1
00:00:11,520 --> 00:00:15,480
"SEMUA PERKARA TERHUBUNG
DENGAN PERKARA LAIN."
2
00:00:15,480 --> 00:00:18,320
DIPETIK DARIPADA LEONARDO DA VINCI
3
00:00:30,360 --> 00:00:31,840
Waktu sibuk.
4
00:00:34,800 --> 00:00:36,360
Semua berulang.
5
00:00:37,840 --> 00:00:41,880
Anda perlu sampai
di destinasi anda secepat mungkin.
6
00:00:45,320 --> 00:00:47,040
Dalam kesibukan dunia,
7
00:00:48,560 --> 00:00:51,920
kita terlupa akan alam semula jadi.
8
00:00:54,480 --> 00:01:00,280
Namun, di Nepal,
jalan belakang tidak boleh bawa anda jauh.
9
00:01:02,760 --> 00:01:05,800
Apabila anda terpaksa lalu jalan utama,
10
00:01:06,320 --> 00:01:08,720
anda mungkin akan bersesak,
11
00:01:10,160 --> 00:01:12,120
atau buat jalan sendiri.
12
00:01:20,760 --> 00:01:26,120
Pengguna yang ingkar ini buat sesuatu
yang golongannya selalu buat...
13
00:01:30,840 --> 00:01:35,720
iaitu berhijrah pada setiap malam
untuk mencari makanan.
14
00:01:39,440 --> 00:01:43,360
Jika hari ini
savana menjadi pinggir bandar,
15
00:01:44,720 --> 00:01:47,120
ia tetap meneruskan perjalanan.
16
00:02:01,040 --> 00:02:06,680
Berdepan dengan dunia gila kita,
alam semula jadi cari cara untuk hidup.
17
00:02:10,680 --> 00:02:15,360
Dengan berbuat begitu,
setiap badak yang penuh azam ini,
18
00:02:15,360 --> 00:02:20,960
mencipta haluan sendiri
dalam jaringan hidup yang luas.
19
00:02:23,600 --> 00:02:28,000
Rangkaian hidup
yang menjangkau seluruh dunia kita.
20
00:02:29,520 --> 00:02:32,040
Ia menghubungkan setiap makhluk.
21
00:02:34,400 --> 00:02:40,440
Sekarang, buat kali pertama,
kami akan mendedahkan prosesnya.
22
00:02:42,160 --> 00:02:44,200
Dari hutan paling tebal...
23
00:02:47,160 --> 00:02:49,240
ke lautan paling dalam.
24
00:02:52,560 --> 00:02:54,680
Langit paling ganas...
25
00:02:57,000 --> 00:02:58,800
ke gurun paling panas.
26
00:03:02,480 --> 00:03:06,480
Rangkaian tersorok ini
menghubungkan keajaiban dunia
27
00:03:08,040 --> 00:03:11,160
dengan kuasa besar planet kita
28
00:03:13,080 --> 00:03:16,640
memastikan seluruh dunia terus hidup.
29
00:03:22,440 --> 00:03:25,840
Walaupun kita ganggu hubungan penting ini...
30
00:03:29,720 --> 00:03:31,760
alam terus berjuang.
31
00:03:36,480 --> 00:03:42,760
Inilah rahsia paling menakjubkan
tentang kuasa paling berkuasa di Bumi.
32
00:03:48,120 --> 00:03:50,280
Kehidupan itu sendiri.
33
00:03:55,080 --> 00:03:57,040
Buka rahsianya,
34
00:03:58,000 --> 00:04:02,480
maka kita akan sedar
kemungkinan masa depan yang cerah...
35
00:04:04,920 --> 00:04:08,400
dalam dunia yang tersaling hubung ini.
36
00:04:13,000 --> 00:04:16,320
RANGKAIAN HEBAT ALAM SEMULA JADI
37
00:04:19,640 --> 00:04:22,640
Permulaan rangkaian alam bermula
38
00:04:23,240 --> 00:04:25,040
di merata tempat,
39
00:04:26,440 --> 00:04:29,280
{\an8}termasuk di belantara beku di utara.
40
00:04:29,280 --> 00:04:31,360
{\an8}PENCERITAAN CATE BLANCHETT
41
00:04:38,120 --> 00:04:39,600
Ia mungkin bingung,
42
00:04:41,480 --> 00:04:45,280
tapi anak rusa kutub ini
memiliki peranan penting.
43
00:04:51,440 --> 00:04:55,480
Ia perlu hidup cukup lama
untuk memainkan peranannya.
44
00:05:00,320 --> 00:05:04,000
Ikatan yang kukuh
dengan ibunya akan membantu.
45
00:05:05,400 --> 00:05:10,440
Namun, ia perlu menguasai
alat mandiri paling penting baginya.
46
00:05:15,120 --> 00:05:15,960
Kakinya.
47
00:05:36,520 --> 00:05:38,920
Ia ahli sukan semula jadi.
