1 00:00:00,337 --> 00:00:03,390 Di tanah mitos berlatarkan zaman magik,.. 2 00:00:03,721 --> 00:00:05,534 ..takdir sebuah kerajaan yang hebat.. 3 00:00:05,654 --> 00:00:07,954 ..tertanggung di bahu seorang budak lelaki. 4 00:00:08,643 --> 00:00:09,825 Namanya... 5 00:00:10,321 --> 00:00:11,321 Merlin. 6 00:02:18,228 --> 00:02:20,440 - Kamu tak takut ke? - Takutkan apa? 7 00:02:20,921 --> 00:02:23,724 - Manalah tahu berjangkit. - Aku tabib istana. 8 00:02:23,844 --> 00:02:27,280 Ini sebahagian dari tugasan aku. Di kebanyakan masa, tiada apa yang nak ditakutkan. 9 00:02:33,000 --> 00:02:34,146 Apa kamu kata tadi? 10 00:02:34,708 --> 00:02:36,813 Orang ramai tak patut nampak ni. Nanti mereka panik. 11 00:02:46,043 --> 00:02:47,516 Ayah, roti sandwic ayah. 12 00:02:52,040 --> 00:02:53,909 - Ada apa dalamnya? - Merpati salai. 13 00:02:54,156 --> 00:02:56,503 Tapi nampaknya ada lebih banyak asap dari merpati. 14 00:02:57,323 --> 00:03:01,006 - Baiknya kamu pada ayah. - Saya dah siapkan sup sengkuang untuk ayah malam ni. 15 00:03:01,381 --> 00:03:04,217 Jangan kata...ada banyak air daripada sayurnya? 16 00:03:06,386 --> 00:03:07,585 Jumpa ayah nanti. 17 00:03:19,712 --> 00:03:20,799 Apa yang kamu buat? 18 00:03:22,197 --> 00:03:24,440 - Mengalihkan sesuatu. - Nampak macam berat. 19 00:03:24,600 --> 00:03:27,397 Takde apa sangat pun. Ada orang beri kamu bunga? 20 00:03:30,995 --> 00:03:33,114 Kamu nak satu? Yang berwarna ungu. 21 00:03:34,404 --> 00:03:35,601 Ungu sesuai untuk kamu. 22 00:03:36,113 --> 00:03:38,120 Bukan maknanya merah tak sesuai untuk kamu pula. 23 00:03:39,065 --> 00:03:40,175 Terima kasih. Jadi.. 24 00:03:45,131 --> 00:03:46,131 Jumpa lain kali. 25 00:03:55,921 --> 00:03:58,280 - Kamu nampak gembira. - Saya petik ni untuk kamu. 26 00:03:59,026 --> 00:04:01,636 - Baik hatinya. - Sesuatu untuk menceriakan kamu. 27 00:04:01,928 --> 00:04:04,200 - Saya tahu kamu tak dapat tidur lena. - Kamu lah yang menceriakan saya. 28 00:04:06,069 --> 00:04:08,080 Nak saya letakkannya ke dalam air untuk kamu? 29 00:04:10,948 --> 00:04:13,719 Tak pernah aku lihat apa-apa yang seperti ini sebelum ni. 30 00:04:13,984 --> 00:04:15,133 Kamu fikir mungkin ke ini semacam wabak? 31 00:04:15,253 --> 00:04:18,467 Tak, saya takuti kes seperti ini bukanlah datang dari alam semulajadi. 32 00:04:19,176 --> 00:04:20,878 Tapi siapa ada kuasa yang seperti ini? 33 00:04:21,311 --> 00:04:23,197 Kamu fikir ia disebabkan magik? 34 00:04:26,762 --> 00:04:28,847 Saya dalam perjalanan. Minta maaf lambat. 35 00:04:29,372 --> 00:04:31,432 Jangan bimbang. Saya dah semakin membiasakan diri dengannya. 36 00:04:36,135 --> 00:04:37,384 Oh...Gwen. Dia yang beri pada saya. 37 00:04:37,670 --> 00:04:39,280 Beritahu Gaius, ayahanda saya mahu jumpa dia sekarang. 38 00:04:43,200 --> 00:04:45,523 - Aku dah dengar. - Kenapa dia tak beritahu kamu sendiri? 39 00:04:45,643 --> 00:04:47,700 Begitulah caranya. Kamu ialah orang suruhan dia. 40 00:04:47,945 --> 00:04:50,640 - Kalau dia tahu siapa sebenarnya saya... - Kamu akan jadi orang suruhan yang telah mati. 41 00:04:52,825 --> 00:04:54,299 Baiklah. Tutup ni semua. 42 00:04:54,716 --> 00:04:56,840 - Saya bukan orang suruhan kamu. - Bukan...kamu ialah pembantu aku. 43 00:04:57,304 --> 00:04:58,440 Ayuh, cepatlah. 44 00:05:11,480 --> 00:05:13,432 - Apa terjadi dengan dia? - Patik tak tahu. 45 00:05:13,552 --> 00:05:16,440 - Ini kes kedua patik tengok hari ini. - Kenapa kamu tak laporkan segera kepada beta? 46 00:05:17,033 --> 00:05:19,503 - Patik sedang mencari punca kematian. - Apa yang dapat kamu rumuskan? 47 00:05:19,623 --> 00:05:23,520 Patik fikir belum masanya untuk rumuskan puncanya. Proses saintifik memakan masa yang panjang. 48 00:05:24,346 --> 00:05:28,386 - Apa yang kamu sembunyikan dari beta? - Tuanku, patik belum pernah lihat sesuatu yang seperti ini. 49 00:05:28,612 --> 00:05:31,585 Mangsa mati dalam tempoh 24 jam. Dan ia sedang tersebar pantas. 50 00:05:31,705 --> 00:05:33,240 Jadi, apa yang menyebabkannya? 51 00:05:33,977 --> 00:05:35,760 Patik fikir, patik patut nyatakan puncanya. 52 00:05:36,201 --> 00:05:38,399 Punca yang paling mungkin, ialah.. 53 00:05:38,728 --> 00:05:39,728 ...sihir. 54 00:05:45,718 --> 00:05:47,629 - Cari siapa yang menjadi dalangnya. - Sudah tentu, ayahanda. 55 00:05:47,749 --> 00:05:50,569 Laksanakan pencarian dari pintu ke pintu. Tingkatkan kedatangan kamu di sekitar pekan. 56 00:05:50,819 --> 00:05:52,580 Gandakan pengawal di pintu pagar. 57 00:05:52,967 --> 00:05:55,164 - Pinjamkan orang suruhan kamu kepada tabib kita. - Merlin? 58 00:05:55,559 --> 00:05:59,298 Kita perlu Gaius mencari penawarnya. Dia perlukan segala jenis pertolongan yang dia boleh dapat dari kita. 59 00:05:59,892 --> 00:06:01,484 Kalaulah apa yang Gaius katakan itu tepat,.. 