1
00:00:00,440 --> 00:00:03,280
Di bumi mitos dan
zaman sihir..
2
00:00:03,280 --> 00:00:05,000
..takdir sebuah kerajaan
yang gah...
3
00:00:05,001 --> 00:00:08,000
..terletak di bahu seorang lelaki...
4
00:00:08,001 --> 00:00:10,320
Namanya..
5
00:00:10,320 --> 00:00:11,600
Merlin.
6
00:00:24,469 --> 00:00:27,125
Oh! Tuanku nampak tadi?!
7
00:00:29,068 --> 00:00:30,979
Lelaki baling lidi ke udara.
8
00:00:32,360 --> 00:00:34,910
Apa masalahnya?
Hari ini hari lahir tuanku.
9
00:00:34,910 --> 00:00:36,440
Pesta besar-besaran sedang
diadakan untuk tuanku.
10
00:00:36,440 --> 00:00:39,720
Ada penari, pengimbang dan
akrobat untuk hiburkan tuanku.
11
00:00:42,480 --> 00:00:44,160
Tentunya ini "beban" yang berat.
12
00:00:44,160 --> 00:00:46,794
Mungkin beta hanya tidak mudah
berasa kagum seperti kamu.
13
00:00:46,794 --> 00:00:48,280
Patik tidak sabar
melihat persembahan itu.
14
00:00:48,280 --> 00:00:50,218
Sebab fikiran kamu macam budak kecil.
15
00:00:50,580 --> 00:00:53,140
Tapi, aku tetap lebih
bijak dari kamu.
16
00:00:53,140 --> 00:00:54,180
Beta dengar tu!
17
00:01:02,002 --> 00:01:04,444
Kamu terhilang sesuatukah, Geldred?
18
00:01:04,972 --> 00:01:08,444
Hadiah istimewa kita untuk Putera.
Aku tidak jumpa di mana-mana!
19
00:01:09,020 --> 00:01:13,940
Geldred, aku sendiri telah pastikan
"hadiah" ini selamat.
20
00:01:17,780 --> 00:01:20,100
Kita mesti pastikan bahawa
pesta ini...
21
00:01:20,100 --> 00:01:23,260
...pesta yang tidak dapat
dilupakan sang Putera.
22
00:01:56,299 --> 00:01:58,942
Majlis mesyuarat telah bincangkan
cukai tahunan pagi ini.
23
00:01:58,942 --> 00:02:00,260
Mereka bercadang supaya
kita naikkan...
24
00:02:00,260 --> 00:02:02,580
..tapi, anakanda rasa rakyat
terlalu dibebani.
25
00:02:02,580 --> 00:02:07,036
Janganlah kita berbicara soal
majlis mesyuarat hari ini.
26
00:02:07,588 --> 00:02:09,999
- Ayahanda?
- Kamu sangka ayahanda lupa..
27
00:02:09,999 --> 00:02:13,980
..bahawa hari ini hari lahir kamu?
28
00:02:18,880 --> 00:02:24,320
Ayahanda anggapkan tentu ada
pesta malam ini?
29
00:02:24,320 --> 00:02:29,080
Jamuan makan dan sedikit
hiburan.
30
00:02:29,080 --> 00:02:31,240
Anakanda akan ceritakan
tentangnya besok.
31
00:02:31,240 --> 00:02:32,280
Merepek.
32
00:02:34,480 --> 00:02:37,960
Kamu fikir ayahanda mahu terlepas meraikan
hari lahir anak lelaki ayahanda?
33
00:02:50,774 --> 00:02:54,293
S04E03-THE WICKED DAY
(hari yang malang)
34
00:02:58,760 --> 00:03:00,360
Saya perlukan seorang sukarelawan.
35
00:03:00,360 --> 00:03:03,560
Putera Arthur. Keadaan manakah yang
lebih sesuai...
36
00:03:03,560 --> 00:03:06,600
...untuk tuanku pamerkan
keberanian tuanku?
37
00:03:06,600 --> 00:03:09,160
Sudikah tuanku terima
cabaran ini?
38
00:03:12,000 --> 00:03:13,040
Sudah tentu.
39
00:03:20,080 --> 00:03:24,040
- Selamatkah?
- Baling pisau, tentulah tidak selamat.
Tapi, beta tidak boleh menolak.
40
00:03:40,040 --> 00:03:43,560
Jangan risau, tuanku.
Patik jarang sekali terlepas sasaran.
41
00:03:43,560 --> 00:03:44,840
Baguslah. Lega mendengarnya.
42
00:03:44,840 --> 00:03:46,120
Izinkan patik?
43
00:05:06,120 --> 00:05:07,920
Tengok, Merlin.
Tiada apa nak dirisaukan.
44
00:05:11,880 --> 00:05:13,000
Dalam tempoh beberapa jam...
45
00:05:13,000 --> 00:05:15,800
...ubat penenang pada epal
itu akan mula terasa.
46
00:05:15,800 --> 00:05:18,720
Putera tidak mampu pertahankan diri.
Ketika itulah kita serang.
47
00:05:25,400 --> 00:05:28,800
Tuanku tidak takut
walau sedikit pun?
48
00:05:28,800 --> 00:05:31,120
Tentulah tidak.
Beta ialah pahlawan.
49
00:05:31,120 --> 00:05:34,280
Beta belajar mengawal ketakutan.
Cara menumpukannya.
50
00:05:37,600 --> 00:05:38,680
Tuanku nampak takut.
51
00:05:40,236 --> 00:05:42,389
Gembira melihat
ayahanda beta terhibur.
52
00:05:43,800 --> 00:05:46,280
Tapi, dia agak senyap
di penghujung pesta.
53
00:05:46,280 --> 00:05:47,960
Mungkin beta patut pergi
tengok dia.
54
00:05:47,960 --> 00:05:50,560
Tuanku yakin itu cadangan yang baik?
Berdiri pun tidak tegak.
55
00:05:50,560 --> 00:05:52,640
- Kamu kata beta mabuk?
- Tidak, patik cuma cakap..
56
00:05:52,640 --> 00:05:53,920
..tuanku tidak patut..