48
00:05:39,440 --> 00:05:43,200
Kelajuan, ketahanan.
Ia memiliki segalanya...
49
00:05:49,280 --> 00:05:52,200
apabila ia mampu berdiri sendiri.
50
00:06:04,800 --> 00:06:09,720
Sehingga itu, tempat paling selamat
bagi pemecut dalam latihan
51
00:06:09,720 --> 00:06:12,280
adalah di bawah kaki ibunya.
52
00:06:19,480 --> 00:06:21,880
Mata helang yang memerhati,
53
00:06:24,240 --> 00:06:27,000
menunggunya untuk terleka.
54
00:06:51,000 --> 00:06:52,960
Si ibu bantunya kali ini.
55
00:06:53,920 --> 00:06:58,920
Lebih cepat berjalan sendiri,
lebih besar peluang untuk selamat.
56
00:07:05,680 --> 00:07:08,480
Anak rusa selamat dalam kawanan.
57
00:07:17,080 --> 00:07:20,920
Kelompok haiwan ini memberi impak
58
00:07:20,920 --> 00:07:23,800
yang bukan sekadar di Artik...
59
00:07:27,000 --> 00:07:29,560
hanya jika ia terus berjaga-jaga.
60
00:07:39,720 --> 00:07:40,560
Serigala.
61
00:07:54,400 --> 00:07:55,680
Jauh di daratan,
62
00:07:57,560 --> 00:08:04,200
kawanan ini nampak bahaya yang menghampiri
dan terus bertindak balas.
63
00:08:16,360 --> 00:08:19,600
Ia boleh lari laju di tempat terbuka.
64
00:08:30,840 --> 00:08:34,960
Namun, di celahan pokok,
salji memperlahankan pecutan.
65
00:08:42,160 --> 00:08:46,720
Ia bernasib baik.
Ia lebih sukar bagi haiwan berkaki pendek.
66
00:08:52,960 --> 00:08:56,000
Larian lebih laju di kawasan terbuka.
67
00:08:57,680 --> 00:09:02,800
Kawanan lincah ini sekali lagi
boleh memerhati pemburunya.
68
00:09:12,640 --> 00:09:18,400
Artik tempat yang sukar untuk hidup
walaupun untuk pelari berkelas dunia.
69
00:09:22,400 --> 00:09:26,880
Namun, pemburuan
yang tidak berkesudahan ini
70
00:09:27,400 --> 00:09:30,320
akhirnya menghubungkan kita semua.
71
00:09:34,120 --> 00:09:37,840
Apabila kawanan ini
meragut rumput dan semak,
72
00:09:40,040 --> 00:09:41,280
rumput makin pendek,
73
00:09:42,480 --> 00:09:45,800
membolehkan salji mendap tanpa putus.
74
00:09:48,440 --> 00:09:51,640
Pemangsa pula buat kawanan ini bergerak,
75
00:09:52,400 --> 00:09:56,000
semakin luas kawasan rumput yang diragut.
76
00:10:02,480 --> 00:10:07,720
Proses ini membantu mencipta
timbunan salji tanpa putus,
77
00:10:08,400 --> 00:10:13,520
mengubah dataran putih ini
menjadi cermin kosmos yang luas...
78
00:10:16,360 --> 00:10:22,880
yang boleh memancarkan semula
sehingga 85% haba Matahari ke angkasa.
79
00:10:31,120 --> 00:10:37,120
Kita perlu Artik kekal beku
untuk membantu kestabilan iklim,
80
00:10:38,000 --> 00:10:43,200
menjadikan seluruh planet
lebih sesuai didiami oleh kita semua.
81
00:10:48,920 --> 00:10:52,800
Sistem penyejukan yang menakjubkan ini
82
00:10:52,800 --> 00:10:56,080
mencetuskan rangkaian peristiwa fizikal...
83
00:10:59,280 --> 00:11:03,400
yang menjunam ke kedalaman lautan kita.
84
00:11:05,880 --> 00:11:11,280
Kerana tidak jauh dari pantai,
lautan membeku.
85
00:11:15,520 --> 00:11:18,240
Hablur ais naik ke permukaan,
86
00:11:20,400 --> 00:11:24,800
memaksa air laut yang lebih tumpat
menjunam ke dasar laut...
87
00:11:30,200 --> 00:11:33,800
dan air permukaan lebih panas untuk masuk.
88
00:11:36,080 --> 00:11:40,160
Ia permulaan
kepada sistem peredaran yang besar.
89
00:11:41,760 --> 00:11:47,640
Pam yang menggerakkan arus laut
dalam perjalanan pergi balik seribu tahun
90
00:11:48,320 --> 00:11:51,200
menghubungkan setiap lautan di Bumi.
91
00:11:55,320 --> 00:11:56,840
Jika ada arus,
92
00:11:59,040 --> 00:12:00,080
ada hidupan.
93
00:12:06,960 --> 00:12:11,080
Terutamanya di terumbu karang tropika.