60 00:06:02,001 --> 00:06:03,737 ..bandar ini akan musnah sekelip mata. 61 00:06:05,439 --> 00:06:06,975 Sihir jenis ini.... 62 00:06:07,487 --> 00:06:10,256 ..meremehkan penguatkuasaan kita, mencabar segala apa yang telah kita lakukan. 63 00:06:10,376 --> 00:06:12,369 Kalau kita tak dapat membendung wabak ini, percayalah.. 64 00:06:12,609 --> 00:06:14,839 ..orang ramai akan berpaling kepada magik untuk mencari penawarnya. 65 00:06:16,845 --> 00:06:19,178 Kita kena cari ahli sihir yang melakukannya dengan segera. 66 00:06:20,864 --> 00:06:21,864 Baik, ayahanda. 67 00:06:40,942 --> 00:06:42,466 Gaius, dia masih hidup. 68 00:06:44,224 --> 00:06:46,253 Tiada apa yang boleh kita buat untuk tolong dia. 69 00:06:46,522 --> 00:06:49,000 - Tapi kita belum pun mencuba! - Kalau kita tak tahu penyakit apakah ini,.. 70 00:06:49,120 --> 00:06:51,200 -..bagaimana kita nak pulihkan dia? - Dengan magik. 71 00:06:51,586 --> 00:06:54,084 Tengok keliling! Semua orang adalah suspek. 72 00:06:54,480 --> 00:06:56,729 Ini bukannya masa untuk menggunakan magik. 73 00:06:57,510 --> 00:07:00,420 Sains akan menunjukkan kita punca sebenar penyakit ini. 74 00:07:07,178 --> 00:07:09,441 - Apa yang kamu buat? - Memeriksa isi kandungan.. 75 00:07:09,561 --> 00:07:10,894 ....dari perut lelaki itu. 76 00:07:12,116 --> 00:07:14,720 - Adakah itu akan beritahu kamu siapa yang melakukannya? - Tidak, tapi ia mungkin boleh beritahu bagaimana penyakit ini merebak. 77 00:07:15,437 --> 00:07:18,240 Satu perkara yang aku pasti,... ini ilmu hitam yang paling dashyat. 78 00:07:19,756 --> 00:07:22,120 Kenapa ada orang nak gunakan magik begitu? 79 00:07:22,330 --> 00:07:23,755 Magik bersifat merosakkan. 80 00:07:24,110 --> 00:07:26,004 Orang boleh guna untuk apa-apa tujuan. 81 00:07:26,320 --> 00:07:28,240 Tapi bukan semua magik adalah jahat. Saya tahu ia tak. 82 00:07:28,400 --> 00:07:31,360 Ia bukan baik, bukan buruk. Tapi bagaimana kamu gunakannya. 83 00:07:33,982 --> 00:07:35,274 Di sana. Maaflah. 84 00:07:35,394 --> 00:07:37,443 - Kami sedang geledah semua orang di pekan. - Untuk apa? 85 00:07:37,563 --> 00:07:39,840 - Tukang sihir tu. - Takkan lah dia ada di sini. 86 00:07:40,056 --> 00:07:41,474 Saya cuma buat kerja saya. 87 00:07:41,594 --> 00:07:43,985 Kami tiada apa nak disembunyikan. Teruskan. Geledahlah. 88 00:07:51,560 --> 00:07:54,066 - Apa semua buku dan kertas ni? - Hasil kerja sepanjang hidup aku, 89 00:07:54,186 --> 00:07:56,044 ..khusus untuk memahami sains. 90 00:07:56,164 --> 00:07:58,611 Kalau kamu nak baca, silakanlah. 91 00:08:00,878 --> 00:08:03,151 - Di sana tu bilik apa? - Itu bilik saya. 92 00:08:03,738 --> 00:08:05,437 Benda apa yang kamu nak cari di sana? 93 00:08:05,523 --> 00:08:08,687 Saya sedang cari bahan-bahan yang membuktikan adanya penggunaan sihir. 94 00:08:09,663 --> 00:08:12,136 Apa kamu buat dengan buku magik yang aku bagi kamu tu? 95 00:08:18,544 --> 00:08:19,805 Merlin, mari sini. 96 00:08:21,701 --> 00:08:22,888 Tengok apa yang aku jumpa. 97 00:08:26,680 --> 00:08:29,746 Aku jumpa tempat yang kamu boleh gunakan untuk meletak barang. Namanya almari. 98 00:09:11,995 --> 00:09:13,960 Berapa lama jangka masa yang kamu perlukan untuk mencari penawar? 99 00:09:13,961 --> 00:09:15,551 Bergantung kepada berapa banyak gangguan dengan kerja aku. 100 00:09:15,560 --> 00:09:17,378 Sudah tentu, minta maaf. 101 00:09:18,241 --> 00:09:19,480 Kita dah selesai di sini. 102 00:09:30,083 --> 00:09:31,800 Kita kena sorok buku tu. 103 00:09:32,881 --> 00:09:34,595 - Kita mesti gunakannya. - Jangan jadi bodoh. 104 00:09:34,715 --> 00:09:36,595 Saya ada bakat ni untuk apa? 105 00:09:36,715 --> 00:09:38,846 Kamu asyik kata ia bukan untuk main-main. 106 00:09:38,966 --> 00:09:41,559 Kamu nak bikin magik dalam keadaan Raja sedang memburu ahli sihir? 107 00:09:42,068 --> 00:09:43,092 Kamu gile ke? 108 00:09:43,640 --> 00:09:46,297 Hidup kamu ditakdirkan untuk perkara-perkara penting. 109 00:09:46,417 --> 00:09:50,076 Kalau saya tak berlatih, macam mana saya nak jadi ahli sihir yang hebat? 110 00:09:50,196 --> 00:09:52,640 Akan tiba masanya nanti bila kemahiran kamu bakal diiktiraf. 111 00:09:53,387 --> 00:09:54,920 Bila? Berapa lama saya kena tunggu? 112 00:09:55,344 --> 00:09:56,800 Sabar itu menguntungkan. 113 00:09:57,105 --> 00:09:59,039 Duduk saja-saja tak buat apa-apa itu menguntungkan? 114 00:10:00,152 --> 00:10:02,440 Masanya bakal tiba. 115 00:10:03,210 --> 00:10:05,120 Saya boleh pulihkan lelaki yang kita nampak tadi. 116 00:10:06,008 --> 00:10:09,120 Aku tahu ia memang menggoda nafsu untuk cari jalan senang. 117 00:10:09,681 --> 00:10:12,319 - Ia boleh menyelamatkan nyawa! - Takde manfaatnya selamatkan cuma satu orang. 118 00:10:12,481 --> 00:10:14,578 Kita kena siasat bagaimana penyakit ni tersebar. 119 00:10:14,698 --> 00:10:17,027 Arthur dah keluar cari ahli sihir disebalik semua ni. 120 00:10:17,147 --> 00:10:19,352 Ahli sihir yang ada kuasa menyebabkan semua ni berlaku,... 