51,916 --> 00:29:54,085
Awak faham apa yang Ayah kata?
361
00:29:54,252 --> 00:29:55,587
Pi?
362
00:29:56,880 --> 00:29:58,590
Maaf, Ayah...
363
00:29:58,756 --> 00:30:00,383
Risau.
364
00:30:00,550 --> 00:30:02,260
Akan keluarga saya.
365
00:30:02,427 --> 00:30:05,430
Haiwan-haiwan kita lebih berharga
di luar negara daripada di India.
366
00:30:05,597 --> 00:30:07,640
Jika majlis perbandaran
berhenti menyokong kita,
367
00:30:07,807 --> 00:30:09,642
entahlah apa nasib kita.
368
00:30:09,809 --> 00:30:12,228
Jadi, itulah yang kita perlu buat.
369
00:30:13,146 --> 00:30:15,064
Awak faham?
370
00:30:17,150 --> 00:30:19,152
Maaf, apa yang Ayah maksudkan?
371
00:30:19,736 --> 00:30:21,738
Kita akan tinggalkan India.
372
00:30:23,239 --> 00:30:24,574
Apa?
373
00:30:26,493 --> 00:30:28,161
Kita akan jual zoo kita.
374
00:30:29,120 --> 00:30:32,081
Zoo tu bukan milik kita.
Tanah tu milik perbandaran.
375
00:30:32,248 --> 00:30:34,334
Tapi semua haiwan-haiwan tu milik kita
dan jika kita jual
376
00:30:34,501 --> 00:30:36,586
kita ada wang yang cukup
untuk memulakan hidup baru.
377
00:30:36,753 --> 00:30:39,964
Tapi ke mana kita nak pergi?
Hidup kita di sini, Ayah.
378
00:30:40,131 --> 00:30:41,174
Kanada.
379
00:30:41,341 --> 00:30:43,968
Ada peluang pekerjaan untuk Ayah
di Winnipeg.
380
00:30:44,135 --> 00:30:47,138
Ayah akan hantar kebanyakan haiwan
untuk dijual di Amerika Utara.
381
00:30:47,305 --> 00:30:49,933
Kita boleh dapatkan kapal kargo
untuk keluarga kita.
382
00:30:50,016 --> 00:30:51,518
Jadi...
383
00:30:51,684 --> 00:30:53,269
Muktamad.
384
00:30:53,436 --> 00:30:56,189
Kita akan belayar seperti Columbus.
385
00:30:56,773 --> 00:30:59,442
Tapi Columbus memang nak cari India.
386
00:31:08,034 --> 00:31:10,787
Banyak yang perlu dibuat
untuk menjual sebuah zoo.
387
00:31:11,496 --> 00:31:12,830
Sebelum kami belayar,
388
00:31:12,997 --> 00:31:16,709
saya dan Anandi sempat bercinta
dan memutuskan cinta.
389
00:31:16,876 --> 00:31:20,296
Saya berjanji akan kembali satu hari nanti.
390
00:31:21,130 --> 00:31:22,632
Lucu betul.
391
00:31:22,799 --> 00:31:25,885
Saya ingat segala-galanya
tentang hari terakhir kami bersama.
392
00:31:26,052 --> 00:31:29,138
Tapi saya tak ingat
mengucapkan selamat tinggal.
393
00:31:37,564 --> 00:31:41,150
Pi? Mereka dah hidang makanan di bawah.
394
00:31:54,205 --> 00:31:55,873
Piscine,
395
00:31:56,040 --> 00:31:58,543
hidup awak masih panjang.
396
00:31:59,335 --> 00:32:01,921
Kami buat semua ini untuk awak dan Ravi.
397
00:32:04,340 --> 00:32:06,217
Masuk dalam dan makanlah sikit.
398
00:32:15,852 --> 00:32:17,687
Saya nak makanan vegetarian.
399
00:32:19,230 --> 00:32:21,858
Saya dan anak saya vegetarian.
Awak ada tak apa-apa...
400
00:32:22,025 --> 00:32:25,111
Tidak, tidak. Saya tak nak lagi kuah.
401
00:32:25,278 --> 00:32:26,863
Awak tak nak kuah?
402
00:32:27,947 --> 00:32:30,199
Tak, saya nak makanan vegetarian.
403
00:32:37,540 --> 00:32:41,210
Dia tanya sama ada
awak ada makanan vegetarian.
404
00:32:43,713 --> 00:32:45,965
Lembu yang hasilkan hati ini vegetarian,
405
00:32:46,132 --> 00:32:49,052
khinzir yang terkandung dalam sosej ni
juga vegetarian.
406
00:32:49,135 --> 00:32:50,553
Lucunya.
407
00:32:51,095 --> 00:32:53,931
Tapi isteri saya tak makan hati.
408
00:32:58,895 --> 00:33:02,398
Jadi dia boleh makan sosej,
nasi dan kuah.
409
00:33:02,899 --> 00:33:04,901
Atau awak boleh masak sendiri.
410
00:33:05,234 --> 00:33:07,737
Berani awak cakap macam tu
terhadap isteri saya?
411
00:33:08,404 --> 00:33:10,239
Ini nasi awak.
412
00:33:11,908 --> 00:33:13,993
Saya masak untuk pelaut,
413
00:33:14,077 --> 00:33:15,662
bukan untuk orang yang makan kari.
414
00:33:16,496 --> 00:33:17,497
Apa awak kata?
415
00:33:17,580 --> 00:33:18,539
Lepaskan saya!
416
00:33:18,623 --> 00:33:22,085
Awak fikir awak siapa?
Awak cuma seorang hamba!
417
00:33:22,168 --> 00:33:24,796
Saya bagi makanan kepada manusia!
Awak bagi makanan kepada monyet!
418
00:33:33,346 --> 00:33:34,806
Hello.
419
00:33:34,972 --> 00:33:36,599
Saya beragama Buddha.
420
00:33:36,933 --> 00:33:40,478
Jadi, saya makan nasi dengan kuah.
421
00:33:40,812 --> 00:33:44,273
Atas kapal, kuah tak ada daging.
422
00:33:44,440 --> 00:33:45,608
Ia sedap.
423
00:33:46,275 --> 00:33:47,610
Cubalah.
424
00:34:10,466 --> 00:34:12,301
Jangan risau.
425
00:34:12,468 --> 00:34:17,682
Kita akan ada banyak bekalan baru
apabila kita singgah di Manila.
426
00:34:19,475 --> 00:34:23,020
Kenapa berikan ubat pelali
kepada Orange Juice?
427
00:34:23,187 --> 00:34:26,149
Dia takkan timbulkan sebarang masalah.
428
00:34:26,315 --> 00:34:29,318
Stres akibat perjalanan jauh
tak baik untuk binatang
429
00:34:29,485 --> 00:34:32,196
dan ia mengurangkan rasa mabuk laut.
430
00:34:33,364 --> 00:34:39,537
Tentu kita tak nak bersihkan
muntah orang utan,
431
00:34:40,163 --> 00:34:41,414
bukan?