94
00:12:16,400 --> 00:12:21,000
Satu perempat spesies marin tinggal
di terumbu karang macam ini.
95
00:12:22,720 --> 00:12:27,520
Satu bilion manusia
bergantung padanya untuk makanan,
96
00:12:27,520 --> 00:12:30,480
mata pencarian dan perlindungan.
97
00:12:33,240 --> 00:12:36,200
Di dalam arus di sekitar terumbu,
98
00:12:37,680 --> 00:12:39,680
peraturan tetap sama...
99
00:12:41,960 --> 00:12:45,080
kepada pemangsa dan mangsa.
100
00:12:47,560 --> 00:12:51,360
Kekal di hadapan dalam pertandingan
101
00:12:52,720 --> 00:12:54,400
sebaik mungkin.
102
00:12:57,920 --> 00:13:03,040
Telur sotong katak disorok
di dalam batu oleh ibunya.
103
00:13:07,920 --> 00:13:11,720
Masalahnya, cahaya akan menembusinya.
104
00:13:14,880 --> 00:13:20,160
Jadi embrio kecil ini
tidak boleh bergerak untuk elak...
105
00:13:21,800 --> 00:13:24,600
Tentu ada satu yang bergerak.
106
00:13:28,120 --> 00:13:32,360
Ia lebih kecil daripada kacang,
anak muda yang rakus ini
107
00:13:32,360 --> 00:13:35,720
terpesona dengan terumbu di sekeliling.
108
00:13:42,080 --> 00:13:43,960
Hanya setahun ia hidup,
109
00:13:44,760 --> 00:13:48,880
jadi ia bertekad
untuk belajar sebanyak mungkin,
110
00:13:50,400 --> 00:13:52,160
secepat mungkin.
111
00:13:54,720 --> 00:13:58,240
Namun, semangatnya menarik perhatian.
112
00:14:02,520 --> 00:14:07,280
Udang mentadak yang lapar
dengan mata paling tajam di terumbu.
113
00:14:09,000 --> 00:14:13,280
Ia suka telurnya lembut di tengah.
114
00:14:18,400 --> 00:14:21,800
Namun, junior dah selangkah di hadapan.
115
00:14:24,320 --> 00:14:25,600
Sekarang nampak.
116
00:14:27,600 --> 00:14:29,200
Sekarang hilang.
117
00:14:40,760 --> 00:14:44,160
Namun bukan semua terpedaya
dengan helah itu.
118
00:14:47,080 --> 00:14:52,160
Jerung epaulette boleh kesan
arus elektrik daripada makanannya.
119
00:14:54,560 --> 00:15:00,000
Denyutan jantung bayi ini
sekuat penggera kereta.
120
00:15:05,680 --> 00:15:09,920
Pada saat akhir, ia seakan-akan tahu...
121
00:15:12,440 --> 00:15:13,960
untuk matikan suis.
122
00:15:15,880 --> 00:15:21,240
Menahan nafas
dan memperlahankan tiga jantung
123
00:15:21,240 --> 00:15:23,280
untuk hilang sekali lagi.
124
00:15:32,240 --> 00:15:34,560
Pelajar bersemangat ini
125
00:15:36,440 --> 00:15:39,880
perlu bimbingan untuk menangkap makanan.
126
00:15:51,120 --> 00:15:54,280
Cukup untuk buat bakal pemburu meletup.
127
00:16:05,320 --> 00:16:10,160
Tamat sekolah telur
merupakan permulaan terbaik dalam hidup.
128
00:16:14,320 --> 00:16:15,680
Ia akan tangkap
129
00:16:15,680 --> 00:16:18,720
semua makanan yang dibawa arus.
130
00:16:22,360 --> 00:16:26,000
Makhluk kecil berenang dalam lautan
131
00:16:26,800 --> 00:16:29,440
dari satu terumbu ke terumbu lain.
132
00:16:32,400 --> 00:16:35,920
Menyebarkan kehidupan dan harapan baharu
133
00:16:35,920 --> 00:16:40,080
demi masa depan keajaiban bawah laut ini.
134
00:16:48,160 --> 00:16:52,560
Daripada anak rusa
yang mencipta degupan jantung lautan
135
00:16:54,120 --> 00:16:56,000
melalui terumbu tropika,
136
00:16:57,280 --> 00:17:01,880
rangkaian arus laut
menghubungkan dua kutub
137
00:17:01,880 --> 00:17:05,960
yang berterusan sampai ke Antartika.
138
00:17:07,760 --> 00:17:11,320
Suhu beku memberi tenaga
kepada nadi lautan,
139
00:17:13,400 --> 00:17:16,400
mengepam air laut ke utara sekali lagi.
140
00:17:20,280 --> 00:17:25,120
Kawasan arus paling kuat
menghidupkan semula hidupan...
141
00:17:28,600 --> 00:17:31,800
di tempat yang langsung tidak terjangka.