121 00:10:19,472 --> 00:10:21,406 ...takkan dapat dijumpai dengan mencari di keliling pekan. 122 00:10:24,880 --> 00:10:26,182 Jadi, apa yang boleh kita lakukan? 123 00:10:26,947 --> 00:10:30,606 Harap-harap sains ada jawapannya sebelum ia membunuh kita semua. 124 00:10:53,667 --> 00:10:55,637 Kami telah mencari di merata-rata pekan. 125 00:10:55,757 --> 00:10:58,120 - Tak jumpa apa-apa? - Saya dah tak tahu nak cari di mana lagi. 126 00:11:00,311 --> 00:11:02,159 Beta mahu kamu kuatkuasakan perintah berkurung. 127 00:11:02,320 --> 00:11:04,825 Tiada siapa diizinkan keluar selepas loceng dibunyikan. 128 00:11:05,833 --> 00:11:06,647 Ayahanda. 129 00:11:06,819 --> 00:11:08,840 - Tutup jalan keluar masuk di hujung pekan. - Kenapa? 130 00:11:09,166 --> 00:11:11,280 Sebab dari sana datangnya kebanyakan mangsa. 131 00:11:12,096 --> 00:11:14,760 Asingkan mereka. Hentikan penyakit ni dari merebak. 132 00:11:15,386 --> 00:11:17,280 Bagaimana dengan mereka yang tinggal di sana? 133 00:11:18,183 --> 00:11:19,880 Kamu ingat beta tak terfikirkannya? 134 00:11:22,544 --> 00:11:26,087 Apa lagi yang beta boleh buat. Beta mesti lindungi sebahagian lagi pekan ini. 135 00:11:38,158 --> 00:11:40,040 Apa perbezaan pada mangsa kali ni? 136 00:11:41,585 --> 00:11:42,734 Dia seorang wanita. 137 00:11:43,320 --> 00:11:44,496 Kadang-kadang saya tertanya-tanya,... 138 00:11:44,616 --> 00:11:47,520 ...sama ada bakat magik kamu ni diberi pada orang yang sepatutnya. 139 00:11:48,264 --> 00:11:49,438 Apa lagi? 140 00:11:51,701 --> 00:11:54,140 Dia bangsawan. Tapi bagaimana itu boleh membantu? 141 00:11:54,260 --> 00:11:57,372 Bangsawan jarang pergi ke hujung pekan. Apa maknanya? 142 00:11:58,750 --> 00:12:00,600 Dia tak bercakap dengan mana-mana penduduk pekan. 143 00:12:02,067 --> 00:12:05,760 Itu mencadangkan bahawa penyakit ini tidak tersebar melalui sentuhan. 144 00:12:06,800 --> 00:12:09,360 - Mereka mungkin makan makanan yang berbeza. - Bagus. Apa lagi? 145 00:12:10,103 --> 00:12:12,840 - Tidak bernafas udara yang sama. - Apa benda yang mereka kongsi? 146 00:12:15,200 --> 00:12:16,000 Air. 147 00:12:16,880 --> 00:12:19,008 Kamu fikir penyakit ni tersebar melalui air? 148 00:12:20,168 --> 00:12:21,360 Kamu memang bijak. 149 00:12:34,080 --> 00:12:35,320 Masa untuk bangun, ayah. 150 00:12:37,586 --> 00:12:38,639 Ayah! 151 00:12:41,983 --> 00:12:42,880 Gwen? 152 00:13:03,637 --> 00:13:05,480 - Kamu terkena penyakit tu ke ? - Ayah saya. 153 00:13:06,047 --> 00:13:07,560 Tolong, Gaius, dia saja yang saya ada. 154 00:13:07,979 --> 00:13:09,680 Gwen, aku tiada penawarnya. 155 00:13:10,392 --> 00:13:12,920 - Saya merayu kepada kamu! - Aku pun berharap dapat tolong. 156 00:13:13,211 --> 00:13:16,607 Apa saja. Tapi setakat ni penawarnya tak mampu lagi aku buat. 157 00:13:18,713 --> 00:13:19,880 Maaflah, Gwen. 158 00:13:24,269 --> 00:13:25,947 Tentu ada sesuatu yang kita boleh buat. 159 00:13:26,067 --> 00:13:28,108 Harap-harap ini boleh beri jawapannya. 160 00:13:28,228 --> 00:13:31,472 - Terlalu lambat untuk ayah Gwen. - Malangnya kamu benar. 161 00:16:29,502 --> 00:16:30,526 Ayah? 162 00:16:31,200 --> 00:16:33,440 Apa terjadi? Sungguh tak percaya. 163 00:16:58,075 --> 00:16:59,320 Jangan sentuh. 164 00:16:59,480 --> 00:17:01,719 Aku letakkan bunga tu tak lebih dari beberapa jam. 165 00:17:02,030 --> 00:17:05,164 - Dari mana datangnya air tu? - Sumber air harian penduduk-penduduk sini. 166 00:17:05,398 --> 00:17:06,844 Kita mesti berhenti menggunakannya. 167 00:17:07,089 --> 00:17:10,541 - Pekan ini tidak mampu hidup tanpa air! - Kita kena cari ahli sihir ini! 168 00:17:10,919 --> 00:17:12,879 Saya yakin mereka tidak berada dalam Camelot. 169 00:17:13,041 --> 00:17:14,790 Jadi, panjangkan carian di kampung-kampung. 170 00:17:14,910 --> 00:17:17,401 Kami dah pun bermula. Tapi kami tak mungkin dapat geledah seluruh kerajaan. 171 00:17:17,521 --> 00:17:19,720 Saya tak boleh tengok saja rakyat kita mati. 172 00:17:31,587 --> 00:17:32,686 Bagaimana ayah kamu? 173 00:17:33,649 --> 00:17:34,907 Dia rasa lebih baik? 174 00:17:35,256 --> 00:17:36,852 Ya. Ia memang hebat. 175 00:17:37,475 --> 00:17:40,200 - Ianya ajaib. - Kulitnya bersih? Balik kepada asal? 176 00:17:41,800 --> 00:17:43,853 - Baguslah. - Kamu tak nampak terkejut. 177 00:17:43,973 --> 00:17:46,099 Taklah, tak...saya terkejut juga. Ia memang ajaib. 178 00:17:47,190 --> 00:17:48,840 Tapi bagaimana kamu tahu dia dah pulih? 179 00:17:53,162 --> 00:17:55,327 - Sebab kamu tersenyum. - Itu memang pelik. 180 00:17:55,447 --> 00:17:57,480 Saya belum lagi beritahu sesiapa, tapi kamu dah tahu. 181 00:17:58,812 --> 00:18:00,000 Bagaimana kamu tahu? 182 00:18:02,881 --> 00:18:03,917 Baiklah. 183 00:18:04,785 --> 00:18:06,400 Kamu dah tahu rahsia saya. Saya akan beritahu kamu. 184 00:18:10,155 --> 00:18:11,160 Saya ni psikik. 185 00:18:11,736 --> 00:18:13,440 - Taklah, kamu bukan. - Betul. 