57
00:05:53,920 --> 00:05:56,120
- ..berjalan-jalan sekitar istana.
- Kenapa pula?
58
00:05:56,120 --> 00:05:57,880
Tuanku tidak pakai seluar.
59
00:06:00,000 --> 00:06:01,040
Kamu benar.
60
00:06:55,051 --> 00:06:55,823
Pengawal!
61
00:06:56,934 --> 00:06:58,239
Pengawal!
62
00:07:05,640 --> 00:07:07,360
Selamat tinggal, Arthur Pendragon.
63
00:07:09,840 --> 00:07:13,320
Pengecut seperti kamu tidak mampu
bunuh anak beta.
64
00:07:45,480 --> 00:07:48,400
Kamu ada kata-kata terakhir untuk anak kamu
sebelum aku bunuh dia?
65
00:08:17,548 --> 00:08:18,600
Ayahanda?
66
00:08:28,680 --> 00:08:31,840
Tidak. Pengawal!
67
00:08:32,960 --> 00:08:35,040
- Anakanda pergi dapatkan bantuan.
- Jangan pergi.
68
00:08:35,040 --> 00:08:36,760
Saya di sini, ayahanda.
69
00:08:39,880 --> 00:08:41,242
Pengawal!
70
00:08:42,203 --> 00:08:43,402
Siapa-siapa.
71
00:08:43,402 --> 00:08:45,507
Kami perlu bantuan.
72
00:08:45,800 --> 00:08:50,120
- Masanya dah tiba.
- Tidak. Ayahanda tidak boleh mati.
73
00:08:50,120 --> 00:08:54,120
Ayahanda tahu kamu akan buat
ayahanda bangga, sentiasa.
74
00:08:54,120 --> 00:08:58,800
- Kamu akan jadi raja yang hebat.
- Anakanda belum sedia.
75
00:08:58,800 --> 00:09:03,920
- Kamu dah sedia agak lama, Arthur.
- Tidak, anakanda perlukan ayahanda.
76
00:09:03,920 --> 00:09:07,320
Ayahanda tahu,
ayahanda bukan ayah yang baik.
77
00:09:07,320 --> 00:09:10,360
Ayahanda utamakan tugas untuk Camelot.
Maafkan ayahanda.
78
00:09:10,360 --> 00:09:11,400
Janganlah kata begitu.
79
00:09:13,280 --> 00:09:14,800
Tapi, ketahuilah ini, Arthur.
80
00:09:17,240 --> 00:09:18,400
Ayahanda sentiasa sayang kamu.
81
00:09:39,960 --> 00:09:43,720
Gaius. Bolehkah kamu ubati dia?
82
00:09:45,160 --> 00:09:48,760
Mata pisau telah melukai jantungnya.
Dia berdarah di dalam.
83
00:09:48,760 --> 00:09:50,440
Tentu ada sesuatu cara.
84
00:09:50,440 --> 00:09:53,480
Tentu ada sesuatu yang kamu
boleh lakukan, Gaius.
85
00:09:53,480 --> 00:09:56,080
Baginda hanya menunggu
masa sahaja.
86
00:09:57,120 --> 00:09:58,320
Maafkan patik, Arthur.
87
00:10:08,400 --> 00:10:11,440
Kami telah menjejak pembunuh itu
sampai ke kota Wenham. Kawasan Odin.
88
00:10:11,440 --> 00:10:16,160
Nampaknya, Odin upah dia untuk bunuh kamu
demi menuntut bela kematian anaknya.
89
00:10:16,160 --> 00:10:20,800
Simpati kami untuk kamu, Arthur.
Tetapi, jika ada apa-apa yang pak cik boleh lakukan...
90
00:10:21,920 --> 00:10:24,240
Sokongan pak cik sangat bermakna
untuk beta. Terima kasih.
91
00:10:36,800 --> 00:10:39,120
- Bagaimana keadaan ayahanda beta.
- Tiada perubahan.
92
00:10:41,022 --> 00:10:42,720
Jadi, kenapa Gaius tidak
melakukan apa-apa?
93
00:10:42,720 --> 00:10:45,800
Sebab sudah tiada apa
lagi yang boleh dilakukan.
94
00:11:03,880 --> 00:11:07,280
Begitukah caranya
menyambut kawan lama?
95
00:11:07,280 --> 00:11:08,760
Aku tidak menjangka
kehadiran kamu hari ini.
96
00:11:08,760 --> 00:11:10,720
Aku mesti jumpa kamu.
Ada berita baik.
97
00:11:12,000 --> 00:11:15,000
Lebih baik dari apa
yang kita harapkan.
98
00:11:15,000 --> 00:11:16,040
Apakah ia?
99
00:11:16,040 --> 00:11:21,440
Uther telah cedera parah.
Dia terlantar menunggu mati.
100
00:11:21,440 --> 00:11:23,600
Kata Gaius, dia cuma ada
beberapa hari untuk hidup.
101
00:11:25,280 --> 00:11:27,520
Aku harap bayangan
wajahku menghantuinya.
102
00:11:29,680 --> 00:11:34,600
- Bagaimana Arthur?
- Kecewa. Budak itu tidak dapat berfikir dengan waras.
103
00:11:34,600 --> 00:11:36,800
Jadi, kita mesti serang semasa
dia sedang lemah.
104
00:11:36,800 --> 00:11:39,600
Apabila Uther mangkat, kerajaan
akan jadi lemah.
105
00:11:43,440 --> 00:11:46,960
Kita mesti pilih masa yang
sesuai dengan cermat.
106
00:11:48,920 --> 00:11:51,680
Siapa tahu apakah peluang
di minggu hadapan?
107
00:12:06,769 --> 00:12:11,400
Beta hargai kebaikan kamu.
Semua yang kamu lakukan untuk baginda.
108
00:12:13,200 --> 00:12:14,360
Patik lakukan untuk kamu.
109
00:12:18,240 --> 00:12:22,520
- Ada apa Arthur?
- Beta tidak boleh lihat dia mangkat.
110
00:12:27,280 --> 00:12:30,920
Ada begitu banyak lagi yang
beta mahu ceritakan kepadanya.