432
00:34:47,837 --> 00:34:52,508
Ayah saya seorang ahli perniagaan.
Dia tak pernah jaga haiwan.
433
00:34:54,343 --> 00:34:55,344
Saya mulai sedar
434
00:34:55,511 --> 00:34:59,515
yang meninggalkan India lebih sukar baginya
daripada bagi saya.
435
00:35:05,354 --> 00:35:06,689
Jadi...
436
00:35:07,190 --> 00:35:09,358
Ada apa-apa yang saya tertinggal?
437
00:35:09,525 --> 00:35:10,568
Awak dah sediakan asas ceritanya.
438
00:35:10,735 --> 00:35:14,197
Kita ada budak India yang dinamakan
sempena nama kolam renang di Perancis
439
00:35:14,363 --> 00:35:17,617
dalam kapal Jepun yang dipenuhi haiwan
yang menuju ke Kanada.
440
00:35:17,784 --> 00:35:19,035
Ya.
441
00:35:19,202 --> 00:35:22,955
Sekarang, kita perlu hantar budak itu
ke tengah lautan Pasifik dan...
442
00:35:23,122 --> 00:35:26,209
Dan buat saya percaya dengan Tuhan.
443
00:35:27,543 --> 00:35:29,045
Ya.
444
00:35:29,212 --> 00:35:31,047
Kita akan sampai ke bahagian itu.
445
00:35:36,385 --> 00:35:38,721
Selepas empat hari meninggalkan Manila,
446
00:35:38,888 --> 00:35:42,058
ketika di Jurang Mariana, yang mana
merupakan tempat terdalam di dunia.
447
00:35:45,603 --> 00:35:51,734
Kapal kami, The Tsimtsum, terus belayar
tanpa menyedari keadaan persekitarannya.
448
00:35:52,735 --> 00:35:57,073
Ia bergerak perlahan dengan penuh yakin.
449
00:36:33,526 --> 00:36:34,777
Ravi?
450
00:36:35,486 --> 00:36:36,862
Awak dengar tak tu, Ravi?
451
00:36:37,029 --> 00:36:38,281
Saya sedang tidur.
452
00:36:38,447 --> 00:36:40,449
Ia ribut petir. Jom pergi tengok.
453
00:36:40,616 --> 00:36:41,867
Awak gilakah?
454
00:36:42,285 --> 00:36:44,120
Nanti kita akan disambar kilat.
455
00:36:44,328 --> 00:36:47,206
Tak mungkin.
Ia akan sambar bahagian atas kapal dulu.
456
00:36:48,666 --> 00:36:51,127
Pi, jangan cuba cabar ribut.
457
00:37:55,149 --> 00:37:58,986
Hujan lagi! Hujan lagi!
458
00:38:01,530 --> 00:38:03,991
Dewa Ribut!
459
00:38:06,494 --> 00:38:08,037
Kilat!
460
00:38:47,660 --> 00:38:49,120
Mak!
461
00:38:50,454 --> 00:38:51,539
Ayah!
462
00:38:53,124 --> 00:38:56,836
Ravi! Keluar! Keluar!
463
00:39:34,498 --> 00:39:36,459
Tolong saya!
464
00:39:41,672 --> 00:39:43,007
Tolong!
465
00:39:45,217 --> 00:39:46,510
Naik bot!
466
00:39:46,677 --> 00:39:48,679
Tolong! Selamatkan keluarga saya!
467
00:39:48,846 --> 00:39:50,639
Jangan takut, okay? Tunggu sini!
468
00:39:50,806 --> 00:39:52,391
Awak kena tolong mereka! Tolonglah!
469
00:39:52,558 --> 00:39:53,851
Pakai pelampung ini.
470
00:39:54,018 --> 00:39:56,437
Tidak, keluarga saya! Tolonglah!
471
00:39:58,773 --> 00:40:00,191
Kita perlu bantu mereka!
472
00:40:00,357 --> 00:40:02,651
- Kita tak ada masa.
- Keluarga saya ada di dalam sana!
473
00:40:02,818 --> 00:40:05,070
Kita akan bantu! Awak perlu pergi!
474
00:40:05,237 --> 00:40:06,405
Siapa yang lepaskan binatang?
475
00:40:06,572 --> 00:40:07,823
Awak perlu pergi sekarang!
476
00:40:07,990 --> 00:40:10,242
Tidak, tunggu, ayah saya!
Dia tak tahu berenang!
477
00:40:10,326 --> 00:40:11,368
Pergi!
478
00:40:14,330 --> 00:40:17,291
Pegang bot kuat-kuat! Pegang, pegang!
479
00:40:18,542 --> 00:40:20,127
Turunkan bot!
480
00:40:28,052 --> 00:40:31,055
Hei! Apa awak buat?
481
00:40:32,640 --> 00:40:33,682
Lompat!
482
00:40:34,099 --> 00:40:36,101
Hei, hei!
483
00:41:39,081 --> 00:41:43,502
Hei! Di sini! Di sini!
484
00:42:18,162 --> 00:42:19,872
Richard Parker?
485
00:42:20,039 --> 00:42:21,707
Tidak! Tidak!
486
00:42:22,625 --> 00:42:25,794
Tidak! Pergi! Pergi!
487
00:44:34,882 --> 00:44:37,760
Mak!
488
00:44:37,926 --> 00:44:41,889
Ayah! Ravi.
489
00:44:44,058 --> 00:44:46,268
Maafkan saya.
490
00:44:48,479 --> 00:44:51,899
Maafkan saya!
491
00:46:35,252 --> 00:46:36,336
Hari?
492
00:47:11,830 --> 00:47:14,875
Nampaknya kesan ubat pelali awak
masih belum lagi hilang.
493
00:47:29,181 --> 00:47:33,894
Orange Juice! Orange Juice!
494
00:47:47,282 --> 00:47:49,409
Selamat datang ke bahtera Pi.
495
00:48:14,309 --> 00:48:16,520
Mana anak awak, Orange Juice?
496
00:48:26,571 --> 00:48:30,951
Jangan risau,
tentu mak dan ayah saya dah jumpa dia.
497
00:48:34,371 --> 00:48:36,915
Mereka semua akan sampai ke sini
tak lama lagi.
498
00:48:44,798 --> 00:48:47,259
Hello!
499
00:48:50,387 --> 00:48:53,056
Hello!
500
00:48:55,100 --> 00:48:58,145
Sesiapa!
501
00:50:01,375 --> 00:50:02,626
Tidak!
502
00:50:03,001 --> 00:50:08,006
Hentikan! Tidak! Hentikan! Hentikan!
503
00:50:11,009 --> 00:50:15,430
Tidak! Tidak!
504
00:51:01,059 --> 00:51:02,602
Maaf, Orange Juice.
505
00:51:02,769 --> 00:51:05,939
Saya tak ada ubat mabuk laut untuk awak.
506
00:51:07,065 --> 00:51:10,152
Bekalan. Bekalan!
507
00:51:14,739 --> 00:51:17,075
IKHTIAR HIDUP DI LAUT
508
00:51:23,457 --> 00:51:25,542
AIR MINUMAN
AIR LAUT - JANGAN MINUM!