186 00:18:14,049 --> 00:18:15,683 Baiklah, apa yang saya sedang fikirkan? 187 00:18:16,485 --> 00:18:19,120 - Yang saya bukan psikik. - Kamu pelik. 188 00:18:20,477 --> 00:18:22,400 Saya tak maksudkan itu jahat. 189 00:18:23,260 --> 00:18:24,348 Kamu cuma... 190 00:18:25,117 --> 00:18:26,140 ...kelakar. 191 00:18:27,278 --> 00:18:28,240 Saya suka begitu. 192 00:18:31,815 --> 00:18:33,162 Saya gembira utuk kamu. 193 00:18:33,311 --> 00:18:35,000 - Terima kasih. - Untuk apa? 194 00:18:36,066 --> 00:18:38,920 - Entahlah...kerana bertanya khabar. - Saya tak suka lihat kamu bersedih. 195 00:18:40,982 --> 00:18:42,240 Saya kena.. 196 00:18:43,405 --> 00:18:44,440 ...buat kerja. 197 00:19:02,793 --> 00:19:04,120 Dengar kata kamu jatuh sakit. 198 00:19:05,009 --> 00:19:06,211 Tak lagi. 199 00:19:06,543 --> 00:19:08,909 Mungkin kamu sakit kerana sebab yang lain. 200 00:19:09,135 --> 00:19:11,600 Kamu bergurau. Saya macam nak mati. 201 00:19:12,760 --> 00:19:14,720 Tiada kekuatan nak bergerak langsung. 202 00:19:15,023 --> 00:19:17,160 Jadi...apa yang berlaku? 203 00:19:17,626 --> 00:19:19,920 Saya tak tahu. Tiba-tiba sakitnya hilang. 204 00:19:20,241 --> 00:19:22,090 Rasa lebih sihat dari sebelumnya. 205 00:19:22,372 --> 00:19:23,440 Menakjubkan. 206 00:19:23,919 --> 00:19:25,720 Ada tak sesiapa bersama kamu bila ini berlaku? 207 00:19:26,267 --> 00:19:27,480 Cuma anak saya, Gwen. 208 00:20:13,682 --> 00:20:14,760 Tangkap dia. 209 00:20:16,132 --> 00:20:17,040 Tidak. 210 00:20:17,618 --> 00:20:18,560 Guinevere, 211 00:20:18,720 --> 00:20:21,364 Saya menahan kamu atas kesalahan melanggar undang-undang Camelot,.. 212 00:20:21,486 --> 00:20:23,080 ....bahawa kamu didapati mengamalkan sihir. 213 00:20:23,818 --> 00:20:25,743 Tapi apa yang saya buat? Saya tak buat apa-apa pun! 214 00:20:25,944 --> 00:20:27,640 - Tolong saya, tolonglah! - Apa yang kamu buat? 215 00:20:28,000 --> 00:20:30,400 - Bunjut sihir dijumpai di rumahnya. - Merepek! 216 00:20:31,173 --> 00:20:33,080 Kalau tak, bagaimana ayahnya pulih? 217 00:20:33,370 --> 00:20:35,459 Dia tak bersalah! Saya tahu dia tak bersalah. 218 00:20:35,579 --> 00:20:37,960 Apa yang aku nak buat? Aku tak boleh tutup mata saja. 219 00:20:39,901 --> 00:20:42,277 Tidak! Kamu mesti dengar apa yang saya cakap, tolong lah. 220 00:20:43,000 --> 00:20:46,040 Saya tak buat apa-apa kesalahan! Kamu mesti dengar, tolonglah! 221 00:20:46,569 --> 00:20:48,410 Saya tak bersalah. Sumpah! 222 00:20:48,588 --> 00:20:50,021 Lepaskan saya! 223 00:20:50,575 --> 00:20:51,960 Saya bersumpah.. 224 00:20:54,427 --> 00:20:56,240 Merlin, tolong saya! 225 00:20:56,400 --> 00:20:58,108 Kenapa tiada siapa dengar cakap saya? 226 00:20:59,183 --> 00:21:00,892 Merlin! Tolong! 227 00:21:04,459 --> 00:21:06,480 Apa kamu dah buat? Aku dah beri amaran kepada kamu! 228 00:21:08,398 --> 00:21:10,616 Aku faham. Kamu fikir kamu sedang melakukan kebaikan. 229 00:21:10,736 --> 00:21:12,880 Saya tak boleh biarkan ayahnya mati sedangkan saya tahu saya boleh pulihkan dia. 230 00:21:13,040 --> 00:21:16,200 Tidak kah kamu terfikir memulihkan satu orang kelihatan mencurigakan?! 231 00:21:16,360 --> 00:21:19,120 Baiklah, kalau begitu, saya pulihkan semua orang. 232 00:21:20,440 --> 00:21:22,510 - Tiada siapa perlu tahu ia adalah magik. - Dah terlambat. 233 00:21:22,641 --> 00:21:25,460 Mereka fikir Gwen ialah ahli sihir dan dia yang menyebabkan penyakit itu. 234 00:21:25,580 --> 00:21:26,679 Tapi dia tak! 235 00:21:27,549 --> 00:21:29,718 Dan bagaimana kamu nak buktikannya? 236 00:21:38,081 --> 00:21:40,945 Tolong, dengar saya. Saya tak buat apa-apa, tolong! 237 00:21:41,687 --> 00:21:43,720 Saya bersumpah, saya tak buat apa-apa! 238 00:21:47,928 --> 00:21:49,017 Bagus. 239 00:21:49,400 --> 00:21:50,760 Kenapa tiada siapa mahu percaya cakap saya? 240 00:21:51,760 --> 00:21:54,875 Ayah saya pulih. Bukan saya yang pulihkan dia. 241 00:21:55,520 --> 00:21:56,526 Saya percayakan kamu. 242 00:21:56,667 --> 00:21:58,967 Mungkin ini ialah penyakit yang tidak selalu menyebabkan kematian. 243 00:21:59,355 --> 00:22:00,840 Pernah tuanku terfikir demikian? 244 00:22:01,539 --> 00:22:04,800 - Mungkin dia pulih secara semulajadi. - Bagaimana dengan bunjut yang dijumpai di rumahnya? 245 00:22:05,505 --> 00:22:07,920 Bunjut apa? Saya tak tahu apa-apa pasal bunjut. 246 00:22:08,080 --> 00:22:10,000 Ia dijumpai di rumah kamu. 247 00:22:11,226 --> 00:22:13,986 Batalkan sihir ini. Tamatkan penyakit ini. 248 00:22:14,531 --> 00:22:15,400 Saya tak boleh. 249 00:22:15,560 --> 00:22:17,162 Tiada belas kasihan bagi kamu. 250 00:22:17,282 --> 00:22:20,400 Saya bukan ahli sihir! Saya tak tahu bagaimana nak hentikan penyakit ni. 251 00:22:20,560 --> 00:22:23,200 Kalau kamu enggan batalkan sihir kamu, kamu memaksa beta,... 252 00:22:23,360 --> 00:22:25,282 - ...dan beta mesti tuduh kamu bersalah. - Tapi saya dah beritahu kamu... 253 00:22:25,402 --> 00:22:27,754 Dah jadi tanggungjawab beta untuk menjatuhkan hukuman. 