111
00:12:36,360 --> 00:12:37,400
Dia tidak boleh mangkat.
112
00:13:02,560 --> 00:13:03,720
Apa yang berlaku?
113
00:13:04,720 --> 00:13:06,600
Persediaan untuk ayahanda tuanku.
114
00:13:07,587 --> 00:13:09,515
Rakyat ingin berkongsi kedukaan.
115
00:13:09,660 --> 00:13:11,640
Mengapa mereka berkelakuan
seolah-olah Raja sudah mangkat...
116
00:13:11,640 --> 00:13:14,717
...sedangkan roh baginda masih
di dalam jasad.
117
00:13:14,752 --> 00:13:17,480
Mereka bersedia jika
keadaan menjadi buruk.
118
00:13:20,800 --> 00:13:24,040
- Mereka boleh berputus harap. Tetapi, beta tidak.
- Patik tahu.
119
00:13:26,920 --> 00:13:29,480
Sukar menerima kenyataan,
patik harap ini tidak terjadi, tapi...
120
00:13:36,000 --> 00:13:38,520
..memang sudah tiada apa lagi
yang boleh dilakukan.
121
00:13:43,120 --> 00:13:45,200
Ada satu cara yang boleh
sembuhkan ayahanda beta.
122
00:13:47,520 --> 00:13:48,760
Bagaimana?
123
00:13:52,240 --> 00:13:53,520
Dengan sihir.
124
00:13:57,320 --> 00:14:00,040
- Arthur merancang menggunakan sihir?
- Dia terdesak.
125
00:14:00,040 --> 00:14:02,120
Dia tahu ini satu-satunya harapan
untuk pulihkan Uther.
126
00:14:03,320 --> 00:14:06,160
Merlin, tolong beritahu aku bahawa
kamu tidak akan lakukannya.
127
00:14:06,160 --> 00:14:08,080
Saya menipu jika saya katakan tidak.
128
00:14:08,080 --> 00:14:11,200
Kamu akan akibatkan diri kamu terdedah.
Ini terlalu bahaya.
129
00:14:11,200 --> 00:14:13,440
Arthur tidak kenal saya kali yang lepas,..
130
00:14:13,440 --> 00:14:14,940
...bila saya berusia 80 tahun.
131
00:14:14,940 --> 00:14:16,377
Tiada sebab kenapa dia dapat cam
kali ini.
132
00:14:16,377 --> 00:14:19,280
Perlukah aku ingatkan kamu,
kali terakhir kamu gunakan mantera penuaan...
133
00:14:19,280 --> 00:14:22,080
-...kamu nyaris dibakar di pancang.
- Ini risiko yang perlu.
134
00:14:22,080 --> 00:14:25,560
Kamu fikir Uther akan berterima kasih kepada kamu
kerana sembuhkan baginda dengan sihir?
135
00:14:25,560 --> 00:14:27,520
Dia lebih suka lihat kamu digantung.
136
00:14:27,520 --> 00:14:30,720
Uther tidak akan ubah pandangannya
terhadap sihir, saya tahu.
137
00:14:30,720 --> 00:14:33,280
Tapi, jika Arthur benarkan sihir digunakan untuk
sembuhkan ayahandanya,
138
00:14:33,280 --> 00:14:35,120
..pandangan dia akan berubah
selama-lamanya.
139
00:14:35,120 --> 00:14:36,960
Dia akan lihat, sihir boleh
menjadi kuasa kebaikan.
140
00:14:36,960 --> 00:14:39,840
Dalam ramai-ramai orang, kamu
sepatutnya lebih arif...
141
00:14:39,840 --> 00:14:42,160
..bahawa penggunaan sihir
penuh dengan bahaya.
142
00:14:42,160 --> 00:14:45,560
- Jika ini berkesan, saya tidak perlu sembunyi lagi.
- Kalau tidak berjaya?
143
00:14:45,560 --> 00:14:47,920
Aku tidak boleh melihat saja
kamu berbuat begini, Merlin.
144
00:14:47,920 --> 00:14:50,695
Jadi, jangan cuba hentikan saya sebab...
145
00:14:51,638 --> 00:14:52,814
..kamu tidak boleh.
146
00:14:58,000 --> 00:15:00,320
Kamu bermain permainan
yang bahaya, Merlin.
147
00:15:02,160 --> 00:15:03,880
Saya dah bermain permainan
yang bahaya..
148
00:15:03,880 --> 00:15:06,000
...semenjak saya jejakkan
kaki di Camelot.
149
00:15:08,240 --> 00:15:10,360
Mungkin ini peluang saya
untuk mengubahnya.
150
00:15:19,200 --> 00:15:20,323
Jadi?
151
00:15:20,323 --> 00:15:22,172
Apa kata Gaius?
Dia ada sebarang maklumat?
152
00:15:22,172 --> 00:15:22,949
Tidak banyak.
153
00:15:22,949 --> 00:15:25,120
Tapi, dia terdengar cerita
mengenai seorang penyihir tua..
154
00:15:25,120 --> 00:15:27,160
..yang tinggal di Hutan Glaistig.
155
00:15:27,160 --> 00:15:29,080
Gaius fikir dia mungkin boleh tolong.
156
00:15:29,080 --> 00:15:31,200
Adakah Gaius akan tunjukkan jalan
kepada orang itu?
157
00:15:31,200 --> 00:15:35,240
Gaius dah beritahu patik semua yang dia tahu.
Kita yang mesti mencarinya.
158
00:15:37,680 --> 00:15:40,960
Jika kamu ialah beta.
Jika itu ialah ayah kamu...
159
00:15:43,640 --> 00:15:45,920
..adakah kamu akan guna sihir untuk
selamatkan nyawanya?
160
00:15:49,440 --> 00:15:51,600
Ya, patik akan buat apa
sahaja yang diperlukan.
161
00:16:01,720 --> 00:16:05,080
Persiapkan kuda, kumpulkan bekalan.
162
00:16:05,080 --> 00:16:07,000
Kita bertolak menjelang subuh.
