1
00:00:13,880 --> 00:00:18,160
{\an8}KUIL AMUN
OASIS SIWA, MESIR
2
00:00:22,240 --> 00:00:23,880
Perang akan tercetus.
3
00:00:26,599 --> 00:00:29,560
Sebuah peperangan yang cukup sengit
4
00:00:29,560 --> 00:00:31,119
dan maha dahsyat
5
00:00:31,119 --> 00:00:33,440
sehingga dunia terbelah dua.
6
00:00:34,760 --> 00:00:36,160
Serang!
7
00:00:38,480 --> 00:00:42,199
Terpisah dek perseteruan berdarah
8
00:00:43,120 --> 00:00:44,239
antara dua lelaki.
9
00:00:45,160 --> 00:00:46,640
Alexander yang Agung
10
00:00:47,599 --> 00:00:50,520
dan Darius, raja segala raja.
11
00:00:52,599 --> 00:00:54,599
Dua musuh ketat,
12
00:00:55,720 --> 00:00:57,080
dua benua,
13
00:00:57,599 --> 00:01:00,839
tapi wajah mereka dicap
pada sekeping syiling yang sama.
14
00:01:02,239 --> 00:01:04,800
Seorang putera muda Macedonia,
15
00:01:05,399 --> 00:01:08,000
berjuang demi tanah air dan kemasyhuran
16
00:01:09,200 --> 00:01:12,600
dan seorang raja Parsi
yang bertekad mempertahankan
17
00:01:13,600 --> 00:01:16,080
empayar terulung dunia.
18
00:01:17,320 --> 00:01:19,600
Terperangkap dalam keegoan...
19
00:01:21,839 --> 00:01:23,440
yang bakal mengubah dunia
20
00:01:24,800 --> 00:01:26,119
dengan bermandikan api
21
00:01:27,520 --> 00:01:29,160
dan darah.
22
00:01:30,720 --> 00:01:32,640
Siapa yang beroleh kemenangan?
23
00:01:33,399 --> 00:01:35,040
Siapa yang kecundang?
24
00:01:51,000 --> 00:01:53,000
Hanya para dewa menentukannya.
25
00:01:59,759 --> 00:02:02,919
{\an8}Alexander menjentik imaginasi kita.
26
00:02:02,919 --> 00:02:07,399
{\an8}Dia satu figura penting
dalam sejarah peradaban manusia.
27
00:02:07,399 --> 00:02:12,400
{\an8}Alexander ialah panglima tentera
yang terhebat sepanjang zaman,
28
00:02:13,440 --> 00:02:17,960
{\an8}tapi pada masa yang sama,
dia seorang penyajak, ahli falsafah,
29
00:02:18,720 --> 00:02:21,840
saintis, pereka cipta
30
00:02:21,840 --> 00:02:25,400
dan pembina empayar.
31
00:02:26,840 --> 00:02:29,640
Maka tak hairanlah
walaupun selepas 2,000 tahun,
32
00:02:30,360 --> 00:02:32,200
kita masih taasub dengan dia.
33
00:02:37,400 --> 00:02:39,600
Alexander mengasaskan Alexandria,
34
00:02:40,920 --> 00:02:43,720
yang akhirnya menjadi
salah sebuah bandar terhebat di dunia.
35
00:02:49,080 --> 00:02:51,320
Hari ini, Dr. Pepi Papakosta
36
00:02:51,320 --> 00:02:55,320
sedang mengekskavasi
tinggalan bandar agung Alexander.
37
00:03:04,239 --> 00:03:05,200
Oh, Tuhan.
38
00:03:07,160 --> 00:03:10,640
{\an8}Ini bar seni bina
dan ia satu penemuan penting.
39
00:03:11,320 --> 00:03:12,840
{\an8}Ini kejutan baharu.
40
00:03:13,480 --> 00:03:15,040
{\an8}Setiap hari, ada saja kejutan.
41
00:03:16,880 --> 00:03:19,480
Ini anugerah yang berharga untuk kita.
42
00:03:22,399 --> 00:03:25,000
Dengan mengekskavasi bandar hebat ini,
43
00:03:25,000 --> 00:03:28,760
saya rasa lebih dekat dengan wira saya...
44
00:03:31,440 --> 00:03:34,399
kerana di Alexandria,
Alexander tak pernah mati.
45
00:03:34,399 --> 00:03:35,720
Dia ada di mana-mana.
46
00:03:38,080 --> 00:03:41,679
Dr. Pepi mendedikasikan
hampir dua dekad hidupnya
47
00:03:41,679 --> 00:03:44,040
dalam pencarian Alexandria purba.
48
00:03:44,040 --> 00:03:47,920
Dia dah gali berpuluh meter ke dalam tanah
49
00:03:47,920 --> 00:03:49,720
dalam usaha mencarinya.
50
00:03:51,480 --> 00:03:54,280
Dah lama kami mulakan penggalian di sini.
51
00:03:54,959 --> 00:03:56,600
Bermula dengan parit kecil
52
00:03:57,280 --> 00:04:01,399
sehinggalah keluasannya
menjangkau beribu-ribu meter persegi.
53
00:04:02,839 --> 00:04:04,079
Semua guna tangan.
54
00:04:05,799 --> 00:04:11,079
Saya ahli arkeologi
dan saya bekerja bersama Cik Papakosta.
55
00:04:12,320 --> 00:04:15,760
{\an8}Saya berbangga dapat sertai
pasukan penggalian dia.
56
00:04:16,880 --> 00:04:20,640
Saya bekerja di tapak ini
sejak tahun 2007.
57
00:04:21,760 --> 00:04:23,640
Pendek kata, inilah hidup saya.
58
00:04:25,680 --> 00:04:29,039
Semakin lama kami menggali,
semakin banyak objek dan bukti
59
00:04:29,039 --> 00:04:31,440
yang kami temui tentang Alexander.
60
00:04:34,160 --> 00:04:37,960
Kami dah rekodkan banyak penemuan hebat
61
00:04:38,919 --> 00:04:41,440
dan tinggalan penting...
62
00:04:44,800 --> 00:04:45,800
{\an8}RAKAMAN ARKIB
63
00:04:45,800 --> 00:04:51,520
{\an8}...tapi penemuan paling menakjubkan
yang pernah ditemui di tapak ini
64
00:04:51,520 --> 00:04:55,400
ialah patung marmar Alexander yang unik.
65
00:05:01,400 --> 00:05:03,000
Ia satu keajaiban.
66
00:05:06,200 --> 00:05:12,280
Mereka masih mencari apa-apa jejak
yang boleh dikaitkan dengan Alexander.
67
00:05:13,880 --> 00:05:19,760
Mereka cari patung,
inskripsi dan syilingnya.
68
00:05:21,039 --> 00:05:22,240
Awak berjaya.
69
00:05:24,200 --> 00:05:26,840
Kita mesti ingat
bahawa Alexander yang Agung,
70
00:05:26,840 --> 00:05:28,320
di penghujung hayatnya,
71
00:05:28,320 --> 00:05:32,200
bukanlah Alexander
yang kita bayangkan pada mulanya.