142
00:17:37,280 --> 00:17:40,720
Ketika musim kering
di Gurun Kalahari Afrika,
143
00:17:41,480 --> 00:17:45,000
semuanya bergelut berdepan kepanasan.
144
00:17:48,720 --> 00:17:50,280
Walaupun di sini,
145
00:17:52,040 --> 00:17:58,280
rangkaian alam memiliki cara untuk
menyediakan sumber yang perlu untuk hidup.
146
00:18:03,280 --> 00:18:06,200
Kerana beratus batu jauh,
147
00:18:06,200 --> 00:18:11,000
arus Atlantik yang beku
bertemu udara gurun yang panas.
148
00:18:15,040 --> 00:18:17,720
Kabus tebal bertiup ke pedalaman.
149
00:18:20,880 --> 00:18:24,320
Awan guruh berkepul-kepul di tanah tinggi,
150
00:18:25,880 --> 00:18:29,200
menghasilkan alkimia alam semula jadi.
151
00:18:33,560 --> 00:18:37,080
Setiap panahan kilat sangat kuat.
152
00:18:41,360 --> 00:18:43,800
Ia memisahkan molekul di udara...
153
00:18:45,800 --> 00:18:47,880
menghasilkan nitrat,
154
00:18:48,960 --> 00:18:54,600
baja cecair yang penting
untuk tumbesaran setiap pokok di Bumi.
155
00:18:57,240 --> 00:19:01,120
Nutrien ini turun dan mengalir ke selatan...
156
00:19:06,160 --> 00:19:09,440
merentasi beratus batu Afrika Selatan...
157
00:19:12,280 --> 00:19:16,040
sehingga memenuhi Delta Okavango...
158
00:19:18,560 --> 00:19:24,720
mengubah Kalahari yang kering
menjadi wahah alam semula jadi terbaik...
159
00:19:30,800 --> 00:19:36,680
menghasilkan banyak pertumbuhan baharu
di gurun yang dulunya kering.
160
00:19:47,560 --> 00:19:51,400
Walaupun hubungan dengan lautan
menyediakan air...
161
00:19:55,000 --> 00:20:00,840
hidupan di sini masih perlu mencipta
persekitaran yang sesuai untuk didiami.
162
00:20:06,640 --> 00:20:10,880
Jurutera kelas berat
meredah tumbuh-tumbuhan...
163
00:20:17,960 --> 00:20:20,800
mencipta rangkaian saluran mengalir...
164
00:20:23,080 --> 00:20:26,160
yang menghubungkan kolam dan lubang air...
165
00:20:28,640 --> 00:20:32,480
membolehkan air untuk mengalir lebih jauh.
166
00:20:37,920 --> 00:20:39,760
Tiada yang terlepas.
167
00:20:49,240 --> 00:20:52,760
Bagi keluarga badak air
yang suka berendam...
168
00:20:55,120 --> 00:20:56,680
ini pesta kolam.
169
00:21:01,680 --> 00:21:05,640
Ia dapat tempat mandi terbaik
di kawasan itu.
170
00:21:23,200 --> 00:21:25,920
Namun si ayah tidak boleh leka.
171
00:21:27,360 --> 00:21:32,160
Melindungi kolam
serta tempat tinggal betina yang membiak
172
00:21:32,160 --> 00:21:33,720
bukan mudah.
173
00:21:36,480 --> 00:21:41,480
Kedua-duanya sasaran jantan muda
yang mahu memulakan keluarga.
174
00:21:47,680 --> 00:21:48,840
Bagi si ayah,
175
00:21:49,520 --> 00:21:54,560
penceroboh ini sangat tidak dialu-alukan.
176
00:22:10,480 --> 00:22:12,560
Ayah beri amaran berundur.
177
00:22:17,680 --> 00:22:21,840
Melawan pesaing seberat dua tan
tentu melelahkan.
178
00:22:23,360 --> 00:22:26,320
Ia mungkin membawa maut.
179
00:22:31,360 --> 00:22:34,800
Tapi jika jantan ini masuk ke dalam kolam,
180
00:22:35,800 --> 00:22:38,080
si ayah ada pilihan mudah.
181
00:22:39,040 --> 00:22:40,280
Hilang keluarga...
182
00:22:42,520 --> 00:22:43,600
atau bergaduh.
183
00:23:12,120 --> 00:23:17,160
Ayah mungkin perlu lawan banyak pencabar
sebelum musim berakhir.
184
00:23:23,000 --> 00:23:27,920
Namun, buat masa ini,
tiba masanya untuk meraikan kemenangan.
185
00:23:32,640 --> 00:23:34,800
Ya. Masih mengagumkan.
186
00:23:39,600 --> 00:23:44,600
Pesta dan pergaduhan ini
membantu memanjangkan musim pesta.
187
00:23:47,160 --> 00:23:51,400
Ia mengaduk air
dan menghalang kolam daripada bertakung.