163
00:16:24,200 --> 00:16:27,440
Arthur. Apa berita tentang ayahanda kamu?
164
00:16:28,880 --> 00:16:30,680
Tiada perubahan, nampaknya.
165
00:16:30,680 --> 00:16:32,320
Ada sesuatu di fikiran kamu.
166
00:16:35,200 --> 00:16:37,360
Beta tidak mahu berbuat sesuatu
di belakang pak cik.
167
00:16:40,600 --> 00:16:43,600
Beta putuskan untuk guna sihir
bagi menyembuhkan ayahanda beta.
168
00:16:43,600 --> 00:16:46,160
Pak cik nasihatkan kamu,
jangan lakukan begitu.
169
00:16:46,160 --> 00:16:49,440
- Tiada cara lain lagi.
- Sihirlah punca kematian bonda kamu, Arthur.
170
00:16:49,440 --> 00:16:51,800
Jika kamu hormati kenangan bondamu,
jangan lakukan ini.
171
00:16:51,800 --> 00:16:54,000
Sanggupkah pak cik melihat
ayahanda mangkat?
172
00:16:57,560 --> 00:16:58,640
Mungkin masa baginda telah tiba.
173
00:16:58,640 --> 00:17:03,320
Beta tahu kita berdua
menderita angkara sihir..
174
00:17:03,320 --> 00:17:06,160
...tapi beta tidak boleh melihat sahaja
ayahanda mangkat.
175
00:17:07,720 --> 00:17:09,040
Beta telah bertekad.
176
00:17:26,000 --> 00:17:29,440
Kamu pasti ini tempatnya?
Nampak seperti pondok membuat arang.
177
00:17:29,440 --> 00:17:32,600
Orang tua itu tidak mampu menyara
hidup dengan hanya mengguna sihir.
178
00:17:32,600 --> 00:17:35,680
Patik rasa ramai penyihir terlibat dalam
perniagaan arang.
179
00:17:47,320 --> 00:17:49,000
Kamu tidak mahu ikut?
180
00:17:51,760 --> 00:17:53,280
Kita tidak mahu terkejutkan dia.
181
00:17:53,280 --> 00:17:56,640
Tentu dia jarang ada pelawat.
182
00:17:56,640 --> 00:17:58,640
Patik akan tunggu sini
dan jaga kuda-kuda ini.
183
00:17:58,640 --> 00:18:01,640
Tidak pernah beta jumpa orang yang
sentiasa takut.
184
00:18:01,640 --> 00:18:04,800
Menjeritlah macam perempuan dewasa
kalau kamu perlukan bantuan.
185
00:18:04,800 --> 00:18:06,720
Jangan risau. Tuanku
akan dengar suara patik.
186
00:18:16,320 --> 00:18:17,360
Helo?
187
00:18:25,120 --> 00:18:28,480
Tiada siapa pun di sini.
Kamu pastikah ini tempatnya?
188
00:18:28,480 --> 00:18:31,200
Patik yakin betul.
Patik pasti dia akan balik tidak lama lagi.
189
00:18:31,200 --> 00:18:34,360
- Bagaimana kamu tahu?
- Dia orang tua terketar-ketar, tidak mungkin
berjalan jauh.
190
00:18:34,360 --> 00:18:37,800
Kalau tuanku mahu pertolongan dia,
tunggu sahaja di dalam.
191
00:18:37,800 --> 00:18:40,200
Kamu mahu ke mana pula?
192
00:18:41,479 --> 00:18:42,360
Patik mahu kencing.
193
00:18:44,040 --> 00:18:47,920
Kecuali tuanku mahu ikut dan tengok patik,
tuanku tunggulah di dalam.
194
00:18:47,920 --> 00:18:50,960
Kenapa beta mahu tengok kamu?
195
00:18:50,960 --> 00:18:53,392
Itu pondoknya. Masuklah.
196
00:18:53,392 --> 00:18:55,040
Buatlah macam rumah sendiri.
197
00:19:08,537 --> 00:19:11,480
Michetic tigana bebhei chimnei.
198
00:19:11,480 --> 00:19:16,408
Adeaglie pisne gast min freondum
ond min feondum!
199
00:19:33,840 --> 00:19:35,080
Kamu?
200
00:19:35,080 --> 00:19:39,840
Jadi, kita jumpa lagi, Arthur Pendragon.
201
00:19:41,720 --> 00:19:45,680
- Kamu ke mari mahu bunuh aku?
- Tidak, itu bukan niat beta.
202
00:19:54,200 --> 00:19:55,320
Beta terpecahkan satu periuk.
203
00:19:56,480 --> 00:19:58,720
Kamu memang selalu cemerkap.
204
00:20:00,099 --> 00:20:00,880
Apa dia?
205
00:20:05,703 --> 00:20:10,200
Jadi, kalau kamu bukan ke mari untuk
bunuh aku, apa tujuan kamu ke sini?
206
00:20:10,200 --> 00:20:13,920
Aku anggapkan kamu bukanlah ke mari semata-mata
nak hancurkan periuk kegemaran aku, bukan?
207
00:20:13,920 --> 00:20:16,480
Jika beta tahu kamu orangnya,
beta tentu tidak ke mari langsung.
208
00:20:17,600 --> 00:20:21,680
Aku fikir kamu ke sini mahu pertolongan aku
untuk sembuhkan ayahanda kamu.
209
00:20:27,560 --> 00:20:28,880
Bagaimana kamu tahu?
210
00:20:30,440 --> 00:20:34,080
Aku tahu lebih dari apa
yang kamu boleh faham.
211
00:20:34,080 --> 00:20:37,840
Mengetahui kebencian kamu terhadap ayahanda beta
dan semua yang dia perjuangkan...
212
00:20:37,840 --> 00:20:39,680
..ternyata beta telah sia-siakan
masa beta.
213
00:20:39,680 --> 00:20:42,360
Jangan beranggapan kamu tahu
apa di fikiran aku.
214
00:20:46,520 --> 00:20:48,200
Kamu mahu tolong beta?
215
00:20:50,520 --> 00:20:52,680
Kamu minta aku...