509
00:52:17,594 --> 00:52:20,138
Ya! Ya!
510
00:52:30,106 --> 00:52:31,775
Tidak! Tidak!
511
00:52:54,798 --> 00:52:57,175
Ayuh! Ayuh!
512
00:57:41,626 --> 00:57:44,003
Nama saya Pi Patel.
513
00:57:44,504 --> 00:57:47,006
Kapal saya telah karam.
514
00:57:47,715 --> 00:57:50,343
Saya bersendirian di dalam bot keselamatan
515
00:57:52,637 --> 00:57:53,847
dengan seekor harimau.
516
00:57:55,849 --> 00:57:57,851
Tolong hantar bantuan.
517
00:59:45,375 --> 00:59:49,712
Tuhan, saya serahkan
seluruh jiwa raga saya kepadaMu.
518
00:59:50,254 --> 00:59:52,757
Saya hambaMu.
519
00:59:54,467 --> 00:59:58,388
Saya ingin tahu apa yang akan berlaku.
520
01:00:00,348 --> 01:00:02,183
Tunjukkan kepada saya.
521
01:00:07,397 --> 01:00:10,441
ARUS LAUT DUNIA
522
01:00:11,609 --> 01:00:14,529
Tiada garisan.
523
01:00:18,533 --> 01:00:22,745
Siapkan rumah anda dan bersedia
untuk berjuang untuk terus hidup.
524
01:00:23,121 --> 01:00:28,126
Tetapkan jadual ketat untuk waktu makan,
membuat pemerhatian dan berehat.
525
01:00:28,751 --> 01:00:32,046
Jangan minum air kencing atau air laut.
526
01:00:33,965 --> 01:00:38,094
Sibukkan diri anda tapi elakkan
penggunaan tenaga yang tak diperlukan.
527
01:00:40,763 --> 01:00:43,433
Minda boleh menjadi leka
dengan bermain permainan kad,
528
01:00:43,933 --> 01:00:46,936
Twenty Questions atau I Spy.
529
01:00:49,647 --> 01:00:53,818
Menyanyi beramai-ramai
boleh menguatkan semangat.
530
01:00:56,571 --> 01:00:59,574
Bercerita amat digalakkan.
531
01:01:03,661 --> 01:01:06,748
Perkara paling penting
ialah jangan putus asa.
532
01:01:15,465 --> 01:01:18,926
Beberapa perkara boleh menghilangkan
semangat lebih pantas daripada mabuk laut.
533
01:01:20,344 --> 01:01:24,932
Ombak paling kuat dirasai
apabila bot selari dengan arus.
534
01:01:25,099 --> 01:01:29,771
Sauh digunakan sebagai penunda supaya
bahagian hadapan bot menghadap angin.
535
01:01:29,937 --> 01:01:35,359
Penggunaan yang betul boleh menambahkan
kawalan dan mengurangkan mabuk laut.
536
01:01:36,694 --> 01:01:40,865
Bagi mereka yang perlu berkongsi bot
dengan haiwan besar yang berbahaya,
537
01:01:41,032 --> 01:01:44,452
anda dinasihatkan supaya menetapkan
kawasan milik anda.
538
01:01:44,619 --> 01:01:46,120
Cuba teknik ini.
539
01:01:46,287 --> 01:01:47,288
Langkah pertama.
540
01:01:47,455 --> 01:01:50,500
Pilih hari di mana ombak sederhana kuat
dan tak berubah-ubah.
541
01:01:50,792 --> 01:01:53,920
Langkah kedua.
Apabila bot menghadap ombak
542
01:01:54,003 --> 01:01:58,549
sambil belayar seselesa yang mungkin,
tiup wisel dengan nada yang lembut.
543
01:01:58,883 --> 01:02:02,261
Langkah ketiga.
Pusingkan bot supaya selari dengan ombak
544
01:02:02,345 --> 01:02:05,640
sambil meniup wisel dengan kuat
dan agresif.
545
01:02:05,807 --> 01:02:07,350
Dengan ulangan yang cukup kerap,
546
01:02:07,517 --> 01:02:09,685
haiwan itu akan mengaitkan bunyi wisel
547
01:02:09,811 --> 01:02:12,313
dengan rasa ketidakselesaan mabuk laut.
548
01:02:12,980 --> 01:02:16,150
Teknik yang sama sudah lama
digunakan oleh pelatih sarkas,
549
01:02:16,317 --> 01:02:19,403
namun secara amnya, mereka
tak melakukannya di lautan bergelora.
550
01:02:19,821 --> 01:02:22,573
Dengarlah trompet berbunyi!
551
01:02:22,740 --> 01:02:26,494
Mulakan pukulan dram!
552
01:02:27,036 --> 01:02:29,872
Bersedia untuk berasa kagum!
553
01:02:30,039 --> 01:02:34,335
Ini dia, untuk keseronokan
dan pengetahuan awak!
554
01:02:34,877 --> 01:02:39,257
Persembahan yang awak tunggu-tunggu
seumur hidup
555
01:02:39,423 --> 01:02:42,385
akan bermula!
556
01:02:44,011 --> 01:02:46,055
Dah bersedia untuk keajaibannya?
557
01:02:47,223 --> 01:02:50,226
Jika ya, saya persembahkan
558
01:02:50,393 --> 01:02:54,772
harimau Bengal yang menakjubkan!
559
01:03:05,283 --> 01:03:10,121
Hello, Richard Parker.
Maaf tentang bot yang bergoyang-goyang ni.
560
01:03:44,155 --> 01:03:49,076
Ini kawasan saya! Faham tak?
Itu kawasan awak, ini kawasan saya!
561
01:03:52,246 --> 01:03:54,165
Faham?
562
01:04:06,344 --> 01:04:07,845
Langkah keempat.
563
01:04:08,012 --> 01:04:11,849
Lupakan saja langkah pertama
hingga ke langkah keempat.
564
01:04:39,335 --> 01:04:43,756
Nah, Richard Parker.
Saya bawakan air untuk awak.
565
01:04:57,561 --> 01:05:02,108
Di zoo, kami beri harimau kami makan
dalam lima kilo daging sehari.
566
01:05:02,692 --> 01:05:05,820
Richard Parker tentu akan lapar tak lama lagi.
567
01:05:07,863 --> 01:05:11,367
Harimau kuat berenang,
dan jika dia amat lapar
568
01:05:11,450 --> 01:05:15,663
jarak yang dekat antara kami
takkan dapat melindungi saya.
569
01:05:15,830 --> 01:05:18,332
Saya perlu carijalan
untuk membuatkan dia kenyang.
570
01:05:18,499 --> 01:05:22,044
Saya boleh makan biskut
tapi Tuhan jadikan harimau haiwan karnivor
571
01:05:22,128 --> 01:05:24,255
jadi saya perlu belajar tangkap ikan.
572
01:05:24,422 --> 01:05:29,427
Jika tidak, budak vegetarian yang kurus
akan jadi makanan terakhirnya.
573
01:05:39,270 --> 01:05:41,355
Sabar!