254 00:22:29,050 --> 00:22:31,588 Dalam keadaan ini, beta tiada pilihan,.. 255 00:22:31,754 --> 00:22:33,160 ...melainkan untuk jatuhkan hukuman mati. 256 00:22:34,400 --> 00:22:37,400 Beta hanya mampu berharap, bila kamu mati, penyakit jahat ini akan turut pergi bersama kamu. 257 00:22:38,680 --> 00:22:39,640 Bawa dia pergi. 258 00:22:41,151 --> 00:22:42,600 Tolong, jangan! Saya tak bersalah. 259 00:22:42,879 --> 00:22:44,000 Tolong! Tolong! 260 00:22:45,470 --> 00:22:47,720 Tolong lah saya. Tolong, saya merayu. 261 00:22:51,997 --> 00:22:55,120 Saya kenal Gwen. Dia orang gaji saya, bukannya ahli sihir. 262 00:22:55,398 --> 00:22:57,257 Pernahkah kamu berjumpa seorang ahli sihir? 263 00:22:57,670 --> 00:23:00,121 Percayalah cakap beta, mereka tiada sebarang tanda. 264 00:23:00,862 --> 00:23:02,480 Tiada tanda-tanda kejahatan pada mata mereka. 265 00:23:02,826 --> 00:23:04,680 Saya dah lihat sendiri bagaimana cara budak perempuan itu bekerja. 266 00:23:05,234 --> 00:23:07,320 Jari-jemarinya haus, kukunya rosak. 267 00:23:08,079 --> 00:23:10,038 Kalau dia ahli sihir, kenapa dia nak buat begitu? 268 00:23:10,729 --> 00:23:13,800 Kenapa dia nak berlutut di atas batu lantai yang sejuk setiap pagi,... 269 00:23:14,214 --> 00:23:17,073 ..sedangkan dia boleh siapkan semua kerja dengan hanya memetik jari? 270 00:23:17,582 --> 00:23:19,960 - Macam Raja yang pemalas. - Kamu tak berhak! 271 00:23:20,120 --> 00:23:22,797 - Kamu berhak menjatuhkan hukuman.. - Beta bertanggungjawab.. 272 00:23:22,917 --> 00:23:24,320 ..untuk jaga kerajaan ini. 273 00:23:26,343 --> 00:23:27,640 Beta tak berseronok buat begini. 274 00:23:27,949 --> 00:23:30,184 Kamu menjatuhkan hukuman pada orang yang salah. 275 00:23:30,824 --> 00:23:33,800 Dia betul. Ayahanda dengar saja perkataan'magik', ayahanda tak ambil pusing lagi. 276 00:23:33,960 --> 00:23:36,800 Kamu sendiri dah tengok, dia guna sihir,.. 277 00:23:36,960 --> 00:23:38,572 Mungkin, tapi untuk selamatkan ayahnya yang sakit tenat. 278 00:23:38,692 --> 00:23:40,720 Itu tak menjadikan dia bersalah kerana mencipta wabak. 279 00:23:41,049 --> 00:23:43,473 Ini ialah perbuatan kebaikan, kerana sayang, satu lagi perbuatan kejahatan. 280 00:23:43,593 --> 00:23:45,520 Saya tak percaya kejahatan ada dalam hati perempuan ini. 281 00:23:45,680 --> 00:23:47,705 Beta telah menyaksikan sendiri apa yang ilmu sihir boleh buat. 282 00:23:48,278 --> 00:23:50,120 Beta telah terseksa dengannya. 283 00:23:50,937 --> 00:23:52,400 Beta tak boleh ambil risiko. 284 00:23:52,866 --> 00:23:54,784 Sesiapa ragu-ragu lagi tentang budak perempuan ini,.. 285 00:23:54,904 --> 00:23:57,080 ...dia mesti mati, atau seluruh kerajaan akan musnah. 286 00:23:57,240 --> 00:23:58,425 Saya faham. 287 00:23:59,955 --> 00:24:01,440 Satu hari nanti, kamu akan jadi Raja. 288 00:24:02,587 --> 00:24:04,440 Ketika itu, kamu akan faham. 289 00:24:05,010 --> 00:24:07,280 Keputusan sebegitu mesti diambil. 290 00:24:07,659 --> 00:24:09,633 Terdapatnya kuasa-kuasa kejahatan yang mengancam kerajaan ini. 291 00:24:09,753 --> 00:24:12,280 Saya tahu, ilmu sihir itu jahat, ayahanda. 292 00:24:12,440 --> 00:24:13,813 Begitu juga ketidakadilan. 293 00:24:14,329 --> 00:24:17,702 Ya, saya bakal jadi Raja dan saya tak tahu Raja jenis apa saya akan jadi, tapi... 294 00:24:17,928 --> 00:24:20,669 Saya ada satu rasa mengenai Camelot jenis apa saya mahu... 295 00:24:21,374 --> 00:24:23,640 Ianya adalah satu tempat di mana hukuman bersesuaian dengan kesalahan. 296 00:24:26,846 --> 00:24:28,280 Kamu benar. 297 00:24:28,724 --> 00:24:30,080 Dia bermain dengan api. 298 00:24:30,240 --> 00:24:32,414 Dan sedihnya, dia mesti mati dengan api. 299 00:24:46,059 --> 00:24:47,693 Saya sangka saya sedang berbuat kebaikan. 300 00:24:49,562 --> 00:24:52,080 Dan memulihkan ayah Gwen akan tolong dia. 301 00:24:53,292 --> 00:24:54,363 Saya sangka... 302 00:24:55,452 --> 00:24:57,039 Saya sedang menyelamatkan nyawa. 303 00:24:59,385 --> 00:25:02,258 Ia kelihatan... begitu mudah. 304 00:25:02,880 --> 00:25:05,400 Penyelesaian mudah umpama petir dalam taufan, Merlin. 305 00:25:06,591 --> 00:25:09,240 Mengejarnya atas risiko sendiri, tak selalu... 306 00:25:09,400 --> 00:25:11,080 ...membawa kamu ke pelabuhan selamat. 307 00:25:11,445 --> 00:25:12,778 Saya dah nampak sekarang. 308 00:25:12,976 --> 00:25:16,480 Berapa banyak kali dah aku pesan kepada kamu tentang tanggungjawab seorang ahli sihir? 309 00:25:20,032 --> 00:25:21,300 Saya mesti jumpa dia. 310 00:25:51,159 --> 00:25:52,199 Terima kasih. 311 00:25:52,884 --> 00:25:54,753 - Untuk apa? - Kerana jumpa saya. 312 00:25:55,870 --> 00:25:58,280 - Minta maaf. - Ia bukan salah kamu. 313 00:26:00,135 --> 00:26:02,135 Tak mengapa. Jangan bimbang tentang saya. 314 00:26:03,403 --> 00:26:05,469 Tiada guna menangis tentangnya. 