216
00:20:52,680 --> 00:20:56,080
...selamatkan nyawa lelaki yang
mahu bunuh aku.
217
00:20:56,080 --> 00:20:59,120
Beta sedar apa yang beta minta dari kamu.
Kamu tiada sebab untuk membantu.
218
00:20:59,120 --> 00:21:01,080
Kamulah satu-satunya harapan
untuk ayahanda beta.
219
00:21:01,080 --> 00:21:04,960
Beta sanggup beri kamu apa sahaja
kamu mahu-tanah, emas. Sebut sahaja.
220
00:21:04,960 --> 00:21:07,120
Aku tidak mahu emas kamu.
221
00:21:08,240 --> 00:21:12,360
Apa yang aku mahukan ialah orang seperti
aku boleh hidup dengan damai.
222
00:21:13,360 --> 00:21:17,080
Bahawa semua yang mengamalkan ilmu sihir
diterima baik dan bukannya diburu.
223
00:21:19,080 --> 00:21:21,960
Itu sahaja yang aku mahu.
224
00:21:23,880 --> 00:21:27,880
Itulah harga untuk
nyawa ayahanda kamu.
225
00:21:33,960 --> 00:21:38,800
Beta berjanji, apabila beta menjadi Raja,
keadaan akan berubah.
226
00:21:40,360 --> 00:21:43,887
Kamu semua tidak perlu
lagi hidup dalam ketakutan.
227
00:21:45,760 --> 00:21:49,480
Jadi...aku akan tolong kamu.
228
00:21:54,800 --> 00:21:58,680
Jangan bazirkan masa lagi.
Kita mesti menunggang kuda ke Camelot.
229
00:21:58,680 --> 00:22:01,280
- Sekarang?
- Ayahanda beta semakin lemah.
230
00:22:01,280 --> 00:22:03,360
Tapi aku tiada....kuda.
231
00:22:03,360 --> 00:22:05,760
Gunalah kuda Merlin.
Dia boleh balik jalan kaki.
232
00:22:05,760 --> 00:22:09,000
Kamu tergamak biarkan pelayan
kamu berjalan kaki ke Camelot?
233
00:22:09,000 --> 00:22:14,480
- Lebih baik aku jangan tolong kamu!
- Beta tidak peduli kuda siapa pun kamu naiki.
234
00:22:14,480 --> 00:22:18,000
Kita mesti ke Camelot sebelum terlambat.
235
00:22:18,000 --> 00:22:20,440
Pertama sekali, aku mesti kumpulkan herba-herba
yang jarang didapati.
236
00:22:20,440 --> 00:22:23,680
Mereka sangat penting untuk
proses penyembuhan.
237
00:22:23,680 --> 00:22:25,360
Aku akan datang ke Camelot
sebelum malam berlabuh.
238
00:22:25,360 --> 00:22:27,880
Jika kamu mahu pertolongan aku,
begitulah caranya.
239
00:22:29,720 --> 00:22:32,720
Beta akan jumpa kamu di pagar Lower
di luar kota.
240
00:22:33,644 --> 00:22:35,280
Berjanjilah kamu akan ke sana.
241
00:22:37,640 --> 00:22:39,080
Aku berjanji.
242
00:22:41,600 --> 00:22:45,280
- Kamu tunggu di sini sebentar.
- Kenapa?
243
00:22:46,440 --> 00:22:49,160
Soalan. Banyak sangat soalan.
244
00:22:49,160 --> 00:22:50,906
Untuk sekali dalam hidup kamu,
245
00:22:50,906 --> 00:22:53,588
..bolehkah kamu buat sahaja
seperti yang disuruh!
246
00:22:58,160 --> 00:22:59,200
Baiklah.
247
00:23:28,920 --> 00:23:31,240
Merlin?
248
00:23:45,411 --> 00:23:46,320
Apa kamu buat?
249
00:23:47,920 --> 00:23:51,600
- Kencing.
- Maksud kamu, kamu kencing sepanjang beta di dalam?
250
00:23:52,514 --> 00:23:53,520
Patik tidak tahan.
251
00:23:53,520 --> 00:23:57,680
Kamu memang banyak masalah.
252
00:24:03,560 --> 00:24:07,040
Merlin. Aku bimbang betul.
Aku sangka sesuatu telah berlaku.
253
00:24:07,040 --> 00:24:11,901
Selain dari sangkaan Arthur bahawa
pundi kencing saya bermasalah...
254
00:24:11,901 --> 00:24:13,453
Semuanya berjalan mengikut rancangan.
255
00:24:13,453 --> 00:24:16,200
Aku anggap, itu maknanya kamu
akan teruskan rancangan ini?
256
00:24:16,200 --> 00:24:19,000
Jika saya boleh sembuhkan Uther,
Arthur berjanji bahawa...
257
00:24:19,000 --> 00:24:22,360
...apabila dia jadi Raja, ilmu sihir tidak lagi diharamkan.
Ini boleh ubah segala-galanya.
258
00:24:22,360 --> 00:24:25,440
Bagaimana jika keadaan jadi serba tak kena?
Apa sikap Arthur terhadap sihir nanti?
259
00:24:25,440 --> 00:24:27,600
Saya hidup berdepan risiko
didedahkan setiap hari.
260
00:24:27,600 --> 00:24:30,040
Jika saya tidak ambil peluang ini,
saya terpaksa habiskan hidup saya...
261
00:24:30,040 --> 00:24:32,440
...menyembunyikan siapa diri saya sebenarnya.
Semua orang beritahu saya...
262
00:24:32,440 --> 00:24:35,200
...yang saya ada takdir yang hebat. Mungkin inilah masanya.
Saya mesti cuba.
263
00:24:43,080 --> 00:24:45,640
Arthur telah keluar untuk
mendapatkan khidmat seorang penyihir.
264
00:24:45,640 --> 00:24:47,800
Dia mahu gunakan sihir
untuk sembuhkan Uther.
265
00:24:49,080 --> 00:24:50,760
Jadi, kita mesti pastikan bahawa
dia gagal.
266
00:24:52,800 --> 00:24:55,080
Seolforpraed apringe winstra,
267
00:24:56,155 --> 00:24:58,040
apringe wip ealle gode craefte.