574
01:07:47,731 --> 01:07:49,442
Apa yang saya buat ni?
575
01:08:07,334 --> 01:08:10,004
Nanti dulu! Saya sedang berfikir.
576
01:09:39,927 --> 01:09:42,596
Tiga puluh dua karton biskut.
32
577
01:09:44,515 --> 01:09:47,393
Sembilan puluh tiga tin air.
93
578
01:10:59,340 --> 01:11:01,091
Maafkan saya.
579
01:11:03,719 --> 01:11:05,429
Maafkan saya.
580
01:11:07,514 --> 01:11:10,392
Terima kasih, Dewa Vishnu.
581
01:11:10,559 --> 01:11:14,688
Terima kasih kerana datang
dalam bentuk ikan dan menyelamatkan kami.
582
01:11:15,689 --> 01:11:17,483
Terima kasih.
583
01:13:25,819 --> 01:13:30,824
Sudah tentu saya dah bawa semua biskut
dan air ke atas rakit supaya ia selamat.
584
01:13:31,867 --> 01:13:33,285
Bodoh betul.
585
01:13:36,371 --> 01:13:40,918
Kelaparan boleh mengubah seseorang.
586
01:14:30,551 --> 01:14:32,719
Nah, ia untuk awak!
587
01:15:41,622 --> 01:15:43,123
Ia milik saya! Ia milik saya!
588
01:16:48,605 --> 01:16:53,610
Saya tak sanggup ambil risiko
setiap kali saya nak ambil bekalan.
589
01:16:53,777 --> 01:16:55,946
Sekarang masanya
untuk menyelesaikan masalah ini.
590
01:16:56,196 --> 01:17:00,575
Jika kami nak hidup bersama,
kami perlu belajar untuk berkomunikasi.
591
01:17:00,742 --> 01:17:06,415
Mungkin Richard Parker tak boleh dijinakkan,
tapi dengan izin Tuhan, dia boleh dilatih.
592
01:18:16,276 --> 01:18:17,402
Tidak!
593
01:18:25,952 --> 01:18:27,662
Bagus.
594
01:19:46,575 --> 01:19:49,870
Pergi, Richard Parker. Pergilah.
595
01:19:50,203 --> 01:19:52,873
Baliklah ke kawasan awak,
saya takkan ganggu awak.
596
01:19:53,039 --> 01:19:55,959
Saya takkan mungkir janji.
597
01:20:00,088 --> 01:20:02,591
Pergilah. Ayuh.
598
01:20:11,057 --> 01:20:12,642
Ya!
599
01:20:46,801 --> 01:20:51,765
Saya tak sangka yang peneduh kecil itu
boleh buat saya amat gembira.
600
01:20:52,265 --> 01:20:57,187
Yang peralatan, baldi, pisau dan pensel
601
01:20:57,354 --> 01:20:59,439
boleh menjadi harta yang amat penting
bagi saya.
602
01:20:59,773 --> 01:21:03,652
Atau mungkin kehadiran Richard Parker
menenteramkan saya.
603
01:21:04,778 --> 01:21:06,196
Dalam saat-saat sebegini
604
01:21:06,363 --> 01:21:11,284
saya sedar pengalaman kami berdua
dengan dunia sebenar amat sedikit.
605
01:21:11,451 --> 01:21:14,788
Kami sama-sama dibesarkan di zoo
oleh tuan yang sama.
606
01:21:14,955 --> 01:21:19,876
Sekarang kami sama-sama sebatang kara,
menunggu masa untuk menghadap Tuhan.
607
01:21:20,043 --> 01:21:23,630
Tanpa Richard Parker,
tentu sekarang, saya dah mati.
608
01:21:23,797 --> 01:21:26,132
Rasa takut terhadapnya
membuatkan saya sentiasa peka.
609
01:21:26,299 --> 01:21:29,511
Menjaga keperluannya
menjadi matlamat hidup saya.
610
01:21:34,516 --> 01:21:35,976
Ikan lumba-lumba.
611
01:21:36,142 --> 01:21:38,311
Hei, Richard Parker!
612
01:21:55,537 --> 01:21:57,330
Hei!
613
01:22:49,382 --> 01:22:53,595
Perkara paling penting
ialah jangan putus asa.
614
01:23:25,502 --> 01:23:29,589
Lapan, lima, lima, kosong, tiga, enam, enam,
8550366
615
01:23:29,672 --> 01:23:32,258
kosong, lapan, kosong, satu, 0801
616
01:23:32,425 --> 01:23:37,180
tiga, enam, kosong, empat,
enam, enam, lapan...
617
01:23:45,021 --> 01:23:47,440
Awak tengok apa?
618
01:23:52,195 --> 01:23:53,947
Cakaplah dengan saya.
619
01:23:57,617 --> 01:23:59,786
Beritahulah apa yang awak nampak.
620
01:26:06,663 --> 01:26:09,958
Apa yang tinggal hanya kata-kata.
621
01:26:10,583 --> 01:26:13,920
Segala-galanya bercampur aduk.
Berpecah belah.
622
01:26:14,504 --> 01:26:19,634
Tak dapat membezakan angan-angan
dan mimpi dengan realiti...
623
01:26:37,860 --> 01:26:39,862
Ribut, Richard Parker.
624
01:27:07,390 --> 01:27:08,725
Tidak!
625
01:27:14,147 --> 01:27:15,481
Tidak!
626
01:27:40,173 --> 01:27:42,342
Puji-pujian kepada Tuhan!
627
01:27:43,009 --> 01:27:45,011
Tuhan kepada seluruh alam!
628
01:27:45,178 --> 01:27:48,765
Yang maha penyayang dan pengasihani!
629
01:27:55,063 --> 01:27:57,106
Keluar.
630
01:27:58,066 --> 01:28:02,737
Richard Parker! Keluarlah,
awak perlu lihat ni!
631
01:28:03,738 --> 01:28:05,782
Ia cantik!
632
01:28:16,793 --> 01:28:20,922
Jangan sembunyi!
Dia dah datang kepada kita!
633
01:28:21,089 --> 01:28:22,757
Ia satu keajaiban!
634
01:28:36,396 --> 01:28:39,941
Mari keluar dan lihat Tuhan, Richard Parker!
635
01:28:52,745 --> 01:28:55,957
Kenapa Kau menakutkan dia?
636
01:28:56,124 --> 01:28:57,166
Oh, Tuhan!
637
01:28:57,333 --> 01:29:01,963
Saya dah kehilangan keluarga saya
dan segala-galanya!
638
01:29:02,130 --> 01:29:06,592
Saya menyerah kalah!
Apa lagi yang Kau mahukan?
639
01:29:29,949 --> 01:29:32,285
Maafkan saya, Richard Parker.
640
01:32:39,972 --> 01:32:42,850
Kita semakin nazak, Richard Parker.
641
01:32:46,646 --> 01:32:49,106
Maafkan saya.
642
01:33:21,180 --> 01:33:25,810
Mak, Ayah, Ravi...
643
01:33:27,687 --> 01:33:31,190
Saya gembira dapat berjumpa
awak semua tak lama lagi.