188
00:23:57,040 --> 00:24:00,120
Walaupun banjir mula surut,
189
00:24:02,120 --> 00:24:04,240
jurutera landskap yakin
190
00:24:04,240 --> 00:24:08,960
yang air berperisa badak air
selamat untuk diminum.
191
00:24:17,280 --> 00:24:19,080
Selepas beberapa bulan,
192
00:24:22,240 --> 00:24:24,680
keindahan banjir hilang.
193
00:24:31,920 --> 00:24:35,040
Jentolak buat sisa makanan...
194
00:24:39,120 --> 00:24:40,200
jatuh ke bumi.
195
00:24:45,400 --> 00:24:48,120
Namun makan malam perobohan ini pun
196
00:24:49,400 --> 00:24:51,720
mencetuskan tindak balas berantai
197
00:24:53,520 --> 00:24:56,800
yang beri kesan jauh di seberang gurun...
198
00:25:00,160 --> 00:25:05,000
dengan membuka jalan
untuk satu fenomena alam semula jadi lain.
199
00:25:08,040 --> 00:25:09,000
Api.
200
00:25:14,680 --> 00:25:19,760
Kayu reput menyemarakkan api hutan
yang menghidupkan semula savana.
201
00:25:26,720 --> 00:25:32,800
Melalui api yang marak, bermulalah
haluan baharu dalam jaringan hidup...
202
00:25:37,720 --> 00:25:41,040
dengan pautan yang menghubungkan benua.
203
00:25:48,320 --> 00:25:50,880
Apabila semak dan tanah terbakar,
204
00:25:51,400 --> 00:25:56,000
nutrien mikroskopik keluar dari tanah.
205
00:26:03,840 --> 00:26:05,800
Ia bercampur dengan asap...
206
00:26:08,680 --> 00:26:10,160
untuk bertemu awan.
207
00:26:14,040 --> 00:26:17,480
Tinggi di atmosfera, gumpalan fosforus
208
00:26:17,480 --> 00:26:21,400
merentas arus angin dan sistem cuaca.
209
00:26:24,320 --> 00:26:28,720
Baja tersebar di serata Atlantik...
210
00:26:30,800 --> 00:26:33,600
ke langit Amerika Selatan...
211
00:26:38,800 --> 00:26:41,400
tempat untuk magik turun...
212
00:26:43,560 --> 00:26:46,840
di hutan hujan Amazon yang megah.
213
00:26:52,400 --> 00:26:57,080
Menariknya, separuh fosforus
yang sampai ke sini
214
00:26:57,560 --> 00:27:00,040
berasal daripada kebakaran di Afrika...
215
00:27:02,080 --> 00:27:05,720
menyediakan talian hayat antara benua
216
00:27:05,720 --> 00:27:10,400
untuk tiga juta spesies
yang mendiami kawasan ini.
217
00:27:16,840 --> 00:27:21,080
Dulu kita sangka
kepelbagaian hidupan di sini
218
00:27:21,080 --> 00:27:24,560
berkembang melalui tekanan persaingan.
219
00:27:37,440 --> 00:27:42,600
Namun terdapat kuasa
yang lebih halus dan berkuasa.
220
00:27:46,880 --> 00:27:48,000
Kolaborasi.
221
00:27:52,120 --> 00:27:58,120
Tumbuh pokok kacang Brazil
yang elegan dan paling tinggi.
222
00:28:00,760 --> 00:28:04,600
Ia membesar di sini selama lebih seabad.
223
00:28:06,880 --> 00:28:13,480
Dengan ketinggian hampir 46 meter,
pokok ini merupakan lambang kemegahan.
224
00:28:20,720 --> 00:28:25,600
Ia naik ke puncak
dengan menjadi rangkaian hutan utama.
225
00:28:26,120 --> 00:28:30,440
Ia yakin kenalannya
akan membekalkan segala keperluannya.
226
00:28:34,400 --> 00:28:41,400
Bunga kuning terang yang penuh nektar
menandakan kesediaannya untuk membiak.
227
00:28:46,920 --> 00:28:48,760
Namun ia agak memilih.
228
00:28:50,600 --> 00:28:52,760
Ia hanya mahu menerima VIP.
229
00:28:54,560 --> 00:28:59,600
Pendebunga penting
yang dah melawat pokok kacang Brazil lain.
230
00:29:04,120 --> 00:29:07,800
Bunganya memiliki hud pelindung.
231
00:29:09,320 --> 00:29:14,200
Hanya pendebunga yang terpilih
mampu membuka hud ini.
232
00:29:19,000 --> 00:29:23,920
Menakjubkan, pokok ini ada banyak pautan.
233
00:29:23,920 --> 00:29:28,960
Ia mampu meletakkan usaha
dalam mencari makhluk eksklusif
234
00:29:30,280 --> 00:29:32,240
kepada pembantu peribadi.
235
00:29:35,400 --> 00:29:37,120
Orkid berdekatan...
236
00:29:39,200 --> 00:29:43,080
yang ingin mengumpan pendebunga sendiri.