268
00:25:17,360 --> 00:25:18,680
Ia sejuk.
269
00:25:18,680 --> 00:25:21,040
Aku telah ikatkan sihir ini
ke tapak tangan kirimu.
270
00:25:22,681 --> 00:25:24,680
Kamu mesti letakkan sihir ini ke leher Uther.
271
00:25:24,680 --> 00:25:26,280
Apakah yang akan ini lakukan kepada dia?
272
00:25:27,122 --> 00:25:30,560
Kuasa sihir penyembuhan akan diterbalikkan dan
berganda 10 kali.
273
00:25:33,280 --> 00:25:35,880
Dengan usaha menyembuhkan ayahandanya,
Arthur cuma tamatkan riwayat Uther.
274
00:25:37,680 --> 00:25:40,200
Arthur tidak akan maafkan dirinya sendiri.
275
00:25:40,200 --> 00:25:41,800
Dia akan musnah.
276
00:25:41,800 --> 00:25:44,680
Putera yang patah hati
akan jadi Raja yang teruk.
277
00:25:49,800 --> 00:25:53,240
Saya berjanji kepada Arthur akan sembuhkan Uther tapi
saya tidak jumpa mantera yang betul.
278
00:25:53,240 --> 00:25:55,920
Sebab kamu rujuk buku yang salah. Ini.
279
00:25:55,920 --> 00:25:57,800
Gwillem of Cambria memang orang tua gila..
280
00:25:57,800 --> 00:26:00,520
-..tapi tiada yang setanding dengan pengubatannya.
- Gaius, terima kasih.
281
00:26:12,680 --> 00:26:15,840
Hari ini sangat sejuk. Mungkin lebih baik kalau
kamu nyalakan unggun api.
282
00:26:15,840 --> 00:26:17,760
Baiklah.
283
00:26:35,840 --> 00:26:40,706
Akhirnya, kamu akan dapat semua
yang selayaknya, kawan lama.
284
00:26:46,240 --> 00:26:49,680
Kamu mesti guna 4 titis sahaja.
Berlebihan akan mendatangkan bahaya.
285
00:26:49,680 --> 00:26:51,880
Saya cuma harap dapat ingat manteranya.
286
00:26:51,880 --> 00:26:54,240
Kamu mesti yakin dengan keupayaan kamu, Merlin.
287
00:26:54,240 --> 00:26:56,320
- Merlin?
- Kamu mesti halau dia.
288
00:26:56,320 --> 00:26:58,160
Merlin!
289
00:27:01,680 --> 00:27:04,720
- Arthur.
- Gaius, adakah kamu nampak pelayan beta yang tidak berguna itu?
290
00:27:05,850 --> 00:27:07,000
Tidak, nampaknya.
291
00:27:07,000 --> 00:27:10,480
- Ke mana perginya budak itu?
- Sudah kamu lihat di warung?
292
00:27:10,480 --> 00:27:12,200
Warung. Tentulah.
293
00:27:12,200 --> 00:27:15,480
Beta akan buat dia menyesal dilahirkan ke dunia.
294
00:27:17,040 --> 00:27:19,160
Kenapa kamu cakap saya pergi warung?
295
00:27:19,160 --> 00:27:21,920
Itu perkataan pertama yang muncul di fikiran aku.
296
00:27:21,920 --> 00:27:24,080
Lain kali, sebutlah perkara ke-2 atau ke-3
yang muncul di fikiran kamu.
297
00:27:24,080 --> 00:27:25,640
Mana-mana sahaja kecuali 'warung'.
298
00:27:31,840 --> 00:27:32,880
Semoga berjaya, Merlin.
299
00:27:42,240 --> 00:27:46,480
- Beta mula sangka kamu tidak akan datang.
- Aku telah berjanji kepada kamu.
300
00:27:46,480 --> 00:27:47,880
Dan di sinilah aku.
301
00:27:47,880 --> 00:27:49,440
Bagus. Kita mesti cepat.
302
00:27:51,000 --> 00:27:55,762
Aku rasa kamar di raja ialah
sebelah sana?
303
00:27:55,762 --> 00:27:58,389
Beta tidak boleh dilihat melalui pagar utama dengan
penyihir yang dikenali orang.
304
00:27:58,389 --> 00:28:01,840
Jadi, kamu sudah mula mengkhianati
janji kamu.
305
00:28:01,840 --> 00:28:04,297
Kamu berjanji bahawa aku tidak lagi perlu
hidup dalam ketakutan.
306
00:28:04,297 --> 00:28:06,243
Kamu lupa yang kamu di sini untuk
sembuhkan ayahanda beta.
307
00:28:06,243 --> 00:28:08,160
Apabila kamu berjaya,
beta akan tunaikan segala janji beta.
308
00:28:24,600 --> 00:28:26,720
Betulkah sepantas ini sahaja
kamu boleh berjalan?
309
00:28:26,720 --> 00:28:31,360
Bila kamu jadi tua seperti aku, kita tengoklah
nanti selaju mana kamu boleh berjalan.
310
00:28:31,360 --> 00:28:34,800
- Aku mesti berehat sebentar.
- Tiada masa lagi.
311
00:28:34,800 --> 00:28:37,080
Jadi, mungkin kamu patut kendong aku.
312
00:28:39,680 --> 00:28:42,800
Baiklah. Jika itu bermakna kita sampai cepat, beta
akan kendong kamu.
313
00:28:53,440 --> 00:28:55,040
Kamu sepak betakah?
314
00:28:55,040 --> 00:28:57,000
Tengoklah siapa yang bazirkan masa?!
315
00:29:01,880 --> 00:29:05,080
Laju lagi! Laju!
316
00:29:09,240 --> 00:29:10,280
Kamu berdua boleh pergi.
317
00:29:10,280 --> 00:29:12,880
Tapi tuanku, kami diarahkan jangan tinggalkan
tempat ini.
318
00:29:12,880 --> 00:29:14,440
Dan sekarang masanya untuk kamu pergi.