72
00:05:36,560 --> 00:05:40,840
Alexander muncul dalam liputan sejarah
pada tahun 336 Sebelum Masihi.
73
00:05:40,840 --> 00:05:42,680
Setahun sebelum itu,
74
00:05:42,680 --> 00:05:47,760
dia pilih untuk hidup dalam buangan
di sebuah tempat bernama Illyria.
75
00:05:47,760 --> 00:05:49,720
ILLYRIA
334 SEBELUM MASIHI
76
00:05:49,720 --> 00:05:54,320
Dia seorang putera berumur 20 tahun
yang tinggalkan kerajaan ayahnya.
77
00:06:00,200 --> 00:06:02,160
Kita main-main saja. Betul, Alex?
78
00:06:03,680 --> 00:06:06,800
Saya rasa sepanjang keberadaannya di situ,
79
00:06:06,800 --> 00:06:10,479
dia cuba mencari matlamat hidupnya.
80
00:06:17,760 --> 00:06:18,880
Alex!
81
00:06:19,479 --> 00:06:20,400
Histe!
82
00:06:38,039 --> 00:06:39,240
Berundur!
83
00:06:46,799 --> 00:06:48,240
Histe, Alex!
84
00:06:49,320 --> 00:06:50,599
Saya kata berhenti!
85
00:06:57,039 --> 00:06:57,919
Maaf.
86
00:07:00,799 --> 00:07:01,760
Saya minta maaf.
87
00:07:05,479 --> 00:07:06,320
Tak apa.
88
00:07:09,000 --> 00:07:12,400
Bukan saya yang awak lawan,
tapi ayah awak.
89
00:07:12,960 --> 00:07:14,160
Betul?
90
00:07:17,919 --> 00:07:18,919
Betul?
91
00:07:22,599 --> 00:07:24,039
Awak kata main-main...
92
00:07:26,120 --> 00:07:27,680
jadi boleh kita main saja?
93
00:07:33,599 --> 00:07:36,640
Alexander membesar
bersama dua orang teman rapat.
94
00:07:41,120 --> 00:07:43,520
Salah seorangnya, Hephaestion,
95
00:07:43,520 --> 00:07:46,599
bukan hanya seorang sahabat,
96
00:07:48,000 --> 00:07:49,840
tapi mungkin cinta sejatinya.
97
00:08:14,799 --> 00:08:19,599
Hubungan seks sesama jenis
adalah satu kebiasaan di Yunani.
98
00:08:23,120 --> 00:08:27,440
Orang Yunani tak kenal
maksud homoseksualiti
99
00:08:27,960 --> 00:08:29,200
atau homoseksual.
100
00:08:29,200 --> 00:08:32,159
Ia belum wujud
dalam perbendaharaan kata mereka.
101
00:08:32,159 --> 00:08:34,919
Yang ada cuma hubungan seksual.
102
00:08:36,799 --> 00:08:41,000
Betulkah awak nak balik sekarang, Alex?
103
00:08:42,440 --> 00:08:44,640
Lambat-laun, saya kena balik juga.
104
00:08:45,480 --> 00:08:48,400
Lagipun awak akan ikut saya, bukan?
105
00:08:52,680 --> 00:08:54,120
Sehingga ke akhir hayat.
106
00:09:00,320 --> 00:09:03,560
Kalau nak mengadap raja,
saya cadangkan kamu pakai baju.
107
00:09:04,640 --> 00:09:05,520
Jom.
108
00:09:06,600 --> 00:09:09,800
Ptolemy ialah setiawan Alexander
yang sangat rapat
109
00:09:09,800 --> 00:09:15,160
dan pada masa itu,
Alexander ada ramai teman sekader
110
00:09:15,160 --> 00:09:17,000
yang berpengaruh di istana
111
00:09:17,000 --> 00:09:21,360
{\an8}dan dua daripadanya
ialah Hephaestion dan Ptolemy
112
00:09:21,360 --> 00:09:24,720
yang kekal setia
dan terus bersahabat dengan dia
113
00:09:24,720 --> 00:09:26,760
sepanjang kempen ketenteraannya.
114
00:09:32,640 --> 00:09:35,720
{\an8}Alexander pulang ke istana
pada tahun 336 SM
115
00:09:35,720 --> 00:09:38,079
{\an8}selepas terima titah daripada ayahnya
116
00:09:38,600 --> 00:09:43,160
untuk hadir ke majlis perkahwinan diraja
di ibu kota Macedonia, Aegae.
117
00:09:47,280 --> 00:09:52,199
Ia majlis perkahwinan
anak perempuan Philip, Cleopatra,
118
00:09:52,199 --> 00:09:54,640
dengan hulubalang dari negara jiran.
119
00:09:54,640 --> 00:09:59,000
Ini polisi tipikal Philip
untuk mengahwinkan anaknya
120
00:09:59,000 --> 00:10:01,560
dengan individu berpengaruh
di sekitar Macedonia.
121
00:10:02,880 --> 00:10:05,720
Tujuannya untuk memperkukuh perikatan
122
00:10:05,720 --> 00:10:08,720
yang dia cuba bina
sebelum berperang dengan Parsi.
123
00:10:08,720 --> 00:10:13,560
ISTANA AEGAE
MACEDONIA
124
00:10:16,240 --> 00:10:17,320
Bonda.
125
00:10:17,880 --> 00:10:20,079
Formalnya, agapi mou.
126
00:10:20,079 --> 00:10:22,360
Maksud anakanda, "Ibu."
127
00:10:24,760 --> 00:10:27,400
Cuaca Illyria
buat kulit anakanda terselar,
128
00:10:27,400 --> 00:10:30,280
tapi anakanda tetap kacak macam dulu.
129
00:10:32,000 --> 00:10:33,400
Selamat pulang, sayang.
130
00:10:34,640 --> 00:10:35,760
Pulang?
131
00:10:36,600 --> 00:10:38,199
Kepulangan yang tak dialu-alukan.
132
00:10:38,199 --> 00:10:43,600
Anakanda perlu tinggal di istana
sehingga status kita dikembalikan.
133
00:10:43,600 --> 00:10:47,000
Seingat anakanda,
ayahanda dah jelaskan status anakanda.
134
00:10:47,000 --> 00:10:50,520
Semuanya akan kembali seperti sediakala.
Percayalah.
135
00:10:51,480 --> 00:10:54,120
Lagipun,
siapa tak suka majlis perkahwinan?
136
00:10:55,360 --> 00:10:57,480
Sekarang, ikut bonda.
137
00:10:59,160 --> 00:11:01,760
Ibu Alexander, Olympias,
138
00:11:01,760 --> 00:11:04,680
salah seorang pencorak
dan penggoncang sejarah.
139
00:11:04,680 --> 00:11:06,880
Dia seorang puteri asing.
140
00:11:06,880 --> 00:11:09,600
Dia salah seorang
daripada tujuh isteri Philip II,
141
00:11:09,600 --> 00:11:13,880
tapi dia pegang status paling tinggi
berbanding madunya di istana
142
00:11:13,880 --> 00:11:17,959
kerana pada awal perkahwinan,
dia lahirkan pewaris takhta Philip II,
143
00:11:17,959 --> 00:11:19,440
iaitu Alexander.