644
01:33:39,365 --> 01:33:42,910
Awak boleh rasakan hujan ini?
645
01:34:01,429 --> 01:34:06,392
Tuhan, terima kasih atas nyawa
yang Kau berikan ini.
646
01:34:08,561 --> 01:34:10,521
Saya dah bersedia sekarang.
647
01:34:41,594 --> 01:34:43,721
Richard Parker?
648
01:36:21,986 --> 01:36:24,155
Tumpang lalu.
649
01:36:24,864 --> 01:36:26,574
Ke tepi.
650
01:36:27,366 --> 01:36:29,827
Ke tepi. Tumpang lalu.
651
01:38:42,042 --> 01:38:44,378
Hei! Hei!
652
01:38:45,337 --> 01:38:46,797
Hei, tolonglah!
653
01:38:51,802 --> 01:38:55,180
Hei, pergi. Ini katil saya.
654
01:41:03,475 --> 01:41:05,811
Ia gigi manusia?
655
01:41:05,978 --> 01:41:09,106
Awak faham tak? Pulau itu bersifat karnivor.
656
01:41:09,273 --> 01:41:12,151
Karnivor? Seperti tumbuhan Venus Flytrap?
657
01:41:12,317 --> 01:41:15,154
Ya, seluruh pulau itu.
658
01:41:15,320 --> 01:41:19,700
Tumbuh-tumbuhannya, air di kolam,
malah tanah pulau itu sendiri.
659
01:41:20,492 --> 01:41:23,370
Pada siang hari,
kolam itu dipenuhi air bersih.
660
01:41:23,537 --> 01:41:28,834
Tapi pada waktu malam, proses kimia
menukarkan airnya menjadi asid
661
01:41:29,710 --> 01:41:32,004
yang melarutkan ikan-ikan
662
01:41:32,171 --> 01:41:36,884
yang membuatkan meerkat lari ke atas pokok
dan Richard Parker ke dalam bot.
663
01:41:37,050 --> 01:41:39,052
Tapi dari mana datangnya gigi itu?
664
01:41:39,219 --> 01:41:42,014
Bertahun-tahun yang lalu,
tentu ada seorang lelaki seperti saya
665
01:41:42,181 --> 01:41:44,975
yang terkandas di pulau itu
666
01:41:45,142 --> 01:41:48,479
dan seperti saya,
ingin tinggal di situ selama-lamanya.
667
01:41:48,645 --> 01:41:53,484
Tapi apa yang pulau itu berikan pada
waktu siang, ia rampas pada waktu malam.
668
01:41:55,027 --> 01:42:00,157
Bayangkanlah, betapa lama
masa yang dia habiskan bersama meerkat.
669
01:42:00,324 --> 01:42:02,701
Kesunyian yang dia rasai.
670
01:42:03,076 --> 01:42:07,372
Yang pasti, akhirnya dia mati
dan pulau itu mencernakan dia
671
01:42:07,539 --> 01:42:10,334
kecuali giginya.
672
01:42:11,668 --> 01:42:15,088
Saya boleh bayangkan kematian saya
jika saya nak terus tinggal di pulau itu.
673
01:42:15,255 --> 01:42:17,007
Keseorangan dan dilupai.
674
01:42:17,841 --> 01:42:22,554
Meskipun saya terbunuh,
saya perlu cuba pulang ke tamadun manusia.
675
01:42:26,350 --> 01:42:29,102
Keesokan harinya, saya menyiapkan bot.
676
01:42:29,269 --> 01:42:31,396
Saya penuhkan bekalan air bersih,
677
01:42:31,563 --> 01:42:34,233
makan rumpai laut sehingga kenyang
678
01:42:34,399 --> 01:42:39,863
dan bawa meerkat sebanyak mungkin
untuk Richard Parker.
679
01:42:41,073 --> 01:42:43,075
Sudah tentu, saya tak boleh tinggalkan dia.
680
01:42:43,242 --> 01:42:45,077
Dia tentu akan mati.
681
01:42:46,912 --> 01:42:49,873
Jadi, saya tunggu dia kembali.
682
01:42:51,917 --> 01:42:53,919
Saya tahu dia takkan lambat.
683
01:42:54,086 --> 01:42:57,548
Richard Parker!
684
01:43:09,893 --> 01:43:12,396
Tiada siapa yang pernah nampak
pulau terapung itu sejak itu.
685
01:43:12,563 --> 01:43:15,816
Awak tak jumpa pokok itu dalam
mana-mana buku tentang alam semula jadi.
686
01:43:15,983 --> 01:43:20,070
Namun, jika saya tak sampai ke situ,
saya tentu dah mati.
687
01:43:20,237 --> 01:43:25,784
Jika saya tak jumpa gigi itu,
tentu saya dah mati keseorangan.
688
01:43:25,951 --> 01:43:28,412
Walaupun ketika Tuhan seperti sudah
melupakan saya
689
01:43:28,579 --> 01:43:30,122
dia masih menjaga saya.
690
01:43:30,289 --> 01:43:33,000
Walaupun ketika Dia seperti
tak mempedulikan penderitaan saya
691
01:43:33,166 --> 01:43:34,626
dia masih menjaga saya.
692
01:43:34,793 --> 01:43:38,630
Dan ketika harapan untuk saya diselamatkan
sudah tiada, dia merehatkan saya
693
01:43:38,797 --> 01:43:41,967
dan memberikan petunjuk
untuk saya meneruskan perjalanan.
694
01:43:54,771 --> 01:44:00,152
Apabila kami tiba dia pesisiran Mexico,
saya takut untuk meninggalkan bot.
695
01:44:00,694 --> 01:44:04,114
Kudrat saya sudah tiada, saya amat lemah.
696
01:44:04,281 --> 01:44:08,035
Walaupun saya hampir selamat,
saya takut yang air sedalam dua kaki itu,
697
01:44:08,201 --> 01:44:10,329
akan membuatkan saya lemas.
698
01:44:19,504 --> 01:44:23,508
Saya berusaha keras untuk ke sampai pantai
dan terdampar di atas pasir.
699
01:44:23,675 --> 01:44:25,510
Ia hangat dan lembut
700
01:44:25,677 --> 01:44:28,889
rasanya seperti melekapkan wajah
pada pipi Tuhan.
701
01:44:29,848 --> 01:44:34,353
Dan di luar sana,
Tuhan gembira kerana saya berada di situ.
702
01:44:38,357 --> 01:44:42,027
Saya terlalu penat
hingga tak mampu bergerak.
703
01:44:48,033 --> 01:44:51,203
Jadi Richard Parker pergi dulu.
704
01:44:52,579 --> 01:44:56,708
Dia meregangkan kakinya
dan berjalan di pesisiran pantai.
705
01:45:00,379 --> 01:45:03,674
Sebelum memasuki hutan, dia terhenti.
706
01:45:03,840 --> 01:45:06,259
Saya yakin dia akan berpaling
memandang saya
707
01:45:06,551 --> 01:45:09,721
melipat telinga ke kepalanya dan mengaum.