237
00:29:44,880 --> 00:29:49,080
Aroma mempesonakan yang memukau
238
00:29:49,600 --> 00:29:52,080
pencinta setia bau.
239
00:29:56,600 --> 00:30:00,320
Lebah orkid ini
pembuat minyak wangi yang mahir.
240
00:30:02,720 --> 00:30:06,320
Ia menghasilkan minyak wangi khas sendiri.
241
00:30:07,960 --> 00:30:13,440
Ia mahu menambah bau indah ini
ke dalam campuran minyak wanginya.
242
00:30:14,760 --> 00:30:19,920
Ia mengumpul minyak aromatik terbaik
menggunakan berusnya...
243
00:30:24,560 --> 00:30:27,880
dan mencampur semuanya di dalam kantung.
244
00:30:31,200 --> 00:30:36,360
Campuran yang sempurna ini
menjadikannya lebih menawan.
245
00:30:37,320 --> 00:30:41,760
Campuran itu perlu tepat.
246
00:30:43,960 --> 00:30:46,120
Mungkin tambah lagi.
247
00:30:48,080 --> 00:30:53,240
Namun bukan pembuat minyak wangi
yang membantu pokok kacang Brazil.
248
00:30:56,200 --> 00:30:58,280
Tapi hidupan yang ia umpan.
249
00:31:03,320 --> 00:31:07,560
Udara hutan penuh dengan bau memukau,
250
00:31:08,600 --> 00:31:13,160
lebah betina yang lebih besar
dan kuat mula berkeliaran.
251
00:31:16,840 --> 00:31:21,040
Inilah yang pokok kacang Brazil tunggu
252
00:31:21,040 --> 00:31:23,120
untuk berseronok bersama.
253
00:31:34,080 --> 00:31:37,440
Lebah betina ada kuasa untuk membuka hud...
254
00:31:42,280 --> 00:31:46,120
dan menghantar debunga untuk pembiakan.
255
00:31:52,240 --> 00:31:56,600
Penguasaan rangkaian hutan
pokok ini membuahkan hasil.
256
00:32:01,800 --> 00:32:08,560
Menjelang tahun depan,
bunga eksklusif bertukar menjadi buah
257
00:32:10,520 --> 00:32:13,320
yang lebih sukar untuk dimasuki.
258
00:32:19,560 --> 00:32:22,040
Jatuhan setinggi 30 meter pun
259
00:32:24,000 --> 00:32:27,280
tidak mampu memecahkan kulit sekeras batu.
260
00:32:29,920 --> 00:32:33,240
Hanya pemecah peti besi mampu membukanya.
261
00:32:35,360 --> 00:32:42,200
Namun, pokok yang megah ini ada kenalan
walaupun di alam bawah tanah hutan.
262
00:32:45,400 --> 00:32:46,880
Suspek pertama,
263
00:32:48,800 --> 00:32:50,560
agouti berjari kecil.
264
00:32:56,120 --> 00:32:59,840
Hanya tikus bergigi ini memiliki alat
265
00:32:59,840 --> 00:33:01,480
untuk membukanya.
266
00:33:04,280 --> 00:33:09,440
Ia amat suka akan kacang di dalam.
Ia mahu makan semuanya.
267
00:33:14,560 --> 00:33:19,560
Jika ada lebihan,
agouti akan sorok di serata hutan.
268
00:33:24,480 --> 00:33:26,600
Sebagai kudapan masa depan.
269
00:33:34,720 --> 00:33:38,640
Tapi terlalu banyak
yang pencuri ini sorok,
270
00:33:40,480 --> 00:33:43,480
mustahil ia boleh ingat semua tempat.
271
00:33:47,040 --> 00:33:51,960
Biji yang hilang itu menjadi harapan
kepada pokok kacang Brazil.
272
00:34:07,640 --> 00:34:13,840
Meletakkan legasi berharga di tangan
pelbagai spesies mungkin nampak semberono.
273
00:34:16,880 --> 00:34:19,440
Itulah keajaiban rangkaian alam.
274
00:34:21,360 --> 00:34:24,880
Kolaborasi hebat ini sememangnya berkesan.
275
00:34:28,160 --> 00:34:32,600
Ia sangat boleh diharap.
Setiap pokok kacang Brazil
276
00:34:32,600 --> 00:34:35,320
tumbuh dengan cara luar biasa ini.
277
00:34:39,280 --> 00:34:45,040
Ia tanaman yang hanya boleh wujud
dari hutan hujan yang sihat dan hijau.
278
00:34:51,040 --> 00:34:57,400
Ada seekor haiwan yang berperanan penting
dalam menjaga kesihatan hutan.
279
00:35:00,680 --> 00:35:07,200
Makhluk yang memerintah kerajaan
dengan penuh kekejaman dan kekuatan.
280
00:35:16,880 --> 00:35:21,760
Setidaknya selepas ia bangun tidur.
281
00:35:26,960 --> 00:35:28,520
Macam remaja biasa.