144
00:11:20,160 --> 00:11:24,079
Bagaimanapun selepas seketika,
status dia mula tergugat
145
00:11:24,079 --> 00:11:27,480
apabila Philip
mengalami krisis pertengahan umur,
146
00:11:27,480 --> 00:11:30,520
berkahwin dengan gadis yang lebih muda,
147
00:11:30,520 --> 00:11:32,760
iaitu seorang puteri Macedonia.
148
00:11:32,760 --> 00:11:36,440
Besar kemungkinan,
puteri itu akan lahirkan anak-anak lelaki
149
00:11:36,440 --> 00:11:38,760
yang bakal mewarisi takhta,
150
00:11:38,760 --> 00:11:42,079
sekali gus melucutkan
status Olympias dan Alexander.
151
00:11:44,920 --> 00:11:47,800
Suasana di istana sangat tegang
152
00:11:48,560 --> 00:11:52,440
dan ketegangan itu memuncak
di majlis perkahwinan Cleopatra.
153
00:11:56,199 --> 00:11:59,320
Tak sangka hiburan
di majlis ini begitu menghiburkan.
154
00:12:00,360 --> 00:12:01,320
Maksud anakanda?
155
00:12:03,880 --> 00:12:04,959
Kita.
156
00:12:06,480 --> 00:12:10,199
Permaisuri yang hina
dan anak lelakinya yang terbuang.
157
00:12:11,800 --> 00:12:13,680
Kenapa panggil anakanda pulang?
158
00:12:15,959 --> 00:12:17,079
Bukan bonda,
159
00:12:18,719 --> 00:12:19,600
tapi dia.
160
00:12:20,480 --> 00:12:21,560
Raja.
161
00:12:25,280 --> 00:12:26,280
Ayahanda?
162
00:12:28,320 --> 00:12:31,120
Bonda, apa sebenarnya yang berlaku?
163
00:12:31,600 --> 00:12:34,839
Alexander tinggalkan
istana Macedonia setahun sebelumnya
164
00:12:34,839 --> 00:12:37,719
kerana ayahnya, Philip, cuba bunuh dia.
165
00:12:37,719 --> 00:12:40,760
Ada jamuan besar-besaran di Macedonia
166
00:12:40,760 --> 00:12:44,880
dan di penghujung majlis,
semua orang dah mabuk.
167
00:12:44,880 --> 00:12:47,280
Dalam keadaan mabuk,
168
00:12:47,280 --> 00:12:50,959
Jeneral Attalus hina Alexander
dengan berkata,
169
00:12:50,959 --> 00:12:54,160
"Kau anak haram
dan bukan pewaris takhta yang sah,"
170
00:12:54,160 --> 00:12:56,360
dan Alexander rasa sangat marah.
171
00:12:56,920 --> 00:13:00,880
Sebaliknya Philip, ayah dia,
langsung tak bela dia dan cakap,
172
00:13:00,880 --> 00:13:05,520
"Anakanda hina sahabat ayahanda,"
dan cuba bunuh Alexander.
173
00:13:06,040 --> 00:13:10,480
Alexander tinggalkan istana
bukan kerana takut nyawanya melayang,
174
00:13:10,480 --> 00:13:13,440
tapi kerana makan hati dek sikap ayahnya.
175
00:13:18,040 --> 00:13:19,079
Alexander.
176
00:13:19,079 --> 00:13:22,400
Anakanda cuba jauhkan diri
daripada ayahanda,
177
00:13:22,400 --> 00:13:23,760
raja anakanda?
178
00:13:26,520 --> 00:13:27,640
Bergantung.
179
00:13:28,680 --> 00:13:31,560
Ayahanda nak peluk atau bunuh anakanda?
180
00:13:33,280 --> 00:13:35,599
Anakanda masih marah akan ayahanda?
181
00:13:35,599 --> 00:13:37,240
Ayahanda malukan anakanda.
182
00:13:37,240 --> 00:13:38,560
Attalus mabuk.
183
00:13:38,560 --> 00:13:39,920
Ayahanda bela dia.
184
00:13:39,920 --> 00:13:41,680
Biasalah, gurau kasar.
185
00:13:42,719 --> 00:13:43,560
Lagipun,
186
00:13:45,079 --> 00:13:46,680
air dicencang takkan putus.
187
00:13:48,800 --> 00:13:50,520
Bukan wain?
188
00:13:53,160 --> 00:13:54,120
Apa halnya itu?
189
00:13:55,120 --> 00:13:56,400
Patutkah patik pergi?
190
00:13:56,400 --> 00:13:59,959
Hephaestion,
awak manjakan dia lebih daripada beta.
191
00:14:03,800 --> 00:14:06,640
Attalus salah seorang
jeneral terbaik ayahanda,
192
00:14:07,480 --> 00:14:10,839
tapi anakanda anak ayahanda
dan itu lebih penting.
193
00:14:12,920 --> 00:14:14,360
Alexander nampak tegang.
194
00:14:15,040 --> 00:14:17,959
Dia okey, Ptol.
Dia cuma perlu ingat status dia.
195
00:14:19,839 --> 00:14:21,199
Atau minum sampai lupa.
196
00:14:22,640 --> 00:14:23,839
Itulah rahsia saya.
197
00:14:26,079 --> 00:14:30,000
Ayahanda nak anakanda ikut ayahanda
ke perbatasan dan takluk Parsi.
198
00:14:35,040 --> 00:14:38,880
Anakanda berbesar hati dapat berjuang
di sisi ayahanda macam dulu.
199
00:14:40,599 --> 00:14:42,079
Bila kita nak berangkat?
200
00:14:42,680 --> 00:14:44,360
Kita bincang nanti.
201
00:14:47,880 --> 00:14:52,400
Satu lagi detik penting ialah perdamaian
antara Philip dan Alexander.
202
00:14:53,280 --> 00:14:57,319
Seluruh Yunani tahu
yang hubungan mereka tegang,
203
00:14:57,319 --> 00:14:59,680
jadi Philip guna kesempatan itu
204
00:14:59,680 --> 00:15:04,560
untuk tunjuk hubungan dia dan anaknya,
bakal pewaris takhta Macedonia,
205
00:15:04,560 --> 00:15:05,760
baik dan teguh
206
00:15:05,760 --> 00:15:09,959
dan secara simboliknya,
sebagai amaran kepada negeri Yunani lain.
207
00:15:28,920 --> 00:15:30,000
Diam!
208
00:15:34,760 --> 00:15:38,280
Terima kasih,
tapi berdirinya beta di sini hari ini,
209
00:15:39,439 --> 00:15:41,439
adalah untuk merahmati penyatuan ini.
210
00:15:41,439 --> 00:15:44,599
Semoga anakanda berdua hidup bahagia,
211
00:15:44,599 --> 00:15:47,319
sepertimana ayahanda dan Eurydice.