708
01:45:09,888 --> 01:45:13,892
Dan mengakhiri hubungan kami
dengan cara tertentu.
709
01:45:15,852 --> 01:45:19,064
Tapi dia terus merenung ke arah hutan.
710
01:45:22,567 --> 01:45:25,195
Dan dengan itu, Richard Parker,
teman saya yang ganas,
711
01:45:25,362 --> 01:45:28,031
yang jahat dan penyebab saya terus hidup
712
01:45:30,784 --> 01:45:34,413
pergi selama-lamanya dari hidup saya.
713
01:45:40,419 --> 01:45:43,922
Selepas beberapa jam,
seorang lelaki menemui saya.
714
01:45:44,423 --> 01:45:47,592
Dia pergi dan kembali dengan
beberapa orang yang menyelamatkan saya.
715
01:45:49,761 --> 01:45:51,972
Saya menangis teresak-esak.
716
01:45:52,139 --> 01:45:56,476
Bukan kerana terlalu gembira kerana selamat,
walaupun saya memang gembira.
717
01:45:57,394 --> 01:46:03,567
Tapi kerana Richard Parker
telah meninggalkan saya begitu saja.
718
01:46:04,985 --> 01:46:07,612
Ia amat mengecewakan saya.
719
01:46:12,993 --> 01:46:15,912
Betul kata ayah saya.
720
01:46:16,079 --> 01:46:18,790
Richard Parker tak pernah
anggap saya sebagai rakannya.
721
01:46:19,416 --> 01:46:23,295
Selepas apa yang kami lalui,
dia langsung tak berpaling ke belakang.
722
01:46:24,463 --> 01:46:26,339
Tapi saya perlu percaya apa yang di matanya
723
01:46:26,506 --> 01:46:29,509
bukan sekadar
pantulan perasaan saya sendiri.
724
01:46:29,676 --> 01:46:31,970
Saya tahu. Saya dapat rasakannya.
725
01:46:32,846 --> 01:46:35,098
Walaupun saya tak dapat membuktikannya.
726
01:46:40,353 --> 01:46:41,855
Terlalu banyak benda yang saya tinggalkan.
727
01:46:42,022 --> 01:46:45,442
Keluarga saya, zoo, India, Anandi.
728
01:46:45,817 --> 01:46:49,821
Akhirnya, saya terbiasa memisahkan diri.
729
01:46:50,614 --> 01:46:53,492
Tapi apa yang paling menyedihkan saya
730
01:46:53,658 --> 01:46:57,204
ialah saya tak pernah mengambil masa
untuk mengucapkan selamat tinggal.
731
01:46:58,955 --> 01:47:03,126
Saya tak sempat berterima kasih
kepada ayah saya atas segala ajarannya.
732
01:47:03,293 --> 01:47:06,338
Tak sempat memberitahu dia,
yang tanpa ajarannya,
733
01:47:06,838 --> 01:47:09,132
saya tentu takkan selamat.
734
01:47:11,218 --> 01:47:14,888
Saya tahu Richard Parker seekor harimau,
tapi kalaulah saya dapat kata,
735
01:47:15,055 --> 01:47:17,724
"Ia dah berakhir. Kita dah selamat.
736
01:47:17,891 --> 01:47:21,686
"Terima kasih kerana menyelamatkan saya.
Saya sayang awak, Richard Parker.
737
01:47:21,853 --> 01:47:24,564
"Awak akan sentiasa di hati saya."
738
01:47:26,149 --> 01:47:28,527
"Semoga Tuhan sentiasa melindungi awak."
739
01:47:35,700 --> 01:47:38,036
Saya tak tahu apa nak kata.
740
01:47:44,334 --> 01:47:46,878
Sukar dipercayai, bukan?
741
01:47:49,881 --> 01:47:52,092
Terlalu banyak untuk saya fahami.
742
01:47:52,551 --> 01:47:55,220
Mencari makna semua itu.
743
01:47:55,387 --> 01:47:59,224
Jika ia dah berlaku, ia dah berlaku.
Kenapa perlu ada makna di sebaliknya?
744
01:48:00,767 --> 01:48:03,728
Sesetengahnya terlalu luar biasa.
745
01:48:03,895 --> 01:48:06,231
Saya seorang saja yang terselamat
daripada kejadian itu.
746
01:48:06,857 --> 01:48:10,068
Jadi, syarikat kapal Jepun itu hantar
dua orang untuk berjumpa saya
747
01:48:10,235 --> 01:48:13,029
di hospital Mexico di mana saya dirawat.
748
01:48:15,073 --> 01:48:17,033
Saya masih ada salinan laporan itu.
749
01:48:19,244 --> 01:48:22,247
Mereka nak buat tuntutan insurans
750
01:48:22,414 --> 01:48:25,375
dan mereka ingin tahu
kenapa kapal itu karam.
751
01:48:26,418 --> 01:48:27,794
Mereka juga tak percaya cerita saya.
752
01:48:27,961 --> 01:48:30,922
LAPORAN INSURANS 19 Februari 1978
753
01:48:31,089 --> 01:48:34,759
Beribu-ribu meerkat di pulau karnivor
yang terapung
754
01:48:34,926 --> 01:48:36,928
tapi tiada siapa pun pernah melihatnya?
755
01:48:37,095 --> 01:48:39,806
Ya, seperti yang saya dah beritahu awak.
756
01:48:39,973 --> 01:48:41,766
Buah pisang tak terapung.
757
01:48:41,933 --> 01:48:43,393
Kenapa awak cakap tentang buah pisang?
758
01:48:43,560 --> 01:48:46,271
Awak kata orang utan mengapungkan awak
atas selonggok buah pisang.
759
01:48:46,438 --> 01:48:48,231
Tapi buah pisang tak boleh terapung.
760
01:48:48,398 --> 01:48:49,774
Awak pasti tentang tu?
761
01:48:49,941 --> 01:48:52,444
Sudah tentu ia boleh terapung. Cubalah.
762
01:48:53,320 --> 01:48:57,490
Walau bagaimanapun, kita tak datang
untuk bercakap tentang pisang atau meerkat.
763
01:48:57,657 --> 01:49:00,994
Saya dah beritahu satu cerita yang panjang
dan saya amat letih.
764
01:49:01,161 --> 01:49:06,082
Kami di sini sebab sebuah kapal kargo Jepun
karam di lautan Pasifik.
765
01:49:06,249 --> 01:49:08,668
Ia sesuatu yang saya takkan lupakan.
766
01:49:09,836 --> 01:49:12,297
Saya dah kehilangan
semua ahli keluarga saya.
767
01:49:17,135 --> 01:49:18,803
Berikan dia air.
768
01:49:21,181 --> 01:49:23,475
Kami tak berniat memaksa awak.
769
01:49:24,476 --> 01:49:27,354
Dan kami amat bersimpati.
770
01:49:27,520 --> 01:49:29,522
Tapi kami dah datang jauh
771
01:49:29,689 --> 01:49:32,859
tapi kami langsung tak memahami
sebab kapal itu karam.