282
00:35:29,600 --> 00:35:33,520
Jaguar muda ini menghabiskan masa beradu
283
00:35:34,960 --> 00:35:38,640
dan sekali-sekala bangun untuk bersantap.
284
00:35:49,560 --> 00:35:52,960
Snek yang pelbagai dari atas pokok...
285
00:35:55,320 --> 00:35:59,000
sampai ke bawah garis air.
286
00:36:03,840 --> 00:36:08,400
Seleranya yang besar
bermakna di semua tempat ia singgah,
287
00:36:09,080 --> 00:36:13,000
ia membawa kehidupan dan bukan kematian.
288
00:36:16,200 --> 00:36:18,040
Tanpa kucing besar ini,
289
00:36:19,720 --> 00:36:23,080
tempat ini mungkin sangat berbeza.
290
00:36:27,080 --> 00:36:31,360
Jika kurang pemburu,
maka banyak peragut rumput
291
00:36:32,240 --> 00:36:35,600
menjamah anak pokok sebelum sempat matang.
292
00:36:38,880 --> 00:36:43,880
Apabila pokok lebih tua mati,
kurang pokok muda untuk ganti.
293
00:36:49,520 --> 00:36:53,240
Cahaya matahari menembusi celahan kanopi.
294
00:36:55,920 --> 00:36:58,680
Tanah yang lembap mengering,
295
00:36:59,200 --> 00:37:04,560
dan tumbuhan yang bergantung
pada kelembapan akan menghilang.
296
00:37:07,920 --> 00:37:09,600
Bunga layu.
297
00:37:10,880 --> 00:37:13,720
Burung madu kebuluran.
298
00:37:16,640 --> 00:37:18,640
Jika tiada pemangsa besar...
299
00:37:21,320 --> 00:37:25,640
bilangan semut pemotong daun
lebih seratus kali ganda,
300
00:37:27,240 --> 00:37:32,800
bersedia untuk merampas nyawa
setiap dedaun di hutan.
301
00:37:37,680 --> 00:37:39,600
Jika satu pautan hilang,
302
00:37:39,600 --> 00:37:43,880
seluruh rangkaian mula musnah.
303
00:37:48,600 --> 00:37:53,920
Jika jaguar masih memburu,
jaguar merupakan gam yang menghubungkan
304
00:37:53,920 --> 00:37:56,800
jaringan hutan hujan yang kompleks.
305
00:37:59,000 --> 00:38:01,320
Remaja yang kuat makan ini
306
00:38:02,840 --> 00:38:06,640
akan cuba sesuatu
yang pemburu lain tidak berani...
307
00:38:10,000 --> 00:38:12,800
iaitu menentang pemangsa megah lain.
308
00:38:18,640 --> 00:38:19,640
Buaya...
309
00:38:22,000 --> 00:38:24,200
yang mahu menyerang mangsa.
310
00:38:26,200 --> 00:38:29,680
Jaguar yang naif bukan tandingannya.
311
00:38:33,320 --> 00:38:36,080
Paling penting siapa serang dulu.
312
00:39:18,400 --> 00:39:23,200
Hidangan yang lebih
daripada sekadar cukup untuk pelahap ini.
313
00:39:27,080 --> 00:39:31,000
Seterusnya, memberi kesan
yang amat mendalam.
314
00:39:35,080 --> 00:39:40,200
Sisa makanannya akan memulakan
perjalanan baharu sendiri
315
00:39:41,240 --> 00:39:44,440
yang akan mendedahkan rahsia menakjubkan
316
00:39:44,960 --> 00:39:49,000
tentang proses kehidupan hutan
di seluruh dunia ini.
317
00:39:54,680 --> 00:39:59,040
Bangkai yang beransur reput ini
melepaskan banyak nutrien
318
00:39:59,040 --> 00:40:01,280
yang meresap ke dalam tanah.
319
00:40:05,400 --> 00:40:09,800
Di bawah tanah,
sesuatu menunggu untuk menerimanya.
320
00:40:14,120 --> 00:40:17,600
Bebenang mikroskopik yang menyerap nutrien
321
00:40:18,840 --> 00:40:22,280
dan menyalurkan kepada pokok di atas.
322
00:40:27,320 --> 00:40:32,200
Ia hanya satu filamen
dalam rangkaian hidup yang luas.
323
00:40:36,600 --> 00:40:39,880
Tisu miselium dari koloni kulat
324
00:40:41,600 --> 00:40:45,160
yang tersebar
di bawah seluruh hutan hujan ini.
325
00:40:48,000 --> 00:40:54,880
Terminal kecil yang bersambung dengan
akar pokok menukar nutrien yang diserap
326
00:40:54,880 --> 00:40:58,480
untuk mendapat makanan daripada pokok itu.
327
00:41:01,880 --> 00:41:05,160
Tapi ini bukan transaksi perniagaan biasa.