315 00:26:07,084 --> 00:26:08,089 Maksud saya... 316 00:26:08,717 --> 00:26:11,825 Saya tak maksudkan kamu nak menangis kerana saya. Jelas bukan itu maksud saya. 317 00:26:13,642 --> 00:26:15,280 - Saya tak boleh tengok ini berlaku. - Tolong. 318 00:26:15,895 --> 00:26:16,900 Satu perkara. 319 00:26:17,398 --> 00:26:18,703 Kamu tak perlu tengok. 320 00:26:19,905 --> 00:26:20,966 Tapi.... 321 00:26:22,151 --> 00:26:23,156 Apa? 322 00:26:27,574 --> 00:26:28,700 Ingatlah saya. 323 00:26:31,010 --> 00:26:32,578 Kamu tak akan mati. 324 00:26:33,273 --> 00:26:35,760 Saya tak akan biarkan ini berlaku. 325 00:26:45,779 --> 00:26:48,727 Bagaimana kalau membakar ahli sihir ini tidak menghentikan keracunan? 326 00:26:49,027 --> 00:26:50,522 Bagaimana beta nak lindungi rakyat beta? 327 00:26:50,642 --> 00:26:52,270 Orang-orang saya dah tutup pam air. 328 00:26:52,390 --> 00:26:55,124 Tapi bekalan kecemasan tak dapat bertahan lama. 329 00:26:55,244 --> 00:26:58,511 Kita mesti cari jalan untuk membersihkan air berpenyakit itu. 330 00:26:58,643 --> 00:27:00,079 - Tapi bagaimana? - Baik... 331 00:27:01,971 --> 00:27:03,107 Sebenarnya saya.. 332 00:27:04,040 --> 00:27:06,708 Saya yang guna magik untuk pulihkan ayah Gwen. 333 00:27:09,024 --> 00:27:11,409 Gwen bukan ahli sihir. Tapi saya.. 334 00:27:13,089 --> 00:27:14,800 Merlin! Kamu dah gila? 335 00:27:14,960 --> 00:27:16,892 Saya tak boleh biarkan dia mati kerana saya. 336 00:27:17,822 --> 00:27:19,972 Saya merayu tuanku. 337 00:27:20,173 --> 00:27:22,548 -Dia tak sedar apa yang dia katakan ni. - Saya sedar. 338 00:27:23,974 --> 00:27:25,240 Jadi, tangkap dia. 339 00:27:25,400 --> 00:27:28,000 Ayahanda, tolonglah.. Saya tak boleh izinkan. Ini kegilaan. 340 00:27:28,160 --> 00:27:29,896 Tak mungkin Merlin ahli sihir. 341 00:27:30,016 --> 00:27:32,600 Kamu tak dengar ke apa dia cakap tadi? Dia mengaku. 342 00:27:34,119 --> 00:27:37,320 - Dia selamatkan nyawa saya, ingat tak? - Kenapa dia nak mereka-reka cerita? 343 00:27:38,646 --> 00:27:40,280 Seperti yang Gaius katakan,.. 344 00:27:41,228 --> 00:27:44,160 ..dia menghidapi.. 345 00:27:45,304 --> 00:27:46,919 ..penyakit mental yang teruk. 346 00:27:47,360 --> 00:27:48,375 Betul ke? 347 00:27:50,861 --> 00:27:51,998 Dia dilamun cinta. 348 00:27:52,355 --> 00:27:54,160 - Apa? - Dengan Gwen. 349 00:27:54,320 --> 00:27:55,799 - Taklah, saya tak. - Ya, kamu memang. 350 00:27:55,919 --> 00:27:56,841 Tak mungkin. 351 00:27:56,961 --> 00:27:59,743 Saya nampak kamu semalam dengan bunga yang dia beri kepada kamu. 352 00:28:01,127 --> 00:28:03,897 - Saya bukan dilamun cinta dengan dia. - Tak mengapa. 353 00:28:04,320 --> 00:28:05,493 Kamu boleh mengakuinya. 354 00:28:05,709 --> 00:28:08,520 - Saya tak fikirkan dia macam tu! - Mungkin dia kenakan sihir kepada kamu. 355 00:28:15,707 --> 00:28:20,720 Merlin ialah satu keajaiban, tapi yang ajaibnya ialah dia begitu bodoh. 356 00:28:22,005 --> 00:28:24,137 Tak mungkin dia ahli sihir. 357 00:28:25,280 --> 00:28:27,320 Jangan bazir masa beta lagi. Lepaskan dia. 358 00:28:38,835 --> 00:28:41,316 - Arthur yang bodoh. - Tidak, dia memang patut buat macam tu tadi. 359 00:28:41,436 --> 00:28:44,030 Syukur, dia buat begitu untuk selamatkan kamu dari kebodohan kamu sendiri. 360 00:28:44,150 --> 00:28:47,106 Apa lagi yang saya boleh buat? Memang salah saya Gwen bakal dihukum mati. 361 00:28:47,800 --> 00:28:50,200 Ya. Kamu tak dapat buktikan dia tak bersalah dengan terjun ke dalam api. 362 00:28:50,360 --> 00:28:52,960 Kamu boleh buktikannya dengan mencari punca penyakit tersebut. 363 00:28:54,560 --> 00:28:58,020 Baik, tak kira apa pun ia..satu saja yang pasti: Arthur tak akan menjumpainya. 364 00:28:58,140 --> 00:29:00,120 Dia fikir dia sangat bijak. 365 00:29:00,785 --> 00:29:03,320 Walaupun saya dah beritahu dia, saya ni ahli sihir, dia masih tak dapat lihatnya. 366 00:29:03,909 --> 00:29:05,721 Memang pun susah nak nampak. 367 00:29:05,918 --> 00:29:07,929 Mungkin saya patut berjalan keliling dengan memakai topi tajam. 368 00:29:08,049 --> 00:29:10,070 Tak mungkin kamu dapat satu yang cukup besar. 369 00:29:10,190 --> 00:29:11,400 Apa pun, lupakannya. 370 00:29:11,560 --> 00:29:15,216 Kalau kita nak selamatkan Gwen, kita kena cari apa yang mencemarkan air tu. 371 00:29:57,800 --> 00:30:00,205 Air dari sini dibekalkan ke seluruh pekan. 372 00:30:01,200 --> 00:30:02,402 Ambil satu sampel. 373 00:30:21,286 --> 00:30:23,040 Ambilnya pulang dan analisa ia. 374 00:30:29,776 --> 00:30:31,203 Apa bendanya tu? 375 00:30:34,103 --> 00:30:35,117 Sana. 376 00:30:36,829 --> 00:30:38,181 Itu ialah seekor afanc. 377 00:30:38,791 --> 00:30:40,164 Seekor....Apa? 378 00:30:40,284 --> 00:30:45,000 Sejenis makhluk buas diciptakan dari tanah liat dan dihidupkan oleh ahli sihir yang paling kuat. 379 00:30:46,650 --> 00:30:48,876 Sekarang kita kena cari jalan untuk tewaskan dia. 380 00:30:50,565 --> 00:30:51,570 Tapi di mana? 381 00:30:52,256 --> 00:30:54,058 Itu akan makan masa. Gwen dah mati pada masa tu. 382 00:30:54,180 --> 00:30:55,673 Ada idea lebih baik? 383 00:31:22,505 --> 00:31:24,120 Saya akan bebaskan awak. 384 00:31:26,135 --> 00:31:27,187 Saya pasti. 