772
01:49:33,026 --> 01:49:35,153
Saya tak tahu.
773
01:49:35,320 --> 01:49:36,863
Saya sedang tidur.
Sesuatu mengejutkan saya.
774
01:49:37,030 --> 01:49:39,616
Ia mungkin satu letupan, tapi saya tak pasti.
775
01:49:39,783 --> 01:49:41,660
Kemudian, kapal itu tenggelam.
776
01:49:42,202 --> 01:49:43,870
Apa lagi yang awak nak daripada saya?
777
01:49:44,037 --> 01:49:46,331
Cerita yang takkan buat kami kelihatan
seperti orang bodoh.
778
01:49:46,498 --> 01:49:49,501
Kami perlukan kisah yang lebih ringkas
untuk laporan kami.
779
01:49:49,668 --> 01:49:51,836
Yang mudah untuk syarikat kami faham.
780
01:49:52,128 --> 01:49:54,673
Cerita yang boleh dipercayai.
781
01:49:57,467 --> 01:50:00,470
Kisah tanpa benda-benda
yang awak tak pernah lihat.
782
01:50:00,971 --> 01:50:02,305
Betul tu.
783
01:50:02,472 --> 01:50:06,643
Tanpa kejutan. Tanpa haiwan atau pulau.
784
01:50:06,810 --> 01:50:09,521
Ya. Kisah sebenar.
785
01:50:17,988 --> 01:50:20,740
Jadi, apa yang awak buat?
786
01:50:24,911 --> 01:50:27,247
Saya beritahu cerita lain.
787
01:50:28,039 --> 01:50:29,207
Kami berempat terselamat.
788
01:50:30,166 --> 01:50:32,711
Tukang masak dan si kelasi
dah di atas bot keselamatan.
789
01:50:33,003 --> 01:50:34,838
Tukang masak lontar pelampung
dan tarik saya ke atas bot
790
01:50:35,005 --> 01:50:38,550
dan Mak berpaut kepada buah pisang
sehingga berjaya naik ke atas bot.
791
01:50:40,093 --> 01:50:43,054
Tukang masak itu amat menjijikkan.
792
01:50:43,221 --> 01:50:45,515
Dia makan tikus.
793
01:50:45,682 --> 01:50:48,768
Makanan cukup untuk beberapa minggu,
tapi apabila dia jumpa tikus,
794
01:50:48,935 --> 01:50:52,605
dia bunuh, keringkannya di bawah matahari
dan makan tikus tu.
795
01:50:52,772 --> 01:50:55,025
Lelaki itu amat ganas.
796
01:50:56,776 --> 01:50:59,070
Tapi dia sangat kreatif.
797
01:50:59,863 --> 01:51:03,450
Dia yang beri idea bina rakit
untuk tangkap ikan.
798
01:51:03,616 --> 01:51:06,870
Tanpa dia,
kami tentu awal-awal lagi dah mati.
799
01:51:09,080 --> 01:51:13,626
Kelasi itu ialah penganut agama Buddha
yang bawa nasi dan kuah itu.
800
01:51:13,793 --> 01:51:17,213
Kami kurang faham kata-katanya,
kami cuma tahu yang dia dalam kesakitan.
801
01:51:17,630 --> 01:51:19,799
Kakinya patah semasa dia jatuh.
802
01:51:19,966 --> 01:51:23,094
Kami cuba mengampunya sebaik mungkin,
tapi kakinya dijangkiti kuman
803
01:51:23,470 --> 01:51:27,974
dan tukang masak kata kami perlu
buat sesuatu, jika tidak, dia akan mati.
804
01:51:28,558 --> 01:51:31,936
Tukang masak kata, dia akan buat sendiri,
tapi saya dan Mak perlu pegang dia.
805
01:51:32,103 --> 01:51:34,647
Saya percaya kata-katanya,
kami perlu melakukannya.
806
01:51:35,315 --> 01:51:37,108
Jadi...
807
01:51:38,777 --> 01:51:41,946
Saya asyik kata,
"Maafkan saya, maafkan saya."
808
01:51:42,113 --> 01:51:45,950
Dan dia terus memandang saya. Matanya...
809
01:51:49,120 --> 01:51:52,582
Saya tak mungkin dapat memahami
penderitaan lelaki itu.
810
01:51:53,750 --> 01:51:55,960
Saya masih boleh dengar suaranya.
811
01:51:56,628 --> 01:52:00,298
Penganut agama Buddha
yang hanya makan nasi dengan kuah.
812
01:52:05,595 --> 01:52:07,639
Kami gagal menyelamatkan dia.
813
01:52:07,806 --> 01:52:09,140
Dia mati.
814
01:52:10,308 --> 01:52:12,352
Keesokan paginya, tukang masak tu
tangkap ikan pertamanya
815
01:52:12,519 --> 01:52:15,605
dan pada mulanya, saya tak faham
apa yang dia dah buat, tapi Mak tahu
816
01:52:15,772 --> 01:52:18,691
dan Mak amat marah.
817
01:52:19,526 --> 01:52:21,486
Dia kata, "Berhenti merungut
dan bergembiralah."
818
01:52:21,653 --> 01:52:24,489
"Kita perlu makanan, jika tidak, kita akan
mati. Itulah matlamatnya."
819
01:52:24,656 --> 01:52:26,491
Mak tanya, "Apa matlamatnya?"
820
01:52:26,658 --> 01:52:30,829
"Awak biarkan dia mati
untuk mendapatkan umpan, setan!"
821
01:52:32,330 --> 01:52:33,373
Tukang masak tu mengamuk.
822
01:52:33,540 --> 01:52:35,542
Dia menuju ke arah Mak
dengan penumbuknya
823
01:52:35,708 --> 01:52:38,795
dan Mak tampar muka dia dengan kuat.
824
01:52:38,962 --> 01:52:40,839
Saya terperanjat.
825
01:52:41,005 --> 01:52:43,466
Saya fikir dia tentu akan terus bunuh Mak.
826
01:52:44,801 --> 01:52:46,678
Tapi dia tak bunuh.
827
01:52:48,513 --> 01:52:51,307
Tapi tukang masak terus menggunakan
umpan yang sama.
828
01:52:52,517 --> 01:52:54,060
Kelasi itu...
829
01:52:55,854 --> 01:52:58,189
Mayatnya jadi seperti bangkai tikus itu.
830
01:53:00,900 --> 01:53:03,361
Tukang masak itu memang kreatif.
831
01:53:07,532 --> 01:53:09,701
Seminggu selepas itu, dia...
832
01:53:11,494 --> 01:53:13,663
Disebabkan saya.
833
01:53:13,830 --> 01:53:16,708
Semuanya kerana saya tak dapat pegang
seekor penyu.
834
01:53:17,333 --> 01:53:19,836
Ia terlepas daripada tangan saya
dan berenang pergi.
835
01:53:20,003 --> 01:53:22,338
Tukang masak itu tumbuk tepi muka saya,
836
01:53:22,505 --> 01:53:24,716
gigi saya berkeletak dan saya hampir pitam.