212
00:15:47,319 --> 00:15:49,760
- Ya!
- Ya!
213
00:15:57,199 --> 00:16:01,520
Ini juga masa untuk mempererat ikatan
yang menyatukan kita semua.
214
00:16:01,520 --> 00:16:03,599
Kita dah jadi keluarga bahagia?
215
00:16:04,319 --> 00:16:06,760
Anakanda akan ikut dia berperang.
216
00:16:08,000 --> 00:16:09,319
Melawan Empayar Parsi.
217
00:16:10,000 --> 00:16:12,880
Wah! Itu satu kejutan.
218
00:16:15,359 --> 00:16:19,760
Sama-sama kita doakan kedua mempelai
agar dikurniakan anak lelaki!
219
00:16:21,479 --> 00:16:22,760
Tidak!
220
00:16:24,120 --> 00:16:25,400
Pengawal!
221
00:16:28,479 --> 00:16:30,760
Kunci pintu! Jangan biar sesiapa keluar!
222
00:16:30,760 --> 00:16:33,079
Philip dibunuh oleh Pausanias,
223
00:16:33,079 --> 00:16:36,400
salah seorang pengawal peribadi
yang dia paling percaya,
224
00:16:36,400 --> 00:16:41,920
tapi kita tak tahu orang
yang upah Pausanias untuk bunuh Philip.
225
00:16:41,920 --> 00:16:43,640
Jangan biar sesiapa keluar!
226
00:16:43,640 --> 00:16:44,640
Kami nak lalu!
227
00:16:45,240 --> 00:16:46,280
Ini satu arahan!
228
00:16:46,880 --> 00:16:51,199
Soalan itu masih belum terjawab
kerana sesiapa saja boleh jadi dalangnya.
229
00:16:51,199 --> 00:16:53,800
Boleh jadi Olympias, Alexander,
230
00:16:54,839 --> 00:16:59,319
mahupun para jeneral Macedonia
yang patut lindung Philip pada masa itu.
231
00:16:59,319 --> 00:17:01,240
Inilah masanya.
232
00:17:03,560 --> 00:17:06,359
Heph, ambil pedang
dan mahkota ayahanda saya.
233
00:17:08,240 --> 00:17:11,159
Sejujurnya saya syak Olympias,
234
00:17:11,159 --> 00:17:14,560
atau mungkin orang suruhannya,
yang bunuh Philip.
235
00:17:40,840 --> 00:17:41,880
Diam.
236
00:17:43,120 --> 00:17:45,280
Saya kata diam!
237
00:17:59,159 --> 00:18:00,480
Kita diserang.
238
00:18:03,800 --> 00:18:04,840
Raja kita...
239
00:18:07,919 --> 00:18:09,120
ayahanda beta,
240
00:18:10,480 --> 00:18:11,760
mati dibunuh.
241
00:18:15,320 --> 00:18:17,399
Beta percaya ini kerja orang Parsi.
242
00:18:19,200 --> 00:18:23,120
Beta bersumpah
yang mereka akan terima balasannya.
243
00:18:23,120 --> 00:18:24,600
- Ya!
- Ya!
244
00:18:24,600 --> 00:18:27,679
- Raja baharu ini akan memerdekakan kita.
- Ya!
245
00:18:27,679 --> 00:18:30,080
Bebaskan kita daripada kezaliman Parsi.
246
00:18:30,080 --> 00:18:33,720
Hidup Alexander, Raja Macedonia!
247
00:18:34,320 --> 00:18:41,240
Alexander!
248
00:18:44,320 --> 00:18:49,840
Antara tindakan terawal Alexander
selepas kemangkatan Philip ialah menuduh
249
00:18:49,840 --> 00:18:53,159
atau mengaitkannya dengan Parsi.
250
00:18:53,159 --> 00:18:57,080
Penting untuk kita faham
betapa beratnya tuduhan ini.
251
00:18:57,080 --> 00:18:59,120
Empayar Parsi sangat besar.
252
00:18:59,120 --> 00:19:02,080
Empayar Parsi
ialah empayar terbesar di dunia,
253
00:19:02,080 --> 00:19:06,760
sementara Macedonia
cuma sebuah kerajaan kecil
254
00:19:07,360 --> 00:19:10,520
di bahagian utara Greece moden hari ini.
255
00:19:11,280 --> 00:19:14,520
Sekarang, tiba-tiba,
mereka merancang untuk tawan
256
00:19:14,520 --> 00:19:19,840
sebuah empayar yang berstruktur,
cukup berkuasa dan kaya-raya.
257
00:19:19,840 --> 00:19:22,520
EMPAYAR PARSI
258
00:19:22,520 --> 00:19:25,600
Dengan keluasan
hampir lima juta kilometer persegi,
259
00:19:25,600 --> 00:19:29,000
ia menempatkan
antara 50 hingga 150 juta penduduk
260
00:19:29,000 --> 00:19:30,240
yang pada masa itu,
261
00:19:30,240 --> 00:19:33,120
merangkumi hampir 50 peratus
populasi dunia.
262
00:19:33,120 --> 00:19:35,320
Empayar Parsi sangat besar
263
00:19:35,320 --> 00:19:40,240
dan pentadbirannya dibahagikan
kepada beberapa wilayah dipanggil satrapi
264
00:19:40,240 --> 00:19:42,399
dan diketuai oleh seorang satrap.
265
00:19:44,120 --> 00:19:47,720
Semua kekayaan Parsi
disalurkan ke Babylon,
266
00:19:47,720 --> 00:19:50,600
yakni pusat pentadbiran empayar mereka.
267
00:19:51,200 --> 00:19:56,480
Secara harfiahnya,
Babylon ialah bank Empayar Parsi.
268
00:19:57,240 --> 00:19:58,080
BABYLON
PARSI
269
00:19:58,080 --> 00:20:01,360
Babylon ialah pusat ketamadunan.
270
00:20:01,960 --> 00:20:06,399
Pada masa itu,
Babylon merupakan pusat budaya dunia.
271
00:20:06,399 --> 00:20:11,399
Babylon ialah pusat teologi,
pembelajaran, astronomi dan kesenian.
272
00:20:11,399 --> 00:20:15,120
Kesimpulannya,
Babylon ialah permata Empayar Parsi...
273
00:20:17,640 --> 00:20:21,800
dan di sinilah, Darius III,
274
00:20:21,800 --> 00:20:24,880
dan permaisurinya, Stateira, bersemayam.
275
00:20:26,040 --> 00:20:27,720
Menakjubkan, sayang.
276
00:20:28,800 --> 00:20:33,440
Pemulihan kuil ini bukan saja penghormatan
kepada pemerintahan kanda,
277
00:20:34,240 --> 00:20:37,679
tapi mercu tanda yang sempurna
untuk Babylon.
278
00:20:41,800 --> 00:20:43,080
Bahkan, dunia.
279
00:20:43,080 --> 00:20:44,440
Betul, Gabenor?
280
00:20:44,440 --> 00:20:49,000
Kuil ini akan jadi permata Babylon
dan kebanggaan seisi rakyatnya
281
00:20:50,200 --> 00:20:51,800
serta generasi akan datang.