385 00:31:48,022 --> 00:31:49,092 Hello? 386 00:31:52,960 --> 00:31:53,962 Hello. 387 00:31:56,499 --> 00:31:58,405 Ahli sihir yang hebat telah kembali... 388 00:31:59,520 --> 00:32:00,932 ...sebagaimana biasa. 389 00:32:01,052 --> 00:32:02,960 Saya perlu tahu bagaimana caranya nak menewaskan Afanc. 390 00:32:03,120 --> 00:32:05,040 Ya, saya rasa kamu mahu tahu. 391 00:32:05,861 --> 00:32:07,040 Boleh tak kamu tolong saya? 392 00:32:09,013 --> 00:32:11,920 Percayakan bahan asas yang sedia berada dalam tangan kamu. 393 00:32:13,060 --> 00:32:14,131 Bahan asas. 394 00:32:14,920 --> 00:32:16,469 Tapi, apa dia yang saya perlu lakukan? 395 00:32:16,704 --> 00:32:21,680 Kamu tak boleh lakukannya sendirian. Kamu cuma sebelah dari sekeping syiling. 396 00:32:22,078 --> 00:32:24,073 Arthur ialah sebelah lagi. 397 00:32:24,233 --> 00:32:25,280 Saya tak faham. 398 00:32:25,440 --> 00:32:27,585 Beritahu sajalah saya apa yang saya perlu buat. 399 00:32:28,998 --> 00:32:30,021 Tidak! 400 00:32:31,821 --> 00:32:33,314 Tolonglah saya! 401 00:32:34,610 --> 00:32:36,169 Aku dah tolong. 402 00:32:41,024 --> 00:32:43,108 Terima kasih sajalah. 403 00:32:53,808 --> 00:32:55,695 Ada jumpa apa-apa lagi? 404 00:32:56,540 --> 00:32:57,620 Saya dah cuba. 405 00:33:00,157 --> 00:33:01,302 Jadi, cubalah lagi. 406 00:33:02,595 --> 00:33:05,224 Orang ramai sedang tenat, kita tak boleh tangguh-tangguh lagi. 407 00:33:06,813 --> 00:33:09,960 Kita mesti bunuh ahli sihir tu. Percepatkan hukuman ke malam ini. 408 00:33:25,480 --> 00:33:27,400 - Apa kamu sedang buat tu? - Tengah cari buku. 409 00:33:29,529 --> 00:33:31,120 Buku yang mana satu? 410 00:33:31,764 --> 00:33:34,065 - Buku tentang bahan asas. - Bahan asas? 411 00:33:34,450 --> 00:33:36,240 Ya. Buku yang mana ada tentang itu? 412 00:33:36,400 --> 00:33:40,440 Kebanyakannya. Kajian bahan asas adalah nadi utama proses saintifik. 413 00:33:41,204 --> 00:33:42,680 Bagaimana pula itu boleh bunuh afanc. 414 00:33:43,411 --> 00:33:46,200 Afanc diperbuat daripada tanah dan air,.. 415 00:33:46,360 --> 00:33:49,040 - ...itu dah dua bahan asas daripada empat. - Apa yang dua lagi? 416 00:33:50,005 --> 00:33:51,960 Mungkin itu yang akan bunuh dia. 417 00:33:52,298 --> 00:33:54,505 Kamu perlukan api. Angin dan api. 418 00:33:55,885 --> 00:33:57,406 Macam mana kamu tahu? 419 00:33:57,852 --> 00:34:00,800 - Saya cuma tahu. Sebahagian daripada kuasa saya. - Apa lagi yang kuasa kamu beritahu kamu? 420 00:34:00,960 --> 00:34:04,440 Bahawa saya ialah sebelah dari sekeping syiling. Sebelah yang bijak, jelas sekali. 421 00:34:05,078 --> 00:34:07,520 - Siapa sebelah lagi? - Arthur. 422 00:34:08,480 --> 00:34:10,197 Mereka nak percepatkan hukuman. 423 00:34:10,535 --> 00:34:12,806 - Kita kena buktikan Gwen tak bersalah. - Kami sedang mencuba. 424 00:34:12,926 --> 00:34:14,520 Beritahu saya apa yang saya patut buat. 425 00:34:14,785 --> 00:34:16,559 - Kita perlukan Arthur. - Arthur? 426 00:34:16,933 --> 00:34:20,029 Ada raksasa, seekor afanc dalam sumber bekalan air, yang menyebabkan wabak ini. 427 00:34:20,149 --> 00:34:21,429 Kita mesti beritahu Uther. 428 00:34:21,771 --> 00:34:24,280 Seekor afanc ialah makhluk yang dihidupkan guna magik. Memaklumkan kepada Uther... 429 00:34:24,440 --> 00:34:26,680 ..tidak akan menyelamatkan Uther. Dia cuma akan menyalahkan Gwen kerana menghidupkan ia. 430 00:34:27,295 --> 00:34:29,229 - Jadi, apa yang perlu kita buat? - Kita kena musnahkan ia. 431 00:34:29,351 --> 00:34:32,480 Wabak akan berhenti dan Uther akan jadi lebih waras. 432 00:34:32,640 --> 00:34:35,422 - Kerana itu kita perlukan Arthur. - Dia peluang terbaik kita. 433 00:34:36,440 --> 00:34:38,377 Tapi dia tak akan mahu membantah raja. 434 00:34:40,142 --> 00:34:41,400 Serahkan itu kepada saya. 435 00:34:52,142 --> 00:34:53,079 Kamu tak apa-apa? 436 00:34:54,302 --> 00:34:56,520 Maaf tentang semua ni. Merlin tak datang hari ni. 437 00:34:57,781 --> 00:34:58,852 Kasihan Merlin. 438 00:35:00,439 --> 00:35:02,598 Sanggup menawarkan nyawanya demi menyelamatkan Gwen... 439 00:35:03,400 --> 00:35:05,756 Saya tak dapat bayangkan mana-mana lelaki menyayangi saya seperti itu. 440 00:35:06,273 --> 00:35:08,240 Tak. Saya pun tak dapat bayangkannya juga. 441 00:35:09,447 --> 00:35:11,280 Sebab kamu bukan Merlin. 442 00:35:11,672 --> 00:35:12,714 Dia seorang yang penyayang. 443 00:35:13,292 --> 00:35:16,240 Mungkin kerana saya belum jumpa orang yang saya cintakan. 444 00:35:18,244 --> 00:35:20,280 Sedihnya, zaman keberanian sudah tiada lagi. 445 00:35:20,638 --> 00:35:22,537 Lihat keliling dan apa yang ada cuma lelaki yang kecil... 446 00:35:22,657 --> 00:35:24,703 ..tak cukup besar untuk memakai baju perisai. 