837
01:53:24,883 --> 01:53:26,050
Saya fikir dia akan tumbuk sekali lagi,
838
01:53:26,217 --> 01:53:28,178
tapi Mak pukul dia berkali-kali
839
01:53:28,344 --> 01:53:30,054
sambil memekik, "Setan, setan!"
840
01:53:30,221 --> 01:53:31,723
Dia suruh saya lari ke atas rakit.
841
01:53:33,683 --> 01:53:36,436
Saya ingat dia akan ikut saya,
jika tidak, saya tentu takkan...
842
01:53:39,397 --> 01:53:42,025
Saya tak tahu
kenapa saya tak biarkan dia pergi dulu.
843
01:53:44,027 --> 01:53:46,362
Setiap hari, saya terfikirkan kejadian itu.
844
01:53:52,410 --> 01:53:56,080
Saya lompat keluar dan pusing belakang
sebaik saja pisau itu dikeluarkan.
845
01:53:59,959 --> 01:54:02,420
Tiada apa lagi yang boleh saya buat.
846
01:54:04,255 --> 01:54:06,257
Saya tak dapat berpaling ke arah lain.
847
01:54:10,553 --> 01:54:12,931
Dia buang badan Mak ke dalam laut.
848
01:54:14,599 --> 01:54:18,478
Kemudian, ikan jerung datang,
dan saya nampak apa yang ia...
849
01:54:23,233 --> 01:54:24,776
Saya nampak.
850
01:54:30,949 --> 01:54:33,493
Keesokan harinya, saya bunuh dia.
851
01:54:34,619 --> 01:54:37,455
Dia langsung tak melawan.
Dia tahu dia dah melampaui batas,
852
01:54:37,622 --> 01:54:39,832
walaupun bagi seseorang sepertinya.
853
01:54:41,751 --> 01:54:46,506
Dia tinggalkan pisau di atas bangku
dan saya bunuh dia.
854
01:54:49,300 --> 01:54:52,512
Dia sangat jahat,
tapi apa yang lebih teruk ialah dia...
855
01:54:54,472 --> 01:54:57,267
Dia membuatkan saya berlaku jahat.
856
01:54:58,685 --> 01:55:01,104
Itu satu hakikat yang saya perlu terima.
857
01:55:07,819 --> 01:55:10,488
Saya keseorangan di atas bot keselamatan
858
01:55:11,447 --> 01:55:14,284
yang terapung di Lautan Pasifik.
859
01:55:14,993 --> 01:55:16,828
Dan saya terselamat.
860
01:55:21,958 --> 01:55:25,169
Selepas itu, mereka dah tiada soalan.
861
01:55:25,336 --> 01:55:29,048
Nampaknya, penyiasat itu
tak menyukai cerita saya.
862
01:55:29,841 --> 01:55:34,387
Tapi mereka berterima kasih kepada saya,
ucap selamat dan tinggalkan saya.
863
01:55:41,060 --> 01:55:43,187
Dalam kisah itu,
864
01:55:45,857 --> 01:55:48,318
kedua-dua kuda belang dan kelasi itu
865
01:55:48,735 --> 01:55:50,695
patah kaki.
866
01:55:51,070 --> 01:55:54,324
Dubuk itu bunuh kuda belang dan
orang utan.
867
01:55:54,699 --> 01:55:58,745
Jadi, dubuk itu ialah tukang masak tu.
868
01:55:59,037 --> 01:56:01,372
Kelasi itu ialah kuda belang.
869
01:56:01,706 --> 01:56:04,500
Mak awak ialah orang utan.
870
01:56:04,834 --> 01:56:07,879
Dan awak adalah
871
01:56:08,755 --> 01:56:11,215
harimau itu.
872
01:56:15,219 --> 01:56:17,013
Boleh saya tanya awak sesuatu?
873
01:56:18,514 --> 01:56:20,350
Sudah tentu boleh.
874
01:56:20,516 --> 01:56:24,354
Saya dah beritahu dua kisah
tentang apa yang berlaku di laut.
875
01:56:24,520 --> 01:56:27,774
Kedua-duanya tak menerangkan
kenapa kapal itu karam
876
01:56:27,940 --> 01:56:32,070
dan tiada siapa pun boleh membuktikan
yang mana satu kisah benar.
877
01:56:32,236 --> 01:56:35,615
Dalam kedua-dua kisah itu, kapal itu karam,
878
01:56:35,782 --> 01:56:38,743
keluarga saya meninggal dunia
dan saya menderita.
879
01:56:39,202 --> 01:56:40,578
Benar.
880
01:56:43,206 --> 01:56:45,458
Jadi, kisah yang mana satu awak suka?
881
01:56:52,965 --> 01:56:55,134
Kisah tentang harimau tu.
882
01:56:56,094 --> 01:56:58,429
Itu kisah yang lebih bagus.
883
01:57:01,766 --> 01:57:03,434
Terima kasih.
884
01:57:04,102 --> 01:57:06,437
Begitu jugalah dengan Tuhan.
885
01:57:18,241 --> 01:57:20,076
Betul kata Mamaji.
886
01:57:21,077 --> 01:57:23,287
Ia kisah yang amat hebat.
887
01:57:24,789 --> 01:57:26,666
Boleh tak saya menulisnya?
888
01:57:26,833 --> 01:57:28,292
Sudah tentu boleh.
889
01:57:28,459 --> 01:57:31,629
Lagipun, bukankah itu sebabnya
Mamaji suruh awak datang ke sini?
890
01:57:35,633 --> 01:57:37,301
Isteri dah balik.
891
01:57:37,468 --> 01:57:39,512
Awak nak makan malam bersama?
Dia pandai masak.
892
01:57:39,679 --> 01:57:40,805
Saya tak tahu pun yang awak beristeri.
893
01:57:40,972 --> 01:57:43,266
Dan ada seekor kucing dan dua orang anak.
894
01:57:43,850 --> 01:57:46,269
Jadi, kisah awak berakhir dengan gembira.
895
01:57:46,686 --> 01:57:49,313
Itu bergantung kepada awak.
896
01:57:49,689 --> 01:57:52,024
Kisah itu milik awak sekarang.
897
01:58:09,459 --> 01:58:13,671
"Kisah En. Patel adalah kisah hebat
tentang keberanian dan kecekalan
898
01:58:13,838 --> 01:58:16,799
"yang tiada tandingannya
dalam sejarah kapal karam.
899
01:58:16,966 --> 01:58:21,179
"Tak ramai yang selamat
setelah terdampar lama di lautan
900
01:58:21,345 --> 01:58:23,973
"dan tiada yang ditemani
901
01:58:24,140 --> 01:58:26,809
"seekor harimau Bengal dewasa."
902
01:58:30,897 --> 01:58:33,649
Kita ada tetamu.
Saya nak perkenalkan kepada awak.
903
01:58:34,567 --> 01:58:35,735
- Hai.
- Hai.
904
01:58:36,027 --> 01:58:37,278
Saya gembira berjumpa awak.
905
01:58:37,445 --> 01:58:38,696
Adita.
906
01:58:39,655 --> 01:58:40,907
Ravi.