282
00:20:53,800 --> 00:20:56,000
Andai tuanku perkenan,
283
00:20:56,000 --> 00:20:59,240
pembinaannya boleh bermula
sejurus dana disalurkan.
284
00:21:01,280 --> 00:21:04,880
Kita ada duit, Mazaeus.
Ia baru tiba dari Mesir semalam.
285
00:21:06,600 --> 00:21:09,200
Satrap Mesir bayar ufti kepada kanda.
286
00:21:09,200 --> 00:21:13,040
Dia tak bayar cukai guna jongkong emas
macam satrap lain.
287
00:21:13,880 --> 00:21:17,600
Mesir ialah satrapi paling penting.
288
00:21:17,600 --> 00:21:20,760
Mesir bukan saja
pengeluar pelbagai hasil pertanian,
289
00:21:20,760 --> 00:21:23,120
tapi juga emas.
290
00:21:23,120 --> 00:21:26,399
Emas itu dibawa
ke Babylon oleh orang Parsi
291
00:21:27,159 --> 00:21:30,720
dan digunakan
untuk pembangunan Empayar Parsi.
292
00:21:31,520 --> 00:21:34,800
Kumbang ialah simbol suci
transformasi mereka.
293
00:21:35,399 --> 00:21:36,840
Kumbang ini makan tahi.
294
00:21:36,840 --> 00:21:38,800
Apa pun, kanda patut hormatnya.
295
00:21:39,320 --> 00:21:40,760
Hormat satrapnya juga.
296
00:21:42,320 --> 00:21:47,840
Kalau kanda nakkan emas mereka,
dah tiba masa kanda panggil dia mengadap.
297
00:21:47,840 --> 00:21:49,360
Tolonglah, Stateira.
298
00:21:50,399 --> 00:21:55,080
Satu-satunya sebab mereka bayar ufti
ialah kedominanan penuh Parsi.
299
00:21:58,600 --> 00:22:01,080
Darius naik takhta
300
00:22:01,080 --> 00:22:05,640
betul-betul pada waktu Philip dibunuh.
301
00:22:05,640 --> 00:22:07,439
Jangan risau.
302
00:22:08,600 --> 00:22:10,600
Yang rosak boleh dibaiki, bukan?
303
00:22:11,200 --> 00:22:14,080
Seolah-olah takdir sedang menunggu
304
00:22:14,600 --> 00:22:16,960
untuk menemukan Darius dan Alexander
305
00:22:16,960 --> 00:22:19,240
kerana kedua-duanya naik takhta
306
00:22:19,240 --> 00:22:22,000
dalam sela masa
beberapa minggu atau bulan.
307
00:22:26,200 --> 00:22:30,000
Pada masa itu,
seluruh dunia tertanya-tanya dan fikir,
308
00:22:30,000 --> 00:22:35,040
"Okey, apa kesudahan
antara dua orang raja muda ini?"
309
00:22:37,120 --> 00:22:40,120
Setiap perubahan rejim diraja
melibatkan keganasan
310
00:22:40,120 --> 00:22:43,600
kerana pemerintah baharu perlu singkir
311
00:22:43,600 --> 00:22:48,240
sebarang ancaman yang boleh
mengganggu-gugat pewarisan takhta mereka.
312
00:22:49,000 --> 00:22:52,720
Dalam kes Alexander,
mungkin ibunya turut terlibat.
313
00:23:00,080 --> 00:23:04,280
Philip ada seorang anak perempuan
bersama Eurydice bernama Europa.
314
00:23:04,280 --> 00:23:06,200
Walaupun Philip dah mangkat,
315
00:23:06,200 --> 00:23:09,800
Olympias masih anggap mereka
sebagai satu ancaman besar.
316
00:23:09,800 --> 00:23:11,600
Menurut satu sumber,
317
00:23:11,600 --> 00:23:16,439
Olympias letak Europa
di atas wadah gangsa yang berisi api.
318
00:23:16,439 --> 00:23:21,000
Selepas saksikan anaknya
diperlakukan sekejam itu,
319
00:23:21,000 --> 00:23:22,880
Eurydice bunuh diri.
320
00:23:24,520 --> 00:23:28,960
Kita tak tahu
sama ada dia bunuh diri atau dibunuh,
321
00:23:30,600 --> 00:23:35,399
tapi tiada lagi ancaman
untuk Alexander menaiki takhta.
322
00:23:40,800 --> 00:23:44,480
Perempuan itu memang bodoh,
323
00:23:45,720 --> 00:23:48,679
tapi muka dia cantik.
324
00:23:51,560 --> 00:23:52,679
Apa bonda dah buat?
325
00:23:53,200 --> 00:23:55,399
Melindungi takhta anakanda.
326
00:23:56,320 --> 00:23:59,880
Pengaruh dia di istana
mengancam pewarisan anakanda,
327
00:23:59,880 --> 00:24:02,600
sedangkan anakanda ialah pewaris yang sah.
328
00:24:03,679 --> 00:24:04,800
Bonda...
329
00:24:04,800 --> 00:24:07,640
Oh, kita jadi formal semula?
330
00:24:12,439 --> 00:24:16,000
Dia yang ragut nyawanya sendiri,
agapi mou.
331
00:24:17,320 --> 00:24:18,600
Bonda tak buat apa-apa.
332
00:24:21,679 --> 00:24:23,800
Ini akan mencemarkan nama anakanda.
333
00:24:23,800 --> 00:24:26,439
- Mengarut.
- Mereka anggap anakanda penipu.
334
00:24:26,439 --> 00:24:28,520
Jadi, buktikan sebaliknya.
335
00:24:29,040 --> 00:24:30,200
Alex, kita mesti...
336
00:24:31,720 --> 00:24:32,960
Kita kena pergi.
337
00:24:35,960 --> 00:24:38,800
Jangan bunuh sesiapa lagi, faham?
338
00:24:40,439 --> 00:24:41,320
Ini...
339
00:24:43,080 --> 00:24:44,280
Ini tak membantu.
340
00:24:49,640 --> 00:24:53,880
Alexander mewarisi takhta
pada umur 20 tahun
341
00:24:53,880 --> 00:24:55,679
melalui pertumpahan darah.
342
00:24:55,679 --> 00:24:59,760
Yang menariknya,
kalau kita lihat di timur Parsi,
343
00:24:59,760 --> 00:25:02,480
kita nampak Darius III,
344
00:25:02,480 --> 00:25:05,760
Darius atau Darayavayush,
semuanya orang yang sama,
345
00:25:06,919 --> 00:25:12,679
turut mewarisi takhta
melalui pembunuhan dan kekacauan.
346
00:25:12,679 --> 00:25:16,840
{\an8}Darius III naik takhta
selepas dua pendahulunya mati diracun.
347
00:25:16,840 --> 00:25:18,320
{\an8}Nama dia dah buruk.
348
00:25:18,320 --> 00:25:21,240
{\an8}Reputasi
dan kestabilan dinasti turut tercalar.