319
00:29:14,440 --> 00:29:15,480
Baiklah, tuanku.
320
00:29:54,160 --> 00:29:56,840
Tunggu!
321
00:29:56,840 --> 00:29:57,920
Apa masalahnya?
322
00:29:57,920 --> 00:30:00,240
Ayahanda beta telah berpesan
jangan percayakan sihir.
323
00:30:00,240 --> 00:30:01,920
Tapi sekarang beta sedang gunakan
sihir untuk selamatkan dia.
324
00:30:01,920 --> 00:30:03,840
Nyawa kamu telah diselamatkan
dengan sihir...
325
00:30:03,840 --> 00:30:06,280
..lebih banyak dari yang
dapat kamu bayangkan.
326
00:30:06,280 --> 00:30:08,440
Apa maksud kamu?
327
00:30:09,520 --> 00:30:13,520
Aku cuma bermaksud bahawa sihir itu
berada di sekeliling kamu.
328
00:30:13,520 --> 00:30:17,120
Ia terjalin kuat ke alam dunia.
329
00:30:18,840 --> 00:30:21,520
Bagaimana beta mahu yakin bahawa
ini jalan yang betul?
330
00:30:21,520 --> 00:30:25,440
Aku tahu kamu telah
menderita kerana ilmu sihir..
331
00:30:29,040 --> 00:30:30,120
..seperti orang lain.
332
00:30:32,000 --> 00:30:37,456
Tapi bukan semua sihir, dan bukan semua penyihir
adalah sama.
333
00:30:37,680 --> 00:30:43,360
Aku hanya mahu tunjukkan kepada kamu
bahawa sihir boleh digunakan untuk kebaikan.
334
00:30:43,360 --> 00:30:48,760
Aku harap satu hari nanti kamu akan
dapat lihat aku dari sisi yang berbeza.
335
00:31:11,360 --> 00:31:15,000
Efencume...
336
00:31:17,560 --> 00:31:21,560
..aetgaedre,
337
00:31:21,560 --> 00:31:24,840
eala gastas
338
00:31:24,840 --> 00:31:31,600
craeftige gestricie
339
00:31:31,600 --> 00:31:34,200
pis lic forod.
340
00:31:58,240 --> 00:32:00,320
Ayahanda. Ayahanda.
341
00:32:04,760 --> 00:32:06,800
Arthur.
342
00:32:18,480 --> 00:32:20,920
- Apa yang terjadi?
- Aku tidak tahu.
343
00:32:22,200 --> 00:32:24,000
Buatlah sesuatu.
344
00:32:42,480 --> 00:32:43,520
Baginda sudah mangkat.
345
00:32:44,680 --> 00:32:45,720
Tidak. Tidak mungkin.
346
00:32:46,880 --> 00:32:51,000
Ayahanda. Ayahanda.
347
00:33:01,280 --> 00:33:02,560
Apa telah kamu lakukan?
348
00:33:05,080 --> 00:33:07,160
Itu tidak sepatutnya terjadi.
349
00:33:07,160 --> 00:33:10,347
Kamu telah berjanji kepada
aku. Kamu telah bunuh dia.
350
00:33:10,347 --> 00:33:11,762
Kamu bunuh dia!
351
00:33:11,762 --> 00:33:12,641
Tidak!
352
00:33:13,560 --> 00:33:16,080
- Kamu akan mati kerana perbuatan kamu!
- Hleap on baec!
353
00:33:49,280 --> 00:33:51,240
Maafkan aku, Arthur.
354
00:33:59,080 --> 00:34:00,800
Raja telah mangkat.
355
00:34:28,320 --> 00:34:29,840
Mantera itu berkesan.
356
00:34:32,840 --> 00:34:33,880
Saya sangat pasti.
357
00:34:38,000 --> 00:34:40,560
Saya buat semuanya dengan betul.
Saya tidak tahu apa yang terjadi.
358
00:34:40,560 --> 00:34:42,320
Aku rasa aku tahu.
359
00:34:44,640 --> 00:34:46,160
Ini aku jumpa di leher Uther.
360
00:34:48,440 --> 00:34:52,520
Ia telah disihir sejenis sihir yang
menterbalikkan...
361
00:34:52,520 --> 00:34:58,360
..kesan pemulihan mantera kamu.
Uther tiada peluang langsung.
362
00:34:58,360 --> 00:35:01,600
- Morgana.
- Aku yakin.
363
00:35:16,280 --> 00:35:17,800
Uther sudah mangkat, bukan?
364
00:35:19,201 --> 00:35:20,080
Bagaimana kamu tahu?
365
00:35:25,000 --> 00:35:28,400
Aku dapat rasa. Aku rasa
kepedihannya.
366
00:35:30,680 --> 00:35:33,640
Aku sangka kematian Uther
adalah sebab yang patut diraikan.
367
00:35:33,640 --> 00:35:35,000
Arthur akan gantikan dia.
368
00:35:36,680 --> 00:35:40,027
Tiada keraian hinggalah aku dapat
takhtaku kembali.
369
00:35:40,027 --> 00:35:42,560
Itu mungkin terjadi lebih
cepat dari yang kamu sangka.
370
00:35:42,682 --> 00:35:46,278
Arthur masih mentah, tidak diuji.
371
00:35:46,400 --> 00:35:48,840
Dia akan cari pak ciknya untuk
khidmat nasihat,..
372
00:35:48,840 --> 00:35:51,080
..dan aku akan pastikan dia gagal.
373
00:36:12,920 --> 00:36:14,040
Maafkan patik.
374
00:36:17,920 --> 00:36:19,800
Patik...
375
00:36:20,840 --> 00:36:22,560
Patik...
376
00:36:22,560 --> 00:36:25,480
Patik harap ada sesuatu yang patik
boleh lakukan.
377
00:36:28,720 --> 00:36:30,720
Merlin, tiada siapa kecuali beta
yang patut dipersalahkan.
378
00:36:30,720 --> 00:36:34,400
Tuanku tidak patut dipersalahkan.
Bukan salah tuanku.
379
00:36:34,400 --> 00:36:36,600
Beta yang salah.