328
00:41:06,920 --> 00:41:11,880
Di sesetengah hutan,
rangkaian bawah tanah menyatukan pokok
329
00:41:11,880 --> 00:41:14,920
menjadi jaringan hutan sejagat.
330
00:41:15,680 --> 00:41:21,200
Sistem pintar yang membolehkan
aliran bersaling makanan dan air
331
00:41:21,720 --> 00:41:24,280
daripada paling kuat kepada paling lemah.
332
00:41:25,160 --> 00:41:27,080
Walaupun antara spesies.
333
00:41:29,840 --> 00:41:32,040
Anak pokok yang mahu cahaya
334
00:41:32,560 --> 00:41:36,520
dipelihara dengan baik
oleh jiran yang lebih tinggi.
335
00:41:39,280 --> 00:41:43,920
Pokok-pokok mungkin guna rangkaian
untuk berkomunikasi.
336
00:41:45,000 --> 00:41:50,000
Pemikiran bersama yang beri amaran
tentang penyakit atau serangan,
337
00:41:50,480 --> 00:41:53,000
bersedia untuk berdepan cabaran.
338
00:41:56,600 --> 00:42:01,000
Skala rangkaian kulat
di planet ini amat besar.
339
00:42:02,120 --> 00:42:07,440
Tanpa putus tersebar
sehingga luar sistem suria,
340
00:42:07,440 --> 00:42:11,440
menjangkau lebih separuh galaksi kita.
341
00:42:13,560 --> 00:42:17,440
Di Bumi,
rangkaian kulat bergabung dengan pokok
342
00:42:18,160 --> 00:42:25,080
untuk mengunci tiga perempat
karbon daratan kita di bawah tanah.
343
00:42:31,720 --> 00:42:35,520
Pokok ara ini berusia ratusan tahun.
344
00:42:38,000 --> 00:42:39,280
Pokok induk.
345
00:42:41,720 --> 00:42:44,680
Banyak anak pokok tumbuh di bawah.
346
00:42:49,400 --> 00:42:53,720
Namun sekarang hidupnya akan berakhir.
347
00:43:05,400 --> 00:43:10,840
Rangkaian kulat membolehkannya
melaksanakan tindakan murni terakhir.
348
00:43:14,080 --> 00:43:18,680
Menghadiahkan nutrien terakhirnya
kepada komunitinya.
349
00:43:23,760 --> 00:43:30,080
Ibarat seorang nenek yang mahu memberi
peluang terbaik kepada keluarga hutannya.
350
00:43:34,480 --> 00:43:40,720
Pokok lain akan tumbuh di tempatnya
dan meneruskan peranan murninya.
351
00:43:43,800 --> 00:43:48,280
Terima kasih
kepada keajaiban jaringan hutan sejagat.
352
00:43:56,280 --> 00:44:00,920
Sesetengah saintis hari ini
semakin percaya
353
00:44:01,720 --> 00:44:04,880
hutan satu entiti yang saling terhubung...
354
00:44:08,000 --> 00:44:13,720
tempat tumbuhan, haiwan
dan kulat bekerjasama...
355
00:44:17,640 --> 00:44:21,360
sebagai komuniti
yang berdikari dan bersatu.
356
00:44:22,720 --> 00:44:27,000
Contoh unggul
rangkaian hebat alam semula jadi.
357
00:44:33,480 --> 00:44:36,280
Berdasarkan penemuan baru-baru ini,
358
00:44:36,800 --> 00:44:42,800
semakin terbukti seluruh planet
berfungsi dengan cara sama.
359
00:44:44,280 --> 00:44:46,360
Setiap kehidupan terhubung.
360
00:44:47,680 --> 00:44:51,840
Daripada rusa kutub laju,
kepada badak air megah.
361
00:44:53,440 --> 00:44:56,240
Setiap tindakan membawa akibat.
362
00:44:58,760 --> 00:45:02,920
Daripada degupan jantung laut
kepada hujan ribut subur.
363
00:45:11,120 --> 00:45:16,840
Seluruh alam semula jadi terhubung
dengan kehidupan kita.
364
00:45:20,760 --> 00:45:23,280
Walaupun ia tiada di jalan.
365
00:45:29,480 --> 00:45:33,880
Hubungan kehidupan
menjangkau seluruh pelosok bumi.
366
00:45:37,120 --> 00:45:41,200
Namun rangkaian alam semula jadi
perlu terus bergerak,
367
00:45:41,840 --> 00:45:45,040
menari mengikut rentak planet kita
368
00:45:45,880 --> 00:45:50,760
dan bertindak balas
terhadap peredaran masa itu sendiri.
369
00:45:56,560 --> 00:45:59,000
Dalam dunia yang terus berubah,
370
00:46:00,680 --> 00:46:03,560
peluang selalu ada untuk diambil.
371
00:46:05,640 --> 00:46:09,400
Namun, pemasaan paling penting.
372
00:48:09,760 --> 00:48:14,760
Terjemahan sari kata oleh
Zarifah Kamarulhisham