349
00:25:25,919 --> 00:25:26,919
Bagi saya! Ikut!
350
00:25:35,840 --> 00:25:38,360
- Bagi saya!
- Ayuh! Cepat!
351
00:25:40,560 --> 00:25:41,399
Ayuh!
352
00:25:42,120 --> 00:25:43,679
Ikut!
353
00:25:45,520 --> 00:25:46,679
Teruskan!
354
00:25:56,000 --> 00:25:58,439
Darius bukan keturunan bangsawan.
355
00:25:59,520 --> 00:26:02,360
Dia hanya mencapai kesahan
356
00:26:02,360 --> 00:26:05,040
dengan mengahwini wanita bangsawan Parsi,
357
00:26:05,040 --> 00:26:10,360
iaitu Stateira,
yang merupakan kerabat diraja.
358
00:26:11,000 --> 00:26:12,280
Jeneral Memnon.
359
00:26:12,280 --> 00:26:15,360
{\an8}Hanya dengan perkahwinan itu,
360
00:26:15,360 --> 00:26:20,679
{\an8}dia boleh dianggap
sebagai raja Empayar Parsi yang sah.
361
00:26:21,720 --> 00:26:22,560
Tuanku.
362
00:26:24,960 --> 00:26:26,960
Awak nak main pakai baju itu?
363
00:26:28,000 --> 00:26:29,399
Betul cakap suami beta.
364
00:26:29,399 --> 00:26:30,560
Stateira.
365
00:26:30,560 --> 00:26:32,800
Baju itu takkan buat awak menang.
366
00:26:33,640 --> 00:26:35,480
Sama juga kalau ejek orang.
367
00:26:35,480 --> 00:26:37,159
Ada berita dari Macedonia.
368
00:26:37,840 --> 00:26:39,320
Tuanku ingat Raja Philip?
369
00:26:39,800 --> 00:26:41,280
Ya, semestinya.
370
00:26:41,840 --> 00:26:43,720
Dia masih nak bunuh beta?
371
00:26:43,720 --> 00:26:47,159
Tak, tidak lagi.
Dia dibunuh oleh pengawalnya sendiri.
372
00:26:47,679 --> 00:26:49,080
Dasar orang gasar.
373
00:26:49,080 --> 00:26:52,520
Anak dia yang berumur 20 tahun,
Alexander, naik takhta.
374
00:26:53,040 --> 00:26:54,399
Raja budak?
375
00:26:56,679 --> 00:26:59,000
Nampaknya, mereka masih belum serik...
376
00:27:01,880 --> 00:27:02,960
walaupun...
377
00:27:03,760 --> 00:27:04,679
Jeneral.
378
00:27:06,480 --> 00:27:08,600
Askar mereka ada di wilayah kita?
379
00:27:08,600 --> 00:27:11,840
Ada dua divisyen di barat Magnesia.
380
00:27:11,840 --> 00:27:13,320
Siapa panglimanya?
381
00:27:13,320 --> 00:27:15,199
Jeneral Parmenion dan Attalus.
382
00:27:15,199 --> 00:27:18,800
Walaupun ada yang kata
Alexander bunuh anak saudara Attalus.
383
00:27:18,800 --> 00:27:20,040
Kasihan.
384
00:27:20,640 --> 00:27:22,640
Attalus tentu bengang.
385
00:27:23,600 --> 00:27:27,000
Betul cakap dinda.
Kita mesti ambil kesempatan.
386
00:27:32,199 --> 00:27:35,800
Jeneral, kumpulkan askar upahan
dan serang mereka.
387
00:27:37,480 --> 00:27:39,480
- Tuanku.
- Hapuskan mereka.
388
00:27:41,240 --> 00:27:42,360
Habis-habisan.
389
00:27:44,320 --> 00:27:46,120
Penting untuk kita faham
390
00:27:46,120 --> 00:27:49,520
yang Darius tak ambil bahagian
dalam kempen ini,
391
00:27:49,520 --> 00:27:53,840
kerana saya percaya
dia cuma anggap ia pertempuran kecil
392
00:27:53,840 --> 00:27:56,560
di bahagian barat Empayar Parsi.
393
00:27:56,560 --> 00:27:59,919
Dia rasa ia tak penting.
394
00:27:59,919 --> 00:28:02,880
Dia hantar orang kanan
yang dia paling percaya,
395
00:28:02,880 --> 00:28:06,360
Jeneral Memnon,
dan sangka semuanya berakhir di situ.
396
00:28:08,439 --> 00:28:11,600
Memnon mengepalai batalionnya
melalui Mesopotamia,
397
00:28:11,600 --> 00:28:13,439
merentasi Anatolia,
398
00:28:13,439 --> 00:28:16,080
menuju ke barat Empayar Parsi
di Asia Kecil
399
00:28:16,080 --> 00:28:18,919
dan bertembung dengan tentera Macedonia
400
00:28:18,919 --> 00:28:22,679
yang dipimpin
oleh dua orang jeneral Alexander,
401
00:28:22,679 --> 00:28:24,760
Parmenion dan Attalus.
402
00:28:25,520 --> 00:28:29,520
Alexander tak kunjung tiba
kerana dia berada di Macedonia,
403
00:28:29,520 --> 00:28:33,240
sibuk mematahkan pemberontakan
susulan pembunuhan Philip.
404
00:28:34,320 --> 00:28:36,760
Bonda dah baca
surat Attalus dan Parmenion.
405
00:28:36,760 --> 00:28:38,040
Ramai dah terkorban.
406
00:28:38,040 --> 00:28:42,159
Sebab anakanda sibuk
memulihkan keadaan di sini.
407
00:28:42,159 --> 00:28:44,800
Ya, tapi askar kita dah berundur
408
00:28:44,800 --> 00:28:47,120
dan jeneral tunggu arahan anakanda.
409
00:28:47,919 --> 00:28:52,080
Bonda sendiri yang minta anakanda
buktikan kemampuan anakanda.
410
00:28:53,240 --> 00:28:58,480
Mungkin juga takdir anakanda lebih hebat
berbanding sangkaan anakanda.
411
00:29:00,199 --> 00:29:03,439
Arkian, inilah masa
untuk buktikan kemampuan anakanda.
412
00:29:17,480 --> 00:29:18,399
Masuklah.
413
00:29:19,679 --> 00:29:21,320
Ini tempat suci.
414
00:29:22,080 --> 00:29:24,360
Kenapa baru sekarang
anakanda dibenarkan masuk?
415
00:29:25,040 --> 00:29:27,040
Dah tiba masa untuk anakanda tahu
416
00:29:28,879 --> 00:29:30,679
ayah kandung sebenar anakanda.
417
00:29:36,480 --> 00:29:41,000
Penggunaan intoksikan dan halusinogen
dalam ritual keagamaan
418
00:29:41,000 --> 00:29:46,760
merupakan satu kebiasaan
bagi masyarakat pada zaman itu.