447 00:35:26,000 --> 00:35:28,400 Takde seorang pun dari mereka yang mampu mempertahankan apa yang betul. 448 00:35:30,127 --> 00:35:31,375 Apa yang kamu nak suruh aku buat? 449 00:35:58,844 --> 00:36:00,863 Lebih baik kamu betul tentang ni, Merlin. 450 00:36:15,789 --> 00:36:16,968 Kamu patut tinggal di sini. 451 00:36:17,088 --> 00:36:18,720 - Aku nak ikut. - Tidak. 452 00:36:18,880 --> 00:36:20,120 Takut aku lebih baik dari kamu? 453 00:36:20,280 --> 00:36:22,682 Ayahanda akan gari kita berdua dengan rantai kalau dia tahu aku membahayakan kamu. 454 00:36:22,804 --> 00:36:26,000 - Dia tak akan tahu. - Pusing balik, Morgana. Kamu boleh tercedera. 455 00:36:26,598 --> 00:36:29,240 Kamu pun boleh tercedera....kalau kamu masih halang aku. 456 00:36:36,580 --> 00:36:37,953 Bagaimana kita nak cari benda tu? 457 00:36:38,073 --> 00:36:40,680 Cuma mampu berharap kita jumpa dulu, sebelum ia jumpa kita. 458 00:36:42,688 --> 00:36:43,880 - Berhenti! - Apa? 459 00:36:48,145 --> 00:36:49,657 Cuma bayang-bayang. 460 00:37:09,571 --> 00:37:10,679 Berpecah. 461 00:37:40,880 --> 00:37:42,853 -Apa dia? Kamu tak apa-apa? - Ya. 462 00:37:43,115 --> 00:37:44,687 - Kamu nampak ke? - Ya. 463 00:37:44,807 --> 00:37:46,920 - Bagaimana rupa ia? - Ia terlalu pantas. 464 00:37:58,152 --> 00:37:59,440 Mana benda tu? 465 00:38:03,047 --> 00:38:04,400 Saya rasa ia dah lari ikut sini. 466 00:39:06,887 --> 00:39:08,531 Arthur, gunakan obor api tu! 467 00:39:36,799 --> 00:39:37,840 Bagus ni. 468 00:39:40,982 --> 00:39:44,665 Berita baik, tuanku. Tiada lagi kematian, dan yang sakit sedang pulih. 469 00:39:44,785 --> 00:39:45,827 Bagus. 470 00:39:46,757 --> 00:39:49,754 Aneh, beta tak pernah dengar tentang afanc sebelum ni. 471 00:39:49,874 --> 00:39:52,636 Ia dihidupkan daripada tanah liat menggunakan magik. 472 00:39:53,163 --> 00:39:56,000 Jenis yang hanya boleh dilakukan oleh ahli sihir zaman lampau. 473 00:39:56,821 --> 00:40:00,182 Seseorang yang ada kuasa untuk menyerupakannya dengan roh bernyawa. 474 00:40:01,027 --> 00:40:03,280 Patik jumpa ini di takungan sumber air. 475 00:40:04,952 --> 00:40:07,200 Ia mempunyai tanda Nimueh. 476 00:40:12,597 --> 00:40:14,040 Kita mesti berhati-hati, tuanku. 477 00:40:16,840 --> 00:40:18,511 Sampai bila aku boleh hapuskan dia? 478 00:40:18,821 --> 00:40:19,826 Tuanku... 479 00:40:19,948 --> 00:40:20,880 Tinggalkan beta... 480 00:40:39,355 --> 00:40:40,416 Ayah! 481 00:40:44,730 --> 00:40:45,707 Terima kasih. 482 00:40:46,280 --> 00:40:48,420 Tak perlu berterima kasih pada saya. Merlin lebih banyak berjasa. 483 00:40:49,012 --> 00:40:49,920 Betulkah? 484 00:40:50,080 --> 00:40:51,320 Dialah hero sebenar. 485 00:40:51,758 --> 00:40:53,317 Saya tak tahu nak cakap apa. 486 00:40:53,862 --> 00:40:55,600 Saya tak buat apa-apa pun. 487 00:40:56,633 --> 00:40:58,920 Saya amat berterima kasih pada kalian semua. Ayuh Gwen. 488 00:41:04,850 --> 00:41:06,200 Rahsia kamu selamat bersama saya. 489 00:41:07,648 --> 00:41:10,040 - Rahsia saya? - Merlin, tak perlu berpura-pura. 490 00:41:10,671 --> 00:41:12,398 - Saya tahu apa kamu dah buat. - Kamu tahu? 491 00:41:12,539 --> 00:41:14,800 - Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. - Kamu nampak? 492 00:41:15,234 --> 00:41:17,840 - Saya faham ia adalah rahsia. - Jelas sekali. 493 00:41:18,735 --> 00:41:19,960 Tapi saya tak akan beritahu sesiapa pun. 494 00:41:21,242 --> 00:41:22,980 Kamu tak kisah ke saya bercakap dengan kamu tentangnya? 495 00:41:25,468 --> 00:41:27,240 Tak. Ia... 496 00:41:27,400 --> 00:41:29,972 Kamu tak tahu betapa sukarnya nak rahsiakan hal ni... 497 00:41:30,695 --> 00:41:34,596 Baiklah....kamu boleh terus menafikannya, tapi saya rasa Gwen ialah wanita yang bertuah. 498 00:41:35,037 --> 00:41:36,052 Gwen? 499 00:41:36,634 --> 00:41:37,800 Ia rahsia kita. 500 00:41:50,042 --> 00:41:52,586 Ikan ni bukan datang dari air tu, kan? 501 00:41:52,765 --> 00:41:54,596 Dari mana lagi datangnya? 502 00:41:55,046 --> 00:41:57,120 Air tu dah elok sekarang. Kamu tak perlu risau. 503 00:41:57,516 --> 00:42:00,192 Ini ialah hasil kerja seorang ahli sihir yang sangat kuat. 504 00:42:00,858 --> 00:42:02,944 Aku cuma berharap kamu tidak termasuk dalam perhatiannya. 505 00:42:03,064 --> 00:42:04,116 Rasanya tak. 506 00:42:04,559 --> 00:42:07,800 Takde sesiapa pun yang menghargai kemahiran saya. Saya mahu seseorang melihat diri saya sebenar-benarnya. 507 00:42:08,531 --> 00:42:10,005 Satu hari nanti, Merlin... 508 00:42:10,361 --> 00:42:11,591 Satu hari nanti. 509 00:42:12,831 --> 00:42:14,016 Satu hari nanti apa? 510 00:42:14,136 --> 00:42:15,988 Satu hari nanti orang ramai tak akan percaya.... 511 00:42:16,298 --> 00:42:18,040 ...betapa bodohnya kamu. 512 00:42:23,024 --> 00:42:24,048 Terima kasih. 513 00:42:38,582 --> 00:42:40,619 Merlin, kamu akan dapat balasannya. 514 00:42:40,620 --> 00:42:42,000 Translator: KC