380
00:36:40,480 --> 00:36:43,200
Ayahanda beta habiskan 20 tahun
menentang sihir.
381
00:36:45,240 --> 00:36:47,480
Beta sangka beta lebih tahu...
382
00:36:49,120 --> 00:36:52,960
Beta sungguh bongkak.
383
00:36:56,720 --> 00:36:58,800
Keangkuhan itu telah menyebabkan
ayahanda beta mangkat.
384
00:36:58,800 --> 00:37:01,040
Kamu cuma buat apa yang
kamu yakin adalah benar.
385
00:37:01,040 --> 00:37:05,760
Patik yakin penyihir tua itu tidak berniat jahat.
Mungkin mantera dia tidak berjaya.
386
00:37:05,760 --> 00:37:09,480
Uther sudah pun tenat.
Mungkin tiada apa pun boleh selamatkan dia.
387
00:37:10,520 --> 00:37:11,760
Kita tidak akan tahu.
388
00:37:15,640 --> 00:37:20,000
Apa yang beta tahu ialah beta telah
kehilangan kedua orang tua beta kerana angkara sihir.
389
00:37:20,000 --> 00:37:21,080
Ia benar-benar jahat.
390
00:37:23,320 --> 00:37:25,840
Beta tidak akan terleka tentang
itu lagi.
391
00:38:27,840 --> 00:38:30,240
Kita mesti beri ruang kepada
dia untuk bersedih.
392
00:38:33,880 --> 00:38:35,040
Merlin?
393
00:38:37,120 --> 00:38:40,840
Ini semua salah saya.
Saya telah bunuh baginda.
394
00:38:42,840 --> 00:38:46,360
Bukan kamu yang bunuh Uther.
Tapi Morgana.
395
00:38:47,480 --> 00:38:50,680
Semangat Uther telah mati apabila
Morgana patahkan hatinya.
396
00:38:52,680 --> 00:38:54,320
Kita mesti lihat ke masa hadapan.
397
00:38:56,840 --> 00:39:01,160
Kematian Uther membolehkan Arthur
menduduki takhta.
398
00:39:02,400 --> 00:39:05,440
Kita mesti berharap bahawa itu akan membawa
keamanan dan kestabilan kepada negeri ini.
399
00:39:06,560 --> 00:39:08,160
Ilmu sihir masih diharamkan.
400
00:39:12,000 --> 00:39:13,920
Saya telah buat Arthur
menentangnya sampai bila-bila.
401
00:39:16,800 --> 00:39:19,000
Dia tidak akan tahu
siapa saya sebenarnya.
402
00:39:19,000 --> 00:39:21,440
Saat itu akan tiba.
Aku yakin.
403
00:39:23,080 --> 00:39:27,040
Arthur akan mendapat tekanan yang lebih
hebat setelah bergelar Raja.
404
00:39:28,120 --> 00:39:31,520
Dia akan perlukan kamu
lebih dari segala-galanya.
405
00:39:34,280 --> 00:39:38,360
Tiada apa lagi perlu dibuat.
Mari pergi makan lewat malam.
406
00:39:42,920 --> 00:39:44,160
Saya rasa, saya mahu
tunggu di sini.
407
00:40:41,760 --> 00:40:42,880
Merlin.
408
00:40:47,120 --> 00:40:48,160
Hari ini hari baru.
409
00:40:56,440 --> 00:40:57,880
Kamu di sini sepanjang malam?
410
00:40:57,880 --> 00:41:00,440
Patik tidak mahu
tuanku rasa keseorangan.
411
00:41:03,800 --> 00:41:05,680
Kamu kawan yang setia, Merlin.
412
00:41:22,760 --> 00:41:23,800
Kamu tentu lapar.
413
00:41:25,840 --> 00:41:28,600
- Kebulur.
- Beta pun.
414
00:41:31,000 --> 00:41:32,600
Marilah.
415
00:41:32,600 --> 00:41:35,800
Kamu boleh sediakan sarapan
untuk kita.
416
00:42:02,000 --> 00:42:06,560
Sanggupkah kamu berjanji dan bersumpah
untuk memimpin rakyat Camelot..
417
00:42:06,560 --> 00:42:09,320
..berdasarkan undang-undang dan budaya mereka?
418
00:42:11,000 --> 00:42:12,720
Beta bersumpah akan berbuat demikian.
419
00:42:12,858 --> 00:42:17,640
Sanggupkah kamu, dengan kuasa kamu,
memastikan undang-undang dan keadilan...
420
00:42:17,640 --> 00:42:20,440
..dilaksanakan dengan segala pertimbangan kamu?
421
00:42:22,240 --> 00:42:23,920
Beta sanggup.
422
00:42:25,188 --> 00:42:29,524
Maka, dengan kuasa yang
diamanahkan kepada patik, kamu,
423
00:42:29,525 --> 00:42:33,861
Raja Arthur dimahkotakan
sebagai Raja Negeri Camelot.
424
00:42:35,998 --> 00:42:37,373
Hidup Raja!
425
00:42:37,590 --> 00:42:41,469
Hidup Raja! Hidup Raja!
426
00:42:42,261 --> 00:42:49,621
Hidup Raja! Hidup Raja!
427
00:42:52,200 --> 00:42:54,920
Hidup Raja!
428
00:42:57,993 --> 00:43:00,800
Borden bukanlah lelaki yang boleh
dipercayai.
429
00:43:00,800 --> 00:43:03,400
- Apa kamu mahu?
- Bantu kamu.
430
00:43:03,400 --> 00:43:05,720
- Kita berdua tahu apa yang dia sorokkan di situ.
- Telur naga.
431
00:43:05,720 --> 00:43:07,200
Emrys.
432
00:43:07,200 --> 00:43:09,880
Kamu mahu telur itu kekal
hilang selama-lamanya?
433
00:43:10,920 --> 00:43:14,640
Ini peluang satu dalam seribu, Merlin.
434
00:43:16,960 --> 00:43:18,120
Tidak!
435
00:43:19,934 --> 00:43:22,874
Sarikata BM: Mike KC
436
00:43:22,874 --> 00:43:24,685
subscene.com