419
00:29:48,679 --> 00:29:52,919
Sebab itulah cara
untuk mengaktifkan minda separa sedar
420
00:29:52,919 --> 00:29:54,720
dan memasuki satu keadaan
421
00:29:54,720 --> 00:29:58,520
yang membolehkan kita
menerima mimpi dan petunjuk,
422
00:29:58,520 --> 00:30:01,399
yakni bahagian penting
dalam sistem komunikasi
423
00:30:01,399 --> 00:30:04,439
bersama roh orang mati dan nenek moyang.
424
00:30:05,480 --> 00:30:08,679
Kalau bernasib baik,
bersama para dewa sendiri.
425
00:30:11,800 --> 00:30:12,720
Apa ini?
426
00:30:13,360 --> 00:30:14,240
Minum.
427
00:30:45,720 --> 00:30:46,639
Tengok.
428
00:30:47,679 --> 00:30:48,959
Anakanda nampak itu?
429
00:30:52,000 --> 00:30:55,280
Itu Gunung Olympus, singgahsana para dewa.
430
00:30:56,439 --> 00:31:00,159
Dah tiba masanya
untuk anakanda tahu asal usul anakanda.
431
00:31:00,879 --> 00:31:03,399
Anakanda ialah anak Zeus.
432
00:31:07,560 --> 00:31:09,080
Anakanda percaya?
433
00:31:09,080 --> 00:31:10,360
Anakanda nampak?
434
00:31:10,879 --> 00:31:15,000
Sebesar mana pun rintangan yang melanda,
anakanda takkan gagal.
435
00:31:16,919 --> 00:31:17,879
Jadi, pergilah.
436
00:31:19,360 --> 00:31:22,720
Pimpinlah mereka ke tempat
yang tak terjangkau dek Philip.
437
00:31:23,639 --> 00:31:28,679
Takluk Parsi dan dunia.
Itulah takdir anakanda.
438
00:31:42,600 --> 00:31:46,240
Bonda?
439
00:31:49,199 --> 00:31:54,320
Saya rasa sepanjang hayatnya,
Olympias buat Alexander percaya
440
00:31:54,320 --> 00:31:56,959
yang kononnya dia anak Zeus,
441
00:31:56,959 --> 00:32:00,199
dewa paling berkuasa
antara semua dewa Yunani.
442
00:32:00,760 --> 00:32:03,199
Dalam minda Alexander, itu tak mustahil.
443
00:32:04,520 --> 00:32:07,879
Menurut kepercayaan
orang Yunani dan Macedonia,
444
00:32:07,879 --> 00:32:09,959
dewa hidup dalam kalangan manusia,
445
00:32:09,959 --> 00:32:12,879
jadi tak mustahil
yang manusia boleh jadi dewa.
446
00:32:17,000 --> 00:32:20,439
Ia bertentangan
dengan kepercayaan orang Parsi.
447
00:32:20,439 --> 00:32:24,280
Darius III tak pernah anggap dirinya
sebagai dewa.
448
00:32:24,280 --> 00:32:28,280
Tiada seorang pun raja Parsi
yang anggap diri mereka sebagai dewa.
449
00:32:28,280 --> 00:32:30,439
Mereka sembah para dewa
450
00:32:30,439 --> 00:32:35,439
dan tiada jaminan yang para dewa
akan merahmati tindak-tanduk sang raja.
451
00:33:03,760 --> 00:33:05,719
Cahaya bintang malap malam ini.
452
00:33:09,560 --> 00:33:10,800
Apa maksudnya?
453
00:33:12,679 --> 00:33:14,719
Maksudnya, perubahan akan berlaku.
454
00:33:17,760 --> 00:33:20,800
Orang Parsi percaya
kepada kepercayaan karut.
455
00:33:21,399 --> 00:33:25,879
Saban malam,
ahli nujum Babylon akan tilik langit
456
00:33:25,879 --> 00:33:28,120
untuk cari alamat daripada Tuhan.
457
00:33:28,760 --> 00:33:33,719
Amalan ini sama pentingnya
dengan urusan pentadbiran lain.
458
00:33:33,719 --> 00:33:36,840
Corak pergerakan burung,
semut dan serangga.
459
00:33:36,840 --> 00:33:41,840
Semuanya ada maksud tertentu
bagi orang Parsi.
460
00:33:41,840 --> 00:33:45,679
Seolah-olah para dewa
guna seluruh ciptaan-Nya
461
00:33:46,159 --> 00:33:50,080
untuk hantar mesej kepada hamba mereka.
462
00:33:51,480 --> 00:33:53,399
Kanda risau tentang model kuil
463
00:33:54,919 --> 00:33:56,159
yang patah itu?
464
00:33:57,639 --> 00:33:58,919
Adakah itu petanda?
465
00:34:02,679 --> 00:34:04,199
Semestinya.
466
00:34:04,879 --> 00:34:05,879
Petanda apa?
467
00:34:07,000 --> 00:34:09,480
Seorang arkitek yang cemerkap.
468
00:34:14,679 --> 00:34:15,560
Tapi...
469
00:34:18,000 --> 00:34:19,960
kalau kanda masih susah hati,
470
00:34:21,120 --> 00:34:26,080
kanda patut jadikan jeneral Macedonia itu
sebagai boneka kanda.
471
00:34:27,799 --> 00:34:29,000
Attalus, bukan?
472
00:34:30,600 --> 00:34:32,679
Dia mesti benci raja budak itu.
473
00:34:38,679 --> 00:34:40,280
Kita boleh rasuah dia.
474
00:34:41,799 --> 00:34:42,679
Ya.
475
00:34:49,880 --> 00:34:52,960
Attalus berada di persimpangan dilema.
476
00:34:53,560 --> 00:34:56,880
Dia ditempatkan di sempadan Empayar Parsi,
477
00:34:56,880 --> 00:35:01,960
bersedia mengetuai tentera Macedonia
dan melaksanakan rancangan Philip,
478
00:35:01,960 --> 00:35:05,440
tapi dia sokong siapa sekarang?
Dia sokong Alexander?
479
00:35:05,440 --> 00:35:07,760
Adakah Attalus didekati Empayar Parsi
480
00:35:07,760 --> 00:35:10,880
yang cuba mengeksploitasi kelemahan dia?
481
00:35:10,880 --> 00:35:12,520
Dia mesti buat pilihan
482
00:35:12,520 --> 00:35:16,400
dan pilihan itu akan menentukan
kelangsungan hidupnya.
483
00:35:17,280 --> 00:35:19,960
Lebih 4,000 orang askar kita terkorban.
484
00:35:22,160 --> 00:35:23,640
Seribu orang lagi cedera.
485
00:35:31,360 --> 00:35:34,080
- Ada apa-apa masalah, Attalus?
- Tak.
486
00:35:35,360 --> 00:35:39,920
Darius cuba mendekati
dan merasuah Attalus.
487
00:35:40,839 --> 00:35:45,200
Itu pendekatan yang popular
untuk beli kesetiaan orang Yunani.
488
00:35:45,200 --> 00:35:47,560
Apa caranya? Beri rasuah.
489
00:35:48,120 --> 00:35:52,080
Merasuah untuk memecahbelahkan
dan menakluk musuh.
490
00:35:52,080 --> 00:35:54,720
Operasi standard untuk empayar,
491
00:35:54,720 --> 00:35:57,400
lebih-lebih lagi Empayar Parsi.
492
00:35:58,200 --> 00:36:00,640
Nampaknya, Alexander lambat.
493
00:36:04,720 --> 00:36:06,319
Boleh saya berterus terang?
494
00:36:08,839 --> 00:36:10,880
Awak rasa dia boleh pimpin kita?
495
00:36:13,319 --> 00:36:15,319
Pendapat saya tak penting.
496
00:36:16,000 --> 00:36:17,000
Dia raja kita.
497
00:36:20,080 --> 00:36:21,080
Betul cakap awak.
498
00:36:25,480 --> 00:36:28,400
Philip tentu nak kita setia, bukan?
499
00:36:31,839 --> 00:36:32,680
Ya.
500
00:36:33,680 --> 00:36:34,600
Semestinya.
501
00:36:38,720 --> 00:36:41,400
Attalus berada di kemuncak hidupnya.
502
00:36:41,400 --> 00:36:45,120
Dia dinaikkan pangkat
sebagai orang kanan Philip II,
503
00:36:45,120 --> 00:36:46,720
dipercayai dan setia.
504
00:36:47,240 --> 00:36:49,600
Anak saudara dia berkahwin dengan Philip
505
00:36:49,600 --> 00:36:52,960
dan kedua-duanya mati
dalam pertumpahan darah ini.
506
00:36:53,520 --> 00:36:57,000
Sekarang,
Attalus terpaksa tunduk kepada Alexander
507
00:36:57,000 --> 00:36:59,640
dan hubungan mereka dingin.
508
00:36:59,640 --> 00:37:04,520
Alexander hidup dalam buangan
kerana muslihat Attalus
509
00:37:05,240 --> 00:37:07,839
dan pada masa itu,
mereka terpaksa bersemuka.
510
00:37:07,839 --> 00:37:09,480
Apa akan berlaku?
511
00:37:09,480 --> 00:37:14,080
Hakikatnya,
Attalus yang kawal tentera Macedonia
512
00:37:14,080 --> 00:37:16,600
dan kejayaan mereka bergantung pada dia.
513
00:37:16,600 --> 00:37:18,400
Bagus, Bucephalus.
514
00:37:18,400 --> 00:37:21,799
Jadi, kedudukan Alexander dalam bahaya.
515
00:37:21,799 --> 00:37:24,080
Perjalanan kita jauh.
516
00:37:27,160 --> 00:37:28,640
Bersedia untuk bertolak.
517
00:37:31,760 --> 00:37:33,920
Ada berita dari perbatasan?
518
00:37:35,000 --> 00:37:36,359
Mesej daripada Attalus?
519
00:37:37,040 --> 00:37:38,040
Ya.
520
00:37:38,839 --> 00:37:41,200
Dia hantar surat
yang diutus oleh Raja Darius.
521
00:37:41,799 --> 00:37:42,880
Cubaan merasuah.
522
00:37:44,000 --> 00:37:46,680
Takhta Macedonia sebagai cagaran.
523
00:37:46,680 --> 00:37:48,000
Dia hantar surat itu?
524
00:37:48,960 --> 00:37:50,640
Bersama surat balasan,
525
00:37:50,640 --> 00:37:53,400
mengesahkan kesetiaannya
kepada saya dan Macedonia.
526
00:37:56,480 --> 00:37:58,799
Maksudnya, mereka sokong awak.
527
00:38:00,120 --> 00:38:02,359
Kalau Attalus setia, askar pun setia.
528
00:38:02,359 --> 00:38:03,520
Itulah masalahnya.
529
00:38:04,359 --> 00:38:06,520
Dia ada kuasa dan sebab untuk belot.
530
00:38:07,480 --> 00:38:08,400
Hei...
531
00:38:09,640 --> 00:38:11,440
Macam itulah.
532
00:38:12,440 --> 00:38:16,640
Itulah saat kebangkitan Alexander,
533
00:38:17,240 --> 00:38:18,680
ahli politik yang hebat,
534
00:38:19,440 --> 00:38:21,560
dan juga permulaan
535
00:38:21,560 --> 00:38:22,720
saya rasa,
536
00:38:22,720 --> 00:38:25,560
Alexander yang zalim,
537
00:38:25,560 --> 00:38:29,480
yang takkan berkompromi
dengan sebarang tentangan.
538
00:38:30,040 --> 00:38:31,880
Okey. Apa awak nak buat?
539
00:38:32,720 --> 00:38:33,560
Alex?
540
00:38:34,880 --> 00:38:36,000
Apa awak dah buat?
541
00:38:44,080 --> 00:38:50,080
Garis pertama peta dunia baharu
dilakar dengan darah...
542
00:38:50,799 --> 00:38:53,520
Tidak!
543
00:38:53,520 --> 00:38:55,760
...tapi bukan darah musuh.
544
00:38:56,280 --> 00:38:59,600
Saya setia kepada raja kita! Saya sumpah!
545
00:38:59,600 --> 00:39:01,040
Dewa menjadi saksi!
546
00:39:01,960 --> 00:39:03,400
- Penderhakaan.
- Tidak!
547
00:39:04,680 --> 00:39:05,600
Rasuah.
548
00:39:06,960 --> 00:39:08,520
Bersekongkol dengan musuh.
549
00:39:10,600 --> 00:39:14,359
Ada satu saja hukuman
yang setimpal untuk barua Parsi ini.
550
00:39:14,880 --> 00:39:16,720
Tidak!
551
00:39:18,440 --> 00:39:20,600
Atas titah Alexander...
552
00:39:28,240 --> 00:39:29,200
Mati.
553
00:39:34,000 --> 00:39:36,240
Dengan itu, langkah pertama
554
00:39:37,280 --> 00:39:39,200
sebuah pertarungan epik bermula.
555
00:39:48,359 --> 00:39:49,760
Askar berkuda, mara!
556
00:39:56,400 --> 00:39:58,640
Batalion! Ikut!
557
00:40:08,520 --> 00:40:09,600
Dua orang lelaki...
558
00:40:12,000 --> 00:40:14,680
yang berbeza keperibadian
559
00:40:15,839 --> 00:40:17,400
dan pembawaannya.
560
00:40:22,200 --> 00:40:24,680
Dua musuh ketat.
561
00:40:35,680 --> 00:40:37,880
Terpisah antara benua...
562
00:40:40,720 --> 00:40:42,400
akan bersemuka.
563
00:41:00,799 --> 00:41:02,400
Attalus berpaling tadah?
564
00:41:02,400 --> 00:41:03,319
Tidak.
565
00:41:07,080 --> 00:41:08,520
Macedonia akan jadi milik kita?
566
00:41:09,400 --> 00:41:10,480
Attalus dah mati.
567
00:41:12,200 --> 00:41:13,280
Raja budak itu?
568
00:41:15,200 --> 00:41:16,280
Dia datang.
569
00:42:42,359 --> 00:42:47,359
Terjemahan sari